| /// |
|
| Search : Pendakwa Raya News | Page 1 |
|
Lubang benam sedalam dua meter di Lebuh Raya Mayang Pasir, Bayan Baru - Careta - 29/10 8:15 am Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol, berkata lubang benam yang digenangi air itu terbentuk berhampiran rumah penduduk |
|
Mesin pengimbas berteknologi baharu digunakan di ICQ Bukit Chagar - Mygazette - 29/10 8:10 am # Mesin pengimbas berteknologi baharu digunakan di ICQ Bukit Chagar JOHOR BAHRU - Mesin pengimbas berteknologi baharu akan digunakan di Kompleks Imigresen Kastam dan kuaratin (ICQ), Bukit Chagar, Johor Bahru apabila Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura beroperasi awal tahun depan |
|
MBJB tangkap 1,589 anjing liar sehingga 23 Okt, kawal penyakit, .. - Mygazette - 29/10 8:10 am # MBJB tangkap 1,589 anjing liar sehingga 23 Okt, kawal penyakit, dikembirikan JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menangkap 1,589 anjing liar di kawasan pentadbirannya dari awal tahun sehingga 23 Oktober lalu |
|
MUKTAMAD! 21 Kerusi BN, 7 Kerusi PN. Manifesto Akan Dilancar Bersama,... - Mygazette - 29/10 8:10 am # MUKTAMAD! 21 Kerusi BN, 7 Kerusi PN |
|
PRN Melaka: MBMB tidak teragak-agak turunkan bahan kempen langgar peraturan - Mygazette - 29/10 8:10 am # PRN Melaka: MBMB tidak teragak-agak turunkan bahan kempen langgar peraturan MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak teragak-agak untuk menurunkan bahan-bahan kempen parti politik yang melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
PRN Melaka: UMNO sahkan kerjasama dengan PAS, PN - Mygazette - 29/10 8:10 am KUALA LUMPUR UMNO mengesahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan PAS serta rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 |
|
Ka Siong sahkan MCA tanding dua kerusi, terus bersama BN - Mygazette - 29/10 8:10 am # Ka Siong sahkan MCA tanding dua kerusi, terus bersama BN KUALA LUMPUR - MCA mengesahkan akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini, selepas rundingan dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) |
|
Dadah: Pemeriksaan ‘dari hujung rambut ke hujung kaki’ di KLIA .. - Mygazette - 29/10 8:10 am # Dadah: Pemeriksaan 'dari hujung rambut ke hujung kaki' di KLIA -Saifuddin JOHOR BAHRU - Pemeriksaan lebih ketat dijangka dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan kes penyeludupan dadah yang semakin kerap dilaporkan berlaku di pintu masuk utama negara berkenaan |
|
PRN Melaka: PKR, Amanah dapat tiga kerusi tambahan? - Mygazette - 29/10 8:10 am # PRN Melaka: PKR, Amanah dapat tiga kerusi tambahan? MELAKA - Pakatan Harapan (PH) dikatakan bakal menambah tiga kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan PKR mendapat satu kerusi tambahan manakala Amanah memperoleh dua lagi kerusi |
|
21 calon BN Melaka selamat angkat sumpah termasuk MCA, tandatangani .. - Mygazette - 29/10 8:10 am # 21 calon BN Melaka selamat angkat sumpah termasuk MCA, tandatangani empat dokumen KUALA LUMPUR - Kesemua 21 calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melafazkan baiah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum menandatangani empat dokumen akujanji, sumpah dan perjanjian dengan parti dalam satu majlis di Menara Dato Onn, di sini, petang ini |
|
PRN Melaka: PH masih kekal 21 kerusi, tiada kerjasama rasmi dengan Bersatu .. - Mygazette - 29/10 8:10 am # PRN Melaka: PH masih kekal 21 kerusi, tiada kerjasama rasmi dengan Bersatu Fahmi KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) setakat ini kekal dengan keputusan bertanding di 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun sebarang perubahan masih tertakluk kepada pertimbangan pimpinan gabungan itu |
|
BN bertanding 21 kerusi, PN dapat tujuh - Mygazette - 29/10 8:10 am KUALA LUMPUR Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, manakala tujuh kerusi diperuntukkan kepada Perikatan Nasional (PN) |
|
25 tan beras seludup dari Thailand bernilai RM550,000 dirampas, pemandu lori ditahan- PGA - Sinarharian - 29/10 8:03 am GUA MUSANG Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah lori dan merampas 25 tan metrik beras putih jenis Super Import yang disyaki diseludup dari Thailand menerusi Op Taring Wawasan di Paloh di sini pada malam Rabu.Rampasan jam 11 malam itu membabitkan nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM550,000.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, semasa melakukan pemantauan anggota bertugas telah mengesan sebuah lori di sekitar Kampung Pangkal Senor, Jalan Lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang yang berada dalam keadaan mencurigakan.Menurut beliau, lori tersebut telah ditahan oleh anggota PGA di tepi Jalan Bentong-Kota Bharu, di hadapan sebuah bangunan bagi tujuan pemeriksaan."Pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa muatan beras putih jenis Super Import yang disyaki diseludup dari Thailand."Pemandu lori mengemukakan dua salinan invois bagi menerangkan sumber dan tujuan penghantaran beras itu, namun terdapat keraguan terhadap maklumat lokasi penghantaran yang tercatat pada dokumen berkenaan," katanya kepada pemberita pada Khamis.Jelas beliau, keraguan itu membawa kepada penahanan pemandu berusia 38 tahun untuk membantu siasatan lanjut.Ujarnya, lori dan keseluruhan muatan beras serta dua salinan invois terbabit turut dirampas sebelum diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KPB) Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya."Semakan awal mendapati lokasi penghantaran yang dinyatakan dalam invois berkenaan tidak tepat, sekali gus menimbulkan syak bahawa dokumen itu digunakan untuk mengelirukan pihak berkuasa mengenai sumber dan tujuan sebenar penghantaran."Bagaimanapun ketulenan dokumen berkenaan masih dalam siasatan," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan akan diperluaskan bagi mengenal pasti sumber bekalan, pihak yang menyediakan dan menggunakan invois terbabit, pengangkut, penerima serta rangkaian pengedaran beras yang disyaki diseludup itu.Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994. |
|
Hai rakyat Melaka, kekal atau tukar? - Kosmo - 29/10 8:00 am Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka makin hampir |
|
PRN Melaka: Agihan kerusi BN selesai, penyertaan MCA akan diperhalusi - Ab Rauf - Sinarharian - 29/10 12:04 am KUALA LUMPUR - Isu agihan kerusi dalam Barisan Nasional (BN) yang melibatkan ketidakpuasan hati parti komponennya, MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah selesai.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rundingan berkaitan perkara itu telah mencapai persetujuan, malah penyertaan MCA sebagai parti yang mewakili masyarakat Cina dalam BN akan diperhalusi dan ditambah baik."MCA terima seadanya dan pastinya penyertaan MCA mewakili kaum Cina juga diperhalusi untuk ditambah baiklah |
|
PH kekal 21 kerusi setakat ini, sebarang perubahan diputuskan pimpinan gabungan - Fahmi - Sinarharian - 28/10 11:38 pm KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) setakat ini kekal bertanding di 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan pimpinan gabungan itu.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, PH akan memberikan tumpuan kepada kerusi yang telah diumumkan."Kita telah umumkan 21 kerusi |
|
BN tumpu pertahan 21 kerusi di Melaka - Kosmo - 28/10 11:27 pm KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, gerak kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diselaraskan dengan tumpuan kepada usaha mempertahankan 21 kerusi yang ditandingi BN |
|
PRN Melaka: UMNO setuju bekerjasama dengan PN, bakal lancar manifesto BN-PN - Sinarharian - 28/10 11:03 pm SHAH ALAM UMNO mengesahkan kerjasama politik dengan Pas dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 termasuk melancarkan manifesto pilihan raya bersama antara Barisan Nasional (BN) dan PN.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada Rabu.Justeru, beliau berkata, UMNO mengarahkan seluruh jentera dan penyokong parti supaya memberikan sokongan penuh kepada calon-calon PN yang akan bertanding pada pilihan raya negeri berkenaan."Bersetuju sebulat suara untuk mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan rakan strategik Pas dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16."Kami turut bersetuju untuk BN dan PN melancarkan manifesto pilihan raya bersama bagi menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta meneruskan kecemerlangan pentadbiran dan pembangunan negeri yang telah dilaksanakan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurut Asyraf Wajdi, kepimpinan dan jentera parti turut diseru supaya mengamalkan budaya kempen yang berhemah serta berakhlak sepanjang tempoh pilihan raya.Beliau berkata, semua pihak perlu mengelakkan sebarang bentuk fitnah, penghinaan atau serangan peribadi terhadap parti lawan demi memastikan suasana kempen yang matang dan harmoni.Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, supaya menarik balik arahan pembatalan projek-projek yang melibatkan kepentingan rakyat, terutama di Sabah dan Sarawak.Menurutnya, projek pembangunan luar bandar termasuk pembinaan jalan raya serta penyediaan bekalan air dan elektrik luar bandar perlu diteruskan demi kesejahteraan serta pembangunan masyarakat setempat. |
|
PRN Melaka: BN, PN meterai persefahaman politik - Hmetro - 28/10 10:45 pm Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) hari ini memeterai perjanjian persefahaman politik dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, bulan depan |
|
UMNO, Pas perkukuh kerjasama hadapi PRN Melaka - Kosmo - 28/10 10:30 pm PETALING JAYA UMNO bersetuju memuktamadkan kerjasama dan persefahaman politik dengan Pas serta rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 |
|
Simpang: Kenal pasti faktor risiko kemalangan - Harakahdaily - 28/10 10:04 pm KUANTAN: Peruntukan kecemasan perlu dipertimbangkan bagi melaksanakan langkah keselamatan segera di persimpangan Masjid Tengku Panglima Perang, Sungai Karang Pantai, bagi mengurangkan risiko kepada pengguna jalan raya |
|
Guru besar dipenjara 20 tahun, 11 sebatan hasilkan pornografi dan lakukan amang seksual - Sinarharian - 28/10 9:23 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 11 sebatan terhadap seorang guru besar kerana menghasilkan bahan pornografi dan melakukan amang seksual secara fizikal terhadap seorang murid tahun enam, lima tahun lepas.Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Noorin Badaruddin, yang bersidang bersama-sama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, menolak rayuan Anuar Kintan terhadap sabitan menghasilkan bahan pornografi.Panel itu turut mengetepikan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan Anuar daripada pertuduhan amang seksual secara fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun ketika kejadian.Mahkamah kemudian mensabitkan tertuduh atas pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun serta tiga sebatan.Hakim Noorin yang membacakan keputusan sebulat suara itu turut memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dijalankan secara berasingan, dan mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Anuar, 59, supaya tertuduh memulakan hukuman penjara hari ini.Sebelum ini, Anuar memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman dan dibebaskan dengan ikat jamin RM14,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu keputusan rayuannya.Sementara itu, mahkamah mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan Anuar daripada pertuduhan ketiga dan keempat, masing-masing melibatkan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak perempuan itu dan mengeluarkan kata-kata dengan niat supaya didengari mangsa bagi tujuan seksual.Hakim Noorin yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata mangsa telah memberikan keterangan secara langsung dengan mengenal pasti tertuduh sebagai orang yang telah mengambil gambar-gambar tersebut, dan keterangannya telah dipertimbangkan oleh hakim Mahkamah Sesyen yang menerimanya.Beliau berkata kewujudan gambar-gambar itu turut disokong oleh pemeriksaan forensik yang mengenal pasti imej berkenaan dalam telefon bimbit Realme milik Anuar.Bagi pertuduhan kedua, Hakim Noorin berkata mahkamah tidak bersetuju bahawa keterangan alibi yang dikemukakan Anuar telah menimbulkan keraguan munasabah.Pihak pembelaan telah mengemukakan alibi, iaitu isteri Anuar telah memberikan keterangan bahawa tertuduh berada di rumah bersama beliau dan bukan di sekolah ketika kejadian berlaku.Hakim Noorin berkata keterangan rakan mangsa telah memberikan sokongan material kepada kes pendakwaan mengenai kehadiran tertuduh di sekolah pada 3 April 2021 dan pergerakannya bersama mangsa dan oleh itu keterangan alibi yang dikemukakan tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah.Pada 19 April 2024, Mahkamah Sesyen mendapati Anuar bersalah atas pertuduhan pertama, iaitu menghasilkan bahan pornografi dengan mengambil gambar mangsa, dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun serta dua sebatan.Mahkamah itu turut menjatuhkan hukuman penjara tambahan satu tahun dan dua sebatan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Anuar daripada pertuduhan kedua, ketiga dan keempat.Pada 15 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi menambah hukuman penjara kepada sembilan tahun serta lapan sebatan bagi pertuduhan pertama dan mengekalkan keputusan melepas dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan lain.Kesalahan itu dilakukan di sebuah sekolah di Perak pada pertengahan Mac 2021 dan pada 3 April 2021.Pada prosiding hari ini, Anuar diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, manakala Timbalan Pendakwa Raya Azlina Mahmod dan P |
|
Kes baling molotov ke rumah Rohingya: 15 ditahan, empat akan didakwa esok - Sinarharian - 28/10 7:10 pm JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes balingan bom molotov di kawasan penempatan warga Rohingya di Kulai Besar, Kulai pada 13 Oktober lalu, menjadikan keseluruhan 15 individu ditahan setakat ini.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kedua-dua suspek tempatan berusia antara 27 hingga 28 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sekitar Johor Bahru pada 20 Oktober lalu.Menurutnya, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif dadah."Kedua-dua suspek telah dibenarkan ditahan reman sehingga 30 Oktober ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ab Rahaman berkata, kertas siasatan kes itu sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk arahan lanjut.Beliau berkata, empat suspek akan dituduh mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api atau bahan letupan dengan niat bersama.Sementara itu, ujarnya 11 lagi suspek dibebaskan dengan bon jaminan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.Ab Rahman berkata, pertuduhan terhadap empat suspek terbabit dijadualkan berlangsung di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 29 Oktober ini."Polis Johor tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan jenayah yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan negeri ini."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 019-2792095 serta Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999," katanya. |
|
PRN Melaka: MCA akur bertanding dua kerusi - Sinarharian - 28/10 7:01 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] MCA akur bertanding di dua kerusi yang diperuntukkan Barisan Nasional (BN) kepada parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Presiden MCA bersama Jawatankuasa Pusat parti pada Rabu susulan rundingan dengan rakan komponen BN.Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut memberikan maklum balas positif berhubung isu yang dibangkitkan MCA sebelum ini."Kita diberi jaminan bahawa representasi masyarakat Cina, khususnya melalui MCA, tidak akan dipinggirkan dan akan terus berperanan dengan kaedah yang lebih baik |
|
PN mohon kebenaran mulakan prosiding komital terhadap RoS - Sinarharian - 28/10 6:53 pm KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung tindakan membatalkan pendaftaran gabungan itu ketika permohonan berkaitan masih belum diputuskan mahkamah.Berdasarkan dokumen yang difailkan pada Selasa, permohonan itu dibuat secara ex parte atau sebelah pihak.Lima pemimpin parti komponen PN diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selaku pemohon pertama.Turut menjadi pemohon ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N |
|
Ka Siong U-turn? MCA akur dua kerusi, kembali bersama BN selepas bantahan terbuka - Harapandaily - 28/10 6:40 pm Daripada bertindak keluar ketika Barisan Nasional (BN) mengumumkan 21 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kini MCA bersetuju menerima peruntukan dua kerusi dan kekal bertanding atas tiket gabungan itu pada 14 November ini |
|
Terowong ke Putrajaya makin cerah - Harakahdaily - 28/10 6:02 pm TUMPUAN negara kini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari penamaan calonnya 31 Oktober manakala hari mengundi pada 14 November nanti.Semasa melancarkan Jentera Pilihanraya BN serta pengumuman calon-calon BN di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan kawan baru […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post Terowong ke Putrajaya makin cerah appeared first on Harakahdaily . |
|
ADUN Batu Lintang, See Chee How mohon sertai SUPP - Sinarharian - 28/10 6:01 pm KUCHING - Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How memutuskan untuk menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).Dalam kenyataan hari ini, Chee How berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kepimpinan politik Sarawak telah mengorak hala tuju politik berteraskan negeri yang tersendiri."Yang menarik perhatian saya ialah penekanan GPS terhadap hak perlembagaan, kepentingan dan aspirasi Sarawak, serta keazaman untuk memperjuangkannya melalui institusi politik negeri sendiri."Saya percaya dengan menyertai SUPP dan bekerjasama dalam GPS akan memberi saya peluang untuk menyumbang secara langsung dan lebih berkesan terhadap kemajuan matlamat bersama ini," katanya.Chee How dipilih sebagai ADUN Batu Lintang buat kali pertama pada pilihan raya negeri (PRN) 2011 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempertahankan kerusi itu pada 2016.Beliau dipecat daripada PKR pada April 2020 sebelum menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).Chee How mengekalkan kerusi itu pada PRN 2021 di bawah PSB sebelum meninggalkan parti berkenaan pada 2022 untuk berkhidmat sebagai ADUN Bebas |
|
Langgar syarat Bon: Baru Bian gagal batal saman RM10 juta - Sinarharian - 28/10 5:04 pm KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakelalan, Baru Bian hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya bagi menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan melanggar syarat bon apabila keluar daripada parti itu selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.Hakim Mahkamah Tinggi Roslan Mat Nor memutuskan demikian selepas menolak permohonan Baru, 68, untuk membatalkan saman berkenaan dan mencabar bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya daripada mendengar dan memutuskan tuntutan PKR terhadapnya.Mahkamah memerintahkan bekas Ahli Parlimen Selangau itu membayar kos RM4,000 kepada PKR.Dalam permohonan itu, Baru Bian berkata beliau menandatangani bon berkenaan di Kuching pada 25 April 2018 dan penglibatannya dengan PKR hanya tertumpu di Sarawak."Tindakan plaintif (PKR) terhadap saya jika sekalipun dibuktikan benar, tidak berbangkit di Semenanjung Malaysia |
|
Ahli perniagaan kekal bebas 122 pertuduhan tipu, guna dokumen palsu - Sinarharian - 28/10 4:51 pm Narendran, 46, pada Januari 2022.Hakim Muniandy ketika menyampaikan keputusan berkata Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi telah menilai beban pembuktian serta prinsip undang-undang dengan tepat sebelum membuat keputusan berkenaan.Beliau berkata ketiadaan mens rea atau niat jenayah pada peringkat awal transaksi, percanggahan material dalam pertuduhan serta ketiadaan bukti forensik berkaitan pemalsuan menyebabkan sabitan oleh Mahkamah Sesyen tidak selamat untuk dikekalkan."Kami juga mendapati bahawa pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dari segi fakta mahupun undang-undang yang mewajarkan campur tangan rayuan."Sebaliknya, Mahkamah Tinggi telah dengan tepat mengenal pasti kecacatan asas yang 'fatal' dalam kes pendakwaan, menjadikan sabitan Mahkamah Sesyen tidak selamat untuk dikekalkan."Dengan ini, rayuan perayu ditolak sebulat suara. Perintah pelepasan dan pembebasan oleh Mahkamah Tinggi terhadap responden (Narendran) bagi 122 pertuduhan adalah sah dan dikekalkan," katanya.Hakim Muniandy berkata oleh kerana pertuduhan berkaitan pemalsuan bergantung rapat pada dakwaan penipuan asas yang gagal dibuktikan, pertuduhan menggunakan dokumen palsu di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan turut tidak dapat dipertahankan.Pada 9 April 2021, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 24 sebatan terhadap Narendran selepas mendapati beliau bersalah atas kesemua pertuduhan, sebelum Mahkamah Tinggi pada Januari 2022 melepaskan dan membebaskannya.Mengikut pertuduhan, Narendran berdepan 105 pertuduhan menipu seorang lelaki dengan memperdayakannya supaya mempercayai pesanan kerajaan negeri bagi pelaburan membekalkan peralatan perubatan pakai buang kepada sebuah hospital di Ipoh adalah tulen.Dia didakwa mendorong mangsa menyerahkan cek dan wang tunai antara RM20,000 hingga RM350,000 bagi pelaburan yang tidak wujud di empat lokasi antara Mei hingga Disember 2015, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Narendran turut berdepan 17 pertuduhan menggunakan beberapa dokumen Pesanan Kerajaan Negeri Perak palsu sebagai tulen membabitkan kes dan mangsa sama, antara April hingga Oktober 2015, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 467 kanun sama.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling manakala Narendran diwakili peguam S |
|
PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi - Abang Johari - Sinarharian - 28/10 4:44 pm KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13.Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama dengan presiden parti-parti komponen gabungan itu hari ini."Tarikh (PRN Sarawak) belum kita ketahui kerana akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi di pihak GPS, kita sudah bersedia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di sini hari ini.Beliau berkata, GPS sedang menunggu keputusan SPR mengenai tarikh pilihan raya sebelum menentukan langkah seterusnya.Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen GPS, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiptera Bersatu (PBB) berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci berdasarkan kerusi dimenangi masing-masing ketika ini.Pada 23 Oktober lepas, Abang Johari mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober bagi memberi laluan kepada PRN13.SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 November depan bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan PRN itu.Pada PRN ke-12 yang diadakan 18 Disember 2021, GPS mendapat mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua.Bagaimanapun, dinamik politik negeri menyaksikan perubahan selepas PSB dibubarkan pada 2024, yang membawa kepada penyertaan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ke dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu satu daripada komponen GPS.Sementara itu, seorang lagi bekas ADUN PSB, See Chee How yang mewakili Batu Lintang, keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.GPS dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP |
|
'Kita geng biru. Semuanya baik-baik sahaja' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 28/10 4:14 pm SHAH ALAM - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan rundingan antara pihaknya dengan MCA berhubung agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 berakhir positif.Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Ahmad Zahid kelihatan mesra berjabat tangan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di bangunan Parlimen sambil disaksikan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menandakan kedua-dua pihak mencapai kesepakatan dalam mendepani pilihan raya tidak lama lagi."Jangan risau, semuanya baik-baik sahaja."Kita geng biru," katanya pada Rabu.Ahad lalu, Ka Siong bersama kepimpinan MCA bertindak meninggalkan majlis pengumuman calon BN yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebelum ucaptama Ahmad Zahid dan kemudiannya mengadakan sidang akhbar di luar dewan.Kata beliau, MCA tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan BN tanpa mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi.Jelasnya, tindakan mengumumkan calon tanpa rundingan dan persetujuan parti merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali, lebih-lebih lagi apabila kerusi sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.Susulan itu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa BN masih membuka ruang rundingan dengan MCA berhubung senarai calon yang diumumkan bagi PRN Melaka sebelum hari penamaan berlangsung.Ka Siong baru-baru ini turut mengulas pertemuannya bersama pimpinan BN pada Isnin lalu.Jelas beliau, pertemuan yang bermula kira-kira jam 11 malam dan berakhir sekitar 1 pagi itu dihadiri Zambry serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di sebuah hotel di Kuala Lumpur. |
|
Penunggang motosikal maut digilis treler - Sinarharian - 28/10 3:32 pm KLANG - Seorang penunggang motosikal maut digilis treler dalam kejadian di Jalan Pintasan Pelabuhan Barat di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata,kejadian kira-kira jam 9 pagi itu membabitkan mangsa berusia 37 tahun yang menunggang motosikal bersendirian dari arah Klang menghala ke Pelabuhan Barat.Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal mangsa melanggar sisi kanan sebuah pacuan empat roda yang ketika itu dipandu di lorong kecemasan."Impak pelanggaran menyebabkan mangsa terjatuh ke lorong kanan jalan dan digilis oleh sebuah treler yang berada di laluan bersebelahan."Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan.Katanya, maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Mustakin Najri di talian 012-5826983 atau mana-mana balai polis berhampiran.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan lorong kecemasan sebagai jalan pintas kerana ia adalah laluan kritikal untuk kenderaan bantuan kecemasan."Semua pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya semasa pemanduan," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Pelajar kolej simbah cat merah, pecah cermin kereta didenda RM13,800, 12... - Mygazette - 28/10 3:30 pm Bagi perbuatan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda masing-masing berjumlah RM3,800 dan RM3,500, selain diperintahkan hukuman penjara selama 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal |
|
Rafizi lantang isu mafia korporat tapi diam isu khalwat Nik Nazmi? ??? .. - Mygazette - 28/10 3:30 pm # Rafizi lantang isu mafia korporat tapi diam isu khalwat Nik Nazmi? Zulqarnain KUALA LUMPUR - Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli dipersoalkan berhubung pendekatannya yang didakwa lebih agresif membangkitkan isu mafia korporat berbanding isu khalwat Nik Nazmi Nik Ahmad |
|
Calon BN PRN Melaka terima watikah secara tertutup, tiada kelibat MCA - Mygazette - 28/10 3:30 pm # Calon BN PRN Melaka terima watikah secara tertutup, tiada kelibat MCA KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mengadakan majlis penyerahan watikah calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara tertutup di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini |
|
PRN Melaka: BN dijangka serah watikah calon hari ini - Mygazette - 28/10 3:30 pm # PRN Melaka: BN dijangka serah watikah calon hari ini KUALA LUMPUR Barisan Nasional (BN) difahamkan mengadakan majlis penyerahan watikah calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara tertutup di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pagi ini |
|
Kenyataan fitnah: Chegubard dipenjara empat bulan - Sinarharian - 28/10 3:10 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabumenjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap bekas Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Badrul Hisham, 48, atau dikenali sebagai Chegubard selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula hari ini.Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan sebanyak RM5,000, menjadikan jumlah jaminan RM15,000.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman manakala Badrul Hisham diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.Pada 24 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin memerintahkan Badrul Hisham membela diri atas pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan aktivis itu di akhir kes pendakwaan.Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu pada 4 November tahun lepasselepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki tersebut.Pada 29 April 2024, aktivis politik itu didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang22 Januari 2024 dan pertuduhan dibuatmengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan |
|
Empat pendera amah Indonesia didakwa di Mahkamah Pulau Pinang - Kosmo - 28/10 2:55 pm SHAH ALAM – Empat individu yang mendera amah Indonesia sehingga melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebelum ini didakwa di Mahkamah Pulau Pinang, hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan itu selepas polis mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) |
|
Samsuri persoal tindakan Bersatu bertanding guna logo PN di Melaka - Mkini - 28/10 2:42 pm Ahmad Samsuri yang juga menteri besar Terengganu berkata pengerusi PN merupakan individu yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai penandatangan bagi penggunaan logo gabungan itu. |
|
Dera pembantu rumah: Empat individu dituduh di Pulau Pinang - Sinarharian - 28/10 2:22 pm SHAH ALAM - Empat individu dituduh di mahkamah di Pulau Pinang pada Rabu susulan kes membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera majikannya di Tanjong Sepat, Kuala Langat.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan terhadap empat suspek itu dibuat selepas pihak polis mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)."Pagi ini (Rabu), Insya-ALLAH di Pulau Pinang, semua suspek yang terlibat akan dituduh, kecuali seorang yang dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi polis, jadi, empat yang dituduh," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan tiga wanita antara lima individu yang direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penderaan tersebut.Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 20 hingga 30-an bermula Selasa hingga Jumaat lalu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok.Kes penderaan itu dilaporkan berlaku pada 16 Oktober lalu sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu bagi membantu siasatan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menahan enam individu termasuk seorang majikan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia hingga mangsa mengalami kecederaan melecur pada seluruh badan di Tanjong Sepat.Kesemua suspek ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth Pulau Pinang, kira-kira jam 6.30 petang.Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis berpuas hati bahawa semua individu yang terlibat dalam kes berkenaan telah ditangkap dan tiada usaha lanjut diperlukan untuk mengesan suspek lain setakat ini.Mengulas keadaan mangsa, Shazeli berkata, wanita berusia lingkungan 20-an itu masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil."Mangsa masih menerima rawatan di hospital dan keadaannya stabil serta berada di bawah pemantauan doktor," katanya. |
|
Fitnah: Mahkamah Perintah Bard dipenjara 4 Bulan - Wrlr - 28/10 2:21 pm Foto Chegubard Rafique berkata mahkamah turut menaikkan jumlah jaminan Badrul kepada RM5,000. Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman mengendalikan pendakwaan |
|
Politik Fitnah: Maruah Bangsa, Integriti Tergadai - Wrlr - 28/10 2:15 pm Tindakan saman Anwar Ibrahim terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kenyataan ceramah politik pada 2026 |
|
Pramugara didakwa bunuh pekerja syarikat penyelenggaraan - Sinarharian - 28/10 2:15 pm KUALA LUMPUR - Seorang pramugara yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol, dihadapkan semula ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh penyelia syarikat penyelenggaraan.Mohd Iman Nafiz Fong Mohd Sabirin, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy.Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Lelaki itu didakwa membunuh Faris Irfan Fazli, 29, di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimendi sinipada 4.09 pagi, 24 Oktober lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Tiada jaminan dibenarkan dan mahkamah menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamrymanakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Anih Rafih.Pada Isnin lepas (26 Oktober), Mohd Iman Nafiz mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Faris Irfan dan mencederakan seorang lagi pekerja di tempat dan masa sama |
|
Bersatu perlu beri penjelasan guna logo PN pada PRN Melaka - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 28/10 2:15 pm KUALA TERENGGANU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memberikan penjelasan berhubung hasrat menggunakanlogo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi,kata Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, Pengerusi PN merupakan individu yang didaftarkandengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai penandatangan bagi penggunaan logo gabungan itu."Jadi macam mana Bersatu nak bertanding menggunakan logo PN? Kena tanya Bersatu balik bagaimana mereka nak gunakan logo itu," katanya selepas Seminar Biodiversiti Terengganu di sini pada Rabu.Beliau turutmenegaskan bahawa PN akan tetap menggunakan logo gabungan itupada mana-mana pilihan raya selepas ini.Ditanya mengenairundingan pembahagian kerusi, Ahmad Samsuri berkata, prinsip asas yang dipersetujui bersama perlu diteruskan dalam menghadapi PRN Melaka serta Pilihan Raya Umum akan datang.Beliau berkata, perkembangan di Melaka merupakan sebahagian daripada pelaksanaan prinsip asas yang dibincangkan dalam rundingan antara parti komponen sebelum ini."Kita harap prinsip asas itu dapat diteruskan dalam rundingan-rundingan yang selanjutnya," kata beliau.Sementara itu,Ahmad Samsuriberkata, nama calon daripada parti komponen yang berhasrat bertanding telah dikemukakan, manakala pengumuman rasmi calon dijadualkan berlangsungdi Melaka, malam esok.Mengenai persiapan jentera pilihan raya, beliau berkata, pertemuan dan perbincangan antara wakil PN dengan parti komponen telah diadakan bagi menyelaraskan gerak kerja bersama.Beliau berkata, model kerjasama yang dilaksanakan di Melaka dijangka ditambah baik berdasarkan pengalaman di Negeri Sembilan |
|
Bekas eksekutif kanan GLC didakwa guna dokumen palsu tuntut RM15,288 - Sinarharian - 28/10 2:15 pm SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif kanansyarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabuatas sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan wang pendahuluan diri dan tuntutan berjumlah RM15,288, antara 2022 hingga 2023.Mohd Nizam Ibrahim, 50,didakwa dengan curang menggunakan dokumen sebut harga, bayaran tunai dan resit bayaran tunai sebuah syarikat sebagai tulen walaupun mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen berkenaan adalah palsu.Dokumen itu dikemukakan kepada sebuah organisasi penyelidikan industri dan teknologibagi mendapatkan wang pendahuluan diri dan wang tuntutan berkenaan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat organisasi berkenaan di daerah Petaling, antara 22 April 2022 hingga 2 November 2023mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Alimi Mustapha memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Selangor.Mohd Nizam yang tidak diwakili peguam memohon jumlah ikat jamin dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap berikutan hanya bekerja secara sambilan ketika ini serta perlu menanggung perbelanjaan perubatan isteri serta ibunya.Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmudkemudianmembenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan,melapordiri di pejabat SPRM Selangor setiap awal bulan bermula Novemberini serta menetapkan sebutan semula kes pada 7 Disember depan |
|
Apa masalah dengan lebai?, Tun Faisal serang balas Tuan Ibrahim, anggap .. - Wrlr - 28/10 2:03 pm Harapandaily October 28, 2026 Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyerang Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mendakwa parti penunggang Islam itu sebenarnya menjadi punca Perikatan Nasional (PN) rosak dan berpecah-belah |
|
Lelaki mengaku bersalah bakar Mitsubishi Xpander - Sinarharian - 28/10 2:00 pm GEORGE TOWN Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan membakar sebuah kereta jenis Mitsubishi Xpander dalam kejadian kebakaran membabitkan lima kenderaan di Jalan Perak, Mei lalu.Tertuduh, S Hari Ram, 39 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Irwan Suainbon selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api terhadap sebuah Mitsubishi Xpander berwarna hitam milik seorang lelaki berusia 34 tahun dengan niat menyebabkan kerosakan.Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.01 pagi pada 3 Mei lalu di kawasan parkir Blok 247, Taman Cemerlang, Jalan Perak, di sini.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Pada prosiding sama, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh bagi penyediaan fakta kes, dokumen berkaitan serta mendapatkan laporan rakaman kamera litar tertutup.Darrshini turut mencadangkan jaminan RM20,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana mendakwa tidak mempunyai penjamin.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat supaya dia tidak mengganggu saksi pendakwaan.Irwan menetapkan 2 Disember ini untuk penyerahan fakta kes dan penetapan hukuman.Dalam kejadian pada 3 Mei lalu, lima kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Jalan Perak dilaporkan terbakar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 pagi.Kebakaran itu membabitkan Nissan Grand Livina, Mitsubishi Xpander, Perodua Myvi, van Toyota Hiace dan Proton Preve dengan tahap kemusnahan dianggarkan antara lima hingga 80 peratus. |
|
Berpakat untuk menipu dalam talian, empat lelaki didenda RM3,000 - Sinarharian - 28/10 1:26 pm BUKIT MERTAJAM - Empat lelaki warga tempatandidenda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabuselepas mengaku bersalah atas pertuduhan berpakat untuk melakukan cubaan menipu dalam talian, minggu lepas.Majistret Sharifah Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Ho Kui Ming, 33,Edmund Yii Kan Xi, 26, Choo Xin Thuan, 33,dan Tiong Weng Chiong, 32, serta memerintahkan merekadipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda.Mereka didakwa secara bersama-sama melakukan pakatan jahat dengan tujuan cuba menjalankan aktiviti penipuan dalam talianyang bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaandi sebuah rumah di Lorong 12, Taman Alma Indah, Bukit Tengah pada 11.15 malam19 Oktober.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama denganSeksyen 34 dan Seksyen 511 kanun samayang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran dan atas faktor kepentingan awam.Peguam Ima Syakira Mohd Salim yang mewakili Kui Ming dan Edmund merayu hukuman denda minimum kerana anak guamnya menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu selainpengakuan bersalah mereka menjimatkan masa semua pihak.Peguam Chiang Kian Hong yang mewakili Xin Thuan danWeng Chiong juga memohon denda minimum atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan, iaitu isteri serta ibu bapa yang tua."Saya percaya pertuduhan ini melibatkan kesalahan yang masih padaperingkat cubaan dan tidak melibatkan sebarang kerugian," katanya |
|
Students march in Indonesian capital to protest haze, Prabowos policies - Scmp - 28/10 12:43 am Yosafat Menteng travelled all the way from Kalimantan in Indonesias Borneo with five others just to take part in Wednesdays student protest in the heart of Jakarta |
|
Warga China dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana rasuah polis RM500 - Sinarharian - 28/10 12:42 am SHAH ALAM Tindakan seorang lelaki warga China memberi rasuah RM500 kepada seorang pegawai polis bagi mengelakkan pemeriksaan, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh, He Ruqiang, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memberikan wang itu kepada seorang ejen kerajaan Malaysia, iaitu pegawai polis yang bertugas di Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.Pemberian wang berkenaan sebagai dorongan pegawai polis itu tidak meneruskan pemeriksaan terhadap tertuduh, di dalam sebuah bilik di Jalan Bestari 2A/KU7, Kawasan Perindustrian Kapar Bestari jam 10.50 pagi pada 6 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin dan pegawai pendakwa, Mohd Alimi Mustapha sementara tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizat Fakri. |
|
Tukang cat mengaku memandu di bawah pengaruh dadah - Sinarharian - 28/10 12:25 am KUALA PILAH - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tujuh pertuduhan narkotik termasuk memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan empat individu mengalami kecederaan.Tertuduh, Yap Kian Wai, 39 yang datang ke mahkamah dengan sebelah tangan berbalut membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Marlissa Mohd Fahmy selepas kertas pertuduhan dibacakan.Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh yang memandu kenderaan jenis Honda City telah memandu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan menyebabkan kecederaan kepada dua lelaki dan dua wanita.Perbuatan itu dilakukan pada 22 Oktober 2026 kira-kira jam 7.40 pagi, di Jalan Seremban Kuala Pilah.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM50,000.Mengikut Subseksyen 44(3A) Akta 333, tertuduh boleh hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dari tarikh sabitan.Selain itu, tertuduh turut mengaku mengambil dadah jenis methamphetamine pada tarikh sama di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama dengan Seksyen 38B akta sama.Tertuduh juga mengaku telah ada dalam milikannya dadah jenis nimetazepam seberat 1.22gram dan ketamin seberat 0.35gram.Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.Timbalan Pendakwa Raya, J G Vesvanathan tidak menawarkan jaminan bagi empat pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah, namun menyerahkan kepada budi bicara mahkamah manakala bagi tiga lagi pertuduhan, beliau menawarkan jaminan sebanyak RM13,000.Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, C P Hemananthini memohon tertuduh diberi jaminan yang rendah kerana hanya bekerja sebagai tukang cat dengan pendapatan tidak menentu selain perlu menanggung isteri serta seorang anak yang masih bersekolah.Mahkamah kemudian menetapkan jaminan keseluruhan RM25,000 dan lesen tertuduh digantung sehingga kes selesai.Sebutan semula semua kes untuk laporan patalogi dan kimia pada 10 Disember depan. |
|
Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis dipenjara 7 tahun 6 bulan, diarah bayar pampasan RM50,000 - Sinarharian - 28/10 12:15 am IPOH - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai kanan polis dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan menyebabkan kematian pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, tiga tahun lepas.Pengakuan Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, 47, direkodkan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet pada akhir kes pendakwaan dan beliau memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 15 Disember 2023.Lelaki itu juga diperintahkan membayar pampasan RM50,000 kepada bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 58, atau dihukum penjara setahun, jika gagal berbuat demikian.Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di sini antara 11.55 pagi hingga 12.32 tengah hari 15 Disember 2023 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz dibantu Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Monisha Pandey manakala lelaki itu diwakili peguam, Datuk M Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid serta Aiman Hakim Kamaruzzaman |
|
Kes pelajar cederakan guru: Polis tunggu laporan psikiatri - Sinarharian - 28/10 12:09 am KUCHING -Polismasih menunggu laporan penilaian psikiatribagi menentukan keadaan mentalseorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai mencederakan seorang guru di sebuah sekolah swasta di sini pada 21 Oktober lepas.Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata, laporan tersebutpenting bagi membantu menentukan keadaan suspek ketika kejadian."Polis sedang menunggu laporan penilaian psikiatri forensik bagi menentukan keadaan mental suspek ketika kejadian. Setakat ini, kita belum dapat membuat sebarang kesimpulan sehingga laporan berkenaan diterima," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini pada Rabu.Saifullizanberkata, polis telah melengkapkan siasatan dan mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Sarawak pada 26 Oktober lepas untuk penelitian lanjut."Polis telah merakam keterangan daripada 38 saksi yang terdiri daripada pelajar, guru, pengawal keselamatan, pakar perubatan dan ibu bapa suspek bagi membantu siasatan."Beberapa barangan yang dirampas, termasuk kapak, pisau, mercun serta komputer dan gajet dari rumah suspek, telah dihantar untuk analisis forensik," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan setakat ini, polis tidak menemukan buktimengaitkan kejadian itu dengan unsur buli.Pada 21 Oktober, Saifullizan mengesahkan seorang guru wanitacedera dipercayai akibatdiserang seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat di sebuah sekolah di sini |
|
Peruntukan RM3 bilion hadkan kerja turapan jalan rosak - Ahmad - Sinarharian - 28/10 11:33 am KUALA LUMPUR Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun bagi kerja penyelenggaraan jalan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak, namun hanya menerima RM3 bilion.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, kekangan peruntukan menyebabkan kerja penurapan semula tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh di semua jalan yang mengalami kerosakan."Oleh itu tidak boleh diturap keseluruhan jalan (rosak) kembali, hanya boleh menurap kawasan-kawasan yang ada masalah lubang kecil-kecil dan besar."Sudah tentulah kita perlu menyelesaikannya dalam tempoh kurang dari 24 jam," katanya di Dewan Rakyat, pada Rabu.Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN - Kuala Krai) mengenai kualiti keselamatan jalan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dijangka menampung limpahan trafik pengguna Transit Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mengalami kegagalan struktur premik di kedua-dua arah.Dalam pada itu Ahmad menjelaskan, isu kekurangan peruntukan penyelenggaraan jalan merupakan cabaran yang berulang setiap tahun, namun kerajaan turut berdepan kekangan kewangan sehingga tidak dapat memenuhi sepenuhnya permohonan peruntukan dikemukakan Kementerian Kerja Raya (KKR).Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pontian itu berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan tambahan bagi membolehkan kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lebih sempurna."KKR masih menjalankan penilaian secara terperinci terhadap setiap lokasi jalan yang mengalami kerosakan bagi memastikan tindakan pembaikan dibuat berdasarkan penilaian objektif."Sudah tentu penggunaan bahan turapan berkualiti bagi memastikan kerja pembaikan jalan memenuhi standard yang ditetapkan," ujarnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |