///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Kpt News   Page 1    



Yang salah tetap salah, Dr Akmal sanggah Ka Siong - Mgazette - 11/09 7:21 am

Kalau tidak mahu minta maaf, takpa teruskan pusing sana sini kerana rakyat tahu menilai siapa yang pusing siapa yang benar, ujarnya lagi. Dr Akmal merujuk kenyataan terbaharu Ka Siong yang berkata beliau tidak perlu meminta maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)





Pendidikan tinggi tidak harus dipolitikkan - Zambry - Sinarharian - 10/09 6:52 pm

PUTRAJAYA - Pendidikan tinggi tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak, tegas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Zambry berkata, sekiranya timbul sebarang masalah dalam proses permohonan ke universiti, pelajar masih mempunyai saluran lain termasuk proses rayuan yang disediakan untuk menyelesaikan isu berkenaan."Saya sering kali sebutkan bahawa ini adalah soal anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran dan saya tidak mahu menjadikan ia sebagai satu isu permainan politik oleh mana-mana pihak."Saya telah menyebutkan berkali-kali bahawa bila ada masalah-masalah, bila kita ada proses rayuan kita, yang mana yang boleh kita guna dalam tempoh sepuluh hari yang diberikan untuk membuat rayuan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Karisma Antarabangsa: Kenegaraan Malaysia Madani di sini pada Rabu.Selain itu, Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terbuka untuk mengambil perhatian sekiranya berlaku kekurangan dalam proses permohonan ke universiti pada masa ini."Sistem ini telah dilaksanakan selama ini dan kita sering kali membaiki dari semasa ke semasa





Wee persoal dakwaan KPT angka 85 tempat perakaunan - Mkini - 10/09 2:46 pm

Siapa yang tak beri tahu dengan jujur, soal presiden MCA jelaskan rekod UM tunjukkan jumlah graduan jauh lebih ramai.





Mahasiswa cabar data KPT, dakwa STPM lebih ketat berbanding matrikulasi - Mkini - 10/09 11:53 am

"Umany menolak keras keputusan kementerian yang menyamakan STPM dengan matrikulasi





Kemasukan UA berlandaskan meritokrasi, JPT tegas tiada kompromi - Mgazette - 10/09 11:13 am

# Kemasukan UA berlandaskan meritokrasi, JPT tegas tiada kompromi KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) dilaksanakan sepenuhnya berlandaskan prinsip meritokrasi tanpa sebarang kompromi





Dakwaan pelajar CGPA 4.0 tercicir IPTA, tidak bersandar data rasmi KPT... - Mgazette - 10/09 11:13 am

# Dakwaan pelajar CGPA 4.0 tercicir IPTA, tidak bersandar data rasmi KPT - Sollehin KUALA LUMPUR Dakwaan pelajar yang memperoleh kelulusan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 4.0 gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) boleh mewujudkan persepsi tidak tepat dan mengelirukan orang ramai





KPT Bagi Keterangan Secara Terperinci Kenapa Calon STPM PNGK 4.0 Tak Layak Masuk UM - Lobakmerah - 10/09 10:30 am

Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan penjelasan secara terperinci sebagai tanda respon terhadap kenyataan calon STPM yang memperoleh PNGK 4.0 yang kecewa kerana gagal melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini





KPT perjelas isu pelajar STPM tidak ditawarkan tempat di UM - Astroawani - 10/09 7:00 am

Pelajar berkenaan memperoleh PNGK 4.00 dan markah kokurikulum 9.90, menjadikan merit keseluruhan sebanyak 99.90 peratus.





Ka Siong perlu mohon maaf kepada KPT - Akmal - Sinarharian - 10/09 12:36 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong perlu memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kenyataannya mengenai isu kemasukan seorang pelajar cemerlang ke universiti awam.Ketuanya Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kenyataan awal yang dibuat Ka Siong menimbulkan persepsi seolah-olah sistem kemasukan universiti sedia ada rosak, sedangkan terdapat lebih ramai calon lain yang memperoleh merit lebih tinggi."Adik itu bukan tidak pandai, memang dia pandai





Tiada kelompongan UPUOnline, semua keputusan berdasarkan merit JPT - Sinarharian - 9/09 6:15 pm

SHAH ALAM Semua keputusan UPUOnline dijana oleh sistem berdasarkan pemarkahan merit yang ditetapkan mengikut kursus atau program yang dimohon sekali gus menolak dakwaan wujudnya kelompongan dalam sistem sedia ada.Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, sistem UPUOnline menyaring setiap permohonan melalui pemarkahan merit masing-masing dari tertinggi hingga terendah sebelum penawaran dibuat.Menurutnya, proses pemilihan dan penawaran bergantung kepada markah merit, pematuhan syarat am dan syarat khas program pengajian, perakuan temu duga atau ujian (jika berkenaan), kekosongan tempat serta keutamaan pilihan."JPT ingin mengucapkan tahniah kepada 78,863 calon lepasan matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), diploma atau setaraf yang berjaya ditawarkan tempat ke universiti awam bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda."Kesemua calon ini adalah daripada 109,866 yang layak memohon melalui sistem UPUOnline yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), JPT."JPT komited memastikan akses kepada pendidikan tinggi adalah telus dan adil berasaskan prinsip meritokrasi iaitu melalui pencapaian akademik (90 peratus) dan pencapaian kokurikulum (10 peratus)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambahnya, KPT memberi jaminan bahawa semua pelajar STPM/setaraf yang memohon melanjutkan pengajian di IPTA dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 mendapat tempat pengajian.Berdasarkan rekod, sejumlah 1,255 calon lepasan STPM dengan PNGK 4.00 telah memohon, di mana 1,249 calon telah pun ditawarkan tempat, manakala enam calon lagi akan ditawarkan selepas melengkapkan dokumentasi yang diperlukan.Menurut JPT, bagi menjawab dakwaan seorang calon STPM yang membuat pengaduan kepada seorang ahli Parlimen, beliau telah berjaya ditawarkan program Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian (Strategi & Organisasi/ Pemasaran/ Kewangan/ Operasi/ Perniagaan Antarabangsa/ Kewangan Islam/ Analitik Perniagaan) di sebuah universiti penyelidikan terkemuka negara yang juga merupakan pilihan kelimanya sendiri."Walaupun beliau memperoleh PNGK 4.00 dalam STPM dan markah kokurikulum 9.90 yang menjadikan merit beliau 99.90 peratus," katanya.Menurutnya, ranking permohonannya dalam program perakaunan yang dimohon adalah seperti berikut:i





KPT jamin sistem pengambilan pelajar IPTA berasaskan meritokrasi telus - FMT - 9/09 6:10 pm

Pengambilan pelajar dibuat dengan menyusun semua calon yang layak, ikut merit tertinggi hingga terendah, kata ketua pengarah pendidikan tinggi.



KPT jamin ketelusan sistem pengambilan pelajar universiti awam berasaskan meritokrasi - Astroawani - 9/09 5:42 pm

KPT memberi jaminan bahawsa proses pemilihan pelajar ke universiti awam adalah berasaskan prinsip meritokrasi sepenuhnya.





Dakwaan hak pelajar cemerlang dinafikan tidak berasas - Pemuda UMNO - Sinarharian - 8/09 6:34 pm

SHAH ALAM - Dakwaan Pemuda MCA bahawa pelajar cemerlang dinafikan hak di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) disifatkan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohamad Sollehin Mohamad Tajie berkata, jika benar kes seperti yang didakwa berlaku, maka pihak berkenaan perlu mengemukakan data rasmi terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)."Malah, KPT telah menyediakan saluran rayuan dan kaunter maklum balas bermula 8 hingga 14 September ini untuk menangani sebarang isu yang timbul."Menyebarkan persepsi tanpa fakta hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap sistem pendidikan negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan Pemuda MCA mendakwa pelajar cemerlang dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 gagal mendapat tempat di IPTA.Mengulas dakwaan bahawa tempat anak tempatan telah diambil oleh pelajar antarabangsa, Mohamad Sollehin berkata, fakta jelas menunjukkan lebih 97 peratus pelajar prasiswazah di IPTA adalah anak tempatan.Menurutnya, penempatan pelajar antarabangsa hanya sekitar dua hingga tiga peratus sahaja di peringkat ijazah pertama, manakala peningkatan berlaku di peringkat pascasiswazah iaitu sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)."Pascasiswazah merupakan peluang untuk universiti menambah baik penyelidikan, kerjasama antarabangsa, kedudukan dan fasiliti universiti melalui yuran penuh yang dibayar oleh pelajar antarabangsa pascasiswazah."Keadaan ini sama sekali tidak menjejaskan peluang anak tempatan di peringkat prasiswazah kerana kuota dan kedudukan itu masih dikawal," katanya.Tegasnya, Pemuda UMNO akan terus bersuara demi kepentingan rakyat secara keseluruhan, bukan menuduh tanpa menyelidik fakta dalam soal pendidikan."Henti menjadikan pendidikan sebagai senjata politik untuk kepentingan parti, tanpa memikirkan kesan negatif akibat perbuatan tersebut."KPT kekal komited memastikan setiap anak Malaysia yang layak, khususnya mereka yang memperoleh keputusan cemerlang, diberikan peluang menyambung pengajian di IPTA," ujar Mohamad Sollehin.





78,883 calon Ijazah Sarjana Muda dapat tempat di universiti awam - Mgazette - 5/09 4:14 pm

Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah. Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, KPT kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline dalamtempoh 10 hari, bermula daripada 5 September 2025, jam 12 tengah hari sehingga 14 September 2025, jam 5 petang





Keputusan ke IPTA bagi lulusan STPM, setaraf diumum Jumaat ini – KPT - Mgazette - 4/09 8:12 am

# Keputusan ke IPTA bagi lulusan STPM, setaraf diumum Jumaat ini - KPT KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan 5 September ini (Jumaat)





KPT komited tingkat mutu sukan negara - Zambry - Astroawani - 4/09 5:45 am

Sokongan penuh akan terus diberikan kepada pembangunan sukan di IPT yang mampu melahirkan atlet cemerlang.





KPT sedia bawa pulang pelajar Malaysia jika rusuhan Indonesia meruncing - SUN - 3/09 10:16 pm

Malah, ketika ini pun sebenarnya kita membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Kementerian Luar, katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Digital Innovation Creativepreneur 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Anesee Ibrahim dan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin Prof Datuk Dr Fadzli Adam





Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam lepasan STPM diumum Jumaat ini - Sinarharian - 3/09 4:20 pm

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf akan diumumkan pada Jumaat ini.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan keputusan itu boleh disemak bermula jam 12 tengah hari, 5 September hingga 5 petang, 14 September ini.Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my, atau Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.Menurut KPT, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima atau tolak tawaran bermula 6 Sept hingga 14 September ini di laman web UA masing-masing."Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 6 September setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan," menurut kenyataan itu.KPT turut memaklumkan, hanya pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bermula jam 12 tengah hari, 5 September, hingga tarikh akhir semakan."Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan," katanya.Menurut KPT, pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan UPUOnline boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya





Jelajah KPT santuni masyarakat Sabah, perkasa pembangunan pendidikan tinggi - Astroawani - 30/08 10:15 pm

Program Jelajah Pendidikan Tinggi merupakan manifestasi komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendekati masyarakat luar bandar dan pedalaman Sabah bagi memperkasa pembangunan pendidikan tinggi.





KPT lancar jelajah pendidikan tinggi pertama di Sabah untuk santuni komuniti - SUN - 30/08 4:07 pm

KOTA KINABALU : Program Jelajah Pendidikan Tinggi merupakan manifestasi komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendekati masyarakat luar bandar dan pedalaman Sabah bagi memperkasa pembangunan pendidikan tinggi terutama dalam kalangan generasi muda di kawasan itu





KPT tour empowers Sabah communities with higher education opportunities - SUN - 30/08 3:59 pm

KOTA KINABALU: The Higher Education Tour Programme demonstrates the Ministry of Higher Educations commitment to reaching rural and interior communities in Sabah for educational development





Zahid mohon KPT pertimbang kuota tambahan kursus perubatan, pembedahan di UniKL RCMP - Astroawani - 28/08 4:50 pm

Ahmad Zahid meminta KPT mempertimbangkan kuota tambahan pengambilan pelajar bagi Kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di UniKL RCMP.





Dakwaan UM cabuli autonomi mahasiswa tidak benar - KPT - Astroawani - 28/08 2:15 pm

Dakwaan UM mencabuli autonomi mahasiswa dengan mewajibkan kelulusan pihak HEP dalam penganjuran aktiviti serta melantik pegawai penasihat bagi badan pelajar adalah tidak benar.





Dakwaan UM cabuli autonomi mahasiswa tidak benar - KPT - Mkini - 28/08 12:43 am

PARLIMEN l Sebaliknya, Mustapha berkata semua universiti awam termasuk UM melantik pegawai penasihat sebagai mentor dan pemudah cara kepada badan pelajar.





500,000 pelajar dapat manfaat inisiatif Baucar Buku Madani RM100 - Mgazette - 28/08 7:48 am

# 500,000 pelajar dapat manfaat inisiatif Baucar Buku Madani RM100 KUALA LUMPUR - Seramai 500,000 orang pelajar institut pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT, merangkumi universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) akan menikmati inisiatif Baucar Buku Madani bernilai RM100 kepada para pelajar bermula esok hingga 12 Disember 2025





Inisiatif Baucar Buku MADANI RM100 untuk pelajar IPT mula dilaksana esok - KPT - Astroawani - 27/08 3:31 pm

Inisiatif merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI untuk menyokong pembelajaran pelajar dan meringankan beban kewangan.





Jumlah pelajar antarabangsa di lima universiti penyelidikan 21.3 peratus - KPT - Astroawani - 26/08 9:00 pm

KPT menafikan dakwaan bahawa pelajar antarabangsa di lima RU negara telah mencecah 27 peratus sehingga menjejaskan peluang pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian.





Hanya 8.7 peratus pelajar antarabangsa di UA setakat tahun lalu ... - Mgazette - 26/08 4:20 pm

# Hanya 8.7 peratus pelajar antarabangsa di UA setakat tahun lalu KPT KUALA LUMPUR Pelajar antarabangsa di universiti awam (UA) yang melanjutkan pengajian di peringkat prasiswazh dan pasca siswazah hanya berjumlah 53,322 orang atau 8.7 peratus setakat 31 Disember 2024



Suatu Khidmat atau Khianat? Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Negara: - Wrlr - 25/08 8:34 am

Peningkatan permintaan dalam bidang sosioekonomi (pelancongan, pengangkutan, penginapan, dan lain-lain). Mungkin ada sedikit impak negatif dari segi budaya, tetapi percayalah, kami di universiti sentiasa berada dalam pemantauan Bahagian Inspektorat KPT, Education Malaysia Global Services, dan Jabatan Imigresen Malaysia



Haim pertahan dakwaan, tuntut Zambry mohon maaf - Mgazette - 24/08 5:52 pm

Katanya, dalam kenyataan itu, dinyatakan bahawa Malaysia telah bersetuju secara prinsip untuk mempertimbangkan pelaksanaan _Graduate Pass_ bagi pelajar Bangladesh. Sehubungan itu, ujarnya, adalah wajar untuk beliau membangkitkan isu tersebut bagi mendapatkan penjelasan rasmi daripada KPT kerana ia menyentuh kepentingan rakyat Malaysia



Graduate Pass: Dr Haim Hilman bidas Dr Zambry KPT - Harakahdaily - 23/08 11:00 pm

KUBANG PASU: Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi Negeri Kedah, Prof Dr Haim Hilman Abdullah membidas kenyataan Dr Zambry Abd Kadir dan menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung isu ‘Graduate Plus @ Pass’ untuk pelajar Bangladesh. Tegasnya, kenyataan beliau dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini mempunyai asas yang kukuh dan bukanlah bersifat semborono seperti […] The post Graduate Pass: Dr Haim Hilman bidas Dr Zambry KPT appeared first on Harakahdaily .



KPT nafi dakwaan beri pas kerja kepada 10,000 pelajar Bangladesh - Thempress - 23/08 5:57 pm

PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan kononnya Malaysia telah bersetuju memberikan Graduate Pass kepada 10,000 pelajar Bangladesh bagi membolehkan mereka bekerja di negara ini



KBS, KPT bincang jadikan e-sukan kursus jangka panjang di IPT - Hannah - Astroawani - 19/08 9:55 pm

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus jangka panjang di institusi pengajian tinggi (IPT).



KBS KPT bincang e-sukan sebagai kursus jangka panjang di IPT - SUN - 19/08 9:28 pm

KUALA LUMPUR : Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus jangka panjang di institusi pengajian tinggi



Universiti awam pemangkin pembangunan bakat berasaskan kompetensi - Sinarharian - 19/08 9:30 am

BARU-baru ini semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-20, Perdana Menteri melancarkan Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam yang bertujuan membangunkan bakat kompeten dan berpotensi berasaskan prestasi secara berstruktur. Ia satu inisiatif yang amat baik dan pastinya diterima sepenuhnya oleh penjawat awam.Kerangka ini disokong oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT) 2015-2025 yang turut memfokuskan kecemerlangan bakat dan menjadikannya salah satu lonjakan dalam menghasilkan lebih ramai bakat cemerlang di negara ini.Tambahan pula, fokus utama Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2030 yang menjadi kesinambungan kepada PPPM(PT) 2015-2025 telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) antaranya adalah penyediaan bakat.Dalam konteks KPT, membangunkan bakat meliputi potensi pelajar, alumni dan staf untuk menjadi tenaga kerja kompeten di universiti awam



KPT teruskan siri jelajah perkenal IPT ke seluruh negeri – Mustapha - Thempress - 16/08 9:37 pm

SANDAKAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus melaksanakan siri jelajah ke seluruh negeri bagi memperkenalkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah kementerian itu khususnya Kolej Komuniti, Politeknik dan Universiti…



Ibu pelatih PALAPES mohon perintah mahkamah agar kubur anak digali semula - Mgazette - 15/08 3:39 pm

Pada 12 Ogos lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata jawatankuasa khas yang diwujudkan di bawah Kementerian Pertahanan bagi menyiasat kes kematian Allahyarham akan membuat kajian dan memastikan laporan lengkap dapat disediakan dalam kadar segera berhubung kematian pelajar itu. Zambry berkata, KPT tidak melindungi mana-mana pihak dalam siasatan kematian Allahyarham dan sudah mengarahkan UTM memberi kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa siasatan



31 kes buli dilapor di universiti awam sejak 2014 - Zambry - Sinarharian - 12/08 3:12 pm

KUALA LUMPUR Sebanyak 31 kes buli dilaporkan berlaku di lapan universiti awam (UA) dalam tempoh 11 tahun sejak 2014 hingga tahun ini.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kes yang dilaporkan berbentuk buli fizikal atau buli siber dengan tindakan telah diambil di peringkat pengurusan universiti masing-masing.Katanya, kes boleh berpunca disebabkan faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial dan kurang pengawasan ibu bapa."Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk buli atau kekerasan yang berlaku di institusi pendidikan tinggi (IPT) di bawah seliaan kementerian ini."KPT tidak akan melindungi pelaku dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional bagi kes buli yang dilaporkan berlaku di IPT," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.Beliau menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai langkah yang diambil KPT bagi mengekang kejadian buli di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).Zambry berkata, dalam konteks UA, pelajar terlibat dalam kes buli boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 3(1)(a)(ii), Kaedah-kaedah (Tatatertib Pelajar) yang diseragamkan melalui pindaan pada tahun 2024.Menurutnya, kaedah-kaedah itu memperuntukkan hukuman berdasarkan tahap keseriusan kesalahan dan hukuman boleh dikenakan satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman.Jelasnya lagi, hukuman yang diperuntukkan antaranya berbentuk amaran, khidmat masyarakat mengikut peraturan yang dibuat oleh lembaga yang tidak melebihi 24 jam serta denda tidak melebihi RM500.Hukuman lain yang boleh dikenakan ialah dilarang daripada berada dalam mana-mana bahagian kampus bagi suatu tempoh dan dibuang atau dilarang untuk tinggal di dalam desa siswa."Seseorang yang didapati bersalah atas kesalahan buli juga boleh digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi suatu tempoh atau dibuang daripada universiti," kata beliau.



KPT perluas pemasangan CCTV di kampus universiti awam tangani kes buli - Sinarharian - 12/08 12:21 am

KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melakukan penambahbaikan sistem keselamatan kampus melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) secara lebih meluas bagi menangani isu buli serta mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di semua universiti awam.Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, peluasan pemasangan CCTV itu merupakan salah satu daripada enam langkah diambil pihak kementerian.Menurutnya, KPT juga menerapkan budaya sifar toleransi terhadap buli dan memperkenalkan mekanisme sistem pelaporan kes buli."Langkah keempat adalah pelaksanaan program kesedaran dan pendidikan buli, manakala langkah kelima memberi penekanan terhadap pembinaan sahsiah, etika dan latihan kepimpinan bagi menyokong kemenjadian mahasiswa yang lebih positif."Langkah keenam pula melibatkan penetapan prosedur operasi standard (SOP) dan pembangunan garis panduan pengurusan salah laku buli," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa.Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PNAlor Setar) yang meminta penjelasan mengenai langkah diambil KPT untuk mengekang kejadian buli di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS).Zambry berkata, KPT sedang meneliti kaedah dan amalan terbaik selain mengkaji semula dasar sedia ada bagi menambah baik prosedur serta mekanisme menangani isu disiplin pelajar, khususnya gejala buli, dengan lebih berkesan.Tambahnya, statistik bagi tempoh 11 tahun, dari 2014 hingga 2025, mencatatkan 31 kes buli dilaporkan berlaku di lapan universiti awam, dan tindakan telah diambil di peringkat pengurusan universiti masing-masing."Kes berlaku dalam bentuk buli fizikal dan buli siber, yang boleh berpunca daripada faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial, dan kurangnya pengawasan daripada ibu bapa."Dalam konteks universiti awam, sekiranya pelajar terlibat dalam kes buli, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 3(1)(a)(ii) Kaedah-Kaedah (Tatatertib Pelajar) yang telah diseragamkan melalui pindaan pada 2024," ujarnya.Beliau menjelaskan, kaedah tersebut memperuntukkan hukuman berdasarkan tahap keseriusan kesalahan




Reformasi     >>



Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) masih .. - Harapandaily
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan bahawa pendekatan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) tidak digunakan oleh kerajaan. NBOS ialah pendekatan yang diperkenalkan sewaktu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. “Seiring dengan keperluan semasa dan aspirasi Malaysia MADANI, ..
Kroni     >>



EVs at lower risk of catching fire - Star
PETALING JAYA: The risk of fire in electric vehicles (EV) is far lower than combustion vehicles. Read full story
Tabloid     >>



Fattah, Amira Nak Kahwin Ada Juga Yang Tak Suka, .. - Rotikaya
Tinggal beberapa hari saja lagi bakal bergelar suami isteri, pasti ramai tidak sabat menantikan Fattah Amin dan Amira Othman untuk diijab kabulkan pada Ahad ini. Disebalik kegembiraan tersebut, ada segelintir... Baca selanjutnya → The post Fattah, Amira Nak Kahwin Ada Juga Yang Tak Suka, ..
Tech     >>



Samsung Galaxy S26 Pro leaks in more renders showing .. - Gsmarena
A few days ago we saw the first render depicting the upcoming Samsung Galaxy S26 Pro, the Galaxy S25's successor, and today we are treated to even more leaked renders. These are CAD-based and show multiple angles, we also get to see its front for the first time. Samsung is rumored to launch ..
World     >>



Putin and Netanyahu present twin challenges to Trump's .. - BBC
Israel's strikes in Doha and the Russian drone incursion could present major affronts to his authority.
Motor Trend     >>



Chery O5 kini rasmi, nama lain Omoda 5 - dari RM116,800 - Careta
Perbezaan yang dilakukan berbanding Omoda 5 terdahulu adalah O5 kini menerima sentuhan yang lebih diperhalusi dari aspek penggayaan serta pengalaman ride and handling. Chery O5 kini menerima unit kotak gear baharu jenis Dual Clutch Transmission (DCT) 6-kelajuan berbanding model terdahulu yang