| /// |
|
| Search : Sidang Kemuncak News | Page 1 |
|
Forester 2.5 Baharu Masuk Malaysia RM221,500, CBU 100% di Jepun - Careta - 30/10 2:24 pm Falsafah Japan Premium Line Japan Premium Line menekankan tiga prinsip utama iaitu kemuncak kejuruteraan Jepun, inovasi tanpa kompromi serta kemasan halus berinspirasikan omotenashi Jepun |
|
Agong terima menghadap PM, dibentang hasil Sidang Kemuncak ASEAN Agong terima menghadap PM, dibentang hasil Sidang Kemuncak ASEAN - SUN - 30/10 2:20 pm |
|
Agong terima mengadap PM, persembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 - Mgazette - 30/10 2:14 pm # Agong terima mengadap PM, persembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini |
|
MAHB kendalikan lebih 9,300 penerbangan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN .. - Mgazette - 30/10 2:14 pm # MAHB kendalikan lebih 9,300 penerbangan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 KUALA LUMPUR Semua pergerakan ketibaan dan keberangkatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berlangsung dengan lancar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) dari 22 hingga 29 Oktober 2025 |
|
KPDN Pulau Pinang lupus barang kes bernilai RM4.76 juta - Mgazette - 30/10 2:14 pm # KPDN Pulau Pinang lupus barang kes bernilai RM4.76 juta BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melupuskan sebanyak 81,049 unit barang kes bernilai kira-kira RM4.76 juta yang membabitkan pelbagai kesalahan penguatkuasaan di negeri ini sejak awal tahun |
|
Murid maut dalam van sekolah, keluarga tuntut ganti rugi RM2 juta - Mgazette - 30/10 2:14 pm # Murid maut dalam van sekolah, keluarga tuntut ganti rugi RM2 juta JOHOR BAHRU - Keluarga budak lelaki yang maut dalam van sekolah di Taman Bukit Indah, April lalu memfailkan saman terhadap lima pihak termasuk Kementerian Pendidikan (KKM) atas dakwaan cuai selain menuntut ganti rugi RM2.089 juta |
|
Perjanjian Perdagangan MAS-AS: Jimat RM12 bilion, jerut leher RM1 trilion - Mgazette - 30/10 2:14 pm # Perjanjian Perdagangan MAS-AS: Jimat RM12 bilion, jerut leher RM1 trilion KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (Reciprocal Trade Agreement) yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2025 wajar dipersoalkan daripada sudut kepentingan nasional, rasionaliti ekonomi dan keseimbangan strategik serantau |
|
Janganlah sakit hati dengan kejayaan negara – PM - Mgazette - 30/10 2:14 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri hari ini membidas tindakan parti pembangkang yang terus mengkritik kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump termasuk sambutan dan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 |
|
Saya sudah bawa pendirian Malaysia, pejuang keadilan seluruh dunia pada .. - Mgazette - 30/10 2:14 pm Semalam, Anwar berkata, beliau telah membangkitkan mengenai perang di Gaza kepada Presiden Trump dan menggesa perjanjian damai yang lebih "komprehensif, adil dan berkekalan" yang menghormati hak Palestin. Anwar berkata, beliau telah memanfaatkan sepenuhnya pertemuan empat mata dengan Trump semasa perjalanan mereka bersama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk Sidang Kemuncak ASEAN, baru-baru ini |
|
Sidang kemuncak kukuh hubungan Malaysia dengan negara rakan Asean - FMT - 30/10 2:00 pm Hasil kepimpinan Anwar Ibrahim dan koordinasi strategik Mohamad Hasan Asean kini bergerak sebagai blok lebih bersatu, relevan dan berpengaruh di pentas global. |
|
JSJK bincang dengan syarikat telekomunikasi tangani isu penipuan dalam talian - Sinarharian - 30/10 1:40 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi berkaitan isu penipuan dalam talian baru-baru ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, selain isu 'recycle number' pihaknya turut membincangkan berkaitan pendaftaran nombor telefon."Saya difahamkan ada pengguna mempunyai lebih daripada lima kad sim nombor telefon |
|
Anwar gesa AS sokong penyelesaian menyeluruh isu Gaza - Thempress - 30/10 1:34 pm MALAYSIA mengambil setiap peluang ketika mengadakan mesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 untuk secara konsisten mendesak penyelesaian menyeluruh terhadap isu Gaza |
|
Kejayaan Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN wajar jadi kebanggaan bersama - PM - Sinarharian - 30/10 1:29 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik, dan bukannya dijadikan bahan kecaman atau perbalahan.Beliau berkata, antara kejayaan besar yang dicapai semasa penganjuran sidang kemuncak itu termasuk penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN serta termeterainya Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja, yang wajar dijadikan kebanggaan bersama rakyat Malaysia.Anwar berkata, pengiktirafan antarabangsa, termasuk daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), terhadap peranan aktif Malaysia dalam menjayakan rundingan damai di rantau ini jelas membuktikan keupayaan diplomatik negara yang semakin diyakini dunia."Apatah lagi dengan keadaan sekarang apabila nama kita harum, nama Malaysia harum |
|
[VIDEO] PM Timor-Leste berarak, disambut sebagai wira - Kosmo - 30/10 12:42 am PETALING JAYA – Ketibaan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao ke negaranya malam tadi, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, disambut meriah oleh rakyat Timor-Leste |
|
Agong terima menghadap PM, dipersembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 - Astroawani - 30/10 12:30 am Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini, hari ini. |
|
MTEM gesa kerajaan batal ratifikasi ART Malaysia-AS - Sinarharian - 30/10 12:30 am SHAH ALAM - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan supaya membatalkan ratifikasi atau pengesahan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).Pemegang Amanah MTEM, Mohammad Syahnis Salleh berkata, ia antara tiga tuntutan yang wajar dipertimbangkan sehingga analisis impak menyeluruh terhadap ekonomi Bumiputera dan kedaulatan dasar negara disiapkan sebelum disemak semula.Selain itu, menurutnya, perjanjian perdagangan masa depan perlu melalui proses rundingan terbuka dengan penyertaan wakil badan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Bumiputera, pakar perundangan dan industri tempatan.Jelasnya, klausa perlindungan hak Bumiputera dan pengecualian-pengecualian yang diperlukan mesti dimasukkan dengan jelas dalam mana-mana perjanjian perdagangan antarabangsa."MTEM menegaskan keterbukaan ekonomi tidak boleh dijadikan alasan untuk menyerahkan kedaulatan ekonomi negara kepada kuasa asing."Pembangunan inklusif mesti berpaksikan kepentingan rakyat Malaysia, bukannya pelabur luar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Pada Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump menandatangani ART serta perjanjian mineral kritikal bagi memperkukuh kerjasama ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Perjanjian ART Malaysia-AS menyaksikan kadar tarif purata diturunkan daripada 25 peratus kepada 19 peratus, serta akses pasaran yang lebih meluas bagi eksport utama negara.Majlis pemeteraian perjanjian itu disaksikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Wakil Perdagangan AS, Duta Jamieson Greer dan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick.Melalui ART itu juga, Malaysia memperoleh pengecualian ke atas 1,711 talian tarif merangkumi produk utama seperti minyak sawit, getah, koko, alat ganti pesawat dan farmaseutikal, yang mewakili 12 peratus daripada eksport Malaysia ke AS bernilai kira-kira AS$5.2 bilion.Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian awal, Mohammad Syahnis berpendapat bahawa ART yang dirangka berisiko menghapuskan ruang dasar afirmatif Bumiputera dengan lebih meluas berbanding Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).Jelasnya, terdapat dalam klausa 6.2 'commercial consideration' di mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dilarang untuk tidak beroperasi secara 'tidak komersial' dengan dasar-dasar seperti keutamaan vendor Bumiputera, kuota pembangunan tempatan dan pelaburan strategik berasaskan ekuiti Bumiputera."Ini secara langsung bercanggah dengan semangat Artikel 153 Perlembagaan, bahkan CPTTP yang kami bantah sebelum ini masih mengandungi 'safe guard' dan pengecualian tertentu."MTEM menegaskan, syarikat berkenaan kerajaan (SOE) bukan entiti komersial semata-mata, tetapi instrumen dasar negara |
|
790 pemilik akaun keldai diberkas dalam Op Merpati Khas banteras penipuan e-dagang - Sinarharian - 30/10 12:24 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 790 individu yang berperanan sebagai pemilik akaun keldai digunakan untuk kegiatan penipuan e-dagang berjaya diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Merpati Khas 01/2025 bermula 2 hingga 12 September lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi khas yang dijalankan secara menyeluruh di seluruh negara itu dilaksanakan oleh Bahagian Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bagi membanteras peningkatan kes jenayah penipuan berasaskan e-dagang yang semakin membimbangkan."Operasi itu turut menumpukan kepada aktiviti serbuan, tangkapan dan rampasan terhadap ahli sindiket yang terlibat dalam pelbagai peranan termasuk pemilik akaun keldai, pencari kad ATM, pengeluar wang serta pengendali pusat panggilan (call centre) penipuan dalam talian," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK Menara KPJ di sini pada Khamis.Rusdi berkata, sepanjang operasi, 30 individu turut diberkas kerana dipercayai mengendalikan pusat panggilan penipuan e-dagang yang beroperasi di beberapa negeri di seluruh negara."Kesemua tangkapan itu melibatkan 660 kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM11.59 juta."Daripada jumlah keseluruhan tangkapan, seramai 475 lelaki dan 315 wanita termasuk empat warga asing yang ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an," katanya.Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga Mei lalu, sebanyak 4,242 kertas siasatan dibuka berkaitan kes penipuan e-dagang, dengan kerugian keseluruhan mencecah RM54.13 juta."Daripada 660 kertas siasatan yang dibuka, sebanyak 275 daripadanya telah dituduh manakala 115 masih dalam siasatan."Sebanyak 176 kertas siasatan masih dengan Timbalan Pendakwa Raya dan 94 lagi mendapat arahan tuduh," katanya.Tegas Rusdi, Op Merpati Khas merupakan sebahagian daripada siri tindakan berterusan bagi mematahkan rangkaian penipuan dalam talian di mana akaun bank tempatan sering digunakan untuk menerima wang mangsa sebelum dipindahkan ke akaun lain atau ke luar negara."JSJK menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi dan pemantauan, termasuk kerjasama dengan institusi kewangan bagi mengesan dan membekukan akaun yang disyaki digunakan untuk aktiviti penipuan."Kita turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meminjamkan atau menjual akaun bank kepada mana-mana individu atau pihak tidak dikenali, kerana tindakan itu boleh menyebabkan mereka disiasat dan didakwa sebagai rakan subahat jenayah penipuan," katanya. |
|
Agong dipersembah hasil Sidang Kemuncak Asean - FMT - 30/10 12:05 am Sebanyak 80 dokumen hasil diterima dan diluluskan sepanjang Sidang Kemuncak Asean ke-47 dari 26 hingga 28 Okt lalu. |
|
Agong terima menghadap PM, dipersembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 - Sinarharian - 30/10 12:01 am KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini pada Khamis.Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam memaklumkan bahawa sebanyak 80 dokumen hasil diterima dan diluluskan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.Dokumen berkenaan termasuk Kenyataan Bersama Pemimpin ASEAN dengan Amerika Syarikat, Jepun, India, New Zealand dan Australia hasil daripada Sidang Kemuncak ASEAN+3, Sidang Asia Timur (EAS), Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) dan Pemimpin Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).Menurut PMO, satu lagi kejayaan penting ialah pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja yang disaksikan Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.Malaysia secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina, secara simboliknya menandakan peralihan kepimpinan ketika Malaysia memasuki fasa akhir selaku pengerusi bagi 2025 |
|
Malaysia desak penyelesaian menyeluruh isu Gaza dalam setiap pertemuan dengan Trump - PM - Sinarharian - 30/10 12:00 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia memanfaatkan setiap peluang pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk secara konsisten mendesak langkah penyelesaian menyeluruh terhadap isu Gaza sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap pertemuannya dengan pemimpin dunia itu, sama ada secara rasmi mahupun peribadi, dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyuarakan isu Gaza.Beliau menjelaskan bahawa istilah comprehensive settlement atau comprehensive solution digunakan bagi menekankan bahawa penyelesaian sebenar terhadap konflik di Gaza perlu bersifat menyeluruh, bukan sekadar gencatan senjata tanpa mengiktiraf hak kedaulatan rakyat Gaza dan Palestin."Secara rasmi, saya membangkitkan isu ini sebanyak tiga kali dan mendapat liputan media |
|
JSJK tahan 1,303 individu terlibat penipuan dalam talian - Sinarharian - 30/10 11:58 am KUALA LUMPUR - Seramai 1,303 individu yang dipercayai terlibat dengan kes penipuan dalam talian ditahan menerusi Op Mule Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bermula 22hingga 28 September lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi itu dilancarkan bagi membanteras kegiatan jenayah komersial melibatkan akaun keldai khususnya bagi kes-kes yang dilaporkan oleh NSRC."Sepanjang operasi, seramai 1,303 individu ditahan manakala sebanyak 778 kertas siasatan dibuka di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ di sini pada Khamis.Rusdi berkata, operasi itu bertujuan untuk menjalankan serbuan, tangkapan dan rampasan terhadap ahli-ahli sindiket akaun keldai."Ia sama ada mereka terlibat dalam penipuan dalam talian, bahagian kewangan dan warga negara asing yang boleh disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 424A, 424B, 424C Kanun Keseksaan."Seramai 2,062 suspek dikenal pasti terlibat namun kita berjaya menahan seramai 1,303 individu manakala 759 orang lagi masih dikesan," katanya.Menurutnya, tangkapan paling ramai adalah di Sabah iaitu 475 orang diikuti Sarawak (426 orang), Johor (275 orang) dan Selangor (222 orang)."Kita mendapati ramai individu terlibat menjadi keldai akaun di Sabah dan Sarawak kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan berkaitan kesalahan ini."Daripada 778 kertas siasatan yang dibuka, kita berjaya menuduh sebanyak 270 kertas siasatan serta 312 lagi masih dalam siasatan |
|
Polis pantau 24 jam, lebih 6,000 kandungan penipuan diturunkan - Sinarharian - 30/10 11:46 am KUALA LUMPUR - Lebih 6,000 kandungan penipuan dalam talian diturunkan dari platform media sosial sejak 2023 hingga September lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ia adalah hasil pemantauan oleh Unit Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) di bawah Bahagian Siber, Taktikal dan Teknikal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman."PCIRC memantau kandungan dan iklan penipuan 24 jam setiap hari |
|
Agong terima menghadap PM, dipersembah hasil Sidang Kemuncak Asean - Mkini - 30/10 11:37 am Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap perdana menteri di Istana Bukit Tunku. |
|
Trump Dikatakan ‘Tak Dapat Menahan Diri’, Puji PMX Ketika Berucap Di Korea Selatan - Lobakmerah - 30/10 11:08 am Sejak lawatannya ke Malaysia tempoh hari, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat masih belum ‘move on’ apabila kerap memuji Malaysia dan Perdana Menterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika berucap di Korea Selatan pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) semalam, beliau telah menyentuh mengenai keamanan serantau sambil menceritakan mengenai Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Sorotan utama Sidang Kemuncak Asean ke-47 - FMT - 30/10 9:45 am Sidang kemuncak itu berfungsi sebagai ujian tekanan dan mempamerkan keupayaan blok untuk mengekalkan perpaduan sambil menyesuaikan diri dengan realiti strategik baharu. |
|
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 : Ini ‘Report Card’ Malaysia Sebagai Tuan Rumah - Lobakmerah - 30/10 9:37 am Tirai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur telah dilabuhkan |
|
Kerajaan digesa beri pampasan peniaga kecil terjejas penutupan jalan Sidang Kemuncak Asean - FMT - 30/10 9:12 am Bendahari DAP KL Ben Fong berkata peniaga kecil dan kedai makan di pusat bandar mendakwa perniagaan mereka merosot 25% sepanjang sidang kemuncak itu. |
|
Pertemuan Anwar-Trump, isu miskin tegar tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 30/10 8:35 am KUALA LUMPUR - Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manfaat hasil pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta Perdana Menteri menyatakan manfaat yang diperoleh hasil pertemuan dengan Trump dalam aspek perdagangan serta isu kemanusiaan di Gaza dan bidang strategik lain yang berkepentingan bersama Malaysia-AS.Pada sesi sama, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) turut membangkitkan persoalan kepada Perdana Menteri berhubung kemajuan Kerajaan Madani dalam menangani isu kemiskinan tegar dan kemiskinan secara keseluruhan.Dalam sesi soal jawab pula, Pang Hok Liong (PH-Labis) membangkitkan mengenai kesediaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mewajibkan skim bina kemudian jual atau build-then-sell (BTS) 10:90 di seluruh negara untuk mengurangkan projek perumahan terbengkalai terutama projek kondominium bagi melindungi pembeli.Sementara itu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan hasil dan inisiatif utama daripada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 dalam mengukuhkan eksport semikonduktor, penyertaan dalam rantaian nilai serantau dan daya saing teknologi tempatan.Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) turut mengajukan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sama ada kerajaan bakal mewajibkan pembinaan kemudahan seperti sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak sebagai syarat kelulusan pembinaan projek perumahan berskala besar pada masa akan datang.Selepas sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar oleh kementerian berkaitan.Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember |
|
Perak komited perluas akses kesihatan warga emas ??? Salbiah - Mgazette - 30/10 7:46 am # Perak komited perluas akses kesihatan warga emas Salbiah PARIT Kerajaan Negeri Perak komited dalam memastikan golongan warga emas menikmati akses kesihatan yang lebih meluas, mudah dan cepat selaras dengan peningkatan jumlah populasi berumur 60 tahun ke atas di negeri ini |
|
ASEAN: Malaysia serlah kepemimpinan berwawasan - Utusan - 30/10 7:40 am PETALING JAYA: Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 menyerlahkan kepemimpinan strategik dan berwawasan Malaysia dalam mengemudi hal ehwal serantau dan antarabangsa dengan penuh kebijaksanaan, inovasi serta pandangan jauh |
|
Pertemuan PM dengan Presiden AS jadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini - Astroawani - 30/10 7:40 am Pertemuan PM dengan Trump, isu Gaza, kemiskinan, perumahan dan eksport semikonduktor jadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini. |
|
Perjanjian Damai KL: Trump puji Malaysia dan Anwar di pentas APEC - Astroawani - 29/10 11:30 pm Berucap pada Sidang Kemuncak CEO APEC di Gyeongju, Trump memuji peranan Malaysia sebagai pihak berkecuali yang menjadi pengantara. |
|
Malaysia dan Itali sepakat percepat, muktamadkan kerjasama Petronas-ENI - PM - Sinarharian - 29/10 11:17 pm KUALA LUMPUR - Malaysia dan Itali sepakat dalam usaha mempercepat serta memuktamadkan kerjasama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan syarikat tenaga Itali, Eni S.p.A (ENI) dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam satu perkongsian di platform X malam ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu telah dipersetujui menerusi perbualan telefon beliau dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.Pada masa sama, beliau turut menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menerima kunjungan rasmi Meloni ke Kuala Lumpur pada awal tahun depan bagi memuktamadkan perjanjian strategik berkenaan."Dalam perbualan itu, Perdana Menteri Giorgia Meloni telah memaklumkan kepada saya alasan ketidakhadiran beliau ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berikutan keperluan mendesak di Rome dalam merangka serta menggubal undang-undang berkaitan belanjawan serta perbincangan di peringkat Kesatuan Eropah," kata perdana menteri.Anwar berkata, Malaysia juga memahami keutamaan domestik Itali ketika ini dan turut merakamkan penghargaan atas pendirian negara itu untuk terus mendukung seruan keamanan, keadilan dan kemanusiaan sejagat di Gaza yang amat diperlukan di pentas dunia ketika ini."Insya-ALLAH, hubungan akrab Malaysia dan Itali akan terus diperkukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara," kata Anwar |
|
KPDN perkukuh budaya pematuhan perniagaan melalui program PATUH - Harapandaily - 29/10 9:44 pm FOTO BERITA… Majlis Perasmian Program PATUH & Sidang Media oleh YB Senator Dr Fauziah Salleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban Arah Selatan Seremban Negeri Sembilan |
|
Trump masih belum 'move on' dengan Malaysia, sekali lagi puji Anwar - Sinarharian - 29/10 9:21 pm Dalam masa dua hari sahaja, kami menandatangani perjanjian damai."Dua pemimpin bertemu dan mereka seperti kawan baik. Ia (momen) sesuatu yang sangat indah kerana berjuta nyawa mampu diselamatkan menerusi perjanjian ini, bahkan untuk beratus tahun," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan pada Rabu.Trump turut menzahirkan harapan agar keamanan kekal selamanya di kedua-dua negara berkenaan termasuk di Timur Tengah.Pada Ahad lalu, Trump mengadakan kunjungan sulung ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.Di luar sidang kemuncak itu, Trump dan Anwar menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Damai KL antara Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul serta Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet satu usaha ke arah menamatkan pertikaian antara kedua-dua negara jiran itu yang berlarutan selama beberapa dekad.Perjanjian damai yang ditandatangani di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 itu turut menyaksikan penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN bagi memantau usaha perdamaian serta memastikan kestabilan jangka panjang di kawasan sempadan.Selain itu, Trump turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwar, di mana kedua-dua pemimpin berkenaan menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS dan Perkongsian Strategik Komprehensif yang bertujuan memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi, tenaga serta mineral penting.Menerusi perkongsian Trump, majoriti wargamaya teruja dengan pujian pemimpin dunia itu yang sentiasa menzahirkan perkara positif sepanjang berada di Malaysia. |
|
Berita Terkini ASEAN25: 80 dokumen hasil dilulus sepanjang sidang kemuncak - Astroawani - 29/10 9:09 pm Ia termasuk Kenyataan Bersama Pemimpin ASEAN dengan Amerika Syarikat, Jepun, India, New Zealand dan Australia. |
|
Linda Rafar umum tarik diri daripada kumpulan Elite - Sinarharian - 29/10 7:37 pm PENYANYI dan pelakon Linda Rafar, 47, hari ini umum menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite.Perkara itu dikongsikan Linda menerusi platform Threads, dengan luahan emosi yang menyentuh hati peminat."Hanya kepada ALLAH aku berserah |
|
Anwar hadiri APEC Korea Selatan 2025, teruskan misi diplomasi - Sinarharian - 29/10 6:22 pm SHAH ALAM - Setelah kejayaan pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) antara Thailand dan Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusikan misi diplomasinya ke Gyeongju, Korea Selatan pula.Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar akan memulakan lawatan kerja ke Gyeongju untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang berlangsung selama dua hari iaitu 31 Oktober dan 1 November ini.Bagaimanapun, menurut Tunku Nashrul, Anwar dijadual bergerak ke Parlimen terlebih dahulu pada pagi Khamis bagi menghadiri Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT)."Berhubung fokus Malaysia di APEC, insya-ALLAH Perdana Menteri akan menekankan kepentingan keterangkuman pengukuhan rantaian bekalan, ekonomi digital dan pembangunan mampan selain mengetengahkan kerangka dasar negara dalam transformasi digital serta kecerdasan buatan (AI)."Lawatan ini juga memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dengan barisan pemain utama industri bagi membincangkan peluang perniagaan dan pelaburan, di samping meningkatkan lagi Perkongsian Strategik antara Malaysia serta Republik Korea."Semoga usaha yang berterusan sama ada di pentas ASEAN mahupun APEC terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara yang berprinsip, progresif dan komited memperjuangkan keadilan serta keamanan serantau demi masa depan negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika siaran langsung taklimat harian Jabatan Perdana Menteri (PMO) di Facebook pada Rabu.Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan melabuhkan tirai dengan jayanya bermula 26 hingga 28 Oktober lalu di mana Malaysia bertindak selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.Anwar ketika majlis penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berpandangan, kejayaan blok serantau itu bukan sahaja diukur menerusi pemeteraian dokumen, sebaliknya disiplin untuk bertindak dengan sabar, membangun mengikut rentaknya sendiri dan kekal tenang dalam ketidaktentuan.Sementara itu, Tunku Nashrul menambah, sidang kemuncak kali ini mengukir sejarah tersendiri dan membuktikan kredibiliti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah tema Keterangkuman dan Kemampanan.Jelasnya, ia himpunan terbesar dan berprofil tinggi setakat ini melibatkan kehadiran kesemua pemimpin ASEAN, sembilan rakan dialog serta empat tetamu Pengerusi.Kata beliau, pemeteraian KL Accord, kemasukan secara rasmi Timor-Leste sebagai anggota ASEAN ke-11, penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ASEAN Trade in Goods Agreement-ATIGA), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEANChina (ACFTA) 3.0, Konsensus Lima Perkara (5PC) serta pertukaran pandangan mengenai isu Laut Cina Selatan dan Palestin antara kejayaan yang membanggakan."Menerusi kejayaan ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa ia tidak akan berhasil tanpa jasa, bakti dan keringat petugas yang menjalankan amanah sebaiknya dari agensi kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sukarelawan serta pengamal media."Ribuan terima kasih diucapkan atas komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kelancaran penganjuran sidang kemuncak ini."Perdana Menteri juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas dukungan dan kesabaran yang diberikan sepanjang proses diplomasi ini berlangsung," ujar beliau |
|
Isu Perjanjian Malaysia-AS: 'Bukan persoal penjawat awam, tapi menteri' Hamzah - Sinarharian - 29/10 5:28 pm KUALA LUMPUR - Pembangkang menolak tanggapan bahawa mereka mempersoalkan kredibiliti penjawat awam, sebaliknya hanya membangkitkan isu terkait kandungan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan tidak sepatutnya melenting dan mendakwa pembangkang tidak menghargai jasa pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus dengan proses berkait perjanjian berkenaan.Menurut Hamzah, sebagai individu yang pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar, beliau memahami kesibukan penjawat awam yang bekerja pada waktu berbeza kerana pernah berada dalam situasi tersebut bersama mereka."Jika anda jumpa penjawat awam, anda tahu mereka akan beritahu kami, kami berkhidmat untuk kerajaan semasa |
|
Mohd Yazid mengadu tidak sedap badan sebelum meninggal dunia - Sinarharian - 29/10 5:14 pm KUALA LUMPUR - Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya Mohd Yazid Zakaria mengadu tidak sedap badan sebelum meninggal dunia di Hospital Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira 11 pagi tadi.Ahmad Ariff Azhari Mohd Yazid, 23, anak keempat Allahyarham berkata sebelum itu, bapanya telah dibawa ke sebuah klinik di Paroi Jaya untuk mendapatkan rawatan."Setelah sampai di klinik, semasa menunggu (untuk rawatan) ayah ingin ke tandas dan mengalami kekejangan otot dan terus tidak sedarkan diri."Pihak klinik telah melakukan CPR (bantuan pernafasan) dan kakak saya terus menghubungi ambulans dan ketika tiba di hospital, doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata punca kematian hanya dapat diketahui selepas proses bedah siasat dilakukan dan jenazah akan dikebumikan di Seremban selepas urusan selesai.Mohd Yazid, 57, meninggalkan seorang isteri dan lima anak dengan anak sulung perempuannya bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 November ini.Allahyarham pernah dinobatkan Tokoh Pekerja Negara (Perkhidmatan Awam) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.Semasa penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Allahyarham Mohd Yazid bertanggungjawab mengetuai persembahan sewaktu Majlis Makan Malam Gala ASEAN |
|
Perjanjian perdagangan Malaysia-AS tidak jejas kedaulatan negara - Fahmi - Sinarharian - 29/10 3:59 pm Satu-satunya ketika ia tercabar ialah sewaktu Pulau Batu Puteh dilepaskan, dan itu amat dikesali. Selain daripada itu, tidak pernah berlaku," katanya.Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih, sebaliknya mendapatkan penjelasan daripada sumber rasmi kerajaan bagi mengelakkan kekeliruan.Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung Ahad lepas, Malaysia dan AS telah memeterai perjanjian komprehensif bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, memperluas akses pasaran serta mempertingkat daya tahan rantaian bekalan.Melalui perjanjian tersebut, Malaysia bersetuju memberi akses pasaran keutamaan kepada eksport barangan perindustrian AS, termasuk bahan kimia, jentera, kelengkapan elektrik, logam dan kenderaan penumpang, selain produk pertanian seperti tenusu, ayam itik dan beras.Sebagai timbal balas, AS akan mengekalkan tarif pada kadar 19 peratus terhadap barangan Malaysia, manakala beberapa produk terpilih akan menikmati kadar sifar (0 peratus) di bawah kategori rakan kongsi sejajar.Malaysia turut bersetuju untuk tidak mengenakan larangan atau kuota terhadap eksport mineral penting dan unsur nadir bumi ke AS, serta akan bekerjasama dengan syarikat Amerika bagi menjamin kestabilan dan kepastian dalam peningkatan kapasiti pengeluaran negara.Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berakhir semalam merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sejak penubuhan blok itu pada 1967, selepas kali terakhir menerajuinya pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.Sidang kemuncak itu juga menandakan kemuncak Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, sebelum Filipina mengambil alih kepengerusian ASEAN bermula 1 Jan 2026 |
|
Cradle mahu danai syarikat pemula berkembang ke peringkat global - GCEO - Astroawani - 29/10 3:20 pm Cradle galak syarikat pemula Malaysia tembusi pasaran global, anjur sidang kemuncak serantau perkukuh ekosistem Startup ASEAN. |
|
Program TV tempatan pun kena ikut perjanjian ART Amerika Syarikat .. - Mgazette - 29/10 2:46 pm # Program TV tempatan pun kena ikut perjanjian ART Amerika Syarikat - Kadir Jasin KUALA LUMPUR Wartawan veteran, Datuk A |
|
47 Juta Pelancong Dengan Pendapatan RM160 Bilion, Semua Dapat Manfaat .. - Mgazette - 29/10 2:46 pm # 47 Juta Pelancong Dengan Pendapatan RM160 Bilion, Semua Dapat Manfaat - Nga Kor Ming Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bercakap pada sidang media selepas selesai pelancaran pada Majlis Pra-Pelancaran dan Sidang Media Projek I LITE U di Dadi Cinema, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. |
|
Polis tak tolak kemungkinan permainan Roblox pengaruhi budak 9 tahun .. - Mgazette - 29/10 2:46 pm # Polis tak tolak kemungkinan permainan Roblox pengaruhi budak 9 tahun kelar, tikam adiknya JOHOR BAHRU - Polis tidak menolak kemungkinan permainan dalam talian yang popular dalam kalangan kanak-kanak, Roblox mempengaruhi kejadian seorang kanak-kanak lelaki dikelar di Batu Pahat |
|
Saya sedang kaji perjanjian tarif sebelum buka mulut ??? Rafizi Saya .. - Mgazette - 29/10 2:46 pm Terdahulu, Hassan pada sidang Dewan Rakyat semalam berkata, komitmen yang dibuat Malaysia di bawah perjanjian perdagangan yang baru ditandatangani dengan AS yang mana negara ini seolah-olah perlu membeli barangan AS berjumlah lebih RM1 trilion. Pada Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memeterai Perjanjian Perdagangan Timbal Balik AS-Malaysia yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di sini |
|
Trump joget promosi spontan Tahun Melawat Malaysia 2026 - Kosmo - 29/10 2:30 pm PETALING JAYA – Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara tidak langsung mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) |
|
'Kejayaan anjur sidang kemuncak Asean tonjolkan M'sia kuasa diplomasi global'' - Mkini - 29/10 2:26 pm Menteri Komunikasi berkata sidang kemuncak tiga hari itu diadakan dalam suasana geopolitik dan ekonomi dunia yang mencabar. |
|
Malaysia labuh tirai Kepengerusian ASEAN dengan penuh kejayaan - Kosmo - 29/10 2:08 pm PETALING JAYA – Malaysia melabuh tirai Kepengerusian ASEAN dengan penuh kejayaan, semangat perpaduan dan kebersamaan serantau. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 malah diteruskan dengan pelbagai agenda penting melibatkan seluruh negara anggota |
|
Berita Terkini ASEAN25: PM Timor-Leste pemimpin terakhir berlepas pulang - Astroawani - 29/10 2:00 pm Gusmao menerima penghormatan rasmi sebelum berlepas pulang dan menjadi ketua negara terakhir meninggalkan Malaysia selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. |
|
ASEAN25: PM Timor-Leste pemimpin terakhir berlepas pulang - Astroawani - 29/10 2:00 pm Gusmao menerima penghormatan rasmi sebelum berlepas pulang dan menjadi ketua negara terakhir meninggalkan Malaysia selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. |
|
AS perketat peraturan import dan jualan peralatan telekomunikasi China - Utusan - 29/10 1:30 pm WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memperketatkan lagi peraturan berkaitan import, pemasaran dan penjualan peralatan telekomunikasi baharu dari China, langkah yang dijangka menambah lagi ketegangan dalam hubungan dua hala menjelang sidang kemuncak antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara pada minggu ini |
|
Tanpa senjata, RM1 trilion ekonomi kita diserah ke Trump - Harakahdaily - 29/10 12:12 am KUALA LUMPUR: Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menzahirkan dukacita terhadap tindakan kerajaan menyerahkan kekayaan dan kepentingan ekonomi negara kepada Amerika Syarikat (AS) susulan lawatan Presiden Donald Trump ke Malaysia selama dua hari baru-baru ini. Beliau berkata, meskipun Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur berjaya menghimpunkan ramai pemimpin dunia, termasuk Presiden AS, namun hasilnya […] The post Tanpa senjata, RM1 trilion ekonomi kita diserah ke Trump appeared first on Harakahdaily . |
|
Bangga prestasi pemain berdepan JDT - Sinarharian - 29/10 9:42 am Pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan kesebelasan anak buahnya biapun pasukan tersebut gagal mara ke separuh akhir Piala FA musim ini setelah tewas 0-3 (1-5 secara agregat) kepada Johor Darul Tazim,Katanya, kesemua pemain telah mempamerkan peningkatan dalam aspek taktikal permainan bagi berdepan cabaran sukar menentang juara bertahan itu."Kami bermula agak baik, tapi selepas minit ke-30 macam fokus sedikit hilang dan kami dihukum dengan tiga jaringan mudah dalam tempoh lebih kurang lima minit dan untuk bangkit semula dalam tempoh itu memang agak sukar," katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.Bagaimanapun Wan Rohami berkata, pada separuh masa kedua, pemain kelihatan kembali fokus dan dilihat benar-benar menikmati permainan bola sepak."Semua tahu JDT berada di tahap yang berbeza |
|
Isu perdaganagan Malaysia-AS: Kerajaan perlu adakan taklimat khas - Puad Zarkashi - Sinarharian - 29/10 9:23 am Hassan Karim buat dakwaan di Parlimen, Malaysia perlu bayar RM1 Trillion untuk membeli barangan Amerika."Benarkah? PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu buat sesi Taklimat Khas sama seperti yang dibuat apabila menjelaskan isu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di mana Kerajaan Pusat perlu bayar 40 peratus hasil cukai kepada Sabah. Setidak tidaknya Tengku Zafrul kena jawab segera," katanya menerusi Facebook pada Rabu.Pada Selasa, Hassan Karim dilaporkan menzahirkan kekesalan terhadap tindakan kerajaan yang didakwa menandatangani perjanjian berhubung Jual Beli (SPA) gas asli cecair (LNG) dengan Amerika Syarikat (AS) semasa lawatan Presiden AS Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN. |
|
Disiplin, keserasian pacu kemenangan JDT - Munoz - Sinarharian - 29/10 9:06 am PENGENDALI Johor Darul Tazim (JDT), Xisco Muoz menyifatkan disiplin dan keserasian pasukan menjadi antara faktor utama kemenangan Harimau Selatan menewaskan Penang FC 3-0 (aggregat 5-1), pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.Menurutnya, walaupun menurunkan barisan berbeza berbanding perlawanan sebelum ini, kesemua pemain tetap mempamerkan aksi bertenaga dan menunjukkan kefahaman taktikal yang baik untuk memastikan slot ke separuh akhir menjadi milik mereka."Kita baru beraksi dua hari lalu, dan hari ini (Selasa), saya gunakan kesebelasan berbeza |
|
Kapsyen satu titik Anwar seusai sidang kemuncak ASEAN melabuhkan tirai jadi perhatian - Harapandaily - 29/10 9:00 am Hanya satu titik. Kapsyen ringkas dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook malam tadi seusai penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menjadi perhatian ramai |
|
Sidang Kemuncak Asean ke-47 perkukuh keselamatan serantau - FMT - 29/10 8:30 am Kepimpinan Malaysia di pentas Asean 2025 menegaskan mesej jelas kepada dunia iaitu keamanan sejati hanya dapat dicapai apabila prinsip, keadilan dan kemanusiaan dijadikan landasan utama. |
|
PM Anwar zahir penghargaan atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 PM Anwar zahir penghargaan atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 - SUN - 29/10 7:33 am |
|
Trump pendengar yang baik, penuh sopan tolak pandangan berbeza – .. - Mgazette - 29/10 7:32 am # Trump pendengar yang baik, penuh sopan tolak pandangan berbeza - Anwar KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump seorang pendengar yang baik selepas melalui pengalaman menaiki kenderaan bersama dari KLIA ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 |
|
J/Kuasa Khas Parlimen anjur sesi pendengaran Perjanjian Malaysia-AS 12 Nov - Mgazette - 29/10 7:32 am # J/Kuasa Khas Parlimen anjur sesi pendengaran Perjanjian Malaysia-AS 12 Nov KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa akan mengadakan sesi pendengaran bagi meneliti Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang baharu dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada 12 November ini |
|
Kita berunding bukan menyerah, Anwar pertahan keputusan jemput Trump Kita .. - Mgazette - 29/10 7:32 am # Kita berunding bukan menyerah, Anwar pertahan keputusan jemput Trump KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan keputusan Malaysia menjemput Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dengan menegaskan langkah itu mencerminkan dasar luar Malaysia yang sederhana, terbuka dan berprinsip |
|
Trump datang, kita serah kekayaan! Hassan gempur kerajaan isu LNG - Mgazette - 29/10 7:32 am # Trump datang, kita serah kekayaan! Hassan gempur kerajaan isu LNG KUALA LUMPUR Seorang ahli parlimen di blok kerajaan menzahirkan kekesalan terhadap tindakan Putrajaya yang menandatangani perjanjian berhubung Jual Beli (SPA) gas asli cecair (LNG) dengan Amerika Syarikat (AS) semasa Presiden negara itu hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN, di ibu negara kelmarin |
|
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 labuh tirai, Malaysia serah kepengerusian .. - Mgazette - 29/10 7:32 am # Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 labuh tirai, Malaysia serah kepengerusian kepada Filipina KUALA LUMPUR Malaysia melahirkan keyakinan ASEAN akan terus memainkan peranan dengan jelas dan terpimpin di bawah kepengerusian Filipina pada tahun depan |
|
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 jana hasil positif - Jurucakap Kementerian Luar China - Astroawani - 29/10 7:10 am China melihat Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan telah menjana hasil yang positif, kata jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |