///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Muhammad Idlan Fareeq News   Page 1    



JPJ - Pandu kereta mewah bukan tiket kebal undang-undang - Careta - 28/09 8:42 am

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pempengaruh, usahawan dan peniaga antara kategori pemilik yang paling ramai dikesan melakukan kesalahan menerusi Op Luxury





Prasarana raih dua anugerah Malaysia HR Tech & Innovation Awards 2026 - Careta - 28/09 8:42 am

Pengiktirafan itu diterima sempena Malaysia HR Tech & Innovation Conference & Expo 2026 yang berlangsung pada 22 hingga 23 September lalu





Banjir Nepal: Keluarga pasrah, SAR dijangka ditamatkan - Mygazette - 28/09 8:39 am

# Banjir Nepal: Keluarga pasrah, SAR dijangka ditamatkan PUTRAJAYA - Selepas lebih sebulan menanti tanpa khabar, keluarga rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir di Nepal mula pasrah dengan segala kemungkinan apabila dimaklumkan kerajaan negara itu sedang mempertimbangkan untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR)





Usia baru lapan tahun, Aisya Azzahra cipta kejayaan di pentas dunia - Sinarharian - 28/09 8:20 am

SHAH ALAM - Baru berusia lapan tahun, namun Aisya Azzahra Muhammad Amirul Izzat sudah berani melangkah keluar daripada zon selesa untuk mencabar diri di pentas antarabangsa.Buat pertama kali menyertai pertandingan akademik di luar negara, murid Tahun Duaitu bukan sahaja berdepan peserta dari 34 negara, malah pulang dari Istanbul, Turkiye dengan gelaran juara dunia dan tempat pertama Gold Medalist bagi kategori 'Grade 2'pada International Joey of English Competition Global Finals 2026.Bapanya, Muhammad Amirul Izzat Roszaki berkata, keberanian Aisya menyahut cabaran pada usia muda lebih bermakna daripada kejayaan membawa pulang pingat emas.Katanya, pengalaman itu memberi peluang kepada Aisya untuk belajar mengurus cabaran, membina keyakinan dan memahami bahawa kegagalan bukan sesuatu yang perlu ditakuti."Kami sentiasa mengingatkan Aisya bahawa kita perlu berusaha sebaik mungkin, kemudian serahkan urusan rezeki dan hasilnya kepada ALLAH SWT."Kami mahu dia melihat pertandingan bukan sebagai satu tekanan, tetapi sebagai peluang untuk belajar, mencabar diri dan menimba pengalaman," katanya.Menurut Muhammad Amirul Izzat, Aisya sebelum ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada sukan catur dan merupakan pemain catur kebangsaan yang pernah mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa di Indonesia, Mongolia, China dan Singapura.Bagaimanapun, katanya, apabila mendapat peluang menyertai pertandingan akademik di Istanbul, keluarga memberi ruang kepada Aisya untuk mencuba sesuatu di luar bidang yang biasa diceburinya."Kami sangat gembira dan bersyukur, malah terkejut apabila Aisya diumumkan sebagai juara dunia kerana ini merupakan kali pertama beliau menyertai pertandingan akademik di luar negara."Yang paling membanggakan apabila seorang anak kecil dari Malaysia mampu bersaing dengan peserta dari negara lain di pentas antarabangsa," katanya.Untuk merealisasikan impian itu, keluarga Aisya turut berdepan cabaran kewangan, terutama selepas beliau baru pulang daripada Asian Youth Chess Championship 2026 di Shenzhen, China dan ASEAN+ Age Group Championship di Singapura."Bagaimanapun, sokongan dan sumbangan keluarga dan rakan-rakan bagi menampung perjalanan ke Istanbul menjadi antara kekuatan yang membantu Aisya merealisasikan peluang berkenaan," katanya.Muhammad Amirul Izzat berharap kejayaan tersebut tidak menjadikan Aisya terlalu mengejar kemenangan, sebaliknya terus mencintai ilmu, berani mencuba, merendah diri dan menjadikan setiap pengalaman sebagai ruang untuk berkembang.Beliau turut menitipkan pesanan kepada anak-anak muda supaya tidak terlalu takut kepada kegagalan kerana setiap cabaran merupakan peluang untuk belajar dan menjadi lebih baik.





Redo Negeri Sembilan polls unlikely to resolve ongoing crisis - Analysts - Sinardaily - 28/09 7:57 am

SHAH ALAM A fresh Negeri Sembilan state election could change the political balance in the state assembly, but it may not resolve the deeper dispute between the state government and the palace, political analysts say.The crisis has increasingly moved beyond a question of who commands the majority in the 36-member state assembly, ascompeting positions now centred on the authority of the Menteri Besar, the Yang di-Pertuan Besar and the constitutional processes governing the state.Political analyst Dr Bridget Welsh said another election could result in changes in voter support, particularly among Pakatan Harapan (PH) supporters, but would not necessarily alter the underlying power dynamics.I understand theres a crisis between the Menteri Besar and Yamtuan





Sukan Asia 2026: Ketiadaan Azeem, Danish jejas misi 4x100m ke final - Sinarharian - 27/09 11:48 pm

PERUBAHAN saat akhir susulan kecederaan dua pelari utama Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee menyaksikan misi kuartet 4x100 meter (m) lelaki negara untuk mara ke final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 tidak kesampaian hari ini.Azeem terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan ketika final 100m pada Jumaat lepas manakala Danish menarik diri juga akibat kecederaan sejurus menamatkan saingan final 200m yang turut berlangsung di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium hari ini.Dua pelari itu digantikan oleh Mohamad Armin Zahryl Abd Latif dan Muhammad Haziq Mohd Akhir untuk bergandingan dengan Pengiran Aidil Auf Hajam serta Muhammad Umaira Subri.Kuartet negara menamatkan saringan satu di tempat kelima dengan catatan 39.99 saat (s) sekali gus gagal berada dalam kelompok layak ke final.China muncul juara saringan dengan catatan 38.14s, diikuti Taiwan (38.80s) dan Arab Saudi (39.90s).Armin mengakui perubahan pada saat akhir memberikan cabaran tersendiri, namun tetap berpuas hati dengan usaha pasukan untuk menghabiskan larian dengan baik."Kalau ada Azeem dan Danish, mungkin catatan masa boleh diperbaik, tetapi saya tetap berpuas hati dengan prestasi larian pasukan hari ini kerana kuartet ini dibentuk pada saat akhir," katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.Sementara itu, kuartet 4x100m wanita negara turut terkandas pada peringkat saringan selepas menamatkan saringan satu di tempat kelima dengan catatan 45.24s.Kuartet dibarisi Nur Aishah Rofina Aling, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, Fatin Ilyana Mat Nayan dan Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka itu membuat penampilan pertama mereka di pentas antarabangsa.China mengungguli saringan dengan catatan 43.65s, diikuti Thailand (43.65s) dan Vietnam (44.06s).Sementara itu, dalam acara 800m lelaki, Umar Osman turut gagal mara ke final meskipun mencatat masa terbaik peribadi 1 minit 48.74s untuk menduduki tempat keempat pada saringan satu.Andre Anura Anuar pula tersingkir dalam kelayakan acara lompat jauh selepas hanya menduduki tempat kelapan Kumpulan B dengan catatan 6.49m





Kemelut Negeri Sembilan: AMK gesa Ismail berundur, letak jawatan MB secara terhormat - Sinarharian - 27/09 10:14 pm

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, Datuk Ismail Lasim berundur secara terhormat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan susulan perkembangan yang berlaku di negeri itu.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim mendakwa, perkembangan berkenaan merupakan tindakan yang sangat mengaibkan serta mencemar kesucian dan kemuliaan institusi diraja dan adat di negeri itu."Tidak wajar seorang raja pemerintah Melayu sedang bertakhta diperlakukan sedemikian rupa oleh kelompok yang sering bercakap mengenai soal mempertahankan kedudukan Melayu, Islam dan institusi diraja," katanya dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.Dakwanya lagi, tindakan kelompok berkenaan menunjukkan mereka sendiri mengkhianati amanah tersebut.Muhammad Kamil berkata, kemelut mesti diurus dengan penuh tertib mengikut peraturan dan undang-undang yang termaktub.Beliau turut merujuk perkara berkenaan yang katanya sudah dibawa ke mahkamah selain perintah injunksi telah dikeluarkan.Menurut Muhammad Kamil, tindakan itu tidak lebih daripada sekadar memenuhi selera politik kelompok tertentu dan didakwanya sebagai satu bentuk penderhakaan serta pengkhianatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu."Dalam keadaan ini, langkah yang paling wajar ialah bagi Datuk Ismail Lasim berundur secara terhormat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya.





Kuartet 4x100m beraksi tanpa Azeem - Hotfm - 27/09 7:06 pm

Nagoya: Tiada kelibat jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dalam kuartet 4x100 meter (m) lelaki negara yang akan memulakan cabaran pusingan pertama Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Nagoya City Mizuho Park Athletic, malam ini.





Pemandu jengkaut lemas di Tasik Bera dikenal pasti - Sinarharian - 27/09 7:00 pm

KUANTAN - Pemandu jengkaut yang ditemukan lemas selepas jentera dikendalikan terbalik ketika kerja-kerja pembersihan di Tasik Bera, Bera dikenal pasti.Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa yang maut, Alief Daniel Haqim Abdullah, 26, beralamat dari Parit Yaani, Yong Peng, Johor.Menurutnya,seorang lagi pekerja yang terselamat dikenal pasti sebagai Muhammad Aiman Fikri Mohd Azhar, 28, dari Felda Purun, Bera."Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 2.10 petang."Berdasarkan maklumat diterima, terdapat dua pekerja ketika kejadian





Tiada kelibat Azeem dalam acara 4x100m Sukan Asia - Sinarharian - 27/09 6:47 pm

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak disenaraikan dalam kuartet 4x100 meter (m) lelaki yang memulakan saingan pusingan pertama Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Nagoya City Mizuho Park Athletic, malam ini.Tempat pelari berusia 22 tahun itu diisi Mohamad Armin Zahryl Abd Latif berdasarkan senarai yang dikongsikan Olahraga Malaysia (MA) menerusi Facebook petang ini.Azeem masih belum dipastikan tahap kecergasannya selepas mengalami kecederaan ketika beraksi dalam final 100m lelaki, kelmarin.Armin akan bergandingan dengan Pengiran Aidil Auf Hajam, Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Muhammad Umaira Subri dalam usaha Malaysia melangkah ke final.Malaysia diundi dalam saringan pertama bersama Arab Saudi, Taiwan, Maldives, China, Sri Lanka dan Bahrain.Tiga kuartet terpantas setiap saringan akan mara ke final dengan dua lagi slot diberikan kepada pasukan yang mencatat masa terbaik selepas itu.Selain memburu tiket ke final, kuartet negara turut berpeluang memperbaiki rekod kebangsaan 39.03 saat yang dilakukan Jonathan Nyepa, Danish, Pengiran Aidil dan Aliff Iman Mohd Fahmi pada Sukan SEA Thailand 2025.Dalam saingan wanita, kuartet negara yang dibarisi Nur Aishah Rofina Aling, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, Fatin Ilyana Mat Nayan dan Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka turut turun beraksi malam ini.Mereka akan bersaing dalam saringan pertama bersama Thailand, China, Singapura dan Vietnam.





LTdL 2026: Aiman Rosli sarung jersi Pelumba Terbaik Asia pada peringkat 1 - Sinarharian - 27/09 6:41 pm

PELUMBA Terengganu Cycling Team (TSG) Muhammad Nur Aiman Rosli memulakan kempen Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dengan cemerlang apabila berjaya menyarung Jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia selepas tamat Peringkat 1, hari ini.Pelumba berusia 27 tahun itu yang memimpin carta berkenaan menerusi dua zon pecutan dalam perlumbaan sejauh 193 kilometer (km) dari Shah Alam ke Kampar mengakui pada awalnya beliau merancang untuk melakukan pecahan kelompok."Memang Aiman rancang untuk membuat pecahan dan berjaya mendapatkan mata di dua zon pecut."Di zon ketiga Teluk Intan, Aiman sudah terlalu jauh daripada kelompok hadapan, jadi saya perlu kayuh dengan bijak untuk menjimatkan tenaga bagi perlumbaan esok," katanya ketika ditemui media selepas perlumbaan, hari ini.Muhammad Nur Aiman menamatkan saingan pembukaan secara penamat beramai-ramai di tempat ke-70 daripada 119 pelumba dengan masa 4 jam 6 minit 53 saat (s), namun kejayaan meraih tempat ketiga di zon pecut Ijok dan tempat pertama di Kuala Selangor meletakkannya di tangga teratas kategori Asia dengan 4:06:49s.Kedudukan kedua carta Pelumba Terbaik Asia menjadi milik wakil Aisan Racing Team Hijiri Oda dengan 4:06:53s, manakala pelumba Malaysia Pro Cycling Mohamad Izzat Hilmi Abdul Jalil, pelumba tempatan terbaik pada peringkat pembukaan, berada di tempat ketiga dengan catatan masa sama.Saingan Peringkat 2 esok bakal menyaksikan peloton berdepan cabaran sejauh 145.6 km dari Taiping ke Gunung Jerai yang menawarkan tiga zon pecutan di Selama pada kilometer ke-41, Padang Serai dan Aman Jaya, selain dua zon pendakian di KM 53.6, Selama serta Gunung Jerai.Laluan pendakian ke Gunung Jerai itu istimewa kerana disenaraikan dalam kalendar perlumbaan berprestij berkenaan buat julung-julung kali sejak diperkenalkan pada 1996.Menyedari laluan berbukit esok, Muhammad Nur Aiman yang juga juara kebangsaan tujuh kali berturut-turut menegaskan pentingnya mengurus tenaga dengan baik.Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan harapan agar rakan sepasukannya Kee Zhe Yie yang kini menduduki tempat kedua carta Raja Bukit di belakang pelumba Wheeltop Rotor Chengdu Team Petr Rikunov dapat meneruskan momentum cemerlang."Saya berharap Zhe Yie dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan dan dirinya sendiri," katanya





Banjir Nepal: Keluarga pasrah, SAR dijangka ditamatkan - Sinarharian - 27/09 5:08 pm

PUTRAJAYA - Selepas lebih sebulan menanti tanpa khabar, keluarga rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir di Nepal mula pasrah dengan segala kemungkinan apabila dimaklumkan kerajaan negara itu sedang mempertimbangkan untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).Dalam pertemuan bersama dengan agensi kerajaan di Wisma Putra hari ini, waris turut diberi penerangan tentang proses berkaitan sijil kematian yang sedang diusahakan untuk dipercepat bagi memudahkan urusan keluarga.S Sankara, anak lelaki kepada seorang rakyat Malaysia yang masih hilang, berkata Wisma Putra memaklumkan kerajaan Nepal dijangka menamatkan fasa operasi menyelamat dalam masa terdekat sebelum beralih kepada operasi pemulihan."Berdasarkan taklimat yang diterima, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika ini





Malucelli bangkit selepas kemalangan, tawan Peringkat 1 LTdL 2026 - Sinarharian - 27/09 4:48 pm

PELUMBA sensasi, Matteo Malucelli membuktikan kemalangan ketika latihan semalam tidak menjejaskan prestasinya apabila pelumba XDS Astana Team itu muncul juara Peringkat 1 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 sebentar tadi.Pelumba Itali berusia 32 tahun itu menamatkan laluan sejauh 193 kilometer (km) dari Shah Alam ke Kampar dengan masa 4 jam 6 minit 26 saat (4:06:26), selepas mengatasi Riley Pickrell dari Modern Adventure Pro Cycling dan Fernando Gaviria (Caja Rural-Seguros RGA) dalam penamat pecut beramai-ramai.Pickrell dan Gaviria masing-masing mencatat masa sama untuk melengkapkan podium peringkat pembukaan perlumbaan berstatus ProSeries itu.Kemenangan tersebut turut membolehkan Malucelli menyarung jersi jingga selaku pendahulu klasifikasi keseluruhan (GC), selain menguasai jersi biru Raja Pecut dengan 15 mata, meninggalkan Pickrell (12) dan Gaviria (9).Lebih menarik, kejayaan itu hadir kurang 24 jam selepas Malucelli terjatuh ketika latihan apabila tergelincir di selekoh sebelum tangannya terhentak kuat.Pemeriksaan X-ray yang dijalaninya selepas insiden itu bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang keretakan serius, sekali gus membolehkannya meneruskan perlumbaan."Saya tidak tahu sama ada saya menang





Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri Rabu ini - Mygazette - 27/09 4:22 pm

# Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri Rabu ini KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan Rabu ini bagi memutuskan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beberapa isu awal diselesaikan sebelum mendengar perbicaraan kes saman yang dikemukakan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan insiden serangan seksual pada 2018





Pemilik kenderaan mewah culas baharui cukai jalan - Utusan - 27/09 4:05 pm

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati, terdapat pemilik kenderaan mewah melakukan kesalahan serius termasuk memiliki dua atau tiga kenderaan mewah menggunakan nombor pendaftaran sama





AMK umum tiga pelantikan baharu, perkemas jentera hadapi PRN Melaka - Utusan - 27/09 3:48 pm

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengumumkan tiga pelantikan baharu dalam usaha memperkukuh organisasi serta memperkemas gerak kerja jentera menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





PRN Melaka: BN hormati pilihan logo Pas, rakan kerjasama belum dimuktamad - Ahmad Zahid - Sinarharian - 27/09 2:28 pm

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Pas mengenai logo atau lambang yang akan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, BN masih belum memuktamadkan parti atau gabungan yang akan bekerjasama dengannya bagi menghadapi pilihan raya negeri itu."Pada minggu ini kita akan ada perbincangan dengan beberapa pihak, dengan parti gabungan mana, dengan parti mana kita akan bertanding."Kita menghormati keputusan yang akan dibuat oleh mereka, logo dan lambang apa yang akan mereka gunakan





Pelajar maut di asrama: Jangan terburu-buru buat spekulasi - KGMMB - Sinarharian - 27/09 2:24 pm

SHAH ALAM - Semua pihak diminta tidak terburu-buru membuat spekulasi, menuding jari atau membuat sebarang kesimpulan berhubung punca kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Dr Mohd Sobri Yusuf berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan semua pihak perlu memberikan ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan profesional."KGMMB percaya bahawa kebenaran mesti ditegakkan berdasarkan fakta dan hasil siasatan, bukannya berdasarkan khabar angin atau maklumat yang belum disahkan."Namun, sekiranya hasil siasatan mendapati kejadian ini mempunyai kaitan dengan perbuatan buli atau sebarang bentuk salah laku yang menjejaskan keselamatan murid, KGMMB menegaskan tindakan tegas dan sewajarnya wajib diambil terhadap mana-mana pihak terbukti terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunSebelum ini, media melaporkan, Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia.Susulan itu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mengulas lanjut, Mohd Sobri berkata, kejadian berkenaan turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa khususnya mereka yang mempunyai anak di sekolah berasrama.Menurutnya, ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan penuh kepercayaan bahawa aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara."Sekiranya tindakan yang telus, menyeluruh dan berasaskan fakta tidak diambil, keadaan ini berpotensi menimbulkan kebimbangan yang lebih besar dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat," ujarnya.Tambah beliau, KGMMB tidak mahu ibu bapa terus tertanya-tanya dan hidup dalam kebimbangan mengenai keselamatan anak-anak mereka termasuk memikirkan siapa pula yang mungkin berdepan kejadian seumpama itu selepas ini.Dalam pada itu, Mohd Sobri turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang bertindak pantas menziarahi keluarga Allahyarham sejurus menerima perkhabaran mengenai kejadian tersebut.





Tahanan rumah Najib: Kutipan bantu bayar denda cecah RM9.25 juta - Ahmad Zahid - Sinarharian - 27/09 2:08 pm

KUALA LUMPUR - Kutipan dana bagi membantu Datuk Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta yang menjadi syarat untuk beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah kini mencecah RM9.25 juta.Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu direkodkan setakat jam 10 pagi hari ini, namun masih belum mencukupi untuk mencapai sasaran ditetapkan."Setakat jam 10 tadi sebanyak RM9.25 juta telah dikutip dan ini masih belum mencukupi untuk mencapai angka RM50 juta."Usaha-usaha sedang dilakukan untuk menambah kutipan dana itu dan berharap rakan-rakan akan dapat membantu dalam waktu terdekat untuk mencapai jumlah yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan."Jumlah berkenaan harus diselesaikan sebelum penahanan di rumah itu dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.Pada 25 Sept, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bekas Perdana Menteri itu tidak mampu menyediakan sendiri jumlah berkenaan susulan pembekuan beberapa akaun bank miliknya.Muhammad Shafee turut menjelaskan Najib tidak pernah meminta sumbangan orang awam bagi membayar denda berkenaan, sebaliknya kutipan itu dimulakan pihak lain.Pada 20 Sept, firma Shafee turut memaklumkan Najib sedang mendapatkan nasihat dan mempertimbangkan pilihan bagi memenuhi syarat pembayaran itu memandangkan sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanahnya masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan tindakan penguatkuasaan.Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan UMNO sebelum itu berjaya mengumpul RM1 juta dalam tempoh kira-kira sehari, selepas merekodkan RM165,645 pada sejam pertama dan RM634,562.02 dalam tempoh tiga jam.Pada 18 Sept, UMNO mengumumkan pelancaran tabung berkenaan bagi membantu Najib melunaskan denda RM50 juta, dengan sumbangan dibuka kepada kepimpinan, ahli, penyokong parti serta mana-mana pihak secara sukarela.Ia susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda tersebut





Bomba bongkar asrama sarang burung pelajar dalam premis pejabat - Sinarharian - 27/09 1:46 pm

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengesan tindakan mengubah suai sebuah pejabat menjadi bilik asrama pelajar yang kecil dan dibina secara berasingan dalam premis terbabit menerusi Ops Sepadu Premis Sarang Burung di sini pada Ahad.Premis di tingkat dua berkenaan dikesan mempunyai sembilan bilik kecil yang dibina secara berasingan dan dijadikan sebagai bilik asrama pelajar sekali gus tidak mematuhi beberapa syarat keselamatan bangunan.Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhammad berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan serta premis di tiga lokasi lain yang diperiksa, asalnya diluluskan sebagai bangunan pejabat tetapi telah ditukar kegunaan kepada asrama pekerja dan pelajar."Dalam operasi ini, fokus kita adalah premis kedai atau ruang pejabat yang diubah suai secara tidak sah termasuk melihat ketidakpatuhan terhadap syarat bangunan serta aspek keselamatan kebakaran," katanya ketika ditemui pemberita di sini.Operasi bersepadu itu dilaksanakan di empat kawasan iaitu Jalan Masjid Abidin, Jalan Engku Pengiran Anom 2, Jalan Engku Sar dan Jalan Sultan Zainal Abidin.Nor Mahathir berkata, kesemua bangunan yang dikenal pasti itu juga didapati tidak mematuhi keperluan mengikut Jadual Kelima Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984, serta didapati bahaya kebakaran yang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)."JBPM akan mengeluarkan notis kepada pemilik atau penyewa premis terbabit supaya mengambil tindakan menghapuskan bahaya kebakaran yang dikenal pasti."Jika pemilik atau penyewa gagal melaksanakan perkara yang ditetapkan dalam notis mengikut tempoh diberikan, kita akan menjalankan pemeriksaan kali kedua," katanya.Beliau berkata, sekiranya pemilik atau penyewa masih gagal mematuhi notis berkenaan, pihaknya akan mengemukakan perkara itu kepada pihak pendakwaan untuk membuka kertas siasatan dan seterusnya mengambil tindakan mahkamah mengikut Seksyen 8 Akta 341.Beliau berkata, tempoh yang diberikan melalui notis bergantung kepada tahap pembetulan yang diperlukan, terutama bagi premis yang menukar kegunaan bangunan daripada pejabat kepada asrama.Katanya, bagaimanapun aspek berkaitan keselamatan dan bahaya kebakaran perlu diberi perhatian serta-merta kerana premis terbabit masih diduduki."Kita akan sesuaikan tempoh notis dengan keperluan tindakan yang perlu diambil oleh pemilik premis namun perkara yang mustahak perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kemungkinan dalam tempoh seminggu."Di daerah Kuala Terengganu, kita mengenal pasti empat lokasi untuk operasi kali ini dan tidak menolak kemungkinan tindakan susulan akan dilaksanakan berdasarkan hasil pemeriksaan," katanya.Operasi berkenaan turut membabitkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, dengan keseluruhan 32 anggota dan pegawai daripada agensi terlibat.Nor Mahathir berkata, JBPM Terengganu masih mengumpulkan data berkaitan jumlah keseluruhan premis berisiko di negeri itu sebelum operasi berkenaan diperluas."Kita tidak mahu membuat andaian atau menetapkan sasaran yang tidak tepat





Pandu kereta mewah bukan tiket kebal undang-undang - JPJ - Sinarharian - 27/09 1:42 pm

KOTA BHARU - Bergaya dengan kenderaan mewah bernilai ratusan ribu malah mencecah jutaan ringgit namun 3,790 pemilik daripada golongan T20 termasuk pempengaruh dan usahawan kosmetik dikesan tidak memperbaharui cukai jalan serta insurans kenderaan mereka.Antaranya, sebuah Jeep Wrangler bernilai hampir RM500,000 milik seorang usahawan wanita popular dari Kelantan yang disita di Jalan Taman Tengku Anis pada Khamis lalu kerana didapati lesen kenderaan bermotor (LKM) atau cukai jalannya tamat tempoh.Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pempengaruh, usahawan dan peniaga antara kategori pemilik yang paling ramai dikesan melakukan kesalahan menerusi Op Luxury.Menurutnya, lebih 20 peratus daripada pemilik yang dikenakan tindakan dalam operasi berkenaan terdiri daripada kategori tersebut.Lebih mengejutkan, terdapat kenderaan mewah yang cukai jalannya tidak diperbaharui sejak 2014, menyebabkan kereta itu berada di jalan raya tanpa dokumen berkaitan yang sah untuk tempoh bertahun-tahun."Mereka membuat konten media sosial menggunakan kenderaan mewah untuk dilihat ramai dan apabila disemak, didapati tidak menjelaskan cukai jalan dan insurans."Selain gagal memperbaharui cukai jalan dan insurans ada juga kes pemandu tidak mempunyai lesen serta pelbagai kesalahan teknikal," katanya pada sidang akhbar Op Luxury di Pejabat JPJ negeri Kelantan di Panji, di sini pada Ahad.Katanya, terdapat pemilik kenderaan mewah yang sengaja tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans kerana mempunyai saman atau kesalahan lampau yang belum diselesaikan."Jadi trend pula mereka tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans kerana mempunyai kesalahan lampau."Paling tinggi mereka ada saman tertunggak kerana tidak mematuhi had laju dan disenarai hitam lalu tidak memperbaharui cukai jalan serta insurans," katanya.Muhammad Kifli berkata, Ops Luxury terbabit dijalankan dari Jun tahun lepas hingga 15 September lalu dengan Negeri Sembilan merekodkan jumlah sitaan tertinggi dengan 469 kenderaan, diikuti Selangor sebanyak 410, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (382), Johor (367) dan Pulau Pinang (357).Selain itu, Perak merekodkan 293 sitaan, Kelantan (251), Pahang (245), Kedah (225), Melaka (207), Terengganu (174), Sarawak (153), Sabah (148), Putrajaya (69) dan Perlis (40).Menurutnya, nilai keseluruhan kenderaan mewah yang disita itu berjumlah l RM550 juta termasuk kenderaan berprestasi tinggi bernilai lebih RM1 juta."Bagi kategori kenderaan berprestasi tinggi, ada yang harganya mencecah RM8.5 juta





Pelajar maut di asrama: Polis siasat dakwaan mangsa dipukul kerana vape - Sinarharian - 27/09 1:15 pm

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat kemungkinan wujud unsur buli berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, selain itu pihaknya juga menerima maklumat dan menyiasat dakwaan bahawa mangsa dipukul kerana disyaki menghisap vape."Maklumat itu (mangsa dipukul dipercayai kerana hisap vape) diterima dan masih lagi dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Astro Awani, pada Ahad.Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat, manakala beberapa keterangan susulan akan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun"Tiada tangkapan baharu, siasatan masih dijalankan sama ada wujud buli atau tidak sebelum ini."Tiada lagi percakapan baharu diambil, cuma ada beberapa sambungan percakapan akan dibuat bagi melengkapkan kertas siasatan," ujarnya.Alzafny menambah, setakat ini keputusan bedah siasat belum diperoleh kerana pihak polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.Semalam, media melaporkan Alzafny berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar peraturan sekolah.Susulan itu, seorang pelajar tingkatan empat dipercayai menegur dan "menghukum" mangsa berhubung kesalahan berkenaan.Setakat Sabtu, polis telah merekodkan keterangan 21 individu termasuk pelajar, guru dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.Media sebelum ini melaporkan mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Seremban, dan kemudian disahkan meninggal dunia.Susulan kejadian itu, seorang pelajar tingkatan empat direman selama enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Jangan swastakan tanggungjawab didik anak kepada guru, sekolah - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 27/09 11:45 am

SHAH ALAM - Ibu bapa tidak seharusnya mempunyai mentaliti untuk menswastakan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tanggungjawab mendidik anak-anak seharusnya bermula daripada institusi keluarga."Ibu bapa jangan sesekali bermentaliti menswastakan tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah. Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi."Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.Asyraf Wajdi turut mengaitkan kepentingan peranan ibu bapa dalam usaha membentuk generasi yang mempunyai nilai agama dan sahsiah baik."Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita





Terengganu bakal lahir seorang lagi juara permotoran - Harakahdaily - 27/09 11:29 am

KUALA TERENGGANU: Terengganu bakal menyaksikan kemunculan seorang lagi pelumba yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara dalam arena permotoran menerusi bakat cilik, Wan Aryan Mikhail





Atas Kuasa Apa? Saifuddin Persoal 10 Exco Masih Bertugas Selepas .. - Denyutreformasi - 27/09 9:46 am

Timbalan Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Shafi Muhammad mempersoalkan status 10 Exco Negeri Sembilan yang didakwa masih menjalankan tugas walaupun pelantikan mereka telah dibatalkan berkuat kuasa 20 September





Tragedi buli di sekolah: Fadhlina jawab tujuh saranan Asyraf Wajdi - Sinarharian - 27/09 8:56 am

Kita kena pastikan mereka ada jalan untuk bersuara dan yakin bahawa apabila mereka bersuara, ada orang yang akan bertindak," kata Fadhlina dalam hantaran tersebut.Berhubung pengurusan kes bermotifkan jenayah, beliau menjelaskan sekolah sama sekali tidak dibenarkan mengambil alih tugas polis untuk menyelesaikannya sebagai kes disiplin semata-mata, sebaliknya ia wajib dilaporkan terus kepada pihak berkuasaMenjawab gesaan penggunaan Akta Antibuli 2026 sepenuhnya, Fadhlina memaklumkan KPM adalah antara penggerak utama penggubalan akta tersebut bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), yang kini memberi ruang kepada mangsa membawa aduan ke Tribunal Antibuli."Selepas Akta ini, pengurusan buli bukan lagi bergantung kepada garis panduan sekolah semata-mata. Institusi pendidikan mempunyai tanggungjawab di sisi undang-undang," jelas beliau.Bagi menghapuskan zon titik buta (blind spot), Fadhlina mengesahkan pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) telah diperluaskan ke 333 buah sekolah tahun ini membabitkan kawasan berisiko seperti tangga, koridor dan bilik persediaan (prep), disokong dengan kepakaran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).Fadhlina turut menempelak budaya senioriti yang berselindung di sebalik tradisi, dengan menegaskan tiada istilah "senior ajar junior" sekiranya ia melibatkan perbuatan memukul, mengugut atau memalukan.Jelas beliau, KPM sedang melaksanakan intervensi antibuli yang menyeluruh dikenali sebagai SAFE bagi memutuskan rantaian budaya berkenaan dengan penglibatan ibu bapa dan komuniti.Isu buli di sekolah berasrama kembali menjadi perdebatan hangat susulan insiden kematian seorang pelajar Tingkatan Dua, Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za'ba, Kuala Pilah.Siasatan kes tersebut kini dijalankan oleh pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh, dengan seorang pelajar senior berusia 16 tahun ditahan reman





Pelajar maut dipercayai dibuli merupakan bekas atlet kriket negeri, Naib Juara MSSM 2024 - Sinarharian - 27/09 8:44 am

PEMERGIAN tragis pelajar Tingkatan Dua Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril meruntun hati apabila selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama.Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, berasal dari Gemencheh merupakan anak sulung daripada tiga beradik dibawa ke dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum disahkan meninggal dunia.Kriket Adiwira Negeri Sembilan menerusi laman sosial berkongsi sumbangan remaja itu dalam pasukan kriket hingga meraih Naib Johan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)."Kami merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 September 2026."Allahyarham merupakan salah seorang pemain Kriket Bawah 12 Tahun Negeri Sembilan yang telah mewakili Negeri Sembilan dalam Kejohanan Kriket MSSM 2024 dan bersama pasukan berjaya meraih Naib Johan MSSM 2024.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun"Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan, guru, jurulatih serta seluruh warga kriket Negeri Sembilan yang pernah mengenali dan bersama-sama melalui perjalanan beliau dalam sukan kriket."Semoga segala jasa, kenangan dan kebaikan Allahyarham menjadi kenangan yang terus terpahat di hati semua," titipnya.Bapa saudaranya, Kamaruddin Ngatimon, 49, memaklumkan Muhammad Idlan adalah pemain kriket dan berminat untuk masuk ke sekolah berkenaan, namun difahamkan sukan kriket tidak ditawarkan."Dia dapat masuk ke sekolah itu ketika di Tingkatan Dua dan memilih sukan memanah





Dont convict him on social media but are Umno delegates missing the bigger question? - Sinardaily - 27/09 8:01 am

KUALA LUMPUR The 2026 Umno General Assembly (PAU 2026) may be over, but the questions surrounding former Baling MP Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim and his Tabung Haji-linked charges have hardly gone away.With attention now shifting to former prime minister Datuk Seri Najib Razaks conditional house arrest, several Umno delegates at PAU 2026 offered their own views on Azeezs case.There was one common thread in their responses - before the court delivers its verdict, social media already has one.Several Umno grassroots members said Azeez should be judged based on evidence and the outcome of his court proceedings, rather than political speculation or allegations circulating online.On the face of it, the argument is straightforward, that allegations are not convictions, and being charged does not make someone guilty.But the more uncomfortable question is whether that principle is being applied consistently, especially when the person in the dock is an Umno leader.Speaking on the sidelines of PAU 2026, held from Sept 9 to 12, the delegates stressed that supporting due process did not mean defending corruption and that holding a senior position in Umno should not place anyone above the law.For Umno delegate Omar Fazilah Mohamad, 50, the position was clear: if there is evidence, let it be presented





Asyraf Wajdi gesa drama, filem promosi buli dihentikan - Mygazette - 27/09 7:59 am

Selain itu, seorang pelajar Tingkatan Empat turut direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini punca kematian mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh





Kematian pelajar di Kuala Pilah: Polis, KPM digesa jalan siasatan .. - Mygazette - 27/09 7:59 am

Setiap anak berhak berasa selamat di sekolah, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah





Wanita 54 tahun diragut ketika beli buah di Semenyih - Mygazette - 27/09 7:59 am

# Wanita 54 tahun diragut ketika beli buah di Semenyih KUALA LUMPUR Seorang wanita tempatan berusia 54 tahun menjadi mangsa ragut ketika membeli buah di hadapan Pasar Pagi Kampung Baru Semenyih, Khamis lalu





Krisis N. Sembilan: Exco masih bertugas, bolehkah digelar ???kerajaan .. - Mygazette - 27/09 7:59 am

# Krisis N





AMK gesa kerajaan bentang laporan dakwaan penyelewengan MARA, FELDA, NAFAS .. - Mygazette - 27/09 7:59 am

# AMK gesa kerajaan bentang laporan dakwaan penyelewengan MARA, FELDA, NAFAS KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan tidak menjadikan kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan sebagai percaturan politik





Nafi BN bakal kalah teruk PRN Melaka kerana isu Najib??– Pandak - Mygazette - 27/09 7:59 am

# Nafi BN bakal kalah teruk PRN Melaka kerana isu Najib- Pandak ISKANDAR PUTERI - Dakwaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti disebabkan isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak yang akan dimainkan pihak lawan adalah tidak berasas





Maut dibuli: Arwah Idlan harumkan N. Sembilan dalam kejohanan kriket - Kosmo - 27/09 12:42 am

KUALA PILAH – Pelajar tingkatan dua, Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang maut dipercayai menjadi mangsa buli pernah membantu pasukan kriket Negeri Sembilan apabila muncul Naib Johan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024





Puripol titip semangat buat Azeem - Sinarharian - 26/09 11:09 pm

PELARI pecut Thailand, Puripol Boonson tampil memberi sokongan kepada Muhammad Azeem Mohd Fahmi selepas atlet negara itu terpaksa menamatkan final 100 meter (m) lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dalam keadaan cedera pada Jumaat.Puripol meninggalkan pesanan semangat buat Azeem menerusi ruangan komen hantaran terbaharu pelari negara itu di Instagram."Bangkit semula dengan lebih kuat sahabat," tulis Puripol yang kemudian menerima balasan daripada Azeem dengan menyifatkan pelari Thailand itu sebagai 'legenda'.Azeem sebelum itu meluahkan kekecewaan selepas gagal menamatkan musim 2026 seperti yang diharapkan, namun tetap bersyukur kerana berjaya mendapatkan semula rentak lariannya."Bukan begini yang saya mahukan untuk menamatkan musim 2026





Danish ulangi jejak Rabuan Pit layak ke final 200m selepas 44 tahun - Sinarharian - 26/09 10:41 pm

SELEPAS 44 tahun, Malaysia kembali memiliki wakil dalam final 200 meter (m) lelaki Sukan Asia apabila pelari muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee melakar kejayaan bersejarah di Aichi-Nagoya 2026 pada Sabtu.Danish, 19, menamatkan saingan separuh akhir saringan pertama di tempat keempat dengan catatan 20.76 saat (s) di Stadium Nagoya City Mizuho Park Athletic.Catatan itu sudah cukup untuk membawa Danish ke final menerusi dua catatan terpantas berikutnya, sekali gus menempatkannya dalam kelompok lapan pelari terbaik Asia.Kejayaan itu menyaksikan Danish bakal membuat penampilan di final Sukan Asia buat kali pertama, dengan aksi penentuan dijadualkan berlangsung esok.Lebih manis, pelari muda itu mengakhiri penantian Malaysia selama 44 tahun untuk memiliki wakil dalam final 200m lelaki selepas Datuk Rabuan Pit beraksi pada edisi New Delhi 1982.Rabuan bukan sekadar melangkah ke final, malah menghadiahkan pingat gangsa buat negara pada edisi berkenaan.Dalam separuh akhir hari ini, saringan Danish dimenangi pelari Jepun, Soshi Mizukubo dengan catatan 20.37s, diikuti Wu Yen Ming Ke dari Taiwan (20.71s) dan Yip King Wai dari Hong Kong (20.74s).Danish berkata, penampilan sulungnya di Sukan Asia bersama skuad senior memberikan pengalaman baharu yang cukup positif buat dirinya."Alhamdulillah, ia satu perkara yang baik dan positif untuk saya





Hentikan kemelut di Negeri Sembilan - AMK - Sinarharian - 26/09 10:28 pm

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan sikap dan usaha menurunkan serta mengaibkan raja pemerintah yang sedang bertakhta sebagai biadab dan bertentangan dengan tanggungjawab memelihara kehormatan Raja-Raja Melayu yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, penyelesaian kemelut melibatkan institusi diraja Negeri Sembilan perlu berpandukan prinsip dan semangat ajaran Islam, termasuk penghormatan terhadap kedudukan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Ketua Agama Islam di negeri itu."Pertimbangan keadilan, adab, proses adat yang wajar dan kemaslahatan rakyat mesti mendahului kepentingan dan tembolok politik," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, sebarang pertikaian hendaklah ditangani melalui proses yang sah tanpa menjatuhkan kehormatan baginda dan mencemar kemuliaan institusi diraja."Malaysia tertegak dengan prinsip negara hukum





Aichi-Nagoya 2026: Tanpa Muhammad Azeem, kuartet 4x100m ada pelan sandaran - SUN - 26/09 9:29 pm

Azeem masih dirawat, status 4x100m negara dijangka diketahui esok





Pelajar maut di asrama: Kes dipercayai berpunca kerana langgar peraturan sekolah - Polis - Sinarharian - 26/09 9:11 pm

KUALA LUMPUR - Polis hari ini memaklumkan bahawa hasil siasatan awal kes membabitkan kematian seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar peraturan sekolah.Susulan itu, suspek, seorang pelajar Tingkatan Empat dipercayai menegur dan menghukum mangsa berikutan kesalahan itu.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.Beliau berkata, suspek kini direman selama enam hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan selepas permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban."Setakat ini, hanya seorang individu, iaitu pelajar Tingkatan Empat berkenaan, ditahan untuk membantu siasatan kes itu," katanya.KES PELAJAR MAUT DI ASRAMAARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMedia sebelum ini melaporkan, Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mangsa yang berasal dari Gemenceh, Negeri Sembilan, itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.Ibu saudara mangsa, Nur Hijrah (@Nurhijj), menerusi hantaran di Threads memaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan daripada adiknya yang memberitahu anaknya meninggal dunia selepas dipukul di asrama sekolah.Dalam hantaran susulan, Nur Hijrah memaklumkan jenazah mangsa berada di Hospital Kuala Pilah sebelum dibawa ke Hospital Seremban untuk bedah siasat





AMK: Jangan jadikan institusi Raja-Raja Melayu tembolok politik - Harapandaily - 26/09 9:08 pm

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa semua pihak menghormati kedudukan institusi Raja-Raja Melayu serta menyelesaikan kemelut melibatkan institusi diraja Negeri Sembilan melalui saluran undang-undang dan proses adat yang sah





Henti drama, filem promosi budaya buli - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 26/09 8:16 pm

SHAH ALAM - Segala bentuk drama dan filem yang mempromosikan budaya buli secara tidak langsung atas alasan memberikan pengajaran kepada penonton perlu dihentikan kerana dikhuatiri mencetuskan perlakuan copycat dalam kalangan anak muda.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kandungan sedemikian dikhuatiri memberi pengaruh negatif terhadap golongan muda."Hentikanlah segala bentuk drama atau filem yang mempromosikan buli secara tidak langsung atas nama pengajaran yang akhirnya membawa kepada perlakuan copycat dalam kalangan anak muda berlagak kapla, taiko, otai dan sebagainya," katanya menerusi hantaran Threads pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunGesaan itu dibuat susulan kejadian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.Mangsa yang berasal dari Gemencheh itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.





Wanita diragut ketika beli buah - Sinarharian - 26/09 7:11 pm

KAJANG - Seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila beg tangannya diragut ketika membeli buah di hadapan Pasar Pagi Kampung Baru Semenyih di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.28 petang.Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia 54 tahun, berada di kawasan berkenaan untuk membeli buah."Seorang lelaki yang menunggang motosikal kemudian meragut beg tangan mangsa sebelum melarikan diri."Beg berkenaan mengandungi wang tunai, telefon bimbit serta dokumen peribadi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Naazron berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut."Polis sedang menjalankan usaha untuk mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Polis rekod keterangan 21 individu berkait kes kematian pelajar di asrama - FMT - 26/09 5:58 pm

Polis berkata setakat ini punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh.





Pelajar maut di asrama: Polis rekod keterangan 21 individu - Sinarharian - 26/09 5:56 pm

SEREMBAN - Polis telah merekodkan keterangan 21 individu, termasuk pelajar, guru, dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar lelaki di Kuala Pilah, semalam.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh."Punca kematian belum dapat ditentukan pada masa ini, dan masih menunggu keputusan ujian lanjutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Terdahulu, Alzafny berkata, seorang pelajar Tingkatan Empat direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai satu kejadian mendatangkan kecederaan terhadap pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Kuala Pilah.KES PELAJAR MAUT DI ASRAMAARTIKL BERKAITAN:Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, dan disahkan meninggal dunia.Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam semalam di sebuah asrama sekolah menengah di daerah Kuala Pilah.- Bernama





'Jangan tunggu satu lagi nyawa terkorban sebelum kelemahan sistem diperbetulkan' - Afnan Hamimi - Sinarharian - 26/09 5:50 pm

SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa Menteri Pendidikan tampil menjelaskan tahap sebenar pelaksanaan dan pemantauan dasar keselamatan murid di sekolah berasrama seluruh negara susulan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memperkenalkan Polisi Perlindungan Murid Sekolah dan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat, selain pelbagai mekanisme pencegahan serta pelaporan kes buli.Menurutnya, tragedi itu menuntut penjelasan serius daripada KPM termasuk persoalan mengenai pelaksanaan segala dasar, garis panduan dan kempen keselamatan serta antibuli yang diumumkan sebelum ini."Jangan sekadar mengumumkan dasar selepas sesuatu tragedi, kemudian menunggu tragedi seterusnya untuk kembali bercakap mengenai keselamatan murid."Pada masa sama, siasatan kes ini mesti dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa mendahului dapatan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.Menurut Afnan Hamimi, sekiranya ditemukan unsur jenayah, kecuaian atau kegagalan mematuhi prosedur keselamatan, tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi.Beliau berkata, sekolah dan asrama mesti menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak."Dasar antibuli tidak boleh sekadar menjadi slogan





'Contohi Pengerusi MARA, you touch you go kepada pembuli' - Sinarharian - 26/09 5:22 pm

KUALA PILAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran mencontohi ketegasan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam menangani kes buli di institusi pendidikan dengan mengamalkan prinsip You Touch, You Go.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Za'idy Abdul Kadir berkata, pendirian tegas itu penting bagi memastikan isu buli tidak lagi dianggap sebagai kenakalan biasa, gurauan atau sebahagian daripada budaya senioriti dalam kalangan pelajar.Menurutnya, tragedi membabitkan Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia, menuntut penjelasan serius berhubung aspek pencegahan dan keselamatan pelajar."Persoalannya bukan hanya apa yang berlaku selepas seorang pelajar kehilangan nyawa."Persoalan lebih besar ialah adakah sistem pencegahan buli, pemantauan asrama dan penguatkuasaan disiplin di sekolah kita benar-benar cukup tegas untuk mengesan dan menghentikan buli sebelum ia menjadi tragedi?" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihaknya menghormati siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian itu, termasuk penahanan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Selain itu, beliau menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar dikenal pasti.Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan, manakala KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMohd Zaidy berkata, KPM perlu menjelaskan tahap pemantauan dan pengawasan di asrama SMK Zaba sebelum kejadian, termasuk sama ada terdapat aduan atau tanda awal berkaitan buli yang pernah diterima pihak sekolah.Katanya, kementerian juga perlu memastikan sebarang tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbukti terlibat dilaksanakan selaras dengan peraturan dan garis panduan sedia ada."Dalam soal membanteras buli, saya berpandangan KPM boleh mencontohi ketegasan Pengerusi MARA dalam menangani kes buli di institusi pendidikan di bawah seliaan MARA."Asyraf Wajdi secara terbuka menegaskan prinsip You Touch, You Go sebagai mesej jelas bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan buli di MRSM dan institusi pendidikan MARA," katanya.Pada Jun lalu, enam pelajar MRSM di Johor yang ditahan bagi membantu siasatan kes buli diarahkan berdepan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.Pada 30 Jun, MARA mengesahkan empat daripada enam pelajar terbabit disingkirkan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) bersidang, manakala dua lagi digantung sementara menunggu pengesahan polis berhubung penglibatan mereka dalam sentuhan fizikal terhadap mangsa.Sebelum keputusan itu dibuat, Asyraf Wajdi dilaporkan mengarahkan mesyuarat JDM diadakan dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat.Mohd Zaidy berkata, pendekatan tersebut menunjukkan bahawa tindakan terhadap buli bukan semata-mata berkaitan hukuman selepas kejadian, sebaliknya turut melibatkan aspek pencegahan, pemantauan dan keupayaan institusi mengenal pasti tanda awal salah laku."Bila ada aduan, siasatan mesti segera."Bila ada bukti, tindakan mesti diambil





Kes pelajar dakwa dibuli: Asyraf gesa siasatan segera, telus dan tindakan .. - Mygazette - 26/09 3:00 pm

# Kes pelajar dakwa dibuli: Asyraf gesa siasatan segera, telus dan tindakan tegas KUALA LUMPUR Kes kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang didakwa menjadi mangsa buli wajib disiasat segera secara telus dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya terdapat pihak yang didapati bertanggungjawab





'Muhammad Idlan selalu cakap semua okay di sekolah...' - Bapa saudara - Sinarharian - 26/09 2:31 pm

SEREMBAN - Seluruh keluarga Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril masih terkejut dan berdukacita dengan pemergian remaja itu yang disifatkan sebagai seorang anak yang pendiam, tenang serta tidak pernah mencari masalah dengan sesiapa.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunBapa saudara mangsa, Kamaruddin Ngatimon, 49, berkata, pemergian anak saudaranya itu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga kerana Allahyarham dikenali sebagai seorang yang baik dan penyayang.Menurutnya, Muhammad Idlan yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik sentiasa mengambil berat serta menyayangi adik-adiknya."Setiap kali outing atau pulang ke rumah, dia mesti telefon saya untuk minta dibawa membeli barang keperluan sekolah."Kali terakhir saya berjumpa dengannya kira-kira tiga bulan lalu dan apabila ditanya, dia hanya memberitahu semuanya dalam keadaan okay di sekolah," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar di sini.Hadir sama sama menziarahi keluarga mangsa ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.Beliau dalam satu kenyataan turut merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian pelajar berkenaan dan seluruh warga KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga AllahyarhamDalam pada itu Kamaruddin berkata, keluarga tidak menyangka pertemuan itu menjadi antara kenangan terakhir bersama Allahyarham.Dalam pada itu, beliau berharap siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan keadilan diberikan kepada Allahyarham."Sebagai keluarga, kami berharap pembelaan dan keadilan sewajarnya dapat diberikan kepada Allahyarham."Jika ada pihak yang didapati bersalah berhubung kejadian ini, kami berharap tindakan dan hukuman setimpal dapat dikenakan," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, di sebuah asrama sekolah menengah di Kuala Pilah semalam.Susulan kejadian itu katanya, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam Jumaat di sebuah asrama sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Pilah."Polis sedang meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca dan motif sebenar kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.Beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, sebelum disahkan meninggal dunia.Alzafny berkata, polis memandang serius sebarang kejadian keganasan yang melibatkan pelajar, khususnya kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa.Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau menularkannya sehingga boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga pelajar yang terlibat."Keutamaan pihak polis adalah untuk memastikan siasatan dijalankan secara profesional, menyeluruh dan berdasarkan bukti bagi memberi keadilan kepada semua pihak," katanya.Alzafny berkata, suspek kini direman enam hari bermula hari ini.





MPKu dipilih Perbandaran terbaik 2026 - Utusan - 26/09 2:21 pm

KULAI: Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) meraih tempat pertama Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kategori Perbandaran tahun ini





Pelajar SMK Za’ba maut: Sekolah sukan memang cita-cita mangsa - Kosmo - 26/09 2:09 pm

TAMPIN Bersekolah di sekolah sukan merupakan cita-cita Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah, sebelum disahkan meninggal dunia, malam tadi





Education Ministry orders immediate audit following death of Form Two student - Sinardaily - 26/09 1:48 pm

SHAH ALAM The Education Ministry (MoE) has ordered an immediate audit by the Education Inspectorate following the death of a Form Two student at a school in Kuala Pilah, Negeri Sembilan, amid allegations that the teenager was assaulted at the school hostel.Education Minister Fadhlina Sidek said the audit was aimed at identifying any non-compliance with safety procedures and regulations at the school.No party will be protected if misconduct or a violation of the law is found.Appropriate action will be taken based on the findings of the investigation and in accordance with the applicable laws, she said in a statement posted on social media today.Fadhlina said she had met the victims family at the hospital this morning to personally convey her condolences over the loss.She also visited the school to meet its staff, officers from the District Education Office (PPD), the state Education Department (JPN) and the police to obtain clarification on the incident and the action taken.She said the police investigation into the incident was ongoing and that she had been informed that a student had been detained to assist with the investigation.MoE and the school will provide full cooperation to police to ensure that the investigation can be conducted comprehensively and transparently, she added.Fadhlina also said the ministry would review safety aspects and compliance with procedures at the school comprehensively following the incident.She said counselling and psychosocial support would also be provided to the victims family and members of the school community affected by the incident.The victim, identified as Muhammad Idlan Fareeq Shahril, was a Form Two student at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba in Kuala Pilah.Earlier, claims circulated on social media that the teenager had allegedly been assaulted at the school hostel.A Threads account claiming to be the victims aunt said the family had been informed that the teenager had died after allegedly being beaten at the hostel.The account later claimed that a student allegedly involved in the incident had been arrested, while the victims body was taken for a post-mortem examination.A former teacher of the teenager also expressed grief over his death in a social media post, saying she had taught him two years ago.However, the circumstances surrounding the teenagers death, including claims that bullying or an assault was involved, remain subject to police investigation and official confirmation.Meanwhile, former Education Minister Dr Radzi Jidin called for a thorough investigation following allegations that the teenager had been a victim of bullying.Majlis Amanah Rakyat (Mara) chairman Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki also called for an immediate and transparent investigation, saying firm action should be taken if wrongdoing was established.It was first reported that the teenager was found unconscious at the school hostel before being taken to Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), where he was later pronounced dead.A cousin said Idlan was active in sports and had enrolled at the school following his achievements in handball.Fadhlina said the ministrys priority at this difficult time was the victims family and that MoE would continue to cooperate fully with the police investigation while ensuring the welfare of the school community was protected.





Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun - Sinarharian - 26/09 12:39 am

SEREMBAN - Polis mengesahkan kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Ketua Polis Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia.Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam, Jumaat, di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah.Susulan kejadian berkenaan, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Menurut polis, siasatan sedang dijalankan bagi meneliti semua fakta dan bukti untuk mengenal pasti punca serta motif sebenar kejadian.Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi hantaran di media sosial menzahirkan rasa sedih berhubung kematian pelajar berkenaan dan menggesa siasatan dijalankan secara segera dan telus."Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah yang didakwa menjadi mangsa buli. Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas," katanya.ARTIKL BERKAITAN:Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanDalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za'ba, Abd Malek Abd Ghani, meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara menyeluruh serta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.Beliau berkata, pelbagai maklumat mengenai kejadian itu kini tersebar di media sosial, namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan."Saya minta orang ramai bersabar kerana siasatan sudah bermula dan kita semua perlu berhati-hati dengan hantaran di media sosial," katanya kepada Utusan Malaysia.Abd Malek berkata, SMK Za'ba merupakan Sekolah Sukan Negeri (SSN) yang mempunyai kira-kira 315 pelajar dan terlibat dalam beberapa acara sukan termasuk bola sepak, hoki, sepak takraw, olahraga, bola jaring dan memanah.Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Idlan Fareeq Shahril merupakan atlet muda sekolah dalam acara memanah.Beliau turut memaklumkan bahawa setakat tahun ini tiada kes buli dilaporkan berlaku di asrama sekolah berkenaan.Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau menularkannya sehingga boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga pelajar yang terlibat





Pelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan - Sinarharian - 26/09 12:06 am

SHAH ALAM - Seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus."Saya merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan."Seluruh warga KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham."Saya telah bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham di hospital bagi menyampaikan sendiri rasa simpati atas kehilangan yang amat menyayat hati ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Fadhlina berkata, beliau pagi ini hadir ke sekolah berkenaan untuk bertemu warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pihak PDRM bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu dan tindakan yang sudah diambil.Beliau berkata, di peringkat KPM, aspek keselamatan dan pematuhan tatacara di sekolah akan diteliti secara menyeluruh."Saya telah mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan," katanya.Fadhlina berkata, tiada pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang, manakala tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunDalam pada itu, KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga Allahyarham serta warga sekolah yang terkesan akibat kejadian berkenaan."Dalam saat yang sukar ini, keutamaan kita adalah keluarga Allahyarham. KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan PDRM dan memastikan kebajikan warga sekolah terus terpelihara," katanya.Sebelum ini, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.Mangsa yang berasal dari Gemencheh itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.





Pelajar ‘Form 2’ Meninggal Dibuli Senior Di Asrama, Didakwa Ditumb*k & Dilibas Getah Paip - Beautifulnara - 26/09 10:47 am

Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di daerah Kuala Pilah meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan malam tadi. Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia





Pelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buli - Sinarharian - 26/09 9:57 am

SHAH ALAM - Pemimpin politik daripada pelbagai parti menggesa insiden seorang pelajar di Kuala Pilah yang dipercayai menjadi mangsa buli disiasat segera secara telus, selain tindakan tegas diambil sekiranya perkara itu terbukti.Gesaan itu disuarakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin serta Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah susulan kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14.Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu berkata, beliau sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham yang didakwa menjadi mangsa buli."Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang didakwa menjadi mangsa buli."Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas!" katanya.Sementara itu, Mohd Radzi menerusi hantaran di aplikasi Threads menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara teliti dan telus berhubung dakwaan Allahyarham menjadi mangsa buli demi keadilan buat Allahyarham dan keluarganya."Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril."Berhubung dakwaan bahawa Allahyarham menjadi mangsa buli, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dengan teliti demi keadilan buat Allahyarham dan keluarganya," tegasnya.ARTIKL BERKAITAN:Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunTerdahulu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara berkata, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh melihat isu buli sebagai masalah disiplin biasa.Beliau berkata, laporan mengenai kematian seorang pelajar di sebuah sekolah di Kuala Pilah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian dipukul amat mendukacitakan dan mengejutkan."Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa





MARA chairman Asyraf Wajdi calls for swift action over students death at SMK Zaba - Sinardaily - 26/09 8:41 am

SHAH ALAM Majlis Amanah Rakyat (MARA) chairman Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki has called for an immediate and thorough investigation into the death of a Form Two student at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, who was allegedly a victim of bullying.Asyraf Wajdi said he was deeply saddened by the death of Muhammad Idlan Fareeq Shahril, who died last night.This morning, I am deeply saddened and affected by the news of the death of Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, a student of SMK Zaba, Kuala Pilah, who was allegedly a victim of bullying.It must be investigated immediately and transparently, and firm action must be taken! he said in a social media post earlier today.Earlier, it was reported that a Form Two male student at a sports school in Kuala Pilah was found unconscious within the school hostel before he was pronounced dead at Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) last night.Kosmo online quoted a source saying that the victim, the eldest of three siblings from Gemencheh, was allegedly believed to have died as a result of bullying.Based on the information I received, the victim was found unconscious at the hostel, and the incident was then reported to the warden.The hostel authorities subsequently brought the victim to the HTAN emergency department for further treatment, the source was quoted as saying.However, the victim was later pronounced dead at the hospital.A cousin of the victim said Idlan was active in sports and had enrolled at the school following his achievements in handball.The circumstances surrounding the students death, including the allegation that bullying was involved, remain subject to investigation and official confirmation.




Reformasi     >>



Anwar calls for UiTM Holdings review, chair says .. - Mkini
'Let's not pass judgment now. First, examine whether these are ordinary weaknesses,' says PM.
Kroni     >>



Negri govt must function as usual, says state Umno .. - NST
KUALA LUMPUR: The Negri Sembilan government must continue to function as usual in the interests of the people, said state Umno liaison committee chairman Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Tabloid     >>



Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran rumah - Kosmo
RAUB Seorang lelaki warga emas rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kuala Dong dekat Gesing di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, mangsa yang berusia 80 tahun ditemukan terperangkap di ruang tamu rumah jenis separuh kekal yang terbakar ..
Tech     >>



Apple Vision Pro's development graveyard exemplifies .. - Appleinsider
Pundits continue to hold up clear signs of restraint as failures while asking Apple to behave like Meta, OpenAI, Google, or anyone else but themselves, especially when discussing Apple Vision Pro . Apple is the only one that knows if Apple Vision Pro is a success or failure If any of Apple's ..
World     >>



Iran offers to mediate talks between Saudi Arabia and .. - Middleeasteye
Iran offers to mediate talks between Saudi Arabia and Yemen During an interview with Al Jazeera, Iran's president Masoud Pezeshkian spoke extensively about the conflict in Yemen and its regional repercussions, saying that Iran "doesn't believe Saudi Arabia and Yemen should fight, as they are ..
Motor Trend     >>



Motosikal Honda Super Cub Tokyo 80s Lancar Di Thailand .. - Mekanika
# HONDA SUPER CUB TOKYO 80S LANCAR DI THAILAND - HANYA 500 UNIT Honda Motorcycle Thailand telah memperkenalkan Honda Super Cub Tokyo 80s edisi terhad dengan hanya 500 unit dihasilkan. Model istimewa itu menampilkan gabungan warna serba kuning di samping grafik yang diinspirasikan dari era ..