///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Pusat Dagangan Dunia News   Page 1    



Pekerja maut terjatuh bersama perancah dari tingkat lapan - Mygazette - 11/09 4:07 pm

# Pekerja maut terjatuh bersama perancah dari tingkat lapan BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja maut selepas terjatuh bersama struktur perancah dari tingkat lapan sebuah bangunan di sebuah tapak pembinaan di sini pada 8 Selasa lalu





Pelabur mahu peraturan, penjawat awam mahu sistem bebas ugutan – .. - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Penjawat awam percaya kepada sistem dan tidak dihantui dengan ugutan. Dan siapa pun yang menjadi kerajaan, institusi negara tidak boleh dijadikan alat demi kepentingan politik, katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini





2 maut nahas kereta dan pacuan empat roda - Mygazette - 11/09 4:07 pm

KUANTAN - Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civic dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Gmbang- Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan hari ini





Penyatuan umat Islam akan berjaya – Nik Mohamad Abduh - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan ucapan yang amat meyakinkan bahawa penyatuan umat Islam akan berjaya, insya-Allah dan kita sedang bersedia untuk ke Putrajaya, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini





Sebenci mana pun, mereka tetap ikut rapat UMNO – Zahid - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Sebenci mana pun mereka kepada UMNO, mereka tetap mengikuti dengan rapat. Mereka bertanya, ke arah mana UMNO selepas ini? Dengan parti mana? Gabungan parti mana UMNO akan bekerjasama? Apakah bentuk politik yang mahu kita tawarkan?, katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia hari ini





???Cukup-cukuplah guru??? isyarat Zahid semakin berani? - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Kali ini mula menunjukkan keberanian untuk mencabar apa yang dikatakan sebagai guru. Cukup-cukuplah guru itu satu mesej langsung kepada PMX, khususnya yang dikatakan sebagai guru beliau sebelum ini, katanya kepada MalaysiaGazette pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini





Kerjasama Pas, UMNO sekarang sudah berjalan – Idris Ahmad - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Sebenarnya kerjasama sekarang sudah berjalan pun. Kita memang sudah mengarahkan semua ahli bawah (Pas) kita menjalin hubungan untuk meneroka bersama-sama ahli bawah (UMNO), katanya ketika ditemui media selepas Ucapan Dasar Presiden pada PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini





UMNO, Pas perlu bersatu semula – Ku Li - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Veteran UMNO itu berkata, penyatuan itu kedua parti itu merupakan satu usaha yang baik untuk direalisasikan. "Saya rasa itu bagus, kita boleh bersatu semula, Insya-Allah berkat doa semua, katanya ketika ditemui media selepas Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini





UMNO perlu faham kehendak, jangkaan yang sentiasa berubah UMNO perlu faham .. - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Beliau berkata demikian ketika mengulas Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini





UMNO bukan parti ???menang hari ini, esok?????? ??? Zahid - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Sindiran itu dilontarkan ketika beliau mengingatkan perwakilan bahawa politik tidak boleh dilihat semudah slogan kemenangan segera sedangkan rakyat masih berdepan pelbagai persoalan dan kemelut yang memerlukan penyelesaian sebenar. Kita bukan juga parti yang menjanjikan menang hari ini, menang hari ini, menang hari ini' seolah-olah segala masalah akan selesai keesokan harinya, katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia hari ini





PRU16 perlu disegerakan, ???bagi peluang kami pula??? ??? Zahid - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Cukup-cukuplah. Bagi peluang kami pula, katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), hari ini





Apa jaminan bekalan elektrik cukup bila pusat data beroperasi November .. - Mygazette - 11/09 4:07 pm

# Apa jaminan bekalan elektrik cukup bila pusat data beroperasi November ini? - Amira JOHOR BAHRU - Kerajaan perlu beri penjelasan berkenaan jaminan bekalan tenaga elektrik untuk kegunaan rakyat apabila banyak pusat data siap dibina dan beroperasi pada November ini





Cukup-cukuplah, guru! Jangan butakan mata, tuli telinga – Zahid - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Tanpa menyebut nama secara langsung, Ahmad Zahid berkata, pihak berkenaan perlu menghentikan pendekatan yang boleh menyemarakkan keresahan, kegelisahan dan kekeliruan dalam kalangan rakyat. Cukup-cukuplah, guru! Dengarlah suara kami, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru! Cukup-cukuplah! Insya-Allah, kami boleh buat lebih baik daripada yang guru buat, katanya dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia hari ini





Rumah Bangsa: 45,808 kembali jadi ahli UMNO – Asyraf Wajdi - Mygazette - 11/09 4:07 pm

Mengikut pecahan, jumlah keahlian biasa adalah seramai 1,195,265 orang manakala bagi Pergerakan Wanita, keahlian adalah seramai 1,412,052 orang, Pemuda 418,063 orang dan Puteri 226,076 orang. Lima negeri yang mencatatkan rekod pertambahan ahli baru tertinggi ialah Johor diikuti Pahang, Selangor, Perak dan Sabah, katanya ketika berucap pada perasmian PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini





Pemimpin Pas hadir PAU2026, balas kunjungan UMNO ke muktamarnya - Mygazette - 11/09 4:07 pm

# Pemimpin Pas hadir PAU2026, balas kunjungan UMNO ke muktamarnya KUALA LUMPUR - Kemunculan kepimpinan tertinggi Pas mencuri perhatian apabila menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pagi ini





30 rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki terlibat penipuan dalam talian di Pontianak - Utusan - 11/09 4:04 pm

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan 30 rakyat Malaysia dan seorang warga Taiwan kerana disyaki terlibat aktiviti penipuan dalam talian di Pontianak, Kalimantan Barat





Kolaborasi Agung perkukuh kerjasama tanpa korban identiti parti - Sinarharian - 11/09 3:55 pm

KUALA LUMPUR -Grand Collaborationatau Kolaborasi Agung yang diketengahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat sebagai pendekatan realistik dalam menghadapi landskap politik semasa, selain menawarkan hala tuju baharu kepada rakyat.Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyifatkan,gagasan itu sebagai langkah penting untuk memperkukuh kerjasama antara parti tanpa mengorbankan identiti masing-masing, sekali gus mengelakkan pertembungan yang boleh merugikan rakyat dan negara.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan, ucapan dasar berkenaan sebagai sangat berani, berasaskan realiti dan menyuarakan apa yang diinginkan oleh rakyat.Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, lapan inisiatif di bawah gagasan yang diketengahkan Ahmad Zahid merupakan tawaran baharu berasaskan fakta, kajian dan penilaian untuk membolehkan rakyat menilai UMNO serta BNbersama rakan gabungan sebagai alternatif berkerajaan terbaik."Hari ini rakyat tidak mahu lagi politik retorik, politik hanya berjanji, politik yang menyusahkan rakyat. Sebab itu, Barisan Nasional, UMNO mahu menawarkan yang terbaik, pilihan pada rakyat,"katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC)di sini pada Jumaat.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula berkata, konsepitu ialah satu pendekatan bagi mengekalkan identiti BN, sambil sedia merangkul kerjasama antara wilayah mahupun gagasan parti demi realiti politik hari ini."Jadi, nampaknya kolaborasi itumerupakan konsep yang kita mengekalkan identiti BN ..





PM serah sumbangan khas kerajaan kepada 111 keluarga mangsa kebakaran Numbak - Utusan - 11/09 3:44 pm

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan sumbangan khas Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,500 kepada 111 ketua isi rumah yang terjejas akibat kebakaran di Numbak, di sini





Penyanyi Asal Lagu Tradisional 'Ulek Mayang' Meninggal Dunia - Siakapkeli - 11/09 3:35 pm

Penyanyi Asal Lagu Tradisional 'Ulek Mayang' Meninggal Dunia - Penyanyi asal lagu tradisional ikonik'Ulek Mayang',Hajah Wan Salmah binti Wan Sulaiman





Ucapan Zahid beri keyakinan penyatuan umat Islam akan berjaya, kata Nik Abduh - FMT - 11/09 3:32 pm

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata ucapan dasar presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno memberi isyarat matlamat itu mampu direalisasikan.





UMNO, Pas perlu 'bersatu' - Ku Li - Sinarharian - 11/09 3:24 pm

KUALA LUMPUR - UMNO dan Pas perlu 'bersatu' semula dalam membentuk persefahaman politik serta bergerak sebagai satu keluarga besar.Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pihaknya melihat kehadiran empat pemimpin tertinggi Pas ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 itu sebagai titik tolak yang positif ke arah menuju penyatuan ummah."Saya rasa ia bagus (kehadiran pemimpin Pas ke PAU 2026), kita boleh bersatu semula. Insya-ALLAH berkat doa," kata Tengku Razaleigh atau Ku Li ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Jumaat.Kemunculan pimpinan utama Pas di hari ketiga PAU 2026 mencuri perhatian ramai.Antara pemimpin utama Pas yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.Sementara itu, Ku Li yang juga bekas Ahli Parlimen Gua Musang meminta mantan pemimpin UMNO yang pernah keluar atau terasa hati dengan parti untuk kembali semula.Beliau berpendapat bahawa UMNO mesti bergerak sebagai satu keluarga yang besar dalam memikul tanggungjawab demi memenuhi keperluan rakyat."Patut masuk balik, kita mengalu-alukan mereka ke dalam UMNO bagi membentuk satu keluarga yang besar."Ini kerana banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan memerlukan tenaga serta buah fikiran bagi membolehkan masalah diselesaikan oleh generasi muda," ujarnya lagi.





Anggota trafik maut motosikal bergesel tayar lori - Kosmo - 11/09 3:13 pm

KLANG – Seorang anggota polis trafik maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan tayar lori dalam kejadian di Jalan Kebun di sini, kelmarin





Pelakon Suara One Piece Dan Dragon Ball Z, Mike McFarland Meninggal Dunia Pada Usia 56 Tahun - Siakapkeli - 11/09 2:40 pm

Pelakon Suara One Piece Dan Dragon Ball Z, Mike McFarland Meninggal Dunia Pada Usia 56 Tahun - Pelakon suara veteran yang terlibat dalam versi alih suara





Penyanyi Ulek Mayang meninggal dunia pada usia 82 tahun - Astroawani - 11/09 2:40 pm

Penyanyi dan pelakon asal lagu tradisional ikonik Ulek Mayang, Wan Salmah Wan Sulaiman, meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).





Tafahum Siyasi dan Agenda Malaysia Biru: Dua paksi strategik ucapan dasar Presiden UMNO - Sinarharian - 11/09 2:33 pm

UCAPAN Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 memperlihatkan usaha yang jelas untuk mengalihkan wacana parti daripada nostalgia politik kepada persoalan strategi, kerjasama dan tawaran dasar.Daripada keseluruhan ucapan bertemakan "Melakar Masa Depan Bangsa", dua gagasan paling menonjol ialah Tafahum Siyasi sebagai kerangka persefahaman politik dan Agenda Malaysia Biru sebagai tawaran dasar jangka panjang sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali menerajui kerajaan Persekutuan.Kedua-duanya saling melengkapi





Koperal maut motosikal bergesel lori - Sinarharian - 11/09 2:29 pm

KLANG - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kebun di sini pada Rabu.Mangsa Koperal Izwan Napiah, 41, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Kebun menghala ke Rimbayu.Menurutnya, semasa bergerak lurus, motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dengan bahagian tayar sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan."Kesan pergeselan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh di jalan raya."Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, polis memohon kerjasama orang ramai atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi BSPT IPD Klang Selatan atau mana-mana balai berhampiran.Tambahnya, polis menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang ditetapkan.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





'Cukup-cukuplah guru' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 11/09 2:20 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir pemimpin yang didakwa enggan mendengar keluhan dan keresahan dibangkitkan masyarakat.Meskipun tidak menamakan pemimpin terbabit, Ahmad Zahid dalam nada sinis menggesa individu berkenaan untuk menghentikan segera tindakan yang 'tidak sihat' kepada pembangunan negara.Timbalan Perdana Menteri itu turut memberi jolokan 'guru' kepada pemimpin terbabit, merujuk kepada 'meme' tular di media sosial yang digunakan orang ramai ketika ini.Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukan mahu membakar api atau membangkitkan provokasi, sebaliknya ingin memastikan keresahan rakyat tidak terus dipandang remeh."Cukup-cukuplah, guru! Dengarlah suara kami, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru! Cukup-cukuplah! Insya-ALLAH, kami boleh buat lebih baik daripada apa yang guru buat."Saya bukan mahu membakar api atau memprovokasikan sesuatu, tetapi kita tidak mahu menyemarakkan keresahan."Menimbulkan kegelisahan, apatah lagi kekeliruan yang tidak berkesudahan," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.Tidak cuma itu, slanga Gen-Z terus dimainkan ketika ucapan Ahmad Zahid bagi menyeru anak-anak muda supaya menjadikan Rumah Bangsa sebagai tempat untuk berkarya.Katanya lagi, ruang dan peluang dibuka seluas-luasnya untuk anak muda melakar kanvas perjuangan UMNO dengan idea baharu serta impian generasi berkenaan."Kalau anakanda ada idea yang 'slay', jangan simpan





Anwar mahu MA63 dijadikan naratif nasional - Sinarharian - 11/09 2:02 pm

KOTA KINABALU - Perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dijadikan sebagai naratif nasional dan bukan lagi dilihat sebagai isu yang hanya melibatkan Sabah dan Sarawak.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu penting kerana pelaksanaan perkara berkaitan MA63 merupakan komitmen negara yang perlu difahami seluruh rakyat Malaysia.Menurutnya, perbincangan mengenai MA63 tidak seharusnya bersifat sektoral sehingga perkara berkaitan Sabah dan Sarawak perlu dibincangkan secara berasingan setiap tahun."Saya sudah cadangkan supaya perbincangan MA63 itu dijadikan naratif nasional





[EKSKLUSIF] Di Sebalik Tembok Penjara, Mereka Cuma Mahukan Peluang Kedua Untuk Bina Semula Kehidupan - Ohmedia - 11/09 1:56 pm

Tembok tinggi dan pintu besi menjadi pemisah antara mereka dengan dunia luar





Ahmad Zahid sedih permohonan pengampunan Najib ditangguh - Sinarharian - 11/09 1:21 pm

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesedihannya apabila permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan.Ahmad Zahid berkata, pihaknya dalam masa sama mengharapkan perkara terbaik dapat diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu."Kami bersedih dengan keputusan itu. Bagaimanapun, kami tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim."Kami juga merayu agar gunakanlah seluruh kebijaksanaan dan daulat Tuanku untuk membuat keputusan yang terbaik."Kami tetap mendukung institusi raja-raja selain mengharapkan (perkara) yang terbaik diberikan kepada Datuk Seri Najib," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Jumaat.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bakal diadakan kelak.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan





'Ini kehendak rakyat' - Ahmad Zahid gesa PRU16 disegerakan - Sinarharian - 11/09 1:16 pm

lawan sampai... (menang)," katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Jumaat.Ahmad Zahid berkata, dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini, negara menyaksikan berlakunya permanent political warfare atau peperangan politik yang berterusan, meskipun pilihan raya telah lama berakhir.Tambah beliau, keadaan itu turut menyebabkan rakyat semakin penat dengan polemik politik yang sering berkisar mengenai persoalan mengenai pihak yang mahu dijatuhkan."Walaupun pilihan raya telah lama selesai





Nahas helikopter: Proses bedah siasat mangsa selesai - Polis - Sinarharian - 11/09 12:37 am

KUCHING - Proses bedah siasat kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, pada Selasa lepas selesai pada 7.30 malam tadi.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk."Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik," katanya kepada Bernama hari ini.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuPada Selasa, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang, terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44





Kerjasama Strategik Pemuliharaan MPOGCFPerhilitan Berjaya Lahirkan 8 Anak Harimau Malaya - Lobakmerah - 11/09 12:35 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





'Game' Tempatan Ondeh Ondeh Tembusi Pentas Dunia, Jalin Kerjasama Dengan Bandai Namco - Siakapkeli - 11/09 12:33 am

'Game' Tempatan Ondeh Ondeh Tembusi Pentas Dunia, Jalin Kerjasama Dengan Bandai Namco - Industri permainan video tempatan semakin menunjukkan taring





UMNO sedia gariskan Agenda Malaysia Biru jika kembali terajui Putrajaya - Sinarharian - 11/09 12:16 am

KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama rakan-rakan politik yang sehaluan akan menggariskan Agenda Malaysia Biru sebagai kerangka baharu pembangunan negara menjelang 100 tahun kemerdekaan Malaysia, sekiranya kembali menerajui Putrajaya.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda berkenaan bukan sekadar membawa maksud gelombang politik berwarna biru, sebaliknya mencerminkan aspirasi untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat, bersatu, inovatif serta berpendapatan tinggi."Dengan agenda ini, kita mahu mencipta kekayaan negara, membina semula modal insan, memperluaskan pemilikan, menjaga kesejahteraan, menghadapi krisis, memelihara rakyat, membina kepercayaan dan mempertahankan kepentingan nasional."Menjadikan Malaysia negara pencipta, kita bermula sebagai neagra pertanian, itu dahulu, kemudian laksanakan lonjakan perindustrian, kini kita mesti melakukan lonjakan seterusnya, malaysia mesti menjadi negara pencipta," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.AKAN MENYUSUL





“Scammer makin licik” – Lebih 800 Penduduk FELDA Dididik Untuk Kenal Pasti Ancaman Dalam Talian - Lobakmerah - 11/09 12:00 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





'Kalau sabar sudah tak terkekang, lagi ditekan, lagi kuat melawan' - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 11/09 11:40 am

KUALA LUMPUR - Usaha penyatuan ummah yang digerakkan didakwa semakin dicemburui oleh pihak lawan sehingga UMNO terpaksa membayar harga yang tinggi.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelbagai bentuk intimidasi, fitnah dan tuduhan jahat dilemparkan dengan tujuan menakutkan, mengaibkan serta mencalar reputasi pimpinan, selain menguji kecekalan mereka."Perjuangan ini adalah sunnatullah yang penuh dengan ujian kerana pejuang sejati yang sabar akan kekal berdiri walau dibadai taufan."Apa yang berlaku mutakhir ini juga mengingatkan kita kepada kebobrokan manusia yang hanyut dengan kekuasaan sementara."Sehingga hilang pertimbangan, rakus menyalahgunakan sisa jawatan, menganiaya rakan yang sebelum ini mengangkat mereka ke puncak takhta," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Jumaat.Asyraf Wajdi berkata, pihak terbabit bagaimanapun tersilap percaturan sekiranya menyangka tindakan yang bertujuan menakutkan dan mengaibkan pimpinan UMNO akan menyebabkan parti itu menjadi lemah."Mereka sangkakan dengan menganiaya dan memalukan kita, maka kita akan lemah





Lelaki maut terjatuh ketika rombak perancah di tapak pembinaan - Astroawani - 11/09 11:20 am

Mangsa mengalami kecederaan parah padabahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.





Game Tempatan Ondeh Ondeh Buat Kejutan Di Nintendo Direct, Bukti Bakat Malaysia Mampu Gempar Pentas Dunia - Vocket - 11/09 11:08 am

Industri game tanah air sekali lagi melakar sejarah yang cukup membanggakan apabila karya terbaharu buatan anak tempatan, Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale, secara rasminya ditayangkan..





Game Tempatan Ondeh Ondeh Buat Kejutan Di Nintendo Direct, Bukti Bakat Malaysia Mampu Gempar Pentas Dunia - Hotfm - 11/09 11:08 am

Industri game tanah air sekali lagi melakar sejarah yang cukup membanggakan apabila karya terbaharu buatan anak tempatan, Ondeh Ondeh Kaya's Tasty Tale,





AHMM ke-17: Malaysia pacu kesejahteraan 670 juta rakyat ASEAN - Sinarharian - 11/09 11:05 am

KUALA LUMPUR Malaysia memperkukuh peranannya dalam memacu hala tuju kesihatan serantau menerusi Agenda Strategik Kesihatan ASEAN (ASHA) 20262030 yang bakal menjadi pelan utama ASEAN bagi tempoh lima tahun akan datang.Agenda itu menjadi antara tumpuan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan (AHMM ke-17) yang disasarkan menterjemahkan dasar kepada tindakan nyata demi kesejahteraan lebih 670 juta rakyat ASEAN.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia menerusi Kepengerusian Sektor Kesihatan ASEAN 20252026 memainkan peranan kepimpinan secara langsung dalam pembangunan ASHA 20262030.Katanya, agenda itu bukan sekadar dokumen dasar, sebaliknya menjadi rangka rasmi untuk negara anggota ASEAN bergerak seiring menangani pelbagai cabaran kesihatan sepanjang lima tahun akan datang."Malaysia berperanan sebagai perantara yang menghubungkan kepakaran serantau dalam usaha memastikan sistem kesihatan seluruh ASEAN mempunyai daya tahan tinggi untuk masa hadapan dan bergerak seragam."Pendekatan inklusif juga penting supaya negara anggota yang mempunyai kapasiti perubatan lebih maju dapat berkongsi kemahiran teknikal, teknologi, data amaran awal serta latihan kepakaran dengan negara anggota lain," katanya.AHMM ke-17 telah diadakan di Kuala Lumpur bermula 7 hingga 11 September ini.Diplomasi kesihatanSementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, AHMM ke-17 menandakan fasa baharu diplomasi kesihatan negara yang beralih daripada penggubalan polisi kepada penterjemahan tindakan yang membawa hasil nyata."Perbincangan akan memberi fokus kepada pembinaan sistem kesihatan serantau yang saksama dan berdaya tahan bersama Rakan Dialog Antarabangsa serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)."Antara tumpuan strategik ialah pelancaran ASHA 20262030 sebagai pelan hala tuju utama kesihatan serantau serta pengukuhan kesiapsiagaan pandemik melalui pengoperasian Pusat Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Kemunculan Baharu ASEAN (ACPHEED)," ujarnya.KKM menjelaskan, kerjasama kesihatan ASEAN turut membawa manfaat secara langsung kepada rakyat termasuk menerusi pertukaran data kesihatan merentas sempadan secara masa nyata bagi membolehkan langkah kawalan penyakit berjangkit dilaksanakan lebih awal di pintu masuk negara.Menurutnya, penyelarasan standard keselamatan makanan pula membantu memastikan makanan import dan eksport memenuhi aspek kebersihan, kualiti serta keselamatan untuk pengguna."Kerjasama dengan rakan dialog antarabangsa termasuk Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan China turut membuka ruang kepada perkongsian teknologi serta kepakaran yang boleh dimanfaatkan hospital dan klinik awam."Jepun misalnya mempunyai kepakaran dalam penjagaan kesihatan warga emas, manakala Korea Selatan dalam bidang kesihatan digital yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan," kata KKM.AHMM ke-17 yang berlangsung di Kuala Lumpur sejak Isnin lalu hingga Jumaat ini menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah selepas kali terakhir menganjurkan persidangan itu 22 tahun lalu pada 2004.KKM berkata, membawa tema Healthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systems, persidangan dwitahunan itu diterajui Malaysia selaku Pengerusi dengan Myanmar sebagai Naib Pengerusi."ASEAN turut merangka strategi bersepadu bagi menangani beban dwi-penyakit merangkumi penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit (NCD)."Dalam menghadapi cabaran itu, kesiapsiagaan terhadap pandemik dan penyakit berjangkit perlu bergerak seiring dengan saringan awal NCD termasuk diabetes, penyakit jantung dan kanser serta sokongan kesihatan mental," jelasnya.Ulasnya, pengalaman pandemik Covid-19 turut menunjukkan kepentingan hospital dan klinik mempunyai daya tahan supaya perkhidmatan kesihatan rutin dapat diteruskan ketika berlaku krisis.AHMM ke-17 turut melakar sejarah menerusi penganjuran julung kali Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEANAmerika Syarikat dan ASEANJepun.Mesyuarat peringkat menteri bersama China, Republik Korea dan WHO turut diadakan bagi memperluas kerjasama teknikal serta pelaburan kesihatan serantau.Kata KKM, kesemua inisiatif dan kerangka dasar yang dibincangkan mencerminkan komitmen Malaysia serta muafakat negara anggota ASEAN dalam memastikan perkhidmatan kesihatan awam kekal inklusif dan mampan."Resolusi persidangan ini disasarkan untuk diterjemahkan kepada tindakan nyata yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan lebih 670 juta rakyat di rantau ASEAN," katanya lagi.Info Empat kluster ASHA 2026-2030Gaya hidup sihat: Pencegahan NCD, kesihatan mental, penuaan sihat serta kawalan tembakau dan alkohol.Kesiapsiagaan ancaman kesihatan: Menghadapi wabak penyakit berjangkit, pandemik dan kecemasan bencana.Sistem kesihatan dan akses saksama: Perkhidmatan dan ubat-ubatan berkualiti, kesihatan digital, infrastruktur serta tenaga kerja kesihatan.Keselamatan makanan: Memastikan bekalan makanan serantau bersih dan selamat menerusi penyelarasan standard serta pencegahan pencemaran.





Presence of Pas leadership at Umno General Assembly draws attention - Sinardaily - 11/09 10:25 am

KUALA LUMPUR The appearance of Pas' top leadership on the third day of the 2026 Umno General Assembly, held at the World Trade Centre (WTC) here on Friday, drew widespread attention.Among the senior Pas leaders present were vice-president Datuk Idris Ahmad, secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan and information chief Ahmad Fadhli Shaari.Bachok MP and political secretary to Pas president Mohd Syahir Che Sulaiman was also present and sat in the guest gallery alongside other Pas leaders.Their attendance at the Umno General Assembly suggests ties between the country's two largest Malay parties could be forged through political understanding ahead of the upcoming Melaka state election (PRN).It is also seen as a reciprocal visit following Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki's attendance at Pas' 72nd annual muktamar at the Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, Kelantan, representing Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi last week.The Umno General Assembly was also attended by ambassadors to Malaysia from countries including Palestine, Iran, Singapore, Indonesia, Vietnam, Australia, Turkiye, the People's Republic of China, Switzerland, Uzbekistan, Oman, Yemen, the United Kingdom (UK), Syria, Iraq, Japan, the United States (US) and New Zealand.Earlier, Umno agreed to invite Pas' top leadership to attend the assembly, running from Sep 9 to 12, in return for Pas' earlier invitation to Umno's leadership.Umno and Pas previously had a formal political partnership through Muafakat Nasional (MN), signed in 2019.However, that relationship later cooled after Pas strengthened its cooperation with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) through the Perikatan Nasional (PN) coalition.





Anak Bekas Juara Dunia F1 'Disambar' Pasukan Red Bull - Siakapkeli - 11/09 10:20 am

Anak Bekas Juara Dunia F1 'Disambar' Pasukan Red Bull - Red Bull mengumumkan penyertaan Robin Rikknen, anak kepada juara dunia Formula 1 2007





Kehadiran pimpinan Pas ke PAU 2026 curi perhatian - Sinarharian - 11/09 10:12 am

KUALA LUMPUR Kemunculan pimpinan utama Pas di hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Jumaat mencuri perhatian ramai.Antara pemimpin utama Pas yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik kepada Presiden Pas iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman turut hadir dan duduk di bangku tetamu bersama pemimpin Pas yang lain.Kehadiran mereka ke PAU 2026 menunjukkan hubungan antara kedua-dua parti Melayu terbesar negara itu berkemungkinan terjalin menerusi persefahaman politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.Ia juga dilihat sebagai kunjungan balas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menghadiri Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, Kelantan mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada minggu lalu.PAU 2026 turut dihadiri duta ke Malaysia dari seluruh negara antaranya Palestin, Iran, Singapura, Indonesia, Singapura, Vietnam, Australia, Turkiye, Republik Besar China, Switzerland, Uzbekistan, Oman, Yaman, United Kingdom (UK), Syria, Iraq, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand.Terdahulu, UMNO bersetuju menjemput barisan pemimpin tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 September sebagai membalas jemputan Pas kepada pimpinan parti berkenaan.UMNO dan Pas sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama politik secara rasmi menerusi Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 2019.Bagaimanapun, hubungan tersebut kemudiannya renggang selepas Pas memperkukuhkan kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN).





Malaysia Miliki B100, Tapi Kenapa Kita Pula Kena Belajar Dari Indonesia Isu Biodiesel B50? - Vocket - 11/09 9:56 am

Siapa sangka, negara tetangga kita kini melangkah jauh dalam arena tenaga hijau dunia





Kontinjen WorldSkillsMalaysia sasar emas di Shanghai - Sinarharian - 11/09 9:30 am

SHAH ALAM - Kontinjen Malaysia ke pertandingan kemahiran antarabangsa, WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026, kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi menggalas cabaran memartabatkan nama negara di persada dunia.Kejohanan berprestij antarabangsa itu berlangsung pada 22 hingga 27 September di National Exhibition and Convention Center(NECC), Shanghai, China, menyaksikan 22 wira dan wirawati muda negara bersaing dalam 21 bidang kemahiran.Penyertaan mereka bukan sekadar persaingan biasa, malah melambangkan perjuangan memikul maruah serta aspirasi seluruh tenaga belia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tanah air.Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Chef De Mission(CDM) Kontinjen Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, menyeru peserta membuat anjakan minda daripada fasa latihan kepada fasa persaingan teknikal sebenar."Perbezaan antara pemenang pingat emas dengan peserta lain bukan terletak pada keunggulan fizikal atau kecanggihan peralatan semata-mata, melainkan berpaksikan tiga peratus aspek teknikal dan 97 peratus ketahanan mental," tegas beliau.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Penyampaian Amanat, Pelepasan Kontinjen dan Solat Hajat yang berlangsung di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), di sini pada Khamis.Pada majlis sama, Ahmad berkata, kerajaan turut mengumumkan struktur ganjaran dan insentif bagi pemenang pingat, pakar serta jurulatih yang bakal membawa cabaran negara.Beliau berkata, pemenang pingat emas akan menerima ganjaran tunai asal RM40,000, sebelum ditambah RM10,000 lagi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjadikan jumlah keseluruhan RM50,000.Selain ganjaran tunai, pemenang pingat emas turut dihadiahkan sebuah kereta Perodua Myvi bernilai RM40,000, menjadikan nilai keseluruhan insentif menghampiri RM100,000.Katanya, insentif kenderaan Myvi baharu itu diselaraskan menerusi Kementerian Kerja Raya (KKR)."Kalau dapat satu emas, nilai ganjaran hampir RM100,000





Kritik politik biasa, tetapi biarlah berdasarkan fakta - Harakahdaily - 11/09 9:07 am

KUALA TERENGGANU: Kritikan dalam politik adalah perkara biasa, namun ia perlu berdasarkan fakta dan bukan sekadar melihat satu keping gambar di hadapan rumah, kata Penolong Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Alex Chan Foo Yew





Selangor lengkapkan kejayaan berganda - Sinarharian - 11/09 9:04 am

SELANGOR melengkapkan kejayaan berganda pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 apabila kontinjen Merah Kuning turut dinobatkan juara keseluruhan Para SUKMA Selangor 2026 yang melabuhkan tirai pada Khamis.Tuan rumah mengumpul 200 pingat menerusi 93 emas, 55 perak dan 52 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 60 emas yang ditetapkan sebelum temasya bermula.Sabah menamatkan saingan di tempat kedua dengan 69 emas, 51 perak dan 45 gangsa, manakala Sarawak di tangga ketiga hasil 52 emas, 32 perak dan 54 gangsa.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pencapaian itu bukan sekadar kejayaan di medan pertandingan, sebaliknya menjadi platform penting untuk mencorakkan masa depan sukan para negara.Beliau berharap atlet yang menyerlah pada temasya itu mampu melangkah lebih jauh sehingga ke pentas Paralimpik dan seterusnya bergelar juara dunia."Itu sememangnya menjadi hasrat Selangor menjadi tuan rumah dengan menghadkan kategori umur kepada bawah 40 tahun agar ekosistem sukan para negara terus dinamik, dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu, pelapis baharu yang lebih kompetitif dan mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa."Jika atlet tersebut bukannya datang daripada Selangor sekalipun, negeri ini tetap berbangga kerana bakat-bakat tersebut lahir daripada Para SUKMA Selangor 2026," katanya.Majlis penutupan tersebut turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.Pada Ogos lalu, Selangor menjuarai SUKMA 2026 setelah mengutip 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa.Amirudin berkata, penyertaan 1,352 atlet para dari seluruh negara dalam 10 jenis sukan membawa pengertian besar kepada Selangor, selain membuktikan temasya berkenaan mampu menjadi medan mencungkil bakat baharu.Menurutnya, meskipun penganjuran dilaksanakan dengan perbelanjaan berhemah, kerajaan negeri tetap mahu memastikan temasya itu meninggalkan kenangan bermakna kepada semua atlet yang bertanding."Pada malam ini (Khamis), medan perjuangan Para SUKMA di Selangor akan berakhir





Anwar tiba di SICC, Kota Kinabalu, pengerusikan MTPMA63 - Sinarharian - 11/09 8:54 am

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Jumaat bagi menghadiri dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026.Mesyuarat yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi itu dijangka antara lain menumpukan isu tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih Sabah.Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud serta barisan kepimpinan dari kedua-dua negeri.Sabah menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan yang akan membincangkan tuntutan serta isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih belum diselesaikan.





Percaya iklan pelaburan di Facebook, warga emas rugi lebih RM15,000 - Sinarharian - 11/09 8:41 am

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM15,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian pada Khamis.Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, mangsa berusia 66 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan yang dilihat di Facebook sebelum berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.Menurutnya, suspek menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan bagi meyakinkan mangsa sebelum mengarahkannya membuat beberapa transaksi ke akaun bank yang diberikan."Mangsa telah melakukan bayaran berjumlah RM15,140 sebelum dimaklumkan kononnya pulangan sebanyak RM123,120 telah dimasukkan ke dalam akaunnya."Bagaimanapun, wang tersebut tidak diterima dan mangsa kemudian diminta membuat bayaran tambahan RM7,000 atas alasan perlindungan keselamatan bank," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, mangsa tidak meneruskan bayaran tersebut sebelum tampil membuat laporan polis.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran pelaburan yang dipromosikan di media sosial atau secara bersemuka."Semakan perlu dibuat dengan agensi berkaitan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan."Orang ramai juga boleh menyemak nombor akaun melalui portal Semak Mule atau menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan," katanya.





Citrawarna Speed Festival 2026 Gabungkan Budaya Malaysia Dengan Dunia Permotoran - Careta - 11/09 7:59 am

Festival yang menjadi sebahagian daripada Kempen Melawat Malaysia 20262027 (VM20262027) itu akan berlangsung di IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama





PAU 2026: Berikan Puteri UMNO ruang memimpin parti – Nurul Amal - Mygazette - 11/09 7:54 am

Kami meminta ruang kerana kami bersedia untuk memikul amanah dan bersedia untuk membuktikan kemampuan, katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Persidangan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini





PAU 2026: Perketat kawal selia BNPL elak belia terjerat hutang –... - Mygazette - 11/09 7:54 am

Kita tidak mahu mereka terjebak dalam masalah hutang pada usia terlalu awal. Mereka mungkin boleh mendapatkan barang itu dalam masa yang singkat, tetapi hutang tersebut akan ditanggung dalam tempoh yang lama, katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini





Krisis Bersatu Perlis berlarutan, kepimpinan dan sayap Bahagian Arau .. - Mygazette - 11/09 7:54 am

# Krisis Bersatu Perlis berlarutan, kepimpinan dan sayap Bahagian Arau keluar parti ARAU - Selepas Padang Besar dan Kangar, kepimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) serta sayap parti bahagian itu malam ini mengumumkan peletakan jawatan serta keluar parti berkuat kuasa serta-merta





Ismail Lasim tinggalkan WTC selepas dua jam bertemu Zahid - Mygazette - 11/09 7:54 am

# Ismail Lasim tinggalkan WTC selepas dua jam bertemu Zahid KUALA LUMPUR Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim difahamkan telah meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) kira-kira jam 6.30 petang tadi selepas hampir dua jam mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





Inkues: Pemeriksa dokumen kekal kesimpulan catatan jurnal ditulis Zara .. - Mygazette - 11/09 7:54 am

# Inkues: Pemeriksa dokumen kekal kesimpulan catatan jurnal ditulis Zara Qairina KOTA KINABALU - Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia hari ini kekal dengan kesimpulan bahawa catatan tulisan tangan pada beberapa halaman jurnal bertanda W2 dan W3, yang dipercayai milik Zara Qairina Mahathir, ditulis oleh remaja berkenaan





Artikel Pilihan Horse B20, Enjin Ini Sesuai Untuk Kapal Selam Read More .. - Mekanika - 11/09 7:54 am

Kebanyakan enjin pembakaran dalaman direka untuk beroperasi dalam keadaan biasa dan masih mampu meredah air pada kedalaman tertentu, tetapi Horse B20 hadir dengan keupayaan yang jauh lebih ekstrem





Malaysia intai final Piala Asia selepas raih slot Piala Dunia 2027 - Utusan - 11/09 7:45 am

PETALING JAYA: Lima pertemuan terdahulu menjadi pengalaman berguna buat skuad hoki remaja negara untuk memburu kemenangan ke atas India dalam aksi separuh akhir Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China, hari ini





Young Tigers tekad benam India - Sinarharian - 11/09 7:20 am

SKUAD hoki remaja lelaki negara tidak gentar untuk berdepan India pada separuh akhir Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China hari ini, sebaliknya bertekad mencipta kejutan untuk mara ke final.Kapten Young Tigers, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari berkata, pasukannya tidak berasa gusar dengan reputasi India yang hadir selaku juara tiga edisi terdahulu kejohanan berkenaan."India datang sebagai juara tiga edisi, tapi esok (Jumaat) kita bukan datang untuk sekadar melengkapkan perlawanan





Tengku Ampuan Pahang berkenan saksikan tayangan khas dokumentari TEKAD - Astroawani - 11/09 5:50 am

TEKAD: Ekspedisi Guthrie Everest 2026 merakamkan perjalanan dua pendaki negara, Mohd Khafiz Bachok, dan Chew Wei Ngor dalam menguji ketahanan fizikal serta mental bagi merealisasikan impian menawan puncak tertinggi dunia.





Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kota Bharu - Astroawani - 11/09 5:20 am

Mangsa, Kang Choo Hock, 66, ditemukan di dalam bilik air pada 9.37 malam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Saiz penyu di Pulau Redang semakin mengecil - Astroawani - 11/09 4:30 am

Saiz purata penyu yang kembali bertelur di Pulau Redang didapati semakin mengecil dari setahun ke setahun, kata Ketua Pusat Konservasi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Mohd Uzair Rusli.




Reformasi     >>



Zahid 'saddened' by Najib's pardon hearing postponement - Mkini
UPDATED 3.35PM UMNO AGM Umno prays Agong will make the best decision, DPM says.
Kroni     >>



Ku Li calls on ex-Umno members to return, strengthen .. - NST
KUALA LUMPUR: Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah has welcomed calls for former members to return to the party, saying Umno needs a "big family" to pool ideas to address challenges facing the Malay community.
Tabloid     >>



Ahmad Zahid beri bayangan kerjasama 'biru' dan 'hijau' - Hmetro
Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Barisan Nasional (BN) akan berdepan evolusi, mengambil kira kemungkinan kerjasama strategik dengan parti tertentu. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



iPhone 18 Pro Max vs. Samsung Galaxy S26 Ultra: Battle .. - Mashable
Now that all the cards are on the table, it's time to figure out which Apple or Samsung flagship is worth your time and money.
World     >>



Young republicans break with Trump over Iran war - Aljazeera
A clear generational divide between younger and older republicans is forming at the RNC Midterm Convention.
Motor Trend     >>



Honda E-Clutch Kini ditawarkan pada NX500, CB750 dan .. - Careta
Bagi mereka yang belum tahu, teknologi Honda E-Clutch direka untuk mengurangkan beban penggunaan klac ketika mula bergerak, berhenti dan menukar gear. Sistem itu mengawal operasi klac secara automatik, tetapi penunggang masih menukar gear menggunakan pedal seperti motosikal manual biasa. ..