///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Tokoh News   Page 1    



'Saya jadi sponge serap segala kecaman terhadap suami' - Isteri Ayob Khan - Sinarharian - 25/08 6:23 pm

Banyak kecaman, kata-kata negatif dan fitnah terhadap suami (Ayob Khan) yang terpaksa saya dengar dan terima."Sekali pun saya mendengar semua itu, saya tidak memberitahunya. Apa yang penting ialah saya mahu dia terus fokus terhadap tugas dan tanggungjawabnya," katanya ketika ditemui pada majlis makan tengah hari bersama Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) di sini pada Selasa.Tambahnya, Ayob Khan juga bukan seorang yang gemar membawa pulang segala tekanan dan masalah yang dihadapinya ketika menjalankan tugas.Sebagai isteri, Zalena bagaimanapun memahami cabaran yang perlu dilalui suaminya, termasuk ketika berdepan ancaman keselamatan sepanjang menjalankan tugas."Saya sentiasa risau tentang keselamatannya, malah keselamatan keluarga juga."Memang ada ancaman, tetapi suami (Ayob Khan) sentiasa ambil langkah berjaga-jaga," katanya.Pada Selasa, ia hari yang cukup bermakna buat pasangan berkenaan apabila Ayob Khan menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026 bagi kategori Tokoh Wira Negara.Meskipun sedang menjalani rawatan kanser paru-paru tahap tiga, Zalena tetap menghadirkan diri bagi memberikan sokongan moral kepada suaminya pada detik berkenaan.Malah, beliau baru menjalani sesi kemoterapi ke-18 semalam (Isnin) dan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran doktor untuk menghadiri majlis berkenaan."Saya gagahkan diri kerana mahu memberikan sokongan moral kepada suami," katanya.Sementara itu, Ayob Khan yang juga mantan Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pengiktirafan yang diterimanya bukan sekadar penghormatan peribadi, sebaliknya penghargaan yang cukup bermakna kepada PDRM.Menurutnya, meskipun sudah menamatkan perkhidmatan dan tidak lagi menggalas amanah seperti sebelum ini, beliau berharap pengiktirafan itu menjadi teladan kepada seluruh pasukan untuk berkhidmat dengan penuh integriti dan dedikasi."Saya hanya dimaklumkan menerima anugerah ini pada empat hari lalu





Weststar founder Syed Azman, Ayob Khan among Maulidur Rasul award recipients - Sinardaily - 25/08 5:07 pm

SERDANG - Weststar Group founder and managing director Tan Sri Datuk Seri Dr Syed Azman Syed Ibrahim has been named the recipient of the 2026 national-level Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award.Syed Azman earned the recognition for spearheading Weststars growth in the energy support aviation sector, with its fleet of more than 40 helicopters playing a key role in oil and gas operations and its services extending across the Asia-Pacific region.His active involvement in community welfare has also seen Syed Azman contribute to infrastructure development and disaster relief efforts, support orphanages and help fund the construction and maintenance of suraus and mosques in several areas.Many of these initiatives are undertaken without fanfare, reflecting Syed Azmans preference for working behind the scenes.The award was presented by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at the national-level Maulidur Rasul 1448/2026 celebration here today.Meanwhile, former deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay received the Maulidur Rasul Award in the Tokoh Wira Negara category in recognition of his contributions to national security, particularly in combating terrorism during his service with the Royal Malaysia Police (PDRM).Other recipients of the Maulidur Rasul Award were religious teacher Abdul Hamid Chin (Tokoh Agamawan); head of the Disability Services Unit, Office of the Deputy Rector (Student Development and Community Engagement), International Islamic University of Malaysia, Prof Dr Ruzita Mohd Amin (Tokoh Wanita MADANI); and former Malaysian Palm Oil Board director-general Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir (Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif).Also honoured with the Maulidur Rasul Award were Angkatan Belia Islam Malaysia president Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Tokoh Belia Harapan); Laman Yasim (Tokoh Keluarga Mithali); and social media influencer Muhammad Mikhael Sathyah (Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang)).Meanwhile, speaking at a press conference, Syed Azman said he was deeply honoured to receive the Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award this year and continue contributing to society through various charitable initiatives."The Weststar Group companies are active not only in the country but also abroad





'Bapa MRSM' meninggal dunia - Sinarharian - 25/08 5:01 pm

KUALA LUMPUR - Pengasas Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Abdul Wahab Alwi, 84, meninggal dunia pada 3 pagi tadi.Berita pemergian Abdul Wahab, yang juga dikenali sebagai 'Bapa MRSM' dikongsikan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) menerusi hantaran Instagram hari ini.ANSARA menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan seorang tokoh serta insan yang telah membantu mencipta peluang dan membina laluan pendidikan untuk generasi demi generasi anak Malaysia."Daripada gagasan yang beliau bantu lahirkan, MRSM telah melahirkan ribuan alumni yang kini berbakti dalam pelbagai bidang - kerajaan, keselamatan, perubatan, kejuruteraan, akademik, perniagaan, profesional serta masyarakat."Mungkin tidak semua daripada kita pernah bertemu atau mengenali Allahyarham, namun kita semua adalah antara mereka yang pernah melalui pintu peluang yang beliau bantu buka," menurut hantaran itu.ANSARA turut memaklumkan jenazah Allahyarham disolatkan pada 11 pagi tadi di Masjid Raja Bendahara Tengku Bandar Shah, Denai Alam, Shah Alam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina."Semoga ALLAH SWT mengurniakan ketabahan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan menerima segala jasa serta amal jariah beliau kepada agama, bangsa dan negara," menurut hantaran itu.Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, sambil menyifatkan Abdul Wahab yang merupakan bekas pengarah Bahagian Latihan MARA sebagai individu terpenting dalam mencetus idea dan penubuhan MRSM."Sesungguhnya jasa dan sumbangan Allahyarham dalam membuka jalan pendidikan serta membina masa depan anak bangsa akan terus terpahat dan dikenang





???Tak pernah terlintas terima anugerah ini??? ??? Syed Azman - Mygazette - 25/08 4:47 pm

# Tak pernah terlintas terima anugerah ini Syed Azman SERDANG Tak pernah terlintas terima anugerah ini, saya sendiri terkejut". Itu reaksi Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2026





Islam bukan sekadar simbol dan sambutan, perlu diterjemah melalui akhlak .. - Mygazette - 25/08 4:47 pm

Bukan pesta, bukan perarakan, bukan sambutan biasa, tetapi mendorong ke arah penghayatan, katanya. Dalam majlis sambutan tahunan itu, lapan individu daripada pelbagai latar belakang dicalonkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1448H/2026, merangkumi kategori Tokoh Perdana, Tokoh Agamawan, Tokoh Wanita Madani, Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif, Tokoh Wira Negara, Tokoh Belia Harapan, Tokoh Keluarga Mithali dan Tokoh Khas Saudara Baru Cemerlang





Doa, usaha besarkan 15 anak hingga berjaya - Utusan - 25/08 4:16 pm

IPOH: Doa yang tidak pernah putus agar anak-anak berjaya dan memiliki kehidupan lebih baik menjadi ‘senjata’ buat penerima Anugerah Keluarga Ammar Yasir (Tokoh Keluarga Mithali), Yang Walad, 82, dalam membesarkan 15 anaknya





Doa, usaha besarkan 15 anak hingga berjaya - Kosmo - 25/08 4:11 pm

IPOH – Doa yang tidak pernah putus agar anak-anak berjaya dan memiliki kehidupan lebih baik menjadi ‘senjata’ buat penerima Anugerah Keluarga Ammar bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali), Yang Walad, 82, dalam membesarkan 15 anaknya





Tokoh Maulidur Rasul Pahang mahu tubuh yayasan bantu pelajar madrasah - Utusan - 25/08 4:05 pm

Lebih daripada itu, bekas Pegawai Kewangan Negeri Pahang ... Read more The post Tokoh Maulidur Rasul Pahang mahu tubuh yayasan bantu pelajar madrasah appeared first on Utusan Malaysia .





Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang utamakan masyarakat sepanjang 34 tahun - SUN - 25/08 3:49 pm

Bekas SUK Pulau Pinang Datuk Seri Zulkifli Long dinobatkan Tokoh Maulidur Rasul selepas 34 tahun berkhidmat dalam sektor awam





Former state secretary named Penang Tokoh Maulidur Rasul - SUN - 25/08 3:43 pm

Former Penang State Secretary Datuk Seri Zulkifli Long named Tokoh Maulidur Rasul for 34 years of dedicated civil service and community service





Maulidur Rasul Perak: Rahim Razali Dianugerahkan Tokoh Zaid Bin Thabit - Siakapkeli - 25/08 2:13 pm

Maulidur Rasul Perak: Rahim Razali Dianugerahkan Tokoh Zaid Bin Thabit IPOH, 25 Ogos (Bernama) -- Pengarah dan pelakon veteran tersohor tanah air,





Pengasas Kumpulan Weststar Syed Azman Dianugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2026 - Siakapkeli - 25/08 1:30 pm

Pengasas Kumpulan Weststar Syed Azman Dianugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2026 SERDANG, 25 Ogos (Bernama) -- Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Westar





Pengasas Kumpulan Weststar Syed Azman dianugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul - FMT - 25/08 1:17 pm

Tokoh korporat itu juga aktif di sebalik tabir dalam bantuan bencana selain sokongan kepada rumah anak yatim.





Pengasas Kumpulan Weststar Syed Azman Dianugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2026 - Mydateline - 25/08 1:00 pm

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Westar Group Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026





Pengasas Weststar, Tan Sri Syed Azman Dianugerahkan Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2026 - Vocket - 25/08 12:44 am

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim, telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan bagi..





Pengasas Weststar, Tan Sri Syed Azman Dianugerahkan Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2026 - Hotfm - 25/08 12:44 am

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim, telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul





Bida tongkat Abdul Hadi RM16,500 bukan kerana taksub ??? Muqharabbin - Mygazette - 25/08 7:56 am

# Bida tongkat Abdul Hadi RM16,500 bukan kerana taksub Muqharabbin KUALA LUMPUR - Pembelian tongkat milik Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada harga RM16,500 bukan kerana nilai barangan atau ketaksuban kepada individu, sebaliknya sebagai kenangan dan peringatan sepanjang hayat. Perkara itu dijelaskan Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin yang berkata, momen berkenaan menjadi antara pengalaman terindah buatnya apabila berpeluang berada dekat dengan tokoh yang disifatkannya sebagai murabbi, selain dapat menyumbang kepada perjuangan Pas Melaka dan Pas Malaysia





Pengiktirafan sebagai amanah, lonjak semangat Mohd Sumali - Sinarharian - 24/08 10:48 pm

PENGIKTIRAFAN baharu diterima Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Wira Mohd Sumali Reduan apabila beliau dikurniakan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.Anugerah berkenaan disampaikan sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.Bagi Mohd Sumali, pengurniaan itu bukan sekadar satu penghormatan, malah amanah yang akan dijadikan pencetus semangat untuk meneruskan khidmat dan sumbangan khususnya dalam pembangunan sukan tanah air.Beliau antara 56 individu yang menerima DCSM pada istiadat berkenaan, yang turut membabitkan beberapa tokoh lain termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Wira M Kumar; Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Wira Dr Mohd Azhar Abd Hamid serta Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar.Mohd Sumali menzahirkan penghargaan kepada Tun Dr Mohd Ali atas kepercayaan dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya."Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam, atas pengurniaan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) buat saya."Sesungguhnya, pengurniaan ini merupakan satu penghormatan dan amanah yang amat besar maknanya buat saya."Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur serta akan menjadikannya sebagai dorongan untuk terus berbakti, menyumbang khidmat dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada agama, bangsa dan negara," katanya.Dalam perkembangan sama, Mohd Sumali turut merakamkan ucapan ulang tahun kelahiran ke-77 kepada Tun Dr Mohd Ali, selain mendoakan Yang di-Pertua Negeri Melaka itu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan dalam melaksanakan amanah."Semoga ALLAH SWT mengurniakan Tun kesihatan yang baik, umur yang panjang, ketenangan serta kekuatan dalam terus memikul amanah menerajui Negeri Melaka."Saya mendoakan agar Tun sentiasa berada dalam rahmat, perlindungan dan petunjuk ALLAH SWT, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kebijaksanaan dalam memimpin dan membawa Negeri Melaka ke arah kemajuan, kesejahteraan dan kecemerlangan," katanya.Pengurniaan berkenaan turut menambah satu lagi pencapaian dalam kerjaya Mohd Sumali, yang kini menerajui badan induk sepak takraw negara dalam usaha memperkukuh pembangunan serta prestasi sukan itu di peringkat domestik dan antarabangsa.





Anugerah LJM ketengah inovasi, bakat jurutera Malaysia - FMT - 24/08 3:48 pm

Judin Abdul Karim diumumkan penerima Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2026.





Ziana Zain kini bergelar Datuk - Sinarharian - 24/08 1:23 pm

PENYANYI terkenal tanah air, Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-77, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.Anugerah berkenaan diterima Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.Ziana antara 189 penerima yang dikurniakan D.P.S.M. pada istiadat tersebut, yang turut menghimpunkan tokoh daripada pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, Ziana mencipta nama menerusi pelbagai lagu popular termasuk Puncak Kasih, Anggapanmu dan Putus Terpaksa.Beliau juga kekal menjadi antara penyanyi wanita yang mempunyai pengaruh serta tempat tersendiri dalam industri muzik tanah air sejak kemunculannya sebagai penyanyi profesional.Penganugerahan D.P.S.M





Apa makna merdeka? - Utusan - 24/08 8:00 am

SETIAP kali Ogos menjelang, kita berbicara tentang kemerdekaan. Jalur Gemilang dikibarkan megah, lagu-lagu patriotik kembali bergema dan kisah perjuangan tokoh terdahulu diulang sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajahan





Bekas ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh meninggal dunia - Sinarharian - 24/08 7:00 am

BEKAS kapten dan ketua jurulatih hoki lelaki negara, Sarjit Singh meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur pada malam Ahad.Mendiang menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 malam selepas berdepan masalah kesihatan.Pemergian tokoh hoki negara itu disahkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.KHM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga serta insan tersayang mendiang yang pernah menjadi tonggak skuad kebangsaan dari 1982 hingga 1993."Dedikasi, khidmat dan sumbangan beliau kepada hoki Malaysia, sama ada sebagai pemain mahupun ketua jurulatih, akan sentiasa dikenang," katanya.Sebagai pemain, Sarjit mewakili Malaysia pada dua Sukan Olimpik, iaitu Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992.Beliau turut menjadi sebahagian daripada pasukan negara yang memenangi gangsa Sukan Asia New Delhi 1982 dan Beijing 1990.Selepas menggantung kayu hoki, Sarjit meneruskan sumbangannya sebagai jurulatih dengan membimbing skuad kebangsaan pada 2007 hingga 2008.Beliau kemudian kembali menerajui pasukan negara dari Mac 2024 sehingga Mac 2026."Salam takziah yang tulus kepada keluarga dan insan tersayang





Pendaki Malaysia didedah laluan baharu Everest, elak Khumbu Icefall - Sinarharian - 23/08 7:55 pm

KUALA LUMPUR - Komuniti pendaki Malaysia kini berpeluang mengetahui laluan alternatif ke Gunung Everest yang tidak melalui Khumbu Icefall, sekali gus berpotensi meningkatkan keselamatan serta menjimatkan tempoh ekspedisi.Pendaki Gunung Everest pertama Malaysia, Datuk M Magendran berkata, laluan baharu itu dibangunkan bagi mengelakkan Khumbu Icefall yang merupakan antara kawasan paling berbahaya dalam pendakian ke puncak tertinggi dunia berkenaan.Katanya, keadaan di kawasan glasier itu boleh mempengaruhi tempoh pendaki berada di Gunung Everest, terutama sekiranya berlaku runtuhan ais yang menyebabkan pendakian terpaksa dihentikan."Kalau ada runtuhan ais berlaku, pendakian akan diberhentikan dan kita kena tunggu sehingga pasukan Icefall Doctor daripada komuniti Sherpa mencari laluan baharu."Ini mungkin makan masa yang lama, mungkin seminggu atau 10 hari. Jadi selama itu pendaki-pendaki terpaksa tunggu di Base Camp," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Malaysia Nepal Everest and Adventure Sports Gathering sempena Three Decades of Malaysia Everest Legacy di sebuah restoran di Jalan Ampang di sini pada Ahad.Hadir sama, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.Laluan yang dikenali sebagai Sundare Sherpa-Marc Batard Route itu dicadangkan bermula dari kawasan Kem Pangkalan Everest menuju ke Rabung Nuptse sebagai pendekatan alternatif ke Kem 1 tanpa perlu merentasi Khumbu Icefall sepanjang kira-kira empat kilometer.Magendran berkata, kewujudan laluan baharu itu berpotensi menjimatkan masa pendaki selain membolehkan pergerakan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa terlalu bergantung kepada keadaan Khumbu Icefall yang tidak menentu.Katanya, paling utama ketika ini ialah memastikan laluan baharu berkenaan dapat menyediakan alternatif kepada pendaki bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan Khumbu Icefall.Dalam pada itu, Magendran berkata, Malaysia dipilih untuk menerima perkongsian mengenai laluan berkenaan daripada Pengerusi Himalaya Expeditions, Bikram Pandey, kerana komuniti pendaki negara mempunyai pengalaman luas dalam pendakian gunung berketinggian tinggi."Malaysia merupakan sebuah negara yang agak popular dalam kalangan negara Nepal sebab terlalu ramai pendaki yang pada setiap tahun mengembara dan pergi ke Nepal untuk mendaki gunung."Kita mempunyai paling ramai pendaki Gunung Everest dan gunung-gunung lain yang mempunyai ketinggian 8,000 meter di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara," katanya.Tambah beliau, hubungan baik Malaysia dengan pengendali pelancongan di Nepal turut menjadi antara faktor Malaysia dipilih untuk menerima perkongsian mengenai perkembangan laluan baharu tersebut.Menurutnya, ketika ini terdapat dua pasukan yang terlibat dalam pembangunan laluan berkenaan iaitu dari Perancis dan Nepal."Selain daripada itu, saya percaya ada banyak lagi pihak yang berkepentingan terlibat termasuklah kerajaan Nepal."Laluan ini melibatkan kos, keselamatan dan permit, jadi banyak pihak akan terlibat," ujarnya lagi.Sementara itu, Pandey yang juga Presiden dan pengasas Everest Marathon berkata, laluan baharu itu kini kira-kira 70 peratus siap dan dijangka digunakan menerusi satu ekspedisi bersama pada tahun hadapan.Beliau berkata, laluan berkenaan dibangunkan selepas mengambil kira risiko yang dihadapi pendaki ketika melalui Khumbu Icefall, iaitu kawasan glasier yang sentiasa bergerak dan sukar dijangka keadaannya.Menurutnya, idea untuk mencari laluan alternatif tercetus daripada keperluan meningkatkan keselamatan pendaki supaya mereka dapat pulang kepada keluarga selepas menamatkan ekspedisi.Katanya, kira-kira 70 peratus kerja laluan baharu sudah disiapkan, manakala baki 30 peratus lagi perlu dilaksanakan termasuk pemasangan sistem keselamatan dan tali.Bagaimanapun, Pandey berkata, laluan tradisional ke Everest tidak akan ditutup selepas laluan baharu itu digunakan."Kedua-duanya akan dibuka kerana pendaki mempunyai pilihan





Penyertaan bekas Presiden Pembela dalam politik wajar dihormati – .. - Mygazette - 23/08 5:52 pm

"Keputusan ini tidak sepatutnya menyebabkan rakan-rakan daripada kalangan aktivis, gerakan masyarakat dan NGO menjauhkan diri, sebaliknya perlu diraikan dan disokong," ujarnya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook. Media semalam melaporkan, Parti Wawasan Negara (Wawasan) menerima kemasukan tokoh NGO Islam itu dan perkembangan tersebut dilihat memberi suntikan baharu kepada usaha parti memperkukuh kedudukannya dalam politik negara





Empat tokoh terima Anugerah Khas Istiqamah Johor - Harakahdaily - 23/08 1:39 pm

AYER HITAM: Empat tokoh yang mencatat rekod panjang dalam perjuangan Islam, pendidikan, dakwah dan khidmat masyarakat menerima Anugerah Khas Istiqamah PAS Johor 2026 sempena Konvensyen PAS Negeri Johor 2026





Golongan ulama bangkit menjawab Hadi - Msomelayu - 23/08 10:47 am

Mereka menyatakan sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya apabila melihat serangan politik yang disandarkan kepada agama sudah melampaui batas kewajaran. Antara tokoh yang vokal ialah Sheikh Wazir Che Awang al-Makki dari Kelantan, Tuan Guru Haji Abdul Rahim Abdul Rahman dari Pendang, Kedah, dan Ustaz Zuliadin Abdullah dari Terengganu





Bekas CEO Tabung Haji direman 7 hari - FMT - 21/08 12:11 am

Lelaki berusia 60-an itu dikatakan tokoh korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka negara.





Anak Pahang diajak kongsi idea - Sinarharian - 21/08 8:40 am

KUANTAN - Anak Pahang khususnya perantau di Lembah Klang dialu-alukan untuk berkongsi pandangan, cadangan dan idea baharu bersama kerajaan negeri menerusi program Town Hall Rakyat yang akan berlangsung di Dewan Karangkraf, Shah Alam, Jumaat ini.Program eksklusif dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang itu merupakan wadah penting dalam mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan negeri dan rakyat.Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib yang juga tetamu khas program tersebut berkata, program berkenaan bukan sahaja memberi ruang kepada kerajaan negeri menjelaskan perkembangan, perancangan dan segala inisiatif untuk rakyat, malah membuka peluang kepada orang ramai mengemukakan pandangan dan cadangan.Menurutnya, matlamat Town Hall Rakyat kali ini lebih kepada perkongsian dan pencerahan mengenai dasar kerajaan negeri, belanjawan, aspek pembangunan dan sosial termasuk dalam konteks pelaburan serta pelbagai insentif dan kutipan hasil negeri yang akan dipulangkan kepada rakyat."Pada masa sama, kita mahu mendapatkan input daripada orang ramai kerana pandangan daripada rakyat amat penting bagi memastikan pelaksanaan dasar dan polisi kerajaan negeri dapat diperkemaskan serta mengambil kira keperluan sebenar masyarakat."Selain mengambil kira pandangan pemikir dalam kerajaan, kita (kerajaan negeri) turut mengambil kira idea anak Pahang dalam kalangan profesional, akademik, teknokrat dan masyarakat umum," katanya kepada Sinar Harian.Mohamad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Pekan berkata, ramai anak Pahang di perantauan terdiri daripada golongan profesional, akademik dan teknokrat."Jadi, ini peluang untuk kita semua berjumpa, berdiskusi secara lebih ilmiah berkaitan polisi serta dasar kerajaan negeri," katanya.Beliau berkata, kepakaran anak Pahang di perantauan dalam pelbagai bidang seperti perbankan, teknologi tinggi, penyelidikan dan perkhidmatan awam merupakan aset yang wajar dimanfaatkan bagi membantu pembangunan negeri.Menurutnya, satu kerugian sekiranya kerajaan negeri tidak mendekati golongan berkenaan kerana mereka mempunyai pengalaman serta idea yang boleh menyumbang kepada kemajuan Pahang.Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Pahang khususnya yang berada di perantauan supaya mengambil peluang menyertai program tersebut bagi berkongsi buah fikiran mengenai usaha memperkukuh pentadbiran dan pembangunan negeri."Kita mahu mencari idea baharu yang menarik untuk meningkatkan lagi kemajuan ekonomi di Pahang, seterusnya meningkatkan hasil kerajaan negeri yang akan dipulangkan kepada rakyat," katanya.Program yang dijadualkan bermula jam 8.30 malam dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian itu akan dihoskan pelakon popular, Fikry Ibrahim.Ia dijangka turut dihadiri sebahagian barisan Exco Pahang, ketua-ketua jabatan, pemain industri serta tokoh korporat dalam pelbagai bidang.





Kerajaan akan usaha bantu anak muda depani pelbagai isu - Anwar - Sinarharian - 20/08 9:58 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan berusaha sebaik mungkin dalam kemampuan yang ada untuk membantu golongan muda mendepani pelbagai isu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau berkata, komitmen itu dizahirkan selepas mendengar pandangan dan nasihat anak muda dalam pelbagai perkara pada Sesi Temu Anwar dan Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 di Klang, Selangor hari ini."Hari ini, anak muda berdepan dunia yang semakin kompleks dengan perbezaan pandangan dan pertembungan idea adalah lumrah, namun ia perlu dipandu oleh ilmu, hujah dan adab, bukan sentimen, kebencian atau kepentingan kelompok."Saya mendengar pandangan dan nasihat anak-anak dalam pelbagai perkara dan insya-Allah kita akan berusaha sebaik mungkin dalam kemampuan yang ada untuk membantu anak-anak muda daripada pelbagai isu," kata beliau.Mengenai HAMKA, Perdana Menteri berkata nama himpunan itu mengingatkan beliau kepada ulama dan sasterawan Abdul Malik Karim Amrullah yang terkenal sebagai pemikir, "singa podium" dan pahlawan pena.Beliau berkata karya serta pemikiran tokoh itu meninggalkan kesan besar kepada generasi muda dan mengajar mengenai pentingnya ilmu, keberanian menyatakan pandangan serta keterbukaan dalam mencambah idea





Apakah Hadi dan Anwar tidak akan bersama waima dalam syurga? - Msomelayu - 20/08 8:38 pm

Zulkifli Hasan ada mencuplik dalam mukadimahnya sebagai moderator mengenai bakat dan kebolehan yang dipamerkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak di bangku sekolah lagi. Dalam usia 17 tahun, semasa di Tingkatan Enam di MCKK, menurutnya Anwar sudah menulis artikel menggarapkan pemikiran seorang tokoh Islam dan ulama dunia, sekaligus menunjukkan Anwar seorang yang berbakat dan berpotensi menjadi pemimpin





Mustapha Sakmud: 'Jurutera' di sebalik MA63 - Sinarharian - 20/08 10:00 am

Mustapha Sakmud membawa satu dimensi baharu yang menarik untuk diperhatikan.Latar belakangnya sebagai jurutera memberikan satu gambaran yang cukup simbolik iaitu seorang profesional teknikal kini diberi tanggungjawab untuk membantu 'mereka bentuk' semula hubungan antara Putrajaya dengan Sabah dan Sarawak berdasarkan semangat perjanjian yang menjadi asas pembentukan Malaysia.Di sinilah peranan Mustapha menjadi signifikan. Mustapha bukan tokoh politik Sarawak, malah beliau datang dari Sabah sebagai Ahli Parlimen Sepanggar.Namun, kedudukannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menjadikan beliau antara figura penting dalam usaha kerajaan Persekutuan menyelaras dan mempercepat pelaksanaan perkara berkaitan MA63.Peranan ini bukan kecil





Town Hall Rakyat cipta kelainan - Sinarharian - 20/08 9:10 am

Tahun ini kita suntik kelainan untuk beri peluang lebih ramai pemimpin tampil."Walaupun media sosial membolehkan rakyat berhubung secara langsung, Town Hall Rakyat memberi ruang komunikasi yang lebih tersusun, bersemuka dan bertanggungjawab. Sebagai media arus perdana, Sinar Harian berperanan membawa persoalan sebenar rakyat terus kepada pembuat keputusan," katanya.Town Hall Rakyat diperkenalkan Sinar Harian pada Mac 2023 sebagai platform interaktif yang menyediakan ruang kepada rakyat bersemuka dan mengemukakan soalan kepada tokoh serta pemimpin negara.Sebelum ini antara menteri yang pernah menjadi panel Town Hall Rakyat ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.Zamri menegaskan, Town Hall Rakyat sangat berbeza dengan pentas ceramah politik kerana interaktif hadirin dengan pemimpin lebih terbuka.Katanya, segmen khas turut disediakan bagi membolehkan hadirin mengemukakan soalan secara terus kepada tetamu, sekali gus menjadikan program berkenaan sebagai ruang dialog dua hala dan bukan sekadar sesi penerangan."Di Town Hall Rakyat, interaksi hadirin dengan pemimpin lebih terbuka





Jadual padat tak halang PM Anwar santuni 3 ulama dunia, pohon doa dan nasihat - Mydateline - 20/08 8:30 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk menyantuni tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang kini berada di Malaysia di tengah kesibukan jadual ..





Tiga Tokoh Ulama Dunia Islam Kini Di Malaysia, Anwar Sempat Ziarah & Mohon Doa - Siakapkeli - 19/08 9:33 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi tiga tokoh ulama besar dunia Islam di Nasyrul Quran pada Rabu.Menerusi hantaran di Facebook m





Salamiah wakili Malaysia bincang dasar iklim global - Harakahdaily - 19/08 1:43 pm

ULAANBAATAR, Mongolia: Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor mewakili Malaysia sebagai ahli panel dalam Bilateral Meetings at the Mongolian Parliament and Roundtable with Members of the Democratic Party on the New Climate Law in Mongolia.Ia menghimpunkan Ahli Parlimen, pembuat dasar dan tokoh antarabangsa bagi membincangkan isu berkaitan perlindungan iklim, ekonomi kitaran, tenaga boleh diperbaharui serta […] The post Salamiah wakili Malaysia bincang dasar iklim global appeared first on Harakahdaily .





Pengukuhan pertahanan negara perlukan peruntukan tambahan - Anwar - Sinarharian - 18/08 4:30 pm

PUTRAJAYA -Pengukuhan keupayaan pertahanan negara memerlukan tambahan peruntukan yang boleh mencecah ratusan juta ringgit hingga berbilion ringgit bagi memastikan Malaysia memiliki aset dan keupayaan mencukupi untuk menghadapi perkembangan keselamatan yang semakin kompleks, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau yang juga Menteri Kewanganberkata, keperluan itu perlu dilihat dalam konteks perubahan geopolitik serantau yang semakin dipengaruhi ketegangan antara dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan China.Anwar berkata, perkara berkenaan antara isu yang perlu dibincangkan secara terbuka ketika Malaysia menilai keperluan keselamatan negara, termasuk dalam memperkukuh pertahanan di Sabah.Beliau berkata, kerajaan sejak dua hingga tiga tahun lepastelah meningkatkan peruntukan bagi pertahanan susulan perubahan persekitaran keselamatan di rantau ini."Rantau ini sekarang bukan lagi rantau biasa. Ia jadi rantau yang berkembang sebagai satu pusat ketegangan antara dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan China," kata beliausemasa berucap pada sesi penutup Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di sini pada Selasa.Anwar berkata, Malaysia pada masa sama perlu terus mencari jalan untuk menjalinkan hubungan baik dengan China dan Amerika Syarikat bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara dalam menghadapi perkembangan geopolitik berkenaan.Beliau berkata, perkembangan keselamatan di selatan Filipina merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian Malaysia, khususnya mengambil kira kedudukannya yang berhampiran Sabah.Perdana Menteri berkata, Pulau Balabac di selatan Filipina, yang paling hampir dengan Pulau Banggi, terletak kira-kira 20 minit perjalanan dan telah dibangunkan oleh Kerajaan Filipina bersama Amerika Syarikat sebagai pangkalan ketenteraan yang besar."Sebagai negara jiran yang begitu dekat dengan masalah tuntutan ke atas Sabah, tentunya kita sedikit runsing walaupun hubungan dua hala kita dengan Filipina sangat baik," kata beliau.Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan Malaysia juga perlu memberikan perhatian terhadap keupayaan pertahanan di Sabah.Namun, Anwar berkata, Malaysia tidak mempunyai kemampuan untuk membangunkan pangkalan tentera dan pangkalan udara sehebat yang dilakukan di Balabac."Apakah kita ada upaya untuk memudahkan pangkalan tentera dan pangkalan udara sehebat yang dilakukan di Balabac? Saya jawab tidak."Tapi sekurang-kurangnya minimum pertahanan harus ditingkatkan," kata beliau.Perdana Menteri berkata, keperluan memperkukuh pertahanan negara perlu diberi perhatian selaras dengan perubahan keadaan keselamatan di rantau ini, termasuk perkembangan yang mempunyai implikasi langsung terhadap Malaysia.Terdahulu, Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 turutdihadiriMenteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour,ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan, pegawai kanan kerajaan, wakil industri, persatuan, badan bukan kerajaan, tokoh ekonomi dan ilmuwan.Bertemakan Malaysia Madani: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi, Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober depan





Pertumbuhan ekonomi separuh pertama 2026 bukti ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Amir Hamzah - Sinarharian - 18/08 12:08 am

PUTRAJAYA - Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan pada separuh pertama tahun ini, yang melangkaui unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) antara empat hingga lima peratus, membuktikan ekonomi negara kekal berdaya tahan.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, KDNK pada suku pertama tahun ini tumbuh pada kadar 5.4 peratus dan mencecah enam peratus pada suku kedua, menjadikan pertumbuhan ekonomi keseluruhan berkembang sebanyak 5.7 peratus pada separuh pertama 2026.Menurutnya, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga turut menaikkan unjuran KDNK Malaysia daripada 4.3 peratus pada Januari 2026 kepada 4.7 peratus pada April 2026."Walaupun unjuran negara-negara lain telah menurun, unjuran ini dikekalkan dalam penerbitan terkini pada Julai lepas, dan meskipun berdepan dengan ketidaktentuan global, asas ekonomi negara kekal berdaya tahan," katanya ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di sini pada Selasa.Amir Hamzah berkata, nilai ringgit pula kekal stabil sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini walaupun berdepan keadaan global yang tidak menentu.Menurutnya, pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2026 pula kekal mampan sebanyak RM92.8 bilion."Malaysia melonjak lapan anak tangga kepada kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2026 berbanding tangga ke-23 tahun lepas."Moody's Ratings mengekalkan penarafan kredit negara pada A3, dengan tinjauan "Stabil" dan Malaysia dijangka dapat mengatasi pertumbuhan KDNK negara berpenarafan yang setara," katanya.Beliau berkata, walaupun pencapaian ini membanggakan, ia menjadi tidak bermakna sekiranya rakyat masih bergelut dengan beban kos sara hidup.Menurutnya, walaupun inflasi bagi tujuh bulan pertama tahun ini meningkat kepada 1.8 peratus susulan daripada peningkatan harga minyak mentah dunia akibat konflik Asia Barat, kerajaan terus menambah ikhtiar untuk meringankan beban hidup rakyat.Amir Hamzah berkata, antara langkah yang diambil ialah menambah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM10 bilion pada 2024 kepada RM15 bilion, menjadikannya sebagai peruntukan bantuan terbesar bersasar yang tertinggi dalam sejarah.Katanya, ini termasuk mengagihkan bantuan penghargaan SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang terbukti mengekalkan momentum kuasa beli domestik.Beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan penyasaran subsidi diesel secara lebih bersasar melalui mekanisme BUDI Madani Diesel mulai 1 Julai 2026.Melalui penggunaan MyKad, rakyat Malaysia yang layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter dengan had asas sehingga 200 liter sebulan manakala pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang memenuhi syarat boleh memohon tambahan 100 liter sebulan.Menurutnya, langkah ini bertujuan memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan di samping mengurangkan ketirisan.Selain itu, subsidi harga RON95 dikekalkan pada kadar RM1.99 seliter bagi penggunaan 200 liter sebulan melalui program BUDI Madani RON95 (BUDI95) kepada rakyat.Bertemakan Malaysia Madani: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi, Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini.Turut hadir pada sesi libat urus hari ini ialah Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour; ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan, pegawai kanan kerajaan, wakil industri, persatuan, badan bukan kerajaan serta tokoh ekonomi dan ilmuan





Serangan terhadap Sanusi cermin kebimbangan PH - Harakahdaily - 18/08 7:34 am

SHAH ALAM: Serangan bertali arus pimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor terhadap kehadiran Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke negeri ini disifatkan sebagai cerminan kebimbangan mereka terhadap pengaruh tokoh berkenaan dalam kalangan rakyat.Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, kehadiran Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS ke Himpunan Jentera PAS Selangor di […] The post Serangan terhadap Sanusi cermin kebimbangan PH appeared first on Harakahdaily .





DAP, PH sudah sampai ke kemuncak perjalanan politik – Rafizi - Mygazette - 17/08 10:11 pm

Gerakan pun mula sebagai parti berbilang kaum. Tokoh-tokoh ilmiah Melayu, progresif Melayu, semuanya masuk





Terima dakwaan tanpa penelitian boleh cetus fahaman asabiyah - Mohamad Sabu - Sinarharian - 16/08 9:10 pm

KUALA LUMPUR -Budaya menerima sesuatu dakwaan tanpa penelitian boleh melahirkan fahaman asabiyahiaitu kecenderungan mempertahankan kelompok sendiri dengan menganggap kesalahan kaum sendiri sebagai baik, manakala kebaikan kaum lain tetap dianggap buruk.Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, masyarakat tidak seharusnya menerima sesuatu maklumat secara bulat-bulat, sebaliknya perlu membuat penelitian dan mendapatkan gambaran sebenar sebelum membentuk pendirian.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, perkara tersebut termasuk ketikamenilai isu-isu semasa politik negara."Sekarang ini muncul semula dakwaan seperti DAP parti komunis dan sesiapa bekerjasama dengan parti itu bermaksud mereka menyokong komunisme."Persoalannya, betulkah DAP komunis?"katanya selepas majlis pelancaran buku terbitan beliau bersama Ennie Zuhasniza Jamaludin berjudul Mustadhafin vs Mustakbirin di sini pada Ahad.Buku itu dilancarkan oleh Tokoh Wartawan Negara merangkap Pengarah Star Media Group Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar.Mohamad berkata, fakta dan ilmu sememangnya lebih sukar serta mengambil masa untuk diterima berbanding tuduhan serta syak wasangka yang mudah tersebar, terutama menerusi media sosial.Mengulas mengenaibuku itu, Mohamadberkata, ia mengisahkan pengalaman dan pertemuan beliaudengan pelbagai pihak dalam usaha memahami sesuatu isu berdasarkan keadaan sebenar danbukan sekadar maklumat yang disebarkan."Sejak kecil dan muda lagi, apabila saya menerima suatu maklumat, saya tidak terus mengambil maklumat itu sebagai pegangan





Antara sebab mansuh AUKU kerana sokongan generasi muda kepada PKR rendah .. - Mygazette - 16/08 4:18 pm

Dakwanya, hanya PKR satu-satunya parti politik yang mempunyai cabang di seluruh 222 kawasan Parlimen, di seluruh negara iaitu di semenanjung, Sabah dan Sarawak. Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Johor mungkin menyedari tiada lagi tokoh-tokoh pemuda dan srikandi yang pernah berada di baris hadapan dalam perjuangan reformasi semasa kongres PKR di Dewan MITC di Ayer Keroh, Melaka yang berlangsung semalam sehingga hari ini





PKR tiada tokoh setara Onn Hafiz di Johor, perlu lakukan muhasabah – .. - Mygazette - 15/08 8:15 am

# PKR tiada tokoh setara Onn Hafiz di Johor, perlu lakukan muhasabah - Kamil AYER KEROH PKR perlu mengakui parti itu masih gagal melahirkan tokoh yang mampu berdiri setara Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali gus menawarkan alternatif kepimpinan yang benar-benar diyakini rakyat di negeri itu





Cuti pengajian bukan berundur, Nurul Izzah sedang susun langkah ??? .. - Mygazette - 15/08 8:15 am

Tetapi politik dengan prinsip boleh menjadi perjuangan, katanya. Shahbudin turut menyentuh perkembangan perpecahan politik dalam PKR dan gerakan reformasi dengan menegaskan sejarah perjuangan parti itu tidak boleh dipadam hanya kerana terdapat tokoh yang meninggalkan parti atau menubuhkan wadah politik baharu





Tiada tokoh setara Onn Hafiz di Johor, PKR perlu muhasabah, kata Kamil - FMT - 14/08 8:55 pm

Ketua Pemuda PKR berkata, pengerusi BN Johor menang bergaya pada PRN lepas akibat parti itu gagal lahir tokoh setaranya.





Parti Politik Bukan Agama, Ini Amaran Penting Daripada Tokoh Agama Tentang .. - Wrlr - 14/08 7:02 pm

Parti Politik Bukan Agama, Ini Amaran Penting Daripada Tokoh Agama Tentang Bahaya Fanatik Buta Dalam Politik Nota: Penulisan ini bukan pendapat atau pendirian peribadi penulis





Hiroshi Okuda, Tokoh Di Sebalik Toyota Prius Meninggal Dunia Pada Usia 93 Tahun - Careta - 14/08 4:02 pm

Toyota mengesahkan kematian Okuda kepada AFP, namun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai punca atau tarikh sebenar kematiannya





Pantau Proses Sertu Sebelum Buka Restoran, Adam Corrie Fikir Kebajikan Solat Pekerja Raih Pujian - Siraplimau - 14/08 2:31 pm

Namun bagi Adam Corrie, ada satu lagi perkara yang tidak kurang penting iaitu memastikan pekerjanya mudah menunaikan solat. Baca juga: Sangat Humble & Polite- Pemandu e-Hailing Tak Sangka Penumpang Dibawa Rupanya Tokoh Seni Bina Negara! ADAM CORRIE PILIH LOKASI RESTORAN […] The post Pantau Proses Sertu Sebelum Buka Restoran, Adam Corrie Fikir Kebajikan Solat Pekerja Raih Pujian first appeared on SirapLimau.com .





“Sangatlah humble & polite” – Pemandu Grab Teruja Bila Tahu Penumpang Dibawa Rupanya Tokoh Arkitek Malaysia - Lobakmerah - 13/08 11:59 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Sangat Humble & Polite- Pemandu e-Hailing Tak Sangka Penumpang Dibawa Rupanya Tokoh Seni Bina Negara! - Siraplimau - 13/08 11:40 am

Begitulah pengalaman seorang pemandu e-hailing apabila mengetahui penumpangnya merupakan Profesor Emeritus Ar. Hijjas Kasturi, antara tokoh penting dalam dunia seni bina Malaysia





PM Kenang Zhu Rongji Sebagai Tokoh Penting Transformasi Ekonomi China - Siakapkeli - 13/08 11:29 am

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenang bekas Perdana Menteri China, Zhu Rongji, sebagai tokoh penting transformasi ekonomi China dan sahabat baik Malaysia, selepas pemergiannya pada usia 97 tahun.





Politik Iran berpecah, rundingan AS jadi medan rebut pengaruh - Utusan - 13/08 7:30 am

TEHRAN: Landskap politik Iran semakin berpecah apabila usaha mencapai persetujuan dengan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan pertembungan antara golongan menyokong rundingan dan kelompok berhaluan keras yang mahu menghalangnya. Pertelagahan itu turut menyaksikan tekanan semakin meningkat terhadap Presiden Masoud Pezeshkian dan Speaker Parlimen, Mohammad Baqer Ghalibaf, antara tokoh utama yang berusaha mendapatkan persetujuan dengan Washington bagi menamatkan ..





RENCANA Jangan tenggelamkan RCI Tabung Haji dengan drama walkout, jutaan pendeposit mahu jawapan - Harapandaily - 12/08 6:25 pm

RCI Tabung Haji tidak seharusnya menjadi gelanggang mempertahankan ego politik, sebaliknya medan menuntut kebenaran demi jutaan pendeposit dan keluhuran amanah rakyat OLEH DR AZRIE AZEH Dalam sebuah demokrasi berparlimen yang matang, terdapat suatu prinsip yang kedudukannya jauh mengatasi kepentingan kemenangan politik, populariti parti mahupun kehadiran seseorang tokoh politik dalam sesebuah persidangan





Pas enggan bahas RCI Tabung Haji sebab tak mahu singgung tokoh BN? - Harapandaily - 12/08 5:08 pm

Namun bagi pihak yang mengikuti isu ini,... The post Pas enggan bahas RCI Tabung Haji sebab tak mahu singgung tokoh BN? appeared first on Harapan Daily .





Wong Chen sah sertai Bersama - Sinarharian - 12/08 1:45 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen sah menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) berkuat kuasa pada Rabu dengan diberi tanggungjawab menyelia penyediaan kertas dasar parti itu.Dalam kenyataan bersama Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syukri Razab memaklumkan, Wong Chen telah membuat permohonan keahlian secara dalam talian dan akan diproses mengikut peraturan keahlian parti.Menurut mereka, Wong Chen yang menjadi ahli Parlimen sejak 2013 akan bertanggungjawab menyelia persediaan kertas-kertas dasar Bersama."Menjelang Hari Merdeka 2026, Bersama akan mula menerbitkan satu siri kertas dasar yang dinamakan Kertas Kancil."Setiap satu daripada 12 Agenda Bersama akan diperincikan dengan mendalam untuk mencambahkan diskusi dalam masyarakat mengenai langkah, dasar, akta dan bentuk program yang perlu dilaksanakan untuk mencapai keberhasilan dalam Agenda Bersama," katanya.Pada Isnin lepas, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa jam 5 petang.Menurut Wong Chen, surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu.Dalam pada itu, Bersama turut mengumumkan kumpulan pertama tujuh jurucakap parti yang terdiri daripada tokoh berlatar belakang ekonomi, perakaunan, kejuruteraan, media dan guaman.Mereka ialah Sum Dek Joe, Ibrahim Sani, Wan Zulaika Abdul Kahar, Jhen Pei Seah, Anbarasan Murugesu, Tang Hong Yau dan Rabiatul Adawiyah Sulaiman.Bersama memaklumkan, ketujuh-tujuh tokoh berkenaan diberi amanah dan mandat untuk mewakili parti dalam bidang dan kumpulan masing-masing.Selain Jurucakap Bersama, parti itu turut memperkenalkan dua lagi kategori amanah iaitu Calon Bayangan Bersama dan Penggerak BersamaMenurut mereka, Calon Bayangan Bersama dikenal pasti dan diberi mandat untuk menyusun persediaan parti di kerusi yang bakal ditandingi."Penggerak Bersama pula diberi mandat untuk menjadi rujukan ahli-ahli Bersama dan mewakili Bersama dalam mengelolakan pertumbuhan parti," katanya.Tambah tiga pemimpin itu, pelantikan berkenaan dibuat ketika parti itu memasuki fasa perkembangan seterusnya yang memerlukan lebih ramai pimpinan pelapis untuk menguruskan dan menggerakkan parti."Pengurusan Bersama akan mengumumkan Jurucakap, Calon Bayangan dan Penggerak dari satu masa ke semasa untuk mengukuhkan lapisan pengurusan parti, ke arah satu pemilihan parti untuk memilih barisan kepimpinan baharu parti," katanya.Dalam pada itu, proses berkenaan akan dimulakan dengan pindaan Perlembagaan Bersama yang kini sedang diuruskan selari dengan keperluan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan.





Penyatuan Melayu-Islam: Mengapa dibingkai sebagai suatu kecemasan? - Mygazette - 12/08 8:16 am

Justeru, persoalannya bukan sama ada Pas dahulu kurang menekankan Islam. Sebaliknya, persoalannya ialah: Mengapa pada ketika Pas dipimpin oleh tokoh-tokoh ulama seperti Fadzil Noor dan Nik Aziz, perbezaan politik Melayu tidak sentiasa dibingkaikan sebagai suatu ancaman eksistensial kepada Melayu-Islam? Apakah yang berubah selepas itu kedudukan Melayu dan Islam ataunaratif tentang siapa dan apa yang dikatakan mengancam Melayu dan Islam? Maka di sinilah media sosial mengubah sifat politik kecemasan Melayu-Islam





Audit forensik TH perlu dilaksanakan untuk jejak ketirisan dana – .. - Mygazette - 12/08 8:15 am

Beliau turut membangkitkan teguran terhadap Ketua Audit Negara yang memberikan sijil audit bersih kepada TH berdasarkan laporan berkenaan. Dalam pada itu, Muhyiddin berharap syor RCI supaya amalan melantik tokoh politik atau individu yang mempunyai kepentingan politik aktif ke dalam Lembaga Pengarah serta pengurusan tertinggi TH dihentikan





Apa yang kita perlu tahu mengenai PAS N9 - Harakahdaily - 11/08 7:06 pm

HAJI Othman Taat: Pengasas PAS tegar Tidak banyak diperkatakan oleh para pengkaji mengenai tokoh-tokoh awal PAS di Negeri Sembilan, khususnya daripada kalangan para pengasasnya





RCI Tabung Haji: Laksana audit forensik segera, laporan mesti siap dalam setahun Muhyiddin - Sinarharian - 11/08 3:21 pm

KUALA LUMPUR - Audit forensik secara menyeluruh dan berterusan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilaksanakan segera serta disiapkan dalam tempoh setahun bagi menjejaki aliran dana dan mengenal pasti sebarang unsur penipuan, salah guna kuasa atau kecuaian.Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN - Pagoh) berkata, langkah itu penting susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kelemahan tadbir urus dan ketirisan yang kompleks dalam pengurusan dana TH."Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian dana TH, sama ada melalui penipuan, salah guna kuasa atau kecuaian mesti dibawa ke muka pengadilan."Laporan ini tidak akan membawa sebarang makna sekiranya syor-syor RCI tidak dilaksanakan dan kerajaan mesti komited untuk melaksanakan setiap cadangan yang dikemukakan secara tegas dan berterusan," katanya ketika sesi perbahasan RCI TH di Dewan Rakyat, pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI THRCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaPasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri AgamaLima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr ZulkifliDalam pada itu, beliau yang juga bekas Perdana Menteri menegaskan, amalan melantik tokoh politik atau individu yang mempunyai kepentingan politik aktif dalam Lembaga Pengarah mahupun jawatan pengurusan tertinggi TH perlu dihentikan.Ini kerana menurutnya, bagi mengelakkan campur tangan politik dalam keputusan pelaburan dan pengurusan dana pendeposit.Beliau menegaskan, sebarang pelantikan melibatkan jawatan Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi termasuk anak-anak syarikat perlu berasaskan merit, integriti, kelayakan profesional serta pengalaman luas dalam bidang kewangan, perbankan, pelaburan, undang-undang dan syariah."Ujian 'fit and proper person' hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan kriteria penapisan ketat mengikut piawaian kawal selia seperti yang terkandung dalam garis panduan Bank Negara Malaysia sebelum mana-mana individu dilantik."Syarat ini penting untuk memastikan individu yang dilantik bebas daripada sebarang konflik kepentingan, isu integriti atau tekanan politik luar."Selain itu, Jawatankuasa Pelaburan Tabung Haji juga hendaklah bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana arahan luar yang boleh meragut kepentingan kewangan pendeposit," ujarnya.





Hujung minggu ini jadi penentu PH: Melaka, Putrajaya jadi medan .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm

Ia bukan sahaja soal mengisi kekosongan portfolio malah bagaimana kerajaan mahu memastikan representasi masyarakat berbilang kaum terus terpelihara, khususnya ketika PH berusaha memulihkan sokongan pengundi selepas beberapa keputusan pilihan raya yang kurang memberangsangkan. Antara pilihan yang secara teorinya terbuka ialah membawa masuk tokoh profesional, korporat atau akademik melalui pelantikan sebagai senator sebelum diberikan tanggungjawab dalam pentadbiran





Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH -Zulkifli - Sinarharian - 11/08 12:53 am

KUALA LUMPUR - Satu Pasukan Kerja (Task Force) sudah ditubuhkan bagi meneliti dan melaksana segala syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) ke arah usaha bagi meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pasukan itu dipengerusikan oleh Pengerusi TH dan dianggotai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC)."Saya dimaklumkan Task Force ini bersetuju untuk mengesyorkan supaya aspek pengurusan dana dan pelaburan TH dikawalselia oleh SC manakala aspek pengurusan haji akan dikawal selia oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan TH kekal sebagai satu entiti yang utuh."Butiran lanjut syor tersebut akan diberikan kepada saya untuk pertimbangan lanjut bagi dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan seterusnya," katanya ketika menyampaikan penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH, pada Selasa.Beliau menjelaskan, peruntukan undang-undang seperti piawaian perakaunan yang diguna pakai dan penalti salah lapor penyata kewangan akan dimasukkan ke dalam Akta Tabung Haji dan dikemaskini selaras cadangan-cadangan RCI bagi menjamin perkara yang dilaporkan oleh RCI tidak berulang.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI THRCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaDalam pada itu Zulkifli menegaskan, krisis TH tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia kesan terkumpul daripada kerakusan dan penyelewengan, kelemahan tadbir urus, campur tangan kepentingan tertentu, keputusan pelaburan berisiko serta kegagalan menggambarkan kedudukan kewanwagn yang telus."Dicadangkan untuk larangan bagi ahli politik aktif dilantik sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga TH. Alhamdulillah, TH sudah melaksanakan pelantikan kepimpinan, termasuk ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan, berdasarkan integriti, kebolehan, dan pengalaman berdasarkan kriteria "fit and proper" mengikut kerangka yang digunapakai oleh BNM."Sebenarnya kita punya ramai teknokrat dan tokoh yang berwibawa, kompeten, beramanah dan berintegriti untuk menerajui TH."Buktinya, TH kini berada dalam keadaan yang sangat baik dari sudut pengurusan haji, pelaburan, kewangan dan keseluruhannya," ujarnya.





'Tidak semua pertikaian politik perlu dibawa ke mahkamah' - Ahmad Fadhli ulas cabaran Aiman Athirah - Sinarharian - 10/08 2:59 pm

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan bahawa tidak semua pertikaian politik perlu dibawa ke mahkamah.Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cabaran Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Aiman Athirah Sabu supaya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membawa DAP ke mahkamah jika benar parti itu mengancam kedudukan Melayu dan Islam.Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, persoalan utama perlu dijawab ialah sama ada setiap pertikaian mengenai ideologi, dasar dan hala tuju sesebuah parti politik mesti terlebih dahulu dibuktikan sebagai kesalahan di mahkamah sebelum boleh diperdebatkan dalam ruang demokrasi.Beliau berpandangan, mahkamah bukan satu-satunya medan untuk menentukan sesuatu isu berkaitan politik, ideologi atau dasar."Demokrasi tidak mensyaratkan semua pertikaian politik perlu diselesaikan melalui mahkamah. Ada perkara yang perlu diputuskan oleh hakim, ada yang berada di bawah bidang kuasa Pendaftar Pertubuhan dan ada juga yang sewajarnya diputuskan melalui perbahasan terbuka berdasarkan dokumen, rekod, dasar serta jawapan substantif daripada pihak yang dipersoalkan."Dalam isu ini, cabaran samanlah jika benar tidak menamatkan perdebatan, sebaliknya hanya mengalihkan perhatian daripada persoalan pokok yang masih terus diperdebatkan," katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan Aiman Athirah mencabar Pas dan Abdul Hadi untuk mengemukakan bukti dan mengheret DAP ke mahkamah jika betul parti itu serta PH menjadi ancaman kepada Melayu Islam.Ahmad Fadhli memaklumkan, seorang tokoh perundangan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam ulasannya mengenai kontroversi itu turut mengingatkan bahawa tidak semua persoalan politik, ideologi atau dasar yang dipertikaikan boleh diterjemahkan menjadi kesalahan jenayah."Mahkamah menentukan kes berdasarkan cause of action, peruntukan undang-undang, bidang kuasa dan bukti





PBM sambut baik penyertaan Ronnie Liu - Mygazette - 10/08 8:13 am

Ketua Pemuda Nasionalnya, Hanis Asmui berkata, penyertaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu akan menjadikan PBM sebagai platform politik yang inklusif dan sederhana di negara ini. Penyertaan beliau bukan sekadar pertambahan seorang tokoh politik, sebaliknya memperkukuh lagi hala tuju parti yang berorientasikan rakyat



Wawasan rombak perlembagaan, angkat falsafah baharu demi ???Malaysia lebih .. - Mygazette - 8/08 7:47 am

Jelasnya, penubuhan badan tersebut merupakan antara perubahan penting dalam perlembagaan baharu parti itu. Menurut beliau, jawatan penasihat tidak akan dianggotai seorang individu sahaja, sebaliknya bakal disertai beberapa tokoh berpengalaman



Setiap parti ada pendirian, PN ikut perlembagaan gabungan - Hamzah - Sinarharian - 7/08 11:33 pm

PETALING JAYA - Pemikiran atau keputusan sesebuah parti tidak boleh dianggap mewakili pendirian Perikatan Nasional (PN) kerana gabungan itu mempunyai perlembagaan serta mekanisme membuat keputusan yang tersendiri.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, orang ramai perlu memahami bahawa PN ialah gabungan beberapa parti politik, manakala setiap parti dalam gabungan itu mempunyai perlembagaan masing-masing yang berbeza."Banyak jenis perlembagaan dari parti-parti lain, jadi pemikiran parti lain tidak diambil kira dalam gabungan kerana gabungan itu sendiri ada perlembagaan."Jadi kalau hari ini sebagai contoh, jika terdapat keperluan untuk meminda perlembagaan dalam PN, perkara itu boleh diputuskan melalui mesyuarat gabungan."Namun bagi Wawasan, pindaan perlembagaan perlu dibuat melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang melibatkan perwakilan. Jadi prosesnya berbeza dengan apa yang akan dilakukan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa Wawasan di sini pada Jumaat.Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Larut itu memaklumkan, mesyuarat kali kni meluluskan pindaan perlembagaan parti yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Cinta Malaysia (PCM).Menurutnya, pindaan itu antaranya memperkenalkan falsafah perjuangan baharu yang menjadikan parti sebagai wadah perjuangan rakyat Malaysia berteraskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan amalan demokrasi matang."Perlembagaan baharu itu mengandungi 30 fasal dan semua pindaan yang dicadangkan telah diluluskan dalam mesyuarat berkenaan."Selain itu penubuhan Majlis Penasihat Parti yang akan dipengerusikan Tan Sri Rais Yatim akan terus memainkan peranan sebagai penasihat bersama beberapa tokoh lain yang akan dilantik," jelasnya.



Belia Sabah diseru perkukuh hubungan dengan Putrajaya - Sinarharian - 7/08 10:07 pm

KOTA KINABALU Golongan belia dan mahasiswa di Sabah diseru memainkan peranan lebih proaktif dalam memperkukuh hubungan strategik antara Sabah dan Putrajaya bagi memastikan agenda pembangunan belia dapat dilaksanakan secara lebih dinamik serta inklusif.Aktivis pemuda dan tokoh belia Sabah, Muhammad Affan Jumahat berkata, usaha tersebut penting dalam memastikan suara generasi muda tidak dipinggirkan, sebaliknya menjadi antara asas utama dalam pembentukan dasar serta polisi kerajaan.Menurut beliau, tema 'Jambatan Sabah & Putrajaya: Pupuk Kesedaran Belia & Mahasiswa' membawa mesej jelas mengenai keperluan mewujudkan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi kepentingan pembangunan belia."Jambatan ini bukan sekadar istilah ataupun retorik politik semata-mata, ia adalah platform komunikasi dan pemahaman yang perlu diisi dengan kesedaran politik matang."Belia dan mahasiswa hari ini perlu peka dan cakna dengan dasar-dasar kerajaan agar mereka boleh memanfaatkan saluran sedia ada untuk pembangunan diri dan komuniti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Affan yang juga bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Sabah serta pernah bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu berkata, mahasiswa perlu tampil sebagai ejen semak dan imbang yang konstruktif.Beliau yang dikenali dengan pendekatan politik berteraskan integriti dan kebajikan rakyat berkata, usaha memperkasakan belia di Sabah tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal, sebaliknya perlu memberi perhatian terhadap aspek kesejahteraan sosioekonomi golongan muda."Saya percaya, jika jambatan komunikasi antara belia Sabah dan kepimpinan di Putrajaya ini diperkukuh, kita akan melahirkan generasi pemimpin yang lebih berwibawa, berani menyuarakan pandangan, serta mampu memartabatkan hak negeri dalam bingkai negara yang progresif," katanya.Dalam perkembangan sama, Affan menyambut baik pelbagai inisiatif kerajaan yang disifatkan telah membantu ramai anak muda di Sabah, termasuk program sokongan keusahawanan yang berjaya melahirkan ramai ikon belia.Bagaimanapun, beliau berpandangan tahap kesedaran mahasiswa terhadap peluang yang disediakan kerajaan masih perlu dipertingkatkan menerusi usaha advokasi yang lebih berkesan di semua peringkat akar umbi.Katanya, langkah itu penting bagi memastikan tiada golongan belia yang tercicir daripada arus perdana pembangunan.Beliau berharap tema 'Jambatan Sabah & Putrajaya: Pupuk Kesedaran Belia & Mahasiswa' mampu menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak program dialog dan kesedaran yang melibatkan penyertaan belia secara langsung.Menurutnya, usaha tersebut penting bagi memastikan aspirasi 'Sabah Maju Jaya' dapat diintegrasikan dengan lebih berkesan dalam agenda pembangunan negara.



Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin selamat dikebumikan - Sinarharian - 7/08 5:42 pm

PETALING JAYA - Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini jam 3.30 petang pada Jumaat.Terdahulu, urusan memandikan jenazah disempurnakan pada 11.30 pagi, sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya sejurus selepas selesai solat Jumaat.Jenazahkemudiannya dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan, dengan diiringi ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat.Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan apabila orang ramai dan kenalan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh kehakiman negara itu.Anak Allahyarham Zubaidah Mohamed Eusoff, 39, ketika ditemui menyifatkan bapanya sebagai seorang yang kelihatan garang pada luarannya, namun sebenarnya mempunyai perwatakan berbeza ketika bersama-sama keluarga."Dia orang Perak, jadi bila bercakap tu nampak garang, orang pun selalu ingat dia garang




Reformasi     >>



Guru buka cerita pasal kuarters, setelah .. - Harapandaily
Perkongsian seorang individu yang bertanya adakah benar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek adalah menteri paling tak function, mengundang respons berbeza daripada para guru dan warga sekolah. Menerusi satu hantaran di Threads, individu bernama Jannah meminta pandangan golongan guru mengenai prestasi ..
Kroni     >>



Kesatuan umat benteng cabaran akidah - Harakahdaily
AYER KEROH: Usaha mengangkat kembali kegemilangan ketamadunan Islam di Melaka memerlukan kesatuan umat, khususnya dalam menghadapi cabaran sekularisme, liberalisme dan pluralisme yang boleh menghakis pegangan akidah. Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man berkata, semangat muafakat perlu terus ..
Tabloid     >>



Odeon KL bergema dengan muzik XPDC KPY - Hmetro
Sememangnya rockers kental dan sejati tidak mudah terasa hati atau mudah koyak dengan kecaman melampau. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Take a look at the Samsung Galaxy S27 Ultra in some .. - Gsmarena
Yesterday a rough CAD render of the upcoming Samsung Galaxy S27 Ultra leaked, and now we have a set of much more polished and higher-resolution renders of the device to look at. As is obvious from the very first look, Samsung is redesigning the camera island, opting for an Apple-like (or ..
World     >>



Bangladesh could join Mecca pact, official suggests - Middleeasteye
Bangladesh could join Mecca pact, official suggests Submitted by MEE staff on Tue, 08/25/2026 - 17:03 According to Reuters, the consideration follows an invitation from Saudi Arabia The military gathers as part of preparations for the election, at the National Stadium in Dhaka, Bangladesh on 5 ..
Motor Trend     >>



Motosikal Ariic?? 318gt-s Debut Di China Dengan Enjin .. - Mekanika
# ARIIC 318GT-S DEBUT DI CHINA DENGAN ENJIN BAHARU - KINI 369CC, 33.5HP **ARIIC telah menaik taraf skuter popular, 318GT bagi tahun 2026 dengan memperkenalkan 318GT-S.** Skuter dengan keupayaan touring itu yang sebelum ini digerakkan enjin satu silinder 330cc kini telah dipertingkat dengan ..