///
See Also: Shutterstock

Search : Selatan News   Page 1    



Pemuda maut tersepit, seorang cedera dalam nahas - Mgazette - 23/11 3:19 pm

JASIN - Seorang pemuda maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 182.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara, di sini pagi tadi





4,000 rakyat Malaysia terkandas di Hatyai akan diberi bantuan – Zahid - Mgazette - 23/11 3:19 pm

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan langkah diambil kerajaan sekiranya mangsa yang juga rakyat Malaysia terus terkandas di wilayah itu akibat banjir. Malam tadi, media melaporkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terkandas berikutan banjir di Hatyai dan beberapa kawasan di sekitar selatan Thailand dilaporkan berada dalam keadaan selamat





Negara-Negara Selatan Global jangka G20 ambil pendirian tegas mengenai .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm

# Negara-Negara Selatan Global jangka G20 ambil pendirian tegas mengenai Gaza, Sudan dan Ukraine - PM JOHANNESBURG - Negara-Negara Selatan Global menjangkakan G20 akan menunjukkan pendirian yang tegas untuk menamatkan kekejaman dan penjajahan berterusan di Gaza, serta konflik di Sudan dan Ukraine, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini





Banjir: Konsulat Malaysia di Songkhla saran rakyat Malaysia tangguh .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm

# Banjir: Konsulat Malaysia di Songkhla saran rakyat Malaysia tangguh perjalanan SONGKHLA - Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu





Dua penunggang motosikal maut kemalangan babit empat kenderaan - Sinarharian - 23/11 3:15 pm

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut apabila motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM133.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Muar malam tadi.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira 11 malam itu menyebabkan masing-masing yang berusia 20 dan 24 tahun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala serta badan."Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang berusia 20 tahun melanggar bahagian belakang kanan sebuah lori lalu hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan."Mangsa kemudian dirempuh dua motosikal termasuk motosikal ditunggang mangsa berusia 24 tahun itu dari arah belakang," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal cedera parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.Raiz Mukhliz berkata pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan saksi kejadian diminta menghubungi Insp Muhamad Azim Aziz melalui talian 018-9704143 atau Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu di KOTA TINGGI, seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Waha, Felda Bukit Waha pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira 7 pagi dan kejadian berlaku ketika peneroka Felda berusia 75 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Masjid Jamek Felda Waha ke rumahnya."Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala





Tiga suspek kes curi kabel diberkas polis - Sinarharian - 23/11 3:15 pm

BALIK PULAU - Polis menahan tiga lelaki dan merampas peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel selepas kenderaan dinaiki suspek terbabas ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di susur keluar Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Ahad .Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee berkata, perbuatan jenayah kumpulan lelaki berkenaan dikesan orang awam ketika mereka dipercayai mencuri kabel berhampiran sebuah kedai tayar di kawasan Botanica City, Jalan Air Putih, di sini pada jam 4.30 pagi.Menurutnya, pengadu melaporkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya mengenai sebuah Perodua Bezza warna coklat bersama empat lelaki dalam keadaan mencurigakan."Kumpulan lelaki berkenaan dipercayai sedang melakukan kegiatan mencuri kabel sebelum cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan peronda (MPV) polis."Suspek bertindak memecut laju kenderaan untuk melarikan diri dan beberapa pasukan bantuan turut digerakkan bagi memintas kereta mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Bagaimanapun, Azizee berkata, kereta suspek dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di susur keluar jambatan arah Seberang Perai Selatan.Katanya, tiga lelaki warga tempatan berjaya ditahan manakala seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dan sedang dikesan polis.Tambahnya, kenderaan dan peralatan yang dirampas dibawa ke IPD Barat Daya untuk tindakan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 511 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan selain polis menjalankan siasatan secara menyeluruh.





Wanita Malaysia redah banjir sejauh 6km beli makanan di Hatyai - Sinarharian - 23/11 1:47 pm

Hujan berterusan tanpa henti."Doakan kami rakyat Malaysia yang ada di sini selamat," tulisnya dalam video yang dikongsi berkenaan.Terdahulu, kerajaan dilapor menggerakkan usaha membawa pulang kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir di Hatyai serta beberapa daerah lain di wilayah Songkhla, Thailand.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, maklumat terkini sedang diperoleh dari Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mengenal pasti rakyat negara ini yang masih terperangkap, termasuk guru dan 40 pelajar. Selasa lalu,Pejabat Sumber Air Negara (ONWR) Thailand mengeluarkan amaran selatan Thailand bakal berdepan hujan lebat untuk enam hari dari 18 hingga 23 November.ONWR bersama Jabatan Meteorologi Thailand dan Institut Hidro-Informatik Thailand meramalkan taburan hujan akan bertambah kuat kesan Monsun Timur Laut.Ia meliputi Teluk Thailand di bahagian utara kawasan selatan negara itu dan diburukkan lagi tiupan angin timur yang bergerak merentasi kawasan berkenaan.





G20 perlu langkau retorik tangani ketidaksamaan perdagangan global - Anwar - Sinarharian - 23/11 12:39 am

JOHANNESBURG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota G20 untuk melangkaui retorik dan mengambil tindakan konkrit bagi menangani ketidaksamaan perdagangan global yang sekian lama berlarutan, terutamanya yang menjejaskan negara di Selatan Global.Beliau berkata, walaupun perbincangan terkini G20 menunjukkan desakan hebat untuk mencapai konsensus yang lebih luas terhadap perdagangan pelbagai hala, mekanisme pelaburan, dan merapatkan jurang ekonomi antara negara, kemajuan sebenar masih terhad."Kita telah melihat perancangan yang sangat hebat untuk mencapai konsensus sebegini, namun dari segi tumpuan kepada perdagangan pelbagai hala, meningkatkan mekanisme, pelaburan dan untuk memastikan tiada jurang ketara antara negara, perkara ini masih kurang," kata beliau dalam temu bual audio siar dengan Dr Sizwe Mpofu-Walsh di sini.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, negara di Eropah dan Utara Global perlu menggunakan mekanisme dalam G20 untuk menangani dan menyelesaikan ketidaksamaan ketara yang menjejaskan Selatan Global."Selama ini, amalan perdagangan tidak adil dan eksploitasi terhadap sumber negara-negara miskin tidak ditangani."Jadi, tidak perlu lagi kita mendengar ejekan, syarahan dan kata-kata yang tidak bermakna





Kerajaan pertimbang sedia kenderaan berat angkut rakyat Malaysia kandas di Hatyai - FMT - 23/11 11:45 am

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan sedang memperoleh maklumat terkini berhubung situasi banjir di wilayah selatan negara itu.





Malaysia pertimbang permintaan Mesir anjur bersama Persidangan Pembangunan Semula Gaza - Anwar - Sinarharian - 23/11 11:17 am

Saya memaklumkan beliau bahawa saya akan terlebih dahulu mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Luar, sebelum membuat keputusan muktamad," kata Anwar.Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.Persidangan itu bertujuan untuk mendapatkan persetujuan semua negara Arab, Islam, Amerika Syarikat dan lain-lain supaya pelaksanan fasa satu pembangunan itu dilihat secara lebih menyeluruh.Beliau berkata, Malaysia bersetuju fasa pertama pembangunan yang digagaskan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump."Tetapi kita tekankan bahawa penyelesaiannya harus lebih menyeluruh dan komprehensif, itu yang selari dengan dasar kita," kata Anwar.Perdana Menteri berkata, beliau juga bertemu Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, yang bercakap mengenai operasi Petronas di negara itu."Lula berbangga dengan pencapaian Petronas di sana dan mahukan syarikat itu mengembangkan operasinya," kata beliau.Ini merupakan kali kedua Anwar menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin G20 sebagai negara jemputan, kali pertama ialah di Brazil tahun lepas. Tahun ini, jemputan diterima daripada Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, dalam kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025.Perdana Menteri akan berlepas ke Nairobi, Kenya bagi melengkapkan siri lawatan tiga negara beliau di Afrika





Bah di Hatyai, hujan lebat dijangka berterusan - FMT - 23/11 10:48 am

Sekitar 4,000 pelancong Malaysia dilapor terkandas di bandar wilayah selatan dan beberapa bahagian di Songkhla.





4,000 rakyat Malaysia terjejas banjir di Hatyai dilapor selamat - Sinarharian - 22/11 11:22 pm

SHAH ALAM - Kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas dengan banjir di Hatyai dan beberapa daerah di wilayah Songkhla, Thailand dilaporkan selamat kerana kebanyakannya menginap di hotel bertingkat.Bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik sementara dan kekurangan akses makanan akibat gangguan setempat.Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok terus memantau rapat situasi banjir di Hatyai dan beberapa daerah berdekatan itu."Konsulat Jeneral di Songkhla telah mengaktifkan pasukan operasinya bagi membantu rakyat Malaysia yang mungkin terkandas atau memerlukan bantuan."Konsulat Jeneral juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, hotel dan kumpulan rakyat Malaysia di kawasan terjejas," kata kenyataan itu pada Sabtu malam.Menurut kenyataan itu, Polis Pelancong Thailand dan pihak berkuasa tempatan telah digerakkan sepenuhnya dan sedang aktif menguruskan keadaan.Jelas kenyataan itu, keadaan cuaca dijangka bertambah baik, dengan hujan lebat diramalkan berhenti pada Ahad dan paras air banjir dijangka surut serta keadaan keseluruhan dijangka pulih menjelang Isnin."Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di Hatyai dan kawasan sekitarnya supaya kekal berada di dalam bangunan jika boleh, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati di kawasan terjejas banjir."Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Konsulat Jeneral di Songkhla atau Kedutaan Besar di Bangkok turut digesa berbuat demikian," kata kenyataan itu.Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +(66 74) 311 062 bagi pertanyaan umum, +(66 74) 316 274 atau +(66 81) 990 1930 untuk kecemasan dan +(66 74) 324 004 atau 312 353 untuk bantuan tambahan atau e-mel ke mwsongkhla@kln.gov.my.Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di +66-2340-5720 bagi urusan umum, +66-2340-5731 atau 5732 bagi urusan konsul pada waktu pejabat, +66-87-028-4659 untuk kecemasan pada hujung minggu dan cuti umum, +66-2340-5721 sebagai talian tambahan atau e-mel ke mwbangkok@kln.gov.my.Terdahulu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu.Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dalam satu kenyataan berkata, kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.





PSAS: Speedy Tigers bersemangat tinggi - Sinarharian - 22/11 9:35 pm

SKUAD hoki lelaki negara optimis mampu menampilkan aksi cemerlang pada aksi Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi ke-31 yang akan membuka gelanggang di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah bermula esok hingga 30 November.Kapten Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata, persiapan Speedy Tigers berada pada tahap sangat memuaskan dengan aspek latihan serta perancangan permainan berjalan lancar.Beliau berkata pasukan kini memiliki gabungan pemain yang mantap, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk menghadapi kejohanan itu."Dengan kekuatan yang ada dan kerjasama sepasukan, saya yakin kita lebih bersedia serta akan memberikan aksi terbaik dalam kejohanan ini," katanya pada sidang media di Ipoh, di sini pada Sabtu.Muhammad Marhan yakin Speedy Tigers mampu memberi cabaran termasuk ketika berdepan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi dalam misi memburu kedudukan terbaik dalam kejohanan ini.Bagi kapten skuad Black Sticks, Sam Lane berkata, tumpuan utama mereka pada kejohanan itu bukan semata-mata mengejar gelaran juara, sebaliknya memastikan pembangunan pasukan berada pada tahap terbaik menjelang musim kompetitif akan datang.Sam berkata, pengalaman beraksi di Piala Negara-Negara 2024/25 di Kuala Lumpur pada Jun memberi gambaran menyeluruh tentang corak permainan pasukan Asia, sekali gus membantu mereka merangka persiapan lebih mantap untuk kejohanan berprestij ini."Prestasi kami di Piala Negara-Negara cukup baik dan saya fikir itu memberi kami petunjuk tentang bagaimana kemampuan kami bermain menentang pasukan Asia."Dan saya fikir sekarang, setakat ini, terdapat pelbagai jenis pasukan dan di situlah kami perlu meningkatkan pembangunan kami sendiri," katanya.Sementara itu, Kapten Belgium Arthur Van Doren berkata pasukan ranking ketiga dunia itu menjadikan pembangunan pasukan sebagai agenda utama meskipun menyedari cabaran besar menanti dalam kejohanan kali ini.Beliau berkata, pertembungan dengan pasukan luar benua Eropah sentiasa memberikan dimensi berbeza kerana setiap lawan tampil dengan identiti dan taktikal tidak dijangka."Kami sering menentang pasukan Eropah, permainan mereka sangat berstruktur dan kami gembira apabila dapat menentang lawan dari Asia di kejohanan ini, iaitu Malaysia, India, Korea dan Jepun di samping New Zealand serta Kanada."Mereka membawa sesuatu yang berbeza, sesuatu yang tidak kami jangkakan dan itu sentiasa menjadi cabaran yang baik dan cabaran menjadikan anda menjadi lebih baik sebagai pemain," katanya.Arthur berkata, walaupun Belgium pasukan terbaik dalam ranking dunia pada edisi kali ini, namun beliau tetap mengambil pendekatan berhati-hati berdepan setiap lawan.Malaysia akan membuka tirai kejohanan kali ini menentang New Zealand pada Ahad, diikuti Kanada (24 November), India (26 November), Belgium (27 November) dan Korea Selatan (29 November).Hanya dua pasukan terbaik dalam kejohanan yang berlangsung dalam format liga sepusingan (round robin) akan berentap pada perlawanan akhir 30 November ini





Aksi Satria dikejar polis tular: Suspek bawa parang, positif dadah - Sinarharian - 22/11 2:33 pm

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang lelaki tempatan enggan memberhentikan keretanya menyebabkan kenderaan itu dikejar polis di Persiaran South Key di sini, sebelum suspek berjaya ditahan.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada jam 5.40 petang, Khamis ketika pasukan peronda cuba melakukan pemeriksaan terhadap sebuah Proton Satria berwarna hitam yang dipandu suspek."Suspek gagal memberikan kerjasama dan bertindak melarikan diri, menyebebabkan pasukan polis terpaksa mengejarnya."Suspek kemudian memandu secara agresif termasuk melawan arus dan melanggar beberapa kenderaan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan





Banjir: Rakyat Malaysia disaran tangguh perjalanan ke selatan Thailand - Konsulat - Sinarharian - 22/11 1:50 pm

SONGKHLA - [DIKEMAS KINI] Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu.Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dalam satu kenyataan berkata, kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan."Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat melancong atau melawat selatan Thailand supaya menangguhkan perancangan mereka buat sementara waktu ekoran cuaca buruk, hujan lebat berterusan serta banjir yang menjejaskan banyak kawasan," katanya.Ahmad Fahmi turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di selatan Thailand agar sentiasa peka dengan perkembangan cuaca, mengikuti pengumuman serta arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa dan menjaga keselamatan diri.Beliau berkata, untuk sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi pegawai bertugas di talian +66 81 990 1930 atau melalui e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla Dr Sitthipong Sitthiprapha berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat kira-kira 4,000 pelancong Malaysia terkandas di hotel-hotel sekitar Songkhla akibat jalan raya yang dinaiki air."Sejak malam tadi, lebih 4,000 pelancong Malaysia terkandas mereka terdiri daripada mereka yang ingin pulang ke Malaysia melalui Sadao tetapi jalan utama dari Hatyai ke Sadao terputus kerana banjir, serta mereka yang terkandas di hotel akibat pekan Hatyai dinaiki air," katanya.Sitthipong berkata, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah segera dengan menyediakan makanan dan bot bagi memindahkan mereka yang terkandas ke kawasan selamat.Beliau berkata, jumlah kenderaan milik pelancong Malaysia yang ditenggelami air masih belum dapat dipastikan, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Selain itu, hujan yang berterusan sejak Isnin lepas telah menyebabkan lapan wilayah selatan Thailand dilanda banjir, memaksa hampir 124,003 keluarga berpindah ke kawasan yang lebih selamat





Nurul Izzah sebagai calon MB Selangor? Ini cuma pandangan Amirudin - PM - Sinarharian - 22/11 9:54 am

Dia tidak bincang dengan saya,"Ini jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas cadangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari agar Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjadi penggantinya di Selangor.Amirudin dalam program audio siar, Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini berkata, cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.Amirudin berkata demikian sebagai menjawab soalan Khairy mengenai sama ada terdapat kemungkinan untuk Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang, sekali gus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.Apabila ditanya pula tentang kesediaan Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan, Anwar dengan nada berseloroh bertanya adakah beliau salah satu cadangan nama."Ini baru satu nama, saya ada beberapa kekosongan lagi. Kena beri lebih nama," kata beliau sambil tersenyum.Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Afrika Selatan, di sini, pada Jumaat





Anwar, PM China bertemu sebentar di G20 - Sinarharian - 21/11 9:21 pm

JOHANNESBURG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang bertemu sebentar di Pusat Konvensyen Sandton, lokasi Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20), diadakan.Kedua-dua pemimpin berada di sini bagi menghadiri sidang kemuncak itu, dengan China sebagai negara anggota G20, manakala Anwar hadir sebagai tetamu kepada Kepresidenan G20 di bawah Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa.Undangan ke sidang kemuncak itu, yang berlangsung dari 22 hingga 23 Nov disampaikan kepada Perdana Menteri atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.Kedua-dua pemimpin sempat bertegur sapa dan berbual sebentar sebelum meneruskan agenda masing-masing.Negara anggota G20 terdiri daripada Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Trkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Afrika dan Kesatuan Eropah.Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa; pegawai kerajaan Malaysia serta delegasi perniagaan.Anwar tiba di sini Khamis bagi lawatan kerja selama empat hari, negara kedua dalam rangka lawatan kerja tiga negara beliau ke benua Afrika





Penunggang maut motosikal bergesel, terbabas - Sinarharian - 21/11 7:28 pm

SKANDAR PUTERI Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 9.5 Lebuhraya Linkedua arah selatan, awal pagi Jumaat.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi apabila motosikal ditunggang mangsa berusia 28 tahun bergesel dengan sebuah lagi motosikal di lokasi kejadian."Akibat perlanggaran itu, mangsa terbabas dan tercampak ke bahu jalan sebelah kanan sebelum kepalanya terkena besi penghadang jalan."Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.Tambah beliau, seorang lagi penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan terbabit mengalami kecederaan patah tangan kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau berbahaya."Orang awam atau saksi bebas yang mempunyai maklumat berhubung insiden ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Kaunter Aduan BSPTD Iskandar Puteri di talian 07-5101322," katanya.





Tiada usaha tutup skandal FAM, siasatan mesti diteruskan - PM - Sinarharian - 21/11 4:50 pm

Namun begitu, prosesnya mesti berjalan. Kita tidak membuat keputusan bertindak semata-mata berdasarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)," katanya kepada media Malaysia dalam penerbangan Malaysia Airlines menuju ke Afrika Selatan dari Ethiopia pada Khamis.Anwar berkata, kerajaan tidak mempersoalkan kredibiliti FIFA dan bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh."Kita langsung tidak mempersoalkan kredibiliti FIFA





Sidang media PM luar biasa, berlangsung dalam pesawat - Sinarharian - 21/11 4:26 pm

JOHANNESBURG - Suasana sidang media kali ini cukup luar biasa, selaras dengan corak lawatan tiga negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merentasi benua Afrika.Kira-kira dua jam selepas berlepas dari Addis Ababa, Ethiopia, media yang menyertai rombongan dimaklumkan bahawa Anwar mempunyai sedikit masa untuk mengadakan sidang media ringkas.Dengan jadual ketat yang tidak memberi ruang untuk sesi taklimat panjang semasa lawatan rasmi ke Ethiopia, para petugas media segera bersiap sedia untuk memanfaatkan peluang itu.Galley, dapur kecil dalam pesawat yang digunakan untuk menyediakan makanan dan minuman, dengan pantas diubah oleh kru kabin menjadi lokasi sidang media pada ketinggian 40,000 kaki.Dengan deruman enjin pesawat bergabung dengan bunyi perlahan klik kamera, sidang media selama 15 minit itu berlangsung dengan Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan isu mendesak di tanah air."Saya sempat bertemu dan menjawab beberapa soalan daripada delegasi media yang turut serta dalam lawatan kali ini."Pertemuan ringkas ini memberi ruang untuk berkongsi hala tuju, menjelaskan beberapa dasar utama selain menegaskan komitmen Malaysia terhadap diplomasi yang telus, matang dan berpaksikan rakyat," kata beliau dalam catatan di media sosial.Walaupun suasananya tidak seperti kebiasaan, ia menambah elemen tindakan segera dan keakraban dalam pertukaran pandangan tersebut.Kabin pesawat terasa lebih sempit daripada biasa memandangkan isu yang dibincangkan adalah berat dan serius, namun Perdana Menteri menjawab soalan dengan tenang, menjadikan sidang media tersebut lebih terbuka dan selesa.Perdana Menteri berada di Johannesburg untuk lawatan kerja empat hari dari 20 hingga 23 November ke Afrika Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) di Johannesburg sebagai tetamu Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa.Anwar dan delegasi kemudiannya akan berlepas ke Nairobi, Kenya pada 23 November bagi lawatan rasmi, persinggahan terakhir sebelum pulang ke tanah air.Perjalanan lima jam dari Ethiopia ke Afrika Selatan menjadi pengalaman bermakna bagi wartawan, jurugambar, dan kru kamera.Laporan daripada dalam penerbangan pesawat sewaan Malaysia Airlines MH8501 dibawakan oleh Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi, Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Saraswathi Muniappan, dan jurugambar Zulaikha Zainuzman





R&R Tapah Dinobatkan Tandas Terbaik 2025 - Careta - 21/11 7:47 am

Pengiktirafan Untuk Fasiliti Bertaraf Tinggi Dalam majlis tersebut, R&R Tapah Arah Selatan diumumkan sebagai pemenang Tandas Terbaik 2025





‘Kakak tak sabar tunggu saya ada anak’ - Kosmo - 21/11 7:45 am

REMBAU Seorang adik terkilan apabila tidak sempat memberitahu kakaknya yang dia kini sudah mengandung apabila wanita itu maut dirempuh lori ketika sedang menukar tayar pancit dalam kejadian di Kilometer 260.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di sini kelmarin





Manfaatkan kuasa belia – Anwar - Mgazette - 21/11 7:38 am

Lawatan tiga hari Anwar bermula 18 Nov lepas ke negara yang mendapat jolokan Horn of Africa itu, berakhir hari ini. Dari Addis Ababa, perdana menteri akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan, mulai hari ini hingga 23 Nov untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, sebelum ke Nairobi, Kenya, pada 23-24 Nov





Anwar sifatkan surat sokongan bukan arahan, tolak desakan pecat setiausaha politik - Sinarharian - 21/11 6:50 am

Bagi saya, itu lebih serius. Kita biarkan berbilion ringgit diseleweng tetapi tumpu kepada perkara kecil," katanya ketika bertemu pihak media dalam perjalanan ke Johannesburg, Afrika Selatan seperti dilapor Malaysiakini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan berkenaan.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Anwar mengakui telah menegur keras setiausaha politiknya kerana mengeluarkan surat sokongan kontraktor bagi sebuah projek hospital pada 2024.Beliau menjelaskan demikian pada sidang Dewan Rakyat selepas Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengemukakan soalan tambahan mengenai penggunaan aset kerajaan ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Mengulas lanjut, Anwar berkata, meskipun dakwaan mengaitkan setiausaha politiknya itu dianggap kes kecil, namun perkara tersebut tidak harus dibiarkan.Malah, katanya ia tidak wajar mengatasi perhatian terhadap kes besar yang melibatkan individu berprofil tinggi."Bagi saya, ini lebih serius





Ikan Bandaraya, Dari Akuarium ke Perairan Malaysia - Wrlr - 21/11 1:17 am

Sebenarnya, ikan bandaraya ini bukan berasal dari perairan Malaysia. Ia merupakan spesies asing yang diperkenalkan dari Amerika Selatan sebagai ikan hiasan





Manfaatkan kuasa belia - PM - Sinarharian - 20/11 10:44 pm

ADDIS ABABA - Gelombang protes oleh Generasi Z (Gen Z) di seluruh dunia baru-baru ini merupakan seruan untuk kerajaan memanfaatkan kuasa belia dan mengiktiraf penglibatan penting mereka dalam proses politik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di mana-mana termasuk di Malaysia, belia merupakan pakar alatan digital dan penggunaan teknologi iaitu mereka boleh memacu agenda untuk penyertaan demokrasi yang lebih besar dan mendesak ketelusan serta akauntabiliti daripada pihak yang berkuasa."Gelombang protes Gen Z baru-baru ini di beberapa negara menunjukkan dengan jelas bahawa kehendak belia tidak lagi kecil dan keutamaan mereka terhadap tadbir urus yang baik telah meningkat."Kebimbangan mereka juga merangkumi perubahan iklim, ketidaksamaan ekonomi dan pencabulan hak asasi manusia," katanya pada Forum Belia Afro-Malaysia di sini.Menurut Anwar, desakan golongan muda terhadap inisiatif dasar untuk memacu perubahan dalam bidang-bidang berkenaan adalah sesuatu yang mencetuskan inspirasi.Sehubungan itu, beliau berkata peranan belia dalam dialog global membantu menggalakkan persefahaman merentasi budaya dan memperkukuh kerjasama antarabangsa."Belia ialah penggerak perubahan dan masyarakat perlu memanfaatkan tenaga, kreativiti dan semangat mereka."Fenomena global ini patut menjadi seruan (wake-up call) kepada kerajaan di seluruh dunia untuk menambah baik cara sesuatu urusan dijalankan dan memenuhi keperluan belia dengan cara yang lebih bermakna," katanya.Anwar berkata, dengan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai defisit kepercayaan pada institusi, maklumat palsu digital dan penyertaan politik tidak seimbang, belia tampil sebagai pejuang ketelusan, tanggungjawab awam dan penggubalan dasar yang inklusif."Menerusi saluran serantau seperti mekanisme Dialog Belia ASEAN dan Wakil Belia Kesatuan Afrika, kumpulan itu telah pun mengadakan perbincangan mengenai penyertaan pilihan raya, antirasuah dan keterangkuman sosial."Meningkatkan kerjasama ASEAN-AU, seperti menerusi perkongsian antara parlimen belia, bukan sahaja akan melengkapkan pemimpin muda dengan pandangan berbeza tetapi juga menyuntik legitimasi dan tenaga baharu ke dalam proses tadbir urus serantau," katanya.Bertajuk: "Perkongsian Belia untuk Kemakmuran Bersama," forum anjuran bersama Majlis Belia Ethiopia, Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Malaysia itu melibatkan 250 peserta.Turut hadir Menteri Wanita dan Hal Ehwal Sosial Ethiopia Ergoge Tesfaye, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar.Ethiopia merupakan persinggahan pertama Anwar dalam lawatannya ke benua Afrika.Lawatan tiga hari Anwar bermula 18 November lepas ke negara yang mendapat jolokan "Horn of Africa" itu, berakhir hari ini.Dari Addis Ababa, perdana menteri akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan, mulai hari ini hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, sebelum ke Nairobi, Kenya, pada 23-24 November





Hubungan ASEAN, Kesatuan Afrika perlu maju melangkaui simbolisme - Anwar - Sinarharian - 20/11 10:06 pm

ADDIS ABABA - Hubungan ASEAN dan Kesatuan Afrika perlu bergerak maju melangkaui simbolisme dan dibentuk menerusi kerjasama tulen yang berpaksikan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata, walaupun rangka kerja serta inisiatif sedia ada sudah memadai untuk dijadikan asas, kedua-dua rantau sebaliknya perlu lebih proaktif dalam usaha mewujudkan mekanisme berlandaskan kepentingan bersama yang berteraskan pengalaman masing-masing dalam aspek seperti ketahanan, pembaharuan dan pemulihan."Dalam senario semasa realiti geopolitik yang mendesak kita untuk merombak semula pendekatan strategik, saya lebih mengenang semangat yang membawa kepada pengisytiharan kerjasama antarabangsa dan diterima pakai pada Persidangan Asia-Afrika di Bandung, Indonesia, tujuh dekad lepas yang meletakkan asas ideologi bagi Gerakan Berkecuali, kata beliau ketika berucap pada Forum Belia Afro-Malaysia di sini, hari ini.Sehubungan itu, Anwar yang juga atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN berkata, tiba masanya bagi Kesatuan Afrika dan ASEAN untuk bertindak menyuntik nafas baharu terhadap semangat berkenaan bagi memeterai kerjasama padu baharu yang saling menguntungkan serta kemakmuran bersama -- bukan sekadar slogan mudah tetapi menjadi aspirasi yang boleh direalisasikan.Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan bagi komuniti Selatan Global untuk bersatu dalam mengharungi tempoh mencabar pada masa ini."Secara kolektif, tidak kiralah sama ada di Afrika, Asia, Amerika Tengah dan Selatan serta pelusuk lain dunia, kita tidak pernah berdepan satu peluang untuk membentuk semula peranan yang diletakkan dalam aturan global."Kita perlukan banyak kepimpinan yang lebih mewakili serta saksama dalam struktur serantau dan global yang sedang terbentuk pada masa ini."Kepimpinan yang berasaskan kerjasama dan bertanggungjawab kepada semua pihak berkepentingan dan bukan setakat golongan berkuasa dan kaya."Inilah perbincangan kita di beberapa bahagian Asia dengan rakan-rakan berpendirian sama di Eropah, Pasifik dan Amerika Selatan...malah saya yakin ini akan lengkap menerusi penglibatan Afrika, kata Anwar.Bertemakan "Youth Partnership for Shared Prosperity, (Kerjasama Belia bagi Kemakmuran Bersama), forum ini adalah anjuran bersama Majlis Belia Ethiopia, Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Malaysia dan dihadiri oleh 250 peserta.Acara itu turut dihadiri Menteri Wanita dan Hal Ehwal Sosial Ethiopia Ergoge Tesfaye; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa serta Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar.Ethiopia merupakan destinasi pertama dalam rangka lawatan Perdana Menteri ke benua Afrika.Lawatan tiga hari Anwar yang bermula pada 18 November ke wilayah diberi julukan "Horn of Africa, berakhir hari ini selain menjadi lawatan pertama oleh seorang Perdana Menteri Malaysia.Dari Addis Ababa, beliau akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan mulai hari ini hingga 23 November bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 dan seterusnya lawatan rasmi ke Nairobi, Kenya, pada 23 hingga 24 November.- Bernama





PM Anwar ke Johannesburg hadiri Sidang Kemuncak G20 - Harapandaily - 20/11 3:45 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berangkat ke Johannesburg, Afrika Selatan hari ini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20



Feri bawa 267 orang terkandas di perairan barat daya Korea Selatan Feri bawa 267 orang terkandas di perairan barat daya Korea Selatan - SUN - 20/11 2:57 pm



Anwar Ibrahim bertemu Presiden Afrika Selatan, fokus isu Palestin Anwar Ibrahim bertemu Presiden Afrika Selatan, fokus isu Palestin - SUN - 20/11 2:57 pm





Dua lelaki maut nahas dengan lori muatan buah - Mgazette - 20/11 2:51 pm

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki terkorban selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalan raya dengan sebuah lori membawa muatan buah di Kilometer 141.5 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Juru di sini, malam tadi





Sudut pandang ASEAN, enam tumpuan dibincang bersama Afrika Selatan - Utusan - 20/11 2:35 pm

PETALING JAYA: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Afrika Selatan dijangka memberi tumpuan kepada bidang kerjasama utama meliputi perdagangan dan pelaburan, minyak sawit, industri halal, pendidikan serta pembangunan kapasiti





Kim Woo-bin, Shin Min-a Umum Bakal Berkahwin - Siakapkeli - 20/11 2:32 pm

Kim Woo-bin, Shin Min-a Umum Bakal Berkahwin Pasangan selebriti popular Korea Selatan, Kim Woo-bin (36) dan Shin Min-a (41) mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember ini





China, Vietnam bina pulau buatan di Lautan China Selatan, ini respon .. - Wrlr - 20/11 12:10 am

K PRAGALATH November 20, 2025 Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengesahkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada Vietnam dan China ekoran tindakan kedua-dua negara membina pulau buatan dan infrastruktur lain di Laut China Selatan





Anwar teroka perdagangan baharu, peluang rantaian bekalan dalam lawatan Afrika Selatan - FMT - 20/11 10:18 am

Pesuruhjaya Tinggi ke Afrika Selatan, Yubazlan Yusof Malaysia sasar tingkat perdagangan dua hala dan peluang yang ada susulan tarif AS.





M'sia sokong usaha Palestin bina semula rangkaian komunikasi - Fahmi - Mkini - 20/11 9:52 am

Menteri Komunikasi berkata Malaysia turut berkongsi pengalaman dengan Afrika Selatan dalam sektor telekomunikasi.





Harimau Malaya kini di tangga ke-116 dunia - Sinarharian - 20/11 9:28 am

KUALA LUMPUR - Kemelut luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya apabila terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Dalam kemas kini terbaharu yang dikeluarkan lewat malam tadi, skuad bimbingan Peter Cklamovski itu melonjak dua anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-116, berbanding tempat ke-118 pada bulan lepas.Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.Sementara itu, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).Jepun terus menguasai kedudukan Asia di ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22).Di peringkat global, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga





Dua sahabat maut tersepit kereta rempuh belakang lori buah - Sinarharian - 20/11 8:46 am

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki maut selepas kereta Toyota Estima yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori membawa muatan buah-buahan di Kilometer 141.5 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Hentian Rehat & Rawat Juru di sini pada malam Rabu.Dalam kejadian jam 11.22 malam itu, kedua-dua mangsa, Mohamad Nizar Abdul Rahman, 32, dan rakannya, Muhammad Fakhrur Razi Usri, 31, dilaporkan tersepit di bahagian hadapan kenderaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kejadian daripada orang awam."Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Estima dan sebuah lori membawa muatan buah-buahan."Terdapat dua mangsa lelaki dalam kereta berkenaan yang tersepit, manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.Mohamad Nizar berkata, anggota bomba menjalankan kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas sebelum kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.56 malam.Katanya, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia."Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut."Pemandu lori, Ismail Che Dat, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya lagi





KPT lantik 3 sarjana sebagai penyandang Kursi Akademik Luar Negara - Mgazette - 20/11 8:12 am

Keupayaan akademiknya turut terserlah melalui penganugerahan National Band Figure Award (2023) dan penghasilan Graded Music Examination for Malay Traditional Music (2017) yang menjadi rujukan dalam pemartabatan muzik tradisional Malaysia. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman antarabangsa yang luas sebagai pengajar dan penceramah di Jepun, Korea Selatan, Denmark, United Kingdom, Macau, Indonesia dan Thailand, serta pernah mengetuai bengkel gamelan Melayu di Ohio dan North Carolina pada tahun 2011





Program Sekolah Angkat Madani kurangkan jurang pendidikan - Mgazette - 20/11 8:12 am

# Program Sekolah Angkat Madani kurangkan jurang pendidikan NIBONG TEBAL - Lebih 900 sekolah di seluruh negara kini menerima perhatian melalui Program Sekolah Angkat Madani untuk mengurangkan jurang pendidikan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau berkata, daripada jumlah itu, sembilan sekolah berada di Seberang Perai Selatan (SPS) kerana potensi mereka untuk menjadi model pembangunan komuniti setempat, terutama dalam memperkukuh aktiviti akademik dan kokurikulum





Polis buru beberapa pemandu halang laluan ambulan semasa kemalangan - Mgazette - 20/11 8:12 am

# Polis buru beberapa pemandu halang laluan ambulan semasa kemalangan MUAR - Polis sedang mengesan beberapa pemandu kenderaan yang menghalang laluan ambulans di Kilometer (KM) 140.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara di sini Isnin lalu





Malaysia, Ethiopia kukuhkan kerjasama Selatan-Selatan - FMT - 20/11 7:45 am

Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed Ali berkata perkongsian ketika lawatan rasmi Anwar Ibrahim adalah produktif dan berpandangan jauh.





Hanya premis capai standard tandas bersih, layak dapat lesen PBT - Kor Ming - Sinarharian - 20/11 12:09 am

KUALA LUMPUR - Bermula tahun hadapan, hanya premis yang memiliki tandas bersih dan memenuhi standard minimum kebersihan akan layak diberi kelulusan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, garis panduan baharu itu akan mula dilaksanakan secara berfasa dalam usaha kementerian untuk mengangkat imej dan standard tandas di negara ini."Pelaksanaan garis panduan itu akan dibuat secara berfasa mengikut kategori PBT, melibatkan Majlis Bandar Raya bermula 2026, Majlis Perbandaran (2027) dan Majlis Daerah (2028)."Langkah itu bertujuan memastikan standard tandas "BMW" (Bersih, Menawan dan Wangi) menjadi norma nasional serta meningkatkan imej perkhidmatan awam dan pengalaman pengguna, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya pada Majlis Penganugerahan Tandas Terbaik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2025 (TOTYA 2025) di sini pada Rabu.Beliau berkata, garis panduan baharu itu juga menetapkan nisbah baharu kemudahan tandas di premis perniagaan dan bangunan awam, iaitu sekurang-kurangnya satu tandas lelaki dan dua tandas perempuan, sejajar dengan keperluan pengguna dan aliran trafik pelanggan."Mulai tahun depan tandas awam yang dibina di negara ini perlu mengikut garis panduan KPKT supaya 10 tahun akan datang tiada lagi beratur panjang menjelang hari perayaan."Saya sendiri observe dan melihat wanita memerlukan lebih masa untuk menggunakan tandas. Hal ini juga dibuktikan melalui dapatan saintifik daripada kerajaan Jepun," katanya.Sementara itu, Kor Ming berkata, TOTYA 2025 mencatat sejarah apabila 744 penyertaan direkodkan, meningkat berbanding 625 penyertaan pada 2024 dan 345 penyertaan pada 2023."Peningkatan ketara ini membuktikan bahawa TOTYA kini menjadi penanda aras kebangsaan dalam penilaian standard kebersihan dan kualiti tandas awam," katanya.Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM180 juta dalam tempoh tiga tahun bermula 2024 untuk tujuan pembaikan dan naik taraf tandas awam di seluruh negara.Pada majlis itu, Kor Ming menyampaikan anugerah kepada pemenang bagi lapan kategori yang masing-masing membawa pulang RM20,000 berserta trofi dan sijil.Kategori rumah ibadat dimenangi Masjid Tepian Putra, Kuantan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Kwok Kuala Lumpur (kategori sekolah) dan Tandas Awam Terminal Putrajaya Sentral (kategori PBT).Kategori restoran dimenangi Sushi Tie, Bintulu, Shell Jalan Hospital, Ipoh (kategori stesen minyak) manakala kategori Rehat dan Rawat (R&R) dimenangi R&R Tapah (Arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS Berhad).Selain itu, kategori hotel dimenangi NU Hotel, Bintulu manakala Pavilion Bukit Jalil muncul sebagai pemenang bagi kategori pusat beli-belah





Polis siasat kenderaan halang ambulans di lorong kecemasan - Sinarharian - 19/11 9:57 pm

MUAR Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan beberapa kenderaan didakwa menghalang laluan sebuah ambulans di lorong kecemasan Lebuhraya Utara- Selatan, arah utara dekat Pagoh.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tindakan diambil selepas video berdurasai 48 saat itu di TikTok pada Rabu."Video berkenaan menunjukkan sebuah Perodua Axia berwarna biru gelap, sebuah Toyota Hiace hitam putih serta beberapa kenderaan lain bergerak di lorong kecemasan sehingga menghalang pergerakan ambulans yang sedang dalam tugas kecemasan."Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku pada kira-kira jam 2.16 petang, pada Isnin, ketika trafik sesak hampir lima kilometer akibat kemalangan melibatkan lori tangki di KM141.3," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, tindakan memasuki lorong kecemasan tanpa sebab munasabah dan menghalang pergerakan ambulans adalah kesalahan serius yang boleh menjejaskan operasi menyelamat serta membahayakan nyawa."Kes disiasat di bawah Rusle 9(2) LN 166/59 kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba atau polis."Jika disabitkan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan," katanya dalam kenyataan.Beliau menegaskan semua pengguna jalan raya perlu mematuhi undang-undang, menghormati lorong kecemasan dan memberikan keutamaan mutlak kepada kenderaan kecemasan."Kesedaran dan disiplin memandu bukan hanya tanggungjawab individu, tetapi penting bagi keselamatan masyarakat," katanya





Harimau Kumbang diperbaiki secara berperingkat - Sinarharian - 19/11 6:24 pm

KERAJAAN Pulau Pinang melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan prestasi kelab Liga Malaysia (Liga-M), Penang FC yang kini berada pada tahap kurang memuaskan dapat dipulihkan secara berperingkat.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, antara yang dilaksanakan termasuk meningkatkan intensiti latihan, analisis taktikal secara lebih terperinci dan menambah baik struktur teknikal pasukan Harimau Kumbang itu."Langkah penstrukturan pemain juga sedang dilaksanakan secara profesional termasuk melepaskan pemain import dari Malawi, Limbikani Oscar Mzava sejak Julai lalu dengan posisinya digantikan pemain antarabangsa Filipina, OJ Porteria bagi memastikan pasukan kekal kompetitif."Pengurusan juga masih memberikan ruang dan tempoh yang sewajarnya kepada pemain import dari Korea Selatan Lim Inkyu untuk mencapai tahap kecergasan optimum seperti yang ditetapkan oleh pasukan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 (Belanjawan Negeri 2026) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.Daniel berkata keputusan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan bagi memastikan prestasi keseluruhan pasukan berada pada tahap terbaik.Mengakui kedudukan Harimau Kumbang yang masih mencabar dengan hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan saingan Liga Super musim ini, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus meningkatkan prestasi dan kedudukan pasukan itu





Aktres Jelita Ini Gelar Priyanka Chopra “Selfish & Hanya Dirinya” Dalam Industri Hollywood - Murai - 19/11 5:00 pm

Aktres India, Sweta Keswani, yang lebih sedekad bekerja di Amerika Syarikat, baru-baru ini berkongsi pendapatnya tentang perjalanan global aktres Priyanka Chopra. Dalam salah satu temu bualnya, Sweta berkata Priyanka tidak membantu selebriti Asia Selatan yang berkecimpung dalam industri Hollywood dan hanya memikirkan dirinya sendiri





Delegasi Malaysia kagum kemajuan teknologi Ethiopia – PM - Mgazette - 19/11 3:09 pm

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia bernilai RM446.8 juta, dengan eksport dari Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, peningkatan 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula esok hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, diikuti lawatan rasmi ke Kenya





Buletin Proton Perkasa Belia Dalam Bidang Ev Melalui Kerjasama Universiti .. - Mekanika - 19/11 3:09 pm

Setiap pasukan terdiri daripada empat hingga lima pelajar, akan menganalisis, membina strategi, dan membentangkan cadangan mereka berdasarkan kajian kes sebenar industri automotif. * Lembah Klang Universiti Malaya (17 November 2025) * Wilayah Utara Universiti Utara Malaysia (19 November 2025) * Wilayah Selatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (26 November 2025) * Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana Selain hadiah wang tunai sehingga RM5,000 untuk pemenang utama dan hadiah RM1,000 bagi kategori _Top Presenter_, peserta terbaik juga berpeluang menerima Tawaran Bersyarat menyertai Program Proton Young Talent selepas tamat pengajian





209 anggota MALBATT 850-12 selamat pulang - Mgazette - 19/11 7:29 am

SUBANG JAYA - Seramai 209 anggota dari kumpulan akhir Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang terlibat dengan misi pengaman di Selatan Lubnan selamat tiba ke tanah air pada hari ini





Lawatan ke Afrika pemangkin perkukuh hubungan, kerjasama strategik - Anwar - Sinarharian - 18/11 6:46 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan lawatan kerja ke Addis Ababa, Johannesburg dan Nairobi akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan diplomatik serta peluasan kerjasama strategik antara Malaysia dan negara Afrika.Anwar berkata, beliau berharap setiap sesi rundingan yang berlangsung akan dipermudah, sekali gus membuka ruang kerjasama baharu yang mampu memperkukuh rantaian ekonomi, meningkatkan akses pasaran dan membawa manfaat kepada rakyat Malaysia."Saya akan membawa suara Malaysia dengan penuh keyakinan dan iltizam bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memacu kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan baharu di benua Afrika."Insya-ALLAH, lawatan ini akan membuka lebih banyak ruang kemajuan strategik, memperluas peluang pembangunan dan membawa manfaat yang nyata kepada rakyat serta negara," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.Perdana Menteri pada Selasa berlepas ke Ethiopia yang merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan ke tiga negara di benua Afrika, bermula dengan lawatan rasmi selama tiga hari di Addis Ababa sehingga 20 November atas jemputan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali.Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, dan kemudiannya diikuti lawatan rasmi ke Kenya





Anwar bawa suara, kepentingan Malaysia dalam lawatan ke Afrika - Sinarharian - 18/11 4:12 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mengangkat kepentingan dan suara negara di pentas antarabangsa, termasuk melalui lawatan beliau ke tiga negara di benua Afrika, dengan Ethiopia menjadi persinggahan pertama.Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar memaklumkan Malaysia komited memperteguh multilateralisme, meluaskan peluang pelaburan dan ekonomi, serta memperkukuh seni diplomasi dan hubungan antarabangsa melalui lawatan berkenaan."Mohon doa teman-teman agar urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudah, lantas membawa manfaat dan pulangan terbaik kepada negara," katanya.Anwar berkata, beliau dan delegasi Malaysia kini berada di Addis Ababa, Ethiopia untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali.Beliau berkata, lawatan itu turut merangkumi sesi pertemuan bersama peneraju industri, komuniti perniagaan, dan pemimpin-pemimpin Islam di negara berkenaan.Anwar juga memaklumkan beliau akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi mewakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20, selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Cyril Ramaphosa."Saya turut akan ke Nairobi, Republik Kenya, untuk sesi pertemuan bersama Presiden William Ruto bagi merapatkan hubungan kedua-dua negara, meneroka peluang dan kerjasama baharu, selain dijadualkan bertemu pemimpin-pemimpin Islam di sana," katanya





Pemandu lori bawa makanan sejuk beku cedera tersepit - Mgazette - 18/11 3:19 pm

# Pemandu lori bawa makanan sejuk beku cedera tersepit TANJUNG MALIM Seorang pemandu lori yang membawa muatan makanan sejuk beku cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilomter 347.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Sebelah Ladang Bikam arah selatan dekat Bidor di sini hari ini





Pekerja jumpa jongkong emas bernilai lebih RM144,000 ketika potong rumput - Mdateline - 18/11 3:00 pm

Seorang pekerja majlis perbandaran di Jerman dikejutkan dengan penemuan lapan jongkong emas ketika sedang memotong rumput di sebuah kolam tadahan air di Bannewitz, selatan Dresden





Hulu Bernam tidak bangun sewajarnya, terus terpinggir - Harakahdaily - 18/11 2:04 pm

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor disaran memberi perhatian serius terhadap ketidakseimbangan pembangunan ekonomi yang menyebabkan kawasan Hulu Bernam terus tertinggal berbanding daerah-daerah jiran yang lain. Mu’izzudden Mahyuddin (PN-Hulu Bernam) berkata, walaupun Belanjawan Selangor 2026 menekankan projek Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan (IDRISS) dan hab automotif di Kuala Kubu Bahru serta Serendah, tetapi Hulu Bernam tidak menerima […] The post Hulu Bernam tidak bangun sewajarnya, terus terpinggir appeared first on Harakahdaily .





Perjanjian ART tak halang Malaysia jalin perdagangan, berunding dengan negara lain - PM - Sinarharian - 18/11 1:37 pm

Bukan sahaja kepada kita, kepada semua, satu dunia. Tetapi soal kemerdekaan, maruah, soal gadai, tak betul."Malaysia meneruskan rundingan dalam sektor nadir bumi dengan pelbagai pihak termasuk Korea Selatan dan China, serta (ingin) memaklumkan bahawa Petronas dan Khazanah sedang berunding dengan syarikat dari China berhubung pemprosesan mineral itu," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang membangkitkan kebimbangan mengenai kesan ART terhadap kebebasan Malaysia dalam menentukan kerjasama ekonomi dengan negara lain.Mengenai sektor semikonduktor, Anwar berkata, sekatan eksport cip ke China hanya terpakai kepada syarikat AS kerana ia syarat negara asal mereka."Apa yang kita setuju (dalam ART)? Kalau syarikat itu syarikat Amerika, kita tak boleh langsung eksport cip ke negara China





Anwar berlepas ke Ethiopia, persinggahan pertama lawatan ke tiga negara di Afrika - Sinarharian - 18/11 1:36 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, berlepas ke Ethiopia yang merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan ke tiga negara di benua Afrika, bermula dengan lawatan rasmi selama tiga hari di Addis Ababa sehingga 20 November atas jemputan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali.Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Ethiopia dan bertepatan dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Ethiopia yang terjalin sejak Januari 1965.Sebuah pesawat sewa khas Malaysia Airlines yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 12.35 tengah hari.Pada lawatan itu, Anwar akan diberi sambutan rasmi di Istana Negara yang dihadiri Dr Abiy Ahmed, dan kemudiannya kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan dua hala.Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa; pegawai kanan kerajaan yang lain serta delegasi perniagaan.Ethiopia, negara dilingkungi daratan yang paling ramai penduduknya di dunia, disenaraikan sebagai rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023.Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia bernilai RM446.8 juta, dengan eksport dari Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, peningkatan 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, diikuti lawatan rasmi ke Kenya





Amira Othman masih ditahan di hospital, belum lepas untuk ikut Fattah ke Korea - Sinarharian - 18/11 1:00 pm

KEADAAN kesihatan penyanyi Amira Othman dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya.Menerusi perkongsian di Insta Story, pelantun lagu Rasa dan Takdir itu menjelaskan bahawa suaminya, Fattah Amin, terpaksa berangkat ke luar negara walaupun beliau masih dirawat dan ditahan di wad.Difahamkan, Fattah sempat menemani Amira di wad sebelum terbang ke Korea Selatan untuk memenuhi rangka kerja yang telah dijadualkan lebih awal."Aloo omeii suami saya





Disiplin fiskal, pengurusan ekonomi teratur dorong ringgit jadi mata wang terbaik Asia - PM - Sinarharian - 18/11 12:21 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong ringgit mencatatkan prestasi terbaik di seluruh Asia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS amat menyakinkan, yang meningkat sebanyak 8.2 peratus sehingga 14 November lepas."Jika dari segi domestik, tentunya kerana dasar yang dilaksanakan dari awal, iaitu penyasaran subsidi (apabila) penggunaan dana untuk memberikan subsidi tidak memberikan faedah langsung kepada rakyat. Itu kita telah hentikan."Penyasaran subsidi seperti RON95 memberi kesan yang amat positif kepada ringgit," kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai punca utama yang mendorong pengukuhan nilai ringgit dan bagaimana kenaikan ringgit ini dapat membantu pembangunan ekonomi secara keseluruhan khususnya kepada manfaat rakyat.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, menggalakkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan dalam pembangunan negara adalah langkah yang tepat dan wajar."Korea Selatan dan beberapa negara Eropah termasuk United Kingdom turut mengambil langkah yang sama





Lawatan PM Anwar, Delegasi Ke Afrika Guna Pesawat Sewaan Khas - Wrlr - 18/11 10:33 am

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah mengadakan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada 17 November 2025. Foto PMO PUTRAJAYA, 17 Nov Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya akan melakukan lawatan kerja menggunakan penerbangan sewaan khas Malaysia Airlines (MAS)





Dr.Mujahid Yusof tekankan memilih pemimpin berintegriti menjadi pemimpin - Harapandaily - 18/11 6:55 am

FOTO BERITA: Ceramah Kelompok Pakatan Harapan diwakili Parti AMANAH bersama Timbalan Presiden merangkap Pengarah Pilihanraya Induk DS Dr. Mujahid Yusof dan calon N.64 Sulabayan Utz Julpikar Ab Mijan di Kg Gusung Melanta Bum Bum Selatan Semporna Sabah





Anwar lakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia, perkukuh hubungan dengan Kesatuan Afrika - Sinarharian - 17/11 11:09 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia ketika Malaysia berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan benua Afrika melalui ibu pejabat Kesatuan Afrika di ibu kota negara itu, Addis Ababa.Kesatuan Afrika yang ditubuhkan pada Julai 2002 dan dianggotai 55 negara merupakan suara perwakilan benua itu di pentas global dengan fungsi antara lainnya untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa.Lawatan Anwar bermula 18 November ke negara yang mendapat jolokan "Horn of Africa" itu merupakan julung kali bagi Perdana Menteri Malaysia selain merupakan lawatan balas susulan kunjungan rasmi Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali ke Malaysia pada Oktober tahun lepas."Lawatan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik yang terjalin sejak Januari 1965 dan dijangka dapat membuka ruang bagi meraih peluang dan kerjasama dalam pelbagai sektor antara Malaysia dan Ethiopia," kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar menerusi taklimat yang diadakan secara maya pada Isnin dari Addis Ababa.Anwar yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa, pegawai kanan kerajaan yang lain serta delegasi perniagaan.Lawatan itu juga bersempena dengan pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada 23 September 2025, sekali gus menekankan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Ethiopia.Beliau berkata ia juga menjadi pemangkin untuk meneroka peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang kepentingan bersama, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan hubungan antara rakyat.Pembukaan semula Kedutaan Malaysia di Addis Ababa, serta dengan adanya ibu pejabat Kesatuan Afrika, juga akan menyediakan peluang kepada negara untuk memperkukuh hubungannya dengan Kesatuan Afrika.Di Addis Ababa, Anwar akan diberi sambutan rasmi di Istana Negara yang dihadiri Dr Abiy Ahmed dan kemudiannya kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan dua hala.Mohd Afandi berkata kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu kepentingan bersama seperti meningkatkan hubungan dua hala serta memupuk hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh."Mereka juga dijangka membincangkan pengukuhan kerjasama dalam bidang seperti pertanian, komoditi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pergerakan sesama rakyat," katanya.Sejumlah besar perjanjian serta memorandum persefahaman (MoU) juga dijangka dimeterai antara kedua-dua negara termasuk MoU dalam kerjasama kesihatan, perjanjian perkhidmatan udara dan pelancongan.Perjanjian lain termasuk dokumen kolaborasi antara Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dan Pentadbiran Bandaraya Addis Ababa yang akan menyelaraskan mekanisme untuk dialog strategik bagi menyediakan ruang kerjasama jangka panjang antara kedua-dua negara.Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Ethiopia Taye Atske Selassie dan bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Mahmoud Ali Youssouf yang berasal dari Djibouti.Perdana Menteri juga dijadualkan menyampaikan syarahan khas bertemakan Menghubungkan Peradaban, Membina Masa Hadapan: Memperkukuh Kerjasama Afro-Malaysia demi Kemakmuran Bersama kepada Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Ethiopia.Ethiopia, negara dilingkungi daratan yang paling ramai penduduknya di dunia, disenaraikan sebagai rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023.Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia bernilai RM446.8 juta, dengan eksport dari Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, peningkatan 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.Eksport Malaysia ke Ethiopia terdiri daripada produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, kimia dan produk kimia serta tekstil, pakaian dan kasut.Pada 2023, imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.Ethiopia merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan Anwar ke Afrika.Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20.Kemudiannya beliau akan meneruskan rangka lawatan ke Nairobi, Kenya, dari 23 hingga 24 November, sebelum pulang ke tanah air





Kerusi DUN Johor perlu ditambah selari peningkatan penduduk - Chin Tong - Sinarharian - 17/11 8:25 pm

JOHOR BAHRU Bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor perlu ditambah bagi memastikan jumlah wakil rakyat lebih seimbang dengan pertambahan penduduk khususnya di kawasan selatan Johor.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong berkata, cadangan itu selari dengan perubahan demografi terutama di kawasan bandar yang berkembang pesat.Menurutnya, DUN Perling yang diwakilinya kini mempunyai lebih 102,000 pengundi, berdasarkan data Oktober 2022, jumlah yang diyakini meningkat ketara ketika ini."Tujuh DUN di Selatan Johor iaitu Perling, Permas, Johor Jaya, Puteri Wangsa, Tiram, Kota Iskandar dan Skudai masing-masing mempunyai lebih 100,000 pengundi."Malah, 17 daripada 26 kerusi Parlimen Johor mempunyai jumlah pengundi yang lebih rendah daripada satu DUN Perling sahaja," katanya ketika ucapan perbahasan DUN Johor di Kota Iskandar Pada Isnin.Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri turut menekankan bahawa kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bukanlah' perkahwinan politik' sebaliknya peluang membentuk tatanan politik baharu yang lebih stabil dan matang.Beliau membandingkan keadaan sekarang dengan perubahan tatanan atau sistem politik pada era pentadbiran Tun Razak Hussein pada 1970 yang membawa pembaharuan besar kepada struktur kerajaan dan hala tuju negara."Kita kini berada pada satu peringkat penting untuk membina tatanan politik baharu demi generasi akan datang




Reformasi     >>



Mengapa PM Anwar pilih Ethiopia? - Harapandaily
Oleh LEE KHAI LOON Terus-terang, ramai rakyat Malaysia mungkin tidak pernah terfikir pun pasal Ethiopia. Nama Addis Ababa iaitu ibu negara Ethiopia pun mungkin ada yang baru dengar hari ini. Dan kalau kenal pun, mungkin hanya sebab kopi Ethiopia yang padu. Tetapi semasa saya menyertai rombongan rasmi bersama PMX di ..
Kroni     >>



Redang, Perhentian hit by sudden floods, hundreds .. - Star
KUALA TERENGGANU: Continuous heavy rain and a high tide phenomenon have caused flooding in Pulau Redang and Pulau Perhentian, forcing the evacuation of residents to temporary relief centres. Read full story
Tabloid     >>



Wanita & Keluarga Hampir Keluar, Namun Terkandas .. - Siakapkeli
Wanita & Keluarga Hampir Keluar, Namun Terkandas Semula Dalam Perjalanan Ke Danok Kawasan tumpuan pelancong di Hatyai, Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang bercuti di sana berkongsi mengenai keadaan banjir itu di media ..
Tech     >>



A decision about breaking up Google's adtech monopoly .. - Engadget
Google made its final arguments in a longstanding case against the US Department of Justice on whether it has to split up its ad tech practices. However, the judge presiding over the case may be looking to wrap up the case before Google has a chance to appeal, according to a report from ..
World     >>



How the West has thrown Ukraine under the bus - Tehrantimes
TEHRAN Nearly 1,370 days into the RussiaUkraine war, President Donald Trumps 28-point peace plan has laid bare the contradictions of Western policy. For years, the United States and Europe encouraged Ukraine to confront Russia, promising NATO membership and protection. Now, as the war drags on, those ..
Motor Trend     >>



Honda’s Upcoming Tech Prioritises Joy Of Driving .. - Piston
Electric cars, hybrids or plug-in hybrids? That seems to be the golden question for all car makers these days, doesnt it? And while some car makers have thrown their weight behind EVs, some have adopted a wait and see approach. This cautious approach seems to have paid off as car makers who ..