| /// |
|
| Headlines : Sinar Harian Politik News | Page 1 |
|
PRN Melaka: Tuan Ibrahim dakwa PH gerun dengan penyatuan BN-PN - 30/10 7:51 am MELAKA - Pakatan Harapan (PH) sangat gerun dengan penyatuan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana kerjasama itu mampu memberikan kemenangan besar kepada gabungan itu."Rata-rata masyarakat kita sangat mengharapkan penyatuan ummah ini akan terus diperkasakan hingga kita mampu membentuk suasana baharu politik kita dengan penyatuan ini."Insya-ALLAH dengan .. |
|
CSA perkukuh kestabilan politik negara - Dr Zaliha - 30/10 7:28 am PUTRAJAYA - Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani dengan 13 Ahli Parlimen merupakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh kestabilan politik dan memastikan kesinambungan pentadbiran negara sehingga tamat penggal Parlimen.Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Madani(BBC), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, kesepakatan itui turut memberikan keyakinan bahawa agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan Belanjawan 2027 dan reformasi institusi dapat diteruskan .. |
|
'Tak umum seorang lagi calon bukan sebab pertikaian antara parti' - Ahmad .. - 30/10 12:17 am MELAKA - Perikatan Nasional (PN) belum mengumumkan seorang lagi calon daripada enam kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana masih terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dibuat.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, calon bagi kerusi terbabit akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon."Ada satu lagi kerusi yang kita tidak diumumkan kerana kita ini tidak ketandusan calon dan ada beberapa personaliti tentang calon ini yang perlu dibuat .. |
|
PRN Melaka: PH-Bersatu bertindih empat kerusi - 30/10 12:06 am MELAKA - Pengumuman lapan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis menyaksikan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu turut menjadi rebutan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Empat kerusi berkenaan ialah Klebang, Gadek, Ayer Keroh dan Pengkalan Batu.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu menyerahkan kepada rakyat Melaka untuk menentukan calon yang layak mewakili mereka di .. |
|
PRN Melaka: PN umum bertanding enam kerusi - 29/10 11:17 pm MELAKA - Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengumumkan akan bertanding di enam daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang akan berlangsung pada 14 November ini.Pengumuman calon itu dibuat oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Negeri Sembilan, di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, Bukit Katil di sini.Bagaimanapun beliau hanya mengumumkan lima calon sahaja dan seorang lagi akan diumumkan .. |
|
PRN Melaka: YB 'tembak babi' antara lapan calon Bersatu - 29/10 11:01 pm MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang lebih dikenali sebagai YB 'tembak babi', dinamakan sebagai salah seorang daripada lapan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pengumuman itu disempurnakan Naib Pengerusi Bersatu, Datuk Mohd Radzi Jidin pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi PRN Melaka di Klebang pada Khamis.Norhizam akan bertanding di kerusi .. |
|
Muda mahu reformasi institusi diperluas menerusi kerjasama CSA - 29/10 7:47 pm SHAH ALAM - Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa kerjasama rentas parti menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bersama Kerajaan Madani dimanfaaatkan untuk melaksanakan reformasi institusi penting negara.Muda memaklumkan reformasi yang memerlukan sokongan rentas parti itu ialah pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun serta pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.Menurut kenyataan parti itu pada Khamis, kedua-dua pembaharuan .. |
|
CSA perkukuh kestabilan politik, pacu reformasi institusi - 29/10 7:41 pm SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa ahli Parlimen pembangkang mampu memperkukuh kestabilan politik negara dan memacu reformasi reformasi institusi.Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perkembangan itu mencerminkan satu langkah positif ke arah kematangan demokrasi dan politik yang mengutamakan kepentingan negara mengatasi perbezaan kepartian."Saya menyambut baik pemeteraian .. |
|
Akad nikah Bella atau MoU, mana lebih mendebarkan? - Tengku Zafrul - 29/10 7:41 pm SHAH ALAM Mana lebih mendebarkan, melafazkan akad nikah bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah atau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Madani?Demikian soalan 'cepumas' diajukan Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, susulan pemeteraian MoU antara Kerajaan Madani dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta beberapa ahli Parlimen pembangkang lain pada .. |
|
CSA bukan perkara baharu dalam politik negara - Fuziah - 29/10 6:54 pm SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bukan perkara baharu dalam landskap politik negara berikutan Pakatan Harapan (PH) pernah melaksanakan kerjasama politik pada 2021.Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, PH menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama kerajaan ketika itu bagi memastikan kestabilan politik serta kelancaran pentadbiran negara.Menurut beliau, kerjasama politik seperti itu .. |
|
CSA dengan Bersatu, pembangkang pastikan pentadbiran negara berjalan .. - 29/10 6:22 pm SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa ahli Parlimen pembangkang menjadi landasan memperkukuh kestabilan politik serta memastikan urusan pentadbiran negara berjalan lancar.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian itu juga membuka ruang kepada pelaksanaan agenda pembangunan negara termasuk Belanjawan 2027 secara berkesan demi kepentingan rakyat."Dalam sebuah negara demokrasi, .. |
|
CSA bersama Bersatu, MP Bebas kukuhkan kedudukan Kerajaan Madani - 29/10 5:55 pm GEORGE TOWN - Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) antara Kerajaan Perpaduan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ahli Parlimen Bebas yang melibatkan 13 ahli Parlimen dijangka memperkukuh kestabilan politik negara sehingga penghujung penggal Parlimen ini.Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perjanjian itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pelaksanaan reformasi tanpa terganggu oleh percaturan politik yang .. |
|
PRN Melaka: MCA tambah kerusi, bertanding tiga kawasan - 29/10 5:11 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] MCA mengesahkan pertambahan satu kerusi menjadikan parti itu bertanding di tiga kawasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata,pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diputuskan selepas perbincangan akhir antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Menurutnya, kerusi tersebut merupakan kuota PN iaitu di kawasan Bandar Hilir, Melaka."Setelah memuktamadkan jumlah kerusi,akhirnya .. |
|
Empat tonggak utama jadi paksi Bersatu tandatangani CSA - 29/10 3:49 pm PUTRAJAYA - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) menegaskan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama kerajaan Persekutuan berpaksikan sepenuhnya kepada empat tonggak utama yang menjadi dasar pertimbangan parti.Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, ia melibatkan kepentingan negara, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik dan keutuhan kerajaan Persekutuan.Menurutnya, Bersatu telah meletakkan .. |
|
MIPP tarik diri PRN Melaka, rundingan dengan PN gagal - 29/10 2:31 pm SHAH ALAM - Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) susulan kegagalan rundingan dengan kepimpinan gabungan itu.Presiden MIPP, S P Punithan berkata, keputusan itu dibuat berlandaskan prinsip dan maruah perjuangan parti yang disifatkan lebih penting daripada mengejar kerusi yang tidak relevan."Kami tidak akan menggadaikan prinsip semata-mata demi kepentingan .. |
|
PRN Melaka: PN minta SPR ambil maklum kebenaran guna nama, lambang gabungan - 29/10 1:30 pm SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) memohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil maklum perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu bagi membolehkan calon daripada gabungan itu bertanding menggunakan nama dan lambang PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya turut meminta SPR memberikan kesan terhadap perintah tersebut dalam pengendalian PRN Melaka selain memaklumkannya kepada Pengarah Pilihan .. |
|
Bersatu meterai CSA dengan kerajaan Madani petang ini - 29/10 1:28 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement-CSA) dengan kerajaan Madani, petang ini.Perkara itu disahkan oleh salah seorang pemimpin parti itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Bagaimanapun, butiran mengenai majlis menandatangani, terma perjanjian serta penyertaan ahli Parlimen terlibat belum dapat diperoleh dan satu sidang media dijangka diadakan berhubung perkara tersebut.Sebuah portal .. |
|
PRN Melaka: BN pastikan ada wakil semua kaum - Ahmad Zahid - 29/10 12:57 am MELAKA Keputusan MCA untuk bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi peluang kepada parti itu mewakili masyarakat setempat, sekali gus memastikan BN mewakili pelbagai kaum.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai selepas MCA mengadakan mesyuarat kepimpinan tertinggi parti berkenaan.Menurutnya, BN mahu memastikan semua kaum dan golongan masyarakat di Melaka mempunyai ruang untuk diwakili pada peringkat .. |
|
PRN Melaka: Tiada rasa sakit hati, kesal - Penyandang kerusi DUN Rembia - 29/10 9:13 am ALOR GAJAH - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis akur dengan apa jua keputusan kepimpinan Pas berhubung pencalonannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk sekiranya tidak dicalonkan.Dalam masa sama, beliau tidak kecewa atau terkilan meskipun Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan calon baharu bagi kerusi DUN Rembia yang dimenanginya pada pilihan raya lalu.Jailani juga menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Presiden Pas, Tan Sri .. |
|
PRN Melaka: Agihan kerusi BN selesai, penyertaan MCA akan diperhalusi - Ab .. - 29/10 12:04 am KUALA LUMPUR - Isu agihan kerusi dalam Barisan Nasional (BN) yang melibatkan ketidakpuasan hati parti komponennya, MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah selesai.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rundingan berkaitan perkara itu telah mencapai persetujuan, malah penyertaan MCA sebagai parti yang mewakili masyarakat Cina dalam BN akan diperhalusi dan ditambah baik."MCA terima seadanya dan pastinya penyertaan MCA mewakili kaum Cina juga diperhalusi untuk .. |
|
PH kekal 21 kerusi setakat ini, sebarang perubahan diputuskan pimpinan .. - 28/10 11:38 pm KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) setakat ini kekal bertanding di 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan pimpinan gabungan itu.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, PH akan memberikan tumpuan kepada kerusi yang telah diumumkan."Kita telah umumkan 21 kerusi. Sekiranya ada apa-apa perubahan, kita serah kepada pimpinan untuk umumkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Deepavali Parlimen Lembah Pantai di .. |
|
PRN Melaka: UMNO setuju bekerjasama dengan PN, bakal lancar manifesto BN-PN - 28/10 11:03 pm SHAH ALAM UMNO mengesahkan kerjasama politik dengan Pas dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 termasuk melancarkan manifesto pilihan raya bersama antara Barisan Nasional (BN) dan PN.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada Rabu.Justeru, beliau berkata, UMNO mengarahkan seluruh jentera dan penyokong parti supaya memberikan sokongan .. |
|
PRN Melaka: MCA akur bertanding dua kerusi - 28/10 7:01 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] MCA akur bertanding di dua kerusi yang diperuntukkan Barisan Nasional (BN) kepada parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Presiden MCA bersama Jawatankuasa Pusat parti pada Rabu susulan rundingan dengan rakan komponen BN.Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut memberikan maklum balas positif berhubung isu yang .. |
|
ADUN Batu Lintang, See Chee How mohon sertai SUPP - 28/10 6:01 pm KUCHING - Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How memutuskan untuk menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).Dalam kenyataan hari ini, Chee How berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kepimpinan politik Sarawak telah mengorak hala tuju politik berteraskan negeri yang tersendiri."Yang menarik perhatian saya ialah penekanan GPS terhadap hak perlembagaan, kepentingan dan .. |
|
'Mohon jasa baik semua, hentikan sumbangan ke akaun saya' - Akmal Saleh - 28/10 4:59 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sekali lagi memohon orang ramai menghentikan sumbangan wang ke akaun bank peribadinya bagi membolehkannya menyelesaikan urusan pengagihan sumbangan.Beliau berkata, ia berikutan sehingga kini masih ada individu yang menyalurkan sumbangan berkenaan kepadanya."Sehingga hari ini, saya sangat bersyukur kerana masih ada insan berhati mulia yang menyalurkan sumbangan ke akaun saya, walaupun sebelum ini saya telah memaklumkan bahawa saya mohon .. |
|
PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi - Abang Johari - 28/10 4:44 pm KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13.Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama dengan presiden parti-parti komponen gabungan itu hari ini."Tarikh (PRN Sarawak) belum kita ketahui kerana akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi di pihak GPS, kita sudah bersedia," katanya kepada pemberita selepas .. |
|
'Kita geng biru. Semuanya baik-baik sahaja' - Ahmad Zahid - 28/10 4:14 pm SHAH ALAM - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan rundingan antara pihaknya dengan MCA berhubung agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 berakhir positif.Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Ahmad Zahid kelihatan mesra berjabat tangan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di bangunan Parlimen sambil disaksikan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menandakan kedua-dua pihak mencapai kesepakatan dalam mendepani .. |
|
Bersatu perlu beri penjelasan guna logo PN pada PRN Melaka - Ahmad Samsuri - 28/10 2:15 pm KUALA TERENGGANU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memberikan penjelasan berhubung hasrat menggunakanlogo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi,kata Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, Pengerusi PN merupakan individu yang didaftarkandengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai penandatangan bagi penggunaan logo gabungan itu."Jadi macam mana Bersatu nak bertanding menggunakan .. |
|
'Minta Bersatu tinggalkan PN, kenyataan Timbalan Presiden Pas tak kena .. - 28/10 12:52 am SHAH ALAM - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak kena pada caranya.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, ia kerana pemimpin dalam kalangan Pas sendiri yang melanggar Perlembagaan PN, menindas, tidak amanah, melakukan perbuatan khianat, gagal berlaku adil, malah bertindak zalim terhadap rakan gabungan.Menurut beliau, apa jua tindakan salah .. |
|
Mengapa Rafizi agresif isu mafia korporat tetapi tidak lantang terhadap .. - 28/10 1:00 am KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli sepatutnya mempersoalkan dirinya kenapa beliau begitu agresif terhadap isu mafia korporat yang mana langkah telah dibuat oleh kerajaan untuk melakukan siasatan.Peguambela dan peguamcara, Dr. Zulqarnain Lukman berkata, tindakan itu berbeza dengan cara Pengasas Parti Bersama itu yang langsung mengambil sikap tidak agresif terhadap Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kes."Apa yang kita nampak cara Rafizi menangani isu Nik Nazmi ini ada double standard berbanding dengan .. |
|
Agihan kerusi BN-MCA: Rundingan baik, bagus dan positif - Ab Rauf - 27/10 11:24 pm MASJID TANAH Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan rundingan dengan MCA berhubung pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai positif walaupun Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berpandangan berbeza.Ab Rauf berkata, perbincangan itu berjaya meleraikan kebuntuan yang sebelum ini menimbulkan tanda tanya antara kedua-dua parti.Menurutnya, hasil rundingan itu akan dimaklumkan sendiri oleh MCA pada masa yang sesuai."Baik, bagus. Kita dapat .. |
|
PRN Melaka: PH fokus pertahan kerusi, sasar rampas kawasan berpotensi - .. - 27/10 10:30 pm KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) meletakkan matlamat mempertahankan kerusi penyandang sedia ada sebagai asas, di samping menyasarkan peluang untuk merampas beberapa kerusi berpotensi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menurut Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH petang tadi bagi memperincikan persediaan jentera gabungan itu."Kita (PH) lihat garis asas kita adalah .. |
|
'Terlalu awal kata keputusan hasil pertemuan BN-MCA positif' - Ka Siong - 27/10 7:34 pm SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berpandangan terlalu awal untuk menganggap rundingan antara Barisan Nasional (BN) dan parti itu berhubung pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mencapai perkembangan positif.Beliau berkata, kedua-dua pihak masih perlu meneruskan perbincangan bagi mencari titik penyelesaian berhubung ketidakpuasan hati MCA terhadap pengagihan kerusi pada pilihan raya berkenaan.Ka Siong turut berharap penyelesaian dapat dicapai dalam tempoh satu .. |
|
Pas Shah Alam gesa kerajaan telus isu aplikasi TuJu - 27/10 6:58 pm SHAH ALAM Kerajaan digesa mendedahkan secara terbuka kos pembangunan, proses pemilihan syarikat pemaju dan tahap keselamatan data aplikasi navigasi tempatan, TuJu susulan kontroversi penggunaannya.Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Mohamed Sukri Omar berkata, pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kelemahan aplikasi itu belum menjawab persoalan lebih besar berkaitan tadbir urus dan kepentingan awam.Menurutnya, beberapa perkara masih memerlukan penjelasan kerajaan .. |
|
MCA bantah agihan kerusi BN Melaka, mahu rundingan semula - 27/10 5:20 pm KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Melaka perlu mengadakan semula rundingan agihan kerusi susulan bantahan MCA terhadap keputusan yang diumumkan tanpa persetujuan parti komponen itu.Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low berkata, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh perlu memberi penjelasan berhubung pengumuman berkenaan, sedangkan MCA sudah menyatakan bantahan secara jelas melalui surat rasmi.Menurutnya, Ab Rauf tetap mengumumkan senarai calon secara sepihak, selain mendakwa .. |
|
Lebih 50 peserta gabungan NGO tuntut Nik Nazmi undur, Rafizi henti .. - 27/10 5:00 pm KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 50 peserta dari pelbagai NGO hari ini berhimpun bagi menyerahkan memorandum yang menuntut bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad agar melepaskan semua jawatan politik dan bersara sepenuhnya, susulan terlibat dalam tangkapan khalwat baru-baru ini.Pada masa yang sama, himpunan NGO itu turut menuntut agar pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berhenti mengelirukan rakyat dengan sering membuat dakwaan dan tuduhan berat tanpa bukti yang kukuh, .. |
|
Kerjasama MCA-Pas mampu pulihkan keseimbangan politik - Zaid Ibrahim - 27/10 3:47 pm SHAH ALAM Kerjasama antara MCA dengan Pas dilihat mampu mengembalikan keseimbangan politik negara seperti yang pernah wujud menerusi Parti Perikatan pada era 1960-an.Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, MCA perlu melihat perkembangan politik negara secara lebih strategik, khususnya ketika masyarakat Melayu menunjukkan kecenderungan semakin kuat terhadap Pas.Menurut Zaid yang juga ahli Pas, sekiranya masyarakat Melayu semakin cenderung untuk bersikap tertutup dan hanya .. |
|
Ada hati lagi ke Bersatu dengan PN - Ahmad Samsuri jadi tajuk baharu - 27/10 3:25 pm SINAR HARIAN telah kemaskini video yang disiarkan semalam dengan tajuk Ada hati lagi ke Bersatu dengan PN - Ahmad Samsuri untuk paparan pembaca.Penyiaran tajuk pada video sebelum ini tidak menunjukkan kandungan yang sebenar. |
|
Penolakan calon: BN selesai secara dalaman, tiada pertukaran calon - 27/10 3:22 pm MELAKA - Isu penolakan calon di beberapa DUN termasuk Durian Tunggal dan Pantai Kundor akan diselesaikan secara dalaman dan tidak ke arah pertukaran calon.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan merupakan perkara biasa yang turut berlaku kepada parti lain setiap kali pilihan raya diadakan.Menurutnya, BN akan mengambil langkah sewajarnya bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap permasalahan yang timbul."Kita akan lakukan langkah-langkah penyelesaian secara .. |
|
PRN Melaka: Pertemuan positif, MCA tak tarik diri - Ahmad Zahid - 27/10 2:48 pm MELAKA Barisan Nasional (BN) menegaskan tiada isu berhubung kemungkinan MCA menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya pertemuan antara pimpinan parti itu berlangsung secara positif.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertemuan membabitkan Presiden MCA, Setiausaha Agung BN dan Ketua Menteri Melaka itu memperlihatkan perkembangan yang positif.Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |