///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Teluk News   Page 1    



Kadar insurans kapal di Selat Hormuz naik 100% - Utusan - 14/03 7:54 am

PETALING JAYA: Kadar premium insurans kapal yang beroperasi di kawasan Teluk dan Selat Hormuz dijangka meningkat sehingga 100 peratus susulan risiko keselamatan semakin tinggi berikutan konflik perang antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel





Tak sempat pulang beraya, 18 PATI Indonesia dicekup Tak sempat pulang .. - Mgazette - 13/03 3:22 pm

# Tak sempat pulang beraya, 18 PATI Indonesia dicekup MELAKA Hasrat 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman tidak kesampaian apabila mereka dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) di pesisir pantai Teluk Pulau Upeh, awal pagi semalam





18 PATI tak dapat beraya, duit RM1,700 bayar tekong lebur - Kosmo - 13/03 3:05 pm

MELAKA – Hasrat 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang ke negara asal bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian apabila dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam operasi di Teluk Pulau Upeh, awal pagi semalam





Selat Hormuz: Titik strategik konflik Asia Barat dan pengaruhnya pada pasaran minyak dunia - Sinarharian - 13/03 2:39 pm

KUALA LUMPUR - Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa.Tindakan Iran menyekat selat itu sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan AS-Israel ke atas wilayahnya disokong Pemimpin Tertinggi Mojtaba Khamenei, yang dalam mesej awam pertamanya pada 12 Mac, berikrar untuk menyekat Selat Hormuz sebagai "kelebihan ke atas AS dan Israel".Sekatan, berserta serangan ke atas kapal komersial sejak konflik bermula, telah menimbulkan kebimbangan terhadap akibat gangguan berpanjangan ke atas bekalan minyak dan gas global.Laluan penting bekalan minyak duniaSelat Hormuz, yang dikenali sebagai koridor tenaga terpenting di dunia, terletak di antara Iran dan Oman, menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.Kira-kira 167 kilometer panjang dan hanya 33 kilometer lebar pada titik paling sempit serta kedalaman 200 meter, selat itu berfungsi sebagai satu-satunya laluan laut bagi pengeluar Teluk mengeksport minyak dan gas dalam jumlah besar ke pasaran antarabangsa.Kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia melintasi selat itu sekali gus menggariskan kepentingan strategiknya sebagai laluan paling penting di dunia untuk keterjaminan tenaga global.Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA), pada 2024, kira-kira 20 juta tong minyak sehari (bpd) transit melalui selat itu dengan anggaran 84 peratus daripada minyak mentah dan kondensat serta 83 peratus daripada LNG yang diangkut ke pasaran Asia.China merupakan penerima terbesar dengan 5.4 juta bpd dan merangkumi destinasi utama lain seperti India, Jepun dan Korea Selatan, membentuk kira-kira 69 peratus daripada jumlah penghantaran.Sebagai perbandingan, hanya 0.5 juta bpd minyak mentah dan kondensat yang melalui Selat Hormuz diangkut ke AS pada 2024.Susulan kepentingannya, gangguan di sepanjang laluan itu boleh mewujudkan krisis tenaga global, terutamanya di Asia yang negara-negaranya amat bergantung pada penghantaran minyak dan gas melalui selat tersebut untuk penjanaan elektrik dan bekalan bahan api.Medan konflik AS-Israel-IranTrafik penghantaran melalui Selat Hormuz menurun dengan mendadak sejak konflik meletus pada 28 Feb, apabila Tehran, yang mengawal selat itu, telah menyekat jalan air tersebut dan mengancam untuk menyasarkan kapal yang dikaitkan dengan AS dan Israel.Data daripada Perisikan Maritim Starboard menunjukkan purata 153 kapal transit melalui selat itu setiap hari dalam seminggu sebelum konflik, dengan trafik memuncak pada 188 kapal pada 17 Feb.Jumlah itu menurun secara drastik kepada hanya tujuh kapal pada 6 Mac dan turun kepada tiga dalam beberapa hari kebelakangan ini.Sementara itu, menurut agensi keselamatan maritim Britain UKMTO, sekurang-kurangnya 16 kapal di dalam atau berhampiran Selat Hormuz telah diserang setakat 12 Mac dan 20 laporan diterima setakat ini mengenai insiden menjejaskan kapal yang beroperasi di sekitar kawasan itu.Pengulas dan penganalisis maritim Nazery Khalid berkata ancaman Iran tidak boleh diketepikan, menyifatkan serangan baru-baru ini ke atas kapal yang melalui selat itu sebagai sebahagian strategi Tehran untuk mempengaruhi pendapat global mengenai serangan yang tidak diprovokasi dan menyalahi undang-undang ke atas republik itu."Jelas bahawa Iran tidak berusaha untuk menandingi kekuatan tentera AS-Israel tetapi untuk berlawan dalam perang asimetri dalam banyak bidang termasuk dalam bidang strategik dan ekonomi."Ia kelihatan lebih jelas pada hari ini bahawa penceroboh telah tersilap menilai kehendak, keazaman dan keupayaan Iran dan mungkin terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pelanggaran mereka apabila Iran terus mencapai sasaran, yang boleh menyebabkan kesan teruk terhadap ekonomi mereka yang menyerangnya dan terhadap ekonomi global," katanya.Krisis bekalan tenagaSerangan ke atas kapal tangki minyak yang melintasi Selat itu telah mencetuskan kenaikan mendadak harga minyak di pasaran.Harga minyak melonjak kepada hampir USD120 setong awal minggu ini berikutan gangguan pengeluaran di Arab Saudi dan negara Teluk lain termasuk Bahrain, Qatar dan Kuwait kerana infrastruktur tenaga diserang dan kapal tidak dapat melalui Selat Hormuz.Iran telah memberikan amaran bahawa harga minyak boleh melonjak kepada USD200 setong jika konflik semakin meruncing.Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporan terbaharunya menyatakan bahawa sekatan Selat Hormuz akibat konflik mewujudkan gangguan bekalan minyak terbesar dalam sejarah, dengan bekalan minyak global diunjurkan merosot sebanyak 8 juta tong sehari pada Mac atau 8 peratus daripada permintaan dunia."Gangguan berpanjangan kepada pengeluaran, pengangkutan dan bekalan keseluruhannya jelas akan mencetuskan kesan buruk perkadaran seismik, bukan sahaja untuk ekonomi negara-negara yang bergantung kepada minyak Teluk tetapi juga ekonomi global secara keseluruhan," kata Nazery.Beliau berkata negara yang bergantung pada minyak Teluk mungkin perlu memperkenalkan langkah penjimatan untuk mengimbangi impak krisis tenaga semasa."OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) hanya boleh mengeluarkan stok simpanan untuk menampung kehilangan bekalan sehingga rizabnya mencapai tahap kritikal."Keadaan boleh menjadi seteruk krisis minyak 1973 apabila ahli OPEC mengenakan embargo minyak terhadap AS dan negara lain yang menyokong Israel semasa Perang Yom Kippur





18 pelaut Malaysia masih bertugas di zon konflik Asia Barat - Sinarharian - 13/03 11:16 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 pelaut luar pesisir (offshore) Malaysia yang juga ahli Persatuan Pelaut Luar Pesisir Malaysia (MOS) dilaporkan sedang bertugas di beberapa kawasan operasi di Asia Barat yang kini dikategorikan sebagai zon konflik.Presiden MOS, Kapten Tunku Ismail Tunku Yahaya berkata, maklumat tersebut diperoleh menerusi rangkaian ahli persatuan itu yang kini berkhidmat di kapal sokongan industri minyak dan gas di rantau berkenaan.Beliau berkata, setakat ini kebanyakan mereka masih menjalankan operasi seperti biasa dengan pemantauan keselamatan yang ketat oleh syarikat perkapalan serta pengurusan kapal."Industri luar pesisir mempunyai prosedur keselamatan tertentu bagi operasi di kawasan berisiko tinggi dan perkara ini sentiasa dipantau oleh pihak operator serta syarikat kapal," katanya kepada Bernama.Tunku Ismail berkata MOS yang mempunyai lebih 1,200 ahli turut dimaklumkan bahawa pelaut terbabit ditempatkan di beberapa lokasi operasi termasuk di Arab Saudi, Qatar serta sektor Emiriah Arab Bersatu meliputi Dubai dan Abu Dhabi.Bagaimanapun, katanya keselamatan serta kebajikan pelaut Malaysia perlu sentiasa menjadi keutamaan terutama bagi mereka yang bertugas di kawasan berisiko tinggi."MOS berharap syarikat perkapalan dan operator memastikan pelaut yang ditempatkan di kawasan berisiko tinggi diberikan perlindungan sewajarnya termasuk aspek keselamatan, perlindungan insurans serta pampasan berkaitan operasi di kawasan konflik," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, MOS akan terus memantau perkembangan semasa selain berhubung dengan ahli-ahlinya yang berada di kawasan operasi bagi memastikan mereka berada dalam keadaan selamat.Seramai 18 ahli persatuan itu berada di kawasan yang dikategorikan sebagai zon konflik di Asia Barat, melibatkan:Arab Saudi (sembilan orang):Haizir Abu HasanMohd Subky Mohd IsaKapten Suryaintheran SelvarajaMohd Hasmurieman HashimAzzahraul Nazrin Zainal AzriMuhammad Qutaibah Mustaffa KamalMohd Khairul Nizam Abd RazakMohd Firdaus Mohd AliMohd Fahmi A RahmanQatar (empat orang):Mohamad Hafizzudin Mohamad SurajiLau Han SeongMohamad Sudaimi Abd GhaniMohd Amirulhafiz Mohd JoharEmiriah Arab Bersatu - sektor Dubai/Abu Dhabi (lima orang):Muammar Asyraf BuzaliAhmad Sayuti HusinNik Mohamad Shafik Nik ZulkifliLokmanulhakim BadizomanMohd Nazri SharifKetegangan di Asia Barat terus meruncing sejak 28 Feb apabila Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iran, yang mencetuskan serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk





Iran ancam serangan balas di rantau Teluk jika AS sasar bekalan... - Mgazette - 13/03 8:06 am

# Iran ancam serangan balas di rantau Teluk jika AS sasar bekalan elektrik TEHRAN -Ketua keselamatan Iran, Ali Larijani, mengancam akan menyasarkan grid kuasa di rantau ini sekiranya Amerika Syarikat (AS) menyerang bekalan elektrik Republik Islam itu





Konflik Asia Barat: Mesyuarat Khas Kabinet perinci impak terhadap Malaysia - Sinarharian - 12/03 9:02 pm

KUALA LUMPUR - Penilaian impak konflik di Asia Barat dalam jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap Malaysia akan dibincangdalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof."Apa yang lebih penting adalah untuk kita bersiap siagaterutamanya melibatkan sudut ekonomi rakyat. Perincian lanjut akan diumumkan esok selepas mesyuarat."Kita tidak mahu membuat sebarang keputusan sebelum semua perkara dibincangkan secara terperinci," katanya kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Sahabat Istimewa Indah Water Konsortium di sini pada Khamis.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizantelah pun mengadakan perbincangan awal mengenai isu berbangkit susulan konflik berkenaan.Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari lalu susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Irandiikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk





Konflik Asia Barat: Kekalkan harga RM1.99 RON95 bukti kerajaan lindungi rakyat - Sinarharian - 12/03 6:50 pm

KANGAR Langkah kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat disifatkan sebagai tindakan proaktif dalam melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, Syazwan Fahmi Badrul Sham berkata, langkah tersebut membuktikan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.Menurutnya, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan tegas dan bertanggungjawab dalam menangani perkembangan konflik tersebut."Kenyataan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan serantau, kestabilan ekonomi global serta kebajikan rakyat Malaysia yang mungkin terjejas akibat ketegangan di rantau berkenaan."Antara langkah penting yang diumumkan termasuk pendirian tegas Malaysia mengecam serangan terhadap Iran selain usaha diplomasi aktif dengan menghubungi pemimpin negara Teluk, Turki, Indonesia dan Menteri Luar Iran bagi meredakan ketegangan serta mengelakkan konflik daripada terus merebak," katanya dalam satu kenyataan.Syazwan Fahmi berkata, kerajaan juga memberi jaminan bahawa bekalan petroleum negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini hasil pengurusan cekap oleh Petronas bersama kerajaan.Menurutnya, tindakan mengekalkan harga petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani pada paras RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat membuktikan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat."Kerajaan turut memperkukuh penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan api yang berpotensi meningkat susulan perbezaan harga bahan api antara Malaysia dan negara jiran."Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II juga ditubuhkan bagi memantau impak ekonomi konflik tersebut secara berterusan supaya langkah segera dapat diambil bagi memastikan kestabilan ekonomi negara," ujarnya.Tambah beliau, kerajaan turut menunjukkan kebertanggungjawaban fiskal apabila memutuskan semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini sebagai langkah berjimat cermat menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.Katanya, PKR Perlis juga menghargai usaha kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas di kawasan Asia Barat."Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pendekatan yang seimbang antara diplomasi antarabangsa, pengurusan ekonomi yang berhemah serta perlindungan kebajikan rakyat."Seluruh rakyat Malaysia diminta terus menyokong usaha kerajaan Madani dalam memastikan negara kekal stabil, selamat dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global yang semakin mencabar," jelasnya.





Ketua Armada Bersatu Teluk Intan umum lepas jawatan - Sinarharian - 12/03 12:36 am

IPOH Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Teluk Intan, Muhammad Munawar Biran mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.Muhammad Munawar berkata, keputusan itu dibuat kerana mendakwa wujud pelanggaran terhadap perlembagaan parti serta amalan tadbir urus yang tidak telus di peringkat bahagian.Menurutnya, keadaan tersebut dapat dilihat apabila pelantikan seorang Ketua Bahagian (Penaja) yang baharu di Bersatu Bahagian Teluk Intan dibuat tanpa memaklumkan Timbalan Ketua Bahagian dan barisan Jawatankuasa Bahagian yang dipilih secara sah."Apa yang berlaku di Bersatu Bahagian Teluk Intan amat mengecewakan dan mencalar prinsip demokrasi dalam parti."Timbalan Ketua Bahagian serta barisan Jawatankuasa Bahagian yang dipilih secara sah melalui pemilihan parti langsung tidak dimaklumkan mengenai pelantikan seorang Ketua Bahagian (Penaja) yang baharu, selepas pemecatan Ketua Bahagian sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Muhammad Munawar mendakwa, individu yang dilantik itu juga tidak mempunyai sokongan kukuh di peringkat bahagian malah sering gagal mencapai korum untuk mengadakan mesyuarat cawangan.Katanya, situasi berkenaan menimbulkan persoalan mengenai ketelusan serta kewajaran proses membuat keputusan dalam parti.Sehubungan itu, beliau memaklumkan satu laporan rasmi telah dibuat oleh Timbalan Ketua Bersatu Bahagian bersama jawatankuasa bahagian kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memohon siasatan dijalankan.Menurutnya, laporan tersebut dibuat di bawah Akta Pertubuhan 1966 berhubung dakwaan pelanggaran perlembagaan pertubuhan serta penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan Ketua Bahagian (Penaja) bagi Bersatu Bahagian Teluk Intan.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa surat peletakan jawatan tersebut sudah dihantar ke Pejabat Bersatu Bahagian Teluk Intan untuk tindakan lanjut.





Pas kalah saman fitnah lagi, mahkamah arah Pemuda Pas Perak bayar RM250,000 - Harapandaily - 12/03 10:56 am

Seorang pemimpin Pemuda Pas Teluk Intan diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Changkat Jong dari DAP, Badrul Hisham Badarudin





Dunia cemas Iran bedil kapal dagang, minyak boleh cecah AS$200 setong - Mkini - 12/03 10:24 am

Tiga kapal dilaporkan terkena bedilan di perairan Teluk ketika Pengawal Revolusi Iran mengesahkan bahawa mereka telah melepaskan tembakan.





Azeem buru sasaran baharu - Utusan - 12/03 7:45 am

PETALING JAYA: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi akan mengalihkan tumpuan kepada acara kegemarannya 100 meter (m) selepas gagal menempah tiket ke peringkat akhir acara 60m dalam dewan pada Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA). Atlet dari Teluk Intan, Perak itu dijangka beraksi dalam kejohanan Jemputan Yellow Jacket di Atlanta pada 20 dan 21 Mac ..





Konflik Asia Barat: Jawatankuasa khas pantau barang kawalan diaktifkan cegah penyeludupan - Sinarharian - 11/03 11:57 pm

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa khas bagi memperkasa pemantauan serta penguatkuasaan barang kawalan bersubsidi diaktifkan semula untuk merangka pendekatan lebih bersepadu dalam mengekang risiko penyeludupan barangan tersebut susulan konflik Asia Barat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof itu dijadualkan bermesyuarat pada Isnin depan."Telah diputuskan bahawa kita (mesyuarat Jemaah Menteri hari ini) mengaktifkan satu jawatankuasa yang sebelum ini melihat kepada isu penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan di Sabah dan Sarawak."Mesyuarat pada Isnin nanti untuk kita mencari pendekatan dan strategi mengekang penyeludupan di luar daripada sempadan kita bagi memastikan subsidi yang ada itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat," katanya pada sidang media Program Ronda Ramadan Ihsan Food Bank (i-FB), di sini hari ini.Armizan berkata, pemantauan dan penguatkuasaan itu perlu diperkasa kerana jurang harga terutamanya bahan api bersubsidi dalam negara dengan harga industri serta harga di negara jiran boleh meningkatkan risiko penyeludupan.Beliau berkata, operasi penguatkuasaan akan melibatkan pelbagai agensi termasuk penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), agensi kawalan sempadan serta pihak kastam."Kita mengharap kerjasama semua pihak, bukan hanya anggota penguat kuasa di pelbagai kementerian tetapi begitu juga pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat setempat, sekiranya melihat ada unsur penyeludupan dilakukan oleh pihak tertentu bagilah laporan kepada kita untuk kita mengambil tindakan segera," tambahnya.Dalam perkembangan sama, Armizan berkata, bekalan bahan api di seluruh negara adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai ketersediaannya.Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk





Konflik Asia Barat: Kerajaan adakan mesyuarat Jemaah Menteri Khas Jumaat ini - Anwar - Sinarharian - 11/03 5:19 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI]Kerajaan akan mengadakan Mesyuarat Jemaah Menteri Khas pada Jumaat ini bagi meneliti kedudukan fiskal negara dan memantau secara rapi perkembangan situasi di Iran susulan konflik di Asia Barat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu susulan ketegangan semakin meruncing di rantau berkenaan yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia."Mesyuarat ini akan memberi ruang kepada anggota Jemaah Menteri untuk meneliti kedudukan fiskal negara, memantau perkembangan semasa secara masa nyata serta menentukan hala tuju dan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh kerajaan."Kerajaan Madani memandang serius tantangan langsung terhadap kestabilan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya pada sidang media khas mengenai perkembangan mutakhir konflik di Asia Barat di sini hari ini.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, konflik yang tercetus susulan serangan Zionis Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran telah merebak sehingga melibatkan beberapa negara lain di rantau berkenaan.Berikutan itu, Perdana Menteri berkata beliau telah mengusulkan kepada Presiden IranMasoud Pezeshkian supaya memastikan konflik di Asia Barat tidak memberi tempias kepada negara-negara jiran, selainserangan difokuskan terhadapIsrael."Saya ucapkan terimakasih kepada Presiden Irandan juga Menteri Luar (Abbas Araghchi) yang memberi jaminan tegas supaya mengelak daripadatempiasan (serangan) kepada negara-negarajiran."Di samping itu, penghargaan kepada pimpinan negara Teluk yang memberikan kesempatan kepada Malaysia berunding dengan mereka," kata beliau.Pada masa sama, Anwar mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Parlimen merentas parti yang memberi dukungan dan mengeluarkan kenyataan bersama dalam isu serangan ke atas Iran.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar dan perwakilan diplomatik Malaysia di Asia Baratserta agensi keselamatan dan pihak penerbangan yang terlibat dalam usaha membawa pulang rakyat negara ini yang terkandas akibat konflik berkenaan."Alhamdulillah, kumpulan pertama rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Asia Barat telah selamat tiba di tanah air sekitar12.30 tengah hari tadi susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing akibat serangan yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran"Seramai 170 rakyat Malaysia bersama ahli keluarga mereka telah berjaya dibawa keluar dari kawasan konflik dan pulang menaiki pesawat Malaysia Airlines yang disewa khas oleh Kerajaan Madani," katanya





164 rakyat Malaysia berlepas dari zon konflik Asia Barat - Sinarharian - 11/03 9:24 am

JEDDAH - Seramai 164 rakyat Malaysia yang terkandas di zon konflik Asia Barat yang menyertai misi pengungsian dijadualkan tiba di tanah air pada Rabu.Selain rakyat Malaysia, kumpulan itu juga melibatkan lima warganegara Thailand yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia yang terjejas serta seorang warga Indonesia.Kesemua 170 penumpang yang menaiki pesawat sewaan khas Malaysia Airlines dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 pagi, Rabu (11 Mac).Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Fauzan Amin Misnon berkata kesemua mereka dibawa pulang dari empat negara iaitu Arab Saudi (Jeddah), Syria, Jordan dan Qatar (Doha)."Proses membawa pulang mereka berjalan lancar hasil kerjasama erat dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia di Jeddah."Kesemua mereka pulang secara sukarela selepas berdaftar melalui sistem dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN)," katanya yang turut menyertai Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat digerakkan kerajaan itu.Fauzan Amin berkata, secara keseluruhannya semua penumpang berada dalam keadaan baik namun terdapat dua individu yang memerlukan perhatian khusus berikutan masalah kesihatan.Operasi itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua langkah yang perlu digerakkan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.Sebelum ini, pesawat Airbus 330-300 tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 8.35 malam waktu tempatan dan hanya diperuntukkan jendela masa yang singkat bagi mengambil penumpang.MKN menyelaras operasi tersebut dengan kerjasama rapat Kementerian Luar melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan.Penerbangan itu turut disertai wartawan dan jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM).Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Teheran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.- Bernama





AS musnahkan semua kapal pelombong Iran – Trump - Utusan - 11/03 8:01 am

TEHERAN: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan habis-habisan ke atas kapal pelombong Iran, ketika Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Teheran mengenai akibat ketenteraan yang belum pernah berlaku jia ia menyasarkan Selat Hormuz. Kenyataan Trump dibuat selepas Teheran berikrar tiada minyak Teluk akan melalui laluan perairan penting itu, sementara harga minyak kekal sangat tidak stabil berikutan ..





Pelajar maut: MSOSH gesa tindakan tegas terhadap majikan - Sinarharian - 10/03 8:20 pm

KUALA LUMPUR- Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang terlibat dalam insiden kematian seorang pelajar di Teluk Intan, Perak, selepas terkena sabit berhulu panjang yang dibawa penunggang motosikal lain.Presiden MSOSH, Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar Ismail berkata, tragedi itu menunjukkan kegagalan majikan melaksanakan operasi kerja selamat apabila peralatan kerja menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam."Kecuaian seperti ini tidak boleh diterima





Malaysia mulakan operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik Asia Barat - Sinarharian - 10/03 5:17 pm

SEPANG - Malaysia memulakan Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat pada Selasa dengan menghantar sebuah pesawat sewaan khas Malaysia Airlines ke Jeddah, Arab Saudi.Pesawat yang berlepas pada 4.10 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dijadual tiba di Jeddah pada 8.50 malam (waktu tempatan), sebelum berlepas pulang ke tanah air pada 10.20 malam.Penerbanganitu yang turut disertai wartawan dan jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)serta jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM),dijadualkan tiba di KLIAtengah hari esok (11 Mac).Difahamkan misi itubakal membawa pulang sekumpulan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa lokasi termasuk Syria, Jordan dan Qatar.Kumpulan ini difahamkan merangkumi mereka yang telah dipindahkan ke Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang, selain melibatkan lima warganegara Thailand yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia yang terjejas.Jumlah penumpang bagi misi pertama ini dianggarkan sekitar 200 orang yang terdiri daripada pelajar, pengembara serta jemaah umrah, namun angka akhir tertakluk kepada pengesahan di lapangan.Operasi itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri, DatukSeri Anwar Ibrahim agar semua langkah yang perlu digerakkan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.MKNmenyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan.Ketegangan diAsia Barat meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti olehserangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk





Two Indonesian oil palm workers remanded after Teluk Intan student killed by sickle slash - Malaymail - 10/03 4:27 pm

IPOH, March 10 Two Indonesian palm oil harvesters have been remanded for seven days to assist in investigations...





Two Indonesians remanded over college student killed in sickle incident - Star - 10/03 4:20 pm

IPOH: Two Indonesian palm oil harvesters have been remanded for seven days to assist in investigations into the death of a male vocational college student in Teluk Intan on Monday (March 9)





Tubuh pasukan krisis eksport susulan konflik Timur Tengah, kerajaan diberitahu - FMT - 10/03 12:28 am

FMM berkata kos penghantaran dan risiko semakin meningkat kerana surcaj pengangkutan kecemasan diperkenalkan syarikat perkapalan utama untuk laluan Teluk.





Tubuh pasukan krisis eksport susulan konflik Timur Tengah, kerajaan diberitahu - Hotfm - 10/03 12:28 am

FMM berkata kos penghantaran dan risiko semakin meningkat kerana surcaj pengangkutan kecemasan diperkenalkan syarikat perkapalan utama untuk laluan Teluk.





Dua lelaki warga asing direman kes pelajar kolej maut kena sabit - Sinarharian - 10/03 12:10 am

TELUK INTAN - Dua lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden seorang pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pada Isnin direman selama tujuh hari.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, tempoh reman tersebut diperoleh sehingga 16 Mac.Menurutnya, permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap kes berkenaan.Pada Isnin, media melaporkan seorang pelajar kolej maut akibat cedera parah dipercayai terkena bilah sabit pada bahagian leher dalam satu kejadian di sini.Lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 17 tahun yang juga rakan sekolej kini dirawat akibat cedera pada tangan.Berikutan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing masing-masing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan selain turut merampas sebilah sabit serta sebuah motosikal.





Pelajar Kolej Meninggal Dunia, Terkena Bilah Sabit Yang Dibawa Penunggang Motosikal - Lobakmerah - 10/03 12:08 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Dalam satu kejadian yang berlaku di Teluk Intan, Perak hari ini, seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas sebilah sabit yang berhulu panjang telah terkena pada leher penunggang motosikal yang berusia 18 tahun itu





Vocational college student dies after neck struck by long-handled sickle carried on passing motorcycle in Teluk Intan - Malaymail - 10/03 9:28 am

KUALA LUMPUR, March 10 A vocational college student died after his neck was struck by a long-handled sickle when...





Tragis! Leher Terkena Bilah Sabit Ketika Tunggang Motosikal, Pelajar Kolej Maut & Rakan Cedera Di Tangan! - Siraplimau - 10/03 8:25 am

Seorang pelajar kolej dilaporkan maut selepas lehernya terkena bilah sabit dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Teluk Intan pada pada Isnin





College student killed after being struck by sickle blade in Teluk Intan - Sinardaily - 10/03 7:19 am

IPOH - A college student was killed after sustaining severe injuries believed to have been caused by a sickle blade to the neck in Teluk Intan on Monday.Hilir Perak district police chief ACP Dr Bakri Zainal Abidin said the 18-year-old male victim was pronounced dead at the scene, while another victim aged 17, also the victims college mate, sustained injuries to his hand and is receiving further treatment."Preliminary investigations found that the incident is believed to have occurred when a long-handled sickle carried by a man riding a motorcycle struck the victims neck while the victim was also riding a motorcycle."As a result, when the two motorcycles were close to each other on the road, the victims off their motorcycle, he said in a statement.He said following the incident, police detained two foreign men, aged 39 and 52, to assist in the investigation and also seized a sickle and a motorcycle."Both suspects will be brought to the Teluk Intan Magistrates Court for a remand application to assist further investigations, he said





Pelajar kolej maut leher terkena bilas sabit di Teluk Intan - FMT - 10/03 7:13 am

Polis berkata mangsa yang menunggang motosikal terkena bilah sabit panjang yang dibawa seorang lelaki yang menaiki sebuah lagi motosikal.





Pelajar kolej maut leher terkena sabit dibawa penunggang motosikal - Sinarharian - 10/03 12:29 am

IPOH - [DIKEMAS KINI] Seorang pelajar kolej maut akibat cedera parah dipercayai terkena bilah sabit pada bahagian leher dalam satu kejadian di Teluk Intan hari ini.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 17 tahun yang juga rakan sekolej kini dirawat akibat cedera pada tangan."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebilah sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki menaiki motosikal telah terkena pada bahagian leher mangsa, yang ketika itu juga sedang menunggang motosikal," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing masing-masing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan, selain turut merampas sebilah sabit serta sebuah motosikal.Bakri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi membantu siasatan





Anwar sampaikan simpati, sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman - Sinarharian - 9/03 11:52 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia menyampaikan simpati serta sokongan kepada Kuwait dan Oman yang kini berdepan cabaran berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara susulan perkembangan semasa di Asia Barat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disampaikan beliau dalam perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah serta Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi."Selain itu, saya turut menyampaikan penghargaan terhadap komitmen kedua-dua kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di negara masing-masing," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.Anwar berkata, Malaysia turut memuji usaha Oman dalam memudah cara proses mediasi antara Amerika Syarikat dan Iran.Beliau berkata, semua pihak bersetuju bahawa situasi berkenaan perlu ditangani melalui pendekatan damai, selain menekankan kepentingan semua pihak menahan diri bagi mengelakkan ketegangan yang boleh menjejaskan kestabilan rantau itu.Keadaan di Asia Barat semakin tegang sejak Sabtu lepas (28 Februari) apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran, yang kemudian dibalas Tehran menerusi serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat di negara Teluk





Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit - Kosmo - 9/03 11:48 pm

TELUK INTAN – Seorang pelajar Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan maut selepas lehernya terkena sabit yang dibawa lelaki warga asing ketika menunggang motosikal di Jalan Kampung Batu 4, Selabak di sini hari ini





Anwar pantau secara serius operasi evakuasi rakyat Malaysia dari Asia Barat - Sinarharian - 9/03 5:03 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimmemantau secara serius operasievakuasirakyat Malaysia dari zon konflik diAsia Baratsetelah pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibuat pada hari ini.Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri sekali lagi menekankan bahawa nyawa setiap rakyat Malaysia diutamakan dalam apa jua keadaan, terutamanya dalam situasi kritikal yang tidak menentu."Mengambil keberkatan bulan Ramadan,Perdana Menteri mendoakan agar keseluruhan operasi evakuasi ini dipermudah, berjalan lancar, dan kesemua rakyat Malaysia yang terjejas dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat," katanya dalam taklimat Pejabat Perdana Menteri, pada Isnin.MKN dalam satu kenyataan pada Isnin berkata Kerajaan Malaysia kini berada pada fasa akhir persiapan bagi melaksanakan prosesevakuasi rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik diAsia Barat susulan perkembangan keselamatan yang kian meruncing di rantau berkenaan.Ketegangan diAsia Baratmeruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, di ikuti olehserangan balas Teheran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.Menurut rekod Kementerian Luar, setakat 8 Mac, seramai 641 orang rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa negara terjejas di rantau itu manakala 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar menerusi sistem e-Konsular setakat 7 Mac





Perang Asia Barat: Proses evakuasi rakyat Malaysia dalam fasa akhir - Sinarharian - 9/03 3:46 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Kerajaan Malaysia kini berada dalam fasa akhir persiapan bagi melaksanakan proses evakuasi rakyat dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat susulan perkembangan yang semakin meruncing di rantau tersebut.Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin berkata, proses evakuasi dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua langkah yang perlu digerakkan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara."MKN akan menyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan," katanya menerusi Taklimat Operasi Evakuasi di sini pada Isnin.Turut hadir Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Ikram Mohd Ibrahim.Pada 28 Februari lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalam operasi bersama melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran yang mensasarkan keupayaan nuklear dan ketenteraan sekali gus mencetuskan perang berskala lebih besar di rantau Asia Barat.Sebagai serangan balas, Iran melancarkan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera AS di negara Teluk seperti Iraq, Syria dan Qatar serta infrastruktur di Israel.Dalam pada itu, Raja Nurshirwan memaklumkan MKN bersama KLN juga akan menyalurkan perkembangan operasi ini secara berkala kepada semua pihak sehingga keseluruhan proses membawa pulang rakyat Malaysia ini selesai."Kerajaan Malaysia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terlibat dapat kembali ke tanah air dengan selamat," jelasnya.





Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 19 Mac - Mgazette - 9/03 3:17 pm

Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan;Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan dan Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku PutraSemerak, Kota Bharu, Kelantan. Manakala di Sarawak ialahPusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak;Teluk Bandung, Kuching, Sarawak dan Pusat Falak Bintulu, Sarawak





Buletin Di Sebalik Konflik Iran: Siapa Terkesan Dalam Industri Automotif .. - Mekanika - 9/03 3:17 pm

Berdasarkan data eksport China yang dirujuk oleh Bernstein, kira-kira 17 peratus eksport kereta penumpang negara itu pada 2025 dihantar ke rantau berkenaan. Konflik tersebut juga menimbulkan kebimbangan terhadap laluan perdagangan utama di Selat Hormuz yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman serta Lautan Hindi





Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 Mac - Sinarharian - 9/03 11:47 am

PUTRAJAYA - Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara.Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah," menurut kenyataan pada Isnin.Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.Lokasi yang dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi (Melaka); Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Balai Hilal Pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.Lokasi lain termasuk Stesen Cerapan Hilal di Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar di Kedah, manakala di Terengganu pula di Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu.Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah di Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu.Di Sabah ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara 188, Kuantan.Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis





Perang Asia Barat: Kerajaan ikhtiar kekalkan harga RON95 - Sinarharian - 9/03 11:38 am

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan ikhtiar maksimum bagi mengekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter meskipun ketegangan di Asia Barat memberi kesan terhadap pasaran minyak dunia.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga minyak dilapor semakin meningkat berikutan peperangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran yang turut melibatkan beberapa negara Teluk."HargaBrent satu barel sudah naik AS$100





Perang Asia Barat: Kerajaan ikhtiar kekalkan harga RON95 - Sinarharian - 9/03 11:38 am

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan ikhtiar maksimum bagi mengekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter meskipun ketegangan di Asia Barat memberi kesan terhadap pasaran minyak dunia.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga minyak dilapor semakin meningkat berikutan peperangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran yang turut melibatkan beberapa negara Teluk."HargaBrent satu barel sudah naik AS$100





Konflik Asia Barat: 649 rakyat Malaysia masih terkandas - Mgazette - 9/03 6:04 am

Ia juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan-kerajaan yang terlibat, pihak berkuasa berkaitan dan operator syarikat penerbangan atas bantuan memudah cara pergerakan rakyat Malaysia. Situasi di Timur Tengah tegang sejak 28 Feb apabila Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.





Budak 12 tahun lemas terjatuh dalam loji air - Sinarharian - 8/03 8:46 pm

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji air di Taman Widuri Indah di sini, pada Ahad.Mangsa dikatakan terjatuh ke dalam loji terbabit ketika sedang memancing.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian jam 2.22 petang"Setibanya di lokasi, anggota mendapati benar terdapat seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam loji air tersebut."Mangsa berjaya ditemukan pada jam 2.49 petang menggunakan peralatan 'grappling iron' dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,"katanya.Operasi tersebut melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Senawang dengan bantuan BBP Teluk Kemang menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).





649 rakyat Malaysia masih terkandas di Timur Tengah - Kementerian Luar - Sinarharian - 8/03 6:57 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 649 rakyat Malaysia kini masih terkandas di beberapa lokasi di Timur Tengah susulan konflik yang semakin meruncing di sebahagian wilayah tersebut, menurut Kementerian Luar.Dalam satu nasihat media pada Sabtu, kementerian itu memaklumkan bahawa sehingga 6 petang pada 7 Mac, seramai 24,568 rakyat Malaysia telah mendaftar dengan kementerian melalui sistem e-Konsular.Menurut kenyataan itu, usaha tetap difokuskan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat konflik tersebut dan memudah cara kepulangan mereka melalui penerbangan komersial yang tersedia."Perwakilan diplomatik Malaysia di rantau berkenaan juga telah mengalihkan fokus operasi kepada penyelarasan pemindahan dan bantuan konsular," katanya, sambil menambah bahawa nasihat perjalanan yang dikeluarkan pada 5 Mac kekal berkuat kuasa.Kabinet Malaysia telah meluluskan pelan luar jangka pemindahan sekiranya situasi keselamatan serantau merosot, sekali gus menekankan keutamaan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh gangguan perjalanan sambil memudahkan kepulangan mereka melalui penerbangan komersial yang sedia ada.Kementerian itu berkata penyelarasan pemindahan ketika ini menggunakan koridor perjalanan dan penerbangan komersial yang tersedia di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman dan Turkiye.Menurut kementerian, sehingga 6 petang hari ini (Sabtu), jumlah rakyat Malaysia yang terkandas di Oman telah berkurangan daripada 190 kepada lima orang susulan pelepasan baru-baru ini.Di UAE, seramai 246 rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai telah berlepas, meninggalkan 176 rakyat Malaysia dalam senarai aktif misi tersebut."Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai sedang menghubungi baki rakyat Malaysia untuk membantu pengaturan tiket alternatif, termasuk pilihan dengan Air Arabia dan SriLankan Airlines, serta menangani isu penginapan," menurut kenyataan itu.Katanya, penerbangan Emirates EK342 telah berlepas dari Dubai ke Kuala Lumpur pada 6 Mac membawa 222 penumpang warga Malaysia, termasuk pengembara yang terkandas dan kumpulan jemaah yang sedang transit dari Jeddah.Emirates juga telah menyambung semula jualan tiket Dubai-Kuala Lumpur bermula 7 Mac, tambahnya.Di Abu Dhabi, 25 rakyat Malaysia masih terkandas manakala lima pengembara telah berlepas.Di Bahrain, tiada rakyat Malaysia yang terkandas buat masa ini, walaupun 105 rakyat Malaysia telah mendaftar untuk pemindahan sukarela.Sementara itu, di Arab Saudi, seramai 243 rakyat Malaysia masih terkandas, kebanyakannya terdiri daripada jemaah umrah.Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mempertingkatkan penyelarasan dengan operator pelancongan dan pihak berkuasa bagi memudah cara kepulangan mereka.Katanya, susulan libat urus misi dengan agensi pelancongan untuk melancarkan borang pengumpulan data bagi memberi keutamaan kepada jemaah yang terkandas pada 5 Mac, sebanyak 243 penghantaran borang telah diterima setakat tengah hari 7 Mac, yang membolehkan pegawai memberi keutamaan kepada jemaah persendirian tanpa tiket pulang yang disahkan.Kementerian itu berkata pergerakan penerbangan dari Jeddah diteruskan, dengan dua penerbangan Malaysia Airlines telah berlepas pada 6 Mac.Penerbangan seterusnya oleh Malaysia Airlines dan AirAsia dijadualkan pada 8 Mac, manakala Batik Air dijadualkan mengendalikan penerbangan pada 9 Mac.Pada 6 Mac, tiga penerbangan Emirates dan dua penerbangan Etihad Airways berlepas dari Jeddah ke UAE, menyediakan laluan transit tambahan bagi jemaah Malaysia.Kementerian berkata sekatan ruang udara terus menjejaskan perjalanan serantau, dengan ruang udara Iraq kekal ditutup manakala penerbangan awam di Qatar kekal terhad.Kementerian itu juga mengambil maklum kenyataan terbaru yang dikeluarkan Majlis Kepimpinan Interim Iran, dan menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara untuk terus memantau perkembangan."Penilaian ini tidak akan menjejaskan usaha untuk membantu rakyat Malaysia di rantau tersebut," katanya.Kementerian itu menambah bahawa ia akan terus bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, perwakilan diplomatik Malaysia, kerajaan tuan rumah, syarikat penerbangan dan operator pelancongan bagi memudah cara kepulangan selamat rakyat Malaysia yang terjejas oleh konflik itu.Ia juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan-kerajaan yang terlibat, pihak berkuasa berkaitan dan operator syarikat penerbangan atas bantuan memudah cara pergerakan rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia di rantau tersebut digesa untuk mendaftar dan mengemas kini butiran mereka melalui sistem e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my atau melalui perwakilan diplomatik Malaysia yang terdekat.Bilik operasi kementerian di Putrajaya kekal aktif secara 24 jam dan boleh dihubungi di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel di dutyofficer@kln.gov.my.Situasi di Timur Tengah tegang sejak 28 Feb apabila Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk





Iran Dakwa 220 Tentera AS Terbunuh Atau Cedera Dalam Serangan Balas - Ohmedia - 8/03 3:35 pm

Iran dakwa 220 tentera AS terbunuh atau cedera selepas serangan balas ke atas pangkalan tentera Amerika di rantau Teluk





Paras air empangan MADA merosot 40 peratus - Sinarharian - 8/03 9:27 am

JERLUN Paras takungan air di empangan bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kini menurun kepada kira-kira 40 peratus berikutan kemarau yang melanda sejak hujung tahun lalu.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keadaan cuaca panas serta taburan hujan yang tidak menentu kebelakangan ini turut memberi kesan kepada pengeluaran padi bagi musim penanaman semasa.Bagaimanapun katanya, situasi tersebut masih lagi berada dalam keadaan terkawal."Pada tahun ini kita berdepan kemarau yang menjejaskan pengeluaran padi. Paras takungan empangan MADA kini sekitar 40 peratus."Walaupun hujan sudah mula turun sejak semalam dan hari ini, kesannya masih kecil kerana air perlu turun di kawasan hulu bagi menambah takungan di empangan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) serta sesi perjumpaan bersama pemimpin peladang di kawasan MADA di sini.Hadir sama Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.Berdasarkan data di laman web MADA, Empangan Pedu mencatatkan kadar takungan air sebanyak 42.23 peratus, diikuti Empangan Muda (11.12 peratus) dan Empangan Ahning (55.96 peratus) dengan jumlah keseluruhan kadar takungan air sekitar 41.55 peratus.Dalam pada itu Mohamad berkata, bagi musim pertama 2026 yang dijadualkan bermula April ini, MADA merancang melaksanakan kaedah tabur kering sebagai langkah menyesuaikan penanaman padi dengan keadaan bekalan air semasa.Menurutnya, bekalan air sedia ada dijangka mencukupi untuk pelaksanaan kaedah tersebut sementara menunggu taburan hujan yang dijangka lebih kerap menjelang penghujung April."Langkah ini diambil bagi memastikan aktiviti penanaman padi dapat diteruskan walaupun berdepan cabaran bekalan air ketika ini," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata kementeriannya turut memantau perkembangan konflik di Asia Barat bagi menilai kemungkinan kesannya terhadap tahap keselamatan makanan negara.Beliau berkata, Bahagian Antarabangsa dan Bahagian Sekuriti Makanan kementerian telah diarahkan menyediakan laporan dalam tempoh seminggu bagi menilai sebarang implikasi terhadap bekalan makanan negara."Buat masa ini pergantungan import makanan negara daripada negara teluk adalah rendah kerana Malaysia banyak bergantung kepada negara ASEAN seperti Vietnam dan Thailand."Selain itu, bekalan makanan turut diperoleh dari China, Australia, New Zealand, Argentina dan Brazil serta beberapa negara Asia Selatan seperti India dan Pakistan," katanya.Tambahnya, secara keseluruhan bekalan makanan negara ketika ini masih mencukupi dan tidak terjejas.Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa kerana konflik berlarutan berpotensi menyebabkan kenaikan harga minyak dunia yang boleh memberi kesan kepada kos pengangkutan serta harga makanan."Insya-ALLAH bekalan makanan asas termasuk ayam, daging dan kelapa juga mencukupi untuk menampung permintaan sempena Aidilfitri tidak lama lagi," katanya lagi.





Ronald Kiandee, Mas Ermieyati sahkan terima surat tunjuk sebab - Sinarharian - 7/03 8:43 am

Namun setakat ini saya tidak berhajat untuk menjawabnya. Kita tengoklah macam mana nanti," katanya.Sebelum ini Lembaga Disiplin parti memecat Hamzah kerana tindakannya yang didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.Selepas Hamzah, 16 lagi pemimpin parti itu menerima nasib sama iaitu Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.Sementara itu, sembilan Ketua Bahagian Bersatu turut dipecat setakat ini iaitu Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassuandi Hamzah; Yunus Nurdin (Libaran); Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun); Ahmad Nasir Mid (Selayang); Ahmad Ishak (Gopeng); Kamaruddin Majid (Teluk Intan); Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru); Ahmad Meon (Tangga Batu) serta Ketua Bahagian Bersatu Tapah, Mohd Yunus Mohd Yusop.Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah, Nabila Norshahar dan Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim





Kerajaan komited kekal harga subsidi RON95, masih mampu bertahan hingga .. - Mgazette - 7/03 8:01 am

Mengulas lanjut, Anwar memberi jaminan kerajaan akan mengambil langkah segera berikutan konflik di Asia Barat itu kerana ia memberi kesan kepada ekonomi sekiranya Perdana Menteri berkata, ia tidak dapat dielakkan apabila kos barangan dan kos import bagi syarikat-syarikat perusahaan kecil dan serta sederhana selain import barang makanan akan meningkat. Dalam keadaan sekarang, sementara ini nampak masih dikawal tapi kita tahu bahawa kapal-kapal minyak dan gas dan peralatan itu tersangkut di Teluk Hormuz sudah melebih 200 kapal dan tentunya akan menjejaskan dari segi perniagaan dan perdagangan





Pangkalan tentera Amerika bukan lagi keselamatan tetapi ancaman - Harapandaily - 7/03 7:45 am

Tindakan negara-negara Arab khasnya negara Teluk membenarkan Amerika Syarikat membina pangkalan tentera di negara mereka asalnya untuk keselamatan tetapi apa yang mereka dapat sekarang adalah bala dan ancaman





Anwar, Menteri Luar Iran bincang perkembangan serantau - Sinarharian - 7/03 7:23 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi bagi membincangkan perkembangan serantau di Timur Tengah.Menurut Kementerian Luar Iran, semasa panggilan itu Anwar merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Pemimpin Agung negara itu Ayatollah Ali Khamenei serta rakyat Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan ketenteraan oleh AS dan Israel terhadap Iran, yang disifatkannya sebagai bertentangan dengan peraturan, prinsip dan norma moral antarabangsa, menurut kementerian itu dalam satu hantaran di platform X pada Jumaat."Perdana Menteri Malaysia itu turut merujuk kepada rundingan politik yang sedang dilaksanakannya dengan pemimpin negara serantau serta menggesa agar perang pencerobohan dihentikan segera dan keamanan serta kestabilan di rantau itu dipulihkan, sambil menambah bahawa Malaysia akan melakukan segala usaha dalam hal ini," menurut kenyataan itu.Sementara itu, Araghchi mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas perutusan takziah serta pendiriannya yang mengecam pencerobohan ketenteraan AS dan Israel terhadap Iran serta pembunuhan pemimpin negara itu dan rakyat Iran.Araghchi seterusnya menyatakan bahawa Iran tidak mempunyai sebarang permusuhan terhadap negara di sepanjang Teluk Parsi dan kekal komited terhadap dasar kejiranan baik serta persahabatan dengan negara berkenaan.Beliau menambah bahawa adalah dikesalkan apabila wilayah negara-negara Islam di rantau itu telah dieksploitasi semasa bulan suci Ramadan oleh penceroboh AS untuk melancarkan serangan terhadap sebuah negara Islam serta membunuh umat Islam





Konflik di Teluk dijangka beri kesan kepada ekonomi, kerajaan pantau harga minyak – PM - Thempress - 6/03 10:03 pm

PUTRAJAYA – Kerajaan bimbang konflik yang sedang berlaku di negara Teluk ketika ini boleh memberi kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara, termasuk keupayaan mengawal harga minyak





Dua lelaki warga Indonesia didakwa lindung, angkut migran - Kosmo - 6/03 3:07 pm

TELUK INTAN – Dua lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melindungi dan mengangkut migran warganegara sama, bulan lalu





Dua lelaki warga Indonesia didakwa lindungi, angkut migran - Utusan - 6/03 2:29 pm

TELUK INTAN: Dua lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melindungi dan mengangkut migran warganegara sama, bulan lalu





Iran Dakwa Serang Kapal Tangki Minyak AS - Siakapkeli - 5/03 4:30 pm

Televisyen negara Iran melaporkansebuah kapal tangki minyak milik AS didakwa diserang peluru berpandu di utara Teluk Parsi pada Khamis dan kini terbakar





Warga asing disyaki cuba curi kabel rel ditahan polis bantuan KTMB - Mgazette - 5/03 3:21 pm

# Warga asing disyaki cuba curi kabel rel ditahan polis bantuan KTMB KUALA LUMPUR Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki cuba mencuri kabel berhampiran landasan kereta api di KM 37.478, sektor Telok Gadong Teluk Pulai, Klang kira-kira jam 6.45 petang semalam





Dubai Mengeluh Banyak Kedai Mewah Terpaksa Ditutup - Ohmedia - 5/03 2:10 pm

Konflik Timur Tengah menyebabkan kedai mewah tutup, operasi runcit di Dubai dan negara Teluk mula terjejas





130 Orang Asli mangsa kebakaran pindah ke PPR Taman Cendana - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# 130 Orang Asli mangsa kebakaran pindah ke PPR Taman Cendana JOHOR BAHRU - Sebanyak 130 mangsa kebakaran yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Orang Asli Teluk Jawa, Masai di sini musnah dalam kebakaran pada 12 Februari lalu sudah pun dipindahkan kelmarin





Elderly woman and son found dead at Taman Sahabat flats - Sinardaily - 4/03 3:06 pm

BALIK PULAU -An elderly woman and her son were found dead inside a unit at the Taman Sahabat flats in Teluk Kumbar here last night.Penang Fire and Rescue Department (JBPM) Operations Division assistant director John Sagun Francis said the police requested assistance to force open a locked house doorat 8.17pm."A team of six personnel and one engine from the Seri Balik Pulau fire station was dispatched to the location."Theyarrived at 8.32 pm and, together with the police, forced open the door.The victims werediscovered in the living room and inside a bedroom," he said in a statement today.John said both victims, a 72-year-old womanand her 39-year-old son, were pronounced dead at the scene by health personnel.It is understood that neighbours had alerted the authorities after noticing afoul odour emanating from the house





Krisis Minyak Global: Negara Mana Paling Bergantung Kepada Selat Hormuz? - Thevocket - 4/03 9:58 am

Selat Hormuz merupakan sebuah laluan air sempit yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab





Negara Mana Paling Bergantung Kepada Selat Hormuz? - Hotfm - 4/03 9:58 am

Selat Hormuz merupakan sebuah laluan air sempit yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab




Reformasi     >>



'Umno sedia batalkan penggantungan Hishammuddin tapi .. - Mkini
Hishammuddin sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk kembali berjuang bersama Umno.
Kroni     >>



Trump dakwa AS bom sasaran tentera Iran di Pulau Kharg - Utusan
WASHINGTON: Presiden Donald Trump mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) mengebom sasaran di Pulau Kharg, Iran, yang mengendalikan hampir semua eksport minyak mentah negara, sambil mengancam untuk menyerang infrastruktur minyak di pulau berkenaan. “Komando Pusat AS melaksanakan satu ..
Tabloid     >>



Kereta lama kurang selamat, tukar baru lebih berbaloi - Kosmo
Aliran trafik lebuh raya dan jalan utama seluruh negara dijangka sesak dengan kebanjiran lebih 2.3 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri. Ia melibatkan sebahagian besar 24 juta kenderaan yang didaftarkan aktif termasuk lebih tiga juta daripadanya berusia lebih 15 tahun. ..
Tech     >>



Samsung Galaxy S26 Ultra goes through durability .. - Gsmarena
Yesterday we saw the Samsung Galaxy S26 Ultra subjected to a teardown on video, and today the same JerryRigEverything channel is back with its now-traditional 'durability test'. This shows how scratchy the glass is, what happens to the screen if direct fire is applied to it, and, of course, ..
World     >>



US bombs Irans Kharg Island - Middleeasteye
US bombs Irans Kharg Island The US has bombed military installations on Irans Kharg Island, close to the Strait of Hormuz, US President Donald Trump has announced. The United States Central Command executed one of the most powerful bombing raids in the History of the Middle East, and totally obliterated every MILITARY ..
Motor Trend     >>



Leapmotor B10 Terima Kemas Kini OTA One Pedal .. - Careta
Kemas kini ini diperkenalkan hanya enam bulan selepas pelancaran Leapmotor B10, sekali gus menunjukkan komitmen syarikat dalam menambah baik fungsi kenderaan melalui kemas kini perisian tanpa perlu pemilik membawa kereta ke pusat servis. One Pedal Driving diperkenalkan Antara ciri baharu paling