///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Ahmad Fadhli Shaari News   Page 1    





Kebakaran tapak pelupusan sampah Rawang belum berjaya dipadamkan - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Kebakaran tapak pelupusan sampah Rawang belum berjaya dipadamkan SHAH ALAM - Kira-kira seluas empat hektar tapak pelupusan sampah haram berdekatan kawasan M Residence, di Rawang masih terbakar walaupun operasi pemadaman telah dijalankan sejak Ahad lalu





Fadhli mungkin ada masalah mental label orang binatang – Abbas - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Fadhli mungkin ada masalah mental label orang binatang - Abbas SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan perbuatan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari sebagai tidak berakhlak dan mungkin mempunyai masalah mental susulan hantaran karikatur sindiriannya di media sosialnya baru-baru ini





Enggan minta maaf kepada PMX, Fadhli dianggap angkuh, tak beradab - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Enggan minta maaf kepada PMX, Fadhli dianggap angkuh, tak beradab KUALA LUMPUR - Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi mengecam tindakan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang enggan memohon maaf berhubung kenyataannya yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin Thailand dan Kemboja





Ahmad Fadhli cemarkan nama Islam dalam Pas – Puad - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Ahmad Fadhli cemarkan nama Islam dalam Pas - Puad KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mencemarkan nama Islam dalam Pas susulan kontroversi satira figura haiwan yang dikaitkan dengan usaha damai Malaysia dalam perang antara Thailand dan Kemboja





Tindakan tegas perlu dibuat bagi jaga nama baik PM – Murad - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Tindakan tegas perlu dibuat bagi jaga nama baik PM - Murad PASIR GUDANG Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari yang mempersenda dan menyindir secara sinis terhadap usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rundingan diplomatik antara Thailand-Kemboja





Kontroversi Ahmad Fadhli: Amanah persoal sikap berdiam diri Pas - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Kontroversi Ahmad Fadhli: Amanah persoal sikap berdiam diri Pas KUALA LUMPUR Parti Amanah Nasional (Amanah) mempersoalkan sikap berdiam diri Pas berhubung tindakan Ketua Penerangan parti itu, Ahmad Fadhli Shaari bersabit kontroversi satira politik figura haiwan yang mencetuskan kemarahan banyak pihak





Six-year-old 'aspiring doctor' battles bone cancer, faces RM50,000 surgery - Sinardaily - 31/07 10:30 am

PADANG TERAP Six-year-old Nur Fitriah Aliya Annisa Abdullah from Kampung Pengkalan Tok Putih, Jalan Tualak, has become less active since her bone cancer diagnosis in May.The aspiring doctor was discharged from Penang Hospital last Sunday after over a month of chemotherapy.Her grandmother, Azlina Ahmad, 61, said her granddaughter was first taken to Kuala Nerang Hospital in March due to pain in her left leg and a noticeable limp.After examination, the doctor informed us that there was a slight fracture in her leg and it needed to be placed in a cast for a week, Azlina recounted.In May, Nur Fitriah Aliya Annisa was taken to the Emergency Unit of Kuala Nerang Hospital again after her knee swelled.She was then referred to Sultanah Bahiyah Hospital (HSB) in Alor Setar for further examination.At HSB, doctors took samples of bone and tissue from her knee, along with a CT scan and MRI.Specialists at HSB later referred her case to Penang Hospital, where final tests confirmed that she had bone cancer





Malaysia to table Atomic Bill amendments - SUN - 31/07 8:30 am

PETALING JAYA : Malaysia is stepping up its push into nuclear energy, as the Science, Technology and Innovation Ministry (Mosti) prepares to propose key amendments to the Atomic Energy Bill a move aimed at reinforcing the nations nuclear regulatory framework





Izzat Shameer Olahragawan Negeri Perak - Sinarharian - 30/07 11:39 pm

IPOH - Pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 di Filipina, April lalu dinobat sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi tahun 2023/2024.Kejayaan yang dilakar sejak dua tahun lalu telah mengetepikan calon daripada atlet tenis, Mitsuki Leong Wei Kang dan atlet olahraga, Muhammad Azeem Mohd Fahmi.Atlet berusia 43 tahun yang kini berada di kedudukan ke-11 ranking dunia itu pernah membantu Malaysia memenangi emas dalam acara perseorangan lelaki di Kejohanan World Champion of Champions Australia 2023 dan Worls Bowls Indoor Single Championship Warilla, Australia.Sementara itu, Olahragawati Negeri Perak pula diungguli atlet tenpin boling negara, Sin Li Jane yang menewaskan dua lagi calon iaitu atlet boling padang, Aleena Ahmad Nawawi dan atlet berbasikal, Nyo Ci Hui.Atlet berusia 33 tahun itu pernah menyertai kejohanan USBC Queens Greenbay, USA tahun lalu selain Kejohanan IBF World Kuwait pada tahun 2023.Kedua-dua olahragawan dan olahragawati masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000, blazer, trofi serta piala pusingan.Majlis penyampaian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersempena Anugerah Sukan Negeri Perak 2023/2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Rabu.Sementara itu, Olahragawan Harapan diraih atlet bola tampar pantai, Low Jeng Yih manakala Olehragawati Harapan diberikan kepada atlet renang, Joelle Chan Zu-Ee.Masing-masing menerima hadiah berupa piala dan insentif bernilai RM3,000.Bagi kategori Jurulatih Terbaik pula diberikan kepada Jurulatih sukan berbasikal, Hishamuddin Mohd Zaki manakala Pasukan Terbaik pula milik pasukan sepak takraw, Perak Bison.Kategori Kepimpinan Sukan dimenangi Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (sepak takraw); Anugerah Jasamu Dikenang, Mohd Jamil Zakaria (bola sepak) dan Anugerah Keluarga Sukan kepada Mohamad Ayob Kamaruddin (tenpin boling).Manakala Anugerah Media pula disandang pemberita Bernama, Razif Rosli dan Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Mohd Fitri Azman.Dalam pada itu, Anugerah Atlet Terbaik Para Lelaki dan wanita dimenangi atlet berbasikal, Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Nur Suraiya Muhammad Zamri dan Anugerah Khas Persatuan Sukan diberikan kepada Persatuan Golf Negeri Perak.





Dewan Rakyat lulus RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 untuk pendidikan menengah wajib - SUN - 30/07 10:23 pm

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 malam ini, menandakan satu langkah bersejarah dalam sistem pendidikan negara dengan mewajibkan pendidikan menengah





Dewan Rakyat lulus RUU Pendidikan (Pindaan) 2025, wajibkan pendidikan menengah - Sinarharian - 30/07 9:56 pm

KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan negara membuka lembaran baharu apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025, bertujuan mewajibkan pendidikan menengah, diluluskan Dewan Rakyat malam ini.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menggulung perbahasan RUU itu menyifatkan pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sebagai satu detik bersejarah dan amat penting dalam pembangunan modal insan menerusi sistem pendidikan negara."Pendidikan ini adalah hak kelahiran setiap anak-anak, maknanya setiap anak-anak ini lahir dengan hak untuk mendapat pendidikan," katanya.Terdahulu, ketika sesi perbahasan RUU berkenaan, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyatakan sokongan terhadap pindaan itu serta menyifatkannya sebagai reformasi penting dalam sistem pendidikan negara.Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata, inisiatif itu merupakan satu reformasi pendidikan yang bermakna dalam usaha melonjakkan mutu pendidikan dan pembangunan modal insan negara.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas inisiatif berani tersebut dan berpandangan langkah itu sepatutnya dilaksanakan lebih awal bagi memastikan setiap anak mendapat pendidikan sewajarnya."Ia akan membolehkan pembinaan modal insan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya, supaya kita setaraf dengan negara-negara lain





Utamakan kesejahteraan rakyat, usah politik sepanjang masa - Sultan Pahang - SUN - 30/07 9:27 pm

KUANTAN : Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan wakil rakyat di negeri itu supaya tidak terlalu sibuk dengan urusan politik sepanjang masa sebaliknya perlu lebih rajin turun padang menjenguk rakyat di kawasan yang memilih mereka





Tanpa testimoni Najib, saman RM20 juta SRC terhadap Umno akan gagal, kata peguam - FMT - 30/07 6:55 pm

Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan akan menyampaikan keputusan pada 24 Okt.





SRCs RM20mil Umno suit bound to fail without Najibs testimony, lawyer tells court - FMT - 30/07 5:42 pm

Justice Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan will deliver his decision on Oct 24.





Pemimpin PAS dakwa politik sindiran perkara biasa, tak jejas sokongan - FMT - 30/07 5:38 pm

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah dakwa isu babit Ahmad Fadhli Shaari telah selesai apabila hantaran menyindir rundingan damai Thailand-Kemboja telah dipadam.





Ibu kanak-kanak maut dibunuh dalam keadaan stabil - Polis - Sinarharian - 30/07 5:36 pm

PASIR GUDANG Ibu kepada mendiang M Tishant, kanak-kanak lelaki yang dibunuh dan mayatnya ditemukan tertanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol baru-baru ini, dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, wanita berusia lingkungan 30-an itu sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana mengalami kemurungan susulan kehilangan anak tunggalnya."Polis mengesahkan ibu mendiang Tishant yang dikatakan cuba membunuh diri sudah dibenarkan keluar dari hospital pagi tadi."Keadaannya dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak malang tersebut dilaporkan hilang di Johor Bahru pada Khamis lalu sebelum mayatnya ditemukan tertanam di belukar dekat Rompin, Jempol pada Isnin.Seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga bapa kandung mangsa ditahan dan kini direman polis Kontinjen Johor selama tujuh hari bagi membantu siasatan.Suspek sebelum ini membuat laporan polis mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan dalam kereta ketika dia keluar membeli makanan.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, hasil bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu mendapati mangsa maut akibat jerutan menggunakan pengikat kabel.





Dana RM19.5 juta: Kes saman SRC terhadap UMNO, UMNO Selangor diputuskan 24 Oktober - Sinarharian - 30/07 5:05 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 Oktober untuk memutuskan saman yang difailkan oleh SRC International Sdn Bhd serta dua anak syarikatnya terhadap UMNO dan UMNO Selangor berhubung dakwaan menerima dana sebanyak RM19.5 juta daripada syarikat terbabit pada 2015.Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd (JPSB) selaku plaintif.Turut berhujah peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili UMNO, dan Datuk Hasnal Rezua Merican yang hadir bagi pihak UMNO Selangor selaku defendan.Menerusi saman terhadap UMNO, plaintif menuntut RM16 juta yang didakwa telah dipindahkan secara tidak wajar kepada parti politik itu dan menegaskan bahawa ia tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.Saman kedua pula membabitkan tuntutan sebanyak RM3.5 juta terhadap UMNO Selangor yang turut didakwa menerima dana itu secara tidak sah.Terdahulu, Hasnal Rezua berhujah bahawa mereka telah memplidkan bahawa wang yang diberikan kepada UMNO Selangor sebenarnya adalah derma politik."Tiada keraguan serius di sini mengenai wang yang diterima oleh UMNO Selangor," katanya.Razlan Hadri pula berhujah bahawa dakwaan berlaku pelanggaran tanggungjawab fidusiari telah dibuktikan."Berdasarkan pengakuan bekas Pengarah SRC International Datuk Suboh Md Yassin (saksi kedua SRC) yang telah menandatangani cek kosong serta bukti dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah, plaintif telah membuktikan berlaku pelanggaran amanah atau tanggungjawab oleh bekas pengarah berdasarkan imbangan kebarangkalian," katanya.Sementara itu, Mohamed Shahrul Fazli mengulangi pendirian UMNO bahawa ia telah menerima dana sebanyak RM16 juta dan menggunakan sepenuhnya bagi melakukan aktiviti serta program di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR)





Ahmad Fadhli wajar dikenakan tindakan - Pemuda Amanah Kedah - Sinarharian - 30/07 4:55 pm

ALOR SETAR - Pemuda Amanah Kedah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung satu hantaran kartun berunsur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook rasminya baru-baru ini.Ketuanya, Muain Ahmad Shukri berkata, perbuatan tersebut memperlihatkan unsur kebiadaban politik yang melampau selain membentuk satu trend berbahaya yang dibimbangi menjejaskan kestabilan politik dan imej negara di peringkat global.Menurutnya, kebebasan bersuara tidak wajar disalah guna untuk menghina pemimpin negara, apatah lagi dalam isu melibatkan hubungan diplomatik yang sensitif."Politik ada batasnya





Satira karikatur haiwan: Pemuda Amanah NS cadang tarik kerakyatan Ahmad Fadhli - Sinarharian - 30/07 4:16 pm

SEREMBAN - Pemuda Amanah Negeri Sembilan mencadangkan supaya taraf kerakyatan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ditarik susulan tindakannya yang memperlekehkan usaha Perdana Menteri mendamaikan konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja.Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Mohd Hanis Alimin berkata, sebagai seorang pemimpin daripada parti yang membawa imej Islam, tidak sepatutnya beliau bersikap sedemikian."Di mana sifat kemanusiaan dia? Dia membawa imej Islam dan ahli Parlimen sedangkan ramai terbunuh disebabkan konflik itu yang majoritinya adalah orang awam yang tidak berdosa."Kalaulah dunia percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan konflik ini, kenapa dia memperlekehkan dan menyamakan usaha ini sebagai usaha binatang?" katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada Rabu.Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Zainal Lufti Zainal Fitry pula berkata, tindakan Ahmad Fadhli yang memuat naik lukisan kartun berunsur sindiran terhadap usaha Perdana Menteri itu dibimbangi boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan kedua-dua negara jiran itu.Ujar beliau, Ahmad Fadhli sepatutnya berbangga dengan peranan Perdana Menteri dalam usaha perdamaian berkenaan."Kita sepatutnya berasa bangga apabila Perdana Menteri diberi kepercayaan menyelesaikan konflik peperangan antara dua negara jiran yang dekat dengan kita."Tapi sebaliknya Ahmad Fadhli yang berstatus Ahli Parlimen pula memperlekehkan usaha tersebut dengan memuat naik lukisan kartun haiwan di media sosial seolah-olah Malaysia mendamaikan konflik antara binatang."Kita risau tindakannya itu boleh menjejaskan Malaysia atau mungkin menjadi isu diplomatik," katanya.Sehubungan itu, ujarnya, Pemuda Amanah Negeri Sembilan berharap tindakan undang-undang dapat dikenakan terhadap Ahli Parlimen terbabit.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu memuat naik gambaran tiga watak haiwan iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang sementara monyet sebagai hakim di media sosialnya.Dalam hantaran tersebut, beliau menyatakan bahawa kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang, serta turut meletakkan artikel berhubung pergolakan Thailand-Kemboja di sebelah gambar berkenaan.Bagaimanapun beliau telah pun memadamkan hantaran berkenaan.





Malaysia alami kekurangan jurutera - Ahmad Zahid - Sinarharian - 30/07 3:27 pm

SHAH ALAM Malaysia hanya mampu melahirkan kira-kira 6,000 jurutera setahun iaitu jauh lebih rendah berbanding keperluan semasa sebanyak 60,000 jurutera.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jurang besar itu perlu ditangani segera dengan mewujudkan laluan pantas melibatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 5 iaitu setaraf diploma untuk diserap ke universiti teknikal bagi dinaik taraf sebagai jurutera."Bagi jangka pendek dan sederhana, kita akan tawarkan laluan kepada pekerja mahir ini ke universiti dalam rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN), " katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Management and Science University (MSU) di Dewan Canselor MSU Shah Alam di sini pada Rabu.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, laluan itu melibatkan proses 'upskilling' dengan tempoh tambahan pengajian antara satu hingga dua tahun di MTUN sebelum dianugerahkan ijazah kejuruteraan.Katanya, melalui kerjasama antara Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM), proses pemindahan kredit akan diselaraskan bagi mengiktiraf latihan awal yang diperoleh melalui institusi TVET."Bagi pemegang SKM Tahap 5, mereka hanya perlu lalui tiga atau empat semester di MTUN





'Keangkuhan Ahmad Fadhli cemar nama negara' AMK - Sinarharian - 30/07 3:21 pm

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua pemimpin negara ASEAN lain dalam satu kenyataan baru-baru ini.Naib Ketua AMK, Nabil Halimi menyifatkan tindakan Ahmad Fadhli sebagai keangkuhan dan keegoan melampau yang telah mencemarkan nama baik negara di mata dunia."Saya berasa kesal akan keegoan dan kesombongan Ahmad Fadhli yang enggan memohon maaf atas tindakannya yang menghina Perdana Menteri bersama dua pemimpin Thailand dan Kemboja sebagai binatang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurutnya, perbuatan tersebut bukan sahaja menyerang peribadi Perdana Menteri, malah turut dianggap sebagai penghinaan terhadap seluruh kakitangan awam di Wisma Putra yang bekerja keras menjayakan misi rundingan damai antara Kemboja dan Thailand."Beliau seharusnya sedar bahawa kenyataannya itu adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara dan sewajarnya dikenakan tindakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.Jelas beliau, Perdana Menteri dalam isu berkenaan bertindak atas kapasiti sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memfasilitasi usaha rundingan damai dua negara berjiran itu."Segala penghinaan terhadap usaha ini adalah penghinaan terhadap negara dan bertentangan dengan semangat patriotisme," ujar beliau lagi.Dalam kenyataan itu, Nabil turut menzahirkan penghargaan kepada beberapa pimpinan pembangkang seperti Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang bersikap terbuka dan memberi pujian terhadap usaha Anwar biarpun sering mengkritik pentadbiran kerajaan."Langkah beliau menunjukkan kematangan dalam berpolitik dan harus dijadikan contoh kepada semua," tambahnya.Sehubungan itu, Nabil menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik supaya bersatu dan mendesak Ahmad Fadhli agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia, kerajaan Kemboja dan Thailand."Rakyat tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan maruah negara di persada antarabangsa demi kepentingan politik sempit," katanya.Sebelum ini, tular kenyataan Ahmad Fadhli yang didakwa mengaitkan pemimpin tiga negara sebagai haiwan, susulan pertemuan tiga hala yang dimediasi oleh Malaysia bagi menangani ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja.





Graduan TVET ditawar pembiayaan penuh sambung pengajian keusahawanan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 30/07 3:06 pm

SHAH ALAM Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang keusahawanan dengan pembiayaan penuh menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu disediakan khas bagi melahirkan lebih ramai usahawan sekali gus membuka peluang kepada graduan TVET yang tidak memilih untuk memasuki pasaran kerja.Menurut beliau, pembiayaan penuh itu ditawarkan kepada graduan yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang keusahawanan di Management and Science University (MSU)."Saya yakin tidak semua graduan TVET akan bekerja makan gaji kerana ada dalam kalangan mereka yang mahu jadi usahawan," katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program TVET di Dewan Canselor MSU di sini pada Rabu.Sehubungan itu Ahmad Zahid turut mencabar MSU menawarkan sehingga 200 kursus TVET menjelang tahun 2030 berbanding 100 kursus yang ditawarkan ketika ini."Kita akan usahakan pembiayaan terbaik agar lebih ramai pelajar dapat menyambung pengajian dalam bidang ini," tambah beliau.Jelas beliau, satu modul khas akan dibangunkan dengan kerjasama MSU dan Majlis TVET Negara bagi membolehkan graduan diploma dan ijazah memindahkan kredit sedia ada selain hanya mengambil beberapa subjek tambahan untuk layak menerima eksekutif diploma dalam bidang berkaitan.Dalam pada itu, katanya, beliau mahu memastikan semua institusi TVET termasuk MSU mencapai kadar kebolehpasaran graduan 100 peratus menjelang tahun 2028."Purata kebolehpasaran nasional ketika ini ialah 95.1 peratus dan MSU sudah melebihi purata itu, namun saya mahu mereka capai 100 peratus dan satu anugerah khas akan diberikan jika sasaran ini tercapai," ujarnya.Tambah beliau, langkah itu selaras dengan pendekatan baharu konsep 'teaching factory' yang diperkenalkan iaitu hanya 30 peratus masa pembelajaran berlaku di dalam kuliah, manakala 70 peratus lagi di lapangan industri.Katanya, pendekatan tersebut turut membuka ruang kepada syarikat-syarikat domestik dan pelabur asing untuk menilai dan menawarkan pekerjaan lebih awal kepada pelajar TVET."Kita telah berjaya buktikan di UNIKL (Universiti Kuala Lumpur) dalam bidang aeroangkasa yang mana sebelum pelajar tamat pengajian, mereka sudah ditawarkan kerja oleh syarikat MRO (penyelenggaraan, baik pulih dan pemeriksaan) seperti Airbus dan Boeing," katanya.Beliau mendedahkan, sebanyak 100 tempat telah ditawarkan oleh sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang menubuhkan pusat MRO di Subang dan tempat itu dikhususkan kepada pelajar TVET."Kita juga sedang mengusahakan lebih banyak kerjasama dengan syarikat penerbangan negara dan kos rendah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab MRO serantau," jelas beliau





Warden asrama dipenjara enam tahun, liwat dan cabul tujuh pelajar lelaki - Sinarharian - 30/07 2:50 pm

SEREMBAN - Warden asrama pusat pengajian al-Quran dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 12 pertuduhan amang seksual fizikal dan liwat terhadap tujuh pelajar lelaki.Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Khairi Fitri Baharom, 38, yang juga guru di pusat pengajian terbabit selepas dia membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan dibacakan.Beliau turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Mei lalu.Mengikut enam pertuduhan, tertuduh telah melakukan persetubuhan luar tabii terhadap lima kanak-kanak yang ketika kejadian berusia sembilan hingga 12 tahun.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat.Mengikut enam lagi pertuduhan, tertuduh telah didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas enam kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun.Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.Jika disabitkan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.Kesemua perbuatan itu dilakukan di pusat pengajian berkenaan di Batu Kikir, Jempol, dan di sebuah rumah di Kampung Rembang Panas, Kuala Pilah dari Mac 2024 hingga Januari lalu.Peguam, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie dalam rayuannya memaklumkan, anak guamnya masih bujang serta menanggung ibu yang uzur dan memohon hukuman berbentuk penjara yang minimum.Timbalan Pendakwa Raya,Norazihah Asmuni dan Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan jenayah yang dilakukan tertuduh adalah serius.Menurutnya, tertuduh yang diberi amanah sebagai guru dan warden sepatutnya melindungi pelajarnya, namun mengambil kesempatan dengan melakukan jenayah yang jijik.



Malaysia already classifies etomidate as Group B poison amid rising misuse concerns in Singapore, says health minister - Malaymail - 30/07 2:06 pm

PUTRAJAYA, July 30 Health Minister Datuk Seri Dzulkefly Ahmad today clarified that etomidate is already classifi...





Advokasi pamer harga ubat diteruskan - FMT - 30/07 1:52 pm

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata ia tetap dilakukan walaupun terdapat permohonan semakan kehakiman mencabar peraturan itu.



Public education on medicine price transparency will persist despite judicial review by doctors, says health minister - Malaymail - 30/07 1:38 pm

PUTRAJAYA, July 30 Health Minister Datuk Seri Dzulkefly Ahmad today said education efforts on medicine price tra...





Amanah gesa Pas pecat Fadhli Shaari - Sinarharian - 30/07 12:16 am

IPOH - Pas digesa tampil memohon maaf secara terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari, susulan penyebaran satu karikatur yang didakwa menghina pemimpin tertinggi negara serta dua negara jiran, Thailand dan Kemboja.Pengarah Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, sehingga hari ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu masih membisu tanpa sebarang rasa kesal atau permohonan maaf berhubung tindakan tersebut.Menurut beliau, lebih menghairankan, Pas sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi walaupun kenyataan pemimpin itu mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk rakyat dari pelbagai latar belakang."Tindakan beliau menyamakan konflik serius antara dua negara jiran dengan perebutan pisang oleh kambing dan biri-biri adalah terang satu bentuk provokasi dan penghinaan terbuka yang tidak beradab."Bukan sahaja tidak sensitif, malah memalukan imej Malaysia selaku Pengerusi ASEAN serta negara pendamai."Diamnya Pas memberi gambaran bahawa parti itu merestui dan menyokong kelakuan tidak bertanggungjawab beliau," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook pada Rabu.Tambah Mohd Fitri, sebagai parti yang turut memikul imej Islam, Pas seharusnya mengambil pendirian jelas terhadap tindakan pemimpinnya yang mencetuskan kontroversi dan mencemarkan hubungan diplomatik dengan negara serantau."Jika Pas benar-benar tidak bersetuju, mereka perlu segera membuat permohonan maaf terbuka kepada kerajaan Thailand dan Kemboja bagi pihak rakyat Malaysia dan mengambil tindakan dengan menurunkan serta memecat Ahmad Fadhli daripada jawatan Ketua Penerangan."Jika tidak, maka Pas sebenarnya sedang melindungi seorang pemimpin politik yang tidak berakhlak dan tiada moral, melebihi hubungan baik yang sepatutnya dibina antara Pas dengan negara-negara jiran," katanya.Pada Selasa, Ahmad Fadhli dilaporkan tidak berhasrat memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik satu karikatur yang didakwa menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pemimpin Pas itu turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan susulan laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak.





Be careful when commenting on Turun Anwar rally, says ex-minister - FMT - 30/07 11:45 am

Nik Nazmi Nik Ahmad says comments could come off the wrong way.





Bekas pengurus kemasukan pelajar universiti didenda RM35,000 palsukan dokumen - Sinarharian - 30/07 11:38 am

IPOH - Bekas Pengurus Bahagian Kemasukan Pelajar, Pemasaran dan Rekod di Universiti Teknologi Petronas (UTP) didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen bagi tujuan program pengambilan pelajar, enam tahun lalu.Mohd Khalid Kaab, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, Mohd Khalid didakwa secara tidak jujur telah menggunakan dokumen perjanjian sebagai tulen iaitu Student Recruitment Agreement antara Institute Of Technology Petronas Sdn Bhd dan Profedge Sdn Bhd bertarikh 1 Ogos 2019.Dokumen tersebut dikemukakan sebagai syarikat ejen untuk memberikan perkhidmatan mempromosikan program UTP dan merekrut pelajar dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan lokasi lain bagi program kemasukan pelajar ke UTP.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pendaftar UTP Seri Iskandar dalam Daerah Perak Tengah pada Jun 2019.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharul Azuan Ghazali sementara tertuduh diwakili Peguam Mohamad Izwan Abd Rahman.Mengikut fakta kes, siasatan SPRM mendapati tertuduh telah menggunakan dokumen perjanjian palsu tersebut bagi tujuan mendapatkan bayaran RM323,650.Dokumen itu digunakan bagi menyokong enam invois pembayaran dari tahun 2019 hingga 2020 kepada syarikat berkenaan untuk perkhidmatan promosi dan pengambilan pelajar UTP, sedangkan perkhidmatan itu tidak pernah dilaksanakan dan pelajar yang disenaraikan tidak mendaftar melalui syarikat agen terbabit.Hasil semakan dalaman UTP juga mendapati dokumen tersebut tidak pernah dirujuk kepada bahagian undang-undang, tidak mempunyai cop rasmi institusi dan tidak dimatikan setem.





Seven names emerge as potential PM candidates before GE16, says Annuar Musa - Sinardaily - 30/07 11:31 am

SHAH ALAM Former Economy Minister Rafizi Ramli has been listed among seven Malaysian political leaders who could potentially take on the role of the 11th Prime Minister if there is a change in leadership before the 16th General Election (GE16).The other six are Deputy Prime Ministers Datuk Seri Fadillah Yusof and Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pas Deputy President and Kubang Kerian MP Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Perikatan Nasional (PN) Chairman and Pagoh MP Tan Sri Muhyiddin Yassin and Bersatu Deputy President and Larut MP Datuk Seri Hamzah Zainudin.Pas Central Committee member Tan Sri Annuar Musa said that if these seven figures were to reach a consensus, they have the potential to form a strong coalition capable of dominating the Dewan Rakyat.The question keeps arising, who will replace Datuk Seri Anwar Ibrahim as Prime Minister?The answer is simple





Bekas pengurus universiti swasta didenda RM35,000, mengaku guna dokumen palsu perjanjian ambilan pelajar - Astroawani - 30/07 11:25 am

Mohd Khalid Ka'ab membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.





Kampungku 17 tawan hati juri dengan Legenda Mahsuri - Sinarharian - 30/07 11:15 am

SHAH ALAM Kumpulan Kampungku 17 yang terdiri daripada lima sekeluarga muncul juara pertandingan memasak berpasukan Riuh Rewang 2025 sempena Karnival Siang Malam Karangkraf di Dataran Karangkraf, di sini.Program anjuran Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) bersama Karangkraf itu mengetengahkan elemen masakan tradisional secara santai dan disertai 10 pasukan yang bertanding secara kreatif menggunakan produk Mahsuri dalam setiap sajian.Kemenangan itu membolehkan Kampungku 17 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta barangan Mahsuri.Ketua kumpulan, Norharizah Abdul Rahman, 62, berkata, kemenangan itu amat bermakna kerana ia disertai oleh adik, anak-anak serta menantunya yang turut memberi sumbangan besar kepada resipi rahsia masakan mereka."Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan gembira kerana dipilih sebagai juara





'Anak bukan tempat amarah, mereka amanah' - Sinarharian - 30/07 9:20 am

PERKEMBANGAN dua insiden yang tular baru-baru ini menambah lagi deretan episod menyayat hati melibatkan kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak.Kes pertama melibatkan penemuan mayat dipercayai milik seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Johor Bahru minggu lalu, sebelum ditemui tertanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan pada Isnin.Kes kedua pula memperlihatkan tindakan tidak berhati perut apabila seorang kanak-kanak perempuan dipukul di kepala menggunakan tukul besi di hadapan lif oleh seorang lelaki di Flat Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.Kedua-dua kejadian terbaharu itu bukan sahaja menggemparkan masyarakat, malah menyentap nurani seluruh rakyat Malaysia yang masih menjunjung nilai kemanusiaan.Kes-kes kekejaman terhadap kanak-kanak terus berlaku, meskipun media baru sahaja melaporkan penderitaan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun 11 bulan yang didera oleh bapa tiri dan ibu kandung menggunakan kulit durian, dua minggu lalu.Apa sudah jadi dengan segelintir manusia hingga hilang simpati dan sanggup bertindak kejam terhadap golongan paling tidak berdaya, khususnya anak kecil yang belum mengerti pun erti dunia?Lebih menyedihkan, dalam kes kanak-kanak lelaki yang mayatnya ditemui dalam belukar, suspek utama adalah bapa kandung sendiri





Reruai MAIS tarik perhatian pengunjung karnival - Sinarharian - 30/07 9:00 am

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus memperhebat promosi dan publisiti perkhidmatannya agar lebih ramai masyarakat mengetahui serta memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS, Noormala Mohd Saad berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi penyertaan dalam program berskala besar yang mendekatkan MAIS dengan masyarakat.Menurutnya, MAIS menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan harta termasuk hibah dan wasiat, harta pusaka, wang tidak patuh syariah, harta luqatah, fidyah dan sebagainya





Malaysia-brokered Thailand-Cambodia ceasefire step ??toward peace but more .. - Sinchew - 30/07 7:36 am

Malaysia-brokered Thailand-Cambodia ceasefire step toward peace but more work to ensure it lasts: experts PETALING JAYA: The Thailand-Cambodia ceasefire is a step forward for peace but more must be done to ensure it lasts, geopolitical experts say





Saman Dr. Zulkefly terhadap Najib didengar anak bekas Peguam Negara - Mgazette - 30/07 7:36 am

# Saman Dr





Jerutan di leher punca kematian kanak-kanak enam tahun – Polis - Mgazette - 30/07 7:36 am

# Jerutan di leher punca kematian kanak-kanak enam tahun - Polis REMBAU - Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang mayatnya ditemukan ditanam di kawasan Rompin, Jempol, disebabkan tekanan pada bahagian leher mangsa akibat jerutan pengikat kabel





AMK P.Pinang desak Fadhli Shaari mohon maaf secara terbuka - Mgazette - 30/07 7:36 am

# AMK P.Pinang desak Fadhli Shaari mohon maaf secara terbuka BUKIT MERTAJAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataan sindiran terhadap usaha Malaysia sebagai pengantara dalam konflik Thailand-Kemboja





Thai-Kemboja: Usaha Malaysia perlu didukung tanpa kira ideologi politik .. - Mgazette - 30/07 7:36 am

Sikap tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mencemar imej negara di mata dunia, malah mendedahkan betapa rendahnya komitmen mereka terhadap prinsip kemanusiaan dan perdamaian sejagat, katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Terdahulu, pelbagai pihak hari ini mendesak Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari memohon maaf selepas memuat naik hantaran dan gambar satira menampilkan figura hakim berupa monyet di hadapan biri-biri dan kambing yang berebutkan pisang dipercayai merujuk usaha Malaysia merintis jalan damai dalam perang antara Thailand dan Kemboja





BN-PH kunci kerjasama hadapi PRN Sabah - Mgazette - 30/07 7:36 am

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (Bn) dan Pakatan Harapan (PH) telah 'mengunci' keputusan untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi





Mampukah kerajaan haramkan vape? - Sinarharian - 30/07 7:00 am

ISU penggunaan vape kembali hangat dibincangkan apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Isnin memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbang untuk mengharamkan rokok elektronik atau vape secara menyeluruh.Ia selaras dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesan kesihatan, peningkatan penggunaan sehingga ketagihan dalam kalangan pengguna terhadap rokok elektronik itu.Apa yang membimbangkan, peningkatan penggunaan vape bukan sahaja berlaku dalam kalangan perokok dewasa yang kononnya ingin berhijrah dari rokok, tetapi juga semakin menular kepada remaja sekolah memandangkan harganya lebih murah untuk dimiliki.Akses mudah, perisa menarik dan pemasaran agresif turut menjadikan vape kelihatan trendy, walaupun hakikatnya ia adalah racun dalam bentuk wap.Setakat ini, beberapa negeri seperti Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang sudah pun mengambil pendekatan tegas dengan mengharamkan penjualan dan penggunaan vape.Tindakan terbabit jelas menunjukkan keseriusan pihak negeri dalam menangani ancaman vape terhadap kesihatan awam terutamanya dalam kalangan generasi muda.Pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak agar kerajaan tidak tunduk kepada tekanan peniaga vape yang hanya memikirkan keuntungan, sedangkan generasi muda sedang menghadapi risiko besar terhadap kesihatan dan masa depan mereka.Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, kerajaan sebelum ini cuba mengawal selia penjualan vape, tetapi ia terbukti tidak berkesan dan masalah menjadi lebih parah apabila pihak berkuasa memberi ruang kepada industri.Bukan sekadar larangan, langkah seperti menaikkan cukai dan menetapkan harga minimum seperti dicadangkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan juga wajar dilaksana dengan segera.Jika berani mengambil tindakan tegas untuk isu-isu lain, maka dalam hal terbabit juga perlu 'all out' dan tidak boleh teragak-agak untuk vape yang jauh lebih berisiko kepada golongan muda.Terlalu banyak kompromi terhadap industri itu hanya akan menjadikan usaha kesihatan awam sia-sia kerana vape bukan penyelesaian kepada masalah merokok, tetapi permulaan kepada krisis kesihatan yang baharu jika tidak dibendung segera.Sebagai negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, ketegasan adalah satu-satunya jalan ke hadapan dalam menangani isu vape.Justeru, usaha KKM sedang mempertimbang untuk mengharamkan vape secara menyeluruh bukan hanya perlu disokong, malah perlu dilaksanakan dengan segera demi melindungi kesihatan awam.





Rafizi antara tujuh tokoh potensi ganti Anwar - Annuar Musa - Sinarharian - 29/07 11:28 pm

SHAH ALAM - Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli disenarai antara tujuh pemimpin politik tanah air yang berpotensi untuk mengisi jawatan Perdana Menteri ke-11 sekiranya berlaku pertukaran kepimpinan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Enam lagi yang lain ialah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya tujuh tokoh tersebut mencapai kesepakatan, mereka berpotensi membentuk gabungan kuat yang mampu menguasai Dewan Rakyat."Persoalan terus timbul siapakah yang akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?"Jawapannya mudah





Pengambilalihan FGV sebagai langkah konsolidasi - Pengerusi Felda - Sinarharian - 29/07 11:10 pm

KUALA LUMPUR - Pengambilalihan FGV Holdings Bhd (FGV) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merupakan satu langkah konsolidasi bagi memperkukuh operasinya pada masa akan datang.Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek berkata, struktur Felda akan diseragamkan kembali bersama FGV supaya tidak ada pertindihan operasi pada masa akan datang."Sebagai contoh, dalam operasi Felda dan FGV, ada jabatan hospitaliti dan koperasi mereka sendiri, dan ada ketua pegawai eksekutif (CEO) mereka





'Ibunya masih trauma, tak sangka anak dibunuh bapa sendiri' - Sinarharian - 29/07 10:55 pm

REMBAU "Lebih menyayat hati, suspek bukan orang luar tapi bapa kandungnya sendiri."Itu luahan penuh hiba datuk saudara kepada M Tishant, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan mati tertanam di kawasan belukar di Rompin, di sini, pada Isnin lalu.Menurutnya, keluarga terutama ibu mangsa masih trauma dan hilang selera makan sejak Tishant dilaporkan hilang





Jerutan di leher punca kematian kanak-kanak enam tahun - Polis - SUN - 29/07 10:37 pm

REMBAU : Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang mayatnya ditemukan ditanam di kawasan Rompin, Jempol, disebabkan tekanan pada bahagian leher mangsa akibat jerutan pengikat kabel





Faizal Azumu persoal penahanan Furqan di bawah Akta Hasutan - Sinarharian - 29/07 10:05 pm

SHAH ALAM Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempersoal penahanan Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak, Furqan Hakimi susulan penglibatannya dalam Himpunan Turun Anwar baru-baru ini.Menurutnya, pemimpin muda terbabit ditahan polis di Ipoh, Perak pada petang Selasa sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak turut meluahkan rasa hairan terhadap penggunaan Akta Hasutan dalam kes berkenaan, sekali gus menyifatkan tindakan tersebut sebagai bercanggah dengan pendirian pernah dikeluarkan pemimpin parti politik tertentu."Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak telah ditahan polis di Ipoh petang tadi dan telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur





Saman fitnah: Permohonan Dr Dzulkefly untuk gugurkan pesuruhjaya kehakiman ditolak - Astroawani - 29/07 10:00 pm

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menggugurkan Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi daripada mendengar saman fitnah.





JDT perkasa fasiliti stadium, fokus tingkat pengalaman penonton, hasil kelab - Sinarharian - 29/07 9:47 pm

GERGASI Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Tazim (JDT) terus memperkukuh kedudukan sebagai kelab bola sepak profesional terkemuka negara apabila memperkenalkan pelbagai kemudahan fasiliti baharu di Stadium Sultan Ibrahim, bagi menjelang saingan musim 2025/26.Kemudahan terbaharu yang melibatkan pembinaan 12 bilik korporat eksklusif dan dua ruang hospitaliti premium Red & Blue Lounge dijangka mula beroperasi sepenuhnya bermula 8 Ogos ini, seiring sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M).Langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif juara Liga Super 11 kali berturut-turut, untuk menaik taraf kemudahan sedia ada di Home of the Southern Tigers, selain strategi jangka panjang kelab bagi meningkatkan hasil pendapatan melalui segmen komersial dan korporat.Setiap bilik korporat mampu memuatkan sehingga 20 tetamu pada satu-satu masa, manakala ruang lounge pula bakal menawarkan pengalaman hospitaliti premium kepada penyokong Harimau Selatan, termasuk sajian makanan dan minuman semasa perlawanan berlangsung.Menurut kenyataan kelab, maklumat lanjut termasuk kadar harga bagi penggunaan jangka pendek dan jangka panjang akan diumumkan dalam masa terdekat.Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT, sebelum itu meninjau sendiri kerja-kerja naik taraf berkenaan dalam satu lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dan pengurusan kelab.Selain kemudahan korporat baharu, proses naik taraf turut merangkumi pembinaan padang baharu serta kerja-kerja penyelenggaraan kawasan sekitar stadium yang terletak di Iskandar Puteri itu.JDT kendalian Xisco Munoz, akan mengemudi Harimau Selatan mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Kejuaraan Kelab ASEAN, selain Liga-M 2025/26, dijangka membuka kempen Liga Super berdepan Selangor FC dalam aksi Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Iskandar Puteri pada 8 Ogos.





Altimet kecam tindakan biadab Ahmad Fadhli - Sinarharian - 29/07 9:36 pm

AMPANG Keadilan Ampang mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa melakukan penghinaan terhadap Perdana Menteri menerusi satu hantaran di media sosial.Ketua Cabangnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet berkata, tindakan tersebut adalah biadab dan berunsur penghinaan serta tidak wajar disiarkan secara terbuka, apatah lagi mendapat perhatian meluas dalam kalangan pengguna media sosial.Dalam satu hantaran di laman Facebook yang kemudiannya dipadam, Ahmad Fadhli dilihat menggunakan analogi sinis dengan melukis karikatur menyamakan dua negara sebagai kambing dan biri-biri."Lebih memalukan, beliau turut menyamakan Perdana Menteri Malaysia yang memainkan peranan sebagai pendamai dengan seekor monyet





Armada Perak kecam penahanan Furqan - Sinarharian - 29/07 8:46 pm

IPOH Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengecam tindakan pihak berkuasa yang menahan Setiausaha Kerja sayap itu, Furqan Hakimi pada Selasa susulan penglibatannya dalam Himpunan Turun Anwar yang diadakan 26 Julai lalu.Penahanan Furqan kira-kira jam 5 petang itu dipercayai dibuat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Ketua Armada Bersatu Perak, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin menyifatkan tindakan tersebut sebagai penyalahgunaan undang-undang drakonian yang menindas suara rakyat, khususnya golongan muda yang berani menyuarakan pandangan."Tindakan ini jelas satu bentuk intimidasi terhadap rakyat yang bersuara, meskipun hak mereka dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan."Ia bukan sahaja kezaliman terhadap Saudara Furqan, tetapi juga cubaan untuk membungkam gelombang kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman dan kepincangan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.Syed Lukman Hakim berkata, Armada Bersatu Perak berdiri teguh bersama Furqan serta semua individu yang didakwa menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa.Beliau turut menegaskan bahawa penahanan itu tidak akan melemahkan semangat perjuangan mereka dalam menegakkan keadilan dan menolak penindasan.Katanya, Armada Bersatu Perak akan terus memperjuangkan kebebasan bersuara dan menolak sekeras-kerasnya penggunaan undang-undang lapuk yang bertentangan dengan semangat demokrasi.Menurutnya, satu himpunan solidariti dijadual diadakan pada malam ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi oleh pemuda PN sebagai tanda sokongan terhadap penahanan Furqan.Terdahulu, Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan Furqan telah ditahan polis di Ipoh petang tadi dan telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.Pada 26 Julai lalu Himpunan Turun Anwar dianjurkan di ibu negara sebagai bentuk bantahan terhadap pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan penyertaan daripada beberapa parti pembangkang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).





Padam hantaran tidak mencukupi, Ahmad Fadhli perlu mohon maaf - Syahredzan - Sinarharian - 29/07 7:40 pm

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang memadam hantaran bersifat biadab di Facebook dengan menyamakan pemimpin nombor satu negara termasuk Thailand dan Kemboja dengan haiwan tidak mencukupi.Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, pemimpin Pas itu sepatutnya memohon maaf kepada rakyat kedua-dua negara berkenaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas hantaran yang keterlaluan itu.Beliau berkata, Ketua Penerangan Pas itu tidak perlu meremehkan usaha dilakukan sekiranya diri sendiri tidak boleh memberi sumbangan untuk meredakan ketegangan berlaku dalam konflik negara jiran itu."Jika tidak boleh menyumbang dengan positif, sekurang-kurangnya jangan jadi suara yang sumbang dan negatif!"Tindakan beliau baru-baru ini saya anggap keterlaluan kerana menyindir usaha Malaysia dan PMX untuk mencari penyelesaian damai antara Thailand dan Kemboja," katanya dalam satu hantaran di X pada Selasa.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu memuat naik gambaran tiga watak binatang iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang sementara monyet sebagai hakim di media sosialnya.Dalam hantaran tersebut, beliau menyatakan bahawa kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang, serta turut meletakkan artikel berhubung pergolakan Thailand-Kemboja di sebelah gambar berkenaan.Disebabkan itu, Syahredzan juga kesal dengan tindakan Ahmad Fadhli yang menggambarkan usaha tersebut sebagai monyet yang menjadi orang tengah kepada perebutan kambing dan biri-biri.Beliau mengingatkan bahawa konflik di sempadan Thailand dan Kemboja sudah meragut nyawa dan menyingkirkan begitu ramai orang daripada tempat tinggal mereka.Menurutnya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan ahli komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab dan dihormati sudah tentu wajar memainkan peranan penting dan ke hadapan."Alhamdulillah, dengan PMX sebagai orang tengah, kedua-dua negara itu sudah mencapai persetujuan gencatan senjata





Post-mortem confirms six-year-old Johor boy buried in Jempol strangled .. - Malaymail - 29/07 7:37 pm

REMBAU, July 29 Negeri Sembilan police chief Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof confirmed that a six-year-old boy w...





NGO, Ketua Cabang PKR Kedah buat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli - Sinarharian - 29/07 7:31 pm

ALOR SETAR Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama tujuh Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung hantaran bergambar yang disifatkan menghina usaha diplomatik Perdana Menteri.Hantaran berkenaan memaparkan karikatur seekor monyet bertindak sebagai hakim sedang mengadili kambing dan biri-biri yang berebut pisang, dipercayai menyindir inisiatif Malaysia dalam merintis perdamaian antara Thailand dan Kemboja.Pengerusi Persatuan Anak Madani Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menjatuhkan imej kepimpinan negara bahkan dibimbangi boleh mencemar hubungan baik antara Malaysia dengan negara luar."Kami menggesa pihak polis ambil tindakan serius ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas itu





Suspek hadapi krisis rumah tangga, dalam proses penceraian - Polis - Sinarharian - 29/07 7:24 pm

REMBAU - Polis sedang giat menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kematian tragis seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, M Tishant, yang ditemukan tertanam di kawasan belukar di Rompin di sini pada Isnin.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, setakat ini motif kejadian masih belum dikenal pasti, namun siasatan awal mendapati suspek yang juga bapa kandung mangsa sedang berdepan dengan masalah rumah tangga."Berdasarkan soal siasat awal, suspek dipercayai dalam proses penceraian dengan isterinya





Ahmad Fadhli tidak berhasrat minta maaf, serah kepada polis - Sinarharian - 29/07 6:41 pm

SHAH ALAM Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan tidak berhasrat memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik satu karikatur yang didakwa menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan susulan laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak."Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan





Jerutan di leher punca kematian kanak-kanak enam tahun - Polis - Astroawani - 29/07 6:40 pm

Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata punca itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan kira-kira empat jam dari 12 tengah hari tadi di Hospital Rembau.





Isu sempadan Malaysia dan Indonesia diselesaikan secara rundingan, undang-undang -PM - Sinarharian - 29/07 6:02 pm

JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak pernah mengambil sikap agresif berkaitan isu sempadan dengan Indonesia, termasuk di Laut Sulawesi, sebaliknya mengambil pendekatan mengikut undang-undang dan rundingan.Anwar yang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga turut bersamanya dalam delegasi lawatan berkenaan, bagi memudahkan proses rundingan berkenaan bersama Indonesia."Ia mengikut undang-undang, kita tidak mengambil sikap agresif, jangan menceroboh kawasan masing-masing," katanya semasa pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) dan pemimpin redaksi (pemred@ketua-ketua pengarang) Indonesia, di sini pada Selasa.Turut hadir Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail; Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan; Timbalan Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta wakil Ketua Forum Pemred, Taufiq Rahman.Anwar yang tiba di Jakarta pada Isnin turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Isu Laut Sulawesi merupakan isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia yang terletak di antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah yang timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.Ketegangan isu berkenaan berlaku pada 2005 sehingga ISWAMI ditubuhkan, yang dianggotai ketua-ketua pengarang media kedua-dua negara, bagi membentuk satu naratif perkongsian maklumat, dalam meredakan isu-isu semasa berkepentingan kedua-dua negara.Kementerian Luar dalam jawapan bertulis di portal Parlimen pada 22 Julai lepas berkata Malaysia berpendirian bahawa Blok ND6 dan ND7 di Laut Sulawesi yang dituntut Indonesia, merupakan sebahagian daripada kawasan kedaulatan Malaysia.Kementerian Luar memaklumkan pendirian itu berdasarkan undang-undang antarabangsa yang terhasil selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2002





JC Arziah kekal dengar kes saman Dr Dzulkefly, Najib isu kroni - Sinarharian - 29/07 5:54 pm

KUALA LUMPUR Pesuruhjaya Kehakiman (JC), Arziah Mohamed Apandi akan kekal mendengar kes saman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung komen isu kronisme di akaun Facebooknya di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.Ia selepas mahkamah menolak permohonan Dr Dzulkefly selaku plaintif, supaya beliau menarik diri daripada mengadili kes tersebut.Berdasarkan keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman ini berkata, plaintif gagal membuktikan wujudnya bahaya dan berat sebelah yang mungkin timbul.Beliau berkata, tidak dinafikan beliau merupakan anak kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik oleh Najib, 72, sebagai Peguam Negara (ketika itu)."Bagaimanapun, hubungan itu adalah antara bapa dengan Najib, bukannya saya dan mana-mana pihak di sini."Tiada bukti wujudnya hubungan yang berterusan antara bapa dan Najib, kecuali pada 2019 ketika menjadi saksi dalam kes di mahkamah," katanya.Lebih-lebih lagi katanya, Mohamed Apandi tidak lagi memegang jawatan itu sejak tahun 2018.Justeru katanya, sebarang kaitan dengan litigasi ini ialah lemah dan bersifat sejarah.Sebelum ini, Dr Dzulkefly memohon kesnya didengar hakim lain, dengan alasan hubungan kekeluargaan di mana Arziah merupakan anak Mohamed Apandi yang dilantik bekas Ahli Parlimen Pekan itu, pada tahun 2016.Disebabkan fakta itu katanya, ia menimbulkan persepsi berat sebelah atau kebimbangan munasabah.Pada 24 Ogos 2020, Dr Dzulkefly memfailkan saman atas kapasiti peribadi mendakwa, Najib telah memuat naik satu hantaran fitnah di Facebooknya.Ia mengenai isu kronisme dengan menyertakan satu lampiran paparan artikel Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2019 tertera gambar plaintif (ketika itu bekas Menteri).Dakwanya, kenyataan itu membawa maksud beliau mengamalkan kronisme dengan penawaran jawatan atau lantikan kepada saudara-mara, tanpa melalui apa-apa penilaian objektif dan keupayaan terhadap sesuatu jawatan dalam syarikat kerajaan atau swasta.Plaintif mendakwa, Najib menerbitkan hantaran fitnah dengan niat untuk menyerang peribadinya, menjatuhkan maruah serta mengaibkan sekali gus bermotifkan politik untuk memfitnah serta menjejaskan reputasi.Oleh itu, plaintif memohon perintah injunksi untuk menghalang Najib selaku defendan atau ejennya meneruskan penerbitan atau menyebarkan hantaran itu dalam sebarang cara.Plaintif turut memohon perintah supaya defendan membuat permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di akaun Facebooknya dan dihebahkan di akhbar tempatan pilihannya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah, selain memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Bagaimanapun, Najib dalam pernyataan pembelaannya mendakwa hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya tiada kaitan dengan Menteri Kesihatan itu.Najib mendakwa terbitan itu merujuk kepada gabungan parti Pakatan Harapan (PH), maka tiada sebarang fitnah dibuat terhadap plaintif.





Bebas? Nasib Eda Ezrin masih tergantung - Sinarharian - 29/07 5:43 pm

NARATHIWAT, THAILAND Nasib penyanyi 'Bea Sobar Bea', Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan masih belum menemui titik noktah apabila penahanan mereka di Thailand boleh disambung tanpa had masa, meskipun telah dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu.Memetik laporan ApakhabarTV.com, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh berkata, proses lanjutan penahanan tersebut bergantung sepenuhnya kepada keputusan mahkamah."Jika pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Pertama, mereka boleh memohon untuk memfailkan rayuan





Samun peniaga makanan, lelaki dipenjara tujuh tahun, dua sebatan - SUN - 29/07 5:40 pm

JERTIH : Mahkamah Sesyen Besut menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki berusia 32 tahun kerana menyamun seorang peniaga makanan yang melakukan penghantaran ke rumah (COD) minggu lepas





[VIDEO] Amanah Perak, NGO gesa polis siasat Ahmad Fadhli - Sinarharian - 29/07 5:35 pm

IPOH Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak siasatan dijalankan terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari susulan satu hantaran di Facebook yang didakwa berbaur penghinaan dan provokatif.Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, hantaran dimuat naik oleh Ahmad Fadhli pada 26 Julai lalu memaparkan satu karikatur haiwan yang menggambarkan pemimpin negara dan disifatkan sebagai keterlaluan.Menurutnya, tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat itu menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak matang, malah bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang menuntut umatnya menjadi pendamai dalam sebarang pertelingkahan."Karikatur itu jelas bersifat penghinaan dan provokatif terhadap usaha Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi ASEAN dalam mendamaikan konflik antara Thailand dan Kemboja."Kita tahu, usaha perdamaian yang digerakkan oleh Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk daripada Amerika Syarikat dan China, dua kuasa besar dunia





Mayat budak dalam belukar: Bedah siasat sahkan mangsa mati dijerut pengikat kabel - Sinarharian - 29/07 5:24 pm

REMBAU - Hasil bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tertanam di kawasan belukar di Rompin, di sini mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tekanan di leher akibat jerutan menggunakan pengikat kabel.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, proses bedah siasat telah dimulakan pada jam 12 tengah hari di Unit Forensik Hospital Rembau, sebelum mayat dibawa keluar sekitar jam 4.26 petang."Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan tekanan di leher




Reformasi     >>



Muhyiddin gesa polis jangan terikut-ikut guna akta .. - Mkini
Dia bidas kerajaan, terutama Anwar, terkait penggunaan Akta Hasutan ke atas sejumlah peserta himpunan Turun Anwar
Kroni     >>



Revamped MM2H programme generates RM839.9mil in .. - Star
KUALA LUMPUR: The revamped Malaysia My Second Home (MM2H) programme has generated a total of RM839.9mil in revenue since the introduction of new criteria last year, says Datuk Seri Tiong King Sing (pic). Read full story
Tabloid     >>



Anwar Di Hadapan, Kuasa Besar Di Belakang Thailand, .. - Rotikaya
Gencatan senjata tanpa syarat yang dicapai serta merta oleh Thailand dan Kemboja dalam konflik sempadan mereka adalah hasil strategi diplomasi Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN yang melibatkan China... Baca selanjutnya → The post Anwar Di Hadapan, Kuasa Besar Di Belakang ..
Tech     >>



Ouch -- China Apple Support recommends a Samsung .. - Appleinsider
An Apple Support post on China's Weibo social media platform started out as promoting an iPhone feature, but then became an ad for Samsung AI thanks to a Weibo error. Apple Support says you might like the Samsung Galaxy Z Flip7 image credit: Samsung Maybe it's a little geeky to know all the model ..
World     >>



US allies break with Trump to force diplomatic shift .. - BBC
As Canada joins France and the UK with plans to recognise a Palestinian state, the US stands firmly with Israel - but does Trump have a long-term plan for Gaza's future?
Motor Trend     >>



Strategi Hibrid Berkesan, Lamborghini Catat Rekod .. - Careta
Manakala keuntungan operasi pula mencecah 431 juta, sedikit menurun, terutamanya disebabkan oleh kesan pertukaran mata wang asing yang tidak menguntungkan pada suku terakhir. Namun begitu, dari segi jualan, Lamborghini mencatat rekod baharu dengan 5,681 unit kenderaan dihantar ke seluruh dunia