| /// |
|
| Search : Ketua Pengarah News | Page 1 |
|
Buletin Eon Buka Pusat Baiki Badan Dan Cat Kereta Di Glenmarie Read More .. - Mekanika - 24/10 8:16 am # EON BUKA PUSAT BAIKI BADAN DAN CAT KERETA DI GLENMARIE **Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) memperkukuh perkhidmatan selepas jualannya menerusi pembukaan pusat pembaikan badan dan cat kenderaan pertama syarikat itu di Glenmarie, Shah Alam.** Pusat berkeluasan 41,508 kaki persegi itu dilengkapi 39 ruang kerja, tiga bilik bancuhan cat serta empat ruang semburan cat bagi menyediakan perkhidmatan pembaikan kenderaan yang lebih menyeluruh |
|
Sakau dan pukau: Khalid Samad sindir Umno, Pas guna jasa dan agama kaut undi Melayu - Harapandaily - 24/10 7:05 am Umno didakwa membeli kesetiaan melalui sumbangan, Pas pula memanfaatkan imej agama, sementara DAP dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu |
|
Politik bukan tempat cari jawatan, tetapi medan selamatkan negara Khalid Samad - Harapandaily - 24/10 5:16 am FOTO BERITA: Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan oleh Tuan Hj Khalid Abd |
|
PRN Melaka: Pas tak gentar guna logo bulan, penyatuan ummah akan ranapkan PH - Sanusi - Sinarharian - 24/10 12:17 am KOTA BHARU - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan parti itu sedia menggunakan logo bulan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya Perikatan Nasional (PN) tidak dibenarkan bertanding menggunakan lambangnya sendiri pada 14 November ini.Beliau berkata, Pas tidak gentar menggunakan simbol bulan kerana tidak mempunyai sebarang masalah."Pengunaan logo Pas itu bagi memastikan agenda penyatuan ummah diteruskan dalam usaha menentang Pakatan Harapan (PH)," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (BMI) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.Menurut beliau, keputusan mahkamah memberi penangguhan kepada pembatalan itu memberi ruang kepada PN untuk terus bergerak sebagai gabungan yang sah.Menteri Besar Kedah itu berkata, penyokong agenda penyatuan ummah di seluruh negara mahu kerjasama berkenaan diteruskan tanpa mengira lambang yang digunakan dalam pilihan raya.Jelas beliau, kerjasama atas dasar penyatuan ummah sebelum ini terbukti mampu menewaskan PH dan yakin pendekatan sama dapat memberikan hasil serupa di Melaka."Kerjasama kita atas nama penyatuan ummah akan meranapkan PH."Semua ini akan membawa kita masuk ke Pilihan Raya Umum Ke-16 sebagai kerajaan Pusat yang menanti," katanya.Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menggesa penyokong mempergiat gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya dan tidak mudah terpengaruh dengan janji politik kerajaan.Beliau turut mendakwa kerajaan ketika ini gagal menunaikan banyak janji kepada rakyat selain menyifatkan pelbagai kelemahan dalam pentadbiran negara sebagai alasan untuk rakyat membuat perubahan pada pilihan raya akan datang. |
|
Dakwa fakta isu pesawah bercanggah, Pengarah Mobilisasi AMANAH buat laporan polis terhadap ZRA - Harapandaily - 23/10 10:12 pm FOTO BERITA: Laporan Polis oleh YB Abbas Azmi Pengarah Mobilisasi Amanah Nasional terhadap ZRA berhubung isu melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor |
|
TuJu mohon maaf, jangka aplikasi pulih awal November - Sinarharian - 23/10 10:04 pm SHAH ALAM - TuJu memohon maaf kepada pengguna yang berdepan gangguan pada fungsi platform sejak beberapa hari lalu.Pihak pengurusan aplikasi navigasi tempatan itu dalam kenyataan berkata, pasukan teknikal aplikasi itu sedang melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan penambahbaikan yang disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 November depan.Menurutnya, sebarang perkembangan dari segi kerja-kerja pemulihan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TuJu."Ketika ini, fungsi lain dalam aplikasi kekal boleh digunakan seperti biasa."TuJu berterima kasih atas kesabaran serta sokongan pengguna. Setiap laporan dan maklum balas membantu kami mengenal pasti masalah serta melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan."Kami akan terus berusaha memenuhi harapan pengguna agar TuJu menjadi antara aplikasi navigasi terbaik yang mengutamakan keselamatan data rakyat Malaysia," katanya pada Jumaat.TuJu mencatatkan lebih 700,000 muat turun setakat Khamis.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Dr Mohammed Ridzuan Jahidin memberitahu, aplikasi yang dibangunkan bersama Prosignal Consortium Sdn Bhd itu menawarkan pelbagai fungsi unik dan praktikal khusus untuk pengguna jalan raya di negara ini.Jelas beliau, antara keistimewaan TuJu ialah integrasi sistem kamera litar tertutup secara penstriman langsung, membolehkan pengguna memantau sendiri aliran trafik di lebuh raya secara masa nyata.Terdahulu, kerajaan mengarahkan semua anggota perkhidmatan awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi yang berpangkalan di Israel iaitu Waze serta-merta.Menerusi pemakluman rasmi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
|
Kes Ketua Pengarah AKPS perlu diselesaikan secara adil, telus - G25 - Sinarharian - 23/10 9:17 pm SHAH ALAM - Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) menggesa agar kes pendakwaan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain diselesaikan segera menerusi proses undang-undang yang adil dan tidak memihak.G25 berkata, keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan dan institusi negara bergantung sepenuhnya kepada kedaulatan undang-undang yang dikuatkuasakan secara konsisten kepada semua tanpa rasa takut atau pilih kasih.Menurutnya, setiap individu yang didakwa berhak mendapat anggapan tidak bersalah dan perbicaraan yang penuh serta adil."Memandangkan perkara berkenaan kini berada di hadapan mahkamah, kami tidak mengulas mengenai merit kes tersebut."Kami mengambil maklum dan memuji kenyataan yang dibuat oleh Mohd Shuhaily bahawa beliau akan menghormati proses undang-undang, kami juga percaya bahawa kes itu akan didengar sepenuhnya, adil dan telus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah berhubung dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada bulan lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter Terminal 1 KLIA di sini jam 1.17 hingga 1.30 tengah hari pada 28 September lalu.Mengulas lanjut, G25 berkata, penguatkuasaan sempadan merupakan antara bidang perkhidmatan awam yang paling mencabar kerana pegawai bertugas sering berdepan ancaman penyeludupan, pemerdagangan orang dan rangkaian jenayah terancang.Justeru, menurutnya, pegawai penguat kuasa wajar mendapat sokongan institusi yang kukuh bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan integriti.Tambahnya lagi, Mohd Shuhaily telah berkhidmat kepada negara selama lebih 26 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)."G25 mengiktiraf dan memuji rekod perkhidmatan jangka panjang Shuhaily kepada negara."Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi kepentingan negara serta bagi memelihara keyakinan awam terhadap agensi penguatkuasaan dan institusi kehakiman," katanya. |
|
Agensi kerajaan bukan medan percaturan politik - Harakahdaily - 23/10 9:16 pm KUALA LUMPUR: Agensi kerajaan tidak seharusnya dijadikan medan percaturan politik, sebaliknya perlu berfungsi secara telus, berintegriti dan bebas daripada sebarang campur tangan politik |
|
Halang ambulans ketika kecemasan, penunggang motosikal ditahan - Sinarharian - 23/10 8:57 pm BALIK PULAU Tindakan seorang penunggang motosikal yang dipercayai menghalang laluan sebuah ambulans ketika dalam kecemasan di Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Tiram, Bayan Lepas membawa padah apabila dia ditahan polis pada Jumaat.Penahanan itu dibuat susulan penularan video berdurasi 44 saat yang memaparkan kejadian berkenaan menerusi akaun TikTok MRCS Penang.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya mengesan video tersebut pada Jumaat sebelum berjaya mengenal pasti dan menahan lelaki yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa."Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memberikan keutamaan kepada kenderaan kecemasan yang sedang menjalankan tugas."Tindakan menghalang laluan kenderaan kecemasan boleh menjejaskan usaha menyelamatkan nyawa terutama ketika pesakit memerlukan bantuan segera."Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis," ujarnya lagi. |
|
PPG70 kemuka lima saranan pastikan TuJu benar-benar bersedia - Sinarharian - 23/10 8:46 pm SHAH ALAM - Aplikasi navigasi tempatan, TuJu perlu menjalani audit keselamatan siber dan privasi oleh pihak bebas sebelum diangkat sebagai alternatif utama kepada Waze dalam perkhidmatan awam.Pengerusi Pertubuhan Profesor G70 (PPG70), Profesor Emeritus Datuk Dr Wan Ramli Wan Daud berkata, perkara itu antara lima saranan dikemukakan pihaknya kepada kerajaan bagi memastikan aplikasi berkenaan benar-benar bersedia, selain menggesa ringkasan hasil audit diumumkan kepada umum.Menurutnya, gangguan yang dialami TuJu selepas pengumuman larangan penggunaan Waze menunjukkan masih terdapat jurang kesediaan yang perlu ditangani segera."Gangguan yang dialami aplikasi TuJu sejurus selepas pengumuman larangan, serta permohonan maaf Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung gangguan itu, menunjukkan bahawa jurang kesediaan tersebut wujud."Jurang ini perlu ditangani segera, bukan dinafikan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Wan Ramli berkata, PPG70 turut menyarankan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menerbitkan ringkasan penilaian risiko yang menjadi asas larangan penggunaan Waze tanpa mendedahkan butiran yang boleh menjejaskan keselamatan negara.Beliau berkata, piawaian penilaian yang sama juga perlu dikenakan terhadap semua aplikasi asing yang mengumpul data lokasi dan pergerakan pengguna dalam perkhidmatan awam tanpa mengira negara asal syarikat.Selain itu, PPG70 mahu LLM dan rakan kongsinya, Prosignal Consortium Sdn Bhd menjelaskan pihak yang menjadi pengawal data TuJu, lokasi serta tempoh penyimpanan data dan tahap kebergantungan aplikasi berkenaan terhadap perkhidmatan pemetaan pihak ketiga.Menurutnya, pengurusan data tersebut juga wajar selaras dengan prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).PPG70 turut mencadangkan kerajaan menyediakan garis panduan seragam kepada ketua jabatan berhubung skop larangan, termasuk penggunaan peranti rasmi dan peribadi, tempoh peralihan serta senarai aplikasi alternatif yang dibenarkan.Pada masa sama, Wan Ramli berkata, PPG70 menyokong keputusan kerajaan menerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melarang penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi kerajaan.Menurutnya, data lokasi dan pergerakan pegawai kerajaan merupakan maklumat strategik negara yang perlindungannya tidak wajar bergantung kepada tujuan mana-mana syarikat asing.Beliau menjelaskan, aplikasi navigasi mengumpul data geolokasi secara masa nyata dan berterusan yang apabila dihimpunkan pada skala besar mampu mendedahkan corak pergerakan pegawai, lokasi kemudahan kerajaan serta aliran mobiliti di sekitar infrastruktur kritikal negara.PPG70 turut mengambil maklum penjelasan Menteri Digital di Dewan Rakyat bahawa larangan berkenaan melibatkan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi dan orang ramai tidak diwajibkan menggunakan TuJu semata-mata.Pertubuhan itu berpandangan rakyat berhak memilih aplikasi navigasi berdasarkan maklumat lengkap mengenai cara data mereka dikumpul, disimpan dan digunakan.PPG70 juga menyatakan kesediaan menyumbangkan kepakaran ahlinya menerusi panel penilai akademik bebas bagi membantu kerajaan, LLM dan pembangun aplikasi tempatan meningkatkan kebolehpercayaan, ketepatan serta perlindungan data sistem navigasi negara. |
|
Pegawai Kanan, Anggota Perlu Saling Hormat, Pelihara Disiplin - Ketua Polis Negara - Siakapkeli - 23/10 8:31 pm Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail mengingatkan warga PDRM supaya memelihara disiplin, menghormati pegawai lebih kanan dan menerima teguran sebagai usaha memperkukuh keharmonian pasukan. |
|
Mayat bayi ditemui di kawasan pembuangan sampah - Sinarharian - 23/10 7:31 pm KUALA LUMPUR - Mayat bayi perempuan dianggarkan berusia tujuh bulan ditemui di kawasan pembuangan sampah di sebuah apartmen di Abdullah Hukum Bangsar di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.43 pagi."Hasil siasatan mendapati, mayat bayi itu ditemui di sebuah tong sampah dan telah di bawa ke Unit Forensik Hospital KualaLumpur (HKL) untuk bedah siasat."Kita masih menjalankan siasatanmengikut Seksyen 31 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana balai polis berdekatan.Terdahulu, tular rakaman memaparkan pegawai forensik sedang mengangkat mayat seorang bayi di dalam sebuah tong sampah di lokasi berkenaan.Tindakan tidak bertanggungjawab membuang bayi itu mengundang pelbagai reaksi sedih dan kemarahan orang ramai di media sosial. |
|
Sekat Waze untuk semua, bukan cuma penjawat awam - Harakahdaily - 23/10 7:17 pm KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempertimbangkan sekatan penggunaan aplikasi navigasi Waze di seluruh negara dan bukan hanya mengehadkan larangan itu kepada penjawat awam sekiranya serius mahu menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin |
|
Bayi lelaki ditemukan dalam kotak bawah tangga pangsapuri - Sinarharian - 23/10 7:16 pm GOMBAK - Seorang bayi lelaki ditemukan masih hidup di dalam kotak tyang ditinggalkan di bawah tangga sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu jam 9.14 pagi."Laporan telah dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun yang menemui bayi berkenaan."Bayi lelaki itu dipercayai ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang belum dikenal pasti," katanya kepada media pada Jumaat.Ibrahim berkata, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan kini sudah ditempatkan di sebuah hospital untuk pemantauan lanjut."Kita telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Hisham Mohd Rahman @ Amir Hamzah, menerusi talian 010-947 5532 bagi membantu siasatan. |
|
Amarjit dapat pengiktirafan antarabangsa - Sinarharian - 23/10 7:05 pm PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill menerima Anugerah Kepimpinan Ikon The BrandLaureate bagi Kepimpinan Global dalam Sukan Antarabangsa di Kuala Lumpur pada malam Khamis.Anugerah itu disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif yang juga Penaung The BrandLaureate.PKBM dalam kenyataan hari ini memaklumkan anugerah itu diberikan kepada Amarjit sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada sukan berbasikal serta peranan dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam kepimpinan sukan antarabangsa.Amarjit dalam kenyataan sama berbesar hati terhadap pengiktirafan itu dan mendedikasikan anugerah itu kepada semua pihak yang menyumbang kepada pembentukan serta kemajuan sukan berbasikal di Malaysia, Asia dan peringkat dunia bersamanya."Anugerah ini mencerminkan komitmen bersama persekutuan kebangsaan, atlet, jurulatih, pegawai, rakan kerjasama serta ramai individu berdedikasi yang bekerja tanpa mengenal penat lelah di belakang tabir," katanya.Amarjit, yang juga seorang peguam, sebelum ini mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama dipilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selain memegang jawatan Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) |
|
'Kandungan promosi bukan hanya tanggungjawab pempengaruh' - CMCF - Sinarharian - 23/10 6:34 pm SHAH ALAM - Jenama, agensi dan pelanggan perlu turut bertanggungjawab terhadap kandungan promosi yang dihasilkan pempengaruh, sekali gus bukannya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pencipta kandungan.Perkara itu antara isu dibincangkan dalam cadangan Garis Panduan Pempengaruh dan Kerjasama Jenama oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) menerusi Dialog Dewan Bandaraya di Kuala Lumpur pada Khamis.Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood berkata, piawaian yang berkesan perlu mengambil kira realiti industri dan peranan setiap pihak dalam menghasilkan kandungan promosi.Menurutnya, tanggungjawab tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada individu yang muncul di hadapan kamera kerana kandungan dihasilkan mungkin berdasarkan taklimat agensi, dakwaan pelanggan atau permintaan jenama."Memang mudah untuk memberitahu pempengaruh supaya bertanggungjawab, tetapi tanggungjawab tidak bermula dan berakhir dengan individu yang muncul di skrin."Pencipta kandungan mungkin bekerja berdasarkan taklimat yang disediakan agensi, membuat dakwaan yang diberikan pelanggan atau didesak untuk menyiarkan sesuatu yang mereka tidak selesa kerana jenama mahukannya begitu," katanya.Dialog bertemakan "Ruang Anda |
|
Program Jualan Agro Madani edisi Pasar Klate bawa cita rasa Kelantan ke Lembah Klang - Sinarharian - 23/10 6:16 pm SELAYANG - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan Program Jualan Agro Madani edisi Negeri Kelantan 2026 bertemakan Pasar Klate bagi mengetengahkan makanan tradisional, hasil pertanian dan persembahan kebudayaan Kelantan kepada masyarakat di sekitar Lembah Klang.Program yang berlangsung di pekarangan Ibu Pejabat FAMA Bandar Baru Selayang bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang pada Jumaat itu turut membuka peluang pasaran kepada 39 usahawan menerusi 52 lot jualan dengan anggaran pendapatan tambahan antara RM2,000 hingga RM2,500.FAMA berkata, program tersebut menyasarkan nilai jualan RM100,000 dengan penjimatan sebanyak RM30,000 yang dijangka memanfaatkan 8,000 orang seisi rumah."Program ini menawarkan pelbagai barangan asas dan hasil pertanian segar pada harga berpatutan."Ia termasuk 250 set Kombo Madani Ayam Kerutuk Agromas RM10 berbanding RM25; tambahan 200 set sempena Happy Hour pada harga RM5; 300 papan telur ayam Gred B RM10 sepapan berbanding RM15; 300 ekor ayam segar RM10 seekor serta 300 kilogram (kg) daging segar tempatan RM25/kg."Pengunjung turut berpeluang mendapatkan buah-buahan bermusim, sayur-sayuran segar, produk Agromas, minuman Kopiesatu dengan potongan 50 peratus dan 250 paket sayuran percuma," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Majlis perasmian Program Jualan Agro Madani edisi Negeri Kelantan 2026 disempurnakan oleh Pengerusi FAMA, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus sambil diiringi Ketua Pengarahnya, Faisal Iswardi Ismail serta barisan pengurusan tertinggi agensi.FAMA turut memaklumkan, penganjuran memfokuskan kepada jualan telur ayam memandangkan bekalan negara kekal mencukupi ketika ini dengan lebihan 1.015 bilion biji telur, berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) setakat Ogos lalu.FAMA berkata, pihaknya turut melaksanakan intervensi harga dengan menawarkan telur pada kadar 50 sen hingga RM5 sepapan lebih rendah berbanding pasaran bagi membantu meringankan beban rakyat selain keperluan menstabilkan harga."Sehingga 20 Oktober lepas, FAMA telah melaksanakan pengedaran sebanyak 35 juta telur ayam dengan nilai RM13.4 juta melalui 152 outlet pemasaran FAMA dan 4,182 program di seluruh negara."Langkah ini bertujuan memastikan bekalan telur terus stabil dan dapat diagihkan kepada rakyat pada harga mampu milik."Sebagai agensi peneraju pemasaran agromakanan negara, FAMA memainkan peranan menghubungkan petani dan usahawan secara terus dengan pengguna, memperluas peluang pasaran serta memastikan bekalan makanan dapat diperoleh pada harga lebih berpatutan," ujarnya.Jelas agensi itu lagi, keberkesanan inisiatif dapat dilihat melalui pencapaian Jualan Agro Madani di seluruh negara yang merekodkan nilai jualan RM77.65 juta dengan penjimatan pengguna sebanyak RM24.72 juta."Ia dibuktikan menerusi 3,344 program yang dilaksanakan dari 1 Januari hingga 11 Oktober baru-baru ini melibatkan 54,124 usahawan dan 4.63 juta pengunjung," jelas FAMA. |
|
Baru ada akai! Tun Faisal sindir Pas langgar aturan sendiri - Harapandaily - 23/10 6:04 pm Jika Pas mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) dan melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu sejak awal, kemelut dalaman berkenaan tidak sepatutnya berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) |
|
Monsun Timur Laut bermula 27 Oktober, dijangka bawa tiga hingga lima episod hujan lebat - Sinarharian - 23/10 5:15 pm KUALA LUMPUR - Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada 27 Oktober ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan dan menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta berkedudukan rendah.Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, MTL 2026/2027 dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan."Semasa MTL, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, pada fasa awal monsun dari November 2026 hingga Januari 2027, sebanyak tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku.Keadaan itu katanya, berpotensi menyebabkan banjir, khususnya di kawasan berhampiran sungai dan kawasan tanah rendah."Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan," katanya.Mohd Hisham berkata, memasuki fasa akhir MTL dari Januari hingga Mac 2027, taburan hujan dijangka berkurangan, terutama di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dan Sabah."Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba yang lebih ekstrem berikutan pengaruh fenomena El Nio sangat kuat (Super) yang sedang berlaku," katanya.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca sepanjang MTL dan sentiasa peka terhadap maklumat, nasihat ramalan sertaamaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia.Maklumat boleh diperoleh melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau talian hotline 1-300-22-1638. |
|
Zakat MAINPP salur bantuan kepada 83 warga TUDM - Sinarharian - 23/10 4:44 pm BUTTERWORTH Seramai 83 penerima terdiri daripada 11 balu anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 72 pesakit kronik menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Jelajah Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Butterworth di sini pada Jumaat.Selain itu, seramai 30 anak anggota TUDM turut menerima sumbangan membabitkan 24 anak berkeperluan khas, lima pelajar cemerlang dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang merupakan hafiz serta pernah mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan.Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka terus diberikan perhatian.Menurutnya, pengorbanan warga TUDM bukan sahaja melibatkan tanggungjawab mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara malah turut menuntut sokongan serta pengorbanan keluarga yang sentiasa berada di belakang mereka."Di sebalik uniform dan tanggungjawab yang dipikul, mereka juga merupakan suami, isteri, ibu dan bapa yang mempunyai keluarga serta tanggungjawab masing-masing."Justeru, kebajikan anggota serta keluarga mereka perlu diberikan perhatian sewajarnya," katanya ketika berucap pada program berkenaan di sini pada Jumaat.Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP menambah, selain bantuan bakul makanan dan sumbangan kepada anak anggota TUDM, Zakat MAINPP turut menyalurkan RM2,000 kepada surau pangkalan berkenaan bagi menyokong aktiviti pengimarahan.Dalam pada itu katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyumbang RM3,000 menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bentuk Simpan SSPN Prime kepada 30 anak anggota TUDM."Zakat MAINPP juga menambah RM100 bagi setiap penerima menjadikan keseluruhan sumbangan simpanan pendidikan itu berjumlah RM6,000, bersamaan RM200 bagi setiap anak."Usaha berkenaan selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) khususnya dalam memperkukuh sosioekonomi dan kesejahteraan umat Islam melalui pendekatan transformasi asnaf," ujarnya.Menurutnya, bantuan zakat bukan sekadar bertujuan memenuhi keperluan semasa sebaliknya perlu menjadi pemangkin kepada penerima untuk meningkatkan taraf kehidupan, berdikari dan akhirnya berupaya menjadi pembayar zakat."Kejayaan zakat tidak seharusnya diukur melalui jumlah kutipan dan agihan semata-mata."Yang lebih penting ialah sejauh mana bantuan tersebut dapat mengubah kehidupan penerima, mengurangkan kesusahan serta membantu mereka membina masa depan yang lebih baik," katanya.Tambah beliau, Zakat MAINPP merekodkan kutipan sebanyak RM202.48 juta pada 2025 manakala jumlah agihan pula mencecah RM200.11 juta yang memberi manfaat kepada 45,831 penerima asnaf.Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menunaikan kewajipan berzakat melalui potongan gaji yang diuruskan oleh Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT).Katanya, kutipan zakat daripada anggota ATM menerusi kaedah berkenaan berjumlah RM601,336.75 pada 2025."Saya berharap lebih ramai warga TUDM yang memenuhi syarat dapat menunaikan zakat melalui saluran disediakan bagi memperluas manfaatnya kepada golongan yang memerlukan."Kerjasama antara MAINPP, Zakat MAINPP dan TUDM diharap dapat diteruskan menerusi lebih banyak program kebajikan, pendidikan dan pembangunan kerohanian pada masa hadapan," katanya. |
|
Kerajaan digesa perjelas dakwaan salah guna kuasa pembangunan TuJu - Sinarharian - 23/10 4:35 pm SHAH ALAM - Kerajaan digesa menjelaskan dakwaan berhubung kemungkinan berlaku salah guna kuasa dalam pembangunan aplikasi navigasi tempatan, TuJu, selain melaksanakan audit bebas serta menetapkan petunjuk prestasi yang boleh diukur terhadap aplikasi berkenaan.Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, kerajaan wajar mendedahkan struktur kerjasama antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB), termasuk kos pembangunan, proses pemilihan rakan pelaksana serta mekanisme pemantauan setakat yang dibenarkan undang-undang.Menurutnya, sebarang dakwaan salah laku hendaklah disiasat secara bebas, tanpa menghukum mana-mana pihak sebelum bukti diperoleh."Kerajaan disaran menerbitkan penilaian keselamatan siber dan perlindungan data yang menyokong keputusan melarang Waze bagi urusan rasmi, melaksanakan audit bebas terhadap pembangunan TuJu serta menetapkan petunjuk prestasi yang boleh diukur."Pelaksanaan TuJu juga wajar dibuat secara berperingkat, dengan ujian kebolehgunaan, ketepatan navigasi, kestabilan sistem dan keupayaan menangani pertambahan pengguna," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, LLM bersama penyedia aplikasi, PCSB giat melaksanakan usaha pemulihan dan penambahbaikan aplikasi navigasi tempatan, TuJu, susulan gangguan teknikal selepas peningkatan ketara jumlah pengguna.Menurut LLM, peningkatan itu berlaku susulan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya orang ramai mempertimbangkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan.Katanya, penambahbaikan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan TuJu menyediakan perkhidmatan yang lebih stabil, tepat dan mesra pengguna.Mengulas lanjut, Mike Chong berkata, kerajaan mesti membuktikan tahap kesediaan, kebolehgunaan dan keberkesanan TuJu sebelum menggalakkan orang ramai menggunakannya sebagai alternatif kepada Waze."Namun, timbul persoalan mengenai asas kerajaan mengetengahkan TuJu sebagai alternatif kepada Waze sedangkan Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengakui aplikasi itu masih memerlukan penambahbaikan."Inovasi tempatan wajar disokong, tetapi sokongan itu mesti disertai bukti prestasi, tatakelola yang baik dan perlindungan wang awam," katanya.Tambah beliau, integriti, ketelusan dan akauntabiliti mesti menjadi asas setiap keputusan kerajaan, dan rakyat berhak mengetahui mengapa TuJu diketengahkan sebelum semua kelemahannya diatasi.Mengulas isu konsistensi dasar, beliau mempersoalkan status kerjasama sedia ada agensi kerajaan dengan Waze, termasuk program 'Waze Connected Citizens' oleh Perbadanan Putrajaya sejak 2019 serta saluran rasmi Kerajaan Negeri Selangor untuk laporan jalan berlubang dan bencana."Jika Waze kini dianggap berisiko daripada sudut keselamatan data, adakah kerajaan telah menilai semula kerjasama sedia ada ini?."Apakah perubahan penilaian risiko yang membawa kepada keputusan tersebut, dan bagaimana data yang dikongsi sebelum ini dilindungi?" soalnya.Dalam masa sama, Mike Chong berpandangan pengguna seharusnya diberikan pilihan untuk menggunakan aplikasi navigasi mengikut keselesaan selagi tidak menyalahi undang-undang. |
|
PN panggil mesyuarat: Tunggu jemputan rasmi, semak implikasi undang-undang - Tun Faisal - Sinarharian - 23/10 4:05 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menunggu jemputan rasmi mesyuarat Perikatan Nasional (PN) susulan penggantungan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga akan menantikan semakan implikasi undang-undang dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)."Pas sepatutnya sejak awal mematuhi Perlembagaan PN serta aturan pertubuhan itu selaku pengerusi dan pentadbir gabungan berkenaan."Jika Pas patuh dan melaksanakan keputusan-keputusan MT (Majlis Tertinggi) PN secara amanah dan tidak bertangguh-tangguh, tidak ada pemimpin Pas yang bukan anggota MT bertindak melanggar keputusan serta tidak berunding di belakang secara mengenepikan MT, perkara ini tidak akan sampai ke peringkat mahkamah dan RoS," katanya pada Jumaat.Sebelum ini Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PN akan memanggil Bersatu menghadiri mesyuarat meskipun kemelut antara kedua-dua pihak masih belum reda.Menurutnya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung Notis Pembatalan Pendaftaran PN yang dikeluarkan RoS membolehkan gabungan itu mengadakan mesyuarat.Terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad memutuskan penggantungan berkenaan selepas berpendapat terdapat kemudaratan lebih besar kepada gabungan itu selaku pemohon sekiranya penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan.Hakim kemudian membenarkan permohonan gabungan parti itu supaya notis berkenaan digantung sehingga prosiding substantif semakan kehakiman didengar.Dalam pada itu Tun Faisal menegaskan, Pas perlu memahami mereka tidak sepatutnya bertindak secara unilateral dan melanggar perlembagaan PN ada perlembagaan serta aturannya."Keputusan 'stay' tidak memutuskan sama ada keputusan RoS salah dan Pas tidak pernah melanggar Perlembagaan PN, menindas dan menafikan hak Bersatu sebagai parti anggota PN."Panggilan mesyuarat, kata orang Perak, baru ada akai," ujarnya. |
|
Dera pembantu rumah: Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Dera pembantu rumah: Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan SHAH ALAM - Pasangan suami isteri antara suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia sehingga melecur di seluruh badan pada 16 Oktober lalu |
|
Lelaki menyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor .. - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Lelaki menyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor 'cekau' RM700,000 SHAH ALAM - Penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor mengakibatkan kerugian kira-kira RM700,000 sejak 2024 |
|
Kes Noorizwan: Ramkarpal tuntut KPN jelas asas siasat tiga peguam - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Kes Noorizwan: Ramkarpal tuntut KPN jelas asas siasat tiga peguam KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail digesa menjelaskan peruntukan undang-undang yang menjadi asas kepada siasatan terhadap tiga peguam yang mewakili keluarga Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis awal bulan ini |
|
Lima suspek kes mayat ditanam di Semenyih masih diburu – KP... - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Lima suspek kes mayat ditanam di Semenyih masih diburu - KP Selangor SHAH ALAM Polis masih memburu lima suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan lelaki berusia 42 tahun yang mayatnya ditemukan ditanam di Semenyih, Kajang pada bulan lalu |
|
Empat lelaki didenda RM1,000 gaduh gempar di Tokong Ampang - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Empat lelaki didenda RM1,000 gaduh gempar di Tokong Ampang AMPANG -Empat lelaki masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan gaduh gempar di Tokong Kuo Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Isnin lalu |
|
Bekas pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM5.5 juta, AMLA RM403,000 .. - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Bekas pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM5.5 juta, AMLA RM403,000 KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah syarikat perisian dan teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah RM5.5 juta dan terlibat dalam transaksi pengubahan wang haram sebanyak RM403,000, pada 2019 |
|
Ustaz Wadi Annuar antara lima cedera kemalangan tiga kenderaan di Gerik - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Ustaz Wadi Annuar antara lima cedera kemalangan tiga kenderaan di Gerik IPOH - Pendakwah terkenal Ustaz Wadi Annuar antara lima yang cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat, Gerik, awal pagi tadi |
|
AGC rayu keputusan mahkamah gantung pembatalan pendaftaran PN AGC rayu .. - Mygazette - 23/10 3:39 pm # AGC rayu keputusan mahkamah gantung pembatalan pendaftaran PN KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) semalam. AGC memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
|
Dr Akmal tak guna wang sumbangan RM173,000, mahu infak kepada golongan... - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Dr Akmal tak guna wang sumbangan RM173,000, mahu infak kepada golongan memerlukan KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memohon izin daripada orang ramai yang menyumbang kepadanya supaya membenarkan wang berjumlah RM173,000 itu diinfak kepada golongan yang lebih memerlukan |
|
Jangan jadikan agensi kerajaan medan percaturan politik ??? Nuridah - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Jangan jadikan agensi kerajaan medan percaturan politik Nuridah KUALA LUMPUR Semua pihak diseru menghormati kebebasan institusi kehakiman dan tidak menjadikan agensi kerajaan sebagai medan percaturan politik bagi memastikan pentadbiran negara kekal berintegriti, telus serta bebas daripada campur tangan politik |
|
Stor kuil tak berdaftar di Klang Selatan tempat simpan dadah diserbu - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Stor kuil tak berdaftar di Klang Selatan tempat simpan dadah diserbu SHAH ALAM - Stor sebuah kuil tidak berdaftar di Klang Selatan dijadikan tempat menyimpan dadah yang aktif sejak awal tahun diserbu polis dalam operasi baru-baru ini |
|
Jangan guna jentera kerajaan tekan PN – Afnan - Mygazette - 23/10 3:39 pm KUALA LUMPUR Pemuda Pas memberi amaran supaya jentera kerajaan tidak disalahgunakan untuk menekan Perikatan Nasional (PN) susulan keputusan mahkamah yang membuktikan tindakan pihak berkuasa tetap tertakluk kepada semakan undang-undang |
|
Buletin Puspakom, Jpj Tegas Pertahan Integriti Pemeriksaan: Tiada Kompromi .. - Mekanika - 23/10 3:39 pm # PUSPAKOM, JPJ TEGAS PERTAHAN INTEGRITI PEMERIKSAAN: TIADA KOMPROMI TERHADAP TAKTIK SEWA TAYAR **PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) menyatakan sokongan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kegiatan penyewaan tayar untuk membolehkan kenderaan perdagangan melepasi pemeriksaan berkala di Gebeng, Kuantan.** Kegiatan yang terbongkar menerusi Ops Bengkel itu dipercayai menawarkan tayar yang memenuhi piawaian pemeriksaan pada kadar sewaan antara RM100 hingga RM150 bagi setiap kenderaan |
|
Bekas Pengarah Syarikat IT Didakwa Pecah Amanah RM5.5 Juta, Pengubahan Wang Haram - Siakapkeli - 23/10 3:34 pm KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Seorang bekas pengarah syarikat perisian dan teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini, atas p... |
|
Lelaki maut tangki helium meletup - Utusan - 23/10 3:34 pm PETALING JAYA: Seorang lelaki maut akibat letupan tangki helium di sebuah kilang barang lupus di Sungai Chua, Kajang, pagi tadi |
|
Perak angkat jenama ikan tempatan setanding Ikan Pahang - Utusan - 23/10 3:27 pm KUALA KANGSAR: Sebagai negeri pengeluar dan penyumbang pendaratan ikan terbesar di Malaysia, Perak mahu mengangkat jenama Ikan Perak sebagai hidangan kepada orang ramai |
|
Sepatutnya Pak Menteri bertindak mendamaikan… - Harakahdaily - 23/10 3:25 pm IZINKAN saya meluahkan apa yang saya rasa berkenaan dengan isu melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Shuhaily Mohd Zin dan dua anggota Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga berlanjutan sampai ke mahkamah semalam |
|
Bekas pengarah syarikat IT didakwa pecah amanah RM5.5 juta - SUN - 23/10 3:16 pm Bekas pengarah syarikat IT mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah RM5.5 juta dan pengubahan wang haram RM403,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. |
|
Dulu nak jaga Melayu, raja dan Islam, sekarang jual ikan – Sany sindir Ketua Pemuda - Harapandaily - 23/10 3:15 pm Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, menyindir seorang Ketua Pemuda parti politik yang pernah melaungkan slogan mempertahankan Melayu, Islam dan institusi diraja, tetapi menurutnya kini memperlihatkan percanggahan pendirian dalam isu membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan |
|
Eksploitasi seks kanak-kanak, Geng ‘Yunaa’ didakwa - Utusan - 23/10 3:13 pm PETALING JAYA: Seramai sembilan individu berusia antara 18 hingga 44 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng Yunaa |
|
Navigasi tempatan jangan sekadar tiru Waze - Utusan - 23/10 3:08 pm PETALING JAYA: Pembangunan aplikasi navigasi tempatan seperti TuJu dan PINTAZ tidak seharusnya meniru Waze semata-mata, sebaliknya perlu dimanfaatkan untuk membina kepakaran tempatan dalam teknologi peta digital dan navigasi |
|
Dialog Negara Bangsa: Kemerdekaan bukan warisan semata-mata, perlu terus dipertahankan - Astroawani - 23/10 3:02 pm Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Roy Anthony Rogers berkata, generasi muda perlu menghargai pengorbanan generasi terdahulu yang telah berjuang bermati-matian bagi mencapai kemerdekaan negara. |
|
RoS rayu keputusan gantung pembatalan pendaftaran PN - Sinarharian - 23/10 2:42 pm PUTRAJAYA Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).Rayuan itu difailkan oleh Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selepas tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat Hakim, Datuk Azizan Md Arshad yang membenarkan permohonan penggantungan pada Khamis.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili PN, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian.Pada Khamis, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PN untuk menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftaran gabungan itu sehingga prosiding substantif semakan kehakiman didengar.Azizan membuat keputusan tersebut selepas berpendapat terdapat kemudaratan lebih besar kepada PN sekiranya permohonan penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan.Sebelum itu, RoS pada 20 Oktober lalu membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan berkenaan tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.Pada 22 September lalu, RoS mengeluarkan notis kepada PN sebelum perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu berkuat kuasa pada 23 September di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.Susulan tindakan itu, lima pemimpin parti komponen PN yang diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan berkenaan.Empat pemohon lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah.PN mendakwa tindakan RoS boleh menjejaskan penyertaan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, khususnya peluang calon bertanding menggunakan nama dan logo PN.Gabungan itu turut menyatakan bahawa sebarang keputusan mahkamah selepas hari penamaan calon akan menyebabkan peluang berkenaan tidak dapat dikembalikan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November dan hari mengundi pada 14 November bagi PRN Melaka. |
|
Bekas pengarah syarikat IT didakwa pecah amanah RM5.5 juta, pengubahan wang haram - Mkini - 23/10 2:38 pm Liew Kok Leong, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. |
|
Lelaki maut tangki helium meletup ketika kimpalan - Kosmo - 23/10 2:26 pm KAJANG – Seorang lelaki tempatan maut dipercayai akibat letupan tangki helium ketika melakukan kerja kimpalan di sebuah kilang barang lusuh di Persiaran Sungai Chua di sini, hari ini |
|
Lelaki pulangkan RM19,300 ditemui di lokasi kemalangan terima penghargaan - Sinarharian - 23/10 2:21 pm SETIU - Tindakan seorang lelaki berusia 57 tahun yang menyerahkan wang tunai sebanyak RM19,300 ditemuinya berhampiran lokasi kemalangan di daerah ini mendapat penghargaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain berkata, Hamid Samat, menemukan wang tunai tersebut di dalam sebuah beg plastik berwarna hijau berhampiran sebuah kenderaan terlibat dalam kemalangan."Wang tersebut ditemui ketika berada di lokasi kejadian untuk melihat keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan."Beliau kemudian telah menyerahkan wang tersebut kepada Pegawai Bertugas (OCS) Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut, sebelum berjaya diserahkan semula kepada waris mangsa," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.Beliau berkata, Hamid diraikan dalam satu majlis penyerahan sijil penghargaan di Pejabat Ketua Polis Daerah Setiu pada Rabu sebagai tanda pengiktirafan atas integriti dan sikap amanah ditunjukkan.Majlis penyerahan sijil penghargaan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ahmad Badrul Hisyam Ghazali; KBST, Inspektor Tengku Hazlan Tengku Hazmi; Ketua Polis Balai Sungai Tong serta dua orang anggota trafik.Zahril Asri berkata, tindakan Hamid wajar dijadikan teladan kerana ia mencerminkan nilai kejujuran, amanah dan tanggungjawab yang kukuh dalam kehidupan bermasyarakat."Sikap sedemikian wajar dicontohi kerana integriti bukan sekadar nilai yang diucapkan, malah perlu dibuktikan melalui tindakan yang ikhlas dan beretika."Polis Daerah Setiu turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan yang dipamerkan dan berharap amalan murni itu menjadi inspirasi kepada masyarakat umum untuk terus membina komuniti yang bertanggungjawab, harmoni serta saling mempercayai," jelasnya. |
|
Penyelidikan universiti perlu berfokus, elak kerja secara silo - Sinarharian - 23/10 2:18 pm GEORGE TOWN Penyelidikan universiti perlu beralih daripada pendekatan bersendirian kepada kerjasama rentas institusi bagi memastikan hasil kajian memberi impak nyata kepada pembangunan negara.Profesor Dr Abdul Latif Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, universiti perlu mengenal pasti keperluan sebenar negara dan menyelaraskan hala tuju penyelidikan berdasarkan keutamaan berkenaan, bukannya sekadar menjalankan kajian mengikut minat masing-masing.Menurutnya, kerjasama antara universiti juga penting bagi menghimpunkan kepakaran sedia ada di seluruh negara sekali gus mengelakkan pertindihan penyelidikan dan pembaziran sumber."Universiti perlu menjurus penyelidikan ke arah kepentingan negara |
|
Pengarah syarikat tak mengaku tipu ahli perniagaan RM1.5 juta - Kosmo - 23/10 2:14 pm SEBERANG PERAI – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan bagi menandatangani perjanjian pinjaman berjumlah RM1.5 juta, tujuh tahun lalu |
|
Lelaki maut, tangki helium meletup ketika kerja kimpalan - Sinarharian - 23/10 2:05 pm KAJANG Seorang lelaki tempatan maut dpercayai akibat letupan tangki helium ketika melakukan kerja kimpalan di sebuah kilang barang lusuh di Persiaran Sungai Chua di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 pagi.Menurutnya, seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer."Pasukan bomba tiba di lokasi tujuh minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang ke bawah serta pendarahan teruk."Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. |
|
JPPM, menteri KDN rayu keputusan gantung pembatalan pendaftaran PN - FMT - 23/10 1:50 pm Menurut notis rayuan, ketua pengarah JPPM dan menteri KDN tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi. |
|
20kg dadah dirampas di rumah ibadat tidak berdaftar - Sinarharian - 23/10 1:29 pm SHAH ALAM - Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan sebuah rumah ibadat tidak berdaftar di Klang, dekat sini sebagai tempat penyimpanan menerusi operasi di sekitar Selangor dari 13 hingga 19 Oktober.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai pembantu separuh masa di rumah ibadat itu bagi membantu siasatan penemuan 20.6 kilogram (kg) dadah di situ."Dadah itu ditemukan di dalam stor rumah ibadat dan semakan mendapati tanah di situ digazetkan untuk tapak pembentungan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.Shazeli berkata, serbuan di Rawang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula menahan tujuh individu serta merampas pelbagai jenis dadah.Suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta tiga lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 19 hingga 48 tahun dengan seorang daripada warga tempatan mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau.Shazeli berkata, kes tersebut melibatkan rampasan dadah jenis bunga ganja seberat 81.3 kg, ganja (37 kg), 3,510 kartrij berisi ketamin, 84 botol ekstasi serta ketamin seberat 25.4 kg."Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM16.2 juta selain turut melibatkan dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai tempatan serta mata wang asing bernilai RM54,835," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam kes berasingan, Shazeli berkata, dakwaan mencuri dipercayai menjadi punca seorang pembantu rumah warga asing didera hingga melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat, baru-baru ini.Shazeli berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mula bekerja dengan majikannya pada hujung tahun lepas."Kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa disyaki mencuri dan merosakkan barang majikan," katanya.Sebelum ini, media melaporkan tiga wanita antara lima individu yang direman selama empat hari bermula 20 Oktober bagi membantu siasatan kes itu yang dipercayai berlaku pada 16 Oktober.- Bernama |
|
Ustaz Wadi stabil, dibenarkan keluar hospital - Sinarharian - 23/10 12:50 am GERIK - Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar yang dilaporkan cedera selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan kini berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar hospital.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, maklumat awal memaklumkan, Ustaz Wadi Annuar mengalami kecederaan ringan termasuk sakit di bahagian dada.Menurutnya, kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 45 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki Ustaz Wadi Annuar, Perodua Myvi dan Perodua Bezza.Menurutnya, kemalangan berkenaan membabitkan lapan individu dengan empat daripadanya mengalami kecederaan, manakala empat lagi tidak cedera."Tiada kematian dilaporkan setakat ini |
|
Ramkarpal seru Saifuddin perjelas siasat peguam kes mati dalam tahanan - FMT - 23/10 12:40 am Bekas timbalan menteri undang-undang turut gesa Ketua Polis Negara Khalid Ismail dedah peruntukan diguna siasat tiga peguam itu. |
|
Enam lelaki, tiga wanita didakwa jadi ahli Geng Yunaa - Sinarharian - 23/10 12:19 am PETALING JAYA - Seramai enam lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Yunaa, sejak tahun lalu.Semua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah kediaman servis, di sini antara Januari 2025 hingga 25 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima 20 tahun, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Lina Hanini Ismail berkata, pertuduhan berkenaan termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.Beliau yang hadir bersama seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainaa Ridzwan memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes.Syahliza tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 Disember depan.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, polis berjaya menumpaskan 'Geng Yunaa' yang disyaki terbabit dalam 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks menerusi Ops Angel di Lembah Klang pada 24 hingga 26 September lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, dalam operasi itu, tujuh individu berusia 18 hingga 44 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga Jumaat.Beliau berkata, dua lagi ahli kumpulan itu ditahan di Penjara Kajang dan Sekolah Henry Gurney, Melaka atas kesalahan sama.Beliau berkata, tangkapan itu membolehkan polis menyelesaikan 17 kes serta melumpuhkan satu kumpulan jenayah terancang di Selangor.MENYUSUL |
|
Polis giat buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor - Harapandaily - 23/10 12:15 am Polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang didakwa menyamar sebagai pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor dan melakukan penipuan mencecah RM700,000 |
|
Motosikal, ikan tilapia Akmal Saleh terjual RM180,000 - Sinarharian - 23/10 12:11 am SHAH ALAM - Selepas tiga hari membuka bidaan bagi motosikal dan ikan tilapia ternakannya, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan kedua-dua aset miliknya itu berjaya dijual pada harga keseluruhan RM180,000 hasil bidaan orang ramai.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, motosikal jenis Honda X-ADV dibeli oleh seorang rakannya pada harga RM150,000, manakala jualan keseluruhan ikan dalam kolamnya mengumpul hampir RM30,000."Pada masa yang sama, dicampur dengan jumlah simpanan saya dan keluarga insya-ALLAH boleh mencukupkan kepada RM300,000 menjelang minggu hadapan."Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Sebelum ini beliau dilapor menawarkan motosikal dan ternakan ikan tilapia yang diusahakan untuk dibida penyokong dan rakan-rakan dalam usaha mengumpul dana bagi membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000.Beliau diperintahkan Mahkamah Tinggi Melaka untuk membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk kepada veteran DAP, Teresa Kok, selain perintah injunksi bagi menghalangnya daripada membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu pada masa hadapan.Dalam pada itu Dr Muhamad Akmal turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu termasuk mereka yang masih menyalurkan wang meskipun beliau sebelum ini meminta supaya tiada lagi sumbangan diberikan kepadanya."Semua hasil sumbangan yang telah diberikan kepada saya mencecah hampir RM173 733.61 sehingga kenyataan ini dibuat."Sehubungan itu, saya ingin meminta izin dari anda semua yang telah memberi sumbangan untuk saya menginfakkan jumlah keseluruhan dan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan."Segala perincian setiap sen yang diagihkan, saya akan maklumkan di dalam media sosial |
|
Jangan guna kuasa untuk sekat PN Pemuda PAS - Harakahdaily - 23/10 12:03 am KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kuasa dan menjadikan jentera pentadbiran negara sebagai alat menyekat Perikatan Nasional (PN) daripada menjalankan kegiatan politik serta bersaing secara sah dalam sistem demokrasi.Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sebarang kemungkinan penyalahgunaan kuasa untuk menekan pihak lawan politik perlu dipandang serius, khususnya ketika negara […] The post Jangan guna kuasa untuk sekat PN Pemuda PAS appeared first on Harakahdaily . |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |