![]() |
/// |
|
Search : Besar Sabah News | Page 1 |
Nick Adams tak dialu-alukan di negara ini – Sivaraj - Mgazette - 19/07 8:30 am # Nick Adams tak dialu-alukan di negara ini - Sivaraj KUALA LUMPUR Pengulas politik konservatif yang juga penulis, Nick Adams tidak dialu-alukan sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) di negara ini |
Sikap Muhyiddin lebih gentleman berbanding Hadi – Azmi - Mgazette - 19/07 8:30 am # Sikap Muhyiddin lebih gentleman berbanding Hadi - Azmi KUALA LUMPUR Sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak memberikan sebarang respons apabila ada pihak yang mencadangan agar menukar presiden partinya dilihat sebagai _gentleman_ |
Kain rentang ???Pecat Pengkhianat??? dipasang di Selangor - Mgazette - 19/07 8:30 am # Kain rentang Pecat Pengkhianat dipasang di Selangor SHAH ALAM - Beberapa kain rentang yang tertera mesej Pecat Pengkhianat Keadilan Selangor Teguh Bersama Dato Seri Presiden dilihat dipasang di sekitar kawasan di negeri itu hari ini |
Wan Ahmad Farid faham secara mendalam kesucian badan kehakiman - Mgazette - 19/07 8:30 am "Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada beliau dalam menerajui badan kehakiman dengan penuh kewibawaan, keberanian, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keadilan," kata kenyataan itu. Dalam pada itu, Badan Peguam turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak |
Tak perlu tukar Presiden Bersatu, cuma tambah satu lagi jawatan nombor... - Mgazette - 19/07 8:30 am # Tak perlu tukar Presiden Bersatu, cuma tambah satu lagi jawatan nombor dua KUALA LUMPUR Jika keberadaan Tan Sri Muhyiddin Yasin masih diperlukan sebagai nakhoda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti itu perlu membuat satu rombakan bagi memastikan ia kekal relevan |
Lantikan hakim: Desakan tubuh RCI, himpunan aman tak lagi perlu - Mgazette - 19/07 8:30 am # Lantikan hakim: Desakan tubuh RCI, himpunan aman tak lagi perlu KUALA LUMPUR - Kluster Komunikasi KANUN (Biro Undang-Undang) Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan desakan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak lagi berbangkit susulan pengumuman lantikan baharu hakim-hakim kanan negara |
Kalau tiada pengaruh, macam mana boleh hancurkan parti pula? – Rafizi - Mgazette - 19/07 8:30 am # Kalau tiada pengaruh, macam mana boleh hancurkan parti pula? - Rafizi KUALA LUMPUR - "Kalau tidak ada pengaruh, macam mana boleh hancurkan parti pula?" Itu jawapan Datuk Seri Rafizi Ramli kepada dakwaan beliau dikatakan mahu menghancurkan PKR |
Keputusan Majlis Raja-Raja, Agong telah jawab segala tohmahan – .. - Mgazette - 19/07 8:30 am # Keputusan Majlis Raja-Raja, Agong telah jawab segala tohmahan - Anwar KUALA LUMPUR - "Kita mesti berani mempertahan prinsip ketelusan dan semak imbang |
Piala ASEAN B-23: Garuda Muda hormati Harimau Muda, enggan ambil mudah - Sinarharian - 19/07 7:02 am PENGENDALI skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun Indonesia, Gerald Vanenburg tidak memandang ringan kemampuan pasukan Malaysia B-23 menjelang aksi terakhir Kumpulan A Piala ASEAN B-23 2025 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin.Malah, biarpun Harimau Malaya Muda sebelum ini tewas mengejut 0-2 kepada Filipina, Vanenburg tetap menyifatkan skuad kendalian Nafuzi Zain itu sebagai pasukan yang berkualiti dan mempunyai potensi besar."Pada pandangan saya, Malaysia B-23 bukan pasukan yang boleh dipandang rendah |
Sabah catat jumlah pegangan pertanian tertinggi di Malaysia - Astroawani - 19/07 4:30 am Banci Pertanian 2024 merekodkan sebanyak 159,259 pegangan pertanian di Sabah yang merupakan tertinggi di Malaysia. |
Mahkamah Paris putuskan pembatalan kes Sulu 9 Disember - Sinarharian - 19/07 12:32 am KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Paris menangguhkan keputusan mengenai permohonan Malaysia untuk membatalkan Award Akhir sebanyak AS$14.9 bilion dalam kes timbang tara difailkan kumpulan Sulu, ke 9 Disember ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan berkata, keputusan itu susulan perbicaraan pada 7 Julai lepas apabila mahkamah memuktamadkan perbicaraan mengenai merit untuk membatalkan Award Akhir dalam kes itu.Azalina berkata, semasa perbicaraan pihak yang menuntut cuba menangguhkan prosiding untuk memberi maklum balas kepada pandangan bertulis pendakwa raya Perancis.Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan itu dan meneruskan perbicaraan."Dalam konteks ini, Malaysia meletakkan keyakinannya terhadap proses dan keputusan Mahkamah Rayuan Paris dalam membawa pengakhiran muktamad terhadap tuntutan kumpulan Sulu sama seperti pendirian mahkamah Sepanyol dan Belanda," kata Azalina.Kerajaan juga mengulangi pendirian mengenai keperluan kepada ketelusan dalam mekanisme pembiayaan litigasi pihak ketiga untuk mencegah pemaksaan mereka terhadap negara berdaulat."Malaysia pada masa sama terus memperjuangkan pembangunan satu kerangka global yang meletakkan ketelusan sebagai teras utama dalam pembiayaan litigasi oleh pihak ketiga, bagi memastikan satu mekanisme yang bertujuan untuk menggalakkan akses kepada keadilan tidak disalahgunakan sebagai instrumen undang-undang terhadap negara yang berdaulat."Timbang tara antarabangsa mesti dilindungi daripada cubaan memeras ugut negara berdaulat dengan menyamar di sebalik tuntutan timbang tara," katanya.Azalina menekankan bahawa Kerajaan MADANI kekal teguh dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dan integriti timbang tara antarabangsa.Sebelum ini, lapan warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang sudah tidak wujud telah memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut berbilion dolar daripada Malaysia berhubung isu membabitkan Sabah, dan pada Mac 2019 sebuah mahkamah di Madrid telah melantik Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara bagi kes itu.Pada 28 Februari 2022, Stampa membuat keputusan yang memihak kepada kumpulan itu dan mengeluarkan Award Akhir sebanyak AS$14.9 bilion, namun ia merupakan hasil daripada timbang tara yang tidak sah kerana pelantikan beliau sebagai penimbang tara telah dibatalkan terlebih dahulu oleh Mahkamah Sepanyol.Pembatalan pelantikan kehakiman Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam kes Sulu dibuat Mahkamah Tinggi Keadilan Madrid pada 2021.Malaysia sebelum ini telah memperoleh beberapa siri kemenangan dalam kes tuntutan kumpulan Sulu antaranya pada November tahun lepas, dengan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan berkenaan.Kemenangan bersejarah buat Malaysia itu bermakna asas awal yang membawa kepada Award Akhir iaitu Malaysia perlu membayar pampasan sebanyak AS$14.9 bilion, tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis |
Bersih tuntut segera laksana reformasi lantikan kehakiman - Sinarharian - 18/07 11:04 pm SHAH ALAM - Pelantikan tiga hakim utama negara tidak bermakna proses reformasi pelantikan kehakiman bagi membebaskan institusi itu daripada campur tangan cabang eksekutif perlu terhenti.Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, ia merujuk khusus kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang pernah terlibat dalam politik UMNO, namun pada 2022 beliau mengambil keputusan menarik diri dari mendengar kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penegasan mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman."Penegasan sebegini amat penting untuk memastikan rakyat awam menghormati badan kehakiman sebagai badan yang mengangkat prinsip kedaulatan undang-undang."Bersih menegaskan prinsip tersebut harus terus didukung oleh beliau terutama ketika menjalankan tugas sebagai Ketua Hakim Negara."Kami mengalu-alukan lantikan tiga hakim utama negara iaitu Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Wan Ahmad Farid yang juga Hakim Mahkamah Rayuan diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Tambah kenyataan itu, Bersih juga menuntut untuk kerajaan segera melaksanakan reformasi lantikan kehakiman terutamanya dengan mengurangkan kuasa Perdana Menteri dalam lantikan hakim-hakim."Ini termasuklah dengan mengiktiraf Suruhanjaya Lantikan Kehakiman (JAC) sebagai badan yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan."Komposisi dalam JAC juga perlu dirombak semula untuk mengurangkan kuota lantikan Perdana Menteri dalam keanggotaan JAC dengan memasukkan wakil daripada Majlis Peguam Malaysia, wakil Sabah Law Society dan Advocate Associates of Sarawak serta wakil daripada ahli akademik dan anggota masyarakat sivil yang berkelayakan."Selain itu, dari sudut pelantikan, Perdana Menteri perlu diwajibkan untuk memberikan alasan yang berasas kepada awam jika terdapat penolakan calon Hakim yang dicadangkan oleh JAC dan beliau hanya boleh menolaknya sebanyak sekali sahaja," katanya.Sementara itu, Bersih turut menegaskan kerajaan harus laksanakan janji dan komitmen untuk menghormati doktrin pengasingan kuasa dengan menambahbaik sistem sedia ada."Krisis kehakiman terburuk yang berlaku pada tahun 1988 harus dijadikan sempadan oleh semua pihak khususnya kerajaan yang memperlihat rakyat sudah tidak lagi menghormati badan kehakiman," katanya. |
Snoop Dogg pemilik bersama Swansea City - Sinarharian - 18/07 10:16 pm BINTANG rap terkenal dunia, Snoop Dogg kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada pemilik kelab Liga Kejuaraan England, Swansea City, selepas mengambil alih pegangan minoriti dalam kelab tersebut.Pemilik nama sebenar Calvin Broadus itu mencuri tumpuan apabila muncul sebagai model jersi baharu kelab untuk musim 2025/26 minggu lalu, sekali gus menandakan permulaan penglibatan rasminya dalam dunia bola sepak Eropah.Menerusi kenyataan rasmi di laman sesawang kelab, selebriti berusia 53 tahun itu meluahkan rasa teruja menyertai kelab yang digambarkan sebagai simbol kebanggaan masyarakat pekerja dan semangat juang luar biasa."Kecintaan saya terhadap bola sepak bukan rahsia, tetapi menyertai Swansea City sebagai pemilik benar-benar memberi makna yang istimewa kepada saya."Kisah kelab ini dan latar belakang bandar Swansea sangat menyentuh hati saya |
Johor drafting measures to tackle rising food, transport and housing costs - SUN - 18/07 10:12 pm KULAI : The Johor government is formulating mitigation measures to address rising food, transportation and housing costs, particularly in Johor Bahru |
Harimau Muda belasah Brunei 7-1 - Sinarharian - 18/07 9:24 pm SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara kembali menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya apabila membelasah Brunei 7-1 dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, di sini pada Jumaat.Malaysia bermula garang apabila Muhammad Danish Syamer Tajuddin membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 selepas menyambut hantaran lintang daripada Muhammad Harry Danish Mohd Haizon.Hanya seminit selepas itu, giliran Muhammad Shafizan Mohamad Arshad mencipta gerakan yang menghasilkan gol kedua apabila percubaannya terkena pertahanan lawan, Mohd Nazry Aiman, sebelum bola menerjah jaring.Dominasi Harimau Muda diteruskan apabila Harry Danish mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-31 selepas menyempurnakan hantaran daripada Danish Haqimi.Empat minit sebelum tamat separuh masa pertama, gandingan satu-dua menarik antara Haqimi dan Danish Stamer disudahkan dengan rembatan Haqimi untuk meletakkan Malaysia di depan 4-0.Bersambung babak kedua, Malaysia tidak mengendurkan serangan |
Johor rancang langkah kurangkan kesan kenaikan kos sara hidup - SUN - 18/07 9:21 pm KULAI: Kerajaan Johor sedang merangka pelan tindakan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup, terutamanya di Johor Bahru |
KPKM salur RM1 juta mulakan projek tanaman nanas MD2 di Sabah - Astroawani - 18/07 9:15 pm KPKM menyalurkan RM1 juta melalui Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dengan kerjasama kerajaan negeri melalui SLDB bagi projek tanaman nanas MD2 di sini. |
Lebih RM146 juta untuk projek infrastruktur Kelantan - SUN - 18/07 9:11 pm KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM146.22 juta bagi pelaksanaan 24 projek pembangunan infrastruktur serta kerja baik pulih di Kelantan tahun ini |
Sambung reman pengasas eHati, anak dan tiga lain ditolak - Sinarharian - 18/07 8:54 pm SHAH ALAM Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menolak permohonan pihak polis untuk sambung reman terhadap pasangan suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga eHati, seorang anak mereka dan tiga lagi individu.Majistret, Zur Azureen Zainalkefli memutuskan demikian terhadap empat suspek wanita dan dua lelaki berusia antara 26 hingga 47 tahun.Ia membabitkan siasatan kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan dakwaan melakukan jenayah kesalahan kecil.Sementara itu, peguam, Dato M Reza Hassan yang mewakili empat daripada semua suspek itu berkata, pihak polis memohon lanjutan tahanan selama sehari bagi membolehkan jabatan lain membuat siasat.Menurutnya, lanjutan masa dibuat kerana pihak polis menghujahkan, tempoh tiga hari yang diberi mahkamah sebelum ini tidak mencukupi."Bagaimanapun saya menghujahkan, tiada sebab untuk pasukan polis memohon bagi pihak jabatan itu sedangkan mereka boleh membuat permohonan sendiri mengikut prosedur undang-undang sedia ada."Lebih- lebih lagi jabatan itu mempunyai akta sendiri sekiranya mahu membuat sebarang siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Rabu lalu, semua suspek ini direman tiga hari berakhir Jumaat selepas Majistret, Ameera Mastura Khamis membenarkan permohonan daripada pihak polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.Mereka ditahan mengikut Seksyen 509 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.Sebelum ini, pihak polis memberitahu semua peserta program motivasi itu akan dipanggil untuk diambil keterangan.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dilancarkan selepas satu kertas siasatan dibuka berkaitan kes berkenaan.Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dilaporkan meminta Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat dakwaan aktiviti tidak bermoral yang berlaku semasa penganjuran program eHati di sebuah pusat konvensyen |
KPKT approves RM146m for Kelantan infrastructure projects in 2025 - SUN - 18/07 8:45 pm KOTA BHARU : The Housing and Local Government Ministry (KPKT) has allocated RM146.22 million for 24 infrastructure and repair projects across Kelantan this year |
MTD tamatkan kemarau tiga dekad, juara MSSD Zon Bangsar 2025 - Sinarharian - 18/07 8:31 pm PENANTIAN hampir tiga dekad akhirnya terlerai apabila pasukan bola sepak Bawah 18 tahun Maktab Tentera Diraja (MTD) menamatkan kemarau kejuaraan dengan menjulang trofi Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Zon Bangsar 2025.Kejayaan bersejarah itu diraih selepas menewaskan pencabar tradisi, Victoria Institution (VI), 1-0 dalam aksi final sengit dan penuh dramatik di Padang Kompleks Sukan Bangsar.Gol tunggal perlawanan hadir lima minit sebelum tamat permainan menerusi jaringan penyerang gantian, Muhammad Syabil Badrulhisam yang tenang menyempurnakan peluang dalam kotak penalti selepas berlaku kelam-kabut di hadapan gawang lawan.Kemenangan tersebut disambut penuh emosi oleh seluruh pasukan dan penyokong MTD yang hadir memberi sokongan padu, sekali gus menandakan kebangkitan semula gergasi bola sepak peringkat sekolah yang pernah digeruni suatu ketika dahulu.Ketua pasukan, Mohd Fakhrul, memimpin benteng pertahanan dengan penuh disiplin dan ketegasan, mengekang setiap gerakan serangan VI yang terkenal dengan corak permainan pantas dan berbahaya.Sementara itu, penjaga gol MTD, Haziq Mazlan muncul wira apabila menampilkan prestasi cemerlang sepanjang perlawanan dengan beberapa aksi menyelamat yang memukau, sekali gus melayakkan beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.Kejayaan ini menjadi cerminan kepada falsafah pendidikan holistik MTD yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik dan ketenteraan, tetapi turut memberi penekanan terhadap pembangunan sahsiah melalui penglibatan aktif dalam sukan.Jurulatih pasukan, bekas Putera MTD, Aznor Dzulkarnain turut diberi penghargaan atas kejayaan membentuk pasukan mantap dari segi teknikal dan taktikal.Beliau dibantu oleh guru sukan, Zulkhairiey Ahmad serta guru pengiring, Ashraf M Ridzuan yang memainkan peranan penting dalam membina kekuatan mental dan disiplin pemain.Dengan kejayaan ini, MTD bukan sahaja menamatkan penantian panjang untuk kembali bergelar juara, tetapi turut menghantar isyarat jelas bahawa mereka kini kembali sebagai kuasa besar dalam arena bola sepak sekolah menengah peringkat daerah. |
Sabah leads Malaysia in agricultural holdings with 159,259 farms - SUN - 18/07 7:51 pm SOOK : Sabah has emerged as the state with the highest number of agricultural holdings in Malaysia, recording 159,259 farms according to the 2024 Agriculture Census interim report |
Mohd Zaini pemangku ketua polis Selangor ganti Hussein Omar - SUN - 18/07 7:29 pm SHAH ALAM: Timbalan Ketua Polis Selangor Mohd Zaini Abu Hassan memangku jawatan Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini |
Bersih supports Malaysias new top judges appointment - SUN - 18/07 7:27 pm KUALA LUMPUR : The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) has expressed support for the appointment of Malaysias three top judges, including Chief Justice Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh |
AMK sambut baik pelantikan Ketua Hakim Negara baharu - Sinarharian - 18/07 6:33 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pelantikan tiga tokoh kehakiman tertinggi negara yang disifatkan sebagai langkah memperkukuh institusi keadilan.Ketua Biro Guaman & Aduan Awam AMK, Khairul Naim Rafidi berkata, pelantikan tersebut seperti diumumkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan merupakan amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti.Mereka yang dilantik ialah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak."Pelantikan ini berlaku dalam saat penting negara memperkukuh keyakinan terhadap institusi keadilan |
Motosikal EV LionG1 menanti pengunjung bertuah - Sinarharian - 18/07 5:47 pm SHAH ALAM - Sebuah motosikal elektrik tempatan, GGR Motor jenama LionG1 bernilai RM3,999 menanti pemenang hadiah utama pertandingan Teka Penutup Botol pada Karnival Siang Malam Karangkraf 2025.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, penajaan ini sebagai satu bentuk kerjasama strategik antara industri dan media yang mampu memberi impak besar kepada komuniti."Kami amat menghargai sokongan GGR Motor dan meletakkan keyakinan hadiah motosikal ini bakal menjadi tarikan utama pengunjung nanti."Bagi anda yang mahu mendapatkan hadiah motosikal ini, sila hadir ke reruai Sinar Harian |
SPRM kongsi pendekatan strategik banteras rasuah berskala besar pada MICGI 2025 - Astroawani - 18/07 5:45 pm SPRM berkongsi pendekatan strategik dalam membanteras gejala rasuah berskala besar pada persidangan MICGI 2025. |
Lantikan tiga hakim baharu diharap tamatkan usaha pihak mahu tubuh RCI - Sinarharian - 18/07 5:42 pm SHAH ALAM - Pengumuman pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan beserta Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada Khamis diharap dapat menamatkan usaha sesetengah pihak yang ingin Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan.Ketua Kluster Komunikasi Kanun (Biro Undang-Undang) Parti Amanah Negara (Amanah), Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Majlis Raja-Raja yang bertindak di bawah Perkara 122B (1) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkenan pelantikan ketiga-tiga individu bagi jawatan tersebut.Peguam terbabit berpendapat, pelantikan dibuat penuh tertib, malah isu kontroversi yang cuba dipolitikkan segelintir pihak itu akhirnya berjaya diselesaikan."Kanun mengucapkan jutaan tahniah kepada para hakim yang dilantik ini dan berharap mereka terus memastikan prinsip kebebasan kehakiman di bawah Perlembagaan Persekutuan terus dijunjung agar keadilan dapat ditegakkan."Kami gembira kerana pelantikan tersebut dibuat dengan penuh tertib dan adab yang sepatutnya."Dengan pelantikan ini, maka tidak timbul lagi usaha sesetengah pihak untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat perkara terbabit atau mengadakan apa-apa perhimpunan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan baharu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik menjadi Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Mengulas lanjut, Noorazmir turut berharap bahawa pelantikan ketiga-tiga hakim berkenaan mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan kehakiman yang berbangkit."Pelantikan ini diharap dapat menyelesaikan isu kehakiman yang berbangkit seperti kekurangan hakim."Selain itu, isu untuk mendapat tarikh bicara yang kini pihak litigan terpaksa menunggu lama," ujarnya. |
Marine safety is just as important as safety on our roads - Sinchew - 18/07 4:46 pm Marine safety is just as important as safety on our roads The sandy beaches and coral reefs of both east and west Malaysia attract both local and international tourists |
Kereta remuk lembu tiba-tiba melintas di Chini - Mgazette - 18/07 4:46 pm PEKAN - Seorang pemandu_ e-Hailing_ nyaris maut apabila kereta dipandunya terlanggar seekor lembu yang melintas secara tiba-tiba di Kilometer 16, Jalan Chini/ Kuantan, di sini |
‘Hentikan sel baharu, kami dah tak tahan bau busuk’ – .. - Mgazette - 18/07 4:46 pm # 'Hentikan sel baharu, kami dah tak tahan bau busuk' - Penduduk MELAKA - Kira-kira 5,000 penduduk di empat buah taman perumahan sekitar Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang kecewa dengan langkah kerajaan untuk membinaa sel baharu di tapak pelupusan sampah itu |
Henti spekulasi kes pelajar meninggal dikait kes buli di Sabah –... - Mgazette - 18/07 4:46 pm # Henti spekulasi kes pelajar meninggal dikait kes buli di Sabah - KPM KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyeru masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang mungkin boleh menggangu siasatan berhubung kematian pelajar yang dikenali sebagai Zara Qairina yang dikaitkan dengan kes buli |
Ahli Parlimen Keadilan desak reformasi pelantikan kehakiman diteruskan - Mgazette - 18/07 4:46 pm # Ahli Parlimen Keadilan desak reformasi pelantikan kehakiman diteruskan KUALA LUMPUR - Sekumpulan Ahli Parlimen Keadilan menggesa agar proses mengukuhkan kebebasan badan kehakiman diteruskan secara lebih menyeluruh dan konsisten susulan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu lewat malam tadi. Dalam kenyataan bersama oleh 10 Ahli Parlimen itu, mereka menyambut baik pelantikan Wan Ahmad Farid bersama Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak |
UMNO Sabah tak perlu canang usaha, rekod jadi saksi kepada rakyat – .. - Mgazette - 18/07 4:46 pm # UMNO Sabah tak perlu canang usaha, rekod jadi saksi kepada rakyat - Rahia KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah tidak perlu mencanang tentang pembangunan yang dibawa di negeri itu dan menyifatkan 'parti yang membina tidak perlu membuktikan dengan kata-kata |
Pelantikan Wan Ahmad Farid bukti tohmahan pembangkang tidak berasas -PM - Mgazette - 18/07 4:46 pm # Pelantikan Wan Ahmad Farid bukti tohmahan pembangkang tidak berasas -PM PUTRAJAYA Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara baharu dan beberapa hakim lain membuktikan tohmahan sesetengah pihak kononnya badan kehakiman negara tidak bebas sebenarnya tidak berasas |
Arahan puji PM, janganlah buat perkara geli-geli – Razeef - Mgazette - 18/07 4:46 pm # Arahan puji PM, janganlah buat perkara geli-geli - Razeef KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran, Razeef Rakimin menyifatkan adalah lebih baik ahli parti itu memberikan pandangan mahupun kritikan kepada kerajaan daripada mengampu atau memuja |
Fizz Fairuz tamat tugas penyampai Suria FM - Sinarharian - 18/07 4:44 pm PELAKON dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz, secara rasmi menamatkan tugasnya sebagai penyampai segmen Morning Morning Suria pada Jumaat.Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Suria FM, yang turut merakamkan penghargaan atas khidmat dan sumbangan Fizz sepanjang satu tahun setengah bersama stesen radio tersebut."Sepanjang satu tahun setengah bersama Suria FM, Datuk Fizz Fairuz telah memainkan peranan penting dalam menceriakan hari-hari para pendengar."Beliau merupakan antara penyampai yang berbakat besar dan mempunyai hubungan baik dengan pendengar."Sepanjang bersama Suria, beliau telah menunjukkan profesionalisme dan semangat kerja yang tinggi," kata kenyataan itu.Pihak Suria FM turut mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama baik yang ditunjukkan pelakon drama Nur Kasih itu sepanjang tempoh perkhidmatan."Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau dan mengharapkan kejayaan berterusan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini."Selamat maju jaya, Tok Fizz, terima kasih atas kenangan indah bersama Suria FM," katanya lagi.Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin menyertai Suria FM sebagai penyampai tetap pada awal 2024, bergandingan bersama Issey dan Ajak dalam segmen pagi yang mendapat sambutan hangat daripada pendengar. |
Kerajaan pertimbang pencalonan Nick Adams sebagai duta AS ke Malaysia - SUN - 18/07 4:40 pm PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung pencalonan pengulas dan penulis konservatif Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat yang baharu ke Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Pembangkang dakwa imej negara makin merosot di bawah Anwar - Sinarharian - 18/07 4:35 pm ALOR SETAR -Pembangkang mendakwa imej negara semakin merosot di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bukan sahaja rakyat di negara ini sudah hilang kepercayaan, malah dunia juga tidak lagi menghormati Malaysia kerana kegagalan pentadbiran sekarang.Dakwanya, Malaysia kini dipimpin oleh pemimpin yang telah merosakkan imej negara, malah rakyat juga tidak lagi mahu mempercayai beliau."Ini akan merosakkan lagi imej negara kita dan akan menyebabkan negara tidak lagi dihormati," katanya ketika berucap pada Himpunan Mandat Negarawan di Stadium Suka Menanti di sini pada Khamis.Hadir sama, Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mengajak rakyat hadir beramai-ramai pada Himpunan Turun Anwar 26 Julai di Kuala Lumpur untuk menyuarakan hasrat rakyat yang sudah muak dengan kegagalan pentadbiran kerajaan sekarang."Hutang negara makin besar |
Pemuda PH gesa Presiden Trump pertimbang semula pencalonan Duta AS - Sinarharian - 18/07 4:13 pm KUALA LUMPUR Pemuda Pakatan Harapan (PH) menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyuarakan penolakan terhadap pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Izuan Mohd Kasim berkata, himpunan yang berlangsung di luar perkarangan kedutaan itu bertujuan menghantar isyarat jelas kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa Nick Adams bukan individu sesuai untuk mewakili negaranya di Malaysia."Hari ini kita semua berkumpul atas satu tujuan |
Malaysian Bar congratulates Wan Ahmad Farid on CJ appointment, cites judicial integrity - SUN - 18/07 4:04 pm KUALA LUMPUR : The Malaysian Bar has congratulated Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh on his appointment as the new Chief Justice of Malaysia, expressing confidence in his leadership to uphold judicial independence and integrity |
This matter has already been referred to the court, says Anwar on Najibs house arrest request - SUN - 18/07 4:01 pm PUTRAJAYA : Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the government would not intervene in the legal process involving the Titah Adendum related to former prime minister Datuk Seri Najib Razaks sentence |
Wan Ahmad Farid perlu tegas bersihkan institusi kehakiman - Zaid - Sinarharian - 18/07 4:01 pm SHAH ALAM - Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diharap bersikap tegas dalam mencorakkan masa depan dan membersihkan institusi kehakiman daripada unsur rasuah.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim berkata, pada usia 62 tahun, Wan Ahmad Farid masih mempunyai empat tahun lagi untuk memberikan sumbangan bermakna kepada institusi kehakiman yang kini berada dalam keadaan rapuh.Menurutnya, harapan rakyat adalah agar beliau bukan sahaja menegakkan undang-undang, tetapi juga mengembalikan keyakinan umum terhadap kewibawaan badan kehakiman."Saya hanya mempunyai satu harapan utama terhadap kepimpinan baharu ini |
Prime Minister outlines judiciary appointment process, denies interference - SUN - 18/07 3:58 pm PUTRAJAYA : Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has dismissed claims that certain individuals were sidelined in the appointment of Malaysias new Chief Justice, saying no such names were ever proposed through official channels |
BIMP-EAGA Contemporary Art Exhibition at National Art Gallery - SUN - 18/07 3:54 pm KUALA LUMPUR : The National Art Gallery is hosting the Isle To Isle: A Reflection of BIMP-EAGA Through Contemporary Art exhibition, featuring works from Brunei, Indonesia, Malaysia, and the Philippines |
Badan Peguam imbau ketegasan Wan Farid pertahan prinsip kebebasan kehakiman dalam kes Najib - Sinarharian - 18/07 3:45 pm SHAH ALAM Badan Peguam Malaysia menyatakan kelegaan susulan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.Pada masa sama, badan bukan kerajaan itu (NGO) itu turut mengimbau ketegasan Wan Ahmad Farid dalam mempertahankan prinsip kebebasan kehakiman dalam kes berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, pelantikan itu diyakini bakal menyuntik semula keyakinan awam terhadap institusi kehakiman negara, lebih-lebih lagi dengan rekod integriti dan prinsip yang pernah ditunjukkan Wan Ahmad Farid sebelum ini."Beliau pernah menarik diri daripada mendengar kes melibatkan permohonan peguam Queens Counsel, Jonathan Laidlaw dalam perbicaraan membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan menegaskan bahawa persepsi awam terhadap kebebasan kehakiman tidak boleh dipertikaikan."Ketika itu beliau turut menyatakan bahawa kehakiman yang bebas adalah anugerah berharga bagi mana-mana masyarakat. Sekiranya ia hilang, maka anarki akan berleluasa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut Ezri, kenyataan tersebut mencerminkan pemahaman mendalam Wan Ahmad Farid terhadap peranan suci institusi kehakiman dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Hakim Datuk Abu Bakar Jais atas pelantikan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan serta Hakim Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak."Kita berharap agar barisan kepimpinan kehakiman yang baharu ini akan terus mengekalkan standard tertinggi dari segi kebebasan, integriti dan perkhidmatan kepada negara," ujarnya.Dalam masa sama, beliau turut menekankan keperluan mengisi kekosongan jawatan kritikal dalam badan kehakiman termasuk di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi secara segera dan telus."Pelantikan ini memang dialu-alukan selepas berbulan-bulan ketidakpastian, jangkaan serta spekulasi yang boleh dielakkan."Namun, masih banyak kekosongan sedia ada dan akan datang yang perlu ditangani."Kami tetap berharap kekosongan ini akan diisi segera dan dilakukan secara telus untuk memperkukuh keyakinan awam terhadap badan kehakiman serta mutu pentadbiran keadilan di negara ini," katanya.Untuk rekod, empat hari lalu Badan Peguam menganjurkan perhimpunan membela kebebasan kehakiman yang menghimpunkan ratusan peguam di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya.Perhimpunan itu antara lain susulan kebocoran minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tersebar di media sosial, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat berhubung tahap kebebasan institusi kehakiman negara. |
King visits Johor Royal Botanical Garden - SUN - 18/07 3:39 pm JOHOR BAHRU: His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, today visited the Johor Royal Botanical Garden here |
Bebaskan negara daripada cengkaman pemimpin lupa diri - Sanusi - Sinarharian - 18/07 3:36 pm ALOR SETAR Sudah tiba masanya rakyat bangkit bersama bagi membebaskan negara daripada cengkaman pemimpin yang lupa diri selepas memegang kuasa, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Menurut beliau, pemimpin yang dahulunya mendengar suara rakyat kini hanya tunduk kepada tekanan tauke-tauke serta pihak yang memberikan kepentingan peribadi kepada mereka.Katanya, sikap pemimpin sebegitu tidak sewajarnya diberikan sokongan kerana yang nyata hanya sekadar meraih undi dalam pilihan raya."Kita tunjukkan syarat bahawa kita akan bebaskan negara ini daripada cengkaman orang-orang yang tidak mengenal kita lagi selepas menjadi perdana menteri, selepas menjadi menteri-menteri."Sekarang ini mereka tidak dengar suara kita |
Mana FAM nak letak muka? - Sinarharian - 18/07 3:31 pm KEPUTUSAN Harimau Malaya menarik diri daripada Piala Negara-Negara Asia Tengah (CAFA) yang akan berlangsung bulan depan memberikan banyak kesan buruk kepada pasukan dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Pemerhati sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa menyifatkan tindakan FAM itu sebagai tidak profesional dan mencemarkan imej bola sepak negara di mata dunia.Menurutnya, keputusan menarik diri pada saat akhir walaupun tarikh kejohanan sudah dimaklumkan lebih awal menunjukkan kegagalan FAM dalam merancang dan mengurus kalendar pasukan kebangsaan dengan baik."FAM kena lebih matang dan profesional |
Agong berkenan lawat Taman Botani Diraja Johor - Astroawani - 18/07 3:30 pm Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat Taman Botani Diraja Johor yang terletak dalam kawasan Istana Besar Johor. |
Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti proses ikut Perlembagaan - Anwar - Sinarharian - 18/07 3:20 pm PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim kanan yang lain membuktikan proses tersebut dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Menurut beliau, pelantikan itu juga menolak segala dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan serta dirinya sebelum ini."Jadi saya harap dengan penjelasan ini serta keputusan Majlis Raja-Raja yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka terpadamlah fitnah serta keluh kesah yang berlaku sebelum ini."Berminggu-minggu dihujahkan, dikecam dan difitnah, tetapi kini terbukti kenyataan itu meleset," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat di Surau Al-Istiqlal, Presint 14 di sini pada Jumaat.Anwar turut menafikan dakwaan bahawa nama bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pernah diusulkan sebagai calon Ketua Hakim Negara."Beliau banyak menjalankan tugas dengan cemerlang dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan."Tetapi kerana beliau masih mempunyai banyak tahun (untuk berkhidmat), nama Ahmad Terrirudin tidak pernah pun diusulkan."Tuanku Sultan Selangor, selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja bertanya mengenainya dan saya maklumkan bahawa nama itu tidak dibawa oleh saya, tidak dibincang dan tidak dikemukakan oleh Yang di-Pertuan Agong |
'Beban jubah itu lebih berat daripada emas' - Abang titip pesanan buat Wan Ahmad Farid - Sinarharian - 18/07 3:17 pm Ukirkan namamu. Kami semua di belakangmu."Semoga ALLAH memimpin dan memberkati perjalananmu," tulis Wan Hisham.Pelantikan Wan Farid sebagai Ketua Hakim Negara diumumkan pada Khamis selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara baharu, bersama-sama pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.Ketiga-tiga mereka dijadual mengangkat sumpah jawatan pada 28 Julai ini di Istana Negara. |
Terbuka Jepun: Langkah Wei Chong-Kai Wun terhenti di suku akhir - Sinarharian - 18/07 3:17 pm IMPIAN beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mencipta kejutan besar di Terbuka Jepun lebur di pentas suku akhir pada Jumaat.Cabaran Wei Chong-Kai Wun terhenti apabila tewas kepada pasangan pilihan ketiga dunia dari Korea Selatan, Seo Seung-jae-Kim Won-ho.Gandingan negara yang turut diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan Super 750 itu mempamerkan tentangan hebat, namun akhirnya kecundang dalam pertarungan sengit tiga set dengan keputusan 13-21, 21-18, 13-21.Perlawanan yang berlangsung selama 55 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu menyaksikan kedua-dua pasangan saling berbalas serangan, namun konsistensi beregu Korea menjadi penentu.Sebagai rekod, ini kekalahan kedua berturut-turut buat Wei Chong-Kai Wun kepada Seung-jae- Won-ho selepas turut tewas kepada mereka pada pusingan awal Orleans Masters pada Mac lalu. |
RM1 million allocated for MD2 pineapple project in Sabah - SUN - 18/07 2:28 pm SOOK : The Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) has allocated RM1 million for the MD2 pineapple plantation project in Sabah under the Land Use Optimisation Programme |
'Saya takkan maafkan' Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli - Sinarharian - 18/07 2:27 pm KOTA KINABALU [DIKEMAS KINI] Seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di Papar meluahkan kekecewaannya terhadap individu yang didakwa membuli anaknya menerusi satu hantaran di media sosial semalam.Hantaran dimuat naik melalui akaun TikTok itu dipercayai ditulis sendiri oleh ibu mangsa yang turut disertakan dengan gambar keadaan anaknya sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis."Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini."Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu |
Pengurus bangunan tak mengaku pulas kaki emak, larikan budak 11 tahun - Sinarharian - 18/07 2:23 pm SEREMBAN Seorang pengurus bangunan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas dua pertuduhan iaitu mencederakan ibunya dan melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, minggu lalu.Tertuduh, A Ramrash, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya dengan memulas kaki kiri wanita itu sehingga bengkak.Perbuatan tersebut didakwa dilakukan pada 13 Mei 2025, kira-kira jam 6.30 petang, di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya di sini.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 326A pula memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi kesalahan asal.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tiga bulan yang berada di bawah penjagaan sah bapanya, pada hari dan lokasi yang sama, kira-kira jam 5.30 petang berhampiran tepi longkang besar di Taman Seremban Jaya.Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi mencadangkan jaminan RM6,000 bagi pertuduhan pertama, dengan syarat tambahan tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.Bagi pertuduhan kedua, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan.Sementara itu, peguam Chrysandy Lai dari Yayasan Bantuan Guaman Malaysia memohon jaminan munasabah dan memaklumkan bahawa pengadu telah menarik balik laporan polis.Beliau turut menyatakan bahawa kejadian itu berlaku kerana masalah keluarga dan salah faham.Bagi pertuduhan kedua, peguam menyatakan kejadian berlaku ketika tertuduh berada dalam keadaan mabuk.Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM6,500 bagi pertuduhan kedua |
Agong berkenan lawat Taman Botani Diraja Johor - SUN - 18/07 2:23 pm JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat Taman Botani Diraja Johor yang terletak dalam kawasan Istana Besar Johor, di sini hari ini |
Pas yakin tawan Pahang PRU16 - Sinarharian - 18/07 2:21 pm KUANTAN Pas yakin rakyat Pahang bersedia memberikan mandat baharu kepada parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, gelombang sokongan rakyat terhadap Pas dan PN di negeri ini semakin jelas serta menunjukkan peningkatan yang ketara."Perkembangan ini bukan sahaja dapat dilihat melalui kehadiran yang memberangsangkan dalam pelbagai program akar umbi, tetapi turut disokong oleh kajian bebas dan dapatan pemerhatian di lapangan."Bukan sekadar itu sahaja, kita juga dapat melihat bahawa rakyat semakin menolak apa sahaja cakap-cakap atau penjelasan daripada kerajaan dalam sesuatu isu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu, pola penolakan terhadap kerajaan Pahang pimpinan UMNOPakatan Harapan (PH) semakin ketara dalam kalangan pengundi muda, penjawat awam dan masyarakat luar bandar yang dilihat semakin kecewa dengan prestasi kerajaan campuran tersebut.Ujarnya, situasi itu menyebabkan kerajaan negeri kini sedaya upaya cuba mewajahkan bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang kompeten."Walaupun menteri besar mengumumkan bahawa Pahang mencatat jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur, sepatutnya pelaburan tinggi mampu menjadikan rakyat Pahang menikmati taraf hidup yang lebih baik."Namun jika dilihat pada realiti, kerajaan negeri masih gagal menyelesaikan isu asas seperti kos sara hidup, tekanan ekonomi, peluang pekerjaan dan bekalan air di kawasan luar bandar yang menyebabkan rakyat berasa terpinggir."Apakah ini yang kerajaan negeri banggakan?" soalnya.Tambahnya, rakyat kini sedar bahawa retorik reformasi yang dijanjikan kerajaan semakin hambar apabila dasar yang diperkenalkan lebih menjurus kepada keputusan populis tanpa penyelesaian jangka panjang."Malah, tidak keterlaluan jika saya nyatakan bahawa Kerajaan Madani yang dibentuk daripada gabungan Pakatan Harapan dan UMNO gagal untuk menyantuni suara rakyat secara menyeluruh," ujarnya.Menurutnya, Pas Teraju Pahang melalui Pas dan PN akan terus mendekati rakyat dengan pendekatan yang lebih jujur dan berprinsip, menawarkan solusi Islamik, dasar berpaksikan rakyat dan urus tadbir yang bersih."Keupayaan jentera Pas di kawasan dan cawangan menggerakkan dakwah, kebajikan dan advokasi membuktikan bahawa parti ini merupakan alternatif terbaik yang diyakini rakyat."Gelombang ini adalah isyarat jelas bahawa rakyat mahukan kepimpinan yang berintegriti, cakna dan berani mempertahankan hak serta kebajikan rakyat, selari dengan nilai-nilai Islam yang menjadi teras perjuangan Pas," katanya. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |