| /// |
|
| Headlines : Malaysia Gazette News | Page 1 |
|
Polis tahan 14 pelajar lelaki disyaki bergaduh guna senjata di Tawau - 9/10 7:25 am # Polis tahan 14 pelajar lelaki disyaki bergaduh guna senjata di Tawau TAWAU - Polis menahan 14 pelajarlelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan pelajar menggunakan senjata di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara di sini pada Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Rosdi Mat Jusoh berkata suspek berusia 12 hingga 14 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau semalam. Polis menerima laporan berkaitan pergaduhan itu pada 6 petangIsnin lepas .. |
|
Jerebu: Semua sekolah di Melaka tutup esok, dilanjut hingga Isnin jika... - 9/10 7:25 am # Jerebu: Semua sekolah di Melaka tutup esok, dilanjut hingga Isnin jika IPU tinggi MELAKA Semua sekolah di seluruh Melaka ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan utama melepasi 150, sekali gus mencapai tahap tidak sihat. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penutupan akan dilanjutkan sehingga Isnin jika bacaan IPU 150 selama tiga hari bermula Jumaat. Ketika ini menurut beliau, bacaan IPU masih pada .. |
|
Orang Asli Semelai mahu rundingan bersama Wan Rosdy, tolak tawaran 70:30 - 9/10 7:25 am # Orang Asli Semelai mahu rundingan bersama Wan Rosdy, tolak tawaran 70:30 BERA - Masyarakat Orang Asli Semelai mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail campur tangan dan mengadakan rundingan terlebih dahulu bagi menyelesaikan kemelut tanah di Tasek Bera, susulan operasi penguatkuasaan yang menurut mereka terus menjejaskan kebun serta sumber pendapatan penduduk. Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Tanah Orang Asli Semelai Tasek Bera, Romani Mohd berkata, mereka mahu .. |
|
Lelaki maut, seorang cedera kereta rosak dilanggar treler sebelum terbakar - 9/10 7:25 am # Lelaki maut, seorang cedera kereta rosak dilanggar treler sebelum terbakar MUAR - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka rosak di tepi jalan sebelum dirempuh treler di kilometer 138.9 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian pukul 12.15 tengah malam itu melibatkan kereta Proton Wira dan treler jenis Scania. "Siasatan awal mendapati Proton Wira yang .. |
|
STR ubah tanah sukar diusahakan kepada ladang sawit – Wan Rosdy STR .. - 9/10 7:25 am # STR ubah tanah sukar diusahakan kepada ladang sawit - Wan Rosdy TEMERLOH - Tanah rakyat yang sebelum ini sukar diusahakan secara individu akibat lokasi jauh, berbukit dan berada dalam kawasan hutan kini dibangunkan secara berkelompok menerusi Program Pembangunan Skim Tanah Rakyat (STR), dengan tanaman kelapa sawit dijangka mula menghasilkan buah pada 2028. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pendekatan pembangunan secara berpusat itu dilaksanakan bagi memastikan .. |
|
151 petak niaga semarakkan Bazar Deepavali 2026 di Kuala Lumpur - 9/10 7:25 am # 151 petak niaga semarakkan Bazar Deepavali 2026 di Kuala Lumpur KUALA LUMPUR - Sebanyak 151 petak niaga bakal memeriahkan sambutan Deepavali di sini, menerusi Bazar Deepavali 2026 yang berlangsung selama 30 hari mulai 9 Oktober hingga 7 November ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, 131 petak ditempatkan di Kompleks Tun Sambanthan, Jalan Tun Sambanthan 1 dan 20 petak lagi di Jalan Bunus 6, Masjid India. Penganjuran bazar berkenaan buat julung kalinya dilaksanakan .. |
|
ACC Piala Shopee: JDT tiada belas kasihan, belasah PRK Svay Rieng... - 9/10 7:25 am # ACC Piala Shopee: JDT tiada belas kasihan, belasah PRK Svay Rieng 6-0 ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Tazim (JDT) tidak menunjukkan belas kasihan selepas memusnahkan impian PKR Svay Rieng FC apabila menang 6-0 pada aksi Kumpulan B saingan Kejuaraan Kelab Asean (ACC) Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini, malam ini. SSI bergema dengan sorakan kira-kira 15,000 penonton yang terbius dengan aksi dipamerkan JDT terutama ledakan demi ledakan gol yang menembusi gawang pasukan pelawat .. |
|
SPSB persoal dakwaan Felda rugi ???RM1.7 bilion – Peguam - 9/10 7:25 am # SPSB persoal dakwaan Felda rugi RM1.7 bilion - Peguam KUALA LUMPUR - Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) mempersoalkan asas dakwaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal mengalami kerugian sebanyak RM1.7 bilion berkaitan projek pembangunan tanah di Jalan Semarak. Peguamnya, Amrit Pal Singh berkata, pihaknya mahu mengetahui fakta dan asas pengiraan yang digunakan sehingga angka RM1.7 bilion itu dikemukakan. Dekat mana Felda rugi RM1.7 bilion itu? Fakta mana yang digunakan untuk .. |
|
Jerebu: Semua institusi pendidikan di N. Sembilan ditutup esok - 9/10 7:25 am # Jerebu: Semua institusi pendidikan di N. Sembilan ditutup esok SEREMBAN - Semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri berkenaan. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan penutupan itu dibuat selaras dengan kenyataan KPM hari ini berdasarkan bacaan Indeks PencemarUdara (IPU) di tiga stesen pemantauan di negeri berkenaan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai pada 5 petang. "Institusi .. |
|
Pelajar Tingkatan Dua cedera dipukul di asrama sekolah di Kuala Pilah - 9/10 7:25 am # Pelajar Tingkatan Dua cedera dipukul di asrama sekolah di Kuala Pilah KUALA PILAH - Seorang pelajar lelaki tingkatan dua cedera selepas dipercayai dipukul pelajar tingkatan empat di sebuah asrama sekolah menengah di daerah ini pada 27 Sept lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Muhammad Mustafah Hussin berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.40 malam di sebuah asrama sekolah berkenaan. Siasatan awal mendapati mangsa berusia 14 tahun itu telah dipanggil oleh suspek .. |
|
Philippines flags near-doubling of Chinese presence in disputed waters - 9/10 7:25 am # Philippines flags near-doubling of Chinese presence in disputed waters MANILA - China's military and coast guard presence in South China Sea waters claimed by the Philippines nearly doubled last month, Manila said Thursday, the same day it reported a fresh standoff near a disputed shoal during the rescue of a sick sailor. Beijing claims most of the strategic waterway despite an international ruling that its assertion has no legal basis, and confrontations between Philippine and Chinese ships .. |
|
Belanjawan N. Sembilan tetap dibentang walau tanpa Exco ??? MB Ismail - 9/10 7:25 am # Belanjawan N. Sembilan tetap dibentang walau tanpa Exco MB Ismail SEREMBAN - Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan akan diadakan pada 27 Nov ini walaupun tanpa kehadiran barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), kata Menteri Besar Datuk Ismail Lasim. Beliau berkata Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya bermula 16 Okt ditangguhkan bagi memberi ruang secukupnya untuk merangka belanjawan tersebut. "Cadangannya, perasmian Persidangan DUN pada 26 Nov diikuti dengan .. |
|
Jerebu: Semua sekolah di Selangor ditutup mulai esok hingga diberitahu .. - 9/10 7:25 am # Jerebu: Semua sekolah di Selangor ditutup mulai esok hingga diberitahu kelak KUALA LUMPUR - Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor diarahkan tutup sepenuhnya mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri ini. Pengarah Pendidikan Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata, penutupan itu akan diteruskan sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Menurutnya, arahan berkenaan selaras dengan kenyataan .. |
|
MCMC siasat isu gambar, video AI libat pelajar dan guru di... - 9/10 7:25 am # MCMC siasat isu gambar, video AI libat pelajar dan guru di Kedah KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di media sosial untuk menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa melibatkan pelajar dan guru di sebuah sekolah di Kedah. MCMC dalam satu kenyataan menegaskan, penyalahgunaan teknologi AI untuk menghasilkan atau menyebarkan kandungan seksual .. |
|
4 tahun lepas tiada kes, tiba-tiba 2026 datang geledah rumah macam... - 8/10 4:23 pm # 4 tahun lepas tiada kes, tiba-tiba 2026 datang geledah rumah macam penjenayah - Nazir Hussin KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah dan menyita beberapa kenderaan miliknya pada 30 September lalu. Tokoh korporat itu mendakwa, tindakan dan cara penyitaan tersebut pada pandangannya merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh agensi tersebut. Pada 30 .. |
|
LCS: Ikmal nafi kerajaan terdahulu lulus tambahan kos RM2.1 bilion - 8/10 4:23 pm # LCS: Ikmal nafi kerajaan terdahulu lulus tambahan kos RM2.1 bilion KUALA LUMPUR Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan menafikan dakwaan kerajaan terdahulu meluluskan peningkatan peruntukan projek kapal tempur pesisir (LCS) daripada RM9.2 bilion kepada RM11.3 bilion. Beliau berkata, keputusan meningkatkan peruntukan projek berkenaan termasuk mengurangkan jumlah kapal daripada enam kepada lima dibuat di bawah Kerajaan Madani menerusi .. |
|
Peguam pemerhati diminta undur diri wakili saksi pendakwaan kes Sayed .. - 8/10 4:23 pm # Peguam pemerhati diminta undur diri wakili saksi pendakwaan kes Sayed Amir Muzzakkir KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan seorang peguam pemerhati menarik diri daripada bertindak mewakili seorang saksi pendakwaan pada perbicaraan kes Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad terhadap tiga pertuduhan menerima suapan RM350,000, empat tahun lalu. Hakim Rosli Ahmad mengeluarkan perintah itu selepas meneliti isu yang dibangkitkan oleh peguam Datuk Yaacob Md. Sam mewakili tertuduh yang .. |
|
Azeez Rahim cabar tindakan LHDN batal penyelesaian cukai dan penalti RM4.8 .. - 8/10 4:23 pm # Azeez Rahim cabar tindakan LHDN batal penyelesaian cukai dan penalti RM4.8 juta KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatalkan perjanjian terdahulu berhubung penyelesaian bayaran cukai dan penalti berjumlah RM4.8 juta. Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu didengar di Mahkamah Tinggi hari ini dan akan diputuskan oleh Hakim S. Indra Nehru pada 11 .. |
|
Jerebu: KPM jangan bertangguh lagi, buat keputusan segera - 8/10 4:23 pm # Jerebu: KPM jangan bertangguh lagi, buat keputusan segera KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) digesa segera bermesyuarat dan membuat keputusan berhubung status sesi persekolahan susulan keadaan berjerebu yang semakin serius. Pengarah Strategik Nasional MIC, Datuk C Sivaraj berkata, KPM tidak lagi boleh berlengah-lengah memandangkan bencana jerebu mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan khususnya dalam kalangan kanak-kanak. Menurutnya, situasi jerebu boleh menyebabkan batuk, sesak .. |
|
Lelaki didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah ikut konvoi TPM - 8/10 4:23 pm # Lelaki didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah ikut konvoi TPM KUALA LUMPUR Gara-gara gagal mematuhi arahan polis ketika mengekori konvoi rasmi Timbalan Perdana Menteri, seorang lelaki berusia 27 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur hari ini. Lelaki berbangsa India itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 21(1) Akta Polis 1967 kerana gagal mematuhi arahan anggota polis yang sedang menjalankan tugas. Pertuduhan itu dibuat susulan kejadian tular .. |
|
Remaja maut dalam perjalanan ke hospital, dua adik maut di lokasi... - 8/10 4:23 pm # Remaja maut dalam perjalanan ke hospital, dua adik maut di lokasi - Polis PONTIAN - Seorang remaja meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala dua adiknya maut di lokasi selepas motosikal dinaiki tiga beradik itu kemalangan di Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong di sini hari ini. Kejadian pukul 7.20 pagi itu melibatkan motosikal dan sebuah muatan kelapa sawit, ketiga-tiga mangsa masing-masing berusia 18, 11 dan lapan tahun. Ketua Polis Daerah Pontian, .. |
|
Myanmar sedia mudahkan proses, tanggung kos hantar pulang rakyatnya -PM - 8/10 4:23 pm # Myanmar sedia mudahkan proses, tanggung kos hantar pulang rakyatnya -PM PUTRAJAYA - Myanmar bersedia memudahkan proses penghantaran pulang warganya secara besar-besaran dan menanggung kos berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau berkata setakat ini, lebih 10,493 warga dan petugas Myanmar telah dihantar pulang ke negara itu menerusi penerbangan dan kapal tentera laut, manakala urusan penghantaran pulang seterusnya akan dirundingkan antara Kementerian Dalam Negeri .. |
|
Jerebu: Lima penerbangan ditangguhkan, lencongkan ke KL, Singapura – .. - 8/10 4:23 pm # Jerebu: Lima penerbangan ditangguhkan, lencongkan ke KL, Singapura - Anthony ISKANDAR PUTERI - Jerebu yang teruk di negeri ini menyebabkan lima penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di Kulai dekat sini hari ini ditangguhkan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu terpaksa diambil kerana jarak penglihatan menjadi sangat rendah dan terhad sekali gus berisiko untuk pesawat tidak dapat mendarat. Beliau memberitahu, keputusan tersebut demi mematuhi piawaian .. |
|
Tiga rakan didenda RM24,000 kerana ugut dan cederakan dua beradik guna... - 8/10 4:23 pm # Tiga rakan didenda RM24,000 kerana ugut dan cederakan dua beradik guna pisau, parang BUTTERWORTH - Tiga rakan didenda RM24,000 keseluruhan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melakukan ugutan bunuh terhadap seorang lelaki dan mencederakan adiknya menggunakan parang, bulan lalu. Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Asyraf Hazlami Hussin, 30, Mohamad Kamarudin Hasan, 36, dan Muhamad Muzzamir Bokhari, 36, selepas masing-masing mereka .. |
|
MCMC siasat individu kaitkan kematian pelajar Indonesia dengan kes Irene .. - 8/10 4:23 pm # MCMC siasat individu kaitkan kematian pelajar Indonesia dengan kes Irene Sofiya KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan disyaki palsu di Facebook dengan mengaitkan kematian seorang pelajar lelaki Indonesia berusia tujuh tahun dengan kes kematian pelajar, Irene Sofiya di Yong Peng, Johor. MCMC dalam kenyataan memaklumkan, hantaran yang dimuat naik pada 5 Oktober lalu itu turut mengaitkan kedua-dua .. |
|
Usul jerebu perlu diperlu dibahas secara menyeluruh – MP Kota Melaka - 8/10 4:23 pm # Usul jerebu perlu diperlu dibahas secara menyeluruh - MP Kota Melaka KUALA LUMPUR Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mahu isu jerebu dibahaskan di Dewan Rakyat meskipun usul itu ditolak sebelum ini. Ini kerana menurut beliau, situasi pencemaran udara yang semakin serius ketika ini dan memerlukan usul jerebu dibahas secara menyeluruh di Parlimen kerana melibatkan pelbagai kementerian. Beliau yang bingkas bangun selepas selesai sesi soalan lisan hari ini berkata, usul berkenaan ditolak Pejabat .. |
|
Jerebu: Guru, kakitangan sekolah dibenarkan BDR sepanjang sekolah ditutup - 8/10 8:13 am # Jerebu: Guru, kakitangan sekolah dibenarkan BDR sepanjang sekolah ditutup JOHOR BAHRU - Semua guru dan kakitangan sekolah seluruh Johor dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan sekolah di negeri ini selama dua hari bermula esok. Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) memaklumkan, keputusan tersebut selepas mendapat pertimbangan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang membenarkan bekerja dari rumah bagi warga pendidik dan staf sokongan itu. Bagaimanapun, .. |
|
Belanjawan 2027 perlu utamakan tenaga kesihatan, rawatan kanser ??? Dr .. - 8/10 8:13 am # Belanjawan 2027 perlu utamakan tenaga kesihatan, rawatan kanser Dr Novalan KUALA LUMPUR Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan lebih besar kepada pengukuhan sistem kesihatan awam, termasuk kebajikan tenaga kerja, rawatan kanser, pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan primer. Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC merangkap Pengerusi Biro Kesihatan MIC Kebangsaan, Dr T Novalan berkata, peruntukan tambahan diperlukan bagi memastikan sistem kesihatan negara terus mampu memenuhi keperluan .. |
|
Kerajaan siap sedia hadapi cuaca panas dijangka cecah 40 darjah Celsius .. - 8/10 8:13 am # Kerajaan siap sedia hadapi cuaca panas dijangka cecah 40 darjah Celsius - Mohamad GEORGE TOWN - Kerajaan sedang membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan cuaca panas melampau dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius dari penghujung tahun ini hingga April tahun depan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementeriannya turut mendapatkan pandangan pakar dalam bidang kecerdasan buatan (AI), sains dan teknologi bagi mencari kaedah terbaik .. |
|
Samun di Genting Highlands: Polis tahan 7 individu, suspek utama masih... - 8/10 8:13 am # Samun di Genting Highlands: Polis tahan 7 individu, suspek utama masih dikesan KUANTAN - Polis menahan tujuh individu termasuk beberapa warga asing bagi membantu siasatan kes samun barang kemas seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands, Bentong pada Ogos lepas. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata kesemua individu berusia 25 hingga 64 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang antara 20 Ogos hingga 3 .. |
|
Penumpang warga Filipina naiki penerbangan Subang-Laos tanpa bagasi kabin .. - 8/10 8:13 am # Penumpang warga Filipina naiki penerbangan Subang-Laos tanpa bagasi kabin CGT Asia KUALA LUMPUR - CGT Asia Limited mengesahkan hanya seorang warga Filipina berada di dalam pesawatnya ketika ia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (WMSA), Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos, pada 1 Oktdan penumpang itu menaiki pesawat tanpa membawa sebarang bagasi kabin. Ketua Pegawai Eksekutif CGT Asia Kapten Darren Chan Chee Seng berkata pesawat Learjet 55Byang .. |
|
Polis tahan empat warga tempatan, disyaki seludup enam warga asing - 8/10 8:13 am # Polis tahan empat warga tempatan, disyaki seludup enam warga asing KOTA BHARU - Polis menahan empat warga tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan enam warga asing dalam operasi di Jalan Gua Musang-Lojing di sini, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kesemua suspek tempatan, terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 36 tahun dipercayai membawa warga asing berkenaan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Beliau berkata .. |
|
Dua lelaki cedera dilibas pedang, suspek ditahan - 8/10 8:13 am GUA MUSANG - Dua lelaki tempatan cedera selepas dilibas dengan sebilah pedang dalam kejadian pergaduhan di sebuah stor getah di RPT Kesedar Sungai Terah, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kejadian pada 8.30 malam itu, melibatkan mangsa berusia 33 dan 40 tahun yang masing-masing mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lengan. Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku, ketika beberapa individu sedang berbincang bagi menyelesaikan .. |
|
DUN Sarawak dijangka dibubar November, selepas belanjawan negeri – .. - 8/10 8:13 am # DUN Sarawak dijangka dibubar November, selepas belanjawan negeri - Abdul Karim KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan pada November atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata belanjawan itu, bakal dibentangkan pada persidangan DUN Sarawak akan datang. Beliau berkata Kerajaan Negeri Sarawak juga tidak akan membiarkan DUN Sarawak terbubar .. |
|
Jerebu: 807 sekolah agama, institusi pendidikan Islam bawah JAINJ ditutup - 8/10 8:13 am # Jerebu: 807 sekolah agama, institusi pendidikan Islam bawah JAINJ ditutup JOHOR BAHRU - Semua 807 sekolah agama dan institusi pendidikan Islam di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan ditutup dua hari mulai esok susulan keadaan jerebu dan pencemaran udara yang semakin teruk di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, penutupan itu melibatkan 575 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor; tiga buah Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor dan 239 .. |
|
Jerebu: Sultan Pahang titah rakyat sama-sama doa mohon hujan - 8/10 8:13 am # Jerebu: Sultan Pahang titah rakyat sama-sama doa mohon hujan KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat Pahang dan Malaysia amnya agar bersama-sama berdoa dan memohon ke hadrat Allah SWT supaya diturunkan hujan bagi membantu meredakan keadaan jerebu yang melanda ketika ini. Baginda turut menzahirkan harapan agar masyarakat serta pihak syarikat perladangan di Kalimantan, Indonesia, diberikan kesedaran dan dibukakan hati untuk .. |
|
98 sampel anjing diambil, tiada kes positif rabies di Kubang Pasu - 8/10 8:13 am # 98 sampel anjing diambil, tiada kes positif rabies di Kubang Pasu ALOR SETAR - Sebanyak 98 sampel haiwan telah diambil bagi tujuan pengesanan rabies dalam operasi kawalan dan pencegahan penyakit itu di daerah Kubang Pasu sejak 27 Sept hingga semalam. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah Dr Shaharul Akmar Talib berkata dalam tempoh itu, tiada kes positif rabies dilaporkan hasil persampelan berkenaan. Beliau berkataoperasi survelan itu dilaksanakan dalam radius 10 kilometer dari .. |
|
ECRL semakin hampir beroperasi, ahli Lembaga Pengarah MRL nilai .. - 7/10 4:58 pm # ECRL semakin hampir beroperasi, ahli Lembaga Pengarah MRL nilai kesiapsiagaan sistem KUALA LUMPUR - Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mencatat perkembangan positif dalam persediaan menuju pengoperasian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) apabila dua jawatankuasa Lembaga Pengarahnya mengadakan mesyuarat di dalam Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL. Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Teknikal serta Jawatankuasa Audit, Risiko dan Tadbir Urus Lembaga itu berlangsung semalam sepanjang .. |
|
Selama 12 hari dalam tahanan, keluarga hanya tahu selepas Noorizwan .. - 7/10 4:58 pm # Selama 12 hari dalam tahanan, keluarga hanya tahu selepas Noorizwan meninggal - Nooranis PETALING JAYA - Walaupun abang saya salah, walaupun abang saya jahat, kenapa diperlakukan sebegini? Itu persoalan adik kepada tahanan yang meninggal dunia, Noorizwan Zulkefly, 42, ketika meluahkan kekecewaan terhadap cara keluarganya dimaklumkan mengenai kematian mangsa baru-baru ini. Nooranis mendakwa, keluarganya tidak dimaklumkan mengenai penahanan abangnya sejak ditahan pada September lalu. Lebih .. |
|
Proses RCI LCS lambat, Pasir Gudang mahu siasatan segera agensi penguat... - 7/10 4:58 pm # Proses RCI LCS lambat, Pasir Gudang mahu siasatan segera agensi penguat kuasa KUALA LUMPUR Proses Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) disifatkan mengambil masa dan menyusahkan, justeru siasatan segera oleh agensi penguat kuasa perlu dilakukan. Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata, walaupun terdapat cadangan supaya RCI diwujudkan bagi menyiasat isu LCS, pendekatan itu mempunyai kelemahan dari segi tempoh siasatan. Ada cadangan daripada .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |