///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Tenggara News   Page 1    



ASEAN platform dipercayai kuasa besar dunia - Kosmo - 11/07 10:31 pm

KUALA LUMPUR – ASEAN kini muncul sebagai sebuah platform yang dipercayai oleh kuasa-kuasa besar dunia, dengan memperlihat banyak negara kini menghantar permohonan untuk menjadi rakan kepada blok serantau Asia Tenggara





Buletin Hongqi Masuk Pasaran Indonesia Tahun Depan Read More - Mekanika - 11/07 5:05 pm

Sebagai jenama premium milik FAW Group, Hongqi cukup dikenali di China sebagai pembuat kereta rasmi untuk pemimpin negara dan tetamu kenamaan. Langkah memasuki pasaran Indonesia menandakan strategi perluasan global jenama tersebut, dengan menumpukan pada pasaran Asia Tenggara yang semakin pesat berkembang





AS runding dengan negara ASEAN mengenai tarif, peluang pelarasan kadar masih terbuka - SUN - 11/07 12:09 am

Beliau merasakan keadaan perdagangan global semasa adalah tidak adil kepada pekerja dan ekonomi AS, dan ini adalah usaha untuk menyeimbangkan semula keadaan itu pada skala global. Saya boleh katakan bahawa apabila semuanya selesai, banyak negara di Asia Tenggara akan menikmati kadar tarif yang sebenarnya lebih baik berbanding negara-negara lain di dunia, dan itu mungkin memberi manfaat, katanya





Trump mungkin hadir Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini ??? Marco Rubio - Mgazette - 11/07 7:48 am

Sidang itu dijangka menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai isu serantau termasuk kesan keputusan Washington mengenakan tarif perdagangan secara unilateral tindakan yang menimbulkan kebimbangan di kalangan negara anggota ASEAN. Sekiranya kehadiran Trump menjadi kenyataan, ia bakal menjadi lawatan penting beliau ke rantau ini sejak pengumuman dasar tarif baharu yang dilihat menjejaskan hubungan dagang AS dengan beberapa negara Asia Tenggara





Tarif: AS runding dengan negara ASEAN, peluang pelarasan kadar masih terbuka - Sinarharian - 11/07 7:18 am

Jadi, ini adalah rakan kongsi penting," katanya kepada pemberita di luar mesyuarat ASEAN di sini pada Khamis.Pada Isnin, Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif baharu antara 25 hingga 40 peratus ke atas 14 negara dan mengeluarkan perintah eksekutif yang melanjutkan tarikh pelaksanaan tarif timbal balik berkuat kuasa pada 1 Ogos.Rubio berkata, kesemua negara akan menerima surat berkaitan usaha Trump untuk menyeimbangkan semula perdagangan global."Presiden telah menyatakan dengan jelas. Beliau merasakan keadaan perdagangan global semasa adalah tidak adil kepada pekerja dan ekonomi AS, dan ini adalah usaha untuk menyeimbangkan semula keadaan itu pada skala global."Saya boleh katakan bahawa apabila semuanya selesai, banyak negara di Asia Tenggara akan menikmati kadar tarif yang sebenarnya lebih baik berbanding negara-negara lain di dunia, dan itu mungkin memberi manfaat," katanya.Sementara itu, Rubio berkata, AS kekal komited untuk memperdalam kerjasama strategik dan ekonomi di Indo-Pasifik, terutamanya di Asia Tenggara.Beliau turut menyifatkan mesyuarat tiga hala baru-baru ini dengan Jepun dan Filipina sebagai "sangat baik" sekali gus mengesahkan kerjasama teguh dalam keselamatan maritim, integriti wilayah dan pembangunan koridor ekonomi."Kami bekerjasama erat dengan Jepun dan Filipina dan terus membina kerjasama ini





Malaysia masih ada tempoh sebulan berunding isu tarif dengan AS - PM Anwar - SUN - 10/07 10:41 pm

KUALA LUMPUR : Malaysia masih mempunyai tempoh sebulan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pengenaan tarif timbal balik baharu yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio ketika menerima kunjungan hormat Rubio di Parlimen pada Khamis, yang memberi jaminan bahawa pandangan Malaysia akan diberi pertimbangan memandangkan kedudukan negara sebagai rakan dagang utama AS di rantau Asia Tenggara





Mohamad, Lavrov bincang agenda perkukuh hubungan Malaysia-Rusia - SUN - 10/07 9:40 pm

Saya menyatakan keinginan Malaysia mendapatkan lebih banyak tempat untuk pelajar kita, dan Rusia telah memberikan persetujuan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dua hala itu. Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan kerjasama serantau yang lebih meluas, termasuk potensi Rusia untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANFWZ)





PGA rampas 58,000 peranti vape bernilai RM8.8 juta di Pasir Mas - SUN - 10/07 8:48 pm

Barang rampasan bernilai RM8.8 juta itu disyaki tidak mematuhi standard Malaysia. Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi itu dilakukan kira-kira jam 2 petang semasa pemeriksaan sebuah lori yang berhenti dalam keadaan mencurigakan





Dipercayai Goda Seorang Wanita, Pegawai Polis Dib*nuh Oleh 2 Pegawai Atasan - Lobakmerah - 10/07 4:12 pm

Kematian seorang pegawai polis daripada Bahagian Tatatertib dan Pengawasan (Bidang Propam) Polis Daerah (Polda) Nusa Tenggara Barat (NTB), Brigadier Muhammad Nurhadi, akhirnya terbongkar





China sedia tanda tangan SEANWFZ tanpa syarat, tanda sokongan kukuh .. - Mgazette - 10/07 4:00 pm

# China sedia tanda tangan SEANWFZ tanpa syarat, tanda sokongan kukuh terhadap ASEAN KUALA LUMPUR - Komitmen China untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) tanpa sebarang syarat telah disambut baik oleh Malaysia sebagai langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan serantau





Tun M pemimpin berpengaruh, beri impak kepada Malaysia dan serantau .. - Mgazette - 10/07 4:00 pm

# Tun M pemimpin berpengaruh, beri impak kepada Malaysia dan serantau - Hsien Loong KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang sangat berpengaruh yang berjaya membentuk Malaysia sehingga menjadi sebuah negara moden, mempunyai hubungan dengan negara lain serta dikenali dunia hari ini, kata bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Dalam ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 negarawan itu, Hsien Loong turut mengiktiraf sumbangan Dr Mahathir kepada rantau Asia Tenggara





Russia timbang tanda tangan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear - Kosmo - 10/07 3:34 pm

KUALA LUMPUR – Russia kini mempertimbangkan untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) bersama ASEAN





Russia pertimbang tandatangan SEANWFZ bersama ASEAN - Utusan - 10/07 3:33 pm

KUALA LUMPUR: Russia kini sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) bersama ASEAN sekali gus memperlihatkan komitmen negara itu dalam menyokong ketenteraman dan keselamatan serantau





'Runner' wanita seludup petrol bersubsidi ke Thailand dicekup - Sinarharian - 10/07 3:13 pm

TUMPAT Cubaan seorang wanita untuk menyeludup petrol bersubsidi ke Thailand berjaya digagalkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan di Kampung Jejulok, Simpangan di sini pada Rabu.Tangkapan tersebut dibuat pada jam 9 pagi selepas pasukan menahan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang berada dalam keadaan mencurigakan.Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui tangki yang telah diubah suai dan mengandungi kira-kira 140 liter petrol yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran."Pemandu kenderaan terbabit merupakan seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penghantar."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM11,287 termasuk kenderaan yang digunakan dalam kegiatan penyeludupan itu," katanya kepada pemberita pada Khamis.Menurut beliau, kesemua rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran yang sah.





ASEAN mahu situasi di Laut China Selatan diurus secara berhemah - Sinarharian - 10/07 12:57 am

KUALA LUMPUR - ASEAN menyeru semua pihak untuk menguruskan situasi di Laut China Selatan secara berhemah bagi memastikan isu geopolitik di laluan perairan strategik itu tidak meningkat.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ASEAN juga perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini terus terpelihara.Beliau berpandangan, ia kerana keamanan sejagat dilihat semakin rapuh dengan ketara sejak kebelakangan ini."Justeru, kita perlu memastikan keamanan geopolitik tidak terus meningkat hingga menjejaskan keselamatan dan perdagangan global di Laut China Selatan," katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan Persidangan Pasca Menteri ASEAN bersama China sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.Malaysia menjadi hos AMM dan mesyuarat berkaitan yang merupakan acara tahunan utama dalam kalendar ASEAN di bawah tema Kepengerusian ASEAN 2025, 'Keterangkuman dan Kelestarian' bermula Selasa hingga Jumaat.Mohamad turut memaklumkan, ASEAN menyambut baik perkembangan Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan sekali gus mengharapkan momentum positif itu kekal berterusan."Kami yakin dengan komitmen penuh kesemua pihak dalam rundingan unik dan kita mampu menuntaskan CoC yang efektif dalam masa terdekat," ujarnya.Beliau juga menyambut baik kesediaan China selaku Negara Senjata Nuklear (NWS) pertama yang menandatangani dan mengesahkan protokol Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) tanpa reservasi.Tambahnya, ia menandakan satu langkah signifikan yang memperlihatkan komitmen China terhadap Asia Tenggara bebas senjata nuklear.





Pertemuan Lavrov-Rubio di Kuala Lumpur sedang diusahakan - SUN - 10/07 11:18 am

Sidang Kemuncak Asia Timur melibatkan negara anggota ASEAN serta rakan dialog termasuk China, Rusia, dan AS. ASEAN, yang ditubuhkan pada 1967, terdiri daripada 10 negara Asia Tenggara iaitu Brunei, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, dan Filipina





“Tak sangka pula” – Netizen Dedah Orang Thai Sebenarnya Takut Dengan Ilmu Sihir Melayu? - Lobakmerah - 10/07 11:11 am

Kisah berkaitan pengamalan ilmu sihir ini adalah sesuatu yang tidak asing lagi mereka yang tinggal di Malaysia ataupun di rantau Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya





Vape pelbagai perisa bernilai RM8.8 juta dirampas di Pasir Mas - Sinarharian - 10/07 10:50 am

PASIR MAS - Sebanyak 57,780 unit peranti rokok elektronik (vape) pelbagai perisa serta sebuah lori dengan anggaran nilai keseluruhan RM8.8 juta telah dirampas dalam satu serbuan di Kampung Gelang Mas di sini pada Rabu.Dua lelaki turut ditahan dalam Op Taring Wawasan sekitar 2 petang itu ketika pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan ke atas lori itu membawa kepada penemuan sejumlah kotak dibalut plastik kuning mengandungi 57,780 unit peranti vape pelbagai perisa di bahagian belakang kenderaan berkenaan."Semakan awal mendapati semua rokok elektronik itu tidak mematuhi standard Malaysia di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik) 2022 yang mewajibkan produk memiliki sijil dan cap MS SIRIM sebelum dijual di pasaran tempatan."Siasatan awal juga mendapati pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 22 dan 40 tahun dipercayai diupah untuk menghantar rokok elektronik berkenaan," katanya kepada pemberita pada Khamis.Menurut beliau, semua barangan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(2), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik) 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.





ASEAN buka pintu kepada Amerika Latin, Afrika Utara - Mgazette - 10/07 7:42 am

# ASEAN buka pintu kepada Amerika Latin, Afrika Utara KUALA LUMPUR Selepas hampir lima dekad menjadi tiang kepada kestabilan rantau Asia Tenggara, ASEAN hari ini mencatatkan sejarah baharu apabila dua negara dari benua berlainan iaitu Algeria dari Afrika Utara dan Uruguay dari Amerika Latin secara rasmi menyertai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC)





Penyertaan Algeria, Uruguay dalam TAC kukuhkan hubungan ASEAN dengan Amerika Latin, Afrika Utara - Sinarharian - 9/07 6:43 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] ASEAN memperkukuhkan jalinan hubungannya dengan Amerika Latin dan Afrika Utara melalui penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyertaan bersejarah berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan negara pihak bagi perjanjian ASEAN itu meningkat kepada 57 berbanding 55 sebelum ini.Menurutnya, sejak diterima pakai pada tahun 1976, TAC telah berdiri sebagai asas untuk hubungan aman antara negara di Asia Tenggara."Perhimpunan kita hari ini menandakan lembaran baharu yang penting dalam hubungan antara ASEAN dan dua rakan kita dari seluruh dunia."Bagi pihak Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, adalah penghormatan dan keistimewaan saya untuk mengalu-alukan Ahmed Attaf dan Mario Lubetkin ke majlis menandatangani TAC."Prinsip abadinya ialah menghormati kedaulatan, tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negeri, aman, penyelesaian daripada pertikaian dan penolakan ancaman atau penggunaan kekerasan kekal penting hari ini seperti mereka lima dekad yang lalu," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian TAC sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM ke-58) bersama Menteri Hal Ehwal Luar dan Komuniti Kebangsaan Luar Negara Algeria, Ahmed Attaf dan Menteri Luar Uruguay, Mario Lubetkin.Tambah Mohamad, TAC bukan sahaja menjadi sauh dalam geopolitik yang sentiasa berubah landskap, tetapi ia juga mencerminkan komitmen berterusan ASEAN kepada teras nilai keamanan, kestabilan dan penglibatan yang membina dengan rakan kongsi di seluruh dunia."Dengan menyertai TAC, Algeria dan Uruguay telah memberi isyarat komitmen terhadap prinsip ini."Mereka komited untuk menegakkan nilai-nilai yang diperlukan untuk berdialog, saling menghormati dan mewujudkan keamanan bersama, dalam dunia yang semakin kompleks dan saling berkaitan."Kita harus ingat bahawa perkongsian ASEAN secara berterusan telah berkembang merentasi benua, mengukuhkan kedudukannya sebagai organisasi serantau yang teguh dan terlibat secara aktif dengan rakan kongsi global," katanya.Jelasnya, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menegaskan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada pendekatan memajukan pandangan luar ASEAN dan memupuk perkongsian yang dibina atas kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama."Malaysia berharap untuk bekerjasama rapat dengan kedua-dua negara di bawah rangka kerja TAC, dalam semangat persahabatan, rasa hormat dan hidup bersama secara aman," ujar beliau.





ACTIVE 2.0 perkukuh akses rawatan kanser serviks di Asia Tenggara - Sinarharian - 9/07 4:52 pm

GEORGE TOWN Usaha merapatkan jurang rawatan dan pemulihan pesakit kanser serviks di Asia Tenggara terus dipergiat menerusi pelaksanaan Projek ACTIVE 2.0 yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai satu-satunya institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyertai projek berkenaan sekali gus memperkukuh peranannya dalam bidang penyelidikan, latihan dan inovasi rawatan kanser serviks di negara ini.Projek yang melibatkan enam negara serantau itu dijangka mampu meningkatkan kualiti penjagaan pesakit melalui latihan klinikal, peningkatan infrastruktur serta digitalisasi inovasi sepanjang tiga tahun pelaksanaannya.Pengarah Projek ACTIVE 2.0, Paul Lee berkata, inisiatif ini dijangka memberi impak besar kepada sektor perubatan khususnya dalam memperluas akses kepada rawatan berkualiti tinggi bagi pesakit kanser serviks."ACTIVE 2.0 adalah satu langkah penting dalam mempertingkatkan akses kepada penjagaan lanjutan di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia."Melalui projek ini, bilangan pakar klinikal terlatih dalam bidang rawatan lanjutan kanser serviks dapat ditingkatkan, keupayaan hospital diperkukuh dan sokongan kepada pesakit dalam fasa pemulihan akan lebih menyeluruh."Matlamat utama adalah untuk memberi harapan kepada semua pihak yang berdepan cabaran kanser serviks," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.IPPT yang kini berfungsi sebagai pusat latihan bagi kaedah rawatan brachytherapy, telah menempatkan dua orang pakar onkologi dan seorang ahli fizik perubatan sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam projek tersebut.Menurut Ketua Projek ACTIVE 2.0 IPPT, Dr Jasmin Jalil, pusat itu turut menjadi satu daripada 17 pusat latihan di Asia Tenggara yang memberi tumpuan kepada rawatan brachytherapy lanjutan bagi pesakit kanser serviks."Penyertaan IPPT dalam projek ini membuka ruang lebih luas kepada pelatih tempatan untuk menguasai teknologi rawatan terkini selain memperkukuh aspek penyelidikan."Projek ini turut menyumbang kepada pemerkasaan perkhidmatan perubatan negara dan memberi peluang kepada pakar-pakar kita untuk tampil di peringkat antarabangsa," ujarnya.Beliau turut memaklumkan bahawa selain IPPT, projek ini melibatkan beberapa pusat rawatan onkologi terkemuka di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk membentuk jaringan empat Pusat Kecemerlangan (CoE) dalam rawatan kanser serviks."Kesemua pusat tersebut akan menerima peralatan latihan radioterapi terkini serta peningkatan infrastruktur bagi menyokong proses pemulihan jangka panjang pesakit," katanya.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser serviks kekal sebagai antara cabaran utama di Asia Tenggara dengan lebih 69,000 kes baharu dan 38,000 kematian direkodkan pada tahun 2022.Walaupun teknologi rawatan radiasi moden menunjukkan hasil memberangsangkan, akses kepada rawatan canggih dan kepakaran masih menjadi kekangan utama





Bella Astillah terharu jadi sebahagian konsert holografik Glenn Fredly - Sinarharian - 9/07 4:38 pm

Saya pasti sebahagian besar daripada kita pun memang menjadikan muzik Glenn sebagai rujukan dan menjadi kegemaran ramai," katanya.Menurut Bella lagi, pemergian Glenn merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik Nusantara, namun kehadiran konsert ini mampu menjadi ruang untuk menghidupkan kembali semangat dan legasi seninya."Ini adalah satu penghormatan besar buat saya apabila dijemput bersama-sama dalam konsert kali ini. Saya pasti teknologi yang bakal dipertaruhkan berbeza dan menjadikan konsert ini begitu istimewa."Pun begitu masih terlalu awal untuk saya mendedahkan apakah bentuk persembahan itu nanti kerana saya mahu mengajak semua peminat untuk sama-sama hadir dan menyaksikan sendiri persembahan kami nanti," tambahnya.Konsert yang berdurasi dua jam setengah ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya sebuah perayaan seni yang menyatukan kenangan, cinta dan penghargaan terhadap Glenn yang pernah menggenggam hati jutaan peminat serantau.Selain Bella, antara barisan artis yang turut serta termasuklah The Bakuucakar, Noh Salleh, Mutia Ayu, Rian Ekky Pradipta, Nadira Adnan, Gretchene Quirina, Matthew Sayersz dan Allan Anderson.Untuk rekod, Kuala Lumpur menjadi lokasi kedua selepas Jakarta yang menyaksikan sambutan luar biasa sewaktu konsert sama diadakan di Beach City International Stadium, dua tahun lalu.Uniknya, teknologi hologram yang akan digunakan membuktikan bahawa kehilangan fizikal tidak mampu memadamkan semangat dan cinta yang masih membara terhadap karya-karya Glenn.Konsert ini dibawakan oleh Premier Live Productions dengan kerjasama Matahati Sdn Bhd, menampilkan bukan sahaja teknologi canggih tetapi juga barisan artis yang pernah berkongsi kasih dan karya bersama Glenn semasa hayatnya.Bukan sekadar hiburan, konsert ini menjadi penanda aras sejarah baharu dalam dunia persembahan muzik Asia Tenggara membuktikan bahawa teknologi mampu menjadi jambatan antara masa lalu dan masa kini.Bagi yang berminat, penganjur turut menyediakan promosi istimewa seperti pembelian tiket couple pada harga RM266, manakala pembelian tiket individu boleh menikmati potongan 30 peratus dengan kod promosi GlennXBella, GlennXAllan atau GlennXNoh.Tiket boleh didapati melalui laman web www.ticket2u.com/GlennHologram



Secret Talisman - Wrlr - 9/07 4:25 pm

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Sejauh ini, Allah Sang Pemegang Kendali telah menaikkan makam hero malaya jadi orang nombor satu Malaysia, kini jadi ketua ASEAN, orang nombor satu di Asia Tenggara





Climate doomsday awaits Malaysia - SUN - 9/07 3:55 pm

Even after potholes are repaired, council inspections to ensure quality work by contractors are often lacking. Last March, two brothers lost their lives in an accident caused by a pothole along Jalan-Sengkang Felda Inas-Bandar Tenggara





Aaron seru perkongsian ASEAN kukuh warisan tekstil - SUN - 9/07 3:19 pm

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menggesa negara-negara ASEAN memperkukuh kerjasama serantau bagi memelihara, mengekalkan dan memajukan warisan tekstil yang kaya di Asia Tenggara





Malaysia sedia pimpin ASEAN – Mohamad - Mgazette - 9/07 3:13 pm

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan keyakinan Malaysia bersedia memimpin ASEAN sebagai Pengerusi 2025 dengan visi berteraskan prinsip keterangkuman dan kelestarian, menjamin masa depan Asia Tenggara yang lebih selamat, stabil dan saksama





ASEAN perlu teguh pertahan prinsip dalam dunia serba tidak menentu - Mgazette - 9/07 3:13 pm

Kita adalah rantau yang menentukan haluannya sendiri iaitu secara berdaulat, kolektif dan berwawasan. Keputusan tentang masa depan Asia Tenggara mesti datang dari kita, bukan dari luar, ujarnya





Malaysia teruskan rundingan tarif import AS, PM bangkitkan dalam pertemuan .. - Mgazette - 9/07 3:13 pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengesahkan isu yang sama akan dibangkitkan dalam pertemuannya bersama Setiausaha Negara AS, Marco Rubio esok. Menurut beliau, pendekatan rundingan tetap menjadi keutamaan memandangkan sebarang keputusan yang bersifat unilateral oleh Washington dijangka memberi kesan kepada ekonomi Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara secara keseluruhan





Teh tarik jadi hidangan istimewa di AMM ke-58 Kuala Lumpur - SUN - 9/07 2:52 pm

KUALA LUMPUR: Di tengah perbincangan serius mengenai masa depan Asia Tenggara, Malaysia menyajikan minuman ikoniknya, teh tarik, kepada para delegasi dalam sesi pleno Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58





ASEAN perlu lebih berdaya saing - Mohamad - Sinarharian - 9/07 12:44 am

KUALA LUMPUR - ASEAN perlu menumpukan usaha untuk menjadikan Asia Tenggara lebih berdaya tahan pada masa akan datang.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi mencapai hasrat itu ASEAN harus mengekalkan semangat autonomi strategik dan tindakan yang kolektif."Dengan obor yang kini berada di tangan kita, ASEAN mesti memimpin rakyat menuju masa depan yang lebih selamat dan adil





PM Anwar bangkitkan isu tarif import dalam pertemuan dengan Rubio esok - Astroawani - 9/07 12:05 am

Tindakan AS mengenakan tarif secara unilateral akan memberi impak negatif kepada Malaysia dan rantau Asia Tenggara.





Selangor Aero Park tarik pelaburan asing berimpak tinggi - Sinarharian - 9/07 11:45 am

Selangor Aero Park menjadikan pembangunan modal insan sebagai teras utama sektor aeroangkasa yang mampan dan berdaya saing."Usaha sama antara MBI dan National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO) dilaksanakan bagi melahirkan tenaga kerja berkualiti tinggi termasuk melalui penubuhan Aerospace Talent Centre, pelaksanaan program pembangunan kemahiran masa hadapan menerusi kerangka MyAERO serta pengukuhan hubungan strategik antara sektor industri dan akademik," ujarnya.Tambah beliau, kerjasama turut diperluas kepada institusi pendidikan dan latihan teknikal seperti Selangor Technical Development Centre (STDC), Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT) dan Politeknik Banting bagi membentuk ekosistem pembangunan modal insan yang inklusif dan progresif, selaras dengan aspirasi nasional dalam bidang aeroangkasa.Strategi keempat pula membabitkan penciptaan kemudahan logistik bersepadu dengan sambungan pengangkutan multimodal.Lokasi SAP yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disokong infrastruktur menghubungkan darat dan laut termasuk lebuh raya utama, terminal kargo udara dan kemudahan zon perdagangan bebas."Manakala strategi kelima memfokus kepada pemerkasaan inovasi dan kemajuan teknologi melalui penyediaan kemudahan penyelidikan selain pembangunan, kerjasama industri dan akademik serta pelaksanaan inisiatif pemindahan teknologi."Selangor juga aktif mempromosikan SAP di peringkat antarabangsa termasuk melalui kempen seperti Paris Air Show 2025. Ia menjadi platform penting untuk menampilkan kelebihan kompetitif SAP dan membina keyakinan pelabur global terhadap komitmen kerajaan negeri," ujarnya.Sze Han berkata, Selangor Aero Park merupakan salah satu inisiatif utama dalam Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 yang berpotensi mewujudkan lebih 32,000 peluang pekerjaan menjelang 2030."Kerjasama strategik antara MBI dan NAICO akan memperkukuh ekosistem modal insan sektor ini melalui pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat serantau," jelasnya.Menurut beliau, GE Aerospace sebagai penyewa utama bagi fasa awal pembangunan SAP telah menunjukkan komitmen terhadap projek ini sebagai sebahagian daripada strategi peluasan mereka di Asia Tenggara."Isyarat positif daripada GE mengesahkan daya tarikan SAP sebagai hab aeroangkasa serantau," ujarnya.Dalam masa sama, MBI dan MAHB turut giat menjalankan rundingan dengan pemain industri aeroangkasa global untuk menempatkan operasi mereka di Selangor.Tumpuan rundingan termasuk sektor berketepatan tinggi, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), teknologi penerbangan dan logistik pintar yang dapat memperkukuh keseluruhan rantaian nilai industri aeroangkasa negeri.





Prestasi pengadil Liga-M 2024 diiktiraf cemerlang - FAM - Sinarharian - 9/07 11:23 am

Analisis data juga menunjukkan sebanyak 647 gol dijaringkan sepanjang musim lalu, dan kesemua gol telah disemak oleh pengadil VAR sebelum disahkan," ujarnya.Beliau turut menjelaskan bahawa trend positif penggunaan VAR dapat dilihat dengan jelas melalui data penurunan jumlah aduan serta peningkatan ketepatan keputusan pengadil."Jumlah aduan rasmi berkurangan kepada hanya 2.24 peratus berbanding 4.15 peratus pada musim sebelumnya. Ketepatan keputusan pengadil pula meningkat kepada 98.07 peratus, berbanding 88.76 peratus pada musim 20232024," katanya.Sebagai rekod, FAM merupakan satu-satunya badan induk bola sepak di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi VAR untuk kesemua perlawanan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan dua aksi Piala Cabaran, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 208 perlawanan.





Anwar rasmi AMM ke-58, fokus kebimbangan serantau dan global - Sinarharian - 9/07 8:15 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di sini pada Rabu.Majlis itu akan dihadiri oleh semua Menteri Luar ASEAN, Menteri Luar Timor-Leste dan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn yang sebelum itu dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Anwar.Acara akan diteruskan dengan Sesi Pleno AMM ke-58 diikuti Sesi Pemukiman AMM dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka mempengerusikan mesyuarat itu.Pemukiman AMM sebelum ini yang berlangsung di Langkawi pada Januari lepas diakhiri dengan nasihat kepada Myanmar, penilaian kemajuan Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC) dan tekad untuk mengukuhkan kesatuan serta daya tahan ASEAN.Turut dalam agenda ialah majlis menandatangani Instrumen Penyertaan kepada Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) yang dihadiri Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Kao.AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema Keterangkuman dan Kemampanan, menyaksikan 24 mesyuarat peringkat menteri termasuk sesi libat urus bersama Rakan Dialog ASEAN dan Rakan Dialog Sektoral.Mesyuarat peringkat tinggi itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai, menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan.Semua Menteri Luar ASEAN hadir kecuali Myanmar yang diwakili pegawai kanan kementerian luarnya manakala Menteri Luar Timor-Leste turut serta sebagai pemerhati.Perhimpunan yang sangat dinanti-nantikan itu menyaksikan satu daripada perhimpunan terbesar Menteri-Menteri Luar serta diplomat berpangkat tinggi dari seluruh dunia untuk membincangkan isu-isu global dan serantau yang mendesak, memupuk kerjasama selain memajukan agenda keselamatan serta kemampanan di ASEAN.Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas menyandang jawatan itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015





Gabungan teknologi, senjata nuklear bawa dunia ke era paling goyah - Mgazette - 9/07 7:35 am

Kali ini ancaman hasil gabungan antara kemajuan teknologi moden serta kegagalan sistem kawalan senjata antarabangsa, katanya. Dalam ucapan pembukaannya ketika mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM ke-58), Mohamad menyifatkan era masa kini sebagai zaman paling berbahaya dalam sejarah moden





Asia Tenggara belum diiktiraf zon bebas senjata nuklear - Utusan - 9/07 7:10 am

KUALA LUMPUR: Negara-negara pemilik senjata nuklear (NWS) masih belum mengiktiraf Asia Tenggara secara rasmi sebagai zon bebas senjata berkenaan





Dua deklarasi hak asasi manusia catat sejarah ASEAN - Utusan - 9/07 7:08 am

KUALA LUMPUR: Dua deklarasi penting berkaitan hak asasi manusia dijangka dimuktamadkan ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini bakal mencatat sejarah baharu bagi rantau Asia Tenggara di bawah pimpinan Malaysia





Brazil perkukuh komitmen jangka panjang bersama ASEAN - Astroawani - 8/07 10:36 pm

ASEAN mainkan peranan penting dalam mempromosi keamanan, integrasi ekonomi serta pembangunan seimbang di seluruh Asia Tenggara dan rantau lain.





China nyata kesediaan tandatangani SEANWFZ tanpa reservasi - Mohamad Hasan - Astroawani - 8/07 7:53 pm

China telah menyatakan kesediaan untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) tanpa reservasi, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.





Pembangunan sektor telekomunikasi Malaysia jadi contoh negara Afrika - Fahmi - Sinarharian - 8/07 7:41 pm

GENEVA - Beberapa negara di benua Afrika menjadikan pembangunan sektor telekomunikasi di Malaysia sebagai model yang perlu dicontohi, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata, dalam mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Algeria, Sid Ali Zerrouki dan Alioune Sall dari Senegal, mereka berminat untuk belajar dari Malaysia, terutama dari segi pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan pelaksanaan transformasi digital."Mereka ingin melihat dan membuat tanda aras berdasarkan cara Malaysia melaksanakan perancangan infrastruktur telekomunikasi," katanya kepada media selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Sid Ali serta Menteri Komunikasi, Telekomunikasi dan Digital Senegal, Alioune Sall di sini pada Selasa.Mesyuarat itu diadakan bersempena dengan penyertaan Malaysia pada Sidang Kemuncak Dunia mengenai Acara Peringkat Tinggi Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20) yang diadakan di sini dari 7 hingga 11 Julai.Fahmi berkata, kedua-dua negara berkenaan mengagumi kemajuan Malaysia yang telah mencapai 98 peratus liputan untuk 4G dan 82 peratus bagi 5G di kawasan berpenduduk (CoPA) serta tahap penggunaan 5G mencecah 80 peratus daripada pengguna Internet."Bagi kedua-dua negara, langkah seterusnya adalah untuk mewujudkan memorandum persefahaman antara kementerian dan juga antara badan yang bertanggungjawab untuk kawal selia sektor telekomunikasi dan Internet," katanya.Pada pertemuan dengan Sid Ali, Fahmi berkata, Menteri Pos dan Telekomunikasi Algeria itu turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan ASEAN, terutama dalam aspek keselamatan dalam talian."Saya maklumkan bahawa kita telah menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Mei lepas," katanya.Sehubungan dengan itu, Fahmi berkata, Sid Ali telah menyatakan keinginan untuk mendalami Deklarasi Kuala Lumpur serta usaha yang dilakukan oleh negara-negara di rantau Asia Tenggara untuk memastikan Internet lebih selamat untuk rakyat."Jadi, insya-ALLAH kita akan susuli dengan perbincangan dan juga mungkin setelah Deklarasi Kuala Lumpur diterima pakai, maka kita akan kongsikan kerangka dan beberapa ikhtiar seperti ASEAN Toolkit bersama dengan bukan hanya Algeria, tetapi juga negara-negara yang berminat dari benua Afrika," katanya.Beliau berkata, Sid Ali turut menyampaikan hasrat untuk menjemput Malaysia sebagai negara pemerhati di platform Smart Africa bertujuan memanfaatkan akses yang berpatutan kepada jalur lebar."Saya rasa ia (Smart Africa) satu platform yang menarik dan sangat berpotensi dan sudah pasti Malaysia sebagai negara yang tidak berpihak dalam mengguna pakai teknologi sama ada dari barat mahupun timur, banyak yang boleh kita ceritakan, banyak pengalaman yang boleh kita kongsikan dari segi kejayaan dan cabaran dalam melaksanakan, terutama rangkaian 5G," katanya.Selain Algeria dan Senegal, Fahmi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Ghana, Samuel Nartey George.Beliau turut dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Arab Saudi, Haitham Abdulrahman AlOhali serta Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen Bogdan-Martin





ASEAN perlu terus bersatu pastikan Asia Tenggara bebas senjata nuklear - SUN - 8/07 7:00 pm

KUALA LUMPUR : ASEAN perlu terus bersatu dalam komitmennya untuk memastikan Asia Tenggara bebas daripada senjata nuklear, terutamanya ketika berdepan dengan ketidaktentuan keselamatan global yang semakin meningkat





ASEAN perlu terus bersatu untuk pastikan Asia Tenggara bebas senjata nuklear - Mohamad Hasan - Astroawani - 8/07 6:32 pm

ASEAN perlu terus bersatu dalam komitmennya ke arah memastikan Asia Tengara bebas daripada senjata nuklear.





NWS belum iktiraf Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear - Mohamad - Sinarharian - 8/07 5:46 pm

KUALA LUMPUR - Negara-negara pemilik senjata nuklear (NWS) masih belum mengiktiraf Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata berkenaan secara rasmi, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau menzahirkan kebimbangan terhadap kegagalan berkenaan menerusi ucapan pembukaan ketika mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).Tegas beliau, Asia Tenggara menjadi satu-satunya zon bebas senjata nuklear yang belum diiktiraf secara rasmi oleh NWS melalui penandatanganan dan pengesahan Protokol Perjanjian."Sehubungan itu, kita mengalu-alukan kesediaan NWS untuk berinteraksi dengan ASEAN ke arah menandatangani dan mengesahkan Protokol Perjanjian berkenaan."Kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa perjanjian terbabit bukan sekadar dokumen perundangan, tetapi satu komitmen yang hidup dan dinamik, serta menyumbang kepada usaha perlucutan senjata di peringkat serantau dan global," katanya pada Selasa.SEANWFZ diadakan bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula Selasa hingga Jumaat.Dalam pada itu, Mohamad mengingatkan agar semua negara anggota ASEAN perlu kekal bersatu dalam usaha merealisasikan Asia Tenggara yang bebas daripada senjata nuklear.Ini kerana tegas beliau, ancaman dibawa oleh senjata nuklear terhadap penduduk dunia masih wujud.Perjanjian SEANWFZ yang juga dikenali sebagai Perjanjian Bangkok ditandatangani pada Disember 1995 di Bangkok oleh 10 negara anggota ASEAN dan mula berkuat kuasa pada Mac 1997.Di bawah protokol itu, setiap NWS perlu menghormati Perjanjian SEANWFZ dan mewajibkan anggotanya untuk tidak mengembangkan, mengeluarkan atau memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear dalam zon berkenaan.





AMM ke-58: Malaysia pacu agenda ASEAN, dari hak asasi ke zon bebas nuklear - Mgazette - 8/07 3:51 pm

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mempengerusikan Mesyuarat Suamuka ASEAN bersama wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) di mana para Menteri Luar ASEAN termasuk Timor-Leste serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn berkumpul bagi meneliti komitmen bersama memperkukuh pelindungan hak asasi di rantau ini. Mohamad juga turut mengetuai Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang memperhalusi pelaksanaan Pelan Tindakan Perjanjian SEANWFZ dan membuka ruang kepada penyertaan Timor- Leste ke dalam inisiatif zon aman





Nissan Bakal Eksport EV Buatan China Bermula 2026, Fokus Perkukuh Strategi Pemulihan Global - Piston - 8/07 11:57 am

kini bersedia untuk memulakan eksport kenderaan elektrik (EV) yang dihasilkan dari kilangnya di China bermula tahun 2026, sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan menyeluruh untuk memperkukuh semula kedudukan global syarikat itu dalam industri automotif. Langkah strategik ini akan menyasarkan pasaran di Asia Tenggara, Timur Tengah serta beberapa wilayah lain yang mempunyai rangkaian sokongan […] The post Nissan Bakal Eksport EV Buatan China Bermula 2026, Fokus Perkukuh Strategi Pemulihan Global appeared first on Piston.my .





Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 buka tirai - Sinarharian - 8/07 11:44 am

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan membuka tirai dimulakan dengan Mesyuarat Suamuka Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama Wakil-Wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) yang berlangsung pada Selasa.Mesyuarat yang akan membincangkan perkembangan hak asasi manusia di ASEAN itu dipengerusikan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil.Selain Menteri-Menteri Luar ASEAN, mesyuarat tersebut akan disertai Menteri Luar Timor-Leste, Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan Wakil AICHR.Mohamad juga akan menerajui Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan mempengerusikan mesyuarat tiga hala bersama Norway serta Sekretariat ASEAN pada sebelah petang.Sesi tersebut akan memberi fokus kepada penilaian kemajuan dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Perjanjian SEANWFZ.Turut dibincangkan, potensi penyertaan Timor-Leste dalam perjanjian berkenaan dan isu berlarutan bagi mendapatkan persetujuan Negara Senjata Nuklear (NWS) terhadap Protokol Perjanjian SEANWFZ.Malaysia menjadi hos AMM dan mesyuarat berkaitan, acara tahunan utama dalam kalendar ASEAN di bawah tema Kepengerusian ASEAN 2025, 'Keterangkuman dan Kelestarian'.Lebih 40 menteri luar dan wakil daripada organisasi antarabangsa dijadual menghadiri beberapa siri mesyuarat pimpinan ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai.Ini adalah kali kelima Malaysia memegang jawatan pengerusi ASEAN sepanjang sejarahnya sebagai anggota blok serantau itu selepas mempengerusikannya pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.





Buletin Persaingan Ev China Semakin Gila! Thailand Tertekan, Pelan .. - Mekanika - 8/07 8:23 am

# PERSAINGAN EV CHINA SEMAKIN GILA! THAILAND TERTEKAN, PELAN PENGELUARAN TEMPATAN TERGUGAT **Persaingan luar biasa dalam industri kenderaan elektrik (EV) China kini mula memberi kesan ketara ke atas pasaran utama Asia Tenggara, iaitu Thailand.** Saingan antara jenama semakin memuncak, dengan syarikat gergasi seperti BYD terus mendominasi, sekali gus menyukarkan pemain kecil seperti Neta untuk kekal bertahan dalam ekosistem yang semakin kompetitif





Setiausaha Negara AS lawat Malaysia sempena mesyuarat berkaitan ASEAN - Sinarharian - 7/07 10:54 pm

KUALA LUMPUR - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio akan mengadakan lawatan ke Malaysia minggu ini bagi menghadiri beberapa mesyuarat serantau peringkat tinggi dan sesi libat urus dua hala, menjadikannya lawatan pertama beliau ke Asia sejak memegang jawatan awal tahun ini.Menurut kenyataan di laman web rasmi Jabatan Negara AS, Rubio akan berada di Kuala Lumpur dari 8 hingga 12 Julai dan dijadual menghadiri Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN-AS, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) serta Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) yang akan bermula Khamis ini.Beliau juga dijangka mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan kerajaan Malaysia sepanjang lawatan tersebut."Lawatan ini menekankan semula fokus Washington untuk memperkukuh penglibatan di Indo-Pasifik."Rubio akanmenegaskankomitmen ASdalam memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan selamat."Sepanjang lawatan ini, Setiausaha Negaraakan mengetengahkan kekuatan Perkongsian Strategik Komprehensif AS dengan ASEAN dalam memberikan manfaat kepada rakyat Amerika dan rakyat Asia Tenggara, selain komitmen ASuntuk memperkukuh lagi Perkongsian Komprehensif dengan Malaysia," menurut kenyataan itu.Kesemua menteri luar negara anggota ASEAN dijangka hadir, kecuali Myanmar yang hanya akan diwakili pegawai kanan kementerian luarnya





Malaysia, Are You Okay?-My Chemical Romance Sah Gegar Bukit Jalil 2026 Selepas 19 Tahun Menyepi - Murai - 7/07 10:00 pm

Selepas hampir dua dekad menanti, impian peminat My Chemical Romance (MCR) di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila kumpulan rock ikonik dari New Jersey itu mengesahkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Asia Tenggara mereka





CEAPAD platform unik, strategik untuk bina kapasiti dan pembangunan mampan di Palestin - SUN - 7/07 3:13 pm

Jepun menjadi rakan dialog pertama ASEAN pada 1973 sebelum memformalkan perkongsian itu pada 1977. Dalam tempoh beberapa dekad yang lepas, Jepun terus memperluas penglibatannya dengan ASEAN, menyertai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) pada 2004, melantik duta khas ke ASEAN pada 2010 dan mewujudkan misi tetapnya di Jakarta pada tahun berikutnya





PGA rampas tanaman hiasan disyaki mengandungi serangga perosak - SUN - 6/07 10:29 pm

KOTA BHARU : Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebuah lori bersama 4,000 anak pokok bunga kertas bernilai RM470,000 dalam satu pemeriksaan di Jalan Bukit Lata dekat Jeram Perdah, Pasir Mas semalam





Pelaburan Potensi PMX: Niat vs Realiti, Jangan Jadi Mangsa Spin - Wrlr - 6/07 7:07 pm

Ini bukan sekadar isu pelaburan, ini soal survival dan masa depan negara. #CatatanEffendyZulkifly #PolitikMatang #EkonomiRakyat #KedaulatanEkonomi Effendy Zulkifly ialah pengasas dan pemikir utama di sebalik Centre for AI, Blockchain & Advanced Research (CABAR), sebuah gerakan yang memperjuangkan kecerdasan buatan (AI) beretika, inovasi blockchain berimpak tinggi, dan kedaulatan digital demi masa depan Malaysia dan Asia Tenggara.





Dua warga Pakistan dicekup jual rokok seludup - Sinarharian - 6/07 4:26 pm

GUA MUSANG Dua peniaga warganegara Pakistan dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan rokok seludup dalam satu serbuan di sebuah premis di Felda Chiku Tiga di sini pada Sabtu.Serbuan dilakukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi penugasan Op Taring Alpha kira-kira jam 4.15 petang.Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan menemui sebanyak 4,000 batang rokok kretek yang disyaki diseludup masuk ke negara ini."Kesemua rokok itu dipercayai dijual untuk pasaran tempatan oleh dua lelaki terbabit," katanya kepada pemberita pada Ahad.Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM7,920.Ujarnya, kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut.Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.





AMM ke-58: SEANWFZ, hak asasi dan keanggotaan Timor-Leste antara isu tumpuan - Astroawani - 6/07 3:15 pm

Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), hak asasi kemanusiaan, keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN antara isu menjadi tumpuan.





Jabatan Perikanan peruntuk RM2.4 juta untuk 74 tukun tiruan di enam negeri - SUN - 6/07 3:11 pm

Beliau berkata pelaksanaan tukun tiruan merupakan strategi utama pemuliharaan marin yang memberi impak langsung terhadap kesejahteraan komuniti nelayan dan ekosistem laut, sekali gus meningkatkan hasil tangkapan laut negara. Mengikut kajian Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) pada 2020, sebanyak 129 kilogram biojisim ikan direkodkan pada satu tapak tukun tiruan





ASEAN lakukan reformasi perdagangan, tingkat penggunaan mata wang tempatan - Anwar - Sinarharian - 5/07 11:27 pm

KUALA LUMPUR - ASEAN telah mengambil langkah mereformasikan kumpulan itu dengan cara bukan sahaja meningkatkan perdagangan dalam kalangan negara anggota tetapi juga menggunakan mata wang tempatan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, ia adalah sebagai usaha untuk meningkatkan langkah konkrit ke arah sistem kewangan yang lebih stabil dan bebas daripada dominasi unilateral."Sudah tentunya, ia bukan tentang de-dollarisasi (pengurangan pergantungan terhadap dolar AS), belum lagi, langkah itu masih jauh lagi. Tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba."Malaysia dengan Indonesia, Malaysia dengan Thailand, dan bersama-sama dengan China, kita mula menggunakan mata wang tempatan kita sendiri, walaupun ia bermula dengan hanya 10 atau 20 peratus daripada jumlah perdagangan."Ia membawa perubahan kerana kita tidak boleh berterusan merungut tanpa melaksanakan rancangan sendiri, baik sesama sendiri mahupun dengan jiran kita," kata beliau pada Forum Perniagaan BRICS bertajuk: 'Bridging Continents, Building Future: A Shared Agenda for Sustainable Progress' (Merapatkan Jurang Benua, Membina Masa Depan: Agenda Bersama untuk Kemajuan Mampan), di sini, hari ini.Turut menghadiri forum tersebut ialah Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva, Naib Presiden Brazil Geraldo Alckmin dan Presiden Confederation of National Industry (CNI) Brazil, Ricardo Alban.Anwar menekankan negara-negara Asia Tenggara perlu mendukung prinsip pemusatan, bersahabat dengan semua, menyokong tujuan yang adil namun melangkaui retorik, cakap-cakap politik, dan kenyataan kosong."Ia mesti melalui tindakan konkrit," tegasnya, sambil menambah ekonomi sedang pesat membangun semakin mencatatkan kejayaan dalam bidang seperti penerbangan, teknologi, AI, dan inovasi makanan."Saya percaya bahawa percubaan BRICS ini akan menjadi beberapa kejayaan besar yang akan mengubah dan membawa perubahan dalam sejarah umat manusia."Saya berasal dari Malaysia, dan dalam ASEAN, kami sering membincangkan isu yang sama





KPT teliti dakwaan SST jejas mahasiswa - Sinarharian - 5/07 4:22 pm

MERBOK Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneliti dakwaan bahawa golongan mahasiswa terjejas susulan pelaksanaan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, penelitian terhadap keluhan tersebut akan dilakukan memandangkan SST mula dikuatkuasakan pada 1 Julai lalu.Menurutnya, pelaksanaan SST yang diumumkan kerajaan turut melibatkan sektor pendidikan tinggi, khususnya membabitkan pelajar antarabangsa."Kita akan perincikan apa yang dimaksudkan... tetapi seperti yang diumumkan oleh kerajaan, ia membabitkan pelajar antarabangsa yang datang belajar ke negara kita, dengan kenaikan tarif atau cukai pengajian mereka ke Malaysia."Di pihak kita, maklum balas berkaitan perkara ini telah dikumpulkan dan disampaikan," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok 2025 di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini, pada Sabtu.Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata bahawa pelaksanaan SST diperluaskan kepada sektor pendidikan swasta sebanyak enam peratus bagi pelajar antarabangsa dan kadar tersebut dianggap masih rendah berbanding negara Asia Tenggara lain.Bagaimanapun, jelas beliau, pandangan berhubung perkara itu masih terbuka untuk sebarang perbincangan."Di peringkat lain pula, mungkin terdapat perkara yang berkaitan secara langsung contohnya bagi pelajar yang tinggal di rumah sewa."Di rumah sewa tertentu, kesan daripada kenaikan tarif elektrik mungkin memberi impak kepada mahasiswa





Lawatan PM ke Perancis berjaya, tingkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor - Presiden Macron - Sinarharian - 5/07 7:41 am

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan lawatan dua hari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis sebagai berjaya, dengan kedua-dua negara meningkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor.Beliau berkata, ini dicapai melalui pertemuan peringkat tinggi Anwar dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Franois Bayrou dan pegawai kanan lain, ucapan penting beliau di Sorbonne University Paris dan pertemuan dengan wakil perniagaan Perancis.Macron turut menyifatkan lawatan itu sebagai bermakna berikutan lawatan rasmi terakhir oleh pegawai tinggi Malaysia adalah 15 tahun yang lepas.Selain itu, katanya, beliau gembira melihat kedua-dua negara memeterai perjanjian dalam bidang seperti mineral dan pembelian pesawat."Lawatan ini merupakan satu kejayaan. Kami juga mendengar ucapan anda (Anwar) di universiti dan itu adalah detik yang amat penting," katanya pada sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar di Istana Elysee.Terdahulu, Anwar menyampaikan syarahan bertajuk, Southeast Asia and Europe: Recalibrating The Terms of Engagement di Sorbonne University Paris apabila beliau menggesa kerjasama yang setara dalam semua aspek antara Asia Tenggara dan Eropah.Macron berkata, hubungan Perancis dengan Malaysia dan ASEAN semakin kukuh serta lawatannya ke Indonesia, Vietnam dan Singapura pada Mei lepas menjadi petunjuk kepada hubungan serantau yang meningkat."Di Asia Tenggara, saya menegaskan sokongan kami terhadap jaringan tenaga elektrik serantau, termasuk sokongan terhadap tenaga nuklear awam," kata beliau.Sementara itu, Anwar berkata, beliau berharap Presiden Perancis akan mengadakan lawatan ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Francophonie ke-20 di Kemboja tahun depan.Beliau berkata, hubungan dua hala antara kedua-dua negara semakin kukuh dengan komitmen daripada kerajaan Perancis di bawah kepimpinan Macron."Malaysia Airlines dan AirAsia membeli lebih banyak pesawat





Tiba masanya takrif semula kerjasama Asia Tenggara, Eropah secara setara dalam hubungan dan perdagangan - PM Anwar - Astroawani - 5/07 4:40 am

Katanya, sementara Perancis dan Eropah secara keseluruhannya telah capai kemajuan besar, Asia Tenggara juga punyai pencapaiannya tersendiri.




Reformasi     >>



Asean welcomes nuclear weapon states to sign .. - Mkini
This is to keep region free from weapons of mass destruction.
Kroni     >>



Co-pilot of crashed helicopter remains sedated due to .. - NST
JOHOR BARU: The co-pilot of the helicopter that crashed in Sungai Pulai, Gelang Patah, yesterday, Constable RG Devendran, 30, is still sedated due to a lung infection caused by drowning during the incident. New Straits Times Press (M) Bhd
Tabloid     >>



Shila Amzah Teruja Jumpa Jaclyn Victor Dan Ella .. - Ohmedia
Shila Amzah teruja jumpa Jaclyn Victor dan Ella di acara MR.DIY. Tak sempat bergambar dengan Awie. Netizen pula rungkai benda lain. The post Shila Amzah Teruja Jumpa Jaclyn Victor Dan Ella Aminuddin, Tak Sempat Bergambar Dengan Awie! appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Samsung Galaxy S26 Ultra could get a massive camera .. - Gsmarena
Samsung's Galaxy S26 Ultra is supposedly coming in January, and according to a new rumor from China today, it might bring with it a massive camera upgrade. Namely, the main sensor is said to be Sony's upcoming 1/1.1" type with 200 MP resolution, the Japanese company's first with so many pixels. ..
World     >>



US has resumed military supplies to Ukraine, Zelensky .. - BBC
It comes after US President Donald Trump announced a new deal to supply air defence systems via Nato.
Motor Trend     >>



Corvette E-Ray electrifies Goodwood FOS - Carsifu
LONDON: The 2025 Chevrolet Corvette E-Ray recently made its UK debut at the Goodwood Festival of Speed. It is Chevrolets first-ever electrified, all-wheel-drive Corvette. Featuring the striking mid-engine design of the eighth-generation Corvette, the E-Ray is available in both removeable roof coupe and ..