| /// |
|
| Search : Perdagangan News | Page 1 |
|
Buletin Banjir Thailand Lumpuhkan Bekalan Teknologi Dan Alat Ganti .. - Mekanika - 3/12 3:29 pm Di Hat Yai, pusat komersial utama di wilayah Songkhla yang kini menjadi kawasan paling terjejas, rangkaian jalan raya utama terputus dan perkhidmatan kereta api dihentikan. Menurut Kementerian Perdagangan Thailand, walaupun pintu sempadan masih dibuka, laluan menuju ke sana tidak lagi boleh dilalui akibat banjir |
|
Buletin Diskaun Ihsan Ditawar Untuk Penyelesaian Awal Sewa Beli Read More .. - Mekanika - 3/12 3:29 pm Industri perbankan akan memaklumkan perkembangan berkaitan kepada orang ramai apabila tarikh kuat kuasa dimuktamadkan. Persatuan berkenaan turut memuji Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Bank Negara Malaysia (BNM) atas usaha memacu pembaharuan untuk meningkatkan keadilan dan ketelusan dalam pembiayaan sewa beli |
|
Shopee raikan kejayaan affiliate wanita sempena 10 tahun - Sinarharian - 3/12 2:35 pm KUALA LUMPUR Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, Shopee terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkasa wanita dalam dunia perdagangan digital.Melalui Program Affiliate Shopee, ramai pencipta kandungan wanita dari seluruh negara bukan sahaja menjana pendapatan fleksibel, malah membina keyakinan, kreativiti serta komuniti sokongan yang memberi inspirasi.Antara kisah yang menonjol ialah perjalanan Sabrinabeautyhub dan Erawan1308; dua wanita yang menemui peluang baharu pada saat mereka paling memerlukannya.Dari kerja sampingan ke karier sepenuh masaBagi Sabrinabeautyhub, kebebasan kewangan terasa seperti impian yang jauh |
|
Anwar ‘sign’ ART tanpa mandat, serah kedaulatan negara - Harakahdaily - 3/12 2:14 pm KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung penandatanganan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat tidak sah dan menggadaikan kedaulatan negara, semalam |
|
Tengku Zafrul sahkan bincang dengan PM, tunggu keputusan peranan baharu - Sinarharian - 3/12 11:01 am KUALA LUMPUR - Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesediaannya untuk terus berkhidmat walaupun tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berakhir semalam, susulan tamat tempoh sebagai senator.Tengku Zafrul berkata, beliau juga sentiasa bersedia menyokong pentadbiran kerajaan dalam apa-apa jua bentuk peranan, sementara menantikan pengumuman rasmi mengenai kedudukan beliau selepas ini."Saya rasa perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet |
|
Selangor kekal penyumbang terbesar ekonomi negara - Mgazette - 3/12 7:32 am Jumlah guna tenaga dalam sektor Perkhidmatan mencatatkan 1,351,426 pekerja dengan gaji & upah sebanyak RM68.1 bilion. Aktiviti utama seperti perdagangan borong dan runcit, maklumat & komunikasi, kewangan serta perkhidmatan profesional menjadi tunjang pertumbuhan ekonomi bandar raya ini |
|
Zaid kirim surat terbuka buat Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/12 6:45 pm SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh meneruskan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.Demikian antara isi kandungan yang terdapat dalam surat terbuka ditulis ahli UMNO Cawangan Bukit Damansara, Datuk Mohd Zaid Ibrahim kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setelah meneliti perkembangan politik sejak kebelakangan ini.Mohd Zaid berkata, pandangan beliau bukan bersifat peribadi, sebaliknya berdasarkan Perlembagaan UMNO, penilaian rasional terhadap kepentingan negara dan masa depan parti itu sendiri.Beliau mendakwa, alasan untuk mendesak UMNO mempertimbangkan langkah tersebut antara lain, kerajaan gagal mempertahankan kedaulatan negara dalam rundingan strategik antarabangsa.Selain itu, kehilangan sokongan komuniti Cina dan negosiasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang lemah hingga mengabaikan kepentingan Persekutuan.Dakwanya lagi, UMNO-BN berisiko kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika terus bersama Kerajaan Perpaduan, lebih-lebih lagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor yang bakal menyusul."Selain itu, campur tangan institusi kehakiman dan salah guna kuasa. Anwar bukan sahaja gagal dalam agenda reformasi undang-undang, beliau turut didakwa menggunakan badan kehakiman dan agensi penguatkuasaan sebagai alat politik."Anwar juga gagal menjaga kepentingan bumiputera dalam rundingan perdagangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di samping menggadai kepentingan geopolitik Malaysia akibat kecondongan berlebihan terhadap AS," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Tegasnya, dasar kerajaan Anwar bercanggah dengan Perlembagaan UMNO menurut Fasal 3.1: Mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan NegaraFasal 3.4: Memajukan Ekonomi Melayu dan Bumiputera.Mohd Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) berpandangan, Anwar kini dilihat sebagai liabiliti politik kepada UMNO, BN dan negara.Jelasnya, tindakan meletakkan masa depan UMNO kepada seorang Perdana Menteri yang sudah hilang sokongan rakyat amat merugikan parti."Lebih penting, dasar-dasar kerajaan yang dipimpin beliau bercanggah dengan Fasal Tiga Perlembagaan UMNO."Justeru, saya merayu agar UMNO dan BN menarik balik sokongan serta keluar daripada Kerajaan Perpaduan dalam kadar segera |
|
Peranan apa yang boleh dimainkan Tengku Zafrul? Ini pandangan beliau - Harapandaily - 2/12 6:19 pm Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata beliau kekal bersedia untuk berkhidmat kepada kerajaan dalam apa jua kapasiti sementara menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peranan beliau pada masa hadapan. Menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu, yang tempoh senatornya berakhir hari ini, berkata Anwar telah menyatakan bahawa kerajaan masih berhasrat untuk.. |
|
ART: MyIPO rancang pinda tujuh akta, perkukuh perlindungan harta intelek negara - Sinarharian - 2/12 5:12 pm SHAH ALAM Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merancang meminda tujuh akta utama di bawah bidang kuasanya bermula 2026 bagi memastikan perlindungan harta intelek (IP) negara kekal relevan, berkesan dan selaras dengan piawaian antarabangsa.Langkah strategik itu turut mengambil kira perkembangan global termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas MalaysiaAmerika Syarikat (ART) yang dimeterai pada 26 Oktober lalu, sekali gus membuka peluang pasaran lebih luas kepada pencipta, penggiat industri dan pelabur tempatan.Ketua Pengarah MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, pindaan itu bertujuan menyelaraskan standard perlindungan, memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan mekanisme IP agar inovasi tempatan lebih diyakini dan dihormati di peringkat antarabangsa.Beliau menegaskan, langkah itu juga bakal memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi yang mesra pelabur serta memastikan kepentingan pencipta, usahawan dan penggiat industri terus terpelihara.Tujuh akta terlibat ialah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002, Akta Cap Dagangan 2019, Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000, Akta Petunjuk Geografi 2022 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.Selaras usaha memperkukuh ekosistem IP negara, ujarnya, MyIPO turut melaksanakan sepenuhnya sistem permohonan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta (CVN) secara dalam talian bermula 2 Disember 2025."Transformasi digital tersebut membolehkan permohonan dibuat dengan lebih cepat, mudah dan boleh diakses dari mana-mana lokasi tanpa kehadiran fizikal ke kaunter."Ia memberi manfaat kepada pencipta, pemilik hak cipta, institusi pendidikan, usahawan dan penjawat awam yang kini boleh memfailkan karya dengan lebih efisien dan teratur," ujarnya pada gimik majlis pelancaran di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Jaya di Petaling Jaya pada Selasa.Melalui platform yang dipertingkatkan itu, pemohon boleh mengemukakan dokumen, mengesahkan karya, membuat pembayaran digital serta menerima Sijil Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta sejurus pemfailan selesai melalui portal iponline2u.myipo.gov.my.Pada masa sama, MyIPO sekali lagi akan menganjurkan Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2026 bersempena sambutan Hari Harta Intelek Negara.Penganugerahan itu mengiktiraf pencipta, organisasi, pelajar, usahawan dan ejen harta intelek melalui kategori seperti Anugerah Organisasi Terunggul, Anugerah Juara Jenama, Anugerah Wira Inovatif serta Anugerah Khas Pemerkasaan Harta Intelek dan Anugerah Khas Pencapaian Komersial.Penyertaan AHIN dibuka dari 7 November 2025 hingga 15 Januari 2026 sebagai platform untuk menonjolkan inovasi, kreativiti dan pengurusan IP yang cemerlang.Acara kemuncak dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 dengan tema "IP & Sukan Harta Intelek Nadi Malaysia Madani: Dari Idea ke Podium".Bagi meningkatkan kesedaran awam, MyIPO turut melancarkan Promosi MyIPO @ LRT yang menggunakan tren LRT sebagai medium maklumat.Visual promosi itu membawa mesej menggalakkan rakyat mengambil langkah proaktif mendaftar hak cipta, paten, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian sebagai usaha melindungi serta mengkomersialkan harta intelek mereka |
|
Tengku Zafrul ucap selamat tinggal kepada Dewan Negara - Mgazette - 2/12 5:11 pm # Tengku Zafrul ucap selamat tinggal kepada Dewan Negara KUALA LUMPUR Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mengucapkan selamat tinggal kepada Dewan Negara selepas menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Senator |
|
MyIPO pinda tujuh akta utama tahun hadapan perkukuh perlindungan harta intelek negara - Utusan - 2/12 4:58 pm PETALING JAYA: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merancang pinda tujuh akta utama pada tahun hadapan bagi memastikan perlindungan harta intelek negara lebih kukuh, relevan dan selaras perkembangan global termasuk tuntutan perdagangan antarabangsa |
|
ART: Tujuh akta harta intelek dipinda tahun depan - Mkini - 2/12 3:49 pm Keperluan itu timbul selepas termeterainya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat, Okt lalu. |
|
Dr M lapor polis perjanjian perdagangan AS, dakwa bimbang hak Bumiputera - FMT - 2/12 2:19 pm Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan perdana menteri menjejaskan kedaulatan Malaysia dan boleh dilihat sebagai mengkhianati negara. |
|
Tun M lapor polis terhadap Anwar isu ART - Sinarharian - 2/12 1:45 pm PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.Bekas Perdana Menteri itu mendakwa bahawa tindakan Anwar dibuat tanpa mandat penuh daripada pihak-pihak yang sepatutnya mewakili Persekutuan Malaysia."Perjanjian itu sebenarnya tidak sah kerana beliau (Anwar) bukan satu-satunya pihak yang mewakili Persekutuan."Sepatutnya, perjanjian seperti ini memerlukan persetujuan empat entiti utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat, Majlis Raja-Raja, dan badan eksekutif (kerajaan)," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini pada Selasa.Dr Mahathir berkata, persetujuan daripada keempat-empat bahagian itu bagaimanapun tidak diperoleh, sekali gus menjadikan perjanjian tersebut tidak sah dari segi perlembagaan."Dokumen perjanjian itu mengandungi 400 muka surat, namun tidak pernah didedahkan kepada umum."Terdapat banyak klausa yang menyebut bahawa kuasa negara kita diserahkan kepada Amerika Syarikat, di mana segala tindakan kita perlu dirujuk kepada mereka, dan mereka pula yang menentukan boleh atau tidak dilakukan," katanya.Mengulas mengenai status dan kedudukan Bumiputera dalam perjanjian itu, Dr Mahathir menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak disebut secara langsung."Dalam perjanjian ini, segala keistimewaan Bumiputera tidak boleh dikenakan terhadap barangan atau dagangan Amerika Syarikat."Maksudnya, kuasa Amerika Syarikat sudah sampai ke tahap menindakkan kuasa istimewa Bumiputera, dan apa-apa layanan kepada Bumiputera mesti turut diberikan kepada Amerika Syarikat," katanya.Dr Mahathir turut menyatakan bahawa polis perlu menyiasat sama ada Anwar melanggar undang-undang negara atau Perlembagaan."Difahamkan, lebih 139 laporan polis telah dibuat oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara berhubung perkara sama," katanya.ART yang ditandatangani oleh Anwar dan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump, pada 26 Oktober lalu antara lain bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi kedua-dua negara, selain pelarasan tarif serta memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat.Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menolak dakwaan bahawa ART akan menghapuskan keutamaan Bumiputera dalam dasar kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).Beliau turut mencabar Dr Mahathir supaya mengemukakan klausa khusus dalam perjanjian yang didakwa memberi syarikat Amerika Syarikat keistimewaan setara dengan Bumiputera di Malaysia.Menurut Tengku Zafrul, tafsiran bahawa Artikel 6.2 perjanjian tersebut mewajibkan syarikat milik kerajaan membuat keputusan hanya berdasarkan pertimbangan komersial sehingga menafikan dasar Bumiputera adalah tidak tepat. |
|
Malaysia beri penerangan kepada China mengenai perjanjian ART Malaysia-AS - Sinarharian - 1/12 6:32 pm KUALA LUMPUR - Malaysia telah menghantar satu delegasi ke China untuk memberi penerangan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Beliau berkata, delegasi negara bertemu dengan pihak Kementerian Perdagangan China minggu lepas apabila negara itu menyatakan kebimbangan mengenai implikasi geopolitik ART, memandangkan Malaysia dan China merupakan rakan dagang strategik."Mereka menyatakan mereka perlu merekodkan perkara ini kerana (ini adalah) isu geopolitik |
|
Tengku Zafrul pertahan tindakan segera meterai perjanjian ART - Mgazette - 1/12 5:27 pm # Tengku Zafrul pertahan tindakan segera meterai perjanjian ART KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) secara segera bukanlah tindakan tergesa-gesa |
|
Jawatan baharu Tengku Zafrul diumum Rabu ini – PM - Mgazette - 1/12 5:27 pm # Jawatan baharu Tengku Zafrul diumum Rabu ini - PM KUALA LUMPUR - Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) esok akan diberi jawatan baharu pada Rabu ini |
|
Hanya rombakan kecil Kabinet, isi kekosongan jawatan Menteri – PM - Mgazette - 1/12 5:27 pm Sebelum ini, media melaporkan rombakan Kabinet dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri pada awal Disember ini. Ia susulan kekosongan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di mana tempoh senator selama dua penggal Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berakhir esok |
|
PM lancar EV pertama Perodua berharga RM80,000 - Mgazette - 1/12 5:27 pm Zainal Abidin memberitahu, sehingga kini, sejumlah 52 syarikat tempatan menjadi pembekal komponen auto untuk QV-E dan syarikat kenderaan kompak itu merancang untuk meningkatkan jumlah berkenaan kepada 70 vendor dalam tempoh lima tahun. Katanya, menerusi sokongan penuh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, Perodua berjaya mengeluarkan kenderaan elektriknya dalam tempoh 28 bulan |
|
Buletin Sprm Dedah Kelemahan Sistem Taksiran, Rm5.9 Juta Lenyap Nilai .. - Mekanika - 1/12 5:27 pm "Malah pemeriksaan fizikal bagi kenderaan import baharu dan terpakai oleh Pegawai Pemeriksa Kastam tidak dibuat sepenuhnya," katanya. Mohd Zaki berkata, BPT kemudian berjaya mengenalpasti 10 cadangan penambahbaikan yang juga membabitkan agensi lain seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) |
|
Perjanjian perdagangan dengan AS bukan tindakan tergesa-gesa, kata Tengku Zafrul - FMT - 1/12 5:13 pm Menteri pelaburan, perdagangan dan industri berkata kerajaan perlu segera meterai perjanjian itu bagi elak kemerosotan pelaburan. |
|
Malaysia perjelas kedudukan ART kepada China PM Anwar - Thempress - 1/12 4:30 pm MALAYSIA telah memberi penjelasan rasmi kepada China berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), sekali gus memastikan perjanjian itu tidak menjejaskan hubungan perdagangan sedia ada antara kedua-dua… |
|
PM umum jawatan baru Zafrul Rabu ini - Mkini - 1/12 3:38 pm Selepas penggal senator Zafrul tamat dan dia tidak lagi menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. |
|
Tengku Zafrul masih ada tanggungjawab, tidak boleh dilepaskan – Anwar - Mdateline - 1/12 2:34 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan jawatan baru kepada Tengku Zafrul yang akan menamatkan tempohnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa .. |
|
PM umum jawatan baharu Tengku Zafrul pada 3 Disember - Sinarharian - 1/12 2:01 pm KUALA LUMPUR - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok, akan diberikan jawatan baharu.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan diumumkan beliau pada 3 Disember susulan perbincangan beliau dengan Tengku Zafrul mengenai kesinambungan tanggungjawab selepas tidak lagi menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)."Saya juga mengambil kesempatan ini kerana Tengku Zafrul tidak lama di sini |
|
Tiada rombakan Kabinet besar-besaran, hanya keperluan isi kekosongan - PM - Sinarharian - 1/12 1:00 pm Namun, rombakan besar tidak sesuai kerana Kabinet ini hanya akan berfungsi untuk tempoh setahun lebih atau setahun setengah."Jadi, saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan. Walau bagaimanapun, saya sedang meneliti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengisi kekosongan yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Kenderaan Elektrik (EV) pertama Perodua di sini hari ini.Spekulasi mengenai rombakan Kabinet kembali menjadi tumpuan susulan beberapa menteri dan timbalan menteri berstatus Senator dijangka menamatkan penggal perkhidmatan mereka awal bulan ini.Antara yang terlibat ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar - Bernama |
|
Perodua perkenal EV pertama, QV-E pada harga RM80,000 seunit - Sinarharian - 1/12 12:29 am KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E berharga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri, menandakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta nasional itu membangunkan ekosistem EV yang mampan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, QV-E, yang bermaksud Quest for Visionary-Electric menelan kos pembangunan sebanyak RM800 juta dan melibatkan lebih 100 pakar tempatan.Beliau berkata, di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan pada 1 Sept 2023, Perodua dilantik sebagai juara dan peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV."Apabila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri usulkan kepada saya untuk menetapkan pada September 2023, suatu hala tuju yang agak jelas menuntut Perodua menyiapkan peluncuran EV, saya berasa sedikit gusar kerana merasakan matlamat itu agak terlalu bercita-cita tinggi dan mungkin kita belum memiliki kemahiran dan kepakaran tempatan yang mencukupi."Namun hari ini, saya sangat bangga bukan sahaja dengan peluncuran EV Perodua ini tetapi kerana ia dihasilkan melalui kepintaran, disiplin, usaha dan kegigihan anak-anak tempatan," kata beliau pada majlis peluncuran kereta QV-E di sini hari ini.Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Anwar berkata, jika mempunyai tekad, disiplin dan keyakinan, ia dapat dibuktikan bahawa bukan sahaja Perodua, malah Malaysia dapat mengangkat martabat dan harakat negara ini.Beliau berkata, Perodua telah beroperasi selama 32 tahun, memenuhi mandat dan menerajui aspirasi negara dalam bidang perindustrian, teknologi dan kemahiran."Kerjasama yang diberikan, terutamanya oleh MITI adalah membanggakan kerana mengambil sikap yang lebih positif dengan matlamat menjayakan aspirasi negara MADANI dan prinsip-prinsip yang diutamakan dalam memenuhi tanggungjawab di Perodua ini."Ini bukan peluncuran biasa |
|
Perodua Lancar EV Pertama QV-E Pada Harga RM80,000, Petanda Automotif Tempatan Semakin Mendunia! - Beautifulnara - 1/12 12:03 am Perodua baru-baru ini melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka, dikenali sebagai QV-E, pada harga RM80,000 sekali gus menjadi pencapaian penting dalam usaha menyokong agenda nasional membangunkan ekosistem EV di negara ini. Pelancaran rasmi disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) |
|
Perjanjian perdagangan AS tak sekat kerjasama dengan China, kata Anwar - FMT - 1/12 12:00 am Perdana menteri berkata China meminta penjelasan mengenai perjanjian itu dan Malaysia telah memberikannya. |
|
PM umum peranan baharu Tengku Zafrul Rabu ini - FMT - 1/12 11:20 am Anwar Ibrahim berkata menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu masih mempunyai 'tanggungjawab' untuk dipenuhi. |
|
Tindakan susulan kerajaan isu Pulau Batu Puteh antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 1/12 8:29 am KUALA LUMPUR - Perancangan dan tindakan susulan kerajaan berhubung Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Manndzri Nasib (BN-Tenggara) bertanyakan Menteri Luar mengenai perkara itu serta langkah diplomatik, undang-undang dan rundingan dua hala dengan Singapura bagi memastikan kedaulatan serta kepentingan maritim negara terus terpelihara pada sesi soal jawab lisan pada sidang yang bermula jam 10 pagi.Pada sesi sama, Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) meminta Perdana Menteri menyatakan kesan sosial daripada pembangunan pesat dan urbanisasi di Wilayah Persekutuan terhadap masyarakat setempat terutamanya dalam aspek persaingan sosial dan peningkatan kos sara hidup.Tan Kar Hing (PH-Gopeng) pula mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikan Tinggi mengenai jumlah serta kadar bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut pendapatan bulanan peminjam.Sementara itu, tiga rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama iaitu RUU Antibuli 2025, RUU Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Pasport (Pindaan) 2025.Mesyuarat Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini.- Bernama |
|
Tak ramai menteri beri ruang luas kepada timbalan seperti Tengku Zafrul... - Mgazette - 29/11 3:46 pm # Tak ramai menteri beri ruang luas kepada timbalan seperti Tengku Zafrul Chin Tong KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong melahirkan rasa bangga dapat berkhidmat sebagai pembantu kepada Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di kementerian itu |
|
Maharani Freeport buka 45,000 pekerjaan baharu di Johor - Sinarharian - 29/11 2:00 pm MUAR Pembangunan Maharani Freeport dijangka menjadikan Johor sebagai kuasa maritim penting di rantau ini, dengan potensi menarik pelaburan global bernilai RM144 bilion serta menyediakan 45,000 peluang pekerjaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek gergasi ini bukan sekadar menjadi mercu tanda baharu di Selat Melaka, malah membawa limpahan pelaburan, peluang pekerjaan bernilai tinggi dan perkembangan ekonomi menyeluruh kepada rakyat."Pelancaran Maharani Freeport melengkapkan rangkaian projek mega Johor seperti Zon Ekonomi Bebas JohorSingapura, Forest City dan pembangunan lapangan terbang baharu yang bakal menjadikan negeri itu hab utama Asia Tenggara."Projek ini bukan sahaja mengangkat martabat Johor, tetapi turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara strategik dalam kuasa perdagangan dunia," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Maharani Freeport di Tanjung Emas di sini pada Sabtu.Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli merasmikan Maharani Freeport.Turut berangkat, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Dalam pada itu, Anwar menegaskan kedudukan Freeport di laluan maritim paling sibuk di dunia, yang menyaksikan kira-kira 100,000 kapal melalui setiap tahun, menjadikannya lokasi ideal untuk aktiviti transshipment, logistik dan perdagangan minyak global.Jelas beliau, projek ini dijangka memperkukuh daya saing negara, menarik pelaburan langsung asing berbilion ringgit serta menyediakan puluhan ribu pekerjaan bernilai tinggi untuk anak muda dan tenaga kerja mahir.Pelabuhan tenaga bebas cukai pertama di Malaysia ini akan mula beroperasi melalui aktiviti perdagangan minyak, penyimpanan, pencampuran dan perkhidmatan marin.Dengan kedalaman semula jadi 24 meter, kapal gergasi VLCC dapat berlabuh tanpa kos tambahan, menjadikan Maharani Freeport destinasi pilihan pengendali maritim global.Selain itu, struktur insentif cukai yang kompetitif, termasuk kadar cukai korporat sifar peratus untuk syarikat berdaftar serta tiga peratus bagi entiti perdagangan minyak, memberi kelebihan besar kepada pelabur asing. |
|
Tafsiran Barat, interpretasi Timur - Sinarharian - 29/11 9:30 am SHAH ALAM - Penglibatan tokoh pemikir Islam dari Amerika Syarikat digabungkan dengan cendekiawan Malaysia di bawah bumbung World #QuranConvention (WQC) 2025 mampu membawa kepada perspektif lebih luas tentang pembangunan politik dan ekonomi global berteraskan Islam.Pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, pihaknya membayangkan bagaimana penceramah seperti Nouman Ali Khan dari negara Barat dan tafsirannya mengenai Islam, menyatu dengan interpretasi elemen Timur dibawa pendakwah tempatan dalam usaha mendidik masyarakat.Menurut Ahmad Sanusi, mesej yang bakal dibawa melalui WQC tidak hanya menyentuh soal ekonomi Islam global semata-mata tetapi juga kesejahteraan umat secara keseluruhannya."Penekanan tentang ekonomi ada dalam WQC tahun ini, begitu juga well-being iaitu kesejahteraan."Kalau kita tengok sejumlah tokoh popular yang hadir nanti antaranya Nouman Ali Khan, beliau terkenal dengan bidang tafsir. Kita boleh lihat nanti bagaimana kehebatan beliau membawa tafsiran dari negara Barat tentang Islam."Kemudian digabungkan dengan interpretasi dari sudut ketimuran oleh penceramah dari Malaysia bagi mendapatkan satu pandangan lebih luas mengenai pembangunan politik, ekonomi dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian.Beliau turut memaklumkan tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran WQC kali ini namun terbabit sama dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) misalnya menyumbang idea untuk program berkenaan.Bagaimanapun besar harapan beliau agar acara kali ini disertai lebih ramai peserta dari dalam dan luar negara berbanding tahun-tahun sebelumnya.Sementara itu, Qari My #HadithTime, Mohamad Husaini Mahmur berpandangan, sesi perkongsian ilmu menerusi WQC bakal memberikan kelainan dalam konteks sudut pandang masyarakat berpandukan kitab suci al-Quran.Tambah beliau, konvensyen tersebut juga akan memaparkan sisi berbeza untuk orang ramai bersama-sama melihat panduan yang ditekankan daripada al-Quran itu sendiri."Ini bukanlah kali pertama WQC dianjurkan dan kita boleh lihat satu dimensi yang berkembang secara progresif dalam membentuk jiwa seseorang."Justeru, saya harap program ini berjalan dengan lancar, orang ramai boleh mengambil manfaat daripadanya dan mempraktikkan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka," ujarnya.WQC 2025 bakal berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Perdana, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Kuala Lumpur, bertemakan Surah al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges.Konvensyen anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu menghimpunkan tokoh antarabangsa termasuk Nouman Ali Khan, Dr Imran Alvi, Fazrul Ismail, Datuk Profesor Dr Saadiah Mohamad serta pemimpin industri seperti Tan Sri Syed Zainal Abidin.WQC 2025 memberi tumpuan kepada pembinaan sistem ekonomi global yang adil dan beretika berasaskan nilai al-Quran, merangkumi perbincangan mengenai perdagangan etika, pembangunan ummah, kepimpinan, integriti dan solusi ekonomi menurut Surah Al-Saff. |
|
Eksport kita pecah rekod lagi ye ke? - Harapandaily - 28/11 8:51 pm Eksport Malaysia pecah rekod lagi apabila melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah dengan 15.7 peratus tahun ke tahun mencecah RM148.3 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz |
|
Turun kuasa projek bukti komitmen PM - Utusan - 28/11 7:43 am KOTA KINABALU: Penurunan kuasa laksana projek bernilai RM50 juta ke bawah kepada Sabah dan Sarawak adalah komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Nota Jemaah Menteri pada 21 Disember 2022 menyenaraikan isu-isu tertunggak berkaitan MA63 dan .. |
|
Tengku Zafrul cabar Tun M, mana klausa ART beri status bumiputera... - Mgazette - 28/11 7:40 am # Tengku Zafrul cabar Tun M, mana klausa ART beri status bumiputera kepada syarikat AS? KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memperbetulkan beberapa dakwaan liar termasuk fitnah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) memberikan status bumiputera kepada syarikat AS |
|
ART untungkan AS semata-mata adalah tidak benar - Mgazette - 28/11 7:40 am KUALA LUMPUR - Negara berdepan risiko besar kehilangan akses pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan nilai eksport hampir RM200 bilion dengan kelangsungan lebih sejuta pekerjaan dan 7,700 perusahaan kecil dan sederhana sekiranya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS tidak dimeterai |
|
WQC 2025 selari misi perkukuh nilai Islam dalam operasi haji dan umrah - Sinarharian - 27/11 9:59 pm Dr. Saadiah Mohamad serta pemimpin industri seperti Tan Sri Syed Zainal Abidin.WQC 2025 memberi tumpuan kepada pembinaan sistem ekonomi global yang adil dan beretika berasaskan nilai al-Quran, merangkumi perbincangan mengenai perdagangan etika, pembangunan ummah, kepimpinan, integriti dan solusi ekonomi menurut Surah Al-Saff. |
|
WQC 2025 platform perkasa kesedaran al-Quran dan zakat - Sinarharian - 27/11 9:20 pm Harta ini amanah daripada ALLAH, dan tanggungjawab kita ialah mengurusnya serta mengembalikan 2.5 peratus zakat kepada penerima yang berhak," jelasnya.Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur WQC dan menyifatkan program itu sangat baik kerana menjadikan al-Quran sebagai dasar dan rujukan utama."Apabila al-Quran dijadikan solusi dalam apa jua perkara, insya-ALLAH yang menanti ialah kebahagiaan dan kejayaan. Dalam urusan harta, al-Quran menggesa kita menunaikan zakat yang memberi manfaat kepada asnaf serta mampu menyemarakkan ekonomi umat," katanya.WQC 2025 bakal berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini di Perdana Hall, MITI Kuala Lumpur dengan membawa tema "Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges".Konvensyen anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu menghimpunkan tokoh antarabangsa termasuk Nouman Ali Khan, Dr Imran Alvi, Fazrul Ismail, Datuk Prof Dr Saadiah Mohamad serta pemimpin industri seperti Tan Sri Syed Zainal Abidin.WQC 2025 memberi tumpuan kepada pembinaan sistem ekonomi global yang adil dan beretika berasaskan nilai al-Quran, merangkumi perbincangan mengenai perdagangan etika, pembangunan ummah, kepimpinan, integriti dan solusi ekonomi menurut Surah Al-Saff |
|
Dengar suara generasi baharu, calon muda BN tawar pembaharuan di Sulaman - Sinarharian - 27/11 5:24 pm Sudah 35 tahun kamu beri peluang. Kini masa untuk generasi baharu melaksanakannya," katanya.Dalam pada itu, Bastien turut mendengar antara rungutan lain di Sabah iaitu berkenaan tambang kapal terbang yang mahal untuk ke Semenanjung.Dalam hal ini, beliau mahu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan tambang tidak membebankan rakyat.Kerusi N12 menyaksikan saingan lima penjuru yang melibatkan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga penyandang kerusi itu, dicabar oleh empat calon lain selain Dr Shahnon Rizal, iaitu calon muka baharu yang ditampilkan Barisan Nasional (BN). |
|
Penurunan kuasa projek RM50 juta kepada Sabah, Sarawak bukti komitmen PM - Armizan - Sinarharian - 27/11 5:17 pm KOTA KINABALU - Penurunan kuasa melaksanakan projek bernilai RM50 juta ke bawah kepada Sabah dan Sarawak adalah komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd AliBeliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) serta pernah mengetuai Urus Setia MA63 di Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak berkata, Nota Jemaah Menteri pada 21 Disember 2022 menyenaraikan isu-isu tertunggak berkaitan MA63, dan penurunan kuasa itu menjadi satu daripadanya.Beliau berkata, Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh Anwar sendiri telah memberikan respons positif dengan mencadangkan penurunan kuasa persekutuan kepada Sabah dan Sarawak melibatkan projek-projek bernilai RM30 juta ke bawah."Pada masa itu, saya sendiri mencadangkan supaya nilai tersebut dinaikkan kepada jumlah RM50 juta atas alasan jumlah RM30 juta adalah bersamaan dengan jumlah projek-projek yang di bawah bidang kuasa sedia ada Pejabat Perbendaharaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak," katanya dalam video dikongsikan di laman Facebooknya hari ini.Armizan berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Januari 2023 telah meluluskan syor Kementerian Kewangan untuk memberikan pengiktirafan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak."Ini meletakkan JKR Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan 182 dan melayakkan agensi-agensi negeri ini melaksanakan keseluruhan proses, termasuk perolehan, projek-projek persekutuan bernilai RM50 juta ke bawah."Tidak ada mana-mana Perdana Menteri atau kerajaan Persekutuan sebelum ini bersedia untuk melepaskan kuasa berkaitan projek kepada negeri, tetapi ini adalah komitmen Datuk Seri Anwar serta-merta meluluskan dan melaksanakan syor tersebut hanya dalam tempoh satu bulan pentadbirannya," katanya |
|
Hak bumiputera dilindungi dalam Perjanjian ART - Tengku Zafrul - Sinarharian - 27/11 4:27 pm KUALA LUMPUR - Hak bumiputera adalah satu daripada garisan merah yang sentiasa dilindungi sepanjang dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Beliau turut menegaskan bahawa hak bumiputera langsung tidak terjejas dalam perjanjian tersebut."Oleh itu, saya nak cabar (pihak yang mendakwa) untuk mengemukakan klausa khusus yang memberikan syarikat AS status bumiputera dalam ART," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada Mesyuarat Kaukus Khas Parlimen mengenai ART Malaysia-AS hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir pihak kononnya perjanjian ART memberikan status bumiputera kepada syarikat AS.Tengku Zafrul turut menafikan dakwaan bahawa ART menggadai kedaulatan negara.Katanya, kerajaan Malaysia dan AS menekankan nilai kebersamaan mereka termasuk komitmen terhadap kedaulatan, kemakmuran ekonomi dan rantaian bekalan yang berdaya tahan dalam perjanjian itu."Ini bermakna kedua-dua kerajaan komited untuk menegakkan kedaulatan masing-masing berdasarkan hubungan ekonomi dua hala yang utuh dan juga kekal."Oleh itu, apabila kita membaca semua klausa dalam perjanjian ini, perlu mengambil kira bahawa ia mesti menegakkan kedaulatan (negara) masing-masing."Itu sebabnya, jangan membaca perjanjian ini sekerat-sekerat, perlu baca secara keseluruhan," katanya |
|
Hak Bumiputera dilindungi dalam ART, kata Tengku Zafrul - FMT - 27/11 4:16 pm Menteri pelaburan, perdagangan dan industri cabar pihak dakwa syarikat AS diberi status Bumiputera di bawah ART kemuka klausa khusus. |
|
Malaysia perkukuh ekonomi berasaskan inovasi ??? Amir Hamzah - Mgazette - 27/11 3:13 pm Foto MUHAIMIN MARWAN, 27 NOVEMBER 2025 Menurut Amir Hamzah, satu ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang menyeluruh akan diwujudkan melalui Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 untuk memastikan Malaysia bersedia muncul sebagai negara inklusif, mampan dan dipacu teknologi. Tambah beliau, landskap ekonomi dunia kini berubah dengan begitu cepat ekoran ketidaktentuan geopolitik, tekanan perdagangan, perubahan demografi serta cabaran pekerjaan akibat perkembangan teknologi yang pesat |
|
Sorok kura-kura dalam timbunan stoking, cuba seludup ke Vietnam - Sinarharian - 27/11 12:05 am SEPANG - Taktik menyeludup kura-kura bernilai lebih RM30,000 yang diletakkan dalam bekas berisi stoking untuk dibawa Vietnam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini dipatahkan pihak berkuasa pada Rabu.Kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan Polis Bantuan KLIA dan Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC).Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tangkapan terhadap seorang lelaki warga Vietnam dibuat kira-kira jam 11.20 pagi."Ini susulan selepas imbasan mesin pengimbas menunjukkan imej disyaki hidupan liar dalam beg dibawa suspek."Pemeriksaan kemudian dibuat ke atas satu kotak mengandungi dua bekas plastik sebelum menemui 116 ekor kura-kura spesies scorpion mud turtle dianggarkan bernilai RM30,808.63," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai akan menaiki pesawat ke Hanoi yang berlepas pada jam 12.50 tengah hari.Tambahnya, kesemua barang kes telah dibawa ke Pejabat Perhilitan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur."Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan suspek dan kes disiasat di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]," ujarnya. |
|
Pastikan Karamunting membangun dan manfaatnya dirasai rakyat- Kim Hiung - Sinarharian - 27/11 9:35 am KARAMUNTING Dalam landskap politik Sabah yang terus berkembang, Datuk Chin Kim Hiung muncul sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini dengan membawa agenda pembangunan berasaskan keperluan sebenar rakyat.Sebagai anak jati Sandakan, Kim Hiung percaya masa depan Karamunting perlu dibentuk melalui pendekatan realistik, perancangan teratur dan kesediaan mendengar suara masyarakat di setiap peringkat.Kim Hiung, 57, berkata, kehadirannya ke gelanggang pilihan raya kali ini bukan sekadar untuk meraih sokongan politik tetapi untuk melaksanakan transformasi yang memberi impak kepada seluruh warga Karamunting secara inklusif dan berterusan."Visi saya adalah membawa perubahan menyeluruh ke segenap pelusuk Karamunting merangkumi pembangunan, infrastruktur, ekonomi dan pendidikan."Saya juga mahu melahirkan generasi baharu yang berkualiti serta berdaya saing," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Sebagai Ketua Penyelaras MCA Parlimen Batu Sapi dan kini Bendahari MCA Sabah, Kim Hiung memberitahu, pengalaman luas dalam kepimpinan cukup membuktikan komitmennya terhadap pembangunan masyarakat.Tegasnya, bersandarkan rekod itu, beliau berani membuat keputusan praktikal selaras dengan keperluan rakyat sekaligus memberi kekuatan terhadap manifesto yang ditawarkan.Mengusung slogan "Ah Chin Bersamamu, Bangunkan Karamunting", manifesto beliau dibina atas tiga tonggak utama iaitu kemudahan asas dan kualiti hidup, pendidikan berkualiti dan pembangunan ekonomi melalui perusahaan kecil sederhana (PKS) serta sektor pelancongan.Menyentuh fokus utama kemudahan asas dan kualiti hidup, Kim Hiung berkata, masalah paling mendesak di Karamunting ialah gangguan bekalan air dan elektrik, keadaan jalan raya masih tidak memuaskan terutama di kawasan luar bandar serta sistem perparitan yang kurang terurus.Beliau memaklumkan akan menangani isu ini secara berperingkat sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.Jelasnya, antara komitmen konkrit yang digariskan juga memperkukuh kemudahan perubatan awam dan menjamin akses kepada perkhidmatan kesihatan asas saksama."Kita akan mengadakan pemantauan rapi, gerak kerja tersusun dan paling penting mewujudkan pasukan yang benar-benar mahu selesaikan masalah."Bukannya pasukan yang bersikap sambil lewa serta ketegasan juga penting dalam hal pengurusan ini," ujarnya.Mengulas manifesto seterusnya, Kim Hiung berkata, pendidikan adalah kunci masa depan Karamunting dan generasi muda perlu dibekalkan kelebihan kompetitif untuk menghadapi pasaran kerja baharu.Menurutnya, cadangan beliau ialah menggalakkan pendidikan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris, memperkukuh aliran bahasa ibunda, selain menubuhkan pusat latihan vokasional bagi kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau dan e-dagang serta menambah baik pentadbiran dan kemudahan sekolah.Beliau menambah, rangkaian dan pengalaman sedia ada akan dimanfaatkan untuk menghubungkan Karamunting dengan institusi pendidikan dan industri, membuka lebih banyak ruang perkembangan kepada belia."Pertama sekali kena perbaiki dan tambah baik sistem pentadbiran. Seterusnya saya akan menggunakan kekuatan dan rangkaian yang saya ada untuk membawa perubahan kepada institusi pendidikan di Karamunting," katanya lagi.Dalam aspek ekonomi, Kim Hiung berkata Karamunting memiliki potensi besar dalam sektor pelancongan, perdagangan dan perusahaan kecil sederhana (PKS).Justeru, manifesto ini memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi serantau dengan menjadikan Karamunting sebagai hab pelancongan dan PKS."Kami akan memperkukuh sistem Barter Trade yang menjadi identiti ekonomi tempatan, menyusun semula Bandar Ramai, Nam Tung, Leila dan Hsiang Garden serta membaik pulih kaki lima dan sistem perparitan untuk menjadikan bandar lebih bersih dan selesa," ulas beliau.Disamping itu, Kim Hiung memaklumkan program latihan agresif akan dilaksanakan bagi memperkasa usahawan mikro, peniaga wanita dan komuniti perikanan supaya mereka bukan sahaja mampu bertahan, tetapi juga berkembang dan berdaya saing.Menyentuh mengenai peluang pekerjaan untuk belia, beliau memilih untuk membentangkan strategi terperinci hanya selepas diberikan mandat.Dalam menangani kemiskinan bandar, beliau menekankan kepentingan menyediakan peluang pendapatan stabil."Penting untuk kita mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan dalam masa sama perlu meningkatkan kemudahan asas dan fasiliti seiring peredaran semasa," katanya.Komitmen 100 hari pertamaMenjawab perbezaan pendekatan antara BN dan calon-calon lain, beliau menegaskan pendekatan realistik adalah pegangan parti itu sejak dahulu."Jika boleh, kami kata boleh |
|
Tindakan tegas terhadap perdagangan haram tingkat hasil negara, kata MoF - FMT - 27/11 8:30 am Pakar berkata usaha Malaysia banteras perdagangan haram boleh diperkukuh dengan penggunaan teknologi canggih seperti setem cukai yang dipertingkat. |
|
JAWI siasat penjualan brek guna lambang lucah - Mgazette - 26/11 3:36 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat siasatan dakwaan penjualan brek motor dengan lambang lucah. Pengarahn JAWI, Hanifuddin Roslan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kerana ia melibatkan pengeluaran barangan yang bertentangan dengan tatatusila rakyat Malaysia |
|
Mohd Na???im serah kepada kebijaksanaan PM tentukan Kabinet baharu - Mgazette - 26/11 3:36 pm Selagi saya diberi kepercayaan, saya akan menjalankan tugas hingga 2 haribulan ini, katanya. Sekurang-kurangnya akan berlaku dua kekosongan selepas 2 Disember ini, apabila tempoh pelantikan kali kedua dan terakhir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai senator tamat |
|
Musim tengkujuh: Peruncit, pemborong boleh simpan lebihan 30% barangan kawalan - Kosmo - 26/11 3:25 pm MARANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melantik 153 peruncit terpilih daerah (DDR) dan 77 pemborong terpilih daerah (DDW) di seluruh Terengganu bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas di negeri tersebut kekal stabil sepanjang musim banjir ini |
|
Mesyuarat Kaukus Parlimen tarif AS terlewat, namun tetap disambut baik - Harakahdaily - 26/11 1:37 pm KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyambut baik langkah mengadakan Mesyuarat Kaukus Parlimen mengenai pengenaan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan berlangsung esok, 27 November 2025. Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, walaupun mesyuarat tersebut diadakan agak terlewat iaitu genap sebulan selepas Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS ditandatangani, ia tetap satu perkembangan yang positif |
|
WQC 2025: 12 Saff solusi global ekonomi Islam moden - Sinarharian - 26/11 7:50 am SHAH ALAM - World #QuranConvention 2025 (WQC 2025) yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 Disember ini bakal mengetengahkan model kerangka 12 wilayah ekonomi (Saff) sebagai usaha merangka solusi pembangunan ekonomi global berlandaskan wahyu dan panduan Al-Quran.12 Saff ekonomi tersebut merangkumi sektor keusahawanan halal, kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan makanan, pembangunan wanita serta pendidikan.Selain itu, ia turut meliputi kewangan Islam, inovasi teknologi, pembangunan belia, seni dan budaya, kelestarian persekitaran, pembangunan komuniti serta tadbir urus berintegriti yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, kerangka strategik tersebut selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)."Dengan model 12 Saff itu, ia diharap dapat memperkembangkan kajian ekonomi berasaskan wahyu dan meneliti kandungan ayat-ayat al-Quran."Kita berharap ia dapat melahirkan inovasi yang dibangunkan, dibuktikan dan akhirnya dibumikan melalui ayat-ayat al-Quran."Ia selaras dengan tema kita From Revelation to Innovation yang membawa maksud bahawa daripada wahyu, lahirlah inovasi," katanya kepada Sinar Harian.WQC 2025 menghimpunkan tokoh ekonomi global, sarjana, usahawan dan penggerak komuniti bagi memperkukuh pemahaman tentang ekonomi Islam moden.Ia membawa mesej mendalam melalui konsep Trade With ALLAH, dengan Surah Al-Saff dijadikan asas perbincangan bagi menyorot makna Tijarah iaitu perdagangan dan urusan ekonomi yang berteraskan keikhlasan, amanah serta keseimbangan spiritual.Penganjuran program tersebut akan berlangsung di Perdana Hall, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Kuala Lumpur, bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.Ujar Marhaini, program yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menampilkan barisan penceramah seperti Pengarah Bayyinah Institute, Nouman Ali Khan; Ketua Pegawai Eksekutif Oxford Intellect, Dr Imran Alvi dan Pengarah Urusan Dagang NeXchange Bhd, Tan Sri Syed Zainal Abidin."Keunikan di tahun kelima penganjuran program ini adalah kami mula fokus kajian al-Quran berkait ekonomi, mulai tahun ini dan 10 tahun ke depan."WQC 2025 adalah peluang terbaik untuk pemimpin menghubungkan perniagaan dan dasar ekonomi melalui persepsi al-Quran, membina jaringan, merangka strategi kerjasama nasional dan paling penting menjadi generasi yang menghidupkan ekonomi ihsan," ujarnya.Kata Marhaini, orang ramai juga berpeluang menyertai konvensyen tersebut dan boleh melayari laman web rasmi WQC di www.worldquranconvention.com untuk mendaftar."Tiket individu berharga RM500, manakala pakej penyertaan kumpulan ditawarkan pada harga RM10,000 dengan pelbagai faedah seperti sijil penyertaan dan sesi latihan eksklusif," kata beliau. |
|
Malaysia pasaran utama ASEAN bagi inovasi dan fintech - Utusan - 26/11 7:30 am KUALA LUMPUR: Malaysia antara pasaran berpotensi tinggi di ASEAN dalam sektor inovasi, teknologi dan fintech, menurut Dewan Perniagaan Dubai (Dubai Chambers) yang kini giat memperluas rangkaian pelaburan dan kerjasama perdagangan di rantau ini |
|
Mansuh tarif ke atas daging lembu dari Kenya untuk kurangkan kos pengguna - PM - Sinarharian - 25/11 4:54 pm Kecenderungan kita adalah memperluas dan mempermudah import supaya kos kepada rakyat adalah lebih rendah," kata beliau.Mengenai kos memansuhkan tarif untuk kerajaan, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata: "Ia amat kecil, sangat minimum, sangat tidak signifikan."Pada sidang media bersama dengan Presiden Kenya, William Samoei Ruto pada Isnin, para pemimpin mengumumkan bahawa selain meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, Malaysia turut bersetuju untuk memansuhkan tarif ke atas hasil pertanian dan daging lembu dari Kenya.Mengulas lanjut pada sidang media, Perdana Menteri berkata, tiada keperluan untuk mengehadkan import kepada hanya beberapa negara sahaja dan menjadikannya sukar untuk negara yang kurang maju untuk mengeksport ke Malaysia."Selagi prosedur dan parameter dipenuhi, tiada sebab untuk mendiskriminasi negara miskin," kata beliau, sambil menambah agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pertanian perlu memastikan akses yang adil kepada semua.Anwar berkata, walaupun Kenya berminat untuk meningkatkan hasil eksportnya, negara itu turut merancang untuk meningkatkan import dari Malaysia."Sebagai contoh, ia mengimport sejumlah besar minyak sawit dari Malaysia, berjumlah RM1 bilion, yang turut disalurkan ke negara lain di benua lain. Aturan sama dapat dilihat pada kereta Proton kita," kata beliau.Ruto turut berminat dalam pembangunan semikonduktor, peralihan tenaga dan industri digital.Anwar berkata, kementerian berkaitan seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta agensi berkaitan perlu melaksanakannya dan menggunakan peluang untuk manfaat rakyat Malaysia dalam semua sektor."Kementerian Luar dan MITI perlu mengurusnya dengan proaktif dan cabaran kita ialah melaksanakan keputusan ini."Ia akan menjadi kerugian yang besar jika kita tidak memanfaatkan sepenuhnya semangat sokongan yang amat mesra ini daripada rakan-rakan kita di Afrika," kata beliau.Mengenai beberapa memorandum persefahaman dan pertukaran dokumen antara Malaysia dan Ethiopia serta Kenya, Anwar berkata, ia akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat supaya tindakan susulan dapat diambil kerana potensinya yang besar |
|
Jawi kerjasama dengan KPDN siasat kes 'disc brake' guna simbol lucah - Sinarharian - 25/11 4:05 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat dakwaan terdapat pihak mengeluarkan dan menggunakan 'disc brake' motosikal yang mempunyai lambang lucah.Pengarah Jawi, Hanifuddin Roslan berkata, pihaknya mengambil perhatian video yang dimuat naik seorang pengguna media sosial bernama 'Shinji Nagato' berhubung isu terbabit."Pihak Jawi akan membuat siasatan lanjut berkaitan perkara ini dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)."Ini kerana kerana ia melibatkan pengeluaran barangan yang tidak sopan dan bertentangan dengan tatasusila kita rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tegasnya, Jawi turut menasihati para pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan apa-apa lambang lucah pada produk dan barang kegunaan mereka.Sebelum itu, pempengaruh dikenali Shinji Nagato di Facebook meluahkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang menggunakan simbol lucah itu pada komponen motosikal.Kenyataan yang dikeluarkannya menerusi rakaman video itu juga menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan tegas. |
|
Reigate Grammar School buka kampus baharu di Kajang - Sinarharian - 25/11 9:30 am SHAH ALAM Reigate Grammar School Kuala Lumpur (RGSKL) secara rasmi membuka kampus terbaharunya di Kajang 2, sekali gus membawa warisan pendidikan British berusia 350 tahun ke Malaysia melalui kerjasama dengan Beaconhouse Group.Pengetua RGSKL, Philip Bailey, berkata, pembukaan kampus baharu itu menandakan komitmen sekolah berkenaan untuk menawarkan pendidikan bertaraf antarabangsa yang menekankan pembangunan menyeluruh pelajar."Kami mahu membina komuniti sekolah yang mesra dan inklusif, tempat setiap pelajar disokong dan diberi keyakinan untuk mencapai potensi mereka," katanya.Ditubuhkan pada 1675, Reigate Grammar School di UK merupakan salah satu sekolah swasta paling berprestij di England, terkenal dengan pencapaian akademik, penjagaan pastoral dan nilai teras seperti sifat ingin tahu, ketabahan, etika, kreativiti dan rasa hormat. Nilai-nilai ini turut diterapkan dalam sistem pembelajaran RGSKL dari peringkat Tahun Awal sehingga A Level.Sekolah itu kini mempunyai lebih 400 pelajar dari 28 negara dan mampu menampung sehingga 1,250 pelajar dengan mencerminkan persekitaran pembelajaran antarabangsa yang inklusif.Majlis perasmian itu disempurnakan dengan kehadiran wakil Kementerian Pendidikan, termasuk Timbalan Pengarah Pendidikan Swasta, Dr Sarifah Norazah.Turut hadir ialah Pengarah Negara Jabatan Perniagaan dan Perdagangan Suruhanjaya Tinggi British, Richard Colley; Atase Kebajikan Komuniti Suruhanjaya Tinggi Pakistan, Hamza Naveed; serta barisan pengurusan tertinggi Beaconhouse dan Reigate Grammar School dari United Kingdom.Kampus baharu Kajang 2 dibina untuk menyokong pembelajaran moden dengan kemudahan lengkap termasuk lapan makmal sains, perpustakaan dua tingkat, padang sintetik bersaiz penuh, kolam renang, gelanggang sukan, dewan serba guna serta dua dinding panjat |
|
Insya-Allah kita bawa pulang berita gembira- Tengku Zafrul - Kosmo - 24/11 4:25 pm PETALING JAYA – “Insya-Allah, kita bawa pulang berita gembira’,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |