| /// |
|
| Search : Tabung Haji News | Page 1 |
|
Tongkat Hadi Awang Dibida Dengan Harga RM 16,500, Pembida Sangkal Dakwaan Taasub - Lobakmerah - 24/08 3:57 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Bukan kesimpulan sahaja, bukti RCI TH juga perlu diketahui rakyat .. - Mygazette - 24/08 3:57 pm # Bukan kesimpulan sahaja, bukti RCI TH juga perlu diketahui rakyat - Hilman KUALA LUMPUR Kerajaan digesa segera mendedahkan semua ekshibit dan dokumen sebenar yang dirujuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) bagi memastikan dapatan siasatan itu dapat diteliti secara telus oleh rakyat |
|
Kerajaan mahu tatakelola TH terus diperkukuh – Akmal Nasrullah - Mygazette - 24/08 3:57 pm # Kerajaan mahu tatakelola TH terus diperkukuh - Akmal Nasrullah KUALA LUMPUR - Perkembangan susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 perlu dilihat dalam konteks usaha berterusan memperkukuh tatakelola, kebertanggungjawaban dan keyakinan terhadap institusi negara |
|
Anggota maut dipatuk ular: APM tegaskan pengendalian haiwan berbisa ikut .. - Mygazette - 24/08 3:57 pm # Anggota maut dipatuk ular: APM tegaskan pengendalian haiwan berbisa ikut prosedur KUALA LUMPUR Kendalian haiwan berbisa dalam Program Latihan Kesedaran Orang Awam Pengendalian Haiwan Berbisa di Dewan Taman Temerloh Jaya kelmarin mengikut prosedur tetap operasi (PTO) dan tatacara keselamatan yang ditetapkan |
|
Beli tongkat Hadi RM16,500 bukan taksub ??? Khairuddin - Mygazette - 24/08 3:57 pm # Beli tongkat Hadi RM16,500 bukan taksub Khairuddin KUALA LUMPUR Tindakan bekas pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membida tongkat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada harga RM16,500 tidak wajar dilihat sebagai sikap taksub terhadap pemimpin |
|
APM tambah baik aspek keselamatan aktiviti kendali haiwan berbisa - Sinarharian - 24/08 3:46 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menilai semula aspek keselamatan dan pengurusan risiko pelaksanaan aktiviti pengendalian haiwan berbisa susulan kematian seorang anggotanya dipatuk ular tedung selar dalam program di Temerloh Kuantan Pahang pada Sabtu.APM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, langkah itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan agensi berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan dan kebajikan anggota sentiasa diberi keutamaan."Walaupun aktiviti pengendalian haiwan berbisa berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur tetap operasi (PTO) serta tatacara keselamatan ditetapkan, APM mengambil serius setiap insiden yang berlaku."APM sentiasa terbuka untuk menilai serta menambah baik aspek keselamatan, pengurusan risiko dan pelaksanaan aktiviti berkaitan dari semasa ke semasa," jelas APM.Dalam kejadian tersebut, anggota APM, Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia di pada jam 1.50 pagi Ahad ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.Allahyarham merupakan anggota APM yang terlatih dan berkemahiran berdasarkan bidang kepakarannya selain mempunyai pengalaman berkhidmat bersama agensi itu sejak 2010.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia selepas lebih 14 jam bertarung nyawaAnggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi'Tiga kali Allahyarham Muhamad Muazam dipatuk ular, pernah koma' - KakakAPM menjelaskan, semua anggota diwajibkan untuk menghadiri latihan berkaitan sebelum dibenarkan untuk menyertai operasi."Selain itu, anggota yang terlibat juga telah menjalankan tugasan berdasarkan prosedur dan arahan keselamatan yang ditetapkan," katanya.APM turut menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhamad Muazam Shah."Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada APM dan negara," katanya. |
|
Mahkamah Tinggi tolak permohonan lucut wang RM21.1 juta, jongkong emas Aman Palestin - Sinarharian - 24/08 3:33 pm SHAH ALAM Pihak pendakwaan gagal dalam permohonan untuk melucut hak wang yang dibekukan, masing-masing berjumlah RM21.1 juta dan AS$139,650.68 selain sebuah jongkong emas seberat satu kilogram milik pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar memutuskan demikian selepas menolak permohonan pendakwaan terhadap wang yang dibekukan dalam 12 akaun bank atas nama Aman Palestin.Semasa membaca keputusan, Latifah berkata, Aman Palestin selaku responden merupakan sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan.Menurutnya, objektif utama penubuhan syarikat berkenaan bagi menyelaras pelbagai jenis bantuan amal kepada rakyat Palestin yang kurang bernasib baik di seluruh dunia."Dana responden diperoleh sepenuhnya melalui derma dalam pelbagai kaedah termasuk transaksi dalam talian, potongan bulanan daripada akaun serta tabung derma tunai di cawangan di seluruh Malaysia."Bermula 2018 hingga 2023, jumlah kutipan derma mencecah RM123.9 juta," katanya yang kini merupakan hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Beliau berkata, penderma menyalurkan sumbangan secara sukarela kepada responden dan wang tersebut diterima sebagai milik penuh syarikat berkenaan.Katanya, responden juga mempunyai hak kawalan sepenuhnya ke atas wang tersebut tanpa sebarang syarat atau sekatan.Bagaimanapun, beliau berkata, pemohon telah membekukan kesemua akaun bank berkenaan pada November dan Disember 2023 sebelum permohonan lucut hak dibuat pada 15 November 2024."Pemohon mendakwa dana itu telah diseleweng daripada objektif asal, manakala siasatan menunjukkan responden memindahkan wang melebihi RM64 juta untuk pelaburan, pembelian hartanah dan emas."Pemindahan dibuat kepada syarikat bernama Samudra Champa Sdn Bhd, Kerengga Merah Sdn Bhd, Isra Travel Sdn Bhd dan Yayasan Persahabatan Al-Insaniah Sejagat."Mahkamah berpandangan, jika benar terdapat penyelewengan dilakukan oleh pengarah syarikat ketika wang itu dikeluarkan untuk pelaburan, liabiliti tanggungan adalah terhadap individu."Ia seharusnya diletakkan kepada pengarah-pengarah tersebut dan tidak melibatkan responden," katanya.Susulan itu, beliau berkata, mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang dalam akaun-akaun bank dan pembelian jongkong emas berkenaan sebagai perlakuan salah di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).Bersandarkan alasan berkenaan, beliau mendapati pemohon gagal memenuhi beban pembuktian berdasarkan imbangan kebarangkalian bagi semua permohonan tersebut."Oleh itu, permohonan pemohon ditolak," katanya dalam prosiding yang dihadiri pemohon, diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan, Noor Syazwani Mohamad Sobry, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Pegawai Pendakwa, Fatin Farhana Ismail.Aman Palestin pula diwakili barisan peguam antaranya Datuk Hisyam Teh Pok Teik, Datuk Zamani Ibrahim dan Datuk M Athimulan.Selepas keputusan dibacakan, Farah Ezlin memohon penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah bagi menghentikan sementara pemulangan harta atau wang yang dibekukan dan disita sementara menunggu keputusan rayuan.Latifah kemudian menetapkan pengurusan kes bagi permohonan berkenaan pada 4 September depan.Pada 15 Februari 2024, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin antara tiga lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 164 pertuduhan pecah amanah, menipu dan terbabit dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan RM39.5 juta.Kesemua 164 pertuduhan itu dibacakan dalam tempoh lebih dua jam dan membabitkan Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 60; CEO, Awang Suffian Awang Piut, 54; serta pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 51.Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan. |
|
'Tongkat Ayahcik dibida bukan kerana taasub' Khairuddin - Sinarharian - 24/08 3:04 pm SHAH ALAM Tindakan membida tongkat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bukan kerana sikap taasub, sebaliknya didorong semangat untuk menyumbang kepada perjuangan parti.Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri menjelaskan, bidaan tongkat diperbuat daripada kayu kemuning itu turut menjadi satu kenangan dengan pemimpin berkenaan."Itu semangat yang patut ada pada semua ahli parti dalam parti mana sekalipun kerana parti hidup dengan sumbangan ahli."Dulu pun saya pernah membida dalam muktamar Pas untuk sumbangan RM4,000 |
|
Armada gesa kerajaan dedah ekshibit laporan RCI Tabung Haji - Sinarharian - 24/08 2:04 pm SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan agar segera mendedahkan semua ekshibit dan dokumen sebenar yang dirujuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji ( TH).Ketuanya, Muhammad Hilman Idham berkata, kerajaan telah mendedahkan Laporan RCI kepada rakyat dan Parlimen, tetapi dokumen sebenar yang disenaraikan sebagai ekshibit dan menjadi asas kepada dapatan tersebut masih belum diberikan akses kepada umum.Menurutnya, bagi memastikan dapatan RCI dapat diteliti secara telus dan menyeluruh, kerajaan wajar mendedahkan dokumen-dokumen sokongan tersebut kepada penelitian awam."Rakyat berhak mengetahui bukan sahaja apa yang disimpulkan, tetapi bagaimana kesimpulan itu dibuat dan berdasarkan bukti apa."Pada masa yang sama, dapat difahami sekiranya terdapat mana-mana dokumen yang dilindungi undang-undang atau pendedahannya boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan."Dokumen tersebut boleh dikecualikan dengan alasan undang-undang yang jelas |
|
Hilman urges govt to release supporting documents for Tabung Haji RCI - Mkini - 24/08 1:15 pm This would promote transparency, allow public to independently scrutinise findings, he says. |
|
Hilman desak kerajaan dedah ekshibit laporan RCI Tabung Haji - Mkini - 24/08 1:10 pm Ketua Pemuda Bersatu berkata langkah itu bagi memastikan dapatan RCI dapat diteliti secara telus dan menyeluruh oleh rakyat. |
|
Yang Berbahagia Datuk Siti Roziana Binti Zin – Peminat Ucap Tahniah Buat Ziana Zain - Murai - 24/08 12:03 am Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, menerima ucapan tahniah daripada peminat selepas menerima pengiktirafan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka |
|
Malaysias PMs office has too much power and it is costing us. By Dato M Santhananaban - OutSyed - 24/08 12:00 am Yet these tainted former prime ministers appear to have fallen well short of these standards. Outsized power The Royal Commission of Inquiry into Tabung Haji, released on 29 July, contains some telling findings about the role of the prime minister |
|
Selepas TH, kini RM119 juta sangkut di Al-Rawda : Generasi ke- 2 FELDA persoal duit KPF ke mana? - Harapandaily - 24/08 11:29 am Pendedahan mengenai kerugian Tabung Haji (TH) dalam pelaburan dan pajakan hotel di Arab Saudi kini mencetuskan persoalan baharu apabila Koperasi Permodalan FELDA (KPF) didakwa turut mempunyai pendedahan kewangan besar kepada syarikat yang sama |
|
Tongkat Hadi Awang bernilai RM16,500 untuk tabung PRN Melaka - Utusan - 24/08 8:10 am MELAKA: Tongkat yang digunakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berjaya dibida pada harga RM16,500 dalam Majlis Makan Malam Amal Pas Negeri Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini malam tadi |
|
Hanya pandai teriak Islam, Zunar tempelak penyokong Pas curi kartun - Wrlr - 24/08 7:41 am Harapandaily August 23, 2026 Kartunis politik terkenal, Zunar menempelak sikap penyokong Pas selepas karya kartunnya mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji diambil, diubah suai dan dimuat naik semula tanpa kebenarannya |
|
Tongkat Hadi Awang dibida RM16,500 untuk tabung PRN Melaka - Sinarharian - 24/08 6:54 am MELAKA - Tongkat milik Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dibida pada harga RM16,500 dalam Majlis Makan Malam Amal Pas Negeri Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini pada malam Ahad.Tongkat diperbuat daripada kayu kemuning itu tertera parap TGHH pada awalnya dibuka dengan harga RM2,500 sebelum bidaan meningkat secara berperingkat sehingga mencecah RM16,500.Lelongan berkenaan diadakan sebagai salah satu usaha mengumpul sumbangan untuk tabung parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Tongkat berkenaan kemudiannya diserahkan sendiri Abdul Hadi kepada pembida, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.Muhamad Muqharabbin merupakan bekas pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara.Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai dan Exco Pemuda UMNO Malaysia sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Beliau kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Lembah Pantai sebelum menyertai Pas.Muhamad Muqharabbin yang pada awalnya menyertai Pas sebagai ahli biasa, kira-kira dua bulan lalu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Lembah Pantai. |
|
Abdul Hadi lelong tongkat RM16,500 untuk tabung parti - Kosmo - 24/08 12:38 am MELAKA – Tongkat milik Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilelong pada harga RM16,500 pada Majlis Makan Malam Amal Pas Negeri Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, malam tadi |
|
Pas diminta bahas Tabung Haji sebelum sibuk ajar kerajaan soal China-Taiwan - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Pas diminta bahas Tabung Haji sebelum sibuk ajar kerajaan soal China-Taiwan KUALA LUMPUR Parti Islam SeMalaysia (Pas) diingatkan tidak terlalu ghairah mengajar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik China-Taiwan dan dasar luar negara |
|
Hanya pandai teriak Islam, Zunar tempelak penyokong Pas curi kartun - Harapandaily - 23/08 4:18 pm Kartunis politik terkenal, Zunar menempelak sikap penyokong Pas selepas karya kartunnya mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji diambil, diubah suai dan dimuat naik semula tanpa kebenarannya |
|
Sanusi cabar PH buktikan prestasi Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk .. - Wrlr - 23/08 3:35 pm hahahaha Terbaik DSAI Kerajaan MADANI bukan sekadar janji tapi terbukti memberi manfaat langsung kepada rakyat pelbagai lapisan. #MalaysiaMadani RCI TABUNG HAJI DAN DAKWAAN TERHADAP PENYAKAW |
|
Forensic audit needed to probe Felda issue - Zahid - Sinardaily - 23/08 3:28 pm KUALA LUMPUR - A forensic audit should be carried out to determine whether there has been any abuse of power, breach of trust or governance lapses in the management of the Federal Land Development Authority (Felda).Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said a management audit alone would be insufficient, given that issues involving the agency had persisted for a long time and resulted in losses amounting to billions of ringgit."Felda is facing very serious and long-standing problems. The RM9 billion in losses cannot be tolerated, he told reporters after officiating the Ministers and Chief Executive Officers Summit in conjunction with the World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX) 2026 at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) here today.Zahid, who is also Rural and Regional Development Minister, said this when asked about his support for the establishment of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate Felda.He stressed that those responsible should be brought to justice if there is solid evidence, but the investigation should not be used to victimise or humiliate any individual.He also said that the government would continue to protect the interests and well-being of 225,000 Felda settlers and the wider Felda community spanning the first to fifth generations, involving about 1.8 million people in total.Last Friday, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said he would await the full report of the Special Task Force investigating Felda'smanagement issues before making any official announcement.Anwar said the special task force had begun its work, and its findings were expected to be presented in the near future before being made public, similar to the RCI report on Lembaga Tabung Haji |
|
MTUC cadang RM3,100 jadi rujukan tetapkan gaji minimum baharu - Sinarharian - 23/08 2:46 pm SHAH ALAM - Gaji kehidupan wajar sebanyak RM3,100 sebulan dicadang dijadikan sebagai rujukan dalam menetapkan kadar minimum baharu.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, cadangan itu dianggap munasabah dengan mengambil kira realiti semasa.Menurut beliau, antara faktor diambil kira ialah peningkatan kos sara hidup, inflasi, harga makanan, perumahan, pengangkutan dan keperluan asas yang semakin meningkat."Kadar gaji minimum di mulakan dengan RM900 pada tahun 2013 dan secara berperingkat di naikan sehingga RM1,700 pada tahun 2024."Elemen produktiviti, inflasi, gaji penengah telah di ambil kira semasa menentukan gaji minimum setiap masa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini dilapor berkata, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara kolektif telah melaksanakan dasar gaji kehidupan wajar untuk semua pekerja tetap di Malaysia.Antara GLIC yang telah memenuhi komitmen itu termasuk Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Tabung Haji (TH).Beliau berkata, semua pekerja tetap tempatan kini memperoleh gaji melebihi penanda aras gaji kehidupan wajar bulanan.Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, kerajaan perlu menambah baik dasar gaji minimum dengan mewajibkan struktur skala gaji di adakan agar pekerja tidak tertinggal kebelakang dan terbiar dari proses peningkatan pendapatan.Ini kerana katanya, terdapat pekerja yang masih bergaji RM1,700 walaupun telah berkhidmat selama 10 tahun kerana ketiadaan struktur gaji."MTUC mengharapkan perlaksanaan struktur skala gaji minimum bukan hanya memberikan peningkatan pendapatan golongan bergaji rendah, namun kesannya harus merebak kepada kumpulan pekerja berpendapatan pertengahan."Pendekatan sedemikian bukan sahaja membantu mengurangkan ketidakpadanan kemahiran, taraf pendidikan dan pengalaman malah membolehkan syarikat memperoleh bakat berkualiti, sekali gus menyokong pertumbuhan produktiviti dan gaji," katanya.Beliau menambah, MTUC juga akan bersama-sama dengan kerajaan untuk memberi idea dan pandangan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).Namun tegasnya, kesatuan berkenaan tidak akan sesekali menjadi pak turutuntuk menjaga hati pihak lain.Ujarnya, MTUC bertegas bahawa kenaikan kadar gaji minima baru adalah bukti pekerja di utamakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
|
'Tiga kali Sarjan APM Muhamad Muazam dipatuk ular, pernah koma' - Sinarharian - 23/08 1:49 pm TEMERLOH Biar sudah tiga kali dipatuk ular sehingga pernah koma dan mengalami serangan jantung, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetap tidak meninggalkan minatnya terhadap reptilia berkenaan.Minat itu bagaimanapun berakhir dengan tragedi apabila Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin meninggal dunia selepas dipatuk tedung selar ketika melakukan latihan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya di sini pada Sabtu.Kakaknya, Siti Aisyah Kamardin 43, berkata, kejadian terbaharu itu merupakan kali ketiga adiknya dipatuk ular, manakala dua kejadian sebelum ini membabitkan reptilia berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia selepas lebih 14 jam bertarung nyawaAnggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi"Sudah tiga kali adik kena patuk ular |
|
APM personnel dies after being bitten by king cobra during demonstration - Sinardaily - 23/08 1:13 pm KUANTAN - A Malaysian Civil Defence Force (APM) personnel who was reported to have been bitten by a king cobra while conducting a demonstration at a programme in Temerloh yesterday died early this morning.Pahang APM director Colonel (PA) Che Adam A Rahman said Sergeant (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, died at about 1.50am."Muhamad Muazam Shah died while receiving treatment at Sultan Haji Ahmad Shah Hospital, Temerloh," he said when contacted today.Che Adam said Muhamad Muazam Shahs remains were scheduled to be laid to rest at the Kampung Bukit Kelulut Cemetery, Temerloh, this morning.The victim was reported to have been bitten on a finger of his right hand at about 10.50am yesterday and had gone outside the hall to wash the wound.He subsequently fainted outside the hall and was rushed to hospital for further treatment |
|
Golongan ulama bangkit menjawab Hadi - Msomelayu - 23/08 10:47 am Ulama yang mengambil pendirian berbeza tidak wajar terus dianggap sebagai alat kepada mana-mana parti hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan tafsiran politik tertentu. Sebelum ini, Presiden PAS itu juga mempertikaikan laporan RCI Tabung Haji sebagai langkah yang sengaja mahu membentuk persepsi buruk terhadap Islam |
|
Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia selepas lebih 14 jam bertarung nyawa - Sinarharian - 23/08 10:47 am TEMERLOH Selepas lebih 14 jam bertarung nyawa akibat dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini awal pagi Ahad.Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi.Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Allahyarham pada mulanya dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HoSHAS selepas tidak sedarkan diri susulan kejadian yang berlaku di Dewan Taman Temerloh Jaya, di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi"Allahyarham ditempatkan di Zon Merah dan berada di bawah pemantauan doktor sebelum disahkan meninggal dunia."Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Difahamkan, urusan pengebumian Allahyarham dijangka dilaksanakan kira-kira jam 9 pagi.Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi Sabtu, Muhamad Muazam Shah dipatuk ular tedung selar pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular.Kejadian berlaku ketika APM Daerah Temerloh menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta program.Selepas dipatuk, Allahyarham sempat keluar dari dewan sebelum mencuci tangannya, namun tiba-tiba pitam dan kemudian dikejarkan ke HoSHAS untuk mendapatkan rawatan. |
|
Anggota APM maut dipatuk tedung selar ketika demonstrasi - FMT - 23/08 10:03 am Muhamad Muazam Shah Kamardin menghembuskan nafas terakhir 1.50 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. |
|
Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi - Mypress - 23/08 9:08 am TEMERLOH Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), di sini selepas dipatuk ular ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia itu di Dewan… |
|
PAS clamour on gambling punctured by Tabung Haji silence - FMT - 23/08 9:00 am For all its noise on a gambling ban, the Islamic party failed to carry it out when part of the federal government led by Muhyiddin Yassin. |
|
RCI Tabung Haji: PN janji bahas Oktober ini - Sinarharian - 23/08 7:45 am KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji tidak akan diketepikan dan berjanji akan membahaskan perkara itu semasa persidangan Parlimen Oktober ini.Ketua Whipnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan dibangkitkan semasa perbahasan bajet."Kita ada strategi kita sendiri |
|
Focus on Tabung Haji instead of Taiwan, PKR man tells PAS - FMT - 22/08 10:42 pm A youth wing leader says PAS should discuss the findings on the pilgrimage fund before lecturing Putrajaya on foreign policy. |
|
Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi - Sinarharian - 22/08 7:49 pm TEMERLOH Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) selepas dipatuk ular ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, dipatuk pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika menjalankan demonstrasi berkenaan.Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, APM Daerah Temerloh dijemput menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta.Menurutnya, ketika demonstrasi berlangsung, anggota berkenaan dipatuk ular pada jarinya sebelum bertindak keluar dari dewan untuk mencuci tangan."Anggota terbabit kemudian pitam di luar dewan dan kemudiannya dihantar ke Bahagian Kecemasan HoSHAS Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Che Adam berkata, setakat jam 1 tengah hari, anggota terbabit masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan doktor di Zon Merah HoSHAS."Keadaan kesihatan anggota berkenaan terus dipantau oleh pihak hospital dan APM sementara menunggu perkembangan lanjut," ujarnya. |
|
'Jangan sibuk bahas Taiwan, bahas dulu Tabung Haji' - AMK - Sinarharian - 22/08 5:59 pm SHAH ALAM - Pas disaran memberi perhatian kepada isu Tabung Haji (TH) terlebih dahulu berbanding mengajar kerajaan mengenai konflik China-Taiwan dan dasar luar negara.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, parti itu sepatutnya membahaskan perkara yang lebih dekat dengan kepentingan umat Islam khususnya pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) institusi berkenaan."Pas hari ini begitu ghairah mahu mengajar Perdana Menteri tentang konflik China-Taiwan dan bagaimana Malaysia harus mengurus dasar luar negara."Saya cadangkan Pas jangan pergi terlalu jauh dahulu |
|
Anwars Taiwan remarks wont hurt diplomacy, says Fahmi - FMT - 22/08 4:50 pm The communications minister also questions PASs focus on foreign policy while remaining silent on the Tabung Haji RCI report. |
|
'Isu luar negara lantang, RCI Tabung Haji membisu' - Fahmi sindir PAS - Mkini - 22/08 3:28 pm Fahmi berkata pendirian Malaysia berhubung isu China dan Taiwan konsisten serta sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein. |
|
Pas lebih berminat isu dasar negara luar berbanding isu Tabung Haji - Fahmi - Sinarharian - 22/08 3:10 pm pertama, pendirian Malaysia mengenai isu tersebut adalah sejak dari zaman almarhum Tun Abdul Razak dan pendirian kita tidak pernah berubah."Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya menyatakan apa yang konsisten dengan pendirian Wisma Putra. Jadi tidak ada perubahan ataupun perbezaan dalam hal itu," katanya ketika ditemui pada Program Kenduri Rakyat Madani di sini, Sabtu.Menzahirkan kekesalan terhadap sikap parti pembangkang itu, Fahmi mempersoalkan tindakan Pas yang bersuara lantang dalam isu luar negara, namun memilih untuk membisu berhubung isu tempatan membabitkan kepentingan umat Islam seperti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.Beliau berkata, laporan RCI berkenaan telah membongkar kerosakan dan ketidakcekapan pengurusan akaun serta pelaburan institusi berkenaan antara 2014 hingga 2017, termasuk kerugian melibatkan jutaan ringgit."Yang saya kesal.. |
|
Pelaburan Felda di Eagle High: 10 tahun labur RM2,300 juta, pulangan tiada, baki hutang pula RM2,770 juta - Radzi Jidin - Sinarharian - 22/08 2:35 pm SHAH ALAM - Pelaburan Felda dalam syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantations (EHP) yang mencecah RM2,300 juta sejak 2016 didakwa tidak memberikan sebarang pulangan, selain Felda kini berdepan baki hutang sebanyak RM2,770 juta.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, nilai pelaburan tersebut turut susut kira-kira 81 peratus dengan nilai saham EHP yang dibeli pada harga 584 Rupiah sesaham hampir 10 tahun lalu kini hanya sekitar 111 rupiah sesaham."Saya telah banyak kali bangkitkan isu berkaitan pelaburan Felda dalam syarikat perladangan di Indonesia, EHP sama ada di dalam Dewan Rakyat mahupun di luar Dewan Rakyat."Pada 24 Julai 2026, ketika ramai yang menyentuh tentang isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji, saya kongsikan satu catatan ringkas bertajuk 'Bercakap tentang KWAP dan Tabung Haji, tapi jangan lupa Felda'."Dalam catatan tersebut, saya menyentuh tentang pelaburan Felda dalam EHP |
|
TH: Polis buka lima kertas siasatan, 127 individu dirakam keterangan TH: .. - Mygazette - 22/08 8:01 am # TH: Polis buka lima kertas siasatan, 127 individu dirakam keterangan KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka lima kertas siasatan berhubung kes membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk perkara yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji |
|
Bekas CEO Tabung Haji bergelar Tan Sri direman - Utusan - 22/08 7:00 am PUTRAJAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) direman tujuh hari bermula semalam kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan wang pelaburan dan saham bernilai RM190 juta |
|
Kegagalan boikot pembangkang dari sudut percaturan politik - FMT - 22/08 7:00 am Walaupun tindakan boikot raih perhatian media, pembangkang rugi hilang platform rasmi untuk semak dan imbang dalam isu Tabung Haji yang melibatkan dana awam besar. |
|
Tabung Haji RCI tarnishes Umnos image - FMT - 22/08 7:00 am While Umno has fought to frame the crisis as a management failure rather than institutionalised political plunder, the controversy remains a stain on its foundational pillar as a trusted custodian of Muslim wealth and welfare. |
|
JDT cipta rekod dunia, pertahan Piala Sultan Haji Ahmad Shah - Sinarharian - 21/08 11:37 pm JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan keunggulan apabila mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah selepas menewaskan Kuching City FC (KCFC) 3-0 pada Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.Lebih manis, skuad kendalian Xisco Munoz itu turut mencipta rekod dunia baharu dengan mencatatkan 109 perlawanan liga tanpa kalah berturut-turut sejak 2021, sekali gus mengatasi rekod 108 perlawanan tanpa kalah yang sebelum ini dipegang kelab dari Ivory Coast, ASEC Mimosas, dari 1989 hingga 1994.Kemenangan dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia musim 2026-2027 itu turut menghadiahkan tiga mata buat JDT, sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan.Marcos Guilherme, Oscar Arribas dan Shahab Zahedi masing-masing mencatatkan nama sebagai penjaring untuk melengkapkan kemenangan bergaya JDT.Pada babak awal, JDT tampil lebih garang dengan menguasai rentak permainan serta bertali arus mengasak kubu Kuching City menerusi beberapa sepakan penjuru dan percubaan berbahaya di hadapan gawang.Bagaimanapun, ketangkasan penjaga gol Kuching City, Muhammad Haziq Nadzli, berjaya menafikan beberapa ancaman daripada skuad tuan rumah.Tekanan berterusan Harimau Selatan akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-11 apabila Guilherme menyudahkan hantaran Bergson da Silva untuk membuka tirai jaringan dan meletakkan JDT di depan.Bersambung pada babak kedua, KCFC yang jarang mencipta gerakan berbahaya cuba bangkit dan hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan penyerangnya Gabriel Nistelrooy, namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.JDT kemudian terus menggandakan tekanan dan berjaya menjarakkan kedudukan pada minit ke-55 apabila Arribas meledak menerusi rembatan kencang yang tepat menerjah gawang skuad The Cats, sekali gus gagal diselamatkan Muhammad Haziq.JDT hampir menambah jaringan pada minit ke-80 menerusi Oscar, namun rembatan pemain berkenaan tersasar sedikit daripada sasaran.Skuad Harimau Selatan terus menghukum kelekaan KCFC apabila menambah jaringan ketiga pada minit ke-86 menerusi Shahab Zahedi yang menyudahkan bola muntah selepas Muhammad Haziq gagal menangkap kemas percubaan sebelumnya.Kedudukan 3-0 kekal sehingga wisel penamat di hadapan 32,372 penyokong yang hadir |
|
PDRM siasat kes Tabung Haji, 127 saksi diambil keterangan - SUN - 21/08 10:38 pm PDRM buka lima kertas siasatan kes Tabung Haji termasuk penemuan Laporan RCI, dengan 127 orang telah diambil keterangan setakat ini |
|
Cops open 5 investigations into Tabung Haji cases, 127 questioned so far - Mkini - 21/08 8:30 pm More will be called up as the investigations progress. |
|
PDRM buka lima kertas siasatan kes Tabung Haji, 127 diambil keterangan - Mkini - 21/08 8:22 pm Beberapa orang lagi akan dipanggil untuk diambil keterangan, termasuk saksi dari luar negara," kata Pengarah JSJK Bukit Aman. |
|
RCI TH: PM Anwar tak sedar diri lindungi penyakau? - Harakahdaily - 21/08 8:00 pm KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar mempersoalkan sama ada langkah Kerajaan PH memeram Laporan RCI Tabung Haji selama tiga tahun sebagai melindungi penyakau |
|
AKHIRNYA BERBAJU OREN! Bekas CEO Tabung Haji Ditahan SPRM, Skandal RM3 .. - Wrlr - 21/08 7:35 pm JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH |
|
Bukit Aman opens 5 probe papers into Tabung Haji - FMT - 21/08 6:52 pm Commercial crime investigation department director Rusdi Isa says 127 people have had their statements recorded, and more will be called soon. |
|
Police vow transparent Tabung Haji investigations, warn public against speculation or rumours - Malaymail - 21/08 6:35 pm KUALA LUMPUR, Aug 21 The Royal Malaysia Police (PDRM), through its Commercial Crime Investigation Department (CC... |
|
PDRM Buka Lima Kertas Siasatan Kes Tabung Haji, 127 Diambil Keterangan - Siakapkeli - 21/08 6:30 pm PDRM Buka Lima Kertas Siasatan Kes Tabung Haji, 127 Diambil Keterangan KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasat |
|
PDRM buka lima kertas siasatan kes Tabung Haji, 127 diambil keterangan - Sinarharian - 21/08 6:24 pm KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) membuka lima kertas siasatan berhubung kes melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk perkara yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, sebanyak 127 orang telah diambil keterangan bagi membantu siasatan."Beberapa orang lagi akan dipanggil untuk diambil keterangan, termasuk saksi dari luar negara," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Kanun Keseksaan, Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).Rusdi berkata, PDRM komited memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus dan profesional serta berlandaskan undang-undang."Mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.Dalam pada itu, PDRM mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan.PDRM turut menyeru orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan siasatan hanya daripada saluran rasmi bagi mengelakkan kekeliruan dan tidak menjejaskan proses siasatan |
|
Siasatan TH, Felda perlu dijalankan telus dan segera ??? Anwar - Mygazette - 21/08 5:40 pm # Siasatan TH, Felda perlu dijalankan telus dan segera Anwar BANGI Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dijalankan secara telus serta segera |
|
Anwar utus surat kepada Prabowo bantu selesaikan isu pelaburan Felda RM2.5 .. - Mygazette - 21/08 5:40 pm Jadi harus tahu bahawa masalah ini mesti dan wajib ditangani, katanya. Dalam pada itu, Anwar menegaskan tindakan kerajaan terhadap kelemahan pengurusan dan salah laku dalam institusi seperti Felda dan Lembaga Tabung Haji (TH) bukan disebabkan institusi berkenaan membawa jenama Melayu atau Islam |
|
Bekas CEO Tabung Haji direman 7 hari bantu siasatan SPRM - Mygazette - 21/08 5:40 pm # Bekas CEO Tabung Haji direman 7 hari bantu siasatan SPRM PUTRAJAYA - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) direman tujuh hari sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
|
RM2.49 bilion, empat hotel Arab Saudi : Kini bekas CEO TH direman - Harapandaily - 21/08 5:30 pm Siasatan terhadap dakwaan salah laku dan kelemahan tadbir urus yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) memasuki fasa baharu apabila seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) institusi itu direman tujuh hari |
|
Keluarga Rohingya buat laporan polis selepas dakwa diugut, diarah keluar dari kampung - Sinarharian - 21/08 5:10 pm KUALA TERENGGANU Polis mengesahkan menerima laporan berhubung tindakan sekumpulan penduduk kampung yang meminta sebuah keluarga etnik Rohingya berpindah keluar dari rumah sewa mereka di Kampung Kubang Parit di sini pada Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan tersebut dibuat oleh seorang lelaki warga Rohingya, Hashimutullah Abul Alam, 29, di Balai Polis Chabang Tiga di sini kira-kira jam 9.01 pagi pada Isnin lalu.Menurutnya, pengadu yang bekerja sebagai buruh binaan mendakwa, rumah sewanya didatangi kira-kira sembilan orang penduduk tempatan sekitar jam 9.15 malam pada Ahad."Pengadu mendakwa kumpulan lelaki yang diketuai seorang penduduk tempatan memberi amaran supaya dia bersama isteri dan anaknya keluar dari kediaman serta kampung berkenaan dengan kadar segera."Lelaki terbabit turut diancam bahawa penduduk akan datang semula untuk menghalau mereka sekiranya enggan berpindah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pengadu yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu telah menetap di rumah sewa berkenaan sejak enam tahun lalu dengan kadar sewa RM450 sebulan daripada seorang pemilik tempatan.Jelas beliau, tindakan menghalau itu dipercayai merupakan tindak balas penduduk setempat susulan insiden yang berlaku di Kemaman serta siri penggantungan kain rentang membantah kehadiran Rohingya di kawasan Durian Burung dan Kubang Parit sebelum ini."Pengadu bersama tuan rumah hadir membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan dan pemantauan daripada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan diri serta keluarganya."Kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kubang Parit, Haji Mansur," katanya.Tambah beliau, sehingga kini pengadu bersama keluarganya masih menetap di kediaman berkenaan dan belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu berpindah atau kekal di situ."Setakat ini tiada kertas siasatan dibuka berhubung kes berkenaan," ujarnya. |
|
Anwar: Action against Tabung Haji, Felda based on wrongdoing, not religion or race - Malaymail - 21/08 2:55 pm KAJANG, Aug 21 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has rejected claims that the governments scrutiny... |
|
Bekas CEO TH Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan SPRM - Siakapkeli - 21/08 2:50 pm Bekas CEO TH Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan SPRM - PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) |
|
Tindakan terhadap salah laku jangan dijadikan isu kaum, agama - PM - Sinarharian - 21/08 2:34 pm BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tindakan terhadap salah laku dan kelemahan pengurusan dalam mana-mana institusi tidak seharusnya dijadikan isu kaum atau agama.Beliau berkata, tindakan berkenaan diambil berdasarkan keperluan untuk membetulkan kepincangan dalam pengurusan sesebuah organisasi, tanpa mengira latar belakang atau identiti institusi berkenaan.Anwar berkat, pendekatan itu turut terpakai terhadap tindakan yang diambil bagi menangani salah laku dan kelemahan pengurusan dalam Lembaga Tabung Haji (TH), yang menurutnya tidak seharusnya dikaitkan dengan imej Islam yang dibawa institusi berkenaan."Ada seorang pemimpin parti Islam, dia kata asyik nak kenakan tindakan tindakan kepada badan-badan (agensi) Melayu dan Islam |
|
Anwar tunggu laporan lengkap siasatan Felda sebelum buat pengumuman rasmi - Sinarharian - 21/08 1:59 pm BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menunggu laporan lengkap Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.Beliau berkata, pasukan petugas khas itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat."Pasukan petugas khas itu telah bermula dan saya tunggu lengkap siasatan, baru kita umumkan dalam masa singkat."(Aspeknya merangkumi) semua perkara tentang pengurusan, membaiki pengurusan tentunya mengenal pasti permasalahan lepas, tetapi yang pentingnya ialah pengurusan kini dan langkah-langkah ke depan," kata beliau.Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Ramah Mesra Bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus FELDA di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi FELDA, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Pengarah Besar, Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman.Sebelum ini, media memaklumkan bahawa laporan Pasukan Petugas Khas berkaitan FELDA dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum didedahkan kepada umum.Anwar berkata, beliau akan mengeluarkan laporan berkenaan kepada umum sebaik sahaja disiapkan dan meminta orang ramai membacanya seperti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).- Bernama |
|
Jangan lindungi rasuah Tabung Haji - Anwar bidas Hadi - Mkini - 21/08 1:32 pm Tak timbul isu 'merendahkan Islam' - pengkhianat amanah Tabung Haji perlu disiasat, tegas PM. |
|
SAMAN RM5 JUTA! Strategi 'Tutup Mulut' Skandal Tabung Haji? Dr - Wrlr - 21/08 12:52 am ## Thank you Johor people who voted for Harapan |
|
Former TH CEO remanded seven days over RCI-related probe - Sinardaily - 21/08 12:51 am PUTRAJAYA - A former chief executive officer of Lembaga Tabung Haji (TH) has been remanded for seven days to assist the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) investigation into the misappropriation of TH investment funds and shares worth approximately RM190 million, following revelations in the Royal Commission of Inquiry (RCI) report on TH.Magistrate Ezrene Zakariah issued the remand order, effective today until next Thursday (Aug 27), following an application by the MACC at the Putrajaya Magistrate's Court this morning.The man, who is in his 60s, was among the most senior figures to have held a top management position at TH |
|
Former Tabung Haji CEO remanded seven days in MACC probe linked to RCI findings - Malaymail - 21/08 12:21 am PUTRAJAYA, Aug 21 A former Lembaga Tabung Haji (TH) chief executive officer has reportedly been remanded for sev... |
|
Dalam masa saya tak sihat pun, kecoh juga isu kononnya pemberian kontrak .. - Wrlr - 21/08 12:21 am Dalam masa saya tak sihat pun, kecoh juga isu kononnya pemberian kontrak Tabung Haji kepada syarikat yang ada kaitan dengan Tony Pua |
|
Bekas CEO TH direman 7 hari - Hmetro - 21/08 12:15 am Putrajaya: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) direman tujuh hari berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH |
|
Isu Tabung Haji terang-terang menghantui Hadi dan PAS - Wrlr - 21/08 12:11 am ## Thank you Johor people who voted for Harapan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |