///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Shah News   Page 1    





6 sindiket tumpas, dadah RM37.5 juta dirampas dalam tempoh 14 hari - Mygazette - 19/08 5:12 pm

# 6 sindiket tumpas, dadah RM37.5 juta dirampas dalam tempoh 14 hari SHAH ALAM Enam sindiket pengedaran dadah pelbagai jenis bernilai RM37.5 juta berjaya ditumpaskan menerusi enam siri serbuan di sekitar Lembah Klang dan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 4 hingga 17 Ogos lalu





Polis siasat kemungkinan kebakaran bengkel kenderaan bermotifkan hapus .. - Mygazette - 19/08 5:12 pm

# Polis siasat kemungkinan kebakaran bengkel kenderaan bermotifkan hapus bukti SHAH ALAM Polis sedang menyiasat kejadian kebakaran sebuah bengkel kenderaan di Kampung Bukit Kapar, Klang berkemungkinan bermotifkan cubaan menghapuskan bukti kegiatan meleraikan dan menjual komponen kenderaan yang dipercayai dicuri





JAIS beri amaran tegas, tiada kompromi kes amang seksual di sekolah agama - Mygazette - 19/08 5:12 pm

# JAIS beri amaran tegas, tiada kompromi kes amang seksual di sekolah agama SHAH ALAM Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi jaminan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam insiden amang seksual melibatkan guru dan pelajar sekolah agama





Komuniti OKU digalak manfaat perjalanan percuma menerusi Pas Rapid Mesra .. - Mygazette - 19/08 5:12 pm

# Komuniti OKU digalak manfaat perjalanan percuma menerusi Pas Rapid Mesra KUALA LUMPUR Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menggalakkan komuniti orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya, termasuk Laluan Shah Alam, mendapatkan Pas Rapid Mesra bagi menikmati perjalanan percuma di seluruh rangkaian perkhidmatannya





Padah promosi ikan larangan di TikTok - Sinarharian - 19/08 4:35 pm

SHAH ALAM - Aktiviti mempromosikan ikan yang disyaki spesies larangan menerusi platform media sosial TikTok membongkarkan penemuan 92 ekor ikan berkenaan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Kajang pada Selasa.Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, risikan dan pemantauan dilakukan susulan pengesanan aktiviti mempromosikan ikan yang dipercayai merupakan spesies larangan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, dsb., bagi Ikan) (Pindaan) 2024.Menurutnya, hasil risikan mendapati seorang pengguna TikTok dipercayai terlibat mempromosikan beberapa jenis ikan larangan, antaranya Peacock Bass, Amazon Redtail Catfish, Tiger Shovelnose Catfish dan Gar."Pemantauan lanjut berjaya mengenal pasti alamat kediaman individu berkenaan sebelum pemeriksaan dijalankan pada 18 Ogos 2026."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa akuarium di dalam kediaman berkenaan yang mengandungi ikan disyaki daripada spesies ikan larangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Noraisyah berkata, keseluruhan 92 ekor ikan pelbagai saiz bernilai kira-kira RM2,000 disita untuk tujuan siasatan."Jumlah ikan yang disita terdiri daripada 54 ekor Gar, 24 ekor Peacock Bass, sembilan ekor Amazon Redtail Catfish dan lima ekor Tiger Shovelnose Catfish."Kesemua ikan berkenaan dihantar ke Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut," katanya.Beliau berkata, individu yang dikenal pasti sebagai pemilik serta pengguna akaun TikTok berkenaan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan."Jabatan Perikanan Negeri Selangor akan menjalankan siasatan lanjut berhubung sumber, pemilikan serta aktiviti promosi dan penjualan ikan berkenaan."Tindakan penguatkuasaan selanjutnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.Dalam pada itu, Noraisyah menasihatkan orang ramai supaya tidak mengimport, menjual, memelihara, mempamer atau menyimpan ikan hidup yang tersenarai sebagai spesies larangan tanpa kebenaran.





Police probe whether stress played role in Hulu Selangor teachers death - Malaymail - 19/08 4:28 pm

SHAH ALAM, Aug 19 Police are continuing investigations into the death of a female teacher who was found unconsci...





Tawaran kerja media sosial perangkap warga asing jadi keldai dadah - Sinarharian - 19/08 4:13 pm

SHAH ALAM - Beberapa warga asing yang terperangkap umpan sindiket untuk dijadikan keldai dadah ditahan dalam siri operasi baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati sebahagian suspek warga asing itu menerima tawaran pekerjaan daripada individu tidak dikenali menerusi aplikasi media sosial sebelum diminta datang ke Malaysia.Menurutnya, mereka kemudian diarahkan mengambil dan membawa bagasi ke negara tertentu tanpa mengetahui kandungan sebenar di dalamnya."Mereka mendapat tawaran daripada individu tidak dikenali untuk datang ke Malaysia sebelum diminta mengambil dan membawa bagasi ke negara lain."Umpan awal adalah tawaran pekerjaan menerusi media sosial dan ada antara mereka yang mendakwa tidak mengetahui bagasi dibawa mengandungi dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.Shazeli berkata, dalam enam siri operasi antara 4 hingga 17 Ogos lalu, polis menahan 12 suspek berusia antara 22 hingga 54 tahun, termasuk sembilan warga asing.Katanya, semakan awal mendapati sembilan warga asing terbabit dipercayai memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan disyaki berperanan sebagai keldai dadah."Suspek yang ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) itu baru tiba dari luar negara ke Malaysia





Dua kenalan antara diberkas, dadah RM37.5 juta dirampas - Sinarharian - 19/08 4:10 pm

SHAH ALAM - Dua kenalan antara 12 individu yang diberkas menerusi enam siri operasi pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari 4 hingga 17 Ogos lalu.Dalam operasi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai kira-kira RM37.5 juta yang dipercayai mampu menampung penggunaan sehingga dua juta individu pada satu-satu masa.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dua kenalan berkenaan masing-masing lelaki dan wanita tempatan berusia 33 dan 28 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Ampang pada 17 Ogos.Menurutnya, pemeriksaan di premis itu menemukan 243 bungkusan plastik disyaki mengandungi syabu seberat 252.7 kilogram serta 234 bungkusan kertas berminyak mengandungi bahan disyaki heroin base seberat kira-kira 88 kilogram."Nilai keseluruhan rampasan bagi kes ini dianggarkan RM19.7 juta





PDRM advise calm before Klang court charging over Rocky's death - Sinardaily - 19/08 4:00 pm

SHAH ALAM - Police have advised the public not to hold any gatherings or demonstrations regarding the death of a dog named Rocky, which is scheduled to be brought to the Klang Court on Thursday.Selangor Police Chief, Datuk Shazeli Kahar, stated that the public should trust the authorities and allow the legal process to take its course following the completion of the investigation into the case."I advise that there is no need to exaggerate this issue to the extent of holding any gatherings or demonstrations





Klang court to hear charges over Rocky's death - Sinardaily - 19/08 3:55 pm

SHAH ALAM - Police have received instructions from the Deputy Public Prosecutor's (DPP) office to proceed with charges regarding the death of a dog named Rocky.Selangor police chief, Datuk Shazeli Kahar, stated that the charges will be brought to the Klang Magistrates' Court on Thursday."Insya-Allah, the charges are expected to be brought tomorrow at the Klang Magistrates' Court."I request media partners to refer to the court in Klang to obtain the exact time for the proceedings," he said during a press conference at the Selangor Contingent Police Headquarters (IPK) here on Wednesday.Previously, Sinar Harian reported that a man targeted by public backlash following an altercation during a stray dog capture operation involving Rocky would be charged in court.The case gained widespread attention after a video showing the incident, which occurred in Taman Telok Gedong Indah, Klang, on July 29, went viral on social media.He added that the charges are expected to involve not only the police, but other enforcement agencies will also be bringing charges related to the issue.However, Shazeli did not elaborate on whether the charges involve a man and a woman previously linked to the case.He also declined to reveal the specific sections or legal provisions to be used, asking that the matter be referred to the court on Thursday."I suggest that our media partners wait and obtain the details at court tomorrow," he said.





No need to escalate: Selangor police urge public against gathering at court over Rocky case - Malaymail - 19/08 3:23 pm

SHAH ALAM, Aug 19 Selangor police chief Datuk Shazeli Kahar today reportedly urged the public not to hold a...





Kes amang seksual: JAIS sedia lihat semula status pendaftaran sekolah - Exco - Sinarharian - 19/08 3:10 pm

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersedia mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes amang seksual membabitkan guru dan pelajar termasuk melihat semula status pendaftaran sekolah terbabit.Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, tindakan itu akan dilaksanakan selaras dengan undang-undang sedia ada sekiranya perkara itu mempunyai kaitan dengan bidang kuasa JAIS."Saya yakin JAIS akan mengambil tindakan yang wajar selaras dengan undang-undang sedia ada jika perkara ini berkaitan, termasuk melihat semula status pendaftaran sekolah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohammad Fahmi menjelaskan, pentadbiran negeri kesal terhadap insiden amang seksual songsang terutama melibatkan sekolah agama.Menurutnya, perkara itu lebih mendukacitakan kerana sekolah agama sepatutnya menjadi tempat selamat kepada pelajar, manakala guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, tetapi juga penjaga kepada pelajar yang sedang membesar dari aspek fizikal, akal dan emosi."Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat rapi kes ini dan individu yang disyaki mendapat hukuman setimpal.Mohammad Fahmi berkata, JAIS sebelum ini sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang potensi kelakuan tidak bermoral membabitkan guru dan pelajar.Katanya, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan tegas dan melaksanakan polisi tidak berkompromi bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak terus berlaku."JAIS sentiasa terbuka menerima sebarang aduan daripada pelajar atau mana-mana pihak sekiranya terdapat elemen, potensi atau tanda berkaitan kemungkinan berlaku insiden gangguan atau amang seksual di sekolah atau asrama."Tindakan undang-undang yang wajar akan segera diambil dan tiada kompromi kepada mana-mana pesalah kerana sekolah harus menjadi tempat selamat kepada anak-anak kita," tambah beliau.





Form 3 student at risk of hearing loss from bullying, senior arrested - FMT - 19/08 3:00 pm

The 17-year-old suspect, who has been released on bail, purportedly assaulted his junior at the school in Shah Alam last week.





KPM perlu teliti semula jadual SPM 2026 - Radzi Jidin - Sinarharian - 19/08 2:53 pm

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta meneliti semula jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 susulan kebimbangan ibu bapa dan calon terhadap pelaksanaan ujian mendengar serta ujian bertulis bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada hari sama.Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ketetapan lebih munasabah perlu dirangka demi memastikan tumpuan dan kesiapsiagaan calon tidak terjejas.Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya memaklumkan, berdasarkan jadual peperiksaan terkini, ada komponen peperiksaan berlangsung pada hari sama."Ada yang berkongsi dengan saya tentang keresahan mereka berkaitan jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026."Berdasarkan jadual peperiksaan terkini, tahun 2026 menunjukkan perubahan ketara apabila ujian mendengar dilaksanakan pada hari yang sama dengan ujian bertulis," katanya dalam hantaran Facebook pada Rabu.Menurut Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, situasi berkenaan tidak pernah berlaku sejak ujian mendengar diperkenalkan semula pada tahun 2021.Bagaimanapun, beliau memaklumkan, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu dijadualkan pada tarikh yang sama iaitu pada 23 November 2026."Begitu juga bagi subjek Bahasa Inggeris, di mana Ujian Mendengar dan Ujian Bertulis ditetapkan pada 24 November 2026," ujarnya.Justeru, Mohd Radzi berpandangan, kementerian perlu meneliti perkara terbabit dengan mengambil kira input dan pandangan ibu bapa serta calon SPM 2026.





Shah Alam police receive report on Form Three student at risk of hearing loss after alleged bullying - Malaymail - 19/08 2:52 pm

SHAH ALAM, Aug 19 Police have confirmed receiving a report regarding an incident involving a Form Three student...





Polis siasat dakwaan bengkel terbakar tutup bukti sindiket lerai kenderaan - Sinarharian - 19/08 2:50 pm

SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berkaitan dakwaan sebuah bengkel melerai dan menjual komponen kenderaan yang sebelum ini dikaitkan dengan sindiket didalangi warga asing di Kampung Bukit Kapar, Klang yang terbakar bagi menutup bukti.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya turut melihat aspek kebakaran premis berkenaan sebagai sebahagian daripada siasatan bagi mengenal pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan usaha menghapuskan bukti."Setakat ini kita sedang lihat ke arah aspek tersebut juga, mungkin kaedah untuk melupuskan keterangan-keterangan yang berkaitan."Jangan bimbang, perkara itu kita sedang siasat," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 20-an bagi membantu siasatan susulan penemuan sebuah van jenazah dipercayai dicuri di sebuah bengkel kenderaan terpakai di Bukit Kapar kira-kira jam 7.20 malam pada 7 Ogos lalu.Malah, seramai 20 warga asing terdiri daripada 19 lelaki dan seorang wanita turut ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di Jalan Kapar pada jam 4.30 petang, 12 Ogos lalu.Serbuan itu membongkar kegiatan dipercayai melibatkan sindiket melerai dan menjual kenderaan curi, termasuk membabitkan kehilangan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik sebuah syarikat pengurusan jenazah.Penahanan warga Indonesia dalam serbuan berkenaan turut membongkar dakwaan penglibatan sindiket dalam pengurusan penyediaan rumah penampungan bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal.Dalam pada itu, Shazeli berkata, pihaknya ketika ini belum dapat mengesahkan kewujudan sindiket berkenaan kerana hanya dua warga Pakistan ditahan setakat ini."Buat masa ini, nak dikatakan sindiket saya tidak berapa yakin sebab hanya dua orang sahaja warga Pakistan yang ditangkap iaitu seorang dikatakan sebagai pemilik dan seorang sebagai pekerja kepada pemilik tersebut."Namun, kita juga tidak boleh menafikan berkemungkinan wujud tetapi sindiket itu mungkin di luar, jadi, premis tersebut mungkin dijadikan salah satu tempat untuk sindiket lain meleraikan kenderaan terbabit," katanya.Shazeli berkata, siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek masih ditahan bagi membantu siasatan."Selain daripada dua orang itu, belum ada tangkapan lain setakat ini," katanya.Ujarnya, polis turut menyiasat pemilik tanah yang disewakan kepada warga asing bagi menjalankan aktiviti di premis berkenaan."Kita sedang siasat pemilik tanah, kenapa boleh menyewakan kepada warga asing," katanya.





Tekanan antara aspek siasatan kematian guru di sekolah - Sinarharian - 19/08 2:45 pm

SHAH ALAM - Tekanan antara aspek siasatan yang dijalankan melibatkan kes seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam satu kejadian di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor, Khamis lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih dijalankan meskipun kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Menurutnya, polis telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga, pegawai perubatan serta rakan-rakan mangsa bagi membantu siasatan."Walaupun kes SDR, SDR itu sendiri adalah salah satu bentuk siasatan kerana ia tidak melibatkan rumusan sebagai satu kesalahan jenayah."Siasatan masih dijalankan dan keterangan telah diambil daripada ahli keluarga, pihak pegawai perubatan serta rakan-rakan yang berkaitan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Khamis.Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai SDR dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian mangsa.Shazeli berkata, polis masih belum memuktamadkan siasatan dan akan terus mengambil keterangan daripada individu yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan."Siasatan belum sampai ke penghujungnya





Kes buli Shah Alam diklasifikasi pergaduhan - JPN Selangor - Sinarharian - 19/08 2:28 pm

KLANG - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengklasifikasikan kejadian pelajar di sebuah sekolah di Shah Alam yang dilaporkan kes buli sebelum ini sebagai pergaduhan.Pengarahnya, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan menyeluruh dengan mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak terbabit."Memang ada berlaku kes itu di sekolah berkenaan, tetapi kita sudah melakukan proses mediasi dengan ibu bapa serta menjalankan siasatan secara menyeluruh."Berdasarkan dapatan awal setakat ini, ia sebenarnya pergaduhan dan bukan buli," katanya ketika ditemui selepas Majlis Aspirasi Pendidikan Yayasan MBI 2026 di sini pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang ibu, Nurhaswaty Zamani, 43, mendakwa anaknya, Adryz Adrian, 15, mengalami kecederaan pada kepala dan telinga selepas dipercayai menjadi mangsa buli serta serangan di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.Nurhaswaty meluahkan kebimbangan selepas anak tunggalnya itu dilaporkan berdepan risiko kehilangan pendengaran susulan kecederaan dialaminya.Mengulas lanjut, Wan Nor Ashikin menjelaskan, pihak sekolah turut mengambil pendekatan segera dengan mengarahkan pengetua menziarahi pelajar terbabit selain mendapatkan khidmat kaunselor bagi memberi sokongan dan semangat.Katanya, pihak Nazir turut terbabit dalam proses siasatan berhubung kejadian berkenaan."Bagi pihak kami, siasatan dan proses itu masih berjalan, selain sudah menyerahkan perkara ini kepada polis untuk siasatan dan tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa."Pada masa sama, apa yang dilakukan ibu bapa termasuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang adalah hak mereka," katanya.Wan Nor Ashikin berkata, JPN Selangor memandang serius aspek keselamatan dan kebajikan pelajar serta akan terus melakukan penambahbaikan sekiranya terdapat sebarang kelemahan di sekolah.Beliau berkata, pihak sekolah juga mempunyai jadual pemeriksaan mengejut sebagai antara langkah pencegahan, namun ia tidak boleh dilakukan setiap hari kerana perlu mengambil kira masa pengajaran dan pembelajaran."Guru kita semua komited menjalankan tugas, malah saya sendiri selalu turun ke sekolah dan melihat apa yang mereka lakukan."Namun, perkara yang berlaku kadang-kadang di luar kawalan dan dugaan kita





Kes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP Selangor - Sinarharian - 19/08 2:07 pm

SHAH ALAM - Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan berkaitan kes kematian anjing dikenali sebagai Rocky yang dijadualkan dibawa ke Mahkamah Klang pada Khamis.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, orang ramai perlu memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa dan membiarkan proses perundangan berjalan selepas siasatan berkaitan kes itu selesai dijalankan."Saya menasihatkan supaya tidak perlulah diperbesarkan isu ini sehingga nak diadakan sebarang perhimpunan ataupun tunjuk perasaan."Daripada aspek perundangan, siasatan telah dijalankan dan kita telah kenal pasti siapa pihak-pihak yang bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor komited menjalankan siasatan secara adil tanpa memihak kepada mana-mana pihak."Siasatan yang kami jalankan ini telah membawa kepada arahan pertuduhan esok





Ejek-mengejek dipercayai punca remaja 15 tahun dipukul di sekolah - Sinarharian - 19/08 1:38 pm

SHAH ALAM - Ejek-mengejek dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dipukul di sebuah sekolah menengah di sini sehingga berisiko mengalami masalah pendengaran.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada aktiviti ejek-mengejek antara pelajar yang berlaku sebelum ini."Menurut keterangan yang ada sehingga kini, puncanya adalah berkaitan dengan aktiviti ejek-mengejek yang berlaku sebelum ini antara kenalan satu sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang ibu, Nurhaswaty Zamani, 43, mendakwa anak tunggalnya, Adryz Adrian, 15, mengalami kecederaan pada kepala dan telinga selepas dipercayai menjadi mangsa buli serta dipukul di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.Mangsa didakwa mengalami gangguan pendengaran selepas kejadian dan berdepan risiko kehilangan pendengaran, selain menerima rawatan serta pemeriksaan susulan.Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada pengadu dan mangsa."Setakat ini, kita telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pengadu dan juga mangsa."Siasatan masih dijalankan, rakaman percakapan serta keterangan telah diambil dan seorang suspek telah ditangkap serta direman sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara kertas siasatan dilengkapkan," katanya.Shazeli berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan masing-masing berkaitan ugutan serta menyebabkan kecederaan.Beliau berkata, suspek berusia 17 tahun itu ditahan di sekolah berkenaan dan merupakan pelajar di sekolah sama dengan mangsa."Satu suspek sahaja telah ditahan untuk membantu siasatan."Suspek berusia 17 tahun dan kita tidak boleh mengulas banyak kerana semua ini melibatkan individu bawah umur," katanya.Dalam pada itu, Shazeli berkata, polis masih menunggu laporan rasmi pegawai perubatan bagi mengetahui tahap kecederaan dialami mangsa."Siasatan masih berjalan dan kita perlu menunggu laporan rasmi daripada pegawai perubatan," katanya.Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.





Kes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPR - Sinarharian - 19/08 1:37 pm

SHAH ALAM - Polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menjalankan pertuduhan berkaitan kes kematian anjing dikenali sebagai Rocky.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis."Insya-ALLAH, esok dijangka akan diadakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang."Saya mohon rakan media merujuk kepada pihak mahkamah di Klang untuk mendapatkan waktu sebenar bagi menjalankan pertuduhan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman susulan insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama Rocky akan didakwa di mahkamah.Kes berkenaan mendapat perhatian selepas video berkaitan insiden penangkapan Rocky di Taman Telok Gedong Indah, Klang pada 29 Julai lalu tular di media sosial.Menurutnya, pertuduhan itu dijangka bukan sahaja membabitkan pihak polis, malah agensi penguat kuasa lain turut akan menjalankan pertuduhan berkaitan isu berkenaan.Bagaimanapun, Shazeli tidak mengulas lanjut sama ada pertuduhan itu membabitkan lelaki dan wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan kes berkenaan.Beliau turut enggan mendedahkan seksyen serta peruntukan undang-undang yang akan digunakan dan meminta perkara itu dirujuk di mahkamah pada Khamis."Saya mencadangkan kepada rakan media untuk tunggu dan dapatkan maklumat di mahkamah esok," katanya.





Kadar gaji pekerja perlu selari realiti kos sara hidup - UNI-MLC - Sinarharian - 19/08 12:46 am

SHAH ALAM - Penetapan gaji pekerja perlu mengambil kira realiti kos sara hidup semasa bagi memastikan pendapatan diterima bukan sekadar mencukupi untuk memenuhi keperluan asas, malah membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih terjamin dan bermaruah.Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, perubahan kos makanan, perumahan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan harian memberi kesan langsung terhadap kuasa beli pekerja terutama golongan berpendapatan rendah.Justeru, beliau berpandangan, kajian semula Perintah Gaji Minimum 2024 yang sedang dilaksanakan kerajaan penting bagi menilai sama ada kadar semasa masih relevan dengan keadaan ekonomi dan keperluan pekerja ketika ini."Bagi pekerja, isu gaji bukan sekadar mengenai satu angka di atas slip gaji





Nama sering dikaitkan kes Menara KL, Annuar pilih berdiam diri - Sinarharian - 19/08 12:11 am

SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memilih untuk berdiam diri berhubung kes pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Annuar berkata, namanya sering diketengahkan setiap kali isu berkaitan Menara KL disebut, termasuk penggunaan fotonya dalam laporan mengenai kes berkenaan walaupun perkara itu membabitkan individu lain."Setiap kali ada sebutan berkaitan Menara Kuala Lumpur, nama saya yang disorotkan, foto saya yang digunakan walaupun kes orang lain





Home Ministry refutes recycled claims of mass citizenship grants - Sinardaily - 19/08 11:01 am

SHAH ALAM - The Home Ministry has denied claims that citizenship was granted on a mass basis to foreigners, including an allegation that 1.2 million Chinese nationals did not leave Malaysia after entering the country.Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said the claims had been denied and clarified several times since last year based on official facts and data.He said certain parties continued to recycle videos, posters and narratives that had already been corrected, with the intention of confusing the public while stoking racial and hatred sentiments.The claim that the Home Ministry had granted citizenship on a mass basis to foreigners or that 1.2 million Chinese nationals did not leave Malaysia is untrue.This matter has been officially clarified, and the facts can be referred to through my own statements as well as media reports, he said in a Facebook post today.Saifuddin said the spread of baseless claims not only tarnished the reputation of individuals or institutions, but also had the potential to erode public trust in national institutions.He added that the dissemination of defamatory claims could also fuel racial hatred, disrupt public order and threaten national security.I remind all parties to stop spreading defamatory claims and not to exploit sensitive issues for political interests or to gain attention on social media.I also urge the public to verify the authenticity of information through official sources before believing or sharing it, he said.





GST debate could become PHs GE16 headache, warns PKR lawmaker - Sinardaily - 19/08 10:57 am

SHAH ALAM - Malaysias increasingly contentious tax debate could become another political headache for Pakatan Harapan (PH) as the country heads towards the 16th General Election (GE16), forcing the government to balance fiscal needs, business confidence and public concerns over the cost of living.For Petaling Jaya MP Lee Chean Chung, the bigger risk for PH is not simply whether Malaysia should retain the Sales and Services Tax (SST) or revisit the Goods and Services Tax (GST), but whether businesses and ordinary Malaysians actually feel the benefits of economic growth.GDP seems to be doing well but the general public dont feel it, said Lee, a PKR lawmaker and member of the Parliamentary Special Select Committee on Finance and Economy, during Sinar Daily's Top News podcast, Time to Fix the System.He said frustration among small and medium enterprises (SMEs) over tax complexity and rising costs could translate into wider dissatisfaction with the government.Lee said the government needed to examine whether its tax policies were contributing to a perception that it was not friendly to small businesses, even as larger investments and sectors such as data centres receive government support.The issue could carry political weight ahead of GE16, with SMEs and the wider business community capable of shaping broader public sentiment.Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has maintained that SST will remain the country's tax foundation, while the government studies possible improvements based on economic conditions and the public's ability to cope with taxation.But the debate is increasingly moving beyond a simple GST-versus-SST choice, with attention turning to whether selected GST-style mechanisms could be incorporated into SST to improve efficiency and certainty without reviving GST's political baggage.Lee said businesses could at least operate with greater certainty under GST, which he argued was preferable to an SST regime that has been repeatedly amended.No one likes taxes, he said





KDN kesal naratif palsu kewarganegaraan borong terus dikitar semula - Sinarharian - 19/08 9:05 am

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan pemberian kewarganegaraan secara borong kepada warga asing, termasuk dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia selepas memasuki negara ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan berkenaan telah beberapa kali dinafikan dan diperjelaskan berdasarkan fakta serta data rasmi sejak tahun lalu.Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang terus mengitar semula video, poster dan naratif yang telah diperbetulkan hanya bertujuan mengelirukan rakyat selain meniup sentimen perkauman dan kebencian."Dakwaan kononnya KDN memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing atau dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar."Perkara ini telah dijelaskan secara rasmi dan fakta mengenainya boleh dirujuk melalui kenyataan saya sendiri serta laporan media," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Saifuddin berkata, penyebaran dakwaan tidak berasas bukan sahaja mencemarkan nama individu atau institusi, malah berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.Tambahnya, penyebaran fitnah itu juga boleh mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan keselamatan negara."Saya mengingatkan semua pihak agar menghentikan penyebaran fitnah dan tidak memperalatkan isu-isu sensitif demi kepentingan politik atau meraih perhatian di media sosial."Saya juga menyeru rakyat menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya," katanya.





Kwasa Damansara must remember its rubber pioneers - Sinchew - 19/08 7:43 am

Earthworks and construction are underway across both the Petaling Jaya (MBPJ) and Shah Alam (MBSA) sectors, primarily focusing on high-density residential developments





Peruntukan ahli Parlimen: 'Patutnya esok nak bubar, hari ini barulah buat gesaan' - Fadhli Shaari - Sinarharian - 19/08 12:32 am

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo yang menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang khas bagi menjamin semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menerima peruntukan sama rata.Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu secara sinis berkata, beliau bersetuju dengan cadangan tersebut."Saya setuju, cumanya awal sangat gesaan ini





Tambahan RM1 juta peruntukan Parlimen hak rakyat, bukan ganjaran politik - MCA - Sinarharian - 18/08 6:54 pm

SHAH ALAM - MCA mengulangi pendirian bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen harus disalurkan secara adil tanpa mengambil kira parti diwakili wakil rakyat termasuk pembangkang.Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, gesaan ini juga selari dengan seruan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk memberi peruntukan kawasan yang sama rata bagi wakil rakyat kerajaan dan pembangkang."Ditegaskan, peruntukan kawasan adalah hak rakyat dan sumber awam yang tidak boleh sama sekali dijadikan ganjaran atau hukuman politik





Gesaan DAP hanya 'wayang', persediaan jadi pembangkang - Wan Saiful - Sinarharian - 18/08 6:33 pm

SHAH ALAM - Gesaan DAP supaya peruntukan diberikan secara sama rata kepada semua ahli Parlimen didakwa hanya 'wayang' kerana parti itu kini bimbang menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut mempersoalkan tindakan pemimpin parti itu yang menyuarakan cadangan ketika tempoh penggal Parlimen hampir berakhir."Tuntutan ini adalah perkara yang baik





Wan Ahmad Fayhsal nafi keluar kenyataan Wawasan berhasrat capai apa yang Pas gagal lakukan - Sinarharian - 18/08 6:18 pm

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan beliau mengeluarkan kenyataan seperti digambarkan dalam tajuk yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.Ahli Parlimen Machang itu mendakwa, laporan bertajuk Wawasan berhasrat capai apa Pas gagal lakukan, pikat bukan Melayu untuk PN bukan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan beliau."Apa yang saya maksudkan dalam temu bual berkenaan ialah penubuhan Parti Wawasan Negara bertujuan melengkapi dan memperkukuh usaha Perikatan Nasional (PN) bersama Pas, khususnya dalam memperluaskan penerimaan PN dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum."Ia sama sekali bukan bermaksud Wawasan mahu menggantikan Pas, apatah lagi mendakwa Pas telah gagaldalam usaha tersebut," katanya menerusi satu hantaran di media sosial pada Selasa.Beliau menambah, penggunaan gambarnya pada tajuk berita berkenaan pada peringkat awal turut menimbulkan kekeliruan terhadap maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan.Namun katanya, beliau menghargai tindakan pihak portal berita berkenaan yang kemudiannya menukar gambar tersebut kepada imej yang lebih sesuai selepas teguran dibuat."Saya berharap rakan-rakan media terus memelihara etika dan ketepatan dalam pelaporan, khususnya memastikan tajuk berita benar-benar mencerminkan konteks serta maksud kenyataan asal, supaya tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat."Perbezaan tafsiran boleh berlaku, tetapi jangan sampai tajuk yang dipilih membawa maksud yang tidak pernah disebut oleh sumber asal," katanya.





Khazanah buat dua transaksi RM19.5 juta ke akaun Fashion Valet - Saksi - Sinarharian - 18/08 5:26 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa diberitahu bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah membuat dua transaksi pemindahan wang berjumlah kira-kira RM19.5 juta ke akaun milik syarikat fesyen tempatan, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) pada Mac 2018.Pengurus Cawangan CIMB Bank Berhad (CIMB) Cawangan Menara KL Sentral, Lee Hui Nee, 58, berkata, hasil semakan ke atas penyata akaun CIMB milik Khazanah mendapati transaksi pertama berjumlah RM7,848,000 direkodkan pada 23 Mac 2018 manakala transaksi kedua melibatkan RM11,742,000 pada 26 Mac 2018."Jumlah keseluruhan pemindahan wang bagi kedua-dua transaksi tersebut berjumlah RM19,590,000."Pembayaran bagi kedua-dua transaksi ini telah dilakukan melalui pemindahan wang secara rentas bank daripada akaun CIMB milik Khazanah kepada akaun Public Bank milik Fashion Valet Sdn Bhd," katanya.Saksi pendakwaan keempat itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari keempat perbicaraan kes pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang berdepan pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.Hui Neemenjelaskan, pemindahan wang dibuat mengikut prosedur operasi standard bank selepas menerima surat arahan yang ditandatangani penandatangan sah Khazanah, selain pengesahan melalui panggilan telefon dengan pegawai yang diberi kuasa Khazanah.Beliau mengesahkan bahawa hasil semakan lanjut ke atas penyata akaun Khazanah bagi tempoh antara 31 Januari2017 hingga 31 Disember 2019 menunjukkan tiada sebarang pemindahan wang lain dilakukan ke akaun Fashion Valet selain daripada dua transaksi pada Mac 2018 itu.Terdahulu, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), R Harshini, 36, mengesahkan, tiada sebarang rekod pertukaran status atau peletakan jawatan oleh Vivy Sofinas dan Fadzaruddin sebagai pengarah syarikat dalam sistem pendaftaran korporat sepanjang tempoh 2012 hingga 2024.Harshini berkata, semakannya mendapati Vivy Sofinas dilantik sebagai Pengarah Fashion Valet pada 29 September 2010, Fadzarudin Shah pada 13 Disember 2012, manakala kedua-duanya dilantik sebagai pengarah 30 Maple Sdn Bhd secara serentak pada 9 Disember 2013 dan kekal sehingga 2024.Bagaimanapun, saksi mengesahkan terdapat siri peletakan jawatan dan pertukaran pengarah lain dalam Fashion Valet direkodkan dalam sistem SSM sepanjang tempoh berkenaan iaitu Datin Aishah Mohd Jelani yang merupakan pengarah terawal meletakjawatan pada 29 September 2010, diikuti Wong Thean Soon pada 12 April 2018.Harshini berkata, Chong Yit Phin dan Intan Safina Yusof masing-masing meletakjawatan pada 15 Mac dan 27 Mac 2019, manakala Arshad A Ahmed pada 27 Julai 2023 dan peletakan jawatan terakhir melibatkan Benjamin Low Ewe Ee serta Nurul Iman Mohd Zaman pada 9 Januari 2024.Vivy, 38, dan Fadzarudin, 37, didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet kepada syarikat 30 Maple tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik Fashion Valet iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di lokasi dan tarikh sama.Pasangan suami isteri itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung 16 Oktober ini





'Jangan sewenang-wenangnya guna istilah tanah adat' - Sultan Pahang - Sinarharian - 18/08 5:07 pm

ROMPIN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa menitahkan supaya istilah tanah adat tidak digunakan sewenang-wenangnya.Al-Sultan Abdullah bertitah, di Semenanjung Malaysia, khususnya di Pahang, Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] tidak memperuntukkan suatu kategori tanah yang dinamakan tanah adat.Baginda bertitah, istilah yang diperuntukkan secara khusus di bawah Akta 134 ialah "Kawasan Orang Asli" di bawah Seksyen 6 dan "Rizab Orang Asli" di bawah seksyen 7, yang boleh diisytiharkan oleh pihak berkuasa negeri melalui pemberitahuan dalam warta."Janganlah kita sewenang-wenangnya menggunakan istilah "tanah adat" seolah-olah setiap kawasan yang pernah diduduki, dimasuki atau digunakan secara automatik menjadi hak."Kebelakangan ini banyak sangat isu berkaitan tanah dan pencerobohan di Pahang, ini sedikit sebanyak menjejaskan hubungan dan anggapan kepada pihak istana dan kerajaan negeri...dari dulu hingga kini, kita tak pernah menganiaya mana-mana masyarakat Orang Asli," titah baginda.Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Program Kenduri Rakyat Sempena Sambutan Hari Orang Asli 2026 di Kampung Orang Asli Sungai Mok.Berangkat sama, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Baginda bertitah, kerajaan negeri tidak pernah berniat menafikan hak orang asli dan kebajikan mereka wajib dihormati, dipelihara dan dilindungi menurut perlembagaan serta undang-undang.Sultan Pahang bertitah, perlembagaan sendiri membenarkan peruntukan khusus bagi perlindungan dan kemajuan Orang Asli termasuk perizaban tanah."Namun, hak mestilah berjalan bersama undang-undang, di bawah Akta 134, pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa untuk memberikan hak menduduki tanah tertentu dalam kawasan Orang Asli atau rizab Orang Asli."Justeru, sesuatu tuntutan tidak boleh diterima hanya kerana sesuatu kawasan disebut sebagai tanah adat





Ibu mangsa buli luah kecewa, anak trauma teruk - Mygazette - 18/08 3:53 pm

SHAH ALAM Ibu kepada pelajar Tingkatan Tiga yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah menengah di Seksyen 7 di sini meluahkan rasa kecewa dan kesedihan selepas anaknya mengalami kecederaan fizikal serta trauma emosi yang serius akibat kejadian tersebut





Khazanah pindah RM19.59 juta kepada Fashion Valet – Saksi keempat - Mygazette - 18/08 3:53 pm

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada pemindahan wang lain ke akaun milik Fashion Valet sepanjang tempoh berkenaan, selain dua transaksi pada 23 dan 26 Mac 2018. Sementara itu, saksi pendakwaan ketiga, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Harshini Radhakrishman, mengesahkan Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, merupakan pengarah FashionValet





Kes buli: Pelajar Tingkatan 3 berisiko hilang pendengaran - Mygazette - 18/08 3:53 pm

# Kes buli: Pelajar Tingkatan 3 berisiko hilang pendengaran SHAH ALAM Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Seksyen 7 di sini mendakwa dibelasah seorang pelajar Tingkatan 5 sehingga mengalami kecederaan pada kepala, leher dan kedua-dua telinga, selain kemungkinan berdepan masalah pendengaran





Tiga tahun jadi mangsa buli di sekolah, remaja 15 tahun berisiko hilang pendengaran - Sinarharian - 18/08 3:34 pm

SHAH ALAM - "Luluh hati saya sebagai seorang ibu, satu-satunya anak saya kini berisiko hilang pendengaran gara-gara menjadi mangsa buli serta dipukul di sekolah."Itu luahan seorang ibu, Nurhaswaty Zamani, 43, yang mendakwa anaknya, Adryz Adrian, 15, mengalami kecederaan pada kepala dan telinga selepas dipercayai menjadi mangsa buli dan serangan di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.Menurut Nurhaswaty, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan selepas anaknya pulang dari sekolah pada Rabu lalu dan menceritakan kepadanya mengenai kejadian yang berlaku."Pada hari Selasa, dia tidak beritahu apa-apa kepada saya mungkin sebab dia takut."Cuma esoknya (Rabu) masa dia balik sekolah, mungkin sebab tak tahan sakit yang ditanggung, dia beritahu perkara sebenar," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Selasa.Nurhaswaty berkata, selepas mengetahui kejadian itu, suaminya terus ke sekolah untuk bertemu pengetua dan guru disiplin sebelum anaknya dibawa mendapatkan rawatan di hospital.Katanya, anaknya menjalani beberapa pemeriksaan termasuk imbasan dan ujian saringan pendengaran selepas mengalami sakit serta bengkak pada bahagian kepala dan telinga kanan."Doktor beritahu ada risiko kehilangan pendengaran, ketika ujian saringan pertama dibuat, pendengarannya terganggu kerana telinga berdesing dan berdenyut."Ujian kali kedua juga masih sama kerana kecederaan itu melibatkan pendengaran," katanya.Menurutnya, keadaan pendengaran anaknya kini sedikit bertambah baik selepas menerima rawatan, namun masih memerlukan pemantauan doktor secara berkala."Doktor minta buat pemeriksaan susulan, saya minta supaya pemeriksaan dilakukan setiap minggu untuk memantau keadaan anak sehingga dia betul-betul pulih," katanya.Nurhaswaty berkata, anaknya kini diberikan cuti sakit selama dua minggu selain kebenaran pihak sekolah untuk berehat di rumah bagi memberi ruang kepadanya memulihkan keadaan fizikal dan emosi.Katanya, anaknya turut mendapatkan rawatan pakar psikiatri selepas kejadian itu dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan mentalnya terganggu."Anak saya seorang pelajar yang ceria dan aktif dalam bersukan, namun paling dikesali kejadian ini mengakibatkan mentalnya terganggu, dia berubah menjadi pendiam dan lebih banyak menyendirikan diri."Dia kini dalam rawatan dan kami akan buat susulan sehingga mentalnya betul-betul stabil sebelum dia kembali ke sekolah," katanya.Dalam pada itu, Nurhaswaty mendakwa anaknya sudah berdepan gangguan daripada kumpulan pelajar sama sejak Tingkatan Satu."Anak saya daripada Tingkatan Satu lagi sudah kena dengan kumpulan itu, ada kejadian sebelum ini tetapi ia senyap."Selepas kes ini berlaku dan pihak sekolah menerima tekanan daripada pihak atasan, barulah kejadian sebelum ini turut diceritakan kepada saya," katanya.Media sebelum ini melaporkan Adryz didakwa mengalami kecederaan pada kepala, telinga, leher dan badan selepas diserang ketika dalam perjalanan ke kelas kira-kira jam 8.30 pagi.Mangsa didakwa ditumbuk dari belakang pada telinga kanan sebelum jatuh, manakala kejadian terdahulu turut didakwa membabitkan mangsa dicekik, dibanting ke lantai simen dan ditendang di kepala.Nurhaswaty berkata, dia kecewa apabila anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat kini terpaksa menerima rawatan dan berdepan risiko kehilangan pendengaran."Sebagai seorang ibu, saya amat kecewa, saya hantar anak saya sihat, tetapi balik dapat sakit macam ini."Saya harap selepas ini tiada lagi kejadian seperti ini berlaku di sekolah itu atau sekolah-sekolah lain, bila perkara seperti ini berlaku, pihak sekolah perlu buka mata dan turun padang untuk selesaikan kes dengan cepat," katanya.Beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan lebih tegas terhadap kes buli di sekolah kerana kejadian sedemikian bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa, malah menyebabkan keluarga dan pelajar lain berasa trauma."Kes buli ini bukan kali pertama berlaku, sekarang banyak kejadian buli berlaku di sekolah rendah dan menengah."Bagi saya, Kementerian Pendidikan perlu ambil tindakan tegas dan beri perhatian serius kerana ia melibatkan kanak-kanak bawah umur," katanya.Sementara itu, Penasihat Undang-undang keluarga, Datuk Azar Irwan Arifin berkata, pihak keluarga mangsa akan mengambil tindakan sivil terhadap suspek dan ibu bapa atau penjaga suspek berhubung kecederaan yang dialami mangsa.Menurutnya, tuntutan berkenaan termasuk ganti rugi berkaitan kecederaan, kos rawatan perubatan serta ganti rugi tauladan yang akan diputuskan mahkamah."Kalau kita ambil tindakan sivil terhadap suspek dan ibu bapa atau penjaga suspek, kita akan minta ganti rugi daripada segi kecederaan yang dialami, mungkin daripada segi kos perubatan yang perlu ditanggung oleh mangsa."Mungkin juga ganti rugi tauladan yang mana mahkamah kena putuskan kerana sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak," katanya.Azar Irwan berkata, sekolah seharusnya menjadi tempat untuk pelajar menimba ilmu, belajar, membesar dan bergaul bersama rakan, bukannya lokasi yang menyebabkan mereka berasa takut."Bila berlaku kejadian macam ini, ia menyebabkan anak-anak yang ingin belajar pun takut."Jadi, mahkamah perlu putuskan satu ganti rugi tauladan untuk memastikan ia menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulangi atau melakukan perbuatan sama," katanya.





Peserta konvoi perlu hormati undang-undang lalu lintas negara jiran - Sinarharian - 18/08 2:30 pm

SUNGAI PETANI - Peserta konvoi perlu menghormati dan mematuhi undang-undang termasuk ketika berada di luar negara bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu memandangkan kesalahan tersebut berlaku di luar bidang kuasanya.Menurutnya, sebarang aduan dari penunggang motosikal berhubung perkara tersebut boleh disalurkan kepada pihak sepatutnya."Macam saya kata, kita kena hormat pihak berkuasa tempatan, maksudnya, mungkin dalam konteks ini adalah polis di negara jiran."Sebab yang siasat, yang tahan ini adalah mereka, biarkan mereka teruskan siasatan tapi apa yang boleh saya nasihatkan kita kena hormat pihak berkuasa di sana," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas pelepasan konvoi 'Charity Ride' Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Superbike's Club (ISBC) sempena sambutan Hari Polis ke-219 dan sambutan ambang Merdeka ke-69 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini pada Selasa.Adzli diminta mengulas isu membabitkan peserta konvoi yang didakwa dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas oleh pihak berkuasa Thailand.Dalam pada itu, Adzli meminta mana-mana peserta konvoi memastikan semua keperluan dipatuhi termasuk berkaitan lesen, cukai jalan dan alat ganti mengikut spesifikasi ditetapkan walau ke mana destinasi dituju termasuk ke luar negara.Dalam pada itu, beliau berkata, konvoi PDRM dan ISBC disertai 183 motosikal membabitkan hampir keseluruhan kontinjen di Malaysia itu turut menyampaikan sumbangan kepada warga PDRM sakit kronik, anak yatim, rumah kebajikan serta golongan memerlukan.





Rockys Death: Lawyer Says Shah Told To Appear In Court Thursday - Rakyatpost - 18/08 2:13 pm

Muhammad Shah Hizam, 24, is expected to appear before the Klang Sessions Court on Thursday following a summons issued by the Department of Veterinary Services.





Bersih sokong desakan Anwar segera laksana empat reformasi - Sinarharian - 18/08 11:59 am

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu kerajaan segera merealisasikan agenda reformasi yang diperlukan selari dengan desakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo yang mahu ia dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, gesaan tersebut menunjukkan keseriusan pimpinan itu untuk memastikan setiap perubahan dapat dilaksanakan ketika kerajaan Madani masih memperoleh mandat.Menurutnya, antara reformasi adalah Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No





Firefighters battle hill forest blaze near Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mosque - Malaymail - 18/08 10:48 am

SHAH ALAM, Aug 18 A hill forest area of about 2.8 hectares near the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque in Section...





PTPTN perkasa literasi kewangan generasi muda menerusi teater Simpan SSPN - Sinarharian - 18/08 9:20 am

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek Simpan SSPN.Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, pertandingan tersebut merupakan antara aktiviti utama dalam Karnival Ceria Simpan SSPN Peringkat Negeri yang diadakan serentak di seluruh negara pada 27 Jun 2026."Pertandingan membabitkan 45 sekolah dari 13 negeri itu bukan sahaja bertujuan memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan, malah menjadi wadah untuk mencungkil bakat serta mengembangkan kreativiti murid melalui pendekatan seni dan persembahan."Ia juga menjadi antara inisiatif PTPTN dalam memberikan pendedahan awal kepada murid mengenai kepentingan pengurusan kewangan serta membudayakan amalan menabung sejak usia muda," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Selain menyampaikan mesej berkaitan kepentingan menabung melalui Simpan SSPN, beliau menjelaskan, pendekatan itu selari dengan usaha PTPTN menyokong pembangunan bakat, pembentukan jati diri dan kemenjadian murid, selain memupuk penghargaan terhadap nilai kesenian dan kebudayaan.Menurutnya, penglibatan murid Tahap 2 dalam pertandingan berkenaan memberi nilai tambah melalui Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, tertakluk kepada ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia.Pertandingan tersebut terbuka kepada sekolah yang melaksanakan Modul Kelab Simpanan Pendidikan, khususnya susulan pelaksanaan modul baharu itu bermula sesi persekolahan 2026."Acara itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000, termasuk lapan anugerah khas sebagai penghargaan kepada sekolah, guru dan murid yang menunjukkan kreativiti, kualiti serta prestasi cemerlang sepanjang pertandingan."Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat kepada semua yang terlibat untuk terus mengembangkan bakat dan berkarya dengan lebih kreatif pada masa hadapan," ujarnya.Sementara itu, Ahmad Dasuki berharap penganjuran tersebut mampu menjadi wadah berkesan untuk mendekatkan konsep literasi kewangan kepada generasi muda menerusi pendekatan menyeronokkan, kreatif dan berimpak.Inisiatif itu turut mencerminkan komitmen berterusan PTPTN dalam membudayakan amalan menabung serta membina kesedaran mengenai kepentingan perancangan kewangan sejak di bangku sekolah."PTPTN percaya penerapan pendidikan kewangan sejak di bangku sekolah bukan sahaja membantu generasi muda memahami kepentingan menabung, malah membina asas pengurusan kewangan lebih baik sebagai persediaan ke arah masa depan pendidikan lebih terancang," katanya.





Firefighters battle 2.8-hectare hill forest blaze near Shah Alam mosque - SUN - 17/08 11:21 pm

Firefighters are battling a 2.8-hectare hill forest fire near the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque in Shah Alam, with no casualties reported.





Hutan bukit 2.8 hektar berhampiran Masjid Negeri Shah Alam terbakar - SUN - 17/08 11:19 pm

Kawasan hutan bukit seluas 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Seksyen 14, Shah Alam terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.





2.8 hektar hutan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah .. - Mygazette - 17/08 10:11 pm

# 2.8 hektar hutan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terbakar SHAH ALAM - Kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini, terbakar dalam kejadian tengah hari tadi





Jangan angkuh, kemenangan Amanah di Batu Tiga hasil kerjasama PH-BN .. - Mygazette - 17/08 10:11 pm

# Jangan angkuh, kemenangan Amanah di Batu Tiga hasil kerjasama PH-BN - Dendera KUALA LUMPUR Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron diingatkan tidak terlalu angkuh dengan rekod kemenangan, sebaliknya perlu mengakui kejayaan pilihan raya sebelum ini hasil kerjasama antara jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Ketua UMNO Cawangan Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, sejarah kemenangan kerusi itu perlu diperbetulkan agar tidak menimbulkan gambaran seolah-olah ia dicapai hasil kekuatan satu parti sahaja





Nahas lori tangki: Jenazah Fatima Syuhada, Aish Naufal selamat dikebumikan - Mygazette - 17/08 10:11 pm

Pengesahan identiti kedua-dua mangsa yang rentung dalam nahas itu dibuat menerusi perbandingan sampel DNA dengan waris dengan bantuan Jabatan Kimia Petaling Jaya petang semalam. Sebelum itu jenazah dimandikan secara tayammum dan dikafankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) pada jam 10 pagi sebelum disolatkan selepas solat Zohor oleh lebih 100 jemaah Masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq





Kalau rasa hebat, kuat sangat, suruh saja Amirudin bubarkan Dewan Negeri... - Mygazette - 17/08 10:11 pm

# Kalau rasa hebat, kuat sangat, suruh saja Amirudin bubarkan Dewan Negeri Selangor KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Muaadzam Shah mencabar Pemuda Amanah Selangor melepaskan semua jawatan yang diperoleh melalui kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan





Caprice diperintah minta maaf, bayar Ebit Lew RM220,000 dalam tempoh 2 hari - Mygazette - 17/08 10:11 pm

# Caprice diperintah minta maaf, bayar Ebit Lew RM220,000 dalam tempoh 2 hari SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan penyanyi rap, Caprice memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada Ebit Lew selepas didapati memfitnah penceramah bebas itu tiga tahun lalu





Inspired by 2012 title, Shah Shahiran eyes comeback against Thailand in second leg semifinal at the 2026 Asean Hyundai Cup - SUN - 17/08 9:29 pm

The 2012 success fuelled Shahs ambition to one day wear the national colours and the 25-year-old knows that the same fire must now burn brightly to help Singapore keep their hopes of another final appearance alive.





Hutan bukit 2.8 hektar terbakar berhampiran Masjid Negeri Shah Alam - Sinarharian - 17/08 9:05 pm

SHAH ALAM - Kebakaran hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini berjaya dikawal daripada merebak.Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.01 tengah hari Isnin sebelum jentera tiba di lokasi empat minit kemudian."Kebakaran membabitkan kawasan hutan bukit, bagaimanapun tidak membabitkan sebarang struktur atau mangsa."Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan dengan menggunakan firebeater, pam air jentera serta sumber air daripada pili bomba milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tangki air," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Menurut Ashrul Riezal, kira-kira 60 peratus kawasan terbakar sudah dipadamkan setakat ini, manakala pasukan bomba turut melakukan fire break bagi menghalang api daripada merebak ke kawasan lain."Operasi membabitkan seramai 10 anggota bomba dan masih menjalankan kerja-kerja pemadaman termasuk memadam spot api yang masih ada di lokasi."Operasi pemadaman masih berlangsung oleh pasukan keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam," tambah beliau.





Hill forest near Shah Alam mosque catches fire - Sinardaily - 17/08 9:01 pm

SHAH ALAM - A fire swept through 2.8 hectares of hill forest near the Selangor Islamic Religious Department (Jais) and Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque earlier today, sending thick smoke across parts of the city.The blaze occurred near the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Building, which houses the state governments administrative centre.Selangor Fire and Rescue Department Assistant Director of Operations Ashrul Riezal Asbar said the department received an emergency call at 1.01pm and dispatched a team from the Shah Alam Fire and Rescue Station.The operation commander reported that the fire involved seven acres (2.8 hectares) of hill forest and did not affect any buildings.There were also no injuries or fatalities, he said.Ashrul Riezal said firefighters used fire beaters and a vehicle-mounted water pump to extinguish the blaze.The operation involved 10 officers and personnel, supported by a Fire Rescue Tender, Light Fire Rescue Tender and water tanker.Footage shared on Threads showed flames burning intensely near the Jais compound.





Muhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis ini - Sinarharian - 17/08 8:25 pm

KLANG - Seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama 'Rocky'akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis ini.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Muhammad Shah Hizam, 24, mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian."Ya, saya sahkan Muhammad Shah telah diserahkan saman oleh Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar."Kami akan hadir jam 9 pagi pada 20 Ogos ini," kata Muhammad Rafique.Bagaimanapun, belum dapat dipastikan seksyen dan akta yang akan digunakan bagi mendakwa pemuda berkenaan kerana pertuduhan hanya akan ditentukan dan dibacakan di mahkamah kelak.Sebelum ini, pemuda itu menjadi sasaran kemarahan netizen selepas video yang mendakwa dia telah bertindak kejam dengan menyeksa sehingga menyebabkan kematian Rocky di Taman Telok Gedong Indahdi sini pada 29 Julai lalu tular di media sosial.Muhammad Shah mendakwa, telah menerima ancaman terhadap diri dan keluarganya selepas kejadian berkenaan.





Selangor waits for Putrajaya to register Myanmar refugees before deciding next steps - Malaymail - 17/08 7:56 pm

SHAH ALAM, Aug 17 The Selangor government is awaiting the Home Ministrys registration of Myanmar refugees...





Selangor awaiting federal registration of Myanmar refugees before taking action - Sinardaily - 17/08 7:20 pm

SHAH ALAM - The Selangor government is awaiting the Home Ministrys registration of Myanmar refugees and stateless individuals under the Refugee Registration Document (DPP) before deciding on further measures to manage the community in the state.Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said the state government was currently compiling data on the community at the district level to be submitted to the Home Ministry, enabling follow-up action to be taken with relevant agencies and the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR)."They need to be registered first





Nasib Dai Syed kes rogol 4 November depan - Sinarharian - 17/08 6:15 pm

PUTRAJAYA Keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti Dai Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan kerana merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pada 4 November depan.Peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, mengesahkan perkara berkenaan selepas pengurusan kes pada Isnin."Keputusan ditetapkan pada 4 November," katanya ringkas ketika dihubungi media.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid akan memutuskan perkara berkenaan pada jam 9 pagi.Pada 3 Ogos lalu, mahkamah diberitahu sabitan bagi kesalahan rogol terhadap anak guamnya tidak sepatutnya dikekalkan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam kes pihak pendakwaan khususnya berhubung isu persetujuan.Peguam, Datuk MM Athimulan yang mewakili Syed Shah Iqmal berhujah bahawa, keterangan saksi pendakwaan sendiri mendedahkan terdapat pelbagai keadaan yang menunjukkan hubungan seksual antara perayu dan mangsa berlaku atas dasar suka sama suka.Beliau berkata, bapa kepada dua anak itu tidak pernah memaksa mangsa ke rumahnya malah wanita itu boleh menolak mengikut pendakwah selebriti tersebut, namun memilih untuk tidak berbuat demikian.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim berhujah bahawa keterangan saksi telah menyokong naratif bahawa dia telah dirogol.Selain itu katanya, ada bukti keadaan yang menunjukkan bahawa wanita tersebut mengalami kemurungan serta perubahan tingkah laku susulan insiden berkenaan.Beliau berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan laporan perubatan menyebut bahawa antara faktor penyumbang kepada kemurungannya ialah dakwaan serangan seksual itu.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 21 hari di Penjara Kajang, Dai Syed dibebaskan sementaraDai Syed kekal bersalah kes rogol, ke penjara hari iniPada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas satu pertuduhan merogol wanita berusia ketika itu berusia 23 tahun, di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 daerah sama, jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.Penceramah itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi sama memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen menjatuhinya hukuman penjara dan sebatan atas tuduhan berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen sekali gus mendorong pendakwah selebriti itu membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan manakala pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman.





RCI Tabung Haji: GLC, GLIC bukan token politik untuk diagih kepada sekutu - CSO - Sinarharian - 17/08 5:31 pm

SHAH ALAM - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak seharusnya dilihat sebagai token untuk diagihkan kepada sekutu politik, sebaliknya perlu ditadbir sebagai institusi yang memegang amanah awam.CSO Platform for Reform (CSO) dalam kenyataan memaklumkan, pendedahan daripada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji wajar dijadikan pengajaran dan diperluas khususnya dari aspek pelantikan kepimpinan, pengawasan, ketelusan dan kebertanggungjawaban."Mereka yang diberi amanah untuk menguruskan institusi dan dana awam mesti dipertanggungjawabkan berdasarkan standard kebertanggungjawaban tertinggi."Orang awam perlu diberikan maklumat mencukupi untuk menilai sama ada pihak yang bertanggungjawab telah dikenakan pertanggungjawaban sewajarnya," katanya dalam kenyataan.Pihaknya turut menggesa perlindungan lebih kukuh diwujudkan bagi memastikan GLC dan GLIC tertakluk kepada audit yang ketat, bebas dan dilaksanakan pada masanya."Pelantikan ke lembaga pengarah dan kepimpinan kanan syarikat GLC dan GLIC dibuat melalui proses yang telus, berasaskan merit dan bebas, tanpa pengaruh politik, naungan politik atau pertimbangan kepartian."Perlindungan yang lebih kukuh mesti diwujudkan bagi memastikan GLC dan GLIC tertakluk kepada audit yang ketat, bebas dan dilaksanakan pada masanya, dengan dapatan audit serta tindakan susulan yang sewajarnya dipertanggungjawabkan secara terbuka kepada masyarakat," katanya.Menurut CSO, isu melibatkan TH tidak wajar dijadikan senjata politik terhadap pentadbiran terdahulu atau dieksploitasi semata-mata bagi kepentingan pilihan raya."Kebertanggungjawaban juga tidak boleh dilaksanakan secara terpilih atau mengikut keselesaan politik."Matlamatnya mestilah untuk menentukan apa yang berlaku, mengapa ia berlaku, siapa yang bertanggungjawab dan apakah kelemahan institusi yang membolehkan kegagalan sedemikian berlaku," katanya.Gabungan itu turut menggesa tindakan tegas dan sewajarnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab atas salah urus, kecuaian atau salah laku, selepas siasatan menyeluruh dan bebas serta mengikut proses sewajarnya."Sekiranya siasatan menentukan wujudnya pihak yang bertanggungjawab, nama individu terlibat, peranan mereka dan dapatan terhadap mereka perlu didedahkan kepada umum."Mekanisme pengawasan bebas, perlindungan institusi dan langkah tadbir urus yang lebih kukuh perlu dilaksanakan bagi melindungi kepentingan pendeposit serta penerima manfaat Tabung Haji dan memastikan kegagalan sama tidak berulang," katanya.




Reformasi     >>



Majlis Ulama Umno tak akan pertahan salah laku, .. - Harapandaily
Majlis Ulama Umno menegaskan bahawa parti itu tidak akan mempertahankan sebarang salah laku sekiranya terbukti berlaku di dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (LTH). Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad berkata, parti itu menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan sekiranya berlaku ..
Kroni     >>



Ketukan misteri, penduduk Alor Setar tidur tak lena - Utusan
ALOR SETAR: Penduduk di kawasan perumahan dan kampung sekitar Langgar, di sini mula cemas dengan kejadian ketukan misteri di rumah masing-masing sejak Sabtu lepas. Seorang penduduk, Shahira Azizan, 31, memberitahu, kejadian tersebut turut berlaku di rumahnya malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira ..
Tabloid     >>



Bukan Sekadar Berani Mati Pakar Kriminologi Dedah .. - Hotfm
Kejadian rompakan kedai emas di SkyAvenue, Genting Highlands baru-baru ini sememangnya menjadi bualan hangat ramai.
Tech     >>



Apple Airpods with cameras leak shows Visual .. - Technave
Stirring up the privacy issue with camera equipped wearables is a recent leaked video about the Apple Airpods with cameras. Discovered in macOS 26.7 RC, the video shows a man picking up a book, saying something (probably a voice command), then walking away, presumably after Visual Intelligence has ..
World     >>



Iranian-American comedian Max Amini sparks backlash .. - Middleeasteye
Iranian-American comedian Max Amini sparks backlash over 'species' remarks on Iranian people Submitted by MEE staff on Tue, 08/18/2026 - 19:33 Amini told Bill Maher that those fighting the US and Israel are a 'species with no morals', prompting accusations of dehumanisation Max Amini attends ..
Motor Trend     >>



Proton e.MAS Jalin Kerjasama Dengan Tiga CPO Utama - .. - Careta
Menariknya, pemilik Proton e.MAS yang menggunakan stesen pengecasan terlibat boleh menikmati kadar pengecasan istimewa apabila pembayaran dibuat menerusi aplikasi Proton e.MAS. Bagaimanapun, kadar khusus yang akan ditawarkan masih belum diumumkan dan akan dipersetujui bersama antara PRO-NET ..