///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Headlines : Sundaily Bm News   Page 1    



Saksi dedah Zara Qairina jerit Wallahi, aku tidak mencuri sebelum meninggal - 17/09 10:30 pm

KOTA KINABALU : Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyebut Wallahi dan menangis berteriak dengan menyebut aku tidak mencuri bah. Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, berkata remaja itu berbuat demikian susulan aduan seorang pelajar Tingkatan Satu mengenai kecurian barangnya kepada ketua bilik, sebelum remaja itu dipanggil untuk disoal mengenai hal tersebut. Zara Qairina telah ..





Malaysia mulakan rundingan FTA dengan GCC pada Disember ini - 17/09 10:27 pm

KUALA LUMPUR : Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memulakan pusingan pertama rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Disember depan. Ketua Setiausaha MITI Datuk Hairil Yahri Yaacob menyatakan sudah tiba masanya untuk Malaysia mengembangkan perdagangannya dengan negara anggota GCC. Beliau berkata MITI baru sahaja memuktamadkan rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) dengan Emiriah Arab ..





18 rumah dan masjid rosak akibat ribut dan angin kencang di Pantai Remis - 17/09 10:25 pm

IPOH : Sebanyak 18 rumah dan sebuah masjid mengalami kerosakan akibat ribut serta angin kencang yang melanda kawasan Pantai Remis, Manjung. Pusat Kawalan Operasi Daerah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Manjung menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.56 pagi melalui aplikasi WhatsApp. Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah malam susulan hujan lebat dan angin kencang yang berterusan. Anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian pada pukul 12.20 tengah hari dan tiba di ..





Tanah runtuh IPG Gaya: KPM arah pengosongan serta-merta kuarters - 17/09 10:23 pm

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan telah mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin. KPM dalam kenyataan memaklumkan beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk memberi laluan kepada binaan baharu. Inisiatif menyewa premis luar berhampiran turut diambil agar aktiviti akademik dapat diteruskan tanpa ..





Operasi SAR petugas Sabah Electricity disambung esok di Keningau - 17/09 10:21 pm

KOTA KINABALU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menangguhkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang petugas Sabah Electricity yang dipercayai lemas dibawa arus banjir di Sungai Nuntunan, Apin- Apin, Keningau. Pengarah JBPM Sabah Mohd Pisar Aziz berkata operasi SAR lelaki berusia 35 tahun itu akan disambung semula esok. Beliau berkata operasi hari ini yang dimulakan pada pukul 9.30 pagi melibatkan pencarian sejauh 40 kilometer radius sekitar Sungai Pagalan melalui Sungai ..





Bekas pemandu e-hailing dibenarkan merayu sabitan cubaan peras ugut - 17/09 10:18 pm

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran merayu kepada bekas pemandu e-hailing terhadap sabitan cuba memeras ugut RM30,000 daripada anak seorang pastor. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan Lam Chang Nam atas satu persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan semasa perbicaraan penuh. Hakim lain terdiri daripada Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid. Mahkamah membenarkan permohonan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan ..





Polis buru lelaki pecah rumah di Ipoh, guna kereta curi - 17/09 10:16 pm

IPOH : Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Lapangan Perdana di sini pada 13 September. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menyatakan kejadian berlaku pada jam 2.48 petang dengan suspek memakai topi biru dan pelitup muka. Suspek telah memecahkan penyelak pintu jeriji sebelum melarikan diri menggunakan kereta Proton Persona bernombor pendaftaran BMH 7286, katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menjelaskan kereta tersebut ..





Polis tahan lelaki sebar video fitnah kes Zara Qairina di Sabah - 17/09 10:14 pm

KOTA KINABALU : Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang disyaki terlibat dalam penyebaran video berunsur fitnah di Facebook berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 13 September lepas mengenai penularan video tersebut. Video itu didakwa bukan sahaja mengandungi unsur fitnah malah turut mendedahkan identiti kanak-kanak serta menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar. ..





Selangor kenal pasti 1,699 hektar tanah untuk pembangunan pelabuhan ketiga - 17/09 10:02 pm

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor telah mengenal pasti 1,699.68 hektar tanah untuk dibangunkan sebagai pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan kawasan tersebut merangkumi 1,011.71 hektar tanah dasar laut di bawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan 687.96 hektar tanah pesisir pantai milik Yayasan Selangor. Beliau berkata pihaknya akan memuktamadkan jumlah kawasan berkenaan dalam tempoh sebulan sebelum mengemukakannya ..



SPRM perkasa perang rasuah dengan AI dan sistem digital - 17/09 10:00 pm

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkukuh usaha membanteras rasuah dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital bagi mempercepatkan siasatan serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata jenayah rasuah masa kini bergerak pantas melalui transaksi digital termasuk mata wang kripto, akaun luar pesisir dan sistem kewangan maya. AI tampil sebagai senjata strategik baharu ..





Ibu Zara Qairina tenang, diberi masa cukup buat keputusan bedah siasat - 17/09 9:58 pm

KOTA KINABALU : Seorang pegawai perubatan memberitahu Mahkamah Koroner bahawa ibu kepada Zara Qairina Mahathir diberi masa secukupnya untuk membuat keputusan berhubung proses bedah siasat anaknya itu. Dr Logaraj Ratha, yang menjalani latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak Jun tahun lepas, berkata Noraidah Lamat kelihatan tenang dan diberi ruang untuk berfikir sebelum membuat keputusan. Pada ketika itu, dia nampak tenang. Saya menerangkan dalam bahasa ..





KPT nafi dakwaan gagal utamakan pelajar tempatan dalam IPT - 17/09 9:54 pm

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan kononnya gagal mengutamakan kepentingan pelajar tempatan khususnya dalam mendapatkan peluang pendidikan di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Azlinda Azman berkata kenyataan wakil rakyat pembangkang Dr Haim Hilman Abdullah jelas tidak berasas serta tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang boleh mengelirukan masyarakat tentang dasar pengantarabangsaan ..





Kerajaan Sarawak galak pelajar IPTA IPTS manfaat peluang pendidikan - 17/09 9:14 pm

KUCHING : Kerajaan Sarawak menggesa pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini untuk mengambil maklum serta memanfaatkan sepenuhnya pelbagai inisiatif pendidikan yang diperkenalkan. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman menekankan bahawa pelajar harus meneliti peluang yang disediakan dan memohon bantuan yang bersesuaian. Beliau menyatakan bahawa kerajaan membawa maklumat tentang inisiatif pendidikan kepada pelajar di institusi ..





Reformasi KDN perkukuh keupayaan Maritim Malaysia dengan aset baharu - 17/09 9:11 pm

PUTRAJAYA : Reformasi Kementerian Dalam Negeri di bawah kepimpinan Menteri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi impak besar terhadap kesiapsiagaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melalui penaiktarafan serta pertambahan aset baharu. Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata penekanan KDN terhadap keupayaan aset agensi jelas memperlihatkan sokongan kerajaan terhadap pengukuhan operasi maritim negara. KDN memberi perhatian serius terhadap ..





Felda minta kerajaan mansuh AP dan IP gula tapis import - 17/09 8:50 pm

BUTTERWORTH : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memohon kerajaan mempertimbangkan pemansuhan permit kelulusan (AP) dan permit import (IP) bagi gula bertapis yang dijual di pasaran tempatan. Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan Malaysia kini mengalami lebihan kapasiti pengeluaran gula dan tidak memerlukan kehadiran gula import. Beliau menegaskan MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) sebagai pengeluar gula negara mengharapkan kerajaan memansuhkan AP dan IP gula tapis ..





Projek pengairan sawah Bukit Rambai di peringkat akhir pelaksanaan - 17/09 8:46 pm

MELAKA : Pelaksanaan Projek Skim Pengairan Sawah Padi Bukit Rambai kini berada di peringkat akhir dengan proses pengambilan tanah dijangka selesai selewat- lewatnya pada suku pertama tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelebang Datuk Lim Ban Hong menyatakan projek bernilai kira-kira RM50 juta itu bertujuan menyediakan sistem pengairan lebih sistematik dan bekalan air mencukupi untuk aktiviti pertanian melibatkan keluasan lebih 800 hektar. Beliau menjelaskan selepas proses pengambilan tanah ..





Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pulau Pinang serlah perpaduan rakyat - 17/09 8:34 pm

GEORGE TOWN : Sambutan hangat dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung berbilang kaum pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth semalam jelas mencerminkan semangat perpaduan rakyat. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pengisian program yang menarik dan persembahan yang menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia juga mendapat pujian ramai. Beliau yang juga Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2025 itu berkata sambutan yang julung kali dianjurkan di Pulau ..





CCTV kurang jelas halang polis kenal pasti suspek serang anak Rafizi - 17/09 8:29 pm

KUALA LUMPUR : Polis menghadapi kesukaran mengenal pasti dua individu yang disyaki terbabit dalam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lepas. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyatakan kesukaran itu berpunca daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang kurang jelas walaupun siasatan awal mengesan beberapa pergerakan mencurigakan. Beliau menjelaskan pihak polis ..





Ucapan tegas PM Malaysia di Doha dapat reaksi positif pemerhati .. - 17/09 8:23 pm

KUALA LUMPUR : Mesej tegas Malaysia mengenai isu Palestin pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar mendapat perhatian positif pelbagai pihak termasuk pemerhati politik antarabangsa. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang kemuncak itu merupakan antara yang paling jelas dan tegas dengan saranan yang praktikal. Beliau memuji langkah berani Perdana Menteri ketika menutup ..





Dr Wan Azizah ingatkan generasi muda waspada kesan buruk teknologi AI - 17/09 8:19 pm

PUTRAJAYA : Generasi muda diingatkan berwaspada terhadap kesan buruk teknologi digital dan kecerdasan buatan jika ia tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab. Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menekankan antara cabaran baharu yang perlu diberi perhatian ialah teknologi deepfake yang mampu mencetuskan fitnah sekiranya disalahgunakan. Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia berkata jadilah pengguna teknologi yang bijak, beretika, dan ..





Koperasi perlu berani langkah ke arah pendigitalan - Ramanan - 17/09 3:14 pm

PUTRAJAYA : Koperasi perlu berani melangkah ke arah pendigitalan bukan sahaja dalam urusan kewangan tetapi juga pemasaran produk serta perkhidmatan menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan. Beliau menyatakan koperasi mempunyai peluang besar untuk menerajui inisiatif kelestarian melalui pertanian, tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan komuniti ketika dunia bergerak ke arah ekonomi hijau. Model perniagaan koperasi yang menekankan kepentingan bersama ..





Empat warga Myanmar ditahan disyaki bunuh rakan senegara di Gua Musang - 17/09 3:14 pm

KOTA BHARU : Empat warga Myanmar termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki membunuh rakan senegara di sebuah rumah kongsi dekat kebun Sonchong, Gua Musang pada Rabu lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata suspek berusia 30 hingga 46 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan di rumah kongsi di tapak ladang, Hutan Simpan Kekal Ulu Galas, Gua Musang kira-kira 7.30 pagi semalam. Kejadian dipercayai akibat cemburu kerana mangsa ..





CAAM wujudkan kerangka kawal selia ekonomi altitud rendah - Loke - 17/09 1:37 pm

PUTRAJAYA : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mewujudkan kerangka kawal selia bagi sektor ekonomi altitud rendah. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan kerangka kawal selia itu sangat diperlukan untuk memajukan sektor baharu berkenaan sambil menjamin aspek keselamatan. Ekonomi altitud rendah adalah satu bidang baharu yang perlu dipelopori kerana ini juga sangat berkaitan dengan perkembangan ekonomi kita dan selari dengan misi serta visi kerajaan. Beliau menegaskan ..





Pegawai siasat kes Zara Qairina tidak keluarkan borang POL 61 - Saksi - 17/09 1:36 pm

KOTA KINABALU : Seorang pegawai perubatan memaklumkan Mahkamah Koroner bahawa pegawai penyiasat kes Zara Qairina Mahathir tidak mengeluarkan borang POL 51 iaitu permintaan pemeriksaan ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu itu. Dr Logaraj Ratha yang ditempatkan untuk latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak Jun tahun lepas mendedahkan perkara itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. Saya telah menerima surat pelepasan atau kebenaran penyerahan ..





Fasilitator motivasi didakwa amang seksual terhadap remaja bawah umur - 17/09 1:36 pm

KANGAR : Seorang fasilitator motivasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja lelaki bawah umur pada Julai lepas. Mohd Zulkarnain Atan, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja lelaki berumur 14 tahun di dewan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Padang Besar pada pukul 9 pagi 10 Julai lepas. Bagi kesalahan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta ..





Menara KL disinari cahaya biru emas rai 50 tahun KRT - 17/09 1:36 pm

KUALA LUMPUR : Menara Kuala Lumpur akan disinari cahaya lampu berwarna biru dan emas mulai hari ini hingga 19 September sebagai simbolik ulang tahun ke-50 penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negara ini. Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata selama lima dekad KRT menjadi jambatan yang menyatukan pelbagai kaum dan agama dalam memperkasa semangat kejiranan. Beliau menambah KRT juga berperanan memelihara aspek keselamatan serta meningkatkan ekonomi komuniti setempat. KRT ..





KPM pantau banjir Sabah Sarawak, 53 sekolah terjejas, 6 pusat pemindahan - 17/09 1:36 pm

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan melaksanakan pemantauan berterusan terhadap situasi banjir bagi memastikan kesiapsiagaan, keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga pendidikan di kawasan terjejas Sabah dan Sarawak. KPM memaklumkan Jabatan Pendidikan Sabah dan Jabatan Pendidikan Sarawak sedang menyalurkan bantuan kecemasan kepada semua institusi pendidikan yang terjejas akibat bencana itu. Sebanyak 53 institusi pendidikan di kedua- dua negeri terjejas akibat banjir setakat 8 ..





Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat walaupun dijelaskan kepentingan - 17/09 1:36 pm

KOTA KINABALU : Mahkamah Koroner hari ini mendengar bahawa Noraidah Lamat tetap enggan membenarkan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah anaknya Zara Qairina Mahathir walaupun kepentingan prosedur itu telah dijelaskan berulang kali. Dr Logaraj Ratha yang menjalani latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak Jun tahun lepas menyatakan penerangan telah diberikan kepada wanita itu sebelum, semasa dan selepas beliau menandatangani Surat Akuan Enggan Bedah ..





Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua Masters China 2025 - 17/09 1:35 pm

SHENZHEN : Juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China 2025. Pasangan nombor tiga dunia itu menewaskan gandingan Amerika Syarikat Chen Zhi YiFrancesca Corbett dengan keputusan 21-12 dan 21-14 dalam tempoh 31 minit. Ini merupakan penampilan pertama mereka selepas memenangi kejohanan dunia di Paris bulan lepas. Perlawanan hari ini saya rasa okay sebab kami dah main dekat China beberapa kali, kata Tang Jie menerusi rakaman audio Persekutuan ..





Rosmah Mansor gagal rayu hakim tarik diri kes rasuah solar - 17/09 1:35 pm

PUTRAJAYA : Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam rayuannya agar Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada terus mendengar dan membuat keputusan dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak. Keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas mendapati permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak mempunyai merit. Hakim Ahmad ..





Pendaftaran Seminar Percukaian Kebangsaan 2025 kini dibuka - 17/09 1:35 pm

PUTRAJAYA : Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2025 kini dibuka untuk pendaftaran dengan fokus kepada tiga topik utama iaitu cadangan Belanjawan 2026, e-Invois serta Transformasi Digital Sistem Taksir Sendiri CKHT dan Duti Setem. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan seminar itu akan diadakan dalam lima siri bermula 14 Oktober hingga 10 November depan. Penganjuran seminar merangkumi sesi bersemuka di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah serta satu sesi secara maya dengan ..





SPRM perkasa perang rasuah dengan AI dan sistem digital - 17/09 10:39 am

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkukuh usaha membanteras rasuah dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital bagi mempercepatkan siasatan serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata jenayah rasuah masa kini bergerak pantas melalui transaksi digital termasuk mata wang kripto, akaun luar pesisir dan sistem kewangan maya. AI tampil sebagai senjata strategik baharu ..





JAKIM, JAWI arah masjid surau adakan solat hajat untuk Sabah - 17/09 10:17 am

KUALA LUMPUR : Semua masjid dan surau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat di Sabah yang dilanda musibah banjir serta tanah runtuh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar merakamkan ucapan takziah dan menzahirkan rasa dukacita dengan musibah yang menimpa rakyat di negeri berkenaan melalui hantaran Facebook hari ini. Semoga ..





Polis tumpas sindiket dadah, rampasan heroin syabu RM35,000 di Alor Gajah - 17/09 10:17 am

ALOR GAJAH : Polis menahan seorang individu selepas menemui lebih dua kilogram dadah dipercayai jenis heroin dan syabu bernilai kira-kira 35,000 ringgit yang disorok dalam sebuah kereta di Jalan Industri Rumbia di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan pada 6.10 pagi 12 September lepas oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Melaka. Pemeriksaan lanjut terhadap kereta jenis Honda Jazz tersebut menemui ..





Premier Sarawak seru rakyat langkah ke hadapan sebagai bangsa Malaysia - 17/09 10:16 am

BINTULU : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat memperbaharui tekad mempertahankan perpaduan dan hak, seiring semangat Malaysia MADANI dan aspirasi Sarawak Maju Makmur. Beliau berkata dengan sokongan rakyat, Sarawak kini berada di landasan kukuh untuk terus maju sebagai satu daripada ekonomi terbesar negara selepas diiktiraf Bank Dunia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi sejak 2022. Pencapaian kita bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga untuk mengangkat Malaysia di mata ..





Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 jana ekonomi hampir RM200,000 - 17/09 10:16 am

KANGAR : Penganjuran Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 berjaya menjana pulangan ekonomi hampir RM200,000 kepada usahawan tempatan. Kejayaan ini dicapai hasil kehadiran lebih 50,000 pengunjung sepanjang lima hari acara berlangsung bermula 12 September lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Luar Bandar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata pesta ini membantu pengusaha makanan, penginapan dan perkhidmatan lain. Ia memberi kesan langsung kepada peniaga tempatan, ..





JDT tewas 2-1 kepada Buriram United dalam perlawanan ACLE 2025/2026 - 17/09 10:16 am

BURIRAM : Johor Darul Tazim memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia Elit 2025/2026 dengan kekalahan 2-1 kepada wakil Thailand Buriram United. Perlawanan di Chang Arena menyaksikan JDT memulakan aksi dengan garang apabila menjaringkan gol seawal 24 saat melalui Joao Figueiredo. Gol tersebut dibatalkan selepas semakan VAR kerana bola telah terkena tangan penyerang itu dalam pembinaan serangan. Buriram juga mengalami nasib sama apabila VAR membatalkan jaringan Guilherme Bessoli pada minit kelapan ..





Malaysia pacu ekonomi tanpa ketepikan nilai kemanusiaan - PM Anwar - 17/09 10:16 am

BUTTERWORTH : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus memacu pertumbuhan ekonominya namun seiring dengan pemerkasaan budaya, budi pekerti dan nilai kemanusiaan. Beliau berkata kemajuan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan transisi tenaga adalah penting namun pencapaian dalam bidang berkenaan tidak akan dibiar mengorbankan karamah insaniah. Kita mahu maju (dalam bidang) ekonomi tetapi tinggi budaya dan budi pekerti. Kita mahu mencatat ..





Anwar gesa elak fanatik agama, perkauman jamin kelangsungan negara - 17/09 10:16 am

BUTTERWORTH : Rakyat Malaysia perlu menghindari sikap pelampau kaum dan agama bagi menjamin kelangsungan negara yang berdaulat dan merdeka selain menolak sikap ekstrem yang boleh memecah-belahkan rakyat. Menyampaikan Amanat Sambutan Hari Malaysia 2025 di hadapan ribuan rakyat berbilang kaum, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sikap fanatisisme agama dan perkauman boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Beliau menekankan rakyat mesti bersatu dan meleburkan ..





70 penduduk Felda Chiku dipindahkan ke PPS akibat banjir Gua Musang - 17/09 10:15 am

KOTA BHARU : Kira-kira 70 penduduk Felda Chiku 1 dan 2 di Gua Musang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara malam ini selepas kawasan tersebut dilanda banjir. Kejadian banjir ini berikutan hujan lebat yang bermula sejak petang dan masih berterusan sehingga malam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kelantan Mohd Adzhar Mujab menyatakan pihaknya menerima laporan limpahan air di kawasan penempatan tersebut kira-kira jam 6 petang. Beliau mengarahkan pemindahan mangsa ke pusat ..




Reformasi     >>



Treler terbabas sebelum rempuh pos Polis Bantuan Felda - Mkini
Kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Sungai Temau menuju Kuantan
Kroni     >>



Business : Malaysian Media Focusing On Chinas Tech .. - Bernama
From Sharifah Hunaini Syed Ismail KUNMING (CHINA), Sept 17 (Bernama) -- Malaysian media is showing strong interest in Chinas advancements in technology, particularly in electric vehicles (EVs) and the digital economy, as well as focusing on how these developments directly impact Malaysia in ..
Tabloid     >>



Bercinta Lepas Kahwin Itu Lebih Indah – Fattah - Rotikaya
Pelakon Fattah Amin berkata peraasaan selesa mula terbit antara dirinya dengan Amira Othman selepas sering bekerjasama dalam mempromosikan beberapa jenama. Menerusi sesi siaran langsung, Fattah menjawab pertanyaan netizen yang ingin... Baca selanjutnya → The post Bercinta Lepas Kahwin Itu ..
Tech     >>



Google has opened the Android Beta program to all .. - Phonearena
Your brand-new Pixel 10 can now get the beta version of Android.
World     >>



ABC pulls 'Jimmy Kimmel Live' off air 'indefinitely' .. - Cnbc
Jimmy Kimmel suggested that Tyler Robinson, the man accused of killing Charlie Kirk, was aligned with President Donald Trump's MAGA movement.
Motor Trend     >>



Nissan Belajar Strategi Pembekal China Demi Penjimatan .. - Careta
Langkah ini adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula Nissan yang menyasarkan pengurangan kos sebanyak 500 bilion yen menjelang Mac 2027, dengan separuh daripadanya melalui pengurangan kos tetap dan separuh lagi menerusi pemotongan kos berubah. Sasaran khusus melibatkan ..