| /// |
|
| Headlines : Detik Daily News | Page 1 |
|
Anwar Dituduh Zalim, Tetapi Pengakuan MB Kelantan Cetus Persoalan - 3/11 9:50 am Oleh Ahmad Mursi Macam-macam cerita kita dengar tentang Anwar Ibrahim. Ada yang kata PMX zalim, ada yang tuduh munafik, ada pula yang menggambarkan seolah-olah Kelantan dianaktirikan hanya kerana rakyat negeri itu memilih PAS. Kalau dengar ceramah politik PAS, boleh jadi orang ingat Putrajaya langsung tak mahu pandang Kelantan. Sekali Menteri Besar Kelantan sendiri buka mulut, lain pula ceritanya. Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengakui hampir semua permohonan pembangunan dan infrastruktur yang .. |
|
Kisah 2 pemimpin muda - 29/10 12:16 am Oleh Martin Vengadesan Saya tidak dapat mengelak daripada melihat perbezaan ketara antara gaya kepimpinan yang ditonjolkan menjelang PRN Melaka. Walaupun kedua-duanya bukan calon ketua menteri, Adam Adli dari PKR dan Dr Akmal Saleh dari Umno boleh dianggap sebagai wajah generasi masa depan parti masing- masing. Pada pandangan saya, Adam menampilkan pendekatan progresif dan bersahaja. Namun, beliau tetap teguh dengan prinsipnya. Adam pernah menjadi pemimpin mahasiswa yang ditahan dan berdepan .. |
|
Masa depan AI perlu kerjasama pakar - 29/10 12:12 am Oleh Shahrul Mizan Ismail Masa depan kecerdasan buatan (AI) memerlukan lebih daripada modal, kemahiran teknikal dan kecanggihan aplikasi. Apabila sesuatu aplikasi merangkumi undang-undang, kesejahteraan dan syariah, setiap bidang membawa tuntutan ilmu serta tanggungjawab yang berbeza. Pengasas perlu mendalami bidang sendiri dan bekerjasama dengan pakar lain. Dari sudut undang- undang, kerjasama itu juga perlu menjelaskan siapa yang menyemak hasil, menjaga maklumat pengguna dan bertanggungjawab .. |
|
Bagaimana PRN Melaka melayan wanita? - 29/10 12:08 am Oleh Faisal Tehrani Melihat senarai calon wanita untuk PRN Melaka saya sebetulnya terkedu. Ia cepat membawa saya kepada watak-watak wanita ikonik dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Sukar untuk memadam watak-watak seperti Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah dari benak. Malangnya wanita yang saya sebutkan ini dihinjak dalam politik. Ambil sahaja Tun Kudu yang menjadi sekadar alat untuk kepentingan penguasa. Tun Kudu adalah puteri kepada Bendahara Seri Wak Raja dan merupakan permaisuri kepada .. |
|
Titah sultan soal Tabung Haji tamparan moral kepada politik Melayu - 29/10 12:05 am Oleh Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri Kekecewaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap salah urus Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar teguran kepada sebuah institusi. Bagi saya, ia satu tamparan moral kepada politik Melayu yang begitu kerap mengangkat slogan mempertahankan agama, bangsa dan raja. Apabila sultan sendiri menyuarakan kegusaran terhadap institusi yang menjaga wang ibadat umat Islam, ukuran penghormatan kita tidak sepatutnya berhenti pada menyambut titah .. |
|
Melaka dalam sejarah panjang perjuangan rakyat - 29/10 12:00 am Oleh ZIN MAHMUD Setiap negeri dalam Malaysia mempunyai keistimewaan masing- masing, lebih-lebih lagi Melaka. Sebagai seorang anak kelahiran Batu Pahat, Johor, tentulah saya menghayati kisah bagaimana pahlawan-pahlawan Melaka dapat mengusir askar-askar Siam dengan bantuan Orang Laut Pulau Sialu di pantai Minyak Beku. Mereka sedang dalam perjalanan untuk menyerang dan menakluk Melaka pada 1456. Seperti anak Malaysia yang lain, tentulah saya juga dididik dengan sejarah Melaka dan memandangnya .. |
|
Mampukah PN berfungsi sebagai pembangkang? - 27/10 3:13 pm Oleh Azam Mohd Krisis melanda pembangkang di Malaysia mendedahkan hakikat kurang menyenangkan: parti politik boleh terus bertahan walaupun berdepan masalah dalaman, tetapi pengundi akhirnya terpaksa berdepan ketidakpastian yang ditimbulkannya. Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), walaupun Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan penggantungan pelaksanaannya, sepatutnya menimbulkan persoalan lebih besar daripada sekadar sama ada tindakan pihak berkuasa itu betul atau tidak. Bolehkah .. |
|
Drama lipur lara nasional: Umno, PAS dan tindakan MCA keluar majlis - 27/10 3:10 pm Oleh Moaz Nair Umno sebenarnya tidak mendambakan kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Melakakerana penguasaan PAS yang dominan pasti akan disusuli dengan tuntutan jawatan ketua menteri. Sebaliknya, strategi sebenar Umno adalah untuk mempertahankan 21 kerusi selamatnya sendiri bagi memastikan mereka kekal sebagai blok tunggal terbesar. Meninggalkan sisa-sisa kerusi kepada PAS dan sekutu PN yang lain hanyalah satu urus niaga sementara demi menjaga keamanan, biarpun terpaksa mengorbankan .. |
|
Oooh Bersatu komponen PN rupanya - 27/10 3:08 pm Oleh Mohsin Abdullah Bagi saya hasrat Perikatan Nasional (PN) mahu ambil tindakan tatatertib ke atas Bersatu amat menarik . Lantas bermain dalam minda bukankah Bersatu bukan lagi komponen PN? Pertanyaan susulan bolehkah ambil tindakan ke atas parti yang bukan komponen? Imbau kembali kenyataan Presiden PAS Hadi Awang Ogos lalu. Kata beliau, PAS menganggap secara rasmi Bersatu bukan lagi sebahagian daripada keluarga PN . Ini menurut Hadi terjadi secara automatik apabila Presiden Bersatu Muhyiddin .. |
|
Pas Enggan Lepas Kerusi Parlimen Jasin, Hasrat Akmal Saleh ke Parlimen .. - 27/10 2:21 pm Hasrat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk beralih ke kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dikatakan berdepan jalan buntu selepas Pas didakwa enggan melepaskan kerusi berkenaan kepada Umno. Sumber dalaman yang mengetahui perkembangan rundingan kerusi itu berkata, pendirian Pas mempertahankan Parlimen Jasin menyebabkan Akmal kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kali ini. Menurut sumber itu, kerusi Parlimen Jasin menjadi antara perkara yang .. |
|
Moh biru dan harukan Melaka pula - 26/10 10:14 am Oleh FAISAL TEHRANI PRN Melaka yang diadakan pada Nov 2021 menyaksikan Najib Razak ketika itu belum dipenjarakan sempat turun berkempen. Hari ini Najib hari ini sudah didapati bersalah, dipenjarakan, diberikan diskaun tempoh pemenjaraan serta kelonggaran sebagai tahanan di rumah tertaklum denda RM50 juta yang dilunaskan. Dan berbondong-bondonglah meminjam kata Ummi Umairah Bakhit gerombolan penderma turun memberi. Najib tidak akan berada di Melaka kali ini. Namun demikian penyokong Najib di .. |
|
Ismail Lasim: Empat pintu keluar, tapi siapa pegang kunci Negeri Sembilan? - 26/10 10:11 am Oleh Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri Kadang-kadang dalam politik, masalah terbesar bukan kerana tiada jalan keluar. Masalahnya ialah terlalu banyak jalan keluar dan setiap satunya mempunyai harga. Itulah kedudukan Datuk Ismail Lasim hari ini. Selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan membatalkan pelantikan 10 anggota Exco berkuat kuasa 20 September dan meminta Menteri Besar mengemukakan nama baru, Ismail mengambil pendirian bahawa pemberhentian itu tidak sah kerana dibuat tanpa nasihat .. |
|
Gelanggang percaturan musuh jadi kawan, rakan jadi lawan - 26/10 10:08 am Oleh Mohd Nasaruddin Parzi KURANG dua minggu sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, jangkaan bentuk pakatan akan dibentuk parti bertanding nanti semakin jelas kelihatan. Ketika rundingan kerusi dikhabarkan masih terus berjalan yang kebanyakannya hanya membabitkan sebahagian kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pentas PRN Melaka diramal menampilkan saingan sengit. Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), khasnya PAS serta rakannya sudah memuktamadkan pakatan .. |
|
Dari Juara Pidato ke Pentas Politik, Mukhlis Mubin Pertaruh Bakat di Kuala .. - 26/10 9:17 am Generasi Z terus mendapat tempat dalam arena politik negara apabila Pakatan Harapan (PH) mengetengahkan Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Lebih dikenali sebagai Mukhlis Mubin, calon muda daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) itu bukan nama asing dalam dunia pengucapan awam. Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana .. |
|
Pedulikan kecamuk politik, agenda bangun negara jangan dilupa - 26/10 8:30 am Oleh Zulkifli Jalil Memasuki bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan gegak-gempita muncul isu Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), kemudian ditarik balik oleh mahkamah serta insiden-insiden tidak terduga, termasuk kes Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semua pihak perlu muhasabah diri. Apa lagi di pihak kerajaan yang perlu meneruskan agenda pembangunan negara lebih .. |
|
Sarapan berat atau ringan, mana lebih sesuai - 24/10 9:54 am SARAPAN antara waktu makan yang penting kerana ia membantu membekalkan tenaga selepas tubuh berehat sepanjang malam. Namun, setiap individu mempunyai pilihan sarapan yang berbeza-beza. Ada yang gemar menikmati sarapan berat dan mengenyangkan manakala sesetengah individu lebih selesa mengambil makanan ringan sebelum memulakan aktiviti harian. Sarapan berat biasanya, hidangan yang lebih mengenyangkan dan Sarapan seperti ini boleh memberikan rasa kenyang lebih lama, terutama kepada individu yang .. |
|
Warkah Terbuka Buat Tan Seri Hj Hadi Awang ! - 23/10 9:50 am JANGAN HANYA BERCERAMAH TENTANG PERLEMBAGAAN SAMBIL PERTAHAN KEMUNAFIKAN POLITIK DI NEGERI SEMBILAN Bersumpah di hadapan raja, kemudian mempertikaikan kedudukan raja: di manakah prinsip dan maruah sebuah kerajaan? Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, perlu menjelaskan pendiriannya berhubung krisis institusi diraja Negeri Sembilan sebelum begitu lantang menuduh kerajaan Madani mencabul Perlembagaan dan mencampuri urusan negeri. Persoalan ini bukan remeh. Ia menyentuh soal amanah, sumpah .. |
|
Mampukah bulan PAS galas jenama PN? - 22/10 2:41 pm Oleh Amin Ishak Enam tahun lalu, menjelang PRN Sabah 2020, Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan lambang yang kemudian menjadi identiti gabungan itu tulisan putih PERIKATAN NASIONAL dengan latar biru tua. Logo itu diperkenalkan Muhyiddin Yassin pada 29 Ogos 2020 sebelum dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu pada bulan berikutnya untuk digunakan dalam PRN Sabah. Ketika itu, PN masih sebuah jenama politik baru yang cuba menyatukan parti berbeza di bawah satu lambang. Sejak itu, logo PN .. |
|
Luka disebabkan lidah memang tidak akan sembuh - 21/10 10:25 am Oleh Nur Hadi Mohamad Ni kepala bapak aku, ni kepala bapak kau. Kalau kau anak jantan, kalau kau berani, kau cubalah pijak kepala bapak aku! Petikan dialog dari filem Nasib Si Labu Labi tadi adalah contoh bagaimana persengketaan dan perbezaan pendapat diselesaikan dengan emosi. Walaupun ia sekadar komedi klasik naskhah Allahyarham P Ramlee, realitinya dialog tersebut adalah cerminan paling tepat terhadap budaya wacana masyarakat kita hari ini. Pantang dicuit, ego dan sentimen akan memintas .. |
|
Bila Mahasiswa Bersuara , Mengapa Orang Politik Tua Melenting? - 21/10 9:45 am 1.Saya menzahirkan solidariti kepada Ummi Umairah Bakhit, mahasiswi Universiti Malaya, yang berani membangkitkan persoalan tentang rasuah, integriti dan kutipan derma untuk membantu Najib Razak membayar denda RM50 juta. Beliau kini berdepan kecaman selepas pandangannya menjadi perhatian umum.Yang menghairankan saya Pemain Politik tua pun melenting bila Mahasiswa bersuara. 2.Dalam sebuah negara demokrasi, mahasiswa tidak sepatutnya dihukum hanya kerana berani mempersoalkan tokoh politik. Jika .. |
|
Batal pendaftaran PN: Siapa tersenyum lebar? - 21/10 8:58 am Oleh Mohsin Abdullah Saya kira Perikatan Nasional hanya boleh menyalahkan diri sendiri apabila pendaftarannya dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM atau RoS). Saya yakin JPPM punya alasan kukuh berdasarkan undang-undang untuk lakukan apa yang ia lakukan. Bagi Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali, pembatalan pendaftaran PN membuktikan aduan partinya kepada JPPM terhadap pimpinan PN memang berasas. Bersatu mengadu kepimpinan PN yang dipengerusikan PAS telah menafikan hak .. |
|
Pembatalan PN sudah dijangka, henti cari kambing hitam - 20/10 4:14 pm Oleh Aiman Nur Suria Kamaruzaman Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) ke atas PN yang diumum pagi tadi sepatutnya tidak mengejutkan kerana perkara itu sudah boleh dijangka sejak awal susulan pertembungan dalama parti gabungan tersebut. Prof Madya Mohd Yusri Ibrahim berkata, sebelum ini sudah terdapat beberapa tindakan yang dilihat melanggar Perlembagaan PN ketika PAS dan Bersatu bersaing untuk menguasai gabungan itu. Penganalisis politik itu berpendapat para penganalisis juga .. |
|
PN Retak Bukan Sehari: Tiga Episod yang Menghakis Kepercayaan PASBersatu - 20/10 3:37 pm Oleh PenulisKhas Perpecahan Perikatan Nasional bukan sekadar kemuncak perebutan jawatan, tetapi hasil ketegangan yang lama terpendam antara dua parti teras gabungan itu. Dalam politik, perpecahan besar jarang berlaku secara tiba-tiba. Sebelum sebuah gabungan berpecah secara terbuka, lazimnya terdapat siri perselisihan, perebutan pengaruh dan krisis kepercayaan yang tidak diselesaikan. Begitu juga dengan hubungan PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN). Di sebalik imej kesepakatan yang .. |
|
Pas Ghairah Mahu Berkuasa DI Putrajaya, Sedangkan Perikatan Nasional (Pn) .. - 20/10 3:29 pm 1.Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 20 Oktober 2026 merupakan tamparan besar kepada gabungan yang mahu mendapatkan mandat rakyat untuk memerintah negara. Walaupun PN sedang mencabar keputusan itu melalui saluran undang-undang, krisis ini tetap menimbulkan persoalan serius tentang keupayaan kepimpinannya. 2.PAS jangan terlalu ghairah menjual mimpi untuk memerintah Malaysia sedangkan krisis Perikatan Nasional (PN) yang di .. |
|
Hentikan bencana buatan manusia - 20/10 12:24 am Oleh Mohsin Abdullah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan apa yang dipanggil mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat. Mesyuarat akan bincang isu berkaitan jerebu (obviously) termasuk penyelarasan tindakan antara kementerian. Harapan saya apa jua keputusan yang dicapai akan dilaksanakan dengan efficient. Tidak ada tunggu- tunggu, tidak ada lengah-lengah, tidak ada tidak tahu siapa buat apa. Mesyuarat juga akan membincangkan perkembangan kebakaran di .. |
|
Negeri Sembilan daripada kestabilan kepada kegalauan - 20/10 11:05 am Oleh Moaz Nair Suatu masa dahulu, tidak terlalu lama berselang, Negeri Sembilan gah berdiri sebagai lambang kestabilan politik yang tenang di tengah- tengah landskap politik nasional yang bergolak. Di bawah pentadbiran gabungan Barisan NasionalPakatan Harapan (BN-PH) terdahulu diterajui bekas menteri besar, Aminuddin Harun, negeri ini mengecapi nikmat yang jarang berlaku dalam politik Malaysia moden: kestabilan pentadbiran yang mutlak. Hari ini, kestabilan yang sukar dibina itu telah .. |
|
Ujian politik Nik Nazmi menuju PRU16 - 20/10 10:54 am Oloh Fauzi Abdullah Nik Nazmi Nik Ahmad bukan nama baharu dalam politik. Hampir dua dekad lalu, beliau muncul sebagai antara wajah muda PKR yang diberi peluang bertanding ketika perubahan politik mula berlaku di Selangor. Pada 2008 ketika berusia 26 tahun, beliau memenangi DUN Seri Setia dengan majoriti 2,863 undi. Kemenangan itu menjadi permulaan kepada perjalanan agak pantas dalam politik negeri. Beliau kemudian menjadi setiausaha politik kepada menteri besar Selangor ketika itu, Khalid .. |
|
Mahasiswa patut terus diberi ruang bersuara - 20/10 10:49 am Oleh Razak Rashid Ghows Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Universiti Malaya (UM) kepada mahasiswanya menerusi program iFuture 2026 pastinya diterima baik oleh sebahagian besar masyarakat di negara ini. Perkembangan berlaku ketika kerajaan dalam proses memansuhkan sepenuhnya Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 yang membendung pelajar menyuarakan pandangan mereka dan terikat dengan peraturan tertentu. Bahkan program iFuture itu sendiri merupakan wadah terbuka pertama yang memberi ruang .. |
|
Siapa memaksa Ismail Lasim di Port Dickson, Zahid? - 20/10 10:44 am Oleh FAISAL TEHRANI Sekonyong-konyong Presiden Umno, Ahad Zahid Hamidi, menasihati semua 18 orang Adun BN Negeri Sembilan agar tidak lagi campur tangan dalam hal berkaitan Dewan Keadilan dan Undangan (DKU) serta institusi diraja. Pendirian kita (BN) ialah kita mesti memisahkan permasalahan undang- undang dan juga institusi diraja dengan masalah pentadbiran kerajaan, kata Ahmad Zahid. Nanti dulu, Zahid. Semua yang baik di Negeri Sembilan telah dimusnahkan dengan sekelip mata ekoran tindak-tanduk .. |
|
Plot yang gagal: Kupasan Negeri Sembilan - 20/10 10:33 am Oleh Anak Negeri Semuanya bermula di Luak Sungai Ujong. Dicetuskan oleh perselisihan dalaman luak mereka sendirimerangkumi pergeseran keluarga dan kontroversi integriti yang tidak lagi dapat dibendungseorang ketua luak yang telah lama memegang jawatan mendapati dirinya dilanda ribut. Antara tuduhan serius dilemparkan terhadapnya termasuklah pemalsuan dokumen awam, khususnya sijil nikah, serta penganjuran solat Jumaat di kediaman di dalam sebuah bilik yang dilaporkan tidak dapat menampung .. |
|
Misi Putrajaya Umno bermula di kubu PAS - 20/10 10:31 am Oleh Fakhrurrazi Rashid Selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, kerjasama BN dan PAS semakin menguntungkan kedua-dua pihak.. Pakatan ini menjadi faktor kuat kerjasama perpaduan ummah dibahaskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) September lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan memberitahu PAS untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebagai tanda ikhlas persahabatan mereka membentuk kerajaan negeri bersama. .. |
|
Mahasiswa UM pertahan kenyataan isu derma Najib perkara paling bodoh - 20/10 10:13 am Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, yang mencetuskan perbahasan nasional menerusi satu soalannya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa di Kuala Lumpur, enggan berundur dan menegaskan dia tidak akan memohon maaf. Dalam satu kenyataan hari ini, dia mempertahankan pendiriannya bahawa menderma wang hasil titik peluh kepada golongan elit adalah perbuatan yang 'paling bodoh dan paling tidak bermoral'. "Saya berpegang dengan soalan saya. Saya tidak akan memohon .. |
|
Teresa Kok menang saman fitnah terhadap Akmal, dapat ganti rugi RM250,000 - 20/10 10:09 am Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menang saman fitnah terhadap Dr Muhamad Akmal Salleh, dengan Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menganugerahkan ganti rugi am dan ganti rugi teladan sebanyak RM250,000 kepadanya. Peguam Kok, Sankara Nair, dalam satu kenyataan berkata bahawa hakim Isa Aziz Ibrahim turut mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang ketua pemuda Umno itu daripada terus mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap dirinya. Mahkamah juga memerintahkan supaya kenyataan yang .. |
|
Peletakan jawatan pemimpin Gerakan dedah kelemahan, tak puas hati dengan .. - 20/10 9:57 am PETALING JAYA: Peletakan jawatan dua pemimpin Gerakan di Pulau Pinang menyerlahkan rasa tidak puas hati terhadap kerjasama parti itu dengan PAS serta kebimbangan mengenai kepimpinannya, menurut penganalisis. Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata sebahagian ahli tidak berpuas hati dengan kecenderungan Gerakan yang dilihat semakin ke kanan. Sesetengah pemimpin, baik muda mahupun veteran, nampaknya merasakan Perikatan Nasional (PN), sejak kepimpinannya diambil alih PAS dan .. |
|
ROS batalkan pendaftaran PN - 20/10 9:43 am Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mengumumkan keputusan mereka membatalkan pendaftaran PN. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, ROS memberitahu, langkah tersebut dibuat mengikut Subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832). Menurut ROS pihaknya merujuk kepada notis kepada PN yang dikeluarkan pada 22 Sept lalu mengikut subseksyen 13(2) akta tersebut. Notis itu, kata ROS, memberi peluang kepada PN untuk mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung .. |
|
Yang salah tetap salah, siapa pun pemerintahnya - 19/10 10:35 am Oleh AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI Hampir RM13 bilion. Angka ini sepatutnya membuat kita berhenti sejenak dan bertanya: berapa mahal harga yang perlu dibayar apabila amanah tidak disertai tadbir urus yang berkesan? Menurut penjelasan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan di Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026, tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah Tabung Haji (TH) merekodkan kerugian 100 peratus. Jumlah kerugian hampir RM13 bilion itu merangkumi RM10.2 bilion yang ditanggung kerajaan melalui .. |
|
PAS still needs the PN brand, say experts - 8/10 9:03 am PETALING JAYA: The Perikatan Nasional (PN) platform may be key to PASs ambition to capture Putrajaya, political pundits say. By Asrul Hadi Abdullah Sani Analyst Asrul Sani said the PN brand could help PAS soften its dogmatic image and appeal to a wider audience, while academic Azmil Tayeb believes it could serve as a bridge to areas where the party has yet to gain substantial influence. That, they said, could help the Islamic party gain leverage in semi-urban seats, allowing it to expand beyond .. |
|
Raja Tetap Raja, Undang Tetap Undang: Memahami Kedudukan dalam Adat dan .. - 8/10 8:50 am 1\. Saya melihat bahawa ada pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa Datuk Undang itu sebagai Raja. 2. Raja-raja Melayu di Malaysia ada sembilan orang dan baginda Tuanku menggunakan tiga gelaran. 2.1 Tujuh orang Raja Melayu menggunakan gelaran Sultan. 2.2 Seorang gunakan gelaran Raja iaitu Perlis, dan 2.3 Seorang gunakan gelaran Yang Di-pertuan Besar iaitu Negeri Sembilan. 3. Setiap baginda Raja-raja Melayu digelar sebagai Duli Yang Maha Mulia (DYMM) sedangkan Datuk Undang .. |
|
Teori kenapa orang Melayu terima pemimpin perasuah - 5/10 4:04 pm Oleh Tajuddin Rasdi Ada dua misteri yang ramai orang bukan Melayu selalu bertanyakan kepada saya dan baru-baru ini, isteri saya pun bertanyakan soalan yang sama. Soalannya adalah kenapa Najib Razak dan Umno masih diterima orang- orang Melayu dari orang kampung sampai ke peringkat pengajian tertinggi? Soalan ini susulan isu Najib diberi pengampunan dan tahanan rumah serta kemenangan besar Umno di Johor dan Negeri Sembilan. Dalam artikel ini saya kemukakan teori saya yang mungkin ada di kalangan .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |