///
See Also: Shutterstock

Headlines : Sinar Harian Semasa News   Page 1    



Saksi beritahu emosi Zara Qairina dilihat seperti terganggu selepas keluar .. - 30/10 2:10 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-36 inkues memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia nampak Zara Qairina Mahathir seperti dalam gangguan emosi selepas keluar dari bilik lain untuk masuk ke biliknya.Perkara itu didedahkan ketika saksi kanak- kanak ke-27 itu memberikan keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di sini pada Khamis.Peguam Joan Goh berkata, saksi merupakan pelajar Tingkatan Satu dan Zara Qairina adalah kawan biasanya di mana mereka tinggal di dorm yang ..





JSJK bincang dengan syarikat telekomunikasi tangani isu penipuan dalam .. - 30/10 1:40 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi berkaitan isu penipuan dalam talian baru-baru ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, selain isu 'recycle number' pihaknya turut membincangkan berkaitan pendaftaran nombor telefon."Saya difahamkan ada pengguna mempunyai lebih daripada lima kad sim nombor telefon. Selain itu, ada sindiket menghubungi mangsa melalui aplikasi ..





Pasangan kekasih didakwa rompak barang kemas RM5.755 juta - 30/10 1:38 pm

PASIR MAS - Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan merompak barang kemas di sebuah kedai pajak gadai dianggarkan bernilai RM5.755 juta, minggu lepas.Wee Chin Ooi, 49, dan Wee Fei Fang, 47, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.Chin Ooi didakwa merompak barang kemas itu dengan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang wanita di sebuah kedai pajak gadai di sini pada 1 ..





Peniaga kedai telekomunikasi mengaku tidak bersalah beri rasuah - 30/10 1:25 pm

JOHOR BAHRU Seorang peniaga kedai telekomunikasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM600 kepada seorang pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tahun lalu.Tertuduh, Liau Hock Soon, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.Berdasarkan pertuduhan, Hock Soon didakwa secara rasuah memberi suapan berupa wang tunai RM600 kepada seorang ..





790 pemilik akaun keldai diberkas dalam Op Merpati Khas banteras penipuan .. - 30/10 12:24 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 790 individu yang berperanan sebagai pemilik akaun keldai digunakan untuk kegiatan penipuan e-dagang berjaya diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Merpati Khas 01/2025 bermula 2 hingga 12 September lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi khas yang dijalankan secara menyeluruh di seluruh negara itu dilaksanakan oleh Bahagian Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bagi membanteras ..





JSJK tahan 1,303 individu terlibat penipuan dalam talian - 30/10 11:58 am

KUALA LUMPUR - Seramai 1,303 individu yang dipercayai terlibat dengan kes penipuan dalam talian ditahan menerusi Op Mule Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bermula 22hingga 28 September lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi itu dilancarkan bagi membanteras kegiatan jenayah komersial melibatkan akaun keldai khususnya bagi kes-kes yang dilaporkan oleh NSRC."Sepanjang operasi, seramai 1,303 individu ditahan manakala sebanyak 778 ..





Polis pantau 24 jam, lebih 6,000 kandungan penipuan diturunkan - 30/10 11:46 am

KUALA LUMPUR - Lebih 6,000 kandungan penipuan dalam talian diturunkan dari platform media sosial sejak 2023 hingga September lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ia adalah hasil pemantauan oleh Unit Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) di bawah Bahagian Siber, Taktikal dan Teknikal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman."PCIRC memantau kandungan dan iklan penipuan 24 jam setiap hari. Sejak 2023, sebanyak 6,184 kandungan ..





Hamizi didakwa tetak sepupu hingga maut - 30/10 11:28 am

TUMPAT - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh sepupu isterinya hingga maut dengan kaki kanan serta tangan kiri terputus akibat ditetak.Tertuduh, Hamizi Hamzah, 45 didakwa di hadapan Majistret, Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada buruh binaan berkenaan.Tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Mohd Shuhairi Hasim, 46, di Kampung Kok Bedullah di sini pada jam 11.20 malam, ..





Bayi sembilan bulan maut nahas empat kenderaan - 30/10 8:20 am

SETIU Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 79, Jalan Kuala TerengganuKota Bharu berhampiran Kampung Bukit Grebar di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.27 pagi itu, mangsa, Nur Athiya Inara Isnorizal, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu akibat kecederaan parah di kepala.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, siasatan awal ..





Nasib ibu Zayn Rayyan diketahui esok - 30/10 7:50 am

PETALING JAYA Nasib ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas satu kes pengabaian terhadap kanak- kanak autisme itu dua tahun lalu, akan diputuskan Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.Berdasarkan sistem kehakiman, keputusan akan disampaikan oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh pada jam 9 pagi.Sekiranya hakim mendapati Ismanira Abdul Manaf, 30, bersalah, maka mahkamah akan menjatuhi hukuman.Ibu kepada dua anak itu berdepan dakwaan di bawah Seksyen ..





Lelaki ditahan tetak isteri, anak perempuan guna parang - 29/10 10:42 pm

SIBU - Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai menetak isteri dan anak perempuannya menggunakan sebilah parang di kediaman mereka di Permai Jaya di sini awal pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 57 tahun ditangkap pasukan petugas khas di kawasan Kanowit pada jam 4.15 petang Rabu."Suspek akan direman di Mahkamah Sibu pada 30 Oktober bagi membantu siasatan. Polis masih berusaha mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di ..





Mayat wanita tidak berpakaian ditemui dalam keadaan berikat - 29/10 10:32 pm

SERDANG - Mayat wanita ditemui dalam keadaan berikat dan tidak berpakaian di tepi jalan berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan pada Rabu.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 3.45 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan tersebut.Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa berketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut perang melepasi bahu, berkuku panjang serta memakai subang ..





Pekerja ladang maut disambar buaya - 29/10 9:28 pm

MIRI - Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut selepas disambar buaya ketika mengambil air di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu pada Rabu.Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 11.34 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi ..





2.4 hektar hutan terbakar di Jalan Pulau Angsa - 29/10 8:21 pm

SHAH ALAM Suasana di sekitar Jalan Pulau Angsa U10/2, Taman Perdana Heights di sini pada Rabu dikejutkan dengan kepulan asap tebal yang dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan di kawasan berkenaan.Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, api dilaporkan merebak dengan cepat di kawasan hutan seluas 2.4 hektar sebelum berjaya dikawal oleh pasukan bomba.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya ..





Battersea Power Station di London kekal pelaburan strategik - PNB, KWSP - 29/10 7:34 pm

SHAH ALAM - [DI KEMASKINI] Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan tiada perancangan untuk keluar daripada pelaburan hartanah mereka di Battersea Power Station, United Kingdom (UK).Menurut kenyataan bersama itu, projek Battersea yang dimiliki oleh konsortium yang diketuai oleh Sime Darby Property Berhad dan SP Setia Berhad kekal sebagai pelaburan strategik bagi semua pemegang sahamnya.Jelas kenyataan itu, bangunan Battersea Power Station yang ..





Inkues Zara Qairina: Saksi nampak hubungan Zara dan ibunya baik - 29/10 7:08 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-34 inkues Zara Qairina Mahathir mendakwa hubungan dua beranak itu dalam keadaan baik semasa dia bermalam di rumah pelajar Tingkatan Satu itu di Sipitang.Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi yang juga kanak-kanak ke-25 memberitahu perkara itu dalam keterangannya bahawa dia pernah mengikut Zara Qairina pulang ke rumahnya pada hujung minggu."Saksi berkata, semasa dia di rumah Zara, dia nampak hubungan Zara dan ibunya adalah baik. Saksi mengesahkan ibu Zara pernah mencuci ..





Dua beradik maut, kereta bertembung lori tangki minyak - 29/10 7:04 pm

SIBU - Dua beradik maut apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 10 Jalan Majau, berhampiran SK Ulu Majau, Kanowit dekat sini, tengah hari tadi.Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintenden, Junical Ujal berkata, mangsa dikenali sebagai Musa Minggat, 50, (pemandu kereta) dan abangnya Budin Minggat, 67, dan mayat mereka telah dibawa ke Hospital Kanowit untuk bedah siasat."Pihak polis mengesahkan dua lelaki maut dalam ..





Saksi dedah Zara Qairina mengatakan pernah dipulau, diejek pelajar lain - 29/10 6:57 pm

KOTA KINABALU-Saksi ke-33 inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan kepada Mahkamah Koroner, di sini bahawa pelajar Tingkatan Satu itu mengatakan bahawa dia pernah dipulaukan dan jadi bahan ejekan oleh beberapa pelajar lain.Saksi yang juga kanak-kanak ke-24 memberitahu perkara itu dalam keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Rabu.Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi merupakan pelajar junior yang tinggal di aras blok asrama sama dengan Zara ..





Saksi dakwa pernah baca diari Zara Qairina luah kata kesat terhadap ibunya - 29/10 6:28 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-35 inkues kematian Zara Qairina mendakwa bahawa dia ada membaca dalam diari pelajar Tingkatan Satu itu yang meluahkan kata-kata kesat kepada ibunya sendiri.Perkara itu diberitahu ketika saksi kanak-kanak ke-26 memberi keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini, pada Rabu.Peguam Joan Goh berkata, saksi merupakan pelajar Tingkatan Satu di sekolah tersebut dan rakan biasa kepada Zara Qairina serta mereka ..





Garis panduan keselamatan digital akan diperkenal - 29/10 6:22 pm

SHAH ALAM - Satu garis panduan keselamatan digital termasuk untuk permainan dalam talian Roblox akan diperkenalkan bagi melindungi kanak-kanak.Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Naim Mohd Zaharin berkata, ketetapan itu adalah antara perkara yang dipersetujui hasil pertemuannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan wakil Roblox pada Selasa.Menurutnya, perbincangan berkenaan memberi tumpuan kepada isu keselamatan digital yang semakin membimbangkan, terutama ..





Ibu melecur, rumah dibakar anak sendiri - 29/10 6:18 pm

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas melecur selepas rumahnya di Kampung Seberang Kuak Hulu di sini dibakar oleh anak lelakinya sendiri yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian awal pagi Rabu.Kejadian dilaporkan berlaku jam 1.08 pagi selepas pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran sebuah rumah kediaman di kampung berkenaan.Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, mangsa berusia 69 tahun mengalami kecederaan melecur dan ..





Isu Perjanjian Malaysia-AS: 'Bukan persoal penjawat awam, tapi menteri' .. - 29/10 5:28 pm

KUALA LUMPUR - Pembangkang menolak tanggapan bahawa mereka mempersoalkan kredibiliti penjawat awam, sebaliknya hanya membangkitkan isu terkait kandungan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan tidak sepatutnya melenting dan mendakwa pembangkang tidak menghargai jasa pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus dengan proses berkait perjanjian berkenaan.Menurut Hamzah, sebagai individu ..





Mohd Yazid mengadu tidak sedap badan sebelum meninggal dunia - 29/10 5:14 pm

KUALA LUMPUR - Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya Mohd Yazid Zakaria mengadu tidak sedap badan sebelum meninggal dunia di Hospital Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira 11 pagi tadi.Ahmad Ariff Azhari Mohd Yazid, 23, anak keempat Allahyarham berkata sebelum itu, bapanya telah dibawa ke sebuah klinik di Paroi Jaya untuk mendapatkan rawatan."Setelah sampai di klinik, semasa menunggu (untuk rawatan) ayah ingin ke tandas dan mengalami kekejangan otot dan terus tidak ..





Najib gagal kemuka 'penderma' RM2.3 bilion untuk sokong dakwaan sumbangan .. - 29/10 5:14 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengemukakan 'penderma' bagi dana berjumlah RM2.3 bilion, untuk menyokong dakwaannya bahawa wang itu merupakan "sumbangan" daripada Arab Saudi.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib ketika prosiding penghujahan pihak pendakwaan berkata keterangan bersumpah Najib tidak memberikan sebarang penjelasan yang kukuh berhubung perkara itu, sebaliknya, bekas perdana menteri itu hanya mendakwa bahawa ..





MSIC 2025 perincikan sektor ekonomi baharu negara - 29/10 4:50 pm

SHAH ALAM Malaysia terus mengukuhkan keupayaan statistik kebangsaan dengan pelancaran buku Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).MSIC 2025 merupakan kerangka standard baharu bagi pengelasan jenis aktiviti ekonomi di Malaysia dan menyaksikan pertambahan ketara bilangan industri baharu dalam ekonomi negara.Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, MSIC 2025 kini mengandungi 1,248 industri, meningkat 6.3 peratus ..





Empat pekebun durian didakwa terlibat pengubahan wang haram - 29/10 4:28 pm

KUANTAN - Empat pekebun durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM560,000 daripada penjualan durian diusahakan tanpa kebenaran sejak tahun lepas.Lai Seng Wah, 44, Chin Swee Heung, 53, Chua Seng Wen, 64, dan Tong Thin Fook, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Seng Wahdidakwa atas dua pertuduhan memperoleh hasil daripada aktiviti haram ..





Siasatan terhadap menantu Muhyiddin selesai, akan didakwa - Azam Baki - 29/10 4:21 pm

SUBANG JAYA - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai dan kini menunggu proses pertuduhan di mahkamah.Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya selesai merakam percakapan semua saksi bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan projek di sebuah kementerian melibatkan Muhammad Adlan yang kini dipercayai berada di ..





Malaysia teguh pertahan prinsip kemanusiaan walau meraikan kuasa besar - .. - 29/10 3:54 pm

ALOR SETAR - Malaysia tidak akan sesekali menukar prinsip diplomasi hanya demi sorakan kuasa besar dunia, sebaliknya terus berpegang kepada nilai kemanusiaan sejagat yang menjadi teras dasar luar negara ini.Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, persidangan ASEAN di Kuala Lumpur membuktikan Malaysia kini diiktiraf sebagai pusat graviti baharu dalam dunia multipolar yang sedang terbentuk.Menurut beliau, kehadiran kuasa-kuasa utama dunia bukan sekadar acara ..





KUASA dakwa kerangka undang-undang REE masih longgar - 29/10 3:47 pm

SHAH ALAM - Kerangka undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) bagi Bahan Nadir Bumi atau Rare Earth Elements (REE) didakwa masih separuh masak, dengan rekod pelaksanaan dasar yang sering indah di atas kertas tetapi gagal di lapangan.Setiausaha Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin berkata, situasi itu menimbulkan persoalan mengenai kemampuan kerajaan untuk memastikan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar dapat dikawal dengan berkesan."Tiada jaminan kukuh bahawa ..





Produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM1.5 juta dirampas - 29/10 3:22 pm

IPOH Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) merampas hampir 300 jenis produk kesihatan tidak berdaftar termasuk kosmetik tidak bernotifikasi bernilai kira- kira RM1.5 juta dalam operasi penguatkuasaan di tiga lokasi sekitar Ipoh pada 23 Oktober lalu.Serbuan yang dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Perak di Bercham, Meru Raya dan Jelapang itu dibuat hasil aduan orang awam dan pemantauan pihak berkuasa terhadap aktiviti pengilangan serta penjualan produk tidak sah di pasaran.JKNP ..





Lima pelajar halang ambulans didakwa - 29/10 3:02 pm

KUALA KANGSAR Lima pelajar lelaki berusia 17 tahun yang ditahan selepas video tular menunjukkan mereka menghalang laluan ambulans di Lebuh Raya Utara- Selatan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Rabu.Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa menunggang motosikal dengan cara berbahaya kepada orang awam di Kilometer 249, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan.Kesalahan tersebut dilakukan pada jam 3.15 petang, 19 Oktober lalu.Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) ..





Gerakan desak kerajaan tangani krisis buli sekolah - 29/10 2:52 pm

KUALA LUMPUR Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Kerajaan Madani mengambil tindakan segera dan menyeluruh bagi menangani krisis buli di sekolah yang semakin serius dengan peningkatan kes mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Setiausaha Agung Wanita Nasional Gerakan, Sin Koon Yen berkata, kes buli meningkat daripada 326 kes pada tahun 2021 kepada 7,681 kes pada tahun 2024, iaitu peningkatan 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.Dakwanya, beberapa kes terkini seperti ..





Pemilik syarikat pembekal makanan direman disyaki kemuka dokumen palsu .. - 29/10 2:25 pm

PUTRAJAYA - Seorang pemilik syarikat pembekal makanan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen palsu melibatkan tuntutan berjumlah kira-kira RM450,000.Perintah reman terhadap wanita berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa bagi tempoh bermula 28 hingga 30 Oktober ini.Menurut sumber, suspek ditahan sekitar jam 8.45 malam pada 27 Oktober ketika hadir memberi keterangan di Ibu ..





Guna AI Integrity Scan bendung rasuah secara automatik - 29/10 2:19 pm

SHAH ALAM - Pertubuhan Perdana Nasional (PPN) mencadangkan pelaksanaan audit etika automatik berasaskan kecerdasan buatan (AI) Integrity Scan sebagai inovasi pencegahan rasuah generasi baharu.Presidennya, Abdul Hakim Hafizi Hamizan berkata, sistem itu menggunakan AI untuk mengesan pola kelakuan mencurigakan dalam masa nyata termasuk dalam proses kelulusan pinjaman, pengurusan dana awam dan transaksi kewangan antara agensi.Menurutnya, AI mampu membina profil integriti pegawai berdasarkan corak ..





Muhyiddin pernah ditawar terajui Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 Marzuki - 29/10 2:06 pm

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah ditawarkan untuk membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) dan memimpin gabungan tersebut selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, bagaimanapun beliau memilih jalan sukar apabila terus mempertahankan dasar Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak bekerjasama dengan DAP."Selepas PRU15, beliau (Muhyiddin) ..





Ibu maut, anak parah dilanggar ketika melintas jalan - 29/10 1:32 pm

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga asing maut manakala anaknya cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika melintas jalan di Jalan Sultan Azlan Shah, berhampiran sebuah pusat mencuci kereta di Sungai Dua di sini pada malam Selasa.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam pemandu SUV berusia 57 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Dua menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau ..





Kes kanak-kanak dikelar: 'Online game' ada kaitan, mangsa hilangkan sejuta .. - 29/10 1:17 pm

JOHOR BAHRU - Polis tidak menolak kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat kelmarin, telah dicederakan oleh abangnya sendiri berusia sembilan tahun akibat pengaruh permainan video dalam talian.Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak demikian selepas berang apabila permainan dalam talian miliknya terganggu sehingga menyebabkan ..





Keputusan status representasi kes GISBH diketahui Khamis ini - 29/10 12:49 am

KAJANG Status representasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu untuk mengkaji kes menjadi ahli kumpulan jenayah terancang akan diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis.Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar akan membuat keputusan berkenaan dalam prosiding di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang di sini.Semasa prosiding lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun memberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) ..





Lelaki ditetak bapa saudara angkat angkara dendam lama - 29/10 12:35 am

PASIR PUTEH - Seorang lelaki cedera parah di tangan sebelah kanan dan kepala dipercayai ditetak menggunakan sebilah parang oleh bapa saudara angkat dalam kejadian di Kampung Kulim di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pada jam 6.30 petang suspek yang berusia 55 tahun dikatakan datang ke rumah mangsa, 44, dan menetak lelaki terbabit beberapa kali."Siasatan awal mendapati motif serangan dipercayai akibat dendam lama."Suspek adalah ..





Maklumat bercanggah, ibu bapa kanak-kanak dikelar direman - 29/10 11:51 am

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang lehernya dikelar menggunakan pisau direman dua hari di di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman sehingga Khamis.Reman dikeluarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.Sebelum itu, pasangan ..




Reformasi     >>



'Who else if not Trump?': Anwar says Gaza, trade .. - Mkini
UPDATED 12.56PM PARLIAMENT PM urges against condemnation 'as if we are US stooges.'
Kroni     >>



Business : Trump Heads For Washington After Meeting Xi .. - Bernama
GYEONGJU (South Korea), Oct 30 (Bernama) -- United States President Donald Trump and his Chinese counterpart Xi Jinping concluded their high-level meeting as Trump left for Washington after more than an hours meetingin Busan.
Tabloid     >>



Raih Perhatian Temani Uqasha Ke Mahkamah, ‘Coach .. - Lobakmerah
Kehadiran individu yang dikenali sebagai Coach Cerai yang menemani pelakon Uqasha Senrose ke mahkamah syariah pada Selasa lalu telah meraih perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. Ramai yang tertanya siapakah individu terbabit dan apakah fungsi sebenar Coach ..
Tech     >>



Nvidia's Huang joins tech titans funding Trump's .. - Star
WASHINGTON (Reuters) -Nvidia CEO Jensen Huang donated to fund the construction of U.S. President Donald Trump's White House ballroom, he told reporters, joining other tech leaders supporting the project."I'm delighted to be part of it," he told reporters in Washington on Tuesday.Nvidia was not ..
World     >>



In Hurricane Melissa's wake, Jamaican expats can only .. - Star
NEW YORK (Reuters) -New York chef Kemoy Gordon last spoke to his cousin in Jamaica on Monday, as his family prepared to leave their beachside home on the western part of the Caribbean island ahead of Hurricane Melissa. That was the last time he made contact with them. Read full story
Motor Trend     >>



Honda Perkenal Super-ONE Kereta Elektrik Kecil yang .. - Piston
Honda telah memperkenalkan Super-ONE Prototype di Japan Mobility Show 2025, sebuah kereta elektrik kompak yang direka untuk mengembalikan keseronokan dan keterujaan pemanduan dalam kehidupan seharian. Model konsep ini dibangunkan berdasarkan falsafah baharu Honda yang dikenali sebagai e: Dash ..