![]() |
/// |
|
Search : Ketua Hakim News | Page 1 |
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya Perkeso - Kosmo - 2/07 4:01 pm KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan memperdaya kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), lima tahun lalu |
Petani mengaku tidak bersalah buat komen jelik di Facebook - Kosmo - 2/07 3:58 pm SEPANG – Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komen jelik menerusi laman media sosial Facebook |
Lebih banyak bantuan kepada rakyat ??? Saarani - Mgazette - 2/07 3:56 pm LENGGONG Peningkatan ketara hasil negeri dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini membolehkan pelbagai bantuan dan inisiatif kebajikan diperluaskan |
Pemandu dan dua penumpang maut tersepit dalam pacuan empat roda - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Pemandu dan dua penumpang maut tersepit dalam pacuan empat roda KUALA LUMPUR - Tiga lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan minyak kelapa sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu, Sandakan, pada 8.40 malam, semalam |
Dua remaja ditahan lakukan aksi ‘wheelie’ - Mgazette - 2/07 3:56 pm KUANTAN - Padah melakukan aksi 'wheelie', dua pelajar berusia 14 tahun ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan petang semalam |
Lubang kabel terbuka, bongkar kegiatan curi empat lelaki - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Lubang kabel terbuka, bongkar kegiatan curi empat lelaki BAYAN LEPAS - Polis memberkas empat lelaki yang sedang leka memotong kabel Telekom Malaysia (TM) di dalam lubang laluan kabel di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru, di sini, hari ini |
Mayat tiga beranak mereput: Nota lengkap butiran peribadi, gereja ditemukan - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Mayat tiga beranak mereput: Nota lengkap butiran peribadi, gereja ditemukan SEREMBAN - Polis menemukan sekeping nota yang lengkap dengan butiran peribadi termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan tiga beranak yang mayatnya ditemukan sudah reput di dalam rumah |
Hajiji tak perlu tunduk desakan Rosman – Zulkarnain - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Hajiji tak perlu tunduk desakan Rosman - Zulkarnain KUALA LUMPUR Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melayani dan tunduk dengan desakan pembangkang agar merehatkan beberapa wakil rakyat Sabah yang terpalit dengan skandal rasuah ketika ini |
Pembangkang tuntut pembangunan Ambalat, dokumen Triti Sulawesi dibahas di .. - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Pembangkang tuntut pembangunan Ambalat, dokumen Triti Sulawesi dibahas di Parlimen KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menuntut butir-butir mengenai pembangunan bersama di Ambalat dan dokumen Triti Sulawesi dibahaskan di Parlimen |
Rayuan bukan soal tunduk, ia tanda tanggungjawab – Nurulhidayah - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Rayuan bukan soal tunduk, ia tanda tanggungjawab - Nurulhidayah KUALA LUMPUR UMNO tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana pejuang lama atau baharu, tetapi pintu itu hanya terbuka kepada mereka yang jujur, terbuka dan bersedia memperbetulkan pendirian demi kekuatan kolektif parti |
Pas Selangor kecewa laporan tragedi Putra Heights, sifatkan tidak holistik - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Pas Selangor kecewa laporan tragedi Putra Heights, sifatkan tidak holistik KUALA LUMPUR Pas Selangor melahirkan rasa kecewa dengan dapatan pihak berkuasa berhubung tragedi letupan paip gas di Putra Heights dan menyifatkannya sebagai kurang holistik |
Kota Madani bukan projek elitis, tapi keperluan, pelaburan masa depan .. - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Kota Madani bukan projek elitis, tapi keperluan, pelaburan masa depan - AMK KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan pembangunan Kota Madani bukan projek elitis, tetapi merupakan keperluan dan pelaburan masa depan |
Kenapa jawatan tertinggi badan kehakiman tidak diisi segera? - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Kenapa jawatan tertinggi badan kehakiman tidak diisi segera? KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan tindakan kerajaan membiarkan kekosongan jawatan penting dalam badan kehakiman hingga ke saat akhir tanpa diisi segera sebagai amat tidak bertanggungjawab dan menampakkan kelemahan pentadbiran negara. Pengerusi Biro Perundangan & Perlembagaan Bersatu, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, sikap kerajaan yang terus membisu berkenaan lanjutan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim juga telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi negatif |
SST: Lihat kebimbangan mahasiswa dalam konteks lebih luas – Saifuddin - Mgazette - 2/07 3:56 pm # SST: Lihat kebimbangan mahasiswa dalam konteks lebih luas - Saifuddin KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan melihat kebimbangan mahasiswa berhubung pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dalam konteks yang lebih luas |
Keputusan Mahkamah Persekutuan kemenangan kepada kebebasan asasi, demokrasi - Mgazette - 2/07 3:56 pm Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA), yang mengenakan denda terhadap penganjur yang gagal memberikan notis lima hari sebelum mengadakan perhimpunan kepada polis, adalah tidak berperlembagaan. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel itu berkata, Seksyen 9(5) PAA adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10(2)(b) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan (kesamarataan di sisi undang-undang) |
Pelantikan Ketua Hakim Negara disentuh, tidak bincang terperinci – Fahmi - Thempress - 2/07 3:53 pm PUTRAJAYA Isu berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu telah disuarakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, namun tidak dibincangkan secara mendalam |
Pelantikan Ketua Hakim Negara tidak dibincang secara mendalam - Kosmo - 2/07 3:46 pm PUTRAJAYA – Perkara berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, namun tidak secara mendalam |
Dua pelajar ditahan buat aksi wheelie di kawasan perumahan - Sinarharian - 2/07 3:38 pm KUANTAN Dua pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas melakukan aksi berbahaya wheelie dengan mengangkat tayar hadapan motosikal di kawasan Perumahan Makmur Seri Damai Jaya di sini, pada Selasa.Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kedua-dua remaja itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bermula jam 4.30 petang hingga 9 malam."Suspek melakukan aksi tersebut yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain."Kedua-duanya ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau memberitahu sepanjang operasi itu, polis mengeluarkan sebanyak 20 saman atas pelbagai kesalahan trafik."Tidak memakai topi keledar ialah antara kesalahan yang paling banyak direkodkan sepanjang operasi ini," ujarnya.Beliau berkata, operasi seperti ini akan diteruskan lagi pada masa mendatang."Kita harap peranan ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab membantu serta memantau aktiviti anak-anak bermula dari rumah," katanya. |
'Wajah arwah Amin bersih, berseri seminggu sebelum pergi' - Sinarharian - 2/07 3:34 pm KUALA TERENGGANU - "Wajah arwah cerah dan berseri, lain daripada biasa, mungkin itu petanda sebelum dia pergi buat selama-lamanya."Demikian luahan guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Jannah, Kampung Tanjung Bunut, Azizah Mohd, yang terkesan dengan pemergian Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, dan ibunya, Isnaini Mohd, 42, akibat nahas jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), pada petang Selasa.Azizah yang mendidik arwah sejak berumur empat tahun menyifatkan kanak-kanak itu yang mesra dipanggil Amin sebagai murid pendiam, mudah diurus, sentiasa tersenyum dan tidak pernah menyusahkan sesiapa."Kami guru Pasti di sini terkesan dengan kehilangan arwah |
MNRB komited terus bantu pelajar B40 luar bandar - Kosmo - 2/07 3:29 pm SABAK BERNAM – MNRB Holdings Bhd |
UTHM, Karangkraf sepakat perluas kerjasama ilmiah, dakwah - Sinarharian - 2/07 3:28 pm SHAH ALAM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum menjalankan inisiatif Jalinan Universiti-Industri sempena lawatan kolaborasi ke Karangkraf Sdn Bhd di sini pada 2 Julai lalu.Lawatan yang disertai lapan pensyarah dari UTHM itu diketuai oleh Ketua Jabatan Pengajian Islam, Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar.Beliau yang mewakili Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Dr Lutfan Jaes berkata, kunjungan tersebut penting dalam meneroka potensi kerjasama strategik bersama Karangkraf termasuk Sinar Harian, Buku Karangkraf dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF)."Perbincangan tersebut melibatkan bidang penerbitan, penyelidikan serta pengembangan program keagamaan dan kemasyarakatan," jelasnya.Sementara itu, Pengarah Eksekutif (Korporat, Kewangan & Pengurusan Risiko) Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi berkata, kerjasama ini bertepatan dengan hala tuju Karangkraf dalam memperkukuh kandungan yang mendidik dan memberi nilai tambah kepada masyarakat."Kami di Karangkraf sentiasa terbuka kepada kerjasama yang membina |
Surau Madani R&R Seremban (Arah Selatan) dibenar laksana solat Jumaat - SUN - 2/07 3:28 pm SEREMBAN : Surau MADANI Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) diisytiharkan sebagai surau pertama di lebuh raya mendapat kelulusan mendirikan solat Jumaat bermula minggu ini |
Kota Madani bukan mercu tanda semata-mata, fokus sektor baharu berkualiti- Dr Mohammed Taufiq - Sinarharian - 2/07 3:26 pm SHAH ALAM - Kota Madani bukan sekadar projek fizikal tetapi sebahagian daripada rangka pembangunan bersepadu yang bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai pusat rujukan ekonomi digital, hijau dan mapan.Naib Presiden Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, ia bertujuan menarik pelaburan tempatan dan antarabangsa dalam sektor baharu yang berkualiti."Kerajaan tidak membina mercu tanda semata-mata, tetapi menyediakan ekosistem ekonomi baharu yang memberi manfaat jangka panjang."Ia menyediakan ruang inovasi, peluang pekerjaan kepada generasi muda serta mengurangkan beban permintaan kuarters penjawat awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini media melaporkan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa pembangunan Kota Madani sebagai projek elitis ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi.Mohammed Taufiq berkata, tuduhan pihak tertentu bahawa kerajaan mengabaikan pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat adalah tidak tepat.Menurutnya, Belanjawan 2025 membuktikan keutamaan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat melalui peningkatan peruntukan pendidikan melibatkan jumlah lebih RM58 bilion, peningkatan berbanding tahun lalu."Peruntukan kesihatan turut meningkat lebih RM41 bilion dan bantuan tunai terus seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut dinaikkan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat."Kerajaan bekerja secara seimbang membela rakyat marhaen, melaksanakan reformasi fiskal dan pada masa sama melabur untuk masa depan negara," ujarnya.Katanya, penglibatan anak syarikat Petronas dalam projek berkenaan adalah sebahagian daripada strategi komersial syarikat dan bukan paksaan politik.Tambahnya, Putrajaya Holdings terlibat atas dasar keupayaan perniagaan dengan peluang mencipta pulangan mapan melalui pembangunan hartanah dan ekosistem yang berdaya saing."Kerajaan sentiasa menjaga kepentingan Petronas sebagai syarikat milik negara yang berintegriti dan tidak sesekali menjadikan jenama berkenaan sebagai 'ATM politik' seperti yang didakwa."Pembinaan Kota Madani tidak melibatkan wang rakyat tetapi ia ditanggung sepenuhnya oleh pemaju," menurutnya. |
Pemuda PKR sedia bertemu aktivis demo antirasuah - Mkini - 2/07 3:14 pm Ketua AMK Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya ada berhubung dengan wakil kumpulan itu tetapi belum mendapat maklum balas. |
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Setiu - Utusan - 2/07 3:12 pm SETIU : Seorang pengantin baharu maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Guntung di sini, hari ini |
Eksekutif IT didenda RM20,000 tipu jual beli Rolex RM140,000 - Sinarharian - 2/07 3:10 pm KUALA LUMPUR Seorang eksekutif teknologi maklumat (IT) warga China didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menipu dalam urusan jual beli tiga utas jam Rolex mencecah lebih RM140,000, bulan lalu.Wu Zhiwei, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dibaca dalam bahasa Mandarin, di hadapan Hakim, Azrul Darus.Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, lelaki bujang itu didakwa menipu seorang lelaki yang juga jurujual jam tangan mewah berusia 25 tahun, dalam urusan jual beli tiga jam tangan jenama Rolex menyebabkan mangsa menyerahkan hartanya iaitu dua model Rolex Datejust 41 dan satu Black Submariner berharga RM146,657.Mangsa tidak akan menyerahkan jam tangan tersebut jika tidak diperdayakan dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Khoo Teik Ee, Dang Wangi di sini pada 4 hingga 16 Jun lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, peguam, Tan Cheng Yee yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya tidak pernah mempunyai rekod jenayah lampau."Dia perlu menanggung ibu bapa yang tua, mengaku insaf dan memohon mahkamah mengurangkan hukuman tersebut," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran."Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam terutama mangsa mengalami kerugian lebih RM100,000," katanya |
Pembangkang tuntut pembangunan Ambalat, dokumen Triti Sulawesi dibahas di Parlimen - Sinarharian - 2/07 3:05 pm SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menuntut butir-butir mengenai pembangunan bersama di Ambalat dan dokumen Triti Sulawesi dibahaskan di Parlimen.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, ini kerana rakyat berhak mengetahui tentang kedudukan sebenar isu tersebut.Malah menurutnya, kedaulatan dan kepentingan Malaysia ke atas segenap inci wilayah negara, khususnya di kawasan maritim strategik di Blok Ambalat yang kaya dengan simpanan minyak serta gas asli wajib dipertegas dan dipertahankan."Langkah membuat pembangunan bersama secara tergesa-gesa, ketika wilayah kedaulatan maritim negara dituntut negara luar boleh menjerumuskan kepentingan nasional dalam keadaan samar."Lebih menimbulkan persoalan, pengumuman pembangunan bersama di Ambalat dilihat berbeza dengan beberapa siri jawapan Perdana Menteri termasuk ketika isu mengenai Triti Sulawesi dan Ambalat dibangkitkan di Parlimen," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilapor menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.Pada sidang media bersama selepas pertemuan dua hala di Istana Merdeka di Jakarta, 27 Jun lalu, Anwar berkata, kedua-dua negara harus mempertimbangkan kerjasama ekonomi termasuk di kawasan sempadan maritim yang memberi manfaat kepada rakyat. |
Sekretariat 'pertahan kehakiman' gesa tubuh tribunal siasat hakim kanan - Mkini - 2/07 3:03 pm Jika dakwaan itu benar, ia mencerminkan salah laku kehakiman serius dan mungkin juga kesalahan jenayah, kata Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman. |
Insiden bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis rakam keterangan tiga saksi - SUN - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah merakam keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian Sabtu lepas yang mengorbankan tiga nyawa |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis sudah rakam keterangan tiga saksi - Sinarharian - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU - Polis telah mengambil keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden Sabtu lepas yang menyaksikan tiga maut selepas sebuah bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 39 tahun, yang merupakan pemandu bot itu bersama abangnya, dan seorang mangsa kejadian.Beliau berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit, yang dijangka selesai dalam tempoh kira-kira seminggu."Siasatan polis memfokus kepada kejadian Sama ada terdapat wujud unsur jenayah.. |
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya PERKESO - Sinarharian - 2/07 2:57 pm KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan yang memperdayakan kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhubung kursus dan latihan tidak wujud berjumlah RM496,000 lima tahun lalu didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.P Sathia Seelan, 52, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.Mahkamah memerintahkan bapa kepada dua anak itu dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.Mengikut semua pertuduhan, lelaki itu didakwa memperdaya dua pegawai PERKESO untuk mempercayai bahawa dokumen bertarikh 4 Disember 2020 dan 22 Julai 2021 mengandungi senarai nama kehadiran dan tandatangan peserta bagi tiga kursus.Sedangkan latihan itu tidak pernah dijalankan atas nama lima syarikat pada tarikh tersebut.Perbuatan itu mendorong PERKESO membuat bayaran RM496,000 kepada Syarikat Global Education Network Sdn Bhd milik tertuduh yang mana pertubuhan itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Menara Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Perkeso di Putrajaya antara 23 Disember 2020 dan 12 Ogos 2021.Dia dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, rakannya, pekerja sembilan, R Nanthagopal, 43, turut didenda RM300,000 selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan bersubahat dengan Sathia Seelan di tempat dan masa sama.Mahkamah memerintahkan dia dipenjara 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda terbabit.Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.Bagaimanapun, peguam, R Babu Naidu yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu mereka dikenakan hukuman ringan kerana mengaku insaf. |
'Ingatkan 'outstation', rupanya dah meninggal dunia' - Jiran - Sinarharian - 2/07 2:34 pm SEREMBAN - "Ingatkan mereka sekeluarga outstation, tapi tak sangka tiga beranak itu telah meninggal dunia di rumah."Demikian kata salah seorang jiran kepada tiga beranak yang mayatnya ditemui dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal pada Selasa lalu.Jiran tersebut yang enggan dikenali berkata, kali terakhir keluarga berkenaan ditemui adalah sekitar empat hari lalu ketika mereka memberi makan kepada anjing peliharaannya."Jumaat ke Sabtu lepas sekitar jam 11 pagi adalah kali terakhir saya nampak mereka |
Sindiket letak dadah tepi longkang tumpas - Sinarharian - 2/07 2:33 pm JOHOR BAHRU - Sindiket pengedaran dadah dikesan meletakkan bungkusan berisi paket dadah di tepi longkang untuk diambil tokan yang membuat tempahan melalui aplikasi WeChat.Taktik bagi mengaburi mata pihak berkuasa itu akhirnya terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan tiga serbuan di bandar raya ini pada 19 Jun lalu.Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, menerusi serbuan tersebut tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam berusia 29 hingga 46 tahun diberkas.Dalam serbuan itu, polis turut merampas sejumlah dadah, lima kereta, barang kemas dan wang tunai dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM3.2 juta."Serbuan dilakukan sekitar jam 12 tengah hari ke atas sebuah pangsapuri dan sebuah rumah teres |
Perobohan Stadium Shah Alam siap awal, pembinaan baharu bermula hujung tahun - Sinarharian - 2/07 2:25 pm SHAH ALAM - Proses perobohan penuh Stadium Shah Alam telah disempurnakan lebih awal daripada jadual asal, sekali gus menepis dakwaan bahawa kerja-kerja tersebut mengalami kelewatan.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Datuk Saipolyazan M Yusop, menjelaskan bahawa meskipun stadium itu kelihatan baru sahaja dirobohkan sepenuhnya minggu lalu, perobohan sebenarnya telah dilaksanakan secara berfasa mengikut perancangan yang rapi."Proses perobohan bukan sekadar apa yang dilihat dari luar |
Wan Mohd Zahari dilantik ketua JKDNKA Perak yang baharu - SUN - 2/07 2:21 pm IPOH : SAC Wan Mohd Zahari Wan Busu dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berkuat kuasa hari ini |
Sindiket pemerdagangan hidupan liar tumpas, gading gajah dirampas - Sinarharian - 2/07 2:15 pm SHAH ALAM - Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan serentak di Selangor dan Pahang berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan hidupan liar dengan nilai rampasan berjumlah RM398,818, baru-baru ini.Operasi dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada elemen Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah dan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, enam serbuan dijalankan selama tiga hari bermula 25 Jun lalu.Katanya, daripada jumlah itu, satu tindakan diambil menerusi sekatan jalan raya di Temerloh, Pahang, manakala lima serbuan masing-masing satu di Klang dan empat di Hulu Selangor."Tindakan ini berjaya merampas ratusan ekor burung antaranya jenis serindit, murai batu dan bayan puling."Kita turut menemui dua batang disyaki gading gajah, daging hidupan liar disyaki babi hutan dan pelanduk," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 18 butir peluru penabur, sebilah parang, tiga perangkap kamera antara peralatan yang dirampas dipercayai digunakan sindiket dalam kegiatan pemburuan.Tambah Abdul Kadir, pihaknya percaya kes tersebut melibatkan sindiket berlainan."Siasatan awal mendapati kegiatan penjualan spesies burung yang ditangkap di habitat liar menggunakan medium media sosial."Perhilitan juga mengesan aktiviti penggunaan perangkap kamera oleh pemburu haram sebagai alat pengesan atau cerapan untuk mengesan kehadiran hidupan liar di lokasi pemburuan," ujarnyaTegasnya, tindakan pantas itu bukti komitmen serius kerajaan dalam memerangi jenayah hidupan liar yang mengancam kelestarian biodiversiti negara."Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan ke talian hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151 atau melalui laman web wildlife.spab.gov.my," katanya. |
Aktiviti kuari dipantau ketat, tiada bukti kait gegaran - Polis - Sinarharian - 2/07 2:06 pm IPOH Setiap aktiviti letupan kuari di negeri ini dipantau secara ketat bagi memastikan ia dijalankan mengikut prosedur serta jadual kelulusan yang ditetapkan, kata Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.Beliau berkata, pemantauan tersebut merangkumi semakan terhadap bahan letupan berjadual yang digunakan serta rekod penggunaan dan penyimpanan stok bahan letupan."Setakat ini, kesemua syarikat kuari berlesen yang diperiksa mematuhi syarat lesen dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan."Aktiviti letupan juga dijalankan mengikut peraturan, jadual dan kelulusan yang sah |
Acara SCORE Marathon tarik 33,000 pelari dari 48 buah negara - Sinarharian - 2/07 2:00 pm PENGANJURAN acara SCORE Marathon 2025 yang dipacu oleh AIA Vitality di Putrajaya hujung minggu depan bakal melakar sejarah baharu apabila berjaya menarik penyertaan 33,000 pelari dari 48 buah negara.Jumlah penyertaan yang meningkat sebanyak 36 peratus berbanding 24,253 bagi edisi tahun lalu menjadikan pertandingan tersebut sebagai salah satu kejohanan larian terbesar di Malaysia.Malah, lebih menarik acara yang akan berlangsung di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 13 Julai itu turut mendapat pengiktirafan daripada Olahraga Dunia (WA) dengan Label Road Race.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Score Sports Management, Patricia Tan berkata, tema pada tahun ini dapat memberikan inspirasi kepada para peserta untuk tidak mudah berputus asa dan mengerah segala kudrat hingga ke garisan penamat."Sejak mula dianjurkan pada 2014 dengan seramai 3,674 peserta, SCORE Marathon menunjukkan perkembangan yang cukup baik setiap tahun |
Petani mengaku tidak bersalah buat komen jelik di media sosial - Sinarharian - 2/07 1:55 pm SEPANG - Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya menerusi laman media sosial Facebook pada Februari lepas.Mohammad Faisal Mohd Yusof, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.Mengikut pertuduhan, Mohammad Faisal secara sedar telah membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, menggunakan akaun Facebook 'Mohd Faisal Yusop'.Hantaran tersebut didakwa dilakukan pada 12.40 pagi, 9 Februari lepas dan telah dilihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada kira-kira 1.40 tengah hari yang sama di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya.Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab Wahab mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan, memandangkan tertuduh pernah tidak menghadiri sebutan kes pada 30 April lepas hingga waran tangkap dikeluarkan.Bagaimanapun, bapa tunggal yang tidak diwakili peguam itu merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap serta menanggung tiga anak serta ibu bapanya.Ahmad Fuad memerintahkan Mohammad Faisal dikenakan jaminan RM7,000 dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes.Bagaimanapun, Mohammad Faisal gagal membayar wang jaminan itu |
Penyertaan dua tokoh politik perkukuh Bersatu Pahang - Jasri - Sinarharian - 2/07 1:46 pm KUANTAN - Penyertaan dua tokoh politik dari negeri ini ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi suntikan moral kepada Badan Pimpinan Bersatu Pahang menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Dua tokoh berkenaan ialah bekas Ketua Wanita Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Pahang, Datuk Harvinder Kaur dan bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon.Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, Datuk Jasri Jamaluddin berkata, kemasukan kedua-dua tokoh itu bukan sahaja memberi keyakinan baharu kepada rakyat, tetapi membuktikan keterbukaan Bersatu dalam menerima tokoh pelbagai kaum demi memperjuangkan agenda rakyat."Dengan kemasukan Datuk Harvinder dan Datuk Leong dari MCA Bentong akan memberikan kekuatan moral dan kepercayaan rakyat kepada Badan Pimpinan Bersatu Pahang."Saya berharap lebih ramai lagi yang akan menyertai Bersatu Pahang dalam waktu terdekat dan ini penting sebagai persiapan bagi menghadapi PRU16 yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mengulas lanjut, Jasri berkata, penyertaan itu juga membuka lembaran baharu kepada penyatuan politik rentas kaum.Jelasnya, selain itu, ia memberi isyarat bahawa Bersatu bersedia mendekati pengundi bandar dan bukan Melayu. |
Petani mengaku tidak bersalah atas komen jelik di media sosial - SUN - 2/07 1:44 pm SEPANG : Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komen yang jelik di laman media sosial Facebook pada Februari lalu |
Albert Tei seperti Elon Musk, pelobi dan penyumbang politik – Ahmad Farid - Thempress - 2/07 1:41 pm KOTA KINABALU Ketua Penerangan PKR Sabah, Ahmad Farid Sanuri menyamakan ahli perniagaan tempatan, Albert Tei dengan jutawan terkenal dunia, Elon Musk dari segi peranan mereka sebagai pelobi dan penyumbang… |
Buruh warga Indonesia dituduh edar dadah lebih 20 kilogram - Sinarharian - 2/07 1:30 pm AMPANG - Seorang buruh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine lebih 20 kilogram, bulan lalu.Munzir Abdurrahman, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Normaizan Rahim.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Munzir didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine anggaran berat 20,850 gram di parkir sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati di sini pada jam 12.38 tengah hari, 22 Jun.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan maksimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Kirthana sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober depan.Pada 25 Jun lepas, media melaporkan lelaki terbabit ditahan di pusat beli-belah terbabit ketika sedang berjalan kaki sambil menjinjit satu beg kanvas.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, hasil pemeriksaan terhadap beg itu menjumpai bungkusan plastik hitam yang di dalamnya mengandungi 20 paket plastik bertulisan dan dalam setiap bungkusan terdapat satu plastik lut sinar berisi syabu dengan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM80,000.Pada 25 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki dadah itu, ketika sedang berjalan kaki sambil menjinjit satu beg kanvas dengan tangan kanannya. |
Petani dijel 45 tahun, 15 sebatan rogol anak kandung lembam - Sinarharian - 2/07 1:24 pm KENINGAU - Seorang petani dijatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah kerana merogol anak kandungnya yang juga remaja perempuan lembam.Tertuduh berusia 40 tahun membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puji.Mengikut pertuduhan pertama, kira-kira jam 5 petang pada Jun 2023, tertuduh merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun di tepi kebun getah di sebuah kampung di Tambunan.Pertuduhan kedua menyatakan, pada bulan sama, tertuduh turut melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah rumah di kampung lain dalam daerah sama.Bagi pertuduhan ketiga, kira-kira jam 5.30 petang pada 21 Ogos 2024, tertuduh sekali lagi merogol mangsa di bilik sebuah rumah di kampung sama.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ling Guong Zhin, manakala tertuduh diwakili peguam, Timothy Daut.Dalam prosiding tersebut, Guong Zhin memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat.Bagaimanapun, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana telah menyesal dengan perbuatan yang dilakukan, manakala Timothy turut membuat rayuan kerana tertuduh memahami kesalahannya, telah bertaubat selain menekankan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan bersedia serta sanggup untuk melalui proses pemulihan.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap pertuduhan dan semua hukuman diperintahkan berjalan secara berasingan, menjadikan jumlah keseluruhan 45 tahun penjara dan 15 sebatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, tangkapan terhadap tertuduh dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada Klinik Kesihatan Tambunan yang mendakwa mangsa telah dirogol berulang kali."Mangsa merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan tinggal bersama suspek selepas ibu bapanya bercerai |
Tragedi bot pelancong: Reman pemandu bot disambung sehari - SUN - 2/07 1:24 pm JERTIH : Reman terhadap pemandu bot yang terlibat dalam tragedi maut di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas disambung sehari lagi hingga esok |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Reman pemandu bot disambung sehari - Sinarharian - 2/07 12:30 am JERTIH - Reman terhadap pemandu bot terlibat dalam tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepasdisambung sehari lagi hingga esok.Perintah sambung remah terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Terdahulu, pemandu bot berkenaan direman tiga hari bermula Isnin lepas setelah ditahan pada Sabtu keranadidapati positif dadah selepas kejadian bot pelancong terbalik di Pulau Perhentian yang menyebabkan tiga terkorban.Dalam kejadian 10.30 malam itu, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, serta seorang lagi kanak-kanak perempuan V Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa masih dirawat di hospital termasuk seorang kritikal dan 10 lagi terselamat.Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, sebelum bot dinaiki terbalik akibat dipukul ombak besar.Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu mengesahkan pemandu bot berkenaan positif dadah selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu |
Tiga maut 4WD bertembung lori tangki - Thempress - 2/07 12:29 am LAHAD DATU – Tiga lelaki maut selepas 4WD dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki dalam kejadian di Kilometer 26 Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, pada Selasa |
Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0: Polis kenal pasti individu bakar suar - Sinarharian - 2/07 12:23 am KUALA LUMPUR Polis telah mengenal pasti individu yang membakar suar dalam Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 di ibu negara pada Sabtu lalu.Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini, polis belum merekodkan keterangan individu yang membakar suar dalam himpunan terbabit."Tindakan membakar suar boleh membahayakan orang ramai khususnya mereka yang mengalami masalah kesihatan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Intelektual Inspirasi Remaja Madani 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.Mohamed Usuf berkata, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan himpunan terbabit sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya."Kita telah merekodkan keterangan 19 individu membabitkan saksi polis, pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan wartawan."Kita akan merekodkan keterangan beberapa individu lagi bagi membantu siasatan," katanya.Beliau berkata, polis juga telah menerima laporan daripada pihak penganjur himpunan."Kita akan menjalankan siasatan secara adil dan polis bertindak secara profesional," katanya.Pada Ahad, media melaporkan seorang anggota polis cedera selepas terbabit dalam pergelutan ketika cuba mengawal situasi dalam himpunan itu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku ketika tindakan pencegahan diambil ke atas peserta perhimpunan kira-kira jam 4.30 petang.Katanya, insiden itu berpunca daripada tindakan seorang peserta membakar suar hingga menyebabkan kepulan asap tebal yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan peserta, petugas keselamatan serta orang awam berdekatan.Pihak polis telah mengambil tindakan pencegahan untuk memastikan asap daripada suar itu tidak merebak.Semasa tindakan pencegahan diambil, berlaku sedikit pergelutan antara peserta perhimpunan dan petugas Op Aman sehingga menyebabkan kecederaan ringan kepada seorang anggota polis.Pergelutan itu berjaya dileraikan oleh pihak polis |
Pacuan empat roda hilang kawalan punca tiga maut tersepit - Sinarharian - 2/07 12:18 am LAHAD DATU - Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler tangki dipercayai menjadi punca kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di Kilometer 26, Jalan Lahad DatuSandakan.Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Payau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler yang dipandu seorang lelaki sedang dalam perjalanan dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu."Sebaik tiba di lokasi kejadian, pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang datang dari arah bertentangan dan dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun disyaki thilang kawalan lalu memasuki laluan treler berkenaan sehingga menyebabkan pertembungan."Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas dan terjunam ke dalam gaung sebelum pacuan empat roda tersebut melanggar sebatang pokok kelapa sawit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Menurut beliau, dalam kejadian itu, pemandu bersama dua lagi penumpang lelaki masing-masing berusia 28 dan 29 tahun tersepit dalam kenderaan."Pada jam 12.10 tengah malam, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Kesemua mayat dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut," katanya.Jimmy berkata, kes kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang awam yang menyaksikan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Humaidi Harun di talian 089-881255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu."Kesemua pemandu juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memandu secara berhemah, khususnya dalam keadaan cuaca hujan dan permukaan jalan yang licin bagi mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa," katanya.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan tiga lelaki maut pada malam Selasa selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler yang membawa muatan minyak kelapa sawit. |
ULASAN l Isu ketua hakim: Naratif Anwar longgar, abai hujah undang-undang - Mkini - 2/07 12:15 am Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan hujah mereka lebih dipengeruhi emosi dan sentimen dan maaf, mungkin juga elemen ampu dan bodek! |
Siasatan kehilangan Pamela masih aktif, polis guna pelbagai kaedah - Sinarharian - 2/07 11:52 am KUALA LUMPUR Seramai 48 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh.Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut."Kita telah membuat fotofit, namun setakat ini kita tidak dapat padanan, hanya 40 peratus."Kita telah merakam keterangan 48 saksi bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Intelektual Inspirasi Remaja Madani 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.Mohamed Usuf berkata, setiap siasatan mempunyai cabaran tersendiri dan polis sedang berusaha mendapatkan bukti di lokasi kejadian serta petunjuk lain."Kita menggunakan pelbagai cara termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan," katanya.Pamela, 42, dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kenderaan e-hailing |
Lokman Adam jawab Hishamuddin, kenapalah bebal sangat - Wrlr - 2/07 11:52 am MASA ANWAR IBRAHIM KENA TANGKAP, SEMUA SAYAP PEMUDA LARI, TINGGAL DIA SEORANG SAJA , MASA TU TAK LARI, DIA KEMUDIANNYA DILANTIK JADI KETUA PEMUDA....TU LAH KISAH DIA NI....SAMPAI LA PEANGAI DIA LAGU TU |
Skandal rasuah: Pendakwaan dua ADUN Sabah di mahkamah bersifat peribadi - Sinarharian - 2/07 11:24 am KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berpandangan bahawa tindakan pendakwaan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di mahkamah pada Isnin lalu adalah bersifat peribadi dan tidak wajar dijadikan alasan untuk mendesak kerajaan membuat keputusan tergesa-gesa.Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa proses undang-undang terhadap kedua-dua ADUN terbabit harus dibiarkan berjalan secara telus dan adil tanpa sebarang campur tangan politik."Isu pendakwaan terhadap dua ADUN baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan biarlah proses undang-undang berjalan, dan mahkamah yang menentukan benar atau salah."Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kerajaan negeri akan meneliti kedudukan kedua-dua ADUN tersebut setelah semua maklumat dan laporan lengkap diterima, bukannya membuat keputusan terburu-buru mengikut desakan politik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tegas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah itu lagi, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak pernah menutup kesalahan atau melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan salah laku."Tetapi pada masa sama, kita juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan kes ini sebagai alat untuk melemahkan kerajaan negeri yang sah, stabil dan sedang bekerja keras untuk rakyat."Malah, saya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya pendirian Hajiji yang juga merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan sesekali mencampuri sebarang siasatan atau pendakwaan yang sedang dijalankan terhadap mana-mana ADUN."Prinsip ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan Sabah hari ini ditadbir berasaskan integriti, kebertanggungjawaban dan penghormatan terhadap undang-undang, bukan berdasarkan sentimen, tekanan politik atau kepentingan individu," katanya.Katanya lagi, setiap individu berhak mempertahankan diri dan perlu berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang."Kita wajib berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah."Dalam masa sama, kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa |
Tiada pelan, strategi rangsang ekonomi, rakyat pula dicukai - Harakahdaily - 2/07 11:18 am ARAU: Ketua Muslimat PAS Kawasan Arau, Husna Hashim menyuarakan kebimbangan terhadap kegagalan kerajaan menangani krisis kos sara hidup yang terus menekan rakyat tanpa sebarang langkah konkrit atau pelan jangka panjang |
Pengarah jabatan MPAJ didakwa terima suapan RM30,000 - Sinarharian - 2/07 11:18 am IPOH Seorang pengarah jabatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM30,000, dua tahun lalu.Tertuduh, Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf, 47, yang merupakan Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa menerima wang tunai berjumlah RM20,000 melalui akaun Maybank miliknya tanpa sebarang balasan daripada seorang lelaki bernama Nazman Puteh, sedangkan beliau mengetahui bahawa individu tersebut mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai penjawat awam.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Taiping, Jalan Chung Thye Phin dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada 2 November 2023.Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima RM10,000 ke dalam akaun sama tanpa sebarang balasan daripada Nazman Puteh melalui dua individu, iaitu Song Teik Sun dan Wong Huey Peng, pada tarikh dan lokasi yang sama.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmaa' Zamri dan Muaz Ahmad Khairuddin.Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan bersama syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran setiap awal bulan.Tertuduh yang diwakili Peguam Khairul Nizam Abd Razak memohon jumlah jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga, mempunyai dua anak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun yang masih bersekolah, serta isteri tidak bekerja."Anak guam saya juga masih berkhidmat dan sepanjang siasatan selama setahun sejak Jun tahun lalu, beliau telah memberikan kerjasama penuh tanpa gagal kepada pihak SPRM dengan melapor diri seperti diarahkan," katanya.Hakim Meor Sulaiman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tertuduh melapor diri ke pejabat SPRM Selangor pada Sabtu pertama setiap bulan.Beliau turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta-merta untuk disimpan sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. |
Skandal rasuah ADUN Sabah: Tiada keperluan desak rehatkan wakil rakyat -Zulkarnain - Sinarharian - 2/07 11:06 am KOTA KINABALU - Tiada keperluan untuk mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merehatkan wakil rakyat yang dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah, memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah semakin hampir.Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menyifatkan desakan yang datang daripada Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman itu sepatutnya ditujukan kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang diketahui umum sedang berdepan tiga pertuduhan rasuah."Datu Rosman dilihat semakin keliru memandangkan saranan untuk berehat daripada tugasan penting sepatutnya ditujukan khusus kepada Bung Moktar yang secara jelas telah diarah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta."Umum mengetahui Bung Moktar masih meneruskan tugasan sebagai Ketua UMNO Sabah malah bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Sabah, dan dalam masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah tentu akan sibuk turun naik mahkamah berhadapan dengan kes rasuah selepas cubaan mencabar keputusan Mahkamah Rayuan digugurkan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Zulkarnain, yang juga aktivis politik, turut mengingatkan bahawa ketika ini masih banyak kes rasuah membabitkan pimpinan UMNO Sabah belum terungkai dan masih dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Sehubungan itu, beliau melihat Datu Rosman seolah-olah cuba membutakan mata dan memekakkan telinga, sukar menerima hakikat bahawa rakyat di negeri ini sebenarnya telah menolak UMNO di Sabah.Menurutnya, pertuduhan rasuah terhadap dua wakil rakyat pada Isnin lalu masih di peringkat awal dan mereka berpeluang untuk membersihkan nama di mahkamah tanpa perlu membela diri setakat ini."Beliau sepatutnya tidak mencampuri urusan wakil-wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS)Pakatan Harapan (PH) Sabah."Desakan supaya Ketua Menteri merehatkan wakil rakyat yang dikaitkan dengan skandal rasuah juga tidak perlu memandangkan PRN-17 semakin hampir."Saya percaya desakan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menyebabkan kesombongan pemimpin UMNO akan dilenyapkan oleh rakyat Sabah pada PRN-17 ini," ujarnya. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |