| /// |
|
| Headlines : Sinar Harian Berita News | Page 1 |
|
Warga emas cedera ditanduk lembu - 29/05 3:58 pm KLUANG Seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun cedera di bahagian ketiak kiri selepas ditanduk seekor lembu yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Murni, Layang-Layang, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa dihubungi seorang pembeli yang memaklumkan lembu yang dijual kepada individu lain untuk dijadikan korban sukar dikawal.Menurutnya, mangsa kemudian datang ke lokasi bagi membantu menenangkan haiwan berkenaan sebelum lembu itu secara .. |
|
Polis sahkan terima laporan kanak-kanak tujuh tahun dipaksa minum air cili .. - 29/05 3:40 pm KLUANG - Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didakwa dipaksa minum air cili di sebuah taska di Taman Sri Kluang di sini, malam tadi.Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima laporan daripada penjaga kanak-kanak itu kira- kira 8.46 malam, yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru taska terbabit yang memaksa kanak-kanak itu meminum air cili."Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan," .. |
|
"Saya dilambung dua kali' - Mangsa tandukan kerbau - 29/05 3:31 pm JOHOR BAHRU - "Saya cuba melarikan diri dengan melompat melepasi tali tetapi terjatuh sebelum ditanduk dan dilambung sebanyak dua kali," kata Shaifirol Shahlan, 45, yang patah tiga tulang rusuk ditanduk kerbau di pusat sembelihan di Batu 19 Kampung Sungai Tiram di sini pada Rabu lepas.Shaifirol yang hadir ke pusat itu hanya ingin menyaksikan proses ibadah korban tidak menyangka insiden pertama kali menimpanya itu turut tular di media sosial."Ketika kejadian mencemaskan itu, saya berada di .. |
|
Pengendali jet ski hilang baru timang cahaya mata, isteri masih dalam .. - 29/05 3:28 pm LANGKAWI - Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mengendalikan jet ski di perairan Pulau Tepor di sini petang Khamis dikatakan belum sempat menatap wajah bayinya yang baru lahir.Seorang pekerja aktiviti sukan air yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 43, berkata, dia mengenali mangsa, Arash Nashran Abdul Maser, 23, memandangkan kaunter aktiviti sukan airnya beroperasi tidak jauh dari tempat mangsa bekerja."Saya dimaklumkan rakan-rakan yang mengusahakan aktiviti sukan air mengenai Arash baru .. |
|
Hamzah dah 'move on' daripada Bersatu - Wan Saiful - 29/05 3:20 pm SHAH ALAM - Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyangkal dakwaan kononnya Datuk Seri Hamzah Zainudin menggunakan Pas dan UMNO sebagai modal untuk memecah-belahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Wan Saiful berkata, tuduhan yang dilemparkan bekas setiausaha sulit kanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad itu tidak berasas dan menyifatkan ia sebagai usaha terdesak untuk menutup kelemahan sendiri."Saya jawab .. |
|
Anwar akan jelaskan isu hak pemberian khas 40 peratus Sabah esok - 29/05 3:15 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menjelaskan mengenai rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, termasuk semakan hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), esok."Itu saya akan jelaskan esok di Sabah. Saya akan ke Sabah," katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah di sini hari ini.Semalam, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat .. |
|
Maut putus lengan: Dua pasangan pengantin batal hasrat bersanding - 29/05 3:13 pm PASIR MAS Hasrat dua pasangan pengantin untuk bersanding pada Aidiladha bertukar duka apabila anak saudara mereka maut dalam kemalangan ngeri dengan lengan terputus di Jalan Lubok GongJeram Perdah di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta Honda Jazz.Lebih menyayat hati, kejadian berlaku ketika keluarga sedang .. |
|
Filem 'Konspirasi' dihentikan atas permintaan penerbit, tidak libatkan .. - 29/05 2:58 pm KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengesahkan penamatan tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara dibuat atas permintaan penerbit sendiri dan bukan arahan mana-mana pihak.Finasdalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad selaku pengedar filem berkenaan.Menurut Finas, berdasarkan emel yang dikongsikan kepada pihaknya, penerbit filem tersebut iaitu .. |
|
Mayat reput dalam tilam: Identiti mangsa dikenal pasti, anak penyewa rumah .. - 29/05 2:49 pm MELAKA - Satu mayat reput dibungkus dalam lipatan tilam ditemukan di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga, di sini malam tadi.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, mayat berkenaan ditemukan pemilik premis, selepas beliau datang membuat pemeriksaan di rumah kedai itu kerana gagal menghubungi penyewanya.Beliau berkata, sebaik memasuki premis berkenaan, pemilik terhidu bau busuk sebelum menemukan satu bungkusan tilam dalam keadaan mencurigakan di ruang tamu dan terus menghubungi .. |
|
LRT tergelincir: Landasan dijangka beroperasi semula pada Rabu - Anthony .. - 29/05 2:47 pm KUALA LUMPUR - Landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling yang terjejas akibat insiden tren tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin semalam dijangka dapat beroperasi semula selewat-lewatnya Rabu depan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tren terbabit dijadualkan dialihkan hari ini menggunakan kren sebelum kerja pembaikan landasan dimulakan.Beliau berkata, insiden itu berlaku ketika proses pertukaran landasan apabila gerabak pertama daripada enam .. |
|
Dron bantu SAR Jaslinda, pasukan digerak ke cerun sukar - 29/05 2:32 pm TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, diperkukuh dengan penggunaan dron bagi memperluas liputan pencarian di kawasan cerun dan lokasi sukar diakses.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penggunaan dron itu membantu pemantauan kawasan yang tidak dapat dimasuki pasukan darat."Pengendali dron telah digerakkan ke lokasi bersama pasukan penyelamat .. |
|
SPRM teliti laporan isu naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil - 29/05 2:31 pm KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima laporan berhubung proses penilaian dan pelaksanaan kerja naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil yang sebelum ini menjadi perhatian susulan dakwaan berkaitan proses perolehan projek berkenaan.SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, isu tersebut kini berada dalam perhatian suruhanjaya itu untuk siasatan dan tindakan lanjut termasuk penelitian terhadap maklumat serta dokumen berkaitan yang diterima.Menurut kenyataan itu, SPRM .. |
|
'Ayah tidak berganjak, bimbang kehilangan ibu' - Anak Jaslinda - 29/05 2:30 pm TAPAH - Suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memilih untuk terus berada di pusat kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak hari pertama kehilangan isterinya, 23 Mei lalu.Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, bapanya, Haszman Othman, 61, enggan meninggalkan kawasan tersebut selagi mangsa belum ditemukan.Beliau yang merupakan anak tiri Jaslinda berkata, ahli keluarga turut bergilir-gilir datang ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau .. |
|
'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan - 29/05 2:08 pm TAPAH Walaupun sudah hampir seminggu pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, keluarganya masih menaruh harapan tinggi bahawa mangsa mampu bertahan sehingga ditemukan.Anak tirinya, Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada perwatakan Jaslinda yang disifatkan sebagai seorang wanita lasak, berani dan mempunyai semangat yang kuat."Saya kenal ibu sebagai seorang yang kuat. Saya percaya dia boleh bertahan .. |
|
Remaja kelar leher, tangan: Teman lelaki disyaki bekal vape mushroom .. - 29/05 2:00 pm MELAKA - Polis menahan remaja lelaki berusia 17 tahun disyaki membekalkan vape mushroom kepada kekasihnya berusia 14 tahun yang sebelum ini bertindak mengelar leher dan kedua-dua lengannya dalam kejadian Ahad lalu.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditahan pada Khamis dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif .. |
|
Institusi raja payung kestabilan negara, perpaduan rakyat - 29/05 1:49 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar lambang kedaulatan negara, bahkan Seri Paduka Baginda merupakan payung yang menaungi rakyat, pemelihara agama serta tiang seri kepada kestabilan negara.Bersempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam agar memelihara adab terhadap Raja dan pemimpin serta tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara di media sosial bagi tujuan negatif."Sesungguhnya institusi agama dan institusi diraja .. |
|
Kereta dari 'langit' hentam bumbung rumah - 29/05 1:48 pm KUALA PILAH - Sebuah kereta hilang kawalan lalu terjunam ke atas bumbung sebuah rumah di kaki bukit dekat Jalan Kampung Tanjung Bachang, Seri Menanti, di sini, pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan."Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari Seri Menanti ke Seremban."Apabila sampai di tempat kejadian, .. |
|
Ombak tinggi, ribut petir sukarkan operasi kesan lelaki hilang semasa .. - 29/05 1:35 pm LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi sedang melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) mengesan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ketika cuba membaiki jet ski di perairan Pulau Tepor di sini petang semalam.Pengarah Maritim Kedah Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, MRSC Langkawi menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada jam 8.20 malam, .. |
|
Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah, IPTA - PM - 29/05 1:25 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian baucar buku RM100 bagi pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan penuntut Insitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Beliau berkata, inisiatif itu diteruskan bagi tahun ini dan boleh digunakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)."Bantuan RM100 yang diberikan sejak .. |
|
Pemandu ambulans didakwa bunuh kanak-kanak dua tahun - 29/05 1:23 pm TEMERLOH - Seorang pemandu ambulans swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun pada 11 Mei lepas.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Iqbal Fitri Mazlan, 29, kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Mohamad Hayder Abdul Mukmin di sebuah rumah di Taman Seberang .. |
|
Penyokong tegar Arsenal maut dipukul penyokong Manchester United - 29/05 1:05 pm SEORANG penyokong tegar Arsenal dilaporkan maut selepas dipercayai dipukul oleh penyokong Manchester United ketika sambutan kejayaan Arsenal menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) di Kampala, Uganda pada Ahad lalu.Pasukan kendalian Mikel Arteta menamatkan penantian 22 tahun untuk merangkul trofi EPL selepas menewaskan Crystal Palace 2-1 pada aksi terakhir musim itu.Kejayaan bersejarah Arsenal mencetuskan sambutan besar-besaran di seluruh Uganda yang terkenal mempunyai kelompok penyokong .. |
|
Bersatu nafi kembali bekerjasama dengan PH - 29/05 12:38 am SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan sekeras- kerasnya dakwaan bahawa parti itu akan kembali bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu turut menangkis fitnah wujud pertemuan dan perbincangan antara pimpinan parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk maksud mewujudkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH)."Dakwaan dan fitnah jahat serta tidak .. |
|
Amaran keras penggunaan MyKad orang lain tanpa izin bagi transaksi BUDI95 .. - 29/05 12:27 am PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MoF) memberi amaran keras terhadap penggunaan nombor atau maklumat MyKad milik individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).MoF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya memandang serius beberapa aduan mutakhir melibatkan dakwaan penggunaan maklumat MyKad tanpa kebenaran bagi transaksi di bawah program BUDI95.Menurut kementerian itu penggunaan atau pemilikan MyKad milik orang lain tanpa kuasa yang sah .. |
|
Mayat reput ditemui dibungkus dalam tilam, tangan diikat dipercayai .. - 29/05 12:13 am MELAKA TENGAH - Mayat dipercayai mangsa bunuh yang telah meninggal dunia lebih dua minggu yang dibungkus dalam lipatan tilam dengan tangan diikat ditemukan dalam sebuah rumah kedai di Pokok Mangga di sini pada petang Khamis.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 7 petang selepas pemilik rumah datang membuat pemeriksaan di unit berkenaan.Menurutnya, pemilik rumah bertindak ke lokasi selepas gagal menghubungi penyewa .. |
|
Peronda perubatan jadi talian hayat jemaah - 29/05 11:36 am MINA Dalam kepenatan dan cuaca panas yang menguji fizikal jemaah haji ketika menuju ke Kompleks Jamarat, ada antara mereka yang terpaksa berhenti berehat di tepi laluan akibat keletihan, sakit badan dan kekurangan tenaga.Di saat itulah Pasukan Peronda Perubatan Tabung Haji (TH) tampil menjadi antara wira tidak didendang yang setia meredah kesesakan ribuan jemaah bagi memastikan keselamatan dhuyufurrahman Malaysia terus terpelihara sepanjang ibadah melontar jamrah.Timbalan Ketua Peronda .. |
|
Lambakan 'wartawan segera' kejar sensasi membimbangkan, kelirukan .. - 29/05 10:57 am KUALA LUMPUR - Kewujudan "wartawan segera" di media sosial yang menyebarkan berita sensasi tanpa semakan dan etika kewartawanan kini berada pada tahap membimbangkan hingga boleh mengelirukan masyarakat.Bekas editor, wartawan dan penyampai berita, Charles Mohan berkata, perkembangan dunia digital membolehkan sesiapa sahaja menyalurkan maklumat tanpa batasan hanya dengan menggunakan telefon pintar dan platform media sosial.Beliau berkata, meskipun perkembangan itu mencerminkan kebebasan .. |
|
'Portugal lebih bagus jika Ronaldo tidak bermain' - 29/05 10:55 am PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan menjelang Piala Dunia 2026 apabila bekas pemain Amerika Syarikat yang kini menjadi pengulas bola sepak, Taylor Twellman mendakwa skuad Portugal sebenarnya lebih baik tanpa kehadiran bintang berusia 41 tahun itu di atas padang.Ronaldo yang dijangka membuat penampilan keenam dan terakhir di pentas Piala Dunia masih memburu satu-satunya trofi utama yang belum pernah dimenanginya sepanjang karier gemilangnya.Namun, menjelang .. |
|
Bukan sekadar lontar batu, tetapi melontar nafsu dan ego - 29/05 10:46 am MAKKAH Ibadah melontar jamrah sering dilihat sekadar rutin fizikal dalam rangkaian ibadah haji. Namun di sebalik lontaran batu-batu kecil itu, tersirat falsafah mendalam mengenai ketaatan, disiplin dan perpaduan ummah.Menurut Ustaz Haji Ahmad Fauwaz bin Datuk Ustaz Haji Fadzil, asas utama ibadah melontar adalah konsep taabbudi, iaitu kepatuhan mutlak seorang hamba terhadap syariat ALLAH SWT.Beliau menjelaskan, jemaah melontar bukan kerana melihat syaitan secara fizikal, sebaliknya ia menjadi .. |
|
'DAPSY mungkin terlupa tanpa sokongan BN, mereka belum tentu mampu bentuk .. - 29/05 10:40 am SHAH ALAM - Sosialis Muda DAP (DAPSY) diingatkan supaya tidak melupakan peranan Barisan Nasional (BN) dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sayap parti tersebut mungkin terlupa bahawa tanpa sokongan BN, belum tentu mereka mampu membentuk kerajaan seperti hari ini."Jadi jangan sembang soal 'kacang lupakan kulit', kerana hakikatnya semua pihak tahu siapa yang membantu memastikan kestabilan politik selepas PRU .. |
|
2026 ASEAN K-Halal Food Fair curi tumpuan dengan budaya Korea - 29/05 10:02 am PETALING JAYA Suasana meriah dan penuh warna-warni mewarnai pusat beli-belah 1 Utama apabila 2026 ASEAN K-Halal Food Fair anjuran Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation berjaya menghimpunkan puluhan ribu pengunjung sepanjang empat hari penganjurannya, sekali gus membuktikan pengaruh makanan halal Korea dan budaya K-culture yang semakin berkembang di Malaysia.Acara berskala besar itu bukan sahaja menjadi destinasi pilihan keluarga dan peminat budaya Korea, malah turut berfungsi sebagai .. |
|
TNB perkasa impian miliki rumah, bantu golongan memerlukan miliki kediaman .. - 29/05 10:00 am KUALA LUMPUR - Syarikat utiliti elektrik terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan komitmennya memperkasa kesejahteraan rakyat melalui Better Brighter Home @ Projek Baiti Jannati dan Program Mesra Rakyat dengan kerjasama strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Melalui inisiatif itu, seramai 20 penerima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima bantuan pemilikan atau baik pulih rumah di mana 15 daripadanya, golongan .. |
|
LRT tergelincir: APAD arah pengendali kemuka laporan lengkap insiden - 29/05 9:43 am SHAH ALAM - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengarahkan pihak pengendali mengemukakan laporan lengkap berhubung insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin secepat mungkin.APAD berkata, laporan itu akan diteliti secara terperinci sebelum proses temu siasat dan penelitian lanjut dilaksanakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian.Agensi itu memaklumkan, langkah terbabit juga diambil bagi menentukan sama ada wujud sebarang .. |
|
Kronologi kehilangan Jaslinda - 29/05 9:06 am SEORANG pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan masih belum ditemui selepas dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak.Kehilangan ini berlaku dalam ekspedisi Trans Spencer Chapman, laluan hutan pergunungan yang melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan dijangka keluar melalui Kuala Woh.Gunung Batu Putih berketinggian kira-kira 2,132 meter, menjadikan laluan ini bukan laluan santai biasa, tetapi trek mencabar yang memerlukan .. |
|
Malaysia kekal ekonomi Islam terbaik dunia hasil kestabilan negara - Kor .. - 29/05 8:54 am PUTRAJAYA - Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai negara dengan ekonomi Islam paling kukuh di dunia bagi 2025, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan dan hala tuju pentadbiran Kerajaan MADANI.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pencapaian berdasarkan State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2024/2025 itu merupakan hasil kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas serta komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh .. |
|
Kerajaan ikhtiar bantu pengamal media hadapi cabaran AI, ekonomi - 29/05 8:40 am KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi sedang merangka pelbagai inisiatif bagi membantu pengamal media di negara ini mendepani cabaran semasa termasuk ancaman teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ketidaktentuan ekonomi.Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun ini disambut dalam suasana kebanyakan petugas media berasa risau tentang pekerjaan serta masa masa depan mereka."Tahun ini kita menyambut Hari Wartawan dalam satu suasana dengan .. |
|
Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara paling mencabar, mampu .. - 29/05 8:19 am TAPAH Rentasan pendakian di Gunung Batu Putih dikategorikan sebagai antara laluan paling mencabar berikutan bentuk muka bumi yang ekstrem.Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak, Muzafar Mohamad, 50, berkata, laluan tersebut terletak dalam Hutan Simpan Kekal yang mampu mengelirukan pendaki, termasuk mereka yang berpengalaman."Laluan ini kita anggap sukar kerana pendaki perlu menggunakan keempat-empat anggota iaitu tangan dan kaki untuk mendaki serta menuruni cerun dari satu puncak ke puncak .. |
|
Remaja 16 tahun maut dirempuh pemandu pacuan empat roda positif dadah - 29/05 7:18 am BESUT - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Bukit Payong di sini pada Khamis.Nahas berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Muhammad Azmil Hakimi Abdullah, yang beralamat di Kampung Bukit Payong, Jerteh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati pemandu .. |
|
Lebih 72 jam hilang, keadaan Jaslinda masuki fasa kritikal - JBPM - 29/05 7:10 am TAPAH - Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lepas, dijangka memasuki fasa kritikal ketika ini selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, pada ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat termasuk menambah keanggotaan dan memperluas pencarian ke kawasan kemungkinan mangsa mencari sumber makanan dan air.ARTIKEL .. |
|
Khai Xing-Aaron cipta kejutan, mara ke suku akhir Terbuka Singapura - 28/05 11:14 pm SINGAPURA - Beregu muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai mencipta kejutan pada Terbuka Singapura pada Khamis apabila melangkah ke suku akhir bersama dua lagi pasangan beregu lelaki negara iaitu juara bertahanAaron Chia-Soh Wooi Yik serta bekas pasangan nombor satu duniaGoh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.Pada aksi pusingan kedua di Stadium Tertutup Singapura, pasangan ranking ke-23 dunia itu yang hanya beraksi dalam kejohanan Super 750 buat kali kedua mengejutkan pasangan raking ketujuh dunia .. |
|
Pemandu treler maut nahas empat kenderaan - 28/05 10:02 pm KULAI Seorang pemandu treler maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran simpang Felda Taib Andak di sini pada Khamis.Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 50 tahun yang memandu lori treler jenis Volvo disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Azizan Azis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.47 petang sebelum sebuah jentera bersama empat anggota .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |