![]() |
/// |
|
Search : Komunikasi News | Page 1 |
Jabatan Penyiaran nafi RTM Sabah lantik bukan warga tempatan jadi pengarah .. - Mgazette - 31/07 10:56 am Jabatan itu berkata, tuduhan tersebut dibuat oleh seorang penggiat seni tempatan Sabah iaitu Jestie Alexius menerusi akaun media sosial miliknya sejak 5 Julai 2025. Malah, RTM Sabah menegaskan tidak terbabit dalam pemberian sebarang dana kepada Sehubungan itu, RTM Sabah telah membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung kes ini untuk siasatan dan tindakan selanjutnya |
Fadhli mungkin ada masalah mental label orang binatang – Abbas - Mgazette - 31/07 10:56 am # Fadhli mungkin ada masalah mental label orang binatang - Abbas SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan perbuatan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari sebagai tidak berakhlak dan mungkin mempunyai masalah mental susulan hantaran karikatur sindiriannya di media sosialnya baru-baru ini. Pengarah Komunikasi parti itu, Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi berkata, ahli Parlimen mewakili Pas tidak sepatutnya membuat kenyataan dengan karikatur seolah-olah menggambarkan dan menyamakan seseorang individua sebagai binatang |
Tindakan tegas perlu dibuat bagi jaga nama baik PM – Murad - Mgazette - 31/07 10:56 am Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Gudang, Murad Jailani mendesak siasatan dilakukan bawah peruntukan undang-undang yang sesuai terhadap kenyataan wakil rakyat Pas itu yang bersifat penghinaan. Boleh disiasat bawah Akta Hasutan 1948 termasuk Kanun Keseksaan atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap kenyataan tersebut |
PM bentang RMK13 tengah hari ini - Sinarharian - 31/07 7:00 am SHAH ALAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada jam 12 tengah hari ini di Dewan Rakyat.Menurut Anwar, RMK13 akan membawa natijah terbaik kepada rakyat serta meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia melangkah ke dekad yang lebih gemilang."Ayuh kita lakar semula pembangunan negara, berpaksikan rakyat dan berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kemanusiaan."Diharapkan kita berupaya menggapai langit, namun tetap teguh mengakar ke bumi," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah menerima penyerahan rasmi dokumen RMK13, menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.Jelas beliau, RMK13 disusun sebagai pelan pembangunan menyeluruh dengan fokus kepada pengangkatan martabat rakyat secara adil dan saksama tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan."Penyediaannya melibatkan sesi libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah."Ini termasuk kerajaan-kerajaan negeri, demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara."Insya-ALLAH saya akan membentangkan usul RMK13 di Dewan Rakyat esok (hari ini)," ujarnya.Anwar turut menyatakan bahawa Kerajaan Madani mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua ahli Parlimen demi memperkukuh dasar serta hala tuju yang digariskan.Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, RMK13 akan memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pendapatan negara dan rakyat, selari dengan kerangka Ekonomi Madani.Ujarnya, prinsip utama yang mendasari RMK13 ialah konsep 'raising the ceiling and raising the floor' iaitu strategi jangka sederhana lima tahun untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat."Kita juga akan memberi fokus kepada beberapa sektor dan industri yang menjana serta menambah nilai ekonomi |
Saya Jaga Jarak, Biar Semua Tenang Dulu Diana Danielle Akui Elak Berkomunikasi Dengan Farid Kamil Lepas Bercerai - Murai - 30/07 10:30 pm Pelakon jelita Diana Danielle mengakui bahawa dia kini memilih untuk menjaga jarak dari segi komunikasi dengan bekas suaminya, aktor Farid Kamil, selepas mereka sah bercerai pada Mac lalu |
Ahmad Fadhli wajar dikenakan tindakan - Pemuda Amanah Kedah - Sinarharian - 30/07 4:55 pm ALOR SETAR - Pemuda Amanah Kedah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung satu hantaran kartun berunsur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook rasminya baru-baru ini.Ketuanya, Muain Ahmad Shukri berkata, perbuatan tersebut memperlihatkan unsur kebiadaban politik yang melampau selain membentuk satu trend berbahaya yang dibimbangi menjejaskan kestabilan politik dan imej negara di peringkat global.Menurutnya, kebebasan bersuara tidak wajar disalah guna untuk menghina pemimpin negara, apatah lagi dalam isu melibatkan hubungan diplomatik yang sensitif."Politik ada batasnya. Kebebasan bersuara tidak bererti bebas menghina," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Rabu.Menurut Muain, hantaran tersebut bukan sahaja menyemai kebencian awam, malah berpotensi mencetuskan ketegangan politik serta menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa."Saya mohon agar siasatan segera dijalankan terhadap hantaran karikatur tersebut yang memaparkan watak seperti monyet, kambing dan biri-biri, di samping gambar letupan, dipercayai satu sindiran sinis terhadap peranan Perdana Menteri dalam usaha mendamaikan ketegangan antara Thailand dan Kemboja," katanya.Tambah Muain, tindakan Ahmad Fadhli itu juga disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan, memandangkan kedudukan beliau sebagai Ketua Penerangan Pas dan seorang wakil rakyat."Hantaran berkenaan memperlekehkan maruah Perdana Menteri, meremehkan usaha diplomatik negara dan mencerminkan politik toksik yang menjurus kepada penghinaan terhadap institusi kepimpinan."Tindakan sebegini bukan sahaja mencabar batas kesopanan berpolitik, malah mampu menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN sekiranya imej pemimpin negara dijadikan bahan ejekan secara terbuka," tegasnya.Beliau turut menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, antaranya bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkaitan penyebaran kandungan jelik dan menghina."Kami gesa polis siasat hantaran tersebut bawah peruntukan undang-undang yang bersesuaian, ini termasuk Akta Hasutan 1948 sekiranya terdapat unsur yang menghasut rakyat membenci kerajaan."Siasatan juga boleh dilakukan bawah Kod Etika Wakil Rakyat dan Peraturan Mesyuarat Parlimen, atas dakwaan memburukkan imej negara secara terbuka |
Kenapa tak bising bila firma teknologi kumpul data, soal Fahmi - FMT - 30/07 4:46 pm Menteri komunikasi itu persoal sikap dwistandard pihak yang mengkritik dasar berkaitan perkongsian data mudah alih dengan agensi kerajaan. |
RMK13 fokus tingkatkan pendapatan negara dan rakyat - Fahmi - Sinarharian - 30/07 4:39 pm KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok bakal memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pendapatan negara dan rakyat selari dengan kerangka Ekonomi MADANI.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, prinsip utama yang mendasari RMK13 adalah konsep raising the ceiling and raising the floor iaitu strategi jangka sederhana lima tahun untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat."Kita juga akan memberi fokus kepada beberapa sektor, industri-industri yang tambah nilai dan juga mencipta nilai dan fokusnya adalah kepada penghiliran serta sektor hiliran |
Satira karikatur haiwan: Pemuda Amanah NS cadang tarik kerakyatan Ahmad Fadhli - Sinarharian - 30/07 4:16 pm SEREMBAN - Pemuda Amanah Negeri Sembilan mencadangkan supaya taraf kerakyatan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ditarik susulan tindakannya yang memperlekehkan usaha Perdana Menteri mendamaikan konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja.Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Mohd Hanis Alimin berkata, sebagai seorang pemimpin daripada parti yang membawa imej Islam, tidak sepatutnya beliau bersikap sedemikian."Di mana sifat kemanusiaan dia? Dia membawa imej Islam dan ahli Parlimen sedangkan ramai terbunuh disebabkan konflik itu yang majoritinya adalah orang awam yang tidak berdosa."Kalaulah dunia percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan konflik ini, kenapa dia memperlekehkan dan menyamakan usaha ini sebagai usaha binatang?" katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada Rabu.Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Zainal Lufti Zainal Fitry pula berkata, tindakan Ahmad Fadhli yang memuat naik lukisan kartun berunsur sindiran terhadap usaha Perdana Menteri itu dibimbangi boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan kedua-dua negara jiran itu.Ujar beliau, Ahmad Fadhli sepatutnya berbangga dengan peranan Perdana Menteri dalam usaha perdamaian berkenaan."Kita sepatutnya berasa bangga apabila Perdana Menteri diberi kepercayaan menyelesaikan konflik peperangan antara dua negara jiran yang dekat dengan kita."Tapi sebaliknya Ahmad Fadhli yang berstatus Ahli Parlimen pula memperlekehkan usaha tersebut dengan memuat naik lukisan kartun haiwan di media sosial seolah-olah Malaysia mendamaikan konflik antara binatang."Kita risau tindakannya itu boleh menjejaskan Malaysia atau mungkin menjadi isu diplomatik," katanya.Sehubungan itu, ujarnya, Pemuda Amanah Negeri Sembilan berharap tindakan undang-undang dapat dikenakan terhadap Ahli Parlimen terbabit.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu memuat naik gambaran tiga watak haiwan iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang sementara monyet sebagai hakim di media sosialnya.Dalam hantaran tersebut, beliau menyatakan bahawa kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang, serta turut meletakkan artikel berhubung pergolakan Thailand-Kemboja di sebelah gambar berkenaan.Bagaimanapun beliau telah pun memadamkan hantaran berkenaan. |
Apabila wajah Anwar tenang, melegakan saya... - Msomelayu - 30/07 1:39 pm Bayangkan tiga orang menteri dan seorang menteri besar menjadi tetamu khas. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadhil dan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari |
Jangan tertipu taktik jahat guna nama SARA, STR - MYDIN - Sinarharian - 30/07 10:30 am SHAH ALAM Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang menggunakan nama bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat individu tidak bertanggungjawab menyamar sebagai wakil pihak berkuasa atau syarikat tertentu termasuk menyalahgunakan nama peruncit seperti MYDIN untuk menipu orang awam."Penipuan itu biasanya berlaku menerusi mesej atau pautan palsu yang dihantar melalui aplikasi komunikasi peribadi seperti WhatsApp, SMS atau media sosial."Saya ingin menegaskan bahawa tiada pasar raya atau peruncit yang terlibat secara langsung dalam pengagihan STR melalui mana-mana platform komunikasi peribadi," katanya dalam satu kenyataan.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi atau perbankan kepada mana-mana individu tidak dikenali dan tidak klik sebarang pautan mencurigakan yang menjanjikan bantuan tunai."Semak kesahihan maklumat melalui saluran rasmi seperti laman web Kementerian Kewangan di https://bantuantunai.hasil.gov.my," ujarnya.Ameer yang juga Penasihat Persatuan Peruncitan Bumiputera itu turut menyeru orang ramai supaya peka dan tidak mudah percaya dengan sebarang mesej yang meragukan."MYDIN kekal komited menyokong usaha kerajaan dalam membantu rakyat, namun pada masa sama masyarakat perlu dilindungi daripada menjadi mangsa penipuan," tegasnya |
Reruai MAIS tarik perhatian pengunjung karnival - Sinarharian - 30/07 9:00 am SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus memperhebat promosi dan publisiti perkhidmatannya agar lebih ramai masyarakat mengetahui serta memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS, Noormala Mohd Saad berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi penyertaan dalam program berskala besar yang mendekatkan MAIS dengan masyarakat.Menurutnya, MAIS menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan harta termasuk hibah dan wasiat, harta pusaka, wang tidak patuh syariah, harta luqatah, fidyah dan sebagainya |
RUU IRS2025: Tiada campur tangan mahkamah asing dalam urusan kehakiman .. - Mgazette - 30/07 7:36 am Selain itu, katanya, RUU itu menetapkan bahawa prosiding asing tidak diiktiraf secara automatik, sebaliknya tertakluk kepada syarat undang-undang dan perintah mahkamah. Prinsip penyelarasan dan kerjasama hanya terpakai dalam konteks komunikasi rasmi antara mahkamah atau pentadbir, yang tetap dikawal dan diadili menurut kerangka perundangan Malaysia |
Gencatan senjata: PAT ketuai delegasi ke Thailand, Kemboja untuk rundingan .. - Mgazette - 30/07 7:36 am # Gencatan senjata: PAT ketuai delegasi ke Thailand, Kemboja untuk rundingan diplomatik KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mengetuai delegasi ke Thailand dan Kemboja bagi menjalankan rundingan diplomatik dengan kedua-dua negara terbabit. Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, meskipun perjanjian gencatan senjata telah dikuatkuasakan semalam, beberapa insiden pertempuran kecil dilaporkan berlaku sejurus selepas pelaksanaannya |
Wanita ditahan cuba seludup siamang, beruk ke India - Mgazette - 30/07 7:36 am # Wanita ditahan cuba seludup siamang, beruk ke India KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan ditahan bersama beberapa ekor haiwan eksotik yang cuba diseludup keluar dari negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Unit Komunikasi Korporat, Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, wanita itu ditahan pukul 9.10 malam bersama spesies hidupan liar itu yang disembunyikan di dalam bagasi |
Mesyuarat khas bincang penambahbaikan liputan telekomunikasi di lebuh raya - SUN - 29/07 10:47 pm KUALA LUMPUR : Satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan usaha menambah baik liputan telekomunikasi dan Internet di lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi |
Malaysia Indonesia capai 4 MoU penting dalam rundingan tahunan ke-13 - SUN - 29/07 10:40 pm Kerjasama kesihatan 3. Pertukaran maklumat dan komunikasi 4 |
Polis lengkapkan siasatan dakwaan fitnah libatkan artis lelaki - SUN - 29/07 10:33 pm Beliau berkata laporan itu dibuat selepas individu berkenaan tidak berpuas hati dengan satu hantaran dimuat naik oleh pemilik akaun di aplikasi berkenaan yang didakwa mengandungi unsur fitnah, provokasi dan hasutan serta disebarkan kepada umum. Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 |
Faizal Azumu persoal penahanan Furqan di bawah Akta Hasutan - Sinarharian - 29/07 10:05 pm SHAH ALAM Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempersoal penahanan Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak, Furqan Hakimi susulan penglibatannya dalam Himpunan Turun Anwar baru-baru ini.Menurutnya, pemimpin muda terbabit ditahan polis di Ipoh, Perak pada petang Selasa sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak turut meluahkan rasa hairan terhadap penggunaan Akta Hasutan dalam kes berkenaan, sekali gus menyifatkan tindakan tersebut sebagai bercanggah dengan pendirian pernah dikeluarkan pemimpin parti politik tertentu."Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak telah ditahan polis di Ipoh petang tadi dan telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur. Apa sebabnya? Ditahan dibawah Akta Hasutan."Bukankah pimpinan negara dan konco-konconya dalam DAP mahu hapuskan Akta Hasutan ini? Apa sudah jadi? Cakap lain, buat lain," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum itu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Perak mengecam tindakan pihak berkuasa yang menahan Furqan.Penahanan pemimpin muda kira-kira jam 5 petang Selasa itu dipercayai dibuat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Ketua Armada Bersatu Perak, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin menyifatkan tindakan tersebut sebagai penyalahgunaan undang-undang drakonian yang menindas suara rakyat, khususnya golongan muda yang berani menyuarakan pandangan.Pada 26 Julai lalu Himpunan Turun Anwar dianjurkan di ibu negara sebagai bentuk bantahan terhadap pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan penyertaan daripada beberapa parti pembangkang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). |
Farid Kamil Dedah Setahun Tak Berhubung Dengan Diana Danielle - Murai - 29/07 9:30 pm Pelakon Farid Kamil, 44, mengakui bahawa dia dan bekas isteri, Diana Danielle, sudah tidak lagi berhubung sejak hampir setahun lalu walaupun mereka hanya bercerai secara rasmi pada 24 Mac lalu. Sebaliknya, komunikasi yang wujud kini hanya terjalin antara Farid dengan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, yang berada di bawah jagaan Diana |
Armada Perak kecam penahanan Furqan - Sinarharian - 29/07 8:46 pm IPOH Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengecam tindakan pihak berkuasa yang menahan Setiausaha Kerja sayap itu, Furqan Hakimi pada Selasa susulan penglibatannya dalam Himpunan Turun Anwar yang diadakan 26 Julai lalu.Penahanan Furqan kira-kira jam 5 petang itu dipercayai dibuat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Ketua Armada Bersatu Perak, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin menyifatkan tindakan tersebut sebagai penyalahgunaan undang-undang drakonian yang menindas suara rakyat, khususnya golongan muda yang berani menyuarakan pandangan."Tindakan ini jelas satu bentuk intimidasi terhadap rakyat yang bersuara, meskipun hak mereka dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan."Ia bukan sahaja kezaliman terhadap Saudara Furqan, tetapi juga cubaan untuk membungkam gelombang kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman dan kepincangan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.Syed Lukman Hakim berkata, Armada Bersatu Perak berdiri teguh bersama Furqan serta semua individu yang didakwa menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa.Beliau turut menegaskan bahawa penahanan itu tidak akan melemahkan semangat perjuangan mereka dalam menegakkan keadilan dan menolak penindasan.Katanya, Armada Bersatu Perak akan terus memperjuangkan kebebasan bersuara dan menolak sekeras-kerasnya penggunaan undang-undang lapuk yang bertentangan dengan semangat demokrasi.Menurutnya, satu himpunan solidariti dijadual diadakan pada malam ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi oleh pemuda PN sebagai tanda sokongan terhadap penahanan Furqan.Terdahulu, Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan Furqan telah ditahan polis di Ipoh petang tadi dan telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.Pada 26 Julai lalu Himpunan Turun Anwar dianjurkan di ibu negara sebagai bentuk bantahan terhadap pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan penyertaan daripada beberapa parti pembangkang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). |
Malaysia, Indonesia capai persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13 - Sinarharian - 29/07 7:15 pm JAKARTA - Malaysia dan Indonesia mencapai beberapa persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13 yang berlangsung di Jakarta termasuk isu sempadan, peluasan kerjasama ekonomi serta usaha mempercepat pelaksanaan projek tenaga baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata antara pencapaian utama rundingan berkenaan ialah pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi isu sempadan termasuk Pulau Sebatik serta kesihatan, maklumat dan komunikasi serta tadbir urus internet."Kami menyentuh pelbagai isu penting termasuk sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion, kerjasama pelaburan di Ibu Kota Nusantara (IKN), serta kemudahan akses rentas sempadan yang lebih lancar di Entikong," kata beliau pada sidang akhbar selepas rundingan berkenaan di sini hari ini.Anwar berkata, pelaburan Malaysia dalam sektor-sektor strategik di Indonesia berteraskan semangat tulen untuk memperkukuh kesejahteraan serantau.Perdana Menteri berkata, hasrat Malaysia ialah untuk menjadi rakan pembangunan yang jujur dan amanah dalam pelbagai bidang, termasuk tenaga boleh baharu dengan Sarawak sebagai hab eksport infrastruktur, perumahan, pendidikan dan teknologi.Mengenai isu sempadan laut di Laut Sulawesi, Anwar berkata, perbincangan dijalankan berasaskan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS), serta kepentingan kedua-dua negara."Semangat kita ialah untuk menjaga kepentingan masing-masing sambil menghormati garis sempadan yang ditetapkan mengikut undang-undang antarabangsa |
Chegubard direman kes sebat patung mirip PM - Sinarharian - 29/07 5:23 pm KUALA LUMPUR - Aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard direman sehari bagi membantu siasatan berkaitan Himpunan Turun Anwar pada Sabtu lalu.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan, Chegubard yang ditahan pada pukul 2.30 petang Isnin dijangka akan dibebaskan pada Selasa."Polis memohon reman selama empat hari namun ditolak dan Chegubard dibenarkan direman selama sehari sehingga hari ini."Beliau dijangka dibebaskan pada 5 petang di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Pada Isnin media melaporkan, polis menahan dua individu termasuk Chegubard dipercayai membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Himpunan Turun Anwar pada Sabtu lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap peserta himpunan terbabit yang perbuatan mereka dirakam dan dimuat baik dalam media sosial oleh pihak tertentu.Beliau dilaporkan, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.Dua tangkapan dilakukan ke atas dua lelaki warga tempatan berusia 21 dan 47 tahun.Polis turut merampas peralatan komunikasi dipercayai digunakan untuk memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden itu. |
Hormati usaha diplomatik dilakukan PM - Nie Ching - Sinarharian - 29/07 4:48 pm PETALING JAYA - Inisiatif diplomatik yang dimainkan oleh Malaysia dalam usaha menangani konflik Kemboja dan Thailand harus dihormati semua pihak tanpa mengira perbezaan fahaman politik, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.Beliau berkata, usaha Malaysia sehingga membawa kepada gencatan senjata antara kedua-dua negara tidak seharusnya dijadikan bahan ejekan atau dipersenda oleh mana-mana pihak termasuk pemimpin politik."Saya rasa walaupun ada perbezaan politik, tidak ada pemimpin yang wajar mempersendakan perkara ini kerana walaupun saya faham dalam politik, kalau datang daripada pembangkang, memanglah banyak kritikan terhadap kerajaan dan pemimpin daripada kerajaan."Tetapi jangan persendakan perkara ini, perkara yang serius ini berlaku di negara ASEAN, ada nyawa yang terkorban, jangan persendakan dan jangan memperlekehkan pemimpin-pemimpin negara lain juga," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Pertukaran Kerjasama Teknologi dan Perdagangan Malaysia-China 2025 di sini pada Selasa.Nie Ching berkata, peranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand wajar dibanggakan rakyat Malaysia.Beliau berkata, Perdana Menteri menggunakan sepenuhnya peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk menganjurkan pertemuan penting itu yang membawa kepada gencatan senjata antara Bangkok dan Phnom Penh."Saya rasa sebagai warganegara Malaysia, kita harus rasa bangga dengan apa yang Perdana Menteri telah capai sebagai seorang pemimpin negara serta Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN."Saya rasa beliau benar-benar telah melakukannya dengan sangat baik, bukan sahaja untuk Thailand dan Kemboja tetapi juga untuk seluruh ASEAN," katanya.Semalam, Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikai hasil mesyuarat khas dipengerusikan beliau di Putrajaya.Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat berkenaan |
Polis sedang lengkap kertas siasatan kes artis lelaki popular dakwa difitnah - Sinarharian - 29/07 4:16 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes pelakon dan penyanyi terkenal berhubung satu hantaran fitnah dan berunsur provokatif yang didakwa dimuat naik di platform media sosial 'Threads'.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) setelah siasatan lengkap."Kita telah merakam keterangan empat saksi termasuk pelakon dan penyanyi lelaki. Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat."Kita (polis) serah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun media sosial 'Threads' yang membuat hantaran fitnah dan berunsur provokatif itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Selasa.Sebelum ini, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, polis menerima laporan dibuat artis lelaki terbabit jam 4.12 petang pada 18 Julai lalu.Menurutnya, laporan polis itu dibuat susulan artis itu tidak berpuas hati berhubung hantaran dibuat pemilik akaun aplikasi 'Threads'yang didakwa mengandungi unsur fitnah, provokasi dan hasutan yang disebarkan secara umum.Kes dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. |
1,443 kandungan jelik libatkan kanak-kanak diturunkan setakat 15 Julai - Fahmi - Astroawani - 29/07 4:00 pm Tindakan susulan pelanggaran terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh penyedia platform. |
Guna OnSA hujung tahun ini bendung deepfake – Fahmi - Mgazette - 29/07 3:35 pm # Guna OnSA hujung tahun ini bendung deepfake - Fahmi KUALA LUMPUR Akta Keselamatan Dalam Talian atau OnSA yang bakal dikuatkuasakan hujung tahun ini diharap dapat mengekang penyalahgunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) termasuk Deepfake bagi tujuan jenayah. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengakui meskipun AI menjadi dasar negara namun penghasilan video atau gambar dengan memalsukan wajah seseorang dengan menyebarkan maklumat palsu merupakan satu cabaran |
Visa palsu: 4 sekeluarga warga Afghanistan dilarang masuk ke Malaysia - Mgazette - 29/07 3:35 pm Mereka merupakan antara 132 warga asing yang diperiksa dalam operasi pemantauan dan saringan dokumen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijalankan oleh Unit Pemantau KLIA Terminal 1. Menurut Unit Komunikasi Korporat AKPS, empat sekeluarga berkenaan terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita dewasa dikesan berlegar-legar tanpa hala tuju di kawasan terminal KLIA, sekali gus mencetuskan kecurigaan Pasukan Unit Pemantau |
PDRM-SKMM sekat ratusan laman web, iklan pornografi kanak-kanak - Mgazette - 29/07 3:35 pm Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya mengambil tindakan tegas dan menyeluruh secara berterusan untuk membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan operasi bersepadu terhadap kes-kes melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak secara dalam talian |
Apa dosa Anwar sehingga dihina sebegitu rupa? – Aminolhuda - Mgazette - 29/07 3:35 pm Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penahanan dua lelaki berusia 21 dan 47 tahun itu dibuat kelmarin. Menurutnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Kecil 1955.- MalaysiaGazette |
Pembentukan Modal Tetap Kasar Malaysia lonjak kepada RM352.3 bilion pada 2024 - DOSM - Sinarharian - 29/07 3:14 pm KUALA LUMPUR - Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu 12 peratus kepada RM352.3 bilion pada harga malar bagi 2024 daripada RM314.5 bilion yang dicatatkan pada 2023.Pertumbuhan itu dipacu oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh serta pertumbuhan pelaburan domestik berterusan.Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, semua sektor menunjukkan pembentukan modal lebih kukuh pada 2024 terutamanya bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan."Pelaburan dalam aset tetap yang tinggi bagi sektor perkhidmatan didorong oleh subsektor pengangkutan dan penyimpanan, maklumat dan komunikasi serta kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan masing-masing meningkat 16.4 peratus serta 13.6 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Selain itu, katanya, sektor pembuatan berkembang 11.8 peratus (2023: 5.4 peratus) diterajui oleh pembentukan modal tetap yang kukuh dalam subsektor produk elektrik, elektronik dan optikal serta peralatan pengangkutan (2024: 15.6 peratus; 2023: 6.5 peratus) diikuti oleh produk petroleum, kimia, getah dan plastik (2024: 10.4 peratus; 2023: 4.5 peratus).Sementara itu, menurut Mohd Uzir, subsektor makanan, minuman dan tembakau juga meningkat 10.1 peratus manakala perlombongan dan pengkuarian tumbuh 2.4 peratus, pertanian meningkat 3.1 peratus dan pembinaan meningkat kepada 4.6 peratus.Melihat kepada pembentukan modal mengikut jenis aset, struktur kekal sebagai komponen terbesar yang menyumbang 51.5 peratus (2023: 50.1 peratus) daripada keseluruhan PMTK, melonjak 15.3 peratus pada 2024 daripada tahun sebelumnya."Selain itu, peralatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta jentera dan peralatan lain turut mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu 14.8 peratus diikuti oleh produk harta intelek yang berkembang 3.1 peratus pada 2024," katanya.Kata Mohd Uzir, PMTK bagi mengikut sektor pula, sektor swasta terus menjadi peneraju utama dengan sumbangan sebanyak 77.4 peratus, berkembang 12.3 peratus daripada tahun sebelumnya.Selain itu, jelasnya, pertumbuhan pelaburan sektor awam juga menunjukkan aliran peningkatan yang sama dengan merekodkan pertumbuhan 11.1 peratus daripada 8.5 peratus pada 2023 (sumbangan: 22.6 peratus)."Aktiviti perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi pemacu utama kepada PMTK sektor swasta |
JENDELA fasa dua dilancar September 2025 - liputan 4G & 5G diperluas - SUN - 29/07 3:10 pm KUALA LUMPUR : Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa dua dijangka bermula September ini dengan pendekatan lebih fleksibel bagi mempercepat liputan Internet di seluruh negara. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata fasa ini tidak lagi bergantung sepenuhnya pada pembinaan menara konvensional, sebaliknya menggunakan kaedah hibrid seperti monopole 30 meter untuk liputan lebih pantas |
Pembentukan modal tetap kasar Malaysia lonjak 12% ke RM352.3 bilion - SUN - 29/07 3:10 pm Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, semua sektor menunjukkan pembentukan modal lebih kukuh pada 2024, terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Pelaburan dalam aset tetap yang tinggi bagi sektor perkhidmatan didorong oleh subsektor pengangkutan dan penyimpanan, maklumat dan komunikasi serta kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan masing-masing meningkat 16.4 peratus serta 13.6 peratus, katanya |
Kerajaan teliti cadangan larang kanak-kanak bawah 13 tahun miliki akaun media sosial - Sinarharian - 29/07 3:08 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi mempertimbangkan cadangan tidak membenarkan kanak-kanak berusia bawah 13 tahun untuk memiliki akaun media sosial.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, modul literasi digital pula akan diberi kepada mereka yang berumur 13 tahun ke atas supaya golongan itu memahami kerencaman maklumat sedia ada."Sekiranya ahli Yang Berhormat bertemu dengan mana-mana kumpulan pelajar bawah 13 tahun dan bertanya adakah mereka mempunyai akaun TikTok, ramai yang akan kata ya."Ini sebenarnya satu kesalahan yang diakui oleh pihak TikTok sendiri |
MCMC wajib algoritma lebih telus, 1,443 konten jelik sudah dipadam - Mkini - 29/07 2:57 pm PARLIMEN l Menteri Komunikasi berkata tindakan itu susulan pelanggaran terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta garis panduan komuniti |
Fahmi ucap takziah keluarga bekas wartawan Utusan Malaysia - SUN - 29/07 2:16 pm KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan bekas wartawan Utusan Malaysia, Nurulanuar Mansor, yang meninggal dunia semalam |
Kerajaan teliti kewajipan label AI bagi kawal maklumat palsu - SUN - 29/07 2:03 pm KUALA LUMPUR : Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti keperluan mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan atau diubah suai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) |
KSU Kementerian Komunikasi terima DGPN sempena ulang tahun keputeraan YDP Pulau Pinang - SUN - 29/07 1:38 pm GEORGE TOWN : Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib |
Akta Keselamatan Dalam Talian dijangka dilaksana hujung tahun ini - Sinarharian - 29/07 12:33 am SHAH ALAM Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) dijangka dapat diguna pakai dan dikuat kuasa pada hujung tahun ini.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jangkaan itu dibuat setelah beberapa peraturan disiapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)."Dalam masa sama SKMM sedang meneliti keperluan untuk platform media sosial meletakkan label kecerdasan buatan (AI) generated sama ada kandungan itu dihasilkan telah ditambah baik atau diolah oleh AI."Kita lihat ini boleh dilaksanakan menerusi Akta 868 atau OnSA |
Ulang tahun keputeraan Yang Dipertua Pulau Pinang: KSU Kementerian Komunikasi terima DGPN - Astroawani - 29/07 12:00 am Mohamad Fauzi Md Isa dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Datuk Seri. |
Sebat patung mirip PM perbuatan melampau - Amanah Johor - Sinarharian - 29/07 11:10 am Apatah lagi jika patung tersebut dijadikan objek penghinaan untuk disebat, dipukul dan dicaci secara terbuka."Ini adalah bentuk penghinaan simbolik yang bersifat kejam dan bertujuan menanam kebencian dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ahli Parlimen Seri Gading itu turut menegaskan Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi ruang demokrasi seluas-luasnya, termasuk membenarkan perhimpunan aman.Bagaimanapun, kebebasan itu dakwanya disalahgunakan pembangkang untuk menghasut dan mempermalukan pemimpin negara secara tidak bertamadun."Apakah dosa Perdana Menteri Ke-10 sehingga dihina sebegitu rupa? Apakah beliau terlibat dalam tragedi berdarah seperti peristiwa Memali?"Apakah beliau mencuri dana negara seperti kehilangan RM2.5 bilion di BMF Hong Kong pada era lampau? Jelas sekali, perbandingan ini jauh tersasar dan tidak berasas," katanya.Dalam pada itu, beliau mengakui teguran kepada pemimpin adalah hak rakyat, namun perlu disampaikan dengan adab, berteraskan fakta serta niat yang jujur dan bukan melalui simbol kebencian yang boleh menyemai permusuhan serta mendorong pelanggaran undang-undang."Tindakan menyebat patung mirip Perdana Menteri ini adalah cerminan budaya politik kebencian melampau dan amat bertentangan dengan nilai politik Madani yang mengangkat adab, kasih sayang dan keharmonian dalam hubungan sesama manusia."Kami berdiri teguh bersama Perdana Menteri dan menolak sekeras-kerasnya budaya politik tidak bermoral yang hanya meracuni pemikiran rakyat. Malaysia wajar menuju ke hadapan dengan politik nilai, bukan politik nista," tegasnya.Pada Isnin, polis menahan dua individu untuk siasatan kes membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri semasa Himpunan Turun Anwar.Difahamkan, dua individu itu termasuk aktivis politik, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penahanan dua lelaki berusia 21 dan 47 tahun itu dibuat pada Isnin.Menurutnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Kecil 1955. |
Implikasi jika tidak tangguh kenaikan tol, tarif elektrik baharu tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 29/07 8:57 am KUALA LUMPUR - Implikasi kepada pengguna lebuh raya sekiranya kerajaan tidak menangguhkan kenaikan kadar tol pada tahun ini seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas, antara isu yang menjadi tumpuan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus sidang Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi.Pada sesi sama, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) bertanyakan Menteri Komunikasi mengenai prosedur siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap aduan berkait kenyataan di media sosial.Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) pula meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan matlamat jadual tarif elektrik baharu dalam mencapai agenda peralihan tenaga dan kemampanan jangka panjang negara serta penjelasan dakwaan tarif baharu itu membebankan rakyat.Sementara itu, pada sesi soal jawab lisan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) bertanyakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai status semasa program Wakaf Air yang dilancarkan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.Beliau juga ingin tahu sama ada kementerian bercadang untuk memasukkan program berkenaan secara rasmi ke dalam Pelan Induk Sumber Air Negara atau Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).Turut menjadi perhatian, isu kebajikan golongan warga emas yang dibangkitkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung langkah dan usaha memperkenalkan undang-undang yang lebih menyeluruh bagi melindungi warga emas daripada pengabaian dan penderaan dalam kalangan ahli keluarga.Usai sesi berkenaan, mesyuarat Dewan Rakyat dijadual diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua antaranya Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025, RUU Perikanan (Pindaan) 2025 dan RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025.Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi persidangan Dewan Rakyat berlangsung 24 hari hingga 28 Ogos ini |
Pengantunan kanak-kanak: Pakar kongsi aplikasi media sosial perlu diawasi .. - Mgazette - 29/07 8:08 am Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, pengantunan kanak-kanak merupakan satu perilaku jenayah terhadap kanak-kanak yang disifatkan semakin menular dalam kalangan masyarakat hari ini. Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa atau penjaga melindungi serta memantau aktiviti digital dan komunikasi dalam talian anak-anak mereka |
SKMM sita peranti komunikasi tidak sah bernilai RM500,000, sebuah syarikat disiasat - Selangorkini - 28/07 9:00 pm CYBERJAYA, 28 JULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka kertas siasatan terhadap sebuah syarikat yang disyaki menjalankan aktiviti penjualan kelengkapan komunikasi tidak diperakui secara dalam talian |
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes himpunan bawa patung mirip PM - SUN - 28/07 7:52 pm Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kedua-dua individu berusia 21 dan 47 tahun itu ditahan dalam dua siri tangkapan hari ini. Peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik serta menghantar maklumat berkaitan insiden itu turut dirampas |
MCMC buka siasatan syarikat jual peranti komunikasi tidak diperakui - SUN - 28/07 7:35 pm PUTRAJAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap sebuah syarikat yang disyaki menjalankan aktiviti penjualan peranti komunikasi tidak diperakui secara dalam talian |
Insiden sebat patung serupa PM, 2 lelaki ditahan - FMT - 28/07 6:52 pm Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata peralatan komunikasi dipercayai diguna memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden turut dirampas. |
Sebat patung mirip PM: Dua individu termasuk Chegubard ditahan - Sinarharian - 28/07 6:32 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan dua individu untuk siasatan kes membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka di sini Sabtu lalu.Difahamkan, dua individu itu termasuk aktivis, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penahanan dua lelaki berusia 21 dan 47 tahun itu dibuat pada Isnin.Menurutnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Kecil 1955."Polis menyiasat berkaitan peserta himpunan pada Sabtu lepas yang membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri."Perbuatan itu telah dirakam dan dimuat naik dalam media sosial oleh pihak tertentu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, polis telah merampas peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden terbabit.Jelasnya, polis akan membuat permohonan reman terhadap dua individu itu.Tegas beliau, PDRM menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakannya sebagai alat berkecenderungan menghasut sehingga boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam."Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," ujarnya. |
Thailand, Kemboja capai persetujuan gencatan senjata serta-merta - Sinarharian - 28/07 6:09 pm Mesyuarat ini akan disusuli dengan pertemuan bersama Atase Pertahanan yang diketuai oleh Pengerusi ASEAN, sekiranya dipersetujui kedua-dua pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama selepas Mesyuarat Khas antara Thailand dan Kemboja yang berlangsung pada Isnin.Turut hadir ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.Dalam mesyuarat khas itu, Amerika Syarikat bertindak sebagai penganjur bersama manakala China hadir sebagai pemerhati.Sebelum ini, media melaporkan bahawa kerajaan Thailand mengesahkan kehadiran dalam rundingan damai serantau di Malaysia pada Isnin bagi membincangkan konflik sempadan yang semakin memuncak dengan Kemboja.Kerajaan Thailand pada Ahad turut menyatakan bahawa penyertaannya dalam rundingan tersebut adalah bagi membuka laluan kepada penyelesaian berdasarkan maklumat serta membantu memulihkan ketegangan.Pertikaian sempadan antara kedua-dua negara memuncak pada 25 Julai lalu, mengakibatkan pertempuran bersenjata di kawasan sempadan utara Kemboja.Media melaporkan bahawa pertempuran terbaharu itu telah meragut lebih 20 nyawa di pihak Thailand.Dalam masa yang sama, pihak berkuasa Kemboja memaklumkan bahawa lima anggota tentera dan lapan orang awam terkorban, manakala ribuan penduduk terpaksa dipindahkan di kedua-dua belah sempadan.Menurut Anwar, kedua-dua negara juga akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) pada 4 Ogos 2025 yang akan dihoskan oleh Kemboja."Sebagai Pengerusi ASEAN semasa, Malaysia bersedia menyelaraskan pasukan pemerhati bagi mengesahkan dan memastikan pelaksanaan gencatan senjata ini."Malaysia juga akan berunding dengan negara anggota ASEAN lain untuk turut serta dalam usaha pemerhatian ini, selaras dengan komitmen serantau dalam menyokong keamanan di lapangan," ujarnya.Anwar turut memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja telah bersetuju untuk menyambung semula komunikasi langsung antara Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri dan Menteri Pertahanan masing-masing.Tambah beliau, ketiga-tiga negara telah mengarahkan Menteri Luar Negeri dan Menteri Pertahanan mereka untuk membangunkan satu mekanisme terperinci bagi pelaksanaan, pengesahan dan pelaporan gencatan senjata."Mekanisme berkenaan akan menjadi asas kepada keamanan dan akauntabiliti yang berterusan."Mesyuarat ini membuktikan azam bersama Malaysia, Kemboja dan Thailand dalam menjunjung prinsip undang-undang antarabangsa, kewujudan bersama secara aman serta kerjasama multilateral dalam usaha mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap situasi ini," katanya. |
Armada Bersatu kecam penahanan Chegubard - Sinarharian - 28/07 5:56 pm PUTRAJAYA - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard pada Isnin.Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham berkata, penahanan tersebut membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menunaikan janji reformasi seperti yang dilaungkan semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu."Armada Bersatu mengecam keras tindakan polis yang telah menahan Chegubard di bawah Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan beberapa akta lain," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.Menurut Hilman, undang-undang yang digunakan dalam penahanan Chegubard merupakan sebahagian daripada 'akta drakonian' yang sebelum ini dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk dimansuhkan selaras dengan agenda reformasi."Apa yang berlaku ke atas Chegubard jelas menunjukkan kerajaan menggunakan akta drakonian yang dijanjikan sendiri untuk dimansuhkan oleh Pakatan Harapan," ujarnya.Tambah beliau, laungan reformasi yang bergema di ibu negara menerusi himpunan aman Refor-Mati pada Sabtu lalu adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kepimpinan negara ketika ini."Ratusan ribu rakyat telah turun menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan |
Chegubard ditahan polis - Peguam - Sinarharian - 28/07 4:53 pm KUALA LUMPUR - Aktivis politik, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di kediamannya pada Isnin bagi membantu siasatan berkenaan Himpunan Turun Anwar.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penahanan Chegubard kira-kira jam 2.30 petang."Kertas siasatan dibuka atas dakwaan empat kesalahan iaitu Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948."Temu janji antara pegawai penyiasat dan CheguBard berkenaan perkara ini telah pun ditetapkan pada hari Selasa jam 11 pagi |
Malaysia bawa isu penindasan rakyat Palestin ke Persidangan Speaker Parlimen Sedunia - Sinarharian - 28/07 4:40 pm KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan mengulangi pendirian Malaysia terhadap penindasan berterusan terhadap rakyat Palestin ketika menghadiri Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Sedunia Keenam, bermula Isnin hingga 31 Julai ini, di Palais des Nations, Geneva.Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan Johari dijadual menyampaikan ucapan dalam sesi Debat Umum bertemakan 'Dunia yang Bergolak: Kerjasama Parlimen dan Multilateralisme demi Keamanan, Keadilan dan Kemakmuran untuk Semua' pada 29 Julai.Menurut kenyataan itu, Johari akan mengangkat suara Malaysia dalam memperjuangkan sistem antarabangsa yang berteraskan undang-undang, prinsip keadilan serta institusi Parlimen yang bebas dan berdaya tahan."Beliau juga akan menegaskan pendirian Malaysia terhadap penindasan berterusan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan menyeru agar Parlimen-Parlimen dunia tidak terus membisu apabila prinsip asas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa dilanggar," menurut kenyataan itu.Persidangan anjuran bersama Inter-Parliamentary Union (IPU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menghimpunkan lebih 110 Speaker Parlimen dari seluruh dunia.Pada tahun ini, para pemimpin legislatif dijangka berinteraksi secara langsung dengan ketua-ketua organisasi antarabangsa, tokoh akademik, masyarakat sivil dan pihak media, menjadikan forum itu sebagai wadah strategik bagi menyelaras tindakan kolektif ke arah keamanan, keadilan dan kemakmuran sejagat.Dalam pada itu, Johari yang juga Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dijadual mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin legislatif dunia termasuk wakil dari Republik Islam Iran untuk membincangkan usaha memperkukuh Piagam PBB serta undang-undang antarabangsa demi menjamin keamanan dan keselamatan."Dialog antara-parlimen ini adalah platform penting untuk membina saluran komunikasi terbuka ke arah penyelesaian yang damai berlandaskan Piagam PBB."Selaku Pengerusi AIPA, Parlimen Malaysia kekal konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap kedaulatan rakyat Palestin dan akan terus membawa suara rantau ASEAN di peringkat antarabangsa sebagai blok yang mendukung keamanan dan dialog dan penyelesaian secara damai berlandaskan prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu |
Tular Video Patung Mirip PMX Dis*bat Dalam Himpunan Turun Anwar, Polis Buka Kertas Siasatan - Lobakmerah - 28/07 12:55 am Polis sedang menyiasat tindakan segelintir peserta Himpunan Turun Anwar yang membawa patung mirip Perdana Menteri dalam perhimpunan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Menurut sumber, kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
Himpunan Turun Anwar: Polis siasat patung mirip PM disebat - Sinarharian - 28/07 11:38 am KUALA LUMPUR Polis sedang menyiasat tindakan peserta Himpunan Turun Anwar yang membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri dalam perhimpunan yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu lalu.Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kes berkenaan kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Menurutnya, polis telah mengesan patung tersebut di sekitar Masjid Negara dan telah mengambil rakaman video sebagai bukti."Seperti yang kita jelaskan sebelum ini, sekiranya terdapat sebarang salah laku yang melanggar undang-undang di bawah mana-mana akta, kita akan ambil tindakan."Terdapat empat laporan diterima polis berhubung himpunan berkenaan |
Anwar lawat Indonesia hadiri rundingan tahunan pertama bersama Prabowo - Sinarharian - 27/07 7:27 pm JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Indonesia mulai Isnin bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-13 dengan Presiden Prabowo Subianto, yang merupakan sesi pertama antara kedua-dua pemimpin.Beliau akan diiringi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata, Rundingan Tahunan ini merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Indonesia, yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dan menyeluruh.Beliau berkata demikian dalam satu taklimat media di sini pada Ahad.Syed Mohamad Hasrin berkata, mesyuarat ini diadakan secara bergilir antara kedua-dua negara sejak 2006 dan mencerminkan komitmen politik yang kukuh untuk mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, kesalinghubungan, keterjaminan makanan dan pendidikan."Kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama," katanya sambil menambah satu Kenyataan Bersama akan dikeluarkan pada akhir sesi rundingan.Rundingan Tahunan terakhir diadakan pada 2017, menjadikan pertemuan kali ini sebagai peluang yang tepat untuk kedua-dua pemimpin memperteguh hubungan strategik dan meneroka bidang kerjasama baharu dalam menghadapi cabaran serantau dan global semasa.Syed Mohamad Hasrin berkata, kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran empat Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan bidang sempadan darat, kerjasama kesihatan serta teknologi maklumat dan komunikasi.Semasa lawatan itu, Perdana Menteri dijadualkan melawat Sekretariat ASEAN di Jakarta atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.Anwar turut akan menyampaikan Ucapan Dasar mengenai ASEAN dalam konteks Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025, yang menekankan komitmen berterusan Malaysia terhadap integrasi serantau dan pembinaan Komuniti ASEAN.Pada 2024, Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.Perdagangan dua hala meningkat sebanyak 4.5 peratus daripada RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion) pada 2023 kepada RM116.29 bilion (AS$25.5 bilion) pada 2024.- Bernama |
Fahmi seru rakyat sokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Mgazette - 27/07 4:16 pm # Fahmi seru rakyat sokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang MUAR - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 |
Di negara mana orang asing dapat subsidi seperti rakyat sendiri? -PM - Mgazette - 27/07 4:16 pm Ini bukan diskriminasi, tetapi dasar negara berdaulat yang menjaga rakyatnya, kata beliauketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas, di sinihari ini. Turut hadir, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil,Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar danKetua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)Julina Johan |
Himpunan Turun Anwar bukti kematangan demokrasi - Kosmo - 27/07 3:35 pm PETALING JAYA – Himpunan Turun Anwar yang berlangsung secara aman di ibu negara semalam menjadi bukti nyata kematangan demokrasi dan keterbukaan era pentadbiran Kerajaan Madani. Pengarah Komunikasi Keadilan, Adam Adli Abd Halim berkata, Kerajaan Madani telah menzahirkan ruang demokrasi yang bukan hanya dilaungkan, tetapi benar-benar dirasai |
Hak bersuara dan berhimpun dilindungi dalam demokrasi era Kerajaan MADANI - Mdateline - 27/07 2:30 pm Hak untuk berhimpun dan bersuara kini menjadi satu norma yang dihormati dan dilindungi di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, kata Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli |
Demokrasi era MADANI hormati kebebasan bersuara, hak berhimpun secara aman - Harapandaily - 27/07 1:57 pm Hak untuk berhimpun dan bersuara kini menjadi satu norma yang dihormati dan dilindungi di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, kata Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |