///
See Also: Shopee Pay Promo

Headlines : Utusan News   Page 1    



Status kecergasan Wooi Yik jadi penentu ke WTF - 7/11 7:45 am

KUALA LUMPUR: Tahap kecergasan Soh Wooi Yik disahkan masih belum mencapai 100 peratus, perkembangan terbaru itu meninggalkan persoalan tentang peluang beregu lelaki No. 1 negara itu bersama gandingannya Aaron Chia untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir (WTF) BWF di Hangzhou, China, Disember ini yang semakin menghimpit. Ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Herry Iman Pierngadi berkata, ... Read more The post Status kecergasan Wooi Yik jadi penentu ke WTF appeared first on Utusan Malaysia .





Buktikan eksperimen ‘pilih pemain’ berjaya - 7/11 7:30 am

PETALING JAYA: Ketiadaan ramai tonggak utama menyebabkan aksi Harimau Malaya dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kali ini seakan-akan menjadi medan eksperimen untuk menguji pemain lain. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa berdepan China, 14 November ini dan Yaman (17 November) di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China. ... Read more The post Buktikan eksperimen 'pilih pemain' berjaya appeared ..





Houthi nafi tuntut pampasan RM207 bilion dari Arab Saudi - 7/11 7:30 am

SANAA: Houthi menuntut pampasan AS$51 bilion (RM207 bilion) daripada Arab Saudi dan pengiktirafan sebagai pihak berkuasa sah Yaman dalam rundingan dengan Riyadh, lapor The Wall Street Journal (WSJ), memetik sumber yang mengetahui rundingan itu. Akhbar berkenaan melaporkan angka pampasan lain turut dibincangkan kemudian tetapi sebarang penyelesaian dijangka melibatkan pembayaran berpuluh-puluh bilion dolar. Ia sekali gus ... Read more The post Houthi nafi tuntut pampasan RM207 bilion dari Arab ..





Industri makanan dan minuman rekod jualan RM83 bilion - 7/11 7:30 am

KUALA LUMPUR: Industri makanan dan minuman (F&B;) negara yang merekodkan nilai jualan RM83 bilion perlu mempergiat penggunaan automasi dan teknologi pintar bagi meningkatkan produktiviti serta menangani cabaran operasi yang semakin meningkat. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Sri Mohd Shahar Abdullah berkata, penerapan kecerdasan buatan (AI), robotik dan sistem automasi mampu membantu pemain industri mengatasi kekurangan tenaga ... Read more The post Industri makanan dan minuman rekod jualan RM83 ..





Sudah sampai masa saya buat teguran Jalaluddin - 7/11 7:30 am

PETALING JAYA: Kegagalan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim untuk menangani kemelut pentadbiran negeri boleh mengundang pelbagai kesan termasuk menjejaskan kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Ismail perlu mengambil tindakan segera kerana kegagalan menangani keadaan itu boleh mengundang pelbagai kesan termasuk ketidaktentuan ekonomi serta ketidakstabilan ... Read more The post Sudah sampai masa ..





Rumah Warisan Chenor sedia hadapi musim tengkujuh - 7/11 7:30 am

MARAN: Keunikan Chalet Toh Puan yang mampu bertukar menjadi rumah rakit apabila banjir selain Rumah Rakit Inderapura menjadi antara persediaan pengurusan Rumah Warisan Chenor, di sini menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). Persediaan itu bagi memastikan operasi penginapan dan pelancongan terus terpelihara di samping langkah melindungi khazanah sejarah Pahang berusia lebih 120 tahun yang tersimpan di ... Read more The post Rumah Warisan Chenor sedia hadapi musim tengkujuh appeared first on Utusan ..





EV catat kerugian banjir empat kali lebih rendah - 7/11 7:20 am

KUALA LUMPUR: Kenderaan elektrik (EV) merekodkan purata kerugian akibat banjir sebanyak RM8,400, kira-kira empat kali lebih rendah berbanding RM34,000 bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), berdasarkan kajian Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon berkata, perbezaan itu turut dilihat dari segi tahap perlindungan apabila kira-kira 50 peratus pemilik EV mempunyai ... Read more The post EV catat kerugian banjir empat kali lebih rendah appeared ..





Rafizi jangan hina pejuang reformasi, perlu minta maaf segera – .. - 6/11 4:13 pm

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen PKR, N. Gobalakrishnan menyifatkan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai bangsat politik dan sampah masyarakat susulan kritikan pemimpin itu terhadap tokoh reformasi, Alias Yusof. Beliau berkata, Rafizi sepatutnya menghormati jasa dan pengorbanan pejuang reformasi yang berjuang sejak awal penubuhan gerakan itu, bukannya memperlekeh individu yang banyak menyumbang kepada perjuangan PKR. Katanya, ... Read more The post Rafizi jangan hina pejuang reformasi, perlu minta ..





Malaysia tak sekat pelaburan AS, China - 6/11 4:05 pm

AMPANG: Malaysia tidak berhasrat untuk menyekat peluang pelaburan kepada Amerika Syarikat (AS) China atau mana-mana negara dalam sektor strategik seperti kecerdasan buatan (AI) dan cip semikonduktor. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian Malaysia itu telah dimaklumkan kepada AS melalui penggilan telefon dengan Setiausaha Negara, Marco Rubio, semalam. Beliau berkata, panggilan itu antara lain ... Read more The post Malaysia tak sekat pelaburan AS, China appeared first on ..





AI robotik pacu produktiviti sektor F&B negara - 6/11 3:52 pm

KUALA LUMPUR: Penerapan kecerdasan buatan (AI), robotik dan teknologi automasi dalam sektor makanan dan minuman (F&B;) mampu meningkatkan kecekapan operasi, menjimatkan kos serta meningkatkan produktiviti dan daya saing industri berkenaan. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, penerapan teknologi itu mampu membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan pembaziran bahan mentah ... Read more The post AI robotik pacu produktiviti ..





RHB perkenal kad kredit-i Sinar, kadar keuntungan tetap 14 peratus - 6/11 3:46 pm

KUALA LUMPUR: RHB Bank Berhad (RHB) memperkenalkan kad kredit-i RHB Sinar yang kini dibuka untuk permohonan di seluruh negara, menawarkan kemudahan pembiayaan patuh Syariah dengan ciri asas pada kos berpatutan bagi membantu rakyat menguruskan perbelanjaan harian. Kad kredit berkenaan menyasarkan rakyat Malaysia yang berumur antara 21 hingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan minimum RM24,000, sekali ... Read more The post RHB perkenal kad kredit-i Sinar, kadar keuntungan tetap 14 peratus ..





Najib jalani pemeriksaan kesihatan di HKL sebelum ke Langgak Duta - 6/11 3:45 pm

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini untuk menjalani hukuman tahanan rumah. Sumber memaklumkan, pemeriksaan kesihatan itu perlu diselesaikan sebelum Najib dibawa ke kediaman berkenaan. "Beliau perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Selain itu ada beberapa proses ... Read more The post Najib jalani pemeriksaan kesihatan di HKL sebelum ke ..





Malaysia Airlines himpun 18 syarikat penerbangan Asia Pasifik di Kuala .. - 6/11 3:43 pm

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines bakal menghimpunkan pemimpin industri penerbangan dari 18 syarikat penerbangan anggota Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA) sempena Perhimpunan Presiden AAPA ke-70 pada 12 dan 13 November ini. Perhimpunan itu dijangka menjadi platform penting bagi membincangkan hala tuju industri penerbangan serantau, khususnya dalam menghadapi tekanan kos operasi, kekangan rantaian bekalan, ketidaktentuan geopolitik ... Read more The post Malaysia Airlines himpun ..





Gelombang biru di AS menifestasi tolak keganasan, perkauman - 6/11 3:35 pm

AMPANG: Gelombang biru di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan besar Parti Demokrat dalam pilihan raya separuh penggal merupakan manifestasi rakyat menolak Islamofobia, politik perkauman dan peperangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau secara peribadi senang dengan perkembangan itu kerana mesej disampaikan rakyat AS adalah menolak keganasan, kebencian yang melampau terhadap kelompok minoriti termasuk ... Read more The post Gelombang biru di AS menifestasi tolak ..





Pembebasan awal hadiah bermakna buat dua prospek sempena Deepavali - 6/11 3:35 pm

BATU GAJAH: Pembebasan awal daripada penjara menjadi hadiah Deepavali paling bermakna buat seorang prospek di Pusat Koreksional Batu Gajah apabila berpeluang menyambut perayaan itu bersama keluarga selepas lebih tiga tahun terpisah. Lebih menyentuh hati lelaki yang mahu dikenali sebagai Thilagan, 36, itu apabila dia berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-73 pada Ahad ini. ... Read more The post Pembebasan awal hadiah bermakna buat dua prospek sempena Deepavali appeared first ..





Nana sedia masuk `gear 10 buru undi DUN Kelebang - 6/11 3:31 pm

MELAKA: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, Farzana Hayani Mohd. Nasir tidak mahu memperlahankan rentak kempen, sebaliknya bersedia masuk gear 10 dalam pecutan akhir bagi memastikan setiap peluang bertemu pengundi dimanfaatkan sepenuhnya. Mesra dipanggil Nana, calon berusia 26 tahun itu berkata, baki tempoh kempen akan digunakan untuk memperhebatkan gerak kerja di ... Read more The post Nana sedia masuk `gear 10 buru undi DUN Kelebang appeared first on Utusan ..





Perang Iran-AS bakal berakhir? - 6/11 7:30 am

WASHINGTON: Perang Iran yang dimulakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama Israel pada 28 Februari bakal berakhir susulan kekalahan parti Republikan untuk menguasai Dewan Perwakilan dan Dewan Senat di Kongres dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa. Ketua Demokrat di Senat, Chuck Schumer berkata, perang Iran mesti ditamatkan dan mencadangkan partinya yang menguasai ... Read more The post Perang Iran-AS bakal berakhir? appeared first on Utusan Malaysia .





Pembersihan hutan punca banjir? - 6/11 7:30 am

SHAH ALAM: Pembersihan sebahagian kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah yang dinyahwarta sejak 26 tahun lalu didakwa menyebabkan penyerapan hujan di tengah bandar raya ini semakin merosot. Keadaan itu menyebabkan limpahannya tidak lagi mampu ditampung longkang dan sungai berhampiran sedia ada. Akibat daripada situasi tersebut, mutakhir ini banjir kilat yang berlaku di Shah Alam kerap kali ... Read more The post Pembersihan hutan punca banjir? appeared first on Utusan Malaysia .





Buru mata atau terlepas gelaran - 6/11 7:30 am

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli perlu mengutip mata sebanyak mungkin pada Grand Prix (GP) Motosikal Qatar, hujung minggu ini bagi mencerahkan peluangnya dinobatkan naib juara pendatang baharu terbaik. Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu kini menghuni kedudukan ketiga untuk kategori tersebut selepas mengumpul 116 mata dengan 13 mata berjaya ditokok daripada GP ... Read more The post Buru mata atau terlepas gelaran appeared first on Utusan Malaysia .





Kerajaan perluas penyertaan PMKS dalam industri francais - 6/11 7:15 am

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkukuh ekosistem francais menerusi pembangunan jenama tempatan dan memperluas penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai francaisor. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, fokus utama kementerian itu adalah memperkasa penyertaan francais tempatan dalam pasaran domestik, selain membantu jenama tempatan mengembangkan ... Read more The post Kerajaan perluas penyertaan ..





Daiso labur RM1.2 bilion bina gudang terbesar dunia di Malaysia - 6/11 7:10 am

PULAU INDAH: Rangkaian peruncitan Jepun, Daiso Malaysia Group Sdn. Bhd. (Daiso), membuka Pusat Pengedaran Global (GDC) bernilai RM1.2 bilion di Taman Perindustrian Samudera, Pulau Indah sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kesiapsiagaan infrastruktur Malaysia dan memperkukuh kedudukan negara sebagai hab rantaian bekalan serta logistik serantau. Kemudahan seluas 133,666 meter persegi (kira-kira 1.33 juta kaki ... Read more The post Daiso labur RM1.2 bilion bina gudang ..





Malaysia terajui pasaran IPO Asia Tenggara, kutip AS$1.62 bilion - 6/11 7:05 am

PETALING JAYA: Malaysia muncul sebagai pasaran paling aktif di Asia Tenggara apabila merekodkan 38 penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) dengan kutipan dana berjumlah AS$1.62 bilion (RM7.6 bilion) dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, mengatasi prestasi negara lain di rantau ini ketika aktiviti pasaran IPO serantau menunjukkan penyusutan. Pencapaian itu menyaksikan kutipan dana IPO di Malaysia ... Read more The post Malaysia terajui pasaran IPO Asia Tenggara, kutip AS$1.62 bilion ..





Benteng rapuh hukum Liverpool - 6/11 7:00 am

ISTANBUL: Kelemahan benteng pertahanan menjadi punca utama kekalahan Liverpool 2-3 kepada Fenerbahce dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, semalam. Kemenangan dramatik di Istanbul itu menyaksikan Fenerbahce bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mencatat kejayaan berharga, sekali gus menghidupkan kembali peluang mereka dalam kempen Eropah musim ini. Liverpool yang memenangi tiga perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara di bawah ... Read more The post Benteng rapuh hukum Liverpool appeared first ..





OPR kekal 2.75 peratus sepanjang 2026 - 6/11 7:00 am

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus buat kali kesembilan berturut-turut sejak Julai 2025 menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir bagi tahun ini, sekali gus menunjukkan OPR kekal rendah sepanjang 2026. BNM berkata, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan pertumbuhan global terus berdaya tahan, disokong pelaburan teknologi yang kukuh ... Read more The post OPR kekal 2.75 peratus sepanjang 2026 appeared first on Utusan ..





Malaysia hab logistik dunia - 6/11 7:00 am

KLANG: Malaysia giat memperluas infrastruktur pengangkutannya merentasi darat, laut, dan udara dalam usaha mengukuhkan kedudukan sebagai hab logistik bertaraf dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara mengecapi kemakmuran bukan hanya disebabkan kedudukan geografi strategik malah juga kerana kemampuan menghubungkan ekonomi di seluruh dunia. Selat Melaka telah menjadi laluan utama aliran perdagangan selama berabad-abad. ... Read more The post Malaysia hab logistik dunia ..





Dua kapal tangki minyak, bot tunda terbakar di Selat Hormuz - 5/11 2:36 pm

TEHERAN: Dua kapal tangki minyak dan sebuah bot tunda terbakar di Selat Hormuz, menurut kenyataan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang dilaporkan media tempatan pada Khamis. Sejak perang Iran tercetus pada 28 Februari lalu, Teheran mengehadkan dengan ketara pergerakan kapal melalui laluan perairan strategik itu, yang lazimnya mengendalikan kira-kira satu perlima daripada penggunaan minyak ... Read more The post Dua kapal tangki minyak, bot tunda terbakar di Selat Hormuz appeared first ..





Tidak pernah bergandingan, AR Badul akui tiada keserasian dengan Adlin .. - 5/11 2:30 pm

HULU KELANG: Pelakon veteran, AR Badul mengakui dirinya tiada keserasian jika digandingkan bersama adiknya, Adlin Aman Ramli untuk menjayakan sesebuah karya. Menurut Badul atau Armaya Aman Ramlie, 78, meskipun tiada sebarang masalah dalam pertalian adik-beradik, dia berpendapat keserasian itu sukar diterbitkan untuk bekerjasama. Kami memang tiada keserasian. Kalau disatukan pun terasa panas saja, tidak tahu ... Read more The post Tidak pernah bergandingan, AR Badul akui tiada keserasian dengan ..





Pesawat Thai Airways patah balik selepas cermin kokpit retak - 5/11 2:11 pm

SHANGHAI: Sebuah pesawat Boeing 787-9 Dreamliner milik Thai Airways terpaksa berpatah balik ke Shanghai selepas juruterbang mengesan keretakan pada cermin kokpit sejurus selepas berlepas menuju Bangkok kelmarin. Keretakan itu dikesan kira-kira pukul 7.15 pagi ketika pesawat yang mengendalikan penerbangan TG 663 dari Shanghai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, sedang dalam penerbangan. Juruterbang dilaporkan menghubungi ... Read more The post Pesawat Thai Airways patah balik ..





Malaysia utamakan diplomasi tangani jerebu rentas sempadan - 5/11 2:09 pm

KUALA LUMPUR: Malaysia memilih pendekatan diplomasi bagi menangani isu jerebu rentas sempadan susulan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) tidak memperuntukkan mekanisme penguatkuasaan terhadap negara yang menjadi punca pencemaran. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, perjanjian yang telah berusia lebih dua dekad itu juga tidak membolehkan tuntutan ... Read more The post Malaysia utamakan diplomasi tangani jerebu ..





Pemilik tanah, premis benarkan warga asing berniaga berdepan tindakan tegas - 5/11 2:06 pm

KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia yang menjadi pemudah cara kepada warga asing melakukan kesalahan di negara ini akan dikenakan tindakan penguatkuasaan tegas. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu termasuk terhadap individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Katanya, tindakan juga akan dikenakan ... Read more The post Pemilik tanah, premis benarkan warga asing berniaga berdepan tindakan tegas ..





213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara disyaki jadi keldai dadah - 5/11 2:03 pm

KUALA LUMPUR: Seramai 213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki menjadi keldai dadah bagi tempoh 2024 hingga September lalu berikutan taktik sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan golongan muda. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sindiket berkenaan memperdaya golongan muda termasuk pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) ... Read more The post 213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara disyaki jadi keldai dadah appeared ..





Ganti ternak ikan keli Afrika dengan puyu di sawah - 5/11 2:00 pm

PORT DICKSON: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan mempertimbang untuk menggantikan penggunaan ikan keli Afrika dengan ikan puyu dalam kajian integrasi ternakan ikan bersama tanaman padi di Kampung Sungai Buloh, Jelebu. Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, kajian yang bermula pada tahun 2020 itu bertujuan meneliti potensi pelaksanaan sistem ternakan ikan secara bersama dengan tanaman ... Read more The post Ganti ternak ikan keli Afrika dengan puyu di sawah appeared first on ..





Kerajaan pantau risiko gangguan bekalan susulan ketidaktentuan geopolitik - 5/11 2:00 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memantau perkembangan geopolitik global bagi memastikan rantaian bekalan negara kekal stabil, sekali gus mengelakkan gangguan bekalan barangan keperluan kepada rakyat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan mengambil perhatian serius terhadap risiko ketidaktentuan geopolitik yang boleh memberi kesan kepada bekalan. Katanya, ia termasuk ... Read more The post Kerajaan pantau risiko gangguan bekalan susulan ..





Operator kilang tak mengaku amang seksual anak tiri - 5/11 1:33 pm

TELUK INTAN: Seorang operator kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya yang berusia 15 tahun, bulan lalu. Tertuduh berusia 27 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Rafidah Che Aziz. Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa ... Read more The post Operator kilang tak mengaku amang seksual anak tiri appeared first on Utusan Malaysia .





Pembeli COD tidak boleh lari - 5/11 6:50 am

KUALA LUMPUR: Pembeli yang memesan barangan dan bayaran dibuat semasa penghantaran (COD), tidak boleh lari dan perlu menjelaskan pembayaran susulan cadangan kerajaan untuk memperkemas penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang. Ketika ini tiada kerangka perundangan yang boleh diguna pakai bagi melindungi peniaga sekiranya pembeli COD, membatalkan pesanan pada saat akhir. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan ... Read more The post Pembeli COD tidak boleh lari appeared first on Utusan ..





Dai Syed bebas pertuduhan rogol - 5/11 6:38 am

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam melepas dan membebaskan pendakwah selebriti Dai Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful atas pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu. Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah selepas membenarkan rayuan Dai Syed selaku perayu. Sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat, rayuan ... Read more The post Dai Syed bebas pertuduhan rogol appeared first on Utusan Malaysia .





Kepimpinan bukan sekadar capai matlamat - 4/11 8:43 pm

PETALING JAYA: Keberkesanan kepimpinan tidak seharusnya diukur berdasarkan kejayaan mencapai matlamat organisasi , sebaliknya turut dinilai menerusi kesan keputusan terhadap pihak lain yang berkepentingan serta masyarakat. Dalam keadaan kepentingan pelbagai pihak sering bertembung, pemimpin perlu memastikan setiap keputusan dibuat dengan mengambil kira implikasi jangka panjang, termasuk terhadap golongan yang tidak mempunyai ruang untuk menyuarakan kepentingan ... Read more The post Kepimpinan ..





FINAS pertimbang dana drama bersiri untuk artis veteran - 4/11 8:35 pm

HULU KLANG: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersedia mempertimbangkan cadangan pelakon, AR Badul bagi mewujudkan dana khas bagi penerbitan drama bersiri yang membabitkan penggiat seni veteran. Menurut Pengerus FINAS, Datuk Hans Isaac, cadangan tersebut akan dibawa ke peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Ahli Perbadanan untuk penelitian kerana berpotensi untuk direalisasikan menerusi Dana Supertelefilem Bintang ... Read more The post FINAS pertimbang dana drama ..





Combat Archery diperkenal julung kali di Sabah, tarik penyertaan 12 pasukan - 4/11 8:30 pm

PETALING JAYA: Sukan Combat Archery mula mencuri perhatian di Sabah apabila diperkenalkan buat julung kalinya menerusi pertandingan anjuran Hardy Adventure Team sempena Karnival Belia Tuaran 2026. Penganjuran sulung itu menyaksikan sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik penyertaan 12 pasukan dari sekitar Tuaran, Kota Kinabalu dan Tamparuli, sekali gus membuka ruang kepada golongan belia meneroka sukan rekreasi ... Read more The post Combat Archery diperkenal julung kali di Sabah, tarik ..





Ibu bapa digesa pupuk budaya membaca, bendung ketagihan skrin - 4/11 8:04 pm

PETALING JAYA: Ibu bapa perlu membudayakan amalan membaca bersama anak-anak di rumah sebagai langkah mengelakkan generasi muda daripada terjebak dalam ketagihan penggunaan skrin. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, budaya membaca perlu diterapkan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian dan tidak hanya dianggap sebagai aktiviti mengisi masa lapang. Katanya, usaha itu penting bagi mengelakkan anak-anak ... Read more The post Ibu bapa digesa pupuk budaya membaca, bendung ..




Reformasi     >>



Anwar hormat hak Umno bantu Najib, tetapi bimbang .. - Harapandaily
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati hak Umno membantu Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan denda RM50 juta bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di rumah. Namun beliau berpandangan tindakan Umno itu memberi gambaran negatif terhadap pesalah ..
Kroni     >>



Trump elevates hardliner Stephen Miller as chief of .. - NST
WASHINGTON: US President Donald Trump named trusted aide Stephen Miller as his chief of staff on Friday, giving the architect of some of his toughest domestic policies one of the most powerful jobs in Washington after Republicans lost control of Congress.
Tabloid     >>



[VIDEO] Kami buat segalanya untuk bawa daddy balik .. - Kosmo
PETALING JAYA – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi kekecewaannya berhubung pelaksanaan tahanan di rumah ke atas bapanya yang ditangguhkan buat sementara waktu, seperti dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). Nooryana Najwa menerusi hantaran video pada ..
Tech     >>



Galaxy S27 Ultra and S27 Pro chipset rumors take .. - Gsmarena
According to a new rumor, Samsung's upcoming Galaxy S27 Pro and Galaxy S27 Ultra will stick to Snapdragon chipsets in South Korea, despite the Exynos 2700 reportedly outperforming Qualcomm's offering in internal tests. Tipster yeux1122 claims that Samsung's decision to use Snapdragon chipsets in ..
World     >>



Could Trumps veto stop the Democratic majority? - Aljazeera
Democrats have won the House and Senate. AJLabs looks at the numbers and what their majority means for Trump.
Motor Trend     >>



Buletin Proton S70 Rs 2027 Tampil Sporty – Enjin .. - Mekanika
# PROTON S70 RS 2027 TAMPIL SPORTY - ENJIN KEKAL I-GT 1.5 LITER TURBO, KABIN KEMASAN DUA TONA **PROTON memperkenalkan identiti baharu bagi sedan segmen C popularnya menerusi pengumuman nama rasmi 2027 PROTON S70 RS, yang bakal tampil dengan penampilan lebih sporty serta beberapa ..