| /// |
|
| Search : Sekolah News | Page 1 |
|
Takut bila mati, yang mendoa dan mengaminkan saya adalah babi – .. - Mgazette - 12/01 8:05 am Lebih dikesali katanya isu tersebut yang diperjuangkan beliau sejak 2016 tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri Selangor dan kemudahan ternakan haiwan itu menjadi keutamaan berbanding fasiliti pendidikan. Dulu saya pernah mencadangkan kawasan yang sebelah ladang sawit untuk dijadikan sekolah berasrama penuh, bagaimanapun cadangan itu tidak diangkat, sebaliknya kandang babi pula wujud di situ |
|
Parlimen Kinabatangan luas, jadi cabaran UMNO pertahan kerusi - Mgazette - 12/01 8:05 am "Ini menuntut kerja keras daripada jentera untuk bertemu kira-kira 48,722 pemilih terdiri daripada 48,562 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Parit Jawa di sini hari ini |
|
Usul PAU tentu strategi, hala tuju parti berdepan PRU16-Ahmad - Mgazette - 12/01 8:05 am "Segala intipati itu akan dimasukkan dalam usul yang dijangka diluluskan oleh MKT pada malam berkenaan," katanya. Timbalan Menteri Kerja Raya itu ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Parit Jawa di sini hari ini |
|
Hanya Memiliki Berat 15KG, Pelajar Usia 19 Tahun Semangat Ke Sekolah Walau Bertubuh Kecil… - Siraplimau - 12/01 7:57 am Kehadiran seorang remaja perempuan yang memiliki tubuh kecil dengan anggaran berat hanya sekitar 15 kilogram di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Beluru Komprehensif 11 (K11) menarik perhatian warga sekolah |
|
Isu CCTV di sekolah tak berfungsi, pegawai perlu bertanggungjawab, kata aktivis - FMT - 12/01 7:30 am Aktivis berkata KPM bertanggungjawab dari segi dasar, pembiayaan dan pemantauan, manakala pihak sekolah pula terhadap penyelenggaraan. |
|
Warisan backs return of UPSR as key to strengthen education foundation - BorneoPost - 12/01 7:02 am KOTA KINABALU (Jan 12): Likas assemblyman Tham Yun Fook has voiced support for the potential reinstatement of the Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), calling it a vital mechanism to reinforce the foundation of Malaysia’s education system |
|
26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi esok kerana banjir - Sinarharian - 11/01 11:23 pm KUCHING - Sebanyak 26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat memulakan operasi pada hari pertama sesi persekolahan esok kerana masih terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri Omar Mahli.Beliau berkata, hasil tinjauan yang dilakukan pada hari ini mendapati, tiga sekolah yang terjejas terletak di Daro, Mukah di Selangau, Sibu (4) dan Tatau,Sebauh di Bintulu (19)."Sekolah yang terlibat ialah SK KG Pangtray, SK OK Selair, SJK (C) Chung Hua di Daro; dan SK Nangga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sg Arip dan SK St Mark di Selangau."Manakala 19 sekolah di Tatau dan Sebauh membabitkan SJK (C) Chung Hua Tatau, SJK(C) Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Ng Penyarai, SK Ng Tau, SK Pandan, SK Rh Tayai, Sk Sebauh, SK Sg Bukit Balai, SK Sg Genaan, SK Sg Sebungan, SK Sg Sengian dan SK Sg Bagian," katanya.Beliau berkata, sekolah tersebut tidak dapat beroperasi disebabkan kawasan sekolah yang masih digenangi air, selain jalan di kawasan kediaman atau kampung tidak dapat diakses kerana banjir.Sementara itu, Omar berkata, lapan sekolah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tujuh di Serian dan satu di Selangau |
|
Kemalangan maut hari pertama sekolah: Jenazah Hazimi selamat dikebumikan - Kosmo - 11/01 9:13 pm KUALA TERENGGANU – Jenazah pelajar yang maut akibat kemalangan pada hari pertama persekolahan hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengadang Baru, di sini hari ini |
|
Nak peluk cium anak bukan dalam kereta depan pagar sekolah esok - Kosmo - 11/01 9:10 pm PETALING JAYA – Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak ke sekolah esok pagi, dinasihatkan supaya menyelesaikan urusan lebih awal dan bukannya dibuat di dalam kereta di hadapan sekolah sehingga menyebabkan kesesakan |
|
32 sekolah di Sabah, Sarawak tak dapat operasi hari pertama persekolahan - FMT - 11/01 8:52 pm Ia membabitkan 26 sekolah di Sarawak dan enam di Sabah. |
|
Banjir Sabah, Sarawak: Lebih 3,000 mangsa masih berlindung di PPS - Sinarharian - 11/01 7:06 pm KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 4 petang tadi dengan 3,168 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 4,257 pada sebelah pagi.Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan hanya 29 PPS masih aktif petang ini, menempatkan 2,802 mangsa daripada 864 keluarga, berbanding 41 PPS yang menempatkan 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga pada 8 pagi tadi.Sebelas PPS yang ditutup melibatkan kawasan Samarahan, Gedong, Siburan dan Balai Ringin ekoran keadaan banjir yang semakin terkawal.Bagaimanapun, JPBN memaklumkan jumlah mangsa mencatat peningkatan di beberapa lokasi, melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Krusen di Serian, serta PPS Dewan Suarah dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh di Bintulu.Di SABAH, Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 366 orang daripada 138 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 367 orang daripada 137 keluarga pagi tadi.Kesemua mangsa di daerah Beaufort itu ditempatkan di dua pusat pemindahan yang masih beroperasi dengan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang daripada 123 keluarga, manakala selebihnya di PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit |
|
KTMB Bantu Pelajar Pantai Timur Mulakan Sesi Sekolah 2026, Santuni Komuniti Pedalaman - Careta - 11/01 5:46 pm Program ini berlangsung pada 11 Januari 2026 dan bermula di Stesen Kuala Gris, melibatkan edaran cenderahati istimewa kepada pelajar yang menaiki Perkhidmatan Shuttle Timuran SH51 ke Dabong |
|
Pelajar tingkatan tiga maut kemalangan - Mgazette - 11/01 5:40 pm KUALA TERENGGANU- Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin tidak sempat memulakan hari pertama persekolahan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, di sini pagi tadi |
|
BigBen diaktifkan, KKR sedia bajet khas kerosakan infrastruktur akibat .. - Mgazette - 11/01 5:40 pm "Namun kementerian ini memberi jaminan bahawa peruntukan khas kecemasan telah disediakan bagi kerja-kerja pembaikan segera jalan raya yang terjejas," katanya. Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Jawa di sini hari ini |
|
10 orang termasuk pelajar sekolah tunggang motosikal dengan aksi ekstrem .. - Mgazette - 11/01 5:40 pm # 10 orang termasuk pelajar sekolah tunggang motosikal dengan aksi ekstrem ditahan KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor berjaya mengesan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi ekstrem di sepanjang Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway (GCE) menerusi Op Khas Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan tengah malam tadi |
|
Sesi persekolahan di Kedah, Kelantan, Terengganu bermula hari ini - Mgazette - 11/01 5:40 pm # Sesi persekolahan di Kedah, Kelantan, Terengganu bermula hari ini KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan 2026/2027 bagi semua sekolah Kumpulan A di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang melibatkan hampir satu juta murid dan pelajar bermula hari ini dalam keadaan lancar |
|
Pelajar sekolah antara 10 ditahan merempit di Lebuhraya Koridor Guthrie - Mgazette - 11/01 5:40 pm # Pelajar sekolah antara 10 ditahan merempit di Lebuhraya Koridor Guthrie SHAH ALAM - Polis menahan 10 individu berusia 17 hingga 26 tahun dalam Operasi Khas Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), dekat sini, awal pagi tadi Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tujuh lelaki dan tiga wanita terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut kolej serta pekerja swasta |
|
Ngauman harimau di kawasan Proton City tidak berasas – Perhilitan - Mgazette - 11/01 5:40 pm "Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan ia bukan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai bahan jenaka kerana tindakan tersebut bukan hanya menimbulkan kebimbangan awam malah mengganggu usaha pihak berkuasa dalam menangani isu hidupan liar," katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam, tular di media sosial rakaman video berdurasi 15 saat yang memaparkan bunyi ngauman seperti harimau, didakwa di kawasan hutan berhampiran sebuah sekolah menengah dan kawasan perumahan di Proton City, Tanjong Malim |
|
43 kes buli libat pelajar sekolah Kedah tahun lalu - Mgazette - 11/01 5:40 pm # 43 kes buli libat pelajar sekolah Kedah tahun lalu ALOR SETAR - Kes buli membabitkan pelajar sekolah di negeri ini meningkat kepada 43 kes tahun lepas berbanding 10 kes yang dicatatkan pada 2024 |
|
PRK Kinabatangan: Mohd Naim pilihan tepat ada pengaruh, pengalaman - Mgazette - 11/01 5:40 pm "Bukan orang sebarangan yang boleh jaga Kinabatangan dan dia telah dididik oleh Allahyarham untuk warisi (kepimpinan), jadi ini pilihan yang paling tepat," katanya. Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Jawa di sini hari ini |
|
26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi esok akibat banjir - Utusan - 11/01 5:24 pm KUCHING: Sebanyak 26 buah sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2026 esok disebabkan terjejas banjir |
|
Wanita maut ketika hantar anak ke asrama - Kosmo - 11/01 5:06 pm REMBAU – Seorang wanita maut dalam nahas dua buah kenderaan ketika dalam perjalanan menghantar anaknya ke sebuah sekolah agama di Kilometer 240.2, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, pagi tadi |
|
The Voice of Hind Rajab: Zionis lebih binatang dari binatang - Utusan - 11/01 5:00 pm Mereka bukan sekadar angka statistik, tetapi anak, adik, dan seseorang bermakna kepada seseorang lain. Mereka dan segala kenaifan percaya, dunia akan selalu mempunyai cara untuk menjelmakan impian, mereka ke sekolah bercanda dengan kawan-kawan, mencintai mata pelajaran tertentu, menghafal al-Fatihah dan .. |
|
Hari pertama sekolah tak hadir, ibu siap minta cikgu lantik anak jadi ketua kelas - Mdateline - 11/01 5:00 pm Hari pertama sekolah pun belum sempat dihadiri, tetapi ada ibu bapa yang sudah menghantar permohonan jawatan dalam kelas untuk anak mereka kepada guru |
|
Pelajar Tingkatan Tiga Maut Dirempuh Kereta Pada Hari Pertama Persekolahan - Lobakmerah - 11/01 4:22 pm Hasrat seorang pelajar Tingkatan Tiga untuk memulakan sesi persekolahan baharu berakhir tragedi apabila maut dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, Kuala Terengganu, pagi Sabtu |
|
Tiga wanita, pelajar sekolah dicekup merempit di GCE - Kosmo - 11/01 3:55 pm KLANG – Tindakan 10 individu termasuk tiga wanita dan pelajar sekolah merempit di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) di sini, memakan diri apabila dicekup polis, awal pagi tadi |
|
Nada tiga sayap UMNO teras usul PAU, penentu strategi hadapi PRU16 - Ahmad Maslan - Sinarharian - 11/01 3:33 pm PONTIAN Usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bakal diluluskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan menjadi penentu kepada strategi dan hala tuju parti, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usul berkenaan dirangka dengan mengambil kira pandangan serta nada yang dibawa oleh tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, sebelum dimuktamadkan di peringkat MKT."PAU yang menghimpunkan 191 UMNO Bahagian akan berlangsung dari Rabu hingga Sabtu ini. Mesyuarat MKT khas akan diadakan pada malam Khamis bagi membincangkan dan meluluskan usul Perhimpunan Agung UMNO."Usul itu digubal berdasarkan intipati yang diperoleh daripada ketiga-tiga sayap dan akan dibentangkan pada Jumaat dan Sabtu, sebelum dijangka diluluskan oleh MKT," katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Parit Jawa, di sini pada Ahad.PAU 2025 dijadual berlangsung selama empat hari bermula pada Rabu, dengan seramai 6,412 perwakilan telah mengesahkan kehadiran.Daripada jumlah itu, seramai 2,928 perwakilan akan menghadiri PAU; manakala Perhimpunan Agung Wanita melibatkan 1,165 orang, Pemuda (1,173 orang) dan Puteri (1,146 orang).Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor menegaskan bahawa usul PAU kali ini amat penting kerana ia akan menjadi asas kepada perancangan menghadapi PRU16."Kebiasaannya, usul ini mengandungi dua hingga tiga muka surat yang merangkumi beberapa perkara penting melibatkan strategi dan perancangan parti."Usul Perhimpunan Agung UMNO sangat signifikan kerana ia akan menentukan perancangan parti bagi tahun 2026, 2027 dan persediaan menghadapi PRU16 serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor," katanya lagi.Pada Jumaat lalu, UMNO dilaporkan menerima 662 usul daripada 175 bahagian sempena PAU 2025, dengan tiada usul dikemukakan yang mencadangkan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, semua usul itu dikemukakan hasil persidangan UMNO Bahagian tahun lalu, dengan Perak mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 133 usul, daripada keseluruhan 191 bahagian. |
|
'Kalau boleh buat operasi setiap malam minggu' - Sinarharian - 11/01 3:00 pm SHAH ALAM - "Beberapa kali hampir melanggar penunggang yang berlumba, sedangkan saya cuma mahu pulang ke rumah dengan selamat."Itu luahan salah seorang individu berkaitan kegiatan haram segelintir penunggang motosikal yang berlumba dan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Guthrie terutamanya ketika malam minggu.Seorang wanita berusia 25 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia berkata, dia berasa tidak selesa setiap kali menggunakan lebuh raya berkenaan ketika pulang lewat dari tempat kerja ketika malam minggu.Beliau yang menetap di Sungai Buloh dan bekerja di Subang mengakui bergantung sepenuhnya kepada laluan itu untuk berulang-alik, namun pengalaman lalu membuatkan dia sentiasa berjaga-jaga."Pernah sekali saya lalu kebetulan mereka sedang berlumba, walaupun saya memandu kereta, tetap rasa takut sebab mereka memecut laju dan tukar lorong secara mengejut."Ketika itu memang hampir berlaku pelanggaran, sejak kejadian itu, setiap kali lalu waktu malam, saya sentiasa ambil langkah berjaga-jaga," katanya.Tambahnya, kegiatan berkenaan bukan sahaja membahayakan penunggang motosikal terbabit, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.Sementara itu, seorang lelaki berusia 30 tahun yang mahu dikenali sebagai Aiman berkata, dia sendiri beberapa kali pernah diacah oleh penunggang motosikal untuk berlumba ketika melalui lebuh raya sama.Katanya, dia kerap menggunakan laluan tersebut pada lewat malam dan awal pagi, namun memilih untuk tidak menggunakan lorong motosikal kerana keadaan yang terlalu sunyi."Bila lalu di laluan kenderaan lain pun jadi masalah, terutama malam minggu, ada penunggang yang menunggang melulu dan buat aksi berbahaya seolah-olah jalan ini milik mereka," katanya.Aiman turut menyuarakan sokongan terhadap tindakan pihak polis yang melaksanakan operasi besar-besaran bagi mengekang kegiatan perlumbaan haram di lokasi berkenaan."Tindakan segelintir mat rempit ini beri kesan besar, bukan saja membahayakan orang lain, malah beri imej negatif kepada penunggang motosikal yang patuh undang-undang."Saya sokong sepenuhnya operasi dijalankan pihak polis ini, dan masa sama kalau boleh adakan setiap minggu, biar kegiatan haram ini dihapuskan terus," katanya.Pandangan sama dikongsi seorang lagi pengguna, lelaki berusia 40 tahun yang mahu dikenali sebagai Rahman yang berkata, kawasan sekitar lebuh raya itu sebelum ini memang kerap dijadikan lokasi perlumbaan haram.Rahman berkata, dia yang sering membawa keluarga ke pusat beli-belah berhampiran dan menggunakan laluan berkenaan, pernah melalui pengalaman hampir terlanggar penunggang motosikal yang berlumba kira-kira tiga tahun lalu."Dulu hampir setiap minggu ada, sekarang masih ada, tapi sudah berkurang selepas polis kerap buat operasi," katanya.Rahman menyambut baik usaha berterusan Polis Diraja Malaysia dalam meningkatkan penguatkuasaan dan berharap tindakan tegas dapat diteruskan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.Sementara itu, ratusan motosikal ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada awal pagi Ahad.Operasi dijalankan turut melibatkan sebanyak 147 saman atas pelbagai jenis kesalahan selain menahan 10 individu termasuk pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej selepas dikesan terlibat dalam kegiatan samseng jalanan di sepanjang lebuh raya itu.Risikan dan pemerhatian pihak polis di lokasi mendapati kumpulan berkenaan melakukan pelbagai aksi ekstrem termasuk berlumba sesama sendiri, melawan arus, selain aksi zig-zag dan superman yang membahayakan nyawa |
|
Keluasan Parlimen Kinabatangan cabaran utama PRK - Ahmad Maslan - Sinarharian - 11/01 2:24 pm Sebaliknya, 24 bahagian di Sabah akan menjaga 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM)."Setiap bahagian di Sabah akan menjaga satu PDM. Terdapat tiga bahagian yang menjaga dua PDM," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Jawa di sini, pada Ahad.Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menggesa agar pemimpin parti daripada Semenanjung turut hadir membantu kempen PRK Kinabatangan dan DUN Lamag terutama selepas Perhimpunan Agung UMNO."Kita faham bermula Rabu hingga Sabtu ini merupakan hari yang cukup sibuk kerana perwakilan daripada seluruh negara akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025."Kehadiran pemimpin parti dari Semenanjung ini cukup penting bagi membantu jentera berkempen seterusnya mempertahankan DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan yang merupakan kubu kuat BN," ujarnya lagi.PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bakal menyaksikan pertandingan sengit apabila Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru, manakala DUN Lamag hanya membabitkan pertandingan satu lawan satu.Di Parlimen Kinabatangan, BN mempertaruhkan Mohd Kurniawan Naim Moktar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan menentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau daripada Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon Bebas, Goldam Hamid.Bagi kerusi DUN Lamag pula, calon BN, Mohd Ismail Ayob berdepan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.PRK diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi terbabit, Datuk Seri Bung Moktar Radin akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru pada 5 Disember lalu. |
|
Pagi Pertama Ke Sekolah Jadi Detik Terakhir, Pelajar Tingkatan 3 Maut Kemalangan Dirempuh Kereta - Siraplimau - 11/01 1:43 pm Terbaharu di Kuala Terengganu, hasrat seorang pelajar Tingkatan 3 untuk memulakan sesi persekolahan baharu berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan ngeri pada pagi hari pertama sekolah, hari ini (11 Januari) |
|
Gadis 'litar' buat drama air mata elak ditahan - Sinarharian - 11/01 1:43 pm SHAH ALAM - 'Tolonglah cik, nanti ibu bapa saya marah kalau tahu saya ditahan,".Itu rayu seorang gadis ketika ditahan selepas dipercayai berlumba serta dikesan melakukan pelbagai aksi berbahaya dalam Ops Samseng Jalanan berdekatan Plaza Tol Elmina, Lebuhraya Guthrie di sini pada awal pagi Ahad.Drama air mata yang berlaku hampir setengah jam itu bagaimanapun berjaya ditangani sebaiknya oleh anggota polis bertugas yang bertindak menenangkannya.Dakwa gadis berusia 18 tahun itu, dia terpaksa datang ke lokasi terbabit sekadar untuk menemani rakannya itu selepas berhutang sebanyak RM8.Bagaimanapun helahnya itu terbongkar setelah risikan dijalankan mendapati dia bersama beberapa penunggang lain dipercayai berlumba selain turun dikesan melakukan pelbagai aksi berbahaya.Gadis terbabit menyatakan dirinya takut dimarahi kedua ibu bapanya sekiranya mereka mendapat tahu dia ditahan polis.Dalam pada itu, seorang gadis berusia 19 tahun menerima 15 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk dipercayai menunggang secara berbahaya.Jelasnya, aktiviti itu dilakukan sekadar untuk mengisi masa lapang selain mengakui minat dalam dunia permotoran.Sinar Harian yang berpeluang menyertai operasi tersebut mendapati suasana di sekitar lokasi mula 'meriah' sekitar jam 12.30 pagi apabila kumpulan penunggang motosikal berkumpul dan melakukan pelbagai aksi berbahaya.Ada antara penunggang motosikal sanggup mempertaruhkan nyawa dengan memecut melawan arus dan menunggang secara melulu semata-mata mahu mengelak daripada ditahan.Bagaimanapun, tindakan pantas pihak berkuasa menutup beberapa susur keluar sekitar kawasan lebuh raya terbabit berjaya menyekat cubaan penunggang motosikal meloloskan diri.Operasi membanteras samseng jalanan itu melibatkan lebih 60 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta anggota beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekitar.Turut membantu operasi melibatkan 10 petugas konsesi Lebuhraya GCE serta seorang pegawai dan 10 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Sementara itu Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, sebanyak 147 saman dikeluarkan pihaknya melibatkan pelbagai jenis kesalahan trafik.Beliau berkata, turut ditahan dalam operasi berkenaan melibatkan 10 individu termasuk pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej selepas dikesan terlibat dalam kegiatan samseng jalanan di sepanjang lebuh raya itu.Menurutnya, operasi berkenaan turut memfokuskan kawasan antara lampu isyarat Denai Alam hingga jejantas Persiaran Elmina yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan aktiviti berbahaya penunggang motosikal."Seramai 10 individu berusia antara 17 hingga 26 tahun ditahan membabitkan tujuh lelaki dan tiga perempuan.Mereka terdiri daripada remaja sekolah, pelajar kolej serta pekerja sektor swasta," katanya pada Ahad.Beliau berkata, risikan dan pemerhatian di lokasi mendapati kumpulan berkenaan melakukan pelbagai aksi ekstrem termasuk berlumba sesama sendiri, melawan arus, selain aksi zig-zag dan superman yang membahayakan nyawa."Tindakan menunggang secara melulu ini bukan sahaja mengancam keselamatan diri mereka, malah membahayakan pengguna jalan raya lain."Turut disita melibatkan 10 buah motosikal yang diambil tindakan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Tambahnya, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut terlibat dalam operasi itu menahan lima lelaki selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine, ganja dan ketum menerusi ujian saringan air kencing.Menurut Mohd Zaini, kejayaan operasi berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Polis Selangor dalam membanteras aktiviti samseng jalanan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin."Polis tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti menyalahi undang-undang ini."Orang ramai khususnya ibu bapa diingatkan agar memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan samseng jalanan," katanya. |
|
Empat sekolah dinaik taraf Sekolah Model Khas Komprehensif 11 - Sinarharian - 11/01 1:03 pm TUMPAT Empat sekolah dinaik taraf sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11), menjadikan keseluruhan sembilan sekolah K11 beroperasi dengan lebih 4,000 pelajar di seluruh negara bagi sesi persekolahan 2026.Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata, empat sekolah baharu K11 itu masing-masing melibatkan sebuah sekolah di Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan yang sebelum ini berstatus Sekolah Model Khas Komprehensif Sembilan (K9)."Pada tahun lalu, terdapat lima sekolah K11 dan tahun ini KPM menambah empat lagi di kawasan yang agak terpencil serta kurang kemudahan, selain jumlah sekolah yang tidak banyak di lokasi berkenaan."Pelaksanaan sekolah K11 ini selaras dengan pindaan Akta Pendidikan yang mewajibkan pembelajaran sehingga Tingkatan Lima, sekali gus bertujuan memastikan tiada pelajar tercicir daripada sistem pendidikan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan hari pertama pembukaan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Beluru di sini pada Ahad, yang juga satu-satunya sekolah K11 di Kelantan selain dua sekolah K9 di Gua Musang.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Kelantan, Siti Norina Muhamad.Pada sesi terbabit, keseluruhan 333,206 pelajar berdaftar terdiri daripada 204,389 murid di 417 buah sekolah rendah dan 128,817 pelajar di 178 buah sekolah menengah.Menurut Wan Hashim, model sekolah K11 membolehkan murid mengikuti pembelajaran dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di premis atau sekolah yang sama tanpa perlu berpindah, khususnya bagi pelajar di kawasan pedalaman dan luar bandar yang berdepan kekangan akses serta kemudahan asrama.Beliau berkata, bagi sekolah K9 yang menawarkan pendidikan sehingga Tingkatan Tiga, setakat ini terdapat 26 buah sekolah yang menempatkan 7,500 pelajar di seluruh negara, melibatkan negeri-negeri seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak berdasarkan keperluan setempat."Apabila hanya sehingga Tingkatan Tiga, pelajar terpaksa keluar dari kawasan mereka untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah."Dengan K11, pembelajaran dapat diselesaikan sepenuhnya sehingga Tingkatan Lima di tempat yang sama, sekali gus memudahkan murid dan ibu bapa," katanya.Dalam pada itu, Wan Hashim memaklumkan bahawa KPM memberi keutamaan kepada penambahan blok bangunan dan kemudahan di sekolah sedia ada berbanding pembinaan sekolah baharu, bagi memastikan keperluan semasa dapat dipenuhi dengan lebih cepat serta berkesan."Pembinaan sekolah baharu mengambil masa yang panjang, ada kalanya sehingga tiga atau empat tahun."Sebaliknya, penambahan blok, bilik darjah, bengkel dan kemudahan sokongan boleh disiapkan dalam tempoh lebih singkat serta lebih praktikal |
|
Pelajar Tingkatan Tiga maut dirempuh kereta pada hari pertama persekolahan - Sinarharian - 11/01 12:53 am KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin tidak sempat memulakan hari pertama persekolahan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, di sini pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa Noor Hazimi Noor Hashim meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal Honda EX5 yang ditunggang oleh mangsa dari arah Caltex Pengadang Baru telah dirempuh oleh kereta Perodua Axia yang datang dari arah Kampung Serada menghala ke Titian Baru, Tepoh, Kuala Nerus."Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada 7.55 pagi yang memaklumkan berlaku kemalangan di Jalan Kepong, Kuala Terengganu."Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang bergerak lurus dirempuh oleh pemandu kereta Axia yang datang dari arah bertentangan."Kemalangan menyebabkan Noor Hazimi maut di tempat kejadian, manakala pemandu Axia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu, bapa mangsa, Noor Hashim Puteh, 55, berkata ketika kejadian, anak lelakinya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Belukar Sukai, di sini setelah mengisi minyak di stesen minyak Caltex yang terletak kira-kira lima kilometer.Katanya, mangsa mahu mengambil adik perempuannya yang berusia 14 tahun di rumah sebelum ke sekolah bersama-sama dengan menaiki motosikal."Saya keluar rumah pada 6.35 pagi dan terima panggilan kira-kira setengah jam kemudian |
|
43 kes buli libatkan pelajar sekolah di Kedah tahun lalu - Mkini - 11/01 12:22 am Ketua Polis Kedah Adzli Abu Shah berkata angka itu membimbangkan kerana menunjukkan peningkatan berbanding 2024 dengan hanya 10 kes. |
|
PBDS: Reintroduce UPSR, PT3 to restore student focus and direction - BorneoPost - 11/01 12:18 am KUCHING (Jan 11): Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) has urged the Education Ministry to reintroduce the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) without further delay as part of a national effort to restore focus, direction, and long-term vision among pupils and students |
|
Agihan BAP dijangka selewat-lewatnya hujung minggu ini -TKP Pendidikan - Sinarharian - 11/01 12:13 am KUALA TERENGGANU - Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas.Beliau berkata, peruntukan berkenaan telah berada pada peringkat sekolah dan hanya menunggu proses pengagihan kepada penerima."Bagi peringkat kementerian, kita telah salurkan kepada pihak bank untuk dimasukkan ke dalam akaun sekolah |
|
Agihan BAP Dijangka Selesai Selewat-lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan - Siakapkeli - 11/01 12:06 am Agihan BAP Dijangka Selesai Selewat-lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) — Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas |
|
Polis bimbang kes buli, rogol libat budak sekolah di Kedah - FMT - 11/01 11:36 am Pihak berkuasa menangkap 31 individu dengan 11 sudah dituduh kerana membuli tahun lalu, manakala berlaku 90 kes rogol libat budak sekolah. |
|
KTMB tambah dua perkhidmatan baharu GemasKuala Lipis - Sinarharian - 11/01 11:29 am KUALA KRAI - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah dua perkhidmatan baharu Shuttle Timuran (SH) bagi laluan GemasKuala Lipis bermula 1 Januari lalu, menjadikan keseluruhan enam perkhidmatan sehari di laluan berkenaan khusus untuk pengguna di Pantai Timur.Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan ETS dan Antarabandar KTMB, Mohd Azhar Abu Bakar berkata, penambahan itu adalah hasil penilaian berterusan terhadap keperluan penumpang di laluan tersebut khususnya membabitkan pelajar dan komuniti setempat.Menurut beliau, penyelarasan jadual perkhidmatan di Lipis turut mengambil kira waktu persekolahan serta corak perjalanan harian penduduk bagi memastikan perkhidmatan rel lebih praktikal dan mesra pengguna."KTMB sentiasa menilai keperluan penumpang di laluan Pantai Timur termasuk penyesuaian jadual supaya selari dengan keperluan komuniti setempat."Sehubungan itu, bermula awal tahun ini, perkhidmatan Shuttle Timuran laluan GemasKuala Lipis ditambah dua perkhidmatan baharu, menjadikan enam perkhidmatan sehari," katanya ketika ditemui pada Program KTMB Santuni Pelajar Sekolah Wilayah Pantai Timur sempena Hari Pertama Persekolahan 2026 di sini pada Ahad.Hadir sama pada program berkenaan ialah Pemangku Pengurus Besar Kawalan Operasi, Sadun Abdullah dan Pengurus Wilayah Timur, Basri Abu Bakar.Beliau berkata, inisiatif berkenaan turut memberi peluang kepada pengguna Pantai Timur untuk membuat perjalanan ke arah selatan, termasuk merasai pengalaman menaiki ETS3 melalui transit di Stesen Gemas.Menurut Mohd Azhar, penyusunan jadual yang lebih teratur membolehkan pelajar dan penduduk merancang perjalanan dengan lebih baik sekali gus meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan rel di kawasan terbabit.Mengulas prestasi penumpang, beliau berkata, bagi tahun 2025, perkhidmatan Shuttle Timuran merekodkan seramai 395,163 penumpang, manakala Ekspres Rakyat Timuran (ERT) mencatatkan 666,121 penumpang."Untuk tahun 2026, KTMB menyasarkan peningkatan jumlah penumpang Shuttle Timuran kepada 687,214 orang selari dengan penambahbaikan perkhidmatan serta keperluan mobiliti komuniti setempat."Bagi perkhidmatan ERT pula, sasaran jumlah penumpang tahun ini adalah seramai 368,875 orang, sejajar dengan penyusunan semula perkhidmatan dan keperluan operasi semasa," katanya. |
|
SARA Dan STR Tanda Keprihatin Tinggi Kerajaan MADANI Dr Hafidzah - Wrlr - 11/01 10:54 am ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim Pada masa yang sama juga YB Dr Hafidzah bersama Penduduk Mukim Dusun Kota Bharu dalam program Jom Ke Sekolah Gunting Rambut Beramai-Ramai dan penyerahan Bakul Makanan kepada warga kampung berkenaan yang terpilih Bagi penerima SARA, Muhd Badri Muhd Saifi, 48, dari mukim Dusun berkata program gunting rambut bukan sahaja menjimatkan wang malah membantu mereka untuk tidak bersesak di premis perniagaan itu yang menjadi tumpuan ramai minggu ini |
|
AMANAT 2026: KPM pasak agenda pendidikan manusiawi, inklusif - Sinarharian - 11/01 9:20 am PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tahun 2026 bukan sekadar tahun untuk mengejar angka pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya menjadi tahun kritikal bagi menterjemahkan agenda keadilan sosial dalam pendidikan agar tiada seorang pun anak bangsa yang terpinggir daripada arus perdana.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, naratif pendidikan negara kini beralih kepada pemerkasaan pendidikan manusiawi yang menjamin hak setiap murid untuk belajar bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah tanpa kompromi.Berucap pada majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di sini pada Jumaat, beliau menekankan bahawa tekad tahun ini adalah untuk memastikan jurang pendidikan sama ada di bandar, luar bandar, mahupun dalam kalangan murid berkeperluan khas dirapatkan menerusi tindakan tuntas dan segera.Menurutnya, tema 'Nyala Tekad' yang dibawa tahun ini menuntut setiap perancangan memberi impak nyata kepada murid khususnya golongan rentan yang sering berdepan cabaran akses pendidikan."Kita sedang membina bukan hanya sekolah yang lebih baik, tetapi masa depan yang lebih adil |
|
Perlu selari dengan keperluan semasa - PIBGN - Sinarharian - 11/01 9:10 am SHAH ALAM - Cadangan mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) adalah wajar namun perlu disertai penambahbaikan baharu agar selari dengan keperluan semasa sistem pendidikan negara.Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, ketiadaan peperiksaan seragam telah mewujudkan jurang penilaian ketara berikutan sistem pendidikan kini bergantung kepada penilaian pentaksiran berasaskan bilik darjah dan sekolah.Menurut beliau, pendekatan tersebut menyebabkan ketiadaan kayu ukur yang utuh dan ia lebih kepada penggalakan pemberian gred tinggi di sekolah tanpa piawaian penilaian yang kukuh."Peperiksaan nasional penting untuk menilai dan mengukur keupayaan asas 3M atau 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul) selain menilai kesediaan pelajar untuk proses penstriman di peringkat menengah."Ia juga membolehkan tugas-tugas atau kerja pemulihan dapat dilaksanakan secara tersusun, bermakna, sempurna tanpa mengabaikan pelajar yang tercicir," katanya di sini pada Sabtu.Mohamad Ali turut mencadangkan beberapa penambahbaikan antaranya tidak memfokuskan aspek teori semata-mata, menekankan kepada keseimbangan komponen amali dan penyelesaian dengan nisbah 60: 40, manakala nisbah penilaian peperiksaan akhir tahun dan pentaksiran bilik darjah pula pada kadar 75:25."Pendidikan berkualiti perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan memanfaatkan penggemblengan tenaga profesional pada setiap peringkat."Mana-mana negara yang tercicir untuk mendapatkan pendidikan berkualiti perlu diberi bimbingan seutuhnya agar mereka dapat memenuhi keperluan negara dan bersaing di peringkat global," katanya. |
|
Percutian sekeluarga bertukar duka, kanak-kanak 11 tahun lemas - Sinarharian - 11/01 9:06 am ROMPIN Percutian sebuah keluarga bertukar duka apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Pahang di sini petang Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.44 petang itu, mangsa, Stellar Anak Nielson dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan bantuan pernafasan oleh orang awam sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.Ketua Polis Daerah Rompin Supritendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tersebut."Setibanya di lokasi, mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan usaha menyelamat sedang dilakukan oleh orang awam."Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin tiba tidak lama kemudian bagi membantu prosedur menyelamat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Tanjung Gemok turut memberikan rawatan kecemasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam."Mayat mangsa kemudiannya di bawa Hospital Rompin bagi tindakan selanjutnya."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.Dalam pada itu, Sharif Shai memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Endau, Johor."Mangsa berada di pantai berkenaan sempena percutian sekeluarga bersama keluarga rakannya."Difahamkan mangsa difahamkan bersekolah di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Endau, Johor," katanya.Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang."Mangsa telah ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Jurucakap itu memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian |
|
Kajian semula UPSR & PT3 diharap beri impak, pelajar lebih fokus - Mgazette - 11/01 8:23 am # Kajian semula UPSR & PT3 diharap beri impak, pelajar lebih fokus SHAH ALAM Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Shah Alam Seksyen 16 di sini menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula sistem peperiksaan negara melibatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) |
|
Lebih baik perkukuh PBS - NUTP - Sinarharian - 11/01 7:40 am SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkukuhkan berbanding mengembalikan semula pelaksanaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).Presidennya, Aminuddin Awang berkata, PBS yang dilaksana kini masih baru dan dalam proses pemantapan serta masih berstatus belum masak sepenuhnya selepas menggantikan peperiksaan berkenaan beberapa tahun lalu."Lantaran itu hasilnya belum dapat dilihat |
|
UPSR, PT3 nilai pelajar menyeluruh - Utusan - 11/01 7:00 am PETALING JAYA: Tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengkaji mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) wajar bagi memastikan penilaian murid lebih menyeluruh |
|
Cara Tambah Tag Nama Dalam Kumpulan WhatsApp - Siakapkeli - 10/01 11:08 pm Cara Tambah Tag Nama Dalam Kumpulan WhatsApp Tamat sudah cuti sekolah, semua ibu bapa kini pastinya sedang sibuk menguruskan kemasukan sekolah anak-anak |
|
Cuba tinggal dekat ladang babi, titah Sultan Selangor buat wakil rakyat - Wrlr - 10/01 10:36 pm Namun, titah baginda, dikhabarkan bahawa kos pemodenan itu menelan belanja yang sangat tinggi dan tidak sanggup untuk ditanggung oleh pengusaha ternakan. Jadi, Baginda mempersoalkan cadangan terbaharu ini sama ada ia akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri, sedangkan peruntukan itu lebih bermanfaat disalurkan untuk pembangunan kemudahan asas rakyat seperti sekolah dan hospital |
|
Public split on whether PT3, UPSR would help or pressure students - BorneoPost - 10/01 9:37 pm KUCHING (Jan 10): The potential revival of the Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) and Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) has sparked public debate, with parents sharing mixed views on the impact of reinstating large-scale national exams |
|
KGBS urges stakeholder engagement before decision on PT3, UPSR - BorneoPost - 10/01 9:14 pm KUCHING (Jan 10): The Sarawak Bumiputera Teachers’ Union (KGBS) has urged the Education Ministry (MoE) to prioritise meaningful engagement with stakeholders before making any decision on the possible reinstatement of the Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) and the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) |
|
Kerajaan Sarawak timbang pindah PPS dari sekolah - FMT - 10/01 7:51 pm Perbincangan berhubung tapak alternatif akan diadakan kerana sesi persekolahan baharu akan bermula 12 Jan ini. |
|
2026 bukan tahun biasa, reformasi menyeluruh pendidikan bakal dilaksana .. - Mgazette - 10/01 5:50 pm # 2026 bukan tahun biasa, reformasi menyeluruh pendidikan bakal dilaksana -Fadhlina PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan reformasi menyeluruh sektor pendidikan bermula 2026 menerusi pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20262035. Ini termasuk pengenalan kurikulum baharu, penambahbaikan keselamatan murid, pengukuhan infrastruktur sekolah, sokongan langsung kepada guru dan pelajar, serta pendigitalan pembelajaran |
|
Sultan Selangor tak setuju rancangan ternakan babi di Kuala Langat - Mgazette - 10/01 5:50 pm Namun, jelasnya, dikhabarkan bahawa kos pemodenan itu menelan belanja yang sangat tinggi dan tidak sanggup untuk ditanggung oleh pengusaha ternakan. Jadi, Baginda mempersoalkan cadangan terbaharu ini sama ada ia akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, sedangkan peruntukan itu lebih bermanfaat disalurkan untuk pembangunan kemudahan asas rakyat seperti sekolah dan hospital, katanya |
|
PAU 2025 bakal buka tirai, raptai perasmian berlangsung lancar - Mgazette - 10/01 5:50 pm # PAU 2025 bakal buka tirai, raptai perasmian berlangsung lancar KUALA LUMPUR Persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 memasuki fasa akhir menerusi raptai perasmian yang berlangsung di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pagi tadi. Raptai yang bermula pukul 7.30 pagi itu melibatkan perbarisan Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia; Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO dan Sekolah Patriotik UMNO |
|
RM5 juta naik taraf kandang panda di Zoo Negara tahun ini - Mgazette - 10/01 5:50 pm Anwar berkata, peruntukan tersebut yang diluluskan untuk tahun ini bertujuan menyokong kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan di zoo itu, susulan peruntukan RM5 juta yang sama diumumkan tahun lalu. Ketika saya datang sebelum ini, saya mengumumkan RM5 juta untuk menambah baik kemudahan dan meningkatkan nilai Zoo Negara kerana prestasinya, daya tarikan kepada pelancong, serta peranannya menarik pelajar sekolah, katanya |
|
‘Ingatkan dalam drama pukul 7 saja, ini dalam kelas pun berebut jawatan’ - Harapandaily - 10/01 5:26 pm Satu permintaan berkenaan pelantikan ketua kelas difahamkan daripada keluarga seorang pelajar sekolah menarik perhatian warganet |
|
DUN Pulau Tawar bantu 300 murid gunting rambut percuma - Thempress - 10/01 4:56 pm KUANTAN – Berkat kerjasama anak muda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, kira-kira 300 murid-murid sekolah dapat menikmati perkhidmatan gunting rambut secara percuma |
|
500 pelajar terima sumbangan Program Jom Ke Sekolah 2026 di Sepang - Harapandaily - 10/01 4:52 pm FOTO BERITA: Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah 2026 disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Serbaguna BBST, Sepang, Selangor |
|
Lemas di Pantai Batu Rakit: Ibu harap jasad anak ditemukan - Sinarharian - 10/01 3:36 pm Sepanjang malam saya tidak dapat tidur memikirkan nasib Muhammad Zarif."Saya sangat berharap dia (Muhammad Zarif) masih hidup tetapi jika sebaliknya saya reda dengan kehendak ALLAH SWT. Harapan saya jasadnya dapat ditemukan segera dalam apa jua keadaan," katanya ketika ditemui di Pantai Batu Rakit, di sini pada Sabtu.Dalam pada itu, Siti Hajar berkata, Muhammad Zarif sepatutnya memulakan persekolahan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berhampiran rumahnya pada esok.Bagaimanapun, dia berasa agak pelik kerana anak lelakinya itu seakan tidak teruja dan berkali-kali menyuarakan hasrat tidak mahu ke sekolah dengan alasan mahu menemani adik bongsunya yang berusia tiga tahun di rumah."Dia juga beritahu tak mahu bangun awal dan suruh saya pula pergi ke sekolah esok |
|
Kerajaan terus sokong Zoo Negara, lulus RM5 juta tambahan - Sinarharian - 10/01 1:37 pm KUALA LUMPUR Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta kepada Zoo Negara bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan kawasan pusat konservasi itu bagi tahun ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zoo Negara turut menerima peruntukan sebanyak RM5 juta pada tahun lalu bagi penambahbaikan kemudahan susulan prestasi memberangsangkan sebagai kawasan tarikan pelancongan."Saya umumkan RM5 juta tahun lalu kerana prestasi Zoo Negara yang membanggakan sebagai tarikan pelancong dan lawatan pelajar sekolah bagi memberikan pendedahan agar lebih mesra alam."Tahun ini, saya luluskan RM5 juta lagi untuk pengurusan dan penyelenggaraan kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara, di sini, pada Sabtu.PKGP Zoo Negara kini menempatkan sepasang panda gergasi baharu, Chen Xing dan Xiao Yue, yang tiba dari China pada 18 November tahun lalu.Kedua-dua panda tersebut telah menjalani tempoh kuarantin dan menunjukkan tahap penyesuaian yang baik dengan tingkah laku normal serta aktif.Perjanjian kerjasama konservasi antara Malaysia dan China dimeterai sempena lawatan negara Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia pada 16 April 2025.Perjanjian yang dimeterai antara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia dan China Wildlife Conservation Association (CWCA) itu membolehkan Malaysia menerima pasangan panda gergasi baharu bagi tempoh 10 tahun, bermula 2025 hingga 2035.Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada kerajaan China atas sumbangan bermakna tersebut yang disifatkan sebagai satu tarikan besar kepada pelancong dalam dan luar negara.Mengulas mengenai kawasan tanah di Zoo Negara yang tidak digunakan sejak 1963, Anwar berkata, tiada keperluan mendesak untuk membangunkan kawasan berkenaan kerana ruang sedia ada mencukupi untuk tujuan penyelenggaraan."Perkara ini telah dibincangkan dengan pihak berkaitan dan akan diputuskan sama ada penggunaan tambahan tanah diperlukan atau tidak."Mempunyai tanah mencukupi adalah satu kelebihan |
|
M*NYET POLICY MAKING: kajian kembalikan UPSR, PT3 pula! - OutSyed - 10/01 11:55 am Pada tahun 2020 semua pelajar kita kehilangan satu tahun pengajian akibat daripada Covid. Bila sekolah sambung semula penghujung 2020 menteri ketika itu mati akal macam mana nak 'recover' balik kehilangan satu tahun pengajian |
|
Jangan tergesa-gesa kembalikan UPSR, PT3 - MCA - Sinarharian - 10/01 10:26 am SHAH ALAM Cadangan untuk mengkaji pelaksanaan semula Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) menggambarkan ketidakstabilan dasar pendidikan negara.Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, langkah itu dilihat akan mewujudkan tekanan sosial kepada pelajar, ibu bapa dan guru.Menurutnya, kerajaan sebelum ini telah memansuhkan UPSR dan PT3 pada 2021 dan 2022 dan menggantikannya dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai pendekatan baharu penilaian pelajar."Namun hanya dalam tempoh beberapa tahun, kerajaan kini mengumumkan untuk meneroka semula sama ada peperiksaan itu perlu dikembalikan."Ini menunjukkan dasar pendidikan yang sering berubah menyebabkan kekeliruan dan anak-anak bukan tikus makmal dan dasar pendidikan bukan sebuah makmal ujikaji," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau menegaskan bahawa sebarang reformasi sistem pendidikan sepatutnya dilaksanakan berdasarkan kajian menyeluruh.Tambahnya, keputusan untuk mengubah dasar sedia ada tanpa penilaian lengkap hanya akan menjejaskan kestabilan sistem pendidikan negara."Sejak pemansuhan UPSR dan PT3, pelajar yang memasuki Tahun Satu ketika itu masih belum menamatkan persekolahan mereka."Dalam keadaan satu kitaran pendidikan enam tahun pun belum selesai, sudah tergesa-gesa membincangkan untuk membatalkan keputusan terdahulu."Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab sedangkan keputusan kementerian sebelum ini pastinya dibuat berdasarkan penilaian jangka panjang dan mendalam," ujarnya.Yee Fung berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar menggariskan hala tuju dasar pendidikan yang lebih konsisten dan jelas."Selagi keberkesanan sebenar PBS belum dinilai sepenuhnya dan sekurang-kurangnya satu kitaran pendidikan lengkap belum dilalui, jangan tergesa-gesa ubah pendekatan."Apatah lagi membatalkan reformasi pendidikan yang telah dilaksanakan hanya kerana tekanan pendapat umum sementara," katanya.Terdahulu, KPM dilaporkan sedang mengkaji pelaksanaan semula peperiksaan UPSR dan PT3 susulan permintaan berterusan daripada ibu bapa dengan sebarang keputusan berkaitan perkara itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut. |
|
LKIM salur peruntukan tambahan RM50,000 naik taraf bangsal nelayan Kampung .. - Mgazette - 10/01 8:30 am Sekarang dalam proses membaiki bot, enjin semua. Sebab tak kelaut, dalam masa sama anak nak masuk sekolah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |