///
See Also: Shutterstock

Search : Puchong News   Page 1    



Berhimpun di hadapan pejabat Bee Yin politik murahan ??? DAPSY Selangor - Mgazette - 24/12 5:18 pm

# Berhimpun di hadapan pejabat Bee Yin politik murahan DAPSY Selangor KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor menyifatkan tindakan Pemuda UMNO Selangor yang berkumpul di hadapan Pusat Khidmat Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin semalam sebagai politik murahan yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat





Proses undang-undang kes Najib belum muktamad - UMNO Selangor - Sinarharian - 24/12 4:27 pm

SHAH ALAM - UMNO Selangor mengingatkan bahawa proses perundangan berkaitan kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mencapai penamat sepenuhnya, memandangkan bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan melalui saluran sah yang diperuntukkan undang-undang.Menurut UMNO Selangor, sebarang kenyataan bersifat sindiran atau perayaan terhadap keputusan mahkamah ketika proses perundangan masih berjalan adalah tidak wajar."Isu yang menjadi perhatian rakyat ketika ini bukan sekadar membabitkan individu tertentu, sebaliknya turut melibatkan kewujudan dan pelaksanaan Titah Adendum yang telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, yang mempunyai kedudukan tersendiri dalam sistem Raja Berperlembagaan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.UMNO Selangor menegaskan, sekiranya proses rayuan kelak menghasilkan keputusan berbeza dan kedudukan Titah Adendum diperakui secara sah, kenyataan sinis yang dikeluarkan sebelum ini akan jelas memperlihatkan ketidaksensitifan serta kegagalan memahami prinsip keadilan dan Raja Berperlembagaan.Dalam hal ini, UMNO Selangor berpandangan tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, bukan sahaja tidak beradab dari sudut politik, malah sensitif dari sudut perlembagaan, lebih-lebih lagi apabila ia dibuat oleh seorang wakil dalam Kerajaan Perpaduan.UMNO Selangor turut menegaskan bahawa tindakan Pemuda negeri itu menyerahkan memorandum yang menuntut permohonan maaf secara terbuka serta mendesak Bee Yin menurunkan hantaran berkenaan adalah wajar, berprinsip dan berpaksikan kepentingan institusi negara.Pada masa sama, UMNO Selangor menolak cubaan pihak tertentu termasuk DAPSY Selangor yang melabelkan tindakan itu sebagai gimik atau intimidasi, sebaliknya menegaskan bahawa penyerahan memorandum secara aman di hadapan pusat khidmat wakil rakyat merupakan amalan demokrasi yang sah, beradab dan berperlembagaan.UMNO Selangor turut menegaskan bahawa parti itu tidak pernah meraikan kekalahan mana-mana parti lawan, termasuk keputusan pilihan raya negeri di Sabah baru-baru ini, walaupun ia membabitkan kegagalan DAP memperoleh sebarang kerusi, sekali gus memperlihatkan perbezaan antara politik beradab dan politik ejekan."Kami menyeru pimpinan DAP di Selangor, khususnya Bee Yin, agar menghentikan politik sindiran dan provokasi, menurunkan hantaran berkenaan serta memohon maaf secara terbuka demi memulihkan keharmonian politik."UMNO Selangor akan terus mempertahankan adab politik, kedaulatan perlembagaan serta penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu dan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang cubaan memperlekehkan prinsip berkenaan," tambah kenyataan itu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan bahawa Pemuda UMNO Selangor menyerahkan memorandum bantahan di hadapan pejabat Bee Yin bagi mengecam kenyataan serta hantaran media sosial wakil rakyat itu yang didakwa bersifat biadab, sinis dan mencetuskan provokasi politik.Memorandum itu menyatakan bantahan keras terhadap kenyataan Bee Yin yang didakwa memperlekeh isu perundangan melibatkan Najib, selain mencemarkan keharmonian politik dalam Kerajaan Perpaduan.





'Cheap politics': S'gor DAP Youth pans 'celebration' for Puchong MP - Mkini - 24/12 11:42 am

It says the move reveals S'gor Umno Youth's failure to argue intellectually.





Pemuda UMNO Selangor beri Bee Yin 24 jam untuk mohon maaf - Mgazette - 24/12 7:48 am

# Pemuda UMNO Selangor beri Bee Yin 24 jam untuk mohon maaf PUCHONG - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak agar Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya semalam terhadap Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





Perceived celebration of ruling on Najib exposes cracks in unity government - Analysts - Sinardaily - 23/12 8:55 pm

SHAH ALAM - The backlash against a social media post by DAPs Puchong MP Yeo Bee Yin following the Kuala Lumpur High Courts decision on former prime minister Datuk Seri Najib Razak has exposed deeper, unresolved tensions within the unity government, particularly between Umno and its Pakatan Harapan (PH), political analysts say.Research firm O2 Research chief researcher Anis Anwar Suhaimi said the issue was not about the court ruling itself and Yeos post was also not the main cause of the fallout.Instead, he described it as "fuel poured onto an already warm set of tensions" within the ruling coalition."The problem begins when that stance is performed publicly in a way perceived as celebratory."From Umnos lens, it signals insensitivity to a partners internal emotions and a lack of respect for an allys position within a shared government," he told Sinar Daily.He was commenting on a Facebook post by Yeo, who wrote "another reason to celebrate the end of this year," referring to the High Courts decision rejecting Najib's application for house arrest.Her comment had drawn criticism from several Umno leaders.Anis said Umno was always clear about PHs stance on Najib and that both the partys leaders and grassroots members had long accepted DAPs and PHs views on the former prime ministers conviction.He said under the separation of powers, Umno figures can only express disappointment, not contest the ruling politically.However, Anis said cultural framing played a critical role in explaining the sharp reaction.Among many Umno members and Malay supporters, Najib remained associated with tangible benefits and service from his time in office, he said."In that context, celebrating someones hardship is seen as contrary to Malay norms





Politik tanpa ihsan buka jalan perpecahan – Afdlin - Thempress - 23/12 7:21 pm

POLITIK yang tidak berteraskan ihsan hanya akan membawa negara ke arah kekeliruan serta perpecahan, khususnya ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi dan keletihan politik. Sambil mengkritik kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Puchong,…





Pertelagahan UMNO, DAP semakin hangat, pucuk pimpinan parti berbalas 'serangan' - Sinarharian - 23/12 6:57 pm

PUTRAJAYA - Ketegangan politik antara UMNO dan DAP terus memuncak apabila pimpinan kedua-dua parti saling berbalas kenyataan menerusi media sosial.Terbaharu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan tampil membidas kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pemenjaraan di rumah.Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad secara sinisnya berkata, beliau menunggu untuk meraikan keputusan mahkamah berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang membabitkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng."Saya pun tunggu untuk raikan apabila mahkamah merasmikan (memutuskan) terowong Pulau Pinang





Bekas presiden PPP SI Rajah meninggal dunia - Mkini - 23/12 5:31 pm

Pengebumian berlangsung di Krematorium Loke Yew pada 3 petang selepas upacara sembahyang mengikut agama Hindu di Puchong, Selangor.





Jika benci penyangak, desak DAP tinggalkan Kerajaan Madani - Ka Siong - Sinarharian - 23/12 5:13 pm

SHAH ALAM Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua yang melabelkan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai "pencinta penyangak."Kenyataan itu dibuat susulan hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan tahanan rumah membabitkan Najib.Ka Siong berkata, jika bekas Ahli Parlimen DAP itu benar-benar membenci penyangak, beliau sepatutnya menggesa partinya menghentikan segala bentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan."Kalau Tony Pua benci sangat dengan penyangak dan pencinta penyangak, kenapa DAP masih lagi bekerjasama dengan pencinta penyangak yang sama ini?"Jika serius, dia harus mendesak partinya, DAP untuk memutuskan segala bentuk kerjasama dan meninggalkan kerajaan Madani," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum itu, Bee Yin dilaporkan memuat naik satu hantaran dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berhubung Titah Adendum, yang bertujuan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Dalam hantaran tersebut, Bee Yin menulis: "Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini."Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, memutuskan bahawa Titah Adendum tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari 2024.





Pemuda UMNO Selangor hantar memorandum bantah kenyataan Bee Yin - Sinarharian - 23/12 4:43 pm

PUCHONG Pemuda UMNO Selangor menyerahkan memorandum bantahan di hadapan Pejabat Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin pada Selasa bagi mengecam kenyataan serta hantaran media sosial wakil rakyat itu yang didakwa bersifat biadab, sinis dan mencetuskan provokasi politik.Memorandum tersebut menyatakan bantahan keras terhadap kenyataan Bee Yin yang didakwa memperlekeh isu perundangan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain mencemarkan keharmonian politik dalam Kerajaan Perpaduan.Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, sebagai seorang ahli Parlimen dan pemimpin dalam kerajaan, tindakan sedemikian disifatkan tidak bertanggungjawab serta bertentangan dengan etika kepimpinan dan semangat perpaduan yang sering dilaungkan."Kami membantah sekeras-kerasnya kenyataan bersifat menyindir dan seolah-olah meraikan kesusahan pihak lain, khususnya membabitkan proses kehakiman yang masih tertakluk kepada hak dan ruang perundangan," katanya.Mohd Imran turut mendakwa tindakan itu mencerminkan ketidakmatangan politik, selain mencetuskan kemarahan akar umbi UMNO serta bercanggah dengan prinsip Kerajaan Perpaduan.Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO Selangor menuntut Bee Yin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Najib dan keluarganya, serta kepada seluruh ahli UMNO.Tegas beliau, permohonan maaf tersebut perlu dibuat secara jelas dan terbuka menerusi medium awam yang sama digunakan untuk menyebarkan kenyataan kontroversi terbabit.Selain itu, katanya lagi, Pemuda UMNO Selangor turut menggesa Ahli Parlimen Puchong itu supaya segera menurunkan dan memadam sebarang hantaran atau komen media sosial yang didakwa bersifat menghina, menyindir keputusan mahkamah dan mengguris perasaan ahli keluarga serta penyokong UMNO."Kegagalan berbuat demikian akan dilihat sebagai keangkuhan politik dan keengganan menghormati sensitiviti rakyat," ujar beliau.Menurut Mohd Imran, Pemuda UMNO Selangor tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk penghinaan atau cubaan merendahkan maruah pimpinan dan ahli parti."Kami juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan susulan, termasuk desakan awam, gerakan politik berperingkat dan tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi," tegas beliau.Sebelum ini, Bee Yin dilaporkan memuat naik satu hantaran dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berhubung Titah Adendum yang bertujuan membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Dalam hantaran tersebut, Bee Yin dilaporkan menulis: "Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini."Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, memutuskan bahawa Titah Adendum berkenaan tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari 2024.





SI Rajah meninggal dunia, kehilangan besar buat PPP - Sinarharian - 23/12 4:39 pm

KUALA LUMPUR -Bekas presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), SIRajah meninggal dunia akibat pneumoniadi Hospital Kuala Lumpur malam Isnin pada usia 86 tahun.Perkara itu disahkan Presiden PPP Datuk Dr Loga Bala Mohan yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar kepada parti.Beliau berkata, mendiangmerupakan pemimpin yang dihormati dan memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan serta pertumbuhan PPP semasa melalui tempoh mencabar dalam sejarahnya."Mendiang seorang yang komited dan berkhidmat kepada parti dengan dedikasi dan menjunjung prinsip penubuhannyaiaitu pelbagai kaum serta berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada Bernama pada Selasa.Loga Balaberkata, kepimpinan dan bimbingan mendiang membantu parti melalui peralihan utama dan cabaran dalaman yang meninggalkan legasi kepada pemimpin serta ahli parti.S.I. Rajah, seorang peguam terkemuka merupakan presiden PPP dari 1978 hingga 1982 dan kekal berpengaruh walaupun selepas berundur daripada kepimpinan aktif parti.Pengebumian berlangsung di Krematorium Loke Yew pada 3 petang selepas upacara sembahyang mengikut agama Hindu di Puchong, Selangor.Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk T





Politik tanpa ihsan adalah politik tanpa arah - Afdlin Shauki - Sinarharian - 23/12 4:34 pm

KUALA LUMPUR - Politik yang tidak berteraskan ihsan hanya akan membawa negara ke arah kekeliruan serta perpecahan khususnya ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi dan keletihan politik.Sambil mengkritik kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Afdlin Shauki menegaskan bergembira atas musibah orang lain bukan nilai masyarakat dan bukan nilai perjuangan reformasi yang sering dilaungkan."Ya, saya mungkin orang baharu dalam politik tetapi saya adalah seorang manusia yang tahu membezakan baik dan buruk, tahu apa itu moral dan adab dan faham bahawa kita hidup dalam sebuah negara yang memerlukan perpaduan, bukan kenyataan yang menambah luka serta perpecahan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.Afdlin berkata, isu tersebut perlu dilihat sebagai peringatan tentang batas wajar dalam berpolitik terutama apabila melibatkan keputusan mahkamah dan nasib individu lain.Menurutnya, negara kini berada dalam fasa yang menuntut kewarasan kepimpinan kerana rakyat sedang berdepan tekanan ekonomi, keresahan sosial serta keletihan terhadap polemik berpanjangan.Sehubungan itu, beliau menegaskan setiap kenyataan pemimpin membawa implikasi besar dan boleh mempengaruhi sentimen awam sama ada ke arah ketenangan atau perpecahan."Dalam keadaan sebegini, setiap kata-kata pemimpin akan diperhati, ditimbang dan dihakimi," jelas beliau.Tambahnya, tumpuan politik seharusnya membantu kerajaan memberi perhatian kepada agenda lebih utama termasuk pemulihan ekonomi, kos sara hidup, pembinaan institusi serta usaha memperkukuh perpaduan nasional."Malaysia hari ini memerlukan kepimpinan yang waras, beradab dan berjiwa besar."Kalau orang lain buat, tidak bermakna kita kena buat! Bila nak game, kalau macam tu?"Politik tanpa ihsan adalah politik tanpa arah," katanya.Terdahulu Bee Yin memuat naik hantaran yang berbunyi "satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini" sejurus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan permohonan Najib, 72, untuk memaksa kerajaan membenarkan beliau menjalani baki pemenjaraan di rumah.Hantaran itu kemudiannya menghangatkan suhu politik tanah air apabila beberapa pemimpin UMNO mendesak agar pucuk pimpinan menilai semula kerjasama parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.





Repeated exit threats will lose impact, says Rafizi - Sinardaily - 23/12 3:18 pm

I make decisions early, I set my red lines early.If that red line is crossed, I resign. There is no need to threaten, no need to mobilise supporters, he said in a Facebook post on Monday.Rafizi recalled that similar signals had previously come from DAP, which had indicated it could withdraw from the Cabinet if administrative reforms did not progress within six months.His remarks came after Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh publicly urged Umno to withdraw its support from the Madani Government led by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, arguing that the party would be better off becoming a dignified opposition.Dr Akmals comments were believed to be linked to a post by Puchong MP Yeo Bee Yin, who described the court decision related to Najib as another reason to celebrate towards the end of the year.Rafizi said the public would be closely watching whether Umnos leadership treated Najibs pardon as a genuine red line.He further said repeated threats to leave the Madani Government without any follow-through showed that Najibs pardon was not a red line for those involved.He added that institutional independence in Malaysia remained intact as long as Najib was treated fairly as a citizen, noting that the former prime minister still had the right to appeal at the Court of Appeal and the Federal Court.We will not only follow the decision, we will examine the judges reasoning carefully, because the public will draw conclusions on whether there was pressure or interference based on the strength of the judicial reasoning presented.So it is up to the political leadership





Rakyat tak perlu simpati dengan Najib, keadilan mesti ditegakkan – .. - Mgazette - 23/12 3:02 pm

# Rakyat tak perlu simpati dengan Najib, keadilan mesti ditegakkan - Tony KUALA LUMPUR Selepas kenyataan Ahli Parlimen Puchong yang juga Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin berhubung Titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seorang lagi pemimpin parti itu membuat kenyataan yang sama





Nilai semula kerjasama Kerajaan Perpaduan tanpa DAP ??? A???zlan Nilai .. - Mgazette - 23/12 3:02 pm

Parti yang hendak diteruskan mestilah parti yang bertanggungjawab, sensitif kepada sentimen rakyat dan mampu menyatukan, bukan memecah-belahkan, katanya menerusi satu kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini. Semalam, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin memuat naik hantaran di akaun Facebook miliknya berbunyi; Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini





Bee Yin gagal fahami sensitiviti politik – Halimaton - Mgazette - 23/12 3:02 pm

# Bee Yin gagal fahami sensitiviti politik - Halimaton KUALA LUMPUR Wanita UMNO Selangor menyelar keras Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung kenyataan terkait keputusan mahkamah yang menolak permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





Tarik sokongan, cukup-cukuplah UMNO diperalat DAP – Fariz - Mgazette - 23/12 3:02 pm

Cukup-cukuplah UMNO dipermainkan dan dikhianati parti cauvinis DAP, bila diperlukan, boleh pula akur titah Raja-Raja Melayu, bila pengaruh mula hilang di Sabah, titah Istana pula dikesampingkan, katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. Semalam, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin memuat naik hantaran di akaun Facebook miliknya berbunyi; satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini





Titah Adendum Najib, Pemuda Pas dakwa Putrajaya gagal junjung YDPA - Mgazette - 23/12 3:02 pm

Beliau menegaskan, isu tersebut adalah masalah integriti yang serius, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Madani sebelum ini sekadar menepis kewujudan Titah Adendum itu sebagai satu _hearsay._ Meski kita berbeza pandangan dari sudut kesalahan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak namun dalam masa yang sama kita tidak boleh menganggap remeh Titah YDPA, katanya. Dalam pada itu, beliau turut mengkritik hantaran media sosial Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin sejurus keputusan Mahkamah Tinggi yang menurutnya mencetuskan spekulasi serta ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat





Tok Mat tak sabar mahu rai keputusan mahkamah projek terowong P. Pinang .. - Mgazette - 23/12 3:02 pm

Terowong Pulau Pinang yang dimaksudkan Menteri Luar itu merujuk projek terowong dasar laut dan jalan utama bernilai RM6.7 bilion yang terpalit kes rasuah membabitkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng. Semalam, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong memuat naik hantaran berbunyi: 'Another reason to celebrate this year end' (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk 'No house arrest for Najib' (tiada tahanan rumah untuk Najib)





Sindiran Bee Yin keterlaluan, tidak matang - UMNO Johor - Sinarharian - 23/12 1:05 pm

JOHOR BAHRU UMNO Johor menyifatkan sikap segelintir pemimpin DAP, khususnya Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin sebagai keterlaluan dan tidak matang apabila menjadikan isu titah adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan sindiran di media sosial.Setiausaha UMNO Johor, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, sekiranya DAP benar-benar menghormati institusi dan semangat Kerajaan Perpaduan mereka sepatutnya tidak menunjukkan kelakuan yang tidak sensitif terhadap perasaan rakan gabungan dalam kerajaan."Ini bukan soal politik murahan, ini soal adab dan tanggungjawab sebagai sebahagian daripada kerajaan."Isu berkaitan mahkamah bukan pentas untuk mencari likes, shares atau populariti segera."Tetapi malangnya, itulah yang kita lihat isu serius dijadikan konten, seolah-olah penderitaan, proses undang-undang dan emosi rakyat boleh dijadikan bahan sindiran politik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Untuk rekod, Bee Yin pada Isnin dilaporkan memuat naik satu hantaran dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berhubung Titah Adendum yang bertujuan membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Dalam hantaran tersebut, Bee Yin dilaporkan menulis: "Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini."Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, memutuskan bahawa Titah Adendum berkenaan tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari 2024.Sementara itu, Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau menegaskan, UMNO Johor ingin bertanya secara terbuka mengapa pemimpin DAP begitu galak bercakap soal menghormati undang-undang, namun pada masa sama mempermainkan proses undang-undang yang masih berjalan.Katanya lagi, pendekatan politik sedemikian bukan sahaja boleh dilabel sebagai murahan, malah turut memualkan rakyat."Ini namanya cakap tak serupa bikin





Najib has every right to appeal dismissal of house arrest bid, says Pas sec-gen - Sinardaily - 23/12 1:03 pm

PETALING JAYA - Pas supports former prime minister Datuk Seri Najib Razak filing an appeal against the High Court's dismissal of his bid for house arrest, as it is his right to do so.Pas secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said the party believed that the addendum order issue, which forms part of the direct decision of the previous Yang di-Pertuan Agong, must be accepted and implemented, and given immediate legal effect without judicial or administrative objection."It must be emphasised that constitutional principles must never be applied selectively based on differing political needs or individuals," he said in a statement on Tuesday (Dec 23)."The Constitution does not recognise hierarchies or classes among the people, particularly in the exercise of royal pardon powers."Based on these principles, Pas fully supports Najib's right to file an appeal to a higher court, in line with the right of appeal as a fundamental guarantee and protection for every individual, which must be respected and allowed to proceed freely, fairly and without prejudice."Pas also urges all branches of government and the relevant authorities to act courageously, transparently and faithfully in accordance with constitutional principles, so that justice may be upheld consistently and the dignity and sovereignty of the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers remain protected, he added.Meanwhile, Pahang Mentri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail criticised Puchong MP Yeo Bee Yin's remarks on Monday's (Dec 22) court ruling, describing them as arrogant and offensive to Najib's family and Umno.Wan Rosdy, who is also an Umno vice-president, said court decisions should not be turned into a platform for cheap political triumphalism.Celebrating the ruling with mockery and sarcasm only exposed the immaturity and absence of values of an elected representative, he said, as quoted by Berita Harian."If one wishes to build friendships, do so with manners and sincerity, not with empty ridicule that ultimately causes those who are so arrogant to drown in their own conceit," he added.On Monday, DAP national publicity secretary Yeo said in a social media post that there was "another reason to celebrate this year end", accompanied by a link to a news article headlined "No house arrest for Najib".Earlier that day, Kuala Lumpur High Court judge Justice Alice Loke had dismissed Najib's attempt for a judicial review allowing him to serve the remainder of his jail term in the SRC International Sdn Bhd case under house arrest



Brader Saifuddin Nasution - Here Is Another Reason Next GE You Will Get Kicked Out. - OutSyed - 23/12 9:37 am

First here is the news and a video Brader Saifuddin Nasution, Minister of Home Affairs can you please ask the IGP if this is Standard Operating Procedure (SOP) for the Police? If this is SOP then tell the IGP to resign. And also transfer out or demote the Police Chief responsible for Puchong





Umno leaders hit out at Yeo Bee Yin over her “celebration” .. - Sinchew - 23/12 7:53 am

Umno leaders hit out at Yeo Bee Yin over her "celebration" remark on no house arrest for Najib KUALA LUMPUR : A wave of criticism from UMNO top brass continues to mount against Puchong MP, Yeo Bee Yin over her celebration remark on no house arrest for Datuk Seri Najib Razak





Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak ??? Zahid - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak Zahid KUALA LUMPUR Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan susulan hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak





Tak perlu jadikan keputusan mahkamah pentas sorakan politik murahan .. - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Tak perlu jadikan keputusan mahkamah pentas sorakan politik murahan - Wan Rosdy KUALA LUMPUR - UMNO Pahang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan isu Titah Adendum Dato Sri Najib Tun Razak





Tunjukkan DAP jalan keluar – Ketua Pemuda UMNO Pahang - Mgazette - 23/12 7:53 am

Tunjukkan mereka jalan keluar," tegasnya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini. Mohd Kamil berkata demikian mengulas kenyataan dimuatnaik Ahli Parlimen Puchong itu menerusi Facebook memuat naik status Antara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun sambil memuat naik keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penolakan semakan kehakiman yang dibuat Najib hari ini





Bee Yin, kenyataan anda sangat jijik, rosakkan keharmonian kaum – .. - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Bee Yin, kenyataan anda sangat jijik, rosakkan keharmonian kaum - Noor Azlan KUALA LUMPUR - Kenyataan anda sangat jijik, tempelak Tan Sri Noor Azlan Ghazali. Kata-kata pedas itu dibuat bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengekalkan baki hukuman di Penjara Kajang ke atas Datuk Seri Najib Razak





Jangan riak! Esok nasib kita belum tahu – Shahar - Mgazette - 23/12 7:53 am

"Kenyataan BIADAP! Perosak semangat PERPADUAN!," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini berserta lampiran kenyataan dibuat Bee Yin. Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong hari ini memuat naik status Antara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun berserta laporan berita keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penolakan semakan kehakiman yang dibuat Datuk Seri Najib





Jangan berlagak bersih, pemimpin tertinggi DAP juga terpalit isu rasuah - Mgazette - 23/12 7:53 am

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata, tindakan pemimpin DAP mengulas isu melibatkan pihak lain ketika sedang berdepan ujian jelas memperlihatkan sikap hipokrit serta kegagalan menunjukkan empati sebagai pemimpin politik dalam sebuah negara majmuk. Kata Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya itu, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini adalah contoh paling ketara sikap berkenaan





Kalau selalu sangat ugut keluar, lama-lama jadi tumpul - Rafizi - Sinarharian - 22/12 11:12 pm

Saya buat keputusan awal-awal, saya letakkan garis merah awal-awal."Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong, kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan," katanya menerusi Facebook pada Isnin.Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh secara terbuka menggesa parti itu menarik sokongan daripada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.Menurut beliau, Umno lebih baik menjadi pembangkang yang bermaruah daripada terus berada dalam kerajaan yang disifatkannya sebagai menghina parti tersebut.Kenyataan Dr Akmal itu dipercayai merujuk kepada hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang menyifatkan keputusan mahkamah berkenaan sebagai "satu lagi sebab untuk diraikan" menjelang hujung tahun.Tambah Rafizi, begitu juga kepimpinan UMNO yang akan diperhatikan rakyat sama ada pengampunan Najib sebagai garis merah atau bukan."Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Najib ini bukanlah satu garis merah," ujarnya.Beliau percaya kebebasan institusi di negara ini masih ada selagi Najib dilayan seadilnya sebagai seorang rakyat.Selepas ini katanya, Najib boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan."Kita bukan sahaja akan ikuti keputusan, kita akan teliti hujah penghakiman hakim-hakim, kerana rakyat membuat kesimpulan sama ada berlaku tekanan, atau campur tangan, berdasarkan kekuatan hujah penghakiman yang dibuat."Maka terpulang kepada pimpinan politik.Boleh ugut untuk keluar, boleh saling hentam menghentam," ujarnya.





Titah Adendum: UMNO Pahang kecam kenyataan biadap Yeo Bee Yin - Sinarharian - 22/12 10:08 pm

KUANTAN - UMNO Pahang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak wajar malah mencerminkan keangkuhan politik serta ketandusan adab dan sensitiviti yang menyentuh perasaan banyak pihak terutamanya ahli keluarga bekas Perdan Menteri itu serta ahli-ahli UMNO khususnya.Menurutnya, keputusan mahkamah tidak seharusnya dijadikan pentas sorakan politik murahan."Meraikan keputusan tersebut dengan ejekan dan sindiran merupakan satu perbuatan yang hanya menampakkan ketidakmatangan dan kekeringan nilai seorang wakil rakyat."Jika mahu berkawan, berkawanlah dengan adab dan keikhlasan, bukan dengan ejekan kosong yang akhirnya menyebabkan diri yang begitu angkuh tenggelam dalam kesombongannya sendiri," katanya melalui kenyataan pada Ahad.Wan Rosdy yang juga Pengerusi UMNO Pahang berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh, tidak goyah dan tidak sesekali berundur dalam memberikan sokongan serta meneruskan usaha mencari keadilan untuk bekas perdana menteri itu.Terdahulu, Wan Rosdy berkongsi hantaran di Facebook dengan menulis, 'Jika nak berkawan, berkawan betul-betul





Kenyataan Yeo Bee Yin tidak sensitif, provokatif - UMNO Perak - Sinarharian - 22/12 6:37 pm

IPOH - UMNO Perak mengecam sekeras-kerasnya kenyataan dimuat naik Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan mahkamah tidak memihak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu bukan sahaja disifatkan sebagai tidak sensitif, malah memperlihatkan kegagalan memahami realiti politik serta emosi masyarakat, khususnya apabila melibatkan seorang bekas pemimpin negara yang banyak berjasa.Menurutnya, meskipun semua pihak perlu menjunjung prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu, termasuk ahli politik, bersikap biadab dengan mengejek atau meraikan penderitaan pihak lain."Ketika rakyat mengharapkan kerajaan hari ini menjadi payung kepada kestabilan dan ketenangan politik, kenyataan seumpama ini hanya memercik api permusuhan serta mengundang prasangka yang mampu menggoncang keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.Menteri Besar Perak itu menegaskan, politik seharusnya menjadi wadah untuk menjunjung tanggungjawab, empati dan kebijaksanaan, bukannya medan menzahirkan dendam atau meraikan kejatuhan pihak lain demi kepentingan politik sempit."Politik bukan tempat untuk mencipta naratif yang menyimbah minyak ke atas api yang masih membara."Sensitiviti politik bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana kenyataan provokatif hanya akan mencederakan usaha membina kestabilan politik."Selain mengguris perasaan sebahagian besar rakyat yang masih menghargai jasa pemimpin terdahulu dan merosakkan kepercayaan awam terhadap kematangan dan adab pemimpin politik," katanya.Beliau berkata, UMNO Perak tegas dengan pendirian bahawa perbezaan pandangan politik tidak pernah menghalalkan sikap tidak berperikemanusiaan."UMNO Perak juga menolak sekeras-kerasnya budaya politik yang menjadikan penderitaan orang lain sebagai bahan ejekan atau modal politik murahan," katanya.Terdahulu, Bee Yin memuat naik satu hantaran dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum untuk membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah."Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini," tulis Bee Yin dalam hantaran berkenaan.Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.





'If you can't show sympathy, don't be rude' Umno leaders - Sinardaily - 22/12 5:46 pm

SHAH ALAM - The actions of a DAP MP, who was seen celebrating the Kuala Lumpur High Courts decision rejecting former prime minister Datuk Seri Najib Razaks application for house arrest, have drawn criticism from several Umno leaders."Another reason to celebrate the end of this year," wrote Puchong MP Yeo Bee Yin in her Facebook post on Monday.Responding to the post, Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh reminded Yeo that what her party leaders were actually celebrating was the partys total rejection in Sabah."What more are we waiting for? Just withdraw support from this government





'Don't pour oil on the fire": Zahid issues stern warning after Najib ruling - Sinardaily - 22/12 5:44 pm

SHAH ALAM Umno President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has issued a stern warning against "pouring oil on a raging fire" following the High Court's dismissal of Datuk Seri Najib Razak's house arrest bid.Although the Facebook post was brief, it is widely believed to be directed at DAP leaders who allegedly "celebrated" the Kuala Lumpur High Courts decision to dismiss the former prime ministers judicial review application regarding the royal addendum.Barisan Nasional (BN) Secretary-General Datuk Seri Zambry Abdul Kadir joined the fray, criticising the conduct of Puchong MP Yeo Bee Yin.Zambry described the DAP lawmakers actions as "inappropriate," noting that court decisions involve personal suffering and have significant consequences for the individuals and families concerned.The court's ruling has triggered a sharp reaction within Umno.Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh has gone as far as urging the party to withdraw its support for the current government.He stressed that it would be better for Umno to serve as a "dignified Opposition" than to remain in a coalition where it feels humiliated by its partners.The backlash follows the Kuala Lumpur High Courts rejection of Najibs application to compel the government to implement a royal addendum that would have allowed him to serve the remainder of his prison sentence under house arrest.Judge Alice Loke Yee Ching ruled that the alleged order was never discussed during the 61st Pardons Board meeting.She clarified that the order was not made in accordance with procedures under Article 42 of the Federal Constitution, as the specific issue of house arrest was not decided during the session.According to the judge, the supplementary document only contained a recommendation to consider Najibs request for a full pardon and a reduction of his sentence, rather than a finalized order for home detention.The 72-year-old former Pekan MP has been incarcerated at Kajang Prison since Aug 23, 2022, following his conviction for misappropriating RM42 million from SRC International Sdn Bhd.With this application rejected, Najib remains at the facility, with a scheduled release date of Aug 23, 2028.However, the defence still has the opportunity to file an appeal against the decision at the Court of Appeal in Putrajaya.





Keputusan kes Najib jadi sorakan politik, parti tidak akan diam - Pemuda UMNO - Sinarharian - 22/12 5:39 pm

JOHOR BAHRU UMNO tidak akan bersekongkol dengan budaya politik kebencian, khususnya cubaan menormalisasikan penghinaan terhadap institusi dan tokoh negara demi kepentingan politik sempit.Kenyataan itu dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah susulan tindakan segelintir pemimpin DAP yang didakwa bersorak dan meraikan keputusan mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin."Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini," tulis Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menerusi hantarannya di Facebook.Mengulas tindakan Bee Yin itu, Hairi menegaskan bahawa walaupun UMNO menghormati keputusan mahkamah dan kedaulatan undang-undang, parti itu tidak akan berdiam diri apabila keputusan tersebut dijadikan pentas sorakan politik."UMNO tidak pernah meminta campur tangan dalam urusan kehakiman





'Jika tidak mampu zahir simpati jangan kurang ajar' - Pemimpin UMNO - Sinarharian - 22/12 4:08 pm

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen DAP yang dilihat seperti meraikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diselar oleh beberapa pemimpin UMNO."Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini," tulis Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yindalam hantarannya di Facebook pada Isnin.Memberikan reaksi kepada hantaran itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Bee Yin bahawa apa yang diraikan pemimpin itu sebenarnya ialah parti dianggotainya ditolak secara total di Sabah."Apa lagi yang perlu kita tunggu? Tarik sahaja sokongan daripada kerajaan ini





Hantaran Bee Yin: UMNO beri isyarat nilai semula kerjasama Kerajaan .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap bekas Perdana Menteri itu





Jangan kurang ajar, kerjasama kerajaan bukan tiket pijak maruah kami .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Kami tak pernah lari atau kecewa dalam perjuangan keadilan buat Bossku, katanya. Terdahulu, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin didakwa meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum





Zambry tegur Bee Yin ???raikan??? keputusan mahkamah berkait Titah Adendum .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# Zambry tegur Bee Yin raikan keputusan mahkamah berkait Titah Adendum KUALA LUMPUR Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegur sikap Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang didakwa meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum





'Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak' - Presiden UMNO - Sinarharian - 22/12 3:12 pm

SHAH ALAM - "Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak," demikian kenyataan tegas daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Meskipun hanya hantaran ringkas di Facebook pada Isnin, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada pemimpin DAP yang didakwa bersorak meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum.Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menegur sikap ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dengan mengatakan tindakan wakil rakyat DAP itu tidak wajar kerana keputusan mahkamah melibatkan penderitaan dan kesan besar terhadap individu serta keluarga terlibat.Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga secara lantang menggesa supaya parti menarik balik sokongan daripada kerajaan sekarang.Tegasnya, lebih baik UMNO menjadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina rakan sekutu dalam kerajaan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk mendesak kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah tersebut tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Kata beliau, perintah tambahan hanya menyentuh saranan mempertimbangkan permintaan Najib selaku pemohon untuk mendapat pengampunan penuh dan pengurangan hukuman penjaranya.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman di Penjara Kajang lebih tiga tahun bermula 23 Ogos 2022 kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di rumah sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.





Zambry selar Bee Yin ‘raikan’ nasib Najib - Kosmo - 22/12 2:51 pm

KUALA LUMPUR – Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menemplak Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin kerana meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





Albert, lawyer not ruling out suing MACC over Puchong house raid - Mkini - 21/12 3:35 pm

However, Mahajoth says priority right now is ensuring law is upheld.





'Saya terkejut dengan pendekatan siasatan' Peguam Albert Tei - Sinarharian - 16/12 5:58 pm

SEPANG "Saya hadir untuk memberi kerjasama, namun terkejut dengan pendekatan siasatan yang dijalankan."Demikian reaksi peguam kepada ahli perniagaan, Albert Tei, Mahajoth Singh selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini pada Selasa berhubung laporan yang dibuat oleh isteri anak guamnya berkaitan satu operasi pihak berkuasa pada 28 November lalu.Mahajoth Singh berkata, beliau menerima notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) pada Isnin yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.Katanya, kehadiran beliau dibuat selepas mendapatkan nasihat guaman susulan notis yang diterima."Saya hadir untuk memberi kerjasama, namun saya agak terkejut dengan pendekatan yang digunakan dalam siasatan ini."Antara soalan yang dikemukakan ialah sama ada saya mengenali Albert Tei. Pada pandangan saya, umum mengetahui siapa beliau."Saya tidak pasti sama ada perkara itu menjadi asas kukuh untuk memanggil seseorang bagi memberi keterangan," katanya dalam sidang akhbar di luar pekarangan IPD Sepang di sini pada Selasa.Mahajoth sebelum itu hadir sekitar jam 1.50 tengah hari bersama peguamnya Rajesh Nagarajan untuk dirakam percakapan.Sementara itu, Rajesh yang merupakan peguam mewakilinya menegaskan, tindakan memanggil seorang peguam untuk dirakam percakapan dalam kes yang melibatkan anak guam sendiri disifatkan sebagai tidak selaras dengan prinsip perundangan sedia ada.Beliau merujuk Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan perlindungan terhadap komunikasi antara peguam dan anak guam."Kami memahami keperluan siasatan, namun sebagai peguam, klien saya terikat dengan kewajipan menjaga kerahsiaan maklumat yang diperoleh dalam kapasiti profesionalnya."Sebarang percubaan untuk mendapatkan maklumat yang dilindungi undang-undang adalah tidak wajar," katanya.Rajesh turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Majlis Peguam Malaysia agar satu pendirian tegas diambil berhubung tindakan yang disifatkan sebagai cubaan mencabuli keistimewaan guaman.Media sebelum ini melaporkan, polis masih belum memperoleh bukti atau keterangan yang dapat menyokong dakwaan bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacukan senjata semasa serbuan dan penahanan Albert Tei di kediamannya di Puchong pada 28 November lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan bahawa satu laporan berhubung kejadian itu telah diterima di IPD Sepang, dibuat oleh seorang wanita yang juga isteri kepada ahli perniagaan terbabit.Dalam kejadian berkenaan, isteri Albert Tei, Lee Pei Rie mendakwa pegawai SPRM bertindak kasar ketika serbuan dijalankan, termasuk mengacukan pistol ketika digari.Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa operasi penahanan itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.





LBS perkenal Aulica, kediaman eksklusif tepi tasik di DIsland Residence - Sinarharian - 15/12 4:50 pm

PETALING JAYA LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, memperkenalkan Aulica, pembangunan terbaharu bernilai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM83 juta di perbandaran DIsland Residence yang telah meraih pelbagai anugerah di Puchong, Selangor.Aulica menawarkan gaya hidup moden berkonsepkan kediaman berkepadatan rendah di persekitaran tenang dengan pemandangan tasik, sekali gus menetapkan piawaian baharu bagi kawasan perumahan eksklusif.Pembangunan ini merangkumi 79 unit rumah teres dua tingkat yang menggabungkan elemen seni bina klasik dengan ruang dalaman luas serta hubungan harmoni bersama alam semula jadi.Pembeli ditawarkan dua pilihan pelan lantai iaitu keluasan 2,132 kaki persegi bagi pelan 20 x 70 dan 2,182 kaki persegi bagi pelan 20 x 72.5





Kes acu pistol: Albert Tei, isteri sedia bantu siasatan polis - Mgazette - 15/12 3:30 pm

# Kes acu pistol: Albert Tei, isteri sedia bantu siasatan polis SHAH ALAM Ahli perniagaan, Albert Tei dan isteri sedia membantu siasatan susulan dakwaan kepala diacu pistol semasa diserbu penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangkap di Puchong, 28 November lalu





Albert Tei: Polis Belum Temukan Bukti Sahkan Anggota SPRM Acu Senjata Ketika Serbuan - Siakapkeli - 15/12 2:15 pm

Albert Tei: Polis Belum Temukan Bukti Sahkan Anggota SPRM Acu Senjata Ketika Serbuan SHAH ALAM, 15 Dis (Bernama) — Polis masih belum menemukan sebarang keterangan dan bukti yang boleh mengesahkan dakwaan berhubung pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacu senjata dalam kes serbuan dan penahanan ahli perniagaan Albert Tei di rumahnya di Puchong pada 28 […] The post Albert Tei: Polis Belum Temukan Bukti Sahkan Anggota SPRM Acu Senjata Ketika Serbuan appeared first on Siakap Keli .





Albert Tei: Police yet to find evidence of gunpoint allegations - Sinardaily - 15/12 1:38 pm

SHAH ALAM - Police have yet to find any evidence to support allegations that Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers pointed a firearm at businessman Albert Tei during his arrest at his residence in Puchong on Nov 28.Selangor police chief Datuk Shazeli Kahar said this was based on initial investigations conducted after statements were recorded from all MACC officers and personnel involved in the operation, as well as from Teis wife, who is also the complainant in the case.He said the investigation was still being conducted thoroughly and advised the public not to speculate in ways that could interfere with the course of the probe."Several witnesses have been called to record their statements to assist in the investigation, but I cannot disclose the number at this time





EON lancar Pusat Pameran 3S Proton Flagship Damansara - Utusan - 11/12 7:51 am

KUALA LUMPUR: Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) terus memacu standard baharu dalam rangkaian edaran automotif negara dengan pembukaan Pusat Pameran 3S Flagship Proton EON Damansara, fasiliti paling canggih dalam rangkaiannya setakat ini. Pusat pameran terletak di lokasi strategik di sepanjang Lebuh Raya Damansara-Puchong di tengah-tengah kawasan automotif utama Damansara



Premis sembelihan ayam disyaki cemari air - Mgazette - 6/12 4:10 pm

KUALA LUMPUR Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyertai satu operasi bersepadu bagi menangani kes pelepasan efluen terlarang yang dikesan mencemarkan beberapa loji rawatan kumbahan (LRK) di sekitar Taman Perindustrian Puchong, semalam



Puchong MP Yeo Bee Yin expecting fourth child due March 2026 - Sinchew - 5/12 3:20 pm

Puchong MP Yeo Bee Yin expecting fourth child due March 2026 Puchong: Yeo Bee Yin, the Puchong member of parliament, is expecting her fourth child, due to arrive in March 2026



Albert Tei persoal tindakan SPRM serbu rumah, dakwa ditahan seperti penjenayah berbahaya - Sinarharian - 4/12 4:32 pm

Apa kesalahan saya sampai diperlakukan sedemikian."Saya diperlakukan seperti itu dihadapan keluarga saya, seolah-oleh saya ini seperti penjenayah berbahaya," katanya.Beliau mendakwa, dekoder rakaman kamera rumahnya turut diambil ketika serbuan."Pegawai SPRM terlibat turut meminta isteri saya memadam satu rakaman video yang merakamkan kejadian tersebut."Saya ulang, kalau CCTV (kamera litar tertutup) saya hilang atau rosak, saya akan tuntut SPRM sampai lubang cacing. Apa kaitan siasatan notis dengan ambil CCTV saya," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM menafikan dakwaan kononnya pegawai agensi itu mengacukan senjata api di kepala ahli perniagaanitu ketika melakukan tangkapan terhadap individu berkenaan pada Jumaat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses tangkapan yang dilakukan di rumah ahli perniagaan itu dijalankan mengikut SOP ditetapkan.Ujar beliau, SPRM turut membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berunsur fitnah yang disebarkan.Media sebelum ini melaporkan, agensi pencegahan rasuah itu menyerbu kediaman Albert di Puchong, Selangor menggunakan waran pada pagi Jumaat.Peguam ahli perniagaan itu, Mahajoth Singh menyifatkan tindakan itu sebagai satu pencerobohan kerana tarikh untuk merekodkan keterangan Albert telah ditetapkan.



Ulang Tahun ke-54 LKIM – Peranan nelayan dan inovasi perikanan jadi fokus utama - Harapandaily - 4/12 9:45 am

FOTO BERITA:… Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 54 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir Muhammad Faiz Fadzil Pengerusi LKIM di Jalan Desaria, Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor



Timeline of Shamsul Iskandar and Albert Tei case unfolds in full - Sinardaily - 3/12 5:14 pm

KUALA LUMPUR A full chronology has been released outlining the key developments in the corruption case involving Shamsul Iskandar Mohd Akin and businessman Albert Tei.On Nov 28, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) detained three individuals, including both men, to assist in investigations into alleged bribe payments made to recover political funds said to have been channelled to several Sabah assemblymen.Shamsul Iskandar arrived at the MACC headquarters at midday to give his statement before being arrested.Tei was arrested earlier the same morning at his home in Puchong after failing to appear as directed to provide a statement.The following day, Nov 29, both were taken to the Putrajaya magistrates court for a remand application



2 remaja perempuan dilapor hilang di Puchong - Kosmo - 3/12 3:31 pm

SUBANG JAYA – Polis sedang mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas kali terakhir dilihat di sebuah rumah di Kampung Tengah, Puchong



SPRM nafi tidak kemuka senarai bongkar ketika Albert Tei ditangkap - Mgazette - 3/12 3:29 pm

Ini tidak benar kerana pegawai penyiasat saya telah mematuhi SOP dan juga telah menyerahkan senarai bongkar dan senarai barang yang diambil atau eksibit kepada Albert Tei itu sendiri, ini tidak menjadi isu, saya perlu perbetulkan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. Isnin lalu, Pei Rie menerusi peguam Rajesh Nagarajan mengeluarkan surat tuntutan kepada SPRM) mendakwa berlakunya pelanggaran SOP ketika serbuan di rumahnya di Puchong minggu lalu



Albert Tei, Shamsul Iskandar akan didakwa esok dan Jumaat ini – Azam .. - Mgazette - 3/12 3:29 pm

Pada 28 November lalu, Shamsul Iskandar, Tei dan Sofia Rini Buyong ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah. Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas memberikan keterangan manakala Albert ditahan di rumahnya di Puchong



Kronologi kes Shamsul Iskandar dan Albert Tei - Sinarharian - 3/12 3:17 pm

KUALA LUMPUR Berikut adalah kronologi lengkap perkembangan kes melibatkan Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.28 November 2025Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk Shamsul Iskandar dan Albert Tei bagi membantu siasatan berkaitan pemberian rasuah untuk mendapatkan semula dana politik yang didakwa disalurkan kepada beberapa wakil rakyat Sabah.Shamsul Iskandar hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada tengah hari sebelum ditahan.Albert Tei ditahan pagi hari sama di kediamannya di Puchong selepas gagal hadir memberi keterangan seperti diarahkan.29 November 2025Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman.Mahkamah membenarkan reman enam hari sehingga 4 Disember 2025.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengarahkan siasatan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.30 November 2025Laporan media mula mendedahkan butiran siasatan, termasuk dakwaan bahawa terdapat pemberian wang oleh Albert Tei sebagai usaha "memulihkan" dana yang pernah diagihkan kepada beberapa ADUN Sabah.3 Disember 2025SPRM mengesahkan siasatan telah selesai sepenuhnya.Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas sejumlah pertuduhan rasuah.Selain itu, satu lagi pertuduhan berasingan dijangka difailkan terhadap mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari berikutnya.



Wakil rakyat khuatir pesuruhjaya kanak-kanak tak larat tanpa dana tambahan - FMT - 3/12 2:44 pm

Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin berkata badan itu tidak akan berupaya melaksanakan tugas tanpa peruntukan yang tinggi.



Polis kesan dua wanita hilang sejak Selasa - Sinarharian - 3/12 1:55 pm

SUBANG JAYA Polis giat mengesan dua wanita dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Selasa.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan mengenai kehilangan Siti Noor Shafiqah Edarullah, 19, dan Siti Esmahdatul Husna Abdullah, 25, diterima pada jam 6.05 petang."Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di sebuah rumah di Lot 106, Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong pada 1 Disember."Polis sedang berusaha mengesan kedua-dua individu ini serta siasatan sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, Siti Noor Shafiqah memiliki ketinggian 157 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit kuning langsat, berambut pendek kerinting hitam, hidung bulat, mata sepet dan bibir nipis."Siti Esmahdatul Husna pula berketinggian 160 sentimeter, berat 70 kilogram, berkulit hitam manis, berambut panjang perang, hidung bulat, mata bulat dan bibir tebal," katanya.Menurutnya, maklumat boleh disalurkan ke Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Fyruz Salim di 016-7279039.



Seminggu hilang, keluarga rayu Arissa pulang - Sinarharian - 1/12 7:51 pm

PUCHONG "Saya risau sebab dia baru 16 tahun, di bawah jagaan keluarga



Sofia Rini dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini - Sinarharian - 1/12 3:04 pm

PUTRAJAYA - Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah, telah dibebaskan hari ini selepas tamat tempoh remannya.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa Sofia Rini kini dibebaskan dengan jaminan SPRM.Sofia Rini sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh ahli perniagaan Albert Tei kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.Pada Jumaat, kesemua mereka ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberikan keterangan, manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong.Setakat ini, Shamsul Iskandar dan Tei direman SPRM sehingga 4 Disember bagi membantu siasatan kes tersebut




Reformasi     >>



When Anwar hailed court sending Najib to jail as .. - Mkini
UPDATED 2.53PM Now PM taking different tone, rebuking those celebrating ex-Umno chief's failed house arrest bid.
Kroni     >>



US judge tosses Trump challenge to New York .. - Star
Dec 23 (Reuters) - A federal judge on Tuesday dismissed a lawsuit the U.S. Department of Justice filed challenging a New York law that President Donald Trump's administration said was impeding immigration enforcement. Read full story
Tabloid     >>



“Jangan sukakan pada musibah orang” .. - Lobakmerah
Umum mengetahui bahawa permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman tahanan penjara di rumah telah ditolak dan beliau kekal di Penjara Kajang atas kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Berita ini telah menjadi buah mulut ..
Tech     >>



Android Auto May Receive Google Cast Support Soon - Lowyat
According to a recent report, Google is working on updating the Android Auto system. The upcoming update is said to include support for Google Cast, along with a redesigned music player. The information comes from 9to5Google, which uncovered strings of code referencing Google Cast in the latest ..
World     >>



New Epstein files detail email by 'A' from 'Balmoral', .. - BBC
The largest release of Epstein-related documents yet from the justice department included some notable messages and several mentions of Trump.
Motor Trend     >>



Pandu Uji, Menang Hadiah dan Jimat Besar: Chery .. - Pandulaju
MUSIM hujung tahun bukan sekadar masa untuk bercuti dan berbelanja, tetapi juga peluang terbaik untuk memiliki [Baca Lagi...] The post Pandu Uji, Menang Hadiah dan Jimat Besar: Chery Malaysia Perkenal Promosi Sehingga RM200,000! appeared first on PanduLaju.com.my .