| /// |
|
| Headlines : Sinar Harian Politik News | Page 1 |
|
Empat penggal DUN Maharani milik pembangkang, MB Johor rayu pengundi beri .. - 1/07 4:14 pm MUAR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani agar memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerusi ituselepasempat penggal dikuasai pembangkang.Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini merupakan medan penting bagi rakyat menentukan hala tuju kawasan berkenaan sama ada terus ditadbir pembangkang atau kembali kepada BN."Dah hampir empat penggal Maharani jadi kawasan pembangkang, antara sebabnya .. |
|
'Kesepakatan umat perlu realistik, bukan penuhi nafsu politik' - Syed Ali - 1/07 3:22 pm KUALA LUMPUR Agenda penyatuan umat perlu digerakkan secara realistik, telus dan berlandaskan kepentingan agama serta negara, bukannya dijadikan alat untuk memenuhi kepentingan atau nafsu politik mana-mana pihak.Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, penyatuan umat hanya mampu dibentuk menerusi rasa tanggungjawab dan semangat keikhlasan dalam kalangan parti-parti politik Melayu.Menurutnya, usaha tersebut tidak seharusnya dibelenggu oleh kepentingan peribadi .. |
|
PRN Johor: Parti Rafizi berpotensi pecahkan undi PH, beri kelebihan kepada .. - 1/07 2:55 pm KUALA LUMPUR Keputusan Parti Bersama yang dipimpin Datuk Seri Rafizi Ramli bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berpotensi memecahkan undi penyokong Pakatan Harapan (PH), sekali gus memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, dalam sistem pilihan raya first-past-the-post, risiko berlakunya pecah undi adalah sesuatu .. |
|
Bersatu sokong calon guna lambang PN, bukan BN - Tun Faisal - 1/07 2:29 pm SHAH ALAM - Pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal pada dasar Perikatan Nasional (PN) dengan memberi sokongan kepada semua calon gabungan itu dan bukannya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkara itu amat jelas berikutan tiada sebarang ketetapan rasmi telah dibuat oleh Majlis Tertinggi PN berhubung arahan sokongan kepada parti lawan atau Kerajaan .. |
|
Empat kerusi BN lawan PN, bukti dakwaan 'PN bantu BN' tidak benar - Ka .. - 1/07 12:08 am JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 tidak berasas.Katanya empat kerusi yang ditandingi MCA di bawah tiket BN iaitu Jementah, Paloh, Layang-Layang dan Stulang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan BN, Pakatan Harapan (PH) dan PN."Empat kerusi BN-MCA dalam PRN Johor kali ini iaitu Jementah, Paloh, Layang-Layang dan Stulang, berdepan saingan .. |
|
Calon tunggal PSM ikut jejak calon Bersama isytihar harta - 1/07 11:48 am JOHOR BAHRU - Calon tunggal Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut jejak 15 calon dari Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang mengambil langkah mengisytihar harta pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.Amir Syafiq Ameer Soekre, 40, yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai mengisytihar harta, pendapatan dan perbelanjaan secara akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun 1960."Kesemua anggaran berkaitan aset, hutang dan perbelanjaan saya adalah terkandung di dalam mengisytiharan .. |
|
'Tiada siapa suruh, halang Kor Ming letak jawatan' - Ab Rauf - 1/07 8:40 am MELAKA - Barisan Nasional (BN) Melaka tidak membantah hasrat Nga Kor Ming untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekiranya BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tiada mana- mana pihak menyuruh atau menghalang pemimpin DAP itu berbuat demikian."Sebenarnya saya tak nak komen, tapi bila dia dah mengatakan bahawa dia nak letak jawatan, siapa larang dia letak jawatan? .. |
|
Dr Mahathir minta undi calon Melayu dalam surat terbuka - 30/06 8:45 pm SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya mahu negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu.Menerusi surat terbuka, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, orang Melayu bakal berdepan pilihan calon dan kesan daripada pemilihan itu amat besar."Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu, undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO .. |
|
PRN Johor: BN Pahang fokus bantu kemenangan calon di kawasan Felda - 30/06 6:49 pm KUANTAN Barisan Nasional (BN) Pahang memperkukuh gerak kerja kempen bagi membantu memastikan kemenangan calon-calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, khususnya di kawasan Felda.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BN dan UMNO Pahang diberi tanggungjawab untuk menyelaras gerak kerja parti di Parlimen Tanjung Piai dan Pontian, melibatkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pekan Nanas, Pulai Sebatang, Benut dan Kukup.Menurutnya, BN Pahang turut diberi .. |
|
'Memang kita nak dia letak jawatan' - Tok Mat sindir Kor Ming - 30/06 6:18 pm MUAR - Barisan Nasional (BN) tidak menghalang hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk meletakkan jawatan sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dibebaskan.Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, urusan membentuk kerajaan negeri tidak seharusnya dikaitkan dengan isu tersebut atau kerajaan Persekutuan."Alhamdulillah, letaklah jawatan. Memang kita nak dia letak jawatan. Kalau BN menang di .. |
|
BN nafi terlibat rosakkan bahan kempen PH - 30/06 4:55 pm JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) menafikan sebarang penglibatan gabungan tersebut dalam insiden kerosakan bendera dan bahan kempen Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Ketua Penerangan BN Johor, Md Israk Abdullah berkata, BN negeri tidak pernah mengarahkan, menggalakkan atau merestui politik vandalisme."Kita berkempen secara matang, berfakta dan berdisiplin. Jangan ada pihak cuba mengambil kesempatan menjadikan insiden ini sebagai modal untuk memburukkan nama BN .. |
|
Jika BN, Pas 'dua kali lima', PH pilihan terbaik pengundi - Chin Tong - 30/06 4:29 pm SHAH ALAM - Pengundi yang sebelum ini menyokong Perikatan Nasional (PN) kerana menolak Barisan Nasional (BN) dijangka melihat Pakatan Harapan (PH) sebagai pilihan terbaik sekiranya UMNO dan Pas dianggap sebagai 'dua kali lima'.Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, persepsi bahawa UMNO dan Pas tidak mempunyai banyak perbezaan itu dijangka mendorong kumpulan pengundi berkenaan mengalihkan sokongan mereka kepada PH."Saya percaya, sebahagian daripada mereka akhirnya akan membuat .. |
|
PRN Johor: Kehadiran pemimpin Pas ke program BN tarik perhatian - 30/06 3:31 pm BATU PAHAT - Kehadiran dua pemimpin Pas Batu Pahat pada Majlis Penyampaian Amanat Kepada Jentera Barisan Nasional (BN) Bahagian Batu Pahat di Rengit, pada Selasa mencuri perhatian.Dua pemimpin berkenaan ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Batu Pahat, Misran Samian dan Ahli Jawatankuasa PAS kawasan, Hazrin Abd Hamid.Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kehadiran kedua-dua pemimpin Pas itu sebagai perkembangan yang positif dan membuktikan BN bersedia menerima sokongan daripada .. |
|
'Puad Zarkashi nak serang saya, silakan... asalkan pengundi tak .. - 30/06 3:14 pm BATU PAHAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak tergugat dengan serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Menteri Besar Johor itu sebaliknya berharap pengundi tidak mudah terpengaruh dengan politik berasaskan serangan peribadi.Menurut beliau, tindakan menyerang individu bukanlah budaya politik yang sihat, malah perjuangan dalam pilihan raya seharusnya memberi keutamaan .. |
|
PRN Johor: 'Akak kapal' bawa kepakaran maritim, tekad bangunkan ekonomi .. - 30/06 3:01 pm MUAR - Berbekalkan pengalaman dalam industri perkapalan serta minyak dan gas, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, Ayna Soraya Badaruddin mahu memanfaatkan kepakaran dalam kejuruteraan maritim untuk mengangkat potensi sektor perikanan sebagai pemacu ekonomi penduduk setempat.Calon berusia 31 tahun yang dikenali sebagai 'akak kapal' itu berkata, kawasan Parit Jawa dan Pantai Leka mempunyai kelebihan semula jadi yang besar, namun memerlukan pembangunan lebih .. |
|
'Jemput Calon' beri kuasa kepada pengundi nilai calon - Bersama - 30/06 2:20 pm JOHOR BAHRU Parti Bersama memperkenalkan inisiatif 'Jemput Calon' yang membolehkan pengundi sendiri menjemput calon hadir ke rumah atau premis mereka untuk sesi dialog dan soal jawab.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pendekatan itu bertujuan mengubah budaya kempen politik yang selama ini terlalu bergantung kepada penganjuran program berskala besar dan menelan kos tinggi.Menurutnya, calon yang meminta mandat daripada rakyat seharusnya hadir memenuhi jemputan pengundi, bukannya .. |
|
PRN Johor: Bersama umum lima Aku Janji Khidmat - 30/06 2:03 pm JOHOR BAHRU - Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) tidak tampil dengan manifesto pilihan raya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya memperkenalkan lima Aku Janji Khidmat.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata pendekatan itu diambil kerana parti berkenaan hanya bertanding di 15 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus tidak berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri.Katanya, lima aku janji berkenaan menjadi komitmen calon-calon Bersama untuk terus .. |
|
PRN Johor: Kerjasama Pas-BN jelas, untungkan PH - Fuziah - 30/06 1:31 pm JOHOR BAHRU Seruan Pas supaya penyokongnya tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai petunjuk jelas wujud usaha kerjasama politik antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN).Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kenyataan pimpinan Pas itu wajar dijadikan pertimbangan oleh pengundi Johor dalam menentukan bentuk kerajaan yang mahu dipilih pada PRN kali ini."Saya kira ini adalah untuk pengundi di Johor berfikir. Maksudnya .. |
|
PRN Johor: Pas lebih tegas berbanding Bersatu - UMNO Selangor - 30/06 1:25 pm SHAH ALAM - Ketetapan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyeru pengundi menolak Pakatan Harapan (PH) dalam pertembungan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan kematangan dengan mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi perbezaan politik.Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, mesej disampaikan Presiden Pas itu cukup jelas iaitu sekiranya mahu menghalang kemenangan PH, pilihan yang ada ialah mengundi BN.Beliau berkata, walaupun parti .. |
|
Manifesto PH sudah dimuktamadkan - Fuziah - 30/06 12:50 am JOHOR BAHRU - Manifesto Pakatan Harapan (PH) telah dimuktamadkan dan dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa hari lagi.Setausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 itu menepati kehendak rakyat Johor termasuk menyentuh kebajikan belia."Tidak lama lagi, sehari dua ini. Insya- ALLAH sudah final. Manifesto ini akan menepati kehendak rakyat Johor termasuk menyentuh kebajikan belia," katanya pada sidang .. |
|
Amal demokrasi matang, bukan main sentimen agama dan kaum - 30/06 12:37 am SHAH ALAM Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 diseru mengamalkan budaya demokrasi yang matang dengan menumpukan kempen kepada dasar, fakta dan penyelesaian isu rakyat, bukannya memainkan sentimen agama serta kaum.Pengarah Jentera Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, calon, jentera parti dan penyokong perlu mengelakkan sebarang bentuk fitnah, provokasi serta ucapan kebencian yang menyentuh isu 3R iaitu kaum, .. |
|
Sokongan Pas kepada calon BN halang penguasaan PH di Johor - Annuar - 30/06 11:31 am SHAH ALAM - Pas menegaskan parti itu tidak memusuhi UMNO sebaliknya mengambil pendirian berasaskan kepada prinsip dan kepentingan ummah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) membuktikan parti itu tidak mengamalkan politik sempit atau dipengaruhi emosi.Menurut beliau, sokongan itu juga bertujuan .. |
|
Aplikasi khas selami masalah penduduk Puteri Wangsa - Maszlee - 30/06 10:20 am JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik merancang untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih khususbagi memudahkan penduduk menyalurkan aduan dan masalah setempat sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.Beliau berkata, pendekatan praktikal amat diperlukan memandangkan kedudukan geografi kawasan Puteri Wangsa yang luas serta demografi penduduknya yang sangat rencam, bermula darikawasan elit seperti .. |
|
Gandingan YDPA, Anwar pacu kestabilan, perpaduan dan ekonomi Johor - .. - 30/06 8:17 am KUALA LUMPUR Gandingan kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan berjaya mewujudkan kestabilan politik yang menjadi pemangkin kepada pengukuhan perpaduan serta pertumbuhan ekonomi di Johor.Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya, Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata, Johor kini berada pada fasa penting dalam landskap politik, pentadbiran dan pembangunan ekonominya.Menurut beliau, kejayaan yang .. |
|
'Kita buta warna kulit' - Onn Hafiz jawab dakwaan pemimpin rasis - 29/06 10:10 pm JOHOR BAHRU Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan beliau bukan seorang pemimpin yang bersifat rasis, sebaliknya komited menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Johor tanpa mengira kaum dan latar belakang.Beliau berkata, dakwaan yang melabelkan dirinya sebagai pemimpin rasis merupakan tohmahan pihak tertentu yang ketandusan modal untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.Katanya terdapat individu yang didakwa sebelum ini tidak pernah kelihatan di Johor, .. |
|
Adab perlu dibuktikan melalui tindakan, bukan kenyataan - DAP Johor - 29/06 9:43 pm JOHOR BAHRU Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan seruan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya masyarakat Johor beradab sebagai sesuatu yang baik, namun ia perlu dibuktikan melalui tindakan dan bukan kenyataan.Menurutnya, perdebatan secara terbuka tidak boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak beradab, sebaliknya ia merupakan amalan yang sihat dalam sebuah negara demokrasi. Katanya, perbezaan pandangan perlu diraikan menerusi hujah, fakta dan rasa hormat, .. |
|
PRN Johor: Pas pertahan kuasa politik Melayu Islam - Abdul Hadi - 29/06 7:02 pm SHAH ALAM Pas menetapkan pendirian untuk mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor dan menggerakkan seluruh jentera parti di 11 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Pas Pusat yang diadakan pada Isnin."Pas juga akan menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan 'Jom Jaga Johor'."Pengundi diseru tidak memberikan undi kepada Pakatan .. |
|
AMK dakwa BN masih gagal tunai 11 manifesto BN pada PRN 2022 - 29/06 6:52 pm JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor masih gagal menunaikan sekurang-kurangnya 11 manifesto yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu kegagalan memenuhi janji-janji berkenaan, sebelum mempertikaikan tindakan PH yang belum mengumumkan manifesto bagi PRN kali .. |
|
'Kalau tak berani dengan Maszlee, debat dengan saya pun ok juga' Puad .. - 29/06 6:03 pm JOHOR BAHRU Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi enggan menyahut cabaran berdebat kerana takut berdepan dengan hujah lawan.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, alasan budaya berdebat bukan cara Johor tidak wajar dijadikan sebab untuk menolak cadangan tersebut kerana perdebatan boleh berlangsung secara beradab, berhemah dan berasaskan fakta."Saya yakin Onn Hafiz sebenarnya takut untuk berdebat dengan Dr Maszlee. .. |
|
PRN Johor: Undi wajib kepada PN - Pemuda Pas - 29/06 4:55 pm SHAH ALAM - Pas kekal konsisten dalam memastikan semua ahli dan penyokong memberikan undi wajib kepada calon Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, pendirian tersebut merupakan kewajipan utama setiap ahli bagi memastikan kemenangan semua calon PN tanpa mengira parti komponen yang diwakili.Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung .. |
|
Calon MUDA DUN Maharani janji hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq - 29/06 3:47 pm MUAR Kesibukan berkempen tidak menghalang calon MUDA Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Muhammad Amir Fikri Mustapha untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Beliau yang lebih dikenali sebagai Amir Jack berkata, 30 Jun merupakan hari yang amat penting buat Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Rayuan akhir pendakwaan: Peguam yakin Syed Saddiq bebas"Walaupun sekarang musim pilihan raya dan saya sibuk .. |
|
Sahut cabaran netizen, Maszlee melambung pandu MyVi dari Tebrau ke Ulu .. - 29/06 2:37 pm JOHOR BAHRU - Demi menyelami dan memahami keluhan rakyat mengenai keadaan jalan, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, hari ini menyahut cabaran memandu kereta jenis Perodua MyVi dari Kampung Melayu Tebrau ke Ulu Tiram.Cabaran memandu sendiri 'King of the Road' itu bagi membolehkan Maszlee merasai pengalaman 'melambung' di laluan beralun serta kesesakan trafik yang menghimpit penduduk sejak sekian lama.Bekas Menteri Pendidikan itu .. |
|
PRN Johor: Puad dakwa wujud rundingan tertutup UMNO dengan Pas - 29/06 1:23 pm JOHOR BAHRU Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, terdapat usaha dalam kalangan pemimpin parti itu mengadakan rundingan secara tertutup dengan Pas bagi membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), khususnya di Johor dan Negeri Sembilan.Menurut beliau, antara persetujuan awal yang didakwa dicapai ialah Pas tidak akan meletakkan calon pada PRN Johor, sekali gus memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) bertanding di semua kerusi .. |
|
Pas Rompin lulus usul bertanding DUN Muadzam Shah pada PRU16 - 29/06 12:59 am KUANTAN - Pas Kawasan Rompin meluluskan usul agar parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin, Khairul Izwan Ghazali berkata, usul tersebut dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti berkenaan pada Ahad."Usul ini menerima sokongan daripada Dewan Muslimat Pas Kawasan Rompin dan Pas Cawangan Keratong 10 sebelum dibahaskan serta dipersetujui sebulat suara oleh seluruh .. |
|
Umat Islam wajib keluar mengundi - Abdul Hadi - 29/06 12:49 am SHAH ALAM - Umat Islam wajib keluar mengundi dalam pilihan raya kerana ia merupakan tuntutan agama bagi memilih pemimpin yang akan mentadbir negara.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, amalan demokrasi yang memilih kerajaan melalui pilihan raya menjadikan proses mengundi sebagai mekanisme untuk menunaikan kewajipan politik Islam dalam memilih pemimpin.Menurut beliau, kuasa memerintah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab politik Islam yang bertujuan menegakkan pemerintahan, .. |
|
PH akur prerogatif Sultan Johor pelantikan menteri besar - Maszlee - 29/06 12:49 am JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sepenuhnya keputusan pelantikan jawatan Menteri Besar Johor kepada kebijaksanaan dan prerogatif Sultan Johor sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.Calon PH bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, setakat ini gabungan berkenaan tidak membincangkan isu jawatan berkenaan kerana fokus utama parti adalah untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui kerja berpasukan."Isu .. |
|
PRN Johor: Pengundi muda, atas pagar bakal jadi penentu di kerusi sengit - .. - 29/06 11:02 am JOHOR BAHRU - Blok pengundi muda dan pemilih kali pertama dijangka muncul sebagai penentu utama di kerusi sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 susulan peningkatan jumlah pengundi baharu hasil pelaksanaan Undi18 serta pendaftaran pemilih secara automatik.Penganalisis politik menyifatkan kumpulan berkenaan sebagai sauh yang mampu menghayunkan kemenangan kepada mana-mana parti memandangkan majoriti mereka tidak terikat dengan ideologi politik tertentu.Ketua Penyelidik Ilham Centre .. |
|
'Jangan terpedaya naratif palsu, Rafizi arkitek reformasi gagal' - AMK - 29/06 9:35 am KUALA LUMPUR Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan naratif yang didakwa mengelirukan, khususnya yang dibawa pemimpin Parti Kancil, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang disifatkan gagal merealisasikan agenda reformasi ketika diberi tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan.Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Farzana Hayani berkata, rakyat perlu menilai dakwaan yang dikemukakan Rafizi secara objektif kerana beliau sendiri pernah memegang jawatan kanan dalam Kerajaan .. |
|
PRN Johor: Jangan terpedaya naratif palsu, Rafizi arkitek reformasi gagal .. - 29/06 9:35 am KUALA LUMPUR Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan naratif yang didakwa mengelirukan, khususnya yang dibawa pemimpin Parti Kancil, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang disifatkan gagal merealisasikan agenda reformasi ketika diberi tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan.Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Farzana Hayani berkata, rakyat perlu menilai dakwaan yang dikemukakan Rafizi secara objektif kerana beliau sendiri pernah memegang jawatan kanan dalam Kerajaan .. |
|
Usia calon bukan penentu utama - 29/06 8:30 am JOHOR BAHRU - Faktor usia calon dilihat mampu mempengaruhi kecenderungan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun kebanyakan mereka berpendapat ia bukan penentu utama dalam membuat pilihan.Sebaliknya aspek integriti, pengalaman, kredibiliti serta keupayaan menyelesaikan masalah rakyat dilihat lebih penting berbanding umur semata-mata.Pekerja kilang, Muhammad Alif Omar, 32, yang mengundi di DUN Johor Jaya berkata, calon berusia dan mempunyai nama besar dalam parti sememangnya .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |