| /// |
|
| Headlines : Sinar Harian Berita News | Page 1 |
|
Serangan siber: Negara perlu pendekatan proaktif - Anwar - 7/11 12:12 am KUALA LUMPUR - Kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan siber negara dengan memberi tumpuan kepada keupayaan menjangka dan mencegah serangan, susulan ancaman siber yang semakin kompleks serta canggih.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan proaktif perlu diutamakan berbanding tindakan reaktif, bagi memastikan negara bersedia menghadapi ancaman yang boleh menyasarkan pelbagai sektor, termasuk perbankan dan institusi penting."Kita mesti bina kekuatan untuk menjangka .. |
|
UMNO gesa AGC beri penjelasan asas undang-undang penangguhan pelaksanaan .. - 7/11 12:09 am SHAH ALAM UMNO menghormati kedudukan Peguam Negara sebagai penasihat undang- undang utama kerajaan dan menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) memberikan penjelasan segera berhubung asas perundangan bagi penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, prinsip yang perlu dipegang adalah jelas iaitu kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijunjung.Menurutnya, titah pengampunan bersyarat serta perintah .. |
|
'Sepatutnya hari ini menggembirakan kami sekeluarga' - Anak Najib luah .. - 6/11 11:44 pm SHAH ALAM Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap keputusan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah bapanya.Nooryana berkata, hari tersebut sepatutnya menjadi detik yang menggembirakan buat seluruh keluarga kerana mereka telah bersedia untuk menyambut kepulangan Najib ke rumah.Menurutnya, beliau bersama ahli keluarga lain berusaha sejak pagi untuk menghubungi pelbagai pihak bagi memastikan semua urusan berkaitan .. |
|
Kerjasama syarikat perladangan, pekebun kecil sawit dibangkitkan di .. - 6/11 11:21 pm KUALA LUMPUR - Kerjasama antara syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit bagi meningkatkan hasil dan pendapatan kedua-dua pihak akan dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, cadangan khusus perlu dirangka bagi membolehkan syarikat perladangan membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan mutu hasil, sekali gus memperoleh pulangan lebih baik."Sektor perladangan memberi sumbangan besar kepada ekonomi .. |
|
Final Piala FA: Stadium Sultan Ibrahim miliki kualiti terbaik - 6/11 11:14 pm KUALITI kemudahan dan prasarana Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjadi antara kelebihan utama yang meletakkan stadium itu sebagai pilihan sesuai untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala FA 2026/2027 pada 16 Januari tahun depan.Pemerhati bola sepak tempatan, Profesor Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, pemilihan gelanggang milik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak perlu dipertikaikan hanya kerana ia merupakan stadium pasukan dari negeri berkenaan.Sebaliknya jelasnya, keupayaan venue memenuhi .. |
|
Polis siasat video tular dakwa anggota terlibat rasuah - 6/11 10:27 pm GEORGE TOWN Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung video tular yang mendakwa berlaku salah laku rasuah membabitkan anggota polis ketika menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang di Puncak Erskine, Jalan Fettes, Tanjung Tokong, di sini.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya mengesan video berkenaan yang tular di media sosial pada 6 November dan menarik perhatian masyarakat.Menurutnya, satu laporan polis turut diterima .. |
|
Kementerian Digital selaras lima agensi bangunkan AI tempatan - 6/11 10:24 pm SHAH ALAM Lima agensi di bawah Kementerian Digital diberi peranan khusus dalam pembangunan ekosistem kecerdasan buatan (AI) negara, merangkumi pendigitalan sektor awam, latihan kemahiran rakyat dan pengkomersialan teknologi tempatan.Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, penyelarasan itu dilaksanakan menerusi Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) dan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 20262030, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI serta Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).Menurut .. |
|
Luka diabetes berbeza luka biasa, rawatan awal elak amputasi - 6/11 10:16 pm SHAH ALAM - Luka kecil pada kaki mungkin kelihatan tidak membimbangkan, namun bagi pesakit diabetes, keadaan itu boleh menjadi serius sekiranya tidak dikesan dan dirawat lebih awal.Pengarah Klinik Keluarga Dan Surgeri 24 Jam, Dr Raymond Rony Pav berkata, antara tanda yang perlu diberi perhatian termasuk luka, lepuh, bengkak, perubahan warna kulit, keluar cecair atau nanah dan peningkatan suhu pada bahagian kaki.Menurutnya, pengurusan luka kaki diabetes memerlukan pemeriksaan menyeluruh kerana .. |
|
Rumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai penjara - 6/11 9:57 pm KUALA LUMPUR - Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.Perisytiharan tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 [Akta 537].Dokumen rasmi itu termaktub dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh hari ini, yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan .. |
|
Tangguh pengampunan diraja, AGC tiada kuasa dan boleh dianggap penghinaan .. - 6/11 9:50 pm SHAH ALAM Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan pelaksanaan prerogatif pengampunan diraja yang diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tindakan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa sebagai suatu penghinaan, malah berpotensi dianggap sebagai penderhakaan.Tetuan Shafee & Co yang mewakili Najib berkata, tiada sebarang peruntukan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan .. |
|
PRN Melaka: Serangan bertubi-tubi gagal gugat semangat calon MCA - Ka Siong - 6/11 9:39 pm MELAKA Walaupun berdepan serangan bertubi-tubi sepanjang tempoh berkempen, empat calon MCA yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat mampu menyerap tekanan dan terus meyakinkan pengundi.Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi kesemua calon, khususnya dua penyandang yang mempunyai pengalaman serta rekod perkhidmatan yang baik di kawasan masing-masing."Mereka berdepan cabaran yang sangat sengit, namun nampaknya mampu bertahan, .. |
|
Tangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf Wajdi - 6/11 9:30 pm KUALA LUMPUR Tindakan menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa sebagai satu bentuk penderhakaan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan serta syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengampunan telah dipenuhi, termasuk pembayaran denda yang dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.Menurutnya, titah serta kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42(1) .. |
|
Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat - 6/11 9:20 pm SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii membidas penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Razlan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook mendakwa tindakan berkenaan hanyalah satu muslihat."Muslihat demi muslihat yang digunakan untuk mencari penderhakaan."Inilah negara koboi," tulisnya pada Jumaat.Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi kenyataan media Bahagian Hal Ehwal .. |
|
PRN Melaka: Kenyataan PM pilih calon punyai talian terus bercanggah dengan .. - 6/11 9:00 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta rakyat memilih calon mempunyai 'talian terus' ke Pejabat Perdana Menteri pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) Melaka.Syahir berkata, kenyataan itu amat mengejutkan memandangkan Anwar dikenali sebagai seorang pemimpin yang selama ini lantang memperjuangkan reformasi institusi, menentang amalan kronisme dan nepotisme dalam politik."Malah, kenyataan ini bercanggah .. |
|
Pesara polis, isteri maut kemalangan - 6/11 8:54 pm SUNGAI PETANI Kegembiraan pasangan suami isteri meluangkan masa bersama bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat.Difahamkan, skuter Yamaha XMAX yang dinaiki pesara polis, Sarjan (B) Suhaimi Saidin, 64, dan isterinya, Normah Hashim, 60, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal serta sebuah kereta di lokasi kejadian.Anak bongsu pasangan itu, Mohd Fikri Suhaimi, 26, tidak menyangka kehilangan kedua-dua insan tersayang dalam sekelip .. |
|
PRN Melaka: Tiada kerjasama rasmi PH-Bersatu - Muhyiddin - 6/11 8:43 pm MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada ahlinya untuk mengundi calon parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun terbuka menerima sokongan daripada Pakatan Harapan (PH).Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mengalu-alukan sokongan mana-mana pihak yang bersedia membantu calon Bersatu memenangi kerusi yang ditandingi.Bagaimanapun katanya, tiada arahan khusus dikeluarkan namun percaya ahli parti memahami tindakan .. |
|
Fahmi persoal nasib kes ADUN PKR, dakwa layanan berbeza - 6/11 8:30 pm GEORGE TOWN "Apa nasib kes baru-baru ini yang melibatkan ADUN Keadilan ya?"Itu persoalan dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol yang mempersoalkan layanan berbeza diberikan terhadap seorang ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa terlibat dengan kes keganasan rumahtangga baru-baru ini.Pertikaian itu dibuat di Facebooknya susulan tindakan yang dikenakan terhadapnya iaitu digugurkan semua jawatan yang disandangnya dalam parti.Bekas Exco Agroteknologi, .. |
|
SK Sungai Lang julang Piala Sumbangsih - 6/11 8:13 pm SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sungai Lang melaungkan amaran awal sebagai antara pencabar kejuaraan Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor edisi 2026 selepas menjuarai aksi pembuka tirai, Piala Sumbangsih.Skuad kendalian Azman Muhammad Kusnan itu memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan SK Serdang 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya pada Jumaat.Gol tunggal kemenangan SK Sungai Lang dijaringkan Qhasyaf Aduka Faizul Izham pada minit .. |
|
SPRM cari Lean Seng - 6/11 8:10 pm PUTRAJAYA - Seorang lelaki tempatan sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu itu ialah Toh Lean Seng, 53."Lean Seng telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesan telah dibuat di alamat terakhir di 15-1 231, TR Service Apartment, 231 Jalan Tun Razak, 50490 Kuala .. |
|
Saman Rita Rudaini: Saksi akui tiada dokumen sokongan memo kepada MUAFAKAT .. - 6/11 8:02 pm KUALA LUMPUR Saksi pertama pihak defendan dalam kes saman fitnah melibatkan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor dan timbalannya, Dr. Saidah Haris @ Harith terhadap pelakon Rita Rudaini Mokhtar, bersetuju bahawa tiada dokumen sokongan dikemukakan bersama memo aduan berkaitan dakwaan kepincangan pengurusan persatuan itu.Persetujuan itu diberikan oleh saksi, Azura Mat Nor, ketika disoal balas pada hari keenam perbicaraan kes berkenaan yang menyaksikan pihak .. |
|
KDN digesa perjelas peraturan pelaksanaan tahanan rumah Muhyiddin - 6/11 7:53 pm MELAKA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengeluarkan kenyataan jelas dan tegas berlandaskan undang-undang berhubung pelaksanaan tahanan rumah bagi memastikan rakyat memahami mekanisme serta peraturan yang terpakai.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini masih terdapat kekeliruan mengenai maksud sebenar tahanan rumah, termasuk bentuk sekatan yang dikenakan terhadap individu yang menjalani hukuman berkenaan.Menurutnya, kerajaan .. |
|
Kanak-kanak maut terjatuh ke dalam sungai ketika memancing - 6/11 7:37 pm SHAH ALAM Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti memancing di Desa Subang Perantau 2, Subang Perdana pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.28 petang."Seramai 11 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong, bantuan BBP serta BBP Shah Alam .. |
|
PN tuntut penjelasan kerajaan kelewatan laksana tahanan rumah Najib - 6/11 7:29 pm HANG TUAH JAYA Kerajaan dituntut memberikan penjelasan berhubung kelewatan pelaksanaan perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan hukuman berkenaan sewajarnya dilakukan segera sekiranya terdapat peruntukan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.Beliau yang pernah berkhidmat sebagai majistret berkata, pembayaran denda yang dikenakan .. |
|
Manifesto BN-PN tawar air percuma 20 meter padu, tiada kenaikan cukai .. - 6/11 7:11 pm MELAKA - Tiada kenaikan kadar cukai tanah bagi tempoh lima tahun serta bekalan air percuma bagi penggunaan domestik 20 meter padu sebulan antara tawaran utama manifesto Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Melaka.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, manifesto yang berpaksikan enam teras utama itu menggariskan 113 inisiatif dengan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, perumahan, pendidikan, pembangunan ekonomi serta masa depan anak .. |
|
Rokok seludup: Wawasanex gesa tindakan sampai ke akar umbi - 6/11 6:38 pm KUALA LUMPUR Walaupun Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok seludup bernilai RM476.3 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, produk haram itu masih menguasai 56 peratus pasaran rokok negara.Situasi itu menunjukkan usaha membanteras penyeludupan rokok memerlukan pendekatan lebih menyeluruh, termasuk memutuskan rantaian bekalan, memperketat kawalan penjualan serta meningkatkan pematuhan premis perniagaan.Justerru, syarikat pemula dasar awam, Wawasanex menggesa pendekatan .. |
|
Terbuka Korea: Wei Chong- Kai Wun ke separuh akhir, bakal berdepan pilihan .. - 6/11 6:32 pm BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menundukkan pasangan Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa, di Yeosu hari iniPasangan pilihan ketiga itu, yang merangkul juara Terbuka Perancis bulan lepas, hanya mengambil masa 36 minit untuk menewaskan gandingan ke-49 dunia dari Jepun tersebut, 21-14, 26-24, dalam aksi suku akhir di Stadium Jinnam.Walaupun diberi tentangan sengit di set kedua, Wei Chong-Kai Wun kekal tenang sebelum .. |
|
AGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib - 6/11 6:16 pm PUTRAJAYA Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Menurut kenyataan .. |
|
Pelajar jadi 'zombie' dalam kelas: Dua remaja pembekal vape campur dadah .. - 6/11 5:42 pm KUALA LUMPUR Dua remaja ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan membekalkan vape mengandungi campuran dadah kepada seorang pelajar di Negeri Sembilan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek yang ditahan baru-baru ini terdiri daripada rakan sekolah mangsa berusia 17 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun."Kita kini sedang mengesan seorang lagi individu yang dipercayai menjadi dalang utama dalam membekalkan .. |
|
12 polisi insurans berkaitan bencana Nepal selesai - PIAM - 6/11 5:30 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 polisi insurans yang membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon berkata, lebih 50 polisi insurans telah dikenal pasti berhubung kejadian itu, dengan syarikat anggotanya terus memproses tuntutan dan memberi bantuan kepada waris-waris mangsa."Kami menjangkakan lebih banyak tuntutan ini akan .. |
|
Kongsi Gelap 08 kuasai pengedaran dadah di Flat San Peng, tiga sindiket .. - 6/11 5:27 pm KUALA LUMPUR Kegiatan kumpulan gangsterism dan Kongsi Gelap 08 yang dipercayai menguasai rangkaian pengedaran dadah di sekitar Flat San Peng di sini terbongkar apabila tiga sindiket utama berjaya ditumpaskan menerusi Ops Khas San Peng pada Rabu hingga Jumaat.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 143 individu ditahan hasil 91 serbuan yang dilaksanakan sepanjang operasi tiga hari itu."Operasi berkenaan dilaksanakan hasil risikan dan .. |
|
Pengguna boleh rayu pembayaran ihsan petrol jika tidak mencukupi - 6/11 5:24 pm KUALA LUMPUR Pengguna yang tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran ihsan ditawarkan syarikat minyak susulan isu petrol bercampur air sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan boleh mengemukakan rayuan untuk pertimbangan semula.Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, pengguna perlu mengemukakan bukti serta dokumen sokongan termasuk resit atau invois pembaikan bagi membolehkan syarikat berkaitan menilai semula jumlah .. |
|
Bapa lakukan sumbang mahram dengan anak usia 13 tahun hingga lahirkan anak .. - 6/11 5:11 pm KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan anak kandung perempuannya sehingga melahirkan anak, enam tahun lepas.Hakim Mohd Kafli Che Ali memerintahkan tempoh hukuman lelaki berusia 52 tahun itu bermula hari ini selain perlu menjalani kaunseling serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap mangsa berusia .. |
|
Al-Quran Al-Mubayyin perkaya panduan bacaan - 6/11 5:06 pm SHAH ALAM Usaha memahami kandungan al-Quran kini dipermudah menerusi penerbitan Al-Mubayyin yang menggabungkan terjemahan tematik, keterangan kalimah dan panduan bacaan dalam satu mushaf.Mushaf bersaiz A5 terbitan terbaharu Karya Bestari itu menggabungkan elemen bacaan, pemahaman dan penghayatan menerusi terjemahan tematik yang disusun mengikut subtopik.Eksekutif Pemasaran al-Quran tersebut, Muhamad Asyraf Jalaluddin berkata, penerbitan al-quran ini dihasilkan bagi memudahkan pembaca memahami .. |
|
Tony Pua gesa BNM, SPRM audit kutipan untuk bayar denda Najib - 6/11 5:00 pm SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya mengaudit sumbangan yang dikutip bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta.Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, langkah itu penting untuk memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil pengubahan wang haram."UMNO mendakwa berjaya mengumpul RM50 juta bagi membawa pulang individu paling korup di Malaysia, Najib .. |
|
Ribut petir, hujan lebat diramal landa 10 negeri - 6/11 5:00 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri selain Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada 3.40 petang memaklumkan keadaan cuaca itu diramal melibatkan seluruh Perlis, Selangor dan Melaka, manakala di Kedah hanya membabitkan Langkawi.Tinjauan Bernama mendapati hujan lebat mula melanda ibu kota manakala renyai di Putrajaya selain beberapa kawasan di Selangor.Di Perak, .. |
|
Anthony Loke adakan sidang media susulan perkembangan kes Najib - 6/11 4:57 pm SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dijangka mengadakan sidang media pada jam 5 petang Jumaat di pejabatnya di Putrajaya.Sidang media itu dipercayai bagi memberikan penjelasan berhubung pendiriannya untuk meletakkan jawatan susulan perkembangan terbaharu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibenarkan menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.Anthony sebelum ini menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas .. |
|
Dalang sindiket antarabangsa rekrut rakyat Malaysia sebagai keldai dadah .. - 6/11 4:49 pm KUALA LUMPUR Dalang sindiket antarabangsa yang merekrut rakyat Malaysia sebagai keldai dadah untuk menyeludup dadah ke Indonesia, Hong Kong dan Jepun berjaya ditahan menerusi Op Eristalinus.Suspek warga Hong Kong dipercayai bertindak sebagai pembekal utama dadah diberkas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 5 November lalu dengan kerjasama Polis Republik Indonesia (POLRI).Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu hasil siasatan terhadap 10 .. |
|
Kemenangan Demokrat buka peluang Malaysia lebih lantang pertahan .. - 6/11 4:23 pm SHAH ALAM - Kejayaan Parti Demokrat menguasai Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya pertengahan penggal negara itu membuka peluang kepada Malaysia untuk lebih lantang mempertahankan kepentingan ekonomi, keselamatan dan diplomatik negara termasuk dalam isu Palestin.Pakar geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, kemenangan parti berkenaan akan mengurangkan kuasa Presiden AS, Donald Trump terutama dalam membuat dasar khususnyaperundangan."Bagi Malaysia, perubahan .. |
|
Hujan berterusan dijangka landa Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga 11 .. - 6/11 4:19 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan tahap waspada melanda Kelantan dan Terengganu bermula Ahad ini hingga 11 November.Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kawasan terlibat di Kelantan ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.Di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.Beliau berkata, hujan berterusan .. |
|
Anwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah .. - 6/11 4:04 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membayar denda RM50 juta bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak, sambil menegaskan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh dipandang ringan atas dasar persahabatan.Anwar berkata, hubungan baik dan semangat persahabatan dengan bekas perdana menteri itu tidak seharusnya menimbulkan persespi dalam kalangan rakyat bahawa kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan nilai berbilion .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |