///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Perkhidmatan News   Page 1    



2 pekerja kontraktor TNB cedera terkena renjatan elektrik - Mygazette - 17/10 7:55 am

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Bomba Kanan II Fadzil Yahya berkata, Pasukan Keluaran Operasi(PKO) memberi rawatan awal kepada kedua-dua pekerja terbabit. "Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan malam ini





FashionValet terima hampir RM40 juta dari Khazanah dan PNB – Lay... - Mygazette - 17/10 7:55 am

(FashionValet) menerima empat transaksi wang hampir RM40 juta daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 2018. Pengurus Perkhidmatan Perbankan, Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, Tay Lay Hong, 54, berkata, kemasukan wang itu diperoleh hasil semakan terhadap akaun bank syarikat fesyen tersebut





Pelbagai Perkhidmatan Percuma, Jualan Rahmah Antara Tarikan PMK Kepayang Esok - Mydateline - 16/10 7:08 pm

Penukaran topi keledar dan minyak enjin motosikal secara percuma serta khidmat gunting rambut tanpa bayaran antara pelbagai tawaran menarik yang menanti pengunjung pada Program MADANI ..





Pembayaran gaji: Modul e-wages turut libatkan pekerja asing - Sinarharian - 16/10 4:37 pm

PUTRAJAYA Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang memperincikan mekanisme pemantauan pembayaran gaji menerusi modul e-Wages yang dicadangkan untuk meliputi semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, mekanisme itu bertujuan memudahkan pemantauan serta memperkukuh penguatkuasaan undang-undang perburuhan.Menurut beliau, pelaksanaan e-Wages akan memastikan pembayaran gaji dibuat mengikut kaedah dan tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.Katanya, mekanisme tersebut juga dapat memastikan majikan membayar gaji seperti yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan, termasuk kadar gaji, elaun, insentif dan bonus."Isu gaji pekerja tidak dibayar, lewat dibayar serta dibayar tidak mengikut kadar sebenar atau di bawah kadar gaji minimum dapat dikurangkan," katanya pada sidang akhbar di Menara PERKESO, di sini, pada Jumaat.Ramanan berkata, cadangan memperluaskan pelaksanaan mekanisme itu kepada pekerja bukan warganegara merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh pemantauan pembayaran gaji pekerja di negara ini.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan bermula Jun 2027 menerusi Belanjawan MADANI 2027.Kenaikan tersebut dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja, manakala perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta diberikan pengecualian sementara bagi membolehkan penyesuaian dibuat.Pada masa sama, KESUMA sedang menyediakan garis panduan gaji pokok permulaan berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagai rujukan kadar gaji mengikut jenis pekerjaan dan tahap kelayakan.Ramanan berkata, kadar gaji pokok permulaan itu akan dikemas kini menggunakan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Menurutnya, maklumat tersebut dijadualkan dimuat naik ke portal e-MASCO dan diterbitkan bersama Perintah Gaji Minimum Baharu yang dijangka berkuat kuasa pada Jun 2027.Beliau berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membangunkan struktur gaji yang lebih jelas, tersusun dan berasaskan jenis pekerjaan, kelayakan serta kemahiran pekerja.





JPJ bongkar aktiviti sewa tayar lori, lulus pemeriksaan PUSPAKOM - Sinarharian - 16/10 4:16 pm

KUANTAN Kegiatan menyewakan tayar lori dengan kadar antara RM100 hingga RM150 bagi membolehkan kenderaan melepasi pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dikesan dalam satu operasi penguatkuasaan di Gebeng, di sini, pada Rabu.Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang memaklumkan kegiatan itu terbongkar hasil Ops Bengkel yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang di sekitar daerah ini.Menurut kenyataan JPJ Pahang pada Jumaat, penemuan tersebut diperoleh menerusi pemeriksaan awal dan memerlukan siasatan serta penelitian lanjut oleh pihak berkaitan."Pemeriksaan mendapati terdapat sebuah premis yang menawarkan perkhidmatan penyewaan tayar lori kepada pengusaha dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM150 bagi tujuan melepasi pemeriksaan berkala PUSPAKOM."Penemuan itu sedang diteliti bagi tindakan lanjut," menurut kenyataan tersebut.Selain premis tayar lori berkenaan, pemeriksaan turut dijalankan di lapan bengkel kereta dan motosikal sekitar Kuantan."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat premis yang menawarkan alat ganti dan aksesori kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, antaranya nombor pendaftaran, ekzos dan tayar motosikal."Susulan itu, JPJ telah memberikan nasihat serta peringatan kepada pengusaha premis terbabit berhubung penjualan aksesori berkenaan," katanya.Menurut kenyataan itu, KPDN turut mengambil tindakan terhadap sebuah premis dengan mengeluarkan notis kompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga.Operasi bersepadu tersebut melibatkan 17 anggota penguat kuasa iaitu 10 anggota JPJ dan tujuh pegawai KPDN.JPJ Pahang menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bersama agensi berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan serta aspek keselamatan kenderaan sentiasa berada pada tahap terbaik.





Kerajaan terlebih bayar pampasan tanah Enklaf Duta hingga RM500,000 - Saksi - Sinarharian - 16/10 4:03 pm

KUALA LUMPUR Penolong Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, Kerajaan telah membayar lebihan pampasan antara RM400,000 hingga RM500,000 kepada Syarikat Semantan Estate Sdn Bhd (1952) pada tahun 1956.Tan Tat Khuan, 40, berkata, ia bagi pengambilan tanah seluas 106.542 hektar di Enklaf Duta yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Duta.Sebelum ini beliau menilai tanah di Mukim Batu itu mencecah RM875,000 hingga RM985,000, sedangkan Kerajaan selaku defendan telah membayar sebanyak RM1.39 juta."Jika mahkamah bersetuju dengan pengiraan saya sebanyak RM875,000 manakala penilaian kedua berjumlah RM985,000 maka tiada pampasan tambahan perlu dibayar kepada syarikat berkenaan."Kedua-duanya merupakan nilai terendah bagi jumlah pampasan yang dinilai," katanya ketika disoal Peguam Persekutuan Kanan, Nurhafizza Azizan yang mewakili defendan.Bagaimanapun, Tat Khuan berkata, kerajaan mungkin perlu membayar pampasan tambahan RM1.23 juta sekiranya mahkamah menerima penilaian yang dikemukakan penilai swasta bagi pihak Semantan Estate.Beliau berkata, penilai swasta itu meletakkan nilai tanah berkenaan sebanyak RM2.62 juta, berbanding RM1.39 juta yang telah dibayar kerajaan.Beliau berkata, dua penilaian yang dibuat menggunakan keluasan tanah berbeza iaitu penilaian pertama sebanyak 81.24 hektar (200.75 ekar) manakala penilaian kedua ialah 106.542 hektar (263.272 ekar).Semasa pemeriksaan balas oleh peguam, Ira Biswas yang mewakili Semantan Estate selaku plaintif, Tat Khuan turut mengakui tidak dapat mengesahkan secara bebas sekatan pembangunan yang terpakai ke atas tanah itu pada 1956.Beliau berkata, ini kerana rekod perancangan asal tidak dapat ditemukan.Ira mempersoalkan pergantungan Tat Khuan terhadap laporan penilaian terdahulu yang disediakan dua penilai lain, iaitu AA Wragg dan AIG Harding.Tat Khuan bersetuju bahawa, beliau tidak mengemukakan dokumen perancangan asal untuk mengesahkan sekatan secara bebas.Beliau berkata, semakan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) juga gagal menemukan rekod perancangan bagi tahun 1956.Bagaimanapun, Tat Khuan menegaskan laporan terdahulu itu boleh dipercayai kerana kedua-dua penilai berkenaan telah membuat semakan pada masa itu dan memperoleh dapatan yang konsisten.Hakim, Roslan Mat Nor kemudian bertanya sama ada laporan berkenaan berkemungkinan mengandungi kesilapan.Tat Khuan menjawab bahawa beliau tidak menyatakan laporan itu 100 peratus tepat, namun berpandangan ia masih boleh dijadikan sandaran.Beliau kemudian tidak bersetuju dengan cadangan Ira bahawa laporan berkenaan merupakan keterangan dengar cakap."Walaupun maklumat perancangan itu tidak dapat disahkan melalui rekod asal, namun laporan terdahulu berkenaan digunakan sebagai rujukan dalam menyediakan penilaiannya sendiri," katanya.Perbicaraan bersambung pada 23 November depan.Pada tahun 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap Kerajaan, mendakwa berlaku pencerobohan tanah secara haram daripada syarikat itu.Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman, Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan berfaedahnya dalam tanah itu, yang telah diambil secara tidak sah oleh Kerajaan.Kerajaan kemudian memfailkan rayuan, namun ia ditolak pada 18 Mei 2012.Kemudian pada 21 November 2012, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Kerajaan untuk mendapatkan kebenaran merayu, berhubung keputusan itu.Semantan Estate memfailkan saman pemula terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan pada Februari 2017 untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi 2009.Beberapa tahun kemudian iaitu pada 2018, Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak permohonan Kerajaan untuk menyemak semula keputusannya sebelum ini.Kerajaan juga telah mencadangkan penyelesaian berhubung pertikaian tanah itu.Pada 7 Ogos 2024, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan permohonan pelikuidasi Semantan Estate untuk mendapatkan semula tanah yang menempatkan beberapa kompleks bangunan Kerajaan kepada syarikat berkenaan.Beliau memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan syarikat terbabit untuk menguatkuasakan perintah 2009.Menerusi keputusan penghakimannya, beliau memerintahkan Kerajaan melaksanakan syarat yang diminta dalam tempoh tiga bulan penghakiman berkenaan.Hakim itu juga membenarkan pelikuidasi syarikat sebagai pemilik asal tanah dan Kerajaan diarah membayar kos sebanyak RM50,000.Mahkamah juga membenarkan permohonan syarikat, agar Kerajaan mendaftarkan pelikuidasi Ladang Semantan sebagai pemilik rasmi tanah dan bebas daripada bebanan.Ia termasuk kertas kerja undang-undang yang diperlukan secara lengkap untuk memindahkan hak milik tanah, mengeluarkan hak milik tanah baharu atas nama pelikuidasi dan mengembalikan pemilikan fizikal tanah kepada pemilik sah.Keputusan itu sekali gus menyelesaikan pertikaian tanah sivil antara paling lama di Malaysia sejak merdeka iaitu selama hampir tujuh dekad.Pada 24 Jun 2025, Mahkamah Rayuan memutuskan Semantan Estate tidak berhak terhadap hak milik tanah berkenaan, namun syarikat itu layak menerima pampasan sewajarnya berdasarkan nilai tanah pada 1956, iaitu ketika ia diambil alih Kerajaan.





Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi - Sinarharian - 16/10 3:31 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat diberitahu syarikat fesyen tempatan Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) menerima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), lapan tahun lepas.Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Cawangan Bukit Damansara Tay Lay Hong, 54, berkata, wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Public Bank milik syarikat Fashion Valet menerusi empat transaksi antara Mac dan Disember 2018."Semakan ke atas penyata akaun bank syarikat Fashion Valet mendapati, Khazanah memindahkan wang berjumlah RM7,848,000 pada 23 Mac 2018 dan RM11,742,000 pada 26 Mac 2018 manakala PNB merekodkan pemindahan wang RM11,953,500 pada 4 Jun 2018 dan RM8,364,996 pada 20 Dis 2018," katanya.Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian menerusi pernyataan saksinya, pada perbicaraan kes pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang berdepan pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.Lay Hong turut mengesahkan terdapat pengeluaran wang berjumlah RM11 juta daripada akaun bank Fashion Valet pada 21 Ogos 2018, menerusi transaksi yang dilakukan secara "bulk payment" secara dalam talian





Saksi beritahu Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada khazanah, PNB - Harapandaily - 16/10 3:29 pm

Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu syarikat fesyen tempatan Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet), menerima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), lapan tahun lepas. Pengurus Perkhidmatan PerbankanPublic Bank Cawangan Bukit Damansara Tay Lay Hong, 54, berkata wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Public Bank milik syarikat..





Cubaan Curi Kabel Jejas Perkhidmatan MRT Laluan Kajang Pagi Ini - Careta - 16/10 2:48 pm

Rapid KL menerusi kenyataan medianya memaklumkan insiden itu dikesan pada jam 5.30 pagi, membabitkan pencerobohan kawasan landasan dan cubaan mencuri kabel





Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkuatkuasa hari ini - Mygazette - 16/10 2:43 pm

# Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkuatkuasa hari ini KUALA LUMPUR Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] akan mula berkuat kuasa pada 16 Oktober 2026. Menurut MOT, pindaan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memperkukuh keselamatan jalan raya, meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa





Perselisihan faham punca pegawai AKPS ditikam suami - Mygazette - 16/10 2:43 pm

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan(AKPS) berkuat kuasa 1 Julai, katanya dalam kenyataan di sini hari ini





When haze crosses borders, can the law follow? - Mygazette - 16/10 2:43 pm

The legal foundation for environmental rights in Malaysia originates from Article 5(1) of the Federal Constitution, which mandates that no person shall be deprived of their life save in accordance with law. In the landmark Court of Appeal decision of Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (1996), the judiciary expansively interpreted the term "life" to encompass all elements that constitute a person's quality of life





Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas - Sinarharian - 16/10 2:29 pm

SEREMBAN Seorang lelaki hadir menyerah diri di balai polis selepas dipercayai menikam isterinya sehingga maut di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam.Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga.Menurutnya, suami mangsa yang berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.





Akta Pengangkutan Jalan (pindaan) 2026 berkuat kuasa hari ini - MOT - Sinarharian - 16/10 2:21 pm

PUTRAJAYA - Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] berkuat kuasa hari ini, melibatkan peruntukan baharu bagi membanteras lumba haram dan kegiatan tonto selain memperkukuh penguatkuasaan serta pendigitalan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan akta yang mengandungi 42 fasal pindaan itu sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya, memperkukuh penguatkuasaan dan memodenkan penyampaian perkhidmatan JPJ."Antara perubahan utama ialah pengenalan Seksyen 42A yang menjadikan perbuatan berlumba atau menguji kelajuan di jalan raya sebagai kesalahan khusus, membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil tanpa menunggu berlakunya kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa," menurut MOT dalam kenyataan hari ini.Di bawah seksyen itu, pesalah boleh didenda antara RM2,000 hingga RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya bagi sabitan kali pertama manakala bagi sabitan kedua atau seterusnya ialah denda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.Selain itu, MOT memaklumkan akta itu turut memperkenalkan Seksyen 110B bagi menangani kegiatan tonto yang menghalang atau mengganggu operasi penguatkuasaan termasuk mengekori kenderaan penguat kuasa dan menyalurkan maklumat operasi."Pesalah yang disabitkan boleh dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara satu hingga lima tahun atau kedua-duanya





JPJ Negeri Sembilan berduka, Mohd. Azrul pergi ketika bertugas - Kosmo - 16/10 2:19 pm

SEREMBAN Selepas 18 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan penguatkuasaan, Pembantu Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Azrul Rashid Yaakub, 42, meninggal dunia ketika menjalankan tugas dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar Senawang, malam tadi





Tune Protect Perkenalkan TPXtra Insurans Dan Kemudahan Perjalanan Dalam Satu Platform - Amanz - 16/10 1:50 pm

Tune Protect memperkenalkan TPXtra, iaitu sebuah platform insurans pintar baharu yang menyatukan perlindungan dengan perkhidmatan gaya hidup dalam satu ekosistem menyeluruh





Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - Polis - Sinarharian - 16/10 12:38 am

SEREMBAN - Punca seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi ialah akibat perselisihan rumah tangga.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam, selepas seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya.Beliau berkata, pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, suami mangsa berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.- Bernama





Lima pegawai kanan SPRM raih pengiktirafan FCMI - Sinarharian - 16/10 11:18 am

PUTRAJAYA Lima pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima pengiktirafan Fellowship Chartered Management Institute (FCMI) dari United Kingdom selepas menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan.Pengiktirafan berprestij itu membuktikan komitmen berterusan SPRM dalam melahirkan modal insan berkaliber yang memiliki kompetensi kepimpinan bertaraf antarabangsa.Lima pegawai berkenaan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman; Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin; Pengarah SPRM Putrajaya, Datuk Mohd Shahril Che Saad; Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Samsul Salip dan Mohd Fazli Husin dari Bahagian Perisikan SPRM.Majlis penyerahan sijil dan watikah pengiktirafan itu disempurnakan Pegawai Integriti Asia e University (AeU), Profesor Madya Dr Azmi Mohd di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.SPRM dalam kenyataan memaklumkan pengiktirafan antarabangsa itu diraih menerusi kerjasama strategik AeU dengan Chartered Management Institute (CMI), United Kingdom."Pentauliahan bertaraf dunia ini membuktikan komitmen berterusan suruhanjaya dalam melahirkan modal insan berkaliber bertaraf antarabangsa," menurut kenyataan itu.SPRM memaklumkan, Azmi dan Saiful Ezral menamatkan pengajian dalam program Sarjana Pengurusan (Master in Management).Sementara itu, Mohd Shahril dan Samsul menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), manakala KPKPj Mohd Fazli sedang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti berkenaan.Azmi Mohd berkata, penganugerahan FCMI merupakan pengiktirafan kepimpinan tertinggi daripada CMI, sebuah badan profesional pengurusan terkemuka dunia yang ditubuhkan pada 1947 di United Kingdom."Gelaran Fellow ini bukan sahaja pengiktirafan tertinggi dalam bidang pengurusan dan kepimpinan, malah diiktiraf di lebih 170 buah negara di seluruh dunia," katanya.Pengiktirafan itu membolehkan pegawai kanan SPRM terbabit diiktiraf sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan profesional serta menggunakan gelaran rasmi FCMI pada singkatan nama masing-masing.Pentauliahan berkenaan turut menjadi penanda aras kompetensi dalam bidang pengurusan yang diiktiraf dalam sektor perkhidmatan awam dan korporat di peringkat antarabangsa.Dalam pada itu, Majlis Konvokesyen AeU Ke-15 yang bakal meraikan graduan berkenaan dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.Turut hadir, Pengurus Kanan (Strategic Alliances) AeU, Hazrani Hanafiah dan Pengurus Pusat APEL AeU, Syed Badrul Hisyam Syed Adanan.





Jerebu: KKM saran penggunaan pelitup muka N95 - Sinarharian - 16/10 9:38 am

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai menggunakan pelitup muka N95 sekiranya perlu berada di luar ketika jerebu bagi mengurangkan pendedahan kepada partikel halus yang boleh membahayakan kesihatan.KKM dalam kenyataan memaklumkan pelitup muka N95 paling berkesan untuk menapis partikel halus PM2.5 yang terkandung dalam udara berjerebu.Menurutnya, jerebu yang melanda negara ketika ini disebabkan pembakaran hutan Indonesia mengandungi partikel halus bersaiz 2.5 mikron (PM2.5) yang boleh memasuki sistem pernafasan dan boleh membahayakan kesihatan."Oleh itu sekiranya perlu berada di luar, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan pelitup muka N95 kerana ia paling berkesan untuk menapis bahan pencemar udara PM2.5 semasa jerebu."Sekiranya pelitup muka N95 tidak dapat diperolehi, pemakaian pelitup muka tiga lapis boleh dipertimbangkan sebagai langkah perlindungan tambahan yang terhad," katanya.KKM berkata, langkah paling berkesan untuk meminimumkan kesan buruk jerebu terhadap kesihatan adalah dengan mengelakkan aktiviti di luar sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu tahap tidak sihat."KKM akan terus memantau situasi jerebu dan kesannya terhadap kesihatan penduduk serta memastikan fasiliti kesihatan, bekalan ubat-ubatandan petugas kesihatan sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan," menurut kenyataan itu.





MRT Laluan Kajang Tergendala, Terdapat Insiden Pencerobohan Dan Cubaan Mencuri Kabel - Siakapkeli - 16/10 9:07 am

Jadual perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bagi laluan Kajang mengalami kelewatan pagi ini susulan terdapat cubaan mencuri kabel dan pencerobohan di land...





HeiTech Padu Dapat Lanjutan Kontrak Jabatan Imigresen RM19.87 Juta Sehingga 2029 - Vocket - 16/10 9:06 am

Syarikat penyedia perkhidmatan teknologi maklumat, HeiTech Padu Bhd berjaya memperoleh lanjutan kontrak bernilai RM19.87 juta daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi meneruskan penyelenggaraan Sistem Imigresen Malaysia..





Jerebu: Singapura Terus Sengsara Catat Rekod Terburuk Dalam Sejarah - Wrlr - 16/10 8:39 am

Persatuan Penduduk (PA) turut membantu mengagihkan pelitup muka N95 kepada penduduk Singapura yang rentan termasuk warga emas, wanita hamil, kanak-kanak dan remaja serta individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma. Bagi melengkapi pengagihan oleh PA, mesin layan diri pelitup muka turut disediakan di 37 hab pengangkutan awam dan pejabat perkhidmatan sosial





IMF jangka KDNK Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026 disokong .. - Wrlr - 16/10 8:30 am

Menurut laporan itu, kapasiti operasi pusat data di Malaysia melebihi 1,000 megawatt (MW), manakala lebih 1,500 MW lagi sedang dalam pembinaan. Dari segi komposisi eksport perkhidmatan, perkhidmatan moden di Malaysia menyumbang kira-kira 30 peratus daripada jumlah eksport perkhidmatan pada 2023, manakala selebihnya terdiri daripada perkhidmatan tradisional





Jerebu: KKM saran kurangkan aktiviti luar, pakai pelitup muka - Mygazette - 16/10 7:17 am

Bagaimanapun, KKM memaklumkan tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap Sangat Tidak Sihat atau Berbahaya. KKM memaklumkan pihaknya akan terus memantau situasi jerebu dan kesannya terhadap kesihatan penduduk, selain memastikan fasiliti kesihatan, bekalan ubat-ubatan serta petugas kesihatan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang diperlukan.





Waris 4 mangsa nahas helikopter Long Lellang terima pencen mulai 21... - Mygazette - 16/10 7:17 am

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menguruskan faedah pencen terbitan serta bantuan kewangan sewajarnya kepada waris mangsa secara menyeluruh dan berhemah





JPJePlate: Jangan ketepikan pengusaha nombor plat sedia ada - Mygazette - 16/10 7:17 am

Syarikat teknologi boleh memberi tumpuan kepada pembangunan platform sistem, teknologi RFID, keselamatan data serta integrasi dengan sistem penguatkuasaan undang-undang. Pengusaha plat nombor yang memenuhi syarat boleh memainkan peranan dalam pemasangan fizikal, khidmat pelanggan, penggantian plat rosak, perkhidmatan selepas jualan dan penyediaan rangkaian perkhidmatan di seluruh negara, jelasnya





IMF ramal pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2% pada 2026, 4.7% pada 2027 - Mygazette - 16/10 7:17 am

Menurut laporan itu, kapasiti operasi pusat data di Malaysia melebihi 1,000 megawatt (MW), manakala lebih 1,500 MW lagi sedang dalam pembinaan. Dari segi komposisi eksport perkhidmatan, perkhidmatan moden di Malaysia menyumbang kira-kira 30 peratus daripada jumlah eksport perkhidmatan pada 2023, manakala selebihnya terdiri daripada perkhidmatan tradisional





Ibaratkan Parlimen seperti filem Antara Dua Darjat - Harakahdaily - 15/10 9:57 pm

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) menyifatkan layanan terhadap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang seolah-olah gambaran filem klasik P Ramlee, Antara Dua Darjat. Beliau berkata, pengembalian perkhidmatan Parlimen di bawah pentadbiran institusi itu belum memperlihatkan jaminan jelas bahawa semua wakil rakyat akan mendapat layanan yang adil





MHTC, Maybank kerjasama perluas akses perkhidmatan kesihatan Malaysia serata Asean - Hotfm - 15/10 9:52 pm

Kerjasama berbilang tahun ini akan menghubungkan pelanggan Maybank di rantau ini dengan perkhidmatan kesihatan Malaysia, serta rancangan untuk berkembang ke lebih banyak pasaran mulai 2027.





MHTC, Maybank kerjasama perluas akses perkhidmatan kesihatan Malaysia serata Asean - FMT - 15/10 9:52 pm

Kerjasama berbilang tahun ini akan menghubungkan pelanggan Maybank di rantau ini dengan perkhidmatan kesihatan Malaysia, serta rancangan untuk berkembang ke lebih banyak pasaran mulai 2027.





Peruntukan pembangunan negeri perlu ikut formula bukan politik - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 15/10 7:05 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memperkenalkan Formula Penyamarataan Fiskal dan Pembangunan Antara Negeri yang telus serta berasaskan keperluan sebenar bagi memastikan pengagihan peruntukan pembangunan lebih adil dan seimbang.Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN - Kemaman) berkata, formula itu perlu mengambil kira empat faktor utama iaitu keperluan fiskal setiap negeri, keupayaan menjana hasil sendiri, jurang infrastruktur serta perbezaan kos pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam."Melalui pendekatan ini, pengagihan peruntukan dapat dibuat berdasarkan kriteria yang jelas dan bukan semata-mata bergantung kepada budi bicara sesebuah pentadbiran di peringkat Persekutuan."Apatah lagi ianya bukan pertimbangan sentimen kepartian atau nilai keakraban," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat pada Khamis.Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan, jumlah peruntukan yang sama kepada dua negeri tidak semestinya menjamin keadilan kerana setiap negeri mempunyai keupayaan berbeza untuk membangunkan infrastruktur, menarik pelaburan dan meningkatkan pendapatan rakyat.Justeru ujarnya, pengagihan dana pembangunan perlu mengambil kira jurang pembangunan serta keupayaan ekonomi setiap negeri, bukan berdasarkan jumlah penduduk semata-mata."Di Malaysia, saya rasa semua kita sedia maklum bahawa telah wujud asas dalam Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan, termasuk geran per kapita dan geran penyelenggaraan jalan negeri (MARRISS)."Namun ruang masih terbuka untuk memperkukuh mekanisme sedia ada agar lebih responsif terhadap keperluan semasa terutama keperluan setiap negeri yang berbeza-beza."Geran per kapita misalnya, tidak boleh dinilai berdasarkan jumlah penduduk semata-mata kerana kos menyediakan kemudahan asas turut dipengaruhi keluasan kawasan, taburan penduduk dan tahap pembangunan infrastruktur serta pelbagai perkara kerana kita perlu membezakan antara negeri di koridor maju dan dengan belum maju," jelasnya.





Nahas helikopter: Waris setiap kakitangan KKM terkorban layak terima RM130,000 - Sinarharian - 15/10 6:13 pm

PUTRAJAYA Waris setiap kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Miri, Sarawak September lalu layak menerima bayaran pukal sekurang-kurangnya RM130,000.KKM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, jumlah itu merangkumi gantian cuti rehat (GCR), ganjaran terbitan, bantuan mengurus jenazah dan ex-gratia kematian.Menurutnya, jumlah keseluruhan bayaran pukal yang layak diterima bagi setiap kakitangan yang terkorban adalah tidak kurang daripada RM130,000."Urusan pembayaran faedah dan bantuan kepada waris empat kakitangannya yang terkorban sedang diselaraskan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS)," katanya.Selain bayaran pukal, ujar KKM, tanggungan yang layak akan mula menerima pencen terbitan secara bulanan pada 21 Oktober ini.Menurut kementerian, pencen terbitan itu akan dibahagikan mengikut kadar syer kepada waris yang layak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada."Sehubungan itu, pihak JPA akan memberikan penerangan lanjut kepada waris yang layak berkaitan pembahagian pencen terbitan ini," jelasnya.Dalam pada itu, waris yang layak turut akan menerima pencen tanggungan dan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja yang masih diproses oleh Bahagian Pencen Cawangan Sarawak serta Kementerian Kewangan Malaysia.KKM berkata, penyelarasan faedah dan bantuan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kementerian untuk memastikan kebajikan keluarga kakitangan yang terkorban terus diberikan perhatian."KKM sedar bahawa tiada nilai kewangan yang mampu menggantikan kehilangan insan tersayang."KKM berharap penyaluran bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan dan urusan harian waris yang ditinggalkan," katanya.Nahas helikopter yang digunakan bagi perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak pada 8 September 2026 mengorbankan lima individu, termasuk empat kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang.Empat kakitangan KKM yang terkorban ialah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin; penolong pegawai perubatan, Alexson Adit Henry; serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya Jok.Turut terkorban, juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham.Perkhidmatan FDS berperanan membawa perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan pedalaman yang sukar diakses, khususnya bagi komuniti yang berdepan kekangan pengangkutan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.Susulan nahas itu, KKM mengumumkan penangguhan sementara semua operasi FDS di Sarawak bagi membolehkan siasatan serta semakan mekanisme keselamatan dan operasi dilaksanakan.Bagaimanapun, perkhidmatan pemindahan perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan diteruskan melalui kerjasama KKM dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).





Viu Dan iQiyi Bekerjasama – Menawarkan Berkas Langganan Untuk Kedua-Dua Perkhidmatan Bermula RM29.90 Sebulan - Amanz - 15/10 6:02 pm

Viu dan iQiyi merupakan dua perkhidmatan penstriman yang memfokuskan kepada sejumlah kandungan terbitan rantau Asia, termasuk dari Malaysia, Korea dan lain-lain





Amanah tolak ramalan kalah Bukit Katil, yakin tambah kerusi - FMT - 15/10 4:22 pm

Ketua Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat berkata rekod perkhidmatan cemerlang Adly Zahari mampu nafikan ramalan Ong Kian Ming.





Toyota Kekalkan Momentum - Lebih 24,500 Unit Terjual Dalam Tiga Bulan - Careta - 15/10 4:16 pm

Selain mengekalkan momentum jualan, UMWT turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan Toyota, khususnya dari segi kemudahan perkhidmatan, penggunaan platform digital dan akses kepada mobiliti elektrik





Pembangkang perlu ada dalam semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen .. - Mygazette - 15/10 4:11 pm

# Pembangkang perlu ada dalam semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen - Hamzah KUALA LUMPUR - Semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu memberi ruang kepada wakil pembangkang bagi memastikan prinsip keadilan dan keseimbangan diamalkan dalam urusan Parlimen. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, keberadaan wakil daripada kedua-dua belah pihak penting untuk semak dan imbang seperti yang dilakukan pada Majlis Perkhidmatan Parlimen





Laporan awal nahas helikopter petugas kesihatan dibentang esok- Loke - Mygazette - 15/10 4:11 pm

# Laporan awal nahas helikopter petugas kesihatan dibentang esok- Loke KUALA LUMPUR Laporan siasatan awal bagi nahas helikopter jenis MBB Bo 105 milik Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service - FDS) di Long Lellang, Sarawak dibentang kepada Jemaah Menteri, esok





Zetrix sahkan sedang disiasat, jamin beri kerjasama penuh - Sinarharian - 15/10 4:03 pm

KUALA LUMPUR Zetrix AI Bhd mengesahkan syarikat itu sedang disiasat polis berhubung dakwaan kegagalan menyerahkan wang kutipan kerajaan kepada pihak berkuasa.Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Zetrix AI Bhd memaklumkan, operasi perniagaannya tidak terjejas oleh siasatan yang sedang dijalankan.Zetrix turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa serta memaklumkan sebarang perkembangan penting menerusi pengumuman rasmi.Kenyataan tersebut susulan laporan bahawa polis memulakan siasatan rasmi berhubung dakwaan kegagalan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan berkaitan pecah amanah jenayah.Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut dilapor memulakan siasatan terhadap Zetrix AI dan MyEG.Sebelum ini, Zetrix mengesahkan terdapat wang kutipan berjumlah RM314 juta yang masih belum diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tempoh Mei hingga September 2026.Syarikat tersebut memaklumkan, liabiliti berkenaan telah diiktiraf sebagai jumlah yang perlu dibayar dalam kunci kira-kiranya, susulan permintaan Bursa Malaysia supaya syarikat memberikan penjelasan mengenai jumlah sebenar tunggakan.Dalam perkembangan berkaitan, Zetrix turut mengesahkan penggantungan sementara perkhidmatan sebagai ejen kutipan JPJ berkuat kuasa 5 Oktober lalu berpunca daripada kelewatan penyerahan wang kutipan kepada jabatan itu.Menurut syarikat berkenaan, jumlah tunggakan masih dalam proses dimuktamadkan bersama JPJ.Zetrix berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan pembayaran bagi menyelesaikan tunggakan itu, tertakluk kepada perbincangan lanjut dan persetujuan kedua-dua pihak mengenai jumlah akhir serta terma penyelesaian.Tempoh penggantungan perkhidmatan pula bergantung kepada penyelesaian perbincangan dengan JPJ, Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa kerajaan berkaitan.Syarikat tersebut menjangkakan penggantungan berkenaan akan ditarik balik selepas persetujuan bersama dicapai dan rangka kerja penyelesaian yang dicadangkan diterima pihak berkuasa berkaitan.Zetrix turut memaklumkan penggantungan itu menyebabkan sumbangan hasil dan keuntungan daripada perkhidmatan JPJ kepada Kumpulan terhenti buat sementara waktu bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.





Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat - Sinarharian - 15/10 3:44 pm

KUALA LUMPUR - Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis, kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu pengurusan peruntukan kepada wakil rakyat.Kekecohan tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan persoalan mengenai maksud perkhidmatan adil kepada semua ahli Parlimen, selain mencadangkan pengurusan peruntukan wakil rakyat diserahkan kepada Parlimen.Malah beliau mendakwa, ahli Parlimen pembangkang tidak menerima peruntukan dengan mempersoalkan mengapa pengurusannya masih membabitkan campur tangan pihak eksekutif."Jadi kita minta peruntukan yang diberi kepada ahli Parlimen kerajaan, diuruskan oleh Parlimen dan Parlimen uruskan (peruntukan) ahli Parlimen."Perdana Menteri tidak boleh kacau lagi, kita ada Parlimen





Kerajaan, PMX diingat patuhi prinsip keadilan, demokrasi - Harakahdaily - 15/10 3:38 pm

KUALA LUMPUR: Akta Perkhidmatan Parlimen perlu dilaksanakan dengan penambahbaikan lain bagi memastikan prinsip keadilan turut diberikan, kata Ketua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainuddin berkata





Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta - Mypress - 15/10 2:01 pm

KUCHING – Projek pembangunan bandar pintar dan kesalinghubungan digital di Greater Kuching dianggarkan bernilai RM550 juta bagi memperkukuh infrastruktur digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bandar





Nahas Long Lellang: Helikopter terhempas miliki perakuan pendaftaran, kelayakan terbang - Sinarharian - 15/10 12:02 am

KUALA LUMPUR - Helikopter BO-105 yang terhempas di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada 8 September lalu memiliki Perakuan Pendaftaran dan Perakuan Kelayakan Terbang yang sah serta disahkan layak terbang ketika pelepasan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, siasatan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) turut mendapati juruterbang helikopter berkenaan memiliki lesen penerbangan dan sijil perubatan yang sah serta berkelayakan mengendalikan penerbangan tersebut."Laporan siasatan awal BSKU telah disediakan dan dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 16 Oktober."Siasatan masih diteruskan dan laporan muktamad berhubung kemalangan udara berkenaan perlu disediakan dalam tempoh setahun daripada tarikh kejadian," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.Pada 8 September lalu, helikopter yang membawa lima orang termasuk juruterbang, terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).Helikopter itu sedang mengendalikan penerbangan perkhidmatan Doktor Udara (FDS) ke pedalaman Sarawak.Mangsa yang maut ialah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, juruterbang Kapten Zainol, penolong pegawai perubatan Alexson Adit dan dua jururawat iaitu Debra Moset serta Jessie Paya.Dalam pada itu Anthony memaklumkan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah melaksanakan Audit Pengawasan terhadap organisasi penyelenggaraan Layang Layang Aerospace pada 1 hingga 4 September lalu, dengan aktiviti susulan dan penutupan audit diselesaikan pada 6 September.Menurutnya, audit tahunan itu dilaksanakan bagi membolehkan CAAM mempertimbangkan permohonan syarikat berkenaan untuk memperbaharui Kelulusan Organisasi Penyelenggaraan (AMO).Jelas beliau, skop audit merangkumi pematuhan organisasi penyelenggaraan, pengurusan tenaga kerja, kawalan penyelenggaraan, pengurusan peralatan dan komponen pesawat serta Sistem Pengurusan Keselamatan (SMS)."Hasil audit merekodkan tiga penemuan audit dan tiga pemerhatian, termasuk kelemahan kaedah pengiraan serta perancangan tenaga kerja, rekod serahan tugas penyelenggaraan yang tidak jelas bagi pemeriksaan berjadual tertentu dan dokumentasi prosedur kesinambungan operasi selepas kecemasan yang tidak mencukupi."Semua penemuan audit telah ditutup kecuali satu penemuan berkaitan penyeragaman pengiraan tenaga kerja yang masih menunggu proses pengesahan akhir CAAM ketika nahas berlaku."Bagaimanapun, penemuan itu bersifat organisasi dan tidak berkaitan secara langsung dengan keadaan teknikal helikopter 9M-LLF atau sistem pesawat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan," jelasnya.





Laporan awal siasatan nahas helikopter Long Lellang dibentang kepada Kabinet esok - Anthony - Sinarharian - 15/10 11:31 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Laporan awal siasatan nahas helikopterPerkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang mengorbankan lima nyawa termasuk empat petugas kesihatan di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada 8 September dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati juruterbang helikopter BO105 milik Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd itu mempunyai lesen penerbangan dan sijil perubatan yang sah.Beliau berkata, helikopter bernombor pendaftaran 9M-LLF yang beroperasi di bawah kontrak Kementerian Kesihatan (KKM) itu turut memiliki perakuan pendaftaran dan perakuan kelayakan terbang yang sah selain disahkan layak terbang ketika berlepas."Siasatan masih diteruskan dan satu laporan muktamad berhubung kemalangan udara ini perlu disediakan dalam tempoh setahun dari tarikh kemalangan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Khamis.Anthony menjawab soalan Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) berhubung tarikh audit keselamatan,audit pengawasandan pemeriksaan terakhir Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ke atas operator helikopter terbabit pascanahas di Long Lellang serta status penemuan keselamatan yang belum ditutup sebelum insiden.Selain itu, Anthony berkata, CAAMtelah melaksanakan audit pengawasan terhadap organisasi penyelenggaraan Layang-Layang Aerospace dari1 hingga 4 Septemberiaitu beberapa hari sebelum nahas berlaku.Beliau berkata, audit tahunan itu merekodkan tiga penemuan ketidakpatuhan dan tiga pemerhatian melibatkan aspek perancangan tenaga kerja, rekod pelaksanaan tugas penyelenggaraan serta dokumentasi prosedur kesinambungan operasi selepas kecemasan.Beliau berkata, semua penemuan audit telah ditutup kecuali satu berkaitan kaedah pengiraan dan perancangan tenaga kerja yang masih menunggu pengesahan akhir CAAM ketika nahas berlaku.Bagaimanapun, Anthony menegaskan penemuan itu bersifat pentadbiran dan organisasi serta tidak mempunyai kaitan langsung dengan keadaan teknikal atau sistem helikopter yang terlibat dalam nahas tersebut."Untuk punca kemalangan, sama ada ia mempunyai hubung kait atau tidak, sudah tentu memerlukan siasatan terperinci mengenai apa sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu





Arrifin ketuai MSN, Jefri dilantik Pesuruhjaya Sukan berkuat kuasa hari ini - Sinarharian - 15/10 10:21 am

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan rombakan penempatan dua pegawai kanan yang menyaksikanKetua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin bertukar portfolio dengan Pesuruhjaya Sukan, Arrifin Mohd Ghani, berkuat kuasa Khamis.KBS berkata, menerusi penstrukturan semula itu, Arrifin kini menerajui MSN sebagai Ketua Pengarah, manakala Jefri mengambil alih tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Sukan.Menurut KBS, penstrukturan semula itu merupakan langkah KBS untuk memperkasakan dan memperkukuh tadbir urus agensi di bawah kementerian."KBS yakin penstrukturan penempatan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan pengurusan, pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan sukan negara secara efisien," menurut kenyataan itu.Kementerian turut merakamkan penghargaan atas khidmat sertasumbangan Arrifin danJefri, selain berharap mereka dapat meneruskan komitmen sertamemberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab baharu demi kemajuan ekosistem sukan negara





Bayar balik pinjaman PTPTN tanggungjawab demi generasi akan datang - Sinarharian - 15/10 10:15 am

Kalau sudah bekerja dan ada kemampuan, kita perlu cari ruang untuk bayar," katanya."Terima kasih PTPTN kerana menyediakan pinjaman pendidikan ini kerana ia banyak membantu pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian," katanya.Sehubungan itu, dia menasihatkan graduan yang masih mempunyai pinjaman PTPTN supaya tidak menangguhkan bayaran, sebaliknya mula membayar sebaik sahaja mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan.Sementara itu, seorang lagi peminjam PTPTN, Mohd Firdaus Abdul Rahim, 37 mula membuat bayaran balik pinjaman selepas tamat pengajian pada 2012.Mohd Firdaus yang kini bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di ibu negara berkata, dia menerima pinjaman PTPTN berjumlah kira-kira RM19,500 ketika melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maritim di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 2009.Menurutnya, selepas tiga tahun tamat pengajian, dia mula membuat bayaran balik, namun ia tidak konsisten dan keadaan menjadi lebih mencabar apabila dirinya hilang pekerjaan selepas syarikat terdahulu menutup operasi."Saya menggunakan simpanan KWSP untuk membantu melangsaikan sebahagian baki pinjaman, selain memanfaatkan diskaun bayaran balik yang ditawarkan PTPTN pada ketika itu," katanya.Menurutnya, dorongan terbesar untuk melunaskan pinjaman tersebut datang daripada nasihat ibu bapanya yang mengingatkan bahawa hutang perlu dibayar."Terima kasih kepada PTPTN kerana membantu memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pengajian melalui pembiayaan ini. Saya rasa bangga dan bersyukur kerana dapat melunaskan hutang yang dipinjam," katanya.Dalam pada itu, melalui #PTPTNBolehBincang, peminjam yang menghadapi kesukaran membuat bayaran balik pinjaman boleh berbincang atau berunding untuk pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan masing-masing.PTPTN bukan sahaja memberi ruang kepada peminjam untuk menyusun semula komitmen kewangan, malah memastikan kelestarian dana pinjaman agar dapat terus dimanfaatkan oleh generasi pelajar akan datang.PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.Terbaharu, inisiatif yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 mampu memperkukuh kebajikan peminjam, di samping memastikan kelestarian dana pembiayaan pendidikan negara.Antara inisiatif diumumkan ialah penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan, manakala peminjam berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 hanya dikenakan bayaran minimum RM50 sebulan.Selain itu, peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan menikmati diskaun 10 peratus dan majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja pula diberikan potongan cukai.Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam menyesuaikan komitmen bayaran balik mengikut kemampuan kewangan peminjam.





Insiden SUV masuk landasan kereta api berjaya dikawal KTMB - Mygazette - 15/10 7:29 am

Pemandu kenderaan tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun insiden berkenaan turut menyebabkan kelewatan operasi perkhidmatan tren KTMB





Firefly lanjutkan pembatalan penerbangan Subang-Singapura hingga 16 Okt .. - Mygazette - 15/10 7:29 am

Anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines itu sebelum ini telah membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar dari 10 hingga 14 Okt sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga. Dalam satu pemberitahuan, syarikat penerbangan itu memaklumkan pelanjutan pembatalan berkenaan melibatkan enam perkhidmatan harian: FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131, serta FY3132 dan FY3133





Saya ingat jasa pemandu teksi jadi penyokong paling setia ketika .. - Mygazette - 15/10 7:29 am

Perdana Menteri turut mengimbau kisah seorang warga emas dari Nilai, Negeri Sembilan yang pernah dibantunya membaiki rumah sebelum beliau dipenjarakan. Jelas Anwar, lelaki berkenaan menjual telur masin dan menggunakan perkhidmatan teksi untuk menghantar hasil jualan kepada keluarganya sebagai tanda penghargaan





Buletin Gwm Malaysia Buka Dua Pusat Pengedar Baharu Read More - Mekanika - 15/10 7:29 am

**GWM Malaysia memperluas rangkaian pengedar menerusi pembukaan dua pusat baharu di Skudai, Johor Bahru dan Equine Park, Seri Kembangan, Selangor, sekali gus meningkatkan akses pelanggan kepada perkhidmatan jualan dan selepas jualan.** Dengan penambahan itu, rangkaian GWM Malaysia kini merangkumi lebih 40 cawangan di seluruh negara bagi menyokong jenama HAVAL, TANK, ORA dan WEY





Buletin Jualan Hebat Sime Motors: Rebat Sehingga Rm52,000 – .. - Mekanika - 15/10 7:29 am

Bagi jenama premium DENZA, model Z9 GT akan dipamerkan kepada pengunjung, manakala DENZA D9 ditawarkan dengan rebat sehingga RM50,000. Hyundai menawarkan penjimatan sehingga RM52,000 bagi model terpilih, termasuk sokongan tukar beli dan _overtrade_ atau perkhidmatan percuma sebanyak lapan kali





Firefly lanjutkan pembatalan penerbangan Subang-Singapura hingga 16 Oktober akibat jerebu semakin buruk - Astroawani - 14/10 10:23 pm

Penumpang yang terkesan sedang dihubungi dan dialihkan ke perkhidmatan Malaysia Airlines yang sedia ada menerusi laluan Kuala Lumpur-Singapura, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.





Belanjawan 2027: Reformasi budaya kerja perkhidmatan awam perlu diperhebat - KSN - Astroawani - 14/10 8:45 pm

Pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027 perlu diterjemahkan melalui perubahan menyeluruh dalam budaya kerja perkhidmatan awamdengan memberi keutamaan kepada kepantasan pelaksanaan, kecekapan penyampaian dan keberhasilan yang dapat dirasaioleh rakyat.





TTIA Kembali Untuk 2026 – Hantar Produk Dan Startup Teknologi Anda Untuk Bersaing Menangi Anugerah! - Amanz - 14/10 7:13 pm

TTIA atau Top Tech Innovation Awards kini kembali lagi untuk tahun 2026, dan merupakan kali ke-4 ia dianjurkan. Seperti pada namanya, anugerah ini menghargai pelbagai produk, perkhidmatan dan startup berasaskan teknologi dalam membawa inovasi dan memacu transformasi di Malaysia





KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’ - Mypress - 14/10 6:53 pm

KUALA LUMPUR – Reformasi perkhidmatan awam perlu diterjemahkan kepada tindakan konkrit, termasuk memotong prosedur yang tidak perlu, mempercepat urusan rakyat dan memperluas pendigitalan bagi memastikan pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027 lebih…





Kerajaan perhalusi lesen wajib platform e-dagang termasuk dari luar negara - Sinarharian - 14/10 5:19 pm

PUTRAJAYA Kerajaan sedang memperhalusi cadangan memperkenalkan rejim pelesenan terhadap pengendali platform e-dagang, termasuk yang beroperasi dari luar negara tetapi menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia, menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang.Menerusi kenyataan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, cadangan kawal selia itu bertujuan memperkukuh akauntabiliti platform, memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara serta mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih selamat, telus dan bertanggungjawab."Langkah ini bertujuan memperkukuh akauntabiliti platform, memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara serta mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih selamat, telus dan bertanggungjawab," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi Penggubalan RUU e-Dagang, di sini pada Rabu.Menurut Armizan, cadangan kawal selia berkenaan akan diperhalusi dengan mengambil kira bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan serta keperluan pelaksanaan yang bersesuaian.Beliau berkata, penggubalan RUU e-Dagang itu turut memberi penekanan kepada perlindungan kepentingan peniaga tempatan supaya mereka dapat bersaing secara adil dalam pasaran digital."Kerajaan mahu memastikan semua pihak, termasuk platform dan penjual dari luar negara, tertakluk kepada tahap tanggungjawab dan pematuhan yang sewajarnya," katanya.RUU berkenaan turut memberi tumpuan kepada perlindungan pengguna daripada amalan perdagangan tidak adil, penetapan tanggungjawab pengendali platform dan penjual dalam talian serta penyediaan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih pantas, mudah dan kos efektif.Armizan berkata, penggubalan RUU itu bertujuan mewujudkan kerangka perundangan yang lebih komprehensif, seiring perkembangan pesat ekonomi digital serta cabaran transaksi dalam talian yang semakin kompleks.





Gaji minimum RM2,500: SPA tunggu pekeliling rasmi - Sinarharian - 14/10 4:21 pm

KUALA KANGSAR - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menunggu pekeliling rasmi berhubung pelaksanaan gaji permulaan minimum RM2,500 sebulan bagi graduan dan pekerja separa mahir yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman kerajaan itu yang dilihat sebagai satu penambahbaikan dalam kerangka pendapatan pekerja.Bagaimanapun, beliau berkata, kaedah pelaksanaan termasuk tatacara pembayaran dan tempoh pelaksanaannya perlu diperincikan bagi memastikan langkah berkenaan dapat dilaksanakan secara teratur."Bagaimana ia hendak dilaksanakan perlu menunggu pekeliling rasmi kerana pelaksanaan dalam tadbir urus memerlukan tatacara yang jelas dan terperinci."Saya yakin, pihak yang berkewajipan telah pun melaksanakan persediaan sewajarnya bagi memastikan mekanisme pelaksanaan ini dapat dimuktamadkan dengan sebaik-baiknya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat Madani SPA kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru di sini, Rabu.Mengenai sama ada kadar RM2,500 itu merangkumi elaun lain, Ahmad Jailani berkata, perkara berkenaan juga perlu diperjelaskan menerusi pekeliling rasmi tersebut.Katanya, penelitian terperinci diperlukan kerana pelaksanaan dasar itu membabitkan implikasi kewangan, peruntukan yang besar dan jumlah penerima manfaat yang ramai."Kebiasaannya pengumuman belanjawan dibuat pada tahun semasa bagi pelaksanaan pada tahun berikutnya dengan gerak kerja berkaitan dimulakan seiring pembentangan."Kita harap perkara ini dapat dilaksanakan pada awal tahun depan," katanya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Jailani meminta semua pihak merujuk kenyataan rasmi pihak berkuasa berkaitan berhubung krisis pentadbiran di Negeri Sembilan, khususnya kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).Beliau berkata, perkara itu wajar dirujuk kepada Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mempunyai bidang kuasa serta kepakaran dalam meneliti aspek tadbir urus dan perundangan berkaitan.Menurutnya, orang ramai juga perlu mengelakkan spekulasi atau membuat tafsiran sendiri tanpa mengetahui fakta sebenar berhubung isu berkenaan."SPA menyerahkan perkara itu kepada Peguam Negara untuk penelitian dari sudut perundangan."Lebih baik kita berlandaskan undang-undang yang ada di negara ini dan menyerahkan perkara ini kepada pihak yang benar-benar arif mengenainya," katanya.Sementara itu, inisiatif Sekolah Angkat Madani SPA di SMK Simpang Beluru melibatkan peruntukan RM100,000 membabitkan penyelenggaraan fizikal, perolehan perabot, peralatan ICT, Program Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026, dan lawatan penanda aras.Antara kemudahan yang dinaik taraf termasuklah Bilik Alat Pandang Dengar (APD), pusat sumber sekolah, pejabat pentadbiran, penyediaan perabot ergonomik, serta kemudahan digital seperti papan pintar interaktif, komputer meja dan mesin pencetak.





Usahawan beg paku Melaka perlu tembusi pasaran Singapura, Australia .. - Mygazette - 14/10 3:58 pm

Khaidirah berkata, kemudahan teknologi dan hubungan digital ketika ini membolehkan usahawan memasarkan produk serta menerima pesanan dari pelbagai lokasi tanpa perlu membuka premis atau gerai di luar negara. Katanya, penghantaran produk kepada pelanggan di luar negara juga bukan sesuatu yang mustahil, malah boleh dilakukan menerusi perkhidmatan penghantaran yang tersedia





4 MP kerajaan, pembangkang anggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen - Mygazette - 14/10 3:58 pm

# 4 MP kerajaan, pembangkang anggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen KUALA LUMPUR Dewan Rakyat bersetuju melantik empat Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang untuk menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen





Belanjawan 2027: PM terlalu obses kecilkan defisit – Saifuddin .. - Mygazette - 14/10 3:58 pm

Ini boleh menekan entiti berkenaan sehingga menjejaskan keupayaan mereka menjana pulangan dan melaksanakan tanggungjawab utama, katanya. Dalam pada itu, beliau mempersoalkan hala tuju kerajaan berhubung sistem percukaian sama ada negara akan terus menggunakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) atau kembali kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST)





Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 bukti janji ditunaikan – Anwar - Kosmo - 14/10 3:45 pm

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 sebagai langkah penting Kerajaan Madani dalam menunaikan janji reformasi institusi kepada rakyat, termasuk mengehadkan kuasa yang selama ini berada di bawah kerajaan dan Ketua Majlis





Hadir ke Dewan Rakyat hari ini bagi bacaan usul pelantikan empat Ahli .. - Wrlr - 14/10 3:31 pm

Hadir ke Dewan Rakyat hari ini bagi bacaan usul pelantikan empat Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen, terdiri daripada dua Ahli Kerajaan dan dua Ahli Kumpulan Pembangkang, selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869]





Perkhidmatan dalam talian Tabung Haji dengan Bank Islam kembali beroperasi - Kosmo - 14/10 3:22 pm

PETALING JAYA Perkhidmatan dalam talian antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kembali beroperasi hari ini




Reformasi     >>



White shirts, fast-track passes: Inside an alleged .. - Mkini
Agents facilitate pass extensions for scam syndicates seeking longer stays.
Kroni     >>



Trump's new press secretary out after less than week - NST
WASHINGTON: White House Press Secretary Katie Zacharia was pushed out Friday after less than a week in the high-profile job, following a series of blunders that added to distractions for her embattled boss President Donald Trump.
Tabloid     >>



Kurangkan aktiviti lakonan dan fokus kerjaya pengarahan - Hmetro
MENYAMBUNG pengajian peringkat ijazah sarjana di United Kingdom (UK) pada usia 31 tahun, pelakon, Janna Nick menyifatkannya sebagai pengalaman berharga yang berjaya mengubah landskap pemikirannya secara menyeluruh. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



CelcomDigi Opens iPhone Duo Pre-Orders With Trade-In .. - Pokde
CelcomDigi iPhone Duo pre-orders are open from 16 October 2026 with Easy360 financing, trade-in value up to RM5,800, and free Apple accessories on eligible plans.
World     >>



Ukraine president targets Trump, Putin at EU summit - Aljazeera
President Zelenskyy warned Russias ambitions extend beyond eastern Ukraine, saying its drone attack threaten NATO.
Motor Trend     >>



Motosikal Ducati Panigale V4 S Bertambah Laju Bagi .. - Mekanika
# DUCATI PANIGALE V4 S BERTAMBAH LAJU BAGI 2027 - KINI 218HP, 120.6NM **Ducati dengan rasminya menaik taraf Panigale V4 S generasi ketujuh dengan peningkatan baharu sekaligus memacu prestasi jentera superbike dari kilang Borgo Panigale itu.** Enjin Desmosedici Stradale 1,103cc itu kini ..