///
See Also: Shutterstock

Search : Seremban News   Page 1    



Lelaki maut kereta dipercayai terjunam dalam sungai - Mgazette - 18/02 7:57 am

# Lelaki maut kereta dipercayai terjunam dalam sungai SEREMBAN - Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas ke dalam sungai berhampiran Sekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadut, di sini hari ini





Pokok tumbang hempap dua kereta, lima beranak nyaris maut - Kosmo - 17/02 10:38 pm

TAMPIN – Enam individu termasuk lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang di Jalan Seremban Tampin, berhampiran hentian sebelah, di sini, malam ini





Six escape unharmed after tree crushes cars in Seremban - SUN - 17/02 10:31 pm

A family of five and a lone driver escaped injury after a large tree fell onto their vehicles near a restaurant in Seremban on Tuesday night.





Missing man found dead in submerged car in Sungai Gadut - SUN - 17/02 9:38 pm

A missing 25-year-old man was found dead inside his car after it plunged into a river in Seremban, with his family using GPS to locate the vehicle.





Missing man found dead in car submerged in river - Star - 17/02 9:26 pm

SEREMBAN: A man was found dead in his car after the vehicle he was driving is believed to have veered into a river near Sekolah Dato' Abdul Razak in Sungai Gadut here on Tuesday (Feb 17) Read full story





Lelaki maut kereta dipercayai terbabas ke dalam sungai - Sinarharian - 17/02 8:20 pm

SEREMBAN - Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayaiterbabaske dalam sungai berhampiranSekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadutdi sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mangsa berusia 25 tahun itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarga selepas tidak pulang ke rumah sejak awal pagi tadi."Keluarga mangsa kemudian bertindak menjejaki lokasi terakhir mangsa melalui Sistem Pengesanan Global(GPS) pada kereta jenis Toyota Yaris yang dipandu lelaki itu."Hasil semakan mendapati lokasi terakhir kereta tersebut berada di kawasan berhampiran sungai berkenaan sebelum operasi pencarian dijalankan oleh pasukan bomba," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Dalam pada itu, Komander Operasi Kanan Zon 1 Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, PPgB Mohd Fadhli Shamsudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itukira-kira 5 petang tadi."Mayat mangsa ditemukan pada 6.15petang, kami mengalami sedikit kesukaran memandangkan sungai agak dalam dan air deras berikutan hujan sejak awal pagi tadi," katanya dan menambah operasi membabitkan 13 anggota itu tamat pada 6.40 petang





‘Gatal tangan’ baling mercun, kan dah kena tangkap - Kosmo - 17/02 2:09 pm

SEREMBAN – Tiga remaja lelaki yang dipercayai melempar mercun ke dalam kawasan rumah penduduk di Taman Senawang Jaya di sini direman selama empat hari bermula hari ini





Tiga remaja bawah umur direman baling mercun dalam rumah warga emas - Sinarharian - 17/02 1:54 pm

SEREMBAN - Tiga lelaki yang videonya tular kerana membaling mercun ke dalam rumah seorang warga emas di Taman Senawang Jaya di sini pada Sabtu lalu telah ditahan polis.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kesemua suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini pada malam Isnin.Menurutnya, mereka telah direman selama empat hari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa."Mereka direman bermula hari ini hingga 20 Februari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan memiliki atau membakar mercun tanpa kebenaran," katanya.Sebelum ini, media melaporkan laporan berkaitan kes baling mercun terbabit diterima polis pada jam 1.45 petang pada Isnin, manakala kejadian berlaku kira-kira jam 8.12 malam pada Sabtu lalu.





Op Tahun Baharu Cina: Tiga pemandu bas ekspres positif dadah - Sinarharian - 16/02 11:59 pm

KOTA BHARU Tiga pemandu bas ekspres dikesan positif dadah jenis methamphetamine manakala tiga bas turut disita dalam Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara sejak 9 Februari lalu.Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, berkata, kes dadah dikesan menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas 381 pemandu dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)."Daripada jumlah itu, tiga pemandu didapati positif dadah jenis methamphetamine."Dua kes dikesan di Seremban, Negeri Sembilan membabitkan pemandu berusia 47 dan 38 tahun, manakala satu lagi berusia 36 tahun di Kuantan, Pahang," katanya pada sidang akhbar sempena Op TBC 2026 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini, pada Isnin.Beliau berkata, kesemua mereka diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.Dalam tempoh sama, JPJ turut memeriksa sebanyak 4,242 bas di depoh dan terminal seluruh negara.Hasil pemeriksaan itu, 779 slip pemeriksaan dikeluarkan dengan tiga bas disita kerana ketidakpatuhan terhadap aspek keselamatan dan perundangan."Dua daripada bas yang disita membabitkan pemandu yang tidak memiliki Lesen Vokasional yang sah atau tamat tempoh, manakala sebuah lagi disita kerana cukai jalan tamat tempoh."Kami tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengendali atau pemandu yang gagal mematuhi syarat keselamatan kerana melibatkan nyawa penumpang," katanya.Beliau berkata, selain pemeriksaan fizikal, JPJ turut melaksanakan operasi penyamaran sebagai penumpang bagi memantau pematuhan pemakaian tali pinggang keselamatan serta tahap disiplin pemandu sepanjang musim perayaan.Op TBC 2026 akan berlangsung hingga 22 Februari ini dengan penglibatan semua JPJ negeri di seluruh negara."Tujuan utama operasi adalah memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya, selaras dengan tema Pandu Cermat, Sampai Selamat," katanya.Menurut beliau, penguatkuasaan memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kemalangan jalan raya."Tumpuan melibatkan kesalahan seperti melanggar had laju dan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar."Selain memotong barisan, guna telefon ketika memandu serta kesalahan berkaitan lebihan dan muatan berbahaya," katanya





Cops hunt trio for throwing firecrackers into elderly persons home - FMT - 16/02 10:57 pm

Seremban police chief Azahar Abdul Rahim says the incident happened on Saturday night.





Flash floods cause slow traffic near Ipoh on Plus highway - Sinardaily - 16/02 10:12 pm

KUALA LUMPUR - Traffic flow on the North-South Expressway (Plus) is reported to be slow in both directions near Ipoh, Perak, tonight following flash floods along that stretch.A spokesperson for the Malaysian Highway Authority (LLM) said that the flash flood occurred at Kilometre271.8, resulting in the left and emergency lanes of the southbound route being obstructed."Traffic is moving slowly from the Meru Toll to Ipoh Selatan in both directions. Additionally, the northern stretch is also slow from Sungai Buloh to Rawang Selatan," the spokesperson said when contacted tonight.For the southern stretch, an increase in traffic volume has been detected since 4:00 pm today, stretching from Nilai to Seremban, as well as from Senai to Kulai and Sedenak.Slow traffic was also reported on the Penang Bridge from the Island towards Perai, and along the Juru to Seberang Jaya stretch.As for the East Coast situation, traffic is expected to continue increasing toward that direction late tonight, as many commuters are only just beginning their journey back to their hometowns after work."So far, slow traffic has been detected from Bukit Tinggi to Bentong, while at Kilometer 71.5 from Karak to Bentong, an accident has caused the temporary closure of the left and emergency lanes," the spokesperson explained, adding that traffic flow within the Klang Valley is gradually smoothing out.Due to heavy rain in various locations, users are advised to exercise extra caution on wet road surfaces and to maintain a safe following distance.Travelers are also encouraged to plan their journeys by referring to the Travel Time Advisory (TTA) via the MyPLUS-TTA app, and to obtain the latest traffic updates via the PLUSLine toll-free number at 1-800-88-0000, the @plustrafik X account, or the LLM line at 1-800-88-7752 and @llmtrafik on X





Banjir kilat di Ipoh punca trafik perlahan, kenderaan ke Pantai Timur meningkat - Sinarharian - 16/02 9:36 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan di kedua-dua arah berhampiran Ipoh, Perak malam ini susulan kejadian banjir kilat di jajaran berkenaan.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan banjir kilat berlaku di Kilometer 271.8 menyebabkan lorong kiri dan lorong kecemasan arah selatan terhalang."Trafik bergerak perlahan dari Tol Meru ke Ipoh Selatan bagi kedua-dua arah. Selain itu, jajaran utara turut dikesan perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan," katanya ketika dihubungi malam ini.Beliau berkata, bagi jajaran selatan pula, peningkatan trafik dikesan sejak 4 petang tadi dari Nilai ke Seremban, serta Senai ke Kulai dan Sedenak.Turut dilaporkan perlahan adalah di Jambatan Pulau Pinang dari bahagian pulau ke Perai serta di jajaran Juru ke Seberang Jaya.Menurut jurucakap itu, trafik dijangka terus meningkat menuju ke Pantai Timur pada lewat malam ini memandangkan masih ramai pengguna yang baru memulakan perjalanan pulang ke kampung selepas waktu bekerja."Setakat ini trafik perlahan dikesan dari Bukit Tinggi ke Bentong manakala di Kilometer 71.5 dari Karak ke Bentong, terdapat kemalangan yang menyebabkan lorong kiri dan kecemasan ditutup sementara," katanya sambil menambah aliran trafik di Lembah Klang kini beransur lancar.Susulan cuaca hujan lebat di kebanyakan lokasi, pengguna dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana permukaan jalan yang basah serta sentiasa mengawasi jarak selamat dengan kenderaan hadapan.Pengguna turut digalak merancang perjalanan dengan merujuk jadual waktu perjalanan (TTA) melalui aplikasi MyPLUS-TTA, selain mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik





Two-month-old boy hospitalised with bruises, caregiver probed for alleged abuse in Seremban - Malaymail - 16/02 5:46 pm

SEREMBAN, Feb 16 A two-month-old baby boy is believed to have been abused by his caregiver at a house in Kampung...





Two-month-old baby allegedly abused by caregiver in Mambau - Sinardaily - 16/02 5:26 pm

SEREMBAN - A two-month-old baby boy is believed to have been abused by his caregiver at a house in Kampung Kayu Ara, Mambau here last Friday.Seremban police chief ACP Azahar Abdul Rahim said police received a report from the victims 25-year-old mother on the same day, informing that there were scratch marks on the chest and bruising on the left cheek after she picked up her baby from the caregiver."The baby was sent by his mother early in the morning to be cared for before she picked him up again at 5.10 pm





Bayi dua bulan dipercayai didera pengasuh - Sinarharian - 16/02 5:13 pm

SEREMBAN - Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Kampung Kayu Ara, Mambau di sini, Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, ibu mangsa yang berusia 25 tahun membuat laporan pada hari sama memaklumkan terdapat kesan kecederaan selepas mengambil anak daripada pengasuh pada jam 5.10 petang."Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini dan pemeriksaan mengesahkan terdapat kesan kuku dan melecet pada dada serta lebam pada pipi kiri."Bayi itu kini ditahan di Wad Pediatrik untuk pemerhatian lanjut dan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Azahar berkata, susulan itu, polis menyiasat pengasuh berusia 46 tahun itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Siasatan awal mendapati wanita itu menjalankan aktiviti mengasuh selama dua tahun namun tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat





Tiga lelaki baling mercun dalam rumah warga emas diburu - Sinarharian - 16/02 4:50 pm

SEREMBAN - Polis sedang mengesan tiga lelaki yang tular membaling mercun ke dalam rumah seorang penduduk di Taman Senawang Jaya di sini, baru-baru iniKetua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku lebih kurang jam 8.12 malam, Sabtu lalu."Melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek seramai tiga lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya telah membaling mercun ke dalam sebuah rumah warga emas."Laporan berkaitan kes baling mercun di Taman Senawang Jaya itu diterima pada jam1.45 petang pada Isnin," katanya kepada pemberita, di sini pada Isnin.Beliau berkata, usaha mengesan tiga suspek lelaki sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan memiliki atau membakar mercun tanpa kebenaran.Tambahnya, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya."Orang amai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban di 06-6033222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





'Abang lori' masih degil, pilih jalan waktu malam - Sinarharian - 16/02 4:03 pm

SEREMBAN - Meskipun setiap tahun larangan pergerakan kenderaan barangan telah diumumkan setiap kali musim perayaan, namun masih terdapat pemandu yang ingkar arahan apabila dikesan berada di jalan raya pada waktu tidak dibenarkan.Mereka bukan saja tidak patuh arahan, malah menggunakan alasan tidak tahu dan hanya menerima arahan majikan untuk meneruskan perjalanan.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam tempoh larangan sempena Tahun Baharu Cina(TBC) 2026 pada 14 dan 15 Februari, sebanyak 19 lori telah dikenakan tindakan sita."Kita mendapati mereka ini telah melakukan kesalahan melanggar larangan pergerakan kenderaan berat yang mana antara alasan yang diberikan adalah tidak tahu berkenaan tempoh larangan ini."Ada juga yang mengatakan bahawa mereka hanya menerima arahan daripada majikan untuk meneruskan perjalanan," katanya ditemui Sinar Harian di pejabat pada Isnin.Menurutnya, alasan tersebut tidak boleh diterima kerana larangan terbabit bukanlah perkara baharu dan dilaksanakan setiap tahun pada musim perayaan.Malah katanya, kesemua pengusaha turut dimaklumkan mengenai larangan kenderaan berat pada musim perayaan dalam sesi dialog di JPJ.Selain itu Hanif berkata, kesemua lori terbabit ditahan pada waktu malam, bukan saja di lebuh raya tetapi juga di Jalan Persekutuan dan Negeri."Keadaan ini jelas menunjukkan yang mereka sebenarnya tahu akan larangan terbabit dan memilih bergerak pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa."Tapi JPJ sebenarnya bergerak secara sistematik, bukan saja pada waktu siang hari, tapi juga waktu malam," katanya.Tambahnya, tempoh larangan terbabit bukan untuk menyusahkan tetapi bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa musim perayaan serta mengurangkan risiko kemalangan.Dalam pada itu beliau memaklumkan, dalam tempoh Ops Pra TBC bermula 9 Februari-15 Februari, sebanyak 2,974 notis saman dikeluarkan dengan kesalahan tertinggi, tiada lesen kenderaan dan motor tamat tempoh.Untuk rekod, JPJ melaksanakan larangan pemanduan atau 'road ban' ke atas kenderaan barangan dan berat sempena sambutan TBC pada 14 hingga 15 dan 21 ke 22 Februari.Larangan pergerakan dikenakan ke atas jenis kenderaan yang dibahagi kepada tiga jenis, iaitu kategori 1, larangan sepanjang masa pada tarikh terbabit; kategori 2, larangan bermula jam 8 pagi ke 8 malam; dan kategori 3 dari jam 6 petang hingga 6 pagi.





Mohd Asna pelawa Hamzah, bekas pemimpin Bersatu kembali ke UMNO - Mgazette - 16/02 8:22 am

# Mohd Asna pelawa Hamzah, bekas pemimpin Bersatu kembali ke UMNO SEREMBAN - Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mohd Asna Amin tampil mempelawa Datuk Seri Hamzah Zainudin serta semua bekas pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk kembali menyertai UMNO demi memperkukuh penyatuan orang Melayu





Seronok sambut dua raya, ngaku paling laris - Kosmo - 16/02 8:00 am

SEREMBAN Setiap kali Tahun Baharu Cina, bukan hanya suasana perayaan yang dinanti, namun hidangan istimewa yang menjadi tumpuan utama lebih 40 ahli keluarga Mohd





Families welcome SARA assistance as Ramadan expenses loom - Malaymail - 15/02 3:49 pm

SEREMBAN, Feb 15 The Sumbangan Asas Rahmah (SARA) assistance has come at just the right time, offering much-need...





RAC perkukuh infrastruktur rel, projek kereta api Seremban berjalan lancar - Sinarharian - 15/02 12:28 am

SEREMBAN - Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) terus memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan sistem pengangkutan rel negara melalui pendekatan pelaksanaan projek infrastruktur secara strategik.RAC dalam kenyataan memaklumkan projek membaik pulih bangunan Stesen Kereta Api Seremban yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) ini berada pada fasa akhir."Projek itu telah memasuki kerja-kerja melibatkan sistem mekanikal dan elektrikal, kemasan akhir bangunan serta proses pengujian dan pentauliahan sistem bagi memastikan piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan dipenuhi sepenuhnya."Projek ini disasarkan untuk diserahkan pada 16 Mac ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Bagi projek pembangunan Stesen Kereta Api Seremban yang baharu di bawah Projek Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2), tumpuan diberikan kepada pembinaan infrastruktur stesen kereta api yang moden sebagai pelengkap kepada rangkaian rel sedia ada.Menurut kontraktor, Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd, kesemua kerja melibatkan cerucuk utama bagi struktur bumbung dan blok komersial telah berjaya disiapkan.Tambahnya, proses fabrikasi serta pemasangan tiang utama dan struktur kekuda bumbung dilaksanakan di tapak projek menggunakan kepakaran tenaga tempatan."Fasa pemasangan komponen ini merupakan antara kerja paling mencabar dari sudut teknikal berikutan kedudukannya berhampiran dengan talian Overhead Electrical Catenary System (OCS) berkuasa 25,000 volt dan kini sedang giat dilaksanakan dengan pematuhan ketat terhadap piawaian keselamatan."Sebanyak 25 tiang utama berjaya didirikan dan baki pemasangan dijangka siap menjelang Jun dengan keseluruhan projek disasarkan siap pada akhir tahun ini," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, RAC memaklumkan status kemajuan projek KVDT2 kini telah mencapai 50 peratus.Katanya, kerja menaik taraf landasan bagi laluan naik (UL) Kuala Lumpur Pelabuhan Klang sepanjang 52 kilometer telah siap sepenuhnya, manakala kerja sistem semboyan dan komunikasi berada di peringkat akhir dengan penyerahan kepada KTMB disasarkan pada Mac ini."Kerja menaik taraf landasan bagi laluan turun (DL) dari Kajang ke Seremban telah diserahkan sepenuhnya kepada KTMB dan bagi laluan naik (UL) dari Batang Benar hingga ke had projek KVDT2 di Stesen Bandar Tasik Selatan, kerja-kerja naik taraf kini sedang diberi tumpuan oleh pasukan projek."Sebagai kesinambungan, fasa seterusnya projek ini akan memberi tumpuan kepada laluan naik (UL) dari Seremban ke Batang Benar bagi memperkukuh jaringan rel negara secara menyeluruh," ujarnya lagi.Terdahulu, sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, satu sesi edaran pek perayaan kepada penumpang perkhidmatan ETS telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Stesen Kuala Lumpur Sentral hari ini.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Datuk Azhar Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri.Program anjuran bersama RAC dan KTMB itu merupakan tanda penghargaan kepada para penumpang yang setia menggunakan perkhidmatan rel semasa cuti perayaan.Delegasi menteri yang turun di Stesen Kereta Api Seremban seterusnya dibawa mendengar taklimat mengenai projek-projek perkeretaapian yang sedang dilaksanakan di bandar tersebut.





MOT selaras semula jadual tren antara Seremban ke KL - Mgazette - 15/02 7:54 am

# MOT selaras semula jadual tren antara Seremban ke KL SEREMBAN - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menambah baik operasi perkhidmatan KTM komuter termasuk meneliti dan menyelaras semula jadual perjalanan tren antara Seremban ke Kuala Lumpur bagi mengurangkan tempoh menunggu serta masa perjalanan penumpang





Kerajaan perluas surau Jumaat di lokasi strategik, pusat beli-belah dan R&R - Zulkifli - Sinarharian - 13/02 8:05 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengalu-alukan usaha pelbagai pihak dalam mengimarahkan masjid dan surau di negara ini, termasuk penaiktarafan surau Jumaat di lokasi strategik seperti pusat beli-belah serta kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya kini giat memperluas kemudahan surau Jumaat di lokasi strategik berkenaan berikutan projek perintis di R&R Seremban serta di IOI Mall Putrajaya menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran ribuan jemaah, sekali gus membuktikan keperluan kemudahan tersebut."Jika sebelum ini pihak yang ingin membina surau Jumaat perlu memohon, kini kami pula yang turun mencari lokasi sesuai





NSFC catur formula terbaik lawan Selangor di Stadium MBPJ - Hotfm - 13/02 6:15 pm

Seremban: Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) sudah bersedia untuk merintis segala kemungkinan dalam misi memburu kemenangan ke atas Selangor FC (SFC) pada aksi penentuan suku akhir kedua Piala Malaysia, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.





Kuala Pilah jadi transit PATI melarikan diri - Utusan - 13/02 3:25 pm

SEREMBAN: Kuala Pilah antara lokasi dikenal pasti sebagai transit sementara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri setiap kali operasi penguatkuasaan dilaksanakan





Kami tidak sangka buang puntung satu kesalahan - Utusan - 13/02 2:59 pm

SEREMBAN: Ini pengajaran besar untuk saya





Negri Sembilan employer fined RM122,000 for hiring undocumented foreigners - Star - 13/02 2:27 pm

SEREMBAN: Negri Sembilan Immigration authorities detained 93 individuals for employing and harbouring undocumented foreigners last year, with 20 already charged in court





Buang puntung rokok merata: Dua pesalah 'dihukum' sapu sampah - Sinarharian - 13/02 1:43 pm

NILAI -"Ini takdir dan pengajaran yang saya akan ingat sampai bila-bila."Demikian kata polis bantuan, Mohd Hashim Mohd Nor, 37 yang merupakan antara individu pertama yang menjalani perintah khidmat masyarakat (PKM) di Negeri Sembilan selepas didapati bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, bukannya dalam tong sampah disediakan pada Januari lalu.Dia yang turut dikenakan denda RM600 oleh Mahkamah Sesyen Seremban itu menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama.Katanya, tidak berbaloi terpaksa membayar denda yang tinggi bagi kesalahan membuang sampah kecil seperti puntung rokok."Sebelum ini saya hanya tahu kesalahan merokok di kawasan awam boleh dikenakan denda, tetapi baru tahu yang bermula tahun ini buang puntung rokok boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 dan PKM."Bagi saya memang tak berbaloi kena denda hanya kerana membuang puntung rokok," katanya ketika ditemui ketika menjalani PKM, di sini pada Jumaat.Bagaimanapun dia akur tindakan yang dikenakan dan berharap pihak berkuasa supaya memperbanyakkan kemudahan tong sampah di tempat awam.Herrykurniawan, 25, yang turut dikenakan tindakan sama memberitahu telah insaf dan akan lebih berhati-hati membuang puntung rokok selepas ini.Dia juga telah pun menasihatkan orang terdekat supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan kerana boleh merugikan poket sendiri apabila perlu membayar denda."Saya memang tak tahu langsung peraturan ini dan bila dah dikenakan tindakan ini, ia jadi pengajaran besar buat saya."Nasihat saya, jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata walaupun ia hanya sampah kecil seperti puntung rokok," katanya.Ujarnya lagi, denda RM600 yang dikenakan turut disifatkan tinggi, namun dia akur kerana itu yang telah diputuskan oleh mahkamah.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(SWCorp), Khalid Mohamed berkata, secara keseluruhan sebanyak 711 Notis Pemberitahuan Kesalahan(NPK) di tujuh negeri yang melaksanakan Akta 672 telah dikeluarkan.Menurutnya, ia melibatkan 553 warga tempatan dan 158 warga asing." Di Negeri Sembilan sehingga 11 Februari lepas, sebanyak 111 NPK melibatkan 103 kes warga tempatan dan lapan warga asing dikeluarkan."Daripada jumlah tersebut, 17 kes dijadualkan untuk prosiding sebutan di mahkamah sehingga 18 Mac 2026," katanya.





Loke: Dashcams not mandatory yet, govt weighing cost and practicality - Malaymail - 13/02 9:16 am

SEREMBAN, Feb 13 The proposal for dashcam installation is still at the advocacy stage, and not yet made compulso...





Dashcam use still at advocacy stage, not mandatory yet - Loke - Sinardaily - 13/02 8:45 am

SEREMBAN - The proposal for dashcam installationis still at the advocacy stage, and not yet made compulsory for all vehicle owners.Transport Minister Anthony Loke said any new policy that mandates the installation of additional equipment, such as dashcams, must undergo a comprehensive assessment process, including aspects ofeffectiveness,feasibility and cost implications for the public.He said that more and more vehicle users are voluntarily installing dashcams for safety and personal protection, as well as serving as evidence in case of any untoward incidents."For now, the approach is advocacy





Heavier traffic lately? Youre not imagining it heres whats going on - Sinardaily - 13/02 7:30 am

This naturally results in more vehicles on the road," he said.Looking ahead, Keshvinder called for long-term solutions beyond temporary fixes such as better train infrastructure, more walkways and improved road designs."Most importantly, more opportunities in cities outside of KL. Why not focus on growing cities like Kuantan, Ipoh, Seremban, which are already expanding but need more people to drive growth?," he said.Meanwhile, Prolintas, the largest highway network operator in the Klang Valley, reported higher-than-usual traffic volumes even during periods that typically see smoother flow."Traffic conditions within the Klang Valley are highly interconnected and congestion at major access points or arterial roads may create spillover effects across surrounding highways and interchanges, it said when contactedTo help ease congestion, Prolintas has implemented several measures





Mineral Kritikal: Usaha harmoni peranan Kerajaan Persekutuan, negeri jadi keutamaan - Kosmo - 12/02 11:08 pm

SEREMBAN – Usaha mengharmonikan peranan serta kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan negeri menjadi keutamaan Malaysia dalam merangka pendekatan menyeluruh terhadap pengurusan mineral kritikal





'JPKK perlu adil bagi bantuan, jangan tengok parti politik' - Anthony - Sinarharian - 12/02 7:27 pm

SEREMBAN - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dinasihatkan supaya berlaku adil kepada semua masyarakat di bawah jagaan mereka tanpa mengira parti politik.Ahli Parlimen Seremban dan Ahli Dewan Undangan(ADUN) Chennah, Anthony Loke berkata, sesiapa saja yang berdepan kesusahan perlu dibantu sebaik mungkin."Kepada semua JPKK, kita kenal pasti orang yang benar-benar perlukan bantuan, jangan ambil kira dia siapa."Kita mesti berlaku adil





Wajibkan 'dashcam': Kerajaan perlu buat pertimbangan, ambil kira implikasi kepada rakyat - Anthony - Sinarharian - 12/02 6:27 pm

SEREMBAN - Kerajaan perlu membuat pelbagai pertimbangan sekiranya mahu mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka (dashcam) kepada semua kenderaan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu sememangnya pernah dibincangkan, namun masih belum ada keputusan mengenainya dan di peringkat advokasi."Kita (kerajaan) ada bincang (wajib pemasangan dashcam), tapi belum ada keputusan kerana perkara seperti ini perlu mengambil kira pelbagai pertimbangan terlebih dahulu."Bukan susah untuk kita wajibkan, tapi kalau mahu wajibkan sudah tentu ada implikasi.Jadi kita kena buat pertimbangan pelbagai aspek dan melihat pelbagai faktor terlebih dahulu sebelum sesuatu itu diwajibkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Hi-Tea Menteri Pengangkutan Bersama JPKK Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri(DUN) Chennah di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengarah 1 (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Rozi Jidin yang berpendapat sudah sampai masanya Kementerian Pengangkutan menilai untuk mewajibkan pemasangan aksesori tersebut kepada semua pengguna jalan raya sebagai sebahagian usaha memperkukuh penguatkuasaan dan keselamatan lalu lintas.Jelas Anthony lagi, apa-apa dasar baharu sudah tentu perlu melalui proses bagi melihat terlebih dahulu keberkesanannya selain mengambil kira implikasi terhadap rakyat."Sudah tentu kalau kita wajibkan semua memasangnya, ia akan ada tambahan kos yang mungkin menyebabkan ada sebilangan masyarakat tidak bersetuju."Jadi perkara seperti itu kita cuba imbangkan sama ada ia boleh diwajibkan atau tidak," katanya.Bagaimanapun ujarnya, orang ramai digalakkan untuk memasang aksesori tersebut bagi tujuan keselamatan dan sebagai perlindungan diri selain boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku sebarang insiden."Kita tahu ramai orang secara sukarela memasang dashcam dan bagi saya setakat ini kita di peringkat advokasi serta ambil pendekatan berhemah dalam perkara ini," katanya.





Tertuduh kritikal, kes letupan di Nilai disebut semula 13 Mac - Utusan - 12/02 3:56 pm

SEREMBAN: Prosiding sebutan semula kes lelaki warga tempatan yang didakwa dengan lima pertuduhan kerana memiliki bahan letupan di sebuah unit kediaman di Nilai di sini tahun lalu ditetapkan semula pada 13 Mac depan





Letupan di Nilai: Ayang kritikal di HKL, prosiding sebutan kes terpaksa ditangguhkan - Sinarharian - 12/02 1:10 pm

SEREMBAN - Prosiding sebutan semula kes lelaki warga emas dikenali sebagai 'Ayang' yang sebelum ini didakwa atas lima pertuduhan berkaitan bahan letupan buatan sendiri(IED) di Nilai, Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.Keadaan terkini, Yeoh Hock Sun,63, dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni kepada Hakim, N Kanageswari di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.Beliau memaklumkan yang tertuduh kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur(HKL)."OKT sedang dirawat di HKL sejak 3 Februari lalu dan dia dimaklumkan dalam keadaan kritikal."Pengesahan tersebut telah difailkan oleh Pengarah Jabatan Penjara dan turut disahkan sendiri oleh doktor dari penjara," katanya.Norazihah kemudian memohon tarikh sebutan semula kes untuk kehadiran tertuduh ke mahkamah dan pengesahan tahap kesihatannya daripada pihak hospital.Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk sebutan semula kes.Pada 9 Januari lalu, tertuduh terpaksa didakwa di Hospital Tuanku Jaafar di sini kerana sedang dirawat akibat kecederaan dialami dalam letupan yang berlaku.Dia bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan bahan letupan yang menyebabkan kerosakan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi L200 Triton milik seorang lelaki berusia 47 tahun.Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 22 Disember 2025, kira-kira jam 5.55 pagi di kawasan parkir Blok A, Pangsapuri Desa Palma, Nilai.Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Mengikut tiga pertuduhan lain, tertuduh didakwa memiliki bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia berniat menggunakannya bagi maksud menyebabkan kecederaan.Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada tarikh sama, antara jam 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam, masing-masing di sebuah unit Pangsapuri Desa Palmadi dalam sebuah kereta jenis Proton Wira yang diletakkan di kawasan Star Valley, Nilai, serta di tepi jalan utama Kampung Batang Benar, Mantin, Nilai.Bagi kesalahan berkenaan, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Selain itu, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 4 akta yang sama kerana menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) secara salah dan dengan niat jahat untuk mendatangkan kecederaan.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun dan sebatan.





Buang puntung rokok merata: Polis bantuan didenda RM600, diperintah jalani khidmat masyarakat - Sinarharian - 12/02 12:27 am

SEREMBAN - Seorang polis bantuan didenda RM600 serta dikehendaki menjalani perintah khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, bukan di dalam tong sampah yang disediakan.Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hashim Mohd Nor, 37 selaku orang kena saman (OKS) serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.Khidmat masyarakat pula perlu diselesaikan OKS dalam tempoh enam bulan.Mengikut pertuduhan, Mohd Hashim telah membuang sisa pepejal iaitu putung rokok di kaki lima hadapan Terminal Bas Nilai yang merupakan tempat awam dan bukannya di dalam bekas yang diperuntukkan bagi membuang sisa pepejal tersebut.Kesalahan tersebut dilakukan pada 4 Januari 2026, jam lebih kurang 11.30 pagi.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 77A(2).Sebagai tambahan, boleh dikenakan suatu perintah khidmat masyarakat di bawah Subseksyen 77B(1) akta sama.Sabit kesalahan, denda tidak lebih RM2,000 dan membuat suatu perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 13 jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan.OKS yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda yang minimum kerana hanya memperoleh pendapatan RM2,500 serta mempunyai lima tanggungan.Selain itu, seorang lagi OKS iaitu Herrykurniawan, 25, turut dijatuhkan hukuman sama selepas mengaku bersalah membuang putung rokok di tepi longkang hadapan sebuah klinik di Nilai pada 1 Januari lalu, jam lebih kurang 1.01 pagi.Dia yang masih bujang merayu dendanya dikurangkan kerana tiada pekerjaan tetap serta mempunyai dua tanggungan.Pegawai Pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Siti Adora Rahtimin memohon mahkamah mengenakan hukuman denda setimpal serta perintah khidmat masyarakat terhadap kedua-dua tertuduh supaya dapat memberi pengajaran kepada seluruh lapisan masyarakat.





Kedai emas di Port Dickson didakwa guna alat timbang tidak seimbang - Sinarharian - 12/02 11:47 am

SEREMBAN - Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis atas pertuduhan menggunakan alat timbang yang tidak seimbang, tahun lalu.Syarikat terbabit yang diwakili pengarahnya, Yee Siew Hoon, 67, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, syarikat itu telah ada dalam milikan untuk kegunaan perdagangan satu unit alat timbang elektronik jenama AND Model GF-3000 dengan kapasiti had terima 3,100 gram yang tidak seimbang.Kesalahan berkenaan dilakukan pada jam 9.51 malam di sebuah premis di Jalan Raja Aman Shah, Port Dickson, pada 4 Julai 2025.Berikutan itu, orang kena saman (OKS) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama (Akta 71).Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan timbang, sukat atau alat timbang atau sukat boleh dilucut hak.Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Khairul Azman Rosli memohon wakil syarikat diikat dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.Peguam, S Kartikeyan memohon wang jaminan yang rendah memandangkan tertuduh adalah warga emas selain syarikat miliknya yang sudah beroperasi sejak 45 tahun lalu masih lagi beroperasi.Mahkamah kemudiannya menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula.





Lekas to activate SMART Lane system to tackle peak hour congestion - Sinardaily - 12/02 8:15 am

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) will activate a Smart Lane system along selected sections of the Lekas Highway from Thursday (Feb 12) to ease traffic congestion during morning and evening peak hours.The affected areas are KM1 to KM0.1 northbound from the Kajang Selatan Interchange (Lekas) to the Kajang Perdana Interchange (SILK) via Putrajaya, while for the southbound area, it is from KM0.0 to KM0.4 from the Kajang Perdana Interchange (SILK) to the Kajang Selatan Interchange (Lekas).Lekas said in a statement on Wednesday (Feb 11) that the implementation has received approval from the Malaysian Highway Authority (LLM) and the Royal Malaysia Police (PDRM) to ensure smoother traffic flow and enhance road safety in congestion-prone areas.It added that the Smart Lane system optimises the use of existing road space by enabling the temporary usage of emergency lanes as additional lanes during operational hours to increase traffic capacity and flow.It is also taking various measures to ensure safety, including placing traffic cones, blinkers and advisory signage at selected locations.The routes will be equipped with 'Smart Lane Start and 'Smart Lane End signs, as well as green LED indicators that will light up when the lane is open, and the emergency lane will revert to its original function outside of the operating hours.Lekas chief operating officer Chuah Lay Hoon said the Smart Lane activation initiative reflects its continued commitment to proactively managing traffic flow, particularly at critical interchange areas."With the temporary use of emergency lanes, as well as improved signage, we aim to increase road capacity, reduce weaving movements and improve traffic flow at critical intersection areas, she said





Two killed after motorcycle crashes into broken-down lorry on PLUS highway in Seremban - Malaymail - 11/02 12:35 am

SEREMBAN, Feb 11 Two men died after the motorcycle they were riding collided with the rear of a lorry that had s...





Dua maut, motosikal langgar lori berhenti di lorong kecemasan - Sinarharian - 11/02 11:18 am

SEREMBAN - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 254.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Rabu.Dalam kejadian jam 12.30 malam itu, penunggang motosikal berusia 23 tahun meninggal dunia di lokasi, manakala pembonceng berusia 24 tahun meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 12.30 malam."Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang menaiki sebuah motosikal jenis AX200S sedang bergerak dari arah Seremban menuju ke Melaka."Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang di lorong kiri telah hilang kawalan dan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kanan lori rigid jenis Hino membawa muatan barangan plastik yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah kerosakan enjin," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.Tambahnya, pembonceng motosikal pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah HTJ."Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat."Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6032222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,"katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.





Mekanik maut motosikal bergesel lori simen - Sinarharian - 11/02 10:14 am

KUALA PILAH - Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengansebuah lori simen di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, malam Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam semasa mangsa berusia21 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Seremban."Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki mangsa cuba memotong loridi hadapannya, namun tidak berjaya."Pada masa sama, sebuah kereta dari arah bertentangan berselisih dengan motosikal tersebut mengakibatkan mangsa bergesel dengan lori sebelum terjatuh ke bawah lori berkenaan,"katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk tindakan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan





Malaysian eatery under fire for ‘washed food’ in viral video may re-open after Feb 17 - Indept - 10/02 3:08 pm

SEREMBAN: A nasi kandar eatery was featured in the news earlier this month after a witness allegedly saw one of its workers washing leftover food for the alleged purpose of using it again the next day





Matrix Concepts sasar permodalan pasaran RM5 bilion - Utusan - 9/02 2:39 pm

SEREMBAN: Pemaju Bandar Sri Sendayan, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) kini bergerak ke hadapan dengan sasaran pemodalan pasaran berjumlah RM5 bilion menjelang 2035





PGA lumpuhkan sindiket seludup migran - Sinarharian - 9/02 1:17 pm

SEREMBAN - Sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan sempadan Negeri Sembilan berjaya ditumpaskan selepas 22 warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di sini, awal pagi Ahad.Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, tangkapan itu dilakukan menerusi Op Taring Delta kira-kira jam 12.30 tengah malam.Menurutnya, kesemua 22 tangkapan warga Indonesia itu terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, manakala empat lagi lelaki ialah tekong laut."Turut dirampas dalam operasi ini ialah dua kenderaan jenis Honda City dan Volkswagen Tiguan selain enam unit telefon bimbit yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran terbabit."Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM239,000," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hakemal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Beliau menegaskan, kejayaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.Dalam perkembangan berkaitan, Briged Tengah PGA merekodkan 39 serbuan bagi tempoh 1 Januari hingga 9 Februari tahun ini di kawasan tanggungjawab meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor."Hasilnya, seramai 161 individu ditangkap dengan rampasan mencecah RM8 juta," ujarnya.Tambah beliau, pihak polis menyeru kerjasama masyarakat untuk menjadi barisan hadapan dalam menyalurkan maklumat sebagai mata dan telinga kepada pasukan keselamatan bagi memastikan sempadan negara kekal bebas daripada pencerobohan.





'Bobby' si kambing suka main gelongsor - Sinarharian - 9/02 8:50 am

SHAH ALAM - Seekor anak kambing digelar Bobby menjadi tumpuan dengan gelagatnya yang gemar bermain gelongsor di sebuah kandang kambing di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.Menurut pemilik kandang, Azroy Manaf, 41, Bobby sudah menunjukkan minat bermain gelongsor sejak kecil dan kini berusia sekitar tiga hingga empat bulan.Kongsinya, anak kambing tersebut amat manja dengan dirinya serta pekerja di kandang berkenaan dan menerima layanan istimewa berbanding kambing lain."Bobby memang gemar bermain gelongsor yang disediakan di kandang ini dan gelongsor itu asalnya dibina untuk pengunjung yang datang melawat."Sejak kecil lagi, Bobby sudah menjadikannya sebagai tempat bermain," katanya kepada Sinar Harian.Terdahulu, gelagat Bobby berulang kali menaiki dan meluncur di gelongsor yang disediakan di kandang tersebut dikongsikan menerusi akaun Tik Tok @kambingyanganeh meraih 2.5 juta tontonan dengan 171,700 tanda suka.Menurutnya, Bobby kini seakan-akan menjadi jurulatih kepada anak-anak kambing lain yang lahir sekitar Disember lalu apabila turut mengikut jejaknya bermain gelongsor.Tambahnya, sebelum ini dia turut mempunyai seekor kambing bernama Kamarudin yang pernah mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan netizen.Bagaimanapun, Kamarudin telah mati kira-kira dua tahun lalu akibat faktor usia dan kini Bobby pula mencuri perhatian ramai dengan gelagatnya.Dalam perkembangan sama, menurutnya, jumlah keseluruhan kambing di kandangnya kini melebih 200 ekor termasuk 26 ekor anak kambing yang lahir pada Disember lepas."Kandang di Ampangan ini dibuka kepada pengunjung dan pengikut yang ingin melawat





Gergasi Merah menang tipis di Paroi - Hotfm - 8/02 11:13 pm

Seremban: Selangor FC (SFC) mendapat bekalan tipis apabila menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC),1-0, dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.





N. Sembilan reminds Ramadan traders to get typhoid vaccination, uphold cleanliness - Malaymail - 8/02 12:44 am

SEREMBAN, Feb 8 All food traders, especially those involved in Ramadan bazaars, have been reminded to take food...





Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan - Siakapkeli - 8/02 11:05 am

Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan SEREMBAN, 8 Feb (Bernama) -- Semua peniaga makanan di Negeri Sembilan, khususnya di bazar Ramadan diingatkan tidak





GLC, GLIC beri komitmen perkasa agenda bumiputera - Utusan - 8/02 8:07 am

SEREMBAN: Semua kementerian, jabatan dan agensi dalam Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan komitmen tinggi untuk memperkasakan agenda bumiputera tanpa mengetepikan lain-lain kaum atau agama





Tular isteri mengamuk, belasah wanita Indonesia depan hotel - Sinarharian - 7/02 10:25 pm

SEREMBAN - Seorang isteri 'naik hantu' apabila mengesan suaminya yang didakwa menginap hotel di daerah ini dengan seorang wanita warga asing.Video itu dikongsi seorang individu di Threads dengan keterangan 'bila atok kau kantoi checkin dengan makcik konoha kat hotel bajet'Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat menarik wanita warga Indonesia terbabit ke lantai sebelum memukulnya ketika dia mahu membuka pintu sebuah teksi yang dipakir di bawah hotel berkenaan.Wanita itu kemudiannya bertindak menampar muka suaminya yang dilihat keluar dari hotel selain mempersoalkan apa yang dilakukan lelaki itu di hotel selama tiga jam.Lelaki berkenaan pada awalnya dilihat tenang berdepan situasi itu, namun berubah apabila isterinya dilihat menyerang kembali wanita terbabit.Dia turut memberitahu tidak akan pulang lagi ke rumah selepas ini.Perkongsian video berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet.Sementara itu,Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim yang dihubungi Sinar Harian berkata pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.





'SD dibuat untuk 'jatuhkan' Muhyiddin, buka laluan tubuh kerajaan dengan UMNO' - Mohamed Hanifah - Sinarharian - 7/02 9:11 pm

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohamed Hanifah Abu Baker mendakwa usaha mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bukan saja bagi mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai presiden parti, malah bagi membuka laluan penubuhan kerajaan baharu bersama UMNO.Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu mendedahkan bahawa perkara terbabit dimaklumkan sendiri oleh seorang pegawai salah seorang pimpinan tertinggi parti."Saya tanya, adakah dengan mendesak atau pun jika SD ini berjaya, kita akan tubuh kerajaan? Dan jawapan yang saya terima mengejutkan, itu mungkin punca saya tidak seronok dan akhirnya terpaksa membocorkannya."Jawapan yang saya terima, kalau presiden berundur dan mungkin kita akan menubuhkan kerajaan," katanya.Jelasnya, pegawai terbabit memberitahu bahawa wakil Presiden UMNO, mengadakan pertemuan dan menyatakan persetujuan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan serta bersama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan baharu sekiranya Bersatu dipimpin oleh pemimpin berkenaan."Saya terpaksa meyakinkan beliau untuk mengatakan saya mungkin bersetuju dan meminta supaya diserahkan SD itu."Saya bukan khianat tapi untuk menyelamatkan parti, saya telah serahkan SD itu kepada pimpinan Bersatu supaya dibawa kepada pengetahuan Presiden," katanya.Selain itu, beliau turut mempersoalkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan yang memberitahu SD yang dikumpulkan daripada 120 Ketua Bahagian Bersatu bertujuan menyokong Tan Sri Muhyiddin mengatur pelan peralihan parti, bukan mendesak beliau meletak jawatan."Mengapa perlu ada SD menyokong presiden? Kalau sudah sokong kita jalankan sahaja kerja kita, tanggungjawab kita," katanya.Beliau turut berikrar untuk menyelamatkan parti dengan tidak membenarkan lagi mana-mana pihak berusaha untuk terus mengelirukan ahli-ahli parti berhubung isu dalaman yang berlaku.





Saman fitnah RM1.5 juta diteruskan walaupun sokong GRS – Zulkarnain - Mgazette - 7/02 4:07 pm

LOD pertama telah dihantar seawal Mei lalu diikuti LOD kedua pada Ogos 2025, kedua-duanya dikeluarkan oleh firma guaman berkenaan. Namun kedua-dua surat tuntutan tersebut telah dipulangkan semula ke pejabat guaman selepas cubaan penyerahan melalui surat berdaftar ke alamat terakhir individu terbabit di Seremban gagal sepenuhnya





3.27 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina - Mgazette - 7/02 4:07 pm

Berdasarkan unjuran, lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS mencatatkan anggaran trafik tertinggi dengan 2.2 juta kenderaan, diikuti Lebuhraya KL-Karak (210,000 kenderaan), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) (90,000), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) (40,000) serta Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)(160,000). Bagi lebuh raya sambungan pula, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) diunjurkan menerima 275,000 kenderaan, diikuti Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dengan 145,000 kenderaan dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) sebanyak 150,000 kenderaan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3.27 juta kenderaan





Agenda Bumiputera terima komitmen tinggi semua pihak - Utusan - 7/02 3:49 pm

SEREMBAN: Semua kementerian, jabatan dan agensi dalam Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan komitmen tinggi untuk memperkasakan Agenda bumiputera di negara ini tanpa mengenepikan lain-lain kaum atau agama





Kerjasama MARA, TERAJU perkukuh pelaksanaan PuTERA35 - Ahmad Zahid - Sinarharian - 7/02 3:30 pm

SEREMBAN - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperkukuh pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) melalui kerjasama strategik antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi memastikan agenda ekonomi bumiputera dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan agenda bumiputera itu bukan hanya digerakkan oleh MARA semata-mata, sebaliknya turut melibatkan jabatan dan agensi lain di bawah kementerian."MARA umpamanya bekerjasama dengan TERAJU memperkasakan PuTERA35 yang mana menerusi pelan ini daripada tahun 2025 hingga 2035, kita telah menentukan 132 inisiatif untuk bumiputera dalam bidang ekonomi khususnya."Pencapaian setakat 31 Disember lepas telah berada pada tahap 44.5 peratus, ertinya kita mempunyai tempoh kira-kira sembilan tahun lagi bagi mencapai 100 peratus," katanya ditemui pemberita pada Program 'Road to Ramadan' Negeri Sembilan di Masjid Kariah Pantai di sini pada Sabtu.Menurutnya, sebagai pemantauan, bahagian pemerkasaan agenda bumiputera di setiap kementerian juga diwujudkan dengan melibatkan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).Selain itu ujarnya, kerajaan menyasarkan Lima syarikat bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia tahun ini berbanding tiga syarikat tahun lalu.Sebelum ini media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kementerian serta syarikat GLIC memberi penekanan serius terhadap aspek penilaian keberkesanan inisiatif berimpak tinggi di bawah PuTERA35.





Ketua Muda Kluang sertai UMNO hasil kejayaan Rumah Bangsa - Ahmad Zahid - Sinarharian - 7/02 3:00 pm

SEREMBAN - Kemasukan Ketua Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kluang, Shikh Mohd Farkhann bersama kira-kira 100 ahlinya ke dalam UMNO membuktikan kejayaan penubuhan inisiatif 'Rumah Bangsa'.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhannya bukan saja bertujuan menarik kembali bekas ahli parti itu, malah turut memberi ruang kepada individu yang berminat untuk menyertai UMNO."Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO lalu, saya telah menghamparkan cadangan supaya Rumah Bangsa ini diwujudkan."Hasil daripada itulah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjadi pengerusinya dan beliau telah berusaha untuk menarik mereka yang telah meninggalkan UMNO, mereka yang berhasrat untuk menyertai UMNO atau pun mereka yang tertarik dengan UMNO untuk bersahabat dalam rumah besar ini."Jadi, Ini adalah di antara usaha yang telah memperlihatkan kejayaan pertama," katanya ditemui pemberita sempena program 'Road To Ramadan' Negeri Sembilan di Masjid Kariah Pantai, di sini, pada Sabtu.Sebelum ini media melaporkan, keputusan Shikh Mohd tersebut dibuat selepas menilai secara menyeluruh kedudukan dan hala tuju Muda yang disifatkan semakin tidak jelas serta sukar bergerak secara bersendirian dalam landskap politik semasa."Secara langsung terkuburlah Parti Muda di Kluang secara keseluruhan




Reformasi     >>



PAS rebuts analyst, denies 'targeting' Muhyiddin with .. - Mkini
Bersatu crisis began long before Perlis MB issue, Tuan Ibrahim says.
Kroni     >>



Turun Azam Baki, turun Anwar! - Harakahdaily
Isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, terus mencetuskan gelombang desakan politik agar siasatan bebas dan menyeluruh dilaksanakan, termasuk tuntutan supaya beliau direhatkan atau kontraknya ditamatkan demi memelihara integriti institusi ..
Tabloid     >>



EPL: Arsenal buru jurang tujuh mata - Kosmo
LONDON Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal berpeluang melebarkan jurang kepada tujuh mata di puncak carta apabila bertandang menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux awal pagi esok. Skuad kendalian Mikel Arteta hadir dengan momentum positif selepas melangkah ke pusingan kelima Piala FA ..
Tech     >>



OpenAI hires 'genius' OpenClaw creator, but popular AI .. - Tomshardware
OpenAI has hired the creator of popular agentic AI tool OpenClaw, but has decided to keep the project open source. Despite its old Claude-inspired name, Anthropic threatened Steinberger with legal action ahead of multiple name changes.
World     >>



Iran, Russia, and China deploy vessels for joint drill .. - Tehrantimes
TEHRAN - Russia, China and Iran have deployed naval vessels for joint exercises in the Strait of Hormuz, Russian presidential aide Nikolay Patrushev announced on Tuesday.
Motor Trend     >>



Polis trafik tolong 'tunda' RXZ rosak sejauh 3km - Careta
Menurutnya, ketika beliau bersama rakan setugas, Koperal Wan Muhamad Fazreen Wan Nasir, 38, sedang melakukan rondaan mencegah kemalangan dan melancarkan kesesakan lalu lintas. "Ketika melalui lokasi berkenaan, kami terlihat seorang penunggang motosikal tersadai di bahu jalan selepas kenderaan itu