| /// |
|
| Search : Anthony Loke News | Page 1 |
|
Arul perlu keluar daripada bayang Loke, bina pengaruh sendiri - FMT - 15/08 10:40 am Penganalisis berkata pengaruh Loke Siew Fook dijangka kekal kuat namun J Arul Kumar perlu bina autoriti sendiri sebagai wajah baharu DAP Negeri Sembilan. |
|
Arul must step out of Lokes shadow as Negeri Sembilan DAP chief - FMT - 15/08 10:00 am Analyst says Loke Siew Fook has become synonymous with Negeri Sembilan DAP after leading the state chapter for more than two decades. |
|
Anwar perlu laksana reformasi sedaya-upaya sebelum habis penggal - Mkini - 15/08 9:32 am Keputusan mengenai penggal kedua atau pilihan raya akan datang bukan lagi dalam kawalan kita," kata Loke. |
|
Loke urges Anwar to do his utmost to undertake reforms before his term ends - Mkini - 15/08 9:00 am 'Implement what you need to, do what you ought to do.' |
|
DAP perlu ada ruang nilai semula keputusan kekal dalam kerajaan –... - Mygazette - 15/08 8:15 am Dalam pada itu, Ramkarpal menyifatkan Konvensyen DAP pada Ahad ini sebagai bersejarah kerana keputusan perwakilan akan menentukan hala tuju parti sekurang-kurangnya bagi baki penggal Parlimen semasa. Beliau turut memuji Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kerana mengambil langkah menerangkan kepada perwakilan mengenai baik buruk untuk terus kekal atau tidak dalam kerajaan dengan bersandarkan analisis bebas serta data |
|
Ada sesiapa percaya DAP berani keluar kerajaan? ??? Wan Saiful - Mygazette - 15/08 8:15 am Ahad ini, seramai 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan akan mengundi pada Persidangan Parti DAP 2026 bagi menentukan sama ada parti itu akan kekal atau menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen semasa. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong berkata, usul berhubung perkara itu akan dibentangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada persidangan berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) |
|
Esok DAP Akan Buat Keputusan Penting - Msomelayu - 15/08 7:24 am CEC katanya akan memberi kebebasan mutlak dan tidak cuba mempengaruhi perwakilan. Hal ini ditegaskan sendiri oleh setiausaha agungnya Anthony Loke Siew Fook |
|
Loke: Kota Bharu-Gombak ECRL Operations Could Start As Early As December 2026 - Lowyat - 14/08 6:38 pm Transport Minister Anthony Loke has revealed that Phase 1 of the East Coast Rail Link (ECRL) project has attained 95.08% completion as of July this year |
|
Anthony Taylor Tinggalkan Bola Sepak England, Akui Tekanan Sebagai Pengadil Sukar Ditanggung - Vocket - 14/08 5:46 pm Pengadil veteran, Anthony Taylor secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak England selepas 20 tahun dalam kancah bola sepak di negara tersebut |
|
Anthony Taylor Tinggalkan Bola Sepak England, Akui Tekanan Sebagai Pengadil Sukar Ditanggung - Hotfm - 14/08 5:46 pm Pengadil veteran, Anthony Taylor secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak England selepas 20 tahun dalam kancah bola sepak di negara tersebut. |
|
Cadangan DAP keluar kerajaan hanya 'drama politik - Wan Saiful - Sinarharian - 14/08 4:11 pm Idea acah-acah keluar kerajaan hanya gula-gula manis untuk melembutkan hati penyokong mereka saja."Saya jangka DAP akan terus bersama dalam Kerajaan Madani sehingga tamat penggal. Mereka akan bagi macam-macam alasan seperti nak jaga kestabilan negara," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebelum ini dilapor berkata, perwakilan DAP akan menentukan kedudukan parti itu dalam kerajaan pada persidangan Ahad ini dengan usul mengenai perkara itu akan dibentangkan kepada hampir 4,000 perwakilan sebelum diputuskan.Ia juga antara lain akan menentukan hala tuju DAP dalam arena politik tanah air secara kolektif.Mengulas lanjut, Wan Saiful mendakwa, DAP akan memainkan hujah kestabilan untuk membolehkan parti itu kekal berada dalam Kerajaan Perpaduan."Hujah kestabilan hanyalah topeng nak menutup fakta bahawa mereka gagal mentadbir, gagal jaga ekonomi negara, gagal jaga kebajikan rakyat, dan gagal tunai janji-janji sendiri."Padahal isyarat penolakan rakyat terhadap agenda kiri DAP sudah jelas terpampang dalam siri PRN sebelum ini," katanya.Beliau dalam masa sama menggesa agar parti itu segera menghentikan 'drama' untuk keluar kerajaan kerana hakikatnya sebenar adalah berbeza daripada apa yang dilaungkan. |
|
Anthony Loke: ECRL Kota Bharu-Gombak Mungkin Mula Operasi Seawal Disember 2026 - Careta - 14/08 4:02 pm Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau mencabar Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) untuk menyiapkan baki projek yang kini berbaki kurang lima peratus |
|
Anthony Loke: Program Saringan Kesihatan RM30 Sasar 30,000 Pemandu Tapi Kurang 20 Sertai - Careta - 14/08 4:02 pm Lebih mengejutkan, jumlah itu dicatatkan walaupun pemandu yang layak hanya perlu membayar RM30 untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh selepas menerima subsidi kerajaan |
|
ECRL kini siap 95%, sedia beroperasi dari Kota Bharu-Gombak - Mygazette - 14/08 3:59 pm # ECRL kini siap 95%, sedia beroperasi dari Kota Bharu-Gombak GOMBAK - Projek Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini mencapai tahap kemajuan keseluruhan sebanyak 95.08 peratus sehingga Julai lalu, sekali gus mampu memulakan pengoperasian komersial jajaran dari Kota Bharu-Gombak bermula Januari tahun depan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkembangan itu selari dengan jadual penyiapan jajaran Fasa 1 ECRL yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor pada Disember ini |
|
400 perwakilan DAP Johor tentukan pendirian Ahad ini - Mygazette - 14/08 3:59 pm Jadi, kami berikan kebebasan kepada delegasi atau wakil persidangan pada Ahad ini untuk membuat keputusan. Semalam, kita ada buat satu sesi dialog bersama Setiausaha Agung, Anthony Loke untuk menerangkan tentang isu ini, tetapi saya rasa kita akan berikan kebebasan kepada perwakilan untuk membuat keputusan masing-masing, katanya |
|
Wan Rosdy harap perwakilan DAP buat keputusan terbaik untuk negara - Mygazette - 14/08 3:59 pm DAP dijadual mengadakan kongres kebangsaan khas Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan lebih 4,200 perwakilannya dijangka memutuskan sama ada parti itu patut kekal sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan sehingga tempoh Parlimen semasa berakhir pada Disember tahun depan. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan akan membawa usul bagi pihak Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP pada kongres khas itu bagi membolehkan perkara terbabit diundi oleh para perwakilan |
|
MOT cabar ECRL beroperasi awal Disember ini - Mygazette - 14/08 3:59 pm GOMBAK - Kementerian Pengangkutan (MOT) mencabar Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Communication Construction Company Ltd (CCCC) agar Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibuka kepada pengguna seawal Disember ini, lebih awal berbanding sasaran asal pada Januari 2027 |
|
DAP mungkin tak jadi lebih kuat jika keluar Kabinet – Penganalisis - Mygazette - 14/08 3:59 pm Persidangan Parti DAP 2026 pada Ahad ini bakal menentukan sama ada parti itu akan kekal atau keluar daripada Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semasa. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong berkata, usul berhubung perkara itu akan dibentangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada persidangan berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) |
|
ECRL Kota Bharu-Gombak Disasar Beroperasi Disember Ini - Loke - Siakapkeli - 14/08 3:49 pm Perkhidmatan ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Gombak disasarkan beroperasi pada Disember ini, bergantung kepada kelancaran ujian dan pentauliahan... |
|
Guan Eng persoal PH Pulau Pinang berdiam diri terhadap serangan UMNO - Sinarharian - 14/08 3:43 pm GEORGE TOWN Kepimpinan politik Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang didapati gagal bertindak tegas dan terus berdiam diri terhadap serangan tidak berasas UMNO Pulau Pinang yang mendakwa DAP dan PKR mengamalkan politik identiti dengan hanya memberi tumpuan kepada satu kaum.Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow juga keliru apabila menganggap tiada bantahan terhadap keputusan PH Pulau Pinang untuk bekerjasama dan menerima peranan UMNO dalam kerajaan negeri hanya kerana perkara itu tidak dibangkitkan dalam pertemuan perwakilan DAP Pulau Pinang pada malam Rabu lalu."Minggu lalu, saya telah mempersoalkan mengapa kepimpinan politik PH Pulau Pinang gagal bertindak tegas dan terus berdiam diri terhadap serangan tidak berasas UMNO Pulau Pinang yang mendakwa bahawa DAP dan PKR mengamalkan politik identiti dengan hanya memberi tumpuan kepada satu kaum," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Pada Khamis, Kon Yeow menegaskan PH Pulau Pinang kekal dengan pendirian untuk menerima kerjasama Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Kon Yeow berkata, keputusan berkenaan juga tidak dipersoalkan dalam pertemuan perwakilan DAP Pulau Pinang yang diadakan pada Rabu.Kon Yeow turut berkata, Guan Eng boleh membangkitkan isu tersebut namun pendirian PH Pulau Pinang tetap tidak akan berubah.Dalam pada itu, menurut Guan Eng, beliau mahupun mana-mana perwakilan DAP tidak membangkitkan keputusan PH Pulau Pinang itu dalam mesyuarat berkenaan kerana agenda tunggal pertemuan adalah membincangkan sama ada DAP patut keluar atau kekal dalam Kerajaan Persekutuan.Katanya, isu mengenai peranan UMNO dalam kerajaan negeri Pulau Pinang bukan agenda pertemuan tersebut."Dalam kalangan pemimpin Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang hadir, hanya Anthony Loke yang berucap dan menjelaskan situasi semasa serta menjawab pertanyaan para perwakilan mengenai kebaikan dan keburukan untuk kekal dalam Kerajaan Persekutuan."Kon Yeow mahupun mana-mana pemimpin CEC kebangsaan yang lain tidak berucap kepada para perwakilan," ujarnya.Tambah bekas Setiausaha Agung DAP itu,, sebagai pemimpin veteran dalam CEC, Kon Yeow tidak sepatutnya membincangkan butiran dalaman mesyuarat parti yang diadakan secara tertutup."Kon Yeow harus jelas bahawa prerogatif untuk memberikan ulasan mengenai mesyuarat tertutup parti tersebut terletak sepenuhnya pada Setiausaha Agung DAP," katanya.Dalam pada itu, Guan Eng berkata, Kon Yeow mempunyai hak untuk terus berpegang pada keputusannya untuk bekerjasama dengan UMNO walaupun UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Anthony di kerusi Dewan Undangan Negeri Chennah dalam Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan.Bagaimanapun, katanya, Kon Yeow tidak sepatutnya menganggap semua perwakilan DAP Pulau Pinang menyokong keputusannya hanya kerana tiada siapa membangkitkan perkara berkenaan dalam mesyuarat Rabu lalu."Para perwakilan DAP Pulau Pinang memberi tumpuan kepada persoalan sama ada untuk kekal atau keluar daripada Kerajaan Persekutuan di Putrajaya," katanya.Sehubungan itu, Guan Eng mencadangkan Kon Yeow memanggil satu lagi mesyuarat dalaman perwakilan DAP Pulau Pinang bagi membincangkan sokongan tanpa syarat kepimpinan politik PH Pulau Pinang terhadap peranan UMNO dalam kerajaan negeri."Langkah itu dapat mengukur pendirian sebenar para perwakilan DAP Pulau Pinang terhadap perkara berkenaan."Agendanya boleh memberi tumpuan kepada bagaimana pendekatan kepimpinan politik PH Pulau Pinang ini dapat menyampaikan mesej kepada para pengundi kita bahawa kita tegas dalam mempertahankan maruah dan martabat kita sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang dan sebagai pemimpin yang dipilih rakyat," katanya.Terdahulu, PH Pulau Pinang memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan BN dan UMNO dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Keputusan itu diumumkan Kon Yeow selepas mempengerusikan mesyuarat PH negeri pada petang Sabtu.Menurutnya, kesepakatan itu termasuk mengekalkan Exco BN iaitu Datuk Rashidi Zinol yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang selaras dengan persefahaman kerjasama atau 'electoral pact' yang terjalin ketika pilihan raya negeri (PRN) 2023. |
|
Fewer than 20 drivers join RTD health screening programme, says Loke - SUN - 14/08 3:29 pm Transport Minister Anthony Loke said the response to the Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) initiative remained low despite drivers paying only RM30 for a comprehensive health examination |
|
Loke aims to bring forward ECRLs commencement to December - FMT - 14/08 3:21 pm The transport minister says there will be no compromise on safety aspects. |
|
ECRL stations designed to embody local identity, heritage, says Loke - SUN - 14/08 3:17 pm Transport Minister Anthony Loke says ECRL stations showcase local heritage, with progress at 95.08% as of July. |
|
Lian Ker cabar Anthony Loke, Chong Zhemin nyata pendirian rasmi DAP mengenai konsep 'Malaysian Malaysia' - Sinarharian - 14/08 3:06 pm SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencabar dua pemimpin DAP iaitu Anthony Loke dan Chong Zhemin supaya menjelaskan secara terbuka pendirian parti itu berhubung konsep 'Malaysian Malaysia' dan beberapa perkara lain yang turut diperjuangkannya.Beliau berkata, penjelasan itu penting susulan DAP yang kini dilihat membangkitkan pendirian Pas mengenai isu perjudian, sedangkan parti berkenaan pernah menjalinkan kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.Menurutnya, DAP sememangnya mengetahui pendirian parti berkenaan berkaitan perjudian serta agenda politik Islam ketika kedua-duanya bekerjasama."Dengan membangkitkan isu pendirian Pas mengenai perjudian, DAP sepatutnya menjawab dan mempertahankan pendiriannya sendiri bukannya mengheret MCA ke dalam pertikaian politik antara DAP dengan Pas."MCA juga berhak mencabar DAP supaya menjelaskan secara terbuka pendirian rasmi DAP mengenai perkara-perkara yang pernah menjadi sebahagian daripada perjuangan dan wacana 'Malaysian Malaysia' termasuk persoalan mengenai kedudukan Bumiputera, dasar afirmatif serta kedudukan bahasa."Adakah pendirian tersebut masih menjadi agenda rasmi DAP hari ini, atau ia hanyalah pendirian masa lalu yang telah ditinggalkan? Jika sudah berubah, nyatakan dengan jelas bila dan bagaimana ia berubah |
|
DAP perlu undi keluar kerajaan untuk tekan PM laksana reformasi - Kian Ming - Sinarharian - 14/08 2:54 pm SHAH ALAM - Perwakilan yang layak mengundi pada Kongres Khas DAP perlu memilih untuk 'keluar' daripada Kerajaan Perpaduan sebagai langkah memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan sekurang-kurangnya sebahagian reformasi politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, tindakan itu merupakan satu-satunya sebab utama untuk perwakilan mengundi supaya pemimpin parti meletakkan jawatan daripada Kabinet."Perdana Menteri hanya akan bertindak balas apabila tekanan kuat diberikan kepadanya, sama ada oleh individu, sekumpulan orang, organisasi mahupun keadaan politik tertentu."Inilah niat asal Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, memanggil Kongres Khas ini iaitu untuk mengingatkan Perdana Menteri bahawa para perwakilan DAP mempunyai kuasa untuk memaksa pemimpin parti meletakkan jawatan daripada Kabinet dan menggunakan pengaruh tersebut untuk memberi tekanan supaya menunaikan sebahagian daripada janji manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum berakhirnya sesi Parlimen ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Anthony sebelum ini dilapor berkata perwakilan DAP akan menentukan kedudukan parti itu dalam kerajaan pada persidangan Ahad ini dengan usul mengenai perkara itu akan dibentangkan kepada hampir 4,000 perwakilan sebelum diputuskan.Ia juga antara lain akan menentukan hala tuju DAP dalam arena politik tanah air secara kolektif.Dalam pada itu Kian Ming menegaskan, keputusan perwakilan DAP menjadi lebih penting susulan beberapa perkembangan politik terkini yang didakwa bercanggah dengan agenda reformasi asal PH antaranya, tiada tindakan lanjut terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sekatan peruntukan Parlimen bagi Ahli Parlimen PKR yang dilihat menyokong bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta penahanan dua blogger, Bryan Kong dan Shamsul Saad baru-baru ini."Beliau (Anwar) akan menganggapnya sebagai isyarat bahawa para perwakilan DAP bersedia untuk terus menyokongnya sehingga tamat penggal Parlimen ini, walaupun tidak melaksanakan sebarang reformasi politik substantif dari sekarang sehingga Parlimen dibubarkan."Tidak kira apa sahaja ucapan yang dibuat perwakilan atau tuntutan dikemukakan pemimpin dalam Kongres Khas ini mahupun melalui media sosial, sebarang pengaruh yang mungkin dimiliki DAP terhadap Anwar akan hilang pada saat majoriti perwakilan mengundi 'kekal' dalam Kabinet," ujarnya.Sementara itu Kian Ming mengakui terdapat beberapa alasan munasabah untuk DAP kekal dalam Kabinet antaranya memastikan pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini dapat berjalan dengan lancar serta tidak mahu memberi peluang kepada Barisan Nasioanl (BN) / UMNO untuk menarik sokongan daripada kerajaan sehingga boleh mencetuskan pilihan raya umum lebih awal.Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya perwakilan memilih 'keluar', pemimpin DAP masih boleh menentukan masa paling sesuai untuk anggota Kabinet daripada parti itu meletakkan jawatan."Mereka boleh mencapai persetujuan dengan Anwar bahawa peletakan jawatan hanya akan dibuat selepas Belanjawan 2027 diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember 2026."Mereka juga boleh berunding dengan Anwar supaya beberapa perubahan perundangan penting diluluskan dalam sesi Parlimen ini, termasuk had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun serta Akta Peruntukan Parlimen yang sama rata. |
|
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini - Anthony Loke - Sinarharian - 14/08 1:59 pm GOMBAK - Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 dari Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, mendahului jadual asal pada Januari 2027.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sasaran itu bergantung kepada kelancaran proses ujian dan pentauliahan yang sedang dilaksanakan, termasuk Ujian Integrasi Sistem (SIT) dan Fault-Free Run (FFR), tanpa sebarang kompromi terhadap aspek keselamatan.Beliau berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan kontraktor utama China Communications Construction Company Ltd (CCCC) perlu berusaha mempercepat proses berkenaan supaya perkhidmatan dari Kelantan ke Selangor dapat dimulakan menjelang cuti hujung tahun ini."Kita cuba melihat bagaimana Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) boleh membantu memudahcarakan urusan berkaitan proses ujian dan pentauliahan bagi mempercepat projek ini tanpa kompromi terhadap keselamatan."Biasanya ia mengambil masa dua hingga tiga bulan, jadi kita nak lihat bagaimana dapat dipendekkan masa tersebut," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Comprehensive Inspection Train (CIT) dan Pengenalan Konsep Reka Bentuk Stesen-Stesen Utama ECRL serta Permulaan SIT dan FFR Projek ECRL di Stesen Terminal Bersepadu Gombak di sini hari ini.Loke berkata, usaha mempercepat operasi itu dibuat berdasarkan penilaian bahawa pelbagai ujian terhadap tren telah dilaksanakan sebelum ia dihantar ke Malaysia, termasuk ujian di kilang di China.Menurutnya, SIT ECRL yang bermula bulan ini akan menguji integrasi pelbagai sistem termasuk elektrik dan sistem isyarat sebelum FFR dilaksanakan pada September.Beliau berkata, set tren pertama dan E-Loco masing-masing perlu menjalani FFR sejauh 8,000 kilometer di bawah kawal selia APAD bagi memastikan keselamatan serta kebolehpercayaan operasi memenuhi piawaian dan keperluan perundangan ditetapkan."FFR merupakan antara proses penting sebelum operasi komersial kerana tren akan bergerak di landasan dalam keadaan sebenar, namun tidak membawa penumpang," katanya.Loke berkata, semua ujian terdahulu perlu dilengkapkan dan diluluskan sebelum FFR dilaksanakan, justeru, usaha mempercepat tempoh berkenaan tidak bermaksud mana-mana proses keselamatan diketepikan."Kita lebih takut daripada anda |
|
Kerajaan Perpaduan: Lebih 400 perwakilan DAP Johor akan tentukan hala tuju parti - Sinarharian - 14/08 10:43 am KULAI DAP Johor menyerahkan sepenuhnya kepada lebih 400 perwakilan untuk menentukan pendirian berhubung isu hala tuju parti pada persidangan yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, setiap perwakilan diberi kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan dan pemahaman masing-masing mengenai hala tuju parti."Kita tidak ada satu pendirian di negeri Johor kerana ini adalah satu undi. Jadi, kami berikan kebebasan kepada delegasi atau wakil persidangan pada Ahad ini untuk membuat keputusan."Pada Khamis, kita ada buat satu sesi dialog bersama Setiausaha Agung, Anthony Loke untuk menerangkan tentang isu ini, tetapi saya rasa kita akan berikan lagi kebebasan kepada perwakilan untuk membuat keputusan masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program penyerahan peruntukan Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Murni Jaya di sini, Jumaat.DAP akan mengadakan Persidangan Kebangsaan Khas pada 16 Ogos ini bagi membolehkan perwakilan menentukan pendirian parti sama ada kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebelum ini berkata, satu usul akan dibentangkan untuk diputuskan lebih 4,000 perwakilan yang hadir.Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, DAP Johor akan akur dengan apa juga keputusan yang dibuat pada persidangan berkenaan."Johor memang salah satu negeri yang mempunyai perwakilan agak tinggi, walaupun bukan yang paling tinggi kerana Selangor, Perak dan Pulau Pinang juga mempunyai ramai perwakilan."Saya percaya mereka merupakan ahli yang boleh mewakili cawangan masing-masing serta memahami perjuangan dan prinsip parti."Saya percaya mereka akan membuat keputusan terbaik untuk hala tuju parti dan juga negara," katanya.Sementara itu, SK Murni Jaya dipilih sebagai salah sebuah Sekolah Angkat MADANI dan menerima peruntukan RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai penambahbaikan kemudahan sekolah.Peruntukan itu antaranya digunakan bagi menyediakan dua unit papan pintar, penambahbaikan lampu dan keceriaan, sistem pembesar suara di dewan, dua unit penghawa dingin, 10 unit iPad, satu set robot sumo serta dua unit televisyen pintar untuk kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).Ia turut membabitkan penambahbaikan keceriaan taman prasekolah bagi memberi manfaat kepada 189 murid sekolah berkenaan. |
|
Perkembangan KDNK positif pacu ringgit ke arah RM4 sedolar AS - Utusan - 14/08 7:53 am PETALING JAYA: Ringgit berpotensi menguji paras psikologi RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekiranya pertumbuhan ekonomi Malaysia suku kedua yang diumumkan hari ini melepasi jangkaan, didorong prestasi kukuh sektor pembuatan, eksport dan aktiviti domestik |
|
Australia's Albanese says AUKUS remains 'full steam ahead' after Trump call - Straitstimes - 14/08 7:45 am SYDNEY, Aug 14 - Australian Prime Minister Anthony Albanese said on Friday that the AUKUS defence pact remained "full steam ahead" after an overnight phone call with U.S |
|
DAP's Defining Vote: Stay in Government or Walk Away? - Sinardaily - 14/08 7:30 am SHAH ALAM This Sunday, DAP faces what could be one of the most consequential moments in its recent history less an annual party gathering than a reckoning over its future role in the Federal Government.A total of 4,264 delegates representing 1,704 branches will gather in Putrajaya with one question hanging over the party: Should DAP continue serving in the Federal Government for the remainder of the parliamentary term, or walk away? The question comes amid growing unease among sections of the party's grassroots following recent state election setbacks and lingering dissatisfaction over the pace of reforms under the Unity Government.A motion will be tabled by secretary-general Anthony Loke and debated by delegates, after which a secret ballot will be held.This marks a significant departure from the usual decision-making process |
|
Anthony Lokes transport push: LRT3 opens, ridership surges past one million, but congestion fight unfinished - Malaymail - 14/08 7:00 am KUALA LUMPUR, Aug 14 Nearly four years into his second stint as transport minister, Anthony Loke can point to ga... |
|
Uncharted territories: Anthony Loke on alliances, unity constraints and search for lasting model - Malaymail - 14/08 7:00 am KUALA LUMPUR, Aug 14 Malaysia is still searching for a permanent model of governance eight years after the colla... |
|
DAP perlu ada 'klausa keluar' jika kekal dalam kerajaan - Ramkarpal - Sinarharian - 14/08 12:00 am SHAH ALAM - DAP perlu fleksibel untuk menilai semula keputusan kekal dalam kerajaan sekiranya berlaku perkembangan yang memudaratkan kepentingan parti.Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramkarpal Singh berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan menjelang Konvensyen DAP dengan keputusan tersebut tidak seharusnya dianggap komitmen tanpa mengira apa yang berlaku pada masa depan."Perlu dijelaskan bahawa perwakilan mempunyai kebebasan untuk menilai semula keputusan kekal dalam kerajaan jika terdapat alasan munasabah berbuat demikian pada masa akan datang."Perkara ini penting untuk ditekankan kerana mungkin wujud tanggapan salah bahawa undi kekal dalam kerajaan bagi baki penggal Parlimen ini bermaksud kekal walau apa pun yang berlaku, meskipun peristiwa pada masa depan terbukti memudaratkan kepentingan parti," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat.Lebih 4,200 perwakilan DAP dilapor akan menghadiri Konvensyen DAP yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya, Ahad ini, bagi menentukan sama ada parti itu perlu kekal dalam kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal.Dalam pada itu Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menjelaskan, antara keadaan dianggap memudaratkan kepentingan parti ialah sekiranya UMNO berkeras untuk mendapatkan pengampunan dan pembebasan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak."Sama ada perkara ini melampaui garis merah atau tidak, seharusnya menjadi sesuatu yang terbuka untuk difikirkan oleh perwakilan."Mereka harus bebas memilih meninggalkan kerajaan dalam keadaan sedemikian walaupun telah mengundi untuk kekal dalam kerajaan pada Ahad ini," ujarnya.Pengerusi Biro Kebangsaan DAP itu turut memuji Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kerana berusaha memberikan penerangan secara objektif kepada perwakilan mengenai kebaikan dan keburukan sekiranya parti kekal atau meninggalkan kerajaan.Menurutnya, penerangan itu turut disokong analisis dan data bebas bagi membantu perwakilan membuat keputusan."Saya percaya perwakilan yang hadir lebih memahami perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengundi pada hujung minggu ini."Sama ada cadangan tersebut dilabelkan sebagai 'klausa keluar' atau sebaliknya, ia tetap demi kepentingan terbaik parti," tegasnya. |
|
Sidang media terakhir sebelum DAP keluar kerajaan? Anthony Loke: Saya tak pernah kata begitu - Harapandaily - 13/08 7:25 pm Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menepis spekulasi bahawa sidang media beliau hari ini mungkin menjadi penampilan terakhirnya sebagai anggota Kabinet susulan keputusan parti itu yang bakal menentukan kedudukannya dalam Kerajaan Persekutuan |
|
Kerajaan jadi lemah, PRU lebih dekat jika DAP tinggalkan Kabinet, kata Ahli Parlimen PKR - Sinarharian - 13/08 6:22 pm Parti-parti yang berbeza perlu menilai kesannya berdasarkan kepentingan dan strategi masing-masing," katanya.Chean Chung turut melahirkan kebimbangan bahawa persekitaran politik semasa semakin mengecilkan ruang untuk politik progresif."Apa yang membimbangkan saya ialah politik progresif kelihatan semakin kehilangan ruang dalam naratif politik yang lebih luas. Pada pandangan saya, itu adalah satu perkembangan yang menyedihkan," katanya.DAP dijadual mengadakan kongres kebangsaan khas Ahad ini, dengan para perwakilannya dijangka memutuskan sama ada parti itu patut kekal sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tempoh Parlimen semasa berakhir pada Disember tahun depan.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebelum ini mengesahkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu telah bersetuju untuk mengadakan kongres tersebut dengan kira-kira 4,000 perwakilan layak mengundi usul berkenaan.Mesyuarat itu diadakan ketika DAP berdepan tekanan yang semakin meningkat berhubung cara pengendalian kerajaan terhadap kes rasuah, isu kaum dan agama serta kesungguhan pelaksanaan reformasi dijanjikan yang telah menyumbang kepada kebimbangan mengenai sokongan dalam kalangan masyarakat minoriti dan pengundi progresif.Tekanan itu meningkat susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, apabila PH mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam pilihan raya peringkat negeri, selain Anthony juga kehilangan kerusinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas 13 tahun.Anthony kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas kekalahannya di Chennah, manakala ADUN Nilai dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan J Arul Kumar dilantik sebagai pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa 10 Ogos.Kongres pada 16 Ogos di Putrajaya itu dijangka memberikan petunjuk yang lebih jelas mengenai kedudukan DAP dalam kerajaan perpaduan serta strateginya menjelang PRU akan datang. |
|
DAPs exit will weaken government and bring election closer, says PKR lawmaker - Sinardaily - 13/08 4:51 pm Different parties will have to assess the consequences based on their own interests and strategies, he said.Lee also expressed concern that the current political environment was leaving less room for progressive politics.What concerns me is that progressive politics appears to be losing space within the broader political narrative. In my view, that is a sad development, he said.DAP is set to hold a special national congress this Sunday, with its delegates expected to decide whether the party should remain part of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims unity government until the current parliamentary term ends in December next year.DAP secretary-general Anthony Loke previously confirmed that the partys Central Executive Committee had agreed to convene the congress, with about 4,000 delegates eligible to vote on the motion.The meeting comes as DAP faces growing pressure over the governments handling of corruption cases, racial and religious issues and the pace of promised reforms, which have contributed to concerns over support among ethnic minorities and progressive voters.The pressure intensified following the Negeri Sembilan state election, where PH suffered its third consecutive defeat in a regional election |
|
Bandar Utama schoolgirl murder: 'I apologise for causing the death' - Sinardaily - 13/08 4:22 pm SHAH ALAM I apologise for what happened that caused the death.These were the words of a 15-year-old boy to his lawyer, Kitson Foong, during the defence proceedings at the High Court here on Thursday.The involves the murder of a 16-year-old female student in an incident at a secondary school in Bandar Utama, last year.The proceedings before High Court Judge Adlin Abdul Majid were conducted in camera and attended only by the prosecution and the defence teams as well as family members, given that the teenager is still a minor.When met outside the court, Foong said his client, as the first defence witness, gave evidence outside the dock after reading a brief statement in Mandarin.After being ordered to enter his defence, he gave an unsworn statement in Mandarin without cross-examination by the prosecution.He apologised for what happened that caused the death at the school, he said.He added that the proceedings continued with testimony from a consultant forensic psychiatrist from Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony, as the second and final defence witness.On Jan 16, the Petaling Jaya magistrate's court was informed that a psychiatric report confirmed the teenager was fit to stand trial.The student, who was 14 years old at the time of the incident and a Form One transition student, was charged with murdering his schoolmate between 9.20am and 9.35am on Oct 14, 2025.No plea was recorded from the teenager as the case falls under the jurisdiction of the High Court.The charge was framed under Section 302 of the Penal Code, which provides for the death penalty or imprisonment of between 30 and 40 years and if the death penalty is not imposed, whipping of not less than 12 strokes upon conviction.However, Section 97(1) of the Child Act 2001 stipulates that the death penalty cannot be imposed on children under the age of 18.The prosecution was handled by deputy public prosecutors Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Ahmad Iqbal Azman, and Nurul Izzati Mohamad.Meanwhile, the accused was also represented by lawyers Chew Jee San, Angel Choo and Yan Zhi Wei.Watching briefs were held by Datuk Yasmeen Shariff and Jason Lim Jie Sheng on behalf of the Bar Council and the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).The proceedings resume at 2.30pm on Thursday. |
|
Kes tikam pelajar: Remaja lelaki mohon maaf ketika beri keterangan bela .. - Mygazette - 13/08 3:45 pm # Kes tikam pelajar: Remaja lelaki mohon maaf ketika beri keterangan bela diri SHAH ALAM - Remaja lelaki berusia 15 tahun yang diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tahun lepas, memohon maaf atas apa yang berlaku ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini |
|
Kian Ming harap perwakilan DAP undi keluar Kerajaan Perpaduan Ahad ini .. - Mygazette - 13/08 3:45 pm Menurutnya, terdapat satu alasan yang benar-benar kukuh mengapa pemimpin DAP harus meletakkan jawatan dalam Kabinet iaitu bagi memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan dan melaksanakan sekurang-kurangnya beberapa reformasi politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) Katanya, para perwakilan DAP serta penyokong Pakatan Harapan (PH) kini sepatutnya sudah menyedari bahawa Anwar hanya bertindak balas dan mengambil tindakan apabila diberi tekanan, sama ada oleh individu, sekumpulan orang, sesebuah organisasi atau keadaan politik tertentu. Inilah tujuan asal Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menggesa diadakan kongres khas ini, iaitu sebagai satu cara untuk mengingatkan PMX (Anwar) bahawa para perwakilan DAP mempunyai kuasa untuk memaksa pemimpin DAP meletakkan jawatan daripada Kabinet, dan menggunakan pengaruh tersebut untuk memberi tekanan kepada PMX supaya menunaikan sebahagian daripada janji manifesto Pakatan Harapan sebelum berakhirnya sidang Parlimen ini, katanya menerusi Facebooknya hari ini |
|
Kes tikam pelajar: Remaja sakit mental sejak lima tahun lalu - Doktor pakar - Sinarharian - 13/08 3:31 pm SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis diberitahu bahawa, remaja lelaki 15 tahun yang dituduh membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, mengalami penyakit mental sejak lima tahun lalu.Peguam, Kitson Foong berkata, perkara itu dimaklumkan Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony ketika hadir memberi keterangan selaku saksi pembelaan kedua dalam kes berkenaan.Semasa prosiding yang dibuat secara tertutup, beliau berkata, Dr Ian juga memberitahu tertuduh juvana tersebut mengalami masalah psikiatri ketika berusia 10 tahunKatanya, keadaan menjadi semakin serius kerana tidak mendapat rawatan awal di hospital."Dr Ian juga memberitahu bahawa penama bukan mengalami satu ilusi sahaja, tetapi pelbagai gangguan."Tempoh lima tahun tanpa rawatan menyebabkan masalah berkenaan berkembang beberapa kali ganda, selain memberi kesan lebih besar terhadap minda penama terbabit," katanya.Beliau berkata, keadaan itu boleh diibaratkan seperti penyakit kanser yang hanya dirawat ketika sudah mencapai tahap empat, berbanding dikesan pada peringkat awal.Kitson berkata, ketiadaan rawatan dalam tempoh terbabit dipercayai menyebabkan manifestasi penyakit mental itu menjadi lebih serius.Beliau berkata, keadaan tersebut juga boleh menjadi semakin kompleks apabila berlaku secara berterusan dalam minda kanak-kanak yang masih belum matang sepenuhnya.Katanya, saksi pembelaan terakhir tersebut juga menambah, penyakit tertentu boleh menjadi semakin besar, lebih-lebih lagi dalam minda seorang kanak-kanak.Disebabkan isu berkenaan katanya, pembelaan memanggil saksi tersebut bagi menyokong keterangan bahawa tertuduh mengalami ketidakwarasan mental di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, Dr Ian turut bersetuju bahawa, sebelum ini tertuduh mula dirujuk untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan psikiatri.Katanya, tertuduh dirujuk kepada Hospital Bahagia ketika peringkat Mahkamah Majistret dan doktor berkenaan dipilih untuk menjalankan penilaian serta rawatan terhadapnya."Kita jangka bicara bela diri akan tamat hari ini dan kami akan menutup selepas pihak pendakwaan selesai menyoal balas saksi tersebut."Mahkamah mungkin akan menetap tarikh baharu untuk keputusan di akhir kes pembelaan," katanya.Pada 16 Januari lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya diberitahu bahawa laporan psikiatri mengesahkan remaja terbabit layak dibicarakan.Mengikut pertuduhan, remaja itu yang ketika kejadian berusia 14 tahun iaitu pelajar Tingkatan Satu kelas peralihan, didakwa membunuh rakan sekolahnya antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak melebihi 12 sebatan jika tidak dihukum mati.Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan terhadap kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun.Pihak pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Ahmad Iqbal Azman dan Nurul Izzati Mohamad.Sementara pembelaan turut diwakili peguam, Chew Jee San, Angel Choo dan Yan Zhi Wei.Peguam pemerhati pula ialah Datuk Yasmeen Shariff dan Jason Lim Jie Sheng bagi pihak Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.Prosiding di hadapan Hakim, Adlin Abdul Majid bersambung jam 2.30 petang Khamis. |
|
MOT rujuk MOF isu cukai kargo minyak di Tanjung Langsat - Utusan - 13/08 3:27 pm PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklum balas daripada Kemeterian Kewangan (MOF) berhubung aduan pemain industri berkait ketidakpastian mengenai cukai terhadap kargo minyak yang dicampur dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor. Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat mekanisme penetapan cukai itu seperti dilaporkan media, semalam |
|
Kes tikam pelajar: 'Saya minta maaf sebabkan kematian - Sinarharian - 13/08 2:47 pm SHAH ALAM "Saya minta maaf atas perkara yang berlaku sehingga menyebabkan kematian."Demikian kata remaja lelaki berusia 15 tahun kepada peguamnya, Kitson Foong, ketika prosiding membela diri di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Ia membabitkan kes membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, tahun lalu.Prosiding di hadapan Hakim, Adlin Abdul Majid, dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri pihak pendakwaan, pembelaan serta ahli keluarga, memandangkan remaja itu masih di bawah umur.Ketika ditemui di luar mahkamah, Kitson berkata, anak guamnya selaku saksi pembelaan pertama memberikan keterangan di luar kandang tertuduh selepas membaca kenyataan ringkas dalam bahasa Mandarin."Selepas diperintah membela diri, dia memberikan keterangan dalam bahasa Mandarin secara tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan,"Dia minta maaf atas perkara yang berlaku sehingga menyebabkan kematian di sekolah berkenaan," katanya.Beliau berkata, prosiding diteruskan dengan keterangan pakar perunding forensik psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony, sebagai saksi pembelaan kedua dan terakhir.Pada 16 Januari lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya diberitahu bahawa laporan psikiatri mengesahkan remaja terbabit layak dibicarakan.Pelajar itu yang ketika kejadian berusia 14 tahun yang juga pelajar Tingkatan Satu kelas peralihan, didakwa membunuh rakan sekolahnya antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berkenaan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak melebihi 12 sebatan jika tidak dihukum mati.Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan terhadap kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun.Pihak pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Ahmad Iqbal Azman dan Nurul Izzati Mohamad.Sementara pembelaan turut diwakili peguam, Chew Jee San, Angel Choo dan Yan Zhi Wei.Peguam pemerhati pula oleh Datuk Yasmeen Shariff dan Jason Lim Jie Sheng bagi pihak Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.Prosiding bersambung jam 2.30 petang Khamis. |
|
MOT dapatkan maklum balas MOF berkaitan isu cukai kargo minyak - Sinarharian - 13/08 2:26 pm PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu ketidakpastian cukai terhadap kargo minyak yang dicampur dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor.Menterinya, Loke Siew Fook berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung mekanisme penetapan cukai berkenaan seperti yang dilaporkan media sebelum ini."Perkara ini di bawah Kastam dan MoF, kami akan mendapatkan maklumat lanjut daripada MoF," katanya ringkas dalam sidang akhbar ketika Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan di sini pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan aduan pemain industri yang mendakwa ketidakpastian mengenai isu berkenaan menjejaskan perniagaan perkapalan dan petroleum di pelabuhan terbabit.Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy dilaporkan menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi penjelasan sama ada amalan mencampurkan kargo minyak dalam tangki darat dibenarkan serta kaedah cukai yang perlu dikenakan.Menurutnya, perkara itu penting kerana Pelabuhan Tanjung Langsat mengendalikan kargo petroleum yang dipunggah dari kapal ke tangki darat bagi operasi pemindahan kapal atau transhipment.Media sebelum ini turut melaporkan timbul kebimbangan mengenai dakwaan minyak daripada konsainan berbeza dicampurkan dalam tangki darat selepas dipunggah dari kapal.Tindakan berkenaan didakwa boleh mengubah keadaan kargo dan menimbulkan persoalan berkaitan klasifikasi, penilaian serta cukai sekiranya dokumen berkaitan tidak dikemas kini dengan sewajarnya.Selain itu, Malaysia Corruption Watch (MCW) dilaporkan turut menggesa dakwaan ketidakpadanan antara bil muatan dan pergerakan fizikal kargo petroleum di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor itu perlu disiasat secara menyeluruh kerana berpotensi menjejaskan kutipan hasil negara serta integriti sistem perdagangan.Presidennya Jais Abdul Karim berkata, sekiranya dakwaan itu mempunyai asas, ia boleh membuka ruang kepada penipuan perdagangan, manipulasi dokumentasi, pengelakan cukai dan duti serta penyeludupan produk petroleum. |
|
Anthony Loke keeps DAP's Sunday decision under wraps - Sinardaily - 13/08 2:10 pm PUTRAJAYA Transport Minister Anthony Loke has declined to confirm whether Thursday's monthly assembly of the Transport Ministry was his last as minister, telling reporters to wait until after Sunday's DAP Congress before drawing any conclusions.Asked whether the assembly marked his final appearance as minister, Loke responded: How do you know this is the last one?He stressed that he had never said the gathering would be his last and asked reporters to wait until Sunday before discussing his political future.I never said anything like that |
|
Penangs new air logistics complex set to boost northern cargo capacity, says Anthony Loke - Malaymail - 13/08 2:09 pm PUTRAJAYA, Aug 13 The Penang International Logistics Aeropark (Pila) is set to significantly boost air cargo fac... |
|
DAP dijangka utamakan kestabilan politik, kesinambungan Kerajaan Madani - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 13/08 2:03 pm SUBANG - DAP dijangka mengutamakan kepentingan negara khususnya dari segi kestabilan politik, selain mempertahan dan meneruskan kesinambungan pentadbiran Kerajaan Madani ketika ini.Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau yakin pendirian itu akan menjadi pertimbangan kepimpinan DAP dalam menentukan kedudukan parti berkenaan bersama Kerajaan Madani."Saya percaya kepemimpinan DAP mempunyai kebijaksanaannya sebagai parti yang sudah lama di negara ini."DAP tentunya akan meletakkan kepentingan negara dari segi kestabilan politik, selain mempertahan dan meneruskan kesinambungan yang sudah berjalan sangat baik ketika ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Subang di sini pada Khamis.Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan memaklumkan bahawa parti itu akan menentukan kedudukannya dalam kerajaan pada Ahad ini.Usul mengenai perkara itu akan dibentangkan kepada perwakilan Persidangan Kebangsaan DAP sebelum diputuskan hampir 4,000 perwakilan yang layak menghadiri persidangan berkenaan.Persidangan itu antara lain akan menentukan hala tuju DAP dalam arena politik tanah air secara kolektif.Kongres berkenaan asalnya dijadualkan berlangsung pada 12 Julai lalu, namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan.Saifuddin Nasution turut yakin Persidangan Kebangsaan DAP yang berlangsung minggu ini akan memuktamadkan keputusan parti itu untuk kekal bersama Kerajaan MADANI pada Ahad.Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata DAP tidak mempunyai obligasi untuk memberi sebarang penerangan mengenai keputusan parti itu kepada PH."Tidak menjadi tanggungjawab DAP untuk memberi penerangan kepada PH untuk membuat keputusan selari dasar dan pendekatan politik mereka," katanya. |
|
I am very relaxed: Loke dismisses talk of final ministry assembly before DAP congress decision - Malaymail - 13/08 1:15 pm KUALA LUMPUR, Aug 13 Transport Minister Anthony Loke Siew Fook today played down suggestions that this could be... |
|
MOT rujuk MoF isu cukai kargo minyak di Tanjung Langsat - FMT - 13/08 1:05 pm Menteri Loke Siew Fook berkata kementeriannya akan dapatkan penjelasan susulan aduan pemain industri mengenai ketidakpastian cukai terhadap kargo minyak dicampur dalam tangki darat. |
|
Sambutan pemeriksaan kesihatan pemandu masih rendah walaupun RM30 - Sinarharian - 13/08 12:44 am PUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan (MOT) menggesa lebih ramai pemandu menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh selepas sambutan terhadap inisiatif Health Check for Drivers masih rendah walaupun kos ditanggung pemandu hanya RM30.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kos sebenar pemeriksaan kesihatan itu ialah RM85, namun Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberikan subsidi RM55 bagi setiap pemandu."PERKESO memberikan subsidi sehingga RM55 kepada setiap pemandu |
|
SOP mesin pengimbas KLIA dibawa ke Kabinet minggu depan Anthony Loke - Sinarharian - 13/08 12:38 am PUTRAJAYA Penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pengimbasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan susulan isu penyeludupan dadah yang berlaku baru- baru ini.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang merangka penambahbaikan terhadap SOP berkenaan termasuk meneliti skop penggunaan mesin pengimbas sedia ada."KDN sedang merangka satu apa ni penambahbaikan dari segi SOP pengimbasan dan sebagainya, akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT), di sini pada Khamis.Menurut beliau, aspek mesin pengimbas turut akan diteliti bagi memastikan peralatan berkenaan dapat ditambah baik."Jadi dari segi mesin-mesin pengimbas ini, sudah tentu kita akan melihat skop dia dan juga SOP dan sebagainya untuk memastikan semua mesin pengimbas itu dapat ditambah baik," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah susulan berhubung insiden membabitkan mesin pengimbas KLIA dan kes penyeludupan dadah yang berlaku baru-baru ini.Perkembangan berkenaan menunjukkan aspek SOP serta keberkesanan mesin pengimbas di lapangan terbang kini diberi perhatian susulan isu keselamatan yang dibangkitkan.Anthony turut memaklumkan beberapa langkah keselamatan lain sedang diperkukuh kementeriannya, termasuk usaha meningkatkan pengawasan dan saringan membabitkan kru penerbangan susulan kes juruterbang Malaysia Airlines yang terlibat dalam isu dadah di Indonesia.Tegasnya, langkah berkenaan bukan sahaja melibatkan Malaysia Airlines (MAG), malah syarikat penerbangan lain turut diminta memperkukuh aspek pengawasan dan saringan juruterbang serta kru kabin."Dalam masa sama, AKPS dan MAHB bertanggungjawab memperketatkan saringan dan tapisan dan semua itu sedang berjalan," katanya.Sebelum ini seorang juruterbang MAS ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, kerana disyaki cuba menyeludup lebih 70,000 pil ekstasi dan dadah seberat 25 kilogram yang bernilai sekitar RM14 juta pada 29 Julai lalu.Mengulas lanjut Anthony berkata, siasatan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia menghormati proses perundangan negara terbabit."Perkara berkenaan di bawah pihak berkuasa Indonesia, jadi kita perlu menghormati pihak berkuasa negara itu iaitu pihak polis Indonesia |
|
Kes tikam pelajar: Remaja diperintah bela diri - Sinarharian - 13/08 11:46 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja lelaki 15 tahun yang dituduh membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas mendapati wujud prima facie di akhir kes pendakwaan.Kes berkenaan dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri pihak pendakwaan, pembelaan dan ahli keluarga, memandangkan prosiding ini termasuk dalam kes juvana.Peguam, Kitson Foong yang mewakili remaja terbabit berkata demikian ketika dihubungi media.Beliau berkata, anak guamnya diberi tiga pilihan iaitu pertama, berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan serta kedua, memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.Sementara pilihan terakhir, tertuduh juvana itu memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.Kitson berkata, anak guamnya kemudian mengambil pilihan kedua, iaitu memberi kenyataan tidak bersumpah.Beliau kemudiannya meneruskan prosiding bela diri dengan memanggil dua saksi sahaja iaitu tertuduh sendiri dan pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.Pada 16 Januari lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya diberitahu bahawa laporan psikiatri mengesahkan remaja terbabit layak dibicarakan.Pelajar itu yang ketika kejadian berusia 14 tahun yang juga pelajar Tingkatan Satu kelas peralihan, didakwa membunuh rakan sekolahnya antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berkenaan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak melebihi 12 sebatan jika tidak dihukum mati.Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan terhadap kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun.Pihak pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Ahmad Iqbal Azman dan Nurul Izzati Mohamad.Sementara pembelaan turut diwakili peguam, Chew Jee San, Angel Choo dan Yan Zhi Wei.Peguam pemerhati pula oleh Datuk Yasmeen Shariff dan Jason Lim Jie Sheng bagi pihak Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. |
|
'Macam mana awak tahu ini yang terakhir?' Anthony Loke - Sinarharian - 13/08 11:42 am PUTRAJAYA "Macam mana awak tahu ini yang terakhir?". Itu respons Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditanya sama ada perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Khamis merupakan yang terakhir disertainya sebagai menteri.Menurut Anthony, beliau tidak pernah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut merupakan yang terakhir, malah meminta wartawan menunggu sehingga Ahad sebelum perkara itu dibincangkan."Saya tak pernah cakap macam itu pun |
|
Perak DAP commits to Unity Government ahead of crucial party conference - Sinardaily - 12/08 4:21 pm This is the right and responsible path, the statement said.The position was expressed ahead of the 2026 DAP Party Conference this Sunday, which will determine whether the party remains in or leaves the federal government for the remainder of the current parliamentary term. A motion on the matter will be tabled by DAP secretary-general Anthony Loke.The motion will be decided through a vote involving 4,264 delegates from 1,704 eligible branches attending the conference at the Putrajaya International Convention Centre |
|
DAP Perak sebulat suara kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Mygazette - 12/08 4:07 pm Inilah jalan yang benar dan bertanggungjawab," menurut kenyataan itu. Pendirian itu dizahirkan menjelang Persidangan Kebangsaan DAP 2026 pada Ahad ini yang bakal menentukan hala tuju parti sama ada kekal atau keluar daripada Kerajaan Persekutuan, sehingga tamat penggal Parlimen semasa dan usul mengenainya akan dibentangkanSetiausaha Agung DAP Anthony Loke |
|
Kemerdekaan bukan sekadar laungan 'Merdeka', hayati erti sebenar - Wan Azizah - Sinarharian - 12/08 3:35 pm KUALA LUMPUR - Rakyat digesa menghayati kemerdekaan sebagai satu tanggungjawab bersama bagi memastikan keamanan, perpaduan dan keharmonian negara terus terpelihara, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Beliau berkata, kemerdekaan bukan sekadar laungan "Merdeka" dan kibaran Jalur Gemilang, sebaliknya membawa makna lebih besar sebagai lambang kebebasan, pengorbanan serta perjuangan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara berdaulat."Marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan bukan sekadar satu perayaan, tetapi wadah untuk menghayati erti kebebasan, menghargai jasa pejuang terdahulu dan terus membina sebuah komuniti Bandar Tun Razak yang bersatu, sejahtera dan progresif," katanya.Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak di sini, hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.Wan Azizah berkata tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" amat bertepatan dengan usaha mewujudkan kehidupan lebih baik, peluang saksama serta perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat.Beliau menyifatkan kepelbagaian kira-kira 191,000 penduduk Bandar Tun Razak yang merangkumi 60 peratus Melayu, 24 peratus Cina dan lapan peratus India, sebagai cerminan komuniti dinamik serta harmoni berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia.Selesai program berkenaan, Wan Azizah meluangkan masa menziarahi tiga keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pulau Pinang dan PPR Desa Tun Razak, untuk menyampaikan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Seorang penerima, K Moganavalli, 39, bersyukur atas bantuan berkenaan selepas kehilangan suaminya, Edwin Anthony Dass, 38, yang meninggal dunia secara mengejut pada 2 Ogos dan kini menyara tiga anak yang masih kecil."Saya seorang suri rumah sepenuh masa, bila suami yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori dan Grab meninggal dunia, saya rasa hilang arah |
|
To stay or to leave? DAP will vote on Aug 16. Welcome to join the Sin Chew .. - Sinchew - 12/08 8:16 am To stay or to leave? DAP will vote on Aug 16 |
|
Kes tikam pelajar: Keputusan bela diri atau bebas Khamis ini - Sinarharian - 11/08 5:01 pm SHAH ALAM Keputusan sama ada seorang pelajar lelaki 15 tahun yang dituduh membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama diperintah membela diri atau dibebaskan akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis depan.Hakim, Adlin Abdul Majid menetapkan keputusan di akhir kes pendakwaan itu, selepas saksi pendakwaan ke-11, pegawai penyiasat Asisten Superintenden Ahmad Zarrin Abd Rashid selesai memberi keterangan.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar maut ditikam: Pengaruh permainan video, media sosial antara elemen siasatan - PolisPelajar maut ditikam: Laporan patologi dijangka siap dalam tempoh 3 bulanPelajar maut ditikam: Selangor perketat keselamatan sekolah guna CCTVPelajar maut ditikam: 'Anak saya tak pernah jumpa, berhubung dengan suspek' - IbuPeguam, Kitson Foong yang mewakili remaja terbabit berkata, keputusan dijangka diumumkan pada jam 9 pagi.Menurutnya, perbicaraan di peringkat pendakwaan berlangsung selama enam hari bermula Isnin minggu lalu dengan seramai 11 saksi hadir ke mahkamah."Pihak pendakwaan telah menutup kes hari ini selepas semua saksi memberi keterangan iaitu pegawai patologi, ibu mangsa, bekas guru besar sekolah, empat guru dan tiga saksi kanak-kanak termasuk abang tertuduh."Pegawai penyiasat pula memberi keterangan selama tiga hari sejak Khamis lalu," katanya ketika ditemui selepas prosiding.Beliau berkata, hampir 100 eksibit dikemukakan sepanjang perbicaraan, termasuk pisau yang didakwa digunakan untuk menikam mangsa serta sebuah buku tulis anime Death Note.Kitson berkata, mahkamah selepas ini akan menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap anak guamnya atau sebaliknya."Sekiranya mahkamah memutuskan anak guam saya perlu membela diri, prosiding pembelaan akan bermula serta-merta."Kami mungkin hanya memanggil dua saksi sahaja iaitu tertuduh sendiri dan pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony," katanya.Menurutnya, Dr Ian merupakan antara 30 saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan."Memandangkan kami hanya akan memanggil dua saksi, kemungkinan besar pihak pembelaan akan menutup kes selepas kedua-duanya selesai memberi keterangan."Mahkamah dijangka menetapkan tarikh lain untuk keputusan di akhir kes pembelaan, mungkin pada akhir bulan ini," katanya.Pada 16 Januari lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya diberitahu bahawa laporan psikiatri mengesahkan remaja terbabit layak dibicarakan.Remaja itu yang ketika kejadian merupakan pelajar Tingkatan Satu (kelas peralihan), didakwa membunuh rakan sekolahnya antara jam 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berkenaan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak melebihi 12 sebatan jika tidak dihukum mati.Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan terhadap kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun.Pihak pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Ahmad Iqbal Azman dan Nurul Izzati Mohamad.Sementara pembelaan turut diwakili peguam, Chew Jee San, Angel Choo dan Yan Zhi Wei.Peguam pemerhati pula oleh Datuk Yasmeen Shariff dan Jason Lim Jie Sheng bagi pihak Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. |
|
Albanese faces backlash over ‘melons’ joke about Japan PM - SUN - 11/08 3:07 pm Anthony Albanese faces backlash after joking about a gift from Japanese PM Sanae Takaichi, but rejected calls to apologise in parliament. |
|
Australia and Vietnam deepen strategic partnership - CNA - 11/08 1:36 pm The two countries are concerned about restrictive trade practices that disrupt global supply chains, Australian Prime Minister Anthony Albanese and Vietnamese President To Lam said in a joint statement. |
|
'Adakah Kor Ming sindir Nie Ching, Anthony Loke?' - Pemuda MCA - Sinarharian - 10/08 8:02 pm IPOH Pemuda MCA menyifatkan perbandingan yang dibuat Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming di antara Perak dengan Johor dan Negeri Sembilan seolah-olah sindiran terhadap kepimpinan DAP di kedua-dua negeri berkenaan.Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong berkata, perbandingan itu dibuat Pengerusi DAP Perak berkenaan ketika berucap semasa Majlis Makan Malam Perdana Ulang Tahun ke-60 DAP di Buntong di sini pada Ahad."Kenyataan Nga (Kor Ming) ini mencetuskan tanda tanya, adakah beliau menyindir Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke (sebelum letak jawatan) merangkap Setiausaha Agung DAP atas kekalahan mereka di Johor dan Negeri Sembilan?"Setiap pemimpin berhak bersikap optimis, dan mungkin Nga Kor Ming juga yakin bahawa DAP Perak lebih baik daripada DAP di Johor dan Negeri Sembilan |
|
Kekal atau keluar Kerajaan Perpaduan tak akan kembalikan sokongan kepada .. - Mygazette - 10/08 5:23 pm Pada Ahad ini, seramai 4,264 perwakilan DAP akan menentukan sama ada parti itu akan kekal atau keluar daripada Kerajaan Perpaduan menerusi pengundian yang akan dilakukan pada Persidangan Kebangsaan DAP. Usul sama ada parti itu akan kekal dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal atau sebaliknya akan dibawa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |