| /// |
|
| Search : Ahmad Zahid Hamidi News | Page 1 |
|
600 pelajar orang asli berada di universiti, kolej seluruh negara tahun... - Mygazette - 6/09 5:15 pm # 600 pelajar orang asli berada di universiti, kolej seluruh negara tahun ini -TPM ISKANDAR PUTERI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur dan bangga apabila lebih 600 anak orang asli berada di universiti dan kolej seluruh negara tahun ini |
|
Marina dilantik Pegawai Khas YSIJ jaga kebajikan orang asli Johor - Mygazette - 6/09 5:15 pm Beliau berkata demikan ketika berucap dalam Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan EduCity di sini hari ini. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Marina mampu memainkan peranan berkesan dengan turun padang ke kampung orang asli bagi menyelami sendiri isu dan cabaran yang dihadapi masyarakat berkenaan |
|
UiTM KKEC: 7 pelajar masih dirawat, aktiviti luar dibatalkan UiTM KKEC: 7 .. - Mygazette - 6/09 5:15 pm # UiTM KKEC: 7 pelajar masih dirawat, aktiviti luar dibatalkan KUALA LUMPUR - Tujuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilaporkan masih menerima rawatan serta pemantauan perubatan berikutan insiden berkaitan haba ketika menyertai acara jalan lasak pada program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Kampus Jengka, Pahang |
|
Zahid nafi hubungannya dengan Anwar tegang - Mygazette - 6/09 5:15 pm ISKANDAR PUTERI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin tegang |
|
Mahasiswa UiTM meninggal dunia ketika KKEC alami sesak nafas, paras .. - Mygazette - 6/09 5:15 pm # Mahasiswa UiTM meninggal dunia ketika KKEC alami sesak nafas, paras oksigen turun KUANTAN - Mahasiswa yang maut semasa menyertai kejohanan Duathlon Komander Kesatria _Endurance Challenge_ (KKEC) 2026 di UiTM Jengka, Maran kelmarin, dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS) Temerloh |
|
Tidak perlu tergesa-gesa awalkan PRU16 ??? Naib Pengerusi PKR Perak - Mygazette - 6/09 5:15 pm Beliau diminta mengulas berkenaan pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berpandangan PRU16 lebih baik diadakan lebih awal sebelum menghampiri tempoh penggal Parlimen yang dijadual berakhir pada hujung tahun depan. Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan berkata, langkah mengadakan pilihan raya lebih awal membolehkan mandat baharu untuk mentadbir kerajaan diperoleh daripada rakyat |
|
Pembenihan awan akan diteruskan atasi jerebu-TPM - Mygazette - 6/09 5:15 pm ISKANDAR PUTERI- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pembenihan awan akan diteruskan bagi membantu mengurangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) susulan jerebu yang melanda Sarawak |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM untuk PRU-16 – Zahid - Mygazette - 6/09 5:15 pm # Masih terlalu awal namakan calon PM untuk PRU-16 - Zahid ISKANDAR PUTERI -Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masih terlalu awal untuk menamakan calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) |
|
Puad ingatkan UMNO jangan beri kata dua kepada Pas - Mygazette - 6/09 5:15 pm Puad berkata, pendirian Pas ketika ini dilihat sebagai usaha memancing hati UMNO supaya meneruskan kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Beliau berkata, antara perkembangan yang menunjukkan kecenderungan itu ialah pendirian Pas mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu keputusan lepas tanpa bebas (DNAA) |
|
KKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICU - Sinarharian - 6/09 4:58 pm MARAN - Dua peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami penurunan oksigen bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan stabil.Menurutnya, enam lagi peserta yang dirawat di Hospital Jengka juga stabil namun masih dalam perhatian."Seorang lagi peserta, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang tenat disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan wad ICU HoSHAS jam 2.08 petang pada Sabtu."Proses bedah siasat telah dijalankan dan masih menunggu keputusan laporan siasatan makmal bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKim Wai berkata, pihaknya dimaklumkan, program tersebut melibatkan 521 peserta dari seluruh cawangan UiTM kecuali Sarawak dengan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka di sini sebagai tuan rumah.Katanya, acara dianjurkan melibatkan larian lapan kilometer (km), berbasikal 20km dan mara lasak, 10 km."Semasa berlangsung acara mara lasak, sembilan peserta termasuk empat wanita mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan."Tiga peserta dirujuk ke HoSHAS dan dirawat di wad ICU sebelum salah seorang disahkan meninggal dunia," ujarnya.Menurutnya lagi, kes itu masih dalam siasatan justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih khususnya melalui media sosial sehingga menganggu siasatan."Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa," ujarnya. |
|
KKEC UiTM: Polis masih tunggu laporan bedah siasat pelajar maut - Kosmo - 6/09 4:51 pm MARAN – Polis masih menunggu laporan makmal hasil daripada bedah siasat yang dilakukan terhadap seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang meninggal dunia ketika menyertai kejohanan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 bagi melengkapkan siasatan |
|
UPM juara keseluruhan SUKIPT 2026 - Sinarharian - 6/09 4:11 pm UNIVERSITIPutra Malaysia (UPM) muncul juara keseluruhan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 yang melabuhkan tirainya di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini pada Ahad.Kontinjen UPM mengumpul 35 pingat emas, 20 perak dan 15 gangsa untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada edisi SUKIPT 2022.Juara bertahan edisi 2024, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menduduki tempat kedua dengan 29 emas, 21 perak dan 32 gangsa, manakala tuan rumah UM di tempat ketiga selepas mengumpul 28 emas, 18 perak dan 17 gangsa.Timbalan Ketua Kontinjen UPM, Muhamad Malik Ahmad Tobias berkata, kejayaan itu di luar jangkaan, memandangkan pihaknya pada awalnya tidak meletakkan sasaran untuk muncul juara keseluruhan."Alhamdulillah, untuk kali keempat UPM menjadi juara SUKIPT |
|
Talks on Melaka election candidates only after assembly dissolution Zahid Hamidi - SUN - 6/09 3:49 pm Ahmad Zahid says Melaka election candidate talks will begin after dissolution, while PAS GE16 prime minister candidate discussion is premature |
|
Rundingan calon PRN Melaka hanya dibuat selepas pembubaran DUN - Zahid - Mkini - 6/09 3:46 pm Menurutnya buat masa ini, segala perancangan perlu difokuskan kepada persiapan menghadapi pilihan raya di negeri itu terlebih dahulu. |
|
Zahid: Cloud seeding extended to improve deteriorating air quality in Sarawak - NST - 6/09 3:41 pm ISKANDAR PUTERI: The cloud seeding operation was extended across Sarawak to help improve air quality following the haze enveloping several parts of the state. |
|
'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia - Sinarharian - 6/09 3:41 pm TEMERLOH - "Saya dimaklumkan dia kelihatan lemah dan rebah ketika menghampiri garisan penamat dalam acara larian sebelum dihantar ke fasiliti perubatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka untuk rawatan, Jumaat lalu."Kira-kira jam 11 malam, saya menerima panggilan daripada pegawai UiTM memaklumkan anak saya dibawa ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerlohdipercayai akibat strok haba."Demikian kata Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50 bapa kepada Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana, 21, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 yang meninggal dunia selepas menyertai acara yang berlangsung di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.Pelajar dari UiTM Kampus Seremban itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) kira-kira jam 2 petang pada Sabtu.Mohamad Fellimal berkata, anaknya yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi dilaporkan berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai acara itu.Katanya, anaknya juga pernah menyertai cabaran itu dalam dua edisi terdahulu malah pasukannya menjadi antara pemenang"Dia memang minat acara sukan dan membuat persiapan mencukupi sebelum menyertai acara ini."Sebelum itu, saya sempat pesan supaya dia minum banyak air memandangkan cuaca panas dan beberapa kawasan agak berjerebu ketika ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik HOSHAS pada Ahad.Mohamad Fellimal berkata, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya menerusi WhatsApp pada jam 6.55 petang, 4 September lalu."Terkejut bila menerima panggilan daripada pegawai UiTM memaklumkan dia dibawa ke hospital.ARTIKEL BERKAITAN:Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICUKKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry"Saya dan isteri bertolak dari Shah Alam dan tiba di sini (HoSHAS)kira-kira jam 3.30 pagi sebelum dibenarkan melihat mangsa yang ketika itu berada di zon merah dari jarak jauh," katanya.Berkongsi kenangan bersama anaknya itu, Mohamad Fellimal berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika majlis pentauliahan dan konvokesyen Leftenan Muda Kesatria di UiTM Shah Alam 29 Ogos lalu."Kami rakam banyak gambar pada majlis itu untuk kenangan, rupanya itu kenangan terakhir kami bersamanya."Anak saya baru menamatkan pengajian diploma dan merancang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, namun ini pula berlaku," katanya. |
|
Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Bintang Darjah Kebesaran Terengganu - Siakapkeli - 6/09 3:17 pm Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului 128 penerima Bintang Darjah Kebesaran Terengganu sempena Ulang Tahun ke-64 Hari Keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin. |
|
CJ heads list of 128 Terengganu honours recipients - NST - 6/09 3:08 pm KUALA TERENGGANU: Chief Justice Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh topped the list of 128 recipients of Terengganu state honours and medals in conjunction with the 64th birthday celebration of Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. |
|
Zahid tells parties to park PM talk, focus on Melaka polls instead - Malaymail - 6/09 3:07 pm ISKANDAR PUTERI, Sept 6 Barisan Nasional chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today urged political parties to... |
|
Rundingan calon PRN Melaka hanya dibuat selepas bubar DUN - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 3:06 pm ISKANDAR PUTERI - Rundingan awal berhubung calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, buat masa ini, segala perancangan dan perbincangan perlu difokuskan kepada persiapan menghadapi pilihan raya di negeri itu terlebih dahulu."Sebagaimana yang saya nyatakan, perundingan itu hanya dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO diminta mengulas tentang rundingan awal berhubung calon bagi pilihan raya negeri berkenaan.Penggal DUN Melaka akan tamat pada Disember ini seterusnya memberikan laluan kepada PRN.Mengulas isu calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan kenyataan PAS baru-baru ini, beliau menyifatkan perbincangan berkaitan perkara itu sebagai terlalu awal."Terus terang, terlalu awal untuk meletakkan seseorang atau sesuatu susuk tubuh untuk memegang jawatan itu, pilihan raya mungkin masih jauh atau mungkin dekat kerana kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan |
|
Dakwa AS campur tangan: Abdul Hadi wajib disiasat segera - Aiman Athirah - Sinarharian - 6/09 2:58 pm SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang wajib disiasat segera susulan kenyataannya mendakwa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, dua pemimpin kanan Pas iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut disebut Ahli Parlimen Marang itu juga perlu dikenakan tindakan sama memandangkan ia dakwaan sangat serius.Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) turut mempersoalkan tindakan Abdul Hadi yang tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, sebaliknya memilih berbuat demikian di Muktamar Pas ke- 72 di Kota Bharu pada Sabtu."Jika benar wujud cubaan campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, ia bukan bahan untuk dibanggakan di pentas politik |
|
Chief Justice leads 128strong Terengganu honours list in conjunction with Sultan Mizans 64th birthday - Malaymail - 6/09 2:55 pm KUALA TERENGGANU, Sept 6 Chief Justice Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh topped the list of 128 recipients of... |
|
Peserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikan - Sinarharian - 6/09 2:49 pm SHAH ALAM - Jenazah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina di sinikira-kira jam 8.50 pagi Ahad.Jenazah anak kedua daripada empat beradik itu tiba di Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam pada jam 6.05 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian.Bapanya, Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50, berkata, pihak keluarga ketika ini memberi tumpuan untuk menguruskan segala urusan pengebumian anaknya terlebih dahulu."Setakat ini, niat saya memang untuk menguruskan arwah secepat mungkin dan diselesaikan serta dipermudahkan segala urusan."Selanjutnya nanti, beberapa pihak seperti UiTM dan agensi lain akan berhubung dengan saya |
|
Istilah 'eksploitasi agama' lebih tepat daripada 'menunggang' agama - Mufti Wilayah Persekutuan - Sinarharian - 6/09 2:33 pm KUALA LUMPUR - Istilah "eksploitasi agama" lebih tepat dan objektif bagi menggambarkan perbuatan menyalahgunakan agama demi kepentingan dunia berbanding istilah "menunggang agama", kata Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil.Beliau berkata, istilah "menunggang agama" tidak wajar digunakan secara berleluasa kerana boleh membawa generalisasi terhadap golongan agamawan, termasuk ulama, pendakwah dan asatizah yang ikhlas memperjuangkan syiar Islam.Ahmad Fauwaz berkata, istilah "eksploitasi agama" lebih memfokuskan kepada perbuatan menyalahgunakan agama untuk memperoleh harta, pengaruh atau kedudukan, selain menggambarkan dengan lebih jelas wujudnya pihak yang mengambil kesempatan dan pihak yang diperdaya."Sebaliknya, istilah menunggang mempunyai konotasi negatif, kasar dan cenderung membawa unsur sindiran serta tuduhan peribadi terhadap pelaku."Istilah eksploitasi agama lebih tepat menggambarkan struktur hubungan kuasa dalam fenomena berkenaan, iaitu wujudnya pihak yang mengambil kesempatan (mengeksploitasi) dan pihak yang dieksploitasi (orang awam yang tertipu atau diperdaya), sejajar dengan makna sebenar dalil al-Quran dan Sunah," katanya dalam ruangan Tinta Mufti terbitan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan hari ini.Ahmad Fauwaz berkata, perbuatan mengeksploitasi agama sememangnya dilarang dan dikecam dalam al-Quran, antaranya menerusi firman ALLAH SWT dalam Surah al-Taubah dan Surah al-Baqarah, iaitu kedua-dua ayat berkenaan menunjukkan bentuk eksploitasi agama yang berlaku apabila agama dimanipulasi sebagai alat mendapatkan harta dan kepentingan dunia, suatu perbuatan yang tercela kerana mempermainkan nama ALLAH SWT demi keuntungan peribadi.Beliau berkata, Rasulullah SAW turut memberikan peringatan mengenai golongan yang menggunakan agama untuk memperdaya manusia demi kepentingan dunia sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tirmidzi bermaksud: "Akan keluar pada akhir zaman sekelompok lelaki yang memperdaya manusia dengan menggunakan agama untuk mendapatkan dunia.. |
|
Zahid nafi berselisih dengan Anwar - Mkini - 6/09 2:28 pm Presiden Umno menegaskan bahawa BN kekal komited memastikan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal. |
|
'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia - Sinarharian - 6/09 2:26 pm TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] "Kami rakam banyak gambar pada majlis itu untuk kenangan, rupanya itu kenangan terakhir kami bersamanya."Demikian luahan Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50, bapa kepada Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana, 21, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 yang meninggal dunia selepas menyertai acara yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka.Mohamad Fellimal berkata, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu Allahyarham adalah ketika majlis pentauliahan dan konvokesyen Leftenan Muda Kesatria di UiTM Shah Alam pada 29 Ogos lalu."Anak saya baru menamatkan pengajian diploma dan merancang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, namun ini pula berlaku," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerlohpada Ahad.Pelajar UiTM Kampus Seremban yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAS kira-kira jam 2 petang pada Sabtu.Menurut Mohamad Fellimal, beliau dimaklumkan anaknya kelihatan lemah dan rebah ketika menghampiri garisan penamat dalam acara larian berkenaan sebelum dihantar ke fasiliti perubatan di UiTM Jengka untuk mendapatkan rawatan pada Jumaat."Kira-kira jam 11 malam, saya menerima panggilan daripada pegawai UiTM memaklumkan anak saya dibawa ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke HOSHAS dipercayai akibat strok haba," katanya.Beliau berkata, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai acara tersebut dan pernah mengambil bahagian dalam cabaran sama dalam dua edisi terdahulu.Katanya, minat mendalam terhadap aktiviti sukan mendorong anaknya membuat persiapan secukupnya sebelum menyertai pertandingan berkenaan malah pasukannya pernah muncul antara pemenang."Dia memang minat acara sukan dan membuat persiapan mencukupi sebelum menyertai acara ini."Sebelum itu, saya sempat berpesan supaya dia minum banyak air memandangkan cuaca panas dan beberapa kawasan agak berjerebu ketika ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICUKKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - ZambryMohamad Fellimal berkata, kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya adalah menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 6.55 petang, 4 September lalu."Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai UiTM yang memaklumkan dia dibawa ke hospital."Saya dan isteri kemudian bertolak dari Shah Alam dan tiba di HOSHAS kira-kira jam 3.30 pagi sebelum dibenarkan melihat mangsa yang ketika itu berada di zon merah dari jarak jauh," katanya. |
|
No rift between me and Anwar, says Malaysia DPM Zahid - Straitstimes - 6/09 2:20 pm He also said decisions within the government continued to be made professionally. |
|
Nafi dakwaan hubungan retak, Zahid kata Saya duduk sebelah dia lah - Harapandaily - 6/09 2:10 pm Spekulasi hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semakin tegang sehingga didakwa menjejaskan perjalanan mesyuarat Kabinet dinafikan oleh Zahid |
|
Isu DNAA Ahmad Zahid: DAP bukan lagi hipokrit tetapi 'penipu besar' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 6/09 2:06 pm SHAH ALAM - Pas mendakwa pendirian DAP berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak konsisten dengan naratif politik yang dibawa parti itu.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rekod kenyataan dan tindakan beberapa pemimpin DAP sejak keputusan itu pada 2023 menunjukkan parti berkenaan tidak pernah mengambil tindakan tegas untuk menolak keputusan tersebut.Menurut beliau, pendirian DAP ketika ini dilihat berubah susulan perkembangan politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)."Apabila BN mengambil pendekatan yang semakin jelas untuk bekerjasama dengan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan kemungkinan persefahaman itu dibawa menuju Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tiba tiba fail DNAA yang berhabuk hampir tiga tahun itu mahu dibuka kembali."Ketika Ahmad Zahid memastikan BN menjadi jambatan untuk DAP berada di Putrajaya, DNAA boleh ditelan |
|
Too early to name PM candidate for GE16, says Zahid - NST - 6/09 2:05 pm ISKANDAR PUTERI: It is still too early to name a prime ministerial candidate for the 16th General Election (GE16), says Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. |
|
Zahid denies rift with Anwar, reaffirms BNs commitment to political stability - Malaymail - 6/09 1:43 pm ISKANDAR PUTERI, Sept 6 Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has denied claims of a rift or probl... |
|
Jerebu: Operasi pembenihan awan diteruskan ikut nasihat MetMalaysia - Ahmad Zahid - Astroawani - 6/09 1:30 pm Ahmad Zahid berharap OPA dapat terus membantu menurunkan tahap Indeks Pencemar Udara (IPU) di Sarawak, khususnya menjelang sambutan Hari Malaysia di Kuching. |
|
Mardhiyyah usik, DAP melatah, Fadhli skru Ramkarpal - Harakahdaily - 6/09 1:26 pm KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan DAP bukan sahaja hipokrit, malah penipu besar terhadap prinsip integriti parti itu berhubung pelepasan 47 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Amid funding rift, Zahid says all is well with Anwar - Mkini - 6/09 1:21 pm DPM reaffirms BN's commitment to political stability. |
|
Ketua Hakim Negara dahului senarai penerima Bintang Darjah Kebesaran Terengganu - Sinarharian - 6/09 1:18 pm KUALA TERENGGANU - Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului senarai 128 penerima Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu bagi 2026 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat dan menyempurnakan istiadat yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, di sini hari ini.Adinda baginda Tengku Seri Setia Mahkota Raja Tengku Datuk Seri Muhammad Muaz, Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra turut berangkat ke istiadat berkenaan.Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.Wan Ahmad Farid menerima Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk Seri.Yang turut menerima S.S.M.Z ialah Duta Besar Qatar ke Malaysia Datuk Seri Salah Mohammed Al-Sorour, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris dan Timbalan Presiden Persatuan Ekuin Terengganu Tan Sri Abdullah Taib.Tengku Muhammad Ismail turut mengurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali serta Penasihat Lembaga Pengarah dan bekas Pegawai Eksekutif Celcomdigi Berhad Datuk Mohamad Idham Nawawi.Yang turut menerima D.S.M.Z ialah Pengerusi Eksekutif Mirmas Holding Sdn Bhd, Datuk Awalan Abdul Aziz dan Pengurus Bersama Messrs Feroz@Co Datuk Feroz A S Moidunny.Selain itu, baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang turut membawa gelaran Datuk kepada 27 penerima termasuk pelakon terkenal Datuk Abdul Manan Embong atau Eman Manan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris.Ahli Parlimen Dungun, Datuk Wan Hassan Mohd Ramli, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Prof Datuk Dr Mohd Zamri Ibrahim dan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin turut dikurniakan bintang darjah kebesaran yang sama.Tengku Muhammad Ismail juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z) kepada 17 penerima termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi.Pada istiadat tersebut, baginda mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu kepada 17 penerima, Darjah Kebesaran Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (20 penerima) dan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Terengganu (39 penerima) |
|
Jerebu: Pembenihan awan diteruskan di Sarawak - Sinarharian - 6/09 12:57 am ISKANDAR PUTERI- Operasi pembenihan awan diteruskan di Sarawak bagi membantu menurunkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), terutama di Kuching dan Sri Aman yang masih berada pada tahap sangat tidak sihat, pada pagi Ahad.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keadaan di Serian yang diisytiharkan darurat pada Sabtu pula menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan IPU semakin menurun."Sempena perayaan Hari Malaysia di Kuching, kita berharap keadaan jerebu dengan adanya operasi pembenihan awan dapat menurunkan tahap indeks pencemaran udara di negeri Sarawak, khususnya."Kita juga mendapat nasihat daripada MetMalaysia supaya pembenihan awan ini dilakukan mengikut laluan angin yang telah saya sebutkan tadi," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan EduCity, di sini pada Ahad.Berdasarkan bacaan pada jam 9 pagi tadi, Kuching merekodkan IPU 235, manakala Sri Aman 214, kedua-duanya pada tahap sangat tidak sihat.Serian pula merekodkan IPU 184, menunjukkan penurunan berbanding bacaan sebelumnya.Terdahulu, Ketua Pengarah NADMA, Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, operasi pembenihan awan di seluruh Sarawak sedang dilaksanakan sehingga Isnin ini bagi membantu mengurangkan masalah jerebu yang melanda negeri berkenaan.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak pada Jumaat susulan krisis jerebu tahap berbahaya.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, manakala 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 dikategorikan berbahaya. |
|
Menunggang agama terlalu kasar? Mufti Wilayah cadang istilah lebih tepat - Harapandaily - 6/09 12:57 am Istilah menunggang agama tidak wajar digunakan secara berleluasa kerana boleh menggeneralisasikan golongan yang terlibat dalam kerja agama, termasuk ulama, pendakwah dan asatizah yang ikhlas memperjuangkan syiar Islam |
|
DPM Zahid: Over 600 Orang Asli students now pursuing higher education, reflecting rising social mobility - Malaymail - 6/09 12:38 am ISKANDAR PUTERI, Sept 6 More than 600 Orang Asli children are now pursuing their studies at universities and colleges... |
|
Lebih 600 anak Orang Asli lanjut pengajian di universiti, kolej - TPM Ahmad Zahid - Astroawani - 6/09 12:30 am Pencapaian tersebut adalah antara hasil penekanan kerajaan terhadap pendidikan sebagai instrumen penting dalam meningkatkan mobiliti sosial masyarakat Orang Asli. |
|
'Saya tiada masalah dengan Anwar' Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 12:25 am ISKANDAR PUTERI - "Saya tidak ada sebarang masalah dengan Perdana Menteri."Demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan hubungandengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin tegang.Ahmad Zahid berkata, tiada sebarang masalah sama ada dari segi hubungan peribadi mahupun rasmi antara beliau dengan Anwar."Saya tidak ada sebarang masalah sama ada dari segi peribadi atau secara rasmi."Tidak ada sebarang permasalahan di antara kami ketika berada dalam mesyuarat Kabinet ataupun dalam majlis atau acara rasmi," katanya.Sebelum ini, sebuah portal berita memetik sumber yang mendakwa hubungan antara Anwar dan Ahmad Zahid semakin tegang susulan beberapa isu, termasuk keputusan BN menentang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.Keadaan itu, dakwa sumber terbabitturut dipengaruhi tekanan daripada DAP supaya reformasi institusi dilaksanakan menjelang akhir tahun di sebalik Anwar, selaku perdana menteri dan perlu mendapatkan sokongan blok Ahmad Zahid mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebelum pindaan perlembagaan dapat dibuat.Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menegaskan, Barisan Nasional (BN) sebagai salah satu komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan terus mengutamakan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal pemerintahan.Katanya, proses membuat keputusan dalam kerajaan dilakukan secara profesional bagi memastikan kestabilan politik terus terpelihara."Yang penting bagi Barisan Nasional sebagai salah sebuah komponen di dalam Kerajaan Perpaduan adalah kestabilan politik di negara ini sehingga akhir penggal."Kami melakukan proses membuat keputusan dan mencapai keputusan secara profesional," katanya.Menurutnya, kestabilan politik penting bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing serta usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara."Kita tahu bahawa resolusi Perhimpunan Agung UMNO telah menetapkan bahawa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan ini hingga tamat tempoh dan ini yang kami lakukan supaya terdapat kestabilan politik sepenuhnya."Ia bagi mengelakkan sebarang permasalahan terutama daripada pelabur-pelabur luar negara, FDI (pelaburan langsung asing) dan juga untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya. |
|
Zahid tepis dakwaan hubungan dengan Anwar makin tegang - FMT - 6/09 12:24 am Presiden Umno itu menafikan laporan mesyuarat Jemaah Menteri lebih pendek daripada biasa kerana hubungan tegangnya dengan perdana menteri. |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 12:03 am ISKANDAR PUTERI Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan masih terlalu awal untuk menentukan atau menamakan calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menjelaskan, perkara berkenaan belum perlu dibincangkan memandangkan tarikh pembubaran Parlimen dan PRU16 masih belum diketahui."Terlalu awal untuk meletakkan seseorang atau sesuatu atau susuk tubuh untuk memegang jawatan itu (Perdana Menteri)."Ini sebab pilihan raya mungkin masih jauh atau mungkin |
|
Hadi bohong, kedutaan Amerika nafi bantu Pas jatuhkan kerajaan - Wrlr - 6/09 11:52 am Harapandaily September 6, 2026 Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berdepan penafian terus daripada Kedutaan AS di Kuala Lumpur |
|
Zahid rubbishes claims of growing tensions with Anwar - FMT - 6/09 11:52 am The Umno president also denies reports that Cabinet meetings are shorter than usual because of their strained ties. |
|
Kuartet negara cemerlang di Oman - Sinarharian - 6/09 10:49 am MALAYSIA menutup saingan acara 4x100 meter (m) Grand Prix Muscat 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila mengumpul dua pingat emas dan satu gangsa di Muscat, Oman awal pagi Ahad.Kilauan emas pertama hadir menerusi kuartet lelaki A yang mencatat 39.18 saat (s) untuk mengungguli saingan selepas empat pelari negara mempamerkan gandingan mantap sepanjang perlumbaan.Pengiran Aidil Auf Hajam, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Muhammad Umaira Subri dan Muhammad Azeem Fahmi menjadi taruhan negara dalam kuartet berkenaan.Satu lagi pingat emas disumbangkan kuartet wanita selepas mencatat 46.07s untuk turut menamatkan saingan di kedudukan teratas.Kuartet itu dibarisi Azreen Nabila Alias, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, Nurul Wardatul Huwaida Mohd dan Nur Aishah Rofina Aling.Sementara itu, kuartet lelaki B melengkapkan kutipan pingat Malaysia dengan gangsa hasil catatan 41.29s.Umar Osman, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif, Muhammad Sayyid Amin Roslan dan Muhammad Haziq Mohamad Akhir terpaksa berpuas hati di belakang Oman A yang meraih perak dengan masa 40.38s.Lubnan A pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat menerusi catatan 41.71s.Kutipan tiga pingat itu memberikan gambaran positif terhadap keupayaan pelari pecut negara untuk bersaing dalam kejohanan antarabangsa, selain menjadi suntikan semangat untuk terus memperbaiki prestasi dan catatan masa pada saingan akan datang. |
|
Hubungan didakwa retak, Zahid dedah masih duduk di sebelah kanan Anwar - Mydateline - 6/09 10:00 am Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menepis spekulasi kononnya hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada dalam keadaan .. |
|
Siasat Dakwaan Abdul Hadi Tawaran Negara Asing Jatuhkan Kerajaan - Wrlr - 6/09 9:57 am RSN Rayer, berkata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mesti menjelaskan mengapa pertemuan pada 2014 yang didakwa itu tidak dilaporkan serta-merta kepada pihak kerajaan |
|
Amerika Syarikat Tolak Dakwaan Pernah Campur Tangan Dalam Politik Malaysia - Wrlr - 6/09 9:54 am Kenyataan yang dikeluarkan oleh Keduataan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 6 September 2026 |
|
MUNIF 2.0 bukan sekadar wacana, 10 ketetapan tindakan dipacu - Sinarharian - 6/09 9:32 am KOTA BHARU [DIKEMAS KINI] Muslim Ummah International Forum 2.0 (MUNIF 2.0) tidak mahu berakhir sebagai pentas wacana dan luahan solidariti semata-mata apabila 10 ketetapan tindakan dimuktamadkan menerusi Deklarasi Kota Bharu, pada 3 September lalu.Deklarasi berkenaan memberi penekanan kepada usaha menggembleng kekuatan geopolitik, ekonomi, undang-undang dan maklumat dunia Islam secara lebih tersusun, selain menyeru perbalahan mazhab tidak menjadi penghalang kepada solidariti terhadap Palestin.MUNIF 2.0 yang dianjurkan Pertubuhan Pencinta Baitul Maqdis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra itu menghimpunkan 183 perwakilan dari 15 negara.Jawatankuasa Sekretariat MUNIF 2.0, Ahmad Fahmi Mokhtar berkata, antara negara yang menyertai forum berkenaan ialah Turkiye, Pakistan, India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Thailand, Filipina, Yaman, Palestin, Mesir, Nigeria, United Kingdom dan Malaysia.Beliau yang juga Ketua Jabatan Komunikasi Strategik Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) berkata, forum yang bertemakan Uniting to Amplify the Power of the Ummah: Global Solidarity with Iran Towards the Liberation of Palestine itu turut memberi tumpuan kepada konflik dan tekanan geopolitik membabitkan Palestin, Iran, Lubnan serta Yaman.Pengerusi MUNIF 2.0, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, forum berkenaan dirangka bagi mengukuhkan jaringan strategik antarabangsa, meneruskan advokasi dan sokongan praktikal, mempertahankan kedaulatan negara Islam yang tertekan serta mengaktifkan Jawatankuasa Bertindak Bersama.Menurutnya, usaha membina naratif Islam yang tersusun juga menjadi antara agenda utama forum."Cabaran yang berlaku di Palestin, Iran, Lubnan, Yaman dan wilayah lain memerlukan tindakan yang strategik, bersatu dan berterusan, bukan sekadar simpati pasif."Justeru, sokongan perlu diteruskan melalui saluran kemanusiaan, pendidikan dan diplomasi, selain keputusan yang dipersetujui perlu dipantau pelaksanaannya," katanya ketika penutup MUNIF 2.0.Dalam pada itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menyampaikan ucaptama berkata, isu Iran dalam konteks perjuangan Palestin perlu dinilai berdasarkan kerangka fiqh siyasah serta pertimbangan maslahat dan mudarat, bukannya semata-mata berdasarkan perbezaan Sunni-Syiah.Beliau menegaskan kepentingan memilih kemudaratan yang lebih ringan apabila berhadapan dua kemudaratan serta mendahulukan usaha menolak kemudaratan sebelum memperoleh kemaslahatan.Deklarasi Kota Bharu turut menggesa mobilisasi bantuan kemanusiaan dan pembiayaan secara lebih tersusun, termasuk membina saluran logistik alternatif bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada masyarakat yang terjejas akibat konflik.Selain itu, pendidikan, bantuan kemanusiaan dan diplomasi awam dikenal pasti sebagai antara saluran yang perlu diperkukuh selepas forum.Dalam aspek maklumat, MUNIF 2.0 menyeru penguasaan media sosial alternatif serta pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan bagi mencabar propaganda dan memperkukuh penyampaian maklumat mengenai Palestin.Forum turut menggesa kesinambungan kempen boikot sebagai bentuk tekanan pengguna yang tersusun, selain mencadangkan pemanfaatan kedudukan geostrategik dunia Islam termasuk laluan maritim dan sumber tenaga sebagai instrumen tekanan politik dalam hubungan antarabangsa.Dari sudut perundangan pula, deklarasi menyokong penglibatan mahasiswa, intelektual, peguam dan cendekiawan dalam tindakan undang-undang antarabangsa serta memperkasa usaha membawa dakwaan jenayah perang ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis turut ditegaskan sebagai isu asas yang tidak boleh dikompromi, dengan kesucian Al-Aqsa diletakkan sebagai garis merah umat Islam.MUNIF 2.0 turut bersetuju mengaktifkan semula Jawatankuasa Bertindak Bersama yang diwujudkan menerusi MUNIF 1.0, selain memuktamadkan penubuhan Sekretariat Tindakan Khas Pasca-MUNIF 2.0.Sekretariat berkenaan diberi mandat menyelaras tindakan dalam aspek perundangan, pemantauan boikot, misi kemanusiaan, pendidikan generasi muda serta kempen diplomasi awam.Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud berkata, penyertaan perwakilan antarabangsa membuktikan perbezaan geografi dan bahasa tidak semestinya menjadi penghalang kepada pembinaan kesepakatan.Beliau berkata, ukhuwah Islamiyah perlu diterjemahkan daripada syiar kepada tindakan nyata dalam membela masyarakat yang terkesan akibat konflik dan penindasan.MUNIF 2.0 yang meneruskan kesinambungan forum pertama di Kedah pada tahun lalu dilihat memperlihatkan perubahan daripada pembinaan jaringan kepada usaha membentuk mekanisme tindakan bersama.Cabaran selepas ini adalah memastikan 10 ketetapan Deklarasi Kota Bharu tidak sekadar kekal sebagai resolusi, sebaliknya diterjemahkan kepada program yang boleh dilaksanakan, diukur dan dipantau secara berterusan. |
|
Bayaran kontraktor: 'Saya tiada niat politik, nyatakan realiti di lapangan' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 8:10 am KUALA LUMPUR - "Bukan niat untuk mempolitikkan isu bayaran kontraktor, sebaliknya perkara itu dibangkitkan berdasarkan fakta dan realiti yang berlaku di lapangan."Demikian tegas kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila terdapat segelintir pihak yang mempolitikkan isu berkenaan dengan dakwaan ia sengaja dibangkitkan bagi memberi tekanan politik.Beliau berkata, isu tersebut perlu diberi perhatian kerana kelewatan bayaran bukan sahaja memberi tekanan kepada kontraktor dan pembekal, malah menjejaskan kelancaran projek infrastruktur untuk masyarakat luar bandar."Bila yang bercakap tentang apapun isu adalah orang politik, ia akan jadi isu politik."Sebenarnya saya tiada niat pun untuk mempolitikkan isu itu, yang saya nyatakan adalah soal fakta, realiti yang berada di hadapan."Saya menjaga sebuah kementerian yang agak besar dan kepentingan kementerian itu harus diutamakan termasuk pemegang taruh kerana mereka rakyat di perdesaan, di luar bandar dan bagaimana jika infrastruktur, apatah lagi soal hubungan jalan raya ataupun bekalan air, bekalan elektrik tidak sampai pada mereka," katanya kepada Sinar Ahad.Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Johan Mahmood Merican dilapor memaklumkan, seluruh peruntukan yang diperuntukkan bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah disalurkan sepenuhnya dan kekangan proses pembayaran kontraktor ketika ini disebabkan dana berkenaan sudah dibelanjakan sepenuhnya.Beliau menjelaskan, Kementerian Kewangan (MoF) malah sudah meluluskan peruntukan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.Susulan itu, Setiausaha Akhbar Menteri KKDW, Fadzmel Fadzil menegaskan, kenyataan KSP berhubung perkara tersebut tidak tepat, serta tidak menggambarkan situasi kewangan sebenar.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, isu bayaran kepada kontraktor dan pembekal tidak wajar dilihat sebagai masalah KKDW semata-mata kerana perkara sama perlu diteliti di kementerian dan agensi lain.Malah katanya, beliau sebelum ini sudah beberapa kali menyuarakan isu tersebut termasuk secara lisan dan menerusi surat yang diserahkan secara bersemuka."Saya tidak mahu dalam perkhidmatan saya di kementerian itu, saya dianggap gagal sedangkan dana itu tidak sampai untuk kita lunaskan kepada mereka," katanya. |
|
Zahid guna isu kontraktor perkukuh sokongan Melayu, kata penganalisis - FMT - 6/09 7:00 am Mereka berkata isu kelewatan bayaran memberi Umno ruang melindungi pengaruhnya di kawasan luar bandar, tetapi menimbulkan risiko politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. |
|
Zahid guna isu kontraktor perkukuh sokongan Melayu, kata penganalisis - Hotfm - 6/09 7:00 am Mereka berkata isu kelewatan bayaran memberi Umno ruang melindungi pengaruhnya di kawasan luar bandar, tetapi menimbulkan risiko politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. |
|
Zahid using contractor row to shore up Malay support, say analysts - FMT - 6/09 7:00 am They say the dispute over delayed payments gives Umno room to protect its rural base but carries political risks for Prime Minister Anwar Ibrahim. |
|
Ramkarpal bidas Mardhiyyah, nafi DAP hipokrit kes Zahid - Mkini - 5/09 8:48 pm Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP berkata Adun PAS itu jelas tersilap." |
|
Zahid tak hadir bukan tanda PAS-BN renggang - Harakahdaily - 5/09 8:31 pm KOTA BHARU: Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 tidak harus ditafsirkan sebagai petunjuk hubungan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) semakin renggang |
|
Tak ada peluang untuk parti lain, Pas target nak isi kerusi Perdana Menteri - Wrlr - 5/09 8:02 pm Tak ada peluang untuk parti lain, Pas target nak isi kerusi Perdana Menteri Harapandaily September 3, 2026 Pas dilihat semakin jelas meletakkan sasaran untuk menerajui kerajaan Persekutuan apabila perwakilan Pemudanya menggesa supaya parti itu tidak lagi memberi laluan kepada parti lain untuk mengisi jawatan Perdana Menteri |
|
'Razlan ubah kayu ukur isu bajet kementerian Zahid' - Mkini - 5/09 6:56 pm Pertikaian terbuka terus berlangsung antara pemimpin DAP dan kem Ahmad Zahid dalam isu perbelanjaan KKDW. |
|
Adun PAS tak semak fakta, DAP sudah lama persoal DNAA Zahid, kata Ramkarpal - Hotfm - 5/09 6:34 pm Pengerusi Biro Undang-undang DAP berkata pihaknya persoal tindakan AGC dalam 47 kes Yayasan Akalbudi sehari selepas diputuskan. |
|
Adun PAS tak semak fakta, DAP sudah lama persoal DNAA Zahid, kata Ramkarpal - FMT - 5/09 6:34 pm Pengerusi Biro Undang-undang DAP berkata pihaknya persoal tindakan AGC dalam 47 kes Yayasan Akalbudi sehari selepas diputuskan. |
|
Tarik balik ungkapan 'menunggang agama', mohon maaf - ABIM - Sinarharian - 5/09 6:30 pm SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad menarik balik ungkapan 'menunggang agama' dan memohon maaf atas penggunaan bahasa kasar dalam kenyataannya.Timbalan Presiden ABIM, Muhamad Saifuddin Abdul Latiff berkata, sekalipun dimaksudkan sebagai sindiran terhadap pengkritik, ungkapan tersebut mengaburkan perbezaan antara perjuangan berpandukan Islam dengan perbuatan memperalatkan agama."Sindiran tidak menggugurkan tanggungjawab pemimpin untuk menjaga adab dan menjawab kritikan dengan hujah."Agama Islam dijunjung dan dijadikan panduan, bukan ditunggang untuk kepentingan politik."Setiap pemimpin dan parti wajib menundukkan tindakan mereka kepada tuntutan kebenaran, keadilan dan amanah |
|
Ramkarpal hits back at PAS rep, says DAP consistently questioned Zahid's DNAA - Mkini - 5/09 6:20 pm Mardhiyyah is ignorant of DAP's consistent stand on the matter, he says. |
|
DAP MP accuses Zahid's aide of shifting yardstick over RM2.14b road project spending - Mkini - 5/09 5:44 pm Razlan's statement doesn't explain how additional funds were obtained - Chong. |
|
Bukan tanda Umno solo di Melaka, Takiyuddin ulas Zahid tak hadir muktamar - FMT - 5/09 5:22 pm Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata rundingan antara PAS bersama PN dan BN berkait kerjasama PRN Melaka masih berjalan. |
|
Muktamar Pas: Zahid tak hadir tak bermaksud UMNO solo - Takiyuddin - Sinarharian - 5/09 4:57 pm KOTA BHARU - Ketidakhadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 bukan bermaksud UMNO akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Beliau sebaliknya menjelaskan, andaian berkenaan tidak berasas kerana perundingan politik antara kedua-dua parti besar itu masih berjalan selain beliau sendiri terlibat secara langsung dalam proses tersebut."Tidak langsung, tidak sama sekali |
|
Pas-Umno talks to continue despite Zahids absence, says Takiyuddin - Sinardaily - 5/09 4:41 pm KOTA BHARU Pas says negotiations with Umno will continue despite the absence of Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi from the 72nd Pas Annual Muktamar, with discussions expected to focus on political cooperation ahead of the Melaka state election.Pas secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said Zahids absence should not be interpreted as a sign that Umno would contest the Melaka election on its own.I can confirm that because I am directly involved in the discussions, he told reporters at Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, here today.Takiyuddin said negotiations between Pas and Umno would continue, possibly within the next few days.We will continue our negotiations |
|
Pas to launch Influencer Academy 2.0 after training 43 graduates for GE16 cyber fight - Sinardaily - 5/09 4:00 pm KOTA BHARU - The 16th General Election (GE16) will see a new-era battle involving the use of artificial intelligence (AI) as a key weapon against political rivals in the online arena.Pas central information chief Ahmad Fadhli Shaari said to meet this challenge, the party had produced 43 graduates through the Pas Influencer Academy to serve as frontliners in the battle of perception.He said all the participants completed the course, out of a total of 81, after passing several stages of assessment and training, both physical and online."Those who successfully completed this course received their certificates at the recent Pas Muslimat muktamar and Pas Youth muktamar."They will become frontliners fighting in the shadow arena, producing videos and responding to issues and will be among our forces facing the upcoming general election," he said.He was speaking while delivering the closing address at Pas' 72nd annual muktamar at Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.Fadhli said following the success of the first phase, the Pas central information bureau (Lajnah Penerangan) would launch Influencer Academy 2.0, opening participation to divisions nationwide.He urged division-level leaderships to be more proactive in sending capable representatives who could give full commitment."This is a battle of the new millennium, a battle on new ground |
|
Yoga berunsur keagamaan, pemujaan haram di sisi syarak - Mufti Wilayah Persekutuan - Sinarharian - 5/09 3:29 pm SHAH ALAM Senaman yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan serta pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang diamalkan umat Islam.Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, ketetapan itu terkandung dalam Fatwa Wilayah Persekutuan berkenaan senaman yoga yang diwartakan pada 2 April 2009 dan turut melarang apa-apa jenis atau bentuk senaman mengandungi unsur sedemikian.Menurutnya, penilaian terhadap yoga perlu mengambil kira kandungan dan tujuan amalannya kerana persamaan pada sesuatu pergerakan fizikal tidak semestinya membawa hukum yang sama."Pergerakan fizikal yang benar-benar bebas daripada unsur keagamaan, mantra dan pemujaan tidak dihukum hanya kerana terdapat persamaan bentuk."Umat Islam hendaklah menjauhi latihan yang mengandungi upacara atau bacaan keagamaan yang bercanggah dengan syarak," katanya menerusi Tinta Mufti Bilangan 127/2026 bertajuk Yoga dan Meditasi dalam Mizan Akidah Islam yang disiarkan menerusi laman web rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pada Sabtu.Ahmad Fauwaz mengulas perkara itu susulan kenyataan tular menerusi sebuah rancangan media baharu yang menggambarkan yoga sebagai amalan boleh dilakukan semua agama termasuk umat Islam, selain menggalakkan masyarakat mempelajarinya di Shiva Yoga Peeth, Rishikesh, India.Beliau menegaskan, kenyataan sedemikian memerlukan penjelasan cermat kerana isu itu bukan lagi sekadar menyentuh pilihan senaman, sebaliknya turut membentuk kefahaman mengenai hubungan antara kesihatan fizikal, meditasi, jalan kerohanian dan batas akidah.Menurutnya, Islam menggalakkan penjagaan tubuh, kecergasan dan ketenangan fikiran, namun apabila latihan fizikal disepadukan dengan mantra, pemujaan, falsafah keagamaan, konsep tenaga metafizik atau penghayatan kerohanian agama lain, penilaiannya tidak lagi terhenti pada manfaat jasmani."Gerakan yang bebas daripada unsur keagamaan mempunyai pertimbangannya sendiri |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |