///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Sar News   Page 1    



Dasar pembangunan Sarawak raih kepercayaan pelabur global Abang Johari - Astroawani - 11/11 4:30 am

Setiap pelaburan ini akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak bagi mencapai sasaran KDNK RM282 bilion menjelang 2030,





Bakar mercun di jalan raya, enam lelaki akan didakwa esok - Sinarharian - 10/11 8:45 pm

JOHOR BAHRU Enam lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu berhubung kejadian membakar mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, yang tular di media sosial pada Ahad.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Azrol Anuar Nor berkata, tiga lelaki teempatan berusia 19 hingga 23 tahun ditahan dalam tangkapan susulan di sekitar Skudai, Johor, pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan meningkat kepada tujuh orang."Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala seorang lagi tiada rekod lampau."Ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga suspek juga didapati negatif dadah," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, hasil siasatan, empat suspek akan didakwa mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan manakala dua lagi suspek akan didakwa mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987Jelasnya, seorang lagi suspek pula dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.Pada Isnin, polis menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun dalam operasi di sekitar Skudai kira-kira jam 7.30 malam bagi membantu siasatan berhubung penularan video pembakaran mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai.





Tragedi kepala air: SAR tiga mangsa tertumpu di dua kawasan - Sinarharian - 10/11 8:40 pm

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, kini tertumpu di Jambatan Pertak dan Empangan Sungai Selangor.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, kedua-dua kawasan itu menjadi tumpuan pasukan SAR bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang."kita memberi tumpuan kepada kawasan empangan dan bawah jambatan





Pelaburan AI Oleh Konsortium Diketuai Softbank Cerminkan Keyakinan Global .. - Wrlr - 10/11 6:52 pm

Beliau berkata langkah itu turut menandakan pencapaian penting dalam transformasi digital negara dan menyokong hasrat Malaysia untuk menjadi Negara AI menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030. Saya mengalu-alukan pengumuman oleh konsortium yang diterajui SoftBank, termasuk Grab Holdings Ltd (Grab) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), untuk melabur dalam Platform Infrastruktur AI di Sarawak dan Semenanjung Malaysia





Banjir Nepal: MASFIH tuntut Wisma Putra beri penjelasan pengisytiharan kematian - Sinarharian - 10/11 6:32 pm

KUALA LUMPUR - Wisma Putra digesa memberi penjelasan segera berhubung status 54 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir lumpur di Nepal, khususnya berkaitan proses pengisytiharan kematian serta implikasi perundangan terhadap keluarga terlibat.Jurucakap Malaysia Solidarity Family in Hope (MASFIH), Dr R Manivannan berkata, keluarga mangsa masih belum mendapat kepastian mengenai prosedur yang perlu dilalui sekiranya pengisytiharan kematian dikeluarkan oleh pihak berkuasa Nepal, termasuk sama ada dokumen berkenaan boleh diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Menurutnya, perkara itu perlu diperjelaskan segera kerana keluarga bukan sahaja berdepan ketidakpastian mengenai nasib ahli keluarga, malah perlu memahami kesan perundangan terhadap urusan harta pusaka dan kewangan."Kita mahu Wisma Putra menjelaskan sama ada istilah pengisytiharan kematian yang digunakan itu merupakan ketetapan kerajaan Nepal atau hanya istilah yang digunakan oleh pihak Malaysia."Ini penting kerana bagaimana sekiranya seseorang yang diisytiharkan meninggal dunia ditemukan masih hidup selepas ini?"Selagi tiada bukti, mayat ditemukan atau pengesahan DNA dilakukan, keluarga masih mempunyai harapan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadap Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Arif di Istana Darul Amam di sini pada Selasa.Manivannan menegaskan, keluarga turut bimbang proses pengiktirafan dokumen kematian di Malaysia akan mengambil masa panjang kerana mungkin memerlukan tindakan mahkamah atau penilaian semula dari sudut perundangan.Malah menurutnya, urusan berkenaan berpotensi mengambil masa antara tiga hingga sembilan bulan, malah boleh berlanjutan sehingga setahun sebelum keluarga dapat menyelesaikan urusan berkaitan harta peninggalan."Selepas pengisytiharan kematian diperoleh, keluarga masih perlu melalui proses mahkamah untuk urusan probet atau mendapatkan surat kuasa mentadbir sekiranya tiada wasiat."Bagi keluarga Islam pula, urusan pembahagian harta pusaka mengikut faraid juga perlu dilakukan. Ini bukan proses yang boleh diselesaikan dalam tempoh singkat," ujarnya.Dalam perkembangan sama beliau berkata, keluarga mangsa turut berdepan tekanan kewangan berikutan kehilangan sumber pendapatan utama, selain tidak dapat mengakses akaun bank milik individu yang masih hilang.Menurutnya, meskipun kerajaan mengumumkan bantuan khas sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga, wang berkenaan masih belum disalurkan setakat ini."Keluarga bukan sahaja berdepan masalah kewangan, malah akaun bank individu yang hilang tidak boleh diakses walaupun wang itu diperlukan untuk menampung kehidupan harian."Moratorium pinjaman selama enam bulan yang diberikan juga tidak menyelesaikan keseluruhan masalah kerana keluarga masih perlu menanggung kos sara hidup dan komitmen lain," katanya.





DAP mahu kurangkan pertembungan banyak penjuru berdepan GPS di Sarawak - FMT - 10/11 6:15 pm

Pada 2021, DAP kalah lima kerusi kepada GPS susulan pertembungan banyak penjuru babit beberapa parti pembangkang.





Calon PN DUN Bukit Katil garis empat tawaran utama - Harakahdaily - 10/11 6:00 pm

KOTA MELAKA: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) N.17 Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif menggariskan empat tawaran utama yang bakal menjadi asas aspirasi dan perancangannya kepada pengundi jika diberikan mandat pada 14 November ini





Thunderstorm, heavy rain warning issued for 11 states, three Federal Territories - Sinardaily - 10/11 5:47 pm

KUALA LUMPUR The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in 11 states and three Federal Territories until 7pm today.MetMalaysia said the warning covered the entire Federal Territories of Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan, as well as Perlis, Penang and Melaka.In Kedah, the affected areas are Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Pendang and Pokok Sena.In Perak, the warning covers Kerian, Larut, Matang and Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang and Muallim.In Pahang, the affected areas are Bentong, Temerloh, Maran, Raub, Lipis and Cameron Highlands, while in Selangor, the warning covers Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Klang, Sepang, Kuala Langat and Gombak.In Negeri Sembilan, the affected areas are Port Dickson and Rembau, while in Johor, they include Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kulai and Kluang.The warning also covers several areas in Sarawak, namely Limbang, Miri, Mukah (Matu, Dalat, Mukah and Daro), Samarahan, Kuching, Serian, Bintulu (Tatau), Kapit (Belaga) and Sibu (Selangau and Sibu).In Sabah, the affected areas are Tawau (Kalabakan), Sandakan (Tongod), the West Coast and the Interior





Pemandu lori dakwa hilang kawalan sebelum langgar kereta peronda polis - Sinarharian - 10/11 5:37 pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mendakwa lori dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta peronda polis di lorong kecemasan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dalam kejadian tular pada Sabtu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 1.05 tengah hari itu melibatkan kenderaan peronda Balai Polis Petaling.Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan peronda polis sedang berhenti di lorong kecemasan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan awam."Sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 37 tahun kemudian datang dari arah belakang melalui lorong kecemasan sama sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan peronda berkenaan."Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang gagal mengawal kenderaannya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Terdahulu, tular di media sosial memaparkan sebuah lori melanggar kereta peronda polis di lorong kecemasan sebuah lebuh raya di sini.Mohd Zamzuriberkata, anggota polis dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.Katanya, ujian pernafasan alkohol terhadap pemandu lori mencatatkan bacaan sifar, manakala ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif."Pemandu lori terbabit telah ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan."Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) secepat mungkin," katanya.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S





Hasil bidaan nombor pendaftaran diguna bantu B40, pemandu teksi - Sinarharian - 10/11 5:36 pm

CYBERJAYA Kejayaan pelaksanaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) membuktikan hasil bidaan nombor pendaftaran mampu menjadi sumber pendapatan tambahan kerajaan bagi menyokong pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, mekanisme tersebut membolehkan kerajaan menjana hasil tambahan tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan Kementerian Kewangan (MOF).Menurut beliau, hasil bidaan nombor pendaftaran yang dikutip bukan merupakan pendapatan JPJ, sebaliknya disalurkan kepada kerajaan untuk digunakan bagi pelaksanaan pelbagai program dan bantuan."Hasil ini tidak masuk ke JPJ. Kita adalah jabatan pelaksana yang melaksanakan apa jua arahan kerajaan."Kita tidak perlu kecewa apabila peruntukan kutipan yang mencecah RM90 juta itu tidak memberi satu sen pun kepada JPJ kerana itu sememangnya tanggungjawab kita," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kejayaan Peluncuran Nombor Pendaftaran Istimewa Siri H di sini pada Selasa.Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, antara inisiatif yang pernah dibiayai menerusi hasil bidaan NPI ialah program bantuan lesen memandu motosikal kepada golongan B40 yang tidak berkemampuan.Menurutnya, kerajaan turut menanggung kos latihan dan ujian memandu yang dianggarkan sekitar RM350 bagi setiap peserta."Kita cari mereka, minta mereka mendaftar dan melalui proses saringan."JPJ membayar kos lesen serta ujian memandu mereka





Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri - Sinarharian - 10/11 5:17 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 7malamini.MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk melibatkan keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.Di Kedah, kawasan terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Pendang dan Pokok Sena, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim.Keadaan cuaca itu juga dijangka berlaku di Pahang membabitkan Bentong, Temerloh, Maran, Raub, Lipis dan Cameron Highlands, manakala kawasan terjejas di Selangor meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Klang, Sepang, Kuala Langat serta Gombak.Di Negeri Sembilan pula membabitkan kawasan Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian,Johor Bahru, Kulai serta Kluang.Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak, iaitu Limbang, Miri, Mukah (Matu, Dalat, Mukah dan Daro), Samarahan, Kuching, Serian, Bintulu (Tatau), Kapit (Belaga), Sibu (Selangau dan Sibu) serta kawasan yang diramalkan terjejasdi Sabah ialah Tawau (Kalabakan), Sandakan (Tongod), Pantai Barat dan pedalaman.- Bernama





Polis Kelantan tumpaskan sindiket edar ganja guna kurier - Sinarharian - 10/11 5:11 pm

KOTA BHARU Polis Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang menggunakan perkhidmatan kurier sebagai modus operandi untuk mengedar bekalan dadah ke sekitar Lembah Klang sejak Ogos tahun lalu.Kejayaan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 27 tahun serta rampasan 90.38 kilogram (kg) ganja mampat dan 107.6 gram bunga ganja bernilai keseluruhan RM279,902 dalam satu operasi di Tanah Merah pada Ahad lalu.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kegiatan sindiket terbabit berjaya dibongkar selepas polis menjalankan risikan selama sebulan sebelum menahan suspek kira-kira jam 3.30 petang di Batu 10, Batang Merbau.Menurut beliau, hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada pemeriksaan sebuah kedai telekomunikasi yang dipercayai dijadikan pusat pengumpulan bungkusan kurier."Sebanyak 13 bungkusan mengandungi dadah ditemukan di lokasi tersebut dan dipercayai sedia untuk dihantar ke 13 alamat berbeza."Penghantaran itu dipercayai menyasarkan pasaran di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.Mohd Yusoff berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak awal Ogos 2025 dan menggunakan rangkaian perkhidmatan kurier bagi mengedar dadah kepada pelanggan.Menurutnya, sindiket itu dipercayai didalangi empat individu, namun tiga lagi suspek dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran.Beliau berkata, bekalan dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram di Sungai Golok berhampiran Lalang Pepuyu, Tanah Merah sebelum diedarkan menggunakan perkhidmatan penghantaran kurier.Dalam operasi sama, polis turut merampas 14 biji pil disyaki yaba seberat 1.4 gram hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta Honda FD yang dinaiki suspek."Jumlah keseluruhan dadah jenis ganja yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 90,502 penagih."Suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine," katanya.Menurut beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula 9 hingga 15 November bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.





PH mahu kebajikan anggota keselamatan diperkasa - Mygazette - 10/11 5:00 pm

AYER KEROH - Kebajikan anggota keselamatan termasuk aspek pendapatan, kemudahan kuarters dan kesejahteraan keluarga perlu terus diberikan perhatian setimpal dengan pengorbanan mereka menjaga keamanan negara. Jabatan Pilihan Raya Pakatan Harapan (JPPH) berkata, penambahbaikan kebajikan anggota tentera dan polis perlu diterjemahkan melalui pelaksanaan dasar yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka serta keluarga





Amaran ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga petang ini - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Amaran ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga petang ini KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang hari ini





Kopilih Harapan bawa politik ke meja kopi, dekati Gen Z secara... - Mygazette - 10/11 5:00 pm

Selain membuka ruang dialog bersama masyarakat, inisiatif berkenaan turut memberi sokongan kepada usahawan kecil dan industri kopi tempatan. Saifuddin berkata, antara perkara yang mahu diberikan perhatian menerusi perbincangan itu termasuk peluang pekerjaan, kos sara hidup, pendidikan dan ekonomi, selain hala tuju serta aspirasi generasi muda





Hospital KKM kekurangan 4,127 pegawai perubatan, HKL perlukan 175 doktor .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

Menurutnya, antara langkah diambil KKM bagi meningkatkan jumlah Pegawai Perubatan Pakar adalah dengan menambah slot tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) daripada 800 slot pada sesi 2009 kepada 1,000 slot pada 2013 dan 1,100 slot pada 2019. "Bagi sesi tahun 2026 pula, slot telah ditingkatkan kepada 1,650 slot untuk menggalakkan lebih ramai Pegawai Perubatan melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Kepakaran; "Selain itu, KKM turut meningkatkan latihan kepakaran melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway di mana 400 slot ditawarkan bagi sesi 2026," katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat di sini





Jerantut dan Rompin diramal banjir mulai esok - Mygazette - 10/11 5:00 pm

"Banjir turut diramalkan berlaku di Kampung Baharu, Kampung Besul, Kampung Jerangsang, Kampung Sungai Siam, Kampung Lata Kasah, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kuala Teh, Kampung Batu Balai, Kampung Sempadan, Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol dan Kampung Paya Garuk," katanya dalam kenyataan. Manakala, banjir yang diramal berlaku di Rompin melibatkan lokasi diramal banjir di Rompin pula melibatkan kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Rompin di Kampung Aur, Kampung Meripoh, Kampung Tebu Hitam, Pantai Bernas, Kampung Ayau, Leban Chondong, Kampung Gading dan Kampung Sarang Tiong





Flood victims more than double to 1,205 in Selangor, Perak, Sarawak - NST - 10/11 4:20 pm

KUALA LUMPUR: The number of flood victims in Selangor, Perak and Sarawak more than doubled to 1,205 from 339 families as of 3.20pm today, with Selangor overtaking Perak as the state with the highest number of evacuees.





Mayat Muhammad Muiz ditemukan tersangkut pada kayu - Sinarharian - 10/11 3:27 pm

GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia pada Selasa.Mayat Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.Menurutnya, mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula jam 9.30 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi itu membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Katanya, operasi SAR menggunakan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.





Thunderstorm, heavy rain and strong winds warning for KL, eight states until 5pm - Sinardaily - 10/11 2:56 pm

KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a thunderstorm, heavy rain and strong winds warning for the Federal Territory of Kuala Lumpur and eight states until 5pm today.In a statement, MetMalaysia said apart from Kuala Lumpur, the bad weather is expected to affect the whole of Perlis, Jelebu in Negeri Sembilan, and the Kedah districts of Kubang Pasu, Padang Terap and Pokok Sena.In Pahang, the areas expected to be affected are Maran, Bera, Temerloh and Bentong, while in Selangor, they are Gombak, Hulu Langat, Petaling and Hulu Selangor. In Johor, the warning covers Pontian, Johor Bahru, Kulai and Mersing.The same warning has also been issued for Limbang and Miri (Marudi) in Sarawak, as well as Tawau, Pensiangan and Tambunan in the interior and the West Coast of Sabah.MetMalaysia advised the public to remain vigilant against the risk of flash floods, falling trees and disruptions to outdoor activities due to the expected bad weather





Melaka polls: PNs Bukit Katil candidate optimistic of victory, backs BN-PN cooperation - Sinardaily - 10/11 2:49 pm

MELAKA Perikatan Nasional (PN) Bukit Katil candidate Muhammad Ridzuan Mohd Sarif is optimistic about securing victory in the 16th Melaka state election, believing that cooperation between PN and Barisan Nasional (BN), coupled with encouraging support from local communities, could strengthen their chances.The Pas newcomer said the political cooperation between the two coalitions, established at the leadership level, had created strong prospects for victory in Bukit Katil, while reflecting growing calls among the electorate for political change."Regarding the election and my candidacy for the Bukit Katil seat, I believe the unity between PN and BN, established at the top leadership level, gives us strong potential to secure victory here.I also believe the people and local communities are hoping for political change this time around.Throughout our walkabouts and campaign activities, I have received encouraging support from the local community, particularly in Bukit Katil, for which I am truly grateful, Alhamdulillah, he told Sinar Daily at Melaka Hospital, today.However, Ridzuan said his confidence was also based on the state government's track record, including its reported achievement of implementing 97 per cent of its 2021 election manifesto.He also pointed to the new state manifesto which outlines six key pillars and 113 initiatives, saying these reflected the administration's commitment to continuing its development agenda.He believes the people remain confident in the existing state government and wish to give it another mandate.Ridzuan also backed former Umno Youth chief Khairy Jamaluddin's assertion that the BN-PN cooperation could serve as a stepping stone towards capturing Putrajaya in the 16th General Election (GE16)."I also fully agree with Khairy's statement.The partnership between these two major political parties presents strong potential and I sincerely hope that its success in Melaka will pave the way for an even stronger performance in the next general election, he said.Separately, Ridzuan said he had visited Melaka Hospital at noon to see three friends who had reportedly been involved in accidents and faced health problems.He said they were among his constituents whom he had a responsibility to look after, while expressing hope for their speedy recovery.The Election Commission (EC) has set Nov 14 as polling day for the 16th Melaka state election, following the dissolution of the 28-seat State Legislative Assembly on Sept 23.Nomination day was held on Oct 31, while early voting took place today





Jerantut, Rompin at risk of flooding tomorrow - Sinardaily - 10/11 2:36 pm

KUANTAN Flooding is expected in parts of Jerantut and Rompin from 1am tomorrow until 11.59pm on Nov 14.The National Flood Forecasting and Warning Centre (PRABN), under the Department of Irrigation and Drainage (JPS), said the forecast involved areas along the Rompin and Pahang River basins, particularly low-lying areas at risk.In a statement, it said the forecast was based on the Continuous Rain Warning (Alert Level) issued by the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) at 8.30am and JPS flood forecasting models."Among the locations at risk of flooding in Rompin are low-lying areas within a five-kilometre radius of the Rompin River basin, including Kampung Aur, Kampung Meripoh, Kampung Tebu Hitam, Pantai Bernas, Kampung Ayau, Leban Chondong, Kampung Gading and Kampung Sarang Tiong."Other locations are low-lying areas within a five-kilometre radius of the Pahang River basin, including Kampung Mikang, Kampung Buluh Nipis, Kampung Simpang Sepayang, Kampung Sepayang, Kampung Tebu Hitam, Kampung Tengah, Kampung Tekek, Perumahan Murah Kampung Tekek, Kampung Serinkin and Kampung Janglau 1, 2 and 3," the statement said.In Jerantut, the locations forecast to be at risk include low-lying areas within a five-kilometre radius of the Pahang River basin.The statement said these areas included Perumahan Felda Jengka 24 in Block 11, Taman Ria, Perumahan Sungai Jan and Felda Gelanggi 1 and 3."Other locations include Kampung Baharu, Kampung Besul, Kampung Jerangsang, Kampung Sungai Siam, Kampung Lata Kasah, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kuala Teh, Kampung Batu Balai, Kampung Sempadan, Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol and Kampung Paya Garuk," it said.PRABN said JPS would continue monitoring the situation and issue flood warnings if significant rainfall persisted in the river basins."Flooding may occur earlier or later than forecast





Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - Sinarharian - 10/11 2:11 pm

KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat melibatkan lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang pada Selasa.Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 12.45 tengah hari, amaran hujan lebat itu melibatkan Perlis, Kedah, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.Di Perlis, amaran melibatkan seluruh negeri, manakala di Kedah, kawasan yang terjejas ialah Kubang Pasu, Padang Terap dan Pokok Sena.Di Pahang, kawasan terlibat ialah Maran, Bera, Temerloh dan Bentong.Sementara itu, di Selangor, amaran melibatkan Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Hulu Selangor.Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Jelebu di Negeri Sembilan.Di Johor, kawasan yang terlibat ialah Pontian, Johor Bahru, Kulai dan Mersing.Bagi Sarawak, amaran dikeluarkan untuk Limbang dan Miri (Marudi), manakala di Sabah melibatkan Tawau, Pedalaman (Pensiangan dan Tambunan) serta Pantai Barat.MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan merujuk saluran rasmi jabatan itu untuk mendapatkan maklumat terkini.





Pengalaman sektor awam akan diguna untuk beri khidmat - Harakahdaily - 10/11 1:20 pm

HANG TUAH JAYA: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi





Budak 2 tahun hilang ditemukan meninggal dunia - Sinarharian - 10/11 12:16 am

GOPENG - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia.Mangsa, Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang."Mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian."Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula pada jam 9.30 pagi dengan melibatkan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi berkenaan membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Operasi SAR melibatkan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.





Empat mayat mangsa kepala air berjaya dibawa keluar - Sinarharian - 10/11 11:47 am

HULU SELANGOR - Empat mayat mangsa kejadian kepala air di Lata Jebus, Sungai Luit, Kampung Pertak, berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan pada jam 11.15 pagi tadi, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.Tinjauan di lokasi mendapati tiga mayat ditemukan tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari lokasi kejadian di Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, terletak 50 meter dari Jambatan Senget atau kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Kesemua mayat kemudian dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak selepas operasi mengeluarkan mangsa selesai pada jam 11.15 pagi.Identiti keempat-empat mangsa masih belum dikenal pasti.Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi.Penemuan itu menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.Dalam kejadian petang Isnin, lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus susulan kejadian kepala air di beberapa lokasi sekitar Sungai Pertak.Mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada seorang warga Yemen, empat warga India, seorang warga Nepal, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan.Selain mangsa yang dihanyutkan arus, beberapa kumpulan pengunjung turut dilaporkan terkandas di kawasan Lata Jebus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.Operasi SAR dijalankan oleh JBPM bersama beberapa agensi penyelamat lain.





Warga Singapura ditahan bawa bagasi berisi ganja RM1.52 juta - Sinarharian - 10/11 11:35 am

IPOH - Polis Perak menggagalkan cubaan menyeludup 19.04 kilogram bunga ganja bernilai RM1.52 juta ke luar negara selepas mengesan dadah berkenaan dalam sebuah bagasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, seorang lelaki warga Singapura berusia 29 tahun ditahan anggota polis bantuan lapangan terbang ketika menjalankan pemeriksaan bagasi penumpang di kaunter daftar masuk.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pemeriksaan terhadap bagasi berzip itu menemukan 36 bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan daun kering disyaki dadah jenis bunga ganja.Menurutnya, suspek dijadualkan menaiki penerbangan dari Ipoh ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi akhir iaitu London, England."Hasil siasatan awal mendapati suspek tiba di Malaysia dari Singapura menggunakan penerbangan ke Kuala Lumpur sebelum menginap di sebuah hotel di Kajang, Selangor."Suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada seorang pembekal di Kajang sebelum datang ke Ipoh menggunakan perkhidmatan e-hailing pada 7 November lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Selasa.Beliau berkata, berdasarkan keterangan diberikan, suspek terpedaya dengan tawaran pekerjaan di laman web yang menjanjikan upah lumayan sebanyak SGD4,000 (kira-kira RM12,600) membawa sebuah bagasi berkenaan.Katanya, suspek dimaklumkan bahawa beg tersebut mengandungi barangan tiruan berjenama mewah untuk di hantar ke London."Kita percaya, modus operandi sindiket ini adalah dengan memperdaya individu melalui tawaran pekerjaan bergaji lumayan sebelum memperalatkan mereka sebagai keldai dadah untuk membawa bekalan ke luar negara menggunakan penerbangan komersial."Dadah disembunyikan di dalam bagasi penumpang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.Tambah beliau, sindiket berkenaan dikesan sengaja menggunakan lapangan terbang yang kurang sibuk bagi menjalankan kegiatan penyeludupan dadah ke luar negara."Seperti di Ipoh ini, jumlah penerbangan adalah terhad termasuk penerbangan ke Singapura hanya mempunyai satu penerbangan sehari."Jika berjaya melepasi pemeriksaan dan bagasi dimasukkan ke ruang kargo pesawat, suspek boleh meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya," katanya.Mohd Alwi berkata, suspek yang tidak bekerja itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, manakala semakan rekod lampau mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.





Sungai Pertak water surge: Four more victims found, five of eight now located - Sinardaily - 10/11 11:11 am

HULU SELANGOR - Four more victims of the flash flood at Sungai Pertak in Kuala Kubu Bharu were found drowned on Tuesday morning, bringing the number of victims found so far to five out of the eight reported swept away by the current.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said three victims were found trapped near Senget Bridge, close to the Sungai Luit camp site, at about 9.20am.Another victim was found near the same area at 10.20am, about 1.2 kilometres from the incident location.All the victims are now being retrieved by search and rescue (SAR) team members, he told reporters at the scene on Tuesday.Earlier, a local man identified as V Vijayan, 36, was found dead near Pertak Bridge at about 1.30am.Ashrul Riezal said the SAR operation continued this morning, with the search area divided into four sectors.Sector A covers the area from Lata Jebus to Lubuk Pertak, while Sector B runs from Lubuk Pertak to Dam Bridge.Sector C covers the Dam Bridge area and Sector D the dam area, he said.In the incident on Monday evening, eight people were reported swept away by the current following flash floods at several locations around Sungai Pertak.The missing victims comprised a Yemeni national, four Indian nationals, a Nepali national, a Sri Lankan national and a local man.Besides those swept away, several groups of visitors were also reported stranded at Lata Jebus, Sungai Luit Camp and Gunung Rajah.The SAR operation is being carried out by JBPM together with several other rescue agencies.





Operasi SAR Sungai Pertak: Mangsa Pertama Ditemui, Pencarian 7 Lagi Mangsa Diteruskan - Lobakmerah - 10/11 11:03 am

Percutian dan aktiviti rekreasi di beberapa lokasi sekitar Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak bertukar menjadi detik cemas apabila beberapa kumpulan pengunjung dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air pada petang Isnin. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.55 petang itu mengakibatkan lapan individu dilaporkan hilang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan secara besar-besaran oleh […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





SoftBank, Grab And PETROS Commit US$1.85 Billion For AI Infrastructure In Malaysia - Lowyat - 10/11 10:05 am

SoftBank Group, Grab and Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) have formalised their collaboration to develop artificial intelligence (AI) infrastructure in Malaysia, with an initial combined seed capital of US$1.85 billion (~RM7.6 billion)





Lelaki terkaya Jepun pilih Sarawak tanam modal ‘mega’! Apa yang Malaysia ada, negara lain tiada? - Mydateline - 10/11 10:00 am

Nama pengasas Softbank, Masayoshi Son merangkap lelaki terkaya Jepun kembali menjadi tumpuan apabila beliau membuat keputusan menanam modal besar untuk membina Platform Infrastruktur Kecerdasan Buatan ..





Pelaburan AI oleh konsortium diketuai SoftBank cermin keyakinan global terhadap Malaysia - PM - Sinarharian - 10/11 9:30 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan oleh konsortium yang diterajui SoftBank dalam platform kecerdasan buatan (AI) di Malaysia mencerminkan keyakinan global terhadap potensi negara untuk membangunkan dan menggunakan AI.Beliau berkata, langkah itu turut menandakan pencapaian penting dalam transformasi digital negara dan menyokong hasrat Malaysia untuk menjadi Negara AI menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030."Saya mengalu-alukan pengumuman oleh konsortium yang diterajui SoftBank, termasuk Grab Holdings Ltd (Grab) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), untuk melabur dalam Platform Infrastruktur AI di Sarawak dan Semenanjung Malaysia."Kesediaan pelabur global seperti SoftBank dan Masayoshi Son untuk melabur di Malaysia mencerminkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan negara, iklim pelaburan dan kestabilan politik kita," kata Anwar dalam hantaran di platform X hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank, Masayoshi Son dilaporkan memilih Kuching, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai lokasi untuk pelaburan infrastruktur AI bernilai AS$50 bilion (AS$1 = RM4.06).Menurut Anwar, menggabungkan modal dan kepakaran SoftBank dengan keupayaan AI serantau Grab dan rekod prestasinya yang terbukti dalam penggunaan AI merentasi ekosistemnya akan meningkatkan infrastruktur AI dan daya saing global Malaysia dengan ketara.Perdana Menteri berkata, ketika Malaysia membangunkan infrastruktur AI, negara menjangkakan pelaburan digital yang berskala besar dapat menyokong matlamat kemampanannya





Sarawak to keep pushing for greater rights under MA63, says Abang Johari - Malaymail - 10/11 9:19 am

SEBAUH, Nov 10 Sarawak will continue defending its rights under the Malaysia Agreement 1963 (MA63), said caretak...





Lelaki tempatan ditemui lemas, SAR kepala air Sg Pertak dibahagi 4 sektor - FMT - 10/11 9:11 am

Operasi SAR tujuh lagi mangsa diteruskan dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor dari Lata Jebus ke Lubuk Pertak, Jambatan Dam dan kawasan empangan.





International job scams lure victims with lucrative rewards - Sinardaily - 10/11 8:47 am

SIBU - Lucrative job offers abroad can turn into traps set by international criminal syndicates, where job seekers are deceived and subsequently forced to carry out online scam activities.Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican, chairman of the Southeast Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED), said young people particularly school leavers are among those most easily swayed by offers of high salaries and various attractive perks advertised on social media.He explained that victims typically only realised they have been deceived upon arrival in the destination country, when their passports are confiscated, their movements are restricted, and they are coerced into performing work entirely different from what was originally promised."Once in the clutches of a syndicate, victims are forced to follow orders out of fear for their own safety, he told Bernama.Recalling his involvement in the rescue of 47 Malaysians including 40 Sarawakians who fell victim to a job scam syndicate in Cambodia in early 2019, Mustapha noted that this case illustrates how job offers can be used as bait to ensnare victims.He mentioned that the group had initially been offered positions in the five-star hospitality sector, with a monthly salary of USD 1,200, inclusive of accommodation and meals."Instead, they ended up being involved in online gambling scams before being detained by the Cambodian police, he said.Mustapha added that the victims were fortunate not to have been taken to areas near the border, which he noted are much harder to access for rescue operations.He also expressed concern regarding the risk of more severe forms of exploitation, including human trafficking and the sexual exploitation of female victims.In this regard, Mustapha advised job seekers from Sarawak not to accept overseas job offers without first verifying the legitimacy of the employer, the work location, and the terms of the contract.He said it is crucial to consult with relevant authorities including the Ministry of Foreign Affairs and discuss matters with family members before making any decisions."Do not be too quick to trust offers of lucrative salaries





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Mangsa pertama ditemukan maut, tujuh masih hilang - Sinarharian - 10/11 8:43 am

HULU SELANGOR Mangsa pertama yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada Selasa.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, lelaki tempatan dikenali sebagai V Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan."Mangsa dijumpai dalam jarak 2.7 kilometer dari lokasi dia terjatuh di Lata Jebus





Empat lelaki ditahan bakar mercun tengah jalan - Careta - 10/11 8:02 am

Tangkapan dan beberapa rampasan dilakukan pada hari yang sama susulan penularan rakaman video kejadian itu di media sosial. Semakan mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif, katanya dalam kenyataan pada Isnin





Budak 2 Tahun Hilang Ketika Keluarga Beriadah Di Sungai Jahang, Operasi SAR Digerakkan - Siraplimau - 10/11 8:00 am

Kehilangan mangsa disedari sebelum satu panggilan kecemasan dibuat kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng pada jam 12.06 tengah hari. Baca juga: Imuda Bangga Anak Kedua Bergelar Peguam […] The post Budak 2 Tahun Hilang Ketika Keluarga Beriadah Di Sungai Jahang, Operasi SAR Digerakkan first appeared on SirapLimau.com .





Ribut petir melanda 12 negeri, KL dan Putrajaya petang ini - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Ribut petir melanda 12 negeri, KL dan Putrajaya petang ini KUALA LUMPUR Sebanyak 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 6 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.30 petang memaklumkan, keadaan cuaca buruk itu dijangka melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak





Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai .. - Mygazette - 10/11 7:58 am

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.06 tengah hari. Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dengan kerjasama pihak polis serta penduduk kampung





Jangan pinggir pelajar Kohort STPM 2027, Gagasan mohon bantuan RM500 - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Jangan pinggir pelajar Kohort STPM 2027, Gagasan mohon bantuan RM500 KUALA LUMPUR Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekali bayar (one-off) sekurang-kurangnya RM500 kepada pelajar Tingkatan Enam Kohort STPM 2027 yang tidak menerima Elaun Sara Hidup RM2,500 mulai tahun depan





Pelaburan AI oleh konsortium diketuai Softbank mencerminkan keyakinan .. - Mygazette - 10/11 7:58 am

Beliau berkatalangkah itu turut menandakan pencapaian penting dalam transformasi digital negara dan menyokong hasrat Malaysia untuk menjadi Negara AI menjelang 2030seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030. "Saya mengalu-alukan pengumuman oleh konsortium yang diterajui SoftBank, termasuk Grab Holdings Ltd (Grab) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), untuk melabur dalam Platform Infrastruktur AI di Sarawak dan Semenanjung Malaysia





PETROS, SoftBank & Grab Bangunkan Infrastruktur AI Bernilai Tinggi Di Sarawak - Vocket - 10/11 7:57 am

Sarawak terus mengorak langkah proaktif memperkukuh kedudukannya sebagai hab teknologi kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital serantau menerusi pemeteraian kerjasama strategik membabitkan SoftBank Group Corp.,..





Henti Normalisasikan Pemakaian, Solekan Lelaki Menyerupai Wanita - Rotikaya - 10/11 1:31 am

Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan pendapatnya mengenai tren pemakaian, solekan serta penggunaan aksesori di kalangan lelaki yang dilihat semakin menyerupai penampilan wanita





Isteri Sarat Hamil, Hafiz Suip Tolak Tawaran Sertai GV Fantasia - Rotikaya - 9/11 8:13 pm

Penyanyi Hafiz Suip mengesahkan dia menolak tawaran menyertai program nyanyian Gegar Vaganza Fantasia yang baru saja bermula semalam. Memetik mStar Online, Hafiz berkongsikan isterinya kini sedang sarat hamil tujuh bulan..





Budak 2 tahun hilang: 'Kali terakhir Muhammad Muiz dilihat sedang main air di tepi sungai' - Sinarharian - 9/11 7:39 pm

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki,Muhammad Muiz Muhd Luqman, 2, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Sungai Jahang di sini pada Isnin.Mangsa yang datang berkelah bersama keluarga dari Batu Gajah itu disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi sebelum usaha mencarinya dilakukan di sekitar kawasan sungai berkenaan.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak itu.ARTIKEL BERKAITAN:Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga"Ahli keluarga telah melakukan pencarian di sekitar kawasan perkelahan, namun mangsa gagal ditemui."Mereka kemudian mengesyaki mangsa dihanyutkan arus sungai yang agak deras sebelum menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan polis dan bomba," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota polis serta tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.Katanya, operasi itu turut dibantu 21 orang awam dengan menggunakan empat bot water rafting bagi memperluaskan kawasan pencarian."Pasukan penyelamat melakukan pencarian melalui laluan sungai menggunakan bot, manakala anggota lain menjalankan pencarian di kawasan darat sekitar lokasi kejadian."Sehingga jam 6 petang, mangsa masih belum ditemukan





Empat lelaki ditahan bakar mercun di tengah jalan, polis buru tiga... - Mygazette - 9/11 3:20 pm

Menurutnya, beberapa rampasan turut dilakukan di sekitar Skudai susulan penularan rakaman video kejadian berkenaan di media sosial pada hari sama. "Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga didapati negatif dadah," katanya dalam kenyataan





Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri - Sinarharian - 9/11 3:01 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah hingga 4 petang ini.Menurut amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1.45 tengah hari, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk di Johor ialah Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan diramal terjejas ialah Kuching, Mukah, Sarikei (Meradong), Sibu, Bintulu (Tatau) serta Kapit (Song dan Kapit).Sementara itu di Sabah, amaran berkenaan merangkumi Pantai Barat (Papar), Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau, Membakut, Pensiangan dan Sook), Sandakan (Tongod) serta Tawau (Kalabakan dan Tawau)





Berhenti normalisasikan pemakaian, solekan lelaki kelihatan feminin atau menyerupai wanita - Utusan - 9/11 3:00 pm

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan pandangan peribadinya mengenai trend pemakaian, solekan dan penggunaan aksesori dalam kalangan lelaki yang dilihat semakin menyerupai wanita





How SARS helped spice up Malaysias nasi kandar culture - SUN - 9/11 2:19 pm

Popular spices used for cooking curry of popular dish contain health benefits believed to help boost immunity, says trader





K9 hero 'Lexi' dies day after completing final SAR mission on Kinabalu - NST - 9/11 2:18 pm

KOTA KINABALU: After nearly a decade of dedicated service in search and rescue operations, Lexi, a Fire and Rescue Department K9 unit sniffer dog, has died.





[KEMASKINI] Perdaya warga emas: Suami direman, isteri bersalin lepas diberkas - Kosmo - 9/11 2:12 pm

DUNGUN – Seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditangkap penduduk kampung selepas melakukan penipuan bersama isterinya yang sarat hamil untuk memperdaya seorang wanita warga emas semalam ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini





PRN Melaka: Jentera BN diingat kempen secara tertib, tidak ikut rentak lawan - Mohamad Hasan - Sinarharian - 9/11 1:51 pm

MASJID TANAH - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak terikut-ikut rentak kempen pihak lawan yang dilihat masih menggunakan pendekatan seperti parti pembangkang meskipun sudah menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan.Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sepatutnya pihak kerajaan menonjolkan pencapaian serta perancangan yang mampu memberikan keyakinan kepada rakyat, bukannya terus menggunakan pendekatan menyerang pihak lawan.Menurutnya, sikap sedemikian seolah-olah menunjukkan DNA pembangkang masih menebal dalam kalangan pihak berkenaan."Walaupun sudah menjadi kerajaan, tetapi masih lagi seolah-olah mereka sebagai parti pembangkang."Sepatutnya sebagai parti kerajaan, mereka perlu menonjolkan apa yang mahu dilakukan, apa yang telah dilaksanakan dan pencapaian kerajaan."Tetapi DNA pembangkang itu memang tidak lekang daripada mereka," katanya selepas menghadiri program ramah mesra dan sarapan pagi bersama masyarakat Lendu di Durian Daun di sini pada Isnin.Turut hadir calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid.Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berharap petugas dan penceramah BN serta Perikatan Nasional (PN) tidak terikut-ikut dengan pendekatan berkenaan.Sebaliknya, beliau mahu kedua-dua parti meneruskan kempen secara tertib dan berhemah dengan memberi tumpuan kepada usaha memujuk pengundi supaya terus memberikan sokongan.Dalam pada itu Mohamad berkata, beliau setakat ini belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung tindakan sabotaj bahan kempen di kawasan DUN Lendu.Katanya, amalan merosakkan bahan kempen pihak lawan bukan sahaja melanggar peraturan pilihan raya, malah tidak sihat dalam proses demokrasi."Saya harap semua pihak terus bersikap demikian, bukan sahaja BN dan PN, tetapi parti-parti lain juga."Kita mengamalkan demokrasi dan apa yang penting ialah memujuk seramai mungkin pengundi, bukannya dengan cara mensabotaj bahan kempen kerana itu bukan amalan yang sihat dalam pilihan raya," katanya.Beliau turut mengingatkan seluruh petugas dan penyokong BN serta PN supaya terus mengamalkan kempen berhemah bagi meraih sokongan pengundi.





Rejected eight times, triplets are now soldiers - Sinardaily - 9/11 1:00 pm

They were among 1,485 young soldiers who completed the training on Oct 17.Commenting on the toughest challenges during training, Nurnaim said the Final Field Exercise, which involved conventional warfare tactics, mental endurance under extreme pressure and the application of combat skills in teams, demanded strong teamwork and tested the mental resilience of every recruit.At the same time, humorous moments often arose when fellow recruits and instructors struggled to tell the brothers apart because of their identical features.Meanwhile, their mother, Yusnizah Mohd Yusof, 52, said she and her husband, Mohd Irwan Ismail, 53, had always supported their sons' ambitions, taking all three to various physical selection venues in Seremban, Kuala Lumpur and Pahang despite their repeated failures."We spent a lot of time supporting them, taking them to the various camps where selection exercises were held so they could pursue their dreams," said Yusnizah, who works as an administrative assistant at a ministry.The three brothers now face a new challenge as they must be separated for the first time to serve in the Malaysian Army. Muhammad Nuriman has been posted to Ipoh, Perak; Muhammad Nuramin to Kuching, Sarawak; and Nurnaim to Johor Bahru, Johor."There is some sadness, of course, but being apart will not stop the three of us from moving forward," said Muhammad Nurnaim.In a written response to Bernama, the Malaysian Army said the revised physical requirements for young soldier recruitment prioritised combat fitness and mental resilience without compromising established physical fitness testing standards."The perseverance shown by the three brothers, who refused to give up despite failing eight times, also reflects the mental resilience required of a soldier





Parti Semenanjung diingat jangan batu api kehadiran Fadillah di Melaka - FMT - 9/11 12:30 am

Penganalisis berkata cubaan mengaitkan lawatan rasmi timbalan perdana menteri dengan kempen PRN boleh mengundang kemarahan pengundi Sarawak.





Karim 'too strong' in Asajaya for Pas; party looking at 3 seats - NST - 9/11 12:19 am

KUCHING: The political strength of Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah in Asajaya is believed to be among the factors Sarawak Pas will not contest the seat in the 13th Sarawak election.





Bakar mercun tengah jalan: 4 lelaki ditahan, 3 lagi diburu - Sinarharian - 9/11 11:32 am

JOHOR BAHRU Empat lelaki warga tempatan berusia antara 16 hingga 25 tahun ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian membakar mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Azrol Anuar Nor berkata, kesemua suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah pada kira-kira jam 7.30 malam pada Ahad."Tangkapan itu dilakukan susulan penularan rakaman video kejadian berkenaan di media sosial pada tarikh sama."Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing mereka juga didapati negatif," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pada Selasa dan direman selama tiga hari hingga 11 November bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai membabitkan bahan letupan sehingga membahayakan nyawa atau berisiko menyebabkan kecederaan kepada orang lain."Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali."Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memberhentikan kenderaan sehingga menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan kepada pengguna jalan raya lain."Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau dipenjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya sekali," jelasnya.Dalam pada itu, polis sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian berkenaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan.Pada Ahad, polis mengesan satu rakaman video berdurasi kira-kira 50 saat yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki membakar mercun di tengah jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa.Polis sebelum itu telah ke lokasi kira-kira jam 1.45 pagi selepas mengesan video berkenaan, namun kumpulan lelaki terbabit sudah beredar.





PH komited teruskan peruntukan ADUN pembangkang tadbir Melaka - Adly - Sinarharian - 9/11 11:01 am

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) komited meneruskan pemberian peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang jika kembali mentadbir Melaka, seperti dilakukan ketika menjadi kerajaan negeri pada 2018.Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pemberian peruntukan itu wajar bagi memastikan semua wakil rakyat mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab dan berkhidmat kepada masyarakat.Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, ketika PH mentadbir Melaka pada 2018, mereka menjadi kerajaan negeri pertama yang memberikan peruntukan kepada ADUN pembangkang."Berdasarkan pengalaman saya sebagai pembangkang, ketiadaan peruntukan menyukarkan ADUN untuk menguruskan pusat khidmat dan membantu masyarakat di kawasan."Kalau kita menjadi ADUN (tetapi) langsung tiada peruntukan, ia amat menyukarkan





Make Sarawak's wealth work harder - NST - 9/11 7:30 am

A MAJOR investment should be judged partly by what it builds in the surrounding economy after construction is complete.





Pengeluar sarung tangan getah dijangka berdepan tekanan - Utusan - 9/11 7:28 am

PETALING JAYA: Pengeluar sarung tangan getah tempatan dijangka berdepan tekanan keuntungan pada suku ketiga tahun kewangan 2026 (3QFY2026) berikutan penurunan harga jualan purata (ASP) serta peningkatan tarif gas asli yang menaikkan kos pengeluaran





'Saya memang pilih untuk senyap sekarang' - Puteri Sarah - Hmetro - 9/11 7:00 am

Selepas episod perceraian dan bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, pelakon, Puteri Sarah Liyana kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya




Reformasi     >>



Rasuah musuh keadilan titah Raja-Raja Melayu kembali .. - Harapandaily
Perkembangan terbaharu berhubung pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak, kembali mengangkat persoalan mengenai prinsip integriti, keadilan dan usaha membanteras rasuah, susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara kes SRC International ..
Kroni     >>



Nvidia heads for US$470 billion two-day wipeout as CEO .. - NST
BENGALURU: Nvidia shares extended losses on Tuesday, putting the chip giant on track to shed more than US$470 billion in market value over two sessions as concerns mounted over the fallout from CEO Jensen Huangs affair with a Chinese businesswoman alleged to be a spy for Beijing.
Tabloid     >>



Tidak kisah soal bayaran mahu tumpu kerjaya seni .. - Hmetro
DI sebalik kejayaan menerusi pelbagai naskhah lakonannya kebelakangan ini, pelakon Amir Ahnaf rupa-rupanya pernah berdepan detik sukar apabila hilang hingga tercari-cari hala tuju dalam perjalanan seninya. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Alice Huang reportedly instrumental in securing over .. - Tomshardware
Alice Huang is reportedly connected to a web of Chinese companies, which then leveraged her closeness to Jensen Huang to gain access to billions of dollars' worth of Nvidia GPUs.
World     >>



Is Jensen Huangs Affair a Crisis for the A.I. Boom? - Newyorker
Its not yet clear what the Nvidia C.E.O.or the Trump Administrationknew about the alleged Chinese spy he was involved with.
Motor Trend     >>



Buletin Suzuki Spacia Baharu Diperkenal Tak Lama Lagi, .. - Mekanika
# SUZUKI SPACIA BAHARU DIPERKENAL TAK LAMA LAGI, TAMPIL DENGAN KONSEP MINI CAMPERVAN **Suzuki bakal memperkenalkan model baharu berasaskan Spacia pada musim sejuk 2026 dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikannya lebih praktikal, khususnya untuk pengguna gemar aktiviti perkhemahan dan ..