![]() |
/// |
|
Search : Hun Manet News | Page 1 |
Fadhli mungkin ada masalah mental label orang binatang – Abbas - Mgazette - 31/07 10:56 am Sebagai rekod, Isnin lalu, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan. Persetujuan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Anwar Ibrahim selaku hos, Pengerusi ASEAN serta saksi kepada rundingan bersejarah itu.- MalaysiaGazette Saya Kena Teruk Letak Shuhaily Di AKPS - Saifuddin Siasatan Kecurian RM1.8 Juta Rumah Cucu Tun M Diteruskan |
ASEAN perlu terus kekal bersatu, berprinsipkan dialog - PM - Sinarharian - 30/07 8:33 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN perlu terus kekal bersatu, berprinsip dan berpaksikan dialog dalam mendepani tantangan serantau dan global.Beliau berkata, perkara berkenaan antara yang disentuh dalam perbualan telefon bersama Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr usai tiba ke tanah air dari Jakarta, Indonesia, malam tadi."Kami menyentuh mengenai perkembangan semasa di rantau ini, termasuk lawatan beliau ke Amerika Syarikat serta peranan penting ASEAN dalam memperkukuh kerjasama serantau," kata beliau dalam hantaran di media sosial.Perdana Menteri berkata, beliau dan Marcos turut membincangkan usaha pendamaian antara Kemboja dan Thailand yang semakin menampakkan hasil meskipun terdapat beberapa insiden mencabar proses itu."Malaysia menghargai sumbangan konstruktif kuasa-kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat serta rakan-rakan ASEAN dalam menjayakan rundingan ini," kata beliau.Isnin lepas, Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikai, hasil mesyuarat khas yang dipengerusikan beliau di Putrajaya.Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat berkenaan.Turut hadir Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.AS merupakan penganjur bersama mesyuarat itu, manakala China hadir sebagai pemerhati bagi menyokong penyelesaian damai terhadap situasi yang sedang berlaku.Kedua-dua negara berjiran Asia Tenggara itu mempunyai sejarah panjang pertikaian diplomatik melibatkan 817 kilometer sempadan bersama yang belum ditandakan sepenuhnya.Ketegangan antara Thailand dan Kemboja memuncak sejak 28 Mei susulan pertempuran antara tentera kedua-dua negara berhampiran kawasan sempadan di Preah Vihear, yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.Konflik terbaharu tercetus pada 24 Julai lepas dengan beberapa insiden pertempuran dilaporkan di kawasan sempadan di utara Kemboja yang mengakibatkan korban jiwa di kedua-dua pihak |
ASEAN as global peace model affirmed by Malaysia and Brunei - SUN - 29/07 10:01 pm The breakthrough follows a special ASEAN meeting chaired by Anwar in Putrajaya, where Thailand and Cambodia agreed to an immediate and unconditional ceasefire to de-escalate border tensions. The meeting saw the participation of Cambodian Prime Minister Hun Manet and Thai Acting Prime Minister Phumtham Wechayachai |
Malaysias PM Anwar facilitates Cambodia-Thailand ceasefire as ASEAN chair - SUN - 29/07 8:04 pm The breakthrough came after Anwar chaired a special meeting where both nations agreed to an immediate, unconditional ceasefire. Cambodian Prime Minister Hun Manet and Thailands acting Prime Minister Phumtham Wechayachai attended, alongside US Ambassador Edgard Kagan and Chinas Ambassador Ouyang Yujing |
Anwars role in Thailand-Cambodia ceasefire wins praise from Wan Rosdy - SUN - 29/07 8:01 pm He praised Anwars leadership as ASEAN Chair, which led to the successful mediation of the border dispute. The ceasefire agreement was announced after a special meeting in Putrajaya, attended by Cambodian Prime Minister Hun Manet and Acting Thai Prime Minister Phumtham Wechayachai |
Ahmad Fadhli tidak berhasrat minta maaf, serah kepada polis - Sinarharian - 29/07 6:41 pm SHAH ALAM Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan tidak berhasrat memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik satu karikatur yang didakwa menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan susulan laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak."Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan. Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf," katanya seperti dipetik Free Malaysia Today (FMT) pada Selasa.Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa Ahmad Fadhli membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja susulan kenyataan serta hantaran yang didakwa memperlekeh usaha gencatan senjata antara kedua-dua negara tersebut.Muhammad Kamil menyifatkan tindakan Ahmad Fadhli sebagai tidak beradab dan memalukan negara, ketika peranan Malaysia khususnya Anwar Ibrahim yang diiktiraf dunia sebagai arkitek keamanan serantau.Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan turut senada dan menganggap hantaran tersebut sebagai keterlaluan serta mendesak Ahmad Fadhli agar memohon maaf kepada Anwar.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh pula mengecam hantaran itu dengan menegaskan bahawa Islam tidak mengajar umatnya menghina orang lain, sambil menyifatkan tindakan Ahmad Fadhli sebagai tidak matang.Hantaran yang dimuat naik oleh Ahmad Fadhli di media sosial sebelum ini memaparkan satu karikatur tiga watak haiwan, kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang, sementara seekor monyet bertindak sebagai 'hakim'.Hantaran tersebut turut disertakan kapsyen: "Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang."Walau bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadam selepas menerima kritikan ramai.Susulan itu, beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis terhadap beliau.Pada Isnin lalu, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.Persetujuan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Anwar Ibrahim selaku hos, Pengerusi ASEAN, serta saksi kepada rundingan bersejarah itu. |
Gencatan senjata diusahakan Putrajaya serlahkan pengaruh diplomatik ASEAN - PM - Sinarharian - 29/07 6:40 pm JAKARTA - Persetujuan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dan Kemboja pada Isnin mencerminkan bukan sahaja kekuatan ASEAN untuk memanggil suatu mesyuarat, tetapi juga keterlibatan konstruktif rakan-rakan anggotanya dalam memelihara kestabilan serantau, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam ucapan dasar mengenai ASEAN yang disampaikan di Sekretariat ASEAN di sini pada Selasa, Anwar yang juga pengerusi semasa blok serantau itu berkata, episod berkenaan menjadi pengesahan penting terhadap nilai-nilai yang telah lama membawa kemakmuran kepada rantau ini."Dengan terus menjunjung Piagam ASEAN dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC), kita boleh mengukuhkan hasil keamanan, sekali gus memastikan ASEAN kekal sebagai sebuah komuniti yang berpaksikan kepercayaan, kerjasama dan kemakmuran bersama untuk generasi akan datang," katanya.Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn turut hadir pada majlis berkenaan.Pada Isnin, Anwar berjaya menjadi orang tengah dalam mencapai gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dan Kemboja menerusi mesyuarat khas di Putrajaya, yang mendapat pujian antarabangsa dan menjadikan Malaysia tumpuan sejagat.Amerika Syarikat merupakan penganjur bersama mesyuarat itu, manakala China hadir sebagai pemerhati dengan hasrat menyokong penyelesaian aman terhadap ketegangan yang berlaku.Menurut Anwar, episod berkenaan mengingatkan ASEAN bahawa sifat sabar, saling mempercayai dan diplomasi berterusan yang telah memastikan keamanan rantau ini, adalah nilai yang sama memberi erti kepada kedudukan kepusatan dan perpaduan ASEAN pada masa kini."Saya secara konsisten menegaskan bahawa kepusatan, perpaduan dan autonomi ASEAN perlu kekal menjadi kompas dalam perjalanan kolektif kita ke hadapan."Namun, kita harus sedar bahawa etos ini bukan suatu hak, sebaliknya satu keistimewaan yang kita perlu bekerja keras mempertahankannya dalam peralihan dinamik serantau dan global. Dalam dunia yang berpecah-pecah, kepusatan dan perpaduan ASEAN lebih bermakna daripada sebelumnya," katanya.Perdana Menteri turut memuji Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai atas kepimpinan mereka, serta Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan kepimpinan China atas keterlibatan konstruktif masing-masing.Menurutnya, kehadiran dan kerjasama semua pihak mengesahkan bahawa keamanan hanya dapat dicapai menerusi dialog, saling menghormati dan komitmen bersama terhadap kestabilan.Anwar kini berada di Indonesia bagi lawatan kerja dua hari sempena Rundingan Tahunan ke-13 Malaysia-Indonesia dari 28 Julai.Beliau tiba di Jakarta pada Isnin diiringi beberapa pegawai kanan termasuk Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek |
KSN ucap tahniah Anwar atas rundingan gencatan senjata Thailand-Kemboja - SUN - 29/07 5:46 pm Semalam, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sempadan yang dipertikaikan. Mesyuarat itu dihadiri Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai |
Hormati usaha diplomatik dilakukan PM - Nie Ching - Sinarharian - 29/07 4:48 pm PETALING JAYA - Inisiatif diplomatik yang dimainkan oleh Malaysia dalam usaha menangani konflik Kemboja dan Thailand harus dihormati semua pihak tanpa mengira perbezaan fahaman politik, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.Beliau berkata, usaha Malaysia sehingga membawa kepada gencatan senjata antara kedua-dua negara tidak seharusnya dijadikan bahan ejekan atau dipersenda oleh mana-mana pihak termasuk pemimpin politik."Saya rasa walaupun ada perbezaan politik, tidak ada pemimpin yang wajar mempersendakan perkara ini kerana walaupun saya faham dalam politik, kalau datang daripada pembangkang, memanglah banyak kritikan terhadap kerajaan dan pemimpin daripada kerajaan."Tetapi jangan persendakan perkara ini, perkara yang serius ini berlaku di negara ASEAN, ada nyawa yang terkorban, jangan persendakan dan jangan memperlekehkan pemimpin-pemimpin negara lain juga," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Pertukaran Kerjasama Teknologi dan Perdagangan Malaysia-China 2025 di sini pada Selasa.Nie Ching berkata, peranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand wajar dibanggakan rakyat Malaysia.Beliau berkata, Perdana Menteri menggunakan sepenuhnya peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk menganjurkan pertemuan penting itu yang membawa kepada gencatan senjata antara Bangkok dan Phnom Penh."Saya rasa sebagai warganegara Malaysia, kita harus rasa bangga dengan apa yang Perdana Menteri telah capai sebagai seorang pemimpin negara serta Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN."Saya rasa beliau benar-benar telah melakukannya dengan sangat baik, bukan sahaja untuk Thailand dan Kemboja tetapi juga untuk seluruh ASEAN," katanya.Semalam, Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikai hasil mesyuarat khas dipengerusikan beliau di Putrajaya.Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat berkenaan |
Rakyat melancong ke Thailand diminta berhati-hati - Polis Kelantan - Sinarharian - 29/07 3:49 pm KOTA BHARU Polis Kelantan menasihati rakyat negeri ini yang melancong ke Thailand agar lebih berhati-hati dan tidak mengunjungi kawasan yang masih bersiko susulan konflik sempadan membabitkan negara itu dan Kemboja ketika ini.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, walaupun tiada halangan untuk merentas sempadan, orang ramai perlu sentiasa peka terhadap tahap keselamatan di lokasi dituju, terutama di kawasan berisiko seperti di utara Thailand."Kami tak halang rakyat nak melawat ke sana, tapi dinasihatkan supaya berhati-hati."Perlu peka kerana keadaan belum stabil," katanya ketika ditemui menghadiri Majlis Perasmian Hari Sayyidatina Khadijah: Karnival Kelantanku Cakna di Masjid Jamek Muhammadi di sini pada Selasa.Beliau turut mengingatkan bahawa kawalan keselamatan di sempadan negeri ini dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Ketegangan antara Thailand dan Kemboja mencapai tahap paling genting dalam tempoh lebih sedekad apabila sempadan sepanjang lebih 800 kilometer kembali mencetuskan konflik ketenteraan khususnya di sekitar wilayah Sisaket dan Oddar Meanchey.Pertempuran kecil pernah berlaku sebelum ini, namun konflik kali ini dianggap paling serius apabila jet pejuang mula digunakan yang menandakan peningkatan mendadak dalam tahap ketenteraan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam usaha meredakan konflik tersebut dengan menganjurkan satu pertemuan khas damai ThailandKemboja di Putrajaya pada Isnin yang disertai Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.Gencatan senjata dicapai secara rasmi pada tengah malam Isnin dengan sokongan penuh daripada ASEAN dan pujian antarabangsa termasuk Amerika Syarikat.Ketegangan bagaimanapun masih dirasai apabila tentera Thailand mendakwa Kemboja melanggar perjanjian beberapa jam selepas gencatan senjata dikuatkuasakan.Dalam konteks sempadan Kelantan, daerah seperti Rantau Panjang, Tumpat dan Pasir Mas menjadi antara laluan utama keluar masuk ke Thailand dan sering menjadi tumpuan rakyat Kelantan untuk tujuan perniagaan serta pelancongan."Polis memandang serius sebarang perkembangan di sempadan negara."Orang ramai digalak mendapatkan maklumat rasmi sebelum melakukan perjalanan ke luar negara termasuk boleh merujuk Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Malaysia di Thailand dan agensi keselamatan tempatan," katanya |
Jerman iktiraf peranan Malaysia jadi pemudah cara konflik Thailand-Kemboja - Sinarharian - 29/07 3:39 pm KUALA LUMPUR - Jerman merakamkan penghargaan kepada Malaysia yang telah memainkan peranan aktif sebagai pemudah cara dalam usaha menyelesaikan konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghargaan itu disampaikan oleh Canselor Jerman, Friedrich Merz menerusi perbualan telefon lewat petang semalam."(Ini) satu pengiktirafan terhadap keupayaan diplomasi serantau dan komitmen Malaysia dalam mendukung keamanan serta kestabilan ASEAN."Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia kekal komited memperkukuh perpaduan dan kestabilan serantau melalui pendekatan diplomasi, dialog dan prinsip kemanusiaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Menurut Anwar, dalam perbualan itu, beliau dan Merz turut bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia-Jerman yang semakin kukuh, selain menyatakan komitmen bersama untuk memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang."Kerjasama erat dengan rakan antarabangsa seperti Jerman amat penting dalam memperkukuh peranan ASEAN sebagai blok serantau yang berwibawa, progresif dan berprinsip," katanya.Semalam, Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil mesyuarat khas dipengerusikan beliau di Putrajaya.Mesyuarat tersebut dihadiri Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai |
PM pamer kepimpinan berani selaku Pengerusi ASEAN – AMK - Mgazette - 29/07 3:35 pm Semalam, satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anwar selaku Pengerusi ASEAN telah diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai turut menghadiri mesyuarat khas itu |
Henti guna doa kehancuran kerana perbezaan politik – Dr Akmal - Mgazette - 29/07 3:35 pm Petang semalam, Anwar bertindak sebagai Pengerusi ASEAN dan saksi kepada perbincangan bersejarah melibatkan Thailand dan Kemboja yang sedang berperang. Menerusi mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat |
Malaysia brokers Thailand-Cambodia ceasefire, wins global praise - SUN - 29/07 2:54 pm Despite the involvement of global powers such as the United States (US) and China, Malaysias role as current ASEAN Chair proved crucial in preventing a broader humanitarian crisis stemming from the century-long border conflict, which had already claimed over 30 lives and displaced more than 300,000 people within just five days. Anwars success in bringing both Cambodian Prime Minister Hun Manet and Thailands Acting Prime Minister Phumtham Wechayachai to the negotiation table has been widely applauded |
Anwar: Focused on peace, not pressure in ASEAN conflict - SUN - 29/07 2:08 pm Thats what I conveyed to both China and the United States, Anwar said during a meeting with the Association of Malaysian Indonesian Journalists (ISWAMI) and chief editors of major Indonesian media outlets here today. Anwar said that he personally contacted both Cambodian Prime Minister Hun Manet and Thailands Acting Prime Minister Phumtham Wechayachai on July 24, leading to a temporary ceasefire between the two nations |
Fadhli Shaari digesa minta maaf kepada Thailand, Kemboja - SUN - 29/07 1:38 pm Semalam, Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta hasil mesyuarat khas di Putrajaya. Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai turut hadir |
Konflik Thailand-Kemboja: 'Saya hanya fokus kepada penyelesaian' - Anwar - Sinarharian - 29/07 1:30 pm JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya memfokuskan kepada penyelesaian berkaitan konflik Thailand dan Kemboja, bagi memastikan rantau Asean kekal stabil dan aman."Saya fokuskan kepada penyelesaian, itu yang saya sampaikan kepada China dan Amerika Syarikat."Saya buat panggilan (kepada) kedua-duanya (Perdana Menteri Kemboja dan Thailand) pada hari itu (24 Julai 2025) dan berlaku gencatan senjata."(Mereka) memerlukan waktu untuk tentera (berundur), namun keesokannya (25 Julai), berlaku lagi (konflik)," kata Anwar pada pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) serta pemimpin redaksi (pemred@ketua-ketua pengarang) Indonesia di sini hari ini.Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas pelbagai spekulasi kononnya gencatan senjata itu berlaku berikutan tekanan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan isu tarif terhadap Kemboja dan Thailand.Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas pertemuan khas di Putrajaya, Malaysia semalam, dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada pertemuan yang dipengerusikan Anwar.Pertemuan khas itu mendapat liputan meluas seluruh dunia, termasuk media Indonesia, yang memuji peranan Anwar dalam merealisasikan gencatan senjata berkenaan |
Konflik Thailand-Kemboja: 'Saya hanya fokus kepada penyelesaian' - Anwar - Sinarharian - 29/07 1:30 pm JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya memfokuskan kepada penyelesaian berkaitan konflik Thailand dan Kemboja, bagi memastikan rantau Asean kekal stabil dan aman."Saya fokuskan kepada penyelesaian, itu yang saya sampaikan kepada China dan Amerika Syarikat."Saya buat panggilan (kepada) kedua-duanya (Perdana Menteri Kemboja dan Thailand) pada hari itu (24 Julai 2025) dan berlaku gencatan senjata."(Mereka) memerlukan waktu untuk tentera (berundur), namun keesokannya (25 Julai), berlaku lagi (konflik)," kata Anwar pada pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) serta pemimpin redaksi (pemred@ketua-ketua pengarang) Indonesia di sini hari ini.Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas pelbagai spekulasi kononnya gencatan senjata itu berlaku berikutan tekanan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan isu tarif terhadap Kemboja dan Thailand.Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas pertemuan khas di Putrajaya, Malaysia semalam, dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada pertemuan yang dipengerusikan Anwar.Pertemuan khas itu mendapat liputan meluas seluruh dunia, termasuk media Indonesia, yang memuji peranan Anwar dalam merealisasikan gencatan senjata berkenaan |
Pas leader urged to apologise for mocking Thai-Cambodia ceasefire initiative - Sinardaily - 29/07 11:57 am From the President of the United States and President of China to the entire Asean community, the world welcomed this initiative, but our opposition chose to respond with cynicism."They forget that during their time in power, no diplomatic breakthrough of this scale was achieved. Now that the Madani government is actively engaging in international diplomacy and conflict resolution, the opposition resorts to sowing hatred and resentment, he said.Earlier, Fadhli posted an image on social media depicting a goat and a sheep fighting over a banana, with a monkey acting as the judge, along with a caption that read: "The goat and sheep shouldnt need a monkey to mediate a dispute over a banana.Yesterday, Anwar announced that Thailand and Cambodia had agreed to an immediate and unconditional ceasefire to ease tensions along their disputed border, following a special meeting chaired by the Prime Minister in Putrajaya.Cambodian Prime Minister Hun Manet and Thailands Acting Prime Minister Phumtham Wechayachai attended the meeting |
Trump dakwa tamatkan konflik Thai-Kemboja, gelar diri 'presiden keamanan' - Mkini - 29/07 11:21 am Trump berkata dia telah berbincang dengan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet. |
Malaysia perantara rundingan Thailand-Kemboja sebagai pengerusi ASEAN - SUN - 29/07 10:31 am Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat selepas pertemuan di Putrajaya hari ini. Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai berkomitmen memulihkan keadaan seperti biasa mulai tengah malam ini |
Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand-Kemboja Bukti Kepimpinan ASEAN .. - Wrlr - 29/07 9:38 am Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025 |
AS Puji Kepimpinan PM Anwar Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata - Wrlr - 29/07 9:33 am Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata ini, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara AS, lewat malam tadi. Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025 |
Cambodian PM Hun Manet hails ceasefire with Thailand as brilliant result, thanks Anwar for peace talks - Malaymail - 29/07 9:24 am PHNOM PENH, July 29 Cambodian Prime Minister Hun Manet hailed the ceasefire as a brilliant result... |
PM tunjuk kepimpinan berwibawa, pacu peranan Malaysia sebagai Pengerusi .. - Mgazette - 29/07 8:08 am Awal hari ini, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan. Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dengan Anwar bertindak sebagai hos Pengerusi ASEAN dan saksi kepada perbincangan bersejarah itu |
ABIM puji peranan proaktif PMX kembalikan kestabilan serantau - Mgazette - 29/07 8:08 am Kejayaan tersebut diumumkan Perdana Menteri selaku hos, pengerusi ASEAN dan saksi bagi Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini. Mesyuarat khas tersebut dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet |
Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja bermula di Putrajaya di tengah ketegangan .. - Mgazette - 29/07 8:08 am Mesyuarat itu diusahakan oleh Malaysia menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN, dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak dan memulihkan kestabilan di kawasan sempadan yang terjejas akibat konflik. Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai tiba di Seri Perdana pada 2.51 petang, diikuti Perdana Menteri Kemboja Hun Manet tidak lama kemudian |
Thailand, Kemboja setuju laksana gencatan senjata - Mgazette - 29/07 8:08 am Kenyataan bersama itu dikeluarkan berikutan mesyuarat khas yang dipengersuikan, dihos dan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya. Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menghadiri mesyuarat yang bermula jam 3 petang itu |
Malaysia-brokered truce ends border clashes - SUN - 29/07 8:00 am PETALING JAYA : In a major diplomatic breakthrough, Cambodia and Thailand have agreed to an immediate and unconditional ceasefire, which took effect last night following a high-level special meeting in Putrajaya chaired by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. The meeting brought together Cambodian Prime Minister Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet and Thailands Acting Prime Minister Phumtham Wechayachai, and was co-organised by the United States with active participation from China signalling broad international commitment to de-escalating tensions along the Cambodian-Thai border |
AS puji peranan Anwar dalam gencatan senjata Thailand-Kemboja - Sinarharian - 29/07 12:41 am SHAH ALAM - Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menjayakan rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang mencapai kata sepakat untuk menghentikan konflik sempadan mulai tengah malam Isnin.Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dalam satu kenyataan pada Isnin, menyifatkan gencatan senjata itu sebagai langkah penting ke arah mengakhiri ketegangan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu di sempadan dua negara jiran di Asia Tenggara itu."Presiden Donald Trump dan saya komited terhadap penghentian segera segala bentuk keganasan, dan menjangkakan agar kedua-dua negara menunaikan komitmen mereka untuk menamatkan konflik ini."Kami amat menghargai kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta kesediaan beliau menjadi tuan rumah bagi rundingan gencatan senjata ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambah Rubio, AS kekal komited dalam menyokong proses damai itu dan akan terus terlibat secara aktif dalam inisiatif bersama Malaysia."Kami menggesa semua pihak yang terlibat agar mematuhi sepenuhnya segala persefahaman yang telah dicapai," katanya.Rundingan damai tersebut menyaksikan persetujuan bersama dicapai antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.Kejayaan tersebut diumumkan oleh Anwar selaku hos, Pengerusi ASEAN dan saksi bagi Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana.Menurut Anwar, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan diplomatik yang konstruktif dan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan serta keselamatan.Satu mesyuarat tidak rasmi akan diadakan antara komander wilayah tentera Thailand dan Kemboja pada jam 7 pagi, 29 Julai 2025.Mesyuarat tersebut akan disusuli dengan pertemuan bersama atase pertahanan yang akan diketuai oleh Pengerusi ASEAN, sekiranya dipersetujui kedua-dua pihak. |
Satu dunia jadi saksi Anwar satukan dua negara berseteru - Harapandaily - 28/07 10:28 pm OLEH PENULIS KHAS Ini bukan antara Safwan dan Afnan Di sebuah dewan perbincangan khas di Kuala Lumpur, udara terasa tebal dengan ketegangan diplomatik. Di sebelah kanan duduk Samdech Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja, wajahnya serius |
Malaysia mediates Cambodia-Thailand ceasefire with ASEAN support - SUN - 28/07 9:43 pm The breakthrough followed a special meeting hosted by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who currently chairs ASEAN. Cambodian Prime Minister Hun Manet called the talks urgent and timely, crediting Anwars leadership for halting hostilities that had displaced thousands |
PM berjaya jadi pendamai, elak krisis serantau - MB Selangor - Sinarharian - 28/07 9:38 pm SHAH ALAM Malaysia sekali lagi membuktikan kematangan diplomatiknya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi pendamai dalam konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand yang hampir mencetuskan perang serantau.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Anwar telah memainkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN dengan mengadakan sesi mediasi pada petang tadi melibatkan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai."Hasil rundingan itu, satu gencatan senjata tanpa syarat telah dicapai dan akan berkuat kuasa tengah malam ini," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.Amirudin berkata, kepimpinan yang ditampilkan Perdana Menteri berjaya membawa keamanan antara dua negara jiran itu yang hampir terjerumus ke kancah peperangan akibat pertikaian sepanjang kira-kira 187 kilometer sempadan kedua-dua negara.Menurut beliau, kejayaan tersebut bukan sahaja melegakan seluruh ASEAN malah menunjukkan kemampuan, ketenangan serta sifat kenegaraan Anwar yang wajar dijadikan model dalam penyelesaian konflik di rantau ini."Rundingan dan mediasi berasaskan keamanan mesti dijadikan mekanisme utama bagi menyelesaikan pertikaian serantau |
Anwars diplomacy secures Cambodia-Thailand truce, boosts ASEAN spirit - SUN - 28/07 9:36 pm Thailand and Cambodia agree to an immediate and unconditional ceasefire amid rising tensions along their disputed border, following a special meeting held in Putrajaya chaired by Anwar today. Cambodian Prime Minister Hun Manet and Thailands acting Prime Minister Phumtham Wechayachai affirmed their commitment to de-escalation, agreeing to an immediate ceasefire and a return to normalcy effective from 2400 hours (local time) on July 28, 2025 |
Kemboja, Thailand hargai peranan Anwar, Malaysia dalam gencatan senjata serta-merta - Sinarharian - 28/07 9:01 pm PUTRAJAYA - Kemboja dan Thailand menyatakan penghargaan mendalam kepada Malaysia atas ketegasan dalam memainkan peranannya bagi memastikan pelaksanaan gencatan senjata serta-merta antara kedua-dua negara yang berkonflik sejak Khamis lepas.Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menyifatkan mesyuarat khas yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi ASEAN, sebagai "amat penting dan tepat pada masanya", serta memuji inisiatif beliau dalam mengantara pelaksanaan gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dan Thailand."Hari ini kita bermesyuarat dengan baik dan membuahkan hasil yang sangat positif, dan kita berharap ia akan menghentikan serta-merta pertempuran yang telah mengorbankan banyak nyawa, mencederakan ramai penduduk dan menyebabkan pemindahan besar-besaran."Kami berharap penyelesaian yang diumumkan Perdana Menteri Anwar akan menjadi asas bagi perbincangan dua hala untuk memulihkan hubungan seperti sediakala dan sebagai asas kepada pengurangan ketegangan melibatkan ketenteraan pada masa depan," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas pada Isnin bersama Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.Dalam masa sama, Hun Manet dan Phumtham turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada peranan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan China dalam mesyuarat penting ini serta sokongan mereka terhadap keamanan.Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, di sini ialah Duta AS ke Malaysia, Edgard Kagan dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.AS bertindak sebagai penganjur bersama mesyuarat itu manakala China hadir sebagai pemerhati.Hun Manet berkata, krisis di sempadan telah menyebabkan seramai 300,000 orang menjadi pelarian, dengan 140,000 orang berada di pihak Kemboja manakala selebihnya daripada pihak Thailand.Beliau turut menghargai peranan positif yang dimainkan oleh Phumtham dalam dialog membina hari ini sehingga membawa kepada persetujuan untuk menghentikan pertempuran berkuat kuasa tengah malam ini.Dalam mesyuarat itu, Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama termasuk pelaksanaan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat, berkuat kuasa mulai jam 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai.Kedua-dua negara juga akan mengadakan mesyuarat tidak rasmi antara pegawai pemerintah serantau pada jam 7 pagi 29 Julai, diikuti dengan mesyuarat bersama Atase Pertahanan yang diketuai oleh Pengerusi ASEAN, tertakluk kepada persetujuan bersama.Kemboja dan Thailand turut bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) pada 4 Ogos yang akan dihoskan oleh Kemboja.Hun Manet berkata, GBC akan menjadi platform yang baik bagi memperluas perbincangan untuk memulihkan keadaan seperti sediakala.Mengulangi penghargaan terhadap hasil mesyuarat itu, beliau menyatakan keyakinan bahawa: " hasil yang kita capai hari ini akan membuka peluang besar kepada ratusan ribu orang di kedua-dua pihak untuk kembali kepada kehidupan normal, menghentikan pertempuran antara kedua-dua negara, dan mula membina semula kepercayaan serta kerjasama antara Kemboja dan Thailand."Sementara itu, Phumtham berkata, hasil mesyuarat pada Isnin mencerminkan hasrat Thailand untuk mencapai penyelesaian secara aman demi mempertahankan kedaulatan negara dan melindungi nyawa rakyat."Kami bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dengan penuh keikhlasan daripada kedua-dua pihak," katanya.Selepas mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam, pemimpin Thailand dan Kemboja beredar dari Kompleks Seri Perdana masing-masing pada jam 6:03 petang dan 6:10 petang |
Usaha diplomasi Anwar hentikan konflik Kemboja-Thailand perkukuh ASEAN - SUN - 28/07 8:56 pm Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata secara serta-merta selepas pertemuan khas di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Anwar. Pemimpin kedua-dua negara, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai, berkomitmen untuk memulihkan keadaan di sempadan |
Konflik Thailand-Kemboja: Malaysia tunjang diplomasi serantau - Sinarharian - 28/07 7:36 pm SHAH ALAM Keberanian dan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku perantara dalam rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja membuktikan bahawa Malaysia bersedia memainkan peranan besar dalam membawa keamanan di rantau Asia Tenggara.Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berkata, selaku Pengerusi ASEAN, Anwar telah memperkukuh keyakinan serantau bahawa konflik boleh diselesaikan melalui meja rundingan, bukan melalui kekerasan bersenjata.Menurut beliau, langkah diplomatik yang diambil Perdana Menteri mencerminkan kepimpinan Malaysia yang matang, berwibawa dan berorientasikan keamanan sejagat."Pemuda Amanah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri yang hari ini berjaya mempertemukan pemimpin Thailand dan Kemboja dalam rundingan gencatan senjata di Putrajaya."Pertempuran yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bukan sahaja mengorbankan lebih 30 nyawa, malah memaksa ratusan ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka."Kami percaya rundingan ini akan menjadi asas penting untuk mengembalikan kestabilan dan membina kepercayaan antara kedua-dua negara jiran. Malaysia menunjukkan bahawa suara yang ikhlas untuk perdamaian sentiasa mendapat tempat di pentas antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, Anwar memaklumkan bahawa rundingan tersebut berlangsung di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada jam 3 petang.Terbaharu, beliau mengesahkan bahawa Thailand dan Kemboja telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula malam Isnin.Persefahaman tersebut dicapai hasil rundingan antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.Menurut Anwar, satu mesyuarat tidak rasmi akan diadakan melibatkan komander serantau termasuk Wilayah Ketenteraan 1 dan 2 dari pihak Thailand serta Wilayah Ketenteraan 4 dan 5 dari pihak Kemboja, yang dijadualkan pada jam 7 pagi, Selasa.Mesyuarat tersebut akan disusuli dengan pertemuan bersama Atase Pertahanan yang akan diketuai oleh Pengerusi ASEAN, sekiranya dipersetujui oleh kedua-dua pihak. |
Gencatan senjata serta-merta Thailand, Kemboja bukti ASEAN terus relevan - ABIM - Sinarharian - 28/07 7:26 pm SHAH ALAM - Kejayaan Thailand dan Kemboja mencapai persefahaman melaksanakan gencatan senjata serta-merta membuktikan ASEAN terus relevan sebagai platform utama penyelesaian konflik serantau.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, kejayaan itu turut menyerlahkan peranan proaktif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN yang berjaya menyatukan kekuatan politik serantau dengan sokongan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China selaku penaja bersama rundingan."ABIM menyambut baik dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan pimpinan Thailand dan Kemboja dalam mencapai persefahaman untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula tengah malam ini bagi menghentikan ketegangan di sempadan kedua-dua negara yang telah meragut nyawa dan menggugat kestabilan serantau."ABIM memuji peranan Malaysia dalam mengembalikan kestabilan serantau menerusi rundingan diplomatik yang tuntas, berprinsip dan inklusif," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula malam Isnin susulan rundingan khas di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Persefahaman itu dicapai hasil rundingan antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Malaysia sebagai tuan rumah dan Pengerusi ASEAN 2025 yang bertindak sebagai pemudah cara penyelesaian konflik sempadan.Ahmad Fahmi turut menyeru agar kuasa-kuasa besar dunia terus menyokong pendekatan damai yang diterajui ASEAN, mengelak eksploitasi konflik demi kepentingan strategik masing-masing, serta memperkukuh kepimpinan serantau bagi penyelesaian konflik secara berdaulat."ABIM menggesa agar semua pihak mematuhi sepenuhnya perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui dan menghentikan serta-merta segala bentuk provokasi bersenjata bermula tengah malam ini."ABIM turut menyarankan agar ASEAN segera menubuhkan pasukan pemantau yang bebas dan berkecuali bagi memastikan pelaksanaan gencatan senjata berjalan lancar dalam tempoh yang dipersetujui," katanya.Tambahnya lagi, sebagai manifestasi solidariti serantau, bantuan kemanusiaan ASEAN wajar disalurkan segera kepada semua yang terkesan, khususnya mangsa perpindahan, keluarga kehilangan tempat tinggal dan waris mereka yang terkorban akibat konflik.ABIM turut menyeru rakyat Thailand dan Kemboja, termasuk komuniti digital kedua-dua negara, agar menahan diri daripada menyebarkan provokasi, naratif kebencian dan tuduhan liar di media sosial."Pendekatan ini penting untuk menghidupkan kembali semangat muafakat dan penghormatan rentas sempadan, demi masa depan bersama yang damai."Sebagai gerakan masyarakat Madani, ABIM komited bekerjasama dengan rangkaian masyarakat sivil seluruh ASEAN bagi memperkukuh budaya damai, menyantuni mangsa konflik dan memastikan suara rakyat menjadi sebahagian daripada proses membina keamanan yang mampan," jelasnya.Beliau turut mencadangkan penubuhan Sidang Masyarakat Madani ASEAN untuk Keamanan Serantau sebagai ruang dialog dan rekonsiliasi, serta pelaksanaan Program Pendidikan Keamanan ASEAN, khususnya untuk komuniti sempadan dan golongan belia serantau. |
Thailand dan Kemboja setuju gencatan senjata - PM Anwar - SUN - 28/07 7:25 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu susulan mesyuarat khas di Kompleks Seri Perdana. Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet hadir dalam perbincangan yang bermula jam 3 petang |
Gencatan senjata buka lembaran baharu buat rakyat - PM Kemboja - Sinarharian - 28/07 7:09 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menyifatkan kejayaan melaksanakan gencatan senjata dengan Thailand sebagai pencapaian penting yang membuka lembaran baharu buat rakyat kedua-dua negara.Menurut beliau, persefahaman tersebut yang dicapai dalam Mesyuarat Khas dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memberikan nafas baharu kepada lebih 300,000 pelarian yang terkesan akibat konflik sempadan yang berlaku sebelum ini."Saya yakin keputusan yang dicapai hari ini akan membuka banyak peluang kepada puluhan ribu rakyat yang berada di luar negara untuk kembali ke ASEAN dan memulakan semula proses membina kepercayaan, kesetiaan serta kerjasama," katanya.Hun Manet berkata demikian dalam satu sidang media bersama selepas Mesyuarat Khas antara Kemboja dan Thailand yang berlangsung pada Isnin.Sebelum ini, Anwar memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula malam Isnin, hasil rundingan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana pada jam 3.15 petang.Hun Manet turut merakamkan penghargaan kepada Anwar atas usaha dan inisiatif peribadinya dalam menganjurkan serta mempengerusikan mesyuarat tergempar itu."Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tergempar dan tepat pada masanya ini, serta atas usaha dan inisiatif peribadi beliau sebagai orang tengah kepada gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dan Thailand pada 24 Julai 2025."Saya juga berterima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan kerajaan China atas sokongan mereka dalam proses damai ini," ujarnya.Dalam masa sama, beliau turut menghargai peranan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai yang telah terlibat secara positif dalam dialog tersebut sehingga membawa kepada persetujuan untuk menghentikan pertempuran serta-merta dan membuka ruang kepada kerjasama antara ketenteraan kedua-dua negara mulai pagi esok.Sementara itu, Phumtham menyatakan bahawa hasil perbincangan tersebut mencerminkan komitmen Thailand untuk menyelesaikan konflik secara damai."Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar, kerajaan China dan Presiden Trump atas keprihatinan serta niat baik anda semua."Hasil keputusan hari ini mencerminkan hasrat Thailand untuk mencapai penyelesaian secara aman |
Thailand, Kemboja capai persetujuan gencatan senjata serta-merta - Sinarharian - 28/07 6:09 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula malam Isnin ini.Menurut beliau, persefahaman tersebut dicapai susulan rundingan antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai yang diadakan di Kompleks Seri Perdana."Kedua-dua Kemboja dan Thailand telah mencapai persefahaman bersama seperti gencatan senjata segera dan tanpa syarat, berkuat kuasa selama 24 jam mulai 28 Julai 2025 mengikut waktu tempatan."Ini merupakan langkah pertama yang penting ke arah pengurangan ketegangan serta pemulihan keamanan dan keselamatan."Kedua, satu mesyuarat tidak rasmi akan diadakan melibatkan komander serantau termasuk Wilayah Ketenteraan 1 dan 2 dari pihak Thailand serta Wilayah Ketenteraan 4 dan 5 dari pihak Kemboja pada jam 7 pagi, 29 Julai 2025 |
Mesyuarat khas pemimpin Thailand, Kemboja bermula - Sinarharian - 28/07 3:55 pm PUTRAJAYA - Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja bagi membincangkan isu pertikaian sempadan yang semakin memuncak telah bermula pada jam 3.15 petang Isnin di Kompleks Seri Perdana di sini.Perbincangan itu melibatkan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai serta disertai oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku tuan rumah, Pengerusi ASEAN 2025 dan saksi.Sebelum ini, kerajaan Thailand telah mengesahkan kehadiran mereka ke mesyuarat serantau anjuran Malaysia itu, dengan harapan perbincangan ini dapat membuka ruang kepada penyelesaian berdasarkan maklumat dan membantu meredakan ketegangan.Pertikaian sempadan antara kedua-dua negara memuncak pada 25 Julai lalu, sehingga mencetuskan pertempuran bersenjata di kawasan sempadan utara Kemboja.Media melaporkan bahawa pertempuran tersebut mengorbankan lebih 20 nyawa di pihak Thailand, manakala pihak berkuasa Kemboja pula memaklumkan lima anggota tentera dan lapan orang awam turut terbunuh, selain ribuan penduduk dari kedua-dua negara terpaksa dipindahkan.Ketegangan ini dilaporkan semakin meruncing sejak 28 Mei lalu, susulan konfrontasi antara anggota tentera berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang menjadi titik pertikaian, dan telah mengakibatkan kematian seorang tentera Kemboja.Thailand dan Kemboja sudah sekian lama berselisih pandangan mengenai sempadan bersama sepanjang 817 kilometer, dengan kawasan Preah Vihear sering menjadi fokus utama konflik akibat tuntutan bertindih serta sejarah ketenteraan yang panjang. |
Malaysia anjur rundingan damai Thailand-Kemboja esok - FMT - 27/07 9:12 pm Pemangku perdana menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dijangka tiba di Malaysia esok. |
Thai and Cambodian leaders meet in Malaysia for ceasefire talks - SUN - 27/07 9:01 pm Acting Prime Minister Phumtham Wechayachai will lead the Thai delegation, which includes Foreign Minister Maris Sangiampongsa, Deputy Defence Minister General Natthaphon Nakpanich, and other senior officials, to attend the consultation at the Prime Ministers Office in Malaysia, Jirayu said in a statement. Cambodian Prime Minister Hun Manet will also attend the talks at Anwars invitation |
Terkini Thailand, Kemboja setuju Malaysia jadi orang ‘tengah’ selesai konflik sempadan - Harapandaily - 27/07 8:35 pm Beliau berkata, kedua-dua negara bersetuju Malaysia menjadi perantara untuk mereka, dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap negara ini untuk menjalankan peranannya sebagai orang tengah. Katanya, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana.. |
Malaysia to host peace talks between Cambodian, Thai PMs tomorrow - FMT - 27/07 8:24 pm Thailands acting prime minister Phumtham Wechayachai and Cambodian prime minister Hun Manet will be flying into Malaysia tomorrow. |
Border conflict: Thailand, Cambodia agree to M’sia as mediator, talks tomorrow - BorneoPost - 27/07 6:06 pm KUALA LUMPUR (July 27): Thailand and Cambodia have agreed to accept Malaysia as a mediator in efforts to resolve the border conflict between the two countries, Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan said. He said Cambodian Prime Minister Hun Manet and Thailand’s Acting Prime Minister Phumtham Wechayachai are expected to arrive in Malaysia tomorrow evening [...] The post Border conflict: Thailand, Cambodia agree to M’sia as mediator, talks tomorrow appeared first on Borneo Post Online . |
Thailand and Cambodia to hold talks in Malaysia over deadly border conflict - CNA - 27/07 3:33 pm Talks are scheduled to begin at 3pm local time on Jul 28, with acting PM Phumtham Wechayachai leading the Thai negotiating team.Cambodian Prime Minister Hun Manet is also expected to attend. |
Msia monitoring tensions at Thai-Cambodia border - SUN - 27/07 8:00 am While the International Court of Justice ruled in Cambodias favour in 2013, recent violence reportedly began after a Cambodian soldier was killed by a landmine in May, triggering artillery exchanges and evacuations. In a post on his Facebook page, Cambodian Prime Minister Hun Manet said he agreed to the ceasefire because Cambodia did not initiate the fighting |
Tolak campur tangan pihak ketiga, Thailand pilih rundingan dua hala - Utusan - 27/07 7:30 am Pertempuran antara kedua-dua negara berterusan buat hari ketiga berturut-turut, menyaksikan jumlah korban meningkat kepada 33 orang dan lebih 140,000 melarikan diri. Perdana Menteri Hun Manet menerusi akaun media sosialnya memberitahu, beliau bersetuju .. |
Thailand offers ceasefire talks with Cambodia amid deadly border clashes - SUN - 27/07 7:07 am In a statement on X, Thailands foreign ministry confirmed its openness to a truce but emphasized the need for sincere intention from the Cambodian side. The announcement came after US President Donald Trump spoke with Cambodian leader Hun Manet and Thailands acting Prime Minister Phumtham Wechayachai, urging both nations to quickly work out a ceasefire |
Trump says Thailand, Cambodia agree to hold immediate ceasefire talks - CNA - 27/07 2:24 am Trump said he warned Cambodian PM Hun Manet and Thai PM Phumtham Wechayachai that he would not make trade deals with either if the border conflict continued. |
What???s behind the fighting between Thailand and Cambodia - Sinchew - 26/07 7:44 am Nationalist passions on both sides have inflamed the situation. Hun Sen was succeeded by his son Hun Manet in 2023 but remains influential as Senate president |
Thailand ubah pendirian – PM Kemboja - Kosmo - 25/07 11:47 pm PHNOM PENH – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menjelaskan bahawa Thailand bersetuju dengan gencatan senjata dengan negaranya, lapor portal berita The Phnom Penh Post hari ini |
PM Kemboja setuju gencatan senjata dicadang Anwar - FMT - 25/07 11:42 pm Hun Manet setuju dengan gencatan senjata kerana Kemboja bukan pihak mula pertempuran. |
Thailand dan Kemboja setuju gencatan senjata - PM Anwar - SUN - 25/07 10:35 pm Laporan Bernama semalam menyatakan Anwar menyambut baik kesediaan Bangkok dan Phnom Penh mempertimbangkan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik lebih serius. Anwar sebelum ini menghubungi Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia berhubung ketegangan di sempadan |
Waspada ancaman geopolitik rantau ASEAN PM - Sinarharian - 25/07 8:32 pm ALOR SETAR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa konflik bersenjata yang berlaku di rantau Asia Tenggara tidak boleh dipandang ringan berikutan kedudukan geopolitik ASEAN yang amat strategik dan terdedah kepada pelbagai bentuk campur tangan luar.Menurut beliau, Malaysia walaupun berada dalam keadaan stabil dan aman, negara ini perlu berwaspada dan belajar daripada pengalaman negara Thailand dan Kemboja yang berhadapan masalah pergolakan dan sempadan."Saya percaya kedua-dua pimpinan Thailand dan Kemboja nampak sedia (berdamai), namun kita tetap kena waspada kerana rantau ASEAN ini terlalu strategik. Maka wujudlah usaha-usaha menimbulkan persengketaan," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri pertemuan tertutup bersama pimpinan PKR Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di sebuah hotel di sini pada Jumaat.Anwar sebelum ini telah menghubungi Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai bagi menyatakan kebimbangan Malaysia dan menggesa agar kedua-dua negara menghentikan ketegangan di sempadan secara prinsip."Thailand dan Kemboja setuju untuk hentikan serangan, tapi masih ada isu teknikal di sempadan |
Majlis Keselamatan PBB bincang ketegangan sempadan Thailand-Kemboja - SUN - 25/07 8:18 pm NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tertutup berhubung pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja pada Jumaat, lapor Xinhua. Menurut Majlis Keselamatan, mesyuarat yang dijadualkan pada 3 petang EDT (1900 GMT) Jumaat dilaporkan telah diminta oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Manet |
Thailand, Kemboja setuju undurkan tentera - PM - Sinarharian - 25/07 6:22 pm JITRA Thailand dan Kemboja bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta mengundurkan tentera masing-masing dari kawasan sempadan susulan konflik bersenjata yang tercetus sebelum ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menghubungi Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet serta meminta agar masalah kedua-dua negara diselesaikan melalui meja rundingan.Menurutnya, antara permintaan Malaysia adalah supaya kedua-dua pemimpin itu mengundurkan pasukan tentera masing-masing bagi mengelakkan ketegangan menjadi lebih serius."Saya beri pandangan dan kata, Please Mr Prime Minister, on behalf of your friend in Malaysia, please stop and immediate ceasefire," katanya semasa berucap pada Program Sambutan Hari Antidadah 2025 di sini, pada Jumaat.Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Tambah Anwar, walaupun kedua-dua negara bersetuju dengan cadangan gencatan senjata, mereka memerlukan sedikit masa untuk menyusun semula pergerakan tentera di kawasan sempadan."Menurut mereka, tentera sudah berada di lokasi strategik dan memerlukan masa untuk berundur secara sistematik," ujarnya.Anwar menyifatkan kesediaan kedua-dua negara itu untuk meredakan ketegangan sebagai satu pencapaian diplomatik dan bukti bahawa Malaysia terus dilihat sebagai negara aman serta dihormati di peringkat serantau.Dalam insiden terbaru, Thailand mendakwa sembilan orang awam terkorban manakala 14 lagi cedera selepas serangan artileri yang didakwa dilakukan oleh tentera Kemboja.Bagaimanapun, Kemboja menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa serangan balas dilakukan selepas mereka terlebih dahulu diserang oleh tentera Thailand.Insiden ini berlaku selepas Thailand mengerahkan jet pejuang F-16 untuk menyerang sasaran ketenteraan di wilayah Kemboja, menjadikan konflik sempadan tersebut kini memasuki fasa paling tegang sejak tahun 2011. |
Thailand, Kemboja setuju redakan ketegangan sempadan - Harapandaily - 25/07 5:52 pm Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Thailand dan Kemboja bersetuju untuk mengundurkan tentera negara masing-masing daripada kawasan sempadan yang menyaksikan pertempuran sebelum ini. Perdana Menteri berkata, beliau berkesempatan berhubung melalui telefon bersama pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, agar masalah antara kedua-dua negara diselesaikan melalui rundingan |
Malaysia bimbang konflik Thailand-Kemboja - Mohamad - Sinarharian - 25/07 3:12 pm KUALA LUMPUR - Malaysia, atas kapasitinya selaku Pengerusi ASEAN, bersedia untuk memudah cara penyelesaian yang boleh diterima bersama terhadap pertikaian sempadan yang semakin meruncing antara Thailand dan Kemboja, mengakibatkan kehilangan nyawa dan menimbulkan kebimbangan di peringkat serantau.Dalam kenyataan pada Jumaat, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia mengikuti dengan penuh kebimbangan insiden pertempuran antara pasukan tentera Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan pada Khamis (24 Julai) yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa."Kami menggesa kedua-dua pihak untuk menahan diri sepenuhnya dan mengambil langkah segera untuk meredakan ketegangan," katanya."Malaysia bersedia menawarkan bantuan menerusi jasa baik Pengerusi ASEAN dalam memudah cara jalan penyelesaian secara berbaik-baik untuk menangani isu berkenaan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak," tambah beliau.Malaysia kini memegang jawatan Pengerusi ASEAN bagi 2025, menandakan kali kelima negara memegang jawatan itu selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.ASEAN dianggotai 10 negara: Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.Mohamad menekankan kepentingan menyelesaikan pertikaian sempadan melalui dialog dan diplomasi dalam semangat perpaduan ASEAN dan kejiranan yang baik.Pada Khamis, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.Anwar merayu kedua-dua pemimpin itu agar segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk dan membuka ruang untuk dialog damai dan penyelesaian secara diplomatik.Pasukan tentera Thailand dan Kemboja dilaporkan bertempur pada Khamis di kawasan pertikaian sempadan bersama, dengan kedua-dua pihak saling menuduh sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.Ketegangan antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu meningkat sejak 28 Mei susulan satu insiden berdarah di kawasan Preah Vihear yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.Pada Rabu, kerajaan Thailand menurunkan tahap hubungan diplomatik dengan Kemboja sebagai tindak balas segera selepas seorang anggota tentera Thailand cedera akibat letupan periuk api yang didakwa baru dipasang.Kerajaan Kemboja kemudiannya turut bertindak balas dengan menurunkan hubungan diplomatik dengan Thailand ke tahap paling rendah pada Khamis |
Isyarat positif Thailand, Kemboja laksana gencatan senjata - Mgazette - 25/07 7:59 am # Isyarat positif Thailand, Kemboja laksana gencatan senjata KUALA LUMPUR - Malaysia menyambut baik isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan untuk melaksanakan gencatan senjata berikutan ketegangan yang berladu di sempadan Thailand dan Kemboja. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawatnya, Hun Manet dari Kemboja dan Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Thailand, Phumtham Wechayachai bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara |
Malaysia urges Thailand, Cambodia ceasefire amid border clashes - SUN - 25/07 7:47 am Peace is the only option available. Later, the Malaysian leader revealed he had spoken with Thailands acting Prime Minister Phumtham Wechayachai and Cambodian Prime Minister Hun Manet, pressing for an immediate ceasefire |
Anwar sambut baik isyarat positif Bangkok, Phnom Penh pertimbang gencatan senjata - Sinarharian - 24/07 11:46 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan pelaksanaan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk di sempadan kedua-dua negara.Menurut Anwar, beliau telah menghubungi Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai petang Khamis bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan yang berlaku."Dalam perbualan tersebut, atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, saya merayu kepada kedua-dua pemimpin agar segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk serta membuka ruang untuk dialog damai dan penyelesaian secara diplomatik."Saya menyambut baik isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan perkara ini," katanya menerusi satu catatan di Facebook.Perdana Menteri berkata, Malaysia juga bersedia untuk membantu dan memudahkan proses ini atas semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama."Saya amat yakin bahawa kekuatan ASEAN terletak pada solidaritinya, dan keamanan mesti sentiasa menjadi pilihan kolektif kita yang tidak berbelah-bahagi," kata beliau.Media melaporkan bahawa tentera Thailand dan Kemboja bertempur pada Khamis di kawasan pertikaian sempadan bersama, dengan kedua-dua pihak saling menuduh sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.Ketegangan antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu meningkat sejak 28 Mei susulan satu insiden berdarah di kawasan Preah Vihear yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.Kedua-dua negara telah berselisih pendapat mengenai sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad, dan pertikaian ini terus menjejaskan hubungan diplomatik mereka.Pada Rabu, kerajaan Thailand menurunkan tahap hubungan diplomatik dengan Kemboja sebagai tindak balas segera selepas seorang anggota tentera Thailand cedera akibat letupan periuk api yang didakwa baru dipasang.Kerajaan Kemboja kemudiannya turut bertindak balas dengan menurunkan hubungan diplomatik dengan Thailand ke tahap paling rendah pada Khamis |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |