![]() |
/// |
|
Search : Wan Ahmad Farid News | Page 1 |
Lantikan hakim: Desakan tubuh RCI, himpunan aman tak lagi perlu - Mgazette - 19/07 8:30 am KANUN mengucapkan jutaan tahniah kepada hakim-hakim yang dilantik itu dan berharap mereka dapat terus memastikan prinsip-prinsip kebebasan kehakiman di bawah Perlembagaan terus dijunjung supaya keadilan dapat tertegak, katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu |
Wan Ahmad Farid faham secara mendalam kesucian badan kehakiman - Mgazette - 19/07 8:30 am # Wan Ahmad Farid faham secara mendalam kesucian badan kehakiman KUALA LUMPUR - Badan Peguam Malaysia menyifatkan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai kefahaman mendalam terhadap peranan suci badan kehakiman untuk menegakkan kedaulatan undang-undang |
Choice of CJ draws positive reactions - SUN - 19/07 8:00 am PETALING JAYA : The appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as Malaysias new chief justice has drawn positive reactions from members of the legal community, that expressed hope his leadership would reinforce judicial independence, uphold constitutional values and enhance public confidence in the justice system |
Bersih tuntut segera laksana reformasi lantikan kehakiman - Sinarharian - 18/07 11:04 pm SHAH ALAM - Pelantikan tiga hakim utama negara tidak bermakna proses reformasi pelantikan kehakiman bagi membebaskan institusi itu daripada campur tangan cabang eksekutif perlu terhenti.Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, ia merujuk khusus kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang pernah terlibat dalam politik UMNO, namun pada 2022 beliau mengambil keputusan menarik diri dari mendengar kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penegasan mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman."Penegasan sebegini amat penting untuk memastikan rakyat awam menghormati badan kehakiman sebagai badan yang mengangkat prinsip kedaulatan undang-undang."Bersih menegaskan prinsip tersebut harus terus didukung oleh beliau terutama ketika menjalankan tugas sebagai Ketua Hakim Negara."Kami mengalu-alukan lantikan tiga hakim utama negara iaitu Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Wan Ahmad Farid yang juga Hakim Mahkamah Rayuan diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Tambah kenyataan itu, Bersih juga menuntut untuk kerajaan segera melaksanakan reformasi lantikan kehakiman terutamanya dengan mengurangkan kuasa Perdana Menteri dalam lantikan hakim-hakim."Ini termasuklah dengan mengiktiraf Suruhanjaya Lantikan Kehakiman (JAC) sebagai badan yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan."Komposisi dalam JAC juga perlu dirombak semula untuk mengurangkan kuota lantikan Perdana Menteri dalam keanggotaan JAC dengan memasukkan wakil daripada Majlis Peguam Malaysia, wakil Sabah Law Society dan Advocate Associates of Sarawak serta wakil daripada ahli akademik dan anggota masyarakat sivil yang berkelayakan."Selain itu, dari sudut pelantikan, Perdana Menteri perlu diwajibkan untuk memberikan alasan yang berasas kepada awam jika terdapat penolakan calon Hakim yang dicadangkan oleh JAC dan beliau hanya boleh menolaknya sebanyak sekali sahaja," katanya.Sementara itu, Bersih turut menegaskan kerajaan harus laksanakan janji dan komitmen untuk menghormati doktrin pengasingan kuasa dengan menambahbaik sistem sedia ada."Krisis kehakiman terburuk yang berlaku pada tahun 1988 harus dijadikan sempadan oleh semua pihak khususnya kerajaan yang memperlihat rakyat sudah tidak lagi menghormati badan kehakiman," katanya. |
Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM - Thempress - 18/07 9:14 pm PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh |
Pernah jadi setiausaha politik Pak Lah, ini biodata YA Wan Ahmad Farid - Mdateline - 18/07 8:04 pm Tengah malam semalam, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara yang baru |
Bersih supports Malaysias new top judges appointment - SUN - 18/07 7:27 pm KUALA LUMPUR : The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) has expressed support for the appointment of Malaysias three top judges, including Chief Justice Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh |
Latar belakang politik tidak wajar jadi halangan pelantikan Ketua Hakim Negara Pembela - Sinarharian - 18/07 7:25 pm SHAH ALAM Latar belakang politik seseorang sebelum menyertai badan kehakiman tidak seharusnya menjadi penghalang untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menegaskan, individu yang pernah aktif dalam politik tetapi telah menjalankan tugas sebagai hakim secara adil dan profesional wajar dinilai berdasarkan prestasi mereka di atas bangku kehakiman, bukan latar belakang lampau."Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memang pernah bertanding dalam pilihan raya atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menjawat jawatan Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik, tetapi itu berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman."Setelah menyertai badan kehakiman, beliau tidak lagi aktif sebagai ahli politik dan telah menjalankan tugas kehakiman dengan baik," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut Zainul Rijal, terdapat juga contoh bekas calon parti pembangkang seperti Pas yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum bersara."Ini bukan perkara asing dalam sejarah kehakiman |
Keputusan bijak Raja-Raja elak satu lagi krisis kehakiman - peguam - Mkini - 18/07 6:42 pm Haniff Khatri memuji pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara yang baru. |
AMK sambut baik pelantikan Ketua Hakim Negara baharu - Sinarharian - 18/07 6:33 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pelantikan tiga tokoh kehakiman tertinggi negara yang disifatkan sebagai langkah memperkukuh institusi keadilan.Ketua Biro Guaman & Aduan Awam AMK, Khairul Naim Rafidi berkata, pelantikan tersebut seperti diumumkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan merupakan amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti.Mereka yang dilantik ialah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak."Pelantikan ini berlaku dalam saat penting negara memperkukuh keyakinan terhadap institusi keadilan |
Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti tiada campur tangan politik - Sinarharian - 18/07 6:22 pm KOTA BHARU - Pelantikan Ketua Hakim Negara, terbukti memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan Artikel 122B tanpa sebarang campur tangan politik.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkenaan dilaksanakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja."Syabas dan tahniah kerana pelantikan itu sudah direstui oleh Majlis Raja-Raja dan dilakukan dengan tertib dan mengikut Perlembagaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih KPKT di sini pada Jumaat.Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Kesihatan danxAlam Sekitar, Hilmi Abdullah.Kor Meng turut berharap institusi kehakiman negara akan terus menyakinkan rakyat melalui keputusan yang adil dan saksama kepada semua pihak mengikut lunas undang-undang.Media sebelum ini melaporkan pelantikan Wan Ahmad Farid yang pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia di Facebook Badan Kehakiman Malaysia, pada tengah malam 17 Julai.Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-PertuanAgong akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara. |
Pelantikan Ketua Hakim Negara: Majlis Peguam ucap tahniah, tekankan kepentingan integriti kehakiman - Astroawani - 18/07 6:15 pm Majlis Peguam mengucapkan tahniah kepada Ketua Hakim Negara yang baharu dilantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. |
Lawyer: Rulers' 'wise' appointments prevented another judicial crisis - Mkini - 18/07 6:00 pm Haniff also trusts Wan Ahmad Farid's impartiality, despite past involvement in politics. |
Lantikan tiga hakim baharu diharap tamatkan usaha pihak mahu tubuh RCI - Sinarharian - 18/07 5:42 pm SHAH ALAM - Pengumuman pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan beserta Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada Khamis diharap dapat menamatkan usaha sesetengah pihak yang ingin Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan.Ketua Kluster Komunikasi Kanun (Biro Undang-Undang) Parti Amanah Negara (Amanah), Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Majlis Raja-Raja yang bertindak di bawah Perkara 122B (1) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkenan pelantikan ketiga-tiga individu bagi jawatan tersebut.Peguam terbabit berpendapat, pelantikan dibuat penuh tertib, malah isu kontroversi yang cuba dipolitikkan segelintir pihak itu akhirnya berjaya diselesaikan."Kanun mengucapkan jutaan tahniah kepada para hakim yang dilantik ini dan berharap mereka terus memastikan prinsip kebebasan kehakiman di bawah Perlembagaan Persekutuan terus dijunjung agar keadilan dapat ditegakkan."Kami gembira kerana pelantikan tersebut dibuat dengan penuh tertib dan adab yang sepatutnya."Dengan pelantikan ini, maka tidak timbul lagi usaha sesetengah pihak untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat perkara terbabit atau mengadakan apa-apa perhimpunan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan baharu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik menjadi Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Mengulas lanjut, Noorazmir turut berharap bahawa pelantikan ketiga-tiga hakim berkenaan mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan kehakiman yang berbangkit."Pelantikan ini diharap dapat menyelesaikan isu kehakiman yang berbangkit seperti kekurangan hakim."Selain itu, isu untuk mendapat tarikh bicara yang kini pihak litigan terpaksa menunggu lama," ujarnya. |
From Teoh Beng Hock to the Bar???s march: A week where apologies fell flat .. - Sinchew - 18/07 4:46 pm They formed a pattern: a chorus of remembrance, resistance, and reckoning in a society weary of institutional fatigue and democratic erosion. Now, with the appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as the new Chief Justice, concerns over the politicization of the judiciary have taken on renewed urgency |
Ahli Parlimen Keadilan desak reformasi pelantikan kehakiman diteruskan - Mgazette - 18/07 4:46 pm # Ahli Parlimen Keadilan desak reformasi pelantikan kehakiman diteruskan KUALA LUMPUR - Sekumpulan Ahli Parlimen Keadilan menggesa agar proses mengukuhkan kebebasan badan kehakiman diteruskan secara lebih menyeluruh dan konsisten susulan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu lewat malam tadi |
Pelantikan Wan Ahmad Farid bukti tohmahan pembangkang tidak berasas -PM - Mgazette - 18/07 4:46 pm # Pelantikan Wan Ahmad Farid bukti tohmahan pembangkang tidak berasas -PM PUTRAJAYA Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara baharu dan beberapa hakim lain membuktikan tohmahan sesetengah pihak kononnya badan kehakiman negara tidak bebas sebenarnya tidak berasas |
Majlis Peguam sambut baik pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara - Thempress - 18/07 4:42 pm PELANTIKAN pimpinan baharu jawatan kehakiman mendapat sambutan baik daripada Majlis Peguam sekali gus akan dapat mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dalam menegakkan standard kebebasan tertinggi dan berintegriti untuk negara.… |
Malaysian Bar congratulates Wan Ahmad Farid on CJ appointment, cites judicial integrity - SUN - 18/07 4:04 pm KUALA LUMPUR : The Malaysian Bar has congratulated Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh on his appointment as the new Chief Justice of Malaysia, expressing confidence in his leadership to uphold judicial independence and integrity |
Wan Ahmad Farid perlu tegas bersihkan institusi kehakiman - Zaid - Sinarharian - 18/07 4:01 pm SHAH ALAM - Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diharap bersikap tegas dalam mencorakkan masa depan dan membersihkan institusi kehakiman daripada unsur rasuah.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim berkata, pada usia 62 tahun, Wan Ahmad Farid masih mempunyai empat tahun lagi untuk memberikan sumbangan bermakna kepada institusi kehakiman yang kini berada dalam keadaan rapuh.Menurutnya, harapan rakyat adalah agar beliau bukan sahaja menegakkan undang-undang, tetapi juga mengembalikan keyakinan umum terhadap kewibawaan badan kehakiman."Saya hanya mempunyai satu harapan utama terhadap kepimpinan baharu ini |
Prime Minister outlines judiciary appointment process, denies interference - SUN - 18/07 3:58 pm This demonstrates that the process was properly followed and that we are abiding by Article 122B of the Federal Constitution, he said. Datuk Wan Ahmad Farid has been appointed as Malaysias new Chief Justice and is scheduled to be sworn in before the Yang di-Pertuan Agong on July 28 |
Badan Peguam imbau ketegasan Wan Farid pertahan prinsip kebebasan kehakiman dalam kes Najib - Sinarharian - 18/07 3:45 pm SHAH ALAM Badan Peguam Malaysia menyatakan kelegaan susulan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.Pada masa sama, badan bukan kerajaan itu (NGO) itu turut mengimbau ketegasan Wan Ahmad Farid dalam mempertahankan prinsip kebebasan kehakiman dalam kes berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, pelantikan itu diyakini bakal menyuntik semula keyakinan awam terhadap institusi kehakiman negara, lebih-lebih lagi dengan rekod integriti dan prinsip yang pernah ditunjukkan Wan Ahmad Farid sebelum ini."Beliau pernah menarik diri daripada mendengar kes melibatkan permohonan peguam Queens Counsel, Jonathan Laidlaw dalam perbicaraan membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan menegaskan bahawa persepsi awam terhadap kebebasan kehakiman tidak boleh dipertikaikan."Ketika itu beliau turut menyatakan bahawa kehakiman yang bebas adalah anugerah berharga bagi mana-mana masyarakat |
Ketua Hakim Negara: Terbukti tiada campur tangan PM, Himpunan Turun Anwar tak relevan - Thempress - 18/07 3:43 pm PELANTIKAN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu telah meleburkan segala kontroversi yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar campur tangan dalam pelantikan tersebut |
Pelantikan Ketua Hakim Negara: PM tegas prosedur sah, minta tamat fitnah - Astroawani - 18/07 3:39 pm Pelantikan Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Ahmad Farid dilakukan mengikut prosedur sah dan tiada campur tangan luar. |
Ketua Hakim Negara baharu, kerajaan pilih jalan terhormat lantik calon ‘underdog’ - Thempress - 18/07 3:25 pm PUTRAJAYA – Pelantikan Ketua Hakim Negarabaharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mencetuskan era baharu dalam sejarah institusi kehakiman apabila prosesnya berlangsung dengan telus serta disaksikan oleh masyarakat awam secara… |
Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti proses ikut Perlembagaan - Anwar - Sinarharian - 18/07 3:20 pm PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim kanan yang lain membuktikan proses tersebut dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Menurut beliau, pelantikan itu juga menolak segala dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan serta dirinya sebelum ini."Jadi saya harap dengan penjelasan ini serta keputusan Majlis Raja-Raja yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka terpadamlah fitnah serta keluh kesah yang berlaku sebelum ini."Berminggu-minggu dihujahkan, dikecam dan difitnah, tetapi kini terbukti kenyataan itu meleset," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat di Surau Al-Istiqlal, Presint 14 di sini pada Jumaat.Anwar turut menafikan dakwaan bahawa nama bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pernah diusulkan sebagai calon Ketua Hakim Negara."Beliau banyak menjalankan tugas dengan cemerlang dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan."Tetapi kerana beliau masih mempunyai banyak tahun (untuk berkhidmat), nama Ahmad Terrirudin tidak pernah pun diusulkan."Tuanku Sultan Selangor, selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja bertanya mengenainya dan saya maklumkan bahawa nama itu tidak dibawa oleh saya, tidak dibincang dan tidak dikemukakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi dari mana datangnya spekulasi ini? Ia hanya disebarkan oleh kalangan tokoh-tokoh peguam yang berpolitik," katanya.Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya budaya menyebar fitnah dan mencerca tanpa merujuk fakta yang sahih dihentikan."Keputusan ini mengambil kira bahawa institusi kehakiman merupakan salah satu tonggak negara yang berdaulat dan merdeka serta teras kepada prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan," katanya.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh atas pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, selain Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.Istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan akan berlangsung pada 28 Julai ini di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Dalam pada itu, Anwar menjawab kritikan berhubung dakwaan kelewatan pelantikan hakim lain dan memaklumkan bahawa proses pelantikan telah pun berjalan."Pelantikan telah dibuat dengan lapan hakim Mahkamah Rayuan kini berada dalam senarai."Sebanyak 14 hakim Mahkamah Rayuan diangkat daripada Mahkamah Tinggi dan 14 hakim Mahkamah Tinggi telah pun diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong."Kalau ada sedikit kesabaran dan kebijaksanaan serta tidak terlalu bermusuhan secara politik, jika ditanya saya sudah jawab sejak dua hari lalu," katanya. |
'Beban jubah itu lebih berat daripada emas' - Abang titip pesanan buat Wan Ahmad Farid - Sinarharian - 18/07 3:17 pm KUALA TERENGGANU - Abang kepada Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, menzahirkan pesanan penuh makna kepada adiknya, Datuk Wan Ahmad Farid susulan pelantikan beliau menerajui institusi kehakiman tertinggi negara.Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Wan Hisham mengingatkan bahawa tugas sebagai Ketua Hakim Negara bukan sekadar kenaikan pangkat, sebaliknya satu amanah berat yang menuntut integriti, keberanian dan kebijaksanaan luar biasa.Menurutnya, jubah kehakiman yang dipakai bukan hanya lambang jawatan, tetapi membawa makna tanggungjawab besar terhadap undang-undang, maruah badan kehakiman serta harapan seluruh rakyat Malaysia."Jubah itu bukan sekadar kain; ia ditenun dengan abad keadilan, harapan jutaan rakyat, dan asas negara kita."Setiap kali memakainya, ingat, kau bukan lagi dirimu semata |
[UPDATED] CJ appointment puts end to speculation and slander - NST - 18/07 3:06 pm PUTRAJAYA: The appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as the new Chief Justice has put to rest weeks of speculation and allegations of executive interference in the judiciary |
Badan Peguam lega, imbas komen Wan Farid dalam kes Najib - Mkini - 18/07 12:56 am Badan Peguam lega dengan pelantikan Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai ketua hakim negara. |
Malaysian Bar hails Wan Ahmad Farids appointment as Chief Justice, cites understanding of judicial independence in Laidlaw recusal - Malaymail - 18/07 12:33 am KUALA LUMPUR, July 18 The Malaysian Bar has today lauded the appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as... |
9 MP PKR garis lima tuntutan untuk Ketua Hakim Negara baharu - Sinarharian - 18/07 11:35 am SHAH ALAM Sembilan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh segera mengambil langkah memperkukuh kebebasan badan kehakiman.Gesaan mereka itu termasuk meminta pucuk kepimpinan tertinggi badan kehakiman yang baharu dilantik menyelesaikan lima isu penting yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan komuniti perundangan.Dalam satu kenyataan bersama ditandatangani sembilan ahli Parlimen PKR pada Jumaat, mereka menyifatkan pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara sedikit sebanyak meredakan keresahan orang ramai, terutamanya apabila perkara itu disusuli pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.Bagaimanapun, kumpulan ahli Parlimen PKR diketuai bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli itu mengakui pelantikan Wan Ahmad Farid turut mengundang reaksi bercampur baur daripada masyarakat.Hal ini memandangkan latar belakangnya sebagai bekas pemimpin UMNO dan kedudukan beliau yang dilihat lebih junior berbanding beberapa hakim kanan lain sedikit sebanyak mengundang perdebatan banyak pihak.Justeru, mereka berharap Ketua Hakim Negara yang baharu itu dapat menerima pandangan ini secara terbuka dan menjadikannya sebagai pemangkin untuk memimpin institusi kehakiman dengan lebih berwibawa."Oleh itu, sebagai ahli-ahli parlimen, kami berharap kepimpinan badan kehakiman di bawah Datuk Wan Ahmad Farid akan meneruskan usaha mengukuhkan kebebasan badan kehakiman dengan menyelesaikan isu-isu berikut yang telah timbul."Pertama, pucuk kepimpinan badan kehakiman sedia ada perlu memuktamadkan lantikan hakim-hakim untuk mengisi 31 kekosongan secepat mungkin untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan pentadbiran kehakiman."Kedua, mereka harus memastikan lantikan hakim-hakim adalah benar-benar berasaskan merit dan senarai kekananan agar ia berlaku adil kepada hakim-hakim yang telah lama berkhidmat dan bertanggungjawab menjaga mutu dan nama baik badan kehakiman," kata sembilan ahli Parlimen PKR berkenaan dalam satu kenyataan.Selain Rafizi |
Malaysia has a new chief justice but appointment stirs fresh controversy - Scmp - 18/07 11:19 am Malaysia on Friday named Wan Ahmad Farid Wan Salleh as its new chief justice, ending weeks of uncertainty over the countrys top judicial post |
Sembilan MP PKR garis 5 agenda untuk Ketua Hakim Negara baru - Mkini - 18/07 11:13 am Mereka menyuarakan harapan agar institusi kehakiman di bawah Wan Ahmad Farid akan terus diperkukuh. |
Ini yang patut difahami di sebalik pelantikan Ketua Hakim Negara baharu - Harapandaily - 18/07 10:45 am Oleh LIYANA MARZUKI Pelantikan Ketua Hakim Negara diumumkan secara rasmi tengah malam tadi. Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan pelantikan: 1) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara 2) Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan 3) Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah & Sarawak Majlis angkat sumpah dijadualkan pada 28.. |
Wan Ahmad Farid - Dari timbalan menteri ke Ketua Hakim Negara - Mkini - 18/07 9:37 am Pernah menjadi timbalan menteri dalam negeri pada 2008 dan 2009, Wan Ahmad Farid memulakan kerjaya guamannya di Kuala Terengganu pada 1987. |
Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti semak imbang masih ada - Sinarharian - 18/07 9:30 am SHAH ALAM Pelantikan terkini Ketua Hakim Negara menunjukkan bahawa institusi di negara ini masih berfungsi dan memainkan peranan penting selain menjadi lambang kepada pelaksanaan prinsip semak dan imbang.Bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berkata, ia turut membuktikan bahawa suara rakyat melalui saluran seperti Majlis Peguam dan badan sivil memberi kesan yang signifikan.Menurutnya, perkara paling penting yang dapat diperhatikan ialah kerajaan tetap dapat dibentuk dan berfungsi walaupun berdepan kritikan serta teguran rakyat."Buat pertama kali dalam sejarah pelantikan Ketua Hakim Negara, seluruh prosesnya dilihat dan disemak secara terbuka."Daripada saringan di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), pengesyoran Perdana Menteri, perbincangan dalam Majlis Raja-Raja, sehinggalah perkenan Yang di-Pertuan Agong, semuanya berlangsung dalam radar rakyat."Lebih penting, pengumuman dibuat secara rasmi oleh Istana dan Majlis Raja-Raja. Bukan bocor, bukan bisik-bisik, tetapi diumumkan dengan penuh tertib," katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Jumaat.Sebelum ini, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu, menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah bersara wajib.Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas menerima nasihat Perdana Menteri dan hasil rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan yang sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara, di hadapan Sultan Ibrahim.Tambah Liyana, keadaan ini jauh berbeza berbanding sebelum ini."Dulu, kita pernah dengar bagaimana pelantikan kehakiman dilakukan secara senyap |
Court of Appeal judge Wan Ahmad Farid named Malaysia's 17th Chief Justice, swearing in set for July 28 - Malaymail - 18/07 8:44 am KUALA LUMPUR, July 18On July 28, Court of Appeal Judge Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh will be sworn... |
Profil Ketua Hakim Negara yang baharu - Mgazette - 18/07 8:13 am KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai ini, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas |
Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara yang baharu Wan Ahmad Farid Ketua Hakim .. - Mgazette - 18/07 8:13 am KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib, awal bulan ini |
Wan Ahmad Farid to be sworn in as 17th Chief Justice on July 28 - BorneoPost - 18/07 8:10 am KUALA LUMPUR (July 18): On July 28, Court of Appeal Judge Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh will be sworn in as the country’s 17th Chief Justice, succeeding Tun Tengku Maimun Tuan Mat, who retired on July 2 |
Kenali Ketua Hakim Negara ke17 - Harapandaily - 18/07 7:49 am Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim |
Wan Ahmad Farid rasmi dilantik Ketua Hakim Negara - Thempress - 18/07 7:47 am PUTRAJAYA – Persoalan mengenai siapa bakal dilantik sebagai Ketua Hakim Negara serta jawatan kehakiman utama akhirnya terjawab tengah malam tadi |
Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara ke-17, angkat sumpah pada 28 Julai - SUN - 18/07 7:31 am KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai ini, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas |
New Chief Justice takes the helm: Wan Ahmad Farid appointed - SUN - 18/07 7:23 am PETALING JAYA: Court of Appeal Judge Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh has been appointed as Malaysias new Chief Justice with immediate effect |
Wan Ahmad Farid named as 17th Chief Justice, swearing-in set for July 28 - Sinardaily - 18/07 7:08 am KUALA LUMPUR - On July 28, Court of Appeal Judge Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh will be sworn in as the countrys 17th Chief Justice, succeeding Tun Tengku Maimun Tuan Mat, who retired on July 2.This followed an announcement by the Office of the Chief Registrar of the Federal Court in a statement released late on Thursday.Hailing from Kuala Terengganu, the 62-year-old jurist was appointed to the Court of Appeal on Nov 12 last year.He holds a Bachelor of Laws (LL.B Hons) from the University of West London, earned in 1985, and obtained a Certificate in Legal Practice (Hons) from Universiti Malaya in 1986 |
Malaysias King appoints Wan Ahmad Farid as new Chief Justice - Straitstimes - 18/07 6:30 am The 62-year-old was previously deputy home minister but retired from politics in 2013. |
Sah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh jadi Ketua Hakim Negara - Harapandaily - 18/07 5:52 am Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu |
Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara baharu - Hmetro - 18/07 1:06 am Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu |
Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara baharu - Kosmo - 18/07 1:00 am PUTRAJAYA – Teka- teki kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara akhirnya terjawab apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu |
Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara - Sinarharian - 18/07 12:43 am PUTRAJAYA Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Pelantikan ini adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan kuasa kepada Agong untuk melantik hakim-hakim tertinggi negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja |
King appoints Wan Ahmad Farid as new Chief Justice - Star - 18/07 12:37 am PETALING JAYA: His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, has approved the appointments of three top judicial figures, including Court of Appeal judge Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as the new Chief Justice of the Federal Court |
[UPDATED] Wan Ahmad Farid named new Chief Justice - NST - 18/07 12:30 am PUTRAJAYA: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh has been appointed the new Chief Justice of Malaysia, succeeding Tun Tengku Maimun Tuan Mat, who retired on July 2 |
[TERKINI] Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara baharu - Astroawani - 18/07 12:28 am Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu. |
Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara baharu? - Thempress - 16/07 11:27 pm PUTRAJAYA – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilihat sebagai nama paling ‘hangat’ disebut sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu |
Court of Appeal judge Wan Ahmad Farid to become next CJ? - Mkini - 16/07 10:43 pm Former deputy minister among front-runners for the job. |
Mahkamah putuskan Duta Enclave kekal milik kerajaan Mahkamah putuskan Duta .. - Mgazette - 24/06 3:51 pm Pengurusan kes ditetapkan pada 30 Jun ini. Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, Ogos tahun lalu |
Government succeeds in overturning order to transfer Duta enclave land title to Semantan Estate - Sinardaily - 24/06 3:20 pm PUTRAJAYA - The Federal Territory of Kuala Lumpur Land Registrar succeeded in its appeal to overturn the High Courts ruling that had ordered it to transfer the title of the 263.272-acre "Duta enclave land in Kuala Lumpur back to Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.A three-member bench consisting Federal Court judge Datuk Lee Swee Seng and Court of Appeal judges Datuk Azimah Omar and Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh had allowed the Federal Territory of Kuala Lumpur Land Registrars appeal to set aside the High Courts decision.Justice Lee, held that the 2009 High Court decision, did not order the Government of Malaysia to transfer the subject land back to Semantan Estate."As such, there was no order to execute |
Govt succeeds in overturning order to transfer Duta Enclave land title to Semantan Estate - Sinardaily - 24/06 1:53 pm PUTRAJAYA - The Federal Territory of Kuala Lumpur Land Registrar succeeded in its appeal to overturn the High Courts ruling that had ordered it to transfer the title of the 263.272-acre "Duta enclave land in Kuala Lumpur back to Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.A three-member bench consisting Federal Court judge Datuk Lee Swee Seng and Court of Appeal judges Datuk Azimah Omar and Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh had allowed the Federal Territory of Kuala Lumpur Land Registrars appeal to set aside the High Courts decision.Justice Lee, held that the 2009 High Court decision, did not order the Government of Malaysia to transfer the subject land back to Semantan Estate."As such, there was no order to execute |
Tanah di Jalan Duta kekal milik kerajaan - Sinarharian - 24/06 10:19 am PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Kerajaan berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa untuk mengetepikan keputusan supaya tanah seluas 106.542 hektar di Duta Enclave (sebelum ini dikenali Jalan Duta) diserahkan kepada syarikat Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Lee Swee Seng (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang memerintahkan tanah itu diserahkan kepada Semantan Estate.Bagaimanapun, beliau mengarahkan Kerajaan membayar pampasan kepada syarikat berkenaan dalam tempoh 90 hari.Menurutnya, nilai pampasan akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dengan bantuan pakar berdasarkan nilai pasaran pada tahun 1956 iaitu tarikh kerajaan memperoleh tanah itu.Katanya, perbicaraan bagi keuntungan mesne di Mahkamah Tinggi akan diteruskan dengan pengiraan keuntungan bermula 1956."Mesne merujuk kepada keuntungan atau manfaat ekonomi yang diperoleh secara tidak sah oleh seseorang yang menduduki atau menggunakan tanah atau properti orang lain tanpa izin yang sah," katanya.Dalam keputusan sebulat suara, beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 tidak menyatakan sebarang arahan untuk kerajaan memindahkan semula tanah itu kepada syarikat terbabit.Beliau berkata, tiada perintah yang boleh dilaksanakan yang memerlukan kerajaan bertindak sedemikian."Sejak kerajaan mengambil alih tanah itu pada Disember 1956, ia menjangkau hampir 70 tahun berlalu dan pada waktu itu tanah berkenaan hanya dipenuhi pokok getah tua."Hari ini, ia telah berubah menjadi sebuah bandar yang maju dengan kemudahan jalan raya, lebuh raya, jejambat, dan banyak bangunan kerajaan."Jika mahkamah memerintahkan pemindahan tanah itu kembali kepada Semantan Estate, ia akan menyebabkan bukan sahaja ia mendapat hak milik tanah, tetapi juga semua bangunan awam dan infrastruktur itu," katanya.Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim, Datuk Azimah Omar dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, ekoran itu sebagai pemilik sah, Semantan Estate boleh melarang orang ramai memasuki kawasan itu.Sebelum ini, Kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos tahun lalu yang mengarahkan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Mahkamah sebelum ini memutuskan berpihak kepada saman pemula Semantan Estate terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sementara itu, Semantan Estate turut merayu terhadap satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi pada Oktober 2021 yang menolak permohonan semakan kehakiman syarikat itu untuk mendapatkan semula tanah berkenaan.Syarikat itu juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membenarkan permohonan Pendaftar Tanah bagi perintah penangguhan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Tanah yang dipertikaikan terletak di kawasan strategik Jalan Duta, dikenali sebagai Duta Enclave, yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, termasuk Stadium Hoki Nasional, Institut Integriti Malaysia, Arkib Negara, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.Pertikaian undang-undang Semantan Estate bermula pada 2003 apabila syarikat itu menyaman kerajaan dengan mendakwa tanah berkenaan diambil secara tidak sah.Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa kerajaan telah mengambil tanah tersebut secara tidak sah |
Duta Enclave: Rayuan kerajaan terhadap Semantan Estate diputuskan esok - Mgazette - 24/06 7:55 am Rayuan itu dikemukakan oleh Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan susulan perintah Mahkamah Tinggi Ogos tahun lalu supaya mendaftarkan semula tanah di Mukim Batu di sini kepada SESB. Keputusan itu akan diumumkan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Lee Swee Seng yang bersidang bersama-sama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh selepas mendengar penghujahan pada 20 Februari lalu |
Rayuan Syed Saddiq, kes tanah Semantan antara menarik minggu depan - Sinarharian - 22/06 10:22 am PUTRAJAYA Dua keputusan rayuan salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta kes pemindahan hak milik 263.272 ekar tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate Sdn Bhd menjadi antara tujuh kes menarik minggu depan.Ia termasuk kes berprofil tinggi iaitu membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin, pertikaian tanah UMNO dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas serta dua kes selebriti, Datin Vivy Yusof dan Along Cham.Bagi kes Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan itu merayu supaya Mahkamah Rayuan di sini mengetepikan sabitan bersalah yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2024, yang menjatuhinya hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Ia membabitkan empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan AMLA berkaitan dana Armada.Berdasarkan sistem kehakiman, keputusan akan dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin pada Rabu ini.Ini merupakan peringkat kedua kes berkenaan yang mana sekiranya mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman, anak kelahiran Johor Bahru itu berusia 33 tahun itu masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.Bagaimanapun, jika keputusan majoriti mendapati Syed Saddiq tidak bersalah, maka dia akan dibebaskan serta-merta, sementara pihak pendakwaan boleh merayu keputusan terbabit.Serentak pada hari sama, mahkamah sama dijadualkan untuk mendengar rayuan Rosmah untuk menggugurkan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada tiga kes rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.Beliau (kini Hakim Mahkamah Rayuan) telah mensabitkan Rosmah, 74, bersalah bagi kes tersebut, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 1 September 2022 lalu.Susulan itu, isteri bekas Perdana Menteri terbabit, dihukum penjara 10 tahun dan denda sebanyak RM970 juta.Permohonan untuk menggugurkan Hakim, Mohamed Zaini dibuat dengan alasan berlaku kebocoran penghakiman kes, dua hari sebelum keputusan diumumkan.Sementara itu, pada Selasa ini, Mahkamah Rayuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan kerajaan mengenai pemindahan hak milik 263.272 ekar tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate.Pada 20 Februari lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Azimah Omar dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan daripada semua pihak yang terlibat.Kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos tahun lalu yang mengarahkan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Mahkamah sebelum ini memutuskan berpihak kepada saman pemula Semantan Estate terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sementara itu, Semantan Estate turut merayu terhadap satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi pada Oktober 2021 yang menolak permohonan semakan kehakiman syarikat itu untuk mendapatkan semula tanah berkenaan.Syarikat itu juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membenarkan permohonan Pendaftar Tanah bagi perintah penangguhan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Tanah yang dipertikaikan terletak di kawasan strategik Jalan Duta, dikenali sebagai Duta Enclave, yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, termasuk Stadium Hoki Nasional, Institut Integriti Malaysia, Arkib Negara, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.Selain itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan prosiding pendengaran permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon Zuraida susulan tindakan melanggar syarat bon parti, pada Selasa depan.Kes itu susulan saman yang difailkan oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti politik berkenaan bagi menuntut RM10 juta daripada Zuraida atas dakwaan melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Zuraida, yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, membayar RM10 juta kepada PKR selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat.Bagaimanapun pada 11 Disember 2024, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida melanggar syarat bon parti namun mengurangkan jumlah bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000 atas alasan jumlah itu adalah tidak munasabah dan ini menyebabkan PKR memfailkan permohonan untuk merayu.Zuraida dalam pembelaannya mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan PKR untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.Sementara di Mahkamah Tinggi, pendengaran saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya satu tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada parti politik berkenaan, akan didengar pada Selasa depan, di hadapan Hakim, Roz Mawar Rozain.Saman itu yang difailkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan pada 6 Mac lalu, menamakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan.Menerusi saman itu, UMNO memohon perintah bahawa pemilikan geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftar atas nama pemegang-pemegang amanah dipindahkan kepada UMNO.Mereka ialah Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid, Tun Musa Hitam dan Tun Dr Mahathir Mohamad.Pada Selasa ini, mahkamah akan mendengar permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas (secara dalam talian) supaya Hakim, Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad dan tiga lagi berhubung pendakwaan berniat jahat.Permohonan itu difailkan menerusi Tetuan Tommy Thomas pada 26 Ogos tahun lalu, Tommy mendakwa hakim itu telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.Pada 3 Julai 2024, Hakim, Roz Mawar menolak permohonan Tommy untuk membatalkan saman itu dan kes ditetapkan bagi pendengaran penuh selama tujuh hari iaitu dari 9 hingga 12 Mac dan 27 hingga 29 April 2026.Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu memfailkan saman tersebut pada Disember 2023, menamakan Tommy, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, SPRM dan kerajaan sebagai defendan.Saman Shahrir adalah berkaitan satu cek RM1 juta yang diterima beliau daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan kerja-kerja pemulihan projek perumahan Puri Langkasuka di Larkin, Johor.Tommy yang menjadi Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Februari 2020, dalam afidavitnya menafikan dakwaan Shahrir terhadap beliau termasuk salah guna kuasa dan menyifatkan ia sebagai tidak boleh dipertahankan.Pada 5 Januari 2023, Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Shahrir daripada pertuduhan gagal mengisytihar pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.Dua lagi kes membabitkan selebriti tanah air turut menarik perhatian ramai, iaitu Vivy dan kes dadah dihadapi Along.Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sebutan kes membabitkan Vivy yang juga Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar ditetapkan pada Isnin ini.Ia membabitkan kes pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, pada tujuh tahun lalu.Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, didakwa sebagai ejen iaitu Pengarah FashionValet, diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB, melakukan pecah amanah jenayah dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta dari akaun bank milik syarikat fesyen e-dagang terkemuka ini, ke syarikat 30 Maple Sdn Bhd, tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarahnya.Sementara bagi tiga kes dadah dihadapi Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, Mahkamah Majistret Sepang menetapkan Rabu depan untuk sebutan semula kes.Mengikut pertuduhan pindaan pertama, pelawak itu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 1.49 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya, pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa ada dalam milikannya dadah berbahaya jenis sama seberat 49.61 gram di lokasi, masa dan tarikh serupa.Sementara bagi pertuduhan pindaan ketiga, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' ke dalam badan, di lokasi sama, pada jam 10 malam, tarikh sama, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |