![]() |
/// |
|
Search : Dataran Merdeka News | Page 1 |
Volvo Executive Merdeka Sales - Rebat Tunai Lumayan, Selekt Certified rasa baharu! - Careta - 30/07 7:44 am Volvo Selekt Certified Used Cars Kualiti Seperti Baharu Sebagai tarikan utama acara ini, sehingga 80 unit Volvo Selekt Certified Used Cars akan dipamerkan |
Malaysia-Indonesia perhebat kerjasama pelihara ketenteraman Laut Sulu, .. - Mgazette - 30/07 7:36 am # Malaysia-Indonesia perhebat kerjasama pelihara ketenteraman Laut Sulu, Sulawesi - PM KUALA LUMPUR Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk memperhebat kerjasama melalui kerangka Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) bagi memelihara ketenteraman Laut Sulu dan Laut Sulawesi |
Rafizi antara tujuh tokoh potensi ganti Anwar - Annuar Musa - Sinarharian - 29/07 11:28 pm SHAH ALAM - Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli disenarai antara tujuh pemimpin politik tanah air yang berpotensi untuk mengisi jawatan Perdana Menteri ke-11 sekiranya berlaku pertukaran kepimpinan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Enam lagi yang lain ialah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya tujuh tokoh tersebut mencapai kesepakatan, mereka berpotensi membentuk gabungan kuat yang mampu menguasai Dewan Rakyat."Persoalan terus timbul siapakah yang akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?"Jawapannya mudah. Sekiranya berlaku pertukaran sebelum PRu16, mana-mana ahli Parlimen sedia ada yang berjaya memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, boleh dilantik sebagai Perdana Menteri ke-11."Mereka antara tokoh yang sering disebut-sebut sebagai berpotensi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Pada Sabtu berlangsung Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka bagi mendesak Anwar meletakkan jawatan atas dakwaan gagal menangani kesusahan rakyat.Susulan itu, beberapa pihak menimbulkan persoalan siapa pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranya Anwar perlu meletak jawatan.Annuar menambah, sekiranya pemimpin berpotensi yang tersenarai mampu mencapai kesepakatan, landskap politik Malaysia boleh digerakkan ke hadapan dengan satu bentuk harapan baharu yang lebih segar dan inklusif."Tiada apa yang mustahil dalam politik," ujarnya. |
ASEAN perlu fokus bina ekonomi lebih bersepadu dan berdaya tahan - PM - Sinarharian - 29/07 5:50 pm JAKARTA - ASEAN perlu menumpu ke arah membina ekonomi dalaman yang lebih bersepadu dan berdaya tahan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global pada hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi ucapan dasar mengenai ASEAN yang disampaikan di acara Sekretariat ASEAN, di sini, pada Selasa, Anwar, yang juga pengerusi perkumpulan itu berkata, rantau ini memiliki pasaran yang dinamik dan besar dengan kira-kira 660 juta populasi."Potensinya amat besar, tetapi untuk merealisasikan sepenuhnya, kita perlu mengecilkan jurang pembangunan sedia ada dan menjalin hubungan ekonomi yang lebih kukuh dan saksama merentas negara anggota," kata beliau.Menurut Anwar, pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, ASEAN sekali lagi akan menunjukkan komitmen bersama untuk menambah baik aliran barangan tanpa halangan di rantau ini."Melalui usaha untuk mengurangkan halangan tarif dan bukan tarif, kita mengambil langkah bermakna mewujudkan komuniti ekonomi ASEAN yang lebih lancar dan dinamik yang berfungsi untuk semua, bukan hanya untuk sesetengah pihak," kata beliau.Perdana menteri berkata, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) adalah teras kepada visi ini kerana sebagai perjanjian perdagangan terbesar di dunia, ia mengukuhkan peranan ASEAN sebagai peneraju kerangka ekonomi serantau."Kami menjangkakan Mesyuarat Pemimpin RCEP ke-5 juga akan berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, sekali gus memberikan peluang kepada kita untuk memastikan RCEP memberikan manfaat yang besar kepada perniagaan, pekerja dan komuniti kita," kata Anwar.Menurut beliau, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan ASEAN dalam ekonomi global yang semakin kompetitif masih banyak yang perlu lakukan untuk memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan penuh keyakinan dan kejelasan merentas sempadan kita.Beliau berkata, kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China adalah isyarat jelas bahawa ASEAN bersedia untuk membina hubungan baharu dan memanfaatkan perkongsian baharu.Selain itu ia juga mencerminkan keazaman ASEAN untuk membentuk secara bersama masa depan yang berasaskan prinsip saling menghormati, berkongsi pertumbuhan dan kerjasama strategik.Anwar berkata, ekonomi digital akan menjadi pemacu utama fasa pertumbuhan ASEAN yang seterusnya.Justeru, kata beliau, rantau ini sedang berusaha untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN selain memodenkan perjanjian perdagangan sedia ada dengan rakan kongsi strategik termasuk China, India dan Korea Selatan.Usaha ini mencerminkan kesediaan ASEAN untuk menerima perubahan dan meletakkannya di barisan hadapan dalam transformasi digital, kata beliau.Menurut Anwar, ASEAN perlu menjadi agen perubahan - yang mempunyai kapasiti untuk membentuk peraturan dan norma global kekal terbuka, inklusif dan berpegang kepada prinsip keadilan.Beliau berkata, komitmen ASEAN terhadap multilateralisme kekal sebagai tunjang kepada kestabilan dan kemajuan bersama rantau itu."Sebagai perkumpulan yang berpandangan terbuka dalam dunia yang multipolar, ASEAN perlu terus meluaskan perkongsian globalnya |
Persatuan pemandu teksi rancang himpunan Kekal Anwar, undang PM - FMT - 29/07 4:10 pm Himpunan sebagai respons himpunan 'Turun Anwar' Sabtu lepas akan diadakan pada 27 Sept di Dataran Merdeka. |
Perkasa sifatkan penahanan Che???gu Bard tindakan zalim - Mgazette - 29/07 3:35 pm Beliau bersuara demi nasib golongan terpinggir, yang hari demi hari dihimpit kos sara hidup, cukai yang membebankan dan kegagalan kerajaan dalam menunaikan janji, katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam, polis mengesahkan menahan dua individu termasuk Chegu Bard berhubung insiden menyebat patung menyerupai Anwar semasa perhimpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, Sabtu lalu |
Apa dosa Anwar sehingga dihina sebegitu rupa? – Aminolhuda - Mgazette - 29/07 3:35 pm # Apa dosa Anwar sehingga dihina sebegitu rupa? - Aminolhuda JOHOR BAHRU- Perbuatan menyebat patung menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka Sabtu lalu melampaui batas adab dan nilai Islam |
Taxi drivers group to hold Kekal Anwar rally, PM invited - FMT - 29/07 3:28 pm The rally, in response to the Turun Anwar protest, will be held on Sept 27, also at Dataran Merdeka. |
Sebat patung menyerupai PMX satu penghinaan – Amanah Johor - Thempress - 29/07 1:24 pm JOHOR BAHRU- Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyifatkan, tindakan menyebat patung menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, Sabtu lalu adalah bentuk penghinaan… |
Rundingan tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 bermula - Sinarharian - 29/07 12:26 am JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Merdeka, Jakarta Pusat hari ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-13 antara Malaysia dan Indonesia.Ketibaan Anwar sempena lawatan kerja dua hari, disambut Presiden Indonesia Prabowo Subianto sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata, membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama."Doakan lawatan kerja kali ini membawa manfaat yang terbaik buat rakyat kedua-dua negara sahabat," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.Rundingan seumpama itu kali terakhir diadakan antara kedua-dua negara ialah di Kuching, Sarawak pada 22 November 2017.Delegasi Malaysia dan Indonesia turut dijadualkan menghadiri majlis makan tengah hari rasmi, disusuli pertukaran empat dokumen persefahaman (MoU) dan sidang media bersama.Selesai rundingan tahunan, Anwar akan melawat Sekretariat ASEAN di Jakarta Selatan atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan beliau akan menyampaikan ucapan dasar mengenai ASEAN dalam konteks Pengerusi ASEAN oleh Malaysia bagi tahun 2025.Anwar yang tiba di Jakarta pada Isnin, diiringi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Terdahulu, Perdana Menteri memulakan lawatan kerja itu dengan mengadakan pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) dan ketua pengarang media utama di Indonesia |
'Undang kebencian rakyat, gugat kestabilan negara' - Sinarharian - 29/07 11:30 am PASIR PUTEH - Tindakan peserta Himpunan Turun Anwar yang menyebat patung mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat boleh mengundang bibit kebencian kepada pemimpin nombor satu negara itu selain mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat.Ketua Cabang PKR Pasir Puteh, Kamaruddin Mat Zin berkata, perbuatan tersebut jelas merupakan satu bentuk hasutan yang boleh menggugat kestabilan politik negara."Tindakan ini jelas satu bentuk penghinaan dan cubaan mencetuskan kebencian rakyat terhadap Perdana Menteri serta boleh mencabar prinsip serta kestabilan politik negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini pada Selasa.Beliau bersama kira-kira 70 orang ahli serta kepimpinan PKR, UMNO dan Amanah Pasir Puteh hadir bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat.Menurut Kamaruddin, tindakan pantas pihak polis dalam menangani isu itu amat penting bagi memastikan tidak timbul provokasi berlebihan yang boleh menggugat keharmonian negara.Pada Isnin Sinar Harian melaporkan, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Mohamed Jan dalam sidang akhbar memaklumkan, polis menerima empat laporan berkaitan Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka yang berlangsung pada Sabtu.Satu kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkenaan patung mirip Perdana Menteri disebat di sekitar Masjid Negara. |
Sebat patung mirip PM perbuatan melampau - Amanah Johor - Sinarharian - 29/07 11:10 am JOHOR BAHRU- Tindakan menyebat patung menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu disifatkan sebagai melampaui batas adab dan nilai Islam.Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, Aminolhuda Hassan berkata, perbuatan itu menggambarkan kemerosotan moral dalam budaya politik negara dan tidak wajar berlaku dalam masyarakat yang bertamadun."Dalam Islam, membina patung manusia adalah perkara yang ditegah |
PN gagal jadi pembangkang berkesan ??? Chin Tong - Mgazette - 29/07 8:08 am Sementara perhimpunan itu yang dipimpin oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membawa ramai hadirin, hampir kesemuanya merupakan penyokong Pas dan gagal menarik penyertaan rakyat Malaysia yang tidak berparti, ujarnya. Sabtu lalu, polis menganggarkan seramai 18,000 orang menyertai Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka |
Kementerian Perpaduan perkenal inisiatif 'Anak Merdeka Malaysia', sempena HKHM 2025 - Astroawani - 29/07 4:00 am Ia bagi menyemarakkan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini. |
PM Anwar in Jakarta for annual consultation with Prabowo - SUN - 28/07 10:43 pm JAKARTA : Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived in Jakarta today for the 13th Annual Consultation with Indonesian President Prabowo Subianto, set to take place tomorrow |
PM Anwar tiba di Jakarta untuk rundingan tahunan bersama Prabowo - Astroawani - 28/07 10:30 pm Ketibaan Anwar di Istana Merdeka pada pukul 10.10 pagi waktu tempatan disambut dengan istiadat perbarisan kehormatan oleh pasukan tentera Indonesia. |
PM Anwar tiba di Jakarta untuk rundingan tahunan dengan Prabowo - SUN - 28/07 10:25 pm JAKARTA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta hari ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-13 bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto |
Anak Merdeka Malaysia initiative boosts patriotic spirit for National Day - SUN - 28/07 10:11 pm KUALA LUMPUR : The Ministry of National Unity, through the National Archives of Malaysia (ANM), has launched the Anak Merdeka Malaysia initiative to strengthen patriotic sentiment ahead of this years National Day and Malaysia Day celebrations |
Dermalene Anjur Breakfast Istimewa Bersama Ustazah Asma Harun, Raikan Merdeka dengan Gaya - Murai - 28/07 10:09 pm Baru-baru ini, kami di MURAI sempat meluangkan masa pagi yang cukup bermakna bersama Dermalene Skin Centre dan De.Wan 1958 di Vista Alam, Shah Alam |
Anwar tiba di Jakarta untuk rundingan tahunan bersama Prabowo - Sinarharian - 28/07 9:57 pm JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Isnin bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-13 bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung esok.Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada 7.40 malam waktu tempatan dan ketibaan beliau disambut wakil kerajaan Indonesia terdiri daripada Menteri Luar Negeri, Sugiono dan Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku HussinPertemuan kali ini merupakan rundingan pertama antara kedua-dua pemimpin negara serumpun itu yang akan berlangsung di Istana Merdeka, Jakarta Pusat, pada pagi esok.Rundingan seumpama itu kali terakhir diadakan antara kedua-dua negara adalah di Kuching, Sarawak pada 22 November 2017.Sesi kali ini bakal meneroka bidang kerjasama baharu serta menjadi platform bagi kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.Terdahulu dalam taklimat media, Syed Mohamad Hasrin berkata, Rundingan Tahunan itu merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Indonesia yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dan menyeluruh.Semasa lawatan itu, Anwar turut dijadualkan melawat Sekretariat ASEAN di Jakarta atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan beliau akan menyampaikan ucapan dasar mengenai ASEAN dalam konteks Pengerusi ASEAN oleh Malaysia bagi tahun 2025 |
Hari Pahlawan: Penduduk Putrajaya diminta tidak panik bunyi tembakan meriam - Astroawani - 28/07 9:45 pm Orang ramai diingatkan supaya tidak bimbang dengan bunyi tembakan meriam sempena Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan Negara di sini 31 Julai ini. |
Two men arrested over whipping effigy of PM Anwar at rally - SUN - 28/07 9:10 pm KUALA LUMPUR : Two men have been arrested to assist in the investigation of an incident where an effigy resembling Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim was whipped during a rally at Dataran Merdeka on Saturday |
Dua Lelaki Sebat Patung Menyerupai Anwar Ibrahim Akhirnya Ditahan - Ohmedia - 28/07 8:54 pm Dua lelaki ditahan selepas menyebat patung mirip Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka |
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes himpunan bawa patung mirip PM - SUN - 28/07 7:52 pm KUALA LUMPUR : Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden membawa dan menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas |
Sebat patung mirip PM: Dua individu termasuk Chegubard ditahan - Sinarharian - 28/07 6:32 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan dua individu untuk siasatan kes membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka di sini Sabtu lalu.Difahamkan, dua individu itu termasuk aktivis, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penahanan dua lelaki berusia 21 dan 47 tahun itu dibuat pada Isnin.Menurutnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Kecil 1955."Polis menyiasat berkaitan peserta himpunan pada Sabtu lepas yang membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri."Perbuatan itu telah dirakam dan dimuat naik dalam media sosial oleh pihak tertentu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, polis telah merampas peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden terbabit.Jelasnya, polis akan membuat permohonan reman terhadap dua individu itu.Tegas beliau, PDRM menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakannya sebagai alat berkecenderungan menghasut sehingga boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam."Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," ujarnya. |
Chegubard ditahan polis - Peguam - Sinarharian - 28/07 4:53 pm KUALA LUMPUR - Aktivis politik, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di kediamannya pada Isnin bagi membantu siasatan berkenaan Himpunan Turun Anwar.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penahanan Chegubard kira-kira jam 2.30 petang."Kertas siasatan dibuka atas dakwaan empat kesalahan iaitu Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948."Temu janji antara pegawai penyiasat dan CheguBard berkenaan perkara ini telah pun ditetapkan pada hari Selasa jam 11 pagi. Oleh itu, tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana CheguBard sentiasa memberi akujanji untuk menghadirkan diri di Bukit Aman," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Pada Isnin, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Mohamed Jan dalam sidang alhbar dilaporkan berkata, polis menerima empat laporan berkaitan Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka yang berlangsung pada Sabtu.Satu kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkenaan patung menyerupai Perdana Menteri disebat di sekitar Masjid Negara.Tiga lagi kes berkaitan isu dron dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).Dalam himpunan terbabit polis dilaporkan berkata, seramai kira-kira 18,000 orang menghadiri himpunan aman itu. |
'25 tahun perjuangan, kini masanya bermuhasabah diri' - Hassan Karim - Sinarharian - 28/07 1:31 pm Kembalilah kita ke jalan yang benar, jika kita masih mencari kemenangan."Sajak itu diakhiri dengan seruan agar para pemimpin kembali kepada nilai ikhlas dan kejujuran seperti ketika mereka belum memiliki kuasa, menyampaikan pesanan yang tajam namun penuh keinsafan."Rakyat tidak pernah silap. Yang mudah lupa, kita yang elit dan sekarang jadi sang penguasa."Dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu, polis memaklumkan bahawa seramai kira-kira 18,000 orang telah menghadiri himpunan aman tersebut |
Hari Pahlawan: Penduduk dinasihatkan tidak panik dengar letupan meriam - Sinarharian - 28/07 12:55 am PUTRAJAYA - Penduduk dinasihatkan agar tidak panik apabila mendengar letupan meriam sempena Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan dalam raptai penuh serta pada hari acara di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, pada Selasa dan Khamis.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan tembakan meriam sempena Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan."ATM akan melaksanakan sebanyak dua das tembakan meriam pada raptai penuh dan 21 das tembakan pada hari acara."Penduduk dinasihatkan agar tidak panik apabila mendengar letupan meriam tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mengulas lanjut, Aidi Sham berkata laluan yang terlibat semasa acara berlangsung adalah Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E."Kesesakan jalan raya dijangka berlaku dari jam 7 pagi hingga jam 10 pagi |
Kes Shila Amzah-Amy Search: Polis akan panggil dua lagi saksi - Sinarharian - 28/07 12:21 am KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil dua lagi saksi bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes membabitkan selebriti Shila Amzah dan Datuk Amy Search.Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kuala Lumpur sebelum dirujuk ke TPR Putrajaya."Kemudian kita telah terima semula kertas siasatan itu |
Four reports filed over Turun Anwar rally, police to investigate effigy caning and drone use - Malaymail - 28/07 12:20 am KUALA LUMPUR, July 28 Police have received four reports in connection with the rally at Dataran Merdeka on Satur... |
Himpunan Turun Anwar: Polis siasat patung mirip PM disebat - Sinarharian - 28/07 11:38 am Satu kes iaitu melibatkan patung menyerupai Perdana Menteri disiasat oleh USJT manakala tiga lagi laporan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kerana melibatkan penerbangan dron," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin.Beliau menegaskan bahawa dron tidak dibenarkan diterbangkan semasa himpunan tersebut berlangsung.Dalam pada itu, Mohamed Usuf turut memaklumkan bahawa setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan penyebaran risalah berunsur ekstremis semasa himpunan berkenaan."Setakat ini tiada laporan polis. Jika ada laporan, kita akan siasat," katanya.Dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu, polis memaklumkan seramai kira-kira 18,000 orang telah menghadiri himpunan aman tersebut.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, semua elemen kawalan keselamatan telah dilaksanakan secara profesional dan beretika.PDRM turut melaksanakan tugas pemantauan dan kawalan keselamatan bagi memastikan kelancaran perhimpunan yang melibatkan beberapa lokasi tumpuan, termasuk sekitar Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni dan Dataran Merdeka. |
Himpunan mega ambang Madani luncur - Harakahdaily - 27/07 10:54 pm DATARAN Merdeka dihadiri puluhan ribu rakyat yang turun ke jalan menjerit suara turun Anwar, hidup rakyat! merupakan himpunan terbesar sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri |
Tabung Pahlawan raises RM2.18 mln for MAF veterans in 2025 - SUN - 27/07 10:32 pm ALOR GAJAH : The 2025 Tabung Pahlawan Campaign has successfully raised RM2.186 million as of July 24, demonstrating strong public support for the welfare of Malaysian Armed Forces (MAF) veterans |
Street Soccer gilap bakat pelapis bintang bola sepak - Sinarharian - 27/07 7:14 pm SHAH ALAM - Pertandingan Street Soccer yang dianjurkan sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 turut menjadi platform untuk menggilap bakat pelapis bintang bola sepak kerana ia menguji kemahiran dan ketahanan mental pemain menggelecek bola.Kejohanan yang dikendalikan MVP Marketing Sdn Bhd itu menyaksikan sebanyak 25 pasukan mengambil bahagian membabitkan 17 pasukan bersaing bagi kategori Bawah 12 Tahun (B12) dan lapan Bawah 10 Tahun (B10).Pengarah Urusan WVP Marketing Sdn Bhd, Wong Wing Wai berkata, kemahiran asas sukan bola sepak terus diasah menerusi perlawanan itu yang menuntut pemain beraksi bukan di atas padang."Kalau kita lihat di Brazil, ramai bintang-bintang bola sepak mereka datang dari pemain bola sepak jalanan, jadi tidak mustahil kita juga dapat hasilkan pelapis pemain bola sepak negara daripada aktiviti bola sepak jalanan sebegini."Pada masa sama kita juga mungkin boleh lahirkan lebih ramai 'freesytler' berbakat Malaysia seperti Zeem Ahmad yang mahir menimbang bola," katanya ketika ditemui dalam pertandingan itu pada petang Ahad.Wing Wai menegaskan, penyertaan perserta dari kelab-kelab peringkat kawasan dan daerah dalam pertandingan berkenaan akan membentuk bakat-bakat dari peringkat akar umbi.''Persaingan dalam pertandingan ini juga sengit kerana setiap pasukan menampilkan pemain yang hebat dan pemain-pemain ini juga mungkin ada yang mewakili sekolah atau peringkat lebih tinggi," katanya.Juara kejohanan berkenaan bagi kategori B12 digondol pasukan Titan Strickers Fantastic (B) sementara johan B10 menjadi milik pasukan CJ Warriors sekali gus membolehkan mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM400 bersama pingat dan sijil.Naib juara B12 dan B10 pula masing-masing dimenangi Tok Mat United dan Prince Ville (Yellow) seterusnya melayakkan kedua-dua pasukan terbabit menerima hadiah wang tunai RM200, pingat dan sijil.Sementara itu, ibu salah seorang peserta, Fazilah Jamil, 50, berkata, kelincahan anaknya, Wan Muhammad Harraz Wan Irwan bermain bola lebih terserlah pada pertandingan itu yang berlangsung di dataran Karangkraf berbanding bermain di padang bola sepak yang besar."Ini juga menjadi pentas buat pemain-pemain untuk pergi lebih ke depan agar bakat mereka tidak hanya berada di takuk lama," katanya.Dalam pada itu, jurulatih pasukan Star Ball FC yang turut mengambil bahagian dalam kategori B12, Asri Jaafar menyarankan agar program sama dapat terus dianjurkan untuk menaikkan lagi mutu permainan bola sepak."Anak-anak yang ambil bahagian memang ada bakat cuma pendedahan masih kurang jadi eloklah ia diteruskan lagi pada masa-masa akan datang," syornya. |
Ifra Mikayla dinobat Juara Himpunan Cilik Ala Saloma, P Ramlee - Sinarharian - 27/07 7:11 pm SHAH ALAM Lenggok gaya dan aksi memukau seorang kanak-kanak perempuan persis Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma membolehkan dirinya dinobatkan sebagai juara Himpunan Cilik Ala Saloma dan P Ramlee bersempena Karnival Siang Malam Karangkraf pada Ahad.Ifra Mikayla Nor Mohamad Zulhairi Ismail, 7, dari Kuala Lumpur menewaskan 39 finalis lain dalam pertandingan yang berlangsung di Dataran Karangkraf, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM200, hamper dan kotak istimewa daripada Pa & Ma.Kanak-kanak perempuan terbabit memakai baju ala Saloma lengkap dengan kain yang boleh ditarik sehingga berubah seperti burung merak sedang mengembangkan ekornya.Ibunya, Wirdayulis Karim, 37, berkata, anak perempuannya memang meminati acara seumpama itu dan mereka sekeluarga tidak pernah menghalang minatnya."Bagaimanapun, kami agak lambat hari ini kerana menyangkakan pertandingan bermula pada jam 2 petang dan tiba di Karangkraf ketika pertandingan hampir bermula."Jadi, saya menyiapkan Mikayla dalam keadaan agak kelam-kabut dalam kereta yang dipandu suami, Nor Mohamad Zulhairi Ismail, 44, yang sedang bergerak," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Himpunan Cilik Ala Saloma dan P Ramlee ialah pertandingan yang diadakan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia tiga hingga tujuh tahun bagi mencari peserta yang berani dan yakin untuk melakukan catwalk.Juara pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 beserta hamper; naib juara menerima RM150 dengan hamper; tempat ketiga pula RM100 dengan hamper; manakala wang tunai RM50 dan hamper masing-masing untuk pemenang tempat keempat dan kelima.Menurut Wirdayulis, dia menyiapkan rambut dan solekan anak perempuannya dalam tempoh 30 minit sahaja untuk bergaya seperti seniwati lagenda tersebut.Katanya, mereka hanya berserah kepada ALLAH SWT memandangkan terdapat ramai peserta lain turut mempamerkan gaya hebat masing-masing dan tersendiri."Alhamdulillah, ternyata rezeki berpihak kepada Mikayla yang mampu menunjukkan gaya berjalan dan berpakaian bak Saloma seperti yang ditetapkan penganjur serta memikat hati juri."Mikayla sudah biasa menyertai pertandingan seumpama ini, namun ada kalanya tidak menang |
6 suri rumah, nenek pilih 'me time' di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 - Sinarharian - 27/07 4:30 pm SHAH ALAM Lazimnya, golongan remaja sering dilihat hadir ke acara karnival secara berkumpulan, namun berbeza buat sekumpulan enam wanita yang sebahagiannya sudah mencecah usia emas dan mempunyai cucu apabila memilih untuk menikmati masa peribadi atau 'me time' di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 pada Ahad.Kesemua mereka yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa hadir bersama-sama untuk menyertai pelbagai aktiviti yang ditawarkan sepanjang hari terakhir karnival berlangsung.Jamilah Ahmad, 54, berkata, mereka tinggal di kawasan yang sama di Seksyen 16, di sini dan sering melakukan aktiviti luar bersama-sama untuk menikmati masa yang berkualiti.Katanya, sikap rakan-rakan yang bersahaja menjadikan setiap aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan."Asalnya kami semua geng bersenam |
Fahmi seru rakyat sokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Mgazette - 27/07 4:16 pm # Fahmi seru rakyat sokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang MUAR - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 |
Himpunan Turun Anwar: Saifuddin puas hati dengan kawalan keselamatan - Mgazette - 27/07 4:16 pm # Himpunan Turun Anwar: Saifuddin puas hati dengan kawalan keselamatan KULIM - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpuas hati dengan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan anjuran pembangkang yang dihadiri kira-kira 18,000 peserta di ibu negara semalam |
KDN masih tunggu laporan penuh kes pasport terbang - Mgazette - 27/07 4:16 pm # KDN masih tunggu laporan penuh kes pasport terbang KULIM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes pegawai penguat kuasa yang disyaki bersubahat dalam kegiatan pasport terbang ketika bertugas di kaunter sempadan negara |
Himpunan `Turun Anwar’ semai sentimen politik kebencian – .. - Mgazette - 27/07 4:16 pm # Himpunan `Turun Anwar' semai sentimen politik kebencian - Perdana Menteri PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan `Himpunan Turun Anwar' anjuran pembangkang di sekitar Dataran Merdeka semalam merupakan usaha untuk menyemai sentimen politik kebencian dalam kalangan masyarakat |
Akui sahaja himpunan gagal, Anwar masih PM – Puad - Mgazette - 27/07 4:16 pm Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat mendakwa, lebih banyak 'durian runtuh' akan diberikan kepada rakyat serta penubuhan Muafakat Nasional 2.0 makin hampir. Semalam, Himpunan Turun Anwar anjuran blok pembangkang yang dihadiri sekitar 18,000 peserta di Dataran Merdeka berlangsung dengan aman |
Himpunan Turun Anwar: ???Pekerja pembersihan kutip 20 tan sampah sampai .. - Mgazette - 27/07 4:16 pm Ini adalah prinsip yang wajib didukung bersama, ujarnya. Pada Sabtu, media melaporkan pihak pembangkang menganjurkan Himpunan Turun Anwar di sekitar Dataran Merdeka yang menyasarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meletakkan jawatan |
Di negara mana orang asing dapat subsidi seperti rakyat sendiri? -PM - Mgazette - 27/07 4:16 pm # Di negara mana orang asing dapat subsidi seperti rakyat sendiri? -PM MUAR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter yang diumumkan baru-baru ini, khas untuk rakyat Malaysia manakala warga asing akan dikenakan harga pasaran semasa |
Anwar urges public to judge government based on facts, not sentiment - SUN - 27/07 4:06 pm This is a free and democratic country, but we must provide clarification. During interviews at the gathering in Dataran Merdeka, some claimed fuel prices had gone up, when in fact they had gone down |
Hanya sentimen politik kebencian di Himpunan Turun Anwar - Utusan - 27/07 3:50 pm PUTRAJAYA: Himpunan yang dianjurkan pembangkang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam hanyalah medan sentimen politik kebencian semata-mata dan tidak berlandaskan fakta |
Security personnel praised for professionalism during KL rally - SUN - 27/07 3:50 pm KULIM : Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail praised security personnel for their professionalism during yesterdays opposition-led rally in Kuala Lumpur, which saw around 18,000 participants |
PM Anwar flags off 2025 KMJG convoy in Muar for National Month - SUN - 27/07 3:13 pm MUAR : Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim officially flagged off the 2025 Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) convoy at Dataran Tanjung Emas, marking the beginning of National Month celebrations |
UMNO tidak sokong Himpunan ‘Turun Anwar’ Zahid Hamidi - Kosmo - 27/07 3:11 pm RAUB – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu tidak menyokong sebarang bentuk penyertaan ahli parti itu dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung semalam di Dataran Merdeka |
Nilai usaha kerajaan berlandaskan fakta, bukan sentimen politik - PM - Sinarharian - 27/07 3:05 pm PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat menilai usaha dan dasar kerajaan berdasarkan fakta dan bukan dipengaruhi sentimen politik.Beliau berkata, walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif, masih ada pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat seperti harga minyak dan harga barang naik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya."Ini negara bebas, demokratik, cuma kita harus beri penjelasan sebab dalam temu bual (semasa perhimpunan di Dataran Merdeka) itu ada ditanyakan (isu harga) minyak naik, padahal minyak turun |
Home Ministry awaits report on officers in flying passport bribery case - SUN - 27/07 3:02 pm KULIM: The Home Ministry is still awaiting a complete report on the investigation into enforcement officers suspected of aiding a flying passport syndicate at Malaysias border checkpoints |
Bot nelayan warnai pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang - Selangorkini - 27/07 2:59 pm MUAR, 27 JUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Dataran Tanjung Emas di sini, menandakan permulaan rasmi sambutan Bulan Kebangsaan yang membawa semangat patriotisme merentasi setiap negeri |
Petugas keselamatan jalan tanggungjawab dengan profesional - Saifuddin - Sinarharian - 27/07 2:56 pm KULIM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpuas hati dengan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan anjuran pembangkang yang dihadiri kira-kira 18,000 peserta di ibu negara pada Sabtu.Beliau berkata, anggota serta pegawai keselamatan telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan profesional, sekali gus menterjemahkan komitmen kerajaan dalam menjamin kebebasan bersuara rakyat."Saya dapati kerajaan telah benar-benar menterjemahkan komitmen secara terang-terangan, jaminan keamanan dan ketenteraman juga terbukti dapat kita berikan."Sehingga kini, belum ada apa-apa aduan (sepanjang perhimpunan) |
Petugas keselamatan tunjuk profesionalisme dalam perhimpunan - Saifuddin - SUN - 27/07 2:40 pm KULIM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpuas hati dengan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan anjuran pembangkang yang dihadiri kira-kira 18,000 peserta di ibu negara semalam |
Johor-Singapore SEZ key to Johors economic growth says Onn Hafiz - SUN - 27/07 2:31 pm MUAR : The Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) has become a cornerstone of Johors economic progress, thanks to strong federal-state collaboration, said Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi |
PM Anwar allocates RM10m for Muars B40 group in new aid initiative - SUN - 27/07 2:24 pm MUAR : Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today unveiled an immediate RM10 million allocation to support underprivileged residents in Muar, with a focus on the B40 community |
KDN tunggu laporan penuh isu pasport terbang Saifuddin - Sinarharian - 27/07 2:01 pm KULIM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menunggu laporan penuh berhubung siasatan membabitkan penguat kuasa yang disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku 'pasport terbang'.Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain untuk menyediakan laporan penuh berkenaan."Saya akan minta laporan penuh nanti daripada KP AKPS, Datuk Shuhaili |
Agenda pembangunan negara tidak harus roboh hak, kebajikan rakyat - PM Anwar - SUN - 27/07 1:45 pm MUAR: Agenda pembangunan negara tidak harus membawa kepada perobohan hak dan kebajikan rakyat, sebaliknya mesti dilaksanakan dengan prinsip keadilan serta keseimbangan menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |