| /// |
|
| Search : Thailand News | Page 1 |
|
ONYX Hospitality Group named Seventh Best Place to Work in Asia-Pacific for 2025 - SUN - 30/01 6:31 pm BANGKOK, THAILAND - Media OuReach Newswire - 30 January 2026 - ONYX Hospitality Group has been recognised as the seventh Best Place to Work in the Asia-Pacific region for 2025, awarded by Best Places to Work, an internationally recognised organisation specialising in workplace assessment and employee experience benchmarking. |
|
SCOPEs Ultra-Luxury Residential Performance Underscores Strong Investor Confidence in Thailands Prime Market - SUN - 30/01 6:21 pm BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Amid heightened volatility across global luxury real estate markets driven by geopolitical tensions, trade policy uncertainty, and persistent inflationary pressures, Thailands ultra-luxury residential sector continues to demonstrate notable resilience. |
|
Pemandu lori didakwa rompak bersenjata, lakukan persetubuhan bertentangan tabii - Sinarharian - 30/01 5:13 pm KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap seorang wanita warga Thailand, Disember lepas.G Loganathan, 32, didakwa merompak wang tunai RM300 daripada mangsa dengan bersenjatakan sebatang pemutar skru dan pembaris besi di dalam sebuah kereta di Taman Gembira di sini, pada 2 pagi, 26 Disember 2025.Pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.Loganathan turut didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa tanpa kerelaannya di dalam kenderaan sama di tepi Jalan Midah, Cheras, antara 2 pagi hingga 12.30 tengah hari, tarikh sama.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun hingga maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ikhwan Mohd Nasir tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu serius dan tertuduh berisiko melarikan diri atau mengganggu mangsa serta saksi memandangkan mangsa ialah warga Thailand.Peguam Charanpal Singh yang mewakili Loganathan memohon mahkamah membenarkan ikat jamin dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit hernia dan perlu mendapatkan rawatan hospital serta bersedia mematuhi syarat tambahan.Hakim Dr Azrol Abdullah menolak permohonan jaminan kerana kesalahan itu serius dan menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes |
|
Masters Thailand: Hasrat Zii Jia ke separuh akhir tidak kesampaian, terpaksa tarik diri - Sinarharian - 30/01 4:56 pm HASRAT pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Thailand tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri sebelum aksi set penentuan pada Jumaat.Dalam pertembungan di Stadium Nimibutr, Zii Jia yang berdepan juara Masters Indonesia, Alwi Farhan bermula dengan langkah meyakinkan apabila mendominasi set pertama untuk menang mudah 21-10.Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemain berusia 27 tahun itu pada set kedua.Ketika sedang ketinggalan 15-17, Zii Jia dilihat tergelincir sewaktu cuba menyelamatkan pukulan Alwi, sekali gus memaksanya mendapatkan rawatan perubatan.Biarpun cuba meneruskan perlawanan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu akhirnya terpaksa menarik diri selepas tewas 15-21 di set kedua sekali gus membatalkan hasrat untuk beraksi di set penentuan.Kejohanan tersebut menjadi penampilan keempat berturut-turut Zii Jia pada tahun ini selepas selepas melalui musim 2025 yang suram akibat dibelenggu masalah kecederaan.Zii Jia terkandas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India sebelum mempamerkan peningkatan prestasi dalam Masters Indonesia minggu lalu apabila berjaya mara ke pusingan kedua sebelum tewas. |
|
Zii Jia retires in Thailand Masters quarter-final - FMT - 30/01 4:39 pm The Malaysian decides not to continue after taking the first game and losing the second against the much-younger Indonesian Alwi Farhan. |
|
Malaysias womens singles players shine at Thailand Masters - FMT - 29/01 7:38 pm All three women's singles players in the tournament, K Letshanaa, Wong Ling Ching and Goh Jin Wei, have qualified for the quarter-finals. |
|
45 fines, RM14k unpaid: Thai van busted for five-year border-hopping spree - Sinardaily - 29/01 3:45 pm KOTA BHARU A private Thai van has been entering Malaysia without any restrictions despite having 45 outstanding summonses amounting to RM14,000, accumulated over the past five years.Road Transport Department (JPJ) Senior Enforcement Director Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan stated that the driver of the private van showed a blatant disregard for the law, committing multiple offences related to the International Circulation Permit (ICP) and traffic violations.The information was uncovered after the JPJ tracked the vehicle through Ops Tunggak Kenderaan Thailand, an operation conducted at several national border entry points.The high number of summonses reflects a serious level of non-compliance by foreign vehicle drivers with Malaysian road laws.This vehicle continued to enter the country despite having dozens of outstanding fines |
|
Meiji, CP, Repeat: Malaysians Thai Snack Haul Gets Dragged Online - Therakyatpost - 29/01 1:36 pm The post takes aim at Malaysian tourists in Thailand who are said to hoard Meiji Banana Milk and CP sausages at 7-Eleven outlets. |
|
Sarawak boccia duo display skills, fighting spirit at 13th Asean Para Games - BorneoPost - 29/01 8:59 am KUCHING (Jan 29): Sarawak boccia athletes made a meaningful contribution to Malaysia’s medal haul at the recent Asean Para Games (APG) in Thailand, with performances that show their progress and potential at the regional level |
|
Pahang tambah insentif kemenangan atlet Sukan SEA - Mgazette - 29/01 7:50 am # Pahang tambah insentif kemenangan atlet Sukan SEA KUANTAN - Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah mendahului senarai penerima Insentif Kemenangan Atlet Pahang di Sukan SEA Ke-33 hari ini kerana menyumbangkan pingat emas dan gangsa bagi sukan Equestrian Polo dalam acara yang berlangsung di Thailand baru-baru ini |
|
JPJ kutip saman kenderaan Thailand RM5.59 juta - FMT - 28/01 10:14 pm Sejumlah RM203,400 dikutip pada 2023, meningkat kepada RM1.16 juta pada 2024, dengan melonjak ketara kepada RM4.22 juta tahun lalu. |
|
Ada 45 saman cecah RM14,000, van Thailand 'kebal' keluar masuk Malaysia - JPJ - Sinarharian - 28/01 9:01 pm KOTA BHARU - Sebuan van persendirian Thailand 'kebal' keluar masuk ke Malaysia walaupun mempunyai 45 saman tertunggak mencecah nilaian RM14,000 sejak lima tahun lalu.Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pemandu van persendirian terbabit bersikap degil dan tidak mempedulikan undang-undang walaupun telah melakukan kesalahan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) dan trafik.Menurut beliau, maklumat tersebut diperoleh selepas JPJ mengesan van tersebut melalui Ops Tunggak Kenderaan Thailand yang dilaksanakan di beberapa pintu masuk sempadan negara."Jumlah saman yang tinggi itu menunjukkan tahap ketidakpatuhan serius pemandu kenderaan asing terhadap undang-undang jalan raya Malaysia."Kenderaan ini masih digunakan untuk masuk ke negara ini walaupun mempunyai puluhan saman tertunggak |
|
Caj satu kepala hingga RM150, 'gaji' pemandu van persendirian Thailand cecah RM30,000 sebulan - JPJ - Sinarharian - 28/01 8:01 pm KOTA BHARU - Seorang pemandu van persendirian Thailand mampu memperolehi pendapatan mencecah RM30,000 sebulan hasil daripada membawa pekerja restoran tomyam keluar masuk dari Thailand ke Malaysia.Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sebuah van boleh membawa lapan hingga 10 penumpang dalam satu masa yang mana bayaran yang dikenakan sekitar RM70 hingga RM150 seorang."Setiap van melakukan pekerjaan terbabit sekitar tiga hingga lima perjalanan setiap minggu dengan membawa penumpang dari sempadan Malaysia-Thailand ke Lembah Klang sehingga Johor."Mereka sudah mempunyai penumpang tetap |
|
'Saya ada niat nak pergi umrah' - Sinarharian - 28/01 7:21 pm ATLET lontar peluru wanita negara, Nani Sahirah Maryata berhasrat untuk menggunakan wang ganjaran yang diterima untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.Nani Sahirah, 25, berkata, perancangan itu dibuat selepas menerima insentif daripada kerajaan negeri dan menganggap ia sebagai rezeki yang tidak sangka."Sebagai anak Pahang saya amat bersyukur kerana menerima ganjaran keseluruhan RM10,000 iaitu RM8,000 dan RM2,000 selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan."Memang saya ada niat nak pergi umrah..cuma buat masa ini saya tengok keadaan dahulu. Kalau ada yang sudi taja, itu juga satu rezeki besar buat saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Pahang di Sukan SEA Ke-33 dan Para ASEAN Ke-13 Thailand 2025 di sini pada Rabu.Anak jati kelahiran Kuantan itu penerima insentif tertinggi berdasarkan pencapaiannya meraih pingat emas acara lontar peluru dan kejayaan memecahkan rekod kebangsaan.Difahamkan Nani Sahirah mencatat lontaran 16.36 meter pada Sukan Sea tersebut.Pada majlis itu, seramai 52 atlet Sukan Sea dan Para ASEAN menerima insentif yang keseluruhan berjumlah RM170,500 daripada Kerajaan Pahang yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Menjawab mengenai perancangan seterusnya, Nani Sahirah mengakui sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi temasya Sukan Asia yang dijadualkan berlangsung di Osaka, Jepun pada September depan."Saya sedang fokus sepenuhnya kepada Sukan Asia dan jrulatih mensasarkan saya untuk membawa pulang pingat, insya-ALLAH."Saya kini berada di kedudukan kelima dan pastikan akan usahakan sehabis baik untuk memastikan sasaran podium itu tercapai," ujarnya.Sementara itu, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, kejayaan atlet Pahang pada edisi kali ini sangat membanggakan dan menunjukkan peningkatan prestasi luar biasa.Menurutnya, susulan pencapaian cemerlang, kerajaan negeri bersetuju menaikkan kadar insentif kemenangan buat atlet yang mengharumkan nama negeri."Bagi kategori individu, pemenang pingat emas kini menerima RM8,000 berbanding RM5,000 sebelum ini, manakala perak dinaikkan kepada RM4,000 dan gangsa RM2,500."Bagi insentif emas berpasukan melebihi tiga orang, mereka akan menerima RM4,000, diikuti perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,500)," katanya.Fadzli menambah, sebagai suntikan semangat tambahan, kerajaan negeri turut menyediakan insentif khas bagi atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan."Kerajaan Pahang turut menyediakan insentif khas sebanyak RM2,000 bagi atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan Sukan SEA," jelasnya lagi.Secara keseluruhan, atlet Pahang berjaya menyumbang tujuh pingat emas, masing-masing lapan pingat perak dan gangsa dalam Sukan SEA manakala satu emas, dua perak dan empat gangsa dalam Sukan Para ASEAN diThailand baru-baru ini. |
|
64 PATI ditahan dalam serbuan pusat urut, hotel bajet - Mgazette - 28/01 7:19 pm Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, semua PATI berusia antara 19 hingga 65 tahun ditahan dalam operasi bersepadu pihaknya bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pukul 4 petang. Semua yang ditahan terdiri daripada 33 wanita Indonesia, 17 wanita Thailand, tiga wanita China, dua wanita Uganda, tiga lelaki masing-masing warga Bangladesh dan India, dua lelaki Pakistan dan seorang lelaki Indonesia |
|
Major boost for Zii Jia as he gets past opener at Thailand Masters - FMT - 28/01 12:13 am The national singles shuttler beat Belgian player Julien Carraggi in straight games to enter the second round. |
|
Malaysia intai laluan terus Riyadh, perluas pasaran pelancong Timur Tengah - Sinarharian - 28/01 10:32 am KUALA LUMPUR - Malaysia sedang mengintai peluang membuka laluan penerbangan terus dari Riyadh, Arab Saudi sebagai langkah strategik untuk memperluas pasaran pelancongan negara, khususnya dari rantau Timur Tengah yang dikenal pasti berpotensi tinggi selaras dengan agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, cadangan itu sedang dibincangkan bersama Batik Air susulan kejayaan syarikat penerbangan tersebut membuka laluan ke bandar-bandar peringkat kedua dan ketiga, yang sebelum ini kurang mendapat perhatian kebanyakan syarikat penerbangan kerana risiko operasi yang tinggi.Menurut beliau, pendekatan berani itu selari dengan keperluan Malaysia untuk meneroka pasaran baharu serta memperkukuh daya saing industri pelancongan negara di peringkat antarabangsa."Kenapa tidak kita lihat Riyadh sebagai peluang baharu? Jeddah mempunyai kekangan tertentu dari segi ketersediaan penerbangan, sedangkan minat rakyat Arab Saudi untuk melancong ke Asia Tenggara, khususnya ke Malaysia, sangat besar."Ketika ini sebahagian besar penerbangan keluar dari Jeddah ke rantau Asia Tenggara tertumpu ke negara lain seperti Indonesia, sekali gus mengehadkan peluang Malaysia menarik lebih ramai pelancong dari Arab Saudi, termasuk segmen pelancongan keluarga dan premium."Mengapa tidak kita fokus juga kepada Riyadh? Ini satu peluang yang sangat baik. Thailand sudah jauh ke hadapan apabila menyediakan sehingga lima penerbangan sehari ke Arab Saudi, termasuk dua penerbangan menggunakan pesawat berbadan besar Dreamliner," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Tourism Malaysia dan Batik Air, di sini pada Selasa.Menurut beliau, Malaysia tidak boleh terus berada di belakang dalam persaingan serantau bagi menarik pelancong dari Timur Tengah, sebaliknya perlu berani mengambil cabaran dan bertindak lebih agresif dalam memperluas rangkaian penerbangan antarabangsa."Dengan formula yang sama, kami akan bekerjasama rapat dengan Batik Air serta Tourism Malaysia untuk memperkukuh promosi di Riyadh dan Jeddah |
|
Sarawak’s para athletes win 38 medals at Asean Games - BorneoPost - 28/01 9:19 am KUCHING (Jan 28): Sarawak para athletes have contributed significantly to Malaysia’s success at the 13th Asean Para Games (APG) in Nakhon Ratchasima, Thailand, after winning a total of 38 medals comprising 13 gold, 15 silver and 10 bronze |
|
Zii Jia lonjak 24 anak tangga ranking BWF - Sinarharian - 27/01 6:02 pm PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kini menghuni kelompok 80 terbaik dunia dalam ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang diumumkan hari ini.Juara All England 2021 itu yang mara ke pusingan kedua Masters Indonesia 2026 minggu lepas berjaya melonjak 24 anak tangga ke kedudukan 79 dunia dengan mengumpul 22,440 mata.Leong Jun Hao kekal sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu negara selepas mendaki satu anak tangga ke kedudukan 29 dunia dengan 45,691 mata.Zii Jia mempamerkan petanda positif Rabu lepas apabila menamatkan kemarau kemenangan selama 10 bulan dengan menewaskan pemain India H.S. Prannoy 21-19, 21-11 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan Super 500 itu.Bagaimanapun, perjuangan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu di Istora Senayan, Jakarta berakhir selepas tewas 21-15, 17-21, 8-21 kepada pemain Thailand Panitchaphon Teeraratsakul.Zii Jia bergelut dengan kecederaan beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kecederaan buku lali pada Kejohanan Akhir Jelajah Dunia Disember 2024 dan masalah belakang semasa Masters China September lepas.Pemain kelahiran Kedah berusia 27 tahun itu membuat kemunculan semula pada Terbuka Malaysia 2026 awal tahun ini, selepas berehat selama 111 hari.Dalam kategori perseorangan wanita, pemain kebangsaan K |
|
Virus Nipah: KKM tingkat kawalan kesihatan di semua pintu masuk negara - Sinarharian - 27/01 11:17 am PUTRAJAYA Kawalan kesihatan di semua pintu masuk negara akan dipertingkatkan secara berperingkat susulan laporan jangkitan virus Nipah yang dilaporkan berlaku di India.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang memantau secara rapi perkembangan situasi berkenaan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta komunikasi dua hala bersama pihak berkuasa berkaitan."KKM menegaskan bahawa langkah kawalan kesihatan di sempadan sentiasa dikekalkan dan akan dipertingkatkan secara berperingkat mengikut perkembangan penilaian risiko serta kemas kini epidemiologi rasmi," katanya pada Selasa.Jelas kementerian itu, sebarang langkah kesihatan awam selanjutnya akan diputuskan berdasarkan maklumat yang telah disahkan dan penilaian risiko yang teliti, selaras dengan dasar nasional serta prosedur sedia ada."Tahap kesiapsiagaan kesihatan awam di pintu masuk negara, termasuk lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan laut dan pintu sempadan darat, terus beroperasi secara konsisten mengikut protokol yang telah ditetapkan."Langkah-langkah itu merangkumi pemantauan kesihatan dan saringan berasaskan risiko terhadap pengembara, laluan rujukan yang jelas bagi pengembara bergejala atau disyaki menghidap penyakit serta kesiapsiagaan operasi Pasukan Perubatan Kecemasan (Emergency Medical Team, EMT) selaras dengan garis panduan penyakit berjangkit sedia ada," ujar KKM.Jumaat lalu, beberapa kes jangkitan virus Nipah telah disahkan di negeri West Bengal, India, termasuk dalam kalangan petugas kesihatan di sebuah hospital swasta, di mana lebih 100 individu telah ditempatkan di bawah kuarantin bagi membendung penyebaran penyakit itu yang mempunyai kadar kematian tinggi dan tiada kaedah rawatan khusus setakat ini.Virus Nipah ialah penyakit zoonotik yang boleh menular daripada haiwan ke manusia serta melalui kontak rapat antara manusia, menyebabkan gejala seperti demam, masalah pernafasan dan keradangan otak dan ia kini menjadi tumpuan pihak berkuasa kesihatan di India serta pengawasan oleh agensi seperti WHO.Susulan laporan tersebut, beberapa negara Asia telah memperketat langkah kawalan kesihatan bagi mengurangkan risiko penularan rentas sempadan.Thailand, Nepal dan Taiwan antara yang meningkatkan saringan kesihatan di lapangan terbang serta pada laluan sempadan utama termasuk pemeriksaan suhu badan, pemantauan gejala dan pengaktifan semula protokol saringan ala Covid-19 bagi penumpang yang tiba dari kawasan berisiko.Taiwan juga merancang mengklasifikasikan jangkitan virus Nipah sebagai penyakit wajib lapor kategori tertinggi dalam sistem kawalan penyakitnya untuk mempercepat pelaporan dan tindakan kawalan |
|
Sabah athletes win 10 events at 13th Asean Para Games - BorneoPost - 27/01 9:13 am KOTA KINABALU (Jan 27): Sabah para athletes delivered a strong performance at the recently concluded 13th Asean Para Games (APG) in Nakhon Ratchasima, Thailand, contributing a total of 10 gold, 15 silver and 15 bronze medals to the national contingent |
|
Sarawak bowling trio win three events at Asean Para Games - BorneoPost - 27/01 8:39 am KUCHING (Jan 27): Marcos Chang Hao Hong and Wong Kee Soon bagged Malaysia’s sixth gold medal of the 13th Asean Para Games (APG) Thailand at Blu-O Ryhthm and Bowl Espanade Ratchada on Sunday |
|
Operasi Noda, polis cekup 26 individu - Sinarharian - 27/01 8:21 am ISKANDAR PUTERI Seramai 26 individu dicekup hasil serbuan ke premis hiburan dan pusat urut sekitar bandaraya ini menerusi Operasi Noda yang dilaksanakan dari awal pagi Ahad hingga petang Isnin.Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kesemua individu berkenana ditahan dalam serbuan yang dilakukan di lima premis hiburan dan tiga pusat di kawasan Bukit Indah, Mutiara Rini, Nusa Bestari dan di sekitar bandaraya ini."Hasil serbuan polis Iskandar Puteri bersama-sama Pasukan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan 26 orang atas pelbagai kesalahan."Kesemua yang ditahan melibatkan enam lelaki dan seorang wanita warga tempatan, Myanmar (tiga lelaki, empat wanita), Vietnam (dua lelaki, dua wanita), Thailand (dua wanita) dan China (satu lelaki, lima wanita) berusia antara 21 hingga 58 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah Kumarasan, hasil semakan mendapati lima individu yang ditahan mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah termasuk seorang daripadanya mempunyai rekod masih dikehendaki bersabit kes dadah.Katanya, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati seorang suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine."Hasil serbuan itu, polis turut merampas tiga unit komputer riba, mixer (dua unit), DJ controller (tiga unit), lima unit mikrofon tanpa wayar, speaker (tiga unit), resit perniagaan (22 keping), satu unit tetikus serta speaker dan sekeping Malaysia National QR,"Selain itu tiga helai kertas jadual kerja, pakej urutan (empat keping kertas pakej urutan dan harga), minyak urut (lapan botol), punch card (empat keping), tuala (sembilan), tisu (tiga peket) dan wang tunai berjumlah RM5,616."Kes disiasat bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor, Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1953/63, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.," katanya |
|
Sarawak boosts Thailand market presence at international tourism exhibition - BorneoPost - 26/01 9:14 pm KUCHING (Jan 26): Building on three consecutive years of presence in Thailand’s travel marketplace, the Sarawak Tourism Board (STB) continued its engagement at the Thai International Travel Fair (TITF) Bangkok 2026, held at the Queen Sirikit National Convention Centre (QSNCC) from Jan 22 to 25 |
|
Malaysians advised to prepare well before making Hat Yai trip during CNY - Sinardaily - 26/01 7:28 pm KRABI - Malaysians planning to travel to Hat Yai during the Chinese New Year holidays next month are advised to make thorough preparations, particularly by ensuring they have appropriate health and vehicle insurance coverage before embarking on their journey to southern Thailand.Malaysias Consul-General in Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi said travellers should ensure that their motor insurance policies include flood coverage as an early precaution, taking lessons from the flooding that hit Hat Yai in late November last year."The situation in Hat Yai is now safe and the roads have been cleared, he told reporters at the Ziarah Mahabbah to the Andaman Region 2026 programme organised by the Perlis Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPs), which took place here from Jan 23 until yesterday.According to him, about 60 per cent of hotels and around 50 per cent of eateries in Hat Yai have resumed operations following the floods."I was informed that with the Chinese New Year holidays coming up, they (hotel operators) are making efforts to reopen up to 80 per cent of the hotels that were previously closed due to the floods, he said, adding that most major tourist attractions have also reopened to the public, like the Lee Garden Night Market and Kim Yong Market.Ahmad Fahmi said the Thai government has estimated total losses in Hat Yai and surrounding areas due to the floods at RM1.3 billion, involving damages to properties and premises as well as the loss of economic activities.Meanwhile, the Ziarah Mahabbah programme which entered its 11th edition was led by the Raja Muda of Perlis, who is also the President of MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail while also in attendance was the Raja Puan Muda of Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.MAIPs chief executive officer Mohd Nazim Mohd Noor, as well as the Board of Directors of the MAIPs Asnaf Transformation Academy (ATAM) also took part in the programme.Among the programmes highlights include the annual audience ceremony on the Raja Muda of Perlis by the heads or representatives of the Islamic Religious Councils (MAI) of the six Andaman provinces, namely Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun.Tuanku Syed Faizuddin and Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen also graced the promotion of Perlis signature dish, Kurma Daging and the Visit Perlis Year 2024-2026 as part of the programme |
|
13 nations targeted for Sarawak International Boxing Championships in Miri - BorneoPost - 26/01 8:40 am The Sarawak Amateur Boxing Association (Saba) president said the exact dates of the tournament are not finalised yet. Boxers from the Philippines, Thailand, Sri Lanka, [...] The post 13 nations targeted for Sarawak International Boxing Championships in Miri appeared first on Borneo Post Online . |
|
Imigresen tegas tolak budaya ‘angkat tangan’ di Kompleks ICQS, .. - Mgazette - 25/01 7:06 pm # Imigresen tegas tolak budaya 'angkat tangan' di Kompleks ICQS, sedia ambil tindakan - KP KOTA BHARU - Jabatan Imigresen (JIM) tidak akan sesekali berkompromi dalam hal pelaksanaan tugas di pintu masuk negara termasuk sebarang amalan dikenali sebagai budaya angkat tangan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata berdasarkan rekod, pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berkaitan dakwaan amalan tersebut di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand, termasuk ketika musim sibuk |
|
Festival Titih Pusaka 2026 angkat pesona warisan - Sinarharian - 25/01 8:06 am FESTIVAL Titih Pusaka 2026 berjaya memperkukuh kesinambungan pengetahuan seni budaya tradisional dan mendekatkan warisan kepada masyarakat umum.Penganjuran festival yang berlangsung selama tiga hari itu berjaya menarik hampir 10,000 pengunjung termasuk penyertaan negara dari China, Indonesia, Kemboja, Thailand dan Singapura.Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Profesor Madya Dr Zulkifli Ab Rashid berkata, festival itu bukan sekadar acara hiburan tetapi wadah pemeliharaan akar budaya bangsa.Menurutnya, komitmen itu menjadi jambatan antara generasi ke generasi serta antara institusi dan masyarakat demi memastikan warisan seni budaya Malaysia terus hidup."Festival ini bertujuan menampilkan keunikan dan kepelbagaian warisan seni tradisi masyarakat melalui pengalaman budaya secara langsung."Di samping itu, ia mengangkat martabat seni budaya sebagai produk pelancongan budaya bernilai tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa."Festival ini turut menyokong agenda Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Festival Titih Pusaka 2026 bertema Dari Generasi ke Generasi yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff di Padang Merbok, Kuala Lumpurpada Sabtu.Tambah Zulkifli, festival berkenaan menjadi wadah penting dalam memperkayakan penawaran pelancongan seni budaya negara dengan pengalaman unik yang berteraskan identiti tempatan dan nilai warisan."Penganjurannya juga selari dengan aspirasi Kerajaan Madani yang menekankan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat dan ihsan."Aswara percaya bahawa seni dan budaya merupakan instrumen penting dalam pembinaan jati diri, penyatuan masyarakat majmuk serta pembentukan insan yang seimbang dan berbudaya tinggi," katanya.Pada majlis itu, Mohd Yusri menyampaikan Anugerah Bakat Muda Harapan Seni Tradisi kepada Ahmad Marzuki Nor-Din, Aiman Syawal Merican Mohd Shaiful Izham dan Cheng En Qi.Selain itu, Anugerah Pempengaruh Seni Tradisi turut disampaikan kepada SMSM Production dan Azizzul Haqim Md Anuwar manakala, Warisan Indera Sukma daripada Universiti Malaysia Kelantan dinobatkan sebagai johan pertandingan Dikir Barat Mega.Festival yang akan melabuhkan tirai pada Ahad meriah dengan pelbagai aktiviti seperti pameran seni dan kraf tradisional, demonstrasi oleh tokoh seni dan adiguru, bengkel, pertandingan Dikir Barat Mega, forum dan wacana akademik.Pelbagai disiplin seni diketengahkan sepanjang festival termasuk tari, muzik, teater, animasi, penulisan, seni visual, sastera dan filem pendek yang memperlihatkan keluasan landskap seni di Malaysia serta potensi integrasi antara seni tradisi dan kontemporari. |
|
Prestasi ringgit antara terbaik di Asia hasil kestabilan politik, tatakelola baik - Anwar - Sinarharian - 24/01 2:19 pm PERMATANG PAUH - Prestasi ringgit sebagai salah satu mata wang terbaik di Asia membuktikan keberkesanan dasar tatakelola kerajaan serta kestabilan politik negara yang semakin diyakini pelabur.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan nilai ringgit bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil usaha berterusan kerajaan dalam memastikan keamanan negara, pentadbiran yang cekap serta ketegasan membanteras rasuah dan penyelewengan."Politik kena kuat dan stabil. Kita lihat di beberapa negara jiran, termasuk Thailand dalam tempoh dua hingga tiga tahun sudah bertukar empat atau lima Perdana Menteri |
|
Phuket Attack: Memori persahabatan - Sinarharian - 24/01 1:06 pm Tetapi itu bukanlah masalah utama buat rider kental seperti kami.Perjalanan kami bermula dari R&R Rawang dalam keadaan hujan lebat, memaksa aku mengenakan raincoat hingga ke sempadan. Tepat jam 10 malam, kami bergerak menuju pintu sempadan Bukit Kayu Hitam.Di Changlun, kami berhenti seketika menguruskan insurans, mengisi minyak dan menukar mata wang baht Thailand |
|
From recipients to contributors: Perlis Raja Muda urges holistic human capital push for asnaf community - Malaymail - 24/01 10:07 am KRABI (Thailand), Jan 24 The Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, said the Asnaf Transf... |
|
Beri alasan masuk sekejap, pemandu roktu Thailand elak permit ICP - Sinarharian - 24/01 8:11 am TANAH MERAH - Alasan nak masuk sekejap saja menjadi helah biasa pemandu van persendirian Thailand atau lebih dikenali sebagai roktu untuk mengelak keperluan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) ketika memasuki negara ini di Kelantan.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, hasil operasi mendapati majoriti kenderaan persendirian asing itu dikesan menyalahgunakan kelonggaran radius dua kilometer (km) dari pintu sempadan Malaysia-Thailand untuk membawa penumpang bagi tujuan pelancongan."Alasan paling kerap diberikan ialah masuk sekejap, namun pemeriksaan mendapati mereka sebenarnya bergerak melebihi jarak yang dibenarkan."Selain itu, mereka juga melakukan kesalahan membawa pelancong dalam kenderaan yang didaftarkan sebagai kenderaan persendirian," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai Ops Khas Tunggak dan Teknikal di Stesen Penguat Kuasa JPJ Bukit Bunga di sini pada Jumaat.Menurutnya, antara modus operandi yang dikesan ialah penumpang diturunkan sebelum melepasi pemeriksaan di pintu masuk sempadan, pemandu masuk tanpa membawa penumpang sebelum penumpang menaiki semula kenderaan di luar kawasan sempadan.Kata beliau, ada pemandu juga dipercayai sengaja mengelak pendaftaran ICP sekali gus menimbulkan kebimbangan terlibat dengan aktiviti lain yang menyalahi undang-undang kerana masuk ke negara ini tanpa rekod rasmi."Kenderaan persendirian tidak dibenarkan membawa pelancong, namun dalam operasi ini, sembilan daripada 10 roktu didapati melakukan kesalahan tersebut," katanya.Dalam operasi terkini bermula 16 hingga 23 Januari lalu, sebanyak 67 kenderaan diperiksa dengan 42 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan melibatkan ICP dan teknikal termasuk cermin gelap serta pemasangan tirai atau langsir, membabitkan keseluruhan kutipan saman berjumlah RM6,750.Tambah Mohd Misuari, kesalahan turut direkodkan bagi kegagalan mempamerkan ICP mengikut ketetapan termasuk hanya meletakkannya di papan pemuka dan bukan di cermin kenderaan."Jika berada dalam radius dua kilometer dari pintu sempadan, ICP tidak diperlukan."Namun apabila bergerak melebihi jarak itu, permit wajib ada, tetapi ramai pemandu berani melanggar syarat ini," katanya.Beliau turut memaklumkan JPJ Kelantan menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan kenderaan yang gagal mematuhi undang-undang selain boleh diarahkan berpatah balik serta-merta.Mengulas statistik sepanjang tahun lalu, beliau berkata Operasi Khas Tunggak JPJ Kelantan mengeluarkan 277 notis saman P22 melibatkan 182 saman pemandu dan 95 saman kenderaan dengan jumlah kutipan mencecah RM99,100."Kes paling tinggi ialah pameran ICP tidak mengikut ketetapan dengan 139 notis saman dikeluarkan dan kutipan melebihi RM54,000, diikuti 70 saman cermin gelap dengan kutipan RM21,250 serta 25 kes tiada ICP dengan kutipan RM12,000."Kebanyakan pemandu mempunyai rekod saman lampau," katanya. |
|
Jojo lawan 'bidan terjun' di ONE Friday Fights 141 - Sinarharian - 24/01 7:00 am BINTANG muda ONE Championship negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bakal berdepan cabaran baharu apabila dijadualkan menentang petarung Myanmar, Ye Yint Naung di pentas ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada 6 Februari ini.Perlawanan Muay Thai kelas flyweight itu diatur selepas lawan asalnya, Sean Climaco terpaksa menarik diri akibat kecederaan kaki.Johan, 19, sebelum ini sepatutnya beraksi pada ONE Fight Night 39 pada 24 Januari lalu, namun pertarungan berdepan Climaco dibatalkan susulan kecederaan dialami petarung Filipina-Amerika berkenaan.Dalam penampilan terakhir pada ONE Fight Night 35, September lalu, Johan meraih kemenangan technical knockout (TKO) pusingan pertama ke atas petarung Maghribi, Zakaria El Jamari.Kemenangan tersebut sekali gus mengembalikan keyakinannya selepas dua kekalahan berturut-turut sejak menandatangani kontrak rasmi bernilai kira-kira RM400,000.Dengan momentum positif di tangan, Johan dijangka mampu meneruskan rentak kemenangan ke atas Yint Naung yang bakal membuat penampilan sulung di pentas ONE Championship.Johan memulakan langkah dalam ONE Championship pada 24 Februari 2023 dengan penuh bergaya apabila hanya memerlukan 16 saat untuk menewaskan wakil Thailand, Padetsuk Fairtex menerusi kemenangan KO.Untuk rekod, Johan yang mewakili Rentap Muay Thai Gym kini mengumpul tujuh kemenangan daripada 10 pertarungan di pentas ONE Championship. |
|
Wei Chong-Kai Wun kempunan pertahan kejuaraan Masters Indonesia - Sinarharian - 23/01 11:06 pm HASRAT beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wununtukmempertahankan kejuaraan Masters Indonesia tidak kesampaian apabila terpaksa akur ditundukkan gandingan tuan rumah Moh Reza Pahlevi Isfahani- Sabar Karyaman Gutama pada Jumaat.Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, menyaksikanpasangan nombor enamdunia itu tewas 20-22, 19-21dalam perlawananselama 38minit.Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsanitidak berdepan masalah menempah slot keseparuh akhir selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Song Hyun Cho-Lee Jing Min 21-17, 21-13 dalam tempoh 34 minit pada aksi suku akhir.Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual bertemu pemenang perlawanan antara gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dengan kombinasi Korea Selatan-Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem bagi perebutan tiket ke finalesok.Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah turut menepati ramalan mara ke separuh akhir selepasmudah menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim Yu Jung-Lee Yu Lim 21-15, 21-9 dalam tempoh 29 minit.Menanti beregu nombor dua duniaitu adalah gandingan nombor 16 dunia dari Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan atau wakil tuan rumah, Lanny Tria Mayasari-Apriyani Rahayu pada aksi separuh akhir.Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mengesahkan slot separuh akhir selepas gandingan ranking keempat dunia itu menyingkirkan pasangan Singapura-Indonesia, Terry Hee-Gloria Emanuelle Widjaja 21-16, 21-19.Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei dijadual berdepan cabaran sukar untuk ke final apabila akan bertemu pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada aksi separuh akhiresok.Dalam kategori perseorangan wanita, pemain negara, K Letshanaa berjaya menundukkan pilihan keenamkejohanan dari Taiwan, Huang Yu-Hsun 21-17, 21-18dan dijadual bertemu pemain Thailand, Pitchamon Opatniputh di separuh akhir |
|
Masters Indonesia: Letshanaa cemerlang tempah slot separuh akhir - Sinarharian - 23/01 5:28 pm PERSEORANGAN wanita negara, K Letshanaa meneruskan rentak cemerlang di Istora Senayan, Jakarta apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia sebentar tadi.Dalam aksi suku akhir tersebut, pemain yang kini menghuni ranking ke-42 dunia itu mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan wakil Taiwan, Huang Yu-hsun.Letshanaa tidak menunggu lama untuk mengesahkan kemenangan apabila mencatat keputusan straight set 21-17, 21-18, sekali gus menempah tiket ke kelompok empat terbaik esok.Perjalanan wakil negara itu dalam kejohanan kali ini wajar diberi pujian apabila beliau konsisten mencipta kejutan sejak awal saingan.Terdahulu pada pusingan pertama, Letshanaa berjaya menewaskan seorang lagi pemain Taiwan, Hsu Wen-chi sebelum melakar kejutan menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Kanada, Michelle Li pada pusingan kedua.Fokus Letshanaa kini terarah kepada aksi separuh akhir pada Sabtu dan dijadualkan bertemu lawan dari Thailand, Pitchamon Opatniputh dalam misi memburu tempat ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf Super 500 itu. |
|
Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Indonesia - Sinarharian - 22/01 8:29 pm KUALA LUMPUR - Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 selepas menyingkir wakil Taiwan Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao.Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta hari ini, pasangan di kedudukan kedua dunia itu mudah menewaskan Xiao Min-Yu Qiao, 21-13, 21-12 dalam masa 48 minit.Menanti Pearly-Thinaah di suku akhir sama ada pasangan Jepun Kaho Osawa-Mai Tanabe atau gandingan Korea Selatan Kim Yu Jung-Lee Yu Lim yang akan membuat perhitungan bagi pusingan kedua sebentar lagi.Dalam pada itu, beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mara ke suku akhir selepas menewaskan gandingan India Hariharan Amsakarunan-M R Arjun, 21-17, 9-21, 21-16 dalam masa 54 minit.Cabaran getir menanti Wei Chong-Kai Wun di suku akhir esok apabila dijadual bertemu pasangan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang juga nombor tujuh dunia.Perseorangan wanita negara K. Letshanaa juga melangkah ke suku akhir selepas mengatasi pilihan keenam kejohanan dari Kanada Michelle Li, 21-14, 21-14.Berbeza nasib bagi perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang terpaksa pulang awal apabila ditewaskan pemain Thailand Panitchaphon Teeraratsakul, 21-15, 17-21, 8-21.Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi turut tewas kepada pilihan kelima kejohanan dari China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 13-21, 19-21 |
|
Zii Jia terkandas pusingan kedua Indonesia Masters - Sinarharian - 22/01 5:17 pm PERJALANAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam saingan Indonesia Masters berakhir apabila tersingkir di pusingan kedua pada Khamis.Zii Jia yang turun dengan motivasi tinggi susulan kemenangan menewaskan jaguh India, HS Prannoy pada Rabu, bagaimanapun gagal meneruskan momentum tersebut apabila tewas di tangan pemain Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul.Dalam aksi yang berlangsung selama 57 minit itu, Zii Jia memulakan permainan dengan baik apabila memenangi set pertama 21-15.Namun, lawan yang menghuni ranking ke-44 dunia itu bangkit memperkemaskan permainan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum Zii Jia akur dengan kekalahan 'rubber set' 21-15, 17-21, 8-21.Sementara itu, nasib berbeza dialami kem beregu campuran negara apabila pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mengesahkan tiket ke suku akhir.Gandingan itu tidak berdepan masalah menewaskan pasangan Thailand, Pakkpon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-18.Bagaimanapun, beregu lelaki profesional negara, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong gagal mengikut jejak langkah tersebut apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-16, 21-17. |
|
Economic dogma blocks pragmatic policies - Sinchew - 22/01 4:46 pm Capital even fled the Philippines, which had received little finance, because it was in Southeast Asia, the wrong neighborhood. After earlier celebrating Malaysia, Indonesia, and Thailand as East Asian miracle economies, confidence in Southeast Asian investments fell suddenly |
|
I miss them a lot: Leaving her daughters behind to train, para athlete from Padawan claims record-breaking APG gold - BorneoPost - 22/01 4:33 pm KUCHING (Jan 22): Leaving her two daughters at home was one of the hardest decisions Colorine Sijang ever made — but it paid off when the 47-year-old clinched gold in the women’s F40/F41 discus throw at the Asean Para Games (APG) Thailand 2025 |
|
Safe house seludup migran terbongkar, tujuh warga Bangladesh ditahan - Sinarharian - 22/01 7:56 am KUALA LUMPUR Sebuah unit pangsapuri servis yang dijadikan rumah penampungan sementara atau safe house untuk aktiviti penyeludupan migran terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tujuh lelaki warga Bangladesh dalam operasi di Taman Maluri di sini pada Selasa.Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam operasi tersebut, pasukan JIM telah menahan lima lelaki berusia 27 hingga 44 tahun disyaki sebagai migran yang diseludup."Kita turut menahan dua lelaki berusia 56 tahun dan 28 tahun, masing-masing dipercayai berperanan sebagai pengatur penjaga 'safe house' serta penghantar (transporter) bagi rangkaian sindiket," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Zakaria berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasport milik migran berkenaan tidak mempunyai sebarang cap pengesahan masuk yang sah ke Malaysia."Sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai digunakan untuk tujuan pengangkutan migran turut disita," katanya.Beliau berkata, operasi itu turut menggunakan pendekatan pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0."Operasi ini dijalankan hasil maklumat risikan berkaitan kegiatan penyeludupan migran melibatkan warga Bangladesh yang memasuki negara ini secara haram melalui laluan tidak sah (jalan tikus) di Kelantan."Hasil risikan mendapati migran diseludup mempunyai kaitan dengan 'Sindiket Iqbal' yang berjaya ditumpaskan oleh JIM baru-baru ini di Kelantan," katanya.Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah melakukan aktiviti penyeludupan migran melalui laluan darat."Premis di Taman Maluri dikenal pasti dijadikan sebagai 'safe house' bagi migran yang baru tiba dari Pantai Timur."Migran berkenaan dipercayai dibawa masuk melalui laluan darat yang tidak sah di sekitar sempadan Malaysia - Thailand sebelum dihantar ke destinasi seterusnya," katanya.Zakaria berkata, kesemua tahanan telah dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] serta Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]."JIM sentiasa komited dalam usaha membanteras segala bentuk penyeludupan migran dan pemerdagangan orang."Tindakan undang-undang tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu, sindiket, majikan atau pemilik premis yang menggaji, melindungi atau bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI), serta warga asing yang memasuki atau tinggal di negara ini tanpa kebenaran sah," tegasnya. |
|
Anak Sarawak bukti usia bukan halangan raih emas, cipta rekod Sukan Para ASEAN - Sinarharian - 21/01 11:27 pm NAKHON RATCHASIMA - Atlet lempar cakera negara Colorine Sijang, 47, membuktikan usia bukan jadi penghalang untuk mempamerkan semangat juang seterusnya muncul juara acara wanita F40,F41 pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025.Atlet kelahiran Kuching, Sarawak itu menghadiahkan pingat emas buat negara hasil lontaran sejauh 12.82 meter (m) di Stadium His Majesty the Kings 80th Birthday Anniversary, sekali gus mencipta rekod baharu temasya.Catatan tersebut memadam rekod lama milik atlet Thailand Kannikon Yaemmali (10.83m) yang dicipta pada edisi APG Solo, Indonesia 2022.Tambah bermakna kejayaan Colorine hadir pada penampilan sulungnya di APG, dengan menyifatkan pencapaian itu hasil keazaman tinggi untuk terus memperbaiki prestasi diri selepas beraksi pada Para Sukma Sarawak 2024."Saya cuma mahu buat yang terbaik |
|
Masters Indonesia 2026: Pang Ron-Su Yin mara, Jimmy-Pei Jing kandas - Sinarharian - 21/01 12:50 am BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meneruskan perjuangan dalam saingan Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini.Beregu ranking ke-20 dunia itu melepasi pusingan pertama kejohanan berstatus Super 500 berkenaan selepas menewaskan gandingan Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard 13-21, 21-6, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan.Menanti mereka di pusingan kedua, sama ada beregu China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui atau Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh dari Taiwan.Sementara itu, perjuangan satu lagi beregu campuran negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terhenti di pusingan pertama.Jimmy-Pei Jing tewas kepada gandingan tuan rumah, Dejan Ferdinansyah-Bernadine Anindya Wardana 10-21, 17-21 |
|
Student vaping rises despite vape control act - Sinardaily - 21/01 9:24 am This enables nicotine to enter the bloodstream more quickly."Not to mention, the harshness normally experienced when inhaling tobacco smoke is no longer felt when vape users inhale aerosol from vape devices, he said.For underage users, he warned, the danger is multiplied because the brain is still developing - and vaping could disrupt that process."Brain development can continue until the age of 25, he said.He added that vape use can harm health and lead to nicotine addiction, making it even harder to quit."There is a lot of documentation from smokers who switched to vape and later admitted it became harder to quit after getting involved with electronic cigarettes."This is one of many reasons why vape should be treated as a prohibited product and banned nationwide. Neighbouring countries such as Thailand, Singapore and Brunei have banned vape for a long time |
|
Polis Thailand mohon kerjasama Malaysia kes wanita disyaki tokan dadah - Sinarharian - 20/01 9:33 pm PASIR MAS - Polis Thailand memohon kerjasama pihak berkuasa Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan seorang wanita rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi tokan dadah dan disyaki melarikan diri ke Thailand, susulan rampasan ganja bernilai RM1.82 juta oleh polis Malaysia, awal bulan ini.Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Thun Sirikhunt berkata, pihaknya setakat ini gagal mengesan suspek dikenali sebagai Luna, berusia lingkungan 30-an, walaupun usaha pencarian telah dijalankan.Bercakap kepada media Malaysia pada Selasa menerusi penterjemah tempatan, beliau berkata, pihaknya telah memohon maklumat lanjut daripada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan dan usaha mengesan suspek."Maklumat awal yang diperoleh mendapati wanita berkenaan dipercayai mempunyai dua kerakyatan |
|
Visit Malaysia 2026: A gateway to rediscovering culture and heritage - Sinchew - 20/01 6:23 pm For example, the "Cool Japan" initiative in Japan resulted in a tourism boom that emphasized the country's cultural heritage, which in turn drove substantial economic development and an influx of visitors. In the same vein, Thailand's emphasis on community-based tourism has resulted in the creation of employment opportunities and the revitalization of rural regions |
|
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar susulan ketegangan AS-EU memuncak - Sinarharian - 20/01 9:45 am KUALA LUMPUR -Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),menjejaki Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah susulanketegangan antara AS dan Kesatuan Eropah (EU) memuncak susulan kenyataan baharu oleh pentadbiran Presiden AS Donald Trump mengenai Greenland.Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada4.0475/0575daripada 4.0520/0570 semasa ditutup pada Isnin.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY turun0.35 peratus kepada 99.050 mata, menunjukkanperalihan yang jelas kepada sentimen penghindaran risiko dengan emas muncul sebagai aset selamat untuk pedagang dan pelabur.Beliau juga berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuranpertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global 2026 sebanyak 0.2 mata peratusan kepada 3.3 peratus.Disokong oleh pelaburan lebih kukuh dalam kecerdasan buatan (AI), keadaan monetari yang akomodatif dan rangsangan fiskal, dijangka membantu mengimbangi kelemahan, berpunca daripada gangguan kepada dasar perdagangan."Dalam perkembangan sama, jangkaanpertumbuhan KDNK Malaysia 2026 telah disemak semula sebanyak 0.3 mata peratusan kepada 4.3 peratus."Oleh itu, kami menjangkakan ringgit akan kekal dalam diniagakan dalamjajaran kecil memandangkan mod penghindaran risiko terhadap penilaian positif oleh IMF terhadap keadaan ekonomi global," katanya kepada Bernama.Ringgit diniagakan bercampur-campurberbanding sekumpulan mata wang utama.Ia naik berbanding yen Jepun kepada2.5591/5656 daripada2.5657/5692 pada Isnin, melonjak berbanding pound Britain kepada5.4313/4448 daripada5.4321/4388 tetapi turun berbandingeuro kepada4.7109/7225 daripada4.7100/7159.Dalam pada itu, ringgit didagangkankebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.Unit tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1491/1571 daripada3.1521/1562, menambah berbanding baht Thailand kepada12.9454/9886 daripada12.9623/9845 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada238.7/239.4 daripada239.0/239.3.Bagaimanapun, ia berubah sedikit berbanding peso Filipina pada6.81/6.83 daripada6.81/6.82 |
|
AirBorneo eyes peninsular routes ahead of regional expansion - FMT - 19/01 7:48 pm Sarawak minister Abdul Karim Rahman Hamzah says the new airline could begin expanding to regional destinations such as Indonesia, Thailand, Singapore and the Philippines from 2027. |
|
Pemandu van Thailand didakwa langgar gadis hingga maut di lampu isyarat - Sinarharian - 19/01 1:20 pm JITRA - Seorang pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di Napoh, Khamis lalu.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Yusof Senkonam, 60, memandangkan dia tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri.Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa memandu van jenis Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22.Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, di sini kira-kira pukul 10.30 malam, 15 Januari lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan 8 Februari depan bagi mendapatkan jurubahasa Thailand sementara tertuduh tidak ditawarkan jaminan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah van yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh.Kemalangan menyebabkan Fatin Nursyafikah dari Kampung Bukit Beruas di sini meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan. |
|
Ops Naga: 5,329 kru warga asing diberkas, rampasan lebih RM203 juta - Sinarharian - 18/01 1:23 pm PUTRAJAYA Seramai 5,329 kru diberkas melibatkan 628 bot nelayan asing yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam Ops Naga sejak Mei 2019 hingga Disember 2025 lalu.Statistik turut merekodkan jumlah keseluruhan tangkapan membabitkan rampasan berjumlah RM203.44 juta.Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, Ops Naga digerakkan secara berterusan sejak Mei 2019 lalu."Operasi ini dijalankan bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing yang menjalankan aktiviti perikanan haram di perairan negara khususnya dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia."Ia merupakan langkah tegas dalam memastikan keselamatan perairan negara, melindungi sumber perikanan tempatan serta mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia," katanya pada Ahad.Ujarnya, daripada keseluruhan 628 bot nelayan asing yang ditahan, majoritinya berasal dari Vietnam iaitu 469 bot, diikuti Indonesia (112 bot), Thailand (59 bot) dan China (10 bot)."Tangkapan tertinggi direkodkan pada 2019 dengan 197 buah, diikuti 2020 (135), 2021 (100), 2022 (56), 2023 (56), 2024 (65) dan sehingga Disember 2025 sebanyak 19 buah."Nilai rampasan mengikut tahun pula merekodkan RM24.4 juta pada 2019, RM5.16 juta (2020), RM35.4 juta (2021), RM13.2 juta (2022), RM5.98 juta (2023), RM106.7 juta (2024) dan RM12.6 juta pada 2025," katanya.Menurutnya, jumlah rampasan yang mencecah ratusan juta ringgit itu membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam membanteras pencerobohan perairan serta memastikan aktiviti perikanan dijalankan secara sah dan terkawal."Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara," katanya. |
|
Polis Kelantan bantu Thailand kesan suspek bom dipercayai lolos ke negara ini - Sinarharian - 18/01 12:12 am KOTA BHARU - Polis Kelantan membantu pihak berkuasa negara jiran dalam usaha mengesan suspek yang terbabit dalam insiden pengeboman di 11 stesen minyak di Selatan Thailand, yang dipercayai melarikan diri ke Malaysia.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, beliau sudah mengarahkan pasukan cawangan khas untuk melakukan siasatan dan pemantauan bagi mengesan kedudukan suspek."Kita sudah berhubung dengan pihak berkuasa di negara berkenaan untuk mendapatkan maklumat bagi membantu mereka," katanya pada sidang mediaselepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.Mohd Yusoff berkata, mengikut kenyataan pihak berkuasa di sana, pada hari pertama kejadian, mereka memberitahu pelaku sudah lari ke negara ini.Media sebelum ini melaporkan, sebahagian daripada kumpulan yang mengebom 11 stesen minyak di Selatan Thailand dipercayai melarikan diri ke Malaysia selain bersembunyi di kawasan pergunungan dan hutan berhampiran sempadan.Sumber keselamatan berkata, salah seorang daripada dua suspek yang ditahan kelmarin didapati membuat persiapan untuk melarikan diri ke Malaysia semasa serbuan dijalankan di Mukim Tha Saap, daerah Mueang, Yala.Menurut sumber itu, hasil soal siasat awal oleh pasukan khas Bahagian Siasatan Polis Wilayah Yala mendapati suspek berusia 39 tahun berkenaan merancang untuk melarikan diri ke Malaysia dalam masa terdekat. |
|
Sindiket 'Iqbal' seludup migran guna laluan tikus tumpas, raih untung RM1.5 juta - Sinarharian - 18/01 11:47 am KOTA BHARU Sindiket penyeludupan migran didalangi seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Iqbal dipercayai terlibat membawa masuk pendatang asing melalui laluan tikus di sekitar sempadan MalaysiaThailand ditumpaskan menerusi satu operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Sabtu.Operasi hasil risikan dan maklumat awam itu turut membongkarkan sindiket yang dipercayai beroperasi dari Thailand itu.Lebih mengejutkan, sindiket terbabit dipercayai mengaut keuntungan keseluruhan dianggarkan mencecah RM1.5 juta hasil daripada aktiviti penyeludupan migran secara haram itu.Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi berkenaan dijalankan Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA), Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Negeri Kelantan."Serbuan melibatkan sebuah premis terpencil di kawasan kampung yang dipercayai dijadikan rumah penampungan bagi migran yang dibawa masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah."Premis berkenaan digunakan sebagai markas transit sementara untuk menempatkan migran sebelum dihantar ke lokasi destinasi seterusnya di dalam negara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, lokasi premis yang sukar dikesan itu dipercayai dipilih bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain memudahkan pergerakan sindiket berkenaan."Serbuan turut menahan seramai 12 warga Bangladesh terdiri daripada 11 lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 54 tahun."Turut ditahan seorang lelaki warga Myanmar etnik Rohingya berusia 27 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penjaga rumah penampungan tersebut," katanya.Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua migran terbabit memasuki negara ini melalui laluan darat yang tidak diwartakan di sekitar sempadan MalaysiaThailand."Mereka ditempatkan di premis berkenaan sementara menunggu baki bayaran kemasukan dilunaskan sebelum dihantar ke lokasi destinasi seterusnya."JIM kini giat mengesan pemilik premis warga tempatan yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket terbabit dengan menyewakan serta membenarkan hartanahnya digunakan sebagai pusat transit aktiviti penyeludupan migran," katanya.Tambahnya, individu berkenaan akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670]."Risikan lanjut mendapati sindiket Iqbal itu telah aktif beroperasi sejak awal tahun 2024 dan mempunyai rangkaian ejen pengatur di negara asal, dengan dalang utama seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai beroperasi dari Thailand."Sindiket berkenaan mengenakan bayaran antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap individu yang diseludup masuk ke negara ini," katanya.Zakaria berkata, operasi itu turut menggunakan pendekatan pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi meneliti kesalahan di bawah Akta ATIPSOM 2007."Tindakan undang-undang tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu, sindiket, majikan atau pemilik premis yang menggaji, melindungi atau bersekongkol dengan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)," katanya.Jelasnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan jenayah penyeludupan migran dan pemerdagangan orang melalui saluran aduan rasmi JIM bagi memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara. |
|
Luna dipercayai ada dua kerakyatan - Polis Kelantan - Sinarharian - 18/01 10:46 am KOTA BHARU - Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan seorang wanita berusia lingkungan 30-an dikenali sebagai Luna, yang dipercayai mengetuai sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja di Kuala Krai pada 11 Januari lalu mempunyai dua kerakyatan.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamatberkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa negara jiran berhubung wanita terbabit."Kita masih lagi mengesan Luna dan percaya dia berada di negara jiran. Kita telah pergi ke beberapa rumah di sekitar Kota Bharu namun Luna gagal dikesan,"katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis memburu seorang wanitayang dipercayai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan penahanan tiga individu dan rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta di Kuala Krai.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rampasan dadah itu hasil operasi JSJN Bukit Aman selama empat bulan menerusi Ops Agas.Menurutnya, hasil siasatan mendapati bunga ganja yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran antarabangsa.Susulan itu, Bukit Aman memohon bantuan Polis Thailand bagi mengesan 'Luna' tetapi setakat ini belum ada sebarang perkembangan mengenainya.Wanita terbabit dipercayai berselindung di sebalik perniagaan kedai makan bagi mengaburi kegiatan penyeludupan dadah yang dijalankan. |
|
Kawalselia Padi dan Beras rampas 9,750 kilogram beras seludup - Mgazette - 17/01 4:02 pm # Kawalselia Padi dan Beras rampas 9,750 kilogram beras seludup KUALA LUMPUR - Penguat Kuasa Kawalselia Padi dan Beras Putrajaya berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran beras seludup apabila satu pemeriksaan ke atas sebuah premis pemborong beras di sini membawa kepada rampasan sebanyak 9,750 kilogram beras super import gred Thailand White Rice 5 peratus (TWR5), kira-kira jam 10.30 pagi, semalam |
|
Mongkol dihias tiara dipakai Redho Rocky curi tumpuan sebelum tumbang di tangan Rifdean - Sinarharian - 17/01 10:16 am MONGKOL yang dipakai petarung Indonesia, Mohamad Redho Rocky mencuri tumpuan sebelum melangkah ke gelanggang bagi pertarungan atomweight menentang jaguh Muay Thai negara, Rifdean Masdor di ONE Friday Fights 138 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Jumaat malam.Hiasan kepala tersebut dihiasi tiara dan kelihatan feminin, sekali gus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen yang mengikuti siaran langsung pertarungan ONE Championship di laman YouTube.Namun, perhatian terhadap aksesori luar biasa itu tidak bertahan lama apabila Rifdean, 23, mempamerkan dominasi mutlak untuk menamatkan perlawanan menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama.Mewakili pasukan Sor Sommai, Rifdean memulakan pertarungan dengan tendangan tepat ke betis Redho Rocky.Redho Rocky, 26, yang digelar 'Rodtang Idnonesia' oleh peminat seberang sedaya upaya memberikan tentangan namun Rifdean lebih tenang menyerap setiap asakan.Detik kemenangan buat Rifdean hadir selepas petarung kelahiran Sarawak itu melancarkan serangan spinning elbow tepat ke kepala Redho Rocky yang menyebabkan lawannya hilang keseimbangan.Situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya Rifdean apabila meneruskan tekanan dengan rangkaian serangan lutut dan tendangan bertalu-talu sehingga pengadil terpaksa menghentikan pertarungan.Kemenangan tersebut menyaksikan Rifdean membawa pulang bonus prestasi 350,000 baht (RM45,500), selain mengukuhkan rekodnya di pentas ONE Championship dengan lima kemenangan daripada enam penampilan.Prestasi konsisten itu mengukuhkan kedudukan Rifdean sebagai antara prospek utama negara yang semakin hampir untuk meraih kontrak rasmi ONE Championship, menyusul jejak langkah dua lagi petarung Malaysia, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Jojo) dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib.Rifdean yang turut digelar Magic Boy mempunyai latar belakang cemerlang di peringkat antarabangsa, termasuk tiga gelaran juara dunia bawah 23 tahun berturut-turut antara 2021 hingga 2023, selain juara dunia remaja 2019 dan pingat emas Sukan SEA 2019.Sebagai rekod, Rifdean memulakan langkah dalam ONE Championship pada 22 Mac 2024 dengan penuh bergaya apabila hanya memerlukan 78 saat untuk menewaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai, menerusi kemenangan TKO. |
|
700,000 ASEAN students in Australia over 20 years: High Commissioner hails .. - Sinchew - 17/01 7:13 am The top three source countries remained China, India and Nepal. Southeast Asia also contributed significantly, with Vietnam sending 36,415 students, followed by the Philippines (34,522), Indonesia (25,225), Thailand (19,395), Malaysia (14,804), and Singapore (6,880) |
|
Rifdean Masdor raih kemenangan padu di ONE Friday Nights 138 - Sinarharian - 16/01 10:15 pm PETARUNG Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan statusnya sebagai antara prospek terbaik Malaysia apabila menumpaskan wakil Indonesia, Mohamad Redho Rocky dalam aksi atomweight ONE Friday Fights 138 sebentar tadi di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.Dengan kemenangan ini, Rifdean kini mencatat lima kemenangan daripada enam aksi di pentas ONE Championship, sekali gus menambah rekod cemerlangnya dan semakin menghampiri peluang meraih kontrak rasmi bersama organisasi seni mempertahankan diri terkemuka itu.Rifdean yang mewakili pasukan Sor Sommai mengesahkan kemenangan tersebut menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama.Sebelum itu, Rifdean terlebih dahulu melakukan spinning elbow yang tepat ke kepala Redho Rocky, menyebabkan jaguh Indonesia itu mengalami pening.Situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Rifdean untuk melakukan penyudah menerusi serangan lutut dan tendangan bertalu-talu sehingga memaksa pengadil menamatkan pertarungan.Kemenangan tersebut turut menyaksikan Rifdean membawa pulang bonus 350,000 baht (RM45,500).Setakat ini, dua petarung negara iaitu Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo, serta Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, sudah lebih awal meraih kontrak rasmi ONE Championship.Atlet kelahiran Sarawak yang turut digelar Magic Boy itu mempunyai latar belakang cemerlang di peringkat antarabangsa, termasuk tiga gelaran juara dunia bawah 23 tahun berturut-turut antara 2021 hingga 2023, selain juara dunia remaja 2019 dan pingat emas Sukan SEA 2019.Sebagai rekod, Rifdean memulakan langkah dalam ONE Championship pada 22 Mac 2024 dengan penuh bergaya apabila hanya memerlukan 78 saat untuk menewaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai, menerusi kemenangan TKO. |
|
SPRM sokong komunikasi strategik perkukuh Op Naga - Sinarharian - 16/01 8:50 pm PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan sokongan kepakaran komunikasi kepada pasukan petugas Op Naga yang diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).Operasi keselamatan maritim itu bermatlamat membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram, tidak dilapor dan tidak dikawal khususnya oleh Vesel Nelayan Asing (VNA) yang menceroboh perairan negara.Pasukan diketuai Maritim Malaysia ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan utama termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perikanan.Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, SPRM melalui BKS telah dijemput bagi memperkukuhkan strategi serta pelaksanaan komunikasi dalam Op Naga."Penglibatan BKS dalam operasi ini amat dihargai."Melalui pengalaman dan kepakaran kami, BKS akan menyokong usaha meningkatkan hebahan mengenai kejayaan operasi selain memperkukuh tahap integriti masyarakat, khususnya komuniti nelayan, dalam mempertahan kedaulatan perairan negara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambahnya, usaha yang dilaksanakan Maritim Malaysia ini dilihat sebagai sebahagian daripada agenda pengurusan tadbir urus yang baik, khususnya dalam kawalan keselamatan perairan negara.Op Naga yang dilaksanakan sejak 2019 menunjukkan komitmen menangani isu pencerobohan nelayan asing.Sementara itu, Maritim Malaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, sejak 2019, Op Naga berjaya menahan 628 vesel serta 5,329 kru."Mengikut pecahan tangkapan, warga Vietnam paling ramai ditahan iaitu 469 orang, diikuti Indonesia (112 orang), Thailand (59 orang) dan China (10 orang)."Nilai rampasan pula mencecah ratusan juta ringgit," ujarnya.Jelas Maritim Malaysia, operasi ini membuktikan komitmen berterusan pihaknya dalam memastikan keselamatan perairan negara, melindungi sumber perikanan dan mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.Sebelum ini, isu pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam, pernah dibongkar SPRM melalui Op Armada bersama Maritim Malaysia pada 2017.Hasil operasi tersebut membawa kepada pemenjaraan selama tiga tahun dan denda RM1.75 juta terhadap seorang warga Vietnam pada 2019. |
|
Wanita maut dirempuh van Thailand langgar lampu merah di Kubang Pasu Wanita maut dirempuh van Thailand langgar lampu merah di Kubang Pasu - SUN - 16/01 4:03 pm |
|
Gula, minyak masak cuba diseludup ke Thailand - Sinarharian - 16/01 1:27 pm PASIR MAS Cubaan menyeludup barangan kawalan bersubsidi gula dan minyak masak ke Thailand menggunakan van di sempadan negara berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara di Kampung Tasik Berangan, Jeram Perdah, Rantau Panjang, di sini, pada petang Khamis.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata, Batalion 7 PGA membuat tangkapan ke atas pemandu van terbabit yang berusia 46 tahun itu pada jam 4.30 petang."Pihak polis memintas van jenis Nissan Vanette yang membawa muatan mencurigakan untuk menjalankan pemeriksaan."Hasil pemeriksaan mendapati van tersebut membawa 240 paket gula dan 493 peket minyak masak yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, dokumen berkaitan barangan yang dibawa gagal dikemukakan dan disyaki palsu serta tidak lengkap."Suspek bekerja sendiri ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961."Jumlah nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan dianggarkan RM31,916.50," ujarnya.Ahmad Radzi menegaskan PGA Briged Tenggara akan terus memperketat kawalan dan melaksanakan operasi bersepadu bagi membanteras penyeludupan barang kawalan selain kemasukan pendatang tanpa izin di sepanjang sempadan MalaysiaThailand."Orang awam diseru menjadi mata dan telinga polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan demi keselamatan serta kedaulatan negara," katanya |
|
Wanita maut dirempuh van langgar lampu merah - FMT - 16/01 10:52 am Mangsa, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad dirempuh sebuah van Thailand yang melanggar lampu isyarat merah di Napoh, dekat Kubang Pasu. |
|
Wanita maut dirempuh van langgar lampu isyarat merah - Sinarharian - 16/01 9:30 am JITRA - Seorang pemandu van warganegara Thailand ditahan kerana disyaki menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di lampu isyarat Napoh, di sini pada malam Khamis.Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu melibatkan sebuah van Toyota Hiace dan sebuah motosikal jenis Modenas.Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu van berusia 60 tahun itu dalam perjalanan dari Pantai Remis, Perak menuju ke Satun, Thailand."Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu van dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar motosikal yang datang dari arah simpang sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal, seorang wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra bagi tujuan bedah siasat, sementara punca kematian masih menunggu laporan post mortem.Tambah beliau, pemandu van yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan bagi membantu siasatan dan saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya. |
|
Suami sempat hantar mesej kepada isteri sebelum maut dalam kemalangan di .. - Mgazette - 16/01 7:45 am # Suami sempat hantar mesej kepada isteri sebelum maut dalam kemalangan di Thailand PONTIAN - Isteri kepada Izzat Izzuddin Onn, 39, yang terkorban selepas motosikal ditunggang kemalangan di daerah Chaiya, Thailand, semalam menerima mesej daripada suaminya kira-kira setengah jam sebelum tragedi berkenaan berlaku |
|
Polis buru tiga lelaki pecah masuk rumah - Sinarharian - 15/01 6:43 pm JASIN - Polis memburu tiga lelaki yang memecah masuk sebuah rumah dan mencuri wang tunai pelbagai mata wang asing bernilai RM1,500 di Taman Anjung Gapam di sini, malam tadi.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, kejadian berlaku pada 9.20 malam dan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pemilik rumah berusia 37 tahun itu."Pemilik rumah yang bekerja sebagai pengurus pusat kecantikan menyedari kejadian itu menerusi notifikasi CCTV ke telefon bimbit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah."Wanita itu melihat dua lelaki memecah masuk ke dalam rumah manakala seorang lagi di luar rumah menyebabkan dia menghubungi Balai Polis Bemban," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata, anggota unit kereta peronda MPV yang mengiringi mangsa membuat pemeriksaan mendapati laci almari di bilik utama terbuka dan wang tunai mata wang seperti China, Indonesia, Thailand serta Korea hilang.Suspek didapati mengumpil jeriji besi dan pintu kayu bahagian depan rumah.Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis menerusi talian 018-3511594 atau balai polis berhampiran |
|
Polis buru tiga suspek pecah rumah pakai ‘hoodie’ di Bemban - Mgazette - 15/01 5:20 pm "Rakaman CCTV menunjukkan dua suspek berada di dalam rumah manakala seorang lagi berada di luar bagi memantau keadaan sebelum unit peronda polis membantu mengiringi mangsa pulang ke rumah. "Hasil pemeriksaan mendapati, suspek disyaki melarikan wang tunai pelbagai mata wang asing dari China, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Eropah dan Korea dengan anggaran kerugian kira-kira RM1,500 yang disimpan di dalam laci almari bilik utama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini |
|
UMNO tak boleh bergerak dengan suara bercanggah, berpecah - Mgazette - 15/01 5:19 pm Menyentuh landskap politik semasa, Noraini berkata, perubahan yang berlaku selepas PRU15 menunjukkan realiti baharu politik negara, selari dengan trend global yang menyaksikan era parti tunggal berkuasa penuh semakin berakhir. Beliau merujuk kepada pembentukan kerajaan gabungan di beberapa negara seperti Jerman, Belanda, Indonesia dan Thailand sebagai contoh kematangan demokrasi moden berasaskan perkongsian kuasa dan kompromi politik |
|
Tak sampai setengah jam kongsi live location, suami maut nahas di Thailand - Sinarharian - 15/01 2:30 pm PONTIAN - "Tidak sampai setengah jam selepas status penjejak lokasi langsung (live location) kawasan berhampiran Surathani Thailand dikongsikan, saya dapat panggilan suami terlibat nahas."Demikian kata Siti Fatimah Md Desah, 39, isteri kepada Izzat Izzuddin Onn, 39, yang terkorban selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah trak pikap di daerah Chaiya, Thailand, pagi Rabu.Siti Fatimah yang bekerja sebagai jurutera memberitahu suaminya menghantar 'live location' itusebelum memulakan perjalanan untuk pulang ke Malaysia selepas melakukan tunggangan solo sejak seminggu lalu."Suami juga sempat berkongsi foto menu sarapan pada jam 9 pagi, sebelum kongsi 'live location' dengan saya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |