///
See Also: Shopee Pay Promo

Headlines : Sinar Harian Semasa News   Page 1    



Dakwaan rasuah RM350,000: Ahli perniagaan lapor polis desak pegawai kanan .. - 29/10 10:54 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 digesa agar direhatkan sementara daripada tugas rasmi bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan ketika siasatan dijalankan.Ahli perniagaan dikenali Affendy berkata, langkah berkenaan perlu dipertimbangkan bagi memastikan proses siasatan berlangsung secara bebas dan telus tanpa menimbulkan keraguan masyarakat terhadap integriti institusi ..





Lelaki maut selepas kereta dihanyutkan arus banjir - 29/10 10:36 pm

REMBAU Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa dihanyutkan arus banjir ketika melalui jalan di Kampung Kundur Hulu di sini, pada Khamis.Mayat warga emas berusia 74 tahun berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sembilan, pihaknya menerima panggilan kecemasan ..





MyEG dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan RM353.13 juta, saman .. - 29/10 9:02 pm

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, MyEG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia Zetrix AI memaklumkan taksiran tersebut adalah berkaitan dengan penentuan harga pindahan berjumlah RM333.10 juta dan faedah yang dianggap terakru berjumlah RM20.02 juta bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023, termasuk penalti."Surat yang sama turut memaklumkan MyEG ..





Konon bayar jamin, lelaki rugi RM10,000 diperdaya 'pegawai polis' - 29/10 8:22 pm

BAGAN DATUK - Seorang lelaki mengalami kerugian RM10,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pegawai polis yang mendakwa dua rakannya memerlukan wang jaminan.Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, mangsa berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.Menurutnya, suspek mendakwa dua rakan mangsa yang ..





Ibu, ayah dan adik maut ditetak: 'Saya akan terbayang tragedi itu jika .. - 29/10 8:07 pm

SHAH ALAM - Hampir 10 tahun selepas terselamat daripada tragedi pembunuhan kejam yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya, Noor Haslinda Diyana Hassan, 36, memilih untuk meneruskan kehidupan dengan berbakti kepada orang lain sebagai jururawat anestesia.Menurut wanita berasal dari Melaka itu, pengalaman pahit yang dilaluinya bukan alasan untuk terus terperangkap dalam kesedihan, sebaliknya menjadi titik tolak untuk membina kekuatan diri dan meneruskan kehidupan dengan penuh makna.Noor Haslinda ..





Operasi gempur koloni, penempatan warga asing tidak akan berhenti - JIM - 29/10 7:21 pm

PUTRAJAYA -Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki melanggar undang-undanghingga membentuk koloni termasuklah di premis perniagaan dan kawasan penempatan.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaabanberkata, peningkatan jumlah tangkapan warga asing menunjukkan tindakan penguatkuasaan terus dilaksanakan secara berterusan.Menurutnya, operasi bukan sahaja tertumpu kepada kawasan penempatan warga asing, malah turut ..





Sindiket penipuan beroperasi di kondominium, banglo digempur - 29/10 7:07 pm

PUTRAJAYA - Kondominium dan banglo dua tingkat yang disewa hingga RM25,000 sebulan dengan kawalan keselamatan menjadi markas warga asing untuk menjalankan aktiviti pusat panggilan penipuan dalam talian.Kegiatan itu dibongkar Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selama dua hari berturut-turut bermula Rabu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan digerakkan di ..





Individu bertopeng pecah masuk sekolah - 29/10 6:59 pm

SUNGAI SIPUT - Sebuah sekolah menengah di sini mengalami kerugian kira-kira RM9,000 apabila komputer riba dan wang tunai dilarikan selepas dipecah masuk pada Ahad.Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, kejadian di bilik kaunseling itu berlaku jam 1.10 pagi.Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati seorang individu tidak dikenali memakai topeng, topi dan sarung tangan berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku."Pihak sekolah menyedari ..





Nazir Hussin, abang terima notis pengisytiharan harta - 29/10 6:39 pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 kepadabekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin dan abangnya, Datuk Mubarak Hussain Akhtar Husin bagi tujuan pengisytiharan harta pada 20 Oktober lalu.Nazir hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menerima notis berkenaan, manakala abangnya menerima notis tersebut di kediamannya.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi ..





Komen melampau isu Rohingya: Polis Kelantan buka tiga kertas siasatan, .. - 29/10 6:32 pm

TUMPAT - Polis Kelantan membuka tiga kertas siasatan berhubung komen melampau di media sosial berkaitan isu Rohingya yang dikhuatiri boleh mencemarkan imej pasukan itu dan menjejaskan ketenteraman awam.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, susulan itu seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan, manakala dua lagi kes masih dalam proses siasatan.Menurut beliau, ketiga-tiga kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil ..





Ibu tunggal dijel 11 bulan, miliki wang RM347,800 diperoleh secara curang - 29/10 4:34 pm

SHAH ALAM - Seorang ibu tunggal dipenjara 11 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana memiliki wang RM347,800 yang diperoleh secara curang, sembilan tahun lalu.Rosnani Shaikh Mahmud, 56, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibacakan di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa serta-merta.Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa ada dalam milikannya wang berjumlah RM347,800 milik ..





Pemandu lori maut tercampak selepas kenderaan terbabas - 29/10 4:16 pm

PAPAR -Seorang pemandu lori maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandunya yang terbabas di Jalan Keningau-Kimanis di sinipada Khamis.Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasioleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.07 tengah hari.Menurutnya,seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi ..





Lelaki ditemui meninggal dunia dalam tandas sekolah - 29/10 3:37 pm

SERIAN Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas sebuah sekolah di Jalan Baki Lama, di sini, semalam.Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian kemudian tiba di lokasi pada jam 4.43 petang bagi menjalankan operasi menyelamat.Operasi ..





Kastam catat kutipan hasil RM70.15 bilion hingga September - 29/10 2:42 pm

AYER KEROH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM70.15 bilion sehingga 30 September lalu, melebihi sasaran RM62.09 bilion yang ditetapkan bagi tempoh tersebut.Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Amran Ahmad berkata, kutipan itu mencapai 112.98 peratus daripada sasaran, selain meningkat 23.06 peratus atau RM13.145 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu."Berdasarkan prestasi kutipan semasa yang memberangsangkan ini, JKDM yakin berada pada landasan yang kukuh ..





Kes bekas CEO FIC: 10 dokumen diserahkan kepada pembelaan - 29/10 2:21 pm

KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa 10 dokumen berkaitan kes perdaya bagi nilai harga pasaran 24 tanah telah diserahkan kepada pembelaan yang mewakili bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd, Mohd Zaid Abdul Jalil.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi memberitahu dokumen berkenaan telah diserahkan kepada pembelaan yang mewakili Mohd Zaid, 55."Kami mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk ..





Baling bom molotov, bakar rumah Rohingya: Empat lelaki tidak mengaku salah - 29/10 1:32 pm

JOHOR BAHRU - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan membakar rumah kediaman yang diduduki warga Rohingya di Kulai, dua minggu lalu.Tertuduh, Yap Eze Hong, 31; Amirul Eizlan Musrinan, 28; Muhammad Khairul Abd Bahrin, 27, dan Chan Jie Mig, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaini Che Wan Ibrahim.Mereka didakwa melakukan khianat dengan api membakar sebuah rumah di Lorong 5, Kulai Besar, Kulai ..





Warga emas maut dilanggar kereta, pemandu dipercayai larikan diri - 29/10 12:57 am

KLANG - Seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Batu 10, Jalan Kapar di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 70-an dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan datang dari arah Jeram menghala ke Klang."Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan ..





Pengarah syarikat katering didenda RM10,000 guna dokumen sewa palsu kuota .. - 29/10 12:54 am

KUALA LUMPUR Seorang pengarah syarikat katering didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, kerana menggunakan dokumen perjanjian penyewaan palsu bagi permohonan kuota pekerja asing di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Pengarah syarikat PSSB Holdings (M) Sdn Bhd, Chua Keng Hiang, 73, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Muhammad Ilmami Ahmad.Mahkamah memerintahkan lelaki warga ..





Shuhaily dikembalikan kepada PDRM - Saifuddin Nasution - 29/10 11:34 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah dikembalikan semula kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu dan memaklumkan keputusan tersebut telah dibuat minggu lalu. "Sudah, sudah. Kita buat keputusan untuk kembalikan beliau daripada peminjaman AKPS kepada polis," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ..





30 pemborong gas LPG berlesen di Selangor selesai diaudit - KPDN - 29/10 11:32 am

SHAH ALAM - Sebanyak 30 pemborong gas petroleum cecair (LPG) berlesen di Selangor selesai diaudit Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun ini sebagai langkah menangani kegiatan penyelewengan bahan api itu.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, pihaknya kini sedang mempergiat tindakan naziran dan audit di semua pemborong gas LPG berlesen."Di Selangor terdapat sebanyak 42 pemborong LPG berlesen dan setakat ini 30 pemborong sudah diaudit."Tindakan ini ..





Bukan lagi isu imigresen, penyeludupan PATI ancam keselamatan nasional - .. - 29/10 9:54 am

SHAH ALAM - Isu penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) bukan lagi sekadar isu imigresen, tetapi sudah berkembang menjadi ancaman keselamatan rentas sempadan.Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Noraini Zulkafli @ Zulkifli berkata, isu ini melibatkan sindiket jenayah terancang, pemalsuan dokumen, pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh.Menurutnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah ..





25 tan beras seludup dari Thailand bernilai RM550,000 dirampas, pemandu .. - 29/10 8:03 am

GUA MUSANG Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah lori dan merampas 25 tan metrik beras putih jenis Super Import yang disyaki diseludup dari Thailand menerusi Op Taring Wawasan di Paloh di sini pada malam Rabu.Rampasan jam 11 malam itu membabitkan nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM550,000.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, semasa melakukan pemantauan anggota bertugas telah mengesan sebuah lori di sekitar Kampung Pangkal Senor, Jalan ..





SPRM masih jalankan siasatan pelaburan KWAP dalam eFishery - MoF - 28/10 11:26 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan proses siasatan terhadap pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia eFishery.Menurutnya siasatan yang dijalankan belum menemukan sebarang unsur salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan berkaitan pelaburan KWAP dalam eFishery seperti yang dilaporkan media pada 13 Ogos 2026.Kementerian memaklumkan KWAP juga ..





Anggota polis dengar bunyi tangisan, bongkar penemuan bayi dalam tanah - 28/10 10:15 pm

KAPIT - Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport di sini semalam.Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, bayi yang baharu dilahirkan tu ditemukan anggota polis selepas terdengar tangisannya ketika menjalankan pencarian di lokasi berkenaan."Polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.30 petang semalam. Pada waktu itu, anggota terdengar tangisan bayi sebelum melakukan pencarian dan ..





Lelaki warga asing ditahan tumbuk polis bantuan, rosakkan peralatan kasino - 28/10 10:02 pm

BENTONG Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki menumbuk seorang anggota polis bantuan sehingga menyebabkan dua batang gigi mangsa patah serta merosakkan peralatan kasino di Sky Casino, Genting Highlands pada Selasa.Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintenden Azmi Mahmod, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi di tingkat tiga kasino berkenaan dan membabitkan suspek berusia 34 tahun.Menurutnya, anggota polis bantuan berusia 32 tahun yang bertugas di lokasi cuba ..





Guru besar dipenjara 20 tahun, 11 sebatan hasilkan pornografi dan lakukan .. - 28/10 9:23 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 11 sebatan terhadap seorang guru besar kerana menghasilkan bahan pornografi dan melakukan amang seksual secara fizikal terhadap seorang murid tahun enam, lima tahun lepas.Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Noorin Badaruddin, yang bersidang bersama-sama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, menolak rayuan Anuar Kintan terhadap sabitan menghasilkan bahan pornografi.Panel itu turut ..





AGC tubuh jawatankuasa khas siasat jenayah kewangan, libat 6 agensi .. - 28/10 8:54 pm

SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara (AGC) menubuhkan dan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara teratur, menyeluruh dan bersepadu.Menurut kenyataan AGC, mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada Rabu bagi menetapkan keanggotaan jawatankuasa, skop serta parameter siasatan."Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil daripada ..





Kediaman mewah jadi pusat penipuan pelaburan diserbu, 20 warga asing .. - 28/10 8:29 pm

KUALA LUMPUR - Sebuah kediaman mewah dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket penipuan pelaburan diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekitar Jalan San Peng, Pudu di sini pada Selasa.Serbuan menerusi Operasi Khas kira- kira jam 11.45 pagi itu membawa kepada penahanan 20 warga asing terdiri daripada 10 lelaki warga Taiwan, China dan India serta enam lelaki dan empat wanita warga Thailand dan India, berusia antara 23 hingga 43 tahun.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, ..





Tiga lelaki ditahan, 376.2kg sisik tenggiling bernilai lebih RM376,000 .. - 28/10 7:29 pm

KUALA LUMPUR Tiga lelaki tempatan ditahan manakala 376.2 kilogram (kg) sisik tenggiling bernilai RM376,200 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Negeri Sembilan pada Selasa.Serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dijalankan oleh pasukan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Komander WCB/PSK, Datuk Mohd Zaki Ashar, ..





18 perusahaan disyaki terlibat kartel tipuan bida libat nilai RM108.3 juta .. - 28/10 7:14 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan keputusan cadangan baharu terhadap 18 perusahaan yang disyaki terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida membabitkan 30 tender pembekalan makanan dan perkhidmatan pembersihan melibatkan nilai keseluruhan RM108.3 juta.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan yang dikeluarkan pada 13 Okt itu melibatkan tender yang ditawarkan oleh 12 entiti sektor awam membabitkan enam ..





Kes baling molotov ke rumah Rohingya: 15 ditahan, empat akan didakwa esok - 28/10 7:10 pm

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes balingan bom molotov di kawasan penempatan warga Rohingya di Kulai Besar, Kulai pada 13 Oktober lalu, menjadikan keseluruhan 15 individu ditahan setakat ini.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kedua-dua suspek tempatan berusia antara 27 hingga 28 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sekitar Johor Bahru pada 20 Oktober lalu.Menurutnya, semakan ..





JKDNKA sedia gempur koloni warga asing - 28/10 6:53 pm

SHAH ALAM - Semua elemen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) sedia digerakkan bagi melaksanakan operasi bersepadu untuk menangani isu koloni warga asing.Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sentiasa memantau dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu dengan lebih berkesan."Pihak jabatan mengenal pasti beberapa kawasan panas, namun fokus utama kita adalah di sempadan khususnya ..





PN mohon kebenaran mulakan prosiding komital terhadap RoS - 28/10 6:53 pm

KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung tindakan membatalkan pendaftaran gabungan itu ketika permohonan berkaitan masih belum diputuskan mahkamah.Berdasarkan dokumen yang difailkan pada Selasa, permohonan itu dibuat secara ex parte atau sebelah pihak.Lima pemimpin parti komponen PN diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selaku pemohon ..





KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah - 28/10 6:48 pm

JOHOR BAHRU Pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipertingkatkan bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah, termasuk menerusi pemeriksaan yang lebih menyeluruh terhadap penumpang dan bagasi.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu merupakan antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan susulan peningkatan kes penyeludupan dadah di pintu masuk utama negara berkenaan.Menurut beliau, pemeriksaan keselamatan ketika ..





Pesawah berhak tolak jual padi jika tidak puas hati pemotongan - KPB - 28/10 6:25 pm

PASIR MAS - Pesawah mempunyai hak untuk menolak menjual hasil padi kepada kilang atau pusat pembelian sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan penggredan dan kadar potongan yang dikenakan, kata Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Luqman Ahmad.Menurut beliau, kedua-dua proses itu dilaksanakan oleh pelesen membeli padi atau kilang padi komersial yang dilesenkan kerajaan, berpandukan piawaian spesifikasi dan penggredan padi."Padi yang dihantar ke kilang akan ditimbang sebelum ..





Warga emas maut, motosikal bertembung MPV - 28/10 6:17 pm

MARAN Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 59, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Selasa.Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Md Yusoff Daud, 75, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah Toyota Vellfire dipandu ..





Saifulnizam ditemui maut, tersepit ketika selenggara mesin - 28/10 6:07 pm

BENTONG Seorang pekerja maut dipercayai tersepit ketika melakukan kerja penyelenggaraan mesin di sebuah kilang kertas di Taman Perindustrian Bentong, di sini pada Selasa.Mangsa, Muhammad Saifulnizam Miskam, 32, dari Felda Lakum, Lanchang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintenden Azmi Mahmod berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menerusi sistem MERS 999 kira-kira jam 11.56 malam.Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa ..





MyCC siasat 510 syarikat, disyaki terlibat kartel tipuan bida bernilai .. - 28/10 5:51 pm

SHAH ALAM - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) giat menyiasat 510 syarikat yang disyaki terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida berkaitan dengan tender-tender bernilai lebih dari RM3 billion.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, aktiviti itu meliputi tender dalam sektor awam dan sektor swasta.Menurutnya, pada 13 Oktober 2026, MyCC telah mengeluarkan satu Keputusan Cadangan Baharu terhadap 18 perusahaan atas dakwaan penglibatan dalam ..





Amaran ribut petir di lapan negeri - 28/10 5:50 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di lapan negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 8 malam ini.MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu diramal di seluruh Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, ..





Sindiket guna TikTok jual benih padi tidak sah tumpas, 19 varieti .. - 28/10 5:41 pm

PASIR MAS - TikTok menjadi antara saluran mempromosikan benih padi yang disyaki tidak sah apabila satu sindiket dikesan menawarkan sehingga 19 varieti menerusi akaun 'sahabatpadilegacy' sebelum urusan jual beli diteruskan melalui aplikasi WhatsApp.Kegiatan itu terbongkar selepas operasi penguatkuasaan di Kampung Bendang Baru, Pokok Sena, Kedah pada 23 dan 24 Oktober lalu membawa kepada rampasan 4.95 tan padi panjang kering yang disyaki diproses untuk dijadikan benih padi.Ketua Pengarah ..




Reformasi     >>



Bersatu to clash with Harapan in Malacca despite CSA, .. - Mkini
PN also fields candidates against Bersatu as tensions persist.
Kroni     >>



Melaka election: Bersatu to use own logo - NST
MELAKA: Bersatu will use its official party logo in the 16th Melaka election on Nov 14, said its secretary-general Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tabloid     >>



‘Saya cuma pelakon cerita komedi, bukan .. - Kosmo
KALI pertama dicalonkan dan terus melakar kejayaan menerusi kategori Pelakon Komedi TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026). Itu momen manis yang dilakar Zahiril Adzim sekali gus menambah satu lagi pengiktirafan yang diraih sepanjang lebih dua dekad bergelumang dalam dunia seni tempatan. ..
Tech     >>



Google is cleaning up Homes messiest bugs, with fixes .. - Androidauthority
Let's hope this goes a long way towards sorting out some of Google Home's performance issues.
World     >>



Trump says wont take sides in Brazil election, but .. - Aljazeera
Comments come after Trump ally Flavio Bolsonaro fled to Miami in US and claimed, without evidence, that vote was stolen.
Motor Trend     >>



Kawasaki KLE650 2027 Diperkenalkan Enjin .. - Careta
Malah, Kawasaki turut menawarkan dua varian utama iaitu KLE650 standard dan KLE650 SE yang dilengkapi beberapa ciri tambahan untuk meningkatkan keselesaan penunggang. Enjin Parallel-Twin 649cc Dengan Electronic Throttle Dari segi kuasa, Kawasaki KLE650 menggunakan enjin Parallel-Twin 649cc