| /// |
|
| Search : Ahmad Zahid News | Page 1 |
|
Effective date of Loke Siew Fook???s resignation depends on .. - Sinchew - 10/11 7:58 am If that is the case, the crux of the controversy lies in the fact that a "release order" and "house arrest" are not identical concepts, and their legal effect must be clarified. Is this a matter of flawed wording in the court order and execution procedures, or is the AGC deliberately dragging its feet, as alleged by certain Umno leaders and Najib supporters? The unfolding of these events creates an impression that this is less about legal interpretation and more a matter of political maneuveringespecially coming just a week before polling in the Melaka state election, coupled with persistent rumours of a strain in relations between Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, which leaves even more room for speculation |
|
Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai .. - Mygazette - 10/11 7:58 am # Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai Jahang GOPENG Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini, hari ini |
|
Penghantar makanan direman 3 hari kes intai wanita di tandas - Mygazette - 10/11 7:58 am # Penghantar makanan direman 3 hari kes intai wanita di tandas KUALA LUMPUR Seorang lelaki berusia 21 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah bangunan di Jalan Bukit Bintang, di sini |
|
Melaka mesti jadi `guru’, perluas gelombang kerjasama BN-PN – .. - Mygazette - 10/11 7:58 am # Melaka mesti jadi `guru', perluas gelombang kerjasama BN-PN - Ahmad Marzuk JASIN Melaka perlu menjadi contoh kepada rakyat di seluruh negara dalam menolak Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, sekali gus membuka laluan kepada gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperluaskan ke Putrajaya |
|
PRN Melaka: PN tetap ambil tindakan terhadap Bersatu selepas pilihan .. - Mygazette - 10/11 7:58 am # PRN Melaka: PN tetap ambil tindakan terhadap Bersatu selepas pilihan raya Takiyuddin TANGGA BATU Perikatan Nasional (PN) tetap akan mengambil tindakan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, susulan dakwaan pelanggaran disiplin termasuk tindakan bertanding menentang calon yang ditetapkan gabungan itu |
|
Zahid gesa pegundi awal buat pilihan penuh pertimbangan demi masa depan... - Mygazette - 10/11 7:58 am # Zahid gesa pegundi awal buat pilihan penuh pertimbangan demi masa depan Melaka KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh anggota keselamatan dan semua yang layak mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok |
|
Derita jiwa yang tidak terlihat - Hmetro - 10/11 7:01 am Hulu Klang: Pada zahirnya, Ahmad Moeslim Aziz atau Musz Aziz kelihatan normal namun hakikatnya dia berjuang melawan Major Depressive Disorder (MDD) atau kemurungan melampau sejak 2024 sebelum didiagnosis dengan Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) bulan lalu |
|
Lelaki ditahan intai wanita dalam tandas - Sinarharian - 9/11 5:49 pm KUALA LUMPUR Hasrat seorang wanita menggunakan tandas di sebuah bangunan di Jalan Bukit Bintang di sini bertukar detik mencemaskan apabila menyedari seorang lelaki sedang mengintainya, pada Ahad.Terkejut dengan kejadian itu, mangsa berusia 37 tahun terus menjerit sebelum meminta bantuan suaminya.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam tadi daripada mangsa."Hasil siasatan awal mendapati mangsa menyedari kehadiran seorang lelaki yang mengintainya melalui ruang bahagian atas ketika sedang menggunakan tandas berkenaan."Kita telah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Azwan berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 24 saat yang tular di media sosial Threads pada Isnin."Video berkenaan memaparkan beberapa individu tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang dipercayai mengintai di tandas wanita," katanya.Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan direman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan jenayah."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. |
|
Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga - Sinarharian - 9/11 5:34 pm GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki,Muhammad Muiz Muhd Luqman yang berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang di sini pada Isnin.Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng jam 12.06 tengah hari.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dengan bantuan pelbagai agensi serta penduduk kampung.Menurutnya, sebuah syarikat pelancongan berhampiran turut membantu operasi dengan menyediakan lapan bot rafting bagi membantu usaha mengesan mangsa."Pasukan pencarian awal melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh."Sehingga perkembangan terakhir jam 3.45 petang, mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Beliau berkata, radius pencarian akan diperluaskan pada petang ini dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) juga telah dibuka di lokasi kejadian."Anggota BBP Kampar turut membantu operasi dengan melakukan pemantauan di kawasan hilir sungai berhampiran daerah Kampar," katanya.Operasi mencari masih diteruskan melibatkan tujuh anggota BBP Gopeng bersama 29 anggota polis dan orang awam. |
|
Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama strategik pelbagai sektor - Sinarharian - 9/11 11:41 am ISTANBUL - Malaysia dan Turkiye mengenal pasti peluang memperluas kerjasama dalam beberapa sektor strategik termasuk makanan dan minuman, semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), elektrik dan elektronik serta pertahanan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peluang tersebut diteroka menerusi lawatan kerja beliau ke negara itu yang berlangsung dari 5 hingga 8 November lalu.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, lawatan rasmi berkenaan membuka ruang kerjasama lebih luas terutamanya dalam sektor perdagangan dan pelaburan yang berpotensi memberikan manfaat kepada kedua-dua negara."Kerjasama ini juga merangkumi pembangunan wilayah dan bandar mampan, keusahawanan serta pemerkasaan ekonomi masyarakat luar bandar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah beliau, kedua-dua negara turut membincangkan usaha meningkatkan nilai perdagangan dua hala daripada AS$5.51 bilion pada 2025 kepada AS$10 bilion menjelang 2030.Ujarnya, perbincangan bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut merangkumi peluasan kerjasama dalam bidang pelaburan, pertahanan, pemindahan teknologi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri halal serta pengurusan bencana."Dalam bidang pendidikan dan TVET, kerjasama kini bergerak kepada bidang yang lebih strategik termasuk program Doktor Falsafah (PhD) bersama, teknologi kuantum dan semikonduktor, selain program ijazah berkembar, pemindahan kredit dan penempatan tenaga akademik Turkiye di institusi Mara."Seramai 17 pelajar tajaan Mara telah ditempatkan di Sabanc University, manakala kerjasama UniKL dengan Sabanc University dan Yldz Technical University pula membuka ruang dalam bahan termaju, sains digital, tenaga, teknologi kitar semula, reka bentuk kapal dan kejuruteraan marin," katanya.Bagi sektor pertahanan pula, beliau berkata, Malaysia dan Turkiye komited memperkukuh hubungan melalui usaha merealisasikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan.Jelasnya, nilai perolehan ketenteraan Malaysia dari Turkiye sejak 2000 dianggarkan berjumlah AS$3.4 bilion, sekali gus membuka ruang untuk meningkatkan kerjasama dalam pemindahan teknologi, latihan kepakaran dan pembangunan industri tempatan."Dalam sektor halal, Malaysia dan Turkiye turut mengenal pasti ruang untuk memperkukuh ekosistem industri halal global |
|
Lawatan kerja Ahmad Zahid ke Turkiye perkukuh diplomasi, teroka peluang baharu - Astroawani - 9/11 9:30 am Lawatan Ahmad Zahid ke Turkiye memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-Turkiye dalam perdagangan, pertahanan, TVET, pelaburan, pendidikan dan diplomasi pelbagai hala. |
|
Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia tewas 0-2 kepada Palestin - Mygazette - 9/11 8:06 am # Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia tewas 0-2 kepada Palestin KUALA LUMPUR - Hasrat skuad bola sepak bawah 16 tahun (B-16) negara untuk memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-17 2027 dengan langkah positif tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Palestin dalam aksiKumpulan E malam ini |
|
Calon Bebas Bukit Katil cetus kebimbangan perpecahan undi - Sinarharian - 9/11 12:00 am MELAKA - Kemunculan calon Bebas yang mempunyai pengaruh dalam kalangan akar umbi UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Ketua Penyelidik (Governans dan Polisi) Yayasan Strategik Lestari, Dr Mukhtaruddin Musa berkata, situasi itu mengingatkan kepada peristiwa Pilihan Raya Umum (PRU) 1974 di DUN Batu Burok, Terengganu, apabila calon Bebas berlatar belakang UMNO berjaya menewaskan calon Pas yang bertanding atas tiket BN.Menurutnya, keputusan tersebut membuktikan kesepakatan di peringkat kepimpinan parti tidak semestinya diterjemahkan kepada sokongan menyeluruh dalam kalangan ahli dan penyokong di peringkat akar umbi.Pada PRU berkenaan, Abdul Muttalib Salleh, calon Bebas yang pernah mewakili UMNO, menewaskan Mohamed Ghazali Ahmad daripada Pas dengan majoriti 145 undi.Mukhtaruddin berkata, kajian Ilyas Abdullah dan Nurul Saadatun Nadiah Mohd Ngah yang diterbitkan dalam Journal of Administrative Science pada 2023 turut mengaitkan kekalahan BN di Batu Burok dengan penentangan sebahagian penyokong terhadap keputusan meletakkan calon Pas sebagai wakil gabungan.Di DUN Bukit Katil, calon Pas-PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, 42, berdepan saingan penyandang kerusi berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari.Turut bertanding ialah Dr Aliza Che Amran daripada Bersama dan calon Bebas, Datuk Abu Bakar Sabudin, yang juga Ketua UMNO Cawangan Taman Bukit Katil.Abu Bakar sebelum ini dilaporkan mengakui masih menjadi ahli UMNO ketika membuat keputusan bertanding selepas hasratnya untuk dipilih sebagai calon BN tidak kesampaian.Mukhtaruddin berpandangan, latar belakang Abu Bakar yang mempunyai hubungan rapat dengan penduduk setempat hasil penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan berpotensi mempengaruhi corak sokongan pengundi.Beliau turut merujuk keputusan PRN Melaka 2021 apabila Adly memperoleh 6,805 undi, berbanding calon BN sebanyak 5,748 undi dan PN sebanyak 3,715 undi.Katanya, jika undi BN dan PN pada pilihan raya tersebut digabungkan secara matematik, jumlahnya mencecah 9,463 undi, iaitu 2,658 undi melebihi jumlah yang diperoleh Adly.Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa pemindahan undi atau vote transferability tidak berlaku secara automatik kerana sokongan pengundi turut dipengaruhi faktor calon, hubungan peribadi, isu setempat dan penerimaan terhadap kerjasama politik baharu.Sehubungan itu, Mukhtaruddin menggesa kepimpinan UMNO di peringkat negeri dan bahagian memberi perhatian terhadap kemungkinan wujudnya ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli serta penyokong yang boleh menjejaskan persefahaman Pas-BN.Dalam rencananya bertajuk Berbaloikah Pengorbanan Ridzuan Sarif Tinggalkan Kerjaya Demi Amanah Parti dan Harapan Rakyat?, beliau menegaskan kepimpinan parti perlu memastikan tiada unsur sabotaj dalam kalangan ahli dan penyokong."Adalah penting pemimpin UMNO negeri dan bahagian memastikan bahawa tidak ada elemen sabotaj di kalangan ahli dan penyokongnya," katanya.Beliau turut membangkitkan kemungkinan wujud percaturan politik dalaman, termasuk tanggapan bahawa kekalahan calon Pas boleh membuka ruang kepada UMNO untuk menuntut semula kerusi berkenaan pada pilihan raya akan datang.Antara langkah yang dicadangkan ialah memperkukuh penjelasan mengenai kerjasama politik, menyelaraskan gerak kerja jentera kedua-dua parti serta menangani secara terbuka sebarang ketidakpuasan hati berkaitan pemilihan calon.Mukhtaruddin turut mencadangkan supaya Abu Bakar mempertimbangkan untuk menarik diri daripada pertandingan dan menyatakan sokongan kepada Ridzuan bagi menghormati persefahaman politik kedua-dua parti.Bagaimanapun, Abu Bakar dalam wawancara bersama Sinar Harian sebelum ini menyatakan tidak bercadang menarik diri meskipun terdapat pihak yang memintanya berbuat demikian.Beliau mempertahankan keputusan bertanding atas alasan mahu terus berkhidmat kepada masyarakat menerusi manifesto sendiri, Suara Rakyat Keutamaan.Dalam perkembangan berkaitan, Mukhtaruddin turut menyorot beberapa petunjuk kerjasama jentera BN dan PN di Bukit Katil, termasuk kunjungan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ke bilik gerakan Ridzuan.Selain itu, beberapa pemimpin dan aktivis UMNO turut disenaraikan sebagai penceramah dalam program kempen calon PN berkenaan.Antaranya Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Wira Hasnoor Sidang Hussin; Ketua Penerangan Puteri UMNO bahagian itu, Nur Nafishah Safian; serta Ketua Penerangan UMNO DUN Bukit Katil, Abu Hurairah Hashim.Menurut Mukhtaruddin, perkembangan tersebut menunjukkan wujudnya kerjasama di peringkat organisasi, namun keberkesanannya masih bergantung kepada penerimaan ahli dan penyokong kedua-dua parti terhadap calon yang dipersetujui.Beliau turut menyifatkan penyertaan Ridzuan sebagai satu pertaruhan besar apabila bekas pegawai kesihatan awam itu sanggup meninggalkan kerjaya tetap selepas hampir dua dekad berkhidmat untuk menyertai pilihan raya.Katanya, persoalan utama bukan sekadar sama ada pengorbanan Ridzuan akan membuahkan hasil, sebaliknya sejauh mana UMNO dan Pas mampu memastikan kerjasama politik mereka diterima sehingga ke peringkat pengundi.Pengalaman Batu Burok pada 1974, katanya, wajar dijadikan pengajaran bahawa kesepakatan di peringkat kepimpinan parti sahaja tidak memadai tanpa sokongan akar umbi. |
|
UMNO masih pertahan Najib, KJ ingatkan risiko jadi liabiliti parti - Mypress - 8/11 10:59 pm Oleh: Ahmad Mursi ULASAN Khairy Jamaluddin (KJ) sebenarnya sudah lama mendedahkan sesuatu yang cukup besar mengenai skandal |
|
Tujuh tahun derita, Arfan pergi selamanya... - Hmetro - 8/11 10:51 pm Kuala Terengganu: Selepas tujuh tahun menanggung derita akibat penyakit saraf dikenali Adrenoleukodystrophy X-Linked, Ahmad Arfan Farhat Mohd Basir atau nama manjanya Arfan meninggal dunia, hari ini |
|
Dua anggota polis cedera, kereta peronda terbabas elak monyet - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Dua anggota polis cedera, kereta peronda terbabas elak monyet HULU TERENGGANU - Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak sekumpulan monyet di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah-Tapah dekat Kampung Kepahdi sini petang tadi |
|
Perbezaan pendirian parti tidak jejas pentadbiran Kerajaan Perpaduan .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Perbezaan pendirian parti tidak jejas pentadbiran Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid ISTANBUL - Perbezaan pandangan dan pendirian politik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
195 remaja ditahan dalam serbuan pusat hiburan tanpa lesen di ibu... - Mygazette - 8/11 10:24 pm # 195 remaja ditahan dalam serbuan pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara KUALA LUMPUR - Polis menahan 195 remaja dan seorang pengurus premis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara kira-kira 12.30 tengah malam tadi |
|
PRN Melaka: Manifesto Azril tumpu kebajikan, belia dan pembangunan .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm # PRN Melaka: Manifesto Azril tumpu kebajikan, belia dan pembangunan infrastruktur ALOR GAJAH Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz bakal memperkenalkan manifesto dikenali sebagai Tekad Keluarga Rembia yang memberi tumpuan kepada kebajikan masyarakat, pembangunan belia dan infrastruktur |
|
Menuju pecutan akhir: Azman perhebat gerak kerja jentera di Serkam - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Menuju pecutan akhir: Azman perhebat gerak kerja jentera di Serkam JASIN Menjelang minggu terakhir sebelum hari mengundi, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah mempergiat jentera untuk melaksanakan gerakan dari rumah ke rumah sebagai sebahagian daripada pecutan kempen |
|
???Habis sehelai sepinggang???, mangsa banjir rayu penyelesaian jangka .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Habis sehelai sepinggang, mangsa banjir rayu penyelesaian jangka panjang TELUK INTAN Penduduk di daerah Hilir Perak khususnya sekitar Changkat Jong, di sini, terus berdepan ancaman banjir yang berlaku hampir setiap tahun sehingga menyebabkan kerosakan harta benda, kerugian besar dan memaksa mereka berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) |
|
Rafie akan usaha ketengah isu banjir, masalah trafik sesak - Harakahdaily - 8/11 9:29 pm TANGGA BATU: Masalah banjir kilat berulang setiap kali hujan lebat, khususnya akibat sistem saliran tidak sempurna dan longkang tersumbat, antara isu yang mahu diberi perhatian calon PERIKATAN NASIONAL bagi DUN N.13 Paya Rumput, Rafie Ahmad |
|
Polis buru dua lelaki larikan diri - Sinarharian - 8/11 9:10 pm KUALA LUMPUR Aksi sebuah kereta serta beberapa individu dikejar pihak polis di Jalan Sultan Salahuddin di sini yang tular di media sosial dipercayai berlaku ketika Op Tapis Khas dijalankan pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan operasi berkenaan.Menurutnya, anggota polis mengesan sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri kenderaan itu untuk pemeriksaan."Pemandu kereta berkenaan bagaimanapun bertindak melulu dengan melanggar sebuah Honda City berwarna biru bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan polis."Bagaimanapun, pada jam 6.40 petang, polis berjaya mengesan semula kenderaan itu di persimpangan Jalan Sultan Salahuddin sebelum bertindak mengejarnya, dua lelaki kemudian keluar dari kenderaan terbabit dan melarikan diri, " katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini tular di media sosial memaparkan beberapa individu dikejar pihak polis di persimpangan lampu isyarat di lokasi terbabit.Kejadian itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya sebelum video berkenaan kemudiannya tular di media sosial.Beliau berkata, pemeriksaan awal terhadap kenderaan berkenaan tidak menemukan sebarang barangan salah di sisi undang-undang."Polis kini sedang mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi menerusi talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. |
|
Polis buru dua lelaki lolos pemeriksaan - Sinarharian - 8/11 9:10 pm KUALA LUMPUR Aksi sebuah kereta serta beberapa individu dikejar pihak polis di Jalan Sultan Salahuddin di sini yang tular di media sosial dipercayai berlaku ketika Op Tapis Khas dijalankan pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan operasi berkenaan.Menurutnya, anggota polis mengesan sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri kenderaan itu untuk pemeriksaan."Pemandu kereta berkenaan bagaimanapun bertindak melulu dengan melanggar sebuah Honda City berwarna biru bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan polis."Bagaimanapun, pada jam 6.40 petang, polis berjaya mengesan semula kenderaan itu di persimpangan Jalan Sultan Salahuddin sebelum bertindak mengejarnya, dua lelaki kemudian keluar dari kenderaan terbabit dan melarikan diri, " katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini tular di media sosial memaparkan beberapa individu dikejar pihak polis di persimpangan lampu isyarat di lokasi terbabit.Kejadian itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya sebelum video berkenaan kemudiannya tular di media sosial.Beliau berkata, pemeriksaan awal terhadap kenderaan berkenaan tidak menemukan sebarang barangan salah di sisi undang-undang."Polis kini sedang mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi menerusi talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. |
|
Langgar kereta, dua lelaki lari ketika dikejar polis - Utusan - 8/11 8:48 pm PETALING JAYA: Dua lelaki melarikan diri selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar sebuah kereta ketika cuba melepaskan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, semalam |
|
Wan Ahmad Fayhsal jangan lebih sudu daripada kuah - Ketua Penerangan Armada - Sinarharian - 8/11 8:38 pm KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diingatkan tidak lebih sudu daripada kuah dalam memperjuangkan agenda tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, pendirian Wan Ahmad Fayhsal berhubung isu berkenaan dilihat bercanggah dengan kritikan lantang beliau terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.Menurutnya, terdapat ironi apabila Wan Ahmad Fayhsal yang sebelum ini lantang mengkritik isu 1MDB kini dilihat memperjuangkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu."Negara dan generasi muda tidak lupa rekod penulisan beliau sebelum ini yang sangat ekstensif, tajam dan lantang di media sosial serta portal analitis."Kupasan beliau yang secara khusus membongkar struktur hutang 1MDB, isu bon Goldman Sachs dan peranan syarikat cengkerang untuk menyeleweng dana rakyat adalah manifestasi idealisme anak muda yang tidak sepatutnya dicairkan, diubah hala atau dikompromikan hari ini demi sebarang perkiraan politik jangka pendek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini menyatakan kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat pihak bertanggungjawab mengarahkan penghentian proses pemindahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah.Ujar beliau, kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan berpatah balik itu selepas jentera kerajaan didakwa sudah bergerak untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong.Sehubungan itu, Ahli Parlimen Machang itu turut mengemukakan beberapa persoalan yang perlu dijawab kerajaan, termasuk pihak yang mengarahkan Ketua Pengarah Penjara menghentikan proses pemindahan yang sedang berjalan.Selain itu, beliau mempersoalkan peruntukan undang-undang yang membolehkan AGC menangguhkan pelaksanaan perintah pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut meminta penjelasan sama ada Perdana Menteri atau mana-mana Menteri terlibat atau dimaklumkan terlebih dahulu sebelum keputusan berkenaan dibuat.Harris berkata demikian ketika mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendesak kerajaan memberikan penjelasan berhubung isu penangguhan pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap Najib."Wan Ahmad Fayhsal juga perlu mengelakkan diri daripada dilihat lebih cenderung daripada UMNO sendiri dalam memperjuangkan agenda membabitkan individu yang dikaitkan dengan krisis integriti terbesar negara."Fokus perjuangan dan jati diri politik anak muda seharusnya jelas dengan berpaksikan penolakan terhadap sebarang bentuk salah laku rasuah serta penyelewengan dana awam," katanya.Bagaimanapun, beliau menegaskan ARMADA tetap menghormati keputusan Lembaga Pengampunan dan pelaksanaannya mengikut ketetapan serta prosedur yang sah."ARMADA menegaskan bahawa kritikan dan pembuktian ketidakselarasan pendirian terhadap Wan Ahmad Fayhsal sama sekali tidak mempertikaikan kuasa mutlak institusi Yang di-Pertuan Agong."Sebaliknya, kami kekal menjunjung tinggi kedaulatan Perlembagaan serta institusi beraja negara," katanya. |
|
Kereta peronda dinaiki dua anggota polis terbabas elak monyet - Sinarharian - 8/11 8:31 pm HULU TERENGGANU - Dua anggota polis cedera selepas kenderaan peronda yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik beberapa kali akibat mengelak sekumpulan monyet di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah - Tapah, Kampung Kepah di sini pada petang Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu kenderaan, Muhammad Amirul Hafiz Ahmad, 26, mengalami kecederaan patah tangan kiri, manakala penumpang, Khairil Azlan Abdul Latif, 44, mengalami kesakitan di bahagian rahang.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, ketika kejadian, kedua-dua anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu itu sedang menjalankan tugas rondaan penguatkuasaan trafik.Menurutnya, kenderaan jenis Honda City itu sedang dalam perjalanan dari arah Simpang Kepah menghala ke Kuala Berang."Setibanya di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sekumpulan monyet telah berada di tengah jalan."Pemandu kenderaan berkenaan bertindak mengelak ke arah kanan bagi mengelakkan daripada melanggar haiwan tersebut."Bagaimanapun, kenderaan tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik beberapa kali," katanya.Beliau berkata, akibat kemalangan itu, kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada keseluruhan bahagian.Mengulas lanjut, Sharudin berkata, siasatan awal mendapati keadaan permukaan jalan ketika kejadian adalah basah berikutan cuaca selepas hujan."Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya. |
|
Dulu kecam 1MDB, sekarang jadi juara tahanan rumah Najib ARMADA sindir Wan Fayhsal - Harapandaily - 8/11 8:15 pm Perubahan pendirian dalam isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengundang sindiran ARMADA Bersatu Malaysia terhadap bekas ketua mereka Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
|
Kereta peronda polis terbalik elak monyet - Kosmo - 8/11 8:14 pm HULU TERENGGANU Gara-gara mengelak sekumpulan monyet yang berkumpul di tengah jalan, dua anggota polis trafik cedera setelah kereta peronda dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit KepahTapah berhampiran Kampung Kepah di sini, hari ini |
|
Lelaki lemas ketika mandi air terjun - Utusan - 8/11 8:07 pm TAIPING: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama empat rakannya di kawasan Air Terjun Taman Suria di sini, hari ini |
|
Sebab dah ada fatwa, derma kepada penyamun berpahala. - Wrlr - 8/11 7:12 pm Ahmad Faizuddin |
|
195 underaged teens detained in raid at KL nightspot - FMT - 8/11 6:38 pm Dang Wangi police chief Ahmad Azwan Amin Nordin says investigations found that the entertainment outlet was operating without a licence. |
|
Perbezaan pendirian parti tak jejas pentadbiran kerajaan perpaduan, kata Zahid - FMT - 8/11 6:34 pm TPM berkata, hubungan kerja BN-PH dalam kerajaan kekal baik, susulan isu pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak. |
|
195 remaja ditahan dalam serbuan pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara - SUN - 8/11 6:16 pm KUALA LUMPUR: Polis menahan 195 remaja dan seorang pengurus premis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara kira-kira 12.30 tengah malam tadi |
|
BN-Pakatan relationship unaffected by Najib pardon issue, says Zahid - Malaymail - 8/11 5:56 pm ISTANBUL, Nov 8 Differences in political views and positions among parties in the Unity Government hav... |
|
BN-PH ties unaffected by differences over Najibs conditional pardon, says Zahid - FMT - 8/11 5:55 pm Deputy prime minister says differences in political views among unity government parties have not affected the smooth running of the administration. |
|
PRN Melaka: PN letak harapan tinggi cipta kejutan di Kesidang - Sinarharian - 8/11 5:48 pm KOTA MELAKA -Perikatan Nasional (PN) meletakkan harapan tinggi untuk mencipta kejutan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang dan seluruh Melaka menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, menjelang hari terakhir kempen yang berbaki lima hari.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN melihat PRN Melaka sebagai peluang penting untuk membuktikan kerjasama politik baharu antara parti komponen mampu menjadi asas kukuh bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang."Apa juga yang berlaku di Melaka ini sangat penting |
|
Aduan terhadap Bersatu dibawa ke MPT selepas PRN Melaka - Sinarharian - 8/11 5:39 pm KOTA MELAKA - Perikatan Nasional (PN) akan meneliti dan mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan salah laku serta masalah disiplin membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sudah menerima aduan daripada rakan komponen berhubung beberapa isu disiplin yang didakwa melibatkan parti berkenaan.Menurutnya, semua aduan itu akan dibawa untuk dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN bagi menentukan tindakan selanjutnya mengikut prosedur ditetapkan."Kita mendapat aduan daripada rakan komponen khususnya berkaitan pelbagai masalah disiplin yang dikategorikan sebagai salah laku parti berkenaan."Apabila ada aduan seperti itu, sudah tentu ia akan dibincangkan dalam MPT |
|
Perbezaan pendirian parti tidak jejas pentadbiran Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid - Mydateline - 8/11 5:16 pm Perbezaan pandangan dan pendirian politik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid .. |
|
Zahid cautions against further delays in implementing Najib's house arrest - NST - 8/11 5:14 pm ISTANBUL: Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has cautioned against further delays in implementing former prime minister Datuk Seri Najib Razaks house arrest. |
|
196 pengunjung bawah umur dicekup dalam serbuan pusat hiburan - Sinarharian - 8/11 5:11 pm KUALA LUMPUR - Seramai 196 individu bawah umur ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dipercayai beroperasi tanpa lesen sah di ibu negara pada Ahad.Serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, daripada jumlah pengunjung bawah umur yang ditahan, 94 lelaki dan 61 perempuan merupakan warga tempatan.Beliau berkata, baki 41 individu bawah umur terdiri daripada 16 lelaki dan 25 perempuan warga asing."Selain itu, pemeriksaan turut melibatkan 89 lelaki dan 75 perempuan warga tempatan serta 43 lelaki dan 12 perempuan warga asing."Polis turut memeriksa seorang lelaki yang merupakan pengurus premis serta 12 pekerja lelaki dan empat pekerja perempuan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, seramai 196 pengunjung bawah umur dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan saman, dokumentasi dan tindakan lanjut.Ujarnya, hasil semakan mendapati kesemua individu yang diperiksa tidak mempunyai rekod dikehendaki polis."Bagaimanapun, saringan awal air kencing terhadap 49 individu mendapati seorang positif dadah jenis Amphetamine (AMP) dan Methamphetamine (MET), manakala selebihnya negatif."Polis turut menjalankan siasatan terhadap pengurus premis mengikut Seksyen 29(2) Kaedah-kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan," katanya.Tambahnya, operasi itu mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Polis Kuala Lumpur, dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara."Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. |
|
PN to decide on disciplinary action against Bersatu after Melaka polls - FMT - 8/11 3:22 pm Coalition chairman Ahmad Samsuri Mokhtar says complaints have been received from component parties, but declines to disclose their details. |
|
PRN Melaka medan penting bukti keberkesanan PN-BN - FMT - 8/11 2:54 pm Pengerusi PN Ahmad Samsuri mahu melihat Melaka jadi batu loncatan ambil alih kerajaan persekutuan pada PRU16. |
|
Kerjasama TVET Malaysia-Turkiye perkasa tenaga kerja nasional - Astroawani - 8/11 2:45 pm Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangunan TVET merupakan antara empat bidang keutamaan yang dicadangkan untuk penyelidikan bersama antara Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dengan Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA). |
|
Ahmad Zahid, Timbalan Perdana Menteri Lubnan bincang pemulihan pascakonflik - Sinarharian - 8/11 12:17 am ISTANBUL - Pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Perdana Menteri Lubnan, Dr Tarek Mitri membincangkan perkembangan keselamatan negara tersebut serta usaha pemulihan pascakonflik bagi membantu rakyat Lubnan membina semula kehidupan.Ahmad Zahid berkata, pihaknya turut membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan semula infrastruktur dan ekonomi komuniti, bantuan kemanusiaan, latihan kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta bidang pertahanan bagi memperkukuh keupayaan dan daya tahan Lubnan.Menurut beliau, Malaysia dan Lubnan mempunyai hubungan persahabatan yang erat, khususnya melalui penglibatan pasukan pengaman negara, MALBATT di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sejak 2007."Sumbangan anggota kita mencerminkan komitmen berterusan Malaysia terhadap keamanan dan kestabilan di selatan Lubnan."Saya berpandangan bahawa komitmen antara kedua-dua negara perlu diteruskan melangkaui penugasan pasukan pengaman, menerusi kerjasama untuk membantu meningkatkan sokongan moral dan membuka peluang ekonomi demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan itu sempena lawatan kerja empat hari ke Turkiye bermula 5 hingga 8 November ini.Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan, delegasi turut mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D-8), Sohail Mahmood.Kata beliau, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai peranan pertubuhan tersebut dalam usaha memperkukuhkan kerjasama ekonomi bagi menghadapi cabaran global yang memberikan kesan kepada pembangunan negara anggota.Jelasnya, Malaysia melihat terdapat kepentingan untuk terus memanfaatkan platform D-8 bagi mengeratkan lagi hubungan sesama negara bersahabat untuk memperluaskan pelbagai bidang kerjasama dan membina daya tahan ekonomi bersama."Pertubuhan ini dibangunkan pada 1997 untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara membangun melibatkan Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Iran, Turkiye, Mesir dan Nigeria."Saya menyifatkan kedua-dua pertemuan mencerminkan komitmen Malaysia terhadap penglibatan antarabangsa yang aktif dan membina."Malaysia akan terus mengutamakan dialog, persefahaman dan kerjasama praktikal dalam menyokong keamanan serta kemakmuran bersama," ujar Ahmad Zahid. |
|
MARA to double Turkiye scholars next year, says Zahid - Malaymail - 8/11 10:51 am ISTANBUL, Nov 8 The Majlis Amanah Rakyat (MARA) aims to double the number of sponsored students sent to pursue t... |
|
Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama strategik, sasar dagangan AS$10 bilion menjelang 2030 - Sinarharian - 8/11 10:09 am KUALA LUMPUR - Malaysia dan Trkiye bersetuju memperkukuh kerjasama strategik dua hala serta memperluas agenda ekonomi, perdagangan dan keselamatan serantau, dengan sasaran meningkatkan nilai perdagangan kepada AS$10 bilion menjelang 2030.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Trkiye, Recep Tayyip Erdoan di Istanbul Congress Centre (ICC)pada 6 November lalu.Menurutnya, pertemuan kira-kira 30 minit selepas Majlis Perasmian TRT World Forum 2026 itu menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai hala tuju hubungan Malaysia-Trkiye, kerjasama strategik dua hala danperkembangan geopolitik serta keselamatan serantau."Kedua-dua pihak turut membincangkan keperluan memperluas hubungan ekonomi dan perdagangan bagi meningkatkan nilai perdagangan dua hala daripada AS$5.6 bilion pada 2025 kepada AS$10 bilion menjelang 2030," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Dalam hubungan itu, penubuhan High-Level Strategic Cooperation Council (HLSCC), yang mengadakan mesyuarat sulung di Ankara pada Januari 2026, menjadi mekanisme penting untuk menyelaras keutamaan dan mempercepat pelaksanaan kerjasama strategik kedua-dua negara.Ahmad Zahid berkata, beliau turut menggariskan potensi memperluas kerjasama dalam bidang pelaburan, industri pertahanan, pemindahan teknologi, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), industri halal serta pengurusan bencana.Menurutnya, hubungan strategik Malaysia-Trkiye perlu melangkaui kerjasama tradisional dan diterjemahkan kepada inisiatif lebih konkrit, khususnya dalam membuka peluang pelaburan, memperkukuh kapasiti industri, memperluas pemindahan kepakaran serta meningkatkan daya saing ekonomi kedua-dua negara."Dalam konteks hubungan ASEAN-Trkiye, komitmen Malaysia selaku negara penyelaras untuk terus memperkukuh hubungan kedua-dua pihak dengan memberikan tumpuan kepada peluasan perdagangan, kerjasama teknologi dan pembangunan modal insan," tegasnya.Menyentuh perkembangan keselamatan dan geopolitik, Ahmad Zahid berkata, pertemuan itu turut membincangkan situasi di Syria, Lubnan dan Palestin, khususnya keadaan di Gaza yang terus menuntut perhatian serius masyarakat antarabangsa.Beliau berkata, Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap konflik berterusan serta kesannya terhadap kestabilan serantau, keselamatan orang awam dan keadaan kemanusiaan di kawasan terjejas.Menurutnya, pendirian Malaysia jelas bahawa usaha mencapai keamanan berkekalan mesti berteraskan penghormatan terhadap kedaulatan negara, undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan."Perlindungan orang awam danjaminan akses bantuan kemanusiaan tidak boleh diketepikan dalam apa jua keadaan," katanya.Beliau turut menegaskan masyarakat antarabangsa perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam meredakan ketegangan, menghentikan penderitaan rakyat yang terkesan akibat konflik dan mengutamakan penyelesaian secara aman melalui dialog sertadiplomasi.Ahmad Zahid berkata, beliau menghargai komitmen dan peranan Trkiye dalam menyuarakan kepentingan keamanan serta keadilan di peringkat antarabangsa.Menurutnya, Malaysia dan Trkiye mempunyai ruang luas untuk memperkukuh kesepakatan diplomatik dalam menangani isu serantau dan antarabangsa yang memberi implikasi terhadap keamanan serta kestabilan global."Hubungan Malaysia-Trkiye mempunyai asas kukuh untuk terus diperkasakan bukan sahaja sebagai rakan perdagangan dan pelaburan, malah rakan strategik dalam memperjuangkan kepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya.Ahmad Zahid berkata, kehadirannya ke Trkiye adalah atas jemputan Turkish Radio and Television Corporation (TRT) bagi menghadiri TRT World Forum 2026 serta menyertai sesi panel bertajuk 'Trkiye: From Regional Power to Multi-Regional Actor'.Menurutnya, penyertaan dalam forum antarabangsa seumpama itu memberi ruang kepada Malaysia untuk berkongsi perspektif, menyuarakan pendirian negara serta memperkukuh jaringan kerjasama dengan pemimpin dan pembuat dasar antarabangsa."Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan diplomasi yang konstruktif, berprinsip dan berpaksikan kepentingan nasional, selain memperkukuh kerjasama dengan rakan antarabangsa bagi menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran sejagat," tambahnya. |
|
Ships, defence and halal: What Zahid discussed with Turkiyes consul in Bursa - Malaymail - 8/11 10:05 am ISTANBUL, Nov 8 The potential to develop a ship maintenance, repair and overhaul (MRO) hub in Bagan Datuk, Perak... |
|
Tragedi pulang konvoi RXZ: Seorang maut rempuh lori, dua lagi parah - Sinarharian - 8/11 9:41 am HULU TERENGGANU Perjalanan pulang sekumpulan peminat motosikal Yamaha RXZ selepas menyertai program permotoran berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan di Kilometer 414 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Ajil, malam tadi.Mangsa, Ahmad Syamil Nordin, 23, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu.Dua lagi penunggang motosikal Yamaha RXZ berusia 28 dan 33 tahun turut terlibat dalam nahas berkenaan dan dilaporkan parah |
|
Pelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus - Sinarharian - 8/11 7:30 am SHAH ALAM Demi memastikan bapanya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat mendapat penjagaan sewajarnya, seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil keputusan membawa lelaki itu tinggal bersama di kawasan kampus.Siti Nurdiana Mohamad Bistawi yang merupakan anak tunggal, memilih untuk meneruskan pengajian sambil menjaga bapanya selepas kehilangan ibu sejak 2009.Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk memastikan kebajikan dan kesihatan bapanya terus terpelihara, meskipun perlu membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai pelajar dan anak.Menurut kenyataan UPNM pada 5 November lalu, pihak universiti membantu menyediakan kemudahan penginapan bagi membolehkan Siti Nurdiana dan bapanya tinggal bersama di kampus sejak 25 Oktober lalu.Universiti itu turut membantu menguruskan perpindahan mereka dari Alor Setar, Kedah bagi membolehkan pelajar itu meneruskan pengajian tanpa perlu berjauhan dengan bapanya."Selain kemudahan penginapan, UPNM turut menyelaraskan urusan akademik dan kebajikan pelajar berkenaan bagi memastikan tanggungjawab menjaga bapanya tidak menjejaskan pengajiannya."Pusat Kesihatan UPNM turut membantu menguruskan rujukan perubatan serta rawatan susulan bapanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," menurutnya.Kisah dua beranak itu turut mendapat perhatian Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad yang menziarahi mereka pada 5 November lalu.Beliau difahamkan pernah bertemu keluarga berkenaan di Gunung Keriang, Kedah sebelum mengambil inisiatif memastikan kebajikan mereka mendapat perhatian sewajarnya.Lebih menyentuh hati, keprihatinan terhadap nasib Siti Nurdiana turut ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berkenan mengurniakan sumbangan bagi membantu meringankan beban pelajar berkenaan. |
|
Ties with Lebanon to continue after peacekeepers return, says Zahid - FMT - 7/11 9:36 pm The deputy prime minister says Malaysia can help Lebanon to rebuild infrastructure and provide humanitarian assistance as well as defence cooperation. |
|
Remaja maut dibunuh: Polis tahan sembilan individu termasuk remaja 16 tahun - Sinarharian - 7/11 9:35 pm SIBU - Polis menahan sembilan individu berusia antara 16 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai ditikam dalam pergaduhan di sebuah taman awam di Jalan Gambir di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Sibu antara 10 pagi hingga 4 petang tadi hasil risikan dan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.Beliau berkata, polis menerima laporan kira-kira 2 pagi tadi berhubung kejadian pergaduhan yang menyaksikan pengadu dipukul sekumpulan individu."Dalam kejadian itu, seorang lelaki dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Sibu," katanya dalam kenyataan malam ini.Abang Zainal Abidin berkata kejadian berkenaan turut tular di media sosial Facebook.Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.Terdahulu, remaja berkenaan dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam pada bahagian dada dengan senjata tajam dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam.Mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan |
|
JAIS syor turunkan hantaran berkaitan Aliff Daniel di media sosial - Sinarharian - 7/11 8:42 pm SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesyorkan mana-mana hantaran berkaitan dengan Aliff Daniel Adli di media sosial agar diturunkan segera susulan individu itu telah dijatuhi hukuman dan telah membuat pengisytiharan taubat berhubung kesalahan syariahnya.Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata syor berkenaan bagi memberi sokongan kepada lelaki itu dan keluarganya yang telah bertaubat dan ingin mengamalkan Islam yang sebenar tanpa jejak digital yang memberi gambaran buruk kepada mereka, pihak berkuasa agama, umat dan agama Islam."Mari kita bersama-sama bersangka baik sesama Islam, menjaga maruah saudara kita, saling menghormati dan bersama mewujudkan kesedaran melalui persekitaran yang mendukung kebaikan Aliff Daniel, keluarga dan umat Islam seluruhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Pada 5 November lepas, Aliff Daniel, 21, bersama-sama ibu, Rohizayanti Ramli, 52, serta adik perempuannya, Nur Ranea Ezreen, 19, melafazkan taubat secara terbuka menerusi Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) di hadapan tiga saksi utama.Ketiga-tiga beranak itu membuat pengisytiharan dan ikrar taubat secara terbuka pada 2.40 petang di hadapan Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS Datin Paduka Dr Khadijah Khambali@Hambali.Sebelum itu, pada 4 November, Aliff Daniel diarah menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.Hakim Syarie Mohd Faizal Habib memutuskan demikian selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah dengan menyertai ritual agama lain (menjunjung alat keagamaan, mencucuk anggota badan dan berlutut di hadapan patung di sebuah kuil di Batu Caves pada 24 Jan 2024.Aliff Daniel didakwa di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 54(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 |
|
Reveal whos responsible for house arrest delay, says Wawasan - FMT - 7/11 7:53 pm Party information chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal urges the government to carry out the house arrest order immediately. |
|
Penangguhan sementara: Wawasan desak kerajaan dedah siapa bertanggungjawab - FMT - 7/11 6:55 pm Ketua Penerangan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga mahu tahu adakah perdana menteri atau mana-mana menteri terlibat atau dimaklumkan sebelum keputusan dibuat. |
|
PM arah Peguam Negara menghadap Agong perjelas perintah pengampunan bersyarat Najib - Sinarharian - 7/11 6:26 pm SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memperjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata langkah itu perlu, bagi menjelaskan kekangan undang-undang terhadap baki hukuman penjara dalam kes SRC International, serta implikasinya terhadap satu lagi kes membabitkan Najib, iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."Saya telah minta supaya Peguam Negara segera menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong memohon ampun dan menjelaskan mengapa keputusan itu diterima untuk kes SRC, tetapi ada masalah kerana melibatkan kes kedua iaitu kes 1MDB," kata beliau selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di sini hari ini.Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Lim Hui Ying serta Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraSultan Ibrahim hari ini bertitah pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib, yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah hendaklah dihormati, selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.Seri Paduka Baginda bertitah keputusan yang diperkenankan menerusi kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan itu, perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah diputuskan tanpa menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.Anwar menegaskan bahawa kuasa dan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak pernah dipertikaikan, sebaliknya isu yang perlu diperjelaskan ialah berkaitan pelaksanaan titah berkenaan dalam konteks kes kedua yang membabitkan Najib.Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara, sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut mengenai interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat, serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas bayaran denda RM50 juta dilunaskan.AGC memaklumkan penangguhan sementara itu bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya merupakan langkah bagi memastikan titah tersebut dan perintah mahkamah berkaitan dilaksanakan dengan tepat, teratur dan selaras dengan kedudukan undang-undang sebenar.Sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa serta arahan pihak berkuasa yang berkenaan, selain memaklumkan tindakan selanjutnya akan diambil selepas proses penelitian dan penjelasan berhubung penangguhan sementara itu selesai.Najib dilaporkan selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, di sini semalam.Pegawai khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar hadir di mahkamah pada 11.30 pagi bagi menyelesaikan urusan pembayaran dan melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan sebelum pembayaran dimuktamadkan |
|
Anwar directs AG to seek Kings audience over Najibs conditional pardon order - Sinardaily - 7/11 6:15 pm SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim has instructed Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar to seek an audience with His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, immediately to clarify issues surrounding the implementation of the Conditional Pardon Order involving former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.The Prime Minister said the move was necessary to explain the legal constraints concerning the remainder of Najibs prison sentence in the SRC International case, as well as the implications for another case involving him, namely the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case."I have asked the Attorney-General to seek an audience with His Majesty the Yang di-Pertuan Agong immediately, to respectfully explain why the decision was accepted in the SRC case, but there are complications because it also involves a second case, the 1MDB case, Anwar said.He was speaking to reporters after launching the 2026 National Family Month celebration in November at the Selangor International Trade Centre (SITC) here today.Also present were the Prime Ministers wife, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is also Bandar Tun Razak MP, Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri, her deputy Lim Hui Ying, and Selangor Womens Development and Social Welfare Committee chairman, Anfaal Saari.Sultan Ibrahim today decreed that the implementation of the conditional pardon granted to Najib, which allows him to serve the remainder of his prison sentence under house arrest, must be respected in keeping with the principles of Constitutional Monarchy and the Rule of Law.His Majesty said the decision, granted under the royal prerogative of pardon provided for in Article 42 of the Federal Constitution, must be implemented as decreed, without giving rise to prolonged confusion or uncertainty.Anwar said the authority and decision of the King had never been questioned |
|
Lagi 50 peserta gabungan NGO berdemonstrasi, tuntut Rafizi hentikan fitnah - Sinarharian - 7/11 4:40 pm KUALA LUMPUR - Kira-kira 50 peserta dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini sekali lagi berhimpun bagi menyerahkan memorandum yang menuntut bekas Ahli Parlimen Pandan yang juga pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli agar segera bersara dan berhenti fitnah.Jurucakap gabungan itu yang juga aktivis politik Pekemas, Faizan Mohd Nor berkata, berbanding himpunan di ibu pejabat Bersama sebelum ini, himpunan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan yang lebih serius kepada Rafizi yang tidak mahu bertaubat dari menfitnah."Kami terpanggil untuk bangkit berdemonstrasi untuk mendesak Rafizi agar menghentikan perkara tidak bermoral dan berunsur fitnah seperti yang dilakukan ke atas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias baru-baru ini."Kami juga mempersoalkan tindakan Rafizi yang didakwa semakin rancak menyerang pimpinan kerajaan dan ahli PKR, termasuk mereka yang sudah bersama-sama parti sejak zaman reformasi, susulan keputusan pemilihan parti baru-baru ini," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.Himpunan yang diadakan di pejabat Rafizi di Dataran Pandan Prima, di sini, turut menuntut agar Rafizi bertaubat dan tidak menyokong isu khalwat yang membabitkan sahabat baiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Setiawangsa.Antara pertubuhan NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Sekretariat Suara Wanita Nasional (SWN), Anak Muda Negara (Gen.Z), Bangkit Nasional (BANGKIT), Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS) dan Pertubuhan Demi Bangsa Negara (DEMI).Amira sebelum ini meminta Rafizi berhenti menipu dan menabur fitnah dalam isu yang didakwanya tuduhan tidak berasas terhadap latar belakang politik bapanya.Terbaharu, bekas Ahli Parlimen PKR, N |
|
Kerajaan perlu dedah siapa arah hentikan pemindahan Najib - Sinarharian - 7/11 3:29 pm KUALA LUMPUR Kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat pihak bertanggungjawab mengarahkan penghentian proses pemindahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah pada Jumaat.Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan berpatah balik itu selepas jentera kerajaan didakwa sudah bergerak untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, titah Sultan Ibrahim bertarikh 7 November 2026 jelas dan tidak memberi ruang untuk sebarang tafsiran yang bercanggah.Beliau berkata, Baginda turut menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat itu tidak mempunyai sebarang kekaburan, selain semua syarat ditetapkan telah dipenuhi."Fakta-faktanya terang |
|
King: Najibs house arrest order is clear and must be respected - Sinardaily - 7/11 2:43 pm KUALA LUMPUR - The implementation of the conditional pardon granted to Datuk Seri Najib Tun Razak, allowing the former Prime Minister to serve the remainder of his prison sentence under house arrest, must be respected in keeping with the principles of Constitutional Monarchy and the Rule of Law.His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, said the decision granted under the royal prerogative of pardon provided for in Article 42 of the Federal Constitution must be implemented as decreed, without giving rise to prolonged confusion or uncertainty.The royal decree was contained in a statement issued by Istana Negara and shared on Sultan Ibrahim Sultan Iskandar's Facebook page today.His Majesty said he had ordered Najib to serve the remainder of his prison sentence under house arrest, subject to the condition that the RM50 million fine be paid.The order was granted after His Majesty received due advice from Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh and Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar at the Pardons Board meeting for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya on Sept 18."The royal prerogative of pardon is provided for under Article 42 of the Federal Constitution |
|
Anwar patut pecat menteri BN tak sehaluan - Muhyiddin - Sinarharian - 7/11 1:47 pm HANG TUAH JAYA - Menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dipecat bagi memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu wajar dipertimbangkan susulan perbalahan terbuka antara pemimpin BN dengan Perdana Menteri yang disifatkan boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar kerajaan.Menurutnya, pemimpin yang menjadi sebahagian daripada kerajaan seharusnya menghormati prinsip pentadbiran dengan tidak mengkritik kerajaan sendiri secara terbuka sehingga menimbulkan gambaran seolah-olah berlaku keretakan dalam kerajaan."Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya dah pecat mereka |
|
Wanita maut kereta terbabas langgar penghadang lebuh raya - Sinarharian - 7/11 11:01 am TANJUNG MALIM Seorang wanita maut manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 388, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam sebuah kereta jenis Honda City.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seorang lagi wanita berusia 20 tahun turut mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi."Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 8.48 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City yang melanggar penghadang jalan."Terdapat tiga mangsa iaitu dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan |
|
Stand-up paddleboarding makes a splashing debut at Karnival Ban Canal 2026 - Sinardaily - 7/11 10:20 am SABAK BERNAM An exhilarating fusion of stand-up paddleboarding (SUP polo) has officially arrived in Malaysia, bringing non-stop action to the night events of the Karnival Ban Canal 2026.Held at the scenic Ban Canal in Parit 14, Simpang Lima from November 6 to 8, the three-day carnival features an array of outdoor challenges, cultural performances, traditional food, and family-friendly activities, with the brand-new water sport standing out as one of its absolute highlights.Played on flat water within sectioned-off arenas or swimming pools, SUP Polo originated in the United Kingdom as a light-hearted novelty before evolving into a competitive team sport.Teams manoeuvre inflatable paddleboards whilst using specialised mesh paddles to control and shoot a ball into the opponent's net.The rules are fast and furious, featuring intense five-minute halves separated by a quick one-minute rest interval.The energetic display at Sabak Bernam drew a diverse roster of competitors, ranging from enthusiastic local residents and university students to seasoned international athletes.Pelaburan Mara Berhad representative Mohamad Faizul Abdul Hamid, 46, affectionately known as Pesot, served as head judge for the tournament and expressed immense optimism for the sport's future in the region."It is great fun and I truly hope we can groom athletes from these events to represent the country on the international stage," Pesot said, emphasising the potential of SUP Polo to grow from a recreational activity into a recognised national discipline.Among the standout competitors hitting the water was 17-year-old canoe slalom athlete Ahmad Zikri Mohd Nor Arif, who claimed a bronze medal for Malaysia at last year's SEA Games.Having taken up kayaking in 2021, Zikri only picked up SUP Polo recently after being encouraged by his peers."I was influenced by my friends |
|
Kesihatan kekayaan sebenar, PPAS sokong My#HadithTime - Sinarharian - 7/11 9:20 am SHAH ALAM - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyokong usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan menerusi penganjuran Konvensyen My#HadithTime yang bertemakan kesejahteraan.Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Muhamad berkata, kesihatan merupakan aset penting yang membolehkan seseorang melaksanakan tanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat.Menurutnya, PPAS berbesar hati menjadi penganjur bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi meneruskan usaha Allahyarham Marhaini Yusoff, bekas Ketua Pegawai Eksekutif WUIF."Alhamdulillah, PPAS sebagai penganjur bersama WUIF berbesar hati dapat menyambung usaha Allahyarham Marhaini yang amat komited dalam menganjurkan Konvensyen My#HadithTime ini sehingga akhir hayatnya."Kekayaan sebenar adalah kesihatan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |