///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Raja News   Page 1    



DAP didakwa langgar tiga garis merah, kembalikan mandat kepada rakyat - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# DAP didakwa langgar tiga garis merah, kembalikan mandat kepada rakyat BUKIT KATIL - Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP didakwa telah melanggar tiga garis merah dalam perjanjian bersama Barisan Nasional (BN) membabitka orang Melayu. Setiausaha Agung UMNO, Datu Seri Asyraf Wajdi berkata, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan boleh terbatal sekiranya syarat serta garis panduan yang dipersetujui tidak lagi dihormati





Two charged over Raja Muda ADC fraud; 15 cases await DPP - SUN - 13/11 4:24 pm

Two suspects have been charged in Selangor over the Raja Muda ADC fraud, while 15 other cases await DPP instructions





UMNO beri empat pilihan kepada DAP, termasuk bubar Parlimen - Azalina - Sinarharian - 13/11 4:01 pm

PUTRAJAYA Suhu ketegangan antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan semakin terasa apabila UMNO mengemukakan empat pilihan kepada parti itu termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen susulan ketidakpuasan hati DAP berhubung perkembangan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pilihan berkenaan merangkumi mendapatkan pengantaraan menerusi Majlis Perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan, mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan atau menamatkan kerjasama politik menerusi pembubaran Parlimen.Menurutnya, Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dimeterai pada 16 Disember 2022 tidak memperuntukkan klausa penamatan sebelum berakhirnya penggal Parlimen ke-15."Justeru, kesimpulan yang jelas dalam perkara ini adalah pembubaran Parlimen ke-15," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mengulas desakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azalina menyifatkannya sebagai tindakan yang dikesali.Beliau berkata, desakan secara terbuka terhadap presiden parti gabungan bukan pendekatan membina atau selari dengan semangat Perjanjian Gabungan.Sebaliknya, katanya, sebarang perbezaan pandangan antara rakan gabungan perlu diselesaikan menerusi dialog dan rundingan, bukannya tekanan awam atau desakan supaya seseorang pemimpin meletakkan jawatan."Fasal 5(c) memperuntukkan mekanisme pengantaraan menerusi Majlis Perundingan yang terdiri daripada wakil gabungan yang mengambil bahagian bagi memantau pelaksanaan Perjanjian Gabungan serta memudah cara penyelesaian secara harmoni terhadap sebarang pertikaian atau salah faham."Dalam hal ini, agak menghairankan apabila klausa pengantaraan tersebut tidak digunakan lebih awal, sedangkan perkara berkaitan pengampunan ini telah diketahui umum sejak Januari 2024," tegas beliau.Ujar Azalina, di bawah Fasal 4 Perjanjian Gabungan, UMNO mengiktiraf komitmen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menyokong Anwar dalam perkara berkaitan usul percaya, rang undang-undang perbekalan serta urusan yang menjejaskan kesahan perlembagaan Kerajaan Persekutuan.Bagaimanapun komitmen itu katanya, tidak bermaksud setiap parti perlu bersetuju tanpa syarat dengan semua pendirian atau kenyataan politik Anwar dan pemimpin parti lain.Beliau turut menegaskan bahawa Perjanjian Gabungan bukan sekadar berkaitan kerjasama politik dan perkongsian kuasa, sebaliknya turut merangkumi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, orang Melayu dan Bumiputera serta institusi Raja-Raja Melayu."Perenggan C dalam Mukadimah Perjanjian merupakan bahagian paling penting dalam perjanjian tersebut turut menegaskan komitmen pihak yang menandatangani untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, orang Melayu dan Bumiputera dari sudut perlembagaan serta institusi Raja-Raja Melayu," katanya.Isu pertembungan kenyataan antara Gobind yang juga Menteri Digital dan Ahmad Zahid tercetus berikutan cadangan supaya Parlimen dibubarkan selepas peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.Ahli Parlimen Damansara itu mencabar Ahmad Zahid Hamidi dan menteri daripada UMNO serta BN untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet jika mereka tidak lagi yakin atau bersetuju dengan kepimpinan Anwar.Ahmad Zahid menolak desakan tersebut dan menegaskan tiada sebab untuk menteri BN meletakkan jawatan kerana sokongan terhadap Anwar di peringkat Persekutuan tidak pernah berbelah bagi.Beliau sebaliknya menyarankan agar pemimpin DAP yang tidak sependapat supaya mengikuti langkah peletakan jawatan Anthony dan menyifatkan tindakan mendesak itu seperti gila talak.Berhubung isu pengampunan Najib, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) berkata, kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan merupakan kuasa perlembagaan yang terletak pada pihak berkuasa berkaitan dan tertakluk kepada prosedur serta aturan institusi ditetapkan.Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan kuasa berkenaan tidak wajar digambarkan sebagai keputusan politik unilateral yang boleh dikaitkan dengan mana-mana parti, termasuk UMNO.Dalam pada itu, Azalina turut mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 September 2026 yang memutuskan supaya Setiausaha Agungnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan perkembangan pengampunan bersyarat itu.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat secara unilateral tanpa rundingan terlebih dahulu, sekali gus menyumbang kepada ketidakstabilan politik dalam kalangan rakan gabungan.Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO akan terus menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai keputusan politik bersama demi kepentingan rakyat dan tanggungjawab kepada negara."UMNO akan terus menghormati komitmen yang telah dibuat, menghormati kepimpinan Perdana Menteri serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya.





Cops await DPP instructions for 15 more cases of impersonating Selangor Raja Mudas aide-de-camp - Malaymail - 13/11 3:57 pm

SHAH ALAM, Nov 13 The police are awaiting instructions from the office of the Deputy Public Prosecutor (DPP) reg...





Polis tunggu arahan TPR bagi 15 lagi kes menyamar ADC Raja Muda Selangor - Astroawani - 13/11 3:45 pm

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata sebanyak 17 kertas siasatan dibuka dan kesemuanya dirujuk kepada pejabat TPR Selangor selepas dilengkapkan.





Polis tunggu arahan TPR bagi 15 lagi kes menyamar ADC Raja Muda Selangor - SUN - 13/11 3:23 pm

SHAH ALAM: Polis sedang menunggu arahan pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung 15 lagi kes penipuan membabitkan individu yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor dalam urusan jual beli kenderaan dan hartanah





DAP leaders demand Hadi retract oppressive non-Muslims remark, apologise - Sinardaily - 13/11 3:12 pm

SHAH ALAM Pas President Tan Sri Abdul Hadi Awang has been urged to retract his statement which was alleged to have incited hatred between Muslims and non-Muslims and to apologise to all Malaysians.In a joint statement on Friday, four Democratic Action Party (DAP) leaders expressed the view that Hadis remark, stating that "even the most wicked and worst of Muslims ruling a country are not as oppressive as non-Muslims," was inappropriate.According to them, the statement delivered on a political stage in Melaka tended to incite Muslims to antagonise and hate non-Muslims, with Pas further accused of once again playing divisive politics to win votes."We emphasise that those who are oppressive, wicked, and corrupt should not be elected as leaders at either the state or national level, regardless of their religion or ancestry."Malaysians must reject those who abuse their power, engage in corruption, and steal the people's money, including those who justify these actions," they said.The joint statement was issued by DAP central executive committee members Senator Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan, Young Syefura Othman and Bukit Bendera member of parliament Syerleena Abdul Rashid.They also described Hadis statement as not only misleading, but potentially tarnishing the sanctity of Islam by portraying a leader's oppression as acceptable or more lenient simply because they are Muslim."Do not let political interests cause Islam to be looked down upon and despised as a result of statements by a leader who ought to understand the religion's own principles of justice," they explained.They said Islamic history itself offers a different lesson, when the Prophet Muhammad (PBUH) instructed his companions to migrate to Abyssinia while Muslims were being oppressed in Mecca.They said this action was taken because King Negus (Raja Najasyi), a Christian ruler, was renowned for his justice, to the extent that the Prophet (PBUH) described his rule as a place where no one was wronged.The four DAP leaders also cited the views of the renowned Islamic scholar Ibn Taymiyyah, through his work Majmu', which discusses the principle that a just government, even if led by non-Muslims, is more capable of enduring than an oppressive Islamic government.Therefore, they stressed that justice and trustworthiness in governance should not be sidelined due to narrow religious sentiments.According to the four leaders, Hadi should also be judged based on the principles of justice, trustworthiness, and the validity of his arguments, rather than solely on the religious image carried by Pas."Do not ask the people to judge others based on religion, when one's own statements do not reflect Islamic principles of justice."Consequently, Tan Sri Abdul Hadi Awang is urged to retract his statement and apologise to all Malaysians," they added.In a related development, they also challenged Perikatan Nasional (PN) parties particularly Gerakan and the Malaysian Indian People's Party (MIPP) as well as Barisan Nasional (BN) component parties, especially MCA and MIC, to state their stand regarding the Pas President's remarks.They stated that if no stand is declared, the public has the right to question whether those parties accept and agree with the statement.





Empat pemimpin Melayu DAP gesa Abdul Hadi mohon maaf - Sinarharian - 13/11 2:31 pm

SHAH ALAM Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa menarik balik kenyataannya yang didakwa membangkitkan sentimen kebencian antara umat Islam dengan rakyat bukan Islam, sekali gus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.Dalam kenyataan bersama pada Jumaat, empat pemimpin DAP berpandangan bahawa kenyataan Abdul Hadi yang menyebut 'sejahat-jahat dan seburuk-buruk orang Islam yang memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam' sebagai tidak wajar.Menurut mereka, kenyataan yang disampaikan di pentas politik di Melaka itu cenderung menghasut umat Islam supaya memusuhi dan membenci rakyat bukan Islam, malah Pas didakwa sekali lagi memainkan politik perpecahan demi meraih undi."Kami menegaskan bahawa mereka yang zalim, jahat dan bobrok tidak patut dipilih sebagai pemimpin di peringkat negeri mahupun kebangsaan, tidak kira apa-apa agama atau keturunan sekalipun."Rakyat Malaysia harus menolak mereka yang menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah dan mencuri wang rakyat, termasuklah mereka yang menghalalkan perbuatan ini," katanya.Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan; Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Young Syefura Othman dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.Mereka turut menyifatkan kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mencalarkan kesucian Islam apabila menggambarkan seolah-olah kezaliman seseorang pemimpin boleh diterima atau dianggap lebih ringan hanya kerana beragama Islam."Jangan sampai kerana kepentingan politik, Islam dipandang lekeh dan hina akibat kenyataan pemimpin yang sepatutnya memahami prinsip keadilan agama itu sendiri," jelas mereka.Menurut mereka, sejarah Islam sendiri memberikan pengajaran berbeza apabila Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat berhijrah ke Habsyah ketika umat Islam ditindas di Makkah.Katanya, tindakan itu dibuat kerana Raja Najasyi, seorang pemerintah Kristian, terkenal dengan keadilan sehingga Rasulullah SAW menyifatkan pemerintahannya sebagai tempat yang tiada sesiapa dizalimi.Empat pemimpin DAP itu turut merujuk pandangan ulama muktabar, Ibn Taymiyyah, menerusi karya Majmu', yang membahaskan prinsip bahawa pemerintahan yang adil, meskipun dipimpin oleh orang bukan Islam, lebih mampu bertahan berbanding pemerintahan Islam yang zalim.Justeru, mereka menegaskan bahawa keadilan dan amanah dalam urusan pemerintahan tidak seharusnya diketepikan kerana sentimen sempit agama.Menurut empat pemimpin itu lagi, Abdul Hadi juga perlu dinilai berdasarkan prinsip keadilan, amanah dan kebenaran hujahnya, bukannya semata-mata kerana imej keagamaan yang dibawa Pas."Jangan meminta rakyat menilai orang lain berdasarkan agama, sedangkan kenyataan sendiri tidak mencerminkan prinsip keadilan Islam."Oleh yang demikian, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," tambah mereka.Dalam perkembangan sama, mereka turut mencabar parti-parti Perikatan Nasional (PN), khususnya Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), serta komponen Barisan Nasional (BN), terutama MCA dan MIC, supaya menyatakan pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas berkenaan.Mereka berkata, sekiranya tiada sebarang pendirian dinyatakan, rakyat berhak mempersoalkan sama ada parti-parti berkenaan menerima dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.





Lelaki menyamar pengawal Raja Muda Selangor mengaku salah tuduhan baharu tipu - FMT - 13/11 1:35 pm

Al Zulfadly Alias semalam mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menipu urusan jualan kenderaan lelong bersama seorang lagi tertuduh.





Man accused of posing as Selangor Raja Mudas aide charged again in RM40,000 Lexus RX350 auction scam - Malaymail - 13/11 12:47 am

KLANG, Nov 13 A man who allegedly posed as an aide-de-camp (ADC) to the Raja Muda of Selangor was charged again...





Pembangunan negeri perlu ambil kira keperluan rakyat, titah Raja Muda Perlis - FMT - 13/11 12:41 am

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia perlu ambil kira keperluan masyarakat dan kemudahan asas, termasuk aspek keselamatan, keselesaan, kesihatan, pendidikan, perumahan serta persekitaran cekap dan kondusif.





Menyamar ADC Raja Muda Selangor: Polis tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya bagi 15 lagi kes penipuan - Sinarharian - 13/11 12:27 am

SHAH ALAM Polis masih menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor berhubung 15 lagi kes penipuan yang membabitkan seorang lelaki yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor bagi memperdaya mangsa dalam urusan jual beli kenderaan dan hartanah.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua 15 kertas siasatan berkenaan telah lengkap dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk mendapatkan arahan lanjut."Ia adalah sebahagian daripada 17 kertas siasatan yang membabitkan suspek berkenaan





Lelaki disiasat menyamar ADC Raja Muda Selangor mengaku tipu urusan jual Lexus lelong RM40,000 - Sinarharian - 13/11 11:11 am

KLANG Seorang lelaki yang disiasat berhubung kes penyamaran sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor, bersama seorang wanita, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu dalam urusan pembelian kenderaan lelong bernilai RM40,000 pada April lalu.Al Zulfadly Alias, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan itu, manakala Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Siti Zubaidah Mahat.Mahkamah menetapkan 20 November ini untuk fakta kes dan hukuman terhadap Al Zulfadly.Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama didakwa memperdayakan seorang wanita berusia 43 tahun dengan mendakwa mereka berkeupayaan menguruskan pembelian sebuah kereta terpakai jenis Lexus RX350 yang kononnya diperoleh menerusi lelongan sempena Sidang Kemuncak ASEAN.Menerusi helah itu, mangsa terdorong menyerahkan wang berjumlah RM40,000 bagi pembelian kenderaan berkenaan di Taman Sri Andalas, pada jam 11.29 pagi, antara 13 hingga 14 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, peguam, Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Nurul Nur Syahirah merayu supaya anak guamnya dikenakan ikat jamin minimum atas alasan wanita itu tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya."Dia masih bujang dan tidak bekerja





Raja Permaisuri Agong disembah maklum persediaan COP31 - Astroawani - 13/11 7:50 am

Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi menyembah maklum persediaan keberangkatan Seri Paduka Baginda ke persidangan iklim COP31 di Turkiye.





Hormati keputusan tahanan rumah Najib, jangan cetus polemik ??? Wan Rosdy - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Hormati keputusan tahanan rumah Najib, jangan cetus polemik Wan Rosdy KUANTAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa Majlis Peguam supaya tidak meneruskan tindakan mencabar prosiding dan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, keputusan membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki tempoh hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan di rumah selaras dengan keputusan pengampunan diraja, sewajarnya dihormati semua pihak





Onn Hafiz ajar jangan derhaka tapi UMNO tak hormat institusi raja... - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Onn Hafiz ajar jangan derhaka tapi UMNO tak hormat institusi raja di N





Pemimpin PH jangan jadikan raja Melayu alat percaturan politik – .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Pemimpin PH jangan jadikan raja Melayu alat percaturan politik - Asiah JOHOR BAHRU - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan institusi raja-raja Melayu sebagai alat percaturan politik





Isu tahanan rumah Najib: Kerajaan ikut proses undang-undang, tidak derhaka - Anwar - Sinarharian - 12/11 10:18 pm

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau atau kerajaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pelaksanaan tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pentadbirannya sentiasa menjunjung sistem raja berperlembagaan dan mematuhi proses undang-undang yang ditetapkan.Anwar berkata, keputusan berhubung tahanan di rumah bukan terletak di bawah bidang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri, manakala tindakan Peguam Negara membawa perkara itu ke mahkamah selaras dengan tanggungjawab memelihara keluhuran undang-undang."Dia kata nak derhaka kepada Tuanku Agong





Anwar tokoh Muslim ke-13 paling berpengaruh di dunia - Sinarharian - 12/11 10:14 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-13 dunia menerusi edisi 2027 buku The World's 500 Most Influential Muslims terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC), Jordan.Nama Anwar tersenarai dalam kelompok 50 tokoh Muslim paling berpengaruh dunia yang diberikan kedudukan mengikut ranking berdasarkan pengaruh masing-masing terhadap masyarakat Islam dan dunia.Berdasarkan senarai yang diterbitkan, Anwar berada di belakang Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan yang menduduki tempat ke-12.Senarai berkenaan turut menampilkan beberapa pemimpin dunia Islam lain termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, yang berada di kedudukan pertama.Turut berada dalam kelompok 10 teratas ialah Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif; Ketua Turus Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Mojtaba Khamenei; Raja Jordan, Raja Abdullah II; Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani serta beberapa tokoh agama Islam terkemuka.Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berada di kedudukan ke-16, manakala Perdana Menteri Malaysia itu menjadi antara pemimpin Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 50 berkenaan.Penerbitan edisi ke-18 itu menghimpunkan 500 tokoh Muslim dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 50 individu teratas yang disusun mengikut kedudukan dan 450 tokoh lain mengikut kategori pengaruh masing-masing.RISSC menjelaskan, penilaian pengaruh dibuat berdasarkan gabungan beberapa aspek termasuk impak sosial, pandangan masyarakat, penilaian pakar serta sumbangan jangka panjang individu berkenaan.Antara 13 kategori yang dinilai ialah kepimpinan politik, pentadbiran hal ehwal agama, ilmuwan, pendakwah dan pembimbing spiritual, kebajikan, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya serta media.





Tahanan rumah Najib: Majlis Peguam digesa tidak teruskan semakan kehakiman Wan Rosdy - Sinarharian - 12/11 8:36 pm

KUANTAN Majlis Peguam digesa supaya tidak meneruskan tindakan semakan kehakiman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut boleh mencetuskan polemik dan menjejaskan penghormatan terhadap institusi diraja.Menurutnya, permohonan pengampunan Najib telah melalui proses serta pertimbangan pihak berautoriti, termasuk Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan mendapat perkenan diraja, justeru sewajarnya dihormati semua pihak."Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur apabila Najib diberikan peluang menjalani baki tempoh hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan di rumah, selaras dengan keputusan pengampunan diraja."Kita perlu memahami bahawa permohonan pengampunan merupakan hak yang diperuntukkan kepada setiap individu yang sedang menjalani hukuman."Dalam pada itu, saya kesal dengan tindakan Majlis Peguam yang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar prosiding dan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.Beliau turut membidas hantaran bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua di media sosial yang dilihat memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan dan menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Agong."Saya menggesa pihak berkuasa menyiasat hantaran tersebut secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang."Perlu ditegaskan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan serta peranan yang jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau.Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk memperlekehkan institusi diraja atau memainkan sentimen berkaitan institusi diraja, kaum dan agama (3R) sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara."Hormatilah prerogatif diraja, peliharalah kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu dan pertahankan keluhuran perlembagaan," katanya





Police chase ends with four men arrested after car crashes into drain - NST - 12/11 8:20 pm

PENDANG: Four men were arrested after their car skidded into a drain while fleeing police in Jalan Kampung Bendang Raja, Kubur Panjang, yesterday.





AMK Johor persoal Onn Hafiz, minta UMNO cermin pendirian isu Raja Melayu - Sinarharian - 12/11 8:05 pm

JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta melihat semula pendirian UMNO berhubung isu institusi Raja-Raja Melayu sebelum menegur pihak lain berkaitan perkara sama.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, terdapat isu membabitkan institusi diraja di Negeri Sembilan yang menurutnya perlu turut diberi perhatian kepimpinan UMNO.Beliau merujuk kepada tindakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim yang didakwa menandatangani proklamasi penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Menurutnya, perkara itu menimbulkan persoalan mengapa Onn Hafiz tidak mengeluarkan kritikan sama ketika isu berkenaan berlaku.Faezuddin turut mendakwa Tuanku Muhriz pernah menyatakan kemurkaan terhadap Ismail secara terbuka ketika bertitah di Masjid Kariah Beting, Juasseh.Beliau memetik titah baginda yang dilaporkan berbunyi, "Selagi dia tidak tarik balik apa yang dia kata, jangan datang jumpa saya."Malah, katanya, Ismail sehingga kini masih belum mendapat perkenan Tuanku Muhriz untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).Faezuddin berkata, pendirian mempertahankan institusi Raja seharusnya konsisten dan tidak hanya dibangkitkan apabila melibatkan pihak tertentu."Kalau benar mahu mempertahankan institusi Raja, mulakan dengan parti sendiri."Jangan sampai kesetiaan kepada Raja dijadikan modal politik, sedangkan prinsipnya berubah apabila terkena batang hidung sendiri," katanya menerusi kenyataan di Facebook.Beliau turut menggunakan peribahasa 'Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak' bagi menggambarkan apa yang disifatkannya sebagai ketidakselarasan pendirian dalam isu berkenaan.Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pendirian Onn Hafiz sebelum ini mempertahankan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong susulan polemik pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Onn Hafiz menjelaskan sebarang persoalan atau kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat perlu dirujuk kepada kerajaan dan pihak bertanggungjawab, bukannya menjadikan Istana sebagai sasaran pertikaian politik.Ujar Pengerusi UMNO Johor itu lagi, sekiranyq terdapat kekeliruan pimpinan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Majlis Peguam sepatutnya penjelasan perlu diperoleh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Letak jawatan jika enggan hormati titah Agong, KJ cabar menteri DAP - FMT - 12/11 7:52 pm

Bekas ketua Pemuda Umno menyoal sama ada penghormatan terhadap institusi raja berperlembagaan hanya diberikan apabila keputusan memihak kepada kepentingan politik.





'Ayahanda mahu tenangkan fikiran dulu' - Yana Najib - Sinarharian - 12/11 7:27 pm

Buat masa sekarang, ayahanda masih menenangkan fikiran dahulu. Saya pun tidak dapat berjumpa dengannya semalam kerana terus bergegas datang berkempen."Saya rasa lega kerana beliau sudah dapat melaksanakan dan meneruskan proses tahanan rumah," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program kempen PRN Melaka.Ditanya kesan perkembangan itu terhadap jentera parti, Yana berkata, kepulangan bapanya turut memberikan suntikan semangat bukan sahaja kepada dirinya, malah anggota jentera BN yang sedang berusaha memastikan kemenangan parti itu di Melaka.Jelasnya, perkembangan berkenaan tidak disangka berlaku serentak dengan tempoh kempen, namun maklum balas diterima daripada jentera BN menunjukkan mereka gembira dan bersyukur apabila Najib akhirnya dapat menjalani tahanan rumah."Sudah terlalu lama kita menunggu berita baik ini dan insya-ALLAH, kepada penyokong Datuk Najib serta jentera BN, jadikanlah perkembangan ini sebagai motivasi untuk terus berkempen bersungguh-sungguh dalam tempoh 48 jam ini dan memastikan BN menang di Melaka," ujar beliau.Dalam pada itu, Yana mengakui perkembangan berkenaan mungkin mempunyai dua sudut pandang berbeza, iaitu pihak yang menyokong dan menentangnya.Bagaimanapun, katanya, sebagai anak perempuan, beliau dan keluarga sudah lama berdoa untuk melalui detik berkenaan manakala sebagai ahli parti, beliau mahu peraturan serta penghormatan terhadap institusi Raja terus dipelihara."Itu sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan





Pegawai polis disamun empat warga Pakistan bersenjata tajam - Sinarharian - 12/11 6:44 pm

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMAS KINI] Polis mereman empat warga Pakistan bagi membantu siasatan kes samun bersenjata tajam hingga mengakibatkan seorang pegawai polis cedera, dalam kejadian berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Samagagah, Permatang Pauh di sini pada Selasa.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, dua lelaki dan dua wanita berusia 23 hingga 36 tahun itu kini direman hingga 17 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan."Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Kesemua individu itu ditahan dalam dua serbuan di Kuala Lumpur petang semalam serta awal pagi hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.Dalam kejadian itu, lelaki berusia 43 tahun itu cedera selepas disamun empat suspek yang bersenjatakan objek tajam.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah dilaporkan berkata, kejadian kira-kira 11.30 pagi itu dipercayai melibatkan suspek warga asing dari negara Asia Tengah dengan dua daripadanya adalah wanita.Suspek dipercayai bertindak agresif dan menggunakan objek besi tajam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan sebelum melarikan barangan peribadi milik mangsa, dengan kerugian keseluruhan dianggarkan RM10,000.Modus operandi kumpulan itu adalah dengan meminta sumbangan wang daripada orang awam yang berada di kawasan stesen minyak sebelum bertindak melakukan jenayah samun





Amir Raja Lawak masih dirawat di ICU - Sinarharian - 12/11 6:23 pm

KOTA BHARU - Pelawak Mohammad Amirullah Azmi, 37, atau lebih dikenali dengan nama 'Amir Raja Lawak' masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali berkata, bagaimanapun Amirkini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan."Menurut ibu Amir pada tengah hari tadi, dia berselera makan."Malah kesihatannya lebih baik berbanding semalam (Rabu) dan turut ditemani ibu serta isterinya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Terdahulu pada Rabu, Amir Raja Lawak dilaporkan mempunyai penyakit asma sejak kecil dan keadaan cuaca sejuk memburukkan lagi keadaan kesihatannya, kebetulan pula dia sudah beberapa hari demam.Amir dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.





Pengampunan Najib hak mutlak Agong, semua pihak perlu hormat – .. - Mygazette - 12/11 4:33 pm

# Pengampunan Najib hak mutlak Agong, semua pihak perlu hormat - Mohamad DURIAN TUNGGAL Semua pihak diingatkan supaya tidak mempersoalkan hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja-Raja Melayu berhubung keputusan pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





Seru NGO usahakan akta tahanan rumah terbalik, luar tabii ??? Wan... - Mygazette - 12/11 4:33 pm

# Seru NGO usahakan akta tahanan rumah terbalik, luar tabii Wan Saiful KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan seruan Datuk Seri Mohamad Sabu supaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggusahakan penggubalan satu akta baharu tahanan rumah sebagai sesuatu yang terbalik dan luar tabii





Man who posed as Selangor crown princes aide pleads guilty to RM33,000 used-car scam - Malaymail - 12/11 4:23 pm

SHAH ALAM, Nov 12 A man who went viral for impersonating an aide-de-camp (ADC) to the Raja Muda of Selangor plea...





Lelaki menyamar juruiring Raja Muda mengaku bersalah - Utusan - 12/11 3:31 pm

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) kepada Raja Muda Selangor hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana menipu melibatkan urusan jual kenderaan lelong bernilai RM30,000 pada Mei lepas





Tony Pua biadab, Anwar perlu ambil tindakan - UMNO Kelantan - Sinarharian - 12/11 1:51 pm

KOTA BHARU - UMNO Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan serius terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.Ia susulan kenyataannya di Facebook yang didakwa mempersendakan dan mempersoalkan perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung pengurniaan lega hukum bagi tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak.Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor berkata, ia bukan sahaja bersifat sindiran melampau, malah didakwa mempunyai unsur hasutan yang boleh mendorong rakyat membenci serta mempertikaikan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong."Tindakan berkenaan menimbulkan persoalan mengenai pendirian DAP dan PH apabila tiada teguran dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti terhadap kenyataan tersebut."Perilaku Tony Pua ini direstui oleh DAP dan PH kerana tidak ada langsung teguran daripada pimpinan atasan parti mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut Noor Hariri, pendirian itu berbeza dengan UMNO yang sentiasa menjunjung tinggi hak dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.Sehubungan itu, beliau meminta Anwar mengambil serius perkara berkenaan kerana ia membabitkan penghormatan terhadap institusi raja negara.





Najib dapat pengampunan - Denyutreformasi - 12/11 1:49 pm

Titah adendum 2024 ini berbeza daripada pengampunan bersyarat yang diperkenankan Sultan Ibrahim pada 18 September 2026. Pada 20 September 2026, media tempatan melaporkan pada Jumaat 18 September 2026, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bersidang di Istana Negara





Isu pengampunan Najib: 'Tanya Anwar, bukan Istana' Onn Hafiz - Sinarharian - 12/11 10:26 am

JOHOR BAHRU Sebarang persoalan atau kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat perlu dirujuk kepada kerajaan dan pihak bertanggungjawab, bukannya menjadikan Istana sebagai sasaran pertikaian politik.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sekiranya terdapat kekeliruan pimpinan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Majlis Peguam sepatutnya penjelasan perlu diperoleh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, perkara itu kerana Anwar sendiri pernah menyatakan dalam sesi Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 bahawa beliau yang membawa kes pengampunan berkenaan untuk dimasukkan dalam agenda."Pemimpin utama mereka sendiri yang bawa ke Lembaga Pengampunan."Inilah perangai sebenar mereka dan ini bukan kali pertama Tony Pua dan konco-konco DAP-nya mencetuskan hasutan serta kontroversi membabitkan institusi diraja."Sebelum ini pun beliau pernah disiasat polis susulan kenyataannya berhubung titah Sultan Selangor





Daripada sibuk tuduh Anthony Loke, lebih baik Umno minta ampun dekat .. - Wrlr - 12/11 8:53 am

Dalam satu kenyataan bersama empat orang Ahli Parlimen DAP, mereka mengingatkan Umno tentang komplot yang didalangi parti biru itu sendiri untuk menurunkan Tuanku Muhriz daripada takhta, sekali gus mencetuskan kemurkaan baginda. Menurut mereka, pengkhianatan terhadap institusi diraja ini tidak boleh dipadamkan daripada lipatan sejarah,meskipun Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Umno akhirnya membuat pusingan U dan kembali mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah





Tony Pua didakwa persenda institusi Agong, UMNO gesa tindakan tegas - Sinarharian - 12/11 12:28 am

SHAH ALAM - UMNO menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran di Facebook yang didakwa mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selain mempersenda, Tony jelas turut mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan.Menurut beliau, kenyataan berkenaan turut mengundang komen pengguna media sosial yang didakwa menghina seorang Raja Berdaulat."UMNO ingin bertanya apakah pihak berkuasa Kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Peguam Negara boleh membiarkan perkara seumpama ini."Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas akan memberikan isyarat yang salah bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri takut untuk bertindak terhadap DAP," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Rabu.Asyraf Wajdi turut mendakwa tindakan Tony itu bukan kali pertama kerana sebelum ini beliau pernah mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung penghayatan terhadap Rukun Negara."Kebiadapan melampau ini tidak boleh dimaafkan tetapi mesti dikenakan tindakan tegas," tegasnya lagi.Beliau turut memberi nasihat bahawa kegagalan pihak berkuasa bertindak dikhuatiri boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Melayu sehingga membawa kepada keadaan yang tidak dapat dijangkakan.





Lelaki rugi RM10,000 diserang empat warga asing di stesen minyak - Sinarharian - 11/11 10:24 pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki berusia 43 tahun cedera selepas disamun sekumpulan empat individu yang dipercayai menggunakan objek besi tajam dalam kejadian di susur masuk sebuah stesen minyak di Jalan Samagagah di sini pada Selasa.Kumpulan yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita disyaki warga asing dari Asia Tengah itu turut melarikan barangan peribadi mangsa sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan RM10,000.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, SelasaMenurutnya, kumpulan suspek dipercayai menggunakan modus operandi meminta sumbangan wang daripada orang awam yang berada di kawasan stesen minyak sebelum bertindak melakukan jenayah samun."Dalam kejadian tersebut, suspek dipercayai bertindak agresif dan menggunakan objek besi tajam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan sebelum melarikan barangan peribadi miliknya."Anggaran kerugian keseluruhan akibat kejadian itu adalah sebanyak RM10,000," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Marsila Hamzah menerusi talian 019-472 5217 bagi membantu siasatan.Dalam pada itu, Nik Aminuddin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik sedemikian."Sekiranya berhadapan situasi mencurigakan atau ancaman seumpama itu, orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan bantuan dan perlindungan di stesen minyak yang merupakan rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi program Go To Safety Point (GTSP)."Pemilik dan pengusaha stesen minyak juga diminta supaya sentiasa peka terhadap kegiatan seumpama itu serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan."Orang ramai yang melihat atau berhadapan situasi sedemikian diminta segera menghubungi Bilik Gerakan CCC Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menerusi talian 04-222 1722 atau 04-269 1999 atau membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.





Tak perlu tuduh Loke, mohon ampun dulu kepada Tuanku Muhriz, pemimpin DAP beritahu Umno - FMT - 11/11 9:42 pm

Sekumpulan pemimpin DAP berkata, tindakan cabar kedudukan raja Melayu ialah satu bentuk penderhakaan, tidak boleh dipandang ringan.





UMNO anggap protes keputusan pengampunan Najib cabar kuasa Agong - Ahmad Zahid - Sinarharian - 11/11 4:14 pm

SHAH ALAM Sebarang tindakan memprotes keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membawa maksud mencabar kuasa Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah adalah hak Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong yang perlu dihormati semua pihak.Beliau berkata, pendirian itu selaras dengan peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa pengampunan kepada Seri Paduka Baginda."UMNO berpendirian sebarang perbuatan yang memperlihatkan unsur-unsur protes termasuk menjadikan keputusan pengampunan bersyarat yang dititahkan sebagai alasan sesuatu tindakan diambil, ia boleh membawa maksud kepada mencabar dan menderhaka terhadap kuasa Perlembagaan Tuanku."UMNO akan tetap teguh mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan Tuanku serta Institusi Raja-Raja Melayu," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta sehingga 23 Ogos 2028.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Malaysia adalah negara hukum dan semua pihak bertanggungjawab mempertahankan proses perundangan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.Sehubungan itu, beliau merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas ketegasan titah berhubung keputusan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah."Sesungguhnya keputusan pengampunan bersyarat diberikan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah cerminan kuasa dan hak Perlembagaan Kebawah Duli Tuanku yang wajib dihormati oleh segenap lapisan institusi dan rakyat jelata," ujar beliau.





Peletakan jawatan Anthony Loke: Jangan rakyat jadi mangsa polemik politik - Pemuda UMNO - Sinarharian - 11/11 3:32 pm

JOHOR BAHRU - Keputusan Anthony Loke meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan tidak seharusnya menyebabkan urusan rakyat menjadi mangsa polemik politik, terutama membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam dan keselamatan jalan raya.Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hairi Mad Shah berkata, setiap pemimpin berhak membuat keputusan untuk meletakkan jawatan, namun tindakan itu wajar dinilai apabila dikaitkan secara langsung dengan pelaksanaan keputusan mahkamah berhubung baki hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tahanan rumah.Menurut beliau, perbezaan pendirian politik tidak sepatutnya menjejaskan penghormatan terhadap institusi raja dan undang-undang negara.Beliau berkata, rakyat perlu memahami bahawa kuasa pengampunan adalah hak Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan bukannya keputusan mana-mana parti politik."YB AnthonyLoke sendiri menyatakan bahawa DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong





Dakwaan Ahmad Maslan terhadap DAP adalah fitnah - Adly - Sinarharian - 11/11 12:38 am

MELAKA - Dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan bahawa pemimpin utama DAP tidak menerima gelaran kebesaran seperti "Datuk" kerana pendirian parti itu terhadap institusi Raja-Raja Melayu, adalah fitnah, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.Adly yang juga Naib Presiden Amanah turut menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai cubaan untuk memburukkan PH ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 masih berlangsung."Jadi, sebab itu saya simpulkan kenyataan itu satu fitnah," katanya pada sidang media harian PH di Bilik Gerakan Utama PH di sini hari ini.Beliau juga berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas kerana terdapat pemimpin DAP yang menerima gelaran kebesaran ketika PH mentadbir kerajaan termasuk di Melaka."Ada pemimpin tertinggi DAP (seperti) Tan Sri Lim Kit Siang, turut menerima gelarandalam kalangan pemimpin UMNO sendiri pun ada yang tidak bergelar seperti Tun Ghafar Baba yang menerima gelaran selepas beliau meninggal dunia," katanya.Media melaporkan, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya ketika berucap pada ceramah pilihan raya di Kampung Lendu Dalam malam tadi mendakwa pemimpin DAP tidak cenderung menerima gelaran kebesaran kerana tidak mahu mengiktiraf kedudukan dan institusi Raja-Raja Melayu.Ahmad turut berkata, perkara itu antara sebab UMNO mempunyai perbezaan ideologi dengan DAP, selain isu berkaitan konsep negara sekular dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Melaka ke-16 pada Sabtu ini dengan 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN berkenaan kali ini





Mohamad Sabu offers entire ministerial salary to push for fair house arrest law - Sinardaily - 11/11 12:04 am

JASIN Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu is prepared to donate his entire monthly ministerial salary of RM11,900 to support efforts to establish a fair and transparent house arrest mechanism applicable to all prisoners.The Kota Raja MP said the contribution would continue until the dissolution of Parliament for the current term, with the funds channelled to non-governmental organisations (NGOs) working alongside legal practitioners and civil society to push for the proposed legal framework.He said the initiative aimed to establish a mechanism allowing prisoners to serve half of their sentences behind bars and the remaining half under house arrest."Guided firmly by the principles of the Rukun Negara, particularly loyalty to the King and country, the supremacy of the Constitution and the rule of law."I wish to stress that justice in this country must be upheld equally, regardless of a person's position, rank, political influence or background," he said at a special press conference in Merlimau today.Mohamad stressed that the proposal was not intended to grant special treatment to any individual, but to ensure that equality before the law applied to everyone, regardless of their status or background.He said the mechanism should be established through a specific Act or clear legal provisions to ensure all prisoners could qualify for the same facility under fair and transparent regulations."I have no personal problems or disputes with Datuk Seri Najib Razak or his family members."I do not want this to happen to anyone





Anwar masih ada mandat, tidak perlu layan desakan UMNO bubar Parlimen .. - Mygazette - 11/11 7:17 am

# Anwar masih ada mandat, tidak perlu layan desakan UMNO bubar Parlimen - DAP BATU BERENDAM UMNO sepatutnya menarik balik sokongan sekiranya tidak lagi mahu bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan, bukannya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen





Rasuah musuh keadilan titah Raja-Raja Melayu kembali jadi perhatian susulan isu pengampunan Najib - Harapandaily - 11/11 7:12 am

Keputusan pada 10 November itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan menyemak semula perintah yang... The post Rasuah musuh keadilan titah Raja-Raja Melayu kembali jadi perhatian susulan isu pengampunan Najib appeared first on Harapan Daily .





Bubar Parlimen: Kuasa di tangan Anwar, bukan TPM - Anthony Loke - Sinarharian - 10/11 11:11 pm

Walaupun saya meletakkan jawatan daripada Kabinet, kita memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus mentadbir negara."Jadi, memang tidak ada keperluan untuk tunduk kepada tekanan yang cuba dibawa oleh UMNO kepada Perdana Menteri. Kita tahu permainan politik mereka," katanya ketika ditemui selepas ceramah Pakatan Harapan (PH) di Melaka Baru di sini pada Selasa.Setiausaha Agung DAP itu menambah, sekiranya UMNO merasakan tidak lagi boleh bekerjasama atau menghormati Perdana Menteri, parti itu sepatutnya mengambil tindakan berhubung sokongan politik mereka dan bukannya mendesak Parlimen dibubarkan."Sepatutnya kalau mereka rasa sudah tidak boleh bekerjasama ataupun tidak lagi menghormati Perdana Menteri, mereka boleh buat tindakan dari segi sokongan atau menarik balik sokongan."Tetapi tidak perlu menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen," katanya.Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, semua pihak perlu menghormati kuasa Raja-raja, Perlembagaan dan undang-undang negara berhubung keputusan membabitkan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau mengakui keputusan itu mungkin sukar diterima oleh sebahagian masyarakat, namun menegaskan ia perlu dihormati."Ya, sudah tentu saya yakin ramai orang juga susah untuk menerima fakta bahawa Najib boleh melalui tahanan rumah tetapi saya yakin kita perlu menghormati kuasa Raja dan Perlembagaan serta undang-undang di negara ini."Kita terima keputusan itu dan sama ada kita boleh menerimanya atau tidak, boleh nyatakan pilihan melalui kertas undi," ujar beliau.Ditanya sama ada isu Najib bakal mempengaruhi keputusan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Anthony berkata, perkara itu terpulang kepada pertimbangan rakyat.Bagaimanapun, katanya, pilihan pengundi tidak hanya bergantung kepada isu membabitkan individu tertentu, sebaliknya turut mengambil kira prestasi wakil rakyat, khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negeri."Faktor Najib juga salah satu faktor yang boleh dipertimbangkan oleh pengundi," katanya.Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon yang bakal menggantikannya susulan peletakan jawatan daripada Kabinet, Anthony berkata, perkara itu belum dibincangkan."Tentang pengganti saya, nanti kita bincang hal itu





'Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet, tapi bubar Parlimen' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 10/11 9:41 pm

Sebaik-baiknya Parlimen dibubarkan, iaitu kita berikan mandat semula kepada rakyat. Dan kita bentuklah Kabinet baharu selepas itu," katanya selepas ditemui pada program Perhimpunan Kakitangan Kemas Bersama Kepimpinan Tertinggi di sini pada Selasa.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku rombakan Kabinet.Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, belum tiba masanya untuk mempertimbangkan rombakan Kabinet.Ia susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berakhir pada 11 Disember ini.Sementara itu, pada 6 November lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya untuk tahanan rumah.Pada 7 November, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang





KDN sedia laksana tahanan rumah Najib hingga 23 Ogos 2028 - Sinarharian - 10/11 6:59 pm

PUTRAJAYA Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian sentiasa menghormati dan menjunjung tinggi keputusan pengampunan diraja yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan kuasa di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, setiap keputusan yang dibuat melalui saluran perlembagaan perlu dihormati dan dilaksanakan mengikut undang-undang."Kementerian Dalam Negeri bersedia melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 November 2026 yang memerintahkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda bertarikh 6 November 2026 dibatalkan dan diganti dengan Perintah Pengampunan Bersyarat."Yakni tertuduh hendaklah menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan rumah di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur sehingga 23 Ogos 2028," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Terdahulu, Najib, 73, diperintah menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO itu.Hakim, Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu dan mendapatkan perintah pelepasan baharu.Mengulas kelewatan pelaksanaan sebelum ini, Saifuddin berkata, ia berlaku berikutan terdapat persoalan undang-undang berkaitan tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat dan kesan perundangan Perintah Pelepasan bertarikh 6 November.Beliau berkata, persoalan berkenaan khususnya melibatkan pelaksanaan baki hukuman melalui kaedah tahanan rumah dan telah diperjelaskan menerusi keputusan Mahkamah Tinggi pada Selasa.Sehubungan itu, katanya, KDN menghormati pendirian Jabatan Peguam Negara bahawa persoalan berkenaan perlu diperjelaskan melalui proses kehakiman bagi memastikan setiap tindakan kerajaan mempunyai asas perundangan yang jelas, teratur dan sah."Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya menegaskan bahawa tanggungjawab kementerian dan Jabatan Penjara adalah memastikan setiap keputusan berkaitan pelaksanaan hukuman dan tahanan dilaksanakan berdasarkan undang-undang serta arahan mahkamah yang sah," katanya.Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kes berkenaan merupakan kes berprofil tinggi yang mempunyai implikasi politik dan persepsi awam yang besar.Justeru, beliau menyeru semua pihak mengendalikan perkara itu secara matang dan bertanggungjawab tanpa membiarkan polemik politik menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.Beliau turut menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan kedudukan dan peranan institusi Raja-Raja Melayu dalam kerangka Raja Berperlembagaan, selain menjunjung keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kebebasan badan kehakiman.





Banjir Nepal: MASFIH tuntut Wisma Putra beri penjelasan pengisytiharan kematian - Sinarharian - 10/11 6:32 pm

KUALA LUMPUR - Wisma Putra digesa memberi penjelasan segera berhubung status 54 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir lumpur di Nepal, khususnya berkaitan proses pengisytiharan kematian serta implikasi perundangan terhadap keluarga terlibat.Jurucakap Malaysia Solidarity Family in Hope (MASFIH), Dr R Manivannan berkata, keluarga mangsa masih belum mendapat kepastian mengenai prosedur yang perlu dilalui sekiranya pengisytiharan kematian dikeluarkan oleh pihak berkuasa Nepal, termasuk sama ada dokumen berkenaan boleh diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Menurutnya, perkara itu perlu diperjelaskan segera kerana keluarga bukan sahaja berdepan ketidakpastian mengenai nasib ahli keluarga, malah perlu memahami kesan perundangan terhadap urusan harta pusaka dan kewangan."Kita mahu Wisma Putra menjelaskan sama ada istilah pengisytiharan kematian yang digunakan itu merupakan ketetapan kerajaan Nepal atau hanya istilah yang digunakan oleh pihak Malaysia."Ini penting kerana bagaimana sekiranya seseorang yang diisytiharkan meninggal dunia ditemukan masih hidup selepas ini?"Selagi tiada bukti, mayat ditemukan atau pengesahan DNA dilakukan, keluarga masih mempunyai harapan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadap Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Arif di Istana Darul Amam di sini pada Selasa.Manivannan menegaskan, keluarga turut bimbang proses pengiktirafan dokumen kematian di Malaysia akan mengambil masa panjang kerana mungkin memerlukan tindakan mahkamah atau penilaian semula dari sudut perundangan.Malah menurutnya, urusan berkenaan berpotensi mengambil masa antara tiga hingga sembilan bulan, malah boleh berlanjutan sehingga setahun sebelum keluarga dapat menyelesaikan urusan berkaitan harta peninggalan."Selepas pengisytiharan kematian diperoleh, keluarga masih perlu melalui proses mahkamah untuk urusan probet atau mendapatkan surat kuasa mentadbir sekiranya tiada wasiat."Bagi keluarga Islam pula, urusan pembahagian harta pusaka mengikut faraid juga perlu dilakukan





Jangkitan paru-paru, Amir Raja Lawak tunggu giliran masuk ICU - Kosmo - 10/11 4:52 pm

PETALING JAYA – Pelakon Lando Zawawi memaklumkan rakan seperjuangan yang juga pelawak Amir Raja Lawak akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan paru-paru





Amir Raja Lawak dimasukkan ke ICU - Sinarharian - 10/11 4:44 pm

SHAH ALAM - Pelawak, Mohammad Amirullah Azmi atau lebih dikenali dengan nama 'Amir Raja Lawak' dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.Perkara tersebut dikongsikan pelakon, Lando Zawawi menerusi hantaran terbaharu di Facebook beliau.Lando berkata, Amir kini sedang menunggu giliran di unit rawatan rapi (ICU) untuk proses seterusnya, namun tidak memperincikan lokasi hospital berkenaan."Saya baharu saja mendapat keizinan daripada ibu Amir (Puan Nizan) untuk memohon sanak-saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita, Mohammad Amirullah Azmi supaya mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat."Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya





Kini menunggu giliran di ICU Amir Raja Lawak Kini Di Hospital, Jangkitan Paru-Paru - Lobakmerah - 10/11 4:36 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Pelawak dan pelakon popular, Mohammad Amirullah bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak, dikhabarkan sedang berada dalam keadaan membimbangkan dan kini menunggu giliran di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan paru-paru





Doakan Amir Raja Lawak, Kini Sedang Tunggu Giliran Di ICU - Lando Zawawi - Siakapkeli - 10/11 4:22 pm

Pelawak Amir Raja Lawak dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru dan kini sedang menunggu giliran di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi proses rawatan seterusnya.Perk...





3 politicians in Prabowos Cabinet resign from party led by Jokowis son - CNA - 10/11 4:13 pm

The three - Giring Ganesha Djumaryo, Raja Juli Antoni, and Isyana Bagoes Oka - all announced their resignations from the Indonesian Solidarity Party (PSI) on Monday (Nov 9).





Veteran golfer Raja Kelly brings loved ones together for Deepavali - FMT - 10/11 7:00 am

The 76-year-old welcomed family and friends from near and far for a festive reunion in Cyberjaya.





Kesilapan dokumen: Pendaftar Mahkamah Tinggi perlu mohon maaf kepada .. - Mygazette - 9/11 3:20 pm

# Kesilapan dokumen: Pendaftar Mahkamah Tinggi perlu mohon maaf kepada Agong, Najib KUALA LUMPUR Permohonan maaf secara rasmi kepada Datuk Seri Najib Razak serta Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat susulan kesilapan yang dilaporkan terdapat dalam dokumen perintah mahkamah berkaitan bekas Perdana Menteri itu. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, institusi kehakiman mesti sentiasa memelihara ketelitian, kewibawaan dan integritinya terutama dalam mengendalikan dokumen rasmi yang melibatkan hak individu serta pelaksanaan titah diraja





Sejarahlah yang membentuk kita hari ini - Utusan - 9/11 8:00 am

SAYA menyangka saya akan menghabiskan waktu petang dengan bersiar-siar di sebuah muzium di Abu Dhabi. Namun, ketika melangkah keluar, saya terfikir tentang Pahang, raja-raja kita, generasi muda dan perjalanan penyelidikan yang bakal saya mulakan





AG tidak wajar cipta tafsiran perlembagaan baharu yang bercanggah dgn YDPA .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# AG tidak wajar cipta tafsiran perlembagaan baharu yang bercanggah dgn YDPA KUALA LUMPUR - Peguam Negara (AG) bertanggungjawab melaksana dan memudahcara keputusan yang telah dibuat mengikut Perlembagaan, bukan untuk mencipta tafsiran baharu yang bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Gerakan Suara Rakyat Malaysia Sejahtera (Suara Rakyat) berpendirian, apabila Peguam Negara mengambil pendirian yang berbeza dengan YDPA, ia bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah menghakis keyakinan terhadap institusi negara dan mencemar maruah sistem Raja Berperlembagaan





Pengampunan diraja bukan bahan pertikaian berpanjangan – MIC - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Pengampunan diraja bukan bahan pertikaian berpanjangan - MIC KUALA LUMPUR - MIC menggesa semua pihak termasuk institusi kerajaan dan pihak yang terlibat dalam proses perundangan supaya menghormati serta menjunjung tinggi titah dan keputusan pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak





Lelaki miliki 11 rekod lampau ditahan rogol anak saudara - Sinarharian - 8/11 8:45 pm

BESUT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berdepan detik hitam apabila dipercayai menjadi mangsa rogol bapa saudaranya sendiri di Kampung Raja, di sini.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa bertindak mendedahkan kejadian tersebut dengan mengadu kepada ahli keluarganya.Menurutnya, susulan pendedahan itu, pihak polis telah menerima satu laporan pada 8 November berhubung kes rogol berkenaan."Bertindak atas maklumat, suspek berusia 40 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa berjaya ditangkap pada jam 2.45 petang di rumahnya di Kampung Raja bagi membantu siasatan."Hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis Methamphetamine."Siasatan lanjut turut mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau yang melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah serta jenayah," katanya pada Ahad.Mengulas lanjut, Mohd Rozaime berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.Tambahnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan."Polis Daerah Besut memandang serius sebarang bentuk jenayah seksual terutamanya yang melibatkan kanak-kanak."Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak serta segera membuat laporan kepada pihak polis sekiranya berlaku sebarang bentuk penderaan atau gangguan seksual," tegas beliau.





Jangan jadi hamba duit hingga gadai prinsip - Harakahdaily - 8/11 7:56 pm

Hendak itu, hendak ini. Kadang-kadang sampai sanggup melakukan perkara yang tidak betul, asalkan apa yang dihajati dapat diperoleh.” Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ (Dr) Mohd Amar Abdullah merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat itu berkata, […] The post Jangan jadi hamba duit hingga gadai prinsip appeared first on Harakahdaily .





Tahanan rumah Najib perlu penjelasan kehakiman - Sinarharian - 8/11 2:20 pm

SHAH ALAM - Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA), Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) serta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa semua pihak memberi ruang kepada proses perundangan sewajarnya.Gesaan itu bagi menyelesaikan segala kekaburan undang-undang berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga organisasi itu berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilihat sudah mengenal pasti secara teliti satu kekaburan serius, jika bukan kesilapan, dalam Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 6 November yang boleh menyebabkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International dilepaskan.Menurut kenyataan itu, sama ada kekaburan atau kesilapan berkenaan disengajakan atau sebaliknya, ia sudah melangkaui pemahaman umum mengenai keputusan Lembaga Pengampunan berhubung tahanan rumah Najib."Malah, secara ironinya, jika Najib dilepaskan secara tidak sah daripada hukuman dalam kes SRC, hukuman penjara 15 tahun terhadapnya dalam kes 1MDB-Tanore sepatutnya bermula serta-merta," menurut kenyataan itu pada Ahad.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa sebarang usaha menjadikan kekaburan atau kesilapan berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah akan menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang serta mengubah asas Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan berteraskan demokrasi berparlimen.Menurut mereka, perbezaan tafsiran terhadap peruntukan perlembagaan dan undang-undang antara institusi adalah perkara biasa, justeru badan kehakiman diperlukan untuk mentafsir dan menjadi penimbang tara."Menafikan peluang AGC mendapatkan penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan serta membolehkan kekaburan itu diperbetulkan oleh mahkamah akan menjejaskan kedaulatan undang-undang," menurut kenyataan.Keadaan itu juga, menurut kenyataan berkenaan, boleh menghakis keyakinan masyarakat dan antarabangsa terhadap tadbir urus serta ekonomi Malaysia."Tiada individu atau institusi yang bertindak dengan niat baik sepatutnya takut kepada ketelusan dan kejelasan yang dibawa melalui perbicaraan kehakiman," menurut kenyataan itu.Mereka berkata, sekiranya tahanan rumah Najib adalah berperlembagaan dan mempunyai asas kehakiman yang kukuh, tempoh menunggu yang singkat akhirnya akan memberi manfaat kepadanya dari sudut pandangan masyarakat.Kenyataan itu turut menyebut Najib sudah menyebabkan negara menanggung kerugian RM2.32 bilion menerusi kes SRC dan 1MDB-Tanore, justeru beliau perlu mengelak daripada mendesak proses berkenaan dipercepatkan sehingga menjejaskan lagi kedaulatan undang-undang serta keyakinan awam terhadap demokrasi berparlimen.Menurut mereka, tiada tekanan politik atau kempen awam sepatutnya digunakan untuk mempercepatkan pelaksanaan sesuatu perintah yang status perundangannya masih belum dimuktamadkan."Kepercayaan awam menuntut supaya setiap kekaburan diselesaikan secara telus dan mengikut undang-undang sebelum tahanan rumah Najib dilaksanakan," kata mereka.DALAM pada itu, Projek SAMA, C4 Center dan Bersih berkata, AGC sepatutnya mendedahkan kepada umum pendapat bertulis Peguam Negara berhubung permohonan tahanan rumah Najib.Mereka berpandangan masyarakat berhak mengetahui bagaimana tahanan rumah Najib dikawal selia dan asas perundangan yang membolehkannya dilaksanakan."Walaupun agak lewat, tindakan AGC mengenal pasti kekaburan atau kesilapan berkaitan istilah 'pelepasan' itu wajar dipuji





Tahanan rumah Najib: Laksana titah Agong atau letak jawatan - Wan Saiful - Sinarharian - 7/11 10:23 pm

KOTA MELAKA - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar perlu melepaskan jawatan sekiranya tidak bersedia melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan mempersoalkan titah berkenaan atas alasan terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan tidak munasabah, malah disifatkan sebagai usaha melengahkan pelaksanaannya.Beliau berkata, Peguam Negara yang juga anggota Lembaga Pengampunan sepatutnya mengemukakan sebarang kekeliruan ketika mesyuarat lembaga itu berlangsung dan bukannya membangkitkannya selepas keputusan dibuat.Menurut Pengarah Pilihan Raya Wawasan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu, perkembangan berkenaan menimbulkan persoalan mengenai kesediaan Peguam Negara untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong."Kenapa tak logik? Sebab Peguam Negara duduk dalam Lembaga Pengampunan. Kalau dia rasa keliru, kalau dia rasa tidak pasti ada kekeliruan atau ambiguiti yang perlu diperjelaskan, tanyalah dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan."Kenapa lambat sangat, habis mesyuarat baru fikir? Dia tak boleh jadi afterthought macam ini dan bagi saya, ini hanyalah satu perkara yang dilakukan untuk melengahkan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) DUN Kesidang, di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraBeliau memaklumkan, laporan polis telah dibuat calon PN bagi DUN Kesidang, Albert Kok dan Pengarah Media PN DUN Kesidang, Albert Tei berhubung dakwaan penghinaan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong dalam isu titah tahanan rumah Najib.Mengulas lanjut, Wan Saiful turut mendakwa tindakan itu bukan pertama kali berlaku dan menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai satu lagi tindakan yang tidak sepatutnya terhadap institusi diraja.Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara supaya melepaskan jawatan sekiranya berpendirian bahawa titah Yang di-Pertuan Agong boleh diketepikan."Kalau sekiranya Agong pun dia nak lawan, lebih baik dia letak jawatan




Reformasi     >>



PSM slams Harapan's 'side drama' over Najib house .. - Mkini
Arutchelvan targets Loke's resignation, Mat Sabu forgoing his salary.
Kroni     >>



Nvidia CEO Huang quits after affair with suspected .. - NST
SAN FRANCISCO: Jensen Huang, the leather-jacketed architect of the artificial intelligence boom, resigned as chief executive of Nvidia on Thursday after revelations of two extramarital affairs, including one with a woman accused of spying for China.
Tabloid     >>



Tiada Keperluan Tergesa-Gesa Putuskan Peletakan .. - Siakapkeli
Tiada Keperluan Tergesa-Gesa Putuskan Peletakan Jawatan Anthony Loke - AnwarKUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Tiada keperluan untuk kerajaan tergesa-
Tech     >>



Cramer says Jensen Huang betrayed Nvidia shareholders. .. - Cnbc
Without Huang, Cramer said Thursday, "There won't be a better Nvidia, just a different one."
World     >>



Why did Nvidia CEO Jensen Huang resign, and who is .. - Aljazeera
Huang has stepped down amid revelations about extramarital affairs and allegations of Chinese espionage.
Motor Trend     >>



Honda CR-V Generasi Ketujuh Diumumkan, Semua Varian .. - Careta
SUV itu turut menerima platform baharu, peningkatan prestasi dan kecekapan bahan api, selain perubahan reka bentuk berbanding generasi sebelumnya. Berdasarkan kenyataan rasmi Honda Newsroom bertarikh 12 November 2026, pengumuman tersebut dibuat menjelang ulang tahun ke-30 CR-V pada 2027. Model ..