///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Sultan Ibrahim News   Page 1    



Remaja maut motosikal bertembung kereta polis - Mygazette - 9/11 3:20 pm

BANDAR PERMAISURI - Seorang remaja maut selepas motosikalnya bertembung dengan kereta rasmi polis di Kilometer 63, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini awal pagi tadi





Kesilapan itu amat ketara – Peguam Negara - Mygazette - 9/11 3:20 pm

Pembayaran denda itu merupakan antara syarat bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengambil keputusan menggantung sementara pelaksanaan tahanan rumah berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tafsiran sebenar Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim





Berhenti normalisasikan pemakaian, solekan lelaki kelihatan feminin atau menyerupai wanita - Utusan - 9/11 3:00 pm

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan pandangan peribadinya mengenai trend pemakaian, solekan dan penggunaan aksesori dalam kalangan lelaki yang dilihat semakin menyerupai wanita





Kerajaan Madani wajib siasat sumber dana pembayaran denda RM50 juta Najib - Kadir Jasin - Sinarharian - 9/11 1:26 pm

SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa supaya menyiasat jejak wang RM50 juta yang digunakan untuk membayar denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengenal pasti sumber dana itu diperoleh.Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) wajar menyiasat perkara tersebut.Menurut beliau, siasatan berkenaan penting memandangkan wujud dakwaan wang digunakan untuk membayar denda tersebut dikaitkan dengan pemberian seorang ahli perniagaan yang mempunyai kaitan dengan bekas Presiden UMNO itu."Dalam konteks inilah, Kerajaan Madani yang antisakau wajib melakukan siasatan bagi memastikan sumber duit denda RM50 juta itu."Boleh jadi ia bukan daripada seorang ahli perniagaan yang didakwa tapi tauke-tauke lain yang juga mendapat kontrak dan konsesi berbilion-bilion ringgit daripada Mohd Najib," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib disifatkan menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.Jelas kenyataan itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu sudah dipenuhi dan pelaksanaannya tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.Pada Jumaat, media melaporkan UMNO mengesahkan proses pembayaran denda RM50 juta sudah diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian dilapor menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenankan Sultan Ibrahim.AGC dipetik berkata, penangguhan dibuat susulan timbul persoalan perundangan bagi tafsiran perintah itu, terutama mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Pada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sudah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





Man carrying pistol-like object, chasing car in video believed to be policeman - NST - 9/11 12:54 am

KUALA LUMPUR: A man seen holding a pistol-like object while chasing a car in a viral video taken in Jalan Sultan Salahuddin is believed to be a policeman conducting Op Tapis Khas on Saturday.





Janji kenaikan gaji sudah ditunaikan, pengundi awal Melaka diseru nilai pencapaian kerajaan - Harapandaily - 9/11 12:46 am

Pengundi awal PRN Melaka yang akan membuang undi esok diseru menilai pencapaian Kerajaan Persekutuan, khususnya kenaikan gaji penjawat awam yang berjaya dilaksanakan selepas sekian lama tertangguh





“Muadz nak sangat jumpa Tok Anwar…” – Surat murid pra sekolah ini buat ramai terharu - Mydateline - 9/11 10:00 am

Tindakan comel seorang kanak-kanak lelaki tekun menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendadak tular di media sosial selepas ibunya memuat naik ..





'Pulangkan mandat kepada rakyat' - Sinarharian - 9/11 8:30 am

SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) disaran menyerahkan semula mandat kepada rakyat sekiranya tidak lagi selesa bekerjasama dengan mana-mana menteri Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, langkah itu lebih berprinsip berbanding mencipta persepsi negatif terhadap rakan-rakan sendiri dalam kerajaan."Saya rasa seeloknya kalau dia (PH) rasa sudah tidak boleh bersama dengan mana-mana menteri dan tak suka dengan mana-mana parti, serahkan (semula) mandat ini kepada rakyat."Itu lebih berprinsip daripada dia mencipta persepsi dan tikam belakang rakan-rakan dia di dalam kerajaan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Pada Sabtu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata, menteri yang tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar mengundurkan diri secara sukarela dan bukannya menunggu sehingga dipecat.Muhammad Kamil berpandangan, tindakan itu lebih mencerminkan prinsip dan pendirian seseorang pemimpin berbanding terus berada dalam Kabinet, tetapi pada masa sama bertindak memburukkan kerajaan.Mengulas lanjut, Mohd Razlan menegaskan, PH bukan pihak dominan dalam Kerajaan Perpaduan kerana pentadbiran sedia ada dibentuk menerusi kerjasama dan perjanjian bersama BN."Ketika kita menubuhkan kerajaan ini, ia dibentuk bersama dengan perjanjian dan berjalan bersama





Timeless principles of true leadership - NST - 9/11 8:06 am

LETTERS: Selangor recently marked a truly historic milestone as the state celebrated the Silver Jubilee of the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.





Niat asal nak elak mak asyik main telefon, sekali PMX pula komen nak order tudung saji! - Mydateline - 9/11 8:00 am

Siapa sangka hobi seorang ibu berusia 70 tahun menghasilkan tudung saji menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga beliau sendiri menawarkan untuk membelinya





Asiah sifatkan kesilapan dalam perintah pelepasan Najib sangat dahsyat - Wrlr - 9/11 7:43 am

Najib sepatutnya mula menjalani baki hukuman di kediamannya di Taman Duta selepas denda RM50 juta dilangsaikan pada 6 November lalu. Bayaran itu antara syarat pengampunan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 September





PM Anwar Ibrahim jawab isu TSGP dan MPP dibayar RM8.3 bilion (88%) .. - Wrlr - 9/11 12:07 am

JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH





Unlocking the untapped economic potential of the Islamic world - Sinchew - 8/11 10:24 pm

Unlocking the untapped economic potential of the Islamic world At the recent B57+ Business Leaders Summit in Istanbul, Trkiye, I had the opportunity to engage with business leaders, investors and policymakers from across the Islamic world





Kediaman Najib di Langgak Duta lengang - Mygazette - 8/11 10:24 pm

Bagaimanapun, setakat tinjauan dilakukan sehingga jam 2.30 petang, keadaan di sekitar lokasi terkawal tanpa sebarang pergerakan atau kejadian luar biasa dilihat. Perhatian kini terarah kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib





Penjara Kajang tenang, tiada pergerakan Najib dibawa pulang ke Langgak Duta - Mygazette - 8/11 10:24 pm

Pengamal media mula berkumpul di sekitar Penjara Kajang sejak pukul 11.30 pagi bagi mengikuti perkembangan lanjut berhubung kemungkinan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibawa pulang ke kediamannya. Hari ini, Istana Negara menerusi kenyataan memaklumkan, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau





PM arah Peguam Negara menghadap Agong - Mygazette - 8/11 10:24 pm

Dusuki Mokhtar segera menghadapYang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak. Menurut beliau, permohonan untuk menghadap Sultan Ibrahim telah pun dikemukakan oleh Mohd





Isu Najib: KJ gesa Peguam Negara bercuti serta-merta - Mygazette - 8/11 10:24 pm

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Rembia, Azril Aziz, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, di sini. Khairy berkata, beliau turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang dikeluarkan melalui kenyataan Istana Negara berhubung isu berkenaan





Anwar mohon rakyat Melaka beri kepercayaan kepada pasukan `HARAPAN??? - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Anwar mohon rakyat Melaka beri kepercayaan kepada pasukan `HARAPAN KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh rasa insaf dan rendah hati, saya memohon agar rakyat Melaka memberikan kepercayaan kepada pasukan `HARAPAN





Tiada mahkamah, AG boleh buka semula cara YDPA laksana kuasa –... - Mygazette - 8/11 10:24 pm

Perintah yang sama turut merekodkan bahawa Najib hendaklah menjalani hukuman secara tahanan di rumah selaras dengan Perintah Pengampunan, sebagaimana yang diakui sendiri oleh AGC pada 6 November 2026. Selain itu, titah Sultan Ibrahim pada hari ini juga menyatakan Perintah Pengampunan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau





Pengampunan diraja bukan bahan pertikaian berpanjangan – MIC - Mygazette - 8/11 10:24 pm

Naib Presidennya, Datuk T. Murugiah berkata, institusi Yang di-Pertuan Agong yang dipayungi Sultan Ibrahim merupakan institusi tertinggi negara yang wajib dihormati dan dipertahankan selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan





Lelaki bertopi keledar pegang pistol rupanya polis - Kosmo - 8/11 10:01 pm

KUALA LUMPUR Teka-teki mengenai identiti seorang lelaki bertopi keledar yang dilihat memegang pistol dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Sultan Salahuddin berhampiran Bukit Tunku di sini, semalam, akhirnya terjawab apabila individu terbabit merupakan anggota polis yang sedang menjalankan operasi





Polis buru dua lelaki lolos pemeriksaan - Sinarharian - 8/11 9:10 pm

KUALA LUMPUR Aksi sebuah kereta serta beberapa individu dikejar pihak polis di Jalan Sultan Salahuddin di sini yang tular di media sosial dipercayai berlaku ketika Op Tapis Khas dijalankan pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan operasi berkenaan.Menurutnya, anggota polis mengesan sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri kenderaan itu untuk pemeriksaan."Pemandu kereta berkenaan bagaimanapun bertindak melulu dengan melanggar sebuah Honda City berwarna biru bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan polis."Bagaimanapun, pada jam 6.40 petang, polis berjaya mengesan semula kenderaan itu di persimpangan Jalan Sultan Salahuddin sebelum bertindak mengejarnya, dua lelaki kemudian keluar dari kenderaan terbabit dan melarikan diri, " katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini tular di media sosial memaparkan beberapa individu dikejar pihak polis di persimpangan lampu isyarat di lokasi terbabit.Kejadian itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya sebelum video berkenaan kemudiannya tular di media sosial.Beliau berkata, pemeriksaan awal terhadap kenderaan berkenaan tidak menemukan sebarang barangan salah di sisi undang-undang."Polis kini sedang mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi menerusi talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Polis buru dua lelaki larikan diri - Sinarharian - 8/11 9:10 pm

KUALA LUMPUR Aksi sebuah kereta serta beberapa individu dikejar pihak polis di Jalan Sultan Salahuddin di sini yang tular di media sosial dipercayai berlaku ketika Op Tapis Khas dijalankan pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan operasi berkenaan.Menurutnya, anggota polis mengesan sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri kenderaan itu untuk pemeriksaan."Pemandu kereta berkenaan bagaimanapun bertindak melulu dengan melanggar sebuah Honda City berwarna biru bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan polis."Bagaimanapun, pada jam 6.40 petang, polis berjaya mengesan semula kenderaan itu di persimpangan Jalan Sultan Salahuddin sebelum bertindak mengejarnya, dua lelaki kemudian keluar dari kenderaan terbabit dan melarikan diri, " katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini tular di media sosial memaparkan beberapa individu dikejar pihak polis di persimpangan lampu isyarat di lokasi terbabit.Kejadian itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya sebelum video berkenaan kemudiannya tular di media sosial.Beliau berkata, pemeriksaan awal terhadap kenderaan berkenaan tidak menemukan sebarang barangan salah di sisi undang-undang."Polis kini sedang mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi menerusi talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Langgar kereta, dua lelaki lari ketika dikejar polis - Utusan - 8/11 8:48 pm

PETALING JAYA: Dua lelaki melarikan diri selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar sebuah kereta ketika cuba melepaskan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, semalam





PM Anwar Mohon Rakyat Melaka Beri Kepercayaan Kepada PH Pada PRN Melaka - Siakapkeli - 8/11 8:20 pm

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat Melaka memberi kepercayaan kepada gabungan itu pada PRN Melaka ke-16, dengan menekankan kepimpinan berintegriti dan calon berwibawa.



To free or not to free: Prior compromises to UMNO leave Anwar in a bind over Najibs house arrest - Straitstimes - 8/11 7:30 pm

Prime Minister Anwar Ibrahim faces pressure over Najib Razaks house arrest as Malaysian polls loom.





Islam mengajar umatnya menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Wrlr - 8/11 7:11 pm

Islam mengajar umatnya menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa





Sabarlah wahai UMNO, gaduh loghat @ gopoh gapah tu kijaan syaitan. - Wrlr - 8/11 6:54 pm

Che Ibrahim Mohamed Sabarlah wahai UMNO, gaduh loghat @ gopoh gapah tu kijaan syaitan





Malaysia stands in solidarity with Poland after shooting tragedy, says Anwar - NST - 8/11 5:38 pm

KUALA LUMPUR: Malaysia stands in solidarity with the people of Poland and extends its condolences to the families of those killed in a shooting in Krakw, says Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Anwar brings festive cheer to MIC-MIED Deepavali open house - NST - 8/11 5:32 pm

SHAH ALAM: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today attended the Deepavali open house organised by MIC and the Maju Institute of Educational Development (MIED) at Mansion Oncidium Hall in Kota Kemuning.





Muaz Nak Sangat Jumpa Tok Anwar, Surat Tulisan Tangan Anak Kecil Ini Curi Perhatian - Siakapkeli - 8/11 5:31 pm

Seorang kanak-kanak dikenali sebagai Muaz menarik perhatian selepas menulis surat tangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjemput Perdana Menteri hadir ke Karnival Anak Malaysia di sekolahnya.





Hobi Hias Tudung Saji Ibu Usia 70 Tahun Raih Perhatian PMX, Mahu Tempah Buat Wan Azizah - Siakapkeli - 8/11 4:47 pm

Hobi seorang wanita berusia 70 tahun menghias tudung saji menarik perhatian pengguna Threads, termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasrat menempahnya untuk Wan Azizah.





Faham derita rakyat, Anwar pertahan subsidi untuk marhaen - Harapandaily - 8/11 4:36 pm

Keperluan golongan berpendapatan rendah yang masih bergelut memenuhi keperluan asas menjadi antara sebab kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan menghapuskan subsidi secara menyeluruh, sebaliknya perlu memastikan bantuan terus sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukannya





PM serikan rumah terbuka Deepavali MIC-MIED - FMT - 8/11 3:53 pm

Ketibaan Anwar Ibrahim meriahkan sambutan Pesta Cahaya yang dihadiri hampir 3,000 tetamu pelbagai kaum hari ini.





PM serikan rumah terbuka Deepavali MIC-MIED - Hotfm - 8/11 3:53 pm

Ketibaan Anwar Ibrahim meriahkan sambutan Pesta Cahaya yang dihadiri hampir 3,000 tetamu pelbagai kaum hari ini.





Abang Johari yakin 4 penyandang akan dipilih rakyat - FMT - 8/11 3:36 pm

Penyandang yang dimaksudkan ialah Adun Stakan iaitu Hamzah Ibrahim, Ibrahim Baki (Satok), Fazzrudin Abdul Rahman (Tupong) serta Martin Ben (Kedup).





Nearly 3,000 guests, one cake: Anwar joins MICs Deepavali celebration in Shah Alam - Malaymail - 8/11 3:29 pm

SHAH ALAM, Nov 8 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today attended the Deepavali open house organised by MI...





PM shares festive cheer at MIC-MIED Deepavali open house - FMT - 8/11 3:28 pm

Anwar Ibrahim was welcomed by MIC president and MIED chairman SA Vigneswaran at the event attended by nearly 3,000 guests.





Tak puas hati kerajaan boleh keluar Kabinet, Amanah beritahu BN - FMT - 8/11 3:06 pm

Pengarah komunikasi Amanah berkata pemimpin BN sepatutnya menunjukkan prinsip dan pendirian jelas, jika tidak lagi boleh menerima kepimpinan Anwar Ibrahim.





'Mengapa Peguam Negara berubah-ubah pendirian, ini tak munasabah' - Apandi Ali - Sinarharian - 8/11 3:03 pm

SHAH ALAM - Keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah amat jelas dan tidak boleh disalah tafsir.Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keputusan tersebut perlu dilaksanakan mengikut apa yang sudah diputuskan tanpa sebarang penyimpangan.Menurut beliau, Perkara 42(9) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan dikehendaki mempertimbangkan pendapat bertulis yang mungkin sudah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenainya."Sudah tentu pandangan Peguam Negara bagi tujuan pengampunan itu mestilah memihak kepada pemberian pengampunan berkenaan."Jadi, mengapa Peguam Negara kini seolah-olah berubah-ubah pendirian berhubung perkara pengampunan? Keadaan ini amat tidak munasabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau dalam masa sama bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bahawa tiada sebarang ambiguiti dalam keputusan Lembaga Pengampunan.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraMohamed Apandi menambah, di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi, sementara Perkara 5 pula memperuntukkan hak berkenaan kebebasan diri."Undang-undang terpakai kepada semua pihak, rujuk Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan," ujar beliau.Untuk rekod, Perkara 8(1) antara lain menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan pada September lalu memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Pada Jumaat lalu, peguam Najib iaitu Muhammad Farhan Shafee mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu selesai melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada Julai 2020, Najib yang disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun yang kemudian dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.Bagaimanapun pada 2 Februari 2024, Urus Setia Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara iaitu dari 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta.





'Lebih afdal guna 'transfer' berbanding 'discharge' dalam surat perintah mahkamah Najib' - Liyana - Sinarharian - 8/11 2:36 pm

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu memberikan penjelasan lanjut berhubung penggunaan perkataan 'discharge' dan makna di sebaliknya dalam dokumen Perintah Mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Aktivis politik yang juga bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki berkata, timbul pertikaian apabila perkataan 'discharge' dan 'forthwith' digunakan di mana menurut istilah perundangan, ia bermaksud 'dilepaskan serta-merta'.Hal ini menurutnya, ia seolah-olah memberi makna bahawa Najib mesti dilepaskan serta-merta dan terus bebas setelah membayar denda RM50 juta pada Jumaat lalu."Walhal Perintah Pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hanya memberikan pengampunan secara tahanan di rumah, bukannya pengampunan penuh."Baginda betul dengan mengatakan tiada keraguan dalam Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut





Tembakan di Poland ragut enam nyawa, Anwar tegaskan tiada ideologi boleh halalkan pembunuhan - Harapandaily - 8/11 2:04 pm

Tragedi tembakan di Krakw, Poland yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan beberapa individu lain mengundang reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan laporan pengaruh ekstremisme kanan jauh terhadap penyerang sebagai sesuatu yang amat membimbangkan





PRN Melaka: Saya cadang nama Farzana kepada Anwar Kamil Munim - Sinarharian - 8/11 1:26 pm

TANGGA BATU - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mendedahkan beliau sendiri mencadangkan nama Farzana Hayani Mohd Nasir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diketengahkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Beliau berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan rekod khidmat dan komitmen Farzana atau lebih mesra disapa Nana bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang kerana aktif membantu masyarakat serta turun padang mendekati penduduk di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.Menurutnya, rekod kerja yang baik menjadi antara kriteria penting sebelum seseorang individu diketengahkan sebagai calon pilihan raya."Bukan saya pilih, saya cuma cadangkan kepada Perdana Menteri





Pas, UMNO Shah Alam buat laporan polis terhadap Peguam Negara - Sinarharian - 8/11 1:25 pm

SHAH ALAM - Pas dan UMNO Bahagian Shah Alam membuat laporan polis terhadap Peguam Negara berhubung penangguhan pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya percaya Peguam Negara tidak mempunyai sebarang kuasa di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk menangguhkan perlaksanaan kepada titah pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong tersebut."Kita lihat kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara menunjukkan bahawa tindakan tersebut boleh dikira sebagai pengingkaran terhadap titah Yang Dipertuan Agong."Jadi hari ini kita hadir bagi kita (menyatakan) bahawa tindakan penangguhan tersebut adalah pengingkaran dan laporan polis ini kita minta supaya pihak polis menyiasat sepenuhnya terhadap Peguam Negara dan kenyataan media (oleh AGC) yang menangguhkan titah pengampunan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di sini pada Ahad.Kelmarin, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan sementara terhadap pelaksanaan tahanan rumah Najib bagi meneliti tafsiran undang-undang berkaitan Perintah Pengampunan Bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Kenyataan itu dibuat selepas denda sebanyak RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat utama telah dibayar sepenuhnya selepas Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September mencapai sasaran ditetapkan.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraSementara itu Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, penangguhan sementara perintah tahanan rumah terhadap Najib adalah sesuatu yang mengejutkan dan dianggap sebagai keputusan yang luar biasa dibuat oleh AGC."Pada asalnya kita gembira (dengan perintah tahanan rumah Najib) namun gembira itu sekejap sahaja dan kita dukacita apabila dapat keputusan tidak dijangka (oleh AGC) boleh berlaku."Ia seolah menjadi satu 'precedent' atau duluan kes untuk akan datang yang mana titah (baginda Yang Dipertuan Agong) boleh dicabar atau boleh disemak semula," katanya.





“PMX datang tanpa jadual, duduk sampai abis” – CEO YADIM puji kerajinan PM Anwar - Mydateline - 8/11 1:00 pm

“Belum pernah ada Perdana Menteri yang serajin dan serendah diri seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang pengamatan saya”





Putra mahu semua pihak fahami isu terkait tahanan rumah Najib - Mkini - 8/11 12:39 am

Hanya apabila fakta sudah jelas disertai bukti, kata Ibrahim, barulah wajar pihak yang berkenaan 'masuk gelanggang' sekali gus mereka tidak mengharu-birukan rakyat.





Pilihan raya Melaka: Unik dan Mendebarkan - Msomelayu - 8/11 12:37 am

RENCANA KHAS TANGGAL 14 November, Sabtu depan, seramai 687,697 orang yang berdaftar sebagai pemilih di Melaka akan membuat pilihan bagi membolehkan kerajaan baharu Melaka untuk lima tahun akan datang dibentuk





PH tumbang, jangan terlalu seronok Nordin Kardi ingatkan pihak yang bakal menyesal panjang - Harapandaily - 8/11 12:09 am

Keghairahan sesetengah pihak yang mahu melihat Pakatan Harapan (PH) tumbang mungkin akhirnya memakan diri apabila mereka gagal mengambil kira kesan lebih besar terhadap landskap politik dan hala tuju negara





Pemuda UMNO Johor gesa Peguam Negara berundur - Sinarharian - 8/11 11:04 am

JOHOR BAHRU Pemuda UMNO Johor menggesa Peguam Negara berundur secara terhormat susulan dakwaan ketidakcermatan dan kelalaian dalam menguruskan pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketuanya, Noor Azleen Ambros melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan cara Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengendalikan pelaksanaan keputusan berkenaan yang didakwa memberi gambaran seolah-olah wujud usaha mengetepikan keputusan Lembaga Pengampunan."Kenyataan Istana Negara pada 7 November lalu membuktikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab baginda mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan."Pemuda UMNO Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang teguh dan berpendirian terhadap keputusan Lembaga Pengampunan pada 18 September berhubung pengurangan hukuman ke atas Najib," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, ketidakcermatan dalam pengendalian perkara itu turut menyebabkan Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan masing-masing pada 7 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar.Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara mengambil tanggungjawab dengan melepaskan jawatannya.Katanya, laporan polis juga sudah dibuat terhadap Peguam Negara dan pengunduran itu dilihat lebih wajar bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus serta berintegriti.Isu pelaksanaan tahanan rumah Najib menjadi perhatian selepas timbul persoalan berhubung pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan bertarikh 18 September.Pada 7 November lalu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan itu, manakala Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menjelaskan perkara berkenaan.Perkembangan itu menyusul selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kedudukan undang-undang perintah berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segera





Pelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus - Sinarharian - 8/11 7:30 am

SHAH ALAM Demi memastikan bapanya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat mendapat penjagaan sewajarnya, seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil keputusan membawa lelaki itu tinggal bersama di kawasan kampus.Siti Nurdiana Mohamad Bistawi yang merupakan anak tunggal, memilih untuk meneruskan pengajian sambil menjaga bapanya selepas kehilangan ibu sejak 2009.Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk memastikan kebajikan dan kesihatan bapanya terus terpelihara, meskipun perlu membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai pelajar dan anak.Menurut kenyataan UPNM pada 5 November lalu, pihak universiti membantu menyediakan kemudahan penginapan bagi membolehkan Siti Nurdiana dan bapanya tinggal bersama di kampus sejak 25 Oktober lalu.Universiti itu turut membantu menguruskan perpindahan mereka dari Alor Setar, Kedah bagi membolehkan pelajar itu meneruskan pengajian tanpa perlu berjauhan dengan bapanya."Selain kemudahan penginapan, UPNM turut menyelaraskan urusan akademik dan kebajikan pelajar berkenaan bagi memastikan tanggungjawab menjaga bapanya tidak menjejaskan pengajiannya."Pusat Kesihatan UPNM turut membantu menguruskan rujukan perubatan serta rawatan susulan bapanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," menurutnya.Kisah dua beranak itu turut mendapat perhatian Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad yang menziarahi mereka pada 5 November lalu.Beliau difahamkan pernah bertemu keluarga berkenaan di Gunung Keriang, Kedah sebelum mengambil inisiatif memastikan kebajikan mereka mendapat perhatian sewajarnya.Lebih menyentuh hati, keprihatinan terhadap nasib Siti Nurdiana turut ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berkenan mengurniakan sumbangan bagi membantu meringankan beban pelajar berkenaan.





Tahanan rumah Najib: Laksana titah Agong atau letak jawatan - Wan Saiful - Sinarharian - 7/11 10:23 pm

KOTA MELAKA - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar perlu melepaskan jawatan sekiranya tidak bersedia melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan mempersoalkan titah berkenaan atas alasan terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan tidak munasabah, malah disifatkan sebagai usaha melengahkan pelaksanaannya.Beliau berkata, Peguam Negara yang juga anggota Lembaga Pengampunan sepatutnya mengemukakan sebarang kekeliruan ketika mesyuarat lembaga itu berlangsung dan bukannya membangkitkannya selepas keputusan dibuat.Menurut Pengarah Pilihan Raya Wawasan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu, perkembangan berkenaan menimbulkan persoalan mengenai kesediaan Peguam Negara untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong."Kenapa tak logik? Sebab Peguam Negara duduk dalam Lembaga Pengampunan





Pembinaan negara hebat bermula dengan keluarga bahagia - Anwar - Sinarharian - 7/11 10:03 pm

KUALA LUMPUR - Pembangunan negara tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan kemegahan bangunan pencakar langit, kemajuan teknologi atau limpahan pelaburan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, sebaliknya ia perlu turut berpaksikan pembentukan insan yang beradab, berakhlak dan memiliki nilai kemanusiaan yang luhur.Sehubungan dengan itu, Anwar berkata, usaha membina sebuah negara yang hebat harus bermula dengan pembentukan institusi keluarga yang bahagia."Keluarga merupakan asas pembentukan masyarakat dan tunjang kekuatan negara, justeru gagasan Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi, perlu dijadikan pedoman dalam mendidik generasi muda supaya mampu menguasai teknologi dan ilmu baharu tanpa mengabaikan nilai, adab, kasih sayang serta sahsiah mulia."Saya yakin bahawa usaha membina negara yang hebat harus bermula dengan membina keluarga yang bahagia, kerana daripada institusi keluargalah lahirnya generasi yang bakal menentukan wajah dan masa depan negara," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani akan terus memperkukuh dasar dan inisiatif yang mengutamakan kesejahteraan keluarga termasuk kebajikan ibu dan anak, kemudahan penjagaan, sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) serta pengiktirafan terhadap peranan penjaga.Terdahulu, Anwar merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di Shah Alam, Selangor hari ini yang turut dihadiri isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.Dalam masa sama, Perdana Menteri turut memuji Nancy dan kementerian atas kejayaan menganjurkan sambutan berkenaan serta komitmen berterusan dalam memperjuangkan kesejahteraan wanita dan memperkukuh institusi keluarga sebagai tunjang pembangunan masyarakat dan negara





Isteri maut diseret treler ketika bonceng motosikal bersama suami - Sinarharian - 7/11 10:02 pm

KUALA KRAI - Seorang isteri maut selepas motosikal dinaiki bersama suaminya dipercayai bergesel dengan tayar belakang sebuah treler sebelum terjatuh dan diseret di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari itu, mangsa yang berusia 55 tahun merupakan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, suami mangsa berusia 56 tahun yang menunggang motosikal berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.Menurut beliau, kemalangan itu turut melibatkan sebuah treler jenis Volvo dipandu lelaki berusia 61 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan."Siasatan awal mendapati treler berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai sebelum pemandunya menyedari sebuah motosikal bergesel pada bahagian tayar paling belakang sebelah kiri kenderaan berat itu."Akibat pergeseran tersebut, motosikal berkenaan terjatuh sebelum terseret oleh treler," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Ujar beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk proses bedah siasat.Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.Menurut Mazlan, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai menerusi talian 09-9666222.





Peguam gesa Komisioner Jeneral Penjara segera pindahkan Najib ke Langgak Duta - Sinarharian - 7/11 7:49 pm

SHAH ALAM Firma guaman Tetuan Shafee & Co yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Komisioner Jeneral Penjara memindahkan anak guamnya ke kediamannya di No. 11, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dengan segera sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Peguamnya, Muhammad Farhan Shafee berkata, pihaknya turut menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik keputusan penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah berkenaan serta-merta."Perintah Seri Paduka Baginda mesti dilaksanakan hari ini."Pendirian anak guam kami berhubung kesan undang-undang Perintah Pengampunan Bersyarat secara keseluruhannya dan berkaitan hukuman yang dikenakan ke atas beliau kekal terpelihara, begitu juga semua hak beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Dalam masa sama, Muhammad Farhan memaklumkan bahawa beliau mewakili anak guamnya merafak sembah menjunjung kasih atas titah yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada jam 11.45 pagi.Menurutnya, titah tersebut menjelaskan bahawa mesyuarat Lembaga Pengampunan yang mempersembahkan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan Perintah Pengampunan Bersyarat turut dihadiri oleh Peguam Negara.Selain itu, katanya, titah berkenaan menegaskan bahawa perintah tersebut adalah "jelas, nyata dan tanpa sebarang kekaburan" serta tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain yang melibatkan Najib.Muhammad Farhan berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran yang menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan."Semua syarat dalam Perintah Pengampunan Bersyarat telah dipenuhi dan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong."Titah tersebut menjawab setiap persoalan yang telah dibangkitkan oleh AGC," katanya.Beliau berkata, AGC kini dilihat bersandarkan kepada Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.Menurutnya, perintah tersebut perlu dibaca secara keseluruhan bermula daripada tajuk dokumen itu sendiri."Ia merupakan perintah yang dibuat susulan pembayaran denda dan pelepasan yang dibenarkan terbit daripada pembayaran tersebut sebagaimana direkodkan dalam perintah itu."Di sisi undang-undang, pembayaran denda melepaskan liabiliti untuk membayar denda berkenaan."Bagaimanapun, pembayaran itu dengan sendirinya tidak menamatkan hukuman pemenjaraan





AG seeks audience with King over Najib's conditional pardon - Sinardaily - 7/11 7:42 pm

PUTRAJAYA: The Attorney General (AG) Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar has sought an audience with His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, to seek forgiveness and express his position on complying with His Majesty's decree concerning Datuk Seri Najib Razak's conditional pardon in the SRC International case.The Prime Minister's Office said the AG had made the request to seek an audience with His Majesty to affirm his intention to comply with the royal decree."The AG would also explain the legal questions arising from the High Court's release order following the payment of the RM50mil fine."These legal issues would need to be determined by the court as they have implications on the commencement date of Najib's prison sentence in the 1MDB case," it said in a statement on Saturday (Nov 7)





Barisan Nasional urges govt to immediately implement Najib's house arrest order - Sinardaily - 7/11 7:23 pm

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) has urged the government to immediately implement the royal decree allowing former prime minister Datuk Seri Najib Razak to serve the remainder of his prison sentence under house arrest.BN secretary-general Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir said the coalition viewed seriously the developments surrounding the postponement of the implementation of His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia's decree on the matter.He said the issue should not be treated merely as an administrative matter or a difference in legal interpretation, as it involved greater questions concerning respect for the constitutional monarchy, the authority of His Majesty's decree and the rule of law."These are fundamental principles that form the foundation of the country's system of governance," he said in a statement on Saturday (Nov 7).Zambry also said the statement issued by Istana Negara on Saturday should be given serious attention.He noted that the Palace had reaffirmed that the conditional pardon order was clear, explicit and contained no ambiguity, adding that all the stipulated conditions had been fulfilled.More importantly, he said, the Palace's warning that any arguments disputing the order would amount to disobeying His Majesty's decree should serve as a serious reminder to all parties."This is particularly important for those entrusted with the responsibility of implementing the decisions and decrees," he said.Zambry urged the government, particularly the relevant authorities, to take the Palace's statement seriously and ensure that the order was implemented immediately, in an orderly manner and in accordance with the Federal Constitution.He stressed that the matter required the authorities to uphold their responsibilities in respecting and implementing the royal decree





Kuasa Agong berhubung pengampunan Najib tidak boleh dipertikaikan - Anwar - Hmetro - 7/11 7:01 pm

Shah Alam: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipertikaikan





Isu pengampunan Najib: Peguam Negara mohon perkenan menghadap Agong - Sinarharian - 7/11 6:41 pm

SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada Sabtu memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, ia bagi memohon ampun dan menzahirkan pendiriannya untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International."Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB)," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





Prisons Dept will comply with any court order involving Najib's house arrest, says Home Minister - Sinardaily - 7/11 6:32 pm

KUALA LUMPUR: The Prisons Department will comply with any court order on former prime minister Datuk Seri Najib Razak's house arrest.Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said Najib had the right to seek a royal pardon, adding that under the Federal Constitution, the power to grant a pardon rests with His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia."The department's role is to implement any decision in accordance with established legal procedures."Following the payment (of the RM50mil fine) made yesterday, we referred the matter to the Attorney General, particularly because the order of discharge issued by the court registrar had created a slightly different interpretation from a legal standpoint."We sought the Attorney General's advice to obtain clarity on how the matter should be implemented," he told reporters after an event in Kulim, Kedah.He added the department was bound by the Attorney General's legal advice as the government's legal adviser."All necessary steps had been taken to implement any decision, whether made by the Pardons Board or through court directives."The Attorney General had provided a legal opinion, which was subsequently met with a response from Najib's lawyers."Where there are differences in interpretation, as advised by the Attorney General, the best avenue is for the matter to be determined by the court."Whatever the decision, the Home Ministry, particularly the Prisons Department, will carry it out in accordance with the law," he said





PM arah Peguam Negara menghadap Agong perjelas perintah pengampunan bersyarat Najib - Sinarharian - 7/11 6:26 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memperjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata langkah itu perlu, bagi menjelaskan kekangan undang-undang terhadap baki hukuman penjara dalam kes SRC International, serta implikasinya terhadap satu lagi kes membabitkan Najib, iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."Saya telah minta supaya Peguam Negara segera menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong memohon ampun dan menjelaskan mengapa keputusan itu diterima untuk kes SRC, tetapi ada masalah kerana melibatkan kes kedua iaitu kes 1MDB," kata beliau selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di sini hari ini.Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Lim Hui Ying serta Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraSultan Ibrahim hari ini bertitah pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib, yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah hendaklah dihormati, selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.Seri Paduka Baginda bertitah keputusan yang diperkenankan menerusi kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan itu, perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah diputuskan tanpa menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.Anwar menegaskan bahawa kuasa dan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak pernah dipertikaikan, sebaliknya isu yang perlu diperjelaskan ialah berkaitan pelaksanaan titah berkenaan dalam konteks kes kedua yang membabitkan Najib.Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara, sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut mengenai interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat, serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas bayaran denda RM50 juta dilunaskan.AGC memaklumkan penangguhan sementara itu bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya merupakan langkah bagi memastikan titah tersebut dan perintah mahkamah berkaitan dilaksanakan dengan tepat, teratur dan selaras dengan kedudukan undang-undang sebenar.Sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa serta arahan pihak berkuasa yang berkenaan, selain memaklumkan tindakan selanjutnya akan diambil selepas proses penelitian dan penjelasan berhubung penangguhan sementara itu selesai.Najib dilaporkan selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, di sini semalam.Pegawai khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar hadir di mahkamah pada 11.30 pagi bagi menyelesaikan urusan pembayaran dan melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan sebelum pembayaran dimuktamadkan





UMNO, Pas Terengganu lapor polis isu penangguhan titah pengampunan Najib - Sinarharian - 7/11 6:22 pm

HULU TERENGGANU UMNO dan Pas Terengganu menyatakan kebersamaan dalam isu penangguhan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Laporan di daerah ini diketuai Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam, bersama Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Baharu Abd Ghani, Timbalan Yang Dipertua Pas Hulu Terengganu, Hilmi Harun serta Ahli Jawatankuasa Pas Hulu Terengganu, Kamaruzzaman Abdullah.Menurut Yusof, laporan yang dibuat di Balai Polis Kuala Berang pada jam 3.41 petang, Sabtu itu merujuk kepada kenyataan media Jabatan Peguam Negara bertarikh 6 November 2026."Kenyataan tersebut menyentuh penangguhan sementara pelaksanaan pengampunan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan rumah sekiranya denda RM50 juta dijelaskan."Syarat denda berkenaan telah dipenuhi dan dijelaskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, manakala Mahkamah Tinggi turut mengeluarkan perintah termeterai kepada Penjara Kajang supaya melepaskan Datuk Seri Najib dengan serta-merta bagi menjalani baki hukuman tersebut di rumah," katanya.Yusof mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan titah pengampunan dan perintah mahkamah berkenaan."Tindakan itu disifatkan sebagai ultra vires dan dilakukan secara sewenang-wenangnya."Justeru, laporan polis dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan subahat melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan, kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 serta isu penghinaan mahkamah kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah tanpa kuasa yang sah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraTahanan rumah Najib: KDN laksana keputusan mengikut undang-undangSebelum ini, Jabatan Peguam Negara menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Menurut AGC, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum tindakan pelaksanaan seterusnya diambil.





Tahanan rumah Najib: KDN laksana keputusan mengikut undang-undang - Sinarharian - 7/11 6:21 pm

KULIM Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan sebarang keputusan mahkamah mengikut lunas undang-undang berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut beliau, kuasa pengampunan terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, manakala tanggungjawab KDN dan Jabatan Penjara Malaysia adalah melaksanakan keputusan berkenaan mengikut tertib perundangan."Semalam apabila pembayaran denda RM50 juta dibuat, kami kemudiannya merujuk kepada Peguam Negara kerana arahan pembebasan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah menunjukkan satu tafsiran yang sedikit berbeza dari sudut undang-undang."Apa yang kami lakukan ialah mendapatkan pandangan Peguam Negara supaya terdapat kepastian dari segi pelaksanaannya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Semarak Kebudayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraPada Jumaat, AGC memaklumkan bahawa pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.Saifuddin berkata, kementeriannya tertakluk kepada nasihat perundangan yang diberikan oleh Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan.Menurutnya, kementerian juga telah mengambil langkah sewajarnya untuk melaksanakan apa jua keputusan sama ada yang diputuskan di peringkat Lembaga Pengampunan atau melalui arahan mahkamah."Seperti yang kita sedia maklum, terdapat satu pandangan undang-undang yang diberikan oleh Peguam Negara, kemudian ada respons balas daripada peguam Datuk Seri Najib."Jika wujud perbezaan seperti itu, sebagaimana nasihat Peguam Negara, pentafsiran yang terbaik hendaklah dibuat oleh mahkamah," katanya.





Anwar directs AG to seek Kings audience over Najibs conditional pardon order - Sinardaily - 7/11 6:15 pm

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim has instructed Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar to seek an audience with His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, immediately to clarify issues surrounding the implementation of the Conditional Pardon Order involving former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.The Prime Minister said the move was necessary to explain the legal constraints concerning the remainder of Najibs prison sentence in the SRC International case, as well as the implications for another case involving him, namely the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case."I have asked the Attorney-General to seek an audience with His Majesty the Yang di-Pertuan Agong immediately, to respectfully explain why the decision was accepted in the SRC case, but there are complications because it also involves a second case, the 1MDB case, Anwar said.He was speaking to reporters after launching the 2026 National Family Month celebration in November at the Selangor International Trade Centre (SITC) here today.Also present were the Prime Ministers wife, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is also Bandar Tun Razak MP, Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri, her deputy Lim Hui Ying, and Selangor Womens Development and Social Welfare Committee chairman, Anfaal Saari.Sultan Ibrahim today decreed that the implementation of the conditional pardon granted to Najib, which allows him to serve the remainder of his prison sentence under house arrest, must be respected in keeping with the principles of Constitutional Monarchy and the Rule of Law.His Majesty said the decision, granted under the royal prerogative of pardon provided for in Article 42 of the Federal Constitution, must be implemented as decreed, without giving rise to prolonged confusion or uncertainty.Anwar said the authority and decision of the King had never been questioned





Pengampunan Najib: Peguam Negara mohon menghadap Agong - Hmetro - 7/11 6:10 pm

Kuala Lumpur: Peguam Negara memohon perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung perintah pengampunan bersyarat untuk Datuk Seri Najib Razak





BN gesa laksana titah perintah Agong segera - Sinarharian - 7/11 5:37 pm

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan, khususnya pihak berkuasa yang bertanggungjawab supaya mengambil perhatian serius kenyataan Istana Negara dan memastikan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaksanakan dengan segera serta penuh tertib selaras kehendak Perlembagaan Persekutuan.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya memandang serius tindakan menangguhkan pelaksanaan titah perintah Yang di-Pertuan Agong berkaitan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman pemenjaraannya secara tahanan di rumah.Menurut Zambry, perkara tersebut tidak boleh dilihat sebagai persoalan pentadbiran atau perbezaan tafsiran undang-undang semata-mata."Ia menyentuh persoalan yang jauh lebih besar, iaitu penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, kewibawaan titah Yang di-Pertuan Agong serta prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas sistem pemerintahan negara."Kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan hari ini hendaklah diberikan perhatian dan diambil dengan penuh keseriusan."Penegasan Istana Negara bahawa perintah pengampunan bersyarat tersebut adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan, malah semua syarat ditetapkan telah dipenuhi tidak seharusnya dipandang ringan," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Sabtu.Zambry menambah, penegasan Istana Negara bahawa 'sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong' merupakan peringatan yang amat serius kepada semua pihak.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongSinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





Keputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka Siong - Sinarharian - 7/11 5:23 pm

KUALA LUMPUR Pihak berkuasa yang berkaitan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keputusan pengampunan bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dihormati dan dilaksanakan mengikut undang-undang.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penghormatan terhadap kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong tidak seharusnya sekadar dizahirkan melalui kata-kata, sebaliknya perlu dibuktikan menerusi tindakan.Menurutnya, Seri Paduka Baginda telah memperjelaskan bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat berkenaan adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan selain semua syarat yang ditetapkan juga telah dipenuhi."Seri Paduka Baginda juga telah mengingatkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan mesti dihormati."Memandangkan keputusan tersebut telah dibuat oleh Seri Paduka Baginda menurut kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan susulan nasihat yang dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, maka pihak berkuasa yang berkaitan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keputusan itu dihormati dan dilaksanakan mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Dalam perkembangan berkaitan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Baginda turut bertitah bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat itu tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain yang melibatkan bekas Perdana Menteri berkenaan.Menurut Ka Siong, satu fakta penting yang tidak boleh diketepikan ialah Peguam Negara sendiri menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 18 September lalu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan memberikan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong.Beliau berkata, sebarang persoalan undang-undang berkaitan pelaksanaan keputusan tersebut perlu dijelaskan segera melalui saluran perundangan yang sah dan bukannya dijadikan alasan untuk melengahkan pelaksanaannya."Sama ada seseorang bersetuju atau tidak dengan keputusan berkenaan merupakan soal pendapat peribadi, namun menghormati kedudukan perlembagaan Yang di-Pertuan Agong dan sistem Raja Berperlembagaan bukanlah satu pilihan."Memartabatkan kedaulatan undang-undang dan menjunjung kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong bukan sesuatu yang saling bercanggah."Penghormatan sebenar tidak diukur daripada betapa lantangnya seseorang melaungkan taat setia, tetapi sama ada tindakannya secara konsisten menjunjung kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong serta kemuliaan sistem Raja Berperlembagaan," katanya.Beliau menegaskan bahawa keputusan yang dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan mesti dilaksanakan berdasarkan undang-undang, manakala sebarang persoalan yang memerlukan penjelasan hendaklah diselesaikan tanpa penangguhan yang tidak wajar.





Pelepasan Najib: PM minta AG menghadap Agong jelaskan permasalahan - FMT - 7/11 5:20 pm

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan memperakui titah dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.





UMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan Najib - Sinarharian - 7/11 4:53 pm

MACHANG UMNO Bahagian Machang bersama Pemuda UMNO dan Pas Kawasan Machang mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berhubung keputusan menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Ketua UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Ismail berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memutuskan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta implikasi perintah mahkamah berkaitan.Menurut beliau, pihaknya berpandangan tindakan tersebut perlu disiasat kerana didakwa mempunyai unsur kesalahan di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948."Kami percaya tindakan Peguam Negara itu merupakan satu perkara yang perlu disiasat kerana didakwa melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong."Kami juga percaya tindakan berkenaan boleh menjurus kepada penghinaan mahkamah kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah berhubung tahanan rumah Najib selepas beliau menjelaskan denda RM50 juta," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.Terdahulu, beliau bersama Ahli Jawatankuasa Pas Machang, Muhammad Firdaus Radzulan dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Ibnu Hijram Ibnu Hajar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk membuat laporan berkenaan kira-kira jam 3.20 petang.Seramai 25 ahli UMNO dan Pas turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut.Mohd Fakaaruddin turut mempersoalkan tindakan menangguhkan pelaksanaan perintah berkenaan yang menurutnya tidak seharusnya berlaku tanpa asas kuasa yang sah dari sudut perundangan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan rumah boleh ditafsirkan sebagai mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Baginda bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan dalam mentafsir perintah tersebut kerana keputusan yang diperkenankan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Dalam masa sama, Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut adalah jelas, nyata dan tidak terkait dengan mana-mana prosiding atau kes lain yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri itu.





'Anthony Loke biadab, semua pemimpin DAP patut letak jawatan jika berprinsip' - Noh Omar - Sinarharian - 7/11 4:41 pm

SHAH ALAM - Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan yang bakal berkuat kuasa sebaik Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki di rumahnya disifatkan sebagai biadab.Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, kenyataan sedemikian bukan sahaja tidak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan, tetapi juga mengingkari titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut Noh, jika menteri dan timbalan menteri dalam kalangan DAP mempunyai prinsip, kesemuanya patut meletak jawatan yang disandang dalam Kabinet, menarik sokongan serta keluar daripada Kerajaan Madani."Sewajarnya beliau (Anthony) mengetahui bahawa wakil DAP juga ada di dalam Lembaga Pengampunan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh."Terbukti jelas pemimpin DAP ini biadab dan hendak menjadi hero tidak bersetuju dengan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong sehingga sanggup meletak jawatan sebagai Menteri bagi Kerajaan Madani."Saya amat menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar pelaksanaan baki hukuman secara tahanan di rumah kepada Najib diteruskan setelah bayaran RM50 juta dilunaskan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.UMNO pada Jumaat mengumumkan kutipan Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu sudah mencapai sasaran dan mencukupi.Parti itu turut mengesahkan semua proses pembayaran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selesai dilakukan.usulan itu, Anthony dalam sidang akhbar tergempar menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri itu menjejakkan kaki ke kediamannya di Langgak Duta.Menurut Anthony, pendiriannya untuk meletak jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Parlimen Pekan itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi.Terkini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Tidak lama kemudian, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada Najib.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





Menteri tidak sehaluan kerajaan Madani wajar undur diri, usah tunggu dipecat - Kamil Munim - Sinarharian - 7/11 3:35 pm

MASJID TANAH - Menteri yang tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar mengundurkan diri secara sukarela dan bukannya menunggu sehingga dipecat.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu lebih mencerminkan prinsip dan pendirian seseorang pemimpin berbanding terus berada dalam Kabinet, tetapi pada masa sama bertindak memburukkan kerajaan.Menurutnya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik terus terpelihara bagi menjamin kestabilan ekonomi negara."Mana-mana menteri daripada mana-mana blok yang tidak lagi sehaluan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, maka mereka sewajarnya mengundurkan diri."Tidak perlu menunggu sehingga dipecat




Reformasi     >>



Aktivis kesan kekeliruan lain dalam perintah tahanan .. - Harapandaily
Kandungan perintah mahkamah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Najib Razak, terus menjadi perhatian apabila seorang aktivis mendakwa terdapat beberapa kekeliruan lain dalam dokumen berkenaan, termasuk klausa yang menimbulkan persoalan mengenai tindakan sekiranya syarat ..
Kroni     >>



Krakow mass shooting assailant died in hospital, .. - NST
WARSAW: A young gunman who killed six people in central Krakow on Saturday in Polands unprecedented mass shooting has died in hospital, police said early on Monday.
Tabloid     >>



Isu tahanan rumah Najib tak halang pengundi PH keluar .. - Hotfm
Pengerusi PH Melaka berkata gabungan itu tidak boleh bergantung kepada undi ahli dan penyokong saja untuk memenangi PRN.
Tech     >>



Nvidia CEO Jensen Huang admits to having an affair .. - Tomshardware
Nvidia's board of directors is investigating a report about Jensen Huang's alleged affair with a client, claims it is still confident in Jensen and leadership team.
World     >>



Democrats amp up Trump investigation threats, Blanche .. - Cnbc
Democrats have vowed to investigate both President Donald Trump's White House and businesses that have worked with the administration.
Motor Trend     >>



Motosikal Yamaha Rw700, Rw350 Sah Masuk Malaysia 2027 .. - Mekanika
**Baru-baru ini Yamaha antara yang menjadi tumpuan di pameran motosikal terbesar dunia, EICMA 2026 menerusi pelancaran dua skuter adventure, RW700 dan RW350.** Kami turut berpeluang untuk menyaksikan kedua-dua model serba baharu itu dengan lebih dekat di EICMA. Senario itu pastinya ..