///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Selatan Thailand News   Page 1    



Pekerja Hyundai, Kia Mogok, Operasi Kilang Di Korea Selatan Terhenti - Careta - 24/08 4:01 pm

Menurut laporan The Wall Street Journal, tindakan pada 21 Ogos itu merupakan mogok sehari penuh pertama melibatkan pekerja Hyundai Motor dalam tempoh sedekad, selepas kali terakhir berlaku pada 2016





SPRM sambung reman dua Datuk kes jual tanah bawah harga pasaran - Mygazette - 24/08 3:57 pm

# SPRM sambung reman dua Datuk kes jual tanah bawah harga pasaran GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh lanjutan tempoh reman terhadap dua individu bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung penjualan tanah milik agensi kerajaan pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran, yang dipercayai menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta





Lima ditahan kes rusuh bersenjata di Klang - Mygazette - 24/08 3:57 pm

KLANG Polis menahan lima lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh dengan senjata di sebuah kedai makan di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, Klang, Sabtu lalu





FMM anggap cadangan gaji minimum RM3,100 keterlaluan - Mygazette - 24/08 3:57 pm

# FMM anggap cadangan gaji minimum RM3,100 keterlaluan KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya gaji minimum dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM3,100 sebagai keterlaluan dan tidak seimbang dengan keadaan ekonomi serta perniagaan semasa





Parkir tak cukup, penduduk Bandar Tasik Selatan bimbang kesesakan bertambah - Mygazette - 24/08 3:57 pm

# Parkir tak cukup, penduduk Bandar Tasik Selatan bimbang kesesakan bertambah KUALA LUMPUR Penduduk di beberapa kawasan perumahan di Bandar Tasik Selatan mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mungkir janji apabila kemudahan parkir lima tingkat yang dijanjikan sebelum hanya dibina setingkat





Buletin Tesla Buka Supercharger Baharu Di Ipoh, Lengkapkan Rangkaian Tesla .. - Mekanika - 24/08 3:57 pm

# TESLA BUKA SUPERCHARGER BAHARU DI IPOH, LENGKAPKAN RANGKAIAN TESLA SERANTAU **Tesla Malaysia mengumumkan pembukaan stesen pengecas pantas V4 Supercharging terbaharunya di AEON Mall Kinta City, sekali gus melengkapkan rangkaian pengecasan yang menghubungkan perjalanan rentas sempadan antara Singapura, Malaysia dan Thailand.** Stesen baharu yang terletak di tengah bandar raya Ipoh itu merupakan kemudahan Supercharging pertama Tesla di Malaysia yang menggunakan sambungan internet Starlink





Buletin Cycle & Carriage Perkukuh Kehadiran Di Selatan, Rasmi Pusat 3s .. - Mekanika - 24/08 3:57 pm

# CYCLE & CARRIAGE PERKUKUH KEHADIRAN DI SELATAN, RASMI PUSAT 3S LEAPMOTOR JOHOR BAHRU **Cycle & Carriage (C&C) terus mengembangkan rangkaian jenama Leapmotor di Malaysia menerusi pembukaan pusat 3S baharu di Johor Bahru, sekali gus mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Stellantis Malaysia serta meningkatkan akses pelanggan di wilayah selatan kepada kenderaan elektrik (EV) dan perkhidmatan selepas jualan.** Terletak secara strategik di kawasan Kempas, fasiliti baharu ini menjadi cawangan Leapmotor keenam yang dikendalikan oleh Cycle & Carriage di seluruh negara





Buletin Mini Jcw Daredevil, 44 Unit Terhad, Rim Rallye Spoke Read More .. - Mekanika - 24/08 3:57 pm

# MINI JCW DAREDEVIL, 44 UNIT TERHAD, RIM RALLYE SPOKE **MINI South Africa melancarkan edisi terhad JCW Daredevil yang merangkumi lima versi, termasuk dua varian elektrik.** Edisi khas ini merangkumi MINI John Cooper Works 3-Door Hatch Electric, MINI John Cooper Works Aceman, MINI John Cooper Works Convertible, MINI John Cooper Works 3-Door Hatch dan MINI John Cooper Works Countryman





IGP urges Malaysians to reduce travel to southern Thailand amid tense security - Malaymail - 24/08 3:40 pm

MELAKA, Aug 24 Police have stepped up security along the Malaysia-Thailand border following more than 50 bombing...





Police tighten border security, urge public to avoid south Thailand - Mkini - 24/08 3:38 pm

This comes after over 50 bombings in 3 provinces of southern Thailand.





Polis pertingkat kawalan di sempadan negara susulan insiden di Selatan Thailand - Sinarharian - 24/08 3:15 pm

MELAKA - Polis mempertingkat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand susulan lebih 50 insiden termasuk pengeboman, pembakaran pejabat kerajaan tempatan dan pembakaran tayar yang dilaporkan tiga wilayah di Selatan Thailand, Sabtu lepas.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, beliau turut menasihati orang ramai agar menjauhi kawasan konflik berkenaan buat masa ini bagi mengelakkan risiko kepada mereka."Kita mempertingkatkan kawalan di sempadan kerana kita khuatirlah pertama sekali rakyat Malaysia yang sering kali berkunjung ke sana."Pada pandangan saya, dalam keadaan keselamatan yang agak tegang ini, lebih baiklah supaya rakyat kita ni mengurangkan pergerakan ke sana dan cuba mengelakkan (berkunjung ke kawasan konflik) pada masa ini itu yang terbaik saya rasa," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran sempena Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.Terdahulu, Mohd Khalid menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri pada majlis berkenaan.Pada masa sama, beliau turut berharap konflik berkenaan dapat diselesaikan dengan baik sekali gus dapat menjamin keamanan di sempadan negara."Kita berdoa semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan kedua-dua negara, terutama sekali di sempadan itu kekal aman dan tenteram, insya-ALLAH," katanya.Terdahulu, wilayah Narathiwat dikenakan perintah berkurung bermula 10.15 malam tadi hingga 5 pagi selepas lebih 50 insiden termasuk pengeboman, pembakaran pejabat kerajaan tempatan dan pembakaran tayar dilaporkan berlaku di tiga wilayah berkenaan.Letupan kuat dari arah Narathiwat, Selatan Thailand itu turut menggegarkan kediaman dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sempadan Malaysia-Thailand, termasuk Kampung Lubok Gong dan Kampung Tersang, Rantau Panjang di Pasir Mas, Kelantan





Polis kesan 9 PATI masih lolos dari depot - Sinarharian - 24/08 2:53 pm

TANAH MERAH - Polis dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) meneruskan operasi memburu sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih belum ditahan selepas meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, di sini, awal pagi semalam.Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, usaha mengesan kesemua PATI berkenaan turut dipergiat menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa lokasi yang dikenal pasti.Menurutnya, daripada keseluruhan 10 PATI yang melarikan diri, seorang berjaya ditahan di daerah Tanah Merah pada tengah hari semalam, iaitu pada hari sama kejadian berlaku."Operasi mengesan baki sembilan PATI yang masih bebas turut melibatkan kerjasama masyarakat





'Terima panggilan ibu tetapi suara orang lain di talian' - Sinarharian - 24/08 2:45 pm

KOTA BHARU - Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki kedua-duanya dipercayai bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kampung Paya Lada, Ketereh di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa Idris Che Ngah, 74, dan isteri, Azizah Che Mbong, 62, yang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Pengkalan Kubor, Tumpat dikatakan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Anaknya, Mohd Shahabudin Idris, 35, berkata, dirinya terkejut apabila menerima panggilan telefon yang tertera nombor ibunya tetapi suara didengarinya di talian milik orang lain."Masa itu saya di tempat kerja, tiba-tiba ada panggilan tertera nama ibu dan saya mengangkatnya seperti biasa tetapi terkejut bila dengar suara orang lain."Orang berkenaan memaklum kepada saya yang ibu dan ayah kemalangan dan minta datang ke lokasi dengan segera," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di sini.Menurut anak ketujuh daripada sembilan beradik itu, individu yang membuat panggilan berkenaan bagaimanapun tidak memaklumkan keadaan sebenar ayah dan ibunya selain hanya memberitahu mereka terlibat kemalangan.Namun ujarnya, diirinya mulai khuatir lebih-lebih lagi apabila mengenangkan pada pagi tadi ayah dan ibunya beria-ria hendak menaiki motosikal ke Komplek Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor walaupun dihalang.Mohd Shahabudin memberitahu, hasrat kedua orang tuanya itu dihalang semasa bersarapan pagi di sebuah kedai kopi."Ibu dan ayah tetap berkeras hendak pergi juga





Lim You penjaring terbanyak Piala Srikandi Merdeka - Sinarharian - 24/08 2:14 pm

PEMAIN Sensasi Malayan Tigress Bawah 17 tahun (B-17), Lim You muncul penjaring terbanyak Piala Srikandi Merdeka 2026 selepas mengumpul lapan gol sepanjang kejohanan.Pemain berdarah warisan berusia 14 tahun itu mengatasi penyerang Thailand, Kawinthida Kikuntod yang merekodkan lima gol.Lim You mencuri perhatian selepas meledak tujuh gol ketika Malaysia membelasah Arab Saudi 9-0, dengan kesemua jaringannya hadir menerusi kaki kiri.Pencapaian itu turut mencatat sejarah tersendiri kerana hanya beberapa pemain wanita dilaporkan pernah menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan rasmi, antaranya Deki Lhazom dan Flora Kameni."Saya sangat bersyukur kerana menjadi penjaring gol terbanyak tetapi saya tidak mungkin dapat melakukannya tanpa rakan sepasukan





Letupan bom selatan Thailand: PGA perkukuh rondaan sempadan, Sungai Golok - Sinarharian - 24/08 1:14 pm

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kesiapsiagaan operasi dengan memperkukuh rondaan di kawasan pagar sempadan, Sungai Golok dan laluan-laluan pencerobohan susulan 51 kejadian letupan bom dilaporkan berlaku di tiga daerah di Selatan Thailand Sabtu lalu.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tindakan itu diambil JKDNKA melalui Briged Tenggara dan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA).Menurutnya, risikan juga dipertingkatkan selaim perkongsian maklumat bersama agensi keselamatan Thailand, di samping menambah keanggotaan dan penggunaan aset perisai di lokasi strategik."Kejadian letupan dan serangan bersiri di wilayah selatan Thailand melibatkan Yala, Pattani dan Narathiwat merupakan satu perkembangan serius yang dipantau rapi oleh PDRM kerana berpotensi memberi implikasi terhadap keselamatan rentas sempadan."Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terjejas, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi memantau situasi semasa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Media melaporkan, Selatan Thailand kembali bergolak apabila 51 insiden keganasan berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam, pada malam Sabtu.Serangan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah itu merangkumi pengeboman, pembakaran pejabat dan kenderaan kerajaan, letupan menara telekomunikasi, rompakan, letupan kedai serbaneka serta pembakaran tayar.Mengulas lanjut, kata Mohd Yusri, selaras dengan kenyataan media bertarikh 23 Ogos 2026 yang dikeluarkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, rakyat Malaysia yang menetap, sedang berada atau merancang ke wilayah selatan Thailand dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan yang tidak mustahak, sentiasa berwaspada, mematuhi semua arahan keselamatan termasuk perintah berkurung jika dikuatkuasakan.Katanya, warga Malaysia juga diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat melalui portal e-Konsular bagi memudahkan bantuan konsular sekiranya berlaku kecemasan."JKDNKA memberi jaminan bahawa kawalan sempadan negara kekal berada pada tahap terkawal."Kita akan terus melaksanakan pendekatan pencegahan, pengesanan awal serta tindak balas pantas bagi memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara," ujarnya.





Keg*nasan Selatan Thailand : 51 Serangan Dijalankan Secara Serentak - Lobakmerah - 24/08 12:55 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Kawasan Selatan Thailand kembali bergegar apabila berlaku 51 serangan keganasan secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir 2 jam malam tadi





Polis tahan lima suspek kes gaduh di kedai makan - Sinarharian - 24/08 12:51 am

KLANG - [DIKEMASKINI] Dua lelaki dibelasah sekumpulan individu bersenjatakan beberapa objek dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam.Menurutnya, dua mangsa tempatan berusia 22 dan 26 tahun dipukul beberapa suspek hingga mengalami kecederaan pada muka dan hidung.Kedua-dua mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang."Bertindak atas maklumat, pada 23 Ogos (Ahad), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan lima suspek tempatan berusia antara 18 hingga 25 tahun."Kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga 26 Ogos untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan."Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Amirul Asyraf Salim di talian 010-3381645, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.





Debaran Pertandingan Pantun DRB-HICOM Bersama Harian Metro semakin terasa - Hmetro - 24/08 12:47 am

Kuala Lumpur: Kehangatan Pertandingan Pantun Bertemakan Peribahasa DRB-HICOM Bersama Harian Metro edisi kedua semakin dirasai apabila penyertaan di peringkat Zon Selatan mula diterima





Ada Plan Nak Ke Thailand Dalam Masa Terdekat? Wisma Putra Keluarkan Peringatan Penting Ini - Vocket - 24/08 11:56 am

Peristiwa menggemparkan berlaku di kawasan sempadan selatan Thailand apabila siri letupan bom dilaporkan menggoncang beberapa lokasi utama di Yala, Pattani dan Narathiwat pada waktu malam...





Dua penunggang basikal maut dilanggar: Polis buat semakan semula CCTV - Sinarharian - 24/08 11:33 am

PUTRAJAYA - Polis membuat semakan semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian berhubung kes kemalangan maut dua penunggang basikal yang dilanggar kereta di Kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan di sini Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, semakan semula itu dibuat pegawai penyiasat kes di Putrajaya Command Centre (PCC) Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Isnin.Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya perlu membuat pengesahan lanjut menerusi semakan rakaman CCTV."Setakat ini empat keterangan individu juga sudah dirakam bagi membantu siasatan kemalangan itu."Ia membabitkan dua waris dan masing-masing seorang pemandu kereta dan kontraktor jalan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, polis mengesahkan pemandu kereta berusia 40-an terbabit tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Mohd Hilmi Tahar, 48 dan Syazwan Zharif Abdul Karim, 30.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran.





Malaysian villages shaken as blasts rock southern Thailand - Scmp - 24/08 9:27 am

Residents of Malaysian villages near the Thailand border were left shaken this weekend after hearing loud booms and seeing flashes of light across the frontier, as Thai authorities confirmed more than 50 coordinated attacks on Saturday night





Jangan takut ke Thailand, media sosial bukan medan luahan – Adison .. - Mygazette - 24/08 8:21 am

# Jangan takut ke Thailand, media sosial bukan medan luahan - Adison GEORGE TOWN - Pelancong Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa Thailand dinasihatkan mengemukakan aduan melalui saluran rasmi dan bukan menjadikan media sosial sebagai medan luahan





Serangan serentak tiga wilayah selatan: Tiada maklumat militan, gerila .. - Mygazette - 24/08 8:21 am

# Serangan serentak tiga wilayah selatan: Tiada maklumat militan, gerila masuk Kelantan - PGA PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesahkan tiada maklumat mengenai cubaan militan atau gerila dari Selatan Thailand memasuki Kelantan setakat ini, susulan siri pengeboman dan insiden keganasan yang berlaku serentak di tiga wilayah Selatan Thailand malam tadi





Malaysia masih relevan jadi fasilitator perdamaian Selatan Thailand - Utusan - 24/08 8:15 am

“Sebenarnya tidak ... Read more The post Malaysia masih relevan jadi fasilitator perdamaian Selatan Thailand appeared first on Utusan Malaysia .





1,000 penduduk Rantau Panjang, Pengkalan Kubor rasai gegaran - Utusan - 24/08 8:10 am

RANTAU PANJANG: Dentuman letupan bom di Selatan Thailand mencetuskan panik apabila gegarannya turut dirasai oleh lebih 1,000 penduduk di Rantau Panjang, di sini dan Pengkalan Kubor, Tumpat, kelmarin





Lelaki melecur dalam kebakaran tiga rumah setinggan - Sinarharian - 24/08 7:58 am

KUALA LUMPUR Seorang lelaki melecur pada badan dan kaki dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah setinggan di Kampung Kasipillay Sentul di sini, awal pagi Isnin.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berusia 26 tahun itu kemudian dihantar ke zon merah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut."Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran rumah itu melalui talian NG999 pada jam 1.15 pagi."Seramai 28 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta bantuan BBP Hang Tuah dan BBP Gombak Selatan bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan tiga rumah setinggan separuh kekal (bangunan kelas C)."Kebakaran mengakibatkan 100 peratus kemusnahan terhadap struktur yang terlibat





Pakaian hijau, kepala botak jadi petunjuk 10 pendatang lari Depot Imigresen Tanah Merah - Sinarharian - 23/08 11:11 pm

KOTA BHARU - Pakaian berwarna hijau terang dan berkepala botak antara ciri fizikal 10 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Tanah Merah dan kini dikesan pihak berkuasa.Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan mereka dipercayai masih memakai pakaian tahanan yang digunakan di depot berkenaan selain mempunyai nombor pengenalan dicetak pada pakaian, antaranya 18101 dan 18802."Lokasi terakhir kesemua pendatang itu dikesan ialah di Bukit Tebu, Tanah Merah dan orang awam diminta menyalurkan maklumat sekiranya terserempak atau mengetahui keberadaan mereka."Daripada 10 pendatang berkenaan, tujuh merupakan warga Thailand manakala masing-masing seorang warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya," menurut hantaran itu.Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan sendiri sekiranya mengenal pasti mana-mana individu yang mempunyai ciri berkenaan sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada DCC Tanah Merah menerusi talian 09-955 6222 (Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah), 09-955 6223 (Balai Polis Tanah Merah) atau WhatsApp 011-2955 5518.Terdahulu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kesemua pendatang berada di bawah tahanan Jabatan Imigresen Kelantan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu serta mengesan mereka





Serangan selatan Thailand: Tiada maklumat gerila masuk Kelantan - FMT - 23/08 9:34 pm

PGA kata kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.





Serangan selatan Thailand: Tiada maklumat gerila masuk Kelantan - Hotfm - 23/08 9:34 pm

PGA kata kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.





No militants have crossed into Malaysia after southern Thailand attacks, authorities say - Malaymail - 23/08 6:57 pm

PASIR MAS, Aug 23 There has been no reported attempt by militants or guerrillas from Southern Thailand to cross...





Serangan di Selatan Thailand: Tiada maklumat militan, gerila masuk Kelantan - PGA - Sinarharian - 23/08 6:52 pm

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesahkan tiada maklumat mengenai cubaan militan atau gerila dari Selatan Thailand memasuki Kelantan setakat ini, susulan siri pengeboman dan insiden keganasan yang berlaku serentak di tiga wilayah Selatan Thailand malam tadi.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand bagaimanapun terus dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk mengingatkan petugas barisan hadapan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan kemasukan."Memang kami sentiasa memperketatkan kawalan sempadan dan mengingatkan petugas barisan hadapan sekiranya ada kejadian atau pihak yang cuba masuk ke arah kita, kami akan ambil tindakan," katanya kepada Bernama pada Ahad.Ahmad Radzi berkata, setakat ini, isu yang masih dikesan di kawasan sempadan ialah kemasukan pendatang tanpa izin.Beliau ketika mengulas mengenai kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand berkata, hubungan kedua-dua negara berada pada tahap terbaik, termasuk melalui platform Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) yang menjadi saluran pertukaran maklumat berkaitan keselamatan sempadan.Menurut Ahmad Radzi, mesyuarat RBC yang berlangsung di Hat Yai, Thailand dari 1 hingga 3 September akan disertai Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, Pemangku Ketua Polis Perlis serta beliau sendiri dan wakil Angkatan Tentera Malaysia."Memang kami sentiasa bertukar-tukar maklumat dan setakat ini kerjasama kami dengan pihak berkuasa Thailand memang baik," katanya.Beliau berkata, RBC mempunyai enam kumpulan kerja yang merangkumi aspek pengurusan sempadan, darat, bencana dan risikan bagi memperkukuh kerjasama keselamatan antara Malaysia dan Thailand.Sementara itu, tinjauan Bernama di Pekan Rantau Panjang berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Ahad mendapati anggota PGA meningkatkan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi, termasuk di laluan utama menuju ke sempadan.Langkah itu dilihat sebagai usaha memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan perkembangan terbaharu di Selatan Thailand.Mohd Yusoff hari ini melaporkan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam siri pengeboman dan insiden keganasan yang berlaku serentak di tiga wilayah Selatan Thailand malam tadi.Beliau turut meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan menangguhkan perjalanan ke negara berkenaan, terutama jika tiada urusan penting.Terdahulu, wilayah Narathiwat dikenakan perintah berkurung bermula jam 10.15 malam tadi hingga 5 pagi tadi selepas lebih 50 insiden termasuk pengeboman, pembakaran pejabat kerajaan tempatan dan pembakaran tayar dilaporkan berlaku di tiga wilayah berkenaan.Letupan kuat dari arah Narathiwat, Selatan Thailand malam tadi turut menggegarkan kediaman dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sempadan Malaysia-Thailand, termasuk Kampung Lubok Gong dan Kampung Tersang, Rantau Panjang di sini





Cucu Chef Wan, Lim You pacu Malayan Tigress raih tempat ketiga Piala Srikandi Merdeka - Sinarharian - 23/08 6:34 pm

[DIKEMAS KINI] SKUAD negara bawah 17 tahun (B-17) menamatkan saingan Piala Srikandi Merdeka 2026 di tempat ketiga selepas membelasah Jordan 4-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Indonesia sebentar tadi.Skuad kendalian Fairuz Montana Zainal Abidin bangkit daripada kekalahan 1-5 kepada Thailand pada separuh akhir untuk menutup kempen dengan kemenangan bergaya.Dalam aksi di Super Soccer Arena, Kudus itu, Malayan Tigress membuka tirai jaringan seawal minit pertama selepas Eman Muhannad tertampan bola ke gawang sendiri.You Lim kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-39 menerusi penyudah kemas selepas memperdayakan dua pemain pertahanan Jordan.Jaringan itu menyaksikan You Lim terus menyerlah apabila meledak gol kelapannya sepanjang kejohanan.Kapten Malaysia, Keisha Adeliena, menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-50.Cucu Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail, Isabella Safiyya O'Luanaigh melengkapkan kemenangan 4-0 menerusi jaringan pada penghujung permainan.Keputusan itu memastikan Malaysia B-16 mengakhiri saingan di kedudukan ketiga Srikandi Merdeka Cup 2026.





Boikot Thailand, jangan biar polis Siam ambil kesempatan - Careta - 23/08 5:56 pm

Pemeriksaan tersebut dilihat dilakukan secara menyeluruh apabila lelaki itu turut menanggalkan kasut sebelum bahagian tapak kakinya diperiksa





Thailand Bukan Negara Cowboy, Rider Malaysia Jangan Buat Sesuka Hati - Careta - 23/08 5:56 pm

"Selain itu, penunggang motosikal Malaysia turut melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan yang perlu mematuhi Odd Day dan Even Day (mengikut hari ganjil dan hari genap)," katanya kepada Harian Metro semalam





Laos-China railway gets closer to regional link as Thailand advances .. - Sinchew - 23/08 5:52 pm

Laos-China railway gets closer to regional link as Thailand advances high-speed rail expansion VIENTIANE:The Laos-China Railway is a step closer to being connected with Thailands railway system after the Thai government announced plans to open bidding in December for the second phase of the ThaiChinese high-speed railway, extending the line to Nong Khai on the Lao border





MEH, Saha Farms jalin kerjasama kerjasama perdagangan halal rentas ASEAN - Mygazette - 23/08 5:52 pm

# MEH, Saha Farms jalin kerjasama kerjasama perdagangan halal rentas ASEAN KUALA LUMPUR - Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH) dan Saha Farms Company Limited, Thailand telah bersetuju untuk menjalin kerjasama strategik dalam membangunkan perdagangan halal rentas ASEAN dengan Qurban Rahmah 2027 menjadi antara projek permulaan kerjasama tersebut





Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapat situasi di .. - Mygazette - 23/08 5:52 pm

# Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapat situasi di selatan Thailand KUALA LUMPUR Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memantau rapat situasi di selatan Thailand susulan beberapa insiden keselamatan yang dilaporkan berlaku di wilayah itu, malam tadi





Tiada warga Malaysia terjejas pergolakan di selatan Thailand – Wisma Putra - SUN - 23/08 4:32 pm

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden keselamatan yang berlaku di wilayah sempadan selatan Thailand pada 22 Ogos 2026.





Dozens of attacks in Thailand's restive south leave 2 injured - CNA - 23/08 4:19 pm

A local government office building, a 7-Eleven convenience store and a stolen vehicle were burned in the 51 attacks, according to the military's Internal Security Operations Command (ISOC) and local media reports.





'Rumah saya bergegar' - Sinarharian - 23/08 4:11 pm

Bunyi pula seperti letupan bom, saya dengar tiga kali," katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, ia bukan kali pertama rumahnya bergegar disebabkan letupan bom di negara jiran kerana insiden sebelum ini berlaku pada 2023, ketika sebuah kilang mercun dan bunga api meletup.Ujarnya, selepas terkejut dengan kejadian itu dia memeriksa media sosial dan ramai yang berkongsi hantaran terdapat beberapa kejadian letupan berlaku di negara jiran.Baginya, ia sudah biasa berlaku bagaimanapun letupan serta gegaran pada malam tadi cukup kuat dibandingkan kejadian sebelumnya.Sementara itu Rizal Mat, 43, yang kebetulan berada di Pekan Golok, Thailand kerana urusan keluarga dikejutkan dengan letupan yang berlaku berhampiran kawasan berkenaan."Oleh kerana keadaan ini sudah biasa berlaku di sini, saya hanya mengikut arahan pihak berkuasa dan bertenang."Pagi tadi seawal jam 7 saya sudah kembali ke Rantau Panjang. Cuma terkejut juga baca di media sosial rupanya malam tadi terdapat 51 serangan berlaku di Selatan Thailand termasuk di Golok," katanya.Terdahulu, media melaporkan, Selatan Thailand kembali bergolak apabila 51 insiden keganasan berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam, malam tadi.Serangan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah itu merangkumi pengeboman, pembakaran pejabat dan kenderaan kerajaan, letupan menara telekomunikasi, rompakan, letupan kedai serbaneka serta pembakaran tayar.Menurut jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), sehingga jam 12 tengah malam, sebanyak 22 insiden direkodkan di Narathiwat, Yala (18) dan Pattani (11).





Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand – Wisma Putra - SUN - 23/08 3:46 pm

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden keselamatan di selatan Thailand; Wisma Putra nasihatkan rakyat berwaspada dan patuhi arahan





After southern Thailand blasts, Wisma Putra tells Malaysians to think twice before crossing border - Malaymail - 23/08 3:45 pm

KUALA LUMPUR, Aug 23 Malaysians planning to travel to or cross into southern Thailand have been urged to exercis...





Letupan bom, tangguh dahulu perjalanan ke Selatan Thailand - Mypress - 23/08 3:40 pm

KOTA BHARU Rakyat Malaysia disarankan agar menangguhkan dahulu perjalanan ke Selatan Thailand susulan 51 insiden keganasan termasuk letupan bom berlaku secara serentak membabitkan wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani dalam…





Rakyat M'sia di Selatan Thai diminta waspada - Mkini - 23/08 3:22 pm

Tiada laporan warga Malaysia terjejas dalam insiden serangan semalam, kata Wisma Putra.





Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand - Wisma Putra - Sinarharian - 23/08 3:14 pm

KUALA LUMPUR- Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar.Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi itu dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu."Pasukan keselamatan tempatan telah meningkatkan pengawasan dan langkah keselamatan di seluruh kawasan terjejas, termasuk mengenakan perintah berkurung sementara," katanya.Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu."Rakyat Malaysia yang menetap di sana, sedang mengunjungi atau bercadang untuk pergi ke dan dari wilayah sempadan selatan Thailand dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, sentiasa berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan, perintah berkurung serta arahan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.Bagi memudahkan komunikasi dan sokongan konsular tepat pada masanya, rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat hubungan mereka menerusi portal e-Konsular di - BernamaUntuk bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi perwakilan negara yang berkaitan di Thailand menerusi butiran berikut:Kedutaan Malaysia di BangkokTelefon: +66 2 340 5720E-mel: mwbangkok@kln.gov.myKonsulat Jeneral Malaysia di SongkhlaTalian Kecemasan: +(6674) 316 274 / +(6681) 990 1930Pertanyaan Umum: +(6674) 324 004 / +(6674) 312 353E-mel: mwsongkhla@kln.gov.my





Azeem jadikan Bhubaneswar medan persiapan - Sinarharian - 23/08 2:30 pm

ATLET sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi enggan membiarkan catatan 10.29 saat (s) yang menempatkannya di kedudukan kelima 100 meter (m) di Bhubaneswar, India, pada Sabtu menjejaskan persiapannya menuju Sukan Asia Aichi-Nagoya.Pelari pecut berusia 22 tahun itu menganggap Kejohanan Olahraga Dunia Jelajah Dunia Perak di Stadium Kalinga itu sebagai peluang menilai tahap semasa sebelum menghadapi temasya di Jepun berkenaan dari 19 September hingga 4 Oktober depan.Azeem bermula baik dan berada dalam kelompok hadapan, namun gagal mengekalkan momentum pada penghujung perlumbaan untuk menamatkan saingan dalam kelompok podium.Tshepo Jason Tyantini dari Afrika Selatan muncul juara dengan 10.11s, diikuti Ali Al Balushi dari Oman dengan 10.16s, manakala Dineth Induwara Weer dari Sri Lanka meraih gangsa menerusi 10.27s.Azeem bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan keputusan berkenaan, sebaliknya terus mengalihkan perhatian kepada tugasan berikutnya."Tertangguh, tetapi bukan bermakna dinafikan





Dumai, Batam antara laluan tidak sah sindiket bawa masuk warga Indonesia ke Malaysia - Sinarharian - 23/08 2:20 pm

JOHOR BAHRU - Laluan dari wilayah Indonesia bersempadan dengan Malaysia, khususnya Dumai, Bengkalis dan Selat Panjang di Riau manakala Batam, Bintan dan Karimun di Kepulauan Riau, dikenal pasti antara lokasi sindiket membawa masuk warga Indonesia ke Malaysia secara haram.Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru memaklumkan modus operandi yang dikesan termasuk memasuki Malaysia secara sah sebelum bekerja tanpa permit, menggunakan negara ketiga seperti Thailand serta memasuki negara ini melalui laluan belakang atau laluan tidak sah."Perekrutan atau penipuan melalui media sosial turut dikenal pasti, khususnya melibatkan tawaran pekerjaan sebagai pembantu rumah dan anak kapal."Selain itu, terdapat kes eksploitasi Pekerja Migran Indonesia (PMI) termasuk tidak dibayar gaji atau menerima layanan tidak sewajarnya, selain perekrutan penduduk dari kawasan terpencil dengan tawaran gaji tinggi untuk bekerja di luar negara," menurut KJRI dalam jawapan bertulis kepada Bernama.Turut dikenal pasti penglibatan pihak tertentu memudahkan pergerakan warga Indonesia atau PMI tanpa dokumen atau permit sah.Pada masa sama, pihak berkuasa Indonesia mengesan perubahan modus operandi sindiket kepada penipuan dalam talian yang menyasarkan individu berpendidikan tinggi menerusi tawaran pekerjaan dan gaji lumayan di luar negara termasuk bidang teknologi maklumat.Tindakan turut diambil melalui Polis Republik Indonesia (Polri), Direktorat Jenderal Imigrasi serta agensi berkaitan bagi memutuskan rangkaian perekrutan dan penghantaran PMI secara tidak sah atau tidak mengikut prosedur ke Malaysia.KJRI Johor Bahru memaklumkan kerajaan Indonesia memperketat kawalan di pintu sempadannya dengan 8,287 keberangkatan ditangguhkan dan 9,394 permohonan pasport berisiko ditolak dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, antara usaha membendung penghantaran rakyat negara itu secara tidak sah ke luar negara.Langkah menerusi Direktorat Jenderal Imigrasi itu turut melibatkan kawalan lebih ketat di pintu sempadan termasuk Batam dan Pontianak.Berdasarkan data penguatkuasaan hingga pertengahan 2025, Polri menangani 609 kes Tindak Pidana Perdagangan Orang (TPPO) yang sebahagian besarnya berkaitan sindiket penghantaran PMI secara tidak sah atau tidak mengikut prosedur.Menurut KJRI, pihaknya mengetahui mengenai maklumat yang tersebar luas di media sosial berhubung dakwaan kewujudan laluan tidak sah dari Indonesia ke Malaysia melalui laut.Malah, KJRI turut memantau perkembangan itu dan telah melaporkan akaun media sosial yang didapati menyebarkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk tindakan lanjut.KJRI Johor Bahru juga kerap menerima aduan daripada warga Indonesia yang memasuki dan bekerja di Malaysia melalui laluan atau saluran tidak sah, dengan sebahagian mereka menghubungi konsulat selepas berdepan pelbagai masalah di negara ini.Antara bantuan diberikan ialah khidmat konsular, membantu mendapatkan dokumen perjalanan serta memudahkan proses pemulangan ke Indonesia apabila diperlukan."Penggunaan laluan tidak sah bukan sahaja mendedahkan mereka kepada risiko dari segi undang-undang imigresen, malah meningkatkan kemungkinan menjadi mangsa penipuan, eksploitasi dan pemerdagangan orang," menurut KJRI.Mengenai dakwaan terdapat warga Indonesia sanggup membayar hingga RM1,500 untuk memasuki Malaysia secara tidak sah, KJRI Johor Bahru tidak dapat mengesahkan jumlah bayaran berkenaan.Menurut konsulat berkenaan, berdasarkan maklumat dan aduan diterima, terdapat warga Indonesia yang mengaku membayar sejumlah wang kepada pihak tertentu untuk memasuki Malaysia melalui saluran tidak sah.Antara faktor yang mungkin mendorong keadaan itu ialah keinginan mendapatkan pekerjaan dengan segera termasuk individu berdepan kekangan untuk memasuki Malaysia melalui saluran biasa





Letupan bom: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Selatan Thailand - Sinarharian - 23/08 1:54 pm

KOTA BHARU - Polis Kelantan menasihatkan rakyat Malaysia terutama penduduk di negeri ini agar menangguhkan sementara waktu perjalanan ke negara jiran susulan 51 kejadian letupan bom dilaporkan berlaku di tiga daerah di Selatan Thailand pada malam Sabtu.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, apa yang berlaku di sana perlu diberi perhatian serius ini kerana insiden keganasan dilaporkan berlaku hampir setiap hari."Kita tidak halang kalau hendak ke sana, cuma perlu lebih hati-hati





Dua rakyat Malaysia ditahan bersama 1,560 pil epam di Thailand miliki rekod narkotik - Sinarharian - 23/08 12:58 am

KOTA BHARU - Dua warga Malaysia yang ditahan bersama dengan 1,560 biji pil epam dikesan memiliki rekod kesalahan narkotik di negara ini.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, salah seorang daripada mereka turut dikehendaki polis."Suspek yang dikehendali polis itu berusia 30-an," katanya semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Melibatkan Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.Menurut beliau semakan mendapati ia membabitkan Seksyen 39B, 39A dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.Media sebelum ini melaporkan, dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Golok, Narathiwat pada Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka.Menurut Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Thun Sirikhunt, kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun dari Kelantan itu ditahan kira-kira 10.30 malam di hadapan sebuah restoran di Jalan Anukachart Usorn, pekan Sungai Golok, hasil risikan dan maklumat orang awam.





Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden keganasan 3 wilayah selatan Thailand - FMT - 23/08 12:20 am

Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat meminta orang ramai supaya menangguhkan dulu perjalanan ke Thailand bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.





Letupan bom Selatan Thai: 'Seakan guruh, pancaran cahaya di langit' - Mkini - 23/08 12:06 am

Letupan bom dan serangan serentak berlaku di lebih 51 lokasi, di Narathiwat, Patani dan Yala malam tadi.





Letupan bom di selatan Thailand gegarkan rumah penduduk di Rantau Panjang - Sinarharian - 23/08 11:45 am

PASIR MAS - Dentuman kuat dari arah Narathiwat, Selatan Thailand, malam tadi sehingga menggegarkan kediaman, menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sempadan Malaysia-Thailand termasuk Kampung Lubok Gong dan Kampung Tersang, di sini.Ismail Abdul Rahman, 50, dari Kampung Lubok Gong berkata bunyi seakan-akan guruh disusuli pancaran cahaya di langit itu, kedengaran dan kelihatan jelas dari kediamannya menyebabkan keluarganya memberi perhatian terhadap suasana di luar rumah."Bunyi dari arah negara jiran itu sangat kuat seperti dentuman di langit ketika kilat





Malaysian caught in Golok lockdown after bomb blasts stranded in Thai town - Malaymail - 23/08 10:59 am

KOTA BHARU, Aug 23 A Malaysian visitor to Sungai Golok in southern Thailand found himself caught in a night of c...





The walls shook: Southern Thailand blasts send a scare across the border into Pasir Mas - Malaymail - 23/08 10:12 am

PASIR MAS, Aug 23 The sound of explosions from a string of bomb attacks in southern Thailand last night was stro...





Final kejohanan dunia tanpa tekanan - Wooi Yik - Sinarharian - 23/08 7:08 am

GANDINGAN badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu turun pada aksi final Kejohanan Dunia di New Delhi, India malam ini dengan tenang tanpa dibebani tekanan dalam misi memburu peluang untuk kembali menjulang gelaran dunia.Wooi Yik berkata, kejayaan mara ke final buat kali kedua menjadi suntikan semangat buat mereka selepas melalui pelbagai cabaran, namun enggan menganggap pencapaian itu sesuatu yang perlu diraikan secara berlebihan."Sejujurnya, selepas banyak perkara yang berlaku, berjaya mara ke final sekali lagi adalah satu suntikan semangat yang baik buat kami





Aaron-Wooi Yik selangkah meraih gelaran dunia - Sinarharian - 23/08 6:56 am

PASANGAN badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah untuk mengulangi kejayaan bergelar juara dunia selepas mara ke final Kejohanan Dunia di Indira Gandhi Indoor Stadium, New Delhi.Gandingan nombor empat dunia itu tampil kemas dan tenang untuk menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-17, 21-18 dalam tempoh 43 minit.Kemenangan itu cukup bermakna buat Aaron-Wooi Yik yang sebelum ini tewas tiga daripada empat pertemuan dengan pasangan Korea Selatan berkenaan, termasuk dua aksi terakhir.Aaron-Wooi Yik mengawal permainan sejak awal set pertama sebelum mendahului 17-14 dan terus menutupnya 21-17 dalam tempoh 18 minit.Set kedua lebih sengit apabila kedua-dua pasangan saling mengejar mata, namun gandingan negara mendahului 11-8 sebelum lawan mengikat kedudukan 14-14 dan 18-18.Dalam keadaan tertekan, Aaron-Wooi Yik kekal tenang untuk meraih tiga mata terakhir dan menoktahkan permainan 21-18.Kemenangan terakhir mereka ke atas Kim Won Ho-Seo Seung Jae hadir pada Jun tahun lalu ketika muncul juara Terbuka Singapura selepas menewaskan pasangan itu dalam pertarungan tiga set.Menanti mereka dalam aksi akhir ialah pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang yang menewaskan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan dalam satu lagi aksi separuh akhir.Aaron-Wooi Yik sebelum ini mencipta sejarah sebagai pasangan Malaysia pertama menjuarai beregu lelaki Kejohanan Dunia pada edisi 2022 di Tokyo.Mereka meraih gangsa pada edisi 2023 di Copenhagen, manakala kempen tahun lalu terhenti di suku akhir selepas tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.Kini, Aaron-Wooi Yik hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk kembali ke takhta dunia dan menambah satu lagi pencapaian penting dalam karier mereka.





'Pekan Golok cemas, kelam kabut, dengar dentuman bom, saya memang takut' - Hmetro - 23/08 1:52 am

Kota Bharu: Keadaan di pekan Golok, Thailand cemas dan kelam kabut dengan kenderaan askar serta bomba bertali arus selain terdengar beberapa dentuman bom





Siri letupan bom gemparkan tiga wilayah di Selatan Thailand - Hmetro - 23/08 1:17 am

Kota Bharu: Selatan Thailand digemparkan dengan siri letupan bom di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan malam tadi





Pengurusan MINDEF, ATM: Menteri Pertahanan akan menghadap Tunku Mahkota Ismail dalam masa terdekat - Sinarharian - 22/08 11:47 pm

KOTA TINGGI - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung titah Baginda mengenai pengurusan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sesi menghadap itu sudah pastinya menumpukan ke arah kebaikan MINDEF."Ya, saya akan menghadap (PSJ) dalam waktu terdekat ini."Saya percaya kenyataan dan titah itu perlu kita beri gambaran yang jelas dan mungkin kita boleh sama-sama perbaiki keadaan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Kota Tinggi pada Sabtu.Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail bertitah, semua pihak yang terbabit dalam merancang Rejimen Gerak Khas (RGK) diingatkan supaya tidak mengubah keputusan yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim demi kepentingan pihak tertentu.Titahnya, perancangan dan pembangunan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Kolonal Komandan RGK dan dilaksanakan dengan penuh amanah serta tanggungjawab demi keselamatan negara."Saya tahu siapa yang kawal KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian Pertahanan





Kualiti udara di 11 kawasan terus merosot, catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 22/08 7:43 pm

PUTRAJAYA -Kualiti udara negara terus merosot apabila 11 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 petang inidengan 10 daripadanya di Sarawak.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 197, menghampiri tahap sangat tidak sihat (bermula pada bacaan 201), diikuti Kuching (191), Samarahan (178).Sementara itu,Sri Aman (177), Sarikei (171), Sibu (160), Mukah (158), Bintulu (157), Samalaju (153),Miri (136) dan satu lagi kawasan yang merekodkan tahap tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 152."Kualiti udara dalam negara pada hari ini didapati merosot dengan peningkatankawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan kawasan di Sarawak yang disebabkan oleh pergerakan asap jerebu daripada pelbagai arah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada jam 6 petang, sebanyak 57 kawasan merekodkan kualiti udara sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan tahap baik.Menurut laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) semalam, sebanyak 425 titik panas dikesan di Kalimantan dan 187 di Sumatera, berbanding 15 titik panas dalam negara.Azuri Azizah berkata, daripada jumlah titik panas dalam negara, tujuh dikesan di Sarawak, masing-masing dua di Johor, Pahang dan Terengganu serta masing-masing satu di Kelantan dan Melaka.Beliau berkata, Peta Jerebu Serantau ASMC dikeluarkan hari ini menunjukkan cuaca kering berlaku di selatan rantau ASEAN dengan kelompok titik panas bertaburan dikesan di beberapa kawasan Kalimantan."Kepulan asap sederhana diperhatikan ditengah dan selatan Sumatera





SPRM teliti aduan campuran kargo petroleum - Sinarharian - 22/08 3:39 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kebimbangan berkaitan dakwaan pencampuran atau penggabungan kargo petroleum sedang diteliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sebarang tindakan susulan diambil.Sumber memaklumkan, pihak SPRM menyedari isu berkenaan dan perbincangan sedang berlangsung sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.Media pada 14 Ogos lalu melaporkan, White House Office of Trade and Manufacturing Policy menamakan Malaysia antara lebih 40 negara yang didakwa berisiko memudahkan pengelakan tarif menerusi rangkaian transshipment yang dikaitkan dengan China.Laporan bertajuk The Great Transshipment Scam: Rise, Scope, and Costs itu meletakkan Malaysia dalam kategori Tier 2 bersama Brazil, Indonesia, Thailand, Turkiye dan Vietnam.Laporan berkenaan turut mendakwa pelabuhan laut dalam, hab pembuatan dan zon perdagangan bebas di Malaysia berpotensi digunakan sebagai laluan untuk mengalihkan barangan dari China bagi mengelakkan tarif Amerika Syarikat.Ia turut menyorot Koridor Perindustrian Penang-Kulim dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang sebagai kawasan yang perlu diberi perhatian.Dalam pada itu, Jeyenderan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd sebelum ini mendakwa hampir dua bulan berlalu sejak laporan dibuat pada 5 Jun lalu tanpa sebarang maklum balas bertulis rasmi mengenai status laporan atau agensi yang bertanggungjawab mengendalikannya.Beliau turut meminta pendirian jelas mengenai pengendalian operasi kargo petroleum terbabit termasuk aktiviti yang boleh diteruskan, perlu digantung serta agensi yang bertanggungjawab membuat keputusan mengenainya.Menurutnya, isu berkenaan melangkaui pertikaian komersial kerana berpotensi menjejaskan integriti dan kebolehkesanan (traceability) kargo petroleum, pematuhan peraturan, hasil kerajaan serta akauntabiliti dalam rantaian bekalan.Beliau berkata, syarikatnya tidak meminta maklumat sulit berkaitan sebarang siasatan sebaliknya hanya mahukan kejelasan mengenai status laporan dan hala tuju seterusnya.





Tesla Buka V4 Supercharger Pertama Di Ipoh - Careta - 22/08 8:04 am

Pembukaan stesen baharu berkenaan juga melengkapkan titik pengecasan yang sebelum ini masih hilang dalam rangkaian serantau Tesla, sekali gus membolehkan pemilik melakukan perjalanan merentas Singapura, Malaysia dan Thailand menggunakan rangkaian Supercharger Tesla





Lorong kecemasan, Smart Lane Tapah-Bidor ditutup hingga November – .. - Mygazette - 22/08 8:01 am

# Lorong kecemasan, Smart Lane Tapah-Bidor ditutup hingga November - PLUS KUALA LUMPUR - Lorong kecemasan dan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan antara Tapah dan Bidor ditutup sementara bermula hari ini hingga 1 November bagi membolehkan kerja menaik taraf penghadang jambatan dijalankan





Bikers Malaysia ditahan di Thailand: Hormati peraturan negara asing ??? .. - Mygazette - 22/08 8:01 am

# Bikers Malaysia ditahan di Thailand: Hormati peraturan negara asing Zahid KUALA LUMPUR - Insiden membabitkan 17 penunggang motosikal Malaysia yang ditahan dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Thailand wajar menjadi peringatan mengenai kepentingan menghormati peraturan negara asing, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





RM1.165 trilion dalam 7 bulan : Eksport Malaysia pecah rekod lagi - Wrlr - 22/08 7:31 am

Harapandaily August 21, 2026 Nilai eksport Malaysia mencatat rekod baharu apabila mencecah RM1.165 trilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, meningkat 29.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu




Reformasi     >>



Selepas TH, kini RM119 juta sangkut di Al-Rawda : .. - Harapandaily
Pendedahan mengenai kerugian Tabung Haji (TH) dalam pelaburan dan pajakan hotel di Arab Saudi kini mencetuskan persoalan baharu apabila Koperasi Permodalan FELDA (KPF) didakwa turut mempunyai pendedahan kewangan besar kepada syarikat yang sama. Persoalan itu dibangkitkan Ridhuan Esa, yang ..
Kroni     >>



PAS PD jadi ‘negeri bantu’ terawal berkubu .. - Harakahdaily
ALOR GAJAH: PAS Kawasan Port Dickson (PD) menjadi pasukan dari ‘negeri bantu’ terawal menyertai persediaan PAS Kawasan Alor Gajah berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang dijangka dalam masa terdekat. Gerak kerja bersama itu direalisasi melalui program melibatkan ..
Tabloid     >>



Tiga warga Indonesia ‘kantoi’ seludup 3 .. - Kosmo
BATU PAHAT Tiga lelaki warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan cuba menyeludup masuk jongkong dan serbuk timah tanpa cukai seberat tiga tan di perairan daerah ini, awal bulan lalu. Ketiga-tiga tertuduh, Zulkifli, 46, Suhaimi, 30, dan Basri, 45, ..
Tech     >>



Samsung May Have Two Galaxy S27 Ultra Sizes Next Year - Lowyat
Weve already heard rumours of a fourth model, with the Pro suffix, to be part of next years Samsung Galaxy S27 line. It looks like the number could go up by one more, as a leakster points to the possibility of two versions of the existing Ultra variant, or more specifically, two sizes. Said ..
World     >>



Morning update - Middleeasteye
Morning update Good morning Middle East Eye readers, Here are the latest developments: Iraq has called for creating a joint security council between Iran and Saudi Arabia, citing a "crisis of trust" between the two countries, a senior Iraqi official told state broadcaster Iraqiya TV. Qasim al-Araji, the national security adviser to ..
Motor Trend     >>



Motosikal Product Recall Ganti Swingarm Keeway Xdv180 .. - Mekanika
# PRODUCT RECALL GANTI SWINGARM KEEWAY XDV180 EVO **Keeway Malaysia mengumumkan program _product recall _bagi motosikal Keeway XDV180 Evo.** Menurut pihak Keeway dalam satu kenyataan, _product recall_ tersebut dilaksanakan selepas mengenal pasti berlaku isu ketahanan pada komponen swingarm ..