![]() |
/// |
|
Search : Jas News | Page 1 |
Penting UMNO bangkit semula, ubah strategi untuk kembali berkuasa – .. - Mgazette - 3/08 7:50 am # Penting UMNO bangkit semula, ubah strategi untuk kembali berkuasa - Johari JOHOR BAHRU - UMNO sebagai parti paling lama dalam negara seharusnya mempunyai pengalaman untuk mendepani sebarang situasi dalam memastikan kelangsungan perjuangan parti. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, parti tidak boleh merasakan rakyat akan sentiasa kenang jasa serta membalas budi dengan memberikan sokongan kepada UMNO |
Rumah baharu nyaris disambar api kebakaran belukar - Utusan - 3/08 7:40 am BAGAN SERAI: Keterujaan seorang lelaki untuk mula duduk di rumah baharunya bertukar cemas apabila kediamannya di Kampung Keramat di sini hampir disambar api kebakaran belukar. Jasni Mat Yusop, 36, berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.15 petang kelmarin selepas solat Jumaat semasa dia sedang membasuh rumah baharunya itu dan tiba-tiba terdengar bunyi api sedang marak .. |
Mahkamah boleh arah gali semula kubur - Peguam - Sinarharian - 2/08 6:13 pm SHAH ALAM- Mahkamah boleh mengarahkan pihak tertentu untuk menggali semula kubur bagi mengeluarkan mayat mangsa untuk tujuan bedah siasat, selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah mengikut undang-undang Malaysia.Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad berkata, bagaimanapun prosedur itu difahamkan tidak boleh membantu untuk menilai tisu lembut kerana jasad telah membusuk, tetapi masih relevan bagi kecederaan tulang.Menurutnya, ia berdasarkan keterangan Ketua di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain."Saya ambil keterangan Ketua di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh dalam kes kematian kadet Zul Farhan (PP lwn |
Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert Istimewa November Ini - Murai - 2/08 10:30 am Kumpulan muzik terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) yang terdiri daripada Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (gitaris), dan Kre Wanscher (dram), akan kembali ke Malaysia atas permintaan ramai bagi mengadakan konsert istimewa mereka |
Mengenang setahun kesyahidan Ismail Haniyeh - Harakahdaily - 2/08 6:00 am Al-Quds adalah ibu kota Palestin. Kami tidak mengiktiraf Israel…tidak mengiktiraf pengisytiharan Trump…biar kepala kami terpisah daripada jasad, al-Quds adalah segala-galanya” jerkah Sheikh Ismail Haniyeh dengan kobaran api semangat perlawanan |
Amazon CEO Wants To Put Ads In Your Alexa+ Conversations - Slashdot - 2/08 6:00 am An anonymous reader quotes a report from TechCrunch: Amazon CEO Andy Jassy sees an opportunity to deliver ads to users during their conversations with the company's AI-powered digital assistant, Alexa+, he said during Amazon's second-quarter earnings call Thursday |
Amazon stock sinks 8% after earnings: Here are the key takeaways - Cnbc - 2/08 4:01 am Revenue expansion in Amazon Web Services underwhelmed investors, who probed Amazon CEO Andy Jassy on why its cloud rivals are growing at faster rates. |
PGA serbu kilang proses tembaga, rampasan RM8.58 juta - Sinarharian - 1/08 10:43 pm IPOH Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya menumpaskan kegiatan pemprosesan sisa tembaga di sebuah kilang haram di Simpang Pulai, di sini menerusi serbuan dalam Operasi Hazard yang dijalankan pada Khamis.Operasi selama 13 jam itu turut melibatkan kerjasama strategik bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Perak, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak.Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama sebulan yang mendapati kilang berkenaan telah beroperasi tanpa lesen dan kelulusan JAS sejak lebih setahun lalu."Susulan operasi ini, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an ditahan, manakala pelbagai jenis bahan tembaga, jentera dan mesin dirampas dengan anggaran nilai keseluruhan RM8.58 juta."Siasatan awal mendapati bahan habuk dan bahan mentah tembaga diproses menjadi sekerap sebelum dipercayai dieksport ke luar negara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Shahrum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 34A dan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjalankan aktiviti tanpa kelulusan JAS."Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda antara RM100,000 hingga RM1 juta (bagi Seksyen 34A), serta denda antara RM100,000 hingga RM10 juta (bagi Seksyen 34B)."JAS Perak turut mengambil tindakan lanjut dengan penahanan operasi kelengkapan mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta 127," katanya.Menurutnya, selain itu, kilang terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana membuat pengisytiharan tidak betul berhubung pendapatan bagi tujuan percukaian.Jelasnya, penalti sehingga 45 peratus daripada jumlah cukai yang ditipu boleh dikenakan jika didapati bersalah.Shahrum menegaskan, PGA Briged Utara akan terus mempergiat rondaan dan pengawasan di Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekang sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan seumpama ini |
Axia merah kekal jadi kenangan, hadiah terakhir arwah suami - Hmetro - 1/08 6:06 pm Kuala Lumpur: Jasadnya sudah tiada, namun sebuah Axia merah kekal menjadi kenangan bermakna, bukan sekadar hadiah terakhir sebaliknya lambang cinta sejati seorang suami kepada isteri yang ditinggalkan, empat bulan lalu |
Tiga senjata Pahang perkasa FELDA - Sinarharian - 1/08 10:38 am Ini satu perkara yang luar biasa yang saya nampak membantu usahawanusahawan kita," jelasnya.Menyentuh mengenai nasib Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu sinonim dengan FELDA, Amizar mengakui begitu terkesan dengan kejadian yang menimpa bekas Perdana Menteri itu. Jelasnya, selain penubuhan FELDA sendiri yang merupakan cetusan idea bapa Najib iaitu Tun Abdul Razak, kedua-duanya begitu berjasa kepada masyarakat FELDA secara keseluruhannya."Sebab itu saya yakin dan percaya, saya mohon pada pihak kerajaan cuba fi kirkan (penyelesaian) sebab banyak perkara yang tak boleh dirungkai."Siapa yang tak kenal dan panggil Bosku di kawasan FELDA |
Amazon is spending a boatload on AI but investors are impatient for results - Theregister - 1/08 7:35 am Hang in there, it's early days, insists CEO Andy Jassy Amazon CEO Andy Jassy insists "AI will change every customer experience," but it's making investors nervous. |
Jason Momoa reveals shocking transformation ahead of 'Dune: Part Three' - Tomsguide - 1/08 1:33 am Jason Momoa just revealed a shocking change he's made for "Dune: Part Three." |
Lebih 500,000 tan e-waste diproses setakat Jun 2025, JAS perkukuh pengurusan - Astroawani - 31/07 10:00 pm Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan sebanyak 536,709 tan metrik sisa elektrik dan elektronik (e-waste) telah diproses oleh premis berlesen dari Januari 2021 hingga Jun 2025. |
Hargai pengorbanan pahlawan, kekalkan nikmat kemerdekan - Abang Johari - Astroawani - 31/07 9:15 pm Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat supaya tidak melupakan jasa parapejuang tanah air yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi kemerdekaan serta keamanan negara. |
Pelantikan bukan keistimewaan, tapi amanah Dr Zaliha - Sinarharian - 31/07 7:37 pm JOHOR BAHRU Pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor yang baharu disifatkan oleh Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai satu tanggungjawab besar, bukan keistimewaan.Dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Khamis, Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, beliau menerima amanah tersebut dengan penuh tawaduk dan komitmen bagi memperkukuh gerak kerja parti serta memperluas sokongan di peringkat akar umbi."Saya menerima pelantikan ini dengan penuh tawaduk dan komitmen. Insya-ALLAH, saya akan terus berganding bahu bersama seluruh pimpinan negeri, cabang, anggota parti serta jentera akar umbi untuk memastikan PKR terus menjadi parti harapan dan pilihan rakyat Johor."Fokus saya adalah untuk memperkukuh kesepakatan dalam kalangan anggota serta memperluas jaringan sokongan akar umbi melalui pendekatan mendengar dan mendampingi rakyat," katanya.Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan terdahulu atas jasa dan sumbangan mereka dalam menerajui PKR Johor selama ini."Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepimpinan terdahulu atas segala sumbangan dan jasa dalam mengemudi parti di peringkat negeri."Kepada seluruh warga PKR Johor, saya mengharapkan dukungan padu daripada semua agar kita dapat membina kekuatan bersama dan memacu perjuangan ini dengan lebih ampuh dan tersusun," katanya.Dr Zaliha menggantikan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang memegang jawatan Pengerusi PKR Johor sebelum ini.Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PKR memenangi enam kerusi Parlimen di Johor iaitu Parlimen Sekijang (Dr Zaliha Mustafa), Segamat (R |
Banteras pembakaran terbuka: JAS lakukan 4,247 rondaan, terbang 859 dron - Astroawani - 31/07 5:15 pm Sebanyak 4,247 rondaan darat dan 859 penerbangan dron dilaksanakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengesan dan membanteras kegiatan pembakaran terbuka yang menjadi punca utama jerebu. |
KPKT laksana reformasi pembersihan awam - Sinarharian - 31/07 4:52 pm KUALA LUMPUR Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal melaksanakan reformasi pembersihan awam di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), meliputi inisiatif jalan tanpa habuk, penggunaan kenderaan elektrik (EV) bagi kerja malam serta pengenalan sistem pemantauan bayaran secara Single Window Payment Monitoring System.Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pembaharuan itu bertujuan memodenkan sektor kebersihan negara supaya lebih cekap, selamat dan mampan selaras dengan agenda Malaysia Madani."Dengan peredaran teknologi dan cabaran urbanisasi, sektor pembersihan juga perlu mengadaptasi penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan serta profesionalisme tenaga kerja di lapangan," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan 2025 anjuran SWCorp di sini pada Rabu. Turut hadir Pengerusi SWCorp, Hee Loy Sian.Kor Ming menegaskan bahawa pekerja pembersihan perlu dilihat sebagai barisan hadapan yang memainkan peranan besar dalam kesejahteraan persekitaran negara."Tema Keringat Pekerja, Tunjang Kebersihan amat bertepatan kerana tugas mereka bukan sekadar kerja fizikal, tetapi mencerminkan komitmen dan integriti tinggi dalam menjaga kebersihan negara," ujarnya.Setakat ini, seramai 26,641 pekerja pembersihan berkhidmat di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672, dengan 36 peratus daripadanya adalah warga asing.Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang 2025 kepada tujuh pekerja terpilih mewakili negeri-negeri di bawah Akta 672 sebagai penghargaan terhadap dedikasi luar biasa mereka.Selain itu, tiga pekerja pembersihan turut menerima sumbangan khas sebagai tanda prihatin terhadap cabaran dan risiko yang mereka hadapi semasa menjalankan tugas.Dalam majlis sama, SWCorp turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) melalui pencapaian membina struktur burung terbesar daripada bahan kitar semula, yang kini dipasang di Kuantan Art Street sebagai simbol inovasi hijau dan kelestarian bandar.Kor Ming turut menyeru agar majlis penghargaan seperti ini dijadikan acara tahunan, dan pelaksanaannya diperluas ke seluruh negara termasuk negeri yang belum melaksanakan Akta 672.Beliau menambah, usaha memastikan kebersihan negara tidak hanya terletak di bahu pekerja semata-mata, malah turut menuntut kerjasama dan disiplin masyarakat dalam membuang sampah di tempat yang betul."Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 yang baru diluluskan membolehkan mahkamah mengenakan hukuman khidmat masyarakat terhadap pesalah yang membuang sampah kecil di tempat awam," katanya.Menurut beliau, pengiktirafan terhadap pekerja sektor 3D (Difficult, Dangerous, Dirty) bukan hanya simbolik, sebaliknya satu kewajipan moral seluruh agensi, syarikat dan masyarakat demi menghargai jasa mereka yang tidak ternilai. |
JAS uji sistem ramalan jerebu awal tahun depan - Astroawani - 31/07 4:40 pm Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam proses meneliti pembangunan sistem ramalan jerebu terperinci yang dijangka mula diuji pada suku pertama 2026. |
JAS terbangkan dron pantau pembakaran terbuka - Sinarharian - 31/07 4:10 pm KUALA LUMPUR Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan sebanyak 4,247 rondaan darat dan 859 penerbangan dron bagi memantau aktiviti pembakaran terbuka di seluruh negara.Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, statistik tersebut dicatatkan bagi tempoh tahun ini sehingga Julai.Menurutnya, JAS telah mengeluarkan 58 Notis Arahan, 27 tindakan mahkamah dan 59 kompaun terhadap pihak yang melakukan kesalahan berkaitan pembakaran terbuka."Isu jerebu turut menjadi fokus utama kerana ia memberi impak kesihatan yang serius kepada masyarakat."JAS sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menerusi 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, setiap jam, 24 jam sehari, melalui Pusat Data Kualiti Alam Sekitar (EDC) di Putrajaya," katanya semasa sesi libat urus di sini, pada Khamis.Turut hadir, Pengarah Bahagian Udara JAS, Nor Aziah Jaafar.Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, Malaysia terus bekerjasama dengan negara-negara jiran melalui ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution bagi menyelaras tindakan pencegahan dan mitigasi kebakaran tanah serta hutan di rantau ini.Tambahnya, melalui platform tersebut, Malaysia turut menyuarakan pelbagai cadangan dan inisiatif kepada negara-negara jiran untuk membanteras isu kebakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu merentas sempadan.Katanya lagi, di peringkat domestik, pelbagai tindakan telah dan sedang dilaksanakan, termasuk penguatkuasaan undang-undang dan rondaan di kawasan panas (hotspot), pemadaman kebakaran terbuka bersama agensi berkaitan serta pewartaan perwakilan kuasa kepada 13 agensi lain pada 7 Julai 2025, yang berkuat kuasa mulai 8 Julai 2025."Langkah ini merupakan inisiatif strategik bagi memperkukuh pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di lapangan, terutamanya dalam menangani isu pembakaran terbuka yang menyumbang kepada situasi jerebu."Pewakilan kuasa ini membolehkan tindakan segera, bersepadu dan lebih menyeluruh dapat dilaksanakan dengan pantas oleh agensi-agensi berkaitan," ujarnya.Jelas beliau, sebagai langkah kesiapsiagaan dan penyelarasan yang lebih komprehensif, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan sejak 26 Februari 2025 bagi menyelaras tindakan agensi-agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara."Selain itu, kerjasama rondaan dan pemantauan turut dijalankan bersama agensi rakan strategik seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi penguatkuasaan lain di peringkat negeri dan daerah," katanya.Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan segera melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan melalui talian bebas tol 1-800-88-2727. |
Banteras kilang e-waste haram di peringkat awal, usah tunggu tercemar - KP JAS - Sinarharian - 31/07 3:52 pm KUALA LUMPUR - Kilang sisa elektronik (e-waste) dan tapak sampah haram perlu dibanteras dan dihapuskan bermula di peringkat awal sebelum berlaku pencemaran.Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, tindakan awal perlu diambil oleh pihak berkaitan."Kilang haram perlu dibanteras dan dihapuskan dan usah tunggu sehingga pencemaran untuk panggil JAS siasat pencemaran."Kesalahan pertama ialah haram dan patut dirobohkan, buat apa perlu tunggu pencemaran baru mahu ambil tindakan."Tapak sampah haram yang terbakar sebagainya, banteras dan ia tidak perlu wujud kerana lama kelamaan orang buang (sampah) dan terbakar, akhirnya panggil JAS |
Ini nama dia Cikgu Wan Anwar. - Wrlr - 31/07 3:47 pm Ini adalah biodata Cikgu Tersebut. Telah berkhidmat sebagai guru ganti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama lebih 4 tahun Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Atlet Boling negeri Johor, bekas wakil SUKMA dan MSSM Saya adalah abang cikgu ini |
Op Hazard rampas 11,606.09 metrik tan e-waste bernilai RM66.6 juta - JAS - Sinarharian - 31/07 3:40 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Rampasan sisa elektronik (e-waste) yang direkodkan menerusi Op Hazard 1.0 dan 2.0 mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 11,606.09 metrik tan bernilai RM66.6 juta.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Thahirah Kamarulzaman berkata, tindakan itu diambil hasil serbuan bersepadu ke atas 42 premis e-waste haram hasil pemeriksaan terhadap 122 premis di seluruh negara.Menurutnya, Op Hazard 1.0 dilaksanakan pada 14 hingga 16 Februari, manakala Op Hazard 2.0 pada 16 dan 17 Jun lalu."Perundangan berhubung isu e-waste adalah di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 serta Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005."Bagi aktiviti pengimportan, ia tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, manakala bagi eksport, ia tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023," katanya semasa sesi pembentangan isu e-waste sempena sesi libat urus di sini, pada Khamis.Sementara itu, Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, sekiranya e-waste tidak diurus dengan baik dan dibuang sewenang-wenangnya, ia boleh memberi implikasi besar terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.Katanya, JAS telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pengurusan e-waste, antaranya memperluaskan fasiliti pemerolehan kembali e-waste yang berlesen."Sehingga kini, terdapat 128 fasiliti pemerolehan kembali di seluruh negara," ujarnya.Selain itu, kata beliau, JAS juga memperkasa kempen kesedaran awam bagi menggalakkan pelupusan peralatan elektrik terpakai secara selamat.Jelasnya, JAS menyeru masyarakat dan pihak industri agar bertanggungjawab dalam menguruskan e-waste secara mesra alam dengan menyalurkannya ke fasiliti pemerolehan kembali yang sah.Op Hazard merupakan operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi antaranya JAS, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Tenaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). |
Lebih 536,000 tan metrik e-waste diproses premis berlesen sejak 2021 - JAS - Astroawani - 31/07 11:50 am Jumlah keseluruhan e-waste yang telah diproses oleh premis yang dilesenkan di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah sebanyak 536,709.04 tan metrik di dalam negara dari 1 Januari 2021. |
Suasana hiba menyelubungi upacara pengebumian Tishant - Mgazette - 31/07 10:56 am Tishant yang bermula pukul 9 pagi bagi memberi penghormatan terakhir kepadanya. Kenderaan pelbagai guna (MPV)yang membawa jasad mendiang dari kediaman berkenaan ke Krematorium Hindu di Jalan Kebun Teh di sini bertolak pukul 10 |
Qunut Nazilah bukan doa untuk perbalahan politik sesama Islam – .. - Mgazette - 31/07 10:56 am Abdul Halim berkata demikian pada sidang media mengenai Qunut Nazilah di lobi Bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Bukit Palah, di sini, hari ini. Menurutnya, apa yang dilakukan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail, menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini menggunakan perkataan 'bebaskanlah daripada anjing dan sebagainya' sebagai tidak berakhlak |
Qunut Nazilah: Kenapa mufti dan Dr Akmal diam waktu isu surau? – Dr .. - Mgazette - 31/07 10:56 am Menurutnya, kerajaan diharap tidak bermain politk dengan menuduh pihak yang membaca Qunut Nazilah bersalah sedangkan bacaan itu tidak menyebut kepada siapakah ianya ditujukan. "Tiada salahnya membaca doa itu dan saya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan peserta perhimpunan Turun Anwar membaca doa Qunut Nazilah sebagai senjata orang Islam," tegasnya |
Agong, Permaisuri berangkat ke istiadat perbarisan Sambutan Hari Pahlawan - Sinarharian - 31/07 10:38 am PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan di sini.Istiadat sambutan yang dinaungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkonsepkan perbarisan statik melibatkan empat detasemen terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).Acara dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Mej Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama.Perbarisan Hari Pahlawan hari ini melibatkan 18 pegawai dan 685 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM yang diketuai oleh Superitenden Mohamad Ridzuan Roslan daripada PDRM.Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar turut menghadiri istiadat berkenaan.Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai last post dengan menurunkan Jalur Gemilang dan semua tetamu yang hadir berdiri memberikan tabik hormat semasa Jalur Gemilang diturunkan.Pengisian istiadat diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk "Darah Yang Terpercik di Baju" yang disampaikan oleh Detektif Sarjan Ardiansyah Wayang daripada PDRM dan Staf Sarjan Siti Nur Aini Jasni daripada ATM.Sajak itu mengisahkan tragedi serangan hendap oleh pengganas komunis terhadap konvoi pasukan ATM yang membawa pesakit dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Pengkalan Hulu, Perak pada 20 Julai 1979.Pertempuran berdarah itu telah mengorbankan tiga anggota ATM, iaitu Koperal Ramli Abdul Rashid, Trooper Azmi Rahman dan Trooper Abu Hassan Syeikh Daud.Istiadat diteruskan dengan persembahan pantomim khas bertajuk "Zabri, Pejuang Sang Saka Biru" oleh PDRM, arahan Komander PGA Briged Tengah SAC Hakemal Hawari, yang membawa penonton menyaksikan kisah perwira legenda Komando VAT69 PDRM ASP Mohd Zabri Abdul Hamid.Kisah perjuangan Mohd Zabri yang terkenal sebagai legenda Kerambit Kembar dihidupkan semula selama kira-kira 15 minit itu dilakonkan oleh 142 pegawai dan anggota PDRM, dengan disusuli video menggunakan 80 peratus teknologi kecerdasan buatan (AI) hasil kreativiti pasukan produksi PDRM untuk tujuan ilustrasi berdasarkan kisah benar.Pantomim itu berkisarkan Allahyarham Mohd Zabri yang terkorban dalam tragedi serangan hendap pengganas komunis pada 1975.Mohd Zabri yang dalam misi yang mengejar dan menyekat pengganas dari cuba melarikan diri ke sempadan, terpijak jerangkap samar.Jerangkap samar itu menyebabkan pergelangan buku lali kanan sehingga paras kasut but yang dipakainya putus, dan Mohd Zabri kehilangan banyak darah.Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mohd Zabri sempat menyampaikan amanat kepada anak buahnya untuk meneruskan perjuangan memburu petualang negara dan menghancurkan mereka, biarpun dirinya sudah tiada lagi.Istiadat diteruskan dengan tiupan Paluan Fajar, Jalur Gemilang dinaikkan sebagai tanda memberi semarak kepada pahlawan untuk terus bangkit berjuang dalam mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan sejak 31 Julai 1960 itu simbol penghargaan serta pengiktirafan negara terhadap jasa, pengorbanan dan keberanian pegawai, anggota PDRM dan ATM, sama ada yang telah gugur atau masih hidup dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tercinta.Istiadat itu juga sebagai menzahirkan lambang ketaatsetiaan, kemegahan dan semangat yang tidak berbelah bahagi oleh pasukan PDRM dan ATM terhadap raja serta negara |
KPKT lancar reformasi pembersihan awam bawah RMK13 - Nga - SUN - 31/07 9:54 am Majlis itu menghargai sumbangan pekerja pembersihan dalam mengekalkan kebersihan persekitaran. Nga mencadangkan sambutan tahunan bagi mengiktiraf jasa mereka dan menyeru masyarakat menghormati profesion ini |
Izzat Shameer dan Li Jane dipilih olahragawan, olahragawati Perak - SUN - 31/07 9:10 am Atlet bola tampar pantai Low Jeng Yih dan atlet renang Joelle Chang Zu-Ee pula dinobat Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan, manakala dua atlet berbasikal Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Nur Suraya Muhammad Zamri dinobat Atlet Terbaik Para Lelaki dan Atlet Terbaik Para Wanita. Turut menerima anugerah ialah jurulatih sukan berbasikal Hishamuddin Mohd Zaki kategori Jurulatih, Datuk Seri Puhat Mat Nayan (Kepimpinan Sukan), Mohd Jamil Zakaria (Jasamu Dikenang), Mohamad Ayob Kamarudin (Keluarga Sukan), Razif Rosli dan Mohd Fitri Azman masing-masing kategori media, Perak Bison (pasukan terbaik) dan Persatuan Golf Negeri Perak yang menerima Anugerah Khas Persatuan Sukan |
‘Dune 3’ Will Feature the Return of Smooth Faced Jason Momoa - Gizmodo - 31/07 7:45 am He's not happy about having to shave his trademark facial hair off, but he'll do it for Denis Villeneuve. |
Jasa, pengorbanan pahlawan negara terus dikenang - PM - Sinarharian - 30/07 11:47 pm KUALA LUMPUR - Jasa dan pengorbanan pahlawan serta perwira negara akan terus dikenang dalam lipatan sejarah Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menyifatkan pengorbanan mereka ialah momen penting dalam memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan."Semoga ALLAH menempatkan para pahlawan dan perajurit yang telah berkorban darah dan nyawa, demi keamanan tanah air, dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh," katanya dalam hantaran di Facebook.Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara bersama-sama anggota pasukan keselamatan dan orang ramai bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan tahun ini.Esok, sambutan Hari Pahlawan 2025 akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.Sambutan Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun sebagai memperingati perjuangan serta pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara bergilir-gilir antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1968 |
Izzat Shameer Olahragawan Negeri Perak - Sinarharian - 30/07 11:39 pm IPOH - Pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 di Filipina, April lalu dinobat sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi tahun 2023/2024.Kejayaan yang dilakar sejak dua tahun lalu telah mengetepikan calon daripada atlet tenis, Mitsuki Leong Wei Kang dan atlet olahraga, Muhammad Azeem Mohd Fahmi.Atlet berusia 43 tahun yang kini berada di kedudukan ke-11 ranking dunia itu pernah membantu Malaysia memenangi emas dalam acara perseorangan lelaki di Kejohanan World Champion of Champions Australia 2023 dan Worls Bowls Indoor Single Championship Warilla, Australia.Sementara itu, Olahragawati Negeri Perak pula diungguli atlet tenpin boling negara, Sin Li Jane yang menewaskan dua lagi calon iaitu atlet boling padang, Aleena Ahmad Nawawi dan atlet berbasikal, Nyo Ci Hui.Atlet berusia 33 tahun itu pernah menyertai kejohanan USBC Queens Greenbay, USA tahun lalu selain Kejohanan IBF World Kuwait pada tahun 2023.Kedua-dua olahragawan dan olahragawati masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000, blazer, trofi serta piala pusingan.Majlis penyampaian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersempena Anugerah Sukan Negeri Perak 2023/2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Rabu.Sementara itu, Olahragawan Harapan diraih atlet bola tampar pantai, Low Jeng Yih manakala Olehragawati Harapan diberikan kepada atlet renang, Joelle Chan Zu-Ee.Masing-masing menerima hadiah berupa piala dan insentif bernilai RM3,000.Bagi kategori Jurulatih Terbaik pula diberikan kepada Jurulatih sukan berbasikal, Hishamuddin Mohd Zaki manakala Pasukan Terbaik pula milik pasukan sepak takraw, Perak Bison.Kategori Kepimpinan Sukan dimenangi Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (sepak takraw); Anugerah Jasamu Dikenang, Mohd Jamil Zakaria (bola sepak) dan Anugerah Keluarga Sukan kepada Mohamad Ayob Kamaruddin (tenpin boling).Manakala Anugerah Media pula disandang pemberita Bernama, Razif Rosli dan Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Mohd Fitri Azman.Dalam pada itu, Anugerah Atlet Terbaik Para Lelaki dan wanita dimenangi atlet berbasikal, Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Nur Suraiya Muhammad Zamri dan Anugerah Khas Persatuan Sukan diberikan kepada Persatuan Golf Negeri Perak. |
Jasa, pengorbanan pahlawan negara terus dikenang – Anwar - Selangorkini - 30/07 10:56 pm KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Jasa dan pengorbanan pahlawan serta perwira negara akan terus dikenang dalam lipatan sejarah Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
New on Apple TV Plus in August 2025 all the shows and movies to watch - Tomsguide - 30/07 5:00 pm August's Apple TV Plus lineup includes Jason Momoa's 'Chief of War,' the return of hit comedy series 'Platonic,' 'Invasion' season 3, and more |
Pelajar tumbuk guru: KPM serah siasatan kepada PDRM - Sinarharian - 30/07 9:58 am SEPANG - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung insiden seorang pelajar yang didakwa menumbuk seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor.Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sedia maklum mengenai insiden yang tular di media sosial itu dan menghormati proses undang-undang yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa."Saya ingat di peringkat KPM ada peraturan dan ia masih berjalan. Tetapi dalam masa yang sama, apabila pihak berkuasa seperti PDRM telah mengambil alih kes itu, kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.Kes berkenaan mencuri perhatian ramai selepas tular satu video memaparkan seorang pelajar Tingkatan Dua dipercayai menumbuk seorang guru lelaki.Difahamkan, kejadian berlaku selepas guru terbabit dikatakan cuba menahan pelajar tersebut kerana ponteng kelas Pendidikan Jasmani.Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kementerian tetap memantau perkembangan kes tersebut, terutamanya dalam aspek kebajikan guru yang menjadi mangsa."Kita akan beri tumpuan, khususnya untuk sesi kaunseling kepada guru juga kerana saya fikir sokongan kepada guru amat penting demi kesejahteraan mereka," tegas beliau.Menurutnya, KPM menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan sejahtera, bukan sahaja untuk pelajar, tetapi juga untuk warga pendidik yang menjadi tulang belakang sistem pendidikan negara.Beliau berkata, keseimbangan antara penguatkuasaan peraturan dan sokongan psikososial perlu diwujudkan agar semua pihak dilindungi, khususnya dalam situasi konflik atau insiden kekerasan.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan penahanan pelajar terbabit selepas dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya dalam kejadian tersebut.Pelajar berkenaan telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. |
KPM terima pelajar bermasalah sebagai tanggungjawab, bentuk semula karakter - Fadhlina - Sinarharian - 30/07 9:25 am Dalam konteks pendidikan, kita memang beri tumpuan kepada kaunseling," jelasnya.Pada masa sama, katanya, kementerian turut memberi perhatian kepada aspek pemulihan sahsiah dan pengukuhan disiplin murid agar mereka dapat kembali berfungsi sebagai pelajar yang positif dan bertanggungjawab."Kita akan lihat aspek-aspek lain juga untuk membina semula karakter dan disiplin anak-anak ini melalui sudut pendidikan serta intervensi-intervensi yang kita laksanakan," tambahnya.Beliau turut menegaskan bahawa dasar pendidikan negara berpaksikan prinsip kasih sayang dan bersifat inklusif, sekali gus menolak pendekatan menghukum semata-mata tanpa memberi ruang untuk pelajar membuat pembaikan.Asyraf Wajdi sebelum ini memperkenalkan konsep 'You Touch You Go' pada November 2023 di kesemua Institut Pendidikan Mara (IPMa) bagi membanteras kejadian buli.Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina mengulas insiden tular melibatkan seorang pelajar yang didakwa menumbuk guru di sebuah sekolah menengah di Kajang selepas dikatakan cuba ditahan kerana ponteng kelas.Beliau menegaskan, KPM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut memandangkan kes itu telah berada dalam bidang kuasa pihak berkuasa."Saya ingat di peringkat KPM ada peraturan dan ia masih berjalan. Tetapi pada masa sama, apabila pihak polis telah mengambil alih kes itu, kita serahkan sepenuhnya kepada mereka untuk siasatan lanjut," katanya.Fadhlina berkata, kementerian tetap memantau perkembangan kes tersebut dan akan memberikan sokongan sewajarnya termasuk kepada guru yang terlibat."Kita akan beri tumpuan khususnya untuk sesi kaunseling kepada guru juga kerana saya fikir sokongan kepada guru sangat penting untuk kesejahteraan mereka," ujarnya.Beliau menegaskan bahawa kesejahteraan warga pendidik adalah antara aspek utama yang diberi perhatian oleh KPM, khususnya dalam situasi yang boleh menjejaskan emosi dan keselamatan mereka.Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kajang menumbuk seorang guru dipercayai kerana ponteng kelas Pendidikan Jasmani. |
Pelajar ugut, tumbuk muka guru gara-gara ditegur ponteng kelas - Mgazette - 30/07 7:36 am # Pelajar ugut, tumbuk muka guru gara-gara ditegur ponteng kelas KUALA LUMPUR - Seorang pelajar berusia 14 tahun bergelut gurunya gara-gara tidak puas hati kerana ditegur ponteng kelas pendidikan jasmani di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kajang, semalam |
Pelajar 14 tahun ditahan, tumbuk, ugut guru - Astroawani - 30/07 6:40 am Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar terbabit tidak puas hati ditegur guru kerana tidak menghadiri kelas Pendidikan Jasmani. |
Royal Caribbean lifts full-year guidance on strong cruise bookings - Cnbc - 30/07 3:21 am CEO Jason Liberty told CNBC the cruise company is adapting to take advantage of evolving consumer preferences. |
Pelajar tumbuk, ugut guru gara-gara ditegur ponteng kelas - Sinarharian - 29/07 11:57 pm KUALA LUMPUR - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya dalam kejadian di kawasan sebuah sekolah menengah di Kajang semalam.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku selepas pelajar terbabit tidak berpuas hati apabila ditegur guru lelaki berusia 29 tahun kerana tidak menghadiri kelas Pendidikan Jasmani (PJ)."Susulan teguran itu, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum pelajar terbabit bertindak menumbuk muka guru berkenaan serta mengeluarkan ugutan."Kejadian itu turut disaksikan beberapa guru dan pelajar lain |
Gagal siapkan rumah, kontraktor dijel enam minggu - Sinarharian - 29/07 8:32 pm KOTA KINABALU - Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara enam minggu selepas mengaku bersalah gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berhubung tuntutan kegagalan menyiapkan rumah pelanggannya.Tertuduh, Jasri Jair, 50, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Menurut pertuduhan, tertuduh pada 13 November 2024 di Kampung Darau Baru, Manggatal, didapati masih gagal mematuhi award TTPM bertarikh 20 Mei tahun sama, yang dikeluarkan oleh Tribunal TTPM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah.Award tersebut mengarahkan Jasri membayar balik RM21,700 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh award diserahkan, namun beliau gagal berbuat demikian.Tertuduh sebelum ini telah disabitkan atas kesalahan sama mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada 5 November 2024, dan didakwa semula mengikut seksyen sama yang memperuntukkan penalti tambahan di bawah Seksyen 117(2) akta tersebut kerana melakukan kesalahan secara berterusan selepas sabitan.Mengikut peruntukan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM100 dan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM27,100, iaitu bersamaan RM100 sehari bermula dari 5 November 2024 sehingga hari ini.Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar denda dan diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam minggu sebagai ganti.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Md Shafique Md Helmi dan Malai Rosidi Malai Muhamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. |
Tiada Lagi Persefahaman, Hafiz Suip Tak Nampak Jalan Kembali Bersama - Rotikaya - 29/07 6:05 pm Penyanyi Hafiz Suip seolah memberi gambaran tiada jalan untuk dia dan bekas isterinya, Nureffy Jasrel kembali bersama selepas sah bercerai pada 29 Mei lalu |
'Pas tak lapar jawatan' - Idris bidas Maszlee, tolak pelawaan sertai Kerajaan Perpaduan - Sinarharian - 29/07 5:00 pm SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa tiada ruang untuk parti tersebut bersekongkol dengan Kerajaan Perpaduan yang didakwa sedang tenggelam dalam krisis kepercayaan rakyat.Pendirian tersebut sebagai respons terhadap kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik bahawa peluang wakil Pas menjadi timbalan perdana menteri (TPM) lebih cerah jika bersama Kerajaan Perpaduan.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) pada 25 Julai lalu sudah jelas dan Pas sendiri tidak berminat dengan jawatan."Pas tak lapar jawatan, lebih-lebih lagi bila jawatan itu datang dari dapur yang sedang berasap."Dapur sendiri pun tak terurus...nak ajak Pas masuk kapal bocor, lepas tu hulur pelampung bernama TPM?"Maaf, Pas tidak jual maruah demi jawatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilapor berkata, Pas mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi hanya akan menamakan calon mereka selepas berkuasa.Susulan itu, Maszlee dilapor berkata, adalah lebih baik Pas menyertai Kerajaan Perpaduan berbanding kekal dengan PN.Dakwanya, Pas jelas tidak percaya kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Sehubungan itu, Idris mempersoalkan tindakan Maszlee yang mengeluarkan kenyataan tersebut."Entah mimpi waktu tidur atau memang tugas khas nak alih perhatian dari kapal yang sedang karam?"Sedangkan, rakyat baru bagi isyarat jelas, demo Turun Anwar 27 Julai buktikan semangat rakyat bersama PN," katanya.Dakwanya, semangat tersebut cukup untuk mencetuskan kegelisahan kepada Kerajaan Perpaduan meskipun hanya 15,000 yang didakwa hadir dan tinggalkan hadiah 20 tan sampah."Jangan risau, kita terus mara, tak perlu umpan jawatan, apatah lagi umpan daripada kapal yang senget," katanya. |
Buletin Petronas Sprinta F900hd: Minyak Enjin Baharu Untuk Jentera V-twin .. - Mekanika - 29/07 3:35 pm # PETRONAS SPRINTA F900HD: MINYAK ENJIN BAHARU UNTUK JENTERA V-TWIN DILANCARKAN **PETRONAS Sprinta, di bawah naungan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, memperkenalkan produk terbarunya yang direka khusus untuk motosikal enjin V-Twin, PETRONAS Sprinta F900HD.** Menggabungkan teknologi UltraFlex yang terkenal dengan keupayaan mengekalkan kestabilan prestasi enjin walaupun di bawah tekanan dan suhu tinggi, minyak enjin ini amat ideal untuk motosikal jenis cruiser, touring dan enduro. Diformulasikan dengan campuran Ester+ dan bahan asas sintetik premium polyalphaolefin (PAO), Sprinta F900HD bukan sahaja memenuhi, malah melepasi piawaian antarabangsa JASO MA2 dan API SN |
Penganggur Ma*t Dip*kul Beramai-ramai Selepas Kantoi Tunjuk Kemal*an - Lobakmerah - 29/07 12:09 am Satu perkara mengerikan berlaku di Jasin, Melaka pada Ahad lalu di mana seorang penganggur maut selepas dipukul beramai-ramai, ia berpunca daripada mangsa itu dikatakan menunjuk kemaluannya di khalayak umum |
Surat terbuka buat Kak Pidah, saya tulis bukan sebab benci tapi - Harapandaily - 29/07 11:24 am Oleh MANTOBA @ KING JASON Surat Terbuka Buat Rafidah Ibrahim Assalamualaikum Kak Rafidah, Saya tulis ini bukan sebab benci |
Hafiz Suip, Nureffy Sah Cerai Talak Satu - Rotikaya - 29/07 10:20 am Penyanyi Hafiz Suip akhirnya mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan isterinya, Nureffy Jasrel di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei lalu |
Hafiz Suip Sah Ceraikan Isteri - Murai - 29/07 9:48 am Teka-teki mengenai kemelut rumah tangga penyanyi, Hafiz Suip bersama isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah akhirnya terjawab selepas dia mendedahkan bahawa mereka kini telah sah bercerai di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu |
Power first, PM candidate later, says PAS spiritual leader - FMT - 29/07 9:30 am Hashim Jasin believes that PAS and PN can do a better job of governing than the current administration. |
ARMADA bantah penganugerahan Datuk Seri kepada Farhash – Amirulfahmi - Mgazette - 29/07 8:08 am Penolong Setiausaha ARMADA BERSATU Pulau Pinang, Muhammad Amirulfahmi Rosly menyifatkan tindakan itu sebagai mencemarkan reputasi institusi penganugerahan apabila anugerah tersebut diberikan kepada individu yang bukan sahaja tidak mempunyai rekod sumbangan yang jelas malah turut dikaitkan dengan beberapa kontroversi, termasuk skandal di Sabah. Pemberian darjah dan pingat kebesaran seharusnya berpaksikan kepada jasa serta sumbangan tulen terhadap negeri dan rakyat bukan atas dasar hubungan peribadi atau kepentingan politik tertentu |
Jobless man beaten to death after lewd act in Melaka, seven arrested - Sinardaily - 29/07 8:06 am ALOR GAJAH - A jobless man was confirmed dead after he was allegedly beaten by a furious mob, following a lewd act he committed in the parking lot of a supermarket in Jasin on July 27, said Melaka police chief Datuk Dzulkhairi Mukhtar.He said in the incident at about 9pm, the 51-year-old victim died at the scene due to severe bodily injuries.He has two previous records under Section 377D of the Penal Code for committing gross indecency in a public place in 2003 and 2024."Based on early investigations, the victim is said to have committed an act of gross indecency at 7.26 pm before he was chased and assaulted by several individuals."The victim tried to escape for about 200 metres, including a desperate leap into the river, before being caught by the public and beaten again," he said after officiating at the Melaka Schools Sports Council Athletics Championships at the Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) in Durian Tunggal here yesterday.He said seven men aged between 20s to 50s, including a Pakistani national, were remanded for seven days starting today to assist in the investigation under Section 302 of the Penal Code for murder.In a separate case, Dzulkhairi said a motorcyclist in his 30s was remanded for three days from today for beating a man in his 20s in a fight near Bulatan Kancil in the Stadthuys compound at Banda Hilir yesterday.He said the incident allegedly occurred when the suspect and 17 of his biker friends were fined by the Melaka Historic City Council (MBMB) enforcement officers for violating the Vehicle Free Zone (ZBK) in the area with their vehicles.He said the MBMB enforcement officers had asked the group of motorcyclists to leave, but they were ignored before they were issued summonses for ignoring council orders."The group led by the suspect then tore up the summonses and a confrontation broke out between them and another group of bikers."The victim, who was struck with a helmet and a wheel lock, was later rushed to the Melaka Hospital with minor injuries," he said.Dzulkhairi said all 23 individuals involved were arrested between 9.30 pm and 1 am on Sunday, but 22 of them were released on police bail while the suspect was remanded for three days.The case is being investigated under Section 148 of the Penal Code for rioting and Section 186 of the Penal Code for obstructing a public servant in the performance of his duties |
Lakukan kelucahan melampau di tempat umum, penganggur maut dipukul - Astroawani - 28/07 10:45 pm Seorang penganggur lelaki disahkan maut selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu susulan tindakannya disyaki melakukan kelucahan melampau di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jasin. |
Lelaki Selamba Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam Maut Selepas Dipukul Beramai-Ramai - Ohmedia - 28/07 10:44 pm Seorang lelaki maut dipukul selepas tunjuk kemaluan di Jasin Bestari, Melaka |
Penganggur maut dipukul dipercayai lakukan kelucahan melampau di tempat awam - Selangorkini - 28/07 10:11 pm ALOR GAJAH, 28 JULAI: Seorang penganggur disahkan maut selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu susulan tindakannya disyaki melakukan kelucahan melampau di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jasin, semalam, kata Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar |
Cops nab 7 over mob killing near Jasin supermarket - Mkini - 28/07 9:23 pm A jobless man was beaten to death after allegedly committing a lewd act. |
Mob killing in Jasin after lewd act, seven arrested in Melaka - SUN - 28/07 9:17 pm ALOR GAJAH : A 51-year-old jobless man died after being beaten by a mob following an alleged lewd act in the parking lot of a Jasin supermarket |
Penganggur maut dipukul didakwa lakukan kelucahan di Alor Gajah - SUN - 28/07 8:18 pm ALOR GAJAH : Seorang penganggur lelaki berusia 51 tahun maut selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu berikutan tindakannya disyaki melakukan kelucahan melampau di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jasin |
Kilang sarung tangan lepas sisa air berbuih diambil tindakan - JAS Kedah - Astroawani - 28/07 7:30 pm Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah telah mengambil tindakan terhadap sebuah kilang sarung tangan getah yang disyaki melepaskan air sisa berbuih di Kulim Hi-Tech Park, semalam. |
Penganggur tunjuk kemaluan disyaki maut dibelasah, 7 lelaki ditahan - FMT - 28/07 6:47 pm Lelaki dibelasah itu melakukan perbuatan ganggu seksual di sebuah pasar raya di Bandar Jasin Bestari. |
Tengku Zafrul terima anugerah DPPN sempena ulang tahun Yang Dipertua Pulau Pinang - Astroawani - 28/07 3:15 pm Anugerah sebagai menghargai jasa dan sumbangan Tengku Zafrul dalam memperkukuh ekonomi negara serta menarik pelaburan ke Pulau Pinang. |
Lepas air sisa berbuih, JAS Kedah arah kilang sarung tangan henti operasi - Astroawani - 28/07 1:20 pm Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata tindakan berkenaan diambil susulan aduan oleh orang awam yang diterima berhubung perkara berkenaan. |
Kilang sarung tangan lepas air berbuih ke longkang diarah henti operasi - FMT - 28/07 12:15 am Pengarah JAS Kedah berkata pelepasan air sisa berbuih ke longkang awam mencemarkan alam sekitar, berpotensi mengancam ekosistem air dan kesihatan awam. |
Kerajaan terlalu lewat jelaskan kedudukan titah adendum - Mgazette - 27/07 4:16 pm Sepatutnya UMNO memberi tekanan kepada pucuk pimpinan sama ada kita melaksanakan titah adendum itu atau tarik handbrake. Saya bercakap seperti ini kerana mereka perlu ada pendirian kukuh kalau betul mahu mengenang jasa Bossku |
Agenda pembangunan negara tidak harus roboh hak, kebajikan rakyat - PM Anwar - SUN - 27/07 1:45 pm Turut hadir, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Julina Johan. Mengulas lanjut, Anwar berkata prinsip keseimbangan atau ummatan wasatan yang ditekankan dalam al-Quran, merangkumi keadilan dari sudut iman dan ilmu, rohani dan jasmani serta duniawi dan ukhrawi |
There’s No New ‘Friday the 13th’ Movie to Announce… Yet - Gizmodo - 26/07 11:15 pm The minds behind Jason Universe are well aware that fans are eagerly awaiting the slasher icon's return to the big screen. |
Farhash terima gelaran Datuk Seri esok - Mgazette - 26/07 7:44 am Sementara itu, 118 penerima akan menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), juga membawa gelaran Datuk. Seramai 222 orang penerima pula akan dianugerahkan Pingat Kelakuan Terpuji dan 371 penerima Pingat Jasa Kebaktian, 641 Pingat Jasa Masyarakat dan 18 penerima Pingat Bakti Setia |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |