| /// |
|
| Headlines : Sinar Harian Nasional News | Page 1 |
|
Anwar teruja bertemu legenda bina badan Dexter Jackson - 1/07 9:30 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi keterujaan beliau selepas berkesempatan bertemu legenda bina badan dunia Dexter Jackson.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut memuat naik gambar bersalaman dengan juara Mr Olympia 2008 itu."Ketemu legenda bina badan dunia, juara Mr. Olympia 2008 dan Masters Mr. Olympia 2012 iaitu Dexter Jackson."Saya terinspirasi. Nampak gaya kena masuk gim nanti," katanya menerusi hantaran tersebut.Jackson, 56, memegang .. |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Jenayah Siber 2026 - 1/07 8:00 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang- Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang antara lain memperuntukkan kesalahan dan hukuman berkaitan pemalsuan digital (deepfake) serta penyebaran imej intim digital yang dimanipulasi melalui sistem komputer kompleks.RUU yang mengandungi 61 fasal berkaitan jenayah siber itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan 48 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi .. |
|
Tiada gangguan bekalan di stesen minyak, transaksi Budi Diesel bawah 10 .. - 1/07 6:02 pm SHAH ALAM Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menjangkakan tidak berlaku gangguan besar bekalan atau kapasiti simpanan diesel di stesen minyak susulan pelaksanaan Budi Madani Diesel (Budi Diesel) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 di Sabah dan Sarawak bermula Rabu.PDAM berkata, berdasarkan pemerhatian awal, jumlah transaksi Budi Diesel ketika ini masih kurang daripada 10 peratus daripada keseluruhan jualan diesel.Katanya, secara keseluruhannya, PDAM menjangkakan .. |
|
Diesel RM2.10 antara terendah di dunia - 1/07 5:04 pm KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang layak kini boleh menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menerusi pelaksanaan Budi Madani Diesel yang bermula 1 Julai.Harga itu meletakkan Malaysia antara negara yang menawarkan diesel antara terendah kepada rakyat, pada ketika harga diesel global kekal tinggi dan tidak menentu.Untuk tempoh 1 hingga 8 Julai 2026, harga pasaran diesel ditetapkan pada RM3.97 seliter namun melalui Budi Madani Diesel, rakyat yang layak hanya perlu membayar RM2.10 .. |
|
Pilihan jutaan pelanggan, Grab 5-Star Eats 2025 nobat restoran terbaik .. - 1/07 4:55 pm PETALING JAYA Konsisten mengekalkan rasa asli serta kualiti hidangan selama lebih 13 tahun menjadi resipi kejayaan Lieniey Nasi Kerabu Tumis apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Grab 5-Star Eats 2025 bagi kategori Crowd's Favourite Best Malaysian Food (Hidangan Malaysia Terbaik Kegemaran Ramai).Pengasasnya, Zaini Ahmad, 55, berkata, pengiktirafan tersebut amat bermakna kerana ia hadir hasil sokongan serta penilaian pelanggan yang terus memilih hidangan mereka sejak bertahun-tahun .. |
|
Luqman Adrine kekal terajui MNPA bagi penggal 2026-2028 - 1/07 4:44 pm KUALA LUMPUR - Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA) mengekalkan barisan kepimpinan utamanya apabila melantik semula Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat bagi penggal 2026 hingga 2028 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-53.Ketua Pegawai Operasi The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Luqman Adrine Ja'afar dilantik semula sebagai Pengerusi, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group, Chan Seng Fatt dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nanyang, Liew .. |
|
Kabinet arah reformasi DBKL sebelum pinda Akta 190 - Hannah - 1/07 3:31 pm KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri mengarahkan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan mekanisme semak imbang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara berperingkat sebelum mempertimbangkan sebarang cadangan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, arahan itu diputuskan selepas JWP membentangkan hasil Kajian Kebolehlaksanaan Pindaan Akta 190 yang .. |
|
Ahli Parlimen syor pesalah deepfake lucah dikenakan hukuman sebat mandatori - 1/07 3:21 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah mencadangkan supaya pesalah yang membuat kandungan video palsu atau deepfake berunsur lucah dikenakan hukuman sebatan mandatori.Beliau berkata, hukuman berat sedemikian penting bagi memberi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak mengulangi perbuatan sama."Rompin mencadangkan pesalah deepfake lucah ini dikenakan hukuman sebatan mandatori."Ini kerana ia memberi impak kemudaratan psikologi kepada mangsa yang mengalami trauma .. |
|
Lebih 30,000 pemohon dapat kelulusan tambahan kuota BUDI Diesel - Amir .. - 1/07 3:15 pm PUTRAJAYA - Lebih 30,000 pengguna telah memohon dan mendapat kelulusan tambahan kuota BUDI Diesel daripada 200 liter kepada 300 liter setakat semalam bagi memenuhi keperluan golongan yang menggunakan bahan api itu dalam kuantiti lebih tinggi.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kemudahan itu diperkenalkan susulan maklum balas diterima daripada peniaga kecil, penjaja serta penyedia perkhidmatan di kawasan pedalaman yang memerlukan penggunaan diesel melebihi kuota .. |
|
Kerajaan perlu perjelas impak projek lencana Jalur Gemilang RM8.4 juta - .. - 1/07 2:48 pm SHAH ALAM - Kerajaan diminta membentangkan hasil kajian impak pelaksanaan projek lencana Jalur Gemilang yang menelan belanja RM8.4 juta bagi menilai sama ada peruntukan itu benar-benar memberi kesan terhadap usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad, berkata penjelasan itu penting bagi membuktikan sama ada matlamat program berkenaan berjaya dicapai selepas lebih setahun dilaksanakan di sekolah.Menurutnya, kajian impak juga perlu menjawab sama ada .. |
|
Pegawai kanan SPRM terpilih wakili Malaysia sertai latihan FBI - 1/07 2:35 pm PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpilih mewakili Malaysia bagi program latihan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) National Academy siri ke-299 di Quantico, Virginia, Amerika Syarikat.Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Irawan Khlir dari Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan pegawai ketiga daripada agensi itu yang diberi penghormatan untuk menyertai program latihan antarabangsa tersebut.SPRM dalam kenyataan .. |
|
PAC syor penjualan aset strategik MAHB wajib dapat kelulusan Jemaah Menteri - 1/07 2:01 pm KUALA LUMPUR - Sebarang perubahan terhadap struktur pemilikan ekuiti atau keputusan penjualan aset strategik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada masa akan datang wajib mendapatkan kelulusan daripada Jemaah Menteri secara telus.Perkara itu disyorkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan ketika sidang akhbar di Parlimen di sini pada Rabu.Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, usaha itu penting bagi memastikan kawalan strategik negara terhadap pengurusan .. |
|
AKPS buang lima pegawai, 50 lagi disiasat isu integriti - 1/07 1:37 pm PUTRAJAYA -Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bertekad menoktahkan budaya rasuah dan salah guna kuasa di pintu masuk negara, dengan tindakan tegas akan terus diambil terhadap pegawai serta anggota yang terbabit.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zainberkata, isu integriti masih menjadi cabaran utama agensi itu."Budaya rasuah dan salah laku di pintu masuk perlu diberikan tanda noktah."Satu isu yang merunsingkan saya ialah perihal integriti yang masih menjadi .. |
|
'Elak budaya merajuk, ambil MC' - Shuhaily beri amaran kepada anggota AKPS - 1/07 1:19 pm PUTRAJAYA - Pegawai dan anggota yang menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) perlu menekankan disiplin, elak budaya 'merajuk' dan memberi alasan sakit apabila ditegur.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua yang masuk dan menyertai AKPS harus keluar daripada zon selesa masing-masing.Menurutnya, budaya 'change of command' akan menjadi tunjang kepada pengoperasian AKPS."Disiplin yang mana sekiranya ditegur, tidak merajuk dan esoknya tidak .. |
|
Timbalan Speaker beri amaran kepada Hulu Langat supaya jaga adab - 1/07 10:55 am KUALA LUMPUR -Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor memberi amaran kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan supaya menjaga adab ketika berada di dalam Dewan Rakyat.Beliau turut menegaskan tidak akan teragak-agak mengarahkan Mohd Sany keluar dewan sekiranya mengulangi perbuatannya yang dianggap mengganggu perjalanan mesyuarat."Yang Berhormat Hulu Langat, apa masalah? Yang Berhormat, majlis (Dewan Rakyat) ada adab. Sekali lagi Yang Berhormat buat, langgar...saya .. |
|
16 bekas tentera mula galas tugas warden MRSM - Asyraf Wajdi - 1/07 10:10 am KUALA LUMPUR Seramai 16 bekas anggota tentera mula melaporkan diri sebagai warden lelaki di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekali gus menandakan permulaan pelaksanaan inisiatif baharu MARA bagi memperkukuh keselamatan, kebajikan dan disiplin pelajar di institusi berkenaan.Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kesemua mereka mula bertugas Isnin lalu dengan menghadiri sesi taklimat dan pengenalan bersama pihak pengurusan maktab.Menurutnya, seramai 16 lagi warden wanita daripada .. |
|
Kekurangan bukan halangan besarkan enam anak - 1/07 9:30 am IPOH Demi memastikan enam anaknya tidak terabai, seorang bapa sanggup bekerja siang dan malam meskipun terpaksa mengutip barangan lusuh serta melakukan kerja sambilan di kilang memproses ayam bagi menampung keperluan keluarga.Muhammad Amir Zulkarnain Abdullah, 49, berkata, kehidupan keluarganya semakin mencabar apabila dua daripada enam anaknya menghidap masalah kesihatan kronik yang memerlukan rawatan dan ubat-ubatan secara berterusan.Menurutnya, anak sulung berusia 20 tahun mengalami sembelit .. |
|
MOTAC gesa pengusaha bas persiaran, pelancongan segera kemuka data kos .. - 30/06 10:57 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggesa pengusaha bas persiaran serta persatuan pelancongan yang masih belum mengemukakan data penggunaan diesel dan dokumen berkaitan supaya berbuat demikian segera bagi membolehkan kerajaan meneliti bentuk bantuan yang bersesuaian susulan kenaikan harga diesel.MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, maklumat berkenaan penting bagi membolehkan kerajaan menilai secara tepat peningkatan kos operasi yang ditanggung pengusaha, .. |
|
Kerajaan susun semula pengurusan pekerja asing - TPM - 30/06 10:01 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyusun semula hala tuju pengurusan penggajian pekerja asing di negara ini bagi memastikan pelaksanaannya lebih terselaras, cekap dan menepati keperluan industri.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikannya di Parlimen hari ini.Beliau berkata, mesyuarat itu mencapai beberapa persetujuan utama termasuk berkaitan .. |
|
Tular guna gajah di majlis awam: Perhilitan kaji semula SOP - 30/06 9:40 pm SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji serta menambah baik undang- undang, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penggunaan gajah dalam program awam.Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya akan merujuk Unit Integriti Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Bahagian Penyiasatan Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu .. |
|
Usaha banteras rasuah tuntut kerjasama semua pihak - Anwar - 30/06 9:20 pm KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Usaha membanteras rasuah tidak boleh digalas satu institusi semata-mata, sebaliknya menuntut kerjasama erat antara institusi penguatkuasaan, badan penasihat, Parlimen, sektor awam, sektor swasta serta seluruh masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata dalam konteks itu, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berperanan penting sebagai mekanisme semak dan imbang dengan memberikan pandangan .. |
|
Budi Diesel manfaatkan 700,000 pemilik kenderaan seluruh negara - 30/06 7:34 pm PUTRAJAYA - Pelaksanaan Budi Madani Diesel (Budi Diesel) yang bermula esok dijangka akan memanfaatkan 700,000 pemilik kenderaan diesel di seluruh negara.Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, jumlah itu merangkumi 400,000 pemilik di Semenanjung dan bakinya, 300,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan."Ini merupakan peluasan ketara berbanding Budi Diesel Individu sebelum ini, yang hanya melibatkan kira-kira 180,000 penerima bantuan tunai bulanan di Semenanjung Malaysia .. |
|
Laluan Shah Alam catat lebih 60,000 perjalanan pada hari pertama operasi - 30/06 7:19 pm KUALA LUMPUR - Laluan Shah Alam kendalian Rapid KL merekodkan lebih 60,000 perjalanan penumpang pada hari pertama operasinya semalam, sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap perkhidmatan rel baharu itu.Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah itu merangkumi perjalanan menggunakan tren, bas perantara dan Rapid KL On-Demand (ROD) yang dilancarkan secara rasmi pada Ahad lepas.Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 58,865 perjalanan .. |
|
'Had alkohol pemandu Malaysia 0.08 peratus, China hanya 0.02 peratus' - .. - 30/06 7:04 pm KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mengkaji semula had kepekatan alkohol dalam darah (BAC) yang dibenarkan bagi pemandu di negara ini bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol.Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad berkata, had BAC di Malaysia ketika ini iaitu 0.08 peratus adalah lebih tinggi berbanding beberapa negara Asia seperti Jepun dan Korea Selatan yang menetapkan had 0.03 peratus manakala China hanya 0.02 peratus.Katanya, perbezaan itu menyebabkan .. |
|
Hanya bayar RM30, pemandu komersial nikmati saringan kesihatan menyeluruh .. - 30/06 6:36 pm KUALA LUMPUR - Pemandu komersial berusia 40 tahun ke atas kini hanya perlu membayar RM30 untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh menerusi pelaksanaan Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) yang diperkenalkan kerajaan bagi mengesan lebih awal masalah kesihatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, untuk tahun pertama pelaksanaan, program itu dilaksanakan secara bayaran bersama (co-payment) dengan pemandu hanya perlu membayar .. |
|
Harga runcit bahan bakar turun 10 sen - 30/06 5:49 pm PUTRAJAYA Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi minggu 1 hingga 8 Julai turun sebanyak 10 sen, berkuatkuasa Rabu selaras dengan penurunan harga pasaran petroleum antarabangsa. Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, penetapan baharu itu dibuat menerusi mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM) berdasarkan purata harga pasaran minggu terdahulu.Bagi tempoh tersebut, harga runcit RON97 diturunkan kepada RM4.00 seliter berbanding RM4.10 sebelum ini."RON95 tanpa subsidi pula turun .. |
|
Harga elektrik lebih tinggi tingkat inflasi keseluruhan kepada 2.0 peratus .. - 30/06 5:25 pm KUALA LUMPUR - Harga elektrik yang lebih tinggi adalah akibat pelaksanaan surcaj susulan peningkatan kos penjanaan, sekali gus menyumbang kepada kenaikan inflasi keseluruhan Malaysia kepada 2.0 peratus pada Mei, kata Bank Negara Malaysia (BNM).Dalam sorotan bulanan bagi Mei 2025 yang dikeluarkan hari ini, bank pusat itu berkata, inflasi keseluruhan meningkat kepada 2.0 peratus pada Mei daripada 1.0 peratus pada April, manakala inflasi teras kekal stabil pada 2 peratus.Menurut BNM, sedikit .. |
|
2.2 juta pelajar bakal terima manfaat Baucar Buku Madani 2026, penebusan .. - 30/06 5:05 pm KUALA LUMPUR - Program Baucar Buku Madani 2026 dijangka memberi manfaat kepada lebih 2.2 juta pelajar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi peruntukan sebanyak RM221.6 juta, dengan penebusan e-baucar bernilai RM100 seorang akan bermula esok hingga 31 Okt ini.Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, seramai 2,217,579 penerima melibatkan murid daripada kelas peralihan hingga tingkatan enam, pelajar kolej vokasional, matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bakal .. |
|
Portal rasmi KKM yang digodam tidak simpan rekod perubatan, data pesakit - 30/06 4:43 pm PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan portal rasminya yang digodam tidak menyimpan rekod perubatan pesakit atau data kesihatan individu.Sebaliknya jelas kementerian itu, portal berkenaan hanya digunakan bagi penyampaian maklumat korporat dan maklumat awam."KKM menegaskan bahawa portal ini hanya digunakan bagi penyampaian maklumat korporat dan maklumat awam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurut KKM, pengoperasian portal terbabit dihentikan buat sementara waktu bagi .. |
|
Dewan Rakyat panas, Fadhli-Rayer bertikam lidah isu kes seksual kanak-kanak - 30/06 4:37 pm KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat pada Selasa bertukar panas apabila beberapa ahli Parlimen bertikam lidah berhubung dakwaan Kelantan mencatatkan jumlah kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang tinggi.Kekecohan tercetus apabila Datuk Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membangkitkan mengenai kenyataan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ketika perbahasan pada Isnin mendakwa kes seksual membabitkan kanak-kanak di Kelantan berada pada tahap membimbangkan.Ahmad Fadhli berkata, dakwaan tersebut tidak .. |
|
Penguatkuasaan penuh pemasangan SLD kenderaan perdagangan ditangguh - 30/06 4:32 pm SHAH ALAM - Kementerian Pengangkutan (MOT) menangguhkan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan penuh berhubung keperluan pemasangan dan pematuhan alat pengehad kelajuan atau Speed Limitation Device (SLD) bagi kenderaan perdagangan bagi memberi ruang kepada industri melengkapkan proses pematuhan secara lebih teratur.MOT dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas industri, khususnya daripada syarikat pengendali kenderaan perdagangan yang mempunyai jumlah .. |
|
Kerajaan digesa segera selesai isu premium insurans e-hailing - 30/06 3:58 pm SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera menyelesaikan isu kenaikan premium insurans e-hailing yang didakwa terus membebankan pemandu di seluruh negara.Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis Digital Malaysia (LEAD Malaysia) dalam kenyataan berkata, isu yang dibangkitkan sejak tahun lalu itu masih belum menunjukkan sebarang penyelesaian konkrit meskipun pelbagai memorandum, rayuan dan kenyataan media telah dikemukakan.Menurut kenyataan itu, sehingga memasuki pertengahan tahun 2026, pemandu masih berdepan .. |
|
Pelaksanaan penguatkuasaan penuh SLD bagi kenderaan perdagangan ditangguh .. - 30/06 3:57 pm PUTRAJAYA - Pelaksanaan penguatkuasaan penuh terhadap keperluan pemasangan dan pematuhan alat pengehad kelajuan (SLD) bagi kenderaan perdagangan ditangguhkan bagi memberi ruang kepada industri melengkapkan proses pematuhan secara lebih teratur.Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas industri khususnya daripada syarikat pengendali kenderaan perdagangan yang mempunyai jumlah kenderaan besar dan masih dalam proses menjadualkan pemasangan .. |
|
Hampir 8,000 aduan deepfake diterima MCMC setakat 15 Jun - 30/06 3:49 pm KUALA LUMPUR Sebanyak 7,967 aduan berkaitan kandungan video palsu atau deepfake direkodkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat 15 Jun tahun ini.Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, secara keseluruhan dalam tempoh dua tahun setengah, MCMC menerima sebanyak 12,496 aduan berkaitan kandungan deepfake.Menurutnya, sebanyak 11,677 daripadanya telah diturunkan selepas permohonan dikemukakan kepada platform terbabit."Memang tidak dapat dinafikan bahawa .. |
|
Talian Kasih catat lebih 127,00 panggilan, kes keganasan rumah tangga .. - 30/06 3:42 pm KUALA LUMPUR -Lebih 127,000 panggilan diterima menerusi Talian Kasih 15999 bagi tempoh 2022 hingga Mei lalu, dengan data menunjukkan peningkatan ketara membabitkan kes keganasan rumah tangga.Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, sebanyak 9,327 panggilan atau 7.36 peratus aduan dan kes adalah berkaitan isu keganasan rumah tangga."Bagi kes keganasan rumah tangga, Talian Kasih 15999 merekodkan trend peningkatan aduan setiap tahun iaitu 323 aduan pada .. |
|
Malaysia perkukuh mekanisme pengurusan pelarian seiring keselamatan, .. - 30/06 3:27 pm KUALA LUMPUR - Krisis pelarian global semasa menuntut Malaysia memperkukuh mekanisme pengurusan sedia ada bagi memastikan tanggungjawab kemanusiaan berjalan seiring dengan keutamaan keselamatan serta kedaulatan negara.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu penting memandangkan dunia kini berdepan krisis pelarian yang semakin mencabar, dengan lebih 122 juta individu dipindahkan secara paksa akibat konflik dan ketidakstabilan global."Keadaan ini menuntut .. |
|
'Beliau cuma umum projek yang sudah diluluskan' - Anwar pertahan Kor Ming - 30/06 3:26 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mempertahankan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming yang menerima kecaman ekoran membuat pengumuman projek-projek menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Menteri Kewangan itu berkata, pengumuman projek yang telah diluluskan dalam belanjawan sedia ada tidak menjadi kesalahan."Kalau umum sebelum pernamaan calon, itu peraturan mengizinkan jadi tidak melanggar etika. Yang melanggar etika kalau ada sumpah .. |
|
HONOR MagicPad 4: Pakai satu tablet seperti guna 10 pekerja - 30/06 2:40 pm Malaysia kini muncul sebagai negara dengan peratusan pekerja berpengetahuan yang menjalankan perniagaan sampingan paling tinggi di dunia, apabila 66 peratus daripada mereka menguruskan perniagaan sendiri di samping pekerjaan tetap. Pada masa sama, lebih tiga juta rakyat Malaysia kini terlibat dalam ekonomi gig, dan jumlah itu terus meningkat setiap tahun.Trend ini membuktikan bahawa bekerja secara solo bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Sebaliknya, semakin ramai rakyat Malaysia kini menggalas .. |
|
Larangan umum peruntukan baharu semasa pilihan raya masih berkuat kuasa - .. - 30/06 1:50 pm KUALA LUMPUR - Larangan mengumumkan peruntukan atau projek baharu selepas hari penamaan calon bagi pilihan raya masih berkuat kuasa selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaik sahaja tarikh penamaan calon diumumkan kempen pilihan raya diteruskan tetapi tiada sebarang pengumuman projek atau dasar baharu dibenarkan dibuat oleh kerajaan negeri serta kerajaan Persekutuan.Menurutnya, ketetapan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah .. |
|
Program Felda tak dilarang tapi kempen guna jentera kerajaan ditegah Anwar - 30/06 12:43 am KUALA LUMPUR Kerajaan Persekutuan tidak menyekat sebarang penganjuran program bersama peneroka Felda oleh kerajaan negeri tetapi penggunaan jentera kerajaan Persekutuan untuk tujuan kempen pilihan raya sama sekali tidak diizinkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, arahan jelas sudah dikeluarkan bahawa semua acara yang menggunakan jentera kerajaan tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen pilihan raya bagi memastikan prinsip keadilan dan integriti dipatuhi."Saya tidak .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |