| /// |
|
| Search : Tanah Merah News | Page 1 |
|
Kesesakan Hospital P.Pinang bukan sekadar isu triage – Gerakan - Mygazette - 25/08 7:56 am # Kesesakan Hospital P.Pinang bukan sekadar isu triage - Gerakan GEORGE TOWN - Masalah pesakit terpaksa menunggu sehingga empat atau lima jam di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang (HPP) tidak boleh hanya dijelaskan menerusi alasan pesakit dirawat mengikut tahap keseriusan keadaan |
|
Mahkamah tolak saman pemula pengosongan balai, kediaman rasmi Undang .. - Mygazette - 25/08 7:56 am # Mahkamah tolak saman pemula pengosongan balai, kediaman rasmi Undang Sungei Ujong, Rembau SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula yang difailkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi mendapatkan perintah pengosongan serta-merta Balai dan Kediaman Rasmi Undang Rembau serta Undang Sungei Ujong |
|
Selangor umum cuti peristiwa 1 September ini sempena kejayaan SUKMA 2026 .. - Mygazette - 25/08 7:56 am # Selangor umum cuti peristiwa 1 September ini sempena kejayaan SUKMA 2026 SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan 1 September ini sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 |
|
Strategi Nabi Muhamad SAW kekal menjadi rujukan – PM Strategi Nabi .. - Mygazette - 25/08 7:56 am # Strategi Nabi Muhamad SAW kekal menjadi rujukan - PM KUALA LUMPUR - Strategi Nabi Muhamad SAW kekal menjadi rujukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Cops seek public help to locate 9 migrants who escaped Tanah Merah detention depot - SUN - 24/08 11:24 pm Kelantan police are appealing to the public for information to trace nine undocumented migrants who escaped from the Tanah Merah Immigration Detention Depot |
|
Pejuang nasib pesawah, Che Ani meninggal dunia - Sinarharian - 24/08 11:16 pm ALOR SETAR - Pengerusi Badan Bertindak Petani, Che Ani Mat Zain yang aktif memperjuangkan kebajikan dan kepentingan pesawah sejak lebih 20 tahun lalu meninggal dunia akibat strok pada malam Ahad.Allahyarham yang berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.39 malam ketika menerima rawatan di Hospital Alor Setar di sini.Che Ani yang juga Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) sebelum ini lantang menyuarakan pelbagai isu berkaitan kebajikan petani termasuk masalah kelewatan pembekalan baja kepada pesawah.Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, kesihatan Allahyarham semakin merosot selepas kali terakhir menyertai himpunan bagi memperjuangkan nasib pesawah pada 13 Ogos lalu di Pida 5, Jerlun.Menurutnya, Allahyarham tetap hadir pada himpunan aman berkenaan meskipun ketika itu sudah mengalami masalah kesihatan."Ketika himpunan itu, kami menyuarakan isu kelewatan pembekalan baja yang dihadapi pesawah dan arwah turut bersama menyampaikan pandangan selain ditemubual wartawan."Selepas himpunan berkenaan, saya dimaklumkan keadaan kesihatan arwah semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia malam tadi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Menurut Abdul Rashid, penglibatan Allahyarham dalam memperjuangkan isu petani menunjukkan komitmen beliau terhadap nasib golongan berkenaan sehingga ke penghujung hayatnya.Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 11 pagi pada Isnin di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Lubuk Ayer, Ayer Hitam, Kubang Pasu. |
|
Pengiktirafan sebagai amanah, lonjak semangat Mohd Sumali - Sinarharian - 24/08 10:48 pm PENGIKTIRAFAN baharu diterima Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Wira Mohd Sumali Reduan apabila beliau dikurniakan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.Anugerah berkenaan disampaikan sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.Bagi Mohd Sumali, pengurniaan itu bukan sekadar satu penghormatan, malah amanah yang akan dijadikan pencetus semangat untuk meneruskan khidmat dan sumbangan khususnya dalam pembangunan sukan tanah air.Beliau antara 56 individu yang menerima DCSM pada istiadat berkenaan, yang turut membabitkan beberapa tokoh lain termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Wira M Kumar; Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Wira Dr Mohd Azhar Abd Hamid serta Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar.Mohd Sumali menzahirkan penghargaan kepada Tun Dr Mohd Ali atas kepercayaan dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya."Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam, atas pengurniaan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) buat saya."Sesungguhnya, pengurniaan ini merupakan satu penghormatan dan amanah yang amat besar maknanya buat saya."Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur serta akan menjadikannya sebagai dorongan untuk terus berbakti, menyumbang khidmat dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada agama, bangsa dan negara," katanya.Dalam perkembangan sama, Mohd Sumali turut merakamkan ucapan ulang tahun kelahiran ke-77 kepada Tun Dr Mohd Ali, selain mendoakan Yang di-Pertua Negeri Melaka itu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan dalam melaksanakan amanah."Semoga ALLAH SWT mengurniakan Tun kesihatan yang baik, umur yang panjang, ketenangan serta kekuatan dalam terus memikul amanah menerajui Negeri Melaka."Saya mendoakan agar Tun sentiasa berada dalam rahmat, perlindungan dan petunjuk ALLAH SWT, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kebijaksanaan dalam memimpin dan membawa Negeri Melaka ke arah kemajuan, kesejahteraan dan kecemerlangan," katanya.Pengurniaan berkenaan turut menambah satu lagi pencapaian dalam kerjaya Mohd Sumali, yang kini menerajui badan induk sepak takraw negara dalam usaha memperkukuh pembangunan serta prestasi sukan itu di peringkat domestik dan antarabangsa. |
|
Selangor declares Sept 1 special holiday after Sukma 2026 success - Sinardaily - 24/08 10:08 pm SHAH ALAM - The Selangor government has declared Sept 1 a special holiday in conjunction with the states success in hosting the 22nd Malaysia Games (Sukma) 2026.Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari made the announcement during the Sukma 2026 closing ceremony here, saying the holiday was also a gesture of appreciation to the athletes and more than 10,000 volunteers who contributed to the success of the Games.On the back of the outstanding performance in Sukma 2026 and as a token of appreciation to every athlete and the 10,000 volunteers who helped throughout the Games, I am pleased to announce that the Selangor state government has declared a special holiday in conjunction with the success of Sukma 2026 on Sept 1, 2026, which falls on Tuesday, he said in his speech.The announcement comes after nearly two weeks of competition involving more than 12,000 athletes from across the country competing in 468 sporting events.Amirudin congratulated all athletes who competed in the Games, describing Sukma 2026 as a reflection of Malaysias identity as a sporting nation and Selangor as a sporting state.He said sport was not merely about winning medals but also served as a platform for nation-building, testing individual abilities, strengthening teamwork and bringing Malaysians together across racial and religious backgrounds.Sport is a platform for nation-building, a field that tests and challenges individual capabilities, teamwork and the determination of every athlete to compete and uphold the name and flag of their state, he said.Amirudin also reminded athletes that victory and defeat at Sukma should not determine their future in sport.He said those who failed to win medals should not regard the Games as the end of their sporting journey, while those who achieved success should continue working to improve their performance.Defeat is not the end, he said, adding that Sukma provides an important platform for producing athletes who can represent Malaysia at international competitions including the Olympics, SEA Games, Asian Games and Paralympics.Meanwhile, Amirudin praised the performance of Selangors contingent, known as the Merah Kuning team, which secured 101 gold medals, 73 silver medals and 71 bronze medals across the 468 events contested.As the Selangor Menteri Besar, I am happy with this outstanding performance, he said.Amirudin also thanked all participating contingents for placing their trust in Selangor as the host of Sukma 2026 and said the Games had provided an opportunity for young athletes to exchange experiences and build friendships beyond race and religion.He said Sukma should be viewed as more than a sporting event, describing it as an agenda for nation-building and developing a confident society.The 2026 Games marked 40 years since the inaugural Sukma was held at Stadium Merdeka in 1986.Amirudin noted that the concept for Sukma was conceived in 1983 by then Culture, Youth and Sports Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is now the Prime Minister.The Sukma torch will next be handed to Kelantan, which will host the 23rd edition of the Games in 2028.Amirudin also congratulated the coaches and heads of contingents for their efforts in developing existing talent and identifying new athletes.Continue your struggle |
|
PMX Bakal Sampaikan Amanat Perdana Sempena Hari Kebangsaan 2026 Pada 30 Ogos Ini - Lobakmerah - 24/08 8:47 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Mahkamah tolak permohonan pengosongan Balai, Kediaman Rasmi Undang Rembau dan Sungei Ujong - Sinarharian - 24/08 8:38 pm SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolaksaman pemula yang difailkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi mendapatkan perintah pengosongan serta-merta Balai dan Kediaman Rasmi Undang Rembau serta Undang Sungei Ujong.Hakim Roz Mawar Rozain yang menyampaikan keputusan itu melalui prosiding dalam talian mendapati bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang(locus standi) untuk memulakan prosiding di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah."Seksyen 16 menghendaki prosiding dimulakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) atas nama jawatan itu, dan responden pertama berhujah bahawa pemohon, iaitu Kerajaan Negeri Sembilantidak mempunyai pemilikan berdaftar atau kapasiti undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap dakwaanpencerobohan atau pemilikan."Justeru, saya mendapati pemohon gagal membuktikan pemilikan atau hak kepada pemilikanyang menyebabkan prasyarat di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah tidak dipenuhi," katanya pada prosiding pada Isnin.Kerajaan Negeri Sembilan diwakili peguam Muhammad Hariz Md Yusoff manakala peguam Choo Shi Jindan Asmawi Ismailmasing-masing mewakiliAbdul Rahim Yasin serta Datuk Mubarak Thahak.Mahkamah juga memutuskan bahawa premis yang dipertikaidiklasifikasikan sebagai tanah rizab di bawah Kanun Tanah Negara (KTN)dan di bawah Seksyen 16(1)(c),sebarang tindakan undang-undang berkaitan dakwaan pencerobohan atau pendudukan tidak sahmesti dimulakan oleh PTGbagi pihak Pihak Berkuasa Negeri, bukannya secara langsung oleh kerajaan negeri.Roz Mawar berkata, prosiding ringkas di bawah Aturan 89 adalah tidak sesuai kerana pemohon gagal membuktikan hak milik yang tidak boleh dicabar sekali gus menimbulkan isu yang boleh dibicarakan berkaitan kuasa perundangan yang sewajarnya.Beliau berkata, keputusan itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang pemilikan atau hak untuk menduduki kepada kedua-dua responden dan ia juga tidak menentukan siapa Undang Rembau atau Undang Sungei Ujong yang sah.'Saya menolak permohonan ini tanpa menjejaskan sebarang prosiding yang mungkin dimulakan oleh penuntut sah di bawah undang-undang atau oleh mana-mana individu lain yang dapat membuktikan hak milik yang sah dan berterusan di bawah KTN,"katanya.Mahkamah mengarahkan Kerajaan Negeri Sembilan membayar kos sebanyak RM25,000 bagi setiap saman yang berjumlah RM50,000 kepada responden |
|
Alhamdulillah, berpeluang menyaksikan sejarah penting dalam industri .. - Wrlr - 24/08 8:00 pm Alhamdulillah, berpeluang menyaksikan sejarah penting dalam industri perfileman tanah air tatkala merasmikan Menara FINAS di Damansara Damai hari ini |
|
Kepala dihentak ke papan putih, pelajar Tingkatan Tiga patah hidung, retak bahu - Sinarharian - 24/08 7:17 pm TANAH MERAH - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga patah hidung dan retak bahu kanan selepas didakwa dipukul seorang pelajar perempuan sebaya di sebuah sekolah menengah di daerah ini.Kejadian itu berlaku pada 30 April lalu, namun lebih memilukan apabila mangsa yang berusia 15 tahun tersebut mengalami trauma emosi sehingga kini dan terpaksa menjalani rawatan psikiatri selain lanjutan dengan pakar tulang, hidung, telinga dan tekak (ENT) serta mulut.Menurut ibu mangsa yang berusia 45 tahun, pertikaian itu dipercayai bermula selepas anaknya memberikan jawapan secara spontan ketika guru bertanya mengenai ketidakhadiran beberapa pelajar dalam satu aktiviti kokurikulum."Masa itu cikgu tanya mana pelajar lain sebab tidak ramai yang hadir."Anak saya jawab secara spontan, tak tahu, ponteng kot tetapi dia tidak berniat untuk memberitahu atau mengadu mengenai sesiapa."Keesokan hari lepas tu, berlaku pertengkaran hingga anak saya ditarik dan dihentakkan kepalanya ke papan putih, itu saja yang dia ingat," katanya.Ujarnya, dia dimaklumkan guru disiplin berhubung kejadian itu dan terus ke bilik disiplin sekolah."Anak saya ada di situ dan masa tu saya nampak darah keluar dari hidung dan mulut dia masa dia bercakap selain mata bengkak."Lepas tengok keadaan dia macam tu, saya papah dia turun tangga dari tingkat satu masuk ke kereta dan membawanya sendiri ke Hospital Tanah Merah," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.Dia berkata, pemeriksaan di hospital mendapati tulang hidung anaknya patah, manakala kecederaan pada mulut memerlukan lima jahitan."Pada hari sama saya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 1 tengah hari dan selesai memberikan keterangan."Tapi, selepas pulang ke rumah di Jeli, keadaan anak semakin membimbangkan apabila dia mengadu sakit kepala dan muntah."Selepas itu, dia juga payah nak berjalan sehingga terpaksa berpaut pada dinding dan dipapah," katanya.Menurutnya, keadaan anaknya berlarutan sehingga memerlukan beberapa pemeriksaan dan rawatan susulan hingga dikesan retak bahu kanan serta terkepit saraf lengan."Anak masih dalam rawatan dan cuti sakit sehingga September ini |
|
Menyamar pegawai SPRM, lelaki dipenjara tiga bulan, denda RM400 - Sinarharian - 24/08 7:03 pm KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dipenjara tiga bulan dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini selepas mengaku bersalah menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Majistret Chai Guan Hock menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Izham Mohd Zainuddin, 34, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 30 Julai 2026.Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.Mohd Izham didakwa telah memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM, dan menunjukkan pas kerja yang mempunyai logo SPRM kepada seorang lelaki berusia 69 tahun, yang tertuduh mengetahui dia bukan seorang penjawat awam.Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves, Selangor, mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda RM400 atau kedua-duanya.Di mahkamah sama, Mohd Izham mengaku tidak bersalah menipu seorang wanita berumur 55 tahun dengan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang RM31,500 bagi tujuan urusan pembelian lot tanah di Kampung Muhibah Utama, Sungai Tinggi, Hulu Selangor.Kesalahan itu didakwa dilakukan di lot 211 Jalan Besar Selayang Indah Batu Caves, pada 2 Jun hingga 22 Jun 2026, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan kes pada 17 Nov ini.Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Birr Zamier Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam |
|
Penganggur dijel 3 bulan, denda RM400 menyamar pegawai SPRM - FMT - 24/08 6:52 pm Mohd Izham Mohd Zainuddin juga didakwa tipu seorang wanita wang RM31,500 dalam urusan pembelian lot tanah. |
|
Acuan Timur perlu kekal dengan akhlak, nilai budaya serta lebih terbuka - Anwar - Sinarharian - 24/08 6:42 pm KUALA LUMPUR - Acuan Timur yang menjadi pegangan dalam pembangunan negara tidak semestinya berteraskan fahaman neokonservatif, sebaliknya perlu mengekalkan akhlak, nilai dan budaya masyarakat serta lebih terbuka.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan itu penting, khususnya dalam membangunkan industri seni dan perfileman negara yang memerlukan ruang kreatif serta kebebasan untuk berkembang seiring dengan tuntutan zaman dan perubahan teknologi."Tidak bermakna kita harus ikut acuan Barat, tetapi acuan Timur itu tidak semestinya aliran neokonservatif |
|
Bridesmaids Bella Astillah Dapat Satu ‘Luggage’ Barangan, Netizen Tanya Mana Nak ‘Apply’ - Lobakmerah - 24/08 5:33 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
El Nio: Malaysia-Indonesia gandakan usaha bendung jerebu - Sinarharian - 24/08 4:24 pm PUTRAJAYA Malaysia dan Indonesia bersetuju melipatgandakan usaha pencegahan serta pemadaman awal kebakaran hutan dan tanah susulan fenomena El Nio yang dijangka semakin menguat menjelang Oktober ini.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam panggilan telefon bersama Menteri Lingkungan Hidup Republik Indonesia, TYT Jumhur Hidayat, pada Isnin.Menurutnya, perbincangan turut menyentuh situasi cuaca panas serta isu jerebu merentas sempadan yang sedang melanda rantau ini."Malaysia menghargai dan menyokong tindakan pantas Kerajaan Republik Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Prabowo yang melipatgandakan usaha pemadaman kebakaran hutan dan tanah (karhutla)," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, usaha Indonesia itu termasuk penambahan 1,500 anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI), penggunaan helikopter berkapasiti besar bagi kaedah water bombing serta pelaksanaan operasi modifikasi cuaca secara agresif di lapangan.Arthur berkata, persediaan menghadapi El Nio menjadi semakin penting memandangkan fenomena itu dijangka semakin menguat menjelang Oktober 2026, serentak dengan Monsun Barat Daya.Katanya, kedua-dua negara komited melipatgandakan tindakan pencegahan dan pemadaman awal bagi memastikan kualiti udara bertambah baik menjelang sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 pada 31 Ogos serta Hari Malaysia pada 16 September yang bakal berlangsung di Kuching, Sarawak.Dalam pada itu, Malaysia bersedia membantu Indonesia pada bila-bila masa sekiranya bantuan diperlukan, khususnya dalam usaha pemadaman segera kebakaran."Sekiranya terdapat keperluan khusus daripada Indonesia, perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapatkan ketetapan selanjutnya," jelas beliau.Sementara itu, Arthur merakamkan penghargaan kepada Indonesia atas persetujuan dan kebenaran rasmi yang diberikan untuk merentasi ruang udara Indonesia bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang melibatkan kawasan di sempadan kedua-dua negara.Menurutnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) kini sedang merangka jadual operasi sebelum diselaraskan bersama Panglima TNI.Beliau berkata, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan terus memantau rapi pergerakan titik panas dan kualiti udara semasa menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta MET Malaysia."Pada masa sama, hubungan erat bersama pihak berkuasa Indonesia akan terus dikekalkan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara," katanya. |
|
Fasih Tutur Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin & Tamil, Wakil Miss World Malaysia Dipuji - Lobakmerah - 24/08 4:13 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
DBKL Pasang 200 Sensor Pada Pokok Berusia, Kesan Risiko Tumbang - Careta - 24/08 4:01 pm Menurut laporan Malay Mail yang memetik The Star, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata sensor berkenaan akan dipasang pada ketinggian lebih kurang 1.2 meter dari permukaan tanah dan dihubungkan terus dengan pusat kawalan DBKL |
|
Tongkat Hadi Awang Dibida Dengan Harga RM 16,500, Pembida Sangkal Dakwaan Taasub - Lobakmerah - 24/08 3:57 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
SPRM sambung reman dua Datuk kes jual tanah bawah harga pasaran - Mygazette - 24/08 3:57 pm # SPRM sambung reman dua Datuk kes jual tanah bawah harga pasaran GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh lanjutan tempoh reman terhadap dua individu bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung penjualan tanah milik agensi kerajaan pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran, yang dipercayai menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta |
|
Parkir tak cukup, penduduk Bandar Tasik Selatan bimbang kesesakan bertambah - Mygazette - 24/08 3:57 pm # Parkir tak cukup, penduduk Bandar Tasik Selatan bimbang kesesakan bertambah KUALA LUMPUR Penduduk di beberapa kawasan perumahan di Bandar Tasik Selatan mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mungkir janji apabila kemudahan parkir lima tingkat yang dijanjikan sebelum hanya dibina setingkat |
|
Anggota maut dipatuk ular: APM tegaskan pengendalian haiwan berbisa ikut .. - Mygazette - 24/08 3:57 pm # Anggota maut dipatuk ular: APM tegaskan pengendalian haiwan berbisa ikut prosedur KUALA LUMPUR Kendalian haiwan berbisa dalam Program Latihan Kesedaran Orang Awam Pengendalian Haiwan Berbisa di Dewan Taman Temerloh Jaya kelmarin mengikut prosedur tetap operasi (PTO) dan tatacara keselamatan yang ditetapkan |
|
Buletin Mini Jcw Daredevil, 44 Unit Terhad, Rim Rallye Spoke Read More .. - Mekanika - 24/08 3:57 pm # MINI JCW DAREDEVIL, 44 UNIT TERHAD, RIM RALLYE SPOKE **MINI South Africa melancarkan edisi terhad JCW Daredevil yang merangkumi lima versi, termasuk dua varian elektrik.** Edisi khas ini merangkumi MINI John Cooper Works 3-Door Hatch Electric, MINI John Cooper Works Aceman, MINI John Cooper Works Convertible, MINI John Cooper Works 3-Door Hatch dan MINI John Cooper Works Countryman |
|
Buletin Cycle & Carriage Perkukuh Kehadiran Di Selatan, Rasmi Pusat 3s .. - Mekanika - 24/08 3:57 pm # CYCLE & CARRIAGE PERKUKUH KEHADIRAN DI SELATAN, RASMI PUSAT 3S LEAPMOTOR JOHOR BAHRU **Cycle & Carriage (C&C) terus mengembangkan rangkaian jenama Leapmotor di Malaysia menerusi pembukaan pusat 3S baharu di Johor Bahru, sekali gus mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Stellantis Malaysia serta meningkatkan akses pelanggan di wilayah selatan kepada kenderaan elektrik (EV) dan perkhidmatan selepas jualan.** Terletak secara strategik di kawasan Kempas, fasiliti baharu ini menjadi cawangan Leapmotor keenam yang dikendalikan oleh Cycle & Carriage di seluruh negara |
|
KTMB rolls out special timetable, adds trains for northern routes during school holidays and Merdeka - Malaymail - 24/08 3:57 pm KUALA LUMPUR, Aug 24 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) will provide eight additional KTM Komuter Utara train s... |
|
Mahkamah Tinggi tolak permohonan lucut wang RM21.1 juta, jongkong emas Aman Palestin - Sinarharian - 24/08 3:33 pm SHAH ALAM Pihak pendakwaan gagal dalam permohonan untuk melucut hak wang yang dibekukan, masing-masing berjumlah RM21.1 juta dan AS$139,650.68 selain sebuah jongkong emas seberat satu kilogram milik pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar memutuskan demikian selepas menolak permohonan pendakwaan terhadap wang yang dibekukan dalam 12 akaun bank atas nama Aman Palestin.Semasa membaca keputusan, Latifah berkata, Aman Palestin selaku responden merupakan sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan.Menurutnya, objektif utama penubuhan syarikat berkenaan bagi menyelaras pelbagai jenis bantuan amal kepada rakyat Palestin yang kurang bernasib baik di seluruh dunia."Dana responden diperoleh sepenuhnya melalui derma dalam pelbagai kaedah termasuk transaksi dalam talian, potongan bulanan daripada akaun serta tabung derma tunai di cawangan di seluruh Malaysia."Bermula 2018 hingga 2023, jumlah kutipan derma mencecah RM123.9 juta," katanya yang kini merupakan hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Beliau berkata, penderma menyalurkan sumbangan secara sukarela kepada responden dan wang tersebut diterima sebagai milik penuh syarikat berkenaan.Katanya, responden juga mempunyai hak kawalan sepenuhnya ke atas wang tersebut tanpa sebarang syarat atau sekatan.Bagaimanapun, beliau berkata, pemohon telah membekukan kesemua akaun bank berkenaan pada November dan Disember 2023 sebelum permohonan lucut hak dibuat pada 15 November 2024."Pemohon mendakwa dana itu telah diseleweng daripada objektif asal, manakala siasatan menunjukkan responden memindahkan wang melebihi RM64 juta untuk pelaburan, pembelian hartanah dan emas."Pemindahan dibuat kepada syarikat bernama Samudra Champa Sdn Bhd, Kerengga Merah Sdn Bhd, Isra Travel Sdn Bhd dan Yayasan Persahabatan Al-Insaniah Sejagat."Mahkamah berpandangan, jika benar terdapat penyelewengan dilakukan oleh pengarah syarikat ketika wang itu dikeluarkan untuk pelaburan, liabiliti tanggungan adalah terhadap individu."Ia seharusnya diletakkan kepada pengarah-pengarah tersebut dan tidak melibatkan responden," katanya.Susulan itu, beliau berkata, mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang dalam akaun-akaun bank dan pembelian jongkong emas berkenaan sebagai perlakuan salah di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).Bersandarkan alasan berkenaan, beliau mendapati pemohon gagal memenuhi beban pembuktian berdasarkan imbangan kebarangkalian bagi semua permohonan tersebut."Oleh itu, permohonan pemohon ditolak," katanya dalam prosiding yang dihadiri pemohon, diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan, Noor Syazwani Mohamad Sobry, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Pegawai Pendakwa, Fatin Farhana Ismail.Aman Palestin pula diwakili barisan peguam antaranya Datuk Hisyam Teh Pok Teik, Datuk Zamani Ibrahim dan Datuk M Athimulan.Selepas keputusan dibacakan, Farah Ezlin memohon penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah bagi menghentikan sementara pemulangan harta atau wang yang dibekukan dan disita sementara menunggu keputusan rayuan.Latifah kemudian menetapkan pengurusan kes bagi permohonan berkenaan pada 4 September depan.Pada 15 Februari 2024, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin antara tiga lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 164 pertuduhan pecah amanah, menipu dan terbabit dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan RM39.5 juta.Kesemua 164 pertuduhan itu dibacakan dalam tempoh lebih dua jam dan membabitkan Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 60; CEO, Awang Suffian Awang Piut, 54; serta pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 51.Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan. |
|
Semarak Bulan Kebangsaan, barisan pendidik terapkan nilai patriotisme di bilik darjah - Mypress - 24/08 3:25 pm KUCHING – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia ke-63, bahang semangat patriotisme kini semakin hangat dirasai di seluruh pelosok negara |
|
Swasta peroleh tanah di sebalik ‘land swap’ lot kubur? - Harakahdaily - 24/08 3:08 pm KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan membantah kaedah pertukaran tanah atau land swap bagi pembangunan lebih 104,000 lot kubur di Hulu Semenyih kerana dikhuatiri menjejaskan Tanah Rizab Melayu dan kepentingan penduduk Islam |
|
Polis kesan 9 PATI masih lolos dari depot - Sinarharian - 24/08 2:53 pm TANAH MERAH - Polis dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) meneruskan operasi memburu sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih belum ditahan selepas meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, di sini, awal pagi semalam.Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, usaha mengesan kesemua PATI berkenaan turut dipergiat menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa lokasi yang dikenal pasti.Menurutnya, daripada keseluruhan 10 PATI yang melarikan diri, seorang berjaya ditahan di daerah Tanah Merah pada tengah hari semalam, iaitu pada hari sama kejadian berlaku."Operasi mengesan baki sembilan PATI yang masih bebas turut melibatkan kerjasama masyarakat |
|
'Terima panggilan ibu tetapi suara orang lain di talian' - Sinarharian - 24/08 2:45 pm KOTA BHARU - Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki kedua-duanya dipercayai bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kampung Paya Lada, Ketereh di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa Idris Che Ngah, 74, dan isteri, Azizah Che Mbong, 62, yang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Pengkalan Kubor, Tumpat dikatakan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Anaknya, Mohd Shahabudin Idris, 35, berkata, dirinya terkejut apabila menerima panggilan telefon yang tertera nombor ibunya tetapi suara didengarinya di talian milik orang lain."Masa itu saya di tempat kerja, tiba-tiba ada panggilan tertera nama ibu dan saya mengangkatnya seperti biasa tetapi terkejut bila dengar suara orang lain."Orang berkenaan memaklum kepada saya yang ibu dan ayah kemalangan dan minta datang ke lokasi dengan segera," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di sini.Menurut anak ketujuh daripada sembilan beradik itu, individu yang membuat panggilan berkenaan bagaimanapun tidak memaklumkan keadaan sebenar ayah dan ibunya selain hanya memberitahu mereka terlibat kemalangan.Namun ujarnya, diirinya mulai khuatir lebih-lebih lagi apabila mengenangkan pada pagi tadi ayah dan ibunya beria-ria hendak menaiki motosikal ke Komplek Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor walaupun dihalang.Mohd Shahabudin memberitahu, hasrat kedua orang tuanya itu dihalang semasa bersarapan pagi di sebuah kedai kopi."Ibu dan ayah tetap berkeras hendak pergi juga |
|
Kes tanah P Pinang: Reman pengerusi agensi k'jaan, pengarah syarikat disambung - Mkini - 24/08 2:37 pm Mahkamah benarkan reman tiga hari lagi bagi bantu siasatan kes salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah. |
|
LCDA terus perkasa sosioekonomi rakyat Sarawak menerusi hartanah dan pertanian - Mypress - 24/08 1:47 pm LAWAS – Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) komited memperkukuh peranannya dalam pembangunan sosioekonomi rakyat Sarawak dengan mengoptimumkan potensi guna tanah secara menyeluruh |
|
Ziana Zain kini bergelar Datuk - Sinarharian - 24/08 1:23 pm PENYANYI terkenal tanah air, Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-77, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.Anugerah berkenaan diterima Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.Ziana antara 189 penerima yang dikurniakan D.P.S.M |
|
Keg*nasan Selatan Thailand : 51 Serangan Dijalankan Secara Serentak - Lobakmerah - 24/08 12:55 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
24 Produk Pelancongan Terima Pengiktirafan Ikonik Ketika Selangor Memperkukuh Laluan Menuju Tahun Melawat Selangor 2026 - Lobakmerah - 24/08 12:09 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Beza 1 Mata, Aksi Final Muay Thai SUKMA Curi Tumpuan Netizen! - Lobakmerah - 24/08 11:15 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Ancaman cuaca ekstrem: Rumah masa depan perlu tahan pelbagai bencana alam - Hmetro - 24/08 10:00 am Kuala Lumpur: Dunia kini semakin kerap dilanda cuaca ekstrem antaranya banjir luar biasa, gelombang haba el Nino, ribut, tanah runtuh dan gempa bumi |
|
Kelantan police hunt depot escapees in numbered greens, warn Kota Bharu residents against direct confrontation - Malaymail - 24/08 8:53 am KOTA BHARU, Aug 24 The 10 undocumented migrants who escaped from the Tanah Merah Immigration Depot, actively bei... |
|
Lelaki melecur dalam kebakaran tiga rumah setinggan - Sinarharian - 24/08 7:58 am KUALA LUMPUR Seorang lelaki melecur pada badan dan kaki dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah setinggan di Kampung Kasipillay Sentul di sini, awal pagi Isnin.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berusia 26 tahun itu kemudian dihantar ke zon merah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut."Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran rumah itu melalui talian NG999 pada jam 1.15 pagi."Seramai 28 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta bantuan BBP Hang Tuah dan BBP Gombak Selatan bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan tiga rumah setinggan separuh kekal (bangunan kelas C)."Kebakaran mengakibatkan 100 peratus kemusnahan terhadap struktur yang terlibat |
|
Hari ini Bang Mat berkesempatan melawat Linghai Agriculture Giant River .. - Wrlr - 24/08 7:47 am Hari ini Bang Mat berkesempatan melawat Linghai Agriculture Giant River Prawn Aquaculture Base di Wuhu, Anhui, China, untuk melihat sendiri teknologi dan kaedah penternakan moden yang diamalkan di sini |
|
Pakaian hijau, kepala botak jadi petunjuk 10 pendatang lari Depot Imigresen Tanah Merah - Sinarharian - 23/08 11:11 pm KOTA BHARU - Pakaian berwarna hijau terang dan berkepala botak antara ciri fizikal 10 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Tanah Merah dan kini dikesan pihak berkuasa.Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan mereka dipercayai masih memakai pakaian tahanan yang digunakan di depot berkenaan selain mempunyai nombor pengenalan dicetak pada pakaian, antaranya 18101 dan 18802."Lokasi terakhir kesemua pendatang itu dikesan ialah di Bukit Tebu, Tanah Merah dan orang awam diminta menyalurkan maklumat sekiranya terserempak atau mengetahui keberadaan mereka."Daripada 10 pendatang berkenaan, tujuh merupakan warga Thailand manakala masing-masing seorang warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya," menurut hantaran itu.Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan sendiri sekiranya mengenal pasti mana-mana individu yang mempunyai ciri berkenaan sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada DCC Tanah Merah menerusi talian 09-955 6222 (Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah), 09-955 6223 (Balai Polis Tanah Merah) atau WhatsApp 011-2955 5518.Terdahulu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kesemua pendatang berada di bawah tahanan Jabatan Imigresen Kelantan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu serta mengesan mereka |
|
Penang FC gagal mula kempen dengan langkah kanan, tewas 0-1 kepada DPMM FC - Sinarharian - 23/08 7:59 pm HASRAT Penang FC untuk memulakan kempen Liga Super 2026/2027 dengan kemenangan tidak kesampaian apabila tewas tipis 0-1 kepada DPMM FC di Stadium Bandarayadi sini, petang Ahad.Miguel Angelo Agostinho Oliveiramuncul wira pasukan pelawat selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan sekali gus membantu DPMM FC membawa pulang tiga mata berharga.Cuaca panas memaksakedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan tempo yang agak perlahan, namun aksi kekal seimbang dengan masing-masing saling menguji benteng lawan.DPMM FC hampir membuka jaringan pada minit keenam namun tandukan penyerang dari BrazilDalberto Luan Belo terkena palang sebelum Penang FC membalas dua minit kemudian menerusi pemain import baharu dari Filipina Javier Augustine Gayoso yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.Skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail itu cuba meningkatkan tekanan dengan Gayoso sekali lagi memperoleh peluang pada minit ke-21 tetapi gagal menghasilkan jaringan.Tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Muhammad Fazly Mazlan diarah keluar padang susulan kad merah pada minit ke-44, selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan kekasarannya terhadapMiguel Oliveira.Tambahan masa lima minit separuh masa pertama menyaksikan DPMM FC berjaya menjaringkan gol menerusi Dalberto Luan Belo, namun dibatalkan kerana ofsaid, sebelum Faith Friday Obilor pula menjaringkan gol buat Penang FC tetapi jaringan itu turut tidak dikira selepas pengadil mengesan kekasaran terhadap penjaga gol pelawat.Penang FC meningkatkan intensiti permainan pada separuh masa kedua dan tampil lebih agresif meskipun beraksi dengan kekurangan seorang pemain, selain mencipta beberapa peluang untuk memburu jaringan namun gagal disudahkan dengan baik.DPMM FC bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan menerusi Miguel Oliveira pada minit ke-64 untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan dengan jaringan1-0.Kedudukan pemain kembali seimbang pada minit ke-72 apabila DPMM FC pula kehilangan pertahanan Tommy Mawat Bada yang dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.Aksi semakin tegang menjelang penghujung permainan dengan ketua jurulatih DPMM FC, James McAllister turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil pada minit ke-84.Penang FC yang terdesak terus berhabis-habisan memburu gol penyamaan dan memperoleh beberapa peluang pada penghujung aksi, namun nasib tidak menyebelahi Harimau Kumbang apabila kedudukan terus memihak kepada DPMM FC kekal sehingga wisel penamat |
|
'Aku kena kuat demi ibu' - Anak sulung mangsa kemalangan lori JIM - Sinarharian - 23/08 7:06 pm SHAH ALAM Anak sulung kepada mangsa kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi Rabu lalu, mengakui kehilangan bapa dan dua adiknya dalam kejadian itu merupakan ujian berat yang perlu dihadapinya.Siti Nor Shakira Shaik Mohd Firdaus, 28, berkata, dia cuba menguatkan diri untuk menghadapi kehilangan tiga anggota keluarganya, selain mahu terus kuat demi ibunya.Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, pelbagai kenangan bersama bapa dan dua adiknya terus bermain di fikirannya dan tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat."Along, jom makan?".. |
|
KPDN bongkar penyelewengan diesel di Masjid Tanah, tahan tiga lelaki - Careta - 23/08 5:56 pm Menurutnya, seramai sembilan pegawai penguat kuasa KPDN terlibat dalam serbuan terhadap sebuah premis berpagar yang dikenal pasti digunakan sebagai lokasi penyimpanan dan pemindahan minyak diesel secara haram |
|
Program Melaka Rumahku penuhi impian bekas tentera, warga emas Program .. - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Program Melaka Rumahku penuhi impian bekas tentera, warga emas ALOR GAJAH Keceriaan terpancar di wajah seorang bekas tentera apabila rumah sendiri yang diidamkan selama ini tersergam di depan mata |
|
Penyertaan bekas Presiden Pembela dalam politik wajar dihormati – .. - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Penyertaan bekas Presiden Pembela dalam politik wajar dihormati - Zainul Rijal KUALA LUMPUR - Penyertaan bekas Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya dalam politik, wajar dihormati kerana beliau mempunyai pengalaman lapangan yang luas dan aset yang boleh dimanfaatkan dalam perjuangannya |
|
AMK Perlis gesa isu perobohan kuil tidak dipolitikkan - Mygazette - 23/08 5:52 pm # AMK Perlis gesa isu perobohan kuil tidak dipolitikkan KANGAR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis menggesa isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi, Kangar tidak dijadikan polemik politik, kaum atau agama sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat |
|
Jadual pameran panjang DAK di Zoo Tennoji cetus persoalan - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Jadual pameran panjang DAK di Zoo Tennoji cetus persoalan KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ihsan Haiwan Malaysia (Shelter Ihsan) bersama PERKAM, NGO dan NGI memandang serius maklumat dari laman web Zoo Tennoji, Osaka, Jepun mengenai tiga ekor gajah Asia Malaysia Dara, Amoi dan Kelat (DAK) telah dipamerkan kepada pengunjung dari 7.30 pagi hingga 8 malam setiap Jumaat hingga Ahad bermula Ogos hingga Oktober 2026 |
|
Felda: Bawa ke muka pengadilan jika ada bukti kukuh – Zahid - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Felda: Bawa ke muka pengadilan jika ada bukti kukuh - Zahid KUALA LUMPUR Mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab terhadap sebarang salah laku dalam pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu dibawa ke muka pengadilan jika terdapat bukti kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Police launch lockdown operation after ten migrants escape Tanah Merah Immigration Depot - Malaymail - 23/08 2:41 pm KOTA BHARU, Aug 23 Ten undocumented migrants escaped from the Tanah Merah Immigration Depot early this morning,... |
|
10 pendatang lari dari Depot Imigresen Tanah Merah - FMT - 23/08 1:58 pm Pendatang terbabit melarikan diri 3 pagi tadi. |
|
10 pendatang lari dari Depot Imigresen Tanah Merah - Hotfm - 23/08 1:58 pm Pendatang terbabit melarikan diri 3 pagi tadi. |
|
'Tiga kali Sarjan APM Muhamad Muazam dipatuk ular, pernah koma' - Sinarharian - 23/08 1:49 pm TEMERLOH Biar sudah tiga kali dipatuk ular sehingga pernah koma dan mengalami serangan jantung, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetap tidak meninggalkan minatnya terhadap reptilia berkenaan.Minat itu bagaimanapun berakhir dengan tragedi apabila Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin meninggal dunia selepas dipatuk tedung selar ketika melakukan latihan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya di sini pada Sabtu.Kakaknya, Siti Aisyah Kamardin 43, berkata, kejadian terbaharu itu merupakan kali ketiga adiknya dipatuk ular, manakala dua kejadian sebelum ini membabitkan reptilia berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia selepas lebih 14 jam bertarung nyawaAnggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi"Sudah tiga kali adik kena patuk ular |
|
Mu nok Isleyyy ko pembangunan?, anak muda Kelantan persoal kemudahan bas - Wrlr - 23/08 12:04 am Harapandaily August 23, 2026 Isu kemudahan awam di Kelantan kembali menjadi bahan sindiran netizen apabila perbandingan keadaan Terminal Bas Kota Bharu dengan Terminal Penang Sentral mencetuskan ribuan reaksi di media sosial |
|
Kebenaran Sebalik Isu Selat Taiwan: Mengapa Pendirian Malaysia Kekal .. - Wrlr - 23/08 11:59 am Malaysia tidak pernah berniat untuk mencetuskan krisis diplomatik yang tidak perlu; sebaliknya, kerangka dasar luar yang kita amalkan pada hari ini telah pun dimuktamadkan di pentas antarabangsa sejak beberapa dekad yang lalu |
|
Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia selepas lebih 14 jam bertarung nyawa - Sinarharian - 23/08 10:47 am TEMERLOH Selepas lebih 14 jam bertarung nyawa akibat dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini awal pagi Ahad.Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi.Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Allahyarham pada mulanya dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HoSHAS selepas tidak sedarkan diri susulan kejadian yang berlaku di Dewan Taman Temerloh Jaya, di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi"Allahyarham ditempatkan di Zon Merah dan berada di bawah pemantauan doktor sebelum disahkan meninggal dunia."Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Difahamkan, urusan pengebumian Allahyarham dijangka dilaksanakan kira-kira jam 9 pagi.Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi Sabtu, Muhamad Muazam Shah dipatuk ular tedung selar pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular.Kejadian berlaku ketika APM Daerah Temerloh menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta program.Selepas dipatuk, Allahyarham sempat keluar dari dewan sebelum mencuci tangannya, namun tiba-tiba pitam dan kemudian dikejarkan ke HoSHAS untuk mendapatkan rawatan. |
|
Guna permit gali pasir buat lombong emas - Sinarharian - 23/08 8:53 am GUA MUSANG - Kegiatan melombong emas disyaki berselindung di sebalik permohonan mengeluarkan pasir terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kawasan di Kuala Betis di sini pada Sabtu.Dalam operasi kira-kira jam 4 petang itu, empat lelaki termasuk seorang warga China ditahan dan menyita pelbagai jentera serta peralatan perlombongan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1.13 juta.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, operasi bersepadu menerusi Op Gali Mega (Zon Timur) itu dijalankan hasil maklumat risikan berkaitan kegiatan mengorek pasir dipercayai untuk tujuan perlombongan emas secara haram.Menurut beliau, serbuan dilakukan Pasukan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara dengan kerjasama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman serta pegawai penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan."Setibanya di lokasi di Jalan Masjid RPK, Kuala Betis, pasukan mendapati pintu pagar kawasan berkenaan berkunci dari dalam sebelum memasuki kawasan itu untuk menjalankan pemeriksaan."Hasil pemeriksaan, pasukan menemukan empat lelaki berada di hadapan sebuah bangsal dalam keadaan mencurigakan," katanya kepada pemberita pada Ahad.Ahmad Radzi memberitahu, tiga daripada mereka adalah lelaki warga tempatan berusia antara 19 hingga 64 tahun, manakala seorang lagi lelaki warga China berusia 50 tahun yang memiliki pasport sah.Ujar beliau, pemeriksaan tubuh badan ke atas semua suspek tidak menemukan sebarang barang salah."Namun pemeriksaan lanjut di seluruh kawasan menemukan dua jengkaut, dua palong, dua mesin penyedut dan dua genset yang disyaki digunakan bagi aktiviti perlombongan emas."Turut ditemukan sebuah kontena berwarna kuning yang berkunci dan pemeriksaan di dalamnya menemukan 51 keping karpet rumput pelbagai saiz serta tiga gulung karpet rumput," katanya.Menurut beliau, nilai dua jengkaut yang disita dianggarkan RM1 juta, manakala dua palong bernilai RM60,000, dua mesin penyedut RM25,000 dan dua genset RM25,000.Ujarnya, turut disita 51 keping karpet rumput bernilai RM10,200 dan tiga gulung karpet rumput bernilai RM15,000."Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1,135,200 |
|
Premis dijadikan lokasi seleweng diesel digempur - Sinarharian - 22/08 8:04 pm MELAKA Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah, di sini pada Jumaat.Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, operasi khas kira-kira jam 9 pagi itu dijalankan Bahagian Penguat Kuasa Putrajaya bersama KPDN Melaka hasil maklumat risikan.Menurutnya, seramai sembilan pegawai penguat kuasa KPDN terlibat dalam serbuan terhadap sebuah premis berpagar yang dikenal pasti digunakan sebagai lokasi penyimpanan dan pemindahan minyak diesel secara haram."Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut disyaki dijadikan tempat pengumpulan dan penyimpanan minyak diesel tanpa sebarang lesen atau permit yang sah daripada Pengawal Bekalan."Pemeriksaan lanjut berjaya menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan dianggarkan 17,460 liter yang disimpan di dalam sebuah tangki skid (skid tank) dan dua buah lori tangki," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Azman berkata, penguat kuasa KPDN bertindak menyita keseluruhan minyak diesel berkenaan bersama sebuah tangki skid, satu unit pam, empat unit hos penyambung, dua buah lori tangki, sebuah lori kargo, lima unit telefon bimbit pelbagai jenama serta beberapa dokumen untuk siasatan lanjut.Katanya, nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM334,363.20."Dalam operasi tersebut, tiga orang lelaki warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan."Pihak penguat kuasa juga mengeluarkan notis di bawah Seksyen 8(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengarahkan pengisytiharan stok dan penyerahan dokumen berkaitan," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]."KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan yang boleh menggugat kepentingan rakyat serta mengakibatkan ketirisan hasil negara."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan diminta menyalurkan maklumat menerusi WhatsApp KPDN di 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN, Call Centre 1-800-886-800 atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN," katanya. |
|
Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi - Sinarharian - 22/08 7:49 pm TEMERLOH Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) selepas dipatuk ular ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, dipatuk pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika menjalankan demonstrasi berkenaan.Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, APM Daerah Temerloh dijemput menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta.Menurutnya, ketika demonstrasi berlangsung, anggota berkenaan dipatuk ular pada jarinya sebelum bertindak keluar dari dewan untuk mencuci tangan."Anggota terbabit kemudian pitam di luar dewan dan kemudiannya dihantar ke Bahagian Kecemasan HoSHAS Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Che Adam berkata, setakat jam 1 tengah hari, anggota terbabit masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan doktor di Zon Merah HoSHAS."Keadaan kesihatan anggota berkenaan terus dipantau oleh pihak hospital dan APM sementara menunggu perkembangan lanjut," ujarnya. |
|
AMK Perlis sokong prinsip Mufti, jangan politikkan isu perobohan kuil - Sinarharian - 22/08 7:08 pm KANGAR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis menyokong prinsip ditegaskan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa semua pihak perlu menghormati undang-undang dalam isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi di sini.Ketua AMK Perlis, Azzin Izzad Bahanudin berkata, isu penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya diheret menjadi polemik politik, kaum atau agama sehingga berpotensi menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.Menurutnya, kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan tidak bermaksud peraturan berkaitan pemilikan tanah dan pembinaan boleh diketepikan."Sekiranya sesuatu struktur dibina tanpa kebenaran atau hak milik yang sah dan proses sewajarnya telah dilaksanakan, tindakan penguatkuasaan perlu dihormati."Pada masa sama, AMK Perlis tetap mempertahankan hak masyarakat Hindu dan penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata demikian mengulas laporan media pada Jumaat, Mohd Asri menegaskan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan semua pihak perlu menghormati peraturan berkaitan pemilikan serta penggunaan tanah.Menurut Mohd Asri, pembinaan rumah persendirian juga tidak boleh dilakukan dengan menceroboh tanah milik pihak lain atau tanah awam, apatah lagi pembinaan rumah ibadat yang turut tertakluk kepada peraturan ditetapkan.Pada masa sama, Azzin Izzad berkata, isu berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk membangkitkan sentimen perkauman atau keagamaan, sebaliknya semua pihak perlu mengutamakan prinsip kedaulatan undang-undang.Kenyataan itu susulan laporan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menggesa Barisan Nasional (BN) menilai semula kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) susulan tindakan merobohkan kuil berkenaan.Rayer yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mendakwa tindakan tersebut menimbulkan persoalan mengenai keupayaan PN menghormati kepelbagaian kaum dan agama sekiranya diberi peluang mentadbir negara di peringkat Persekutuan.Beliau turut mengaitkan isu berkenaan dengan kerjasama UMNO, MCA dan MIC bersama PN dalam pilihan raya Negeri Sembilan sebelum ini. |
|
Rakyat Malaysia ditahan di Pakistan bebas, sudah pulang ke tanah air - FMT - 22/08 6:50 pm Lelaki berusia 32 tahun itu didapati tiada kaitan dengan sindiket penipuan disiasat pihak berkuasa negara itu, kata Bukit Aman. |
|
Rakyat Malaysia ditahan di Pakistan sudah bebas, pulang ke tanah air - Sinarharian - 22/08 5:47 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Pakistan dalam serbuan ke ataspusat panggilan penipuan di Islamabad baru-baru ini, telah dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, JSJK akan merakam keterangan lelaki berusia 32 tahun itu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.Beliau juga mengesahkan lelaki tersebut merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi khas itu."Dia telah dibebaskan dan sudah balik ke Malaysia," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan sepasukan pegawai telah dihantar ke Pakistan bagi membantu siasatan berhubung penahanan rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di negara itu.Lelaki berkenaan antara 258 warga asing yang ditahan pihak berkuasa Pakistan semasa serbuan tersebut |
|
CAKNA terus kukuh dalam industri pembinaan negara - Sinarharian - 22/08 9:00 am Saya mengutamakan logistik, bekalan bahan dan pengurusan tapak supaya projek tidak terganggu."Pendekatan itu turut diuji ketika harga bahan binaan melonjak selepas pandemik Covid-19. Kami tetap meneruskan projek Rumah Keluarga Angktan Tentera (RKAT) Jeli, Hospital Bachok, Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah dan Bangunan Tambahan Matrikulasi Pasir Puteh sehingga berjaya disiapkan."Alhamdulillah pada tarikh 17 Ogos 2026, dua projek dapat diserahkan dalam masa satu hari oleh satu kontraktor iaitu projek Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah dan Bangunan Tambahan Matrikulasi Pasir Puteh," katanya.Menurut beliau, prinsip lain yang menjadi kekuatan syarikat ialah menjaga pembayaran kepada subkontraktor dan pembekal kerana mereka dianggap sebagai 'nadi' kepada kelangsungan operasi pembinaan."Sejak tahun 2000, saya tiada hutang dan menjaga pembayaran subkontraktor dan pembekal |
|
TalentCorp komited mudah cara proses kepulangan profesional perubatan - Mygazette - 22/08 8:01 am # TalentCorp komited mudah cara proses kepulangan profesional perubatan KUALA LUMPUR - TalentCorp berhasrat untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh penyelarasan dan membolehkan proses permohonan Program Kepulangan Pakar (REP) bagi profesional perubatan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan dengan lebih pantas serta cekap untuk semua pihak berkaitan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |