| /// |
|
| Search : Maju Junction News | Page 1 |
|
Wanita cedera dirempuh lori imigresen kini stabil – Hasbullah - Mygazette - 21/08 8:16 am # Wanita cedera dirempuh lori imigresen kini stabil - Hasbullah KUALA LUMPUR - Wanita yang cedera dalam nahas membabitkan tiga beranak yang maut selepas dirempuh lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini, kini dilaporkan dalam keadaan stabil |
|
Nahas Maju Junction: Pemandu Black Maria Imigresen Digantung Tugas - Careta - 20/08 4:18 pm Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata tindakan itu diambil sehingga kes selesai bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kejadian |
|
Mangsa keempat dilanggar lori imigresen stabil, dirawat di zon kuning HKL - Polis - Sinarharian - 20/08 4:15 pm KUALA LUMPUR - Keadaan seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan tragis dengan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika berjalan kaki bersama keluarganya di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini kini berada dalam keadaan stabil pada Khamis.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, wanita berusia 55 tahun itu masih lagi menerima rawatan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL).Katanya, pihaknya akan mengambil keterangan wanita terbabit selepas keadaannya pulih untuk tindakan lanjut."Seorang lagi mangsa iaitu isteri kepada mangsa lelaki serta ibu kepada kedua-dua mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan dan kini masih lagi menerima rawatan di zon kuning HKL."Keadaannya setakat ini stabil dan selepas keadaan sudah baik kita akan dapatkan keterangan daripadanya," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Khamis.Turut hadir, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.Pada Khamis Sinar Harian melaporkan pemandu lori JIM berusia 43 tahun terbabit mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTertuduh, Mohd Akbar Zainol, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar di Mahkamah Kuala Lumpur.Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi, Rabu, tiga sekeluarga maut selepas dilanggar lori JIM Kuala Lumpur yang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil tangkapan warga asing.Lori tersebut memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu suar (beacon) dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.Tiga mangsa berkenaan Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12. |
|
Government drivers must undergo regular competency reassessments after Maju Junction tragedy: Lee Lam Thye - SUN - 20/08 3:36 pm Lee Lam Thye calls for regular competency assessments, specialised training and safety audits for government drivers following the Maju Junction tragedy. |
|
Immigration Black Maria driver pleads not guilty to five charges over fatal Maju Junction crash that killed three - Malaymail - 20/08 2:05 pm KUALA LUMPUR, Aug 20 An Immigration Department Black Maria lorry driver was charged in the Magistr... |
|
Tragedi Maut Maju Junction: Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah, Jaminan Ditetapkan RM60,000 - Vocket - 20/08 1:57 pm Kesunyian awal pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail yang bertukar menjadi tragedi berdarah kini memasuki fasa perundangan |
|
Immigration suspends driver after fatal Maju Junction crash that killed three pedestrians - Malaymail - 20/08 1:52 pm KUALA LUMPUR, Aug 20 The Malaysian Immigration Department (JIM) has suspended the duties of the department&rsquo... |
|
Immigration 'Black Maria' driver pleads not guilty to five charges over deaths of three - Sinardaily - 20/08 1:39 pm KUALA LUMPUR - An Immigration Department Black Maria lorry driver was charged in the Magistrates Court here today with five offences, including dangerous driving that resulted in the deaths of a father and his two daughters here early yesterday.Mohd Akbar Zainol, 43, pleaded not guilty to all the charges, which were read out before Magistrate Aliaa Anwar.For the first to third charges, the accused was alleged to have driven the Isuzu lorry dangerously, resulting in the deaths of Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, and his two daughters, Siti Norshazlin, 24, and Siti Darwisyah Auni, 12, on Jalan Sultan Ismail at 1 am on Aug 19.The charges were framed under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987, which provides for imprisonment of between five and 10 years and a fine of between RM20,000 and RM50,000, as well as disqualification from holding or obtaining a driving licence for at least five years, upon conviction.For the fourth charge, Mohd Akbar was alleged to have driven the same vehicle without due care and attention, resulting in injuries to Nor Hayati Rozali, 55, at the same location, time and date.The charge was framed under Section 43(1) of the Road Transport Act 1987, which carries a fine of between RM5,000 and RM10,000, and a maximum jail term of 12 months, upon conviction.For the fifth charge, he was alleged to have failed to comply with a traffic signal by running a red light at the Jalan Sultan Ismail intersection at the same time and date |
|
Pemandu lori imigresen mengaku tidak bersalah 5 pertuduhan, diikat jamin RM60,000 - Sinarharian - 20/08 1:07 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disiasat berhubung kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini, didakwa di Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ), termasuk gagal mematuhi lampu isyarat.Bagaimanapun tertuduh, Mohd Akbar Zainol, 43, mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Aliaa Anwar.ARTIKEL BERKAITAN:Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisMahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 bagi kelima-lima pertuduhan dan menetapkan 27 Oktober depan bagi sebutan semula kes.Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, lesen memandu dan pasport tertuduh digantung sehingga kes selesaiMengikut pertuduhan, Mohd Akbar dituduh memandu sebuah lori jenis Isuzu Black Maria milik JIM secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan satu pertuduhan melanggar lampu isyarat.Peguam Izzat Amir Saharudin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah berkhidmat selama 11 tahun di JIM dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.Dalam prosiding tersebut, mahkamah dimaklumkan bahawa Mohd Akbar mempunyai seorang anak yang masih bersekolah selain menanggung ibunya yang sudah berusia dan uzur di Kedah.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, tiga sekeluarga maut dilanggar lori milik JIM yang terbabas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan empat pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, pada awal pagi Rabu.Mangsa ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, yang sedang berjalan kaki maut di tempat kejadian.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika lori Isuzu Black Maria tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit. |
|
Immigration officer suspended over Black Maria crash that killed 3 - FMT - 20/08 11:18 am The suspension is pending police and internal investigations into the fatal crash at Maju Junction. |
|
Nahas tiga beranak maut: Pemandu 'Black Maria' Imigresen digantung tugas - Sinarharian - 20/08 11:01 am SHAH ALAM - Pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disiasat berkenaan kes kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah digantung tugas.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu diambil sehingga kes selesai bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kejadian."Tindakan segera jabatan kita menggantung tugas pemandu sehingga kes selesai."Kita memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam kes ini |
|
Proses bedah siasat 3 mangsa kemalangan lori JIM selesai - Mygazette - 20/08 7:40 am Tinjauan MalaysiaGazette turut mendapati, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Imjau hadir sekitar jam 1 tengah hari tadi untuk memberi penghormatan kepada mangsa. Media sebelum ini melaporkan, tiga beranak maut selepas dirempuh sebuah lori milik JIM Kuala Lumpur di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi |
|
Jika ada kecuaian, salah laku, tindakan tegas akan diambil – .. - Mygazette - 20/08 7:40 am Beliau berkata, KDN dan JIM turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi saat sukar susulan kejadian itu. Dalam kejadian awal pagi tadi, tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM KL) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini |
|
Jenazah tiga sekeluarga selamat dikebumikan satu liang lahad Jenazah tiga .. - Mygazette - 20/08 7:40 am Bacaan talkin dan doa diketuai Imam Masjid Kampung Air Hitam Labu, Yusaini Ariffin. Terdahulu dalam kejadian sekitar jam 1 pagi, tiga sekeluarga maut selepas dilanggar sebuah lori black maria imigresen di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail |
|
Jenazah tiga beranak nahas lori JIM dalam perjalanan pulang ke Kampar .. - Mygazette - 20/08 7:40 am Jasad tiga beranak itu akan dibawa dengan menaiki tiga van jenazah secara beriringan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar dalam satu liang lahad. Awal hari ini MalaysiaGazette melaporkan, tiga beranak termasuk seorang wanita cedera selepas selepas dirempuh lori JIM KL dalam kejadian sekitar jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini |
|
Nahas babit lori imigresen: Saksi sedia tampil bantu siasatan polis - Sinarharian - 19/08 11:43 pm SHAH ALAM- Seorang saksi yang berada di lokasi kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi Rabu, bersedia tampil memberi keterangan kepada polis.Saksi berkenaan, Faiz Hussamuddin berkata, dia berada di lokasi ketika kejadian yang mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang lagi mangsa cedera itu berlaku."Semasa kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Bukit Bintang dengan menunggang motosikal |
|
Tiga jenazah mangsa nahas lori imigresen selesai disolatkan - Sinarharian - 19/08 8:50 pm KUALA LUMPUR - Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur (JIM KL) di Jalan Sultan Ismail, di sini, selesai dimandi, dikafan dan disolatkan selepas solat Maghrib.Ketiga-tiga jenazah sebelum itu tiba di Masjid Jamiul Ehsan di Jalan Pahang kira-kira jam 5.53 petang bagi menjalani urusan mandi jenazah, kafan dan solat jenazah.Suasana di pekarangan masjid dipenuhi ahli keluarga dan waris mangsa yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan.Tiga van jenazah membawa jasad tiga mangsa yang maut dalam nahas berkenaan tiba di masjid secara beriringan.Jenazah ketiga-tiga mangsa itu kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu Kampar Perak.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTerdahulu, tiga daripada empat ahli keluarga berkenaan maut selepas dirempuh lori JIM dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail.Lori berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin. |
|
Home minister orders Immigration to fully cooperate in fatal Maju Junction crash probe - Malaymail - 19/08 7:34 pm KUALA LUMPUR, Aug 19 Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has ordered the Malaysian Immigration De... |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Bedah siasat mangsa selesai - Sinarharian - 19/08 6:00 pm KUALA LUMPUR - Jenazah tiga sekeluarga yang terlibat kemalangan dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail di sini selesai dibedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati ahli keluarga mangsa hadir dan kelihatan sebak ketika menunggu proses berkenaan selesai.Tiga van jenazah milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sentuhan Setia Kasih dilihat memasuki pekarangan IPFN pada kira-kira jam 5.30 petang.Van tersebut keluar membawa ketiga-tiga jenazah mangsa pada jam 5.45 petang.Difahamkan, semua jenazah akan disolatkan terlebih dahulu di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang di sini, sebelum dibawa ke Kampar, Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisJenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.Insiden kira-kira jam 1 pagi di persimpangan Maju Junction itu menyebabkan Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut di lokasi kejadian.Seorang lagi mangsa iaitu Norhayati Razali, 55, merupakan isteri kepada Shaik Mohd Firdaus pula mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di HKL. |
|
Percutian Bertukar Tragedi, Identiti 3 Beranak Dikenal Pasti… Maut Dilanggar Lori Imigresen - Siraplimau - 19/08 5:31 pm Hasrat sebuah keluarga dari Kampar, Perak untuk menikmati percutian di Kuala Lumpur bertukar tragedi apabila tiga beranak maut dalam kemalangan membabitkan lori imigresen di Jalan Sultan Ismail, awal pagi Rabu. Tragedi yang berlaku kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu turut membabitkan dua kenderaan lain serta empat pejalan kaki |
|
Family of victims wants full probe, justice after father and two daughters killed in Maju Junction crash in KL - Malaymail - 19/08 5:16 pm KAMPAR, Aug 19 A family member of the victims involved in the early morning crash involving a Malaysian Immigrat... |
|
3 beranak maut, ibu cedera dirempuh lori Imigresen di Jalan Sultan... - Mygazette - 19/08 5:11 pm # 3 beranak maut, ibu cedera dirempuh lori Imigresen di Jalan Sultan Ismail KUALA LUMPUR - Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM KL) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi |
|
3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dipercayai sedang bercuti di ibu negara - Mygazette - 19/08 5:11 pm Difahamkan, beberapa ahli keluarga mangsa turut tiba di pekarangan IPFN pada jam 11.27 pagi dan dimaklumkan proses bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa sedang berjalan. Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan, tiga beranak maut selepas dilanggar sebuah lori JIM KL yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini awal pagi tadi |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Warga JIM Kuala Lumpur ziarah keluarga mangsa - Sinarharian - 19/08 3:44 pm KUALA LUMPUR - Suasana pilu menyelubungi keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan selepas menerima kehadiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang hadir menziarahi keluarga mangsa di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Kehadiran itu diketuai Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau.Tinjauan Sinar Harian mendapati kehadiran warga JIM Kuala Lumpur terdiri daripada pegawai lelaki dan wanita itu dilihat kira-kira jam 1 petang.Ziarah itu selesai kira-kira jam 2.20 petang dalam keadaan yang harmoni.Sebelum itu lebih 10 petugas media berada di pekarangan luar IPFN HKL seawal jam 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini insiden terbabit.Sinar Harian difahamkan jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTiga van jenazah kelihatan tiba pada jam 1.45 petang dipercayai bagi membawa kesemua mangsa ke Kampar.Beberapa ahli keluarga mangsa turut kelihatan hadir bagi menunggu proses bedah siasat selesai.Tiga sekeluarga itu maut selepas dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 1 pagi Rabu.Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini sedang dirawat di HKL. |
|
KL police identify father and two daughters killed in Maju Junction crash; nephew says family was visiting relatives - Malaymail - 19/08 3:14 pm KUALA LUMPUR, Aug 19 Police have identified the three family members killed in the early morning crash involving... |
|
Three family members from Perak killed, believed to have been on holiday in KL - Sinardaily - 19/08 2:44 pm KUALA LUMPUR A family of three who died after being struck by the Immigration Department of Malaysia (JIM) lorry at the Maju Junction traffic light intersection on Jalan Sultan Ismail here are believed to have been on holiday in the capital.The accident claimed the lives of a 53-year-old father and his two daughters, aged 25 and 12, whilst the man's 55-year-old wife was reported to be critically injured.Kuala Lumpur Traffic Investigation and Enforcement Department (JSPT) chief Assistant Commissioner of Police (ACP) Mohd Zamzuri Mohd Isa, stated that preliminary investigations revealed the family resided in Kampar, Perak."They are believed to have been in the capital for a holiday, but it is uncertain how long they had been here (Kuala Lumpur)."The victim's wife is still receiving treatment in the Red Zone of Kuala Lumpur Hospital," he said when contacted on Wednesday.It is understood that another child of the victims did not join them on the holiday at the time of the incident.The incident, which occurred at approximately 1am, involved an Isuzu Black Maria lorry belonging to Kuala Lumpur JIM, two cars, and four pedestrians.The lorry, carrying no passengers, was driven by a 43-year-old man who was en route from the Kuala Lumpur Immigration Office to Chow Kit to collect detainees following an operation targeting illegal immigrants in the area.The lorry is believed to have entered the intersection while the traffic light on its route was red, with its beacon light and siren activated.At the same time, a Proton Saga driven by a 50-year-old Malay man was passing through the intersection while the traffic light on his route was green.The driver of the Proton Saga was reportedly unable to avoid the lorry in time, resulting in a collision in the middle of the junction.As a result of the collision, the lorry lost control and swerved before hitting four pedestrians who were members of the same family and an Inokom Matrix driven by a 38-year-old man, which had stopped at the traffic light intersection during the incident.The case is being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987. |
|
Tiga beranak maut dilanggar lori imigresen: 'Arwah tidak sempat ziarah ibu di Semenyih' - Sinarharian - 19/08 2:10 pm selepas itu bila tengok Twitter, TikTok, baru nampak kes ini (tular)," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Tambah Zaid, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham ketika majlis perkahwinan anak sulungnya di Kampar, Perak, beberapa bulan lalu."Masa jumpa itu arwah macam biasa sahaja. Kejadian ini memang tak disangka," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisSinar Harian difahamkan, ketiga-tiga jenazah akan dibawa pulang ke Kampar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu dalam satu liang lahad.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan sebuah lori Isuzu Black Maria milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki yang juga merupakan satu keluarga.Tiga mangsa disahkan maut, manakala seorang lagi wanita berusia 55 tahun cedera dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.Lori tanpa penumpang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kesemua mangsa serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian. |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat untuk melintas jalan - Polis - Sinarharian - 19/08 2:08 pm KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan empat sekeluarga yang terbabit dalam kemalangan melibatkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini berada di kawasan selamat untuk melintas jalan ketika kejadian berlaku.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dapatan awal itu diperoleh hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam ketika insiden berkenaan.Menurutnya, polis telah memperoleh beberapa rakaman CCTV dan sedang mendapatkan rakaman tambahan dari pelbagai sudut bagi melengkapkan siasatan."Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun mereka dirempuh lori JIM."Kita juga cuba mendapatkan CCTV dari setiap sudut kerana di Kuala Lumpur kita dilengkapi dengan CCTV yang mencukupi dan saya rasa ia memadai untuk mendapatkan gambaran mengenai keadaan kejadian itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanBeliau berkata, polis turut menahan pemandu lori JIM terbabit serta pemandu sebuah kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan.Katanya, permohonan reman terhadap kedua-dua pemandu berkenaan telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Rabu, empat sekeluarga dilaporkan berada di pembahagi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail dari arah Medan Tuanku menghala ke Jalan Chow Kit.Pada masa sama, sebuah lori JIM yang datang dari arah Wisma FGV dipercayai memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika lampu isyarat di laluannya masih merah walaupun lampu beacon dan siren diaktifkan.Lori berkenaan kemudian dilanggar sebuah Proton Saga yang datang dari arah Chow Kit menuju ke Maju Junction sebelum hilang kawalan dan terbabas.Akibat rempuhan itu, lori terbabit melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang sedang berhenti di persimpangan berkenaan.Kemalangan tersebut mengorbankan tiga ahli keluarga iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun serta dua anak perempuannya berusia 25 dan 12 tahun.Isteri mangsa yang berusia 55 tahun pula mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Ketika kejadian, lori JIM berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis - Sinarharian - 19/08 1:33 pm KUALA LUMPUR - Identiti tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, di sini telah dikenal pasti pada Rabu.Mereka ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan difahamkan dalam keadaan stabil.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keluarga mangsa terlibat itu menetap di Kampar, Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanKatanya, pemandu lori JIM berusia 43 tahun serta pemandu Proton Saga berusia 50 tahun telah direman sehari untuk membantu siasatan."Dua individu itu direman sehari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Tiga dilaporkan maut, manakala seorang wanita berusia 55 tahun cedera telah dihantar ke Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL). |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta - Sinarharian - 19/08 1:19 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur serta pemandu sebuah kereta Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini pada Rabu bagi membantu siasatan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua lelaki terbabit telah dibuat pada pagi Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Menurutnya, polis turut meneliti beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari lokasi kejadian selain sedang berusaha mendapatkan rakaman daripada pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden terbabit."Kita juga cuba mendapatkan CCTV dari setiap sudut kerana di Kuala Lumpur kita dilengkapi dengan CCTV yang mencukupi dan saya rasa ia memadai untuk mendapatkan gambaran mengenai keadaan kejadian itu."Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun mereka dirempuh lori JIM," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanDifahamkan, empat sekeluarga itu sedang berada di pembahagi jalan, lampu isyarat Jalan Sultan Ismail dari arah Medan Tuanku berhadapan dengan Maju Junction menuju ke arah Jalan Chow Kit, jam 1 pagi Rabu.Pada masa sama, lori JIM yang datang dari arah bangunan Wisma FGV, Jalan Sultan Ismail dengan menyalakan lampu beacon, secara tiba-tiba memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ketika lampu isyarat masih merah, sebelum dilanggar oleh sebuah kereta Proton Saga, yang datang dari arah Chow Kit menuju ke arah Maju Junction.Akibat rempuhan itu, tiga daripada ahli keluarga terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiga daripada empat sekeluarga maut selepas dirempuh sebuah lori JIM yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil Orang Kena Tahan (OKT) dalam satu operasi di Chow Kit. |
|
PM Anwar Arah Siasatan Segera Nahas Lori Imigresen Tanpa Kompromi - Wrlr - 19/08 1:09 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arah siasatan nahas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi meragut nyawa tiga sekeluarga pada 19 Ogos 2026 |
|
Tiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaan - Sinarharian - 19/08 12:39 am KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melaksanakan siasatan dalaman terhadap aspek pematuhan prosedur operasi standard dan keselamatan berkaitan pengoperasian kenderaan jabatan.Ini susulan insiden kemalangan maut tiga beranak yang dipercayai dilanggar lori JIM di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini pada Rabu ketika dalam perjalanan mengambil Orang Kena Tahan (OKT).Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan dalaman ini bagi memastikan perkara itu diteliti secara menyeluruh."JIM memandang serius kejadian ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa serta siasatan dalaman jabatan."JIM memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan keadaan sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLBeliau berkata, jabatan menghormati proses siasatan yang sedang berlangsung dan tidak akan membuat sebarang kesimpulan yang boleh mendahului hasil siasatan pihak berkuasa.Tambahnya, JIM turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk membantu siasatan pihak berkuasa."Pada masa yang sama, orang ramai dimohon menghormati privasi dan sensitiviti keluarga mangsa serta tidak menyebarkan gambar, rakaman atau maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan," ujarnya.Kata beliau, JIM amat dukacita atas kejadian yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan."Seluruh warga JIM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa atas kehilangan insan tersayang serta mendoakan agar mangsa yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan."Jabatan sekali lagi merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa serta semua yang terkesan akibat kejadian ini," ujarnya.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga pejalan kaki dilaporkan maut, iaitu seorang bapa berusia 53 tahun serta dua anak perempuan berusia 25 dan 12 tahun. |
|
Anwar orders probe into fatal Immigration lorry crash - Sinardaily - 19/08 12:09 am KUALA LUMPUR - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has instructed the Immigration Department to conduct an immediate and thorough investigation into a fatal crash involving one of its lorries on Jalan Sultan Ismail here early this morning.In a Facebook post, Anwar said action should be taken if the investigation found evidence of negligence or violations of the law."I have ordered the Immigration Department to carry out an immediate and comprehensive investigation. If negligence or any breach of the law is found, appropriate action must be taken without compromise, he said.Anwar also conveyed his condolences to the family of the victims.The incident, which occurred at about 1 am, claimed the lives of a 53-year-old man and his two daughters, aged 25 and 12, who died at the scene after reportedly being hit by an Immigration Department lorry at the Maju Junction traffic-light intersection.The mans 55-year-old wife was also injured, sustaining injuries to her head, arms and both legs |
|
Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL - Sinarharian - 19/08 12:01 am KUALA LUMPUR - Tiga sekeluarga yang maut dirempuh lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini dipercayai sedang bercuti di ibu negara.Kemalangan itu mengorbankan bapa berusia 53 tahun serta dua anak perempuan berusia 25 dan 12 tahun, manakala isteri mangsa lelaki berusia 55 tahun dilaporkan parah.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati keluarga tersebut menetap di Kampar, Perak."Mereka dipercayai berada di ibu negara untuk bercuti, tetapi tidak dipastikan sejak bila mereka berada di sini (Kuala Lumpur)."Isteri mangsa masih dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisDifahamkan, terdapat seorang lagi anak mangsa yang tidak mengikut percutian mereka ketika kejadian.Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan dipandu lelaki berusia 43 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun dan berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
[UPDATED] Three Family Members Killed In Jalan Sultan Ismail Crash Involving Immigration Truck - Rakyatpost - 19/08 11:11 am A 53-year-old man and his two daughters, aged 25 and 12, were killed after an Immigration Department truck crashed into them at the Maju Junction traffic light on Jalan Sultan Ismail. |
|
(VIDEO) Langgar Lampu Merah, Lori Imigresen Rempuh Satu Keluarga Meninggal Dunia - Beautifulnara - 19/08 11:05 am Tiga ahli sebuah keluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi tadi |
|
Lori Imigresen Didakwa Rempuh Pejalan Kaki & Kereta, 3 Beranak M*ut - Lobakmerah - 19/08 10:43 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Tiga sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas sebuah lori milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum melanggar sebuah kenderaan dan merempuh pejalan kaki di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis - Sinarharian - 19/08 10:25 am KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis berhubung insiden kemalangan maut tiga sekeluarga dengan sebuah lori jabatan terbabit di Jalan Sultan Ismail di sini pada Rabu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kes itu sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Saya mengesahkan kes tersebut."JIM memberi kerjasama penuh dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan dipandu lelaki berusia 43 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilaporkan berkata, kemalangan mengakibatkan tiga ahli keluarga berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa ialah bapa berusia 53 tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia 25 dan 12 tahun.Isteri kepada mangsa lelaki terbabit berusia 55 tahun dilaporkan cedera pada bahagian kepala, tangan kanan serta kedua-dua kaki dan telah dihantar ke Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
PM Anwar orders immediate Immigration probe into fatal Maju Junction crash, vows no compromise if wrongdoing found - Malaymail - 19/08 10:12 am KUALA LUMPUR, Aug 19 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has ordered the Immigration Department to immediate... |
|
Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen - Sinarharian - 19/08 10:08 am PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga, awal pagi tadi.Anwar berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil tanpa kompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian atau pelanggaran undang-undang dalam insiden berkenaan."Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh."Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Beliau pada masa sama menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tragis itu."Salam takziah buat mereka yang terkorban. Al-Fatihah," ujarnya.Dalam insiden tersebut, tiga sekeluarga maut dipercayai dilanggar lori milik JIM yang terbabas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan empat pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika lori Isuzu Black Maria tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit. |
|
Crash with Immigration Dept truck at KLs Maju Junction kills three family members - Malaymail - 19/08 9:52 am KUALA LUMPUR, Aug 19 Three members of a family were killed while another was injured after being hit by a Malays... |
|
Tiga sekeluarga maut dilanggar lori Imigresen - Hmetro - 19/08 8:57 am Kuala Lumpur: Tiga sekeluarga maut selepas dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi tadi |
|
Nisbah peguam syarie masih rendah, ruang perkasa profesion masih luas - Mygazette - 17/08 7:55 am # Nisbah peguam syarie masih rendah, ruang perkasa profesion masih luas BATU PAHAT - Nisbah peguam syarie berbanding penduduk Islam di Malaysia masih belum mencukupi, sekali gus menunjukkan terdapat ruang yang luas untuk memperkasa dan mengembangkan profesion berkenaan |
|
Mansuh AUKU keputusan terbaik, tapi dengar juga rintihan rumah ibadat .. - Mygazette - 16/08 4:19 pm # Mansuh AUKU keputusan terbaik, tapi dengar juga rintihan rumah ibadat Mahima KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai langkah terbaik dalam memberikan ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa, namun suara serta rintihan rumah ibadat juga perlu diberi perhatian |
|
Gobind mahu DAP tentukan hala tuju, utamakan kepentingan negara - Mygazette - 16/08 4:18 pm # Gobind mahu DAP tentukan hala tuju, utamakan kepentingan negara PUTRAJAYA - DAP perlu membuat keputusan yang terbaik untuk negara ketika parti itu berdepan penentuan penting mengenai hala tuju dan kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan |
|
Nilai semula pencapaian, kelemahan DAP dalam Kerajaan Perpaduan - Gobind - Sinarharian - 16/08 1:23 pm PUTRAJAYA - DAP perlu menilai semula pencapaian dan kelemahannya sepanjang tiga tahun sembilan bulan berada dalam Kerajaan Perpaduan sebelum menentukan hala tuju parti berbaki 18 bulan lagi.Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, kedudukan parti dalam kerajaan ketika ini membawa tanggungjawab yang cukup besar kepada pimpinan dan anggota dalam usaha menentukan hala tuju terbaik buat Malaysia.Atas dasar itu, beliau mengingatkan bahawa tindakan parti keluar daripada Kerajaan Perpaduan atau kekal sehingga habis penggal memiliki impak yang sangat besar dan ia perlu ditangani sebaik mungkin."Selepas 60 tahun, DAP sekarang sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan."Persoalannya, adakah DAP nak bergerak ke hadapan agar dapat laksanakan reformasi Malaysia kita sendiri, supaya kita memperkukuhkan lagi apa yang kita lihat sebagai Malaysia negara yang maju?" katanya.Beliau berkata demikian semasa Persidangan DAP Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada Ahad.Gobind yang juga Menteri Digital menambah, tanggungjawab tersebut kini perlu dipikul secara bersama oleh seluruh anggota DAP.Ia kerana menurutnya, setiap perwakilan mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan keputusan yang bakal dibuat."Inilah tanggungjawab kita semua |
|
Tiga beranak etnik Rohingya maut dalam kebakaran rumah - Mygazette - 15/08 9:26 pm # Tiga beranak etnik Rohingya maut dalam kebakaran rumah BAGAN SERAI Tiga beranak warga Myanmar daripada etnik Rohingya maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Taman Serai Maju, di sini awal pagi Sabtu |
|
3 beranak pelarian Myanmar maut kebakaran di Perak - FMT - 15/08 1:23 pm Isteri mangsa cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Serai Maju, Bagan Serai, pagi tadi. |
|
Tak sempat lari, tiga beranak rentung rumah terbakar - Sinarharian - 15/08 11:24 am BAGAN SERAI - Tiga beranak ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Serai Maju di sini pada Sabtu.Dalam kejadian dilaporkan jam 5.17 pagi itu, mangsa, Mohd Yunus Nor Ali, 27 bersama dua anak lelakinya, Muhammad Woheed, 6, dan Mohamad Aheed, 3, ditemukan dalam sebuah bilik yang sedang terbakar.Isteri mangsa, Saniya Jahan Juma Abul Kasim, 24, pula ditemukan di luar rumah dalam keadaan melecur pada tangan dan kaki.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menerusi talian MERS 999.Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, BBP Kuala Kurau serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bagan Serai dikejarkan ke lokasi."Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 5.30 pagi dan mendapati sebuah rumah jenis Kelas A sedang marak terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 70 peratus."Rumah berkenaan mempunyai dua bilik dan dihuni tujuh warga asing," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sayani berkata, maklumat awal mendapati, terdapat tiga mangsa masih terperangkap di dalam rumah sebelum anggota bomba segera menjalankan operasi menyelamat.Katanya, anggota bomba kemudian menjalankan operasi mencari mangsa di dalam rumah menggunakan konsep RECEO (Rescue, Exposure, Confinement, Extinguishment, Overhaul)."Ketiga-tiga mangsa ditemui dalam sebuah bilik pertama yang sedang terbakar dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi mengesahkan mereka telah meninggal dunia," katanya.Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos 100 kaki dengan satu pancutan serta satu aliran salur bantu mula (hose reel), manakala sumber air diperoleh daripada tangki jentera bomba dan parit berhampiran."Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.20 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.35 pagi sebelum semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Sayani berkata, pasukan Forensik Kebakaran JBPM Perak membabitkan enam pegawai turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan."Hasil penemuan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula di bilik pertama, iaitu bilik tempat ketiga-tiga mangsa ditemukan."Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.Operasi berkenaan membabitkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 24 anggota bomba, enam anggota PBS, tujuh anggota polis serta tiga petugas KKM. |
|
Ringgit kekal stabil - Mygazette - 14/08 3:59 pm KUALA LUMPUR - Ringgit kekal stabil secara amnya berbanding mata wang rakan dagangan utama pada suku kedua 2026, meskipun keadaan kewangan global yang terus berubah, khususnya berikutan perubahan jangkaan pasaran terhadap hala tuju dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM) |
|
82,092 calon ditawar tempat pengajian Ijazah Sarjana Muda ke universiti .. - Mygazette - 14/08 3:59 pm # 82,092 calon ditawar tempat pengajian Ijazah Sarjana Muda ke universiti awam KUALA LUMPUR - Seramai 82,092 calon (76.10%) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian di 20 universiti awam menerusi UPUOnline |
|
Theyre all catastrophic: The paediatric war wounds Dr Abu Sittah tries to .. - Middleeasteye - 14/08 2:52 pm Theyre all catastrophic: The paediatric war wounds Dr Abu Sittah tries to heal in Lebanon Submitted by Gergana Krasteva on Fri, 08/14/2026 - 07:52 In Beirut, the British-Palestinian surgeon treats children severely wounded by Israeli attacks, including three sisters whose lives were altered irreversibly British-Palestinian surgeon Ghassan Abu Sittah in his office in the Ghassan Abu Sittah Childrens Fund headquarters in Hamra, Beirut, Lebanon, on 17 July 2026 (Gergana Krasteva/MEE) Off In his Beirut office, Dr Ghassan Abu Sittah is going over his operating list for the weekend: 11 children in total, with life-altering injuries from Israel s wars on Lebanon and Gaza |
|
Pahang negeri maju dalam lima tahun - Kosmo - 13/08 3:30 pm KUANTAN – Pahang disasarkan menjadi antara negeri yang termaju di Semenanjung Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang berdasarkan kepada perkembangan semasa termasuk dari sudut ekonomi dan pembangunan |
|
“Macam Mana Nak Maju?” – Tempah 10,000 Produk Tak Sampai, ‘Founder’ Kosmetik Hantar LOD Kepada Kilang OEM - Beautifulnara - 13/08 3:23 pm Pempengaruh media sosial dan usahawan, Mek Dinda mendakwa syarikat miliknya mengalami kerugian selepas tempahan sebanyak 10,000 unit produk kosmetik daripada sebuah kilang OEM tempatan masih belum diterima |
|
Tiga suspek dicekup, lima motosikal curi ditemui - Mygazette - 13/08 7:55 am KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 38 tahun dan merampas lima motosikal yang dilaporkan hilang dalam kes kecurian motosikal di sekitar Hulu Langat, Batu 9 Cheras dan Wangsa Maju |
|
DUN Selangor: Luar bandar terpinggir dalam RSK2 - Utusan - 13/08 7:51 am SHAH ALAM: Perancangan dan pelaksanaan Rancangan Selangor Ke-2 (RSK2) disifatkan terlalu tertumpu kepada kawasan bandar sekali gus dibimbangi menyebabkan jurang yang lebih besar dengan daerah-daerah lain |
|
5 pemilik syarikat, perunding bergelar Datuk didakwa buat 11 tuntutan palsu - Mygazette - 12/08 4:07 pm # 5 pemilik syarikat, perunding bergelar Datuk didakwa buat 11 tuntutan palsu JOHOR BAHRU - Lima pemilik syarikat dan seorang perunding perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan berasingan berkaitan tuntutan palsu insentif Program Daya Kerjaya 2.0 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dua tahun lalu |
|
Politik identiti ???jual??? Melayu-Islam tenggelamkan prestasi kerajaan di .. - Mygazette - 12/08 8:15 am # Politik identiti jual Melayu-Islam tenggelamkan prestasi kerajaan di mata rakyat - Abbas SHAH ALAM Politik identiti yang memainkan sentimen Melayu dan Islam ketika pilihan raya mampu menyebabkan segala usaha serta pencapaian kerajaan dalam membangunkan negeri tidak lagi diberi perhatian rakyat |
|
Johor govt shuts illegal waste site after open burning complaints - Sinardaily - 11/08 4:11 pm JOHOR BAHRU - The Johor government has ordered the immediate closure of an illegal waste disposal site in Kampung Maju Jaya here after it was found to be conducting extensive solid waste collection and open burning activities.State Housing and Local Government Committee chairman Datuk Mohd Jafni Md Shukor said the stern action was taken following an integrated spot check conducted to address residents complaints about odour and smoke pollution.He said the premises, operating without a licence on 3.64 hectares of privately owned land out of a total of 21 acres, were used as a collection site for various types of mixed solid waste, including wet waste and construction materials."Given the situation here, we shut it down immediately |
|
Tiada aset TH dijual kepada bukan Islam, China ??? Zulkifli - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Tiada aset TH dijual kepada bukan Islam, China Zulkifli KUALA LUMPUR Kerajaan menafikan dakwaan bahawa aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) dijual kepada golongan bukan Islam atau kepentingan dari China ketika proses penstrukturan semula institusi itu pada 2018 |
|
Pasukan khas siasat Johor jadi tempat buangan sisa binaan dari Singapura .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Pasukan khas siasat Johor jadi tempat buangan sisa binaan dari Singapura - Exco JOHOR BAHRU - Johor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat dakwaan kegiatan pembuangan sisa buangan binaan dari Singapura ke beberapa lokasi di Pontian |
|
Premis haram: Pemilik tanah warga Singapura dikenal pasti, 4 termasuk .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Premis haram: Pemilik tanah warga Singapura dikenal pasti, 4 termasuk penyewa direman JOHOR BAHRU - Pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti seorang warga Singapura yang menyewakan tapak sebuah premis kitar semula barang lusuh di Kampung Maju Jaya, Kempas di sini yang didakwa mengakibatkan pencemaran |
|
Risiko ancam nyawa penduduk, premis kitar semula Kempas ditutup terus - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Risiko ancam nyawa penduduk, premis kitar semula Kempas ditutup terus JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengarahkan sebuah premis kitar semula barang lusuh di Kampung Maju Jaya, Kempas di sini yang beroperasi secara haram serta didakwa mengakibatkan pencemaran dan berbahaya ditutup terus |
|
Will Subang see a by-election following Wong Chen's resignation? - Sinardaily - 11/08 1:06 pm SHAH ALAM Wong Chens resignation as Subang Member of Parliament (MP) is unlikely to result in a by-election, as the vacancy occurred with less than two years remaining before the next general election (GE) and does not currently affect the Federal Governments parliamentary majority.Political analyst Dr G Manimaran said the law generally does not require a by-election when a parliamentary vacancy occurs with less than two years remaining in the term.However, an exception could be made if the Dewan Rakyat Speaker determines that a by-election is necessary.Technically, Wong Chens resignation as Subang MP would not require a by-election if less than two years remain in the parliamentary term.Under the law, a by-election is generally not required when the remaining mandate is less than two years, although an election could still be called if the Dewan Rakyat Speaker requests one on grounds that it is necessary, such as concerns over the stability of the government.For now, there appears to be no such need unless more MPs resign and the governments parliamentary majority is affected, he told Sinar Daily.Manimaran believes Wongs resignation could affect PKRs public image by creating a perception that the party is facing growing internal difficulties, particularly following several recent political setbacks.He said the resignation came after what had been described as three poor election results in Sabah, Johor and Negeri Sembilan, with a Melaka election potentially approachinWith PKR deputy president Nurul Izzah Anwar taking a temporary leave, along with the earlier departures of Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad, who left PKR to take over Parti Bersama Malaysia (Bersama), it further reinforce perceptions of the partys weakening position.There are also questions over whether four other PKR MPs from Ampang, Wangsa Maju, Sungai Siput and Petaling Jaya could take similar steps and eventually resign from the party or their parliamentary seats.If more MPs were to leave, it could further weaken PKRs position in terms of public perception and raise concerns about the partys stability.Stronger action from PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim and the party leadership may therefore be needed to consolidate the party, Manimaran said.International Islamic University Malaysia political analyst Associate Professor Dr Syaza Shukri said a by-election would not be necessary if the vacancy occurs within two years of the next general election, unless it affects the governments majority.Given the Anwar administrations comfortable majority, she said a by-election would therefore not be required, with the same applying to the Pandan and Setiawangsa seats.In Subang, I believe PH remains in a strong and comfortable position.While Wong has established himself in the constituency, his large majority in the last election was likely not based solely on personal support, as a significant portion of the votes would have come from conventional PH supporters.Given Subangs demographics, PKR should focus on finding a candidate who can emulate Wongs strengths rather than simply selecting a party figure |
|
'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam mahupun Cina' - Menteri Agama - Sinarharian - 11/08 1:00 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menafikan dakwaan aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) dijual kepada golongan bukan Islam mahupun Cina kononnya sebagai sebahagian proses penstrukturan semula institusi tersebut.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, aset yang dipindahkan di bawah pelan pemulihan 2018 itu dijual kepada syarikat tujuan khas dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB)."Tiada aset dijual kepada golongan bukan Islam mahupun Cina sepertimana didakwa pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," katanya.Beliau berkata demikian sewaktu Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH di Dewan Rakyat pada Selasa.Zulkifli menjelaskan, TH memindahkan aset berprestasi rendah dan bermasalah bernilai RM9.7 bilion kepada UJSB pada nilai RM19.9 bilion.Katanya, ia sebagai sebahagian daripada pelan untuk menutup jurang aset dan liabiliti institusi yang ketika itu berjumlah sekitar RM10 bilion.Tambah beliau, urus niaga tersebut membabitkan 100 saham syarikat tersenarai, 29 hartanah dan sebuah syarikat perladangan kelapa sawit."UJSB membiayai pengambilalihan menerusi sukuk yang dilanggan sepenuhnya oleh TH."Sebagai sebahagian daripada aturan itu, TH turut diberikan Hak Keutamaan Membeli (ROFR) iaitu keutamaan untuk membeli semula aset berkenaan jika UJSB memutuskan menjualnya pada masa hadapan."Ini bermakna aset berkenaan boleh kembali kepada TH sekiranya institusi mahu mengambilnya semula," ujar beliau.Bagaimanapun, katanya, ROFR tidak mewajibkan TH membeli semula aset berkenaan."Sebarang pembelian semula tertakluk kepada penilaian komersial dan kesesuaian aset berkenaan berdasarkan kriteria pelaburan TH," jelasnya.Zulkifli turut memaklumkan, pemindahan aset dilaksanakan bagi menyelamat dan memulihkan kedudukan kewangan TH susulan krisis kewangan dihadapi institusi berkenaan."Pelan ini bukan diwujudkan kerana kerajaan mahu mengambil aset TH," katanya.Zulkifli berkata, TH kemudian menggunakan pengaturan itu untuk memperoleh semula sebahagian aset selepas kedudukan kewangannya bertambah baik.Antaranya sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dijual pada harga RM400 juta (2018) kemudian dibeli semula oleh TH pada RM270 juta berdasarkan nilai pasaran semasa.Jelas beliau, TH turut memperoleh semula aset perladangan kelapa sawit milik UJ Estates Holdings Sdn Bhd untuk RM695 juta berdasarkan nilai pasaran termasuk RM115 juta dalam bentuk tunai, berbanding sebelum ini yang dijual RM800 juta.Zulkifli memberitahu, urus niaga itu menunjukkan aset dipindahkan di bawah proses penstrukturan semula masih boleh dinilai semula dan diperoleh kembali jika ia berdaya maju dari sudut komersial serta memberi manfaat terbaik buat pendeposit TH.Beliau menegaskan sebarang keputusan membabitkan aset TH mesti berpandukan kepentingan pendeposit, bukannya pertimbangan politik."TH bukan milik kerajaan hari ini, kerajaan semalam atau mana-mana parti politik |
|
Two men arrested over armed KK Mart robbery - Sinardaily - 11/08 12:23 am JASIN - Police have arrested two men believed to be involved in an armed robbery at a KK Mart convenience store in Taman Maju here on Aug 6.Jasin district police chief Supt Lee Robert said the two suspects, aged 44 and 45, were arrested separately at about 4.30pm yesterday.He said the first suspect was arrested by the roadside along Jalan PPJ 3 in Jasin town, while the second was arrested in Sagil, Tangkak, Johor."The first suspect admitted to riding a motorcycle and waiting outside the premises, while the second suspect entered the KK Mart to commit the robbery, he said in a statement today.Police also seized several items believed to be linked to the case, including three mobile phones, clothing and shoes believed to have been worn by the suspects, two helmets, a paper cutter knife and a KTM Duke 200 motorcycle.He said the first suspect had 22 previous criminal records, while the second, who is under the supervision of the Tangkak District Police Headquarters, had 30 previous records.The case is being investigated under Sections 395/397 of the Penal Code for gang robbery with the use of a weapon.Both suspects will be brought before the Jasin Magistrates Court today for a remand application |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |