///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Dewan Undangan News   Page 1    



PRN Sabah: PBS tolak kerjasama dengan BN - Mgazette - 2/07 7:57 am

"PBS turut mengulangi komitmen untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) yang dipimpin Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berakhir pada 11 November ini





Pengguna daun ketum boleh diarah jalani pemulihan walaupun tidak ketagih- AADK - Astroawani - 2/07 5:45 am

Kuasa itu diperoleh selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024, pada tahun lepas.





Pengguna daun ketum boleh diarah jalani pemulihan walaupun tidak ketagih - AADK - Sinarharian - 1/07 11:47 pm

KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini mempunyai kuasa untuk mengarahkan pengguna daun ketum untuk menjalani rawatan di pusat pemulihan milik agensi berkenaan, walaupun mereka tidak menunjukkan gejala ketagihan.Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata kuasa itu diperoleh selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024, pada tahun lepas."Sebelum ini mereka mungkin bebas kerana (AADK) tiada kuasa undang-undang untuk menahan mereka, tetapi kini, walaupun tidak ketagih mereka tetap boleh dikenakan tindakan rawatan jika didapati positif menyalahgunakan bahan itu," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara: Pencegahan Dadah yang diterbitkan oleh Bernama TV pada Selasa.Ruslin berkata tindakan sama juga boleh diambil terhadap pengguna bahan terlarang yang lain seperti ekstasi, walaupun individu itu tidak menunjukkan ketagihan."Walaupun individu berkenaan ambil (dadah) setahun sekali, jika dia dikesan kita boleh ambil tindakan bawah Akta Penagih Dadah," katanya.Ruslin berkata kerajaan turut menggalakkan rawatan secara sukarela bagi mereka yang salah guna dadah, memandangkan pendekatan berkenaan dilihat mampu memudahkan proses pemulihan individu yang terlibat.Beliau berkata pendekatan itu, mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengekang penyalahgunaan bahan terlarang melalui pendekatan rawatan serta pemulihan yang lebih inklusif dan progresif.Dewan Rakyat pada Julai tahun lepas telah meluluskan rang undang-undang berkenaan, yang antaranya akan membantu kerajaan mengawal selia dan menambah baik pengurusan serta pengoperasian pusat pemulihan dadah persendirian (PPDP) di negara ini.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 tidak mempunyai peruntukan keperluan pendaftaran bagi pusat pemulihan itu





Jangan biar duit rakyat bayar harga pencerobohan - Harakahdaily - 1/07 6:54 pm

HULU LANGAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Ustaz Nushi Mahfodz menegaskan bahawa insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights tidak wajar dilihat hanya dari sudut tanggungjawab teknikal PETRONAS semata-mata





Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0: 19 saksi dirakam keterangan - Sinarharian - 1/07 6:46 pm

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berkaitan Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 di ibu kota, pada Sabtu lalu.Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden kekecohan ketika himpunan itu."Kita telah merakam keterangan 19 individu membabitkan 11 saksi polis diikuti pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (empat orang) dan wartawan (dua orang)," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Pada Ahad, media melaporkan seorang anggota polis cedera selepas terbabit dalam pergelutan ketika cuba mengawal situasi dalam himpunan itu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku ketika tindakan pencegahan diambil ke atas peserta perhimpunan kira-kira jam 4.30 petang.Katanya, ia susulan daripada insiden seorang peserta membakar suar hingga menyebabkan kepulan asap tebal yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan peserta, petugas keselamatan dan orang awam berdekatan.Pihak polis mengambil tindakan pencegahan untuk memastikan asap dari suar itu tidak merebak.Semasa tindakan pencegahan diambil berlaku sedikit pergelutan antara peserta perhimpunan dan petugas Op Aman sehingga menyebabkan kecederaan ringan kepada seorang anggota polis.Pergelutan itu berjaya dileraikan oleh pihak polis





Skandal rasuah: 'Ini konspirasi politik, ada 'tangan ghaib' merancang' - Jeffrey Kitingan - Sinarharian - 1/07 6:07 pm

Ada tangan-tangan ajaib yang sedang bergerak di belakang tabir, merancang dan menyusun semua ini."Bagi saya, ini kelihatan seperti satu perangkap. Kenapa secara tiba-tiba kami dikaitkan, malah menjadi yang terakhir disebut dalam skandal ini? Kenapa bukan yang lain dahulu?" katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun STAR ke-9 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui siapa dalang di sebalik konspirasi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan itu berkata, beliau tidak mempunyai jawapan pasti, namun percaya ia didalangi pihak berkepentingan yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada."Ini bukan perkara baharu





Timbalan Presiden STAR nafi terlibat skandal rasuah ADUN Sabah - Sinarharian - 1/07 5:56 pm

KOTA KINABALU - Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan permohonan lesen cari gali mineral dan menerima sebarang bentuk dana berkaitan aktiviti berkenaan.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir."Saya tidak pernah terbabit dalam sebarang permohonan lesen perlombongan atau penerimaan sebarang bentuk dana berkaitan kegiatan tersebut."Tuduhan ini tidak berasas dan berniat jahat





13 pemimpin Pas Kedah kekal, hanya satu muka baharu - Sinarharian - 1/07 5:08 pm

ALOR SETAR - Pemilihan kepimpinan Pas kawasan di Kedah bagi sesi 2025-2027 menyaksikan 14 daripada 15 kawasan selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan setakat 28 Jun lalu.Berdasarkan keputusan itu, ia memberikan isyarat jelas mengenai landskap politik parti itu yang dilihat stabil menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain secara keseluruhannya menunjukkan trend kestabilan kepimpinan.Keputusan pemilihan menunjukkan 13 Yang Dipertua (YDP) kekal memegang jawatan, dengan hanya satu kawasan di Padang Serai menyaksikan muka baharu dilantik sebagai YDP, iaitu Abdul Rashid Abdul Halim.Sementara satu lagi kawasan, iaitu Jerlun masih belum mengadakan mesyuarat agung dan dijangka diadakan pada 12 Julai.Keputusan tersebut membuktikan penerimaan akar umbi terhadap kepimpinan sedia ada, terutama tokoh-tokoh lama yang memainkan peranan besar dalam pentadbiran negeri.Antaranya, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kekal sebagai YDP Sik; Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya kekal YDP Alor Setar serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad di Langkawi.Di kawasan Parlimen penting seperti Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah dan Kubang Pasu, pemimpin berprofil tinggi juga kekal diberikan mandat, manakala pembaharuan berlaku pada posisi timbalan dan naib sebagai langkah pelapis untuk kesinambungan kepimpinan.Antaranya di Alor Setar, Ketua Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden diberikan kepercayaan sebagai Naib YDP baharu.Kubang Pasu pula menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah merupakan muka baharu sebagai Timbalan YDP bagi memperkukuh jaringan antara kepimpinan parti dan wakil rakyat.Di Pokok Sena, Timbalan YDP diisi muka baharu, iaitu ADUN Bukit Lada, Salim Mahmood sementara YDP kekal diterajui ADUN Bukit Pinang, Datuk Wan Romani Wan Salim, kombinasi pengalaman dan tenaga muda.Kuala Kedah turut menyaksikan Pas kawasan itu kekal diterajui Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.Mereka yang turut mengekalkan jawatan YDP, termasuk ADUN Bandar Baharu, Muhd Suffian Yusoff (Kulim/Bandar Baharu); ADUN Pantai Merdeka, Sharir Long (Sungai Petani); ADUN Tokai, Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pendang).Satu-satunya kawasan yang menyaksikan perubahan penuh ialah di Padang Serai dengan barisan kepimpinan baharu di semua jawatan utama, diketuai Abdul Rashid Abdul Halim sebagai YDP.Ia mungkin menandakan keperluan strategi baharu di kawasan tersebut apabila parti itu berusaha memperkukuhkan semula struktur di peringkat akar umbi.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Mohd Rosli Azmi memaklumkan, tiada sebarang insiden atau pertikaian dilaporkan sepanjang proses pemilihan berlangsung."Ini mencerminkan tahap disiplin dan kematangan politik Pas Kedah dalam mengurus peralihan kuasa secara teratur."Ia juga menunjukkan Pas Kedah bersedia berdepan cabaran PRU16 dengan barisan kepimpinan yang stabil, diyakini akar umbi, serta kombinasi antara muka lama dan baharu bagi menggerakkan jentera parti di peringkat kawasan," katanya.Berdasarkan momentum ini, Pas Kedah dijangka akan memfokuskan kepada pengukuhan organisasi kawasan, pemantapan hubungan dengan rakyat serta penyelesaian isu-isu tempatan menjelang pilihan raya, bagi memastikan parti itu kekal sebagai pemain utama politik Kedah.





Isu air Pahang: Henti sandiwara, selesaikan masalah - Harakahdaily - 1/07 4:40 pm

KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Pahang mendesak kerajaan negeri pimpinan Umno supaya berhenti bersandiwara dan segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang membelenggu rakyat sejak puluhan tahun





SST: Hari yang kelam untuk para wanita ??? Siti Zailah - Mgazette - 1/07 3:51 pm

# SST: Hari yang kelam untuk para wanita Siti Zailah KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menyifatkan permulaan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula hari ini, sebagai hari kelam untuk golongan wanita





Rasuah ADUN Sabah: Kenapa hanya dua yang didakwa? – Puad - Mgazette - 1/07 3:51 pm

# Rasuah ADUN Sabah: Kenapa hanya dua yang didakwa? - Puad KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa hanya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didakwa atas kes rasuah





Police classify death of Taekwondo instructor Adam Basher as sudden death, probe foul play - Sinardaily - 1/07 3:41 pm

SHAH ALAM - Police have classified the death of 18-year-old taekwondo instructor Adam Basher Amran as a case of sudden death (SDR), as investigations continue to determine whether foul play contributed to the fatal injuries he sustained during a recent tournament.Selangor Police Chief Datuk Hussein Omar Khan confirmed the SDR classification during a press conference today, stating that investigators are examining all possible angles, including the possibility of negligence or purely sports-related causes.Police are conducting a full investigation to assess whether there was any element of foul play or whether it was solely a sport-related injury that led to his death





MCMC kerjasama Pulau Pinang luas penggunaan aplikasi MCMC NEXUS - SUN - 1/07 3:17 pm

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat menara Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G Enam Hala YES Tanjung Asam, sempena program Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internetdi Tanjung Asam, Bayan Lepas, dekat sini, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri Zairil Khir Johari, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz yang juga Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang





MCMC dan LLM kenal pasti 50km jajaran tanpa liputan telekomunikasi - SUN - 1/07 2:52 pm

Jadi, Insya-Allah, kita akan bantu, katanya kepada pemberita selepas melawat Menara (MOCN) 4G Enam Hala YES Tanjung Asam, sempena Program Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet di Tanjung Asam, Bayan Lepas, hari ini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang





SST beban berat, kelam buat wanita, peniaga kecil - Harakahdaily - 1/07 2:13 pm

KOTA BHARU: Pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula hari ini disambut dalam suasana kelam oleh ramai wanita di Kelantan yang berdepan kesan langsung terhadap perbelanjaan harian dan perniagaan kecil mereka





Kota Madani: Projek elitis tatkala rakyat terdesak - Harakahdaily - 1/07 2:04 pm

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita dan kekesalan terhadap keputusan kerajaan meneruskan projek mega Kota Madani bernilai RM4 bilion ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin membebankan





'Bukan minta berlaku adil, tapi jangan pilih pejam mata lihat realiti' -Armizan - Sinarharian - 1/07 1:25 pm

PAPAR Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa mereka tidak mengharapkan simpati atau layanan istimewa daripada mana-mana pihak, sebaliknya menyeru semua pihak agar tidak bersikap selektif dalam menilai realiti politik semasa di negeri ini.Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sejak awal isu skandal rasuah dibangkitkan, GRS kekal berpendirian untuk menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada proses undang-undang."Inilah sikap dan pendirian kami sebagaimana yang diperjelaskan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor."Saya tidak berhajat untuk meminta mana-mana pihak berlaku adil kepada GRS, tetapi jangan pula kita memilih untuk memejam sebelah mata dan tidak melihat realiti di depan kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Rumah Mesra SMJ di bawah Parlimen Papar di Kampung Kalanahan Rimba, di sini pada Selasa.Sebelum itu, beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang berpandangan skandal rasuah melibatkan ADUN mungkin akan mengubah sedikit sebanyak percaturan politik di negeri ini.Tambah Ahli Parlimen Papar itu lagi, isu dan tuduhan berkaitan rasuah bukan hanya membabitkan satu pihak, sebaliknya turut melibatkan pemimpin pelbagai parti, baik daripada pembangkang mahupun dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan."Ada yang sudah dibicarakan dan didapati tidak bersalah, ada yang telah dijatuhi hukuman, ada juga yang diberikan DNAA (dilepas tanpa dibebaskan), serta ada yang masih melalui proses perbicaraan selama bertahun-tahun dengan pelbagai penangguhan."Dari segi aliran wang (money trail) pula, ada yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi, akaun isteri, syarikat proksi, malah dalam bentuk manfaat seperti pemilikan aset tertentu," katanya.Beliau berkata, walaupun berdepan tekanan dan tuduhan, GRS tetap memilih untuk tidak membuat sebarang komen terbuka terhadap kes-kes melibatkan pemimpin parti lain."Walaupun kadang-kadang kita seolah-olah ditolak ke dinding, kita tidak melatah untuk membuat perbandingan. Sebaliknya kita memilih untuk menyerahkan kepada proses undang-undang kerana kita percaya dan menghormati sistem keadilan negara."Prinsip kami jelas, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," tegasnya.Mengenai perkembangan terbaharu berkaitan isu dakwaan rasuah membabitkan perlombongan mineral, beliau berkata individu yang sebelum ini mendakwa secara terbuka telah memberi imbuhan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), akhirnya tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di mahkamah."Ini satu perkara yang menarik dan mengejutkan





Hampir 50km jajaran lebuh raya tanpa liputan telekomunikasi - Fahmi - Sinarharian - 1/07 1:14 pm

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengenal pasti hampir 50 kilometer jajaran lebuh raya yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dasar 'Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet' akan dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah capaian internet, termasuk di lebuh raya seluruh negara."Ada beberapa lokasi utama sedang dikenal pasti, dan perbincangan sedang dijalankan. Harapan saya, lokasi-lokasi ini dapat dimasukkan dalam fasa kedua Projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), memandangkan kebanyakan kawasan tersebut berkemungkinan memerlukan pembinaan menara telekomunikasi."Jadi, Insya-ALLAH, kita akan bantu," katanya kepada pemberita selepas melawat Menara (MOCN) 4G Enam Hala YES Tanjung Asam, sempena Program Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet di Tanjung Asam, Bayan Lepas, pada Selasa.Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.Sementara itu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi menyasarkan untuk melaksanakan bukti konsep (Proof of Concept, POC) teknologi direct-to-cell menggunakan satelit orbit rendah bumi (Low Earth Orbit - LEO) pada suku ketiga atau keempat tahun ini di beberapa lokasi terpilih.Beliau berkata, pelaksanaan tersebut belum dapat dimulakan pada masa ini berikutan kekangan teknikal, namun pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat yang mengendalikan teknologi LEO untuk menyelesaikan isu kesalinghubungan di kawasan terpencil, termasuk perairan negara.Fahmi, yang sedang dalam lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang berkata, teknologi direct-to-cell akan memanfaatkan satelit sebagai menara pemancar dari angkasa lepas."Kita lihat, sekurang-kurangnya jika berlaku kecemasan seperti kes lemas di pesisir pantai, individu terbabit boleh terus menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan segera," katanya."Pembinaan menara telekomunikasi setinggi 60 meter memerlukan pertimbangan tersendiri, dan di kawasan seperti pulaupulau, ia mungkin tidak sesuai





Bumbung Jejantas Tun Teja RM8 juta bocor sangat memalukan – Dr... - Mgazette - 1/07 7:31 am

# Bumbung Jejantas Tun Teja RM8 juta bocor sangat memalukan - Dr Aleef MELAKA - Wakil rakyat pembangkang mempersoalkan bagaimana bumbung Jejantas Tun Teja di Peringgit yang menelan kos RM8 juta dan baru berusia lima bulan boleh bocor sehingga ia tular sekali gus menjejaskan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof berkata, kejadian itu yang tular menerusi video berdurasi 18 saat sejak Sabtu lalu amat memalukan dan tidak boleh diterima sama sekali untuk sebuah projek mega





Rakyat tetap bimbang kadar tarif elektrik baharu – MCA - Mgazette - 1/07 7:31 am

# Rakyat tetap bimbang kadar tarif elektrik baharu - MCA KUALA LUMPUR -Biarpun kerajaan mendakwa kadar tarif baharu yang bakal dilaksanakan esok lebih adil dan progresif, tidak membebankan komuniti perniagaan dan pengguna domestik akan bayar kadar yang lebih rendah, namun ia tetap tidak melegakan kebimbangan yang dirasai rakyat





Majlis Media Malaysia akan bermesyuarat sebulan, dua lagi – Fahmi - Mgazette - 1/07 7:31 am

# Majlis Media Malaysia akan bermesyuarat sebulan, dua lagi - Fahmi PERMATANG PAUH - Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka memulakan mesyuarat awal dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil





Dakwaan rasuah: Sabah teliti kedudukan semasa dua ADUN - Mgazette - 1/07 7:31 am

# Dakwaan rasuah: Sabah teliti kedudukan semasa dua ADUN KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Sabah akan meneliti kedudukan semasa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu yang didakwa atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini





Buku UMNO Ledang Menelusuri Perjuangan dilancarkan - Mgazette - 1/07 7:31 am

# Buku UMNO Ledang Menelusuri Perjuangan dilancarkan TANGKAK - Sebuah buku yang mendokumentasikan mengenai sejarah dan perkembangan UMNO Bahagian Ledang dilancarkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang, di sini, semalam





Ahli perniagaan, dua ADUN didakwa beri, terima rasuah - Utusan - 1/07 6:50 am

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Datuk Tei Jiann Cheing didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu, Sabah semalam atas dua pertuduhan memberi rasuah melibatkan nilai RM350,000 berhubung permohonan lesen cari gali mineral di Sabah. Turut didakwa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Datuk Dr





Anwar adakan lawatan sulung ke Itali mulai 1 Julai - Sinarharian - 1/07 12:28 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Itali, yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara itu, demikian menurut Wisma Putra.Kenyataan Wisma Putra malam ini memaklumkan lawatan dari 1 hingga 3 Julai itu adalah atas undangan rakan sejawat Anwar iaitu Giorgia Meloni.Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Menurut Wisma Putra, Perdana Menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Meloni di Istana Chigi, Rom pada 3 Julai."Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai perkembangan hubungan Malaysia-Itali serta meneroka peluang kerjasama baharu, khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi pertahanan dan tenaga," menurut kenyataan itu.Kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Itali, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Timur Tengah."Perdana Menteri juga akan menggariskan keutamaan Malaysia semasa Kepengerusian ASEAN 2025 serta usaha ASEAN dalam mendepani cabaran serantau dan global," katanya.Wisma Putra memaklumkan pada 2 Julai, Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang akan dihadiri pemimpin industri kedua-dua negara bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dua hala.Selain itu, Anwar dijadual menghadiri perjumpaan bersama pemimpin komuniti Islam di Itali dan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia.Hubungan antara Malaysia dan Itali yang terjalin sekian lama adalah kukuh dan saling menguntungkan didukung oleh pertumbuhan perdagangan serta pelaburan yang berterusan selain kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara.Tahun lepas, jumlah dagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding 2023 manakala bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jumlah dagangan terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.50 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama bagi tahun 2024.Itali merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dari blok tersebut bagi tahun 2024.Selepas Itali, Perdana Menteri dijadual ke Perancis bagi lawatan rasmi selama dua hari bermula 3 Julai





Tarikh Perhimpunan Agung UMNO ditunda kepada 26-29 November - Sinarharian - 1/07 12:22 am

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadual pada Ogos ditunda kepada 26 hingga 29 November, mengambil kira persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan berkata, persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Pada Mac lepas, Mesyuarat MT UMNO menetapkan tarikh Perhimpunan Agung tahun ini adalah dari 20 hingga 23 Ogos depan.Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadualkan terbubar secara automatik pada 11 November tahun ini, yang membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17.Selain itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO akan melaksanakan kajian separuh penggal keberkesanan dan prestasi Kerajaan Perpaduan termasuk pencapaian kepimpinan UMNO dalam anggota pentadbiran, agensi-agensi milik dan berkaitan kerajaan.Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO berasakan tiada kewajaran untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti-parti gabungan untuk mengelakkan tercetusnya prasangka dan ketidakharmonian dalam kerajaan.Menurut Asyraf Wajdi, mesyuarat turut menetapkan MT boleh mempertimbangkan sebarang rayuan yang dikemukakan oleh mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin parti selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 20.12.Asyraf Wajdi berkata, UMNO turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan UMNO Perak kerana membantu pengurusan dan mengendalikan sumbangan kepada mangsa-mangsa tragedi kemalangan bas di Gerik yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 10 Jun lepas





Ikan bilis sudah dituduh, bagaimana dengan jerung yang tertinggal? – Albert - Thempress - 30/06 9:59 pm

KOTA KINABALU – Ahli perniagaan, Albert Tei meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila tujuh daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) belum dituduh ke…





42 NADI beroperasi di Pulau Pinang - Fahmi - Sinarharian - 30/06 9:42 pm

BUKIT MERTAJAM - Empat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu telah dibangunkan di Parlimen Permatang Pauh, menjadikan keseluruhan 42 pusat itu beroperasi di Pulau Pinang setakat ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata, dua daripadanya terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti manakala masing-masing satu di Seberang Jaya dan Pematang Pasir."Tiga daripada NADI ini beroperasi sejak Mei 2024 manakala di Kubang Semang dibuka pada Disember





Isu PK Battle: SKMM minta TikTok beri penjelasan - Sinarharian - 30/06 9:27 pm

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertemu pihak pengurusan TikTok bagi mendapatkan penjelasan susulan peningkatan kebimbangan para ibu bapa dengan trend Personal Knockout Battle, atau PK Battle, dalam kalangan golongan muda.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya memandang serius kebimbangan ibu bapa mengenai jumlah wang yang dibelanjakan anak mereka bagi membeli gift atau hadiah dalam aplikasi tersebut semata-mata untuk menyertai trend itu.Beliau berkata, arahan telah dikeluarkan pagi tadi dan pihaknya menjangkakan wakil TikTok akan hadir memberikan maklum balas dalam tempoh terdekat, selewat-lewatnya minggu ini."Isu ini telah dilaporkan oleh media dan kami memandangnya secara serius





Tubuh badan pendakwaan bebas diselia Parlimen - Harakahdaily - 30/06 8:57 pm

KUALA LUMPUR: Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan atau suruhanjaya pendakwaan bebas yang eksklusif dan diletakkan di bawah seliaan Dewan Rakyat





PM Anwar Mulakan Siri Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil - Wrlr - 30/06 8:52 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan rasmi ke Perancis atas undangan Presiden Emmanuel Macron pada 4 Julai 2025





Skandal rasuah ADUN Sabah: Timbalan Presiden PBS tegas tidak terlibat - Sinarharian - 30/06 6:49 pm

KOTA KINABALU - Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Jahid Jahim menafikan dakwaan yang tidak berasas yang disiarkan sebuah portal berita yang menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM150,000 berkaitan skandal perlombongan.Jahid menegaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam sebarang skandal perlombongan seperti yang didakwa dan tidak pernah menerima sebarang dana berkaitan dengan kelulusan atau pemberian lesen perlombongan di Sabah, memandangkan kementerian yang dipegangnya tidak mempunyai kuasa dalam pemprosesan lesen tersebut.Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli menegaskan bahawa tiada sebarang lesen berkaitan perlombongan telah diluluskan atau dikeluarkan di kawasannya.Sehubungan itu, beliau menyatakan kebimbangannya terhadap amalan segelintir pihak yang menggunakan atau salah guna media untuk mencipta naratif palsu mengenai rasuah sebelum siasatan rasmi dijalankan."Pendekatan portal berita itu yang cuba membentuk persepsi awam dengan mewujudkan naratif sedemikian adalah satu pelanggaran undang-undang kerana ia mengundang masyarakat untuk menjatuhkan hukuman sebelum proses undang-undang dilaksanakan," katanya.Beliau dalam pada itu turut menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang turut menafikan dakwaan sama berkaitan penggunaan media untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).Beliau menyifatkan taktik berkenaan sebagai sebahagian daripada buku panduan pertukaran rejim yang digunakan di Sabah sejak 1960-an.Sehubungan itu, beliau memaklumkan sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguamnya dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap berita portal dan penulis berkenaan.





Kebakaran Putra Heights: Tanah lembut punca kebocoran paip gas - JKKP - Sinarharian - 30/06 6:40 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kebocoran dan kebakaran paip gas Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu berpunca daripada tanah lembut dan lembap di bawah laluan paip bertekanan tinggi yang gagal menyokong strukturnya.Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Husdin Che Amat berkata, siasatan menyeluruh selama hampir tiga bulan mendapati kegagalan struktur paip berlaku apabila bahagian bawah paip tidak disokong sepenuhnya oleh tanah.Menurutnya, kegagalan itu menyebabkan paip mengalami tekanan berulang hingga mencetuskan garis keletihan dan akhirnya pecah, sebelum gas yang terlepas terbakar dalam insiden jam 8.08 pagi itu."Keadaan tanah yang lembut dan lembap menyebabkan paip bergerak secara berulang, sekali gus menghasilkan tekanan berulang dan garis keletihan pada permukaan logam paip," katanya pada sidang media khas di Wisma Dewan Annexe, Bangunan SUK di sini pada Isnin.Husdin memberitahu, hasil analisis metalografi turut mengesahkan kegagalan itu berpunca daripada tensile overload yang berkembang secara perlahan sehingga menyebabkan kegagalan ductile dan mencetuskan kebakaran.Husdin berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022) dan Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Proses siasatan melibatkan pemeriksaan visual di lokasi kejadian, semakan ke atas komponen paip, pengukuran struktur dan analisis makmal terhadap sampel yang diambil."Kami dapati paip berkenaan memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan, namun kelemahan sokongan tanah menjadi punca utama insiden," tambah beliau.Katanya, siasatan turut mendapati lokasi kegagalan bukan disebabkan sebarang aktiviti di permukaan tanah, sebaliknya masalah geoteknikal yang tersembunyi di bawah tanah."Insiden berkenaan bukan saja menjejaskan keselamatan awam dan merosakkan infrastruktur, malah mengakibatkan gangguan bekalan gas serta elektrik di beberapa kawasan sekitar Subang Jaya," kata beliau.





Jawatankuasa Khas ditubuh siasat punca kebakaran Putra Heights - Amirudin - Sinarharian - 30/06 6:17 pm

SHAH ALAM Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi mencadangkan langkah susulan terhadap insiden kebakaran di Putra Heights Subang Jaya, selepas laporan siasatan rasmi insiden itu dibentangkan pada Isnin.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai pelbagai agensi termasuk wakil kerajaan negeri, Persekutuan dan badan berkaitan seperti Petronas bagi meneliti hasil siasatan dan merangka cadangan undang-undang dan langkah pencegahan jangka panjang.Menurut beliau, langkah itu penting supaya dapat mengenal pasti kelemahan, memperbaiki sistem sedia ada dan mengelak kejadian sama berulang pada masa depan."Siasatan dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu diketuai Ketua Polis Selangor bagi menyiasat elemen kecuaian atau perbuatan jenayah."Satu lagi siasatan oleh Pasukan Petronas bersama agensi teknikal lain bagi menyiasat punca dari sudut teknikal," katanya pada sidang media khas di Wisma Dewan Annexe, Bangunan SUK di sini pada Isnin.Amirudin menjelaskan, siasatan insiden yang berlaku pada 1 April lalu telah dijalankan secara menyeluruh selama hampir tiga bulan, melibatkan lebih 35 agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Petronas.Beliau berkata, tiga aspek utama dikenal pasti dalam siasatan teknikal membabitkan keutuhan dan kemampuan saluran paip gas Petronas, keadaan tanah dan struktur kawasan sekitar dan kegiatan luaran atau aktiviti manusia yang mungkin menyumbang kepada kejadian letupan."Siasatan selesai sepenuhnya pada 26 Jun lalu dan kita kini memasuki fasa tindakan susulan yang lebih penting, selain langkah pencegahan dan pemulihan jangka panjang," tambah beliau.Beliau turut menegaskan, kerajaan negeri akan meneliti semua cadangan daripada jawatankuasa khas itu termasuk aspek perundangan bagi membentuk satu pelan tindakan komprehensif agar insiden seumpama tidak berulang."Hampir semua aspek bantuan dan pemulihan kepada mangsa telah dilaksanakan dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri, persekutuan dan agensi berkaitan," jelas beliau





Tiada unsur sabotaj, kecuaian dalam kebakaran paip gas Polis - Sinarharian - 30/06 5:41 pm

SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan tiada unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti dalam insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas milik Petronas di Putra Heights Subang Jaya pada 1 April lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan menyeluruh bersama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Petronas mendapati kejadian itu berpunca daripada saluran paip gas bawah tanah milik syarikat berkenaan."Kebakaran berlaku kira-kira jam 8.06 pagi dan mengambil masa tujuh jam untuk dipadamkan sepenuhnya oleh bomba."Siasatan polis melibatkan dua aspek utama iaitu unsur khianat di bawah Seksyen 435 dan kecuaian mengikut Seksyen 285 dan 286 Kanun Keseksaan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung laporan siasatan insiden kebakaran Putra Heights di Wisma Dewan Annexe Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam di sini pada Isnin.Menurut beliau, siasatan turut memberi tumpuan kepada beberapa faktor antaranya kerja-kerja pembinaan deretan kedai dan penggantian paip oleh kontraktor, kemungkinan perbuatan sabotaj dan aktiviti lain seperti pembakaran mercun di kawasan kejadian."Polis telah memproses lokasi kejadian dan mengambil beberapa sampel bahan untuk dianalisis," ujarnya.Selain itu, katanya, sebanyak 212 individu termasuk mangsa, saksi bebas, wakil agensi berkaitan seperti Petronas, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), pemaju, kontraktor dan pakar bebas telah dirakam percakapan.Tambah beliau, hasil siasatan mendapati, pembinaan lot kedai dan penggantian penutup saluran paip dilakukan mengikut garis panduan ditetapkan MBSJ dan Petronas dan berada di zon penampan sejauh 40 meter dari paip gas."Kerja penggantian paip dilakukan secara berhati-hati tanpa mengganggu paip sedia ada yang terletak pada kedalaman 5.6 meter dari paras jalan."Tiada aktiviti pembinaan dijalankan ketika kejadian berlaku dan tiada bukti sabotaj atau khianat dikesan," kata beliau.Hussein berkata, tekanan gas yang dicatatkan di Pusat Kawalan Gas Petronas juga berada pada bacaan normal sebelum kejadian dan hanya menunjukkan penurunan drastik sejurus insiden berlaku."Berdasarkan siasatan terperinci, pihak polis mendapati tiada sebarang elemen jenayah atau kecuaian yang boleh dikaitkan sebagai punca kebakaran," jelas beliau.





Hajiji tegas tiada campur tangan kerajaan negeri dalam kes rasuah dua ADUN - Sinarharian - 30/06 5:30 pm

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan dan tindakan undang-undang melibatkan mana-mana pemimpin kerajaan yang terpalit dengan isu rasuah.Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa kerajaan Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada proses undang-undang berhubung dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah pada Isnin."Kita menghormati undang-undang, dan kita akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya."Kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan dan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemimpin kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata demikian sebagai mengulas ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi, yang didakwa atas pertuduhan rasuah.Bercakap mengenai kedudukan mereka dalam kerajaan semasa, beliau akan meneliti perkara itu dengan sebaiknya selepas menerima semua maklumat dan laporan yang berkaitan.Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan GRS komited untuk memastikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.Untuk rekod, Andi Muhammad Suryadyyang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, manakala Dr Yusof pula, Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.Kedua-duanya dituduh menerima wang daripada Datuk Tei Jiann Cheing atau dikenali sebagai Albert Tei sebagai dorongan untuk membantu syarikat mendapatkan lesen mencari gali mineral.Dalam kes ini, Albert turut didakwa di mahkamah sama atas kesalahan memberi rasuah.





Pas Kelantan bincang calon AJK Pusat Ogos ini - Sinarharian - 30/06 5:25 pm

"Buat masa ini, mesyuarat bersetuju memberi mandat kepada AJK kawasan yang terpilih untuk menyelaras perbincangan dan mencadangkan calon-calon yang akan dihantar ke pusat nanti," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tuisyen Rakyat Sejahtera (TRS) 2025 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Isnin.Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri Kelantan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor itu, antara jawatan yang akan dicalonkan termasuk Presiden, Timbalan, Naib serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi penggal baharu.Sebelum ini, pemilihan Pas kawasan Kelantan selesai melalui mesyuarat agung tahunan masing-masing dengan sebahagian besar jawatan utama kekal tanpa pertandingan





Rasuah lesen cari gali: Dua ADUN, seorang ahli perniagaan mengaku tidak .. - Mgazette - 30/06 5:10 pm

# Rasuah lesen cari gali: Dua ADUN, seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah KOTA KINABALU - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini pada 2023





Biarkan proses undang-undang berjalan Hajiji - Thempress - 30/06 5:03 pm

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada proses undang-undang





Rehatkan wakil rakyat atau serah mandat pada rakyat – UMNO Sabah - Thempress - 30/06 3:26 pm

KOTA KINABALU – Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman mendesak Kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor agar segera ‘merehatkan’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah…





Dua ADUN Sabah dan ahli perniagaan mengaku tidak bersalah dalam kes rasuah lesen cari gali - SUN - 30/06 12:53 am

KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral pada 2023





Gempur Sabah: Amanah tubuh cawangan baharu di DUN Tanjung Aru - Sinarharian - 30/06 12:26 am

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) memperkukuh kedudukannya di Sabah apabila beberapa cawangan baharu berjaya ditubuhkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru menerusi program 'Gempur Sabah'.Pengarah Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan berkata, program selama tiga hari itu disifatkan sebagai langkah penting bagi memperkemas struktur organisasi parti di peringkat akar umbi sekali gus memberi isyarat jelas kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang."Biro Pilihan Raya Amanah akan terus menyokong penuh usaha Amanah Sabah bagi membantu dari segi latihan, strategi dan gerakan jentera supaya persiapan PRN benar-benar rapi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau memberitahu, program pimpinan Amanah Sabah diketuai Datuk Lahirul Latigu itu turut mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan antaranya ziarah ke rumah orang kurang upaya (OKU), lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai bomba dan penyerahan Bakul Rahmah kepada keluarga memerlukan serta pelajar cemerlang."Kami juga sempat bersama anak-anak muda melalui klinik bola dan menyerahkan peralatan sukan sebagai tanda sokongan," ujar beliau.Beliau menjelaskan, aktiviti itu juga menjadi ruang kepada Amanah untuk mendekati masyarakat secara keseluruhannya."Banyak yang kami dengar dari kisah cabaran hidup harian, sehinggalah harapan yang mereka letakkan pada masa depan."Kami tidak datang hanya untuk memberi, tetapi juga untuk belajar dan membina hubungan lebih kuat dengan komuniti," tambahnya.





Dua adun dan ahli perniagaan didakwa kes rasuah lesen cari gali di Sabah - SUN - 30/06 10:44 am

KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan akan berhadapan dengan pertuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini berikutan skandal rasuah berkaitan pengeluaran lesen perlombongan mineral di negeri ini





Kumpul aset untuk kelangsungan gerak kerja perjuangan - Harakahdaily - 30/06 10:26 am

ALOR SETAR: Majlis Minum Petang atau Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah antara lain tujuannya untuk mengumpul dana bagi mewujudkan aset-aset milik dewan, demikian jelas ketuanya, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali





Skandal rasuah lesen cari gali Sabah: Dua ADUN, ahli perniagaan akan .. - Wrlr - 30/06 10:26 am

Harapandaily June 29, 2025 Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu, akan didakwa esok





JKKN martabatkan seni persembahan tradisional - Sinarharian - 30/06 10:22 am

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) memartabatkan kembali seni persembahan tradisional pelbagai kaum di Malaysia menerusi Panggung Seni Tradisional 2025 (PST2025).Timbalan Pengarah Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan JKKN, Rohaniza Abdullah berkata, pementasan opera Cina Kantonis bertajuk Irama Lingnan merupakan antara seni persembahan yang diketengahkan dalam PST2025 bagi menyemarakkan teater tradisional sebagai medium memperkukuh perpaduan dan kefahaman antara kaum.Menurutnya, persembahan tersebut bukan sekadar berbentuk hiburan, namun pendidikan budaya yang mampu memberi pendedahan kepada masyarakat umum khususnya golongan muda mengenai keunikan dan nilai sejarah dalam seni persembahan kaum Cina."Ia bukan hanya persembahan muzik dan tarian tetapi satu bentuk teater tradisional unik menggabungkan elemen lakonan, nyanyian, tarian, muzik, seni mempertahankan diri dan akrobatik yang dipercayai wujud lebih dari 2,000 tahun dengan lebih 300 sub-gebre bergantung kepada wilayah di China."Ini merupakan salah satu usaha dalam membangkitkan semula minat atau memperkenalkan seni opera Cina yang kaya dengan unsur dramatik bersama lenggok nyanyian penuh emosi bagi membawa penonton menyelami konflik jiwa watak tersebut."Secara tidak langsung, persembahan seumpama ini dapat membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih mendekati dan menghargai keindahan seni klasik kaum Cina yang semakin jarang dipentaskan secara langsung di negara ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas persembahan opera Cina Kantonis bertajuk Irama Lingnan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini pada Sabtu.Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Perancangan dan Penyelarasan Dasar, Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKKN, Marina Abu Bakar; Pengerusi Majlis Kebudayaan Negara, Tan Sri Norliza Rofli serta Ahli Majlis Kebudayaan Negara, Datuk Goh Hin San.Untuk rekod, Irama Lingnan merupakan persembahan siri kedua PST2025 yang dipentaskan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Jun oleh Persatuan Pat Woh Malaysia.Mengulas lanjut, Rohaniza berkata, pementasan teater itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.Sementara itu, pelakon dan komuniti Persatuan Pat Woh Malaysia, Rachel Yong Ten Tyng berkata, opera Kantonis merupakan antara seni tradisional yang paling popular di wilayah Guangdong, Hong Kong dan Malaysia, namun ia semakin kurang mendapat tempat dalam kalangan generasi muda kini."Kalau bercakap mengenai opera, kita banyak mengaitkan dengan orang tua sahaja dan sebenarnya ia semakin dilupakan





Masjid dan surau, bukalah seluas-luasnya - Harakahdaily - 30/06 10:12 am

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hanif Jamaluddin, menyeru agar masjid dan surau di seluruh negara dibuka seluas-luasnya untuk manfaat umat Islam tanpa sebarang sekatan waktu yang tidak wajar





Skandal ADUN Sabah: Dua ADUN tiba di mahkamah - Sinarharian - 30/06 9:13 am

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy mahu menjadikan mahkamah sebagai tempat untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.Beliau yang tiba di mahkamah sekitar jam 8.44 pagi ditemani barisan peguamnya Datuk Ram Singh, Rizwandean Bukhary M Borhan, Shahlan Jufri dan Prem Elmer Ganasan."Saya akan menjadikan sistem kehakiman bahawa saya tidak bersalah," katanya kepada pemberita sebaik memasuki ruang pekarangan mahkamah.Difahamkan, beliau antara tiga individu yang didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu pada Isnin berkaitan dakwaan rasuah melibatkan lesen melombong di Sabah.Sementara itu, seorang lagi ADUN turut hadir di mahkamah iaitu ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob sekitar jam 8.46 pagi.Yusof turut diwakili peguam yang sama dengan Andi Muhammad Suryady.Sebelum itu, seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' tiba di pekarangan mahkamah bagi menghadiri pertuduhan dakwaan rasuah tersebut.





Skandal ADUN Sabah: Ahli perniagaan tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu - Sinarharian - 30/06 8:24 am

KOTA KINABALU - Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi menghadiri pertuduhan dakwaan rasuah melibatkan lesen perlombongan di Sabah.Beliau tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi bersama peguamnya.Selain ahli perniagaan tersebut, difahamkan dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut didakwa di mahkamah pada Isnin





Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan warga Bangladesh - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan warga Bangladesh KUALA BERANG - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini





UMNO bukan bergabung dengan PH, hanya kerjasama urus negara-Tok Mat - Mgazette - 30/06 7:41 am

# UMNO bukan bergabung dengan PH, hanya kerjasama urus negara-Tok Mat TANGKAK Kerjasama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan hanya untuk menguruskan negara





UMNO, BN mahu tanding bersama gabungan kuat dalam PRN Sabah – Tok .. - Mgazette - 30/06 7:41 am

"Kita perlukan kerjasama dengan gabungan atau parti lain kerana UMNO dan BN tidak boleh lagi bergerak solo. Kita perlukan rakan untuk menghadapi PRN di Sabah dan kita juga sedang menerokai beberapa pertimbangan terutama pembahagian kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan persefahaman dengan parti tempatan





Pas nafi hubungan parti komponen PN retak - Mgazette - 30/06 7:41 am

Secara umumnya, semua Ketua Penerangan Pas kawasan sudah diberi arahan spesifik serta modul-modul persiapan yang perlu mereka laksanakan. "Di Johor, Pas hanya satu kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani





Terpulang MKT UMNO tarik balik penggantungan Hishammuddin - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Terpulang MKT UMNO tarik balik penggantungan Hishammuddin TANGKAK Terpulang kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menarik semula penggantungan keahlian bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein





???Sentiasa ada orang adu domba saya dengan Presiden???-Tok Mat - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Sentiasa ada orang adu domba saya dengan Presiden-Tok Mat TANGKAK Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui terdapat pihak yang cuba melaga-lagakannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





Muslimat tampil proaktif, berstrategik dan berkepimpinan - Harakahdaily - 29/06 10:31 pm

KINABATANGAN: Tugas muslimat bukan hanya menjadi sayap dalam parti dan membantu gerak kerja belakang tabir sahaja tetapi turut berperanan dalam menghadapi cabaran semasa serta menggariskan hala tuju yang jelas berpaksikan perjuangan Islam





Scout movement fosters regional diplomacy and leadership in Asia-Pacific - SUN - 29/06 10:05 pm

KUALA LUMPUR : The scout movement serves as a vital platform for regional diplomacy and leadership development, said Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Dr Johari Abdul





UMNO hanya terima dua surat rayuan bekas ahli setakat ini - Ahmad Zahid - Sinarharian - 29/06 9:49 pm

BENTONG - UMNO kekal dengan prinsip keterbukaan untuk menerima semula individu yang pernah digantung atau dipecat daripada parti tersebut.Walau bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan proses itu mesti melalui saluran dan prosedur yang betul seperti yang termaktub dalam perlembagaan partiMenurutnya, sehingga kini hanya dua surat rayuan rasmi telah diterima parti iaitu bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif."Selain dua surat itu, kita tidak menerima sebarang rayuan lain




Reformasi     >>



Penduduk Putra Heights terima semula bekalan gas - Mkini
JKKP memaklumkan pemasangan talian paip gas sementara sepanjang kira-kira 210 meter itu bagi menggantikan bahagian paip yang rosak.
Kroni     >>



Gas back after three months - Star
KUALA LUMPUR: Residents of Putra Heights in Subang Jaya affected by the April 1 gas pipeline fire, can now breathe a sigh of relief as gas supply has been restored effective yesterday through temporary piping. Read full story
Tabloid     >>



Jiran bau busuk, jumpa mayat tiga beranak mereput .. - Kosmo
SEREMBAN – Bau busuk membawa kepada penemuan mayat tiga beranak yang sedang mereput dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, sejurus menerima maklumat, Ketua Balai Polis Jalan ..
Tech     >>



Nothing Phone 3 hands-on: A tiny, playful dot-matrix .. - Engadget
With the third generation of its smartphone series, Nothing made the unusual move to launch the cheaper a line first, unveiling the Phone 3a and 3a Pro in March . Now, its time for its latest flagship. The Nothing Phone 3, starting at $799 (with a $899 option with 16GB of RAM) goes up against ..
World     >>



Israel has agreed to conditions for 60-day Gaza .. - BBC
US president warns Hamas "it will only get worse" if they do not accept the deal.
Motor Trend     >>



Proton X50 Baharu: Kini Dengan Apple CarPlay, Android .. - Piston
Proton secara rasmi telah memperkenalkan model terbaharu SUV popularnya, Proton X50, menerusi pratonton eksklusif untuk wakil media tempatan. Sekarang, kami boleh menunjukkan kepada anda galeri penuh. Model baharu ini merupakan penambahbaikan menyeluruh kepada X50 terdahulu, yang sejak ..