///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Perak News   Page 1    



Sultan Perak berangkat ke sambutan Hari Pahlawan - Utusan - 31/07 11:01 am

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2025 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini





Sampel DNA keluarga bekas ADUN Pasir Bedamar diambil susulan penemuan .. - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Sampel DNA keluarga bekas ADUN Pasir Bedamar diambil susulan penemuan rangka manusia TELUK INTAN Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam proses mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada ahli keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Wah Keng Jooi untuk padanan identiti rangka manusia yang ditemukan pada 19 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, ujian DNA itu penting bagi membuat perbandingan serta mengenal pasti sama ada rangka berkenaan milik anak bongsu kepada bekas wakil rakyat tersebut





Guna Akta Hasutan satu tindakan zalim ??? Muhyiddin - Mgazette - 31/07 10:56 am

Pada 28 Julai lalu, aktivis Bersatu, Chegubard dan Ikhwan telah ditahan, namun dibebaskan keesokan harinya selepas permohonan reman Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditolak oleh Mahkamah Majistret. Manakala dua lagi pemimpin Armada, iaitu Syafiq Aziz yang merupakan Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dan Furqan Hakimi, Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak telah ditahan semalam





Agong, Permaisuri berangkat ke istiadat perbarisan Sambutan Hari Pahlawan - Sinarharian - 31/07 10:38 am

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan di sini.Istiadat sambutan yang dinaungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkonsepkan perbarisan statik melibatkan empat detasemen terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).Acara dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Mej Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama.Perbarisan Hari Pahlawan hari ini melibatkan 18 pegawai dan 685 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM yang diketuai oleh Superitenden Mohamad Ridzuan Roslan daripada PDRM.Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar turut menghadiri istiadat berkenaan.Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai last post dengan menurunkan Jalur Gemilang dan semua tetamu yang hadir berdiri memberikan tabik hormat semasa Jalur Gemilang diturunkan.Pengisian istiadat diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk "Darah Yang Terpercik di Baju" yang disampaikan oleh Detektif Sarjan Ardiansyah Wayang daripada PDRM dan Staf Sarjan Siti Nur Aini Jasni daripada ATM.Sajak itu mengisahkan tragedi serangan hendap oleh pengganas komunis terhadap konvoi pasukan ATM yang membawa pesakit dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Pengkalan Hulu, Perak pada 20 Julai 1979.Pertempuran berdarah itu telah mengorbankan tiga anggota ATM, iaitu Koperal Ramli Abdul Rashid, Trooper Azmi Rahman dan Trooper Abu Hassan Syeikh Daud.Istiadat diteruskan dengan persembahan pantomim khas bertajuk "Zabri, Pejuang Sang Saka Biru" oleh PDRM, arahan Komander PGA Briged Tengah SAC Hakemal Hawari, yang membawa penonton menyaksikan kisah perwira legenda Komando VAT69 PDRM ASP Mohd Zabri Abdul Hamid.Kisah perjuangan Mohd Zabri yang terkenal sebagai legenda Kerambit Kembar dihidupkan semula selama kira-kira 15 minit itu dilakonkan oleh 142 pegawai dan anggota PDRM, dengan disusuli video menggunakan 80 peratus teknologi kecerdasan buatan (AI) hasil kreativiti pasukan produksi PDRM untuk tujuan ilustrasi berdasarkan kisah benar.Pantomim itu berkisarkan Allahyarham Mohd Zabri yang terkorban dalam tragedi serangan hendap pengganas komunis pada 1975.Mohd Zabri yang dalam misi yang mengejar dan menyekat pengganas dari cuba melarikan diri ke sempadan, terpijak jerangkap samar.Jerangkap samar itu menyebabkan pergelangan buku lali kanan sehingga paras kasut but yang dipakainya putus, dan Mohd Zabri kehilangan banyak darah.Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mohd Zabri sempat menyampaikan amanat kepada anak buahnya untuk meneruskan perjuangan memburu petualang negara dan menghancurkan mereka, biarpun dirinya sudah tiada lagi.Istiadat diteruskan dengan tiupan Paluan Fajar, Jalur Gemilang dinaikkan sebagai tanda memberi semarak kepada pahlawan untuk terus bangkit berjuang dalam mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan sejak 31 Julai 1960 itu simbol penghargaan serta pengiktirafan negara terhadap jasa, pengorbanan dan keberanian pegawai, anggota PDRM dan ATM, sama ada yang telah gugur atau masih hidup dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tercinta.Istiadat itu juga sebagai menzahirkan lambang ketaatsetiaan, kemegahan dan semangat yang tidak berbelah bahagi oleh pasukan PDRM dan ATM terhadap raja serta negara





Malaysia and Vietnam boost MICE cooperation for tourism growth - SUN - 31/07 10:14 am

By partnering with agencies like Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), we can create integrated business-leisure packages, he said in a Facebook post. Examples include corporate retreats in Langkawi, adventure programmes in Sabah, and tech-focused meetings in Penang or Perak





Izzat Shameer dan Li Jane dipilih olahragawan, olahragawati Perak - SUN - 31/07 9:10 am

ATLET boling padang negara Izzat Shameer Dzulkeple dan atlet tenpin boling negara Sin Li Jane dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati pada Majlis Anugerah Sukan Negeri (ASN) Perak 2023/2024 di sini malam ini





Gerakan bela MIC dari kecaman DAP - Mkini - 31/07 8:52 am

Pemimpin Gerakan Perak dakwa Adun Buntong gagal tunai janji, selesaikan banyak masalah masyarakat India setempat





Izzat Shameer Olahragawan Negeri Perak - Sinarharian - 30/07 11:39 pm

IPOH - Pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 di Filipina, April lalu dinobat sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi tahun 2023/2024.Kejayaan yang dilakar sejak dua tahun lalu telah mengetepikan calon daripada atlet tenis, Mitsuki Leong Wei Kang dan atlet olahraga, Muhammad Azeem Mohd Fahmi.Atlet berusia 43 tahun yang kini berada di kedudukan ke-11 ranking dunia itu pernah membantu Malaysia memenangi emas dalam acara perseorangan lelaki di Kejohanan World Champion of Champions Australia 2023 dan Worls Bowls Indoor Single Championship Warilla, Australia.Sementara itu, Olahragawati Negeri Perak pula diungguli atlet tenpin boling negara, Sin Li Jane yang menewaskan dua lagi calon iaitu atlet boling padang, Aleena Ahmad Nawawi dan atlet berbasikal, Nyo Ci Hui.Atlet berusia 33 tahun itu pernah menyertai kejohanan USBC Queens Greenbay, USA tahun lalu selain Kejohanan IBF World Kuwait pada tahun 2023.Kedua-dua olahragawan dan olahragawati masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000, blazer, trofi serta piala pusingan.Majlis penyampaian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersempena Anugerah Sukan Negeri Perak 2023/2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Rabu.Sementara itu, Olahragawan Harapan diraih atlet bola tampar pantai, Low Jeng Yih manakala Olehragawati Harapan diberikan kepada atlet renang, Joelle Chan Zu-Ee.Masing-masing menerima hadiah berupa piala dan insentif bernilai RM3,000.Bagi kategori Jurulatih Terbaik pula diberikan kepada Jurulatih sukan berbasikal, Hishamuddin Mohd Zaki manakala Pasukan Terbaik pula milik pasukan sepak takraw, Perak Bison.Kategori Kepimpinan Sukan dimenangi Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (sepak takraw); Anugerah Jasamu Dikenang, Mohd Jamil Zakaria (bola sepak) dan Anugerah Keluarga Sukan kepada Mohamad Ayob Kamaruddin (tenpin boling).Manakala Anugerah Media pula disandang pemberita Bernama, Razif Rosli dan Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Mohd Fitri Azman.Dalam pada itu, Anugerah Atlet Terbaik Para Lelaki dan wanita dimenangi atlet berbasikal, Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Nur Suraiya Muhammad Zamri dan Anugerah Khas Persatuan Sukan diberikan kepada Persatuan Golf Negeri Perak.





Identiti rangka manusia ditemukan di Teluk Intan masih belum dikenal pasti - Astroawani - 30/07 7:57 pm

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata ujian DNA akan dilakukan bagi menentukan identiti mangsa.





MetMalaysia keluar amaran cuaca panas di Perak, Pahang, Sarawak - Astroawani - 30/07 6:27 pm

Cuaca panas pada tahap satu atau berjaga-jaga dikenal pasti di tiga kawasan di Semenanjung serta sembilan lokasi di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).



MetMalaysia issues Level One heat alert for parts of Perak, Pahang and Sarawak as temperatures hit 35C - Malaymail - 30/07 6:19 pm

KUALA LUMPUR, July 30 Level One or alert-level hot weather has been identified in three areas in Peninsular Mala...





MetMalaysia keluar amaran cuaca panas di tiga negeri - Sinarharian - 30/07 5:26 pm

KUALA LUMPUR - Cuaca panas pada tahap satu atau berjaga-jaga dikenal pasti di tiga kawasan di Semenanjung serta sembilan lokasi di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Menerusi hantaran di Facebook hari ini, MetMalaysia memaklumkan ia membabitkan Kampar di Perak serta Maran dan Rompin di Pahang.Di Sarawak pula melibatkan Marudi, Mukah, Sibu, Kanowit, Sarikei, Sri Aman, Lundu, Bau dan Kuching.Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian





Rangka manusia dalam rumah bekas ADUN masih misteri - Sinarharian - 30/07 4:15 pm

TELUK INTAN - [DIKEMAS KINI] Identiti rangka dan tengkorak manusia yang ditemui dalam rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Berdamar, Wah Keng Jooi di Jalan Sungai Nibong di sini dua minggu lalu, masih belum dikenal pasti.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan bagi menentukan rangka tersebut milik anak bongsu Keng Jooi.Menurut beliau, sampel ahli keluarga bekas ADUN berkenaan akan diambil bagi proses pemadanan."Dalam minggu ini, pasukan forensik akan mengambil sampel adik beradik si mati untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi membuat perbandingan."Pada masa sama, pasukan tersebut telah turun ke lokasi kejadian bagi mencari petunjuk yang menyokong bukti berikutan rekod pergigian yang diperolehi menunjukkan si mati ada membuat rawatan April lalu," katanya selepas meninjau lokasi kejadian bersama pasukan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada Rabu.Media melaporkan polis menjumpai tengkorak dan rangka serta barang peribadi di tingkat atas sebuah rumah usang pada 19 Julai lalu.Turut dijumpai di sisi mayat lelaki berusia 75 tahun itu ialah seekor anjing peliharaannya yang masih hidup.Keng Jooi berkhidmat sebagai wakil rakyat pertama bagi kawasan DUN Pasir Bedamar pada tahun 1959.





Amanah gesa Pas pecat Fadhli Shaari - Sinarharian - 30/07 12:16 am

IPOH - Pas digesa tampil memohon maaf secara terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari, susulan penyebaran satu karikatur yang didakwa menghina pemimpin tertinggi negara serta dua negara jiran, Thailand dan Kemboja.Pengarah Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, sehingga hari ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu masih membisu tanpa sebarang rasa kesal atau permohonan maaf berhubung tindakan tersebut.Menurut beliau, lebih menghairankan, Pas sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi walaupun kenyataan pemimpin itu mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk rakyat dari pelbagai latar belakang."Tindakan beliau menyamakan konflik serius antara dua negara jiran dengan perebutan pisang oleh kambing dan biri-biri adalah terang satu bentuk provokasi dan penghinaan terbuka yang tidak beradab."Bukan sahaja tidak sensitif, malah memalukan imej Malaysia selaku Pengerusi ASEAN serta negara pendamai."Diamnya Pas memberi gambaran bahawa parti itu merestui dan menyokong kelakuan tidak bertanggungjawab beliau," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook pada Rabu.Tambah Mohd Fitri, sebagai parti yang turut memikul imej Islam, Pas seharusnya mengambil pendirian jelas terhadap tindakan pemimpinnya yang mencetuskan kontroversi dan mencemarkan hubungan diplomatik dengan negara serantau."Jika Pas benar-benar tidak bersetuju, mereka perlu segera membuat permohonan maaf terbuka kepada kerajaan Thailand dan Kemboja bagi pihak rakyat Malaysia dan mengambil tindakan dengan menurunkan serta memecat Ahmad Fadhli daripada jawatan Ketua Penerangan."Jika tidak, maka Pas sebenarnya sedang melindungi seorang pemimpin politik yang tidak berakhlak dan tiada moral, melebihi hubungan baik yang sepatutnya dibina antara Pas dengan negara-negara jiran," katanya.Pada Selasa, Ahmad Fadhli dilaporkan tidak berhasrat memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik satu karikatur yang didakwa menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pemimpin Pas itu turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan susulan laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak.





Shazeli Kahar is new Selangor Police Chief - Sinardaily - 30/07 11:38 am

SHAH ALAM - Kuala Lumpur Police College commandant Datuk Shazeli Kahar, has been appointed Selangor police chief effective today.Shazeli takes over from Datuk Hussein Omar Khan, who was appointed as Narcotics Criminal Investigation Department (JSJN) director at Bukit Aman on July 21. Prior to Shazeli's appointment, the role was temporarily held by Selangor police deputy chief, Mohd Zaini Abu Hassan.The handover of duties ceremony took place at the Selangor Police Contingent Headquarters (IPK), witnessed by Bukit Aman Logistics and Technology Department (Jlog) director CP Gilberd Philip Layang.In his speech, Shazeli acknowledged the significant responsibility entrusted to him and pledged to continue the excellence of the police force in Selangor, ensuring the state remains peaceful and secure."As the new police chief, I understand the expectations of both the public and PDRM personnel for leadership that is trustworthy and connected to the community."I am committed to continuing the legacy of excellence and driving change to maintain Selangors safety and well-being," he said.Shazeli, 50, who has served nearly 25 years in the force, began his career in the Criminal Investigation Department (JSJ) at the Ipoh District Police Headquarters, Perak.He has since held various strategic roles at Bukit Aman and led the Special Branch in Perak, focusing on extremism and terrorism-related matters





Bekas pengurus kemasukan pelajar universiti didenda RM35,000 palsukan dokumen - Sinarharian - 30/07 11:38 am

IPOH - Bekas Pengurus Bahagian Kemasukan Pelajar, Pemasaran dan Rekod di Universiti Teknologi Petronas (UTP) didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen bagi tujuan program pengambilan pelajar, enam tahun lalu.Mohd Khalid Kaab, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, Mohd Khalid didakwa secara tidak jujur telah menggunakan dokumen perjanjian sebagai tulen iaitu Student Recruitment Agreement antara Institute Of Technology Petronas Sdn Bhd dan Profedge Sdn Bhd bertarikh 1 Ogos 2019.Dokumen tersebut dikemukakan sebagai syarikat ejen untuk memberikan perkhidmatan mempromosikan program UTP dan merekrut pelajar dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan lokasi lain bagi program kemasukan pelajar ke UTP.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pendaftar UTP Seri Iskandar dalam Daerah Perak Tengah pada Jun 2019.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharul Azuan Ghazali sementara tertuduh diwakili Peguam Mohamad Izwan Abd Rahman.Mengikut fakta kes, siasatan SPRM mendapati tertuduh telah menggunakan dokumen perjanjian palsu tersebut bagi tujuan mendapatkan bayaran RM323,650.Dokumen itu digunakan bagi menyokong enam invois pembayaran dari tahun 2019 hingga 2020 kepada syarikat berkenaan untuk perkhidmatan promosi dan pengambilan pelajar UTP, sedangkan perkhidmatan itu tidak pernah dilaksanakan dan pelajar yang disenaraikan tidak mendaftar melalui syarikat agen terbabit.Hasil semakan dalaman UTP juga mendapati dokumen tersebut tidak pernah dirujuk kepada bahagian undang-undang, tidak mempunyai cop rasmi institusi dan tidak dimatikan setem.





Shazeli Kahar Ketua Polis Selangor baharu - Sinarharian - 30/07 11:02 am

SHAH ALAM - Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Shazeli Kahar dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa Rabu.Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 21 Julai lalu.Sepanjang kekosongan jawatan tersebut, ia dipangku oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Zaini Abu Hassan.Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, Komisioner Polis Gilberd Philip Layang.Dalam ucapannya, Shazeli menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan dan menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah besar yang harus dipikul."Saya sedar harapan masyarakat dan warga PDRM terhadap kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan dekat di hati."Justeru, saya bertekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran yang telah dibina sebelum ini serta memacu perubahan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negeri Selangor sentiasa terpelihara," katanya pada Rabu.Shazeli, 50, telah berkhidmat dalam PDRM hampir 25 tahun sejak memulakan tugas sebagai pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak.Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang beberapa jawatan strategik di Bukit Aman serta mengetuai Cawangan Khas di IPK Perak yang melibatkan pemantauan terhadap ekstremisme sosial dan pelampau agama.





EKSPerk mudahkan urusan di Mahkamah Syariah Perak - Sinarharian - 30/07 9:28 am

IPOH-Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) memperkenalkan Modul Awam Sistem Elektronik Kehakiman Syariah Perak (eKSPerk) bagi memudahkan orang ramai mengakses borang-borang penting berkaitan kes syariah secara dalam talian sekali gus mengurangkan kos dan masa berurusan di mahkamah.Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor berkata, inisiatif digital itu merupakan antara usaha jabatan untuk menyokong agenda pendigitalan di bawah kerangka Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menekankan kepada kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta pemerkasaan institusi kehakiman.Menurutnya, eKSPerk dibangunkan hasil daripada aduan orang ramai mengenai kesukaran untuk menyediakan dokumen tuntutan atau permohonan sesuatu kes kerana ia melibatkan beban kos penyediaan dokumen apabila perlu mendapatkan khidmat peguam atau penulis petisyen."Portal ini menyediakan contoh borang untuk kes-kes mudah dan lazim yang boleh diakses orang awam





Bersatu Youth chief slams arrest of party members - FMT - 29/07 11:40 pm

Hilman Idham says the arrests of Perak Bersatu Youth executive secretary Furqan Hakimi and party member Syafiq Aziz were unnecessary.





Faizal Azumu persoal penahanan Furqan di bawah Akta Hasutan - Sinarharian - 29/07 10:05 pm

SHAH ALAM Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempersoal penahanan Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak, Furqan Hakimi susulan penglibatannya dalam Himpunan Turun Anwar baru-baru ini.Menurutnya, pemimpin muda terbabit ditahan polis di Ipoh, Perak pada petang Selasa sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak turut meluahkan rasa hairan terhadap penggunaan Akta Hasutan dalam kes berkenaan, sekali gus menyifatkan tindakan tersebut sebagai bercanggah dengan pendirian pernah dikeluarkan pemimpin parti politik tertentu."Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak telah ditahan polis di Ipoh petang tadi dan telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur





Polis tahan 81 warga Indonesia disyaki curi sawit di Hilir Perak - SUN - 29/07 9:44 pm

TELUK INTAN : Polis menahan 81 lelaki warga Indonesia hari ini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri buah kelapa sawit di sekitar daerah Hilir Perak





Karikatur hina pemimpin negara: Amanah Perak buat laporan polis, siasat Fadhli Shaari - Thempress - 29/07 9:05 pm

PARTI Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis dan menggesa siasatan segera terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, susulan satu…





Armada Perak kecam penahanan Furqan - Sinarharian - 29/07 8:46 pm

IPOH Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengecam tindakan pihak berkuasa yang menahan Setiausaha Kerja sayap itu, Furqan Hakimi pada Selasa susulan penglibatannya dalam Himpunan Turun Anwar yang diadakan 26 Julai lalu.Penahanan Furqan kira-kira jam 5 petang itu dipercayai dibuat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Ketua Armada Bersatu Perak, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin menyifatkan tindakan tersebut sebagai penyalahgunaan undang-undang drakonian yang menindas suara rakyat, khususnya golongan muda yang berani menyuarakan pandangan."Tindakan ini jelas satu bentuk intimidasi terhadap rakyat yang bersuara, meskipun hak mereka dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan."Ia bukan sahaja kezaliman terhadap Saudara Furqan, tetapi juga cubaan untuk membungkam gelombang kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman dan kepincangan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.Syed Lukman Hakim berkata, Armada Bersatu Perak berdiri teguh bersama Furqan serta semua individu yang didakwa menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa.Beliau turut menegaskan bahawa penahanan itu tidak akan melemahkan semangat perjuangan mereka dalam menegakkan keadilan dan menolak penindasan.Katanya, Armada Bersatu Perak akan terus memperjuangkan kebebasan bersuara dan menolak sekeras-kerasnya penggunaan undang-undang lapuk yang bertentangan dengan semangat demokrasi.Menurutnya, satu himpunan solidariti dijadual diadakan pada malam ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi oleh pemuda PN sebagai tanda sokongan terhadap penahanan Furqan.Terdahulu, Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan Furqan telah ditahan polis di Ipoh petang tadi dan telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.Pada 26 Julai lalu Himpunan Turun Anwar dianjurkan di ibu negara sebagai bentuk bantahan terhadap pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan penyertaan daripada beberapa parti pembangkang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).





Fire department defers to AGC over influencer brothers false report case - SUN - 29/07 8:12 pm

Meanwhile, the AGC has filed an appeal against the Muar Magistrates Courts decision, signalling dissatisfaction with the sentence. In a separate incident, JBPM Perak has suspended a volunteer firefighter linked to a viral lewd video





2 more Bersatu members arrested after anti-Anwar rally - FMT - 29/07 7:47 pm

Those arrested are Perak Bersatu Youth executive secretary Furqan Hakimi and party member Syafiq Aziz.





[VIDEO] Amanah Perak, NGO gesa polis siasat Ahmad Fadhli - Sinarharian - 29/07 5:35 pm

IPOH Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak siasatan dijalankan terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari susulan satu hantaran di Facebook yang didakwa berbaur penghinaan dan provokatif.Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, hantaran dimuat naik oleh Ahmad Fadhli pada 26 Julai lalu memaparkan satu karikatur haiwan yang menggambarkan pemimpin negara dan disifatkan sebagai keterlaluan.Menurutnya, tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat itu menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak matang, malah bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang menuntut umatnya menjadi pendamai dalam sebarang pertelingkahan."Karikatur itu jelas bersifat penghinaan dan provokatif terhadap usaha Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi ASEAN dalam mendamaikan konflik antara Thailand dan Kemboja."Kita tahu, usaha perdamaian yang digerakkan oleh Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk daripada Amerika Syarikat dan China, dua kuasa besar dunia



Rujuk Ahmad Fadhli Shaari kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tegas AMANAH Perak - Harapandaily - 29/07 5:01 pm

AMANAH Perak mahu Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan parlimen





Kerajaan pertimbang tubuh majlis populasi menua kebangsaan - Timbalan Menteri - Sinarharian - 29/07 3:57 pm

SHAH ALAM - Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan sebuah majlis populasi menua di peringkat kebangsaan bagi membangunkan 'ekonomi perak' dan merebut peluang yang wujud kesan daripada penuaan populasi.Timbalan Menteri Ekonomi, Hanafiah Hajar Taib berkata, ia sejajar dengan usaha kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi dengan kerjasama semua kementerian dan agensi yang berkaitan dalam membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan atau National Ageing Blueprint, 2025 2045 (NAB).Menurutnya, kerajaan telah memutuskan supaya Majlis Ekonomi Negara dijadikan platform mekanisme tadbir urus bagi menyelaras pelaksanaan dasar serta NAB."Ini termasuk usaha meneroka peluang pertumbuhan ekonomi baharu kesan penuaan populasi negara ini."Pada masa sama kerajaan menetapkan mekanisme tadbir urus sedia ada di bawah kementerian dan agensi pusat berkaitan bagi menyelaras pelaksanaan dasar serta pemantauan pelaksanaan NAB ikut teras utama."Bagaimanapun cadangan menubuhkan majlis populasi menua di peringkat kebangsaan adalah baik dan boleh dipertimbangkan oleh kerajaan," katanya.Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai ( PH- Cheras) mengenai dasar dan intervensi strategik untuk memastikan populasi menua menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.Hanafiah Hajar berkata demikian pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan (MQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.Tambah beliau, NAB telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 12 Februari 2025."Mesyuarat telah bersetuju supaya 11 langkah intervensi berimpak tinggi merentasi kementerian dan agensi dimulakan segera bagi menyediakan asas yang kukuh dalam mendepani penuaan populasi."Diharapkan, pelaksanaan strategi dan inisiatif yang dirangka dalam NAB dapat membantu negara meningkatkan bilangan penjaga berkemahiran dalam sektor penjagaan dan kadar penyertaan tenaga kerja berusia antara 60 hingga 65 tahun dalam pasaran buruh tempatan menjelang tahun 2030," jelasnya.





MIC wajar letak semua jawatan dalam Kerajaan Perpaduan – Thulsi - Mgazette - 29/07 3:35 pm

Sehubungan itu, ujar beliau, MIC akan membuat keputusan mengenai hala tuju masa depannya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) pada Oktober depan. Dalam pada itu, Thulsi yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Perak berkata, sekiranya MIC tidak mahu mengambil tindakan segera susulan rungutan yang dibangkitkan, maka adalah wajar pemimpin parti tersebut bekerjasama secara ikhlas untuk membina semula Malaysia yang lebih kuat dan inklusif demi kesejahteraan seluruh rakyat





Rujuk Ahmad Fadhli ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen - Amanah Perak - Sinarharian - 29/07 3:23 pm

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menggesa supaya kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana tindakannya yang menyamakan pemimpin negara dengan haiwan disifatkan sebagai memperlekeh dan menghina negara sendiri.Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh wakil rakyat Pas itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berpotensi mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.Menurut beliau, biarpun perbezaan pandangan politik adalah lumrah, namun ia bukan alasan untuk mana-mana wakil rakyat bertindak menghina negara yang diwakili."Seorang ahli Parlimen seharusnya menjunjung sumpah taat setia dan menjaga maruah negara, bukannya menyebar persepsi negatif hanya kerana berbeza fahaman politik."Walaupun kenyataan itu dibuat di luar Dewan Rakyat, ia tetap memberi implikasi besar kerana dibuat oleh individu yang sedang memegang amanah sebagai wakil rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Mengulas lanjut, Asmuni berkata, tindakan Ahmad Fadhli itu bukan sahaja mencalarkan kewibawaan institusi Parlimen, malah mencetuskan persepsi buruk terhadap imej negara di peringkat antarabangsa.Justeru, beliau mencadangkan agar kenyataan tersebut dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk disiasat serta diambil tindakan sewajarnya."Jika perlu, tindakan penggantungan boleh dipertimbangkan sebagai satu isyarat jelas bahawa Parlimen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang menjatuhkan maruah negara."Kita tidak mahu budaya politik kebencian menjadi norma dalam negara ini sehingga sanggup mengorbankan kehormatan negara sendiri," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua ahli Parlimen kerajaan agar mempertimbangkan dengan serius cadangan merujuk perkara ini ke peringkat Jawatankuasa berkenaan demi menjaga integriti institusi Parlimen.Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Pusat itu memuat naik gambaran tiga watak haiwan iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang sementara monyet sebagai hakim di media sosialnya.





FBP 2025 rancakkan seni budaya, pelancongan tempatan - Sinarharian - 29/07 9:31 am

BALIK PULAU - Penganjuran Festival Balik Pulau yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai lalu bukan sahaja menyemarakkan kembali seni budaya dan tradisi tempatan sebaliknya, program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dilihat turut merancakkan industri pelancongan khusus di kawasan Balik Pulau yang terkenal dengan pelbagai tarikan unik.Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) JKKN, Mohd Radzi Omar berkata, penganjuran FBP 2025 bertujuan untuk mengangkat dan memelihara kepelbagaian seni, budaya dan warisan negara agar keunikan serta keasliannya terus diwarisi generasi masa kini.Menurutnya, festival itu yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2019 kembali memeriahkan Balik Pulau dan menjadi platform penting dalam memperkasakan semangat komuniti serta memperkenalkan Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan budaya yang tersendiri."Lokasi Balik Pulau tidak hanya terkenal dengan jolokan lubuk durian negeri malah mempunyai kebudayaan serta keunikannya tersendiri."Salah satunya kita mengangkat produk seni dan budaya khususnya di Balik Pulau, secara keseluruhanya. Kita cuba mengangkat kesenian boria di Pulau Pinang ke peringkat tinggi seiring dengan produk- produk yang lain."Melalui penganjuran program seperti ini kita berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat kepelbagaian serta keunikan seni budaya yang terdapat di Pulau Pinang," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian penutup FBP 2025 di Kompleks Sukan Balik Pulau di sini, pada Ahad.Hadir merasmikan FBP 2025 ialah Exco Pelancongan, Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai.Turut hadir dalam majlis itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Setiausaha BahagianDasar dan Kebudayaan MOTAC, Wan Ashbi @ W Mahera Leman dan Pengarah JKKN Pulau Pinang, Eezmadyna Azalin Nordin.Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, penganjuran FBP 2025 dapat menarik pelancong tempatan dan antarabangsa, menjana ekonomi masyarakat setempat seterusnya menyemai semangat patriotik dan warisan budaya demi generasi masa depan setempat.FBP 2025 bertemakan Kembali Riuh di Lik Lau mengetengahkan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan boria, persembahan kesenian dan pertandingan badang durian.Selain itu, ia turut menampilkan pelbagai pengisian menarik termasuk Majlis Perasmian Penutup yang dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti Mus May, Persembahan Bakat Cilik Angklung Adik Muhammad Ezechiel, Kumpulan Boria Tunas Bakti, Kumpulan Euphoria dan Guru Shri Arulmanikam Fine Arts (GSA DanceAcademy).Turut mengadakan persembahan ialah Kumpulan Kesenian JKKN Pulau Pinang, Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) JKKN Pulau Pinang, Persatuan Peranakan Baba Nyonya, Persatuan Opera dan Teow Chew Puppet Pulau Pinang dan penyanyi tempatan, Haney Kaka.Festival itu turut menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, demonstrasi masakan, jualan produk kraf dan makanan tradisi, jualan usahawan tempatan serta Jualan Rahmah.Sementara itu, Mohd Radzi berkata, JKKN turut giat melaksanakan festival seni dan budaya di seluruh negara termasuk di Perlis, Perak, Kelantan dan akan ke Kedah serta Terengganu sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.REAKSI"Kami berharap program seperti ini diteruskan kerana ia bukan sahaja menghidupkan kembali seni dan budaya tempatan, malah mempereratkan hubungan antara komuniti." - Naim Noor, 39."Melalui penganjuran FBP 2025, kami berpeluang melihat pelbagai keindahan budaya masyarakat berbilang bangsa sekali gus memupuk keharmonian masyakat kita." - Nur Qaseh Umairah Muhd Firdaus, 14





Inovasi baharu, objek maya kini boleh dipegang! - Kosmo - 29/07 8:10 am

GAMBARAN tentang paparan tiga dimensi (3D) atau hologram yang boleh disentuh sudah menjadi kebiasaan dalam filem-filem sains fiksyen seperti Iron Man. Namun, realitinya ia hanyalah satu rekaan penceritaan di layar perak yang mencipta satu imaginasi dunia canggih masa depan





WUG 2025: Malaysia gagal capai sasaran, catat rekod terburuk sejak 1985 - Sinarharian - 28/07 5:54 pm

KONTINJEN Malaysia berdepan detik suram di pentas Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 apabila gagal mencapai sasaran tujuh pingat yang ditetapkan, sekali gus mencatat pencapaian paling buruk sejak mula menyertai temasya itu pada 1985 di Kobe, Jepun.Daripada keseluruhan 64 atlet yang bertanding, Malaysia hanya membawa pulang satu pingat perak menerusi perenang negara, Khiew Hoe Yean dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki dan satu gangsa menerusi pemain badminton perseorangan wanita Wong Ling Ching.Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Datuk Prof Madya Dr Mohd Hafiz Yusoff menyifatkan keputusan itu sebagai kurang bernasib baik, apabila beberapa acara yang disasarkan menyumbang pingat gagal diterjemahkan, antaranya badminton beregu campuran dan pasukan recurve wanita."Namun saya berpandangan aspek teknikal, taktikal dan mentaliti atlet perlu diperkasa bagi menghadapi kejohanan bertaraf dunia seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.Mohd Hafiz turut mengakui kehadiran ramai atlet bertaraf Olimpik, terutama dalam acara olahraga, menjadi cabaran besar buat kontinjen negara.Sebagai langkah ke hadapan, beliau berkata, satu sesi pascanilai akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti kelemahan serta menambah baik persediaan menjelang Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.Malaysia sebelum ini mula meraih pingat di WUG pada edisi 2017 di Taiwan dengan kutipan tiga perak dan empat gangsa, sebelum mencatat pencapaian terbaik di Chengdu, China pada 2023 dengan satu emas, satu perak dan lima gangsa.WUG 2025 yang menampilkan lebih 8,500 atlet dari 150 negara melabuhkan tirainya awal pagi Isnin waktu Malaysia, menerusi majlis penutup gilang-gemilang di Landschaftspark Duisburg-Nord, Duisburg.Jepun muncul juara keseluruhan dengan 34 pingat emas, 21 perak dan 24 gangsa, diikuti China (30-27-17), dan Amerika Syarikat (28-27-29).Sementara itu, negara jiran Thailand mengutip dua emas, empat perak dan empat gangsa.Edisi seterusnya WUG akan dianjurkan di Chungcheong, Korea Selatan pada 2027





Perikatan Nasional makes waves, Anwar keeps the helm - Sinchew - 28/07 7:47 am

PN leaders have tried to downplay their strategic differences, but frankly, while they are eager to reclaim power, they cant seem to align on key moves, showing a lack of coordination. On the topic of no-confidence motion, we can refer to the ruling by Federal Court on the Perak constitutional crisis





JPJ jalin kerjasama dengan PBT, JKR tangani isu papan tanda ditutup pelekat - Astroawani - 27/07 9:45 pm

JPJ Pahang bekerjasama dengan MDCH dan JKR bagi menyelesaikan isu papan tanda di sempadan negeri Perak yang menjadi sasaran vandalisme.





JPJ kerjasama dengan MDCH, JKR selesai isu papan tanda jadi bahan .. - Mgazette - 27/07 4:16 pm

"Saya sudah arahkan JPJ Pahang untuk berbincang dengan majlis daerah dan JKR bagi selesaikan isu papan tanda ini," katanya kepada media selepas program Hari Keluarga JPJ (HKJPJ) 2025 di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu papan tanda JPJ yang ditutup dengan pelekat di Jalan Cameron Highlands, sempadan negeri Perak hingga tular





Himpunan Turun Anwar: ???Pekerja pembersihan kutip 20 tan sampah sampai .. - Mgazette - 27/07 4:16 pm

MoU berkenaan disempurnakan antara Pengerusi Eksekutif KLK, Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah. MG Perak





Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang - Selangorkini - 27/07 1:21 pm

SHAH ALAM, 27 JUL: Dua daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama turut melanda beberapa daerah di Perak





Sniper PDRM rangkul dua anugerah berprestij di China - Mgazette - 27/07 8:06 am

# Sniper PDRM rangkul dua anugerah berprestij di China KUALA LUMPUR - Pasukan penembak tepat (Sniper) Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharumkan nama negara apabila merangkul dua anugerah berprestij dalam pertandingan _Sharp Blade 2025 International Sniper Competition_ yang berlangsung di Urumqi, Xinjiang, China, pada 13 hingga 19 Julai lalu. Mewakili Malaysia buat julung kalinya, pasukan sniper UTK yang terdiri daripada dua Pegawai Kanan dan empat Pegawai Rendah Polis (operatif) itu bersaing hebat bersama 55 pasukan dari 26 negara sebelum berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah _Best Teamwork_ serta meraih pingat Perak bagi acara _Drone Assisted Sniping_





PKR umum barisan kepimpinan baharu, fokus kukuhkan parti di negeri - Mgazette - 27/07 8:06 am

Selain itu, Saifuddin Shafi Muhammad, Aidi Amin Yazid, Bryan Ng Yih Miin, dan Sivamalar Genapathy diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Setiausaha Agung manakala Hee Loy Sian dilantik Timbalan Bendahari Agung, Siti Aishah Shaik Ismail sebagai Timbalan Ketua Penerangan, dan Syaril Showkat Ali sebagai Timbalan Setiausaha Pengelola. Maklumat tidak rasmi mengenai lantikan pengerusi negeri turut diperoleh daripada sumber dalaman kepada MalaysiaGazette yang memaklumkan antara nama yang disebut sebagai Pengerusi Negeri ialah ialah Amin Ahmad (Perlis), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kedah), Datuk Ir Haji Mohamad Abdul Hamid (Pulau Pinang), Amir Sabri (Perak), Datuk Seri Amirudin Shari (Selangor), Datuk Seri Aminuddin Harun (Negeri Sembilan)





Doakan agar Najib dapat kembali semula dalam perjuangan ini – Saarani - Mgazette - 27/07 8:06 am

# Doakan agar Najib dapat kembali semula dalam perjuangan ini - Saarani LENGGONG Hukuman yang sedang dijalani Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan ujian besar dalam kehidupanya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad





20 songbirds and monitor lizard seized in raids on wildlife traffickers - FMT - 26/07 8:53 pm

A live monitor lizard, 20 sharma birds, and wild boar carcasses were found in separate raids in Perak and Kedah.





Police dismantle wildlife trafficking syndicate in Perak and Kedah raids - SUN - 26/07 8:04 pm

PERAK/KEDAH : Police have dismantled an illegal wildlife hunting and trafficking network following raids in Perak and Kedah





UMNO akan siasat dakwaan ahli sertai Himpunan Turun Anwar - Sinarharian - 26/07 6:42 pm

BAGAN SERAI - UMNO akan menyemak dan menunggu laporan penuh sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan penglibatan ahlinya dalam perhimpunan Turun Anwar yang diadakan di ibu negara pada Sabtu.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dakwaan tersebut perlu disiasat terlebih dahulu bagi memastikan kesahihan penglibatan mana-mana ahli UMNO dalam perhimpunan berkenaan."Saya kena semak balik dan tentunya Pejabat UMNO akan meneliti serta membuat apa-apa keputusan. Kita tunggu laporan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, di sini pada Sabtu.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Nazirul Jamaluddin.Beliau memberi contoh bagaimana maklumat awal yang tersebar berkait insiden kemalangan membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik yang kononnya berpunca daripada jalan berlubang dan tayar pecah, akhirnya terbukti tidak benar selepas siasatan lanjut dilakukan."Sama juga dalam hal ini





PM sudah beri jawapan isu Adendum Najib - Ahmad Maslan - Sinarharian - 26/07 6:31 pm

Saya kata, Datuk Seri, isu Adendum ini sudah berlarutan lama. Lagi cepat selesai, lagi baik."Saya tanya bila ia akan selesai dan Perdana Menteri ada memberikan jawapan tertentu yang saya tidak boleh dedahkan di sini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, di sini pada Sabtu.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Nazirul Jamaluddin.Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Malaysia berkata, perkembangan terbaharu termasuk kenyataan rasmi Peguam Negara yang mengesahkan kewujudan dokumen Adendum tersebut mengukuhkan lagi keperluan agar proses penyelesaian dapat dipercepatkan."Apabila Peguam Negara mengesahkan memang wujud Adendum itu, maka orang UMNO menunggu-nunggu apakah tindakan seterusnya





POLYCC diperkasa sebagai frontliner komunikasi pendidikan TVET - Sinarharian - 26/07 11:14 am

Zunaidah Razali, program yang berlangsung selama tiga hari di sini itu, menghimpunkan 74 peserta daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia."Bengkel intensif ini memberi tumpuan kepada aspek komunikasi strategik, pengurusan media digital dan kemahiran penyampaian awam yang berkesan, selaras dengan keperluan semasa dalam pengurusan imej institusi pendidikan TVET negara."Para peserta diberi pelbagai pendedahan dan tugasan agar mereka lebih cakna bagi mempromosi politeknik dan kolej komuniti sebagai institut pengajian yang berdaya saing sama seperti institut-institut pengajian yang lain," jelasnya.Ketua Komunikasi Korporat, Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (JPPKK), Abdul Hadi Mustaffa menekankan bahawa PRO perlu bersedia berhadapan dengan cabaran persepsi, membina keyakinan masyarakat dan menyuntik semangat organisasi melalui komunikasi yang proaktif dan berstrategi."Saya melihat PRO sebagai barisan hadapan komunikasi yang bukan sekadar menyambut kehadiran media, malah memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan serta menyampaikan naratif positif institusi kepada khalayak," ujarnya ketika mempengerusikan sesi "Sync and Lead: Management Meets PRO" di bengkel tersebut.Sesi berkenaan bertujuan menyelaras hala tuju komunikasi korporat dan memperkukuh peranan PRO di institusi masing-masing.Turut diadakan sesi perkongsian amalan terbaik dalam komunikasi sektor awam oleh Diyana Hassim, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Pada hari kedua, peserta dibahagikan kepada tiga kluster iaitu Kluster 1 (Komunikasi dan Penulisan Strategi) yang dikendalikan oleh Miza Eusni Mohamed, Kluster 2 (Pengurusan Media dan Platform Digital) dikendalikan oleh Rosli Mohd Nordin dan Kluster 3 (Penyampaian Awam dan Komunikasi Pintar) yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Mohd Sayed Mustar.Melalui sesi teori dan praktikal, peserta diberi pendedahan secara langsung bagaimana situasi dan peranan sebenar pegawai komunikasi atau PRO institusi masing-masing."Saya teruja menyertai bengkel ini kerana saya tidak mempunyai banyak pendedahan melaksanakan kerja-kerja PRO, namun kini selepas menghadiri bengkel ini saya menjadi lebih bersemangat untuk mempromosi pelbagai aktiviti dan kejayaan kolej komuniti," jelas Ts. Karminah Abdul Kadir yang merupakan Pegawai Pendidikan Tinggi, Kolej Komuniti Sandakan (Sabah).Bagi Mohammad Shazli Sufi Che Unik (Pegawai Perhubungan Awam, Kolej Komuniti Kuantan) pula berkata, beliau mendapat pelbagai idea bernas untuk mewakili suara pelajar dan pengurusan kolej komuniti."Mungkin selama ini ada individu yang beranggapan pelajar kolej komuniti tidak berdaya saing, namun jika semua PRO kolej komuniti dan politeknik dapat mengetengahkan pelbagai kejayaan alumni di semua media pelantar media konvensional dan media sosial, pastinya ia dapat memperbaiki persepsi negatif itu," tegasnya.Bagi dua orang lagi peserta Bengkel Pemantapan Peranan PRO POLYCC berharap lebih banyak bengkel seumpama ini akan diadakan di masa akan datang."Sebagai Orang Asli yang berkhidmat dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (Perak), saya yakin pelbagai program media yang lebih efisien mampu dilaksanakan agar komuniti Orang Asli diseluruh negara mendapat manfaat daripada kerja-kerja promosi dan media yang kami laksanakan," ujar Edvina Bah Dong (PRO, Politeknik Sultan Azlan Shah)."Pelajar kolej komuniti dan politeknik mempunyai kemahiran daya saing yang tinggi, pelbagai sektor industri memerlukan kemahiran mereka bagi mengisi pelbagai jawatan."Sebenarnya ramai pelajar atau alumni kolej komuniti dan politeknik yang berjaya menjadi usahawan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing cuma ia tidak diketengahkan melalui media dengan efisien





Mahkamah tetapkan Ogos 8 keputusan kes bekas pelajar bunuh bayi - SUN - 25/07 8:30 pm

Beliau juga meminta tempoh tahanan reman selama empat bulan diambil kira sebagai faktor mitigasi bagi menggantikan hukuman penjara dengan jaminan atau bon berkelakuan baik. Anak guam saya mengalami masalah kemurungan teruk dan disahkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, ketika mendapatkan laporan perubatan pada 16 Jun 2022





Bangunan SMK Raja Muda Musa terbakar - Sinarharian - 25/07 7:08 pm

IPOH - Bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa dekat Kuala Kangsar, terbakar dalam satu kejadian pagi Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran di blok bangunan dua tingkat itu menyebabkan kerosakan 40 peratus.Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.28 pagi, sebelum menggerakkan jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar ke lokasi kejadian."Ketika tiba 14 minit kemudian mendapati kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan jenis kelas A yang menempatkan bilik stor peralatan elektrik dan bilik pendidikan seni berkeluasan 6x12 meter."Api merebak dengan cepat sebelum berjaya dikawal sepenuhnya pada 11.52 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Junaat.Sabarodzi berkata, stor tersebut bersebelahan kelas pendidikan seni dan semasa kebakaran terdapat pelajar di kelas berkenaan, namun tindakan pantas guru telah memindahkan pelajar ke tempat selamat."Kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dan anggota bomba sedang melaksanakan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api tersembunyi," katanya





Himpunan Turun Anwar: 16 laluan dijangka dilencongkan - Polis - Sinarharian - 25/07 4:15 pm

KUALA LUMPUR - 16 laluan di sekitar pusat bandar raya dijangka dilencongkan lalu lintas berikutan Himpunan Turun Anwar di ibu kota pada Sabtu.Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, ia bergantung kepada situasi dari semasa ke semasa."Perhimpunan itu dijadualkan belangsung di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan sebuah pusat beli belah sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohamed Usuf berkata, sehubungan itu beberapa lencongan laluan kenderaan akan diaktifkan sekiranya keadaan memerlukan demi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pengguna jalan raya."Antara laluan yang dijangka terlibat dengan pelaksanaan lencongan adalah seperti Jalan Maharajalela susur ke Jalan Syed Putra, Jalan Kinabalu /U-turn Public Bank, Bulatan Sultan Mohamad."Jalan Kinabalu susur ke Terowong Bukit Aman Jalan Kinabalu/susur ke Bulatan Dato' Onn, atas Bulatan Dato'Onn (kiri dan kanan) serta Bulatan Dato'Onn (Dari arah Jalan Parlimen)," katanya.Beliau berkata, antara laluan yang turut dilancongkan ialah Jalan Sultan Salahuddin /Bulatan Dato' Onn; Jalan Kuching /Susur ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan Kinabalu (dari arah Bulatan Segambut ke arah Bulatan Dato Onn)."Jalan Kinabalu (dari arah Masjid Negara ke arah Bulatan Dato Onn); Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi; Jalan Hishamudin /Jalan Raja; Jalan Parlimen /Jalan Raja Laut; Jalan Tuanku Abdul Rahman /Jalan Tun Perak dan Jalan Lebuh Ampang /Jalan Tun Perak," katanya.Beliau berkata, pihak polis menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menggunakan pengangkutan awam bagi meminimumkan kesesakan di pusat bandar."Orang ramai perlu mematuhi arahan-arahan anggota polis Trafik bertugas di lokasi





20 tahun menyewa, Asri bersyukur miliki kediaman sendiri melalui Rumah .. - Mgazette - 25/07 3:56 pm

# 20 tahun menyewa, Asri bersyukur miliki kediaman sendiri melalui Rumah Perakku MANJUNG Impian Asri Awang Ahmad, 45, untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai selepas 20 tahun menyewa bersama isteri dalam membesarkan dua anak mereka





PJRM: Beli berulang untuk untung, peniaga akan dikenakan tindakan - Kosmo - 25/07 3:17 pm

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran tegas kepada golongan peniaga yang dikesan mengambil kesempatan dengan melakukan pembelian berulang dalam Program Jualan Rahmah Madani (PJRM). Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya menyedari terdapat individu yang membeli barangan secara berlebihan dan berulang kali yang kemungkinan untuk dijual semula ..





Major road closures in Ipoh next week for Perak Warriors Day parade and .. - Malaymail - 25/07 2:53 pm

IPOH, July 25 Several major roads here will be closed and diverted in stages next week to make way for the rehea...





Perak KPDN aids eCOSS registration at Rahmah MADANI sales - SUN - 25/07 2:49 pm

IPOH: The Perak branch of the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) is stepping up efforts to help the public register for the Cooking Oil Price Stabilisation Scheme (eCOSS) during Rahmah MADANI Sales Programme (PJRM) events statewide





Ipoh road closures for Warriors Day 2025 - SUN - 25/07 2:32 pm

IPOH: Several major roads here will be closed and diverted in stages next week to accommodate the rehearsal and celebration of the 2025 Perak-level Warriors Day





Dua warga asing dalang samun bersenjata ditembak mati di Cheras - SUN - 25/07 2:13 pm

Siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu disyaki terbabit dalam 50 kes pecah rumah dan samun bersenjata serta terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah sejak 2022, membabitkan kerugian lebih RM3 juta. Geng penjenayah itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak





Penutupan jalan di Ipoh sempena Hari Pahlawan 2025 - SUN - 25/07 2:02 pm

IPOH: Beberapa jalan raya utama di sekitar Ipoh akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2025 pada minggu hadapan





UDA Cares perkasa bakat boling muda Perak - Sinarharian - 25/07 11:54 am

"UDA yakin dalam kelompok ini tersembunyi bakat besar yang mampu diketengahkan sebagai juara sekiranya diberi ruang, peluang, bimbingan dan sokongan," katanya dalam sidang akhbar di Lite Superbowl JB9, Angsana Ipoh Mall di sini pada Khamis. Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Safuan Rabaai; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Johari Shukri Jamil dan bekas atlet tenpin boling kebangsaan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.Mohd Annuar berkata, UDA melihat program berkenaan menjadi platform pembangunan holistik untuk generasi muda dalam membina jati diri, disiplin dan memupuk semangat kesukanan menerusi kerjasama strategik sektor awam dan swasta





Jabatan Perikanan Perak sasar sifar ikan asing di perairan negeri dalam tempoh lima tahun - Astroawani - 25/07 9:30 am

Apabila dilepaskan ke perairan umum, ikan asing bukan sahaja menjejaskan ekosistem ikan tempatan tetapi juga struktur tebing sungai.





Kekal dipenjara 35 tahun, culik dan campak mayat wanita dari jambatan - Mgazette - 25/07 7:59 am

Visvanathan mewakili Kavin manakala Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya How May Ling dan Iznina Hanim Hashim mewakili pendakwaan. Pada 27 Disember 2018, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati terhadap ketiga-tiga mereka kerana membunuh Balveer di Lebuhraya Utara-Selatan, Perak pada jam 11.02 malam, 13 Februari 2015





KKR peruntuk RM37 juta untuk Program Blackspot di seluruh negara - Mgazette - 25/07 7:59 am

# KKR peruntuk RM37 juta untuk Program Blackspot di seluruh negara KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM37 juta menerusi Cawangan Senggara Fasiliti bagi melaksankan Program Blackspot Fasa 1 dan 2 di seluruh negara pada tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM27.1 juta sudah dibelanjakan bagi 76 kerja penambaikan melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan





Kilang haram proses e-waste diserbu, rampasan lebih RM21 juta - Mgazette - 25/07 7:59 am

# Kilang haram proses e-waste diserbu, rampasan lebih RM21 juta KULIM - Sebuah kilang haram yang dipercayai menjalankan aktiviti pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara tidak sah diserbu dalam satu operasi bersepadu oleh pasukan penguat kuasa Mukim Bagan Sena, dekat sini semalam. Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata berkata, serbuan hasil risikan Cawangan Risik Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu bersama Batalion 2 PGA Kulim dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah itu menemui pelbagai bahan dan peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan terbabit, termasuk bongkah-bongkah e-waste yang dimampatkan dan belum diproses





Dua dalang geng samun bersenjata api, pecah rumah ditembak mati - Sinarharian - 25/07 7:55 am

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga asing dipercayai dalang utama geng samun bersenjata api dan pecah rumah ditembak mati dalam Ops Aman 6 di Jalan Semerah Padi Cheras di sini pada Jumaat.Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, dua suspek berkenaan disyaki terbabit dengan 50 kes pecah rumah dan samun bersenjata melibatkan kerugian lebih RM3 juta."Kedua-dua suspek terbabit yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic dikesan di kawasan Taman Pertama, Cheras oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kontinjen Pahang yang melakukan tugasan cegah jenayah melalui Op Aman 6 ketika melalui sekitar jam 3.45 pagi tadi."Kereta dinaiki suspek terbabit dikesan adalah kenderaan yang dilaporkan hilang bersabit Subang Jaya Report pada 2023," katanya ketika sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Jumaat.Turut hadir Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan.Fadil berkata, suspek bertindak agresif ketika pihak polis cuba memintas kereta mereka bagi tujuan pemeriksaan."Mereka (suspek) cuba melakukan halangan dengan melanggar kenderaan pasukan polis selain turut melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi tujuan mempertahankan diri."Suspek kemudiannya disahkan mati di dalam kenderaan dinaiki mereka ditempat kejadian akibat terkena tembakan," katanya.Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta membawa kepada penemuan dua pucuk senjata api berupa revolver dan semi auto, dadah dan peralatan yang digunakan suspek bagi tujuan melakukan jenayah samun dan pecah rumah."Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka adalah dalang kepada sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah yang dianggotai 15 warga asing."Selain menjadikan sasaran terhadap unit kediaman mewah seperti banglo, rumah tepi (corner lot) dan end lot di sekitar Lembah Klang, suspek turut aktif menyamun di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang," katanya.Fadil berkata, pihaknya juga percaya, kedua-dua suspek ini dalam perancangan untuk melakukan jenayah samun berdasarkan penemuan peralatan samun seperti pemotong besi, sarung tangan, sarung muka serta senjata api dan dadah."Pada masa ini semua elemen JSJ di Kontinjen KL, Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan sudah digerakkan bagi memburu dan mengesan baki 13 lagi suspek," katanya.Katanya, meskipun lebih 50 kes samun dan pecah rumah yang dikaitkan dengan kumpulan ini, namun pihaknya percaya jumlah mangsa mungkin lebih daripada itu akibat mereka tidak membuat laporan polis."Sehubungan itu, pihak polis menyeru kepada mereka yang menjadi mangsa samun kepada kumpulan ini supaya tampil membuat laporan di Balai Polis berhampiran selain mengalu-alukan sebarang maklumat tentang situasi mencurigakan."JSJ tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan jenayah kekerasan yang boleh menggusarkan masyarakat di negara ini dan akan memerangi mereka secara habis-habisan," katanya.





Sisa elektronik bernilai lebih RM21 juta dirampas, empat lelaki ditahan - Sinarharian - 24/07 9:53 pm

IPOH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah merampas pelbagai peralatan dan sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM21 juta dalam satu operasi bersepadu di sebuah kilang haram di Mukim Bagan Sena dekat Kulim, Kedah pada Rabu.Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi dinamakan Op Hazard itu melibatkan Cawangan Risik Batalion 18 Pengkalan Hulu, Perak dan Batalion 2 Kulim, Kedah selepas risikan mendapati premis berkenaan menjalankan pemprosesan sisa elektronik secara haram.Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kilang itu beroperasi tanpa lesen sah, dengan penemuan bongkah-bongkah sisa elektronik yang dimampatkan, selain pelbagai peralatan pemprosesan logam."Antara rampasan termasuk bongkah disyaki sisa elektronik seberat 50,000 kilogram (kg), aluminium 20,000kg, sisa enapcemar 30,000kg, longgokan sisa debu dan dua forklift."Turut dirampas, tiga buldozer, tiga mesin pelebur logam, dua mesin campuran dan sebuah mesin penghancur dan rampasan dilakukan oleh JAS Kedah dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM21.25 juta," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Shahrum berkata, seorang lelaki tempatan dan tiga warga asing dari China dan Myanmar berusia antara 36 hingga 45 tahun ditahan, dengan dua warga Myanmar tidak memiliki dokumen perjalanan sah."Kes disiasat mengikut Seksyen 18, 34A dan 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 6 Peniaga Sekendhend 1946 serta peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.Beliau berkata, kegiatan pemprosesan sisa elektronik tanpa kawalan boleh memberi kesan serius kepada alam sekitar dan kesihatan awam kerana bahan buangan seperti plumbum, merkuri dan kadmium berpotensi mencemarkan tanah dan air





National Archives boosts academic research with historical contributions - SUN - 24/07 8:40 pm

ANM director-general Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman emphasized the agencys role in safeguarding national heritage through archival collections and partnerships. We aim to ensure historical materials remain accessible for future generations, he said during the launch of the book *Warisan Sejarah Hulu Reman - Hulu Perak*




Reformasi     >>



Muhyiddin gesa polis jangan terikut-ikut guna akta .. - Mkini
Dia bidas kerajaan, terutama Anwar, terkait penggunaan Akta Hasutan ke atas sejumlah peserta himpunan Turun Anwar
Kroni     >>



Revamped MM2H programme generates RM839.9mil in .. - Star
KUALA LUMPUR: The revamped Malaysia My Second Home (MM2H) programme has generated a total of RM839.9mil in revenue since the introduction of new criteria last year, says Datuk Seri Tiong King Sing (pic). Read full story
Tabloid     >>



Anwar Di Hadapan, Kuasa Besar Di Belakang Thailand, .. - Rotikaya
Gencatan senjata tanpa syarat yang dicapai serta merta oleh Thailand dan Kemboja dalam konflik sempadan mereka adalah hasil strategi diplomasi Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN yang melibatkan China... Baca selanjutnya → The post Anwar Di Hadapan, Kuasa Besar Di Belakang ..
Tech     >>



Ouch -- China Apple Support recommends a Samsung .. - Appleinsider
An Apple Support post on China's Weibo social media platform started out as promoting an iPhone feature, but then became an ad for Samsung AI thanks to a Weibo error. Apple Support says you might like the Samsung Galaxy Z Flip7 image credit: Samsung Maybe it's a little geeky to know all the model ..
World     >>



US allies break with Trump to force diplomatic shift .. - BBC
As Canada joins France and the UK with plans to recognise a Palestinian state, the US stands firmly with Israel - but does Trump have a long-term plan for Gaza's future?
Motor Trend     >>



Strategi Hibrid Berkesan, Lamborghini Catat Rekod .. - Careta
Manakala keuntungan operasi pula mencecah 431 juta, sedikit menurun, terutamanya disebabkan oleh kesan pertukaran mata wang asing yang tidak menguntungkan pada suku terakhir. Namun begitu, dari segi jualan, Lamborghini mencatat rekod baharu dengan 5,681 unit kenderaan dihantar ke seluruh dunia