///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Majlis Mesyuarat News   Page 1    



Tiada kawat, pagar besi akan dibina di kediaman Najib – Polis - Mygazette - 22/09 7:54 am

# Tiada kawat, pagar besi akan dibina di kediaman Najib - Polis KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiada pemasangan pagar besi akan dibina di kediaman Datuk Seri Najib Razak sekiranya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Jalan Langgak Duta di sini





Anwar dijangka menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan - Mygazette - 22/09 7:54 am

# Anwar dijangka menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan KUALA LUMPUR - Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan, di sini kira-kira 6 petang. Anwar dijangka menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan perkembangan berhubung kedudukan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN)





Lebih enam juta kunjungi Melaka, 2,092 program rancakkan pelancongan - Mygazette - 22/09 7:54 am

# Lebih enam juta kunjungi Melaka, 2,092 program rancakkan pelancongan MELAKA Sebanyak 2,092 program utama anjuran kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sepanjang 2025 hingga September 2026 merekodkan lebih enam juta kehadiran ke Melaka





Siasat MB, Exco Negeri Sembilan bawah Seksyen 121 – Putra - Mygazette - 22/09 7:54 am

# Siasat MB, Exco Negeri Sembilan bawah Seksyen 121 - Putra KUALA LUMPUR -** **Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan





Tiga pesanan Ab Rauf kepada penjawat awam sebelum DUN bubar - Mygazette - 22/09 7:54 am

# Tiga pesanan Ab Rauf kepada penjawat awam sebelum DUN bubar MELAKA Menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijangka esok, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menitipkan tiga pesanan penting kepada penjawat awam





Hampir sejam PM menghadap Tuanku Mukhriz - Mygazette - 22/09 7:54 am

KUALA LUMPUR** - **Pertemuan hampir sejam antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan di sini petang tadi menjadi perkembangan terbaharu susulan kemelut pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan





Pintas Utama terima penghargaan, terus santuni jemaah haji - Utusan - 22/09 7:44 am

KUALA LUMPUR: Pintas Utama Sdn Bhd menyumbangkan hampir 30,000 beg kasut kepada jemaah Muassasah di seluruh negara bagi musim haji 1447H/2026M menerusi Program Sahabat Haji Tabung Haji (TH)





Mentertawakan 357,474 orang Negeri Sembilan - FMT - 22/09 7:00 am

Pembatalan pelantikan atau penarikan perkenan terhadap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan adalah sesuatu yang ekstrem dan tidak pernah terjadi.





Tahanan rumah: Polis, Penjara bermesyuarat nilai keselamatan kediaman Najib - SUN - 21/09 10:49 pm

Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi menilai aspek keselamatan kediaman Datuk Seri Najib Razak berhubung pelaksanaan tahanan rumah.





VYBE buka ruang baharu industri kreatif - Sinarharian - 21/09 9:49 pm

PETALING JAYA - Industri kreatif, teknologi dan perniagaan disatukan menerusi pelancaran rasmi VYBE Malaysia pada acara Xing Yu Grand Honours The Shining Award 2026 di D Theatre, Hextar World di sini baru-baru ini.Acara yang diadakan sempena Hari Malaysia itu turut menjadi platform memperkenalkan filem cereka The Day We Start Again, selain menyaksikan kerjasama strategik serta penyampaian beberapa anugerah.Pengasas Xing Yu Group dan VYBE, Dr





Anwar tinggalkan Istana Negeri Sembilan selepas sejam menghadap Tuanku Muhriz - Sinarharian - 21/09 8:10 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan di sini selepas hampir sejam menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Perdana Menteri yang menaiki kenderaan rasmi jenis Mercedes-Benz sempat melambai ke arah pengamal media yang menunggu di luar istana pada kira-kira7 petang.Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan beliau tidak berjaya dan Anwar hanya menunjukkan isyarat cuaca hujan.Sesi menghadap itu dipercayai susulan Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilanyang berkuat kuasa serta-merta.Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali malam tadi, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.Azizi berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.Ahli-ahli berkenaan telah masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7Ogos lepas, sebelum dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.Susulan perkaraitu, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim perlu mempersembahkansenarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959





Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET - Mypress - 21/09 6:50 pm

KOTA KINABALU Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…





Anwar menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan - Sinarharian - 21/09 6:46 pm

KUALA LUMPUR -Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan, di sini kira-kira 6 petang.Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan perkembangan berhubung kedudukan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN).Turut dijangka menghadap ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.Para pengamal media mula berkumpul di hadapan Istana Negeri Sembilan sejak kira-kira 3 petang tadi bagi mengikuti perkembangan berhubung isu berkenaan.Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali malam tadi, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli MMKN berkuat kuasa serta-merta selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.Azizi berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli MMKN memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.Ahli-ahli berkenaan masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lepas sebelum dilantik menganggotai MMKN Negeri Sembilan.Berikutan pembatalan itu, Menteri Besar perlu mempersembahkansenarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959





Kemelut takhta Negeri Sembilan: 10 bekas presiden Majlis Peguam gesa Putrajaya campur tangan - Mkini - 21/09 5:39 pm

Peguam berkenaan berkata Exco tidak mempunyai kuasa dari segi perlembagaan untuk bertindak menurunkan seseorang Raja daripada takhta secara unilateral dan





10 bekas presiden Majlis Peguam gesa kerajaan Persekutuan campur tangan kemelut Negeri Sembilan - Sinarharian - 21/09 5:25 pm

KUALA LUMPUR - Sepuluh bekas presiden Majlis Peguam menggesa kerajaan Persekutuan campur tangan dan menyelesaikan kemelutperlembagaan berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Dalam kenyataan pada Isnin, mereka menyifatkan perkembangan terbaharu membabitkan Tuanku Muhriz itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap sistem raja berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang."Kami menggesa kerajaan Persekutuan campur tangan dan menyelesaikan isu-isu yang membimbangkan itu. Keadaan berkenaan boleh membahayakan sistem raja berperlembagaan dan masa hadapannegara -sebuah negara yang pada setiap masa perluberlandaskan undang-undang dalam menentukan hala tuju."Tindakan yang tidak wajar dan tidak bermaruah sedemikian,serta sikap tidak menghormati undang-undang perlu dihentikan," kata mereka.Sepuluh peguam berkenaan ialah Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, Datuk Yeo Yang Poh, Datuk Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan, Datuk Lim Chee Wee, Christopher Leong, Datuk George Varughese, Salim Bashir dan Karen Cheah Yee Lynn.Mereka menyatakan tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan itu tanpa melalui proses yang sepatutnya di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.Perkara 10 memperuntukkan "siasatan lengkap oleh Undang" sebelum seseorang Raja bolehditurunkan takhta, dan mempersoalkan sama ada siasatan sedemikian telah dijalankan serta sama ada Tuanku Muhriz telah diberi peluang untuk memberikan penjelasan.Para peguam itu turut mempersoalkan kesahihan proklamasi yang didakwa bertarikh 19 April 2026, termasuk keadaan bagaimana ia ditandatangani oleh Menteri Besar pada 3 Ogos.Peguam berkenaan berkata, Excotidak mempunyai kuasa dari segi perlembagaan untuk bertindak menurunkan seseorang Raja daripada takhta secara unilateral dan menggesa semua pihak supaya menjunjung Perlembagaan Persekutuan serta UUTKNS 1959.Kumpulan itu turut merujuk kepada pendirian Jabatan Peguam Negara bahawa proklamasiitu tidak sah dan Menteri Besar serta Exco tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga tidak akan mengambilsebarang tindakanpewartaan terhadap proklamasi itu."Kami menggesa supaya serangan terhadap kedaulatan berperlembagaan institusi beraja Negeri Sembilan dan kedaulatan undang-undang ini dihentikan serta-merta."Kami menggesa dengan tegas Kerajaan Negeri Sembilan, semua pegawai awam dan seluruh rakyat Malaysia supaya menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan UUTKNS 1959, memelihara kedaulatan undang-undang serta menghormati sepenuhnya kedaulatan dan kedudukan berperlembagaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan sedang memerintah," kata mereka.Para peguam itu berkata, Exco juga tertakluk kepada undang-undang dan tindakan menyalahi peraturan perlu dibendung





UMNO Sungai Siput sumbang RM30,000 untuk Najib - Sinarharian - 21/09 5:24 pm

SUNGAI SIPUT UMNO Bahagian Sungai Siput menyumbang sebanyak RM30,000 kepada Tabung Solidariti Najib Razak sebagai sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sumbangan tersebut diberikan sempena Majlis Pelancaran Tabung Solidariti Najib Razak Peringkat UMNO Bahagian Sungai Siput di Wisma UMNO Sungai Siput pada Isnin.Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pelancaran tabung berkenaan sebagai tanda keprihatinan dan semangat setiakawan ahli parti terhadap bekas Presiden UMNO itu."Solidariti ini bukan sekadar dizahirkan melalui kata-kata, malah diterjemahkan melalui tindakan yang nyata."Selain sumbangan rasmi RM30,000 daripada UMNO Bahagian Sungai Siput, sumbangan tambahan daripada ahli dan penyokong mencerminkan keikhlasan serta kebersamaan keluarga besar UMNO dalam menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Najib," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Majlis pelancaran dihadiri Setiausaha UMNO Perak, Datuk Dr Aminuddin Md Hanafiah dan Setiausaha Eksekutif UMNO Perak, Datuk Mohd Salleh Disa serta kepimpinan UMNO Bahagian Sungai Siput.Pada 19 September lalu media melaporkan Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan bagi membantu bekas Perdana Menteri itu melunaskan denda RM50 juta kini mencecah RM1 juta.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah berkenaan dicatatkan pada jam 9.30 pagi Sabtu selepas tabung tersebut dilancarkan pada Jumaat.Sementara itu, Mohd Zolkafly turut merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan pengampunan bersyarat yang dikurniakan kepada Najib.Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta semua pihak yang mengemukakan rayuan bagi pihak bekas Perdana Menteri itu.Katanya, setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna dan mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan ahli UMNO Bahagian Sungai Siput.Tabung Solidariti Najib Razak tersebut dilancarkan UMNO bagi membantu meringankan beban Najib dalam melunaskan denda RM50 juta susulan keputusan membenarkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.Bagaimanapun, pengampunan bersyarat tersebut tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat yang ditetapkan.Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang bersidang pada 18 September lalu.





MOTAC dicadang jadikan Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia acara tahunan - Sinarharian - 21/09 5:11 pm

SHAH ALAM Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dicadangkan untuk menjadikan Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) sebagai acara tahunan sempena sambutan Hari Malaysia.Tokoh bahasa dan persuratan negara, Datuk Seri Profesor Emeritus Dr Awang Sariyan berkata, penganjuran sayembara berkenaan mampu memartabatkan seni, sastera dan budaya negara, selain menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum."Saya mencadangkan MOTAC, khususnya menterinya, supaya memasukkan program SDPAHM ini sebagai acara tahunan sambutan Hari Malaysia di kementerian kerana usaha yang baik ini jelas memberikan kebaikan dalam memartabatkan seni, sastera dan budaya serta merapatkan hubungan rakyat pelbagai kaum di Malaysia."Puisi artistik yang dipersembah dalam sayembara tersebut memperlihatkan pelbagai pendekatan baharu, termasuk unsur teaterikal, muzikal, penggunaan prop, prop manusia, tayangan slaid, muzik secara langsung serta teknologi kecerdasan buatan (AI)," katanyaAwang Sariyan berkata demikian ketika berucap merasmikan SDPAHM ketujuh tahun di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 September lalu.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abang Haliman Abang Julai yang mewakili Ketua Pengarah DBP; Wakil Dekan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Dr Shafa'atussara Silahudin; Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari dan Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi), Datuk Dr Radzuan Ibrahim.Menurut Awang Sariyan, pendekatan berkenaan wajar diperluaskan bagi menarik perhatian golongan muda dan generasi baharu supaya lebih dekat serta meminati seni puisi.Sementara itu, Radzuan merakamkan penghargaan kepada Universiti Malaya dan DBP atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan penganjuran sayembara berkenaan.Pada majlis itu, Abdul Rasmin Sagal Abdul Rahman yang mewakili Negeri Sembilan dinobatkan sebagai Johan SDPAHM 2026 menerusi persembahan puisi Bicara Budaya karya A Aziz Deraman.Peserta berkenaan turut menerima Piala Persembahan Terbaik dan Hadiah Busana Terbaik Lelaki, manakala tempat kedua dimenangi wakil Terengganu, Alya Syafiqah Adnan menerusi puisi Secangkir Dakwat Merah karya Mas Idayu Muhammadan.Wakil Kelantan, Noorhisyam Razali pula menduduki tempat ketiga menerusi puisi Makna Tanah Air karya Zurinah Hassan.Bagi kategori Remaja Pelbagai Kaum yang diperkenalkan buat pertama kali, Varshini Sonyaanaidu Bala Murali Naidu dinobatkan sebagai johan menerusi puisi Cerita Dari Sebuah Beranda karya Lim Swee Tin.Tempat kedua dimenangi Christian Duvan menerusi puisi Mengisi Erti Hari Keramat karya Awang Sariyan, manakala Ch'ng Xuan En menduduki tempat ketiga menerusi puisi Makna Tanah Air karya Zurinah Hassan.Seramai 12 peserta mewakili negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan menyertai kategori terbuka, manakala tujuh peserta mara ke peringkat akhir kategori Remaja Pelbagai Kaum.Johan kategori terbuka membawa pulang Piala Pusingan Seri Pemuisi, wang tunai RM2,000 dan sijil penyertaan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM1,500 dan RM1,000 berserta piala iringan serta sijil.Bagi kategori Remaja Pelbagai Kaum pula, johan menerima piala pusingan, wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM800 dan RM500 berserta piala iringan serta sijil.





RUU Muzium Malaysia dijangka dibentang di Parlimen tahun depan – .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm

# RUU Muzium Malaysia dijangka dibentang di Parlimen tahun depan - Aaron KUALA LUMPUR Rang Undang-Undang (RUU) Muzium Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan selepas proses penelitian di Jabatan Peguam Negara (AGC) selesai





Enggan dedah butiran mesyuarat, Hannah minta hormati keputusan CEC - Mygazette - 21/09 4:38 pm

# Enggan dedah butiran mesyuarat, Hannah minta hormati keputusan CEC PUTRAJAYA - Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berhubung tawaran peletakan jawatan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan, manakala anggota Kabinet parti lain kekal dalam kerajaan, adalah muktamad dan perlu dihormati





Kehidupan dalam penjara tidak bergantung duit, pengaruh -Jabatan Penjara - Mygazette - 21/09 4:38 pm

# Kehidupan dalam penjara tidak bergantung duit, pengaruh -Jabatan Penjara KOTA BHARU - Jabatan Penjara menafikan dakwaan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman bahawa kehidupan dalam penjara bergantung kepada wang dan pengaruh





Kemelut N. Sembilan: PM dan Raja-Raja Melayu perlu cari jalan damai - Mygazette - 21/09 4:38 pm

Pembayaran perlu dibuat dan kontrak baharu perlu ditandatangani, katanya dalam hantaran di media sosial hari ini. Menurut Zaid, keadaan menjadi lebih rumit apabila tiada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan timbul ketidakjelasan mengenai pihak yang mempunyai kedudukan sah sebagai pemerintah negeri





Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara hadir di kediaman Najib - Mygazette - 21/09 4:38 pm

# Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara hadir di kediaman Najib KUALA LUMPUR - Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan pegawai Jabatan Penjara Malaysia dilihat hadir di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini





Menteri Besar tidak pernah dirujuk, Exco Negeri Sembilan masih sah – .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm

# Menteri Besar tidak pernah dirujuk, Exco Negeri Sembilan masih sah - Ismail Lasim KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Lasim menegaskan sebarang tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tanpa nasihat atau permintaan rasmi Menteri Besar adalah bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959





Exco N. Sembilan: Raja tiada kuasa pecat tanpa nasihat MB – Peguam .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm

# Exco N. Sembilan: Raja tiada kuasa pecat tanpa nasihat MB - Peguam KUALA LUMPUR Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak mempunyai kuasa membatalkan pelantikan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tanpa nasihat Menteri Besar (MB), menurut peguam, Emirul Sarifudin Nor Azmi





Najib belum lunas denda RM50 juta - Mygazette - 21/09 4:38 pm

KAJANG - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan bayaran denda RM50 juta yang perlu dibayar oleh Datuk Seri Najib Razak masih belum dilunaskan





Anthony letak jawatan: Kestabilan kerajaan perlu diutamakan – .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm

# Anthony letak jawatan: Kestabilan kerajaan perlu diutamakan - Penganalisis KUALA LUMPUR Keputusan Anthony Loke menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dilihat sebagai satu tindakan politik yang menjadi hak mana-mana parti komponen kerajaan namun kestabilan Kerajaan Perpaduan perlu terus diberi keutamaan





Amanah desak MB bubar DUN Negeri Sembilan – Faiz - Mygazette - 21/09 4:38 pm

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan berikutan perkembangan terbaharu membabitkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, serta kestabilan pentadbiran kerajaan negeri. Menurutnya, Amanah mengambil maklum perkembangan apabila Tuanku Muhriz dilaporkan menarik balik perkenan dan membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, atas alasan memungkiri sumpah





Lima kerja sampingan jadi ‘saksi’ perjuangan Siti Nurhalizah bergelar guru - Kosmo - 21/09 4:19 pm

PETALING JAYA Pernah mengambil upah mencuci pinggan di majlis perkahwinan, bekerja di kedai makan dan menggantikan ibunya sebagai pengawal keselamatan antara liku kehidupan dilalui seorang wanita sebelum impiannya bergelar guru menjadi kenyataan





Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib - Kosmo - 21/09 4:13 pm

KUALA LUMPUR Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan beberapa pegawai Jabatan Penjara Malaysia dilihat mengadakan mesyuarat di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini hari ini





Ketua Polis Daerah Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib - Sinarharian - 21/09 4:08 pm

KUALA LUMPUR Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam bersama pegawai Jabatan Penjara Malaysia dipercayai mengadakan mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini pada Isnin.Mesyuarat itu dipercayai membabitkan perincian aspek keselamatan dan penilaian kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu.Empat kenderaan dilihat memasuki kediaman berkenaan, manakala Anuar Bakri dilihat tiba menaiki kenderaan kira-kira jam 2.20 petang.Setakat ini, mesyuarat berkenaan masih berlangsung.Bagaimanapun, tujuan rasmi mesyuarat dan perkara yang dibincangkan masih belum diperincikan pihak berkuasa.Sebelum ini, Anuar Bakri memaklumkan polis belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung masa atau proses pemindahan Najib dari Penjara Kajang ke kediaman itu.Beliau berkata, penugasan anggota polis di sekitar kediaman berkenaan juga masih dikekalkan pada tahap sedia ada dan kekuatan akan ditambah sekiranya menerima perkembangan terkini berkaitan proses berkenaan.Sebuah balai polis bergerak turut ditempatkan berhampiran kediaman Najib bermula jam 7 pagi hari ini sebagai persediaan keselamatan.





[TERKINI] Tahanan rumah: Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara adakan mesyuarat di kediaman Najib - Astroawani - 21/09 3:55 pm

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan pegawai Jabatan Penjara Malaysia mengadakan mesyuarat di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta pada Isnin.





KPD Sentul, pegawai penjara mesyuarat di rumah Najib? - Utusan - 21/09 3:55 pm

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan pegawai Jabatan Penjara tiba di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, hari ini





Keputusan CEC mengenai Anthony letak jawatan muktamat, perlu dihormati – Hannah - Kosmo - 21/09 3:25 pm

PUTRAJAYA – Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan adalah keputusan muktamad badan pembuat keputusan tertinggi parti berkenaan dan ianya perlu dihormati





10,000 buku 'bekal ilmu' prospek penjara elak ulang jenayah - Sinarharian - 21/09 3:23 pm

KOTA BHARU - Sebanyak 10,000 buku menjadi 'bekalan ilmu' kepada prospek di institusi penjara di Semenanjung sebagai sebahagian usaha membantu mereka berubah dan tidak kembali melakukan jenayah selepas dibebaskan.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, koleksi buku pelbagai kategori itu diperoleh menerusi kerjasama dengan Boustead Holdings Berhad, Royale Chulan Damansara dan SMO Bookstores.Menurut beliau, buku berkenaan merangkumi bahan agama, fiksyen dan motivasi yang akan diedarkan ke semua institusi penjara kecuali Sabah, Sarawak untuk dimanfaatkan prospek sebagai bahan bacaan sepanjang menjalani hukuman."Kita mengharapkan masyarakat bersama-sama menyumbang buku, sama ada buku baharu atau yang sudah dibaca untuk diberikan kepada prospek di penjara."Program ini kita harap menjadi peluang kepada prospek untuk membaca dan pulih dalam kehidupan di penjara," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Bookathon Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026 dengan kerjasama Boustead Holdings Berhad, Royale Chulan Damansara dan SMO Bookstores di Blok Wanita, Penjara Pengkalan Chepa di sini.Beliau memberitahu, pendekatan berkenaan merupakan antara usaha menyokong prospek supaya mempunyai persediaan ilmu dan pemikiran lebih baik sebelum kembali ke tengah-tengah masyarakat.Mohamad Rosidek memberitahu, pihaknya berharap ilmu dan bahan bacaan yang diperoleh sepanjang berada di penjara dapat membantu mengurangkan risiko mereka mengulangi kesalahan atau residivis selepas dibebaskan."Kita harap mereka tidak residivis dan kembali masuk penjara sebab mereka berilmu," katanya.Jelas beliau, program berkenaan yang dilancarkan sejak Februari lalu merupakan inisiatif pertama pihaknya menggunakan pendekatan kolaborasi dengan sektor korporat untuk mendapatkan bahan bacaan bagi prospek.Menurutnya, sumbangan turut digerakkan menerusi 31 premis SMO Bookstores dengan masyarakat boleh membeli buku untuk disumbangkan, selain mendapat diskaun daripada pihak berkenaan."Kita harap selepas ini akan ada lagi agensi, korporat dan sebagainya membantu kita untuk menerima kembali prospek dengan apa cara sekalipun."Kita juga harap usaha ini dapat membantu mengurangkan stigma masyarakat terhadap mereka yang pernah menjalani hukuman penjara," katanya.





Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP - Sinarharian - 21/09 3:16 pm

PUTRAJAYA -Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati."Itu adalah keputusan CEC, perbincangan lain saya tidak mahu dedahkan tetapi kena hormati keputusan yang telah dibuat," katanya pada sidang mediaBazar Deepavali 2026 di sini, Isnin.Hannah berkata demikian ketika mengulas keputusan CEC DAP selepas mesyuarat berhubung pendirian parti terhadap isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Anthony sebelum ini menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas mesyuarat tergempar CEC DAP yang berlangsung selama kira-kira tiga jam pada 19 September lalu.Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan berkenaan dibuat sebagai reaksi parti terhadap perkembangan tersebut, namun menegaskan tawaran peletakan jawatan itu hanya melibatkan dirinya.Anthony turut menjelaskan menteri dan timbalan menteri DAP yang lain akan kekal dalam Kabinet bagi memastikan kestabilan politik negara terus terjamin.Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau berasa tertekan susulan peletakan jawatan Anthony, termasuk kemungkinan beliau turut meninggalkan kerajaan, Hannah tidak memberikan petunjuk mengenai sebarang perubahan terhadap kedudukannya.Dalam perkembangan berkaitan, Hannah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) turut mengunci mulut ketika ditanya adakah Lembaga Pengampunan akan mendedahkan minit mesyuarat berkenaan."Tiada komen untuk (soalan) Lembaga Pengampunan," katanya ringkas.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau belum menerima surat peletakan jawatan secara rasmi daripada Anthony dan akan berbincang dengannya mengenai kedudukan itu selepas kepulangannya daripada lawatan rasmi ke China.Kementerian Pengangkutan pula memaklumkan Anthony meneruskan lawatan rasmi ke China seperti dijadualkan dan akan kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara berkaitan prosespeletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan.





Lebih RM21 bilion projek pengangkutan Pulau Pinang hasil usaha Anthony - Guan Eng - Sinarharian - 21/09 3:08 pm

GEORGE TOWN Lebih RM21 bilion projek pengangkutan di Pulau Pinang yang mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan menjadi antara sumbangan besar Anthony Loke sepanjang menerajui Kementerian Pengangkutan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng berkata, projek berkenaan termasuk Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM16.8 bilion serta beberapa projek pengembangan infrastruktur pengangkutan lain.Menurutnya, kelulusan itu turut melibatkan RM1.55 bilion bagi pengembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), RM30 juta untuk stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), RM2.2 bilion bagi Penang Port dan RM500 juta untuk Swettenham Pier."Beliau (Anthony) dalam kapasiti sebagai Menteri Pengangkutan, bertanggungjawab mendapatkan kelulusan kerajaan Persekutuan bagi projek pengangkutan bernilai lebih RM21 bilion di Pulau Pinang."Peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan akan menjadi satu kehilangan besar kepada Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan hasrat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan pendirian parti berhubung keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bermesyuarat selama hampir tiga jam bagi membincangkan pendirian parti berhubung keputusan tersebut pada 19 September lalu.Bagaimanapun, keputusan itu hanya membabitkan Anthony sebagai anggota Jemaah Menteri manakala menteri dan timbalan menteri daripada DAP lain kekal dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik dan pentadbiran kerajaan terus berjalan.Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan Anthony itu dibuat bagi menunjukkan pendirian tegas parti berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta usaha memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap skandal berkenaan dikenakan hukuman.Menurutnya, peletakan jawatan itu turut mencerminkan pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan keputusan pengampunan diraja terhadap Najib yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah."Beliau meletakkan jawatan bagi menunjukkan pendirian teguh parti terhadap skandal RM52 bilion 1MDB, sama ada ketika berada dalam pembangkang atau kerajaan, untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kewangan terbesar dalam sejarah."Peletakan jawatannya menonjolkan ketidaksetujuan secara sopan parti terhadap pengampunan diraja yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu," katanya.Guan Eng turut menyifatkan Anthony sebagai antara Menteri Pengangkutan yang paling berkesan berdasarkan jumlah projek pengangkutan yang berjaya mendapat kelulusan untuk Pulau Pinang."Dengan RM21 bilion projek pengangkutan yang diluluskan di Pulau Pinang, beliau mungkin merupakan menteri paling berkesan yang melakukan paling banyak untuk Pulau Pinang berbanding barisan Menteri Pengangkutan daripada MCA sebelum ini."Seramai 1.8 juta rakyat Pulau Pinang menghargai pengorbanan Anthony melepaskan jawatan menteri demi prinsip dan pastinya berterima kasih atas sumbangan besar beliau kepada Pulau Pinang," katanya.Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Isnin memaklumkan Anthony meneruskan program rasmi di China seperti dijadualkan sebelum kembali ke Malaysia untuk menguruskan proses peletakan jawatannya.Beliau dijadual mewakili Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-12 di Beijing selain menghadiri beberapa pertemuan dua hala dan pemeteraian dua memorandum persefahaman.MOT turut menegaskan segala urusan dan tanggungjawab kementerian akan terus dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur.





Syabas penjawat awam, tidak bersekongkol dengan penderhaka - PKR Negeri Sembilan - Sinarharian - 21/09 2:39 pm

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan memuji tindakan penjawat awam negeri yang tidak mengikut arahan Exco bagi mewartakan pelucutan takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Timbalan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Edy Noor Reduan berkata, tindakan tersebut menunjukkan mereka memilih untuk tidak bersekongkol dengan pihak yang didakwa melakukan perbuatan derhaka terhadap Institusi Diraja Negeri Sembilan dan wajar dicontohi."Kami juga mengambil maklum perkembangan terkini berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz serta titah Baginda membatalkan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta."Pembatalan lantikan itu berlaku selepas kesemua Exco terbabit didakwa memungkiri sumpah jawatan apabila memberi arahan kepada penjawat awam Kerajaan Negeri untuk menjalankan pewartaan yang bertujuan menggulingkan takhta Tuanku Muhriz."Pada pandangan kami, tindakan Exco adalah perbuatan derhaka, yang secara tidak langsung menjejaskan keharmonian rakyat, mencetuskan kecelaruan umum dan menghakis keyakinan terhadap Institusi Diraja Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Exco Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan berkenaan penurunan takhta Tuanku Muhriz.Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang bersidang pada Selasa dan dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dengan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.Tambah Edy, pihaknya menjunjung tinggi kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959) dan Adat Perpatih sebagai asas penting dalam tadbir urus negeri.Jelasnya lagi, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 17 September lalu menyatakan proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar adalah tidak sah kerana tidak memenuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959."Kami juga berpendapat, kebangkitan istana adalah tepat pada masa demi mempertahankan kedaulatannya dari terus dicemari oleh angkara permainan politik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Negeri Sembilan





Penjara sesak, KPI tangkap penagih di Kelantan tetap jalan - Sinarharian - 21/09 2:07 pm

KOTA BHARU - Kesesakan Penjara Pengkalan Chepa tidak halang Polis Kelantan mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) menangkap seorang penagih dadah setiap hari.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mengakui keadaan itu masih mampu diuruskan menerusi pelbagai pendekatan termasuk penjara satelit dan program reintegrasi.Menurut beliau, pelaksanaan sasaran tangkapan penagih oleh Polis Kelantan merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan dan tidak seharusnya dilihat dari sudut kapasiti penjara semata-mata."Polis mempunyai KPI tersendiri dalam aspek keselamatan awam, manakala Jabatan Penjara pula mempunyai mekanisme bagi memastikan keselamatan dan pengurusan penghuni terus terjamin."Polis ada KPI dia, kami ada KPI kami





Exco Negeri Sembilan terus jalan tugas, senarai sedia ada masih sah – Menteri Besar - Mydateline - 21/09 2:00 pm

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa kesemua anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas ..





Skandal FELDA: Laporan Pengurusan, Kerugian Minggu Depan PM Anwar - Wrlr - 21/09 1:56 pm

16 hours ago Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Grand Ballroom, SITC, Shah Alam pada 20 September 2026





Usah Jadikan Institusi Raja Percaturan, Permainan Politik PM Anwar - Wrlr - 21/09 1:55 pm

Difahamkan, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah meneliti kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perkembangan di Negeri Sembilan, termasuk pendirian bahawa Proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026





'Nah, sekarang terima padahnya' - Syahredzan - Sinarharian - 21/09 1:43 pm

Sebab itu tindakan MMK Negeri Sembilan tempoh hari amat gopoh dan tidak cermat."Malahan mereka menolak pandangan undang-undang Pejabat Peguam Negara, hingga SUK sendiri tidak mahu mewartakan proklamasi tersebut. Nah, sekarang terima padahnya," katanya dalam hantaran di platform Threads pada Isnin.Sebelum, Syahredzan turut memuat naik tangkap layar berita bahawa Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan serta- merta.Pada Ahad, media melaporkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.Justeru, Syahredzan berkata, isu berkenaan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana melibatkan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi sebahagian daripada asas sistem pemerintahan negara."Ini tentang mempertahankan asas-asas negara, termasuk sistem raja berperlembagaan





MB Negeri Sembilan Dakwa Penamatan EXCO Tidak Berperlembagaan - Lobakmerah - 21/09 1:29 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ismail bin Lasim menegaskan bahawa sebarang tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan daripada Menteri Besar adalah satu kekhilafan dari sudut perundangan, tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai sebarang kuat kuasa undang-undang





Dadah 'bolos' dalam tahanan: Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin Sulaiman - Sinarharian - 21/09 1:27 pm

KOTA BHARU - Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bahawa banduan boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi itu.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat bagi mengawal kemasukan serta peredaran bahan terlarang dalam institusi penjara.Menurut beliau, Jabatan Penjara sentiasa berusaha mengekang sebarang perkara negatif termasuk salah laku dalam kalangan penghuni penjara menerusi kawalan serta program pemulihan yang dilaksanakan."Tidak benar





Lebih 57,000 PATI dicekup, Imigresen buat 37 operasi sehari - Sinarharian - 21/09 12:48 am

KUALA TERENGGANU Lebih 57,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan serta operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara sehingga 17 September lalu.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, daripada jumlah itu, lebih 35,000 PATI ditahan dalam operasi dijalankan oleh pihak JIM sendiri, manakala lebih 22,000 lagi ditahan di pintu masuk negara serta hasil serahan daripada agensi penguatkuasaan lain.Menurutnya, secara keseluruhan JIM telah melaksanakan lebih 9,700 operasi di seluruh negara sehingga tarikh tersebut dengan memeriksa lebih 130,000 warga asing."Operasi ini akan diteruskan dan kita tidak akan berhenti atau mengurangkannya





[TERKINI] 'Tidak sah, bercanggah perlembagaan' - MB pertahan barisan Exco Negeri Sembilan - Astroawani - 21/09 12:15 am

Mana-mana tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan rasmi daripada Menteri Besar adalah tidak sah, tidak berperlembagaan.





'Tiada keperluan kemuka senarai EXCO baru, EXCO sedia ada masih sah' - .. - Hmetro - 21/09 12:12 am

Kuala Lumpur: Tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan daripada Menteri Besar adalah satu kekhilafan dari sudut perundangan, tidak berperlembagaan, dan tidak mempunyai sebarang kuat kuasa undang-undang





Lima lagi politeknik bakal tawar program ijazah - Sinarharian - 21/09 11:38 am

KOTA KINABALU - Lima lagi politeknik dikenal pasti bakal menawarkan program peringkat ijazah dalam tempoh terdekat sebagai sebahagian usaha kerajaan menaik taraf pendidikan politeknik negara.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelaksanaan itu akan menjadikan keseluruhan sembilan politeknik menawarkan program ijazah berbanding empat ketika ini."Dari segi taraf politeknik yang sebelum ini mungkin hanya mengeluarkan mereka di peringkat sijil dan diploma, kerajaan sedang merangka supaya politeknik juga dapat mengeluarkan lulusan ijazah."Untuk peringkat ini, sebanyak empat politeknik sudah mempunyai program di peringkat ijazah dan kita mencadangkan lima lagi akan diwujudkan dalam tempoh terdekat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Sabah, di Politeknik Kota Kinabalu, di sini, pada Isnin.Menurutnya, lima politeknik berkenaan sudah dikenal pasti, namun perinciannya akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik kelak.Empat institusi yang sudah menawarkan program ijazah ialah Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Sultan Azlan Shah.Zambry berkata, usaha memperluas program ijazah itu selaras dengan keperluan negara terhadap lebih ramai tenaga berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan."Bidang berkaitan, khususnya teknikal dan kejuruteraan, sangat diperlukan dalam negara."Jadi, pendekatan itu kita lakukan bagi memenuhi permintaan pasaran, bukan hanya dalam lingkungan universiti tetapi juga di peringkat politeknik," katanya.Beliau berkata, kementerian turut merangka beberapa pendekatan untuk menaik taraf politeknik, termasuk memperkemas kurikulum dan mencadangkan pewujudan akta yang lebih mantap.Katanya, perubahan berkenaan diperlukan bagi memastikan pendidikan politeknik kekal relevan dengan perkembangan semasa, termasuk kemunculan ilmu serta disiplin baharu."Kalau kita lihat kedudukan politeknik di banyak tempat di dunia seperti Jerman dan Jepun, politeknik berperanan sangat penting untuk melahirkan tenaga berkemahiran tinggi."Jadi, itulah yang sedang kita lakukan," katanya.Dalam pada itu, Zambry menjangkakan perancangan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diberikan perhatian dalam Belanjawan akan datang, selaras dengan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 20262035.Katanya, usaha berkenaan turut diselaraskan bersama Majlis TVET Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkumi universiti teknikal, politeknik dan kolej komuniti.





Krisis Negeri Sembilan perlu 'campur tangan' Perdana Menteri, Raja-Raja Melayu - Zaid Ibrahim - Sinarharian - 21/09 11:30 am

SHAH ALAM - Situasi di Negeri Sembilan memerlukan tindakan segera Perdana Menteri dan Raja-Raja Melayu bagi memastikan pentadbiran negeri dapat terus berjalan serta kepentingan rakyat tidak terjejas.Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Perdana Menteri perlu menghentikan perjalanan ke luar negara dan memberi perhatian kepada perkembangan yang berlaku di Negeri Sembilan.Menurutnya, pentadbiran negeri hendaklah diteruskan termasuk urusan pembayaran serta kontrak baharu mesti ditandatangani."Apabila tiada Excodan tidak jelas siapa pemerintah yang sah, maka Perdana Menteri dan Raja-Raja Melayu mesti duduk bersama untuk mencari penyelesaian secara baik."Minta pihak-pihak berkaitan merujuk isu-isu tersebut kepada Mahkamah Persekutuan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.Tambah Zaid, panel penuh mahkamah perlu memutuskan sama ada penyingkiran Tuanku Mukhriz dan Exco adalah sah serta siapa Undang yang dipilih secara sah."Satu-satunya cara untuk mencari penyelesaian adalah bagi pihak-pihak tersebut bersetuju untuk membuat rujukan bersama terhadap semua persoalan itu dan mematuhi keputusan mahkamah."Sekiranya usaha berkenaan gagal, pengisytiharan darurat di Negeri Sembilan perlu dipertimbangkan dan Perlembagaan mesti digantung."Rakyat tidak boleh terus menderita lagi," katanya.





Dua ADUN sahkan terima surat pembatalan lantikan EXCO Kerajaan Negeri .. - Hmetro - 21/09 11:00 am

Seremban: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Suhaimizan Bizar dan ADUN Serting Mohd Fairuz Mohd Isa antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang mengesahkan menerima surat pemakluman mengenai pembatalan lantikan jawatan EXCO





PRN Melaka: PH mahu BN berterus terang jika tak berminat rundingan - Amirudin - Sinarharian - 21/09 10:30 am

ALOR GAJAH - Pakatan Harapan (PH) meminta Barisan Nasional (BN) berterus terang sekiranya tidak berminat untuk mengadakan rundingan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini masih belum berlaku rundingan rasmi antara kedua-dua gabungan itu meskipun tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin hampir.Menurutnya, PH tidak mempunyai masalah sekiranya BN memilih untuk tidak bekerjasama, namun perkara itu perlu dinyatakan secara jelas supaya pihaknya dapat membuat persediaan berdasarkan keputusan tersebut."Setakat ini, BN tak ada ura-ura (nak adakan rundingan) itu, sampai dah nak bubar."Nampak gayanya tak berlaku pertemuan itu walaupun ada hubungan yang telah kita buat, sampai dah nak bubar jadi terserah."Tak pasti, tapi mungkin mereka tak minat





Tahanan rumah Najib: Polis kekal penugasan di kediaman - Sinarharian - 21/09 10:21 am

KUALA LUMPUR Polis mengekalkan tahap kawalan keselamatan sedia ada di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penugasan anggota polis di kawasan berkenaan masih kekal seperti yang diumumkan pada Ahad."Setakat ini, tiada pertambahan anggota kerana kita masih belum menerima sebarang maklumat."Sekiranya terdapat perkembangan atau maklumat terkini yang mengesahkan tahanan rumah Datuk Seri Najib akan dilaksanakan di Langgak Duta, kita akan menambah kekuatan anggota," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Ketika ditanya sama ada pihaknya menerima sebarang pengesahan mengenai bila Najib akan dipindahkan dari penjara, beliau berkata, setakat ini tiada maklumat diterima."Belum lagi





Anthony teruskan tugas rasmi di China sebelum urus proses letak jawatan - Sinarharian - 21/09 10:10 am

PUTRAJAYA Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan meneruskan program rasmi beliau di China seperti dijadualkan sebelum pulang ke Malaysia bagi menguruskan perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan.Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Anthony akan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan APEC ke-12 di Beijing.Program berkenaan turut melibatkan beberapa pertemuan dua hala serta pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU).MoU tersebut termasuk kerjasama pengangkutan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China yang merangkumi sektor darat, rel, maritim, penerbangan dan logistik.Satu lagi ialah MoU kerjasama keselamatan penerbangan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China (CAAC) yang merangkumi bidang seperti kelayakan udara, pensijilan organisasi penerbangan, pelesenan personel, pengawasan operasi serta pengiktirafan bersama dapatan dan sijil pematuhan."Selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, Menteri dijadualkan ke Shanghai untuk menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara-perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan."MOT akan terus memastikan segala urusan dan tanggungjawab kementerian dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur," katanya.Sabtu lalu, Anthony menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selama kira-kira tiga jam pada 19 September.Anthony berkata DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, tetapi sebagai parti, DAP mempunyai pendirian sendiri dan perkara itu sukar diterima.





Ingkar Dan Derhaka, Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Semua EXCO Negeri Sembilan Serta- Merta - Beautifulnara - 21/09 10:05 am

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta





Loke urus hal letak jawatan selepas pulang dari China - FMT - 21/09 9:34 am

Setiausaha agung DAP berada di Beijing bagi Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan Apec dan sebelum sertai delegasi perdana menteri di Shanghai.





Exco Kerajaan Negeri Sembilan sahkan terima surat pembatalan jawatan - Sinarharian - 21/09 9:30 am

Tapi saya tak boleh komen. Maaf ya."Saya pun tak pasti siapa yang hantar, rasanya daripada Istana," katanya ringkas menerusi Whatsapp.Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi beberapa Exco lain bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung pembatalan jawatan berkenaan, namun gagal.Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.





Tuanku Muhriz lucut jawatan semua exco Negeri Sembilan - Denyutreformasi - 21/09 9:11 am

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta





Kalau Raja Boleh Ditukar Ikut Bulan, Sistem Beraja Akan Gagal Anwar - Denyutreformasi - 21/09 9:10 am

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan proklamasi mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April sebagai tidak sah, kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. AGC turut memaklumkan Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak mempunyai kuasa secara unilateral, untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan





Kor Ming, Gobind antara nyata hasrat lepas jawatan Kabinet dalam mesyuarat .. - Mygazette - 21/09 7:53 am

# Kor Ming, Gobind antara nyata hasrat lepas jawatan Kabinet dalam mesyuarat CEC KUALA LUMPUR Beberapa pemimpin DAP lain termasuk Pengerusi Kebangsaan Gobind Singh Deo dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Nga Kor Ming, dilaporkan turut menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet ketika mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAPsemalam





Tawar letak jawatan; Anwar mahu jumpa Anthony Loke - Mygazette - 21/09 7:53 am

# Tawar letak jawatan; Anwar mahu jumpa Anthony Loke SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bagi membincangkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat





Menang pilihan raya bukan bermakna boleh guling raja – Anwar - Mygazette - 21/09 7:53 am

# Menang pilihan raya bukan bermakna boleh guling raja - Anwar SHAH ALAM - Kedudukan raja perlu ditentukan berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang, bukan parti yang memenangi sebuah pilihan raya, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim




Reformasi     >>



Will Anwars coalition in Malaysia implode amid Loke .. - Scmp
Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim has suffered a double whammy as his Pakatan Harapan (PH) coalition scrambles to placate public outrage over disgraced ex-leader Najib Razak being granted house arrest and the shock resignation of his transport minister in protest against the royal ..
Kroni     >>



AS sokong Houthi? - Utusan
WASHINGTON: Presiden, Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Houthi di Yemen bersetuju untuk tidak menyerang Washington, walaupun kumpulan itu baru-baru ini meningkatkan serangan terhadap Arab Saudi. Namun, persoalan timbul sama ada beliau menyokong Houthi apabila Washington membiarkan kumpulan itu melengkapkan ..
Tabloid     >>



Yasin Sulaiman Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan - Rotikaya
Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman tampil memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia susulan kenyataannya dalam satu podcast. Menerusi video dimuat naik di Instagram, Yasin berkata perkongsiannya itu adalah berdasarkan apa... Baca selanjutnya → The post Yasin Sulaiman Mohon Maaf, Tarik ..
Tech     >>



Neural Engine timeouts & Face ID panics hit Apple's .. - Appleinsider
Apple's newest hardware is off to a rocky start, with Neural Engine timeouts crashing Apple Watch Series 12 and Apple Watch Ultra 4 models as a smaller group of iPhone 18 Pro owners reports Face ID-related kernel panics. iPhone 18 Pro The new watches reached customers on September 18. Within ..
World     >>



White House TV pool suspends coverage of Trump after .. - Cnbc
The decision comes as CNN, MS NOW and Politico sued Trump, asking a court to overturn his new ban of those three media outlets from the White House.
Motor Trend     >>



Motosikal Zxmoto Dedah Prototaip Skuter Crossover .. - Mekanika
# ZXMOTO DEDAH PROTOTAIP SKUTER CROSSOVER 250CC - LANCAR JULAI 2027 **ZXMOTO antara jenama yang mencuri tumpuan di CIMA Motor 2026 kerana selain melancarkan motosikal adventure 820X, ZXMOTO turut mendedahkan prototaip skuter 250cc.** Untuk rekod, prototaip yang dipamerkan tersebut bukanlah skuter ..