///
See Also: Shopee Pay Promo

Headlines : Malaysia Gazette News   Page 1    



Pekerja kilang maut tersepit dalam mesin - 29/10 8:10 am

BENTONG - Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin ketika melakukan kerja penyelenggaraan di kilang kertas di Kawasan Perindustrian Bentong, Karak, di sini malam tadi. Muhammad Saifulnizam Miskam, 32, yang berasal dari FELDA Lakum, Lanchang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bentong. Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Azmi Mahmod berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 11.56 malam. "Mengikut maklumat awal diterima, seorang pekerja lelaki ..





MBJB tangkap 1,589 anjing liar sehingga 23 Okt, kawal penyakit, .. - 29/10 8:10 am

# MBJB tangkap 1,589 anjing liar sehingga 23 Okt, kawal penyakit, dikembirikan JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menangkap 1,589 anjing liar di kawasan pentadbirannya dari awal tahun sehingga 23 Oktober lalu. MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima 259 aduan berkaitan anjing liar di sepanjang tempoh berkenaan. "Langkah kawalan ini penting bagi menangani isu keselamatan awam dan mengurangkan risiko penyakit zoonotik, khususnya ..





Mesin pengimbas berteknologi baharu digunakan di ICQ Bukit Chagar - 29/10 8:10 am

# Mesin pengimbas berteknologi baharu digunakan di ICQ Bukit Chagar JOHOR BAHRU - Mesin pengimbas berteknologi baharu akan digunakan di Kompleks Imigresen Kastam dan kuaratin (ICQ), Bukit Chagar, Johor Bahru apabila Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura beroperasi awal tahun depan. Penggunaan teknologi tersebut adalah yang pertama di Malaysia sebagai antara langkah penambahbaikan keselamatan di pintu masuk negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ..





London tiru Melaka laksana Zon Larangan Kenderaan – Shadan - 29/10 8:10 am

# London tiru Melaka laksana Zon Larangan Kenderaan - Shadan MELAKA Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan (CFZ) di Bandar Hilir di sini yang pernah menerima tentangan hebat tiga tahun lalu, kini menjadi ikutan bandar-bandar besar dunia termasuk London. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan Kota London baru sahaja memulakan CFZ di kawasan Oxford Street, kelmarin dan mendapat tentangan sama seperti apa yang dilalui ..





RTS Link: Kerjasama rentas sempadan penting jamin keselamatan penumpang - 29/10 8:10 am

# RTS Link: Kerjasama rentas sempadan penting jamin keselamatan penumpang Johor Bahru - Kerjasama erat Malaysia dan Singapura dalam perkongsian maklumat serta penyelarasan tindakan amat penting bagi memastikan keselamatan penumpang perkhidmatan Sistem Transit Rapid (RTS) Link, terutama ketika berlaku kecemasan. Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Singapura, Sim Ann berkata, kedua- dua negara perlu memikul tanggungjawab secara bersama-sama. Kerjasama rentas sempadan amat penting bagi memastikan ..





UMNO desak MOF tarik balik pembatalan projek Sabah, Sarawak UMNO desak MOF .. - 29/10 8:10 am

# UMNO desak MOF tarik balik pembatalan projek Sabah, Sarawak KUALA LUMPUR UMNO menggesa Kementerian Kewangan (MoF) menarik balik arahan pembatalan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak, susulan kebimbangan terhadap kesan kepada penduduk luar bandar. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, isu tersebut dibincangkan secara panjang lebar dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini. Kita menggesa MoF agar mengambil cakna dan peduli yang serius, dapat meneruskan ..





Lelaki warga asing ditahan tumbuk polis bantuan, buat kecoh dalam kasino - 29/10 8:10 am

# Lelaki warga asing ditahan tumbuk polis bantuan, buat kecoh dalam kasino BENTONG - Seorang lelaki warganegara asing berusia 34 tahun ditahan selepas menimbulkan kekecohan dan mencederakan seorang anggota polis bantuan di sebuah kasino di Genting Highlands, di sini. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Azmi Mahmod, kejadian berlaku pada kira-kira jam 5 pagi semalam. "Polis Bentong mengesahkan menerima satu laporan mengenai kejadian lelaki itu yang dikatakan bertindak agresif ..





PRN Melaka: MBMB tidak teragak-agak turunkan bahan kempen langgar peraturan - 29/10 8:10 am

# PRN Melaka: MBMB tidak teragak-agak turunkan bahan kempen langgar peraturan MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak teragak-agak untuk menurunkan bahan-bahan kempen parti politik yang melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, tindakan tegas itu akan diambil jika pemasangan bendera, bunting dan bahan kempen lain membahayakan keselamatan orang awam dan melanggar ..





Ancaman baharu tak boleh ditangani dengan pendekatan lama ??? Khaled - 28/10 3:30 pm

# Ancaman baharu tak boleh ditangani dengan pendekatan lama Khaled CEBU ASEAN tidak lagi boleh menangani ancaman keselamatan baharu menggunakan pendekatan lama ketika cabaran yang dihadapi rantau ini semakin kompleks, saling berkaitan dan berpotensi membawa kesan lebih buruk. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) memasuki dekad ketiga, negara anggota perlu meningkatkan kesiapsiagaan kolektif, memperkukuh ..





Laut China Selatan ujian besar perpaduan, kredibiliti ASEAN ??? Khaled .. - 28/10 3:30 pm

# Laut China Selatan ujian besar perpaduan, kredibiliti ASEAN Khaled Nordin CEBU - Pertikaian di Laut China Selatan tidak boleh dibiarkan memecahbelahkan ASEAN atau menggugat keamanan yang telah dibina rantau ini sejak beberapa dekad lalu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu Laut China Selatan kini menjadi antara ujian paling penting terhadap perpaduan, kredibiliti serta komitmen ASEAN terhadap prinsip penubuhannya. Beliau mengakui beberapa negara anggota ASEAN ..





Tuanku Muhriz berkenan rasmikan persidangan undang-undang antarabangsa UKM - 28/10 3:30 pm

# Tuanku Muhriz berkenan rasmikan persidangan undang-undang antarabangsa UKM BANGI - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Tuanku Canselor 2026 (TCC 2026) yang menghimpunkan 121 pembentang dari seluruh dunia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. Persidangan selama dua hari bermula hari ini itu memberi tumpuan kepada isu kedaulatan undang-undang dan tadbir urus baik di ASEAN serta peringkat ..





Tamatkan budaya rakyat menunggu, laksana projek RKB secara berani – .. - 28/10 3:30 pm

# Tamatkan budaya rakyat menunggu, laksana projek RKB secara berani - KSN SHAH ALAM Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu lebih banyak projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dilaksanakan secara berani. Ia bagi menghapuskan tempoh menunggu bagi urusan rakyat dan peniaga, bukan sekadar memendekkan proses sedia ada. Beliau berkata, pendekatan reformasi perlu beralih daripada usaha mengurangkan tempoh pemprosesan kepada mengenal pasti sebab sesuatu urusan perlu ..





Ribut petir di tujuh negeri hingga 6 petang Ribut petir di tujuh negeri .. - 28/10 3:30 pm

KUALA LUMPUR Beberapa kawasan di tujuh negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kawasan yang diramal terjejas membabitkan Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah. "Di Kedah, amaran membabitkan Langkawi, manakala di Perak meliputi Kampar, Batang Padang, Muallim, Kinta dan Kuala Kangsar. "Di Selangor, kawasan dijangka terjejas ialah Hulu Selangor, sementara di Johor membabitkan Johor ..





Najib dibenar hadir pendengaran rayu saman ke atas Tommy - 28/10 3:30 pm

# Najib dibenar hadir pendengaran rayu saman ke atas Tommy PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan telah membenarkan Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri pendengaran permohonan kebenaran yang difailkannya bagi menghidupkan semula saman sivil berjumlah RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan salah laku dalam jawatan awam. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam ..





Banjir: Mangsa di Kedah meningkat kepada 192 orang - 28/10 3:30 pm

# Banjir: Mangsa di Kedah meningkat kepada 192 orang KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah meningkat kepada 192 orang daripada 71 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 176 orang daripada 66 keluarga semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan semua mangsa dari Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras di daerah Yan ditempatkan di tiga PPS. Seramai 91 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di ..





Pelajar kolej simbah cat merah, pecah cermin kereta didenda RM13,800, 12... - 28/10 3:30 pm

# Pelajar kolej simbah cat merah, pecah cermin kereta didenda RM13,800, 12 bulan penjara JOHOR BAHRU - Seorang pelajar kolej yang menjadi dalang sindiket along dijatuhkan hukuman denda RM13,800 dan 12 bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas enam kesalahan melakukan perbuatan khianat dan ugutan pada September dan Oktober ini. Di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab, tertuduh, Muhammad Taufiq Jamal, 24, mengaku salah atas empat pertuduhan khianat dan ugutan. Berdasarkan ..





Kastam rampas dadah bernilai lebih RM1 juta, sita dua Mini Cooper - 28/10 3:30 pm

# Kastam rampas dadah bernilai lebih RM1 juta, sita dua Mini Cooper SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis bunga ganja dan ketamin bernilai lebih RM1 juta serta menyita dua kereta Mini Cooper S dalam tiga kes berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sekitar Sepang. Pengarah Kastam Lapangan Terbang Kuala Lumpur (LTAKL), Aspalila AG Tuah berkata, rampasan bunga ganja seberat 7.280 kilogram (kg) bernilai RM582,400 dilakukan di Pos Malaysia ..





Kontraktor maut terkena renjatan elektrik masa baiki lampu sekolah - 28/10 3:30 pm

# Kontraktor maut terkena renjatan elektrik masa baiki lampu sekolah KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor warga Filipina berusia 56 tahun maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan dan pembaikan lampu di luar pagar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lok Yuk, Batu 1, Kudat, Sabah hari ini. Dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi itu, mangsa ditemukan terbaring di kawasan luar pintu gerbang sekolah berkenaan selepas dipercayai tangga yang digunakannya tersentuh ..





Langkah penjimatan tak harus kompromi infrastruktur Sabah, Sarawak – .. - 28/10 8:17 am

# Langkah penjimatan tak harus kompromi infrastruktur Sabah, Sarawak - TPM MELAKA Langkah penjimatan kerajaan tidak seharusnya mengorbankan pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak khususnya kemudahan jalan raya yang menjadi penghubung penduduk pedalaman dengan pekan kecil serta kawasan lain. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penduduk di kedua-dua negeri itu masih memerlukan kemudahan infrastruktur yang lebih baik selepas sekian lama ..





Aktiviti seleweng LPG di ladang kelapa sawit Sungai Pelek tumpas - 28/10 8:17 am

# Aktiviti seleweng LPG di ladang kelapa sawit Sungai Pelek tumpas KUALA LUMPUR - Aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) berjaya ditumpaskan menerusi serbuan di sebuah stor haram dalam ladang kelapa sawit di Sungai Pelek dekat sini hari ini. Kegiatan itu dibongkar menerusi OPS TIRIS 4.0 sekitar 9 pagi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil risikan selama sebulan. Pengarahnya, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, seorang lelaki tempatan yang juga ..





Gagal lunas tunggakan hasil kerajaan, MyEG dan Zetrix AI berdepan saman... - 28/10 8:17 am

# Gagal lunas tunggakan hasil kerajaan, MyEG dan Zetrix AI berdepan saman sivil KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk saman sivil terhadap MyEG dan Zetrix AI Berhad susulan kegagalan kedua-dua syarikat melangsaikan tunggakan kutipan hasil kerajaan berserta penalti dalam tempoh ditetapkan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, wang kutipan hasil kerajaan tidak boleh digunakan sebagai sebahagian daripada dana operasi syarikat, manakala kelewatan ..





Tiga lelaki termasuk dua warga Filipina ditahan sebelum sempat curi kabel - 28/10 8:17 am

# Tiga lelaki termasuk dua warga Filipina ditahan sebelum sempat curi kabel ISKANDAR PUTERI - Polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis seperti yang tular dalam media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, suspek yang ditahan berumur terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga Filipina manakala seorang lagi rakan mereka masih diburu. "Dalam kejadian kira-kira ..





WCE pacu pembangunan Masjid Tanah menjadi antara termaju di Melaka ??? .. - 28/10 8:17 am

# WCE pacu pembangunan Masjid Tanah menjadi antara termaju di Melaka Zahid ALOR GAJAH Masjid Tanah berpotensi muncul antara kawasan termaju di Melaka menerusi cadangan sambungan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Banting, Selangor ke kawasan itu sebelum diperluas ke selatan tanah air. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan jajaran baharu itu berpotensi merancakkan pembangunan perindustrian, membuka peluang ekonomi baharu serta mengurangkan ..





Dua lelaki ditahan kes kapal tangki bawa 1.16 tan ketamin - 28/10 8:17 am

# Dua lelaki ditahan kes kapal tangki bawa 1.16 tan ketamin KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan 1.16 tan dadah jenis ketamin di atas kapal tangki MT Global 168, Ahad lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia 40-an kini direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 34 Akta Dadah Berbahaya 1952. Beliau berkata seorang daripada lelaki ituialah pengarah ..





Lima scammer warga China, Taiwan didenda RM4,000 tipu pelabur - 28/10 8:17 am

# Lima scammer warga China, Taiwan didenda RM4,000 tipu pelabur JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman didenda RM4,000 masing-masing terhadap empat warga China dan seorang warga Taiwan atas kesalahan pertuduhan pakatan jahat untuk menipu pelabur menerusi skim pelaburan dalam talian tidak wujud. Majistret Nor Zihan Abdul Rehman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap semua tertuduh iaitu Sun Chang, 32, Chih Hsien-Lung, 41, Fang Peihang, 36, Lyu Yahui, 36, dan Fang ..





Bagi Saya Dah Positif ??? Ab Rauf Ulas Rundingan BN-MCA - 28/10 8:17 am

# Bagi Saya Dah Positif Ab Rauf Ulas Rundingan BN-MCA Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan rundingan agihan kerusi BN-MCA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah menunjukkan perkembangan positif dan kebuntuan dapat dileraikan. Bagaimanapun, keputusan akhir diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti, sementara MCA masih menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembahagian kerusi.





Sasar tarif elektrik berperingkat 2027, tenaga nuklear masih dikaji .. - 28/10 8:17 am

# Sasar tarif elektrik berperingkat 2027, tenaga nuklear masih dikaji - Fadillah KUALA LUMPUR Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menjelaskan kerajaan sedang meneliti mekanisme tarif elektrik berperingkat yang disasarkan untuk dilaksanakan mulai 2027 manakala keputusan mengenai penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara masih belum dimuktamadkan. PETRA bersama Suruhanjaya Tenaga kata menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof sedang mengkaji penambahbaikan mekanisme ..





TPM gariskan tiga teras perkasa Dasar Kemajuan Masyarakat menerusi KEMAS - 28/10 8:17 am

# TPM gariskan tiga teras perkasa Dasar Kemajuan Masyarakat menerusi KEMAS MELAKA Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga perkara teras yang perlu diberi perhatian serius oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi memastikan agenda pembangunan masyarakat benar-benar memberi impak kepada rakyat. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, tiga perkara tersebut adalah pembentukan Kerangka Dasar Kemajuan Masyarakat, peluasan libat urus dan ..





Dalang sindiket along terima upah buat khianat sehingga RM400 diberkas - 28/10 8:17 am

# Dalang sindiket along terima upah buat khianat sehingga RM400 diberkas JOHOR BAHRU - Seorang dalang sindiket along yang menerima upah antara RM200 hingga RM400 untuk setiap perbuatan khianat yang dilakukan berjaya diberkas dan akan didakwa di sini esok. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek iaitu seorang lelaki tempatan yang berusia 24 tahun ditangkap kerana menjadi dalang sindiket along pada 8 Oktober lalu di sekitar daerah ini. Menerusi tangkapan tersebut pihaknya ..





71 individu ditahan terlibat kegiatan pemalsuan pasport pekerja asing 71 .. - 28/10 8:17 am

# 71 individu ditahan terlibat kegiatan pemalsuan pasport pekerja asing KUALA LUMPUR - Seramai 71 individu ditahan berkaitan kegiatan pemalsuan dokumen dan dokumen perjalanan bagi urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing sejak 2004 hingg kini. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata, sebanyak 17 operasi penguatkuasaan dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pemalsuan pasport serta pengubahsuaian maklumat biodata pekerja asing. "Kegiatan ini dikenal pasti berkaitan urusan pemeriksaan kesihatan ..





Khalwat: Nik Nazmi selesai beri keterangan kepada JAIS - 28/10 8:17 am

# Khalwat: Nik Nazmi selesai beri keterangan kepada JAIS SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad selesai memberikan keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini berhubung kes khalwat yang membabitkan dirinya. Peguam Syarie Muhammad Amirul Ashraf A. Ghaniberkata kehadiran anak guamnya adalahbagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Kita telah memberikan kerjasama dari sudut siasatan,bagi pertuduhan perkara ..





JSJ ambil alih siasatan kematian Norizwan JSJ ambil alih siasatan kematian .. - 27/10 4:00 pm

KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Norizwan Zulkifli manakala satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan dikenal pasti sebagai asas siasatan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menerima taklimat daripada polis berhubung kes berkenaan susulan perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 hari ini. Menurutnya, perkembangan siasatan akan dimaklumkan ..





Lelaki tetak mati peneroka dengan kapak ada masalah mental – Kakak... - 27/10 4:00 pm

# Lelaki tetak mati peneroka dengan kapak ada masalah mental - Kakak suspek KOTA TINGGI - Suspek lelaki yang mengamuk dan menetak mati seorang peneroka dengan kapak di FELDA Lok Heng Selatan di sini malam tadi, didakwa mempunyai masalah mental. Kakak suspek yang hanya mahu dikenali sebagai As, 54, berkata, adiknya itu sudah tidak lagi makan ubat penenang dari hospital sejak kira-kira lapan tahun lalu. Jelas As, suspek juga banyak bergantung dengan keluarganya di sini untuk meneruskan kehidupan. ..





Tiga pengarah PetraX5 didakwa palsukan dokumen pemindahan saham - 27/10 4:00 pm

# Tiga pengarah PetraX5 didakwa palsukan dokumen pemindahan saham PETALING JAYA - Tiga pengarah syarikat berkaitan sektor aeroangkasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen bagi pemindahan saham pada Mei lalu. Kesemua tertuduh, Ahmad Suhaimi Abdul Halim, 44; Raja Shazreen Petra Raja Azman Shah, 32; Mohamad Haziq Aiman Shamsudin, 28; membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal. Mengikut ..





160,000 pemandu e-hailing sasar kesatuan sekerja, rayu menteri ketepikan .. - 27/10 4:00 pm

# 160,000 pemandu e-hailing sasar kesatuan sekerja, rayu menteri ketepikan penolakan KUALA LUMPUR Jawatankuasa Protem Kesatuan Kebangsaan Pekerja E-Hailing dan Industri Berkaitan Semenanjung Malaysia (NUEW) merayu Menteri Sumber Manusia supaya mengetepikan keputusan menolak pendaftaran kesatuan itu yang disasarkan mewakili kira-kira 160,000 pemandu e-hailing di Semenanjung. Presidennya, Zulkifli Othman berkata, rayuan bertarikh 14 Oktober lalu itu dikemukakan susulan keputusan Ketua Pengarah ..





Isu RM1.1 bilion libat Rafizi: SPRM, AG wajar jelaskan status siasatan... - 27/10 4:00 pm

# Isu RM1.1 bilion libat Rafizi: SPRM, AG wajar jelaskan status siasatan NGO KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AG) wajar memberikan penjelasan mengenai status siasatan dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion (AS$350 juta) yang dikaitkan dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli. Naib Presiden NGO Profesional Muda, Dr. Azizi Azizan berkata, penjelasan rasmi yang bersesuaian mengenai perkembangan proses berkenaan dapat membantu ..





AKPS bakal dilengkapi aset, teknologi dan inovasi baharu – Saifuddin - 27/10 4:00 pm

# AKPS bakal dilengkapi aset, teknologi dan inovasi baharu - Saifuddin KUALA LUMPUR Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bakal dilengkapi aset serta teknologi dan inovasi baharu bagi memperkukuh kawalan sempadan negara dalam menghadapi jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu akan dilaksanakan dalam fasa kedua pembangunan AKPS selepas kerajaan memberi tumpuan kepada pengisian jawatan dan ..





3 lelaki upahan along ditahan dipercayai terbabit 9 kes khianat - 27/10 4:00 pm

# 3 lelaki upahan along ditahan dipercayai terbabit 9 kes khianat IPOH Tiga lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam sembilan kes khianat dengan api dan simbah cat terhadap rumah mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along di beberapa negeri sejak September lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, ketiga-tiga suspek berusia 19 tahun yang bertindak sebagai orang suruhan along itu ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang pada ..





Belanjawan 2027: Hassan Karim senarai 10 manfaat buat golongan muda - 27/10 4:00 pm

# Belanjawan 2027: Hassan Karim senarai 10 manfaat buat golongan muda JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyenaraikan 10 manfaat yang bakal dinikmati golongan muda menerusi Belanjawan 2027 baru-baru ini. Menurut beliau, antaranya sebanyak 30,000 peluang pekerjaan baharu bakal dijana dan perkara itu turut ditegaskan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. "Peluang-peluang pekerjaan baru ini tentu sekali untuk generasi muda yang baru tamat sekolah, tamat institusi ..





Puad jangan putar belit isu pembatalan projek Sabah, Sarawak ??? Fadzmel - 27/10 4:00 pm

# Puad jangan putar belit isu pembatalan projek Sabah, Sarawak Fadzmel KUALA LUMPUR Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Fadzmel Fadzil menempelak bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung isu pembatalan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak. Fadzmel menegaskan, kenyataan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri sebelum ini perlu difahami dengan tepat dan tidak seharusnya diputar belit sehingga menimbulkan persepsi ..




Reformasi     >>



Why only Waze? Local navigation apps should be .. - Mkini
Waze restriction unjustified as other similar apps also collect same data from users, they add.
Kroni     >>



Data centres must secure water, power supply before .. - NST
KUALA LUMPUR: Data centre investments must have adequate water and electricity supplies before they can receive federal government approval, said Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tabloid     >>



Budak lorong kini jadi tentera - Hmetro
Kuala Lumpur: Di sebalik kerjaya pegawai psikologi dan kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendengar dan membimbing individu berdepan masalah, ada air mata, tekanan perasaan malah keselamatan diri terpaksa dikorbankan mereka demi memastikan klien dilindungi berjaya dipulihkan. New Straits Times Press ..
Tech     >>



MacBook Pro With PROLED XDR Display Hands-On: What .. - Gizmodo
Apple's redesigned MacBook Pro is more than a mere screen upgrade. It may help Apple reach Macs' full potential.
World     >>



Whats next for Brazils Flavio Bolsonaro after election .. - Aljazeera
The far-right ally of US President Donald Trump has fled to Miami with his wife and children.
Motor Trend     >>



Aston Martin Valhalla Spider dilancarkan 1,079PS, .. - Careta
Dibangunkan berasaskan Valhalla Coupe, model ini merupakan supercar produksi pertama Aston Martin yang menggabungkan susun atur enjin tengah dengan kokpit terbuka. Penghantaran kepada pelanggan dijadualkan bermula pada suku ketiga 2027. Pembangunannya turut melibatkan Aston Martin Performance